hubungan antara tahap kecerdasan emosi dengan … · kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap...
TRANSCRIPT
HUBUNGAN ANTARA TAHAP KECERDASAN EMOSI DENGAN TAHAP
KERISAUAN PELAJAR TAHUN SATU, FAKULTI PENDIDIKAN
CHAN JENN LI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2006
ii
iii
DEDIKASI
Buatmu ayah (Chan Cheng Choon) dan ibu (Wong Seow Eng) yang dikasihi,
Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita
Serta panduan perjuangku dalam kehidupan ini
Buatmu insan yang tersayang,
Terima Kasih atas sokongan, nasihat,
Kepercayaan dan kesabaran yang diberikan selama ini
Buatmu pembimbing yang disanjungi,
Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasamu yang diberikan
Tidak akan saya lupai
Buatmu teman-teman yang dirindui,
Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini
Akan kukenangi selamanya
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada
penyelia Projek Sarjana Muda saya, PM. Dr. Othman bin Md Johan atas dorongan
dan bimbingan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan Projek Sarjana Muda
ini. Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar tanpa rasa jemu dalam proses
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pelajar-pelajar 1 SPM,
1SPT, 1SPK dan 1SPC sudi meluangkan masa untuk membantu penulis. Kerjasama
daripada mereka dalam penyelidikan Projek Sarjana Muda ini amatlah dihargai.
Penghargaan turut ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan serta mereka
yang telibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan projek ini.
Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak di atas, Projek Sarjana Muda
ini tidak akan disiapkan dengan begitu lancar dan sempurna.
Segala kerjasama, tunjuk ajar dan maklumat serta dorongan daripada semua
pihak di atas amat penulis hargai. Penulis tidak dapat membalas budi baik kalian dan
hanya dapat merakamkan ucapan jutaan terima kasih. Semoga kalian sentiasa sihat
sejahtera dan diberkati oleh Tuhan.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kecerdasan emosi dan tahap
kerisauan pelajar tahun satu di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai Johor. Ia juga bertujuan untuk melihat perbezaan tahap kecerdasan emosi
dan kerisauan di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dan seterusnya
mengenalpasti adakah terdapat hubungan antara tahap kecerdasan emosi dan
kerisauan. Data kajian dikumpul daripada 92 sampel yang dipilih secara rawak
berstrata. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik. Data yang dikumpul
dianalisis secara deskriptif untuk memperolehi kekerapan, peratusan dan min bagi
tujuan mengetahui tahap kecerdasan emosi dan kerisauan yang dikaji. Pekali
korelasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan antara kecerdasan emosi dengan
kerisauan. Dapatan kajian menunjukkan majoriti pelajar tahun satu mempunyai
tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar tahun
satu memiliki tahap kerisauan yang sederhana. Peratusan pelajar perempuan yang
berada pada tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih besar berbanding pelajar
lelaki. Sebaliknya, peratusan pelajar lelaki yang berada pada tahap kerisauan yang
sederhana lebih besar berbanding pelajar perempuan. Ujian korelasi pula
menunjukkan tiada hubungan yang signifikan di antara kecerdasan emosi dengan
kerisauan pelajar tahun satu.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study was to determine emotional intelligence and
anxiety level among the first year students of the Faculty of Education, University
Technology Malaysia, Skudai Johore. It also aims to identify the difference in the
level of the emotional intelligence and anxiety between male and female students and
to determine the correlation between emotional intelligence and anxiety. A stratified
random sampling was used to select the sample of the study. The instrument used in
this research was questionnaire. The data colleted was analyzed to obtain its
frequencies, percentages and means. Pearson correlation was used to identify the
correlation between emotional intelligence and anxiety. The research findings
indicated that majority of the student have high emotional intelligence. The students
were also found to have medium anxiety. The percentage of female students having
high emotional intelligence is higher than the male students. However, more male
students were found to have medium anxiety level compared to their counterpart.
Emotional intelligence did not correlate significantly with anxiety.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Konsep Dan Operasional 8
1.8.1 Kecerdasan Emosi (EQ) 8
1.8.2 Pelajar 11
1.8.3 Kerisauan 11
1.9 Kesimpulan 12
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Kecerdasan Emosi 13
2.2.1 Definisi Kecerdasan Emosi 14
2.2.2 Kajian-kajian Dalam Negara 15
2.2.3 Kajian-kajian Luar Negara 18
2.2.4 Kecerdasan Emosi Dan Jantina 19
2.3 Kerisauan 19
2.3.1. Konsep Kerisauan 20
2.3.2. Teori Kerisauan 20
2.3.2.1 Teori Kerisauan Psikoanalisis Freud 21
2.3.2.2 Teori Kerisauan Keadaan -Tret 22
2.3.3. Kajian-kajian Dalam Negara 23
2.3.4. Kerisauan Dan Jantina 24
2.4 Kesimpulan 25
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Rekabentuk Kajian 26
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 27
3.4 Prosedur Kajian 27
3.5 Instrumen Kajian 28
3.5.1. Instrumen Demografi 29
3.5.2. Instrumen Tahap Kecerdasan Emosi 29
3.5.2.1.Skala Pemarkatan Tahap EQ 30
3.5.2.2.Skoring Manual Tahap EQ 30
3.5.3. Instrumen Tahap Kerisauan 31
3.5.3.1.Skala Pemarkatan Tahap Kerisauan 32
3.5.3.2. Skoring Manual Tahap Kerisauan 32
3.6 Kajian Rintis 33
ix
3.7 Kaedah Analisis Data 34
3.7.1 Analisis Deskriptif 34
3.7.2 Analisis Inferensi 35
3.8 Kesimpulan 35
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 36
4.2 Analisis Deskriptif Mengenai Faktor Demografi 37
4.2.1 Analisis Deskriptif Jantina Responden 37
4.3 Analisis Deskriptif Mengenai Tahap EQ 37
4.3.1 Tahap EQ Responden 38
4.3.2 Tahap EQ Responden Mengikut Jantina 39
4.4 Analisis Deskriptif Mengenai Tahap Kerisauan 40
4.4.1 Tahap Kerisauan Responden 40
4.4.2 Tahap Kerisauan Responden Mengikut Jantina 41
4.5 Hubungan Antara EQ Dengan Kerisauan 42
4.6 Kesimpulan 42
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 43
5.2 Rumusan 43
5.3 Perbincangan Mengenai Dapatan Kajian 44
5.3.1. Tahap Kecerdasan Emosi 45
5.3.2. Tahap Kerisauan 46
5.3.3. Tahap Kecerdasan Emosi Mengikut Jantina 48
5.3.4. Tahap Kerisauan Mengikut Jantina 49
5.3.5. Hubungan Antara Tahap EQ Dengan Kerisauan 51
5.4. Implikasi Kajian 51
5.5 Cadangan Kajian Yang Akan Datang 52
x
SENARAI RUJUKAN 53-55
LAMPIRAN
Lampiran A-D 56-68
SENARAI JADUAL
NOMBOR
JADUAL
TAJUK MUKA
SURAT
Jadual 3.1 Taburan saiz sampel yang digunakan sebagai
responden
27
Jadual 3.2 Taburan struktur item soal selidik 29
Jadual 3.3 Skala 5 mata (bahagian B) 30
Jadual 3.4 Penentuan tahap EQ responden 30
Jadual 3.5 Struktur item positif dan negatif soal selidik
(Bahagian B)
31
Jadual 3.6 Skala 5 mata (bahagian C) 32
Jadual 3.7 Penentuan tahap kerisauan responden 32
Jadual 3.8 Struktur item positif dan negatif soal selidik
(Bahagian C)
33
Jadual 3.9 Klasifikasi kekuatan korelasi Rowntree (1981) 35
Jadual 4.1 Taburan kekerapan dan peratusan mengikut jantina 37
Jadual 4.2 Analisis tahap kecerdasan emosi responden 38
Jadual 4.3 Analisis tahap kecerdasan emosi responden mengikut
jantina
39
Jadual 4.4 Analisis tahap kerisauan responden 40
Jadual 4.5 Analisis tahap kerisauan responden mengikut jantina 41
xii
SENARAI SINGKATAN
SPSS Statistical Packages for the Social Sciences
EQ Kecerdasan Emosi
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A Item Soal Selidik Tahap EQ 56
B Item Soal Selidik Tahap Kerisauan 59
C Soal Selidik 61
D Surat Pengesahan 68
BAB I
PENDAHULUAN
1.1. Pengenalan
Intellectual Quotient (IQ) adalah satu perkataan yang sering kita temui dan
didengari. Ia sangat popular sama ada dalam dunia pendidikan, perniagaan atau apa-
apa bidang sekalipun. Masyarakat sering beranggapan jika seseorang individu yang
mempunyai tahap IQ yang tinggi akan berjaya dalam hidupnya dan di pandang
tinggi. Walaupun demikian, jika diperhatikan IQ mempunyai perkaitan kearah
kecenderungan seseorang individu untuk membahaskan idea, konsep dan prinsip
tetapi kurang berminat untuk membincangkan tentang emosi seseorang individu.
Mengikut Daniel Goleman (1995) pengarang buku "The Emotional Intelligence",
penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan yang ada
pada keintelektualannya (IQ) sahaja tetapi yang lebih penting adalah kecerdasan
emosi (EQ) yang ada pada dirinya.
Kecerdasan emosi menjadi salah satu penentu penting untuk mengukur
kejayaan dalam kehidupan seseorang individu. Kecerdasan emosi melibatkan kualiti
keupayaan individu untuk mengenalpasti dan memahami emosi diri sendiri dengan
orang lain dan mereka mampu menguruskan konflik yang terjadi pada diri sendiri.
Seringkali kita menganggap bahawa emosi adalah hal yang begitu saja terjadi
dalam hidup kita.
2
Kita menganggap bahawa perasaan marah, takut, sedih, malu, bersalah, gembira,
bosan, dan sebagainya adalah akibat dari atau hanya sekadar respon kita terhadap
pelbagai peristiwa yang terjadi pada kita. Seandainya seseorang berkebolehan
mengenal perasaan atau emosi apabila ia timbul, beliau dikatakan mempunyai sedikit
kesedaran kendiri dan seterusnya kecerdasan emosi. Sekiranya seseorang dapat
mengenali perasaan atau emosi secara mendalam, beliau lebih mudah menjalani
kehidupannya.
Selain daripada kecerdasan emosi, terdapat beberapa faktor lain yang boleh
mempengaruhi kejayaan seseorang individu terutamanya dalam kehidupan. Faktor
yang akan dibincangkan adalah kerisauan seseorang individu. Perasaan risau, sedih,
takut dan bimbang dari pelbagai aspek akan mempengaruhi seseorang individu
dalam mencapai kejayaan dan menjalani aktiviti kehidupan.
1.2. Latar Belakang Masalah
Sebelum ini hanya kepintaran intelek dianggap menyumbang kepada
kejayaan serta kecemerlangan seseorang individu. Menurut pandangan yang diberi
oleh Daniel Goleman (1995), kejayaan seseorang individu itu 80% adalah
bergantung kepada kemampuan seseorang individu untuk mengawal emosinya
manakala 20% lagi adalah bergantung kepada kepintaran inteleknya.
Hasil daripada pendapat-pendapat ini, pengkaji ingin menjalankan satu kajian
untuk melihat tahap kecerdasan emosi pelajar tahun Satu, Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia.
3
Secara umumnya, kecerdasan emosi dibahagikan kepada dua bahagian utama
iaitu emosi perhubungan kendiri (intrapersonal) dan emosi untuk perhubungan
dengan orang lain (interpersonal). Intrapersonal dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu
mengenal emosi diri, mengurus emosi diri dan memotivasikan diri.
Bagi interpersonal pula dipecahkan kepada dua bahagian iaitu mengendalikan
perhubungan yang berkesan dan mengenal emosi orang lain (Daniel Goleman, 1995).
Selain itu, kecerdasan emosi yang berasaskan 12 sub-skala yang telah
dibentuk oleh Daniel Goleman adalah seperti kesedaran diri, mengawal perasaan,
motivasi diri, mengawal diri, perhubungan antara manusia, empati, penerimaan diri,
komunikasi, tindak balas kendiri, tegas, celik akal dan sikap keterbukaan. 12 sub-
skala tersebut lebih sesuai dalam mengukur tahap kecerdasan emosi pemimpin-
pemimpin dalam sesuatu organisasi.
Dengan adanya kecerdasan emosi yang diutarakan di atas, pelajar-pelajar
dapat berkomunikasi dengan orang lain secara efektif. Seseorang yang mempunyai
kecerdasan emosi yang tinggi adalah golongan yang bukan sahaja dapat mengawal
perasaan dan tindakan sendiri bahkan juga dapat berkomunikasi secara berkesan
dengan orang lain.
Sebaliknya, seseorang yang tidak mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi
adalah golongan yang cepat bertindak mengikut emosinya dan tidak sensitif terhadap
perasaan orang lain. Seseorang yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang
rendah mempunyai kecenderungan untuk menyakiti dan memusuhi dengan orang
lain. Mereka juga tidak dapat membendung emosi sehingga menyebabkan
kehilangan pertimbangan dalam menjalankan kehidupan.
Selain itu, kerisauan terhadap sesuatu perkara juga akan mempengaruhi emosi
seseorang individu dalam menjalankan hidupnya.
4
Faktor-faktor umum yang boleh menyebabkan seseorang individu mengalami
kerisauan adalah perhubungan dengan orang lain, kesihatan, keluarga, kehamilan,
mencapai usia tua, pekerjaan, masalah kewangan, masalah harian, masalah
perhubungan peribadi dan menghadapi peperiksaan (Priest, 1983).
Perkataan risau mula diperkenalkan sejak tahun 1500, perkataan ini berasal
daripada Bahasa Latin yang membawa maksud “anxious” iaitu keadaan yang merasa
sedih dan murung. Perasaan risau lebih kepada perasaan dalaman yang
menyebabkan seseorang individu hilang kawalan diri dan risau perkara yang buruk
berlaku pada hari sebelumnya atau pada masa akan datang.
Kerisauan mempengaruhi fisiologi, kelakuan dan psikologi seseorang
individu. Dalam aspek fisiologi, kerisauan akan menyebabkan ketegangan otot,
berdebar-debar, dahaga, mulut kering atau badan mudah berpeluh. Dalam aspek
kelakuan pula, kerisauan akan mengganggu kehidupan seharian seseorang individu.
Manakala dari segi aspek psikologi, kerisauan akan menyebabkan seseorang merasa
bimbang dan gelisah. Jika terlalu bimbang dan gelisah, maka seseorang individu
akan menjadi gila dan terasa tidak ingin hidup lagi.
Terdapat dua komponen utama dalam kerisauan iaitu “free-floating anxiety”
(spontaneous panic attack) dan “situational anxiety” atau dikenali sebagai fobia.
“free-floating anxiety” yang bermaksud kerisauan tanpa sebab mempunyai petanda-
petanda seperti bernafas dengan pantas, berdebar-debar, menggigil, badan berpeluh,
loya, rasa kaku, emosi tidak stabil, takut kematian dan tidak dapat mengawal
perasaan. Fobia bermaksud seseorang individu mula mengelakkan diri dari sesuatu
perkara. Contoh situasi seseorang yang fobia pula adalah takut memandu kenderaan
bermotor atau takut berjumpa dengan doktor dan sebagainya.
5
1.3. Pernyataan Masalah
Dalam menghadapi kehidupan harian, pelajar-pelajar tidak dapat lari daripada
berhadapan dengan pelbagai masalah apatah lagi apabila mereka masih lagi pelajar
baru di institusi pengajian tinggi. Pelajar-pelajar ini terpaksa menempuh pelbagai
bentuk cabaran dan perubahan di dalam atau di luar pusat pangajian tinggi dari
semasa ke semasa.
Pelajar-pelajar yang baru dan telah melanjutkan pengajian ke peringkat yang
lebih tinggi seperti di universiti akan tinggal dan belajar hidup berdikari tanpa
bergantung kepada keluarga sahaja. Namun begitu, timbul dua persoalan di sini.
Adakah tahap kecerdasan emosi yang mereka miliki dapat mendorong mereka hidup
dengan selesa? Adakah mereka tidak merasa risau atau bimbang dalam perkara
seperti kesihatan, kewangan, kegiatan sosial, perhubungan peribadi dan akademik?
Pelajar-pelajar ini telah mendapat kelulusan yang tinggi untuk melanjutkan
pelajaran ke pusat pengajian tinggi. Akan tetapi, berapa peratuskah daripadanya
yang memperolehi pencapaian yang baik yang menepati syarat untuk melayakkan
mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti di universiti dan
dapat menjamin kebahagiaan dalam hidupnya?
Sehubungan dengan itu, jika ditinjau pelajar yang telah berjaya melanjutkan
pelajaran di universiti, khususnya pelajar tahun satu kemasukkan sesi 2005/2006,
adakah tahap kecerdasan emosi yang mereka miliki boleh mendatangkan kerisauan
kepada mereka atau kerisauan boleh mengganggu kecerdasan emosi mereka?
1.4. Objektif Kajian
Kajian ini secara amnya adalah bertujuan untuk melihat hubungan antara
tahap kecerdasan emosi dengan tahap kerisauan pelajar tahun satu kemasukkan
6
2005/2006, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Secara khasnya
adalah untuk melihat perkara-perkara utama seperti di bawah:
1. Untuk melihat sejauh manakah tahap kecerdasan emosi (keupayaan
mengenal emosi kendiri, keupayaan mengurus emosi kendiri, motivasi
kendiri, keupayaan mengendalikan perhubungan yang berkesan dan
keupayaan mengenal emosi orang lain) pelajar tahun satu.
2. Untuk melihat sejauh manakah tahap kerisauan (kesihatan, kewangan,
kegiatan sosial, perhubungan peribadi dan akademik) pelajar tahun satu.
3. Untuk melihat perbezaan tahap kecerdasan emosi pelajar (keupayaan
mengenal emosi kendiri, keupayaan mengurus emosi kendiri, motivasi
kendiri, keupayaan mengendalikan perhubungan yang berkesan dan
keupayaan mengenal emosi orang lain) berdasarkan jantina.
4. Untuk melihat perbezaan tahap kerisauan pelajar (kesihatan, kewangan,
kegiatan sosial, perhubungan peribadi dan akademik) berdasarkan jantina.
5. Untuk mengkaji hubungan kecerdasan emosi pelajar dengan kerisauan
mereka.
1.5. Persoalan Kajian
Melalui kajian yang dilakukan ini, penyelidik berharap dapat mencari
jawapan bagi persoalan-persoalan berikut:
1. Apakah tahap kecerdasan emosi (keupayaan mengenal emosi kendiri,
keupayaan mengurus emosi kendiri, motivasi kendiri, keupayaan
mengendalikan perhubungan yang berkesan dan keupayaan mengenal
emosi orang lain) pelajar tahun satu?
2. Apakah tahap kerisauan (kesihatan, kewangan, kegiatan sosial,
perhubungan peribadi dan akademik) pelajar tahun satu?
7
3. Adakah terdapat perbezaan dalam kecerdasan emosi pelajar (keupayaan
mengenal emosi kendiri, keupayaan mengurus emosi kendiri, motivasi
kendiri, keupayaan mengendalikan perhubungan yang berkesan dan
keupayaan mengenal emosi orang lain) berdasarkan jantina?
4. Adakah terdapat perbezaan dalam tahap kerisauan pelajar (kesihatan,
kewangan, kegiatan sosial, perhubungan peribadi dan akademik)
berdasarkan jantina?
5. Adakah kecerdasan emosi pelajar mempunyai hubungan dengan
kerisauan mereka?
1.6. Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah penting bagi melihat tahap kecerdasan emosi pelajar tahun
satu kemasukkan sesi 2005/2006, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
dengan tahap kerisauan mereka. Melalui hasil kajian ini adalah diharapkan agar
pembelajaran pelajar tahun satu akan menjadi lebih mudah serta lancar dan
seterusnya berjaya dalam kehidupan pada masa depan.
Oleh itu, diharapkan kajian ini akan memberikan kemudahan dan maklumat
kepada:
a) Bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk mengenalpasti tahap kecerdasan emosi
pelajar tahun satu dan tahap kerisauan mereka.
b) Pihak klinik psikoterapi bagi memberikan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling sekiranya diperlukan oleh pelajar.
c) Penyarah Fakulti Pendidikan untuk membantu para pelajar meningkatkan
tahap kecerdasan emosi mereka. Selain itu, pensyarah juga dapat
mengetahui tahap kerisauan para pelajar bagi memberikan nasihat atau
bimbingan yang sewajarnya kepada mereka.