i'jaz tarbawi

24
ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. ISI KANDUNGAN 1 2. ABSTRAK 2 3. PENDAHULUAN 3 4. DEFINISI 4 5. ISI UMUM 5-6 6. ISI KHUSUS AYAT 6 7 – 8 7. AYAT 7 8 8. AYAT 8 9 - 10 9. AYAT 18 10 - 11 10. AYAT 22 12 11. AYAT 37 13 12. AYAT 39 , 40 14 13. PENUTUP PENDIDIKAN DALAM ISLAM 15 - 16 14. SENARAI RUJUKAN 17 1

Upload: azam-alina

Post on 08-Aug-2015

126 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: I'jaz tarbawi

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT1. ISI KANDUNGAN 12. ABSTRAK 23. PENDAHULUAN 34. DEFINISI 45. ISI UMUM 5-66. ISI KHUSUS

AYAT 67 – 8

7. AYAT 7 88. AYAT 8 9 - 109. AYAT 18 10 - 1110. AYAT 22 1211. AYAT 37 1312. AYAT 39 , 40 1413. PENUTUP

PENDIDIKAN DALAM ISLAM15 - 16

14. SENARAI RUJUKAN 17

1

Page 2: I'jaz tarbawi

ABSTRAKPendidikan dalam Islam mempunyai kekuatannya yang tersendiri kerana dengannya

Kita berupaya meletakkan asas yang kukuh dalam pembinaan tamadunManusia yang cemerlang dalam aspek duniawi juga ukhrawi. Dalam Al-Quran

Terdapat banyak ayat yang mengutarakan aspek pendidikanbahkan penurunan Al-Quran itu sendiri bermatlamat untuk

mendidik manusia. Begitu juga dengan hadith dan sunnah Rasulullah saw,banyak daripada riwayat-riwayat Baginda yang menjurus kepada kepentingan

pendidikan dalam memperkasakan tamadun ummah dan dikuatkan lagi denganbeberapa contoh tindakan yang Baginda S.A.W laksanakan dalam menggalakkan

umat Islam untuk mencintai ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, tulisanini bertujuan mengupas dan menganalisis ayat Al-Quran

berhubung dengan pendidikan dalam Islam dalam mempromosikan ilmu pengetahuandalam kalangan umat Islam yang bermatlamat untuk memperkasakan kualiti

dan nilai tamadun manusia.

ABSTRACTIslamic education has its own strength. With it we are able to provide a strongbase in the development of a thriving human civilization in both the worldly and

the hereafter facts. In the Holy Quran, there exist many verses touching on the education aspect within the development of human civilisation. Furthermore, the

revelation of the Holy Qura’an itself was for the purpose of educating humanbeings. The same goes for the Prophet’s hadith and sunnah, whereby many ofthe Prophet’s narrations were focused towards the importance of education instrengthening the ummah’s civilisation. This may also be evidenced throughseveral acts of the Prophet pbuh who had encouraged Muslims to love andembrace knowledge. Therefore, this writing aims to analyse several examples

of the verses of the Holy Qur’an ,together with several examples of the acts of the Prophet pbuh in promotingeducation among Muslims towards strengthening the qualities and values of

the human civilisation

2

Page 3: I'jaz tarbawi

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan intipati penting dalam hidup setiap manusia. Pendidikan tidak seharusnya bermula seawal usia enam tahun sebagaimana yang sedia dipraktikkan oleh majority individu hari ini , tetapi sebenarnya pendidikan berkesan sudah bermula sejak seorang anak lahir ke dunia.

Permulaan ini memberikan gambaran bahawa pendidikan atau pentarbihan seorang anak merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian utama.Kerana itu , Islam terlebih dahulu memberikan ajarannya menggalakkan sambutan umat muhammadiyyah ini dengan laungan azan dan iqamah kerana di sinilah medan pertama bermulanya perjalanan seorang khalifah dalam kehidupannya.

Jika diteliti kepada sejarah manusia terhebat dunia , Saiyiduna Muhammad SAW mula menjengah dunia , bapa saudaranya yang ketika itu terlalu teruja sehingga menggendongnya mengelilingi kaabah sebagai tanda syukur peribadi tersebut ketika itu.Meskipun bukanlah Allah menyuruh kita melakukan perkara serupa apabila ingin menyambut kelahiran seorang anak tetapi seharusnya simbolik tersebut di ambil iktibar.

Firman Allah SWT :

�ح�ين� الص�ال م�ن� ل�ي ه�ب ب� ر�“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.”(As Saffat..Ayat 100 )

Kerana ia tugas sukar kepada mereka yang di pertanggungjawabkannya maka Allah memberikan manusia bekalan utama untuk diambil iktibar padanya selain contoh yang boleh diteliti melalui hadith-hadith Nabi kita SAW.

Antara bekalan yang telah dibekalkan oleh Allah SWT kepada hamba- hambanya yang ingin mengambil iktibar ialah Al quranul Karim yang terkandung di dalamnya iktibar penting yang hanya akan dilihat oleh mereka yang mahu mengambil iktibar dengannya sahaja.

Surah Yusuf sebagai contoh mudah untuk diteladani iktibar pentingnya kerana kisah yang terdapat dalam surah ini memberikan gambaran tentang pendidikan bermula sejak zaman kanak- kanak sehingga mencapai usia matang.

3

Page 4: I'jaz tarbawi

2.0 DEFINISI I’JAZ

a. Definisi i’jaz menurut bahasa :

I’jaz adalah isim mashdar dari perkataan arabnya (‘ajaza-yu’jizu-i’jazan) yang bermaksud “ ketidakupayaan ” .

b.Definisi i’jaz menurut istilah :- Menampakkan kebenaran pada kerasulan Nabi Muhammad SAW dalam ketidakupayaan orang Arab untuk menandingi mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW. - Perbuatan yang melanggar ketentuan hukum alam dan membuat orang lain tidak mampu melakukannya.

c. Definisi Tarbawi

Tarbawi : Kalimah ini berasal daripada kata dasar rabba , bermaksud mendidik, mengasuh, memelihara, atau memimpin. Ia juga merujuk kepada proses perkembangan potensi individu, mengasuh, atau mendidik untuk menuju kepada satu keadaan yang lebih baik .

d. Pengertian mukjizat:

Mukjizat adalah sesuatu perkara luar biasa yang disertai dengan tentangan untuk menirunya , dan zahir pada diri seorang yang mengaku nabi sebagai menguatkan pengakuannya dan membenarkan dakwahnya.

Catatan : Dari pengertian mukjizat di atas, maka ada beberapa syarat sebagai mengesahkan mukjizat,yaitu :1) Perkara luar biasa : seperti tongkat bertukar menjadi ular,kemampuan menghidupkan orang mati dan lain-lain.2) Disertai tentangan : untuk meniru sesuatu mukjizat itu tetapi tidak mampu lalu mengakui bahawa ia datang dari Allah SWT

3) Zahir dari seorang Nabi : untuk menguatkan risalah kenabiannya , jika bukan dari nabi disebut Karomah.

2.1 PEMBAHAGIAN MUKJIZAT.

Secara umumnya mukjizat dikelaskan kepada dua bahagian :a) Mukjizat HissiyyahMukjizat jenis ini diperlihatkan pada kekuatan yang muncul dari segi fizikal yang mengisyaratkan adanya kesaktian seorang nabi.Contohnya mukjizat nabi Musa yang dapat membelah lautan, mukjizat nabi Daud dapat melunakkan besi serta mukjizat nabi-nabi dari bani Israil yang lain.

b) Mukjizat ’aqliyyahMukjizat ini akan memperlihatkan kemampuan intelektual yang rasional. Contohnya Al-Quran sebagai mukjizat Nabi Muhammad untuk umatnya yang dapat dilihat dari segi keajaiban ilmiah yang rasional dan karena itulah mukjizat Al-Quran ini dipelihara sehingga hari kiamat.

4

Page 5: I'jaz tarbawi

3.0 ISI UMUM

Perkongsian faedah-faedah yang dapat diambil daripada Surah Yusuf Sallallahu alaihi Wasallam

(diambil daripada kitab Taisir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, karangan al-

Shaikh Abdul Rahman al-Sa’di rahimahullah):

1- Kisah Yusuf ini merupakan antara kisah-kisah yang paling baik, jelas dan mudah. Kisah ini

mengandungi perubahan dari satu keadaan kepada satu keadaan, dari satu ujian kepada satu ujian

demi ujian demi ujian dan akhirnya pemberian, dari kehinaan kepada kemuliaan, dari

penghambaan kepada pemerintahan, dari perpecahan kepada kesatuan dan keharmonian, dari

kesedihan kepada kegembiraan, dari kesenangan kepada kekeringan, dari kekeringan kepada

kesenangan semula, dari kesempitan kepada kelapangan, dari penafian kepada pengakuan…

Maha suci Tuhan yang menceritakannya dengan begitu baik, jelas dan mudah.

 

2- Surah ini merupakan asas bagi pentafsiran mimpi. Pentafsiran mimpi merupakan salah satu

ilmu penting yang diberika oleh Allah Ta’ala kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Secara

umumnya dapatlah ditafsirkan mimpi dengan menggunakan konsep persamaan dan keserasian

dari sudut nama dan sifat.

 

3- Surah ini juga menunjukkan kebenaran Nabi Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi

Muhammad dapat menyampaikan kisah Nabi Yusuf dengan tepat tanpa mempelajarinya daripada

orang-orang terdahulu.

 

4- Adalah diwajibkan menjauhkan diri daripada punca-punca keburukan dan diwajibkan

menyembunyikan perkara yang mungkin boleh memudharatkan.

 

5- Nikmat Allah yang dikurniakan kepada seseorang hamba juga merangkumi sesiapa sahaja

yang ada kaitan dengannya samada keluarga, kerabat mahupun sahabat

 

6- Keadilan adalah suatu perkara yang dituntut dalam semua perkara dan bukannya dalam urusan

pemerintah dengan rakyatnya sahaja

5

Page 6: I'jaz tarbawi

7- Perlunya berwaspada daripada kecelakaan dosa-dosa. Satu dosa akan menarik berbilang-

bilang dosa. Dosa yang dirancang tidak akan wujud tanpa didahului oleh dosa-dosa lain.

 

8- Keadaan muktamad bagi seseorang hamba itu adalah dengan kesempurnaan penghujungnya

dan bukannya kekurangan permulaannya. Anak-anak Nabi Ya’qub a.s., pada mulanya mereka

telah melakukan pelbagai kesalahan. Akan tetapi akhirnya mereka bertaubat dan dimaafkan oleh

Yusuf dan ayah mereka, bahkan didoakan agar mendapat kemapunan dan rahmat.

 

9- Nabi Yusuf a.s. dikurniakan nikmat-nikmat yang mulia seperti ilmu pengetahuan, ketenangan,

akhlak mulia, dakwah kepada Allah dan agamaNya, sifat pemaaf kepada abang-abangnya yang

melakukan kesalahan terhadapnya dan tidak mengungkit-ngungkit serta memalukan mereka.

 

10- Sekiranya ada perkara yang dijual beli, sedangkan ada urusannya yang haram, akan tetapi

orang yang kemudiannya menjual, membeli, menggunakan khidmatnya atau memanfaatkannya

tidak tahu tentang pengharamannya, dia tidak berdosa. Contohnya seperti apa yang berlaku

kepada Nabi Yusuf yang dijual sebagai hamba.

 

11- Perlu berwaspada dan menjauhkan diri daripada bersendirian dengan wanita-wanita yang

dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah

 

12- Keinginan yang wujud dalam jiwa Nabi Yusuf terhadap wanita kemudian ditinggalkannya

kerana Allah adalah merupakan sesuatu yang mendekatkannya kepada Allah Ta’ala.

13- Apabila Iman masuk ke dalam hati seseorang yang menyucikan amalannya kerana Allah

semata-mata.Ini semua adalah balasan bagi keimanan dan keikhlasannya. Ini tercatat dalam

bacaan ‘mukhlisin’ (orang yang ikhlas). Bagi bacaan ‘mukhlasin’ (orang yang diselamatkan)

pula, ini merupakan keikhlasan Allah Ta’ala kepadanya iaitu selepas dia memurnikan amalannya

kerana Allah Ta’ala, maka Allah Ta’ala pun menyelamatkannya dari keburukan dan kekejian.

4.0 ISI KHUSUS BERKAITAN KERTAS KERJA

4.1 AYAT 6 :

6

Page 7: I'jaz tarbawi

ك� �ي ع�ل �ه� �ع م�ت ن ��م �ت و�ي اد�يث� �ح� األ و�يل� �أ ت م�ن �م�ك� �ع�ل و�ي �ك� ب ر� �يك� �ب ت �ج ي �ك� �ذ�ل و�ك

�ن� إ �س ح�ق� و�إ اه�يم� ر� �ب إ ل� ق�ب م�ن ك� �و�ي ب� أ ع�ل�ى �م�ه�ا ت

� أ �م�ا ك �ع ق�وب� ي آل� و�ع�ل�ىح�ك�يم �يم: ع�ل �ك� ب :ر�

“ Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu, dan akan mengajarmu ta’bir mimpi, serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Ya`akub; sebagaimana Ia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

TAFSIRNabi Ya`aqub menerangkan kepada anaknya beberapa kelebihannya iaitulah Allah SWT telah memilihnya dan akan mengajarkannya berkenaan ta’bir mimpi, serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadanya dan keluarganya sebagaimana juga datuk neneknya yang terdahulu iaitu Ibrahim dan Ishak. 

HURAIANDi samping Nabi Ya`aqub menerangkan kepada anak kesayangannya itu tentang yang akan diperolehi oleh Yusuf hasil dari keterangan yang boleh difahami dari mimpi tersebut, Ya`aqub juga dalam pendidikannya kepada anak-anaknya turut menceritakan berbagai-bagai kemuliaan lain yang Allah SWT telah anugerahkan kepada keluarga mereka terutamanya datuk dan nenek moyang mereka. Anugerah-anugerah yang besar di antaranya berbentuk kemuliaan ke atas keluaraganya dengan pemilihan Allah SWT kepada mereka sebagai rasul-rasul telah diceritakan dalam kisah Nabi Ibrahim seperti mana yang telah disebut oleh Allah SWT:

ان� ر� م� ع� و�آل� اه�يم� �ب�ر� إ و�آل� ا ن�وح� و� آد�م� ى اص�ط�ف� الل�ه� إ�ن!

7

Page 8: I'jaz tarbawi

ال�ع�ال�م�ين� ع�ل�ى

(Surah al-Imran: 33)

“Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga ‘Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka.”

Pentingnya ibu bapa menceritakan tentang perjalanan hidup nenek moyang yang terdahulu adalah kerana ia menjadi satu tunjang yang akan terpasak kukuh dalam diri generasi yang pastinya akan mewarisi perjuangan mereka. Kasih sayangnya pada keluarga akan merimbun di hati generasi ini. 

4.2 AYAT 7 :

ائ�ل�ين� ت�ه� آي�ات) ل&لس! و� إ�خ� ف� و� د� ك�ان� ف�ي ي�وس� ل!ق�

“ Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar”

HURAIANKisah Nabi Yusuf bukanlah hanya terdapat dalam al-Qur’an sahaja malahan disebut juga oleh Kita-Kitab Samawi sebelumnya. Terdapat beberapa berbezaan isi kandungan yang hangat diperdebatkan. Namun begitu, isi kandungan tentangnya yang disebut oleh al- Qur’an akan terbukti benar. Banyak pendedahan-pendedahan ilmiyah yang telah dan akan ditemui yang menyokong keterangan cerita yang terdapat dalam al-Qur’an. Maka dengan itu, ia akan menjadi bukti kebenaran risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Ini kerana Rasulullah SAW yang berada di Mekah tidak pernah mengetahui kisah Nabi Yusuf melainkan setelah turunnya surah ini. Padahal apa yang dibacakannya itu tepat sekali. Inilah yang mempesonakan Ahli Kitab kepada ajaran baginda.

4.3 AYAT 8 :

8

Page 9: I'jaz tarbawi

�ف�ي ل �ا �ان �ب أ �ن� إ �ة: ع�ص ب �ح ن� و�ن �ا م�ن �ا �ين ب� أ �ل�ى إ ��ح�ب أ �خ�وه� و�أ �وس�ف� �ي ل �وا ق�ال �ذ إ mين� م�ب mل� ض�ال

"Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata”.

TAFSIRKisah itu bermula bilamana saudara-saudara Yusuf yang seramai sepuluh orang iaitu Rubel, Syam`un, Lawi, Yahuzha, Niftale, Hez, Asyer, Esyakhir, Zayluun dan Dena telah berbincang antara satu sama lain. Mereka berkata sesame sendiri: "Sesungguhnya anak-anak ibu tiri kita iaitulah Yusuf dan adiknya Bunyamin, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan yang ramai dan berguna. Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata”.

HURAIANMenurut Ibn Kathir, Nabi Ya`aqub mempunyai dua orang isteri iaitu Liya dan Rahel. Mereka adalah dua beradik. Pada masa itu, mereka mengikut syariat moyang tok wan mereka Nabi Ibrahim. Syariat itu tidak menegahkan mereka daripada mengahwini adik- beradik

Menurut ulama, timbulnya kedengkian adalah berpunca daripada bahawa Yusuf dan Bunyamin adalah daripada anak-anak Rahel yang diceritakan di dalam kitab-kitab Israeliyyat kerana kecantikannya tetapi sekiranya kita meneliti, nescaya kita akan dapat melihat bahawa kedengkian seseorang manusia terhadap saudaranya adalah suatu sifat semulajadi untuk menguji iman mereka. Berpunca dari perasaan ego yang sudah sedia tertanam sebagai suatu bahan yang diperlukan dalam pembesaran insan yang sihat, ia perlu dididik dan dibentuk ke arah yang betul agar dia mampu menghadapi apa saja halangan yang dihadapkan kepadanya dalam memimpin manusia di sekelilingnya supaya taat kepada Allah. Al-Qur’an memaparkan kedengkian saudara-saudara Yusuf yang masih kecil dan boleh disifatkan sebagai masih dalam kesempurnaan fitrah adalah untuk mengungkaikan perwatakan sebenar manusia ini. dipandang kecil yang mana tentunya akan terus menjadi liar apabila tersalah dalam menanganinya

9

Page 10: I'jaz tarbawi

Dan di sinilah pula ditunjukkan Nabi Ya’aqub sebagai contohnya kepada kita untuk penghayatan yang lebih teliti dan mendalam.

Dalam mendidik anak-anak di hari ini, kita akan sentiasa berdepan dengan suasana perkelahian adik-beradik. Perkelahian semasa kecil adalah normal kerana ia mematangkan sifat-sifat kepimpinan ke dalam dirinya tetapi sekiranya perkelahian itu masih berlaku di peringkat dewasa, disertai dengan perasaan menjauhkan diri antara satu sama, tentulah sifat-sifat itu datang dari kesyaitanan yang kelak akan merosakkan hubungan kekeluargaan. 

4.4 AYAT 18 :

ل�ك�م� ل�ت� و! س� ب�ل� ال� ق� ك�ذ�ب8 ب�د�م8 ه� م�يص� ق� ع�ل�ى آؤ�وا و�ج�ا م� ع�ل�ى ت�ع�ان� ال�م�س� الل�ه� و� م�يل) ج� ب�ر) ف�ص� ا ر� م�

أ� ك�م� س� أ�نف�ون� ف� ت�ص�

“Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakana itu".

TAFSIRMereka membawa baju Yusuf yang berlumuran dengan darah serigala yang mereka bunuh dalam permainan mereka sebagai bukti palsu kepada bapanya. Untuk melancarkan lagi. Bapanya menolak bukti palsu itu.

HURAIANKisah ini memaparkan peristiwa di mana tangisan ini samada kerana sedih akibat tindakan mereka yang bodoh atau tangisan pura-pura kerana berbohong kepada bapanya. Air mata boleh menjadi berlinangan di pipi kanak-kanak, tetapi mereka tidak memahami apa-apa erti penyesalan. Cerita ini juga memaparkan manusia dengan watak-watak yang berbeza mengikut masa dan keadaan serta hasrat dan cita rasanya. 

10

Page 11: I'jaz tarbawi

Dalam pendidikan, terdapat dua bentuk pengaruh yang mempengaruhi seseorang iaitu:1) Pengaruh yang berupa dari dalam rumah.2) Pengaruh yang berupa dari luar rumah.

Pendidikan dari dalam rumah ini, kanak-kanak itu akan terdedah bukan sahaja kepada nasihat dan tunjuk ajar ibu bapa sahaja mlahan juga tingkah laku, watak, keterampilan dan penonjolan yang ditunjukkan oleh ahli keluarganya. Dalam hal adik-beradik Yusuf ini, tentulah bapa mereka Ya`aqub telah menunjukkan yang terbaik dalam segala sudutnya.

Manakala pendidikan di luar rumah ini pula, ia terdedah kepada kawan-kawan dan seluruh apa yang ada dalam masyarakat.

Dalam erti kata yang lain, seseorang kanak-kanak di peringkat umur (3-10 tahun) kebanyakan masanya berada di dalam rumah adalah lebih terkawal kerana mereka belum terdedah dengan pengaruh luar.

Seorang yang tahap umurnya telah terdedah kepada pengaruh dari luar rumah (lingkungan 10-17 tahun) adalah berbeza dari watak ketika berada di dalam rumah (lingkungan 5-10 tahun). Mereka lebih luas melakukan apa sahaja dan lebih mudah pula terdedah dengan pelbagai unsur yang tidak sihat. Oleh kerana itulah ajaran Islam amat menekankan supaya di setiap ketika mereka berada di luar rumah, ibu-bapa perlu melihat siapakah kawan-kawan yang mereka gauli kerana sabda Rasulullah S.A.W:

يخالل من مع المرء

Maksudnya: Seseorang itu bersama orang yang ia gauli (bersahabat).

Ertinya, ibu bapa tidak boleh berpada dengan didikan yang diberikannya. Pengaruh dalam rumah semata-mata belum cukup untuk menjadikan kanak-kanak tersebut berakhlak mulia, malahan juga pengaruh–pengaruh buruk dari luar juga perlulah disekat dari sampai ke pangkuan kanak-kanak tersebut.

11

Page 12: I'jaz tarbawi

4.5 AYAT 22 :

ز�ي ن�ج� و�ك�ذ�ل�ك� ا ل�م� و�ع� ا ك�م� ح� آت�ي�ن�اه� د!ه� أ�ش� ب�ل�غ� ا ل�م! و�

ن�ين� س� ال�م�ح�

“Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”

TAFSIRAllah SWT telah mengurniakan ilmu pengetahuan yang berbagai-bagai kepada Yusuf.

HURAIANTentang ilmu dan hikmat pula, sebagaimana rasul-rasul yang lain dianugerahkan kebijaksaan dan ilmu pengetahuan sebagai asas persediaan pertama sebelum dibangkitkan menjadi utusan, penganugerahan iman dan hikmah ke atas Nabi Yusuf ini adalah bertujuan untuk menekankan kepada para dai`e tentang peranan ilmu sebagai asas utama dan pertama dalam melaksanakan tugasan ini. Yusuf telah dikenali di dalam masyarakat sekelilingnya sebagai seorang yang cerdik dan pintar serta amat mencintai ilmu pengetahuan. Beliau meningkat remaja dalam keadaan bersih, tidak mencampuri kawan-kawan yang nakal, ganas dan liar juga tidak pula banyak menghabiskan masa dengan permainan-permainan yang tidak berfaedah.

Dr Muhammad Sayyid Yusuf dalam bukunya Manhaj al-Qur’an fi Islah al-Mujtama` menyenaraikan sebab kepincangan masyarakat kepada 3 punca utama: berpaling dari ajaran agama, tertipu dengan godaan syaitan dan perancangan jahat musuh yang ingin melihat kehancuran umat Islam

12

Page 13: I'jaz tarbawi

4.6 AYAT 37 :

أ�ن ب�ل� ق� يل�ه� و�ب�ت�أ� ا �ت�ك�م� ن�ب!أ إ�ال! ان�ه� ق� ز� ت�ر� ط�ع�ام) ي�أ�ت�يك�م�ا ال� ال� ق�

! ال و�م8 ق� ل!ة� م� ك�ت� ت�ر� �ن&ي إ ب&ي ر� ن�ي ع�ل!م� ا م! م� ا ذ�ل�ك�م� ا ي�أ�ت�يك�م�ون� ر� ك�اف� ه�م� ة� ر� ب�اآلخ� و�ه�م ب�الل�ه� ن�ون� ي�ؤ�م�

“Yusuf menjawab: "(Aku bukan sahaja dapat menerangkan ta`bir mimpi kamu itu, bahkan) tidak datang kepada kamu sesuatu makanan yang diberikan kepada kamu (tiap-tiap hari dalam penjara), melainkan aku juga dapat memberitahu kepada kamu akan nama dan jenisnya, sebelum ia dibawa kepada kamu. Yang demikian itu ialah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Dengan sebab itu aku meninggalkan ugama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula percayakan hari akhirat.”

TAFSIRNabi Yusuf menjawab bahawa kurniaan Allah kepadanya bukanlah sekadar ia dapat menerangkan ta`bir mimpi mereka sahaja, bahkan ia akan menceritakan kepadanya tentang menu makanan mereka setiap hari sebelum hidangan makanan sampai kepada mereka. 

HURAIANYusuf menunjukkan kebolehan dan ilmu pengetahuannya bertujuan menjinakkan mereka kepadanya. Ini kerana ilmu pengetahuan sahajalah yang boleh mengubah ujian hidup yang sedang dihadapinya. Ilmu pengetahuan jugalah yang mempereratkan lagi hubungan, apatah lagi dalam kehidupan yang dalam suasana yang seperti itu, kehendak nafsu adalah terbatas. 

Membincangkan tentang ilmu pengetahuan adalah pembuka jalan kepada dakwah. Dakwah dan pendidikan pula adalah suatu kewajipan yang perlu ditunaikan terhadap masyarakat. Demikianlah Yusuf menyelami aliran pemikiran dan aqidah yang mereka anuti. Itu adalah langkah-langkah yang bijaksana kepada kejayaan dakwah yang telah dilalui Yusuf di dalam penjara.

13

Page 14: I'jaz tarbawi

4.7 AYAT 39 :

ق�ه�ار� ال و�اح�د� ال �ه� الل � م� أ ر: ي خ� ق�ون� �ف�ر� م�ت �اب: ب ر

� �أ أ الس�ج ن� �ي� ب ص�اح� �ا ي

"Wahai dua sahabat sepenjaraku!Adakah menyembah tuhan yang bermacam-macam itu lebih baik atau menyembah Allah yang Maha Esa dan Maha Perkasa?"

4.8 AYAT 40 :

�ه� الل ل� �نز� أ م�ا �م �اؤ�ك و�آب �م �نت أ �م�وه�ا ت م�ي س� م�اء س� أ � �ال إ �ه� د�ون �م�ن �د�ون �ع ب ت م�ا

الد�ين� �ك� ذ�ل �اه� �ي إ � �ال إ �د�وا �ع ب ت � ال� أ م�ر�

� أ �ه� �ل ل � �ال إ م� ح�ك ال �ن� إ mط�ان ل س� م�ن �ه�ا ب�م�ون� �ع ل ي � ال �اس� الن �ر� ث ك

� أ �ك�ن� و�ل �م� ق�ي ال

"Kamu tidak menyembah selain dari Allah melainkan hanya nama-nama tuhan yang dinamakan kamu dengan datuk nenek kamu. Allah tidak menurunkan sebarang keterangan mengenainya. Sesungguhnya kuasa penentuan hukum itu hanya dimiliki Allah sahaja. Dia telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan hanya Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."

Dua ayat ini menceritakan kaedah dakwah Nabi Yusuf yang menggunakan logic akal disulami dengan soalan ketuhanan yang meruntuhkan kedegilan hati manusia yang kafir.Ini kerana sudah tentu orang kafir itu tidak mengetahui hujah Al Quran kerana tidak mahu mengambil peduli akan ia.Ayat ini seterusnya menceritakan bagaimana Nabi Yusuf menerangkan orang kafir itu hanya menyembah tuhan yang mana nama-nama tuhan mereka itu adalah ciptaan mereka sendiri ataupun warisan daripada datuk nenek mereka .Hanya Allah yang mempunyai nama dan nama

14

Page 15: I'jaz tarbawi

itu bukanlah ciptaan mana-mana manusia ataupun makhluk yang lain.Sesungguhnya hanya Allah yang wajib disembah dan Dialah yang menetapkan segala hokum di dalam alam maya ini.

PENDIDIKAN DALAM ISLAM

Dalam konteks Islam , pendidikan merupakan satu pelajaran atau pendidikan bagi kognitif, fizikal, dan roh untuk melahirkan insan yang berperikemanusiaan. Definisi ini menumpu kepada pembentukan individu seseorang hingga menjadi seorang manusia yang benar-benar sempurna, bukan sahaja dari segi pertambahan ilmu bahkan dari segi pembentukan akhlak dan rohani. Syed Muhammad Naquib al-Attas pula memberikan pengertian bahawa pendidikan Islam adalah usaha yang dilakukan oleh pendidik terhadap anak didik untuk pengenalan dan pengakuan tempat-tempat yang benar dari segala sesuatu dari aturan penciptaan sehingga membimbing mereka ke arah kebaikan.Berdasarkan penerangan di atas dapat disimpulkan bahawa pendidikan merupakan satu proses dan usaha yang praktikal untuk menghasilkan sesuatu, mengubah pandangan, atau cara berfikir, yang seterusnya membawa kepada paradigma atau perubahan dalam tingkah-laku seseorang.

Ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak menjadikan anak-anak mereka seolah-olah tidak beribu bapa ibarat anak-anak yatim.  Benarlah kata penyair Arab “bukanlah yatim itu mereka yang ayahnya tidak menanggungnya dan meninggalkannya sesungguhnya yatim itu ialah ibunya yang sibuk dan ayahnya yang sibuk”.  Ibu bapa perlu menjadi seperti seorang peladang yang sentiasa mengambil berat terhadap benih pokok yang disemainya  Dia perlu menjaganya, membaja, menyiram air, membersihkan duri-durinya dan memotong ranting-ranting yang patah. Dia perlu memastikan benih tersebut dapat menghasilkan buah masak dan ranum.  Jangan jadikan anak-anak seperti benih terbiar diterbangkan angina ibarat debu beterbangan di udara.

Sheikh Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya Tarbiyatul Awlad fil Islam menyenaraikan punca keruntuhan moral anak-anak antaranya

1) Kemiskinan.2) Pergaduhan sesama ibu dan bapa.3) Perceraian yang mengundang kesusahan kepada ibu yang menjaga anak-anak.4) Masa lapang yang tidak terisi dengan sesuatu yang berfaedah.5) Pengaruh rakan-rakan.

15

Page 16: I'jaz tarbawi

6) Diplomasi buruk ibu bapa kepada anak-anak7) ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak

Kemiskinan akan mendorong kanak-kanak keluar dari rumah mencari wang untuk keperluan dirinya yang akan mendedahkan mereka kepada sarang-sarang penjenayah natijahnya akan melahirkan masyarakat yang anggota masyarakatnya penjenayah-penjenayah muda.

Ibu bapa yang bergaduh terutamanya di hadapan anak-anak akan menyebabkan anak-anak resah dan tidak gembira.  Perceraian ibu bapa kebiasaannya menyebabkan anak-anak kehilangan bapa dan memaksa ibu-ibu keluar mencari nafkah. Maka anak-anak yang sudah kehilangan bapa akn terasa kekurangan masa bersama ibu mereka lantas mereka akan mencari alternatif untuk mengisi kekosongan yang ada dalam jiwa mereka.

Begitu juga jika anak-anak mempunyai masa lenggang yang banyak dan ibu bapa tidak memenuhi masa anak-anak mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah akan mempengaruhi kanak-kanak mengisi masa mereka mengikut cara mereka sendiri. 

Islam terlebih dahulu telah memberikan peringatan yang keras tentang kesan negatif yang bakal menimpa mereka yang tersilap memilih kawan seperti dalam ayat 28-30 surah al-Furqan “Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya, seraya berkata: “Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul”. Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al Qur’an ketika Al Qur’an itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mau menolong manusia.” 

Sikap ibu bapa dan cara diplomasi mereka yang tidak berhikmah menyebabkan anak-anak menjadi tertekan dan beremosi kerana anak-anak juga manusia yang diberikan akal yang mampu berfikir dan boleh menilai lantas mereka akan mempersoalkan sikap ibu bapa mereka yanag tidak rasional. 

16

Page 17: I'jaz tarbawi

RUJUKAN

1. Al-Quran Tafsir pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Quran, Abdullah Basmeih. 2001. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

2. Dr Muhammad Sayyid Yusuf - Manhaj al-Qur’an fi Islah al-Mujtama`3. Sheikh Abdullah Nasih `Ulwan - Tarbiyatul Awlad fil Islam 4. Tafsir Ibnu Khatir 5. Tafsir Al Jalallain6. Saheh Muslim7. Mohd. Yusuf Ahmad. 2002. Falsafah dan sejarah pendidikan Islam.

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.8. Syed Muhammad Naquib Al Attas. 1992. Tujuan dan Objektif Pendidikan Islam.

Samsudin Jaapar (ptjh.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

17