i tinjauan terhadap simpton-simpton gangguan … · mudah naik marah, kerisauan, fobia, aktiviti...
TRANSCRIPT
i
TINJAUAN TERHADAP SIMPTON-SIMPTON GANGGUAN MENTAL DI
KALANGAN MAHASISWA TAHUN EMPAT ALIRAN PENDIDIKAN TEKNIK
DAN VOKASIONAL (PTV) DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALASIA.
MOHD FIRDAUS BIN HADZIMI
Tesis ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan ( Mekanikal )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mac 2004
ii
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah dan lagi maha menyayangi,
bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnianya dalam memberi kekuatan
dan ketabahan serta kesihatan luar dan dalam bagi insan yang lemah ini
sehingga dapat menyempurnakan laporan projek ini dengan jayanya.
Untuk ayahanda dan ibunda tersayang:
Hadzimi Bin Che Ali dan Che Azizah Bt Mat Daud
Ahli keluargaku:
Adinda Mohd Khairi, Adinda Mohd Azim dan Adinda Siti Nurfahatin.
Serta:
Rakan-rakan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor Bahru.
Sokongan dan dorongan yang telah kalian berikan selama ini adalah
amat bermakna buatku, dan kejayaanku adalah dari berkat doa dan restu dari
kalian.
Semoga Allah yang maha kuasa memberkati dan membalas segala budi
dan jasa baik kalian.
iv
PENGHARGAAN
Saya berasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah, rahmat dan
keizinannya maka kajian ini dapat disempurnakan.
Di sini saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada Encik Jamaludin Bin Ramli, selaku penyelia bagi kajian ini yang telah banyak
mengorbankan masa beliau dalam memberi bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan galakan
kepada saya dalam menjayakan kajian ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah meluangkan
masa mereka bagi memberikan kerjasama dalam menjayakan kajian ini. Terima kasih di
atas sumbangan.
Terima kasih juga kepada pihak-pihak yang telah sama-sama terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini. Terima kasih
semua.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau simpton-simpton gangguan mental di
kalangan pelajar tahun empat aliran Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini melibatkan 90 orang sampel dari 4
kursus utama Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan iaitu Kejuruteraan Awam,
Elektrik, Jentera Dan Kemahiran Hidup dalam melihat kelaziman simpton-simpton
psikologi gangguan mental dalam 9 aspek iaitu kemurungan, kurang daya tumpuan,
mudah naik marah, ingin bunuh diri, kelesuan, kerisauan, fobia, aktiviti melampau dan
somatik. Instrumen yang digunakan adalah set soal selidik yang merangkumi latar
belakang responden dan untuk menjawab persoalan kajian yang dikaji oleh penyelidik.
Data telah diproses menggunakan perisian statistical package for social science (SPSS)
versi 11.5 untuk mendapatkan nilai min, peratusan dan kekerapan kajian. Hasil dapatan
kajian menunjukkan nilai min keseluruhan bagi setiap simptom-simptom gangguan
mental iaitu fobia (2.55) kelesuan (2.44), aktiviti melampau (2.42), mudah naik marah
(2.39), kemurungan (2.35). Untuk setiap simpton bagi kurang daya tumpuan (2.26),
kerisauan (2.16), somatik (2.09) dan ingin bunuh diri (2.07) berada pada tahap rendah. Di
akhir kajian ini, pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak-pihak
terbabit agar dapat mengambil langkah-langkah menangani masalah gangguan mental di
kalangan para pelajar. Diharapkan kajian ini dapat menjadi sumber rujukan kepada para
pelajar dan pihak-pihak berkenaan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify the symptoms of mental disorder
among the fourth year undergraduates in Technical and vocational specialization (PTV),
Faculty of Education in University of Technology Malaysia. This research involved 90
samples of PTV students four main course in Bachelor of Technology and Education
civil, electrical, mechanical and skill living are conducted by distributing questionnaires
that constructed by in 9 symptom which are depression, poor concentration, fatigue,
invisibility, suicidal, anxiety, phobia, obsession in activities and somatic. The instrument
used included fourth years PTV student’s background and perception questionnaires.
Data were analyzed manually by statistical package for social science software version
11.5 which are interpreted into frequency, mean and percentage. The outcomes symptom
that is neutral are symptoms phobia (2.55), fatigue (2.44), obsession in activities (2.42),
invisibility (2.39) and depression (2.35). For symptoms poor concentration (2.26),
anxiety (2.16), somatic (2.09) and suicidal (2.07) their mean show the poorest level. The
end of this research, researcher included few suggestions to the used of certain parties or
authority in charge in order take action on controlling these mental disorder symptoms
among students. Hopefully this research will become revision to who needed.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengesahan Status Tesis
Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Jadual xi
Senarai Lampiran xii
BAB 1 PENDAHULUAN.
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah. 4
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Skop Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian. 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Kesihatan Mental 9
viii
1.8.2 Penyakit Mental 10
1.8.3 Tekanan Mental 10
1.8.4 Simpton 10
1.8.5 Kemurungan , Fobia dan Aktiviti melampau 11
1.8.6 Kurang daya tumpuan, Kelesuan dan Somatik 11
1.8.7 Kerisauan 12
1.8.8 Psikologi 12
1.9 Penutup 13
BAB 2 SOROTAN PENULIS
2.1 Pengenalan 14
2.2 Faktor Psikologi, Faktor Biologi dan Fisiologi serta 15
Faktor Persekitaran
2.3 Kajian lepas di luar negara 17
2.4 Kajian lepas di Malaysia 17
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 20
3.2 Reka Bentuk Kajian 21
3.3 Lokasi Kajian 22
3.4 Subjek Kajian 22
3.5 Tatacara Pengumpulan Data 22
3.6 Populasi dan Sampel Kajian 22
3.7 Instrumen Kajian 23
3.8 Kajian Rintis 24
3.9 Prosedur Kajian 25
3.9.1 Set soalan 25
3.9.2 Proses pengumpulan data 26
ix
3.9.3 Analisis 26
3.10 Analisis Data 26
3.11 Kesimpulan 27
BAB 4 KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 28
4.2 Analisis Bahagian A 29
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 29
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Keturunan 30
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 30
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Agama 31
4.3 Analisis Bahagian B 31
4.3.1 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 32
4.3.2 Analisis item bagi aspek simpton psikologi
kemurungan 32
4.3.3 Analisis item bagi aspek simpton psikologi kurang
daya tumpuan 38
4.3.4 Analisis item bagi aspek simpton psikologi
kelesuan 40
4.3.5 Analisis item bagi aspek simpton psikologi
mudah naik marah 43
4.3.6 Analisis Item bagi aspek simpton psikologi ingin
bunuh diri 44
4.3.7 Analisis Item bagi aspek simpton psikologi
Kerisauan 47
4.3.8 Analisis Item bagi aspek simpton psikologi fobia 49
4.3.9 Analisis item bagi aspek simpton psikologi aktiviti
melampau 51
4.3.10 Analisis item bagi aspek simpton psikologi somatik 55
x
4.3.11 Simpton gangguan mental berdasarkan perbandingan
nilai min 57
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 58
5.2 Ringkasan Kajian 59
5.3 Perbincangan 59
5.3.1 Mengenal pasti simpton gangguan mental yang
dihadapi oleh pelajar Tahun Empat Pendidikan
Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia dari aspek
kesihatan mental. 60
5.3.2 Apakah kekerapan responden yang mempunyai
simpton-simpton gangguan mental dari aspek
kemurungan, kelesuan , kurang daya tumpuan,
mudah naik marah, kerisauan, fobia, aktiviti
melampau, ingin bunuh diri dan somatik 63
5.3.3 Berapakah perbezaan nilai min responden yang
mempunyai simpton-simpton gangguan mental dari
aspek kemurungan, kelesuan , kurang daya
tumpuan, mudah naik marah, kerisauan, fobia,
aktiviti melampau, ingin bunuh diri dan somatik. 64
5.4 Rumusan Kajian 65
5.5 Cadangan 65
5.5.1 Cadangan kepada Pihak Institusi dan Kaunselor 66
xi
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 68
Bibliografi 70
Lampiran 74
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.7.1 Taburan Item-item Soal Selidik Bahagian B 24
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 29
4.2 Taburan Responden Mengikut Keturunan 30
4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 30
4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 31
4.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 32
4.6 Analisis Item Bagi Aspek Simpton Psikologi
Kemurungan 32
4.7 Analisis Item Bagi Aspek Simpton Psikologi
Kurang Daya Tumpuan 38
4.8 Analisis Item Bagi Aspek Simpton Psikologi Kelesuan 40
4.9 Analisis Item Bagi Aspek Simpton Psikologi
Mudah Naik Marah 43
4.10 Analisis Item Bagi Aspek Simpton Psikologi
Ingin Bunuh Diri 44
4.11 Analisis Item Bagi Aspek Simpton Psikologi
Kerisauan 47
4.12 Analisis Item Bagi Aspek Simpton Psikologi Fobia 49
4.13 Analisis Item Bagi Aspek Simpton Psikologi
Aktiviti Melampau 51
4.14 Analisis Item Bagi Aspek Simpton Psikologi Somatik 55
4.15 Simpton gangguan mental berdasarkan perbandingan
nilai min 57
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 75
B Keputusan Dapat Kajian SPSS 80
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Dalam sejarah pendidikan negara selepas merdeka, kita telah mengadakan
beberapa kali reformasi adalah bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi
kemampuan sistem pendidikan untuk memenuhi keperluan semasa dan cabaran masa
akan datang.
Sistem pendidikan yang berwibawa dan responsif mesti bersifat dinamik. Unsur
dinamisme yang membekalkan “darah” dan “semangat”untuk mengerakkan dan
membolehkan sistem itu dalam keadaan yang segar dan hidup. Oleh itu, daya persaingan
antara individu untuk mencapai kejayaan adalah bergantung pada sejauh mana
perkembangan seseorang itu dari aspek seperti kesihatan fizikal dan mental, penyesuaian
dengan keadaan sekeliling, boleh bersosial, mempunyai kesedaran diri yang tinggi dan
autonomi.
2
Seorang pakar psikiatri tempatan mendedahkan bahawa 20 peratus remaja
Malaysia menghadapi masalah kesihatan mental dengan 10 hingga 13 peratus dari
mereka berada pada peringkat tenat. Akhbar itu memetik Konsultan Psikiatri Pusat
Perubatan Universiti Malaya Prof Madya Dr Aili Hanim Hashim sebagai berkata lima
hingga sembilan peratus dari yang bermasalah menunjukkan tanda-tanda kekacauan
emosi. (Mingguan Malaysia, Disember 2003).
Petikan di atas adalah sebahagian daripada gejala-gejala simptom psikologi yang
melanda di kalangan remaja. Kesan daripada gejala-gejala ini yang semakin
menunjukkan kesan yang membimbangkan, telah menyedarkan masyarakat tentang
kesihatan mental yang baik. Salah satu jenis kesihatan mental yang sering dialami oleh
masyarakat dewasa ini ialah tekanan mental. Tekanan mental adalah sebahagian
daripada kehidupan harian. Ia merujuk kepada kaedah yang menyebabkan ketenangan
individu terasa diancam oleh peristiwa persekitaran dan menyebabkan individu tersebut
bertindak balas. Kita boleh mengalami tekanan ketika memenuhi tuntutan kerja,
menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, atau melalui interaksi sosial.
Dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) menekankan usaha yang berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, dan
emosi berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Ini kerana hasrat kerajaan
adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Dalam usaha melahirkan pelajar mempunyai nilai-nilai seperti yang dinyatakan
dalam FPN, semua pihak hendaklah memainkan peranan supaya bakal pemimpin negara
kita sentiasa peka dengan perkembangan diri mereka. Perkembangan sahsiah pelajar
bermula dari kanak-kanak hingga ke dewasa. Ini di sokong oleh Lazarus dalam Atan
Long (1970) perkembangan sahsiah bermula pada zaman bayi, zaman kanak-kanak dan
3
kepada suatu masa di dalam zaman dewasa kerana di dalam zaman ini kebanyakan
susunan itu timbul dan mengambil bentuknya.
Jenis kesihatan mental ini lebih banyak melanda golongan remaja yang baru
mengalami transisi perubahan dalam hidup mereka contohnya pelajar universiti. Mereka
perlu memenuhi tuntutan tugasan yang banyak, penyesuaian diri di tempat baru atau
hubungan sosial mereka. Tekanan mental yang sederhana boleh menjadi pendorong
kepada satu-satu tindakan dan pencapaian tetapi kalau tekanan mental terlalu tinggi, ia
boleh menimbulkan masalah sosial dan mengganggu kesihatan kita.
Setiap individu juga memberikan reaksi dan tindak balas yang berbeza-beza
kepada tekanan yang dialaminya. Ada individu yang mampu menghadapi tekanan
dengan mudah, tetapi tidak kurang pula yang terpaksa memerlukan sokongan dan
bantuan orang lain ketika menghadapi tekanan. Apa yang pasti ialah, tekanan ialah
salah satu punca kepada hampir semua masalah dan kesihatan mental. (Hairunnaja
Najmuddin, 2003). Tekanan yang berlebihan dapat mengakibatkan perasaan bimbang,
kegelisahan, runsing, sedih dan kadang-kadang menimbulkan pelbagai masalah
kesihatan mental seperti kemurungan dan kerisauan.
Secara umumnya, masalah kemurungan dan kerisauan tidak mengancamkan
keselamatan orang lain. Tetapi ia akan menjadi satu bebanan yang merugikan semua
pihak terutamanya diri individu dan pihak kerajaan.
4
1.2 Latar belakang masalah
Perkembangan kesihatan amat penting di dalam diri manusia kerana bila kita
sihat dari segenap aspek sama ada fizikal mahupun mental kita akan menjadi insan yang
sempurna. Pendidikan Jasmani di sekolah diwujudkan untuk membina pelajar yang sihat
fizikal dan mental. Bila tubuh sihat otak cergas dan minda pun cerdas. Kecergasan
fizikal mempunyai hubung kait dengan kecerdasan otak. Ini kerana anggota fizikal
bergerak adalah kerana menerima arahan daripada otak untuk melakukan kerja.
Kerajaan Malaysia membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk melancarkan
pelbagai kempen kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan mengenai kesihatan
mental. Ini kerana penjagaan mental perlu diberi perhatian serius kerana bila tidak
dijaga dengan betul ia mungkin akan memudaratkan diri sendiri. Oleh itu ibu bapa, guru-
guru dan pihak yang berkaitan hendaklah memainkan peranan dalam menyedarkan
betapa pentingnya kesihatan mental di kalangan anak mereka, pelajar dan masyarakat
amnya. Rakyat yang sihat dari segi fizikal, jasmani, rohani dan emosi menjadi hasrat
kerajaan. Kerajaan juga melancarkan slogan dalam kempen kesihatannya iaitu “Rakyat
sihat, negara makmur”.
Kesihatan mental perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana ia mungkin
akan menjadi penyebab kepada gangguan mental. Langkah-langkah pencegahan awal
perlu supaya simpton gangguan mental tidak menular di kalangan masyarakat kita.
Dalam bidang pekerjaan contohnya, bukan sahaja wujud gangguan seperti gangguan
persekitaran, gangguan seksual tetapi gangguan mental mungkin boleh berlaku jika
terdapat banyak sangat tekanan kerja yang timbul. Ianya boleh berlaku tanpa disedari
oleh individu itu sendiri. Akibat tekanan yang melampau individu itu mungkin yang
selama ini seorang pendiam menjadi pemarah tanpa individu sendiri menyedari. Jika
ianya tidak dibendung boleh membawa kepada yang boleh dipanggil gangguan mental.
5
Masalah utama yang terhasil daripada proses modenisasi terhadap institusi
pendidikan ialah masalah pendidikan atau akademik, masalah kerjaya dan masalah
dalaman atau psiko-emosi. Masalah psiko-emosi ini adalah salah satu dari masalah
kesihatan mental yang berpunca daripada kekeliruan dalam pemikiran, kecelaruan emosi
dan konflik dalaman. Punca utama masalah ini ialah kehilangan motivasi atau minat
yang berpunca daripada tekanan mental atau psikologi. Maka pelbagai konflik telah
timbul di dalam diri mereka sehingga berkembang menjadi penyakit mental tanpa
intervensi awal.
Bagi pelajar yang meneruskan pengajian di peringkat tinggi, mereka sibuk
dengan tugas harian sebagai pelajar. Bila terlalu banyak lambakan kerja yang diterima
dan membuat pada saat akhir menyebabkan mereka merasa tekanan yang melampau.
Tekanan yang melampau boleh menyebabkan kepada gangguan mental dan ada pelajar
yang sanggup mengambil jalan mudah dengan membunuh diri. Ini pernah berlaku
kepada pelajar di institut pengajian tinggi di negara ini dan juga negara yang lain seperti
Amerika Syarikat, Jepun dan India.
Bagi pelajar yang menyambung pengajian di peringkat tinggi di IPTA mahupun
IPTS pasti mereka dengan masalah walaupun perkara itu terlalu kecil. Dengan cabaran
sebagai seorang mahasiswa sedikit sebanyak pasti menyebabkan mereka kadangkala
ketegangan yang melampau. Dalam kajian ini, pelajar tahun empat aliran Pendidikan
Teknik dan Vokasional, Universiti Teknologi Malaysia di ambil sebagai sampel untuk
kajian ini. Ini kerana pada tahun akhir inilah mereka perlu menyiapkan Projek Sarjana
Muda (PSM) dan baru mereka bergelar graduan. Jika tidak mereka akan menyambung
pengajian pada semester akan datang. Pada tahun akhir ini juga perlu bekerja keras
untuk semester dalam menyiapkan PSM dan di sini mungkin terhadap tekanan yang
dihadapi dalam menyiapkan PSM mahupun kerja yang lain.
6
Dengan itu, diharapkan tinjauan terhadap simpton-simpton gangguan mental di
kalangan pelajar tahun 4 aliran Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan
di Universiti Teknologi Malaysia dapat memberikan gambaran asas mengenai keadaan
kesihatan mental pelajarnya.
1.3 Pernyataan masalah
Adakah pelajar mempunyai simpton-simpton psikologi gangguan mental
di kalangan pelajar tahun 4 aliran Pendidikan Teknik dan Vokasional di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Skudai?
1.4 Objektif kajian
a) Mengenal pasti simpton gangguan mental yang dihadapi oleh pelajar Tahun
Empat Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia dari aspek kesihatan mental.
b) Mengenal pasti kekerapan responden yang mempunyai simpton-simpton
gangguan mental dari aspek kemurungan, kelesuan, kurang daya tumpuan,
mudah naik marah, kerisauan, fobia, aktiviti melampau, ingin bunuh diri dan
somatik.
c) Mengenal pasti perbezaan nilai min responden yang mempunyai simpton-
simpton gangguan mental dari aspek kemurungan, kelesuan, kurang daya
tumpuan, mudah naik marah, kerisauan, fobia, aktiviti melampau, ingin bunuh
diri dan somatik.
7
1.5 Persoalan kajian
a) Mengenal pasti simpton gangguan mental yang dihadapi oleh pelajar Tahun
Empat Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia dari aspek kesihatan mental.
b) Apakah kekerapan responden yang mempunyai simpton-simpton gangguan
mental dari aspek kemurungan
c) Apakah kekerapan responden yang mempunyai simpton-simpton gangguan
mental dari aspek kurang daya tumpuan?
d) Apakah kekerapan responden yang mempunyai simpton-simpton gangguan
mental dari aspek kelesuan?
e) Apakah kekerapan responden yang mempunyai simpton-simpton gangguan
mental dari aspek mudah naik marah?
f) Apakah kekerapan responden yang mempunyai simpton-simpton gangguan
mental dari aspek ingin bunuh diri?
g) Apakah kekerapan responden yang mempunyai simpton-simpton gangguan
mental dari aspek kerisauan?
h) Apakah kekerapan responden yang mempunyai simpton-simpton gangguan
mental dari aspek fobia?
i) Apakah kekerapan responden yang mempunyai simpton-simpton gangguan
mental dari aspek aktiviti melampau?