ii pengurusan jenazah mengikut sukatan · pdf fileii perisian pembelajaran berbantukan...

25
i

Upload: tranbao

Post on 07-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

i

Page 2: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

ii

PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) :

PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN KBSM

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN TIGA.

FATIM NOR MUHAMAD B NORDIN

TESIS INI DISAMPAIKAN SEBAGAI MEMENUHI

SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SERTA

PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2007/2008

Page 3: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

iii

Page 4: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

iv

“Saya akui ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ________________________

Nama Penulis : FATIM NOR MUHAMAD BIN NORDIN

Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 5: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

v

DEDIKASI

‹Ûa@�a@á�i¼áîy‹Ûa@å @

Wahai Zat Yang Maha Tinggi, Wahai Zat Yang Maha Agong,

Wahai Zat Yang Maha Penyantun, Wahai Zat Yang Maha Mengetahui,

Engkaulah Tuhanku, dan liputan pengetahuanMu itu cukuplah bagiku,

Oleh itu sebaik-baik Tuhan adalah Tuhanku, dan sebaik-baik kecukupan

adalah kecukupanku, Engkau menolong sesiapa yang Engkau kehendaki

dan hanya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Pengasih

’Bismillah’ pintu ku, ’Tabarakallah’ pagar ku, ’Yaasin’ atap ku,

’Bismillah’, aku ucapkan ke atas agamaku, jiwa ragaku,

dan ke atas anak-anak yang akan lahir nanti,

’Bismillah’, aku ucapkan ke atas harta benda ku,

dan ke atas ahli keluargaku,

’Bismillah’ ku ucapkan ke atas segala sesuatu

Yang dikurniakan Tuhanku kepadaku.

Page 6: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

vi

PENGHARGAAN

‹Ûa@�a@á�i¼áîy‹Ûa@å @

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t yang telah

memberi ruang dan peluang kepada hambanya untuk menikmati anugerah besarNya

iaitu nikmat iman dan Islam. Walaubagaimanapun, segala nikmat tersebut bukanlah

untuk dirasai secara personal, tetapi ia lebih disukai oleh al-Khaliq kiranya dikongsi

dan dirasai bersama-sama insan yang lain.

Perasaan syukur juga dirafaqkan kepada al-Khaliq kerana dengan sifat al-

Rahman dan al-RahimNya, Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disempurnakan

dengan jayanya. Penghargaan tidak terhingga kepada Prof Madya Ajmian Bin Safar

selaku penyelia projek. Tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar dan teguran

sepanjang proses penulisan dan pembangunan. Semoga segala sumbangan ikhlas

tersebut diredhai Allah s.w.t dan ganjarannya adalah syurga.

Dikesempatan ini, ucapan terima kasih juga dilafazkan untuk semua pihak

yang terlibat sepanjang penulisan dan pemabangunan PSM ini. Antaranya tenaga-

tenaga pengajar Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) serta warga

Fakulti Pendidikan (FP) yang banyak menyalur maklumat dan nasihat. Segala

sumbangan tersebut akan dinilai oleh Allah sebagai mutiara-mutiara pahala yang

bersinar di medan mahsyar nanti.

Ingatan tulus ikhlas buat mak, ayah dan keluarga tercinta yang banyak

mendoakan kejayaan anakanda sepanjang empat tahun di Universiti Teknologi

Malaysia. Moga syurga menjadi perhentian terakhir kita, bertemu dan bermastautin

di sana.

Page 7: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

vii

ABSTRAK

Kesan dari perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), telah

muncul suatu kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih

efektif dan interaktif, menggantikan kaedah tradisional ’chalk and talk’ yang dikenali

sebagai Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Seiring dengan itu, sebuah

perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) telah direkabentuk di bawah

tajuk Pengurusan Jenazah mengikut sukatan KBSM Pendidikan Islam Tingkatan

Tiga. Tujuan perisian ini dibangunkan adalah untuk membantu guru-guru Pendidikan

Islam meningkatkan kualiti P&P mereka, dan pada masa yang sama sebagai panduan

dan bahan untuk mengulang kaji pelajaran di sekolah atau di rumah oleh para pelajar.

Perisian ini dibina dengan menggunakan Bahasa Gubahan Macromedia Authorware

7.0 dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Adobe Photoshop 7.0, Adobe

Premiere Pro 1.5, Macromedia Flash MX dan Swish Max. Perisian ini

mengaplikasikan prinsip pembelajaran konstruktivisme dan perancangan

rekabentuknya berdasarkan model aliran kerja ADDIE. Bagi memastikan kualiti

perisian mengikut piawaian, ia telah dinilai oleh dua orang pakar multimedia.

Page 8: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

viii

ABSTRACT

The effect of Information and Communication Technology (ICT) has lead to

a new teaching method that is more effective and interactive to replace the traditional

‘chalk and talk’ method, which is known as the Computer Based Learning (CBL).

For this reason, a CBL entitled Pengurusan Jenazah, according to KBSM Pendidikan

Islam Form Three had been designed. The aim of this courseware was to help

teachers of Pendidikan Islam to upgrade their teaching and learning quality and at the

same time as a students’ guide and source of revision while they are in school and at

home. This courseware was developed by using authoring language Macromedia

Authorware 7.0 and was supported by other software such as Adobe Photoshop 7.0,

Adobe Premiere Pro 1.5, Macromedia Flash MX and Swish Max. The courseware

applied the constructivism learning principle and the development plan was based on

ADDIE framework model. To assure courseware’s quality is up to the standard, it

had been evaluated by two multimedia experts

Page 9: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN TESIS

PENGAKUAN PENYELIA

HALAMAN BERJUDUL

PENGAKUAN PELAJAR

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN/ SIMBOL/ ISTILAH

SENARAI LAMPIRAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

viii

ix

xiv

xv

xvii

xviii

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Pembangunan Perisian

1.4.1 Objektif Merekabentuk Perisian

1.4.2 Objektif Perisian

1

3

5

7

7

7

Page 10: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

x

BAB 2

1.5 Skop Projek

1.6 Rasional Projek

1.7 Kepentingan Projek

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM)

1.8.2 Multimedia

1.8.3 Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK)

1.8.4 Interaktiviti

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Falsafah Pendidikan

2.3 Koridor Raya Multimedia (MSC)

2.4 Sekolah Menengah Bestari

2.5 Penggunaan Sistem Komputer Dalam

Pendidikan.

2.6 Pendekatan Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK)

2.7 Klasifikasi Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK)

2.8 Jenis-Jenis Perisian Aplikasi Dalam

Pendidikan.

2.9 Kelebihan dan Kelemahan Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK).

2.10 Proses Merekabentuk Pengajaran Bersistem

Dalam Perisian Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK).

2.11 Strategi Pengajaran Dalam Perisian

Pembelajaran Berbantukan Komputer.

8

8

9

10

11

11

11

12

13

13

14

15

16

16

17

19

20

21

Page 11: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

xi

BAB 3

2.12 Teori-Teori Pembelajaran Dalam

Rekabentuk Perisian

2.13 Elemen-Elemen Multimedia.

2.14 Komponen Motivasi Dalam Rekabentuk

Perisian Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK)

2.15 Kajian-Kajian Lepas

REKABENTUK PERISIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Perancangan Rekabentuk

3.2.1 Fasa Analisis

3.2.2 Fasa Rekabentuk

3.2.3 Fasa Pembangunan

3.2.4 Fasa Pelaksanaan

3.2.5 Fasa Penilaian

3.3 Aplikasi Prinsip Teori Pembelajaran

Konstruktivisme Dalam Rekabentuk

Perisian PBK.

3.4 Aplikasi Komponen Motivasi Dalam

Rekabentuk Perisian

3.5 Elemen-Elemen Multimedia Yang

Diaplikasi Dalam Perisian

3.6 Pembinaan Carta Alir

3.7 Perkakasan dan Perisian Yang Digunakan

3.7.1 Perkakasan Yang Digunakan

3.7.2 Perisian Yang Digunakan

23

24

26

28

32

33

34

35

36

37

38

38

40

41

43

46

46

47

Page 12: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

xii

BAB 4

BAB 5

HASIL REKABENTUK PERISIAN

4.1 Pengenalan

4.2 Perbincangan Perisian

4.2.1 Video Set Induksi

4.2.2 Soalan Set Induksi

4.2.3 Pendaftaran Pengguna

4.2.4 Alu-aluan Selamat Datang

4.2.5 Tajuk Perisian ‘Pengurusan Jenazah’

4.2.6 Objektif Akhir Perisian

4.2.7 Menu Utama

4.2.8 Menu Pelajaran

4.2.8.1 Isi Pelajaran.

4.2.9 Menu Praktikal

4.2.9.1 Video Praktikal.

4.2.10 Uji Minda

4.2.10.1 Uji Minda 1 (Objektif)

4.2.10.2 Uji Minda 2 (Subjektif)

4.2.10.3 Uji Minda 3 (Padanan)

4.2.11 Galeri

4.2.12 Kredit

4.2.13 Keluar ke Windows

4.3 Pempakejan Perisian

4.4 Hasil Penilaian Pengguna

4.5 Hasil Penilaian Pakar

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

5.2.1 Kekuatan Perisian

48

48

49

49

50

51

52

53

54

55

56

69

70

71

72

73

74

75

75

76

77

78

80

82

82

83

Page 13: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

xiii

5.2.2 Cadangan

5.2.3 Kekangan Sepanjang Pembangunan.

5.3 Kesimpulan

85

86

88

Bibliografi 89

Lampiran 95

Page 14: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

3.1

4.1

4.2

Simbol-Simbol Piawai Carta Alir

Hasil Skor Penilaian Pengguna

Hasil Skor Penilaian Pakar

44

79

81

Page 15: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK

MUKA SURAT

3.1

3.2

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

4.17

4.18

Aliran Kerja Model ADDIE

Carta Alir Perisian PBK : Pengurusan

Jenazah Mengikut Sukatan KBSM

Pendidikan Islam Tingkatan Tiga

Paparan Video Set Induksi

Paparan Soalan

Paparan Pendaftaran Pengguna

Paparan Alu-aluan Selamat Datang

Paparan Tajuk Perisian ‘Pengurusan

Jenazah’

Paparan Objektif

Paparan Menu Utama

Paparan Menu Pelajaran

Paparan Isi Pelajaran

Kapur Barus

Sabun Mandi

Sarung Tangan Getah

Air Mawar

Kapas Telinga

Cendana dan Pacai

Minyak Wangi / Atar

Kain kapan

Kapas

33

45

49

50

51

52

53

54

55

56

57

59

59

60

60

60

62

62

62

62

Page 16: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

xvi

4.19

4.20

4.21

4.22

4.23

4.24

4.25

4.26

4.27

4.28

4.29

Paparan Menu Praktikal

Paparan Video Praktikal

Paparan Menu Uji Minda

Paparan Uji Minda 1 (Objektif)

Paparan Uji Minda 2 (Subjektif)

Paparan Uji Minda 3 (Padanan)

Paparan Galeri (Video)

Paparan Kredit

Paparan Keluar

Pecahan (%) Hasil Penilaian Pengguna

Pecahan (%) Hasil Penilaian Pakar

69

70

71

72

73

74

75

76

77

80

81

Page 17: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

xvii

SENARAI SINGKATAN / SIMBOL / ISTILAH

CD - Compact Disk

CD-ROM - Compact Disk Read Only Memory

DVD-ROM - Digital Versetile Disk Read Only Memory

FPN - Falsafah Pendidikan

ICT - Information Communication Technology

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekoah Menengah

MSC - Multimedia Super Coridor

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

PMR - Penilaian Menengah Rendah

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A

B

C

Borang Penilaian (Pakar) Perisian PBK.

Borang Penilaian (Pengguna) Perisian

PBK

Carta Gantt

95

96

97

Page 19: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Ledakan teknologi maklumat dewasa ini amat pantas berlaku di mana-mana

tempat di serata dunia. Seiring dengan itu, penggunaan komputer semakin meluas

digunakan dan pada masa ini, ia bukanlah lagi suatu perkara yang dianggap luar

biasa. Komputer juga bukan lagi menjadi suatu barangan mewah atau eksklusif,

sebaliknya telah menjadi suatu keperluan dalam setiap aspek kehidupan manusia

masa kini. Ia digunakan dalam bidang pendidikan dan latihan, perniagaan,

pengiklanan, perbankkan, komunikasi, perundangan, hiburan, permainan,

ketenteraan dan sebagainya (Jamaluddin dan Zaidatun, 2005).

Bukan itu sahaja, Yong Jitt Weng (2001) menjelaskan teknologi maklumat

merupakan salah satu aspek teknologi yang banyak menyumbang kepada

pembangunan teknologi yang pesat di seluruh dunia pada masa kini. Maklumat dapat

disebarkan dengan begitu pantas sehingga terwujudnya frasa seperti Lebuh Raya

Maklumat (Information Super Highway)

Atas dasar itulah, pentingnya teknologi yang sedia ada kini diaplikasi secara

total bagi kemaslahatan pendidikan negara, ini kerana ia bukanlah suatu perkara yang

baru dalam sejarah perkembangan komputer. Sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu,

Page 20: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

2

banyak kumpulan penyelidik telah berusaha untuk mengkaji serta memperkenalkan

cara-cara bagaimana komputer dapat diguna untuk memudahkan proses pengajaran

dan pembelajaran di sekolah (Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir, 2005).

Malah penggunaan komputer di rumah kini bukan lagi suatu perkara yang

luar biasa. Hampir semua orang menggunakannya dan turut mampu memiliki sebuah

set yang lengkap di rumah. Bagi memastikan generasi kini tidak tertinggal di

belakang, pendidikan yang berunsur teknologi moden berkomputer telah diperkenal

oleh kerajaan Malaysia seperti Sekolah Bestari, yang menjadikan komputer sebagai

bahan bantu pengajaran utama (Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir, 2005).

Menurut Yusri Mohamad (1997), pengwujudan Sekolah Bestari (Smart

School, 1999) diletakkan antara tujuh aplikasi utama ’Multimedia Super Coridor’

(MSC), ini dengan sendirinya menjadikan teknologi pendidikan dan kurikulum di

sekolah semakin canggih dan mempunyai keupayaan dan keistimewaan tersendiri

untuk melahirkan pelajar dan masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan tinggi.

Sementara itu, Mohd Zaidi (2003) pernah mengatakan, bahawa usaha

memberi penekanan kepada pendekatan intergratif di dalam pendidikan oleh

kerajaan, merupakan satu langkah yang baik dan patut dipuji terutamanya yang

menyentuh pendidikan Islam. Namun demikian, untuk menjadikan Malaysia sebagai

Negara Hadhari, keunggulan Islam harus ditampilkan bersama-sama. Tidak mungkin

konteks Negara Islam Malaysia dalam pengertian Islam Hadhari akan wujud tanpa

ilmu-ilmu yang dibangunkan secara intergratif seiring dengan ilmu konversional.

Teknologi yang terus berkembang luas, penggunaan komputer yang

menyeluruh oleh masyarakat, kajian meluas tentang aplikasi komputer ke dalam

bidang pendidikan dan kemunculan Sekolah Bestari di Malaysia merupakan antara

ruang dan peluang yang perlu diberi perhatian secara menyeluruh oleh para pendidik

bagi menyumbang tenaga dan pengalaman yang ada di pasca moden ini.

Page 21: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

3

Cadangan agar pembelajaran berbantukan komputer diperkembangkan, wajar

disambut baik dengan maksud bukan sahaja fokus kepada subjek-subjek tertentu

seperti sains, fizik dan matematik, malah diperluas kepada subjek-subjek lain seperti

Pendidikan Islam, moral dan sebagainya yang merangkumi semua peringkat :

rendah, menengah, tinggi, mahupun jabatan-jabatan kerajaan dan sebagainya.

Dikukuhkan lagi oleh Prof Emeritus Tan Sri Awang Had Salleh (2000) dalam kertas

kerjanya "IT in education : An Asset and a Liability", yang menekankan dan

menyeru para pendidik dan cendiakawan tempatan membangunkan perisian-perisian

yang berbentuk pembelajaran.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan menjadi wahana paling penting dalam memperdayakan

masyarakat Malaysia. Justeru Falsafah Pendidikan Negara (FPN) diperkenalkan

iaitu: Pendidikan merupakan satu usaha berterusan untuk mencapai pembangunan

potensi individu di dalam usaha yang menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan

individu yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, spiritual, emosi dan fizikal

berdasarkan keyakinan yang tinggi kepada Tuhan.

Bagi merencana tindakan merealisasikan falsafah tersebut. Syed Mikail Rizal

Aidid (2006) menjelaskan, demi mencapai pengislahan negara mestilah sentiasa

banyak melabur dalam bidang pendidikan insan, laki-laki dan wanita, agar mereka

menjadi beradab, yakni manusia baik dan terpelajar serta mampu berperanan lagi

berjaya dalam masyarakat hadhari.

Oleh kerana beberapa perkara yang melanda masyarakat mengenai

pendidikan kini seperti legasi sekularisasi ilmu, pendidikan yang utilitarisme

(kebergunaan), buta huruf dan ketidakupayaan menghayati ilmu dengan berkesan,

maka reformasi pendidikan oleh pihak yang berwajib secara langsung mahupun tidak

langsung, harus dilaksanakan bagi menangani masalah fundamental (Syed Mikail

Rizal Aidid, 2006).

Page 22: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

4

Kebimbangan dan cabaran pendidikan kini, dapat dilihat dari pelbagai aspek

sama ada guru, pelajar mahupun institusi itu sendiri. Walhal dalam pedagogi, kaedah

pengajaran dan pembelajaran, bahan bantuan mengajar, kelas dan bahan rujukan

turut menjadi tanda tanya. Hasil yang nampak kini, ialah lambakan generasi yang

bermasalah dalam memahami ilmu pengetahuan secara holistik. Lebih

mendukacitakan ialah tidak mampu kaitkan ilmu yang dipelajari dengan kehidupan

harian.

Okey (1985) berpendapat, terdapat beberapa sebab mengapa keciciran pelajar

dalam pembelajaran berlaku, antaranya ialah penggunaan bahan pengajaran yang

kurang berkesan, persekitaran pembelajaran yang kurang memberangsangkan dan

tiada kepelbagaian kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran

(P&P) yang diamalkan oleh guru.

Perkara tersebut dikukuh oleh kajian hipotesis yang menunjukkan pelajar

yang hilang minat terhadap pembelajaran adalah disebabkan oleh bahan

pembelajaran yang tidak menarik dan tidak menepati objektif pengajaran, organisasi

isi kandungan tidak sistematik, persekitaran pembelajaran kurang memuaskan dan

pendekatan pengajaran yang statik (Okey, 1985).

Malah, senario semasa mengambarkan pedagogi pengajaran dan

pembelajaran yang berbentuk traditional yang melibatkan dua entiti guru dan pelajar,

'chalk and talk', hafalan, dan kuliah yang statik kurang sesuai, bosan, tidak efektif

dan kurang interaktif bagi mendepani arus globalisasi yang sarat dengan teknologi

perkomputeran.

Jesteru, Yong Chee Kieng (2001) berpendapat, pendekatan pendidikan di

negara perlu mengalami sedikit perubahan bagi mendepani arus teknologi globalisasi

dengan memberi penekanan kepada unsur-unsur teknologi maklumat seperti

memperkenalkan program literasi komputer serta pendidikan sains dan teknologi di

sekolah.

Page 23: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

5

Menghubung kaitkan teknologi terkini ke bidang pendidikan telah mendapat

perhatian Profesor Emeritus Tan Sri Had Salleh (2000) semasa membentang kertas

kerja 'IT in Education : An Asset and a Liability' yang menekankan kepentingan

pendidikan IT. Beliau mengatakan bahawa negara tidak akan bergerak maju tanpa

IT dan menyeru kepada para pendidik dan cendiakawan tempatan untuk

membangunkan perisian-perisian IT tempatan bagi kegunaan bidang pendidikan.

Saranan dan cadangan tersebut adalah suatu yang baik kerana menurut kajian

yang dibuat oleh Dr. Rio Sumarni (1996), bahawa pembangunan perisian berbentuk

PBK untuk sekolah-sekolah di Malaysia masih kurang. Ini berpunca dari penggunaan

komputer untuk tujuan P&P oleh guru dan bilangan perekabentuk perisian PBK pada

tahap yang rendah.

Oleh hal demikian, menjadi tanggungjawab para pendidik secara umum,

melakukan sedikit anjakan dan reformis dalam pendidikan, agar pedagogi, kaedah

dan pendekatan yang lebih menarik minat para pelajar untuk belajar berbagai ilmu

pengetahuan dapat dipertingkatkan, seperti memperkenalkan dan membangunkan

perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) yang berhubung kait dengan

KBSM mahupun KBSR di Malaysia.

Pujian positif harus diberi, apabila kerajaan menubuhkan unit komputer

dalam pendidikan di bahagian sekolah-sekolah dan pasukan projek COMIL untuk

membangunkan sistem perisian pengarangan bersepadu COMIL (Computer

Intergrated Learning).

1.3 Pernyataan Masalah

Cabaran di dalam melaksanakan pendidikan berbantukan komputer di dalam

negara ialah kurangnya individu serta pihak yang beranisiatif membangunkan

perisian tempatan untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kebanyakan yang

berkualiti dihasilkan di negara lain yang majoritinya kurang sesuai dengan bahasa,

Page 24: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

6

sukatan, nilai, dan ciri budaya masyarakat Malaysia. Ini berdasarkan kajian Dr. Rio

Sumarni (1996) yang mendapati kebolehan membangunkan perisian untuk tujuan

pendidikan di sekolah adalah pada tahap yang rendah.

Kebanyakan guru kini memberi tumpuan kepada pembelajaran berpusatkan

guru sahaja dan kurang memberi penekanan kepada pendekatan 'student center'

dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengenalan kepada perisian multimedia dalam

pengajaran dan pembelajaran adalah suatu peluang dan ruang kepada guru-guru bagi

menjadikan proses pendekatan mereka lebih variasi, menarik dan menyeronokkan,

pada masa yang sama para pelajar mudah faham pelajaran, tidak membosankan dan

para pelajar mampu belajar sendiri (kendiri).

Menurut kajian Weinraub (1998), peratusan pemahaman pembelajaran

pelajar dengan menggunakan perisian yang berunsurkan multimedia adalah lebih

tinggi dan hasilnya adalah lebih baik berbanding dengan kaedah pembelajaran

tradisional. Ini dikukuhkan lagi oleh ahli psikologi kognitif, yang telah

mengemukakan satu konsep pembelajaran yang menekankan kepada penemuan oleh

pelajar itu sendiri seperti perisian PBK. Ini bermakna pelajar diberi peluang untuk

mencari sesuatu konsep sendiri di mana pengajaran guru tidak memberi kesemua isi

pelajaran, pelajar sendiri perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Justeru, bagi mendepani senario dan masalah yang dihadapi, penyelidik

berhasrat membantu menyumbangkan tenaga membina sebuah perisian pembelajaran

berbantukan komputer (PBK) yang sarat dengan kepelbagaian media bagi

membimbing para pelajar menimba ilmu pengetahuan secara kendiri. Perisian yang

akan dibina adalah berdasarkan sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam tingkatan tiga topik pengurusan

jenazah.

Page 25: ii PENGURUSAN JENAZAH MENGIKUT SUKATAN · PDF fileii perisian pembelajaran berbantukan komputer (pbk) : pengurusan jenazah mengikut sukatan kbsm pendidikan islam tingkatan tiga. fatim

7

1.4 Objektif Pembangunan Perisian

Objektif pembangunan perisian PBK ini terbahagi kepada dua bahagian :

1.4.1 Objektif Merekabentuk Perisian

Pembinaan perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) ini adalah

bertujuan untuk :

• Menerapkan penggunaan teknologi multimedia dalam mata pelajaran

Pendidikan Islam khususnya dalam bab pengurusan jenazah bagi sukatan

pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

• Mempertajamkan kefahaman pelajar terhadap apa yang dipelajari pada bab

pengurusan jenazah dengan menyelesaikan soalan-soalan dalam perisian.

• Memudahkan suatu konsep yang sukar difahami, dijelaskan dengan baik

dengan bantuan klip video dan animasi.

1.4.2 Objektif Perisian

Di akhir perisian, diharap pengguna dapat :

• Menyatakan secara umum kewajipan terhadap jenazah dan tindakan awal

yang perlu dilakukan ketika berlaku sesuatu kematian.

• Mengenalpasti kaedah asas memandikan jenazah, mengkapankan jenazah,

sembahyang jenazah, dan mengebumikan jenazah dalam kehidupan harian

dengan baik dan betul.