i{eramahan umii{el it -...

2
I{eramahan umiI{el it Dahulu digeruni, kini masyarakat , I<elabit terkenal dengan keramahan B ARIO? Di mana temp at ini? Apa ada di Bario? Itu adalah antara persoalan yang terdetik dalam fikiran penulis tatkala menerima tugasan ke dataran tanah tinggi berdekatan Kalimantan, Indonesia ini. Berpeluang ke Bario be:t:sama beberapa lagi pengamal media lain melalui rombongan Kembara Media IMalaysia yang dianjurkan oleh labatan Penerangan Malaysia baru-baru ini memberi pengalaman baru. . Bario adalah penempatan bagi masyarakat Kelabit, yang terkenal dengan sifat rajin bekerja, dan sumber bagi beras wangi Bario. Selain itu, ia terkenal dengan nanasnya yang segar dan manis. Bario mempunyai kira-kira 1,500 penduduk dan 90 peratus daripada mereka adalah masyarakat Kelabit, selain bakinya Penan, Melayu dan Cina. Siapa sangka, masyarakat Kelabit yang dahulunya dikenali sebagai pahlawan serta pemburu kepala yang berani dan digeruni, kini amat pemurah dengan sapaan mesra dan senyuman menawan. Kemesraan dan kesantunan masyarakat pribumi itu jelas dirasai apabila rombongan media yang menjejakkan kaki ke rumah panjang di Bario Asal dirai dalam sambutan yang cukup kaya dengan tradisi. Di hadapan muka pintu, penghuninya yang tidak putus-putus menguntumkan senyuman, berbaris panjang bagi menyambut ketibaan tetamu dan ada yang menyua minuman buah nanas kepada mereka untuk terus diminum menggunakan penyedut minuman. Tetamu juga dikalungkan dengan seutas rantai bermanik halus sebelum diajak menari, dengan berpegang pinggang atau bahu beramai-ramai sambil menghayun derap langkah penuh gemalai mengikut alunan lagu tradisional Kelabit . Tarian 'Makasor', yang bermaksud long dance, adalah sebagai tanda mengalu- alukan kehadiran tetamu ke rumah . panjang yang kukuh berdiri sejak tahun 19631agi. Anggap sebagai hero Tidak cukup dengan itu, kumpulari wanitanya yang lengkap berpakaian tradisional 'Sapa Arit' dan bertopi manik 'Peta' kemudian turut menyanyikan lagu epik kaum Kelabit, 'Adih' kepada tetamu. Menurut Pun Ngalinuh Karuh, yang usianya hampir menginjak 100 tahun, lagu sarat sejarah itu mengisahkan mengenai wira Kelabit, Angan Tandun yang amat mereka agungi. Z4 UTUSAN MALAYSIA KHAMIS 4 SEPTEMBER 2014 WAN ITA Kelabit lengkap berpakaian tradisional'Sapa Arit' dan bertopi manik 'Peta' ketika ditemui di rumah panjang Bario Asal. "Masyarakat Kelabit amat menghargai dan menganggap tetamu yang berkunjung ke Bario sebagiU hero seperti Angan Tandun kerana untuk masuk ke Bario bukan mudah;' katanya. Rumah panjang moden namun tetap mengekalkan ciri-ciri keaslian itu mempunyai 23 unit pintu yang setiap pintu secara purata diduduki seramai enam orang sekeluarga. Setiap pintu dihiasi potret wajah keluarga dari kecil hingga dewasa, malah turut dilengkapi dengan bilik privasi masing-masing, ruang tamu dan dapur memasak terbuka yang masih menggunakan kayu api. Ketua kaum Bario Asal Kelabit, Laju Balang'berkata, masyarakat Kelabit yang tinggal di Bario kebanyakkannya adalah . generasi tua dan mereka mudah dikenali dengan tatu ukiran tradisional serta subang logam berat tergantung di cupi!1g telinga yang panjang. "Golongan belia kebanyakannya meninggalkan Bario selepas tingkatan tiga PEMANDANGAN rumah panjangdl Barlo. untuk menyamhung pelajaran di bandar seperti di Miri dan Kuching kerana di sini tidak menawarkan pendidikan menengah atas;' katanya. Beliau berkata meskipun hidup jauh dari arus pemodenan, ia tidak menjadi batu penghalang untuk anak Kelabit berjaya, buktinya ramai yang memegang pelbagai jawatan professional antaranya doktor, peguam, jurutera, arkitek dan dalam badan kerajaan. Katanya, antara nama besar yang berjaya dilahirkan ialah Menteri di labatan Perdana Menteri, Datuk Idris lala dan Pengarah Imigresen Sarawak, Datuk Robert Lian Balangalibun. Laju berkata sejak turun temurun masyarakat Kelabit, tanpa mengira lelaki atau wanita, amat kuat bekerja, malah aktiviti ekonomi utama komuniti itu ialah penanaman, terutama padi yang menghasilkan beras Bario dan nanas. "Sayur-sayuranjuga ditanam sendiri, malah makanan harian dimasak

Upload: lytuyen

Post on 10-Mar-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: I{eramahan umiI{el it - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2414/1/KeramahanBumiKe... · Itu adalah antara persoalan yang terdetik dalam fikiran penulis

I{eramahan umiI{el it

Dahulu digeruni, kini masyarakat , I<elabit terkenal dengan keramahan

BARIO? Di mana temp at ini? Apa ada di Bario? Itu adalah antara persoalan yang terdetik dalam fikiran penulis tatkala menerima

tugasan ke dataran tanah tinggi berdekatan Kalimantan, Indonesia ini.

Berpeluang ke Bario be:t:sama beberapa lagi pengamal media lain melalui rombongan Kembara Media IMalaysia yang dianjurkan oleh labatan Penerangan Malaysia baru-baru ini memberi pengalaman baru.

. Bario adalah penempatan bagi masyarakat Kelabit, yang terkenal dengan sifat rajin bekerja, dan sumber bagi beras wangi Bario. Selain itu, ia terkenal dengan nanasnya yang segar dan manis.

Bario mempunyai kira-kira 1,500 penduduk dan 90 peratus daripada mereka adalah masyarakat Kelabit, selain bakinya Penan, Melayu dan Cina.

Siapa sangka, masyarakat Kelabit yang dahulunya dikenali sebagai pahlawan serta pemburu kepala yang berani dan digeruni, kini amat pemurah dengan sapaan mesra dan senyuman menawan.

Kemesraan dan kesantunan masyarakat pribumi itu jelas dirasai apabila rombongan media yang menjejakkan kaki ke rumah panjang di Bario Asal dirai dalam sambutan yang cukup kaya dengan tradisi.

Di hadapan muka pintu, penghuninya

yang tidak putus-putus menguntumkan senyuman, berbaris panjang bagi menyambut ketibaan tetamu dan ada yang menyua minuman buah nanas kepada mereka untuk terus diminum menggunakan penyedut minuman.

Tetamu juga dikalungkan dengan seutas rantai bermanik halus sebelum diajak menari, dengan berpegang pinggang atau bahu beramai-ramai sambil menghayun derap langkah penuh gemalai mengikut alunan lagu tradisional Kelabit .

Tarian 'Makasor', yang bermaksud long dance, adalah sebagai tanda mengalu­alukan kehadiran tetamu ke rumah . panjang yang kukuh berdiri sejak tahun 19631agi.

Anggap sebagai hero Tidak cukup dengan itu, kumpulari

wanitanya yang lengkap berpakaian tradisional 'Sapa Arit' dan bertopi manik 'Peta' kemudian turut menyanyikan lagu epik kaum Kelabit, 'Adih' kepada tetamu.

Menurut Pun Ngalinuh Karuh, yang usianya hampir menginjak 100 tahun, lagu sarat sejarah itu mengisahkan mengenai wira Kelabit, Angan Tandun yang amat mereka agungi.

Z4 UTUSAN MALAYSIA • KHAMIS 4 SEPTEMBER 2014

WAN ITA Kelabit lengkap berpakaian tradisional'Sapa Arit' dan bertopi manik 'Peta' ketika ditemui di rumah panjang Bario Asal.

"Masyarakat Kelabit amat menghargai dan menganggap tetamu yang berkunjung ke Bario sebagiU hero seperti Angan Tandun kerana untuk masuk ke Bario bukan mudah;' katanya.

Rumah panjang moden namun tetap mengekalkan ciri-ciri keaslian itu mempunyai 23 unit pintu yang setiap pintu secara purata diduduki seramai enam orang sekeluarga.

Setiap pintu dihiasi potret wajah keluarga dari kecil hingga dewasa, malah turut dilengkapi dengan bilik privasi masing-masing, ruang tamu dan dapur memasak terbuka yang masih menggunakan kayu api.

Ketua kaum Bario Asal Kelabit, Laju Balang'berkata, masyarakat Kelabit yang tinggal di Bario kebanyakkannya adalah . generasi tua dan mereka mudah dikenali dengan tatu ukiran tradisional serta subang logam berat tergantung di cupi!1g telinga yang panjang.

"Golongan belia kebanyakannya meninggalkan Bario selepas tingkatan tiga

PEMANDANGAN rumah panjangdl Barlo.

untuk menyamhung pelajaran di bandar seperti di Miri dan Kuching kerana di sini tidak menawarkan pendidikan menengah atas;' katanya.

Beliau berkata meskipun hidup jauh dari arus pemodenan, ia tidak menjadi batu penghalang untuk anak Kelabit berjaya, buktinya ramai yang memegang pelbagai jawatan professional antaranya doktor, peguam, jurutera, arkitek dan dalam badan kerajaan.

Katanya, antara nama besar yang berjaya dilahirkan ialah Menteri di labatan Perdana Menteri, Datuk Idris lala dan Pengarah Imigresen Sarawak, Datuk Robert Lian Balangalibun.

Laju berkata sejak turun temurun masyarakat Kelabit, tanpa mengira lelaki atau wanita, amat kuat bekerja, malah aktiviti ekonomi utama komuniti itu ialah penanaman, terutama padi yang menghasilkan beras Bario dan nanas.

"Sayur-sayuranjuga ditanam sendiri, malah makanan harian dimasak

Page 2: I{eramahan umiI{el it - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2414/1/KeramahanBumiKe... · Itu adalah antara persoalan yang terdetik dalam fikiran penulis

menggunakan bahan-bahan segar yang dipetik sendiri;' katanya.

:&:lIlidlnan. tracllsional Kelabit juga mempunyai beberapa

permainan tradisional yang rata­ratanya bertujuanUBtuk m~kur dan membuktikan keperkasaan pemuda bagi menarik perhatian kaum wanita.

Pe'rmainan Melakut Karat yang membawa maksud tarik dan tolak misalnya, benar-benar menguji kekuatan seseorang lelaki, apabila mereka perlu menarik kayu balak yang hujungnya ditanam dalam tanah dengan sekuat hati dan sejauh yang boleh.

Jarak tarikan kayu oalak tersebut kemudian akan diukur dan pemuda yang

. berjaya menarik paling jauh akan menjadi sebutan dan perhatian wanita.

~ Mesldpuil hidup • jauh dari arus pemodenan. ia tidal{ menjadi batu penghalang untuk anak Kelabit berjaya. huktinya . ramai yang memegang pelbagai jawatan professional antaranya doktor. peguam. jurutera. arldtek dan dalain badan kerajaan

Permainan lain yang menguji kekuatan adalah matitiew batuh atau baling batu, df mana seseorang pemuda itu perlu membaling sebiji batu yang amat besar dan berat ke tanah, sebelum jarak balingan itu diukur.

Selain itu, dalam permainan tebpak . apo yang bermaksud cucuk atas,

pemuda perlu melompat tinggi sambiI cuba mencucuk atap nipah dengan menggunakan lidi.

Kebanyakan pengamal media yang mencuba permainan yang diaturkan . oleh para guru dan pelajar di Sekolah Menengah Bario itu tidak berjaya kerana ketinggian atap amat sukar dijangkau.

Kunjungan ke Bario tidak lengkap sekiranya tidak singgah ke lokasi pembuatan garam yang diambiI secara manual dari telaga masin Main Kerambut di Kampung Pa'Umor, yang terletak kira­kira 1,100 di atas paras laut.

Garam itu dikatakan memiliki pelbagai khasiat tersendiri berbanding garam oiasa, antaranya zat besi, kalsium, pottasium, kalium dan magnesium semulajadi, selain digunakan secara tradisional bagi mengubati penyakit beguk.

Bagi mengunjungi telaga semulajadi itu, yang terletak di sebuah bangsal keciI,

"'"

KETULAN silinder garam dibungkus menggunakan sejenis daun yang dipanggil 'ilad' oleh kaum Kelabit dan diikat kemas menggunakan tali rotan.

ia memerlukan seseorang hu merentas kawasan hutan yang agak berlumpur dan berbukit kira-kira 30 minit.

Telaga air masin itu menjadi lubuk rezeki kepada masyarakat setempat.

Beberapa keluarga mengambiI giliran setiap minggu mengusahakan garam berkenaan sebelum menjualnya kepada. penpuduk Bario dan Miri, selain u~ kegunaan sendiri. - Bemama

SantaiMega @

Proses yang renyah MENURUT seorang pengusaha garam, Rian John, 50, untuk mengambiI garam dari air telaga berkenaan bukanlah mudah, malah ia perlu melalui pelbagai proses renyah yang mengambiI masa sehari suntuk.

Katanya, air masin perlu ditimba terlebih dahulu dan kemudian dicurah ke dalam tong dram yang dibelah dua, yang dijadikan sebagai kawah bagi menjerang air itu. .

Menariknya, meskipun air masin itu sering ditimba, namun air di dalam telaga berkenaan akan penuh kembali seperti asal dalam mas a seminggu.

"Air masin itu dididihkan dalam enam kawah, di bawah bara kayu api minimum 12 jam dengan menggunakan api sederhana besar, hingga ia kering dan bertukar menjadi butiran garam halus.

"Garam itu kemudian ditapis dan dibiarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam batang buluh yang dikerat kira-kira 30 sentimeter setiap satunya;' katanya.

Rian berkata buluh berisi garam itu kemudian dibakar di atas bara api, di mana kaedahnya sarna seperti memasak lemang, kira-kira 30 minit , atau hingga buluh itu hangus bagi memastikan garam benar-benar kering dankeras.

Ketulan silinder garam itu kemudian dibungku5 menggunakan sejenis daun yang dipanggil Ilad . oleh kaum Kelabit dan diikat kemas menggunakan rotan yang dicarik halus.

Garam-garam yang siap itu kemudian ditarik keluar dari hutan menggunakan kerbau, sebelum dijual di pasaran dengan harga kira-kira RM15 hingga RM20 sebungkus.

Jelaslah, bumi masyarakat Kelabit yang memendam pelbagai keunikan dan tarikan tersendiri serta dilengkapi dengan budi bahasa penduduknya yang tinggi, menjadikan kunjungan ke kampung terpencil ini sesuatu yang amat sukar dilupai. - Bemama

BER 2014 • UTUSAN MALAYSIA 25