hujahan defence ruzaini

16
DALAM MAHKAMAH SESYEN 6 DI SHAH ALAM KES TANGKAP NO : 6-62K-(672-675)-11/2014 PENDAKWA RAYA DAN RUZAINI BINTI ROSLI (800110-14-5362) HUJAHAN PIHAK PENDAKWAAN DI AKHIR KES PEMBELAAN 1

Upload: zamribakar196752536

Post on 13-Apr-2016

295 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

legal

TRANSCRIPT

Page 1: Hujahan Defence RUZAINI

DALAM MAHKAMAH SESYEN 6 DI SHAH ALAMKES TANGKAP NO :

6-62K-(672-675)-11/2014

PENDAKWA RAYADAN

RUZAINI BINTI ROSLI(800110-14-5362)

HUJAHAN PIHAK PENDAKWAANDI AKHIR KES PEMBELAAN

BAHAGIAN PENDAKWAANPEJABAT TIMBALAN PENDAKWARAYA

NEGERI SELANGOR

1

Page 2: Hujahan Defence RUZAINI

HUJAHAN PIHAK PENDAKWAAN DI AKHIR KES PEMBELAAN

Dengan izin Tuan Hakim,

PENDAHULUAN

1.1 Sebelum OKT diperintahkan untuk membela diri, Mahkamah telah mendapati

bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie bagi

10 pertuduhan dibawah Seksyen 467/471 Kanun Keseksaan sebagaimana

ringkasan pertuduhan.

1.2 Pada peringkat pendakwaan, seramai 9 orang saksi telah dipanggil untuk

membuktikan pertuduhan terhadap OKT. Manakala pihak pembelaan juga telah

memanggil 5 orang saksi termasuk sebagai saksi pembelaan untuk menyangkal

kes pendakwaan.

1.3 Dengan rendah diri, pihak pendakwaan memohon Mahkamah untuk turut

menggunapakai hujahan pendakwaan di peringkat akhir kes pendakwaan di

peringkat ini.

2. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PEMBELAAN

2.1 Di akhir kes pembelaan, mahkamah perlu mempertimbangkan semua

keterangan yang telah dikemukakan di hadapannya dan perlu memutuskan

samada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes di luar melebihi keraguan

munasabah. Ini seperti yang dinyatakan di dalam seksyen 182A Kanun Prosedur

Jenayah:

(1) At the conclusion of the trial, the court shall consider all the evidence

adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its

case beyond reasonable doubt.

2

Page 3: Hujahan Defence RUZAINI

(2) If the court finds that the prosecution has proved its case beyond

reasonable doubt, the court shall find the accused guilty and he may be

convicted on it.

(3) If the court finds that the prosecution has not proved its case beyond

reasonable doubt, the court shall record an order of acquittal.

2.2 Dalam kes Balachandran v PP (2005) 2 MLJ 301, Mahkamah Persekutuan

telah mengulas berkenaan dengan beban pembuktian di luar keraguan

munasabah:

“Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal

burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is

the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these

burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the

defence has closed its case. Therefore a case can be said to have been proved

beyond reasonable doubt at the conclusion of the trial upon a consideration of all

the evidence adduced as [provided by s 182A (1) of the Criminale procedure

code. That would normally be the position where the accused has given

evidence. However, where the accused remains silent there will be no necessity

to re-evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable

doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. The prima

facie evidence which was capable of supporting a conviction beyond reasonable

doubt will constitute proof beyond reasonable doubt” .

2.3 Dalam kes PP v Mohd Amin Bin Mohd Razali & Ors 2002 5 MLJ 406, Mahkamah Persekutuan telah menjelaskan tentang maksud S. 182A Kanun

Tatacara Jenayah;

“It is clear that at the end of the trial, the court will have to weigh all the evidence

that had been adduced and to make a ruling whether the prosecution has proved

its case beyond reasonable doubt or otherwise.

Having weighed the evidence if the court is satisfied that the prosecution has

proved the charge beyond reasonable doubt, the court will have to find the

3

Page 4: Hujahan Defence RUZAINI

accused guilty of the charge and thereafter convict him. On the other hand, if the

court rules that the prosecution has not proved the charge on the evidence

adduced against the accused, then the accused will be acquitted and discharged.

In other words, at the end of the trial the court will have to rule whether the

defence has raised a reasonable doubt as to the truth of the prosecution’s case

or the guilt of the accused. This is because a case which has been proved

beyond reasonable doubt in itself involves the absence of a reasonable doubt.

2.4 Berdasarkan kes di atas juga, Mahkamah juga perlu memutuskan samada

pembelaan yang dimasukkan oleh OKT telah berjaya menimbulkan keraguan

yang munasabah (reasonable doubt) ke atas kes pendakwaan. Mahkamah juga

perlulah mengambil kira “all the evidence before it” seperti yang dinyatakan di

dalam kes tersebut.

2.5 Adalah dihujahkan beban terhadap pendakwaan di akhir kes pembelaan adalah

“beyond reasonable doubt” dan bukannya “beyond shadow of doubt”. Untuk

menentukan samada OKT telah berjaya menimbulkan keraguan yang

munasabah atau tidak, Mahkamah hendaklah menilai keterangan OKT secara

keseluruhan dengan keseluruhan keterangan pihak pendakwaan sebelum ini.

Rujuk kes:

Liew Kaling & Ors v PP (1960) 26 MLJ 306

PP v Saimin & Ors (1971) 2 MLJ 16

Mah Kok Cheong v R (1953) 19 MLJ 46

Hujah: Berdasarkan kepada prinsip undang-undang di atas, adalah dihujahkan bahawa pihak

pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes

pendakwaan.

4

Page 5: Hujahan Defence RUZAINI

3. KES PEMBELAAN

3.1 Pembelaan telah memanggil 5 orang saksi pembelaan dan pendakwaan hanya

akan berhujah berdasarkan keterangan SD1 dan SD2 sahaja. Pendakwaan

berpendapat bahawa keterangan SD3, SD4 dan SD5 tidak membawa sebarang

implikasi untuk kes pembelaan mahupun pendakwaan terutama sekali

keterangan SD5 yang hanya membawa keterangan ‘hearsay’ semata-mata atau

gossip-gosip liar sahaja ke Mahkamah.

3.2 OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dan memberi

keterangan sebagai SD1.

3.3 Berdasarkan keterangan OKT, beliau mula mengenali SP3 sejak tahun 1999 dan

mula bertugas secara sepenuh masa dengan Selecta Station Sdn Bhd pada

pertengahan tahun 2010 sebagai penyelia.

3.4 Menurut keterangan OKT lagi, peranan beliau sebagai penyelia antara lain

adalah sebagaimana berikut:

- memastikan duit cukup untuk pembayaran minyak;

- memantau cek-cek untuk bayar kepada ‘supplier’;

3.5 Sepanjang menjadi penyelia di Selecta Station Sdn Bhd, Selecta Station Sdn

Bhd kerap mengalami masalah kewangan dan berhutang.

3.6 SP3 kerap berhutang dengan staff dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada

pengurusan stesen minyak selecta station Sdn Bhd.

3.7 Menurut OKT lagi, kebanyakan cek Arrajhi atas nama individu untuk bayar

hutang dan untuk cek-cek pembayaran hutang akan ditandatangan sendiri oleh

SP3.

5

Page 6: Hujahan Defence RUZAINI

3.8 Setelah dirujuk dengan P3(1-8), OKT menyatakan kesemua cek-cek tersebut

adalah presign dan diberi kepada OKT.

3.9 segala maklumat pada cek diisi oleh OKT. OKT turut mengakui bahawa beliau

adalah orang yang menulis bahagian depan dan bahagian belakang kesemua

cek P3(1-2,9-16).

3.10 OKT juga mengaku bahawa kad ATM untuk akaun Maybank atas nama Che

Akrami dan Kad ATM untuk akaun RHB atas nama Rosli bin Md Nor adalah

dibawah kawalan beliau. OKT juga mengesahkan bahawa beliau mempunyai

akses terhadap kedua-dua akaun tersebut melalui kad dan no pin yang ada

dalam kawalan dan pengetahuan beliau.

3.11 OKT tidak mengakui mendeposit kesemua cek P3(1-2, 9-16) namun menyatakan

ianya telah didepositkan oleh despatch.

3.12 Menurut SD2 pula selaku Pegawai Bank di Ar-Rajhi Bank di Jalan Ampang pada

tahun 2010 kerap menghubungi SP3 kerana akaun milik Selecta Station Sdn

Bhd di Ar-Rajhi tidak cukup duit untuk semua cek-cek yang dikeluarkan.

ADAKAH PEMBELAAN BERJAYA MENIMBULKAN SEBARANG KERAGUAN YANG MUNASABAH TERHADAP KES PENDAKWAAN?

4.1 Kes pendakwaan tidak hanya bergantung kepada keterangan SP3 dan SP8

namun turut bergantung pada keterangan pemilik-pemilik akaun yang terlibat

iaitu SP2, SP5 dan SP7 dan terdapat juga keterangan sokongan secara oral

mahupun dokumentasi yang jelas tentang OKT telah terlibat menggunakan

dokumen-dokumen palsu.

6

Page 7: Hujahan Defence RUZAINI

4.2 Mahkamah Yang Mulia telah melihat dan mendengar keterangan SP3 dan SP8

serta telah melihat ‘demeanour’ saksi-saksi pendakwaan semasa memberi

keterangan. Keterangan mereka disokong oleh saksi-saksi pendakwaan lain iaitu

SP1, SP4 dan SP6 dan SP9.

4.3 Adalah dihujahkan bahawa keterangan saksi-saksi pendakwaan dan kejadian

yang berlaku bukanlah rekaan mereka tetapi ianya adalah cerita sebenar tentang

kejadian. Boleh disimpulkan bahawa keterangan tersebut bukanlah sukar untuk

dipercayai atau ‘inherently incredible’.

4.4 OKT di dalam pembelaannya di peringkat ini tidak pernah menafikan bahawa

beliau menulis bahagian hadapan, bahagian belakang dan mendepositkan

kesemua cek dalam pertuduhan oleh despatch.

4.5 OKT juga mengakui bahawa akaun serta ATM kad milik SP2 dan SP5 disimpan

dan digunakan oleh beliau.

4.6 OKT juga mengakui bahawa setiap cek yang dimasukkan kedalam akaun SP7

akan dimaklumkan kepada SP7 dan sebahagian dari duit yang dimasukkan

kedalam akaun SP7 diserah semula kepada OKT.

4.7 Walaupun menurut SD2, boleh dikatakan hampir setiap hari SD2 menghubungi

SP3 untuk memaklumkan berkaitan jumlah duit yang tidak mencukupi dalam

akaun Selecta Station di Ar-Rajhi, namun SD2 hanya memaklumkan jumlah

keseluruhan yang tidak mencukupi dan tidak mendapatkan pengesahan bagi

setiap cek secara individu.

7

Page 8: Hujahan Defence RUZAINI

PEMBELAAN OKT BERSIFAT PENAFIAN KOSONG (“BARE DENIAL”)

- Ketika Pemeriksaan utama, OKT hanya bercakap secara general dan tidak

mengemukakan sebarang pembelaan berkaitan pertuduhan bahawa beliau

telah menggunakan cek-cek yang telah dipalsukan sebagaimana eksibit

P3(1-2, 9-16) sebagai tulen.

- Ketika Pemeriksaan utama juga, OKT hanya menyatakan bahawa cek-cek P3

(1-8) adalah cek presign yang diserahkan kepada beliau.

- OKT juga hanya menafikan bahawa kesemua P3(1-2,9-16) tidak pernah

ditandatangani oleh SP3.

- OKT juga menyatakan bahawa kesemua cek yang dikeluarkan adalah dalam

pengetahuan SP3.

- Oleh itu dihujahkan bahawa keterangan OKT adalah merupakan penafian

kosong semata-mata. OKT hanya menafikan keterangan kes pendakwaan,

terutamanya keterangan SP3 pada peringkat ini sebagai tidak benar tetapi

semasa saksi-saksi tersebut memberikan keterangan di peringkat

pendakwaan, keterangan mereka langsung telah tidak dicabar. Simple denial

oleh OKT ini tanpa keterangan sokongan daripada saksi bebas mahupun

dokumentasi tidak berupaya untuk menimbulkan sebarang keraguan yang

munasabah terhadap keterangan kes pendakwaan. Tambahan, dengan

keterangan yang konsisten oleh SP1 hingga SP9 dari awal hingga akhir, tidak

tergugat walaupun disoalbalas oleh pembelaan dan versi pihak pendakwaan

adalah lebih kredibel berbanding versi pembelaan yang hanya menimbulkan

isu bahawa perniagaan SP3 kerap mengalami masalah kewangan sedangan

teras pertuduhan adalah merujuk kepada OKT telah menggunakan cek-cek

yang telah dipalsukan sebagai tulen. Tindakan OKT mengarahkan despatch

untuk mendepositkan cek-cek yang dikeluarkan dan OKT menerima semula

duit-duit yang dimasukkan kedalam akaun-akaun sebagaimana dalam

8

Page 9: Hujahan Defence RUZAINI

pertuduhan adalah memadai untuk mensabitkan OKT dengan kesemua

pertuduhan.

- Berdasarkan kepada keterangan di atas jelaslah bahawa ianya merupakan

satu penafian semata-mata bagi melepaskan kesemua pertuduhan ke

atasnya.

- Prinsip undang-undang di dalam kes di atas adalah terpakai terhadap OKT

yang hanya menafikan keterangan kes pendakwaan sebagai tidak benar.

Bentuk pembelaan “simple denial” oleh OKT ini tidak berupaya untuk

menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap keterangan kes

pendakwaan.

- Keterangan OKT tidak boleh dipercayai bukan sahaja kerana ia adalah ‘bare

denial’ semata-mata tetapi juga kerana tiada keterangan sokongan daripada

saksi bebas mahupun dokumentasi. Keterangan juga gagal menimbulkan

apa-apa keraguan ke atas kes pendakwaan.

- Ini seperti yang telah diputuskan dalam kes PP v Ku Lip See [1981]1 MLJ 258 m/s 260:

“ the defence in its endeavour to create a reasonable doubt in the mind of the

learned President offered an outright denial and nothing more. It was

surprising to find the learned President entertaining what to him was

reasonable doubt based entirely on the demeanour and denial of the

respondent".

- Kemudian di dalam kes DA Duncan v. PP [1980] 2 MLJ 195 m/s 195 , Mahkamah Agung memutuskan ;

"The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the

appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying

9

Page 10: Hujahan Defence RUZAINI

that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution

evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this

denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant."

KREDIBILITI OKT.

Berdasarkan pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas pihak pendakwaan

menghujahkan bahawa OKT adalah saksi yang tidak credible dan tidak boleh

dipercayai oleh Mahkamah. OKT dalam kes ini merupakan saksi yang

mempunyai kepentingan. Oleh itu bagi mengelakkan beliau dikenakan tindakan

undang-undang, beliau boleh menyatakan bahawa beliau tidak terlibat dalam

melakukan kesalahan seperti yang telah dibuktikan semasa kes pendakwaan.

Oleh yang demikian, pihak pendakwaan memohon agar Mahkamah yang Mulia

meneliti dan menilai semula keterangan OKT kerana berdasarkan keterangan

OKT di Mahkamah ini pendakwaan berhujah bahawa OKT bukanlah saksi yang

kredibel, kerana beliau sendiri mengaku bahawa ada antara keterangannya

samada yang diberikan di Mahkamah atau kepada pihak polis adalah palsu.

Rujuk kes PP v Ling Tee Huah (1982) 2 MLJ 325 m/s 326, Mahkamah

memutuskan;

“No doubt, an accused person need not have proven anything, but a mere denial

without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not

sufficient”.

Atas sebab yang sedemikian, keterangan pendakwaan malah diakui oleh OKT

sendiri bahawa kedua-dua bahagian hadapan dan belakang cek diisi sendiri oleh

OKT. Walaupun 10 cek dalam pertuduhan melibatkan 3 penerima yang berbeza,

namun semuanya telah didepositkan oleh despatch dan diterima semula oleh

OKT melalui kad-kad ATM yang ada dalam kawalan dan akses OKT. Manakala

10

Page 11: Hujahan Defence RUZAINI

untuk wang yang dimasukkan kedalam akaun SP7, diakui sendiri oleh OKT

sendiri telah diterima semula oleh OKT daripada SP7.

Pembelaan OKT hanyalah suatu pembelaan secara umum sebagaimana contoh

berikut:

“kebanyakan cek Arrajhi atas nama individu untuk bayar hutang”.

OKT hanya menafikan keterangan kes pendakwaan sebagai tidak benar.

Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa tiada apa-apa keterangan yang

dikemukakan oleh OKT ini yang dapat menggugat kredibiliti saksi-saksi

pendakwaan.

Kemudian, merujuk kes Mirza Murtala v PP [2010] 4 CLJ 150, di m.s 163,

Mahkamah menyatakan;

[20] Our appraisal of the aforesaid approach taken by the trial judge is further

fortified by the following passage found in his judgment that read:

Mahkamah ini merasakan yang OKT 1 juga telah berbohong dalam

pembelaannya. Dia seolah-olah memberitahu bahawa walaupun SP6 mengenali

“Man” dan mengetahui tentang beg bersama dadah kepunyaan “Man” tetapi

masih juga memaksa, memerangkap dan menangkap OKT1 dan OKT2.

Mahkamah ini tiada dapat menerima tentang berlakunya penganiayaan ke atas

kedua –dua tertuduh oleh SP6. Ini kerana tidak ada sebab untuk SP6 dan

SP7 berbuat sedemikian, lagipun pihak-pihak dalam kes ini baru pertama kali

berjumpa dan sudah semesti tiada sebarang latar belakang dendam atau

perselisihan antara mereka.

[21] We are in agreement with the learned trial judge and we further of the view

that in fact there is no evidence whatsoever at all of any reason or motive for the

prosecution’s witness aforesaid to frame up the 1st accused nor the 2nd accused.

11

Page 12: Hujahan Defence RUZAINI

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada hujahan-hujahan tersebut, pihak pendakwaan

menghujahkan bahawa pihak pembelaan telah gagal untuk menimbulkan keraguan

yang munasabah dalam kes pendakwaan dan jika keseluruhan keterangan-keterangan

dinilai semula di akhir kes, jelas pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes di

luar keraguan munasabah.Seperti yang telah dihujahkan di atas, tiada apa-apa di

dalam kes pembelaan yang telah menimbulkan keraguan munasabah ‘reasonable

doubt’ ke atas kes pendakwaan.

Oleh itu, saya dengan rendah diri memohon Mahkamah untuk membuat suatu

keputusan bahawa, OKT didapati bersalah dan mensabitkan OKT ke atas 10

pertuduhan di bawah seksyen 471 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 467

Kanun yang sama.

Bertarikh pada 4.11.2015

Dengan kuasa yang diberikan oleh Pendakwa Raya

t.t

SITI SYUHADA’ BINTI ALWI

Timbalan Pendakwa Raya

12