hikayat carang kulina dan kronologi inao versi ari … · 2016. 3. 30. · pengenalan teks utama ....

19
HIKAYAT CARANG KULINA DAN KRONOLOGI INAO VERSI ARI NAKKHARA: “TERJEMAH” ATAU “MENGUBAH SUAI”? Rattiya Saleh Aspirasi Hikayat Carang Kulina 1 (HCK54) adalah sebuah teks cerita Panji versi bahasa Melayu tulisan Jawi berbentuk manuskrip yang diduga berhijrah dari istana Negeri Kedah Darul Aman ke istana Siam di Bangkok pada sekitar tahun Masihi 1890. Ia diterjemahkan kepada bahasa Thai baku oleh Khun Nikorn Kanprakit pada tahun Masihi 1918 dan mulai diterbitkan oleh Krom Sillapakorn (Jabatan Kesenian), Kementerian Pendidikan Thailand pada tahun Masihi 1977 dengan judul bahasa Thai iaitu Phongsawadan Inao Cabab Ari Nakkhara atau Kronologi Inau Versi Ari Nakkhara (KIVAN). 2 Pemakaian istilah “TERJEMAH” dengan proses penghasilan sebuah cerita Panji versi Thai atau Phongsawadan Inao Cabab Ari Nakkhara tersebut telah mendorong saya menghasilakan sebuah kajian bersifat kualitatif berjudul Hikayat Carang Kulina dan Kronologi Inau Versi Ari Nakkhara : “TERJEMAH” atau “MENGUBAH SUAI” ? ini dan berjaya memastikan penterjemahan itu pada 3 aspek ; 1) Teks KIVAN adalah benar-benar diterjemahkan daripada teks HCK54 pada sebahagian yang kecil sahaja, 2) Teks KIVAN diubah suai daripada teks HCK54 melalui teknik terjemah berbagai, dan 3) Teks HCK54 dan teks KIVAN mempunyai unsur-unsur struktur dasar (main plot) yang sama dan perbezaannya terletak pada plot-plot kecil (sub-plot). * Professor Dr. Rattiya Saleh, Faculty of Humanities and Social Sciences, Thaksin University, Muang District, Songkla 90000, THAILAND. E-mail: [email protected] 1 Seterusnya, nama ini diringkaskan dengan kod HCK54 (Hikayat Carang Kulina manuskrip bernombor 54 seperti yang ditetapkan oleh Perpustakaan Negara Bangkok). Teks HCK54, amat besar kemungkinan, disalin tidak lama sebelum tahun Masihi 1890. Lihat Rattiya Saleh, 2001, Hikayat Carang Kulina : Analisis Teks dan Kesinambungan dalam Kehidupan Masyarakat Melayu Muslim Patani. Tesis Ph.D., Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur, hlm.57. 2 Seterusnya, nama ini akan diringkaskan dengan kod KIVAN (Kronologi Inao Versi Ari Nakkhara). Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: others

Post on 06-Nov-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HIKAYAT CARANG KULINA DAN KRONOLOGI INAO VERSI ARI … · 2016. 3. 30. · Pengenalan Teks Utama . 1. Pengetahuan Umum Tentang Teks Hikayat Carang Kulina (HCK) Pada tahun Masihi 1736,

HIKAYAT CARANG KULINA DAN KRONOLOGI INAO VERSI ARI NAKKHARA: “TERJEMAH” ATAU “MENGUBAH SUAI”?

Rattiya Saleh

Aspirasi

Hikayat Carang Kulina 1 (HCK54) adalah sebuah teks cerita Panji versi bahasa Melayu tulisan Jawi berbentuk manuskrip yang diduga berhijrah dari istana Negeri Kedah Darul Aman ke istana Siam di Bangkok pada sekitar tahun Masihi 1890. Ia diterjemahkan kepada bahasa Thai baku oleh Khun Nikorn Kanprakit pada tahun Masihi 1918 dan mulai diterbitkan oleh Krom Sillapakorn (Jabatan Kesenian), Kementerian Pendidikan Thailand pada tahun Masihi 1977 dengan judul bahasa Thai iaitu Phongsawadan Inao Cabab Ari Nakkhara atau Kronologi Inau Versi Ari Nakkhara (KIVAN). 2

Pemakaian istilah “TERJEMAH” dengan proses penghasilan sebuah cerita Panji versi Thai atau Phongsawadan Inao Cabab Ari Nakkhara tersebut telah mendorong saya menghasilakan sebuah kajian bersifat kualitatif berjudul Hikayat Carang Kulina dan Kronologi Inau Versi Ari Nakkhara : “TERJEMAH” atau “MENGUBAH SUAI” ? ini dan berjaya memastikan penterjemahan itu pada 3 aspek ; 1) Teks KIVAN adalah benar-benar diterjemahkan daripada teks HCK54 pada sebahagian yang kecil sahaja, 2) Teks KIVAN diubah suai daripada teks HCK54 melalui teknik terjemah berbagai, dan 3) Teks HCK54 dan teks KIVAN mempunyai unsur-unsur struktur dasar (main plot) yang sama dan perbezaannya terletak pada plot-plot kecil (sub-plot).

* Professor Dr. Rattiya Saleh, Faculty of Humanities and Social Sciences, Thaksin University, Muang

District, Songkla 90000, THAILAND. E-mail: [email protected] 1 Seterusnya, nama ini diringkaskan dengan kod HCK54 (Hikayat Carang Kulina manuskrip

bernombor 54 seperti yang ditetapkan oleh Perpustakaan Negara Bangkok). Teks HCK54, amat besar kemungkinan, disalin tidak lama sebelum tahun Masihi 1890. Lihat Rattiya Saleh, 2001, Hikayat Carang Kulina : Analisis Teks dan Kesinambungan dalam Kehidupan Masyarakat Melayu Muslim Patani. Tesis Ph.D., Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur, hlm.57.

2 Seterusnya, nama ini akan diringkaskan dengan kod KIVAN (Kronologi Inao Versi Ari Nakkhara).

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: HIKAYAT CARANG KULINA DAN KRONOLOGI INAO VERSI ARI … · 2016. 3. 30. · Pengenalan Teks Utama . 1. Pengetahuan Umum Tentang Teks Hikayat Carang Kulina (HCK) Pada tahun Masihi 1736,

2

RUANG LINGKUP KAJIAN

Carta 1 : Ruang Lingkup Kajian

KANDUNGAN

Isi makalah berjudul Hikayat Carang Kulina dan Kronologi Inau Versi Ari Nakkhara : “TERJEMAH” atau “MENGUBAH SUAI” ? ini berasal daripada sebuah hasil kajian bersifat deskriptif-interpretatif yang merupakan lanjutan daripada dua buah tesis berjudul Panji Thai dalam Perbandingan dengan Cerita-cerita Panji Melayu 3 dan Hikayat Carang Kulina : Analisis Teks dan Kesinambungan dalam Kehidupan Masyarakat Melayu Muslim Patani.4

3 Rattiya Saleh. 1979. Panji Thai dalam Perbandingan dengan Cerita-cerita Panji Melayu.Tesis M.A..

Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur.

Ia dimungkinkan untuk memperlihatkan hubungan antara dua buah teks utama iaitu Hikayat Carang Kulina (HCK54) dan Kronologi Inau Versi Ari Nakkhara (KIVAN). Tumpuan kajiannya terarah kepada konteks “terjemah” (TERJEMAH) dan “mengubah suai” (MODIFY) yang berhubung dengan proses menterjemah teks HCK54 bahasa Melayu kepada teks

4 Rattiya Saleh. 2001. Hikayat Carang Kulina : Analisis Terks dan Kesinambungan dalam Kehidupan Masyarakat Melayu Muslim Patani. Tesis Ph.D., Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur.

Hikayat Carang Kulina dan Kronologi Inao Versi Ari Nakkhara :

“TERJEMAH” atau “MENGUBAH SUAI” ?

Teks HCK54

Analisis Teks HCK54

- Pengetahuan umum tentang

teks Hikayat Carang Kulina

[HCK]

Teks KIVAN

MENGUBAH SUAI

(modify)

TERJEMAH

(translate)

- Pengetahuan khusus

tentang teks utama :

[HCK54 & KIVAN]

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: HIKAYAT CARANG KULINA DAN KRONOLOGI INAO VERSI ARI … · 2016. 3. 30. · Pengenalan Teks Utama . 1. Pengetahuan Umum Tentang Teks Hikayat Carang Kulina (HCK) Pada tahun Masihi 1736,

3

KIVAN bahasa Thai pada 3 aspek; 1) Adakah benar yang teks KIVAN diterjemahkan daripada teks HCK54 ? 2) Bagaimanakah teks KIVAN mengubah suai teks HCK54 ? dan 3) Apakah unsur-unsur sepunya dan perbezaan antara teks HCK54 dan KIVAN ? Pengenalan Teks Utama 1. Pengetahuan Umum Tentang Teks Hikayat Carang Kulina (HCK)

Pada tahun Masihi 1736, Werndly telah menerbitkan sebuah Kamus yang menyatakan Hikayat Carang Kulina adalah sebuah judul cerita Panji. Sayangnya kerana ia tidak diberikan keterangan sama ada hikayat tersebut berbentuk lisan atau tulisan dan di manakah tempatnya berada.5

Pada tahun 2001, Rattiya Saleh mendapat maklumat bahawa ada 23 buah manuskrip Melayu berjudul Hikayat Carang Kulina memakai kod-kod tertentu tersimpan di beberapa buah khazanah di Malaysia dan di luar Malaysia. Di antaranya termasuk sebuah manuskrip HCK54 yang tersimpan di Perpustakaan Nasional Bangkok, Thailand. Manuskrip-manuskrip tersebut ternyata dalam senarai di bawah;

i) Bibliotheque Royale de Belgique, Brussels : - 21513 Ht. Charang Kulina (mss 21513) ii) British Museum :

- Additional 12383 Ht. Charang Kulina - Add.12383

iii) Cambridge University Library, London : - Add. 3765 Hikayat Carang Kulina - Add. 3776 Hikayat Carang Kulina iv) Muzium Negeri Kedah : - Syair Carang Kulina ( SEK1) - Syair Carang Kulina ( SEK2) - Hikayat Carang Kulina (HCKK) v) Muzium Negeri Terengganu : - ms 82.306 Ht. Carang Kulina vi) Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur : - MS 153 : Hikayat Charang Kulina - MS 38 : Hikayat Jaran Kulina - MS 38(a) : Hikayat Jaran Kulina - MS 38(b) : Hikayat Jaran Kulina - MS 139 : Hikayat Jaran Kalina - MS 139(a) : Hikayat Jarang Kalina vii) Perpustakaan Nasional Bangkok - mss 54, Bil. 57, Inao atau HCK- mss54 viii) Perpustakaan Negara Malaysia : - MKM 1380 Ht. Carang Kulina - MKM 652 Ht. Carang Kulina ix) Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi : - 8MF 21 Ht. Charang Kulina

5Winstedt, R.O. 1920. Malay Works Known to Werndly in 1736 A.D. JSBRAS (82) : 163-165.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: HIKAYAT CARANG KULINA DAN KRONOLOGI INAO VERSI ARI … · 2016. 3. 30. · Pengenalan Teks Utama . 1. Pengetahuan Umum Tentang Teks Hikayat Carang Kulina (HCK) Pada tahun Masihi 1736,

4

- 8MF 7 Ht. Jaran Kulina x) Perpustakaan Universiti Malaya : - MK 112 Ht. Charang Kulina - MK 400 Ht. Charang Kulina xi) Royale Asiatic Society of Great Britain and Ireland, London : Koleksi Raffles : 14 Ht. Charang Kulina (KR 14) Manuskrip-manuskrip itu membuktikan bahawa tidak kesemuanya berada dalam keadaan yang sempurna dan hanya 3 buah manuskrip sahaja iaitu mss54, MS38 = (8MF 7), mss 21513 = (8MF21, MK 112) yang kelihatan hampir sempurna. Kebanyakan teks itu merujuk kepada nama dalang bernama Ariya Nagara sebagai penulis /pencipta /penyalin, manakala teks manuskrip Add.12383/MK 400, MKM 652 menyatakan nama Dalang Ariya Cakrawanjaya. Berpandu kepada kelainan nama dalang tersebut maka manuskrip-manuskrip itu dapat dipecahkan kepada 2 kelompok besar dan 3 kelompok kecil seperti carta di bawah ;

Carta 2 : Pengkelompokan Manuskrip HCK Berdasarkan Nama Dalang

Keterangan tentang carta 2 :

Kelompok A : Teks-teks HCK yang tidak menyebutkan nama dalangnya ; Mss 21513 (MK 112 / 8 MF21 / HCKFB)

Kelompok B : Teks-teks HCK yang menyebutkan nama dua orang dalang yang berbeza dan dibahagikan kepada 2 kelompok kecil iaitu

A B

Mss 21513

(MK 112/

8MF21/

HCKFB)

(B1)

IAN

MS 153,

MS 38/

( 8 MF 7)

MS 38 (a)

MS 38 (b)

MS 139

MS 139 (a)

Mss 54 Ms 82.306

(B2)

Add. 12383

(MK 400/

MKM 652)

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: HIKAYAT CARANG KULINA DAN KRONOLOGI INAO VERSI ARI … · 2016. 3. 30. · Pengenalan Teks Utama . 1. Pengetahuan Umum Tentang Teks Hikayat Carang Kulina (HCK) Pada tahun Masihi 1736,

5

Kelompok B1 : Teks-teks HCK yang menyebutkan nama Dalang Ariya Nagara ; IAN, MS153, MS38 / (8MF7), MS38 (a), MS38(b), MS139, MS139(a), mss54, ms82.306

Kelompok B2 : Teks-teks HCK yang menyebutkan nama Dalang Ariya Cakrawanjaya ; Add.12383 (MK 400 / MKM 652)

Carta 3 : Tempat dan Tarikh Penyalinan Teks HCK Keterangan Jadual 3 : 1. Huruf condong menyatakan nama buku yang diterbitkan. 2. * Tarikh jangkaan yang berdasarkan tarikh kehadiran manuskrip-manuskrip itu dalam sumber bertulis. 3. HCKFB = Hikayat Carang Kulina versi Penerbit Fajar Bakti.

Senarai nama teks

Hikayat Carang

Kulina

Senarai nama tempat

yang menghasilkan

HCK

Tarikh penerbit teks

Hikayat Carang Kulina

Mss 21513

(MK112, 8MF21,

HCKFB )

- ก่อนปี 2451*

IAN

Add.12383

(MK 400, MKM652)

- ก่อนปี 2463*

KR14 - 2357

MS153 - -

MS38 (8MF7) Kedah Jil.I(2465), Jil.II(2466)

MS38(a) Kedah Jil.I(2470), Jil.II(2470)

MS38(b) Kedah 2466

MS139 - -

MS139(a) - -

MSS54 Kedah ก่อนปี 2433*

Add. 3765 (MKM130) Pulau Pinang 2419

Add.3776 - 2409

Ms 82.306 - (2463-2484)*

SCK1 Kedah 2467

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 6: HIKAYAT CARANG KULINA DAN KRONOLOGI INAO VERSI ARI … · 2016. 3. 30. · Pengenalan Teks Utama . 1. Pengetahuan Umum Tentang Teks Hikayat Carang Kulina (HCK) Pada tahun Masihi 1736,

6

1.1 Wajah Teks HCK54 Catatan bahasa Thai yang tertera pada halaman sebelum penulisan teks HCK54

memaklumkan bahawa manuskrip HCK54 adalah milik Mak Wan 6 yang kemudian dihadiahkan- nya kepada Phrachao Nongyathue Somdej Krom Phraya Damrong Rachanuphap.7

Baginda telah menganugerah manuskrip tersebut kepada pihak Perpustakaan Nasional Bangkok pada 12hb. Jun 1910 Masihi dan ia masih tersimpan di Perpustakaan Nasional, Bangkok dengan memakai nombor rujukan 54, bilangan 37, series ‘Phongsawadan Chawa’ (kronologi Jawa), berjudul ‘Inao’.

Manuskrip HCK54 berukuran 33cm x 20cm dan berkulit kertas keras. Ia adalah sebuah naskhah sastera Panji berbentuk prosa, berbahasa Melayu, beraksara Jawi dan bertulisan tangan yang cantik dan tersusun. Hurufnya ditulis dengan dakwat hitam, kecuali perkataan-perkataan, frasa-frasa dan ayat-ayat yang tertentu sahaja yang ditulis dengan dakwat merah. Jumlah halamannya ialah 513 dan ditulis di atas ruang kertas berukuran 28cm x 15.5cm yang berwarna putih kekuningan. Keadaan pada kesuluruhan teks ini tidak didapati tanda baca dan tidak berperenggan, manakala kata penarik ditulis secara kata berulang iaitu diambil perkataan dari hujung baris akhir muka surat sebelah kiri ditulis semula pada awal baris pertama muka surat sebelah kanan. Bermula dari halaman 1 hingga 469, manuskrip ini mengandungi 33 baris pada setiap halaman dan dari halaman 470 hingga 512 mengandungi 32 baris. Setiap baris terdapat 12-15 perkataan tetapi pada halaman 513 mengandungi 11 baris pada bahagian atas, manakala di bahagian bawah terbiar kosong seolah-olah penulisannya terhenti secara tiba-tiba. Keadaan ini dapat mengambil perhatian bahawa penyalinan teks HCK54 diusahakan dalam jarak waktu yang amat pendek iaitu tidak mungkin lebih lama daripada penyalinan teks MS38 yang memakai masa tiga bulan lima hari seperti ternyata dalam kolofonnya. Sayangnya didapati ada beberapa halaman kertas itu kelihatan comot kerana dakwatnya terluntur dan mungkin dimakan asid. Keadaan ini menyebabkan manuskrip teks HCK54 kelihatan kurang sempurna dan boleh menyukarkan pembacaannya. Sebenarnya penulisan teks HCK54 kurang mempersulitkan pembaca untuk memahami jalan cerita dan menikmati keindahannya kerana ketidaksempurnaan yang ditemui hanya terletak pada beberapa kelemahan kecil yang tidak mampu mencacatkan perjalanan cerita. Kelemahan-kelemahan itu terletak pada ketidakseragaman ejaan, salah salin kerana tersilap eja, salah salin kerana penulisan berulang, salah salin kerana tersilap atau terlupa letak titik pada huruf-huruf tertentu, dan kekeliruan penggunaan lambang fonem vokal, fonem konsonan dan kata berganda.

1.2 Ringkasan Cerita HCK54

Teks HCK54 mengisikan sebuah kisah seorang putera mahkota Kuripan, Raden Inu Kertapati (RIK) di negeri Jawa yang amat tampan, bijak dan penuh kesaktian. Putera itu amat menderita setelah kekasihnya, puteri Daha yang bernama Raden Puspa Ningrat atau Raden Galuh Cendera Kirana (RCK) membuang diri. Lantaran itu dia dipaksa oleh ayahandanya keluar mengembara untuk mencari kekasihnya itu. Dalam pengembaraan, RIK berjaya menguasai beberapa buah negeri yang dilaluinya serta dapat beberapa orang puteri tawanan

6Mohammad Isa Othman, Politik Tradisional Kedah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,

1990, hlm.61. Beliau dipanggil juga Wan Teh iaitu Mak Wan Besar atau Paduka bonda Wan Hajar, bonda Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1882-1943) atau Chao Phaya Riddhisongkram Bakti atau Chao Phraya Sai.

7 Prince Damrong Rachanuphap

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 7: HIKAYAT CARANG KULINA DAN KRONOLOGI INAO VERSI ARI … · 2016. 3. 30. · Pengenalan Teks Utama . 1. Pengetahuan Umum Tentang Teks Hikayat Carang Kulina (HCK) Pada tahun Masihi 1736,

7

sebagai isteri. Pada akhirnya, RIK dapat bertemu kembali dengan kekasihnya, berkahwin dan menjadi raja di negeri asalnya.

1.3 Analisis Teks HCK54

Berbicara Tentang Pengarang HCK54 Dalam pengajian sastera Melayu lama ada satu masalah besar yang dihadapi iaitu

mencari nama pengarang atau penulis asal sesebuah teks, tempat dan tahun karya itu dihasilkan. Menurut Abdul Rahman Kaeh, 8

biasanya maklumat-maklumat tersebut dapat diteliti melalui manggala, kolofon, sandiasma atau candrasangkala. Tetapi sumber-sumber seperti itu tidak ditemui dalam teks HCK54. Oleh kerana itu tempat penemuan teks, kondisi teks, tulisan teks, ejaan yang digunakan dan gaya penulisan teks mungkin dapat dimanfaatkan untuk mengatasi masalah itu.

Teks HCK54 bermula dengan ungkapan yang berbunyi “ Alkisah, inilah Hikayat Carang Kulina (h.k.a.y.t. j.a.r.ng.k.l.y.n.) 9

yang indah-indah perkataannya daripada bahasa Jawa diubahkan pada bahasa Melayu. Demikian mulanya itu keturunan hikayat daripada seorang dalang bernama Dalang Ariya Nagara, terlalulah pandai pada merencanakan lelakon wayang. Maka diperbuatlah hikayat ini…”

Pemakaian istilah ‘diubah…’di sini belum tentu bahawa ia bererti ‘dialih bahasa’ dalam pengertian istilah ‘diterjemah…’. Namun secara implisit, penyalin teks HCK54 mengakui bahawa teks HCK54 dicipta melalui pengulangan dan transformasi daripada tradisi lisan kepada tradisi tulisan – daripada bentuk drama tradisional jenis wayang berbahasa Jawa yang dipelopori oleh Dalang Ariya Nagara kepada bentuk prosa naratif bercorak ‘hikayat’ bahasa Melayu yang seterusnya digolongkan dalam keluarga ‘sastera Panji’ berjudul Hikayat Carang Kulina. Proses pengkaryaan ini sama sahaja dengan cara mencipta beberapa buah hikayat Melayu lain yang dimungkinkan dengan cara mengubah bentuk tradisi lisan kepada beberapa variasi karya sastera tulisan lain yang terbina untuk memenuhi tujuan-tujuan tertentu dengan berdasarkan ukuran imaginatif, hasrat, ilham, ideologi dan kreativiti pengarang berkenaan. Perbicaraan ini sudah membuktikan dengan jelas bahawa teks HCK54 bukan teks terjemahan yang diterjemahkan secara langsung dari teks berbahasa Jawa kepada bahasa Melayu, malah ia lebih merupakan hasil pemindaan dari alam sastera Panji Jawa ke alam sastera Panji Melayu yang melibatkan perubahan bahasa dan bentuk persembahannya daripada bentuk teks wayang berbahasa Jawa kepada teks penulisan berbahasa Melayu. Dengan proses itu teks HCK54 adalah hasil salinan ‘penyalin’ dalam proses ‘scribe’ atau ‘copyist’ dan bukan karya terjemahan yang dipindahkan daripada penurunnya yang berposisi sebagai seorang dalang yang tidak dapat tidak proses ini telah membuka ruang dalam hikayat itu terlibat aspek hubungan di antara penyalin, selaku pengarang barunya dengan dalang dan khalayak. Dengan demikian maka Dalang Ariya Nagara dianggap adalah pengarang utama teks HCK54 manakala penyalinnya adalah pengarang baru.10

8Abdul Rahman Kaeh, Panji Narawangsa. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, hlm. 44-

45. 9 Pada halaman 512, baris 25 didapati istilah ini dieja j.a.r.n ng.k.a.l.y.n. 10 Rattiya Saleh, Ibid., 2001, hlm.52-56.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 8: HIKAYAT CARANG KULINA DAN KRONOLOGI INAO VERSI ARI … · 2016. 3. 30. · Pengenalan Teks Utama . 1. Pengetahuan Umum Tentang Teks Hikayat Carang Kulina (HCK) Pada tahun Masihi 1736,

8

1.4 Berbicara Tentang Judul HCK54

Istilah Carang Kulina berasal daripada dua buah perkataan dasar iaitu carang dan kulina yang setiap satu perkataannya dapat diterjemahkan lebih daripada satu makna. Namun apabila dipertimbangkan pada pemakaian nama ‘Carang Kulina’ yang ditentukan pada watak utama Galuh Cendera Kirana dalam penyamaran dan dikaitkan dengan beberapa makna yang terdapat daripada kamus-kamus tertentu, maka perkataan Carang Kulina dapat diandaikan dengan pengertian anak buah kaum keluarga yang baik-baik, terhormat, terkenal dan ternama.11

1.5 Berbicara Tentang Isi Cerita HCK54 HCK54 adalah sebuah judul teks cerita Panji Melayu yang mengutamakan kisah-kisah segolongan manusia yang berseketurunan daripada dewa-dewa di kayangan memonopoli kuasa sebagai pemerintah tertinggi yang memegang teraju kerajaan di Tanah Jawa. Isi cerita HCK54 membawa kisah yang panjang (513 halaman) tetapi peristiwa-peristiwanya disusun rapi dan teratur secara kronologis dan perjalanan ceritanya tidak kompleks. Kisahnya bermula di negeri Kuripan dan bergerak mengikut latar (tempat dan waktu) yang sesuai dengan perwatakan yang ditentukan oleh pengarangnya. Pada akhir cerita, watak-watak utama dapat bertemu kembali di negeri Gegelang dalam keadaan bahagia seperti cerita-cerita Panji yang lain. Langkah-langkah peristiwa itu dapat digambarkan seperti berikut :

Carta 4 : Langkah-langkah Peristiwa dalam Teks HCK5

11 Rattiya Saleh, Ibid., 2001, hlm.38-43.

1

Kelahiran Watak-watak Utama

2 Suasana Kehidupan Zaman

Keremajaan Watak-watak Utama

3 Pengembaraan Watak-watak Utama

dan Para Pengikutnya

4 Pertemuan Akhir dan Perkahwinan

Watak-watak Utama

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 9: HIKAYAT CARANG KULINA DAN KRONOLOGI INAO VERSI ARI … · 2016. 3. 30. · Pengenalan Teks Utama . 1. Pengetahuan Umum Tentang Teks Hikayat Carang Kulina (HCK) Pada tahun Masihi 1736,

9

Sebagai sebuah cerita Panji, teks HCK54 dihasilkan oleh komponen-komponen ‘binaan cerita’ iaitu plot, watak dan perwatakan, latar, gaya bahasa dan tema yang benar-benar mempunyai hubungan yang erat di antaranya dan dapat merealisasikan peristiwa-peristiwa penting sehingga terwujudnya struktur cerita HCK54 sebagai sebuah karya sastera Panji. Proses binaan cerita HCK54 ini dapat digambarkan seperti carta di bawah :

STRUKTUR HCK54

TEMA

PLOT

PERISTIWA

WATAK

PERWATAKAN

TEMPAT

LATAR

GAYA BAHASA

WAKTU

Carta 5 : Komponen-komponen

Pembinaan Teks HCK54 Dengan adanya sifat-sifat tersebut, maka ternyatalah bahawa teks HCK54 adalah prosa

naratif sastera Panji yang dicipta berdasarkan struktur penceritaan dasar cerita-cerita Panji

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 10: HIKAYAT CARANG KULINA DAN KRONOLOGI INAO VERSI ARI … · 2016. 3. 30. · Pengenalan Teks Utama . 1. Pengetahuan Umum Tentang Teks Hikayat Carang Kulina (HCK) Pada tahun Masihi 1736,

10

yang sedia ada. Di samping itu teks HCK54 berjaya mempertahankan identitinya yang tersendiri dalam gugusan cerita Panji berjudul Hikayat Carang Kullina yang tidak menyeleweng daripada bentuk dan struktur cerita-cerita Panji umum.

Antara beberapa komponen yang membina struktur cerita, teks HCK54

memperlihatkan bahawa unsur watak mendapat fungsi yang menonjol bagi keutuhan strukturnya. Teks HCK54 mempunyai jumlah watak yang besar iaitu tidak kurang daripada 200 watak tetapi pengarang hanya menumpukan perhatian kepada watak-watak utama sahaja. Watak-watak sampingan hanya dimasukkan bila keadaan memerlukan. Hal ini amat ketara pada watak ‘Carang Kulina’, puteri Daha dalam penyamaran yang namanya dipakai sebagai judul teks. Dengan sekali pandang, fenomena ini merupakan satu fungsi yang memperkirakan kedudukannya sebagai unsur watak yang sentral, malah lebih dari itu, tahap kehidupan Raden Galuh Cendera Kirana itu juga berfungsi sebagai penggerak jalan cerita yang menyebabkan watak-watak lain terpaksa turut beserta dalam peristiwa-peristiwa yang ada.

Teks HCK54 memiliki sifat-sifat keistimewaan yang amat mengkagumkan

khalayaknya. Sifat-sifat tersebut sebahagiannya adalah seperti berikut : i) Teks HCK54 berjaya memenuhi ‘konsep asal’ dalam makna ‘sastera’ kerana ia berfungsi sebagai media hiburan. ii) Teks HCK54 menyertai sifat didaktif yang membawa maksud yang lebih penting iaitu memberikan petunjuk, membimbing, mempertingkatkan akhlak dan keperibadian masyarakat.

2. Pengetahuan Umum Tentang Teks Kronologi Inao Versi Aree Nakkhara (KIVAN) 2.1 Teks KIVAN

KIVAN adalah sebuah teks yang telah dimaklumkan sebagai sebuah teks terjemahan dalam bahasa Thai yang bersumberkan manuskrip berbahasa Melayu beraksara Jawi iaitu teks HCK54. Penterjemahan teks HCK54 daripada bahasa Melayu kepada bahasa Thai baku ini dijayakan oleh Khun Nikorn Karnprakit atau Bin Abdullah atas perintah baginda Phrachao Nongyathue Somdej Krom Phraya Damrong Rachanuphap. Tugas itu mengambil masa selama 7 bulan iaitu bermula pada bulan Oktober 1918 Masihi hingga bulan April 1919 Masihi. Versi terjemahan itu diturunkan ke dalam kertas kajang, setebal 405 halaman (purata kira-kira 17 baris pada setiap halaman). Pada tahun 1977 Masihi, teks itu telah diperkemaskan dan diterbitkan oleh Krom Sillapakorn (Fine Arts Department), Bangkok dengan judul penuhnya Phongsawadan Inau Cabab Ari Nakkhara (KIVAN). Buku ini berukuran 15 cm x 22 cm dan tebalnya 322 halaman. Isi ceritanya dimuatkan pada bahagian belakang buku tersebut iaitu dari halaman 108 hingga halaman 307. Pada keseluruhannya, ia ditulis dalam bentuk prosa dengan huruf Thai yang mudah difahami. Pada bahagian ‘Pendahuluan’ didapati ada beberapa maklumat yang menyatakan bahawa :

Phongsawadan Inau Cabab Ari Nakkhara (KIVAN) adalah penulisan berbentuk prosa. Karangan asalnya berbahasa Jawa. Pada bahagian ‘kolofon’, tercatat bahawa pengarang cerita tersebut adalah seorang dalang yang sangat pakar dalam perdalangan, namanya Ariyak. Teks KIVAN ini diterjemahkan ke bahasa Melayu untuk didalangkan dan dibuat cerita di alam Melayu. Sumber asalnya tersimpan di Perpustakaan Nasional, Jabatan ‘Fine Arts’. Teks ini merupakan hadiah daripada Wan Teh, bonda Cau Phaya Saiburi, kepada Perpustakaan Nasional yang pada masa itu ialah ‘Ho Prasemud Samrab Pranakon’. Pada masa pemerintahan kerajaan baginda Raja Rama VI (1910-1925), ‘Prince’ Damrong Rachanuphap,

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 11: HIKAYAT CARANG KULINA DAN KRONOLOGI INAO VERSI ARI … · 2016. 3. 30. · Pengenalan Teks Utama . 1. Pengetahuan Umum Tentang Teks Hikayat Carang Kulina (HCK) Pada tahun Masihi 1736,

11

sewaktu menduduki jawatan Pengerusi perpustakaan tersebut telah memerintahkan Khun Nikon Kanprakit untuk menterjemahkannya.12

Memandang kepada beberapa buah ungkapan dalam bahagian ‘Pendahuluan” itu didapati teks Phongsawadan Inau Cabab Ari Nakkhara (KIVAN) ada beberapa maklumat yang tidak sekata dengan teks HCK54 iaitu :

Maklumat dalam Teks KIVAN Maklumat dalam Teks

HCK54

a. disebut HCK54 ada

kolofon

a. tidak ada kolofon

b.disebut ada ungkapan

dalam ‘kolofon’ teks

HCK54 menyatakan

HCK54 dikarang oleh

seorang dalang

b. tidak ada kolofon

c. disebut dalang bernama

‘Ariyak’

c.disebut Dalang Ariya

Nagara.

d. pemilik manuskrip

HCK54 bernama Wan

Teh

d. pemilik manuskrip HCK54

bernama Mak Wan

Penganalisisan Teks Utama secara perbandingan

Pada langkah perbandingan, penganalisisan teks utama, teks HCK54 dimanfaatkan sebagai teks dasar dan teks KIVAN adalah teks bandingan dengan berpandukan takrif “TERJEMAH” (translate) dan “MENGUBAH SUAI” (modify) seperti berikut ;

TERJEMAH dimaksudkan kepada kerja mengalihbahasakan teks asal Hikayat Carang

Kulina versi bahasa Melayu huruf jawi yang tersimpan di Perpustakaan Nasional, Bangkok (HCK54) yang terselit beberapa buah perkataan bahasa pinjaman daripada bahasa Jawa dan dialek Kedah itu kepada teks KIVAN bahasa Thai baku. Penterjemahannya dilakukan dengan berpegang teguh kepada pemilihan istilah-istilah yang berpadanan dengan bahasa asal. Di samping itu konteks ‘seni sastera’, kreativiti pencipta serta konteks budaya pemakaian bahasa yang dianuti oleh pengarang asal dan khalayak-khalayak yang mengikuti karya terjemahan itu juga diambil perhatian sewajarnya.

MENGUBAH SUAI (modify) dimaksudkan kepada kerja penyesuaian teks asal

Hikayat Carang Kulina versi bahasa Melayu huruf jawi yang tersimpan di Perpustakaan Nasional, Bangkok (HCK54) yang terselit beberapa buah perkataan bahasa pinjaman daripada bahasa Jawa dan dialek Kedah itu kepada teks KIVAN bahasa Thai baku.

12 Krom Sillapakon, pngr., Phongsawadan Inau Chabab Ari Nakkhara, Rongphim Kurusapha, Bangkok, 1977, hlm. Pendahuluan.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 12: HIKAYAT CARANG KULINA DAN KRONOLOGI INAO VERSI ARI … · 2016. 3. 30. · Pengenalan Teks Utama . 1. Pengetahuan Umum Tentang Teks Hikayat Carang Kulina (HCK) Pada tahun Masihi 1736,

12

Penyesuaian itu dimulakan dengan kerja terjemah dan mengubah suai teks daripada wajah asal kepada wajah baru yang dijayakan melalui sesetengah prinsip teori intertekstualiti yang sengaja dilakukan untuk memenuhi hasrat peribadi atau secara kebetulan. Keadaan itu adalah dimungkinkan mengikut emosi dan imaginasi penurunnya iaitu penterjemah (translater), penyalin (scribe), penyalin (copier/copyist), pencerita (narrator). Mengikut pemerhatian Partini pengubahsuaian teks sastera selalunya berlaku ke atas konsep yang berkaitan dengan pemikiran, watak-watak utama, plot dan stail pelaksanaan sesebuah karya itu. 13

Pengubahsuaian teks dapat dilakukan dengan cara reduksi (reduction), peluasan (expansion), menyusun semula (rearrangement) ayat-ayat, menukar nama atau peranan watak-watak dalam teks asal.

Usaha untuk mencapaikan matlamat-matlamat yang ditentukan itu, maka kajian ini memanfaatkan pendekatan filologi Melayu sebagai pendekatan dasar. Sejajar dengan itu, sebahagian alat dan prinsip ilmu pendekatan analisis struktur dan intertekstualiti dimanfaatkan pada tempat-tempat yang perlu dengan tujuan untuk memperlihatkan unsur-unsur dalaman teks HCK54 yang ada hubungannya dengan teks KIVAN.

Oleh kerana masa untuk menjalankan kajian ini amat terhad, maka kerja

menterjemahkan keseluruh teks KIVAN tidak dapat dimungkinkan. Maka sesuai dengan keadaan itu, perbandingan teks dalam kajian ini dilaksanakan dalam bingkai teks HCK54 dan berasaskan plot utama (main plot) yang membina cerita panji versi HCK54 yang terdiri daripada 4 buah peristiwa kasar sebagai tempat bertolak dan menjadi ukuran dalam perbicaraan dengan teks KIVAN. Peristiwa-peristiwa itu ialah (1) kisah kelahiran golongan watak utama, (2) kisah kehidupan watak-watak utama masa remaja, (3) kisah pengembaraan watak-watak utama dan para pengikut, (4) kisah pertemuan akhir dan perkahwinan pasangan watak-watak utama.

Bertolak daripada tiap-tiap satu peristiwa tersebut saya membuat pilihan

menterjemahkan teks HCK54 versi bahasa Melayu huruf Rumi14

kepada bahasa Thai hanya pada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Teks bahasa Thai yang diterjemah daripada HCK54 versi huruf Rumi inilah ditegakkan untuk dibandingkan dengan teks KIVAN berbahasa Thai yang sedia ada itu supaya dapat memperlihatkan cara menterjemah teks HCK54 kepada teks KIVAN dengan ketara sama ada ia diterjemah secara langsung atau diubah suai.

Hasil Kajian

Secara ringkas, kajian perbandingan yang dilakukan ke atas teks HCK54 dengan KIVAN melalui 4 buah peristiwa dengan memanfaatkan metodologi dan teknik kajian tersebut telah memberi kenyataannya begini :

1. Kelahiran Golongan Watak Utama Teks HCK54 (h.1-h.5:b.3)15

1.1 KIVAN menterjemah teks bahagian ini secara memberikan interpretasi dengan membuat peluasan – reduksi – mengubah isi cerita teks HCK54 ; KIVAN tidak menulis judul cerita tetapi ia terus menyatakan bahawa cerita ini adalah sebuah kronologi yang diterjemahkan daripada bahasa Jawa kepada bahasa Melayu, dan Dalang Ari Nakkhara adalah seorang dalang yang pakar membawa cerita wayang. Manakala HCK54 menyatakan

13 Abdul Rahman Napiah, op.cit., 1994, p. xxiv ; Partini Sardjono Pradotokusumo, op.cit., p.63. 14 Dirujuk kepada versi transliterasi dari huruf Jawi yang dihasilkan oleh Rattiya Saleh 15 Huruf h. = halaman, huruf b. = baris iaitu merujuk kepada teks asal HCK54

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 13: HIKAYAT CARANG KULINA DAN KRONOLOGI INAO VERSI ARI … · 2016. 3. 30. · Pengenalan Teks Utama . 1. Pengetahuan Umum Tentang Teks Hikayat Carang Kulina (HCK) Pada tahun Masihi 1736,

13

cerita ini adalah sebuah hikayat berjudul Carang Kulina yang diubah daripada bahasa Jawa kepada bahasa Melayu iaitu memakai perkataan ‘diubah menjadi’ bukan ‘diterjemahkan’ atau ‘dialih bahasa’ dan Dalang Ariya Nagara terlalu pandai merencanakan lelakon wayang.

1.2 Terjemahan teks pada bahagian ini didapati (1) terjemahan secara membuat ekspansi ke atas isi cerita HCK54; KIVAN menyatakan bahawa negeri itu bernama negeri Kuripan. Puteri Ratu Kuripan bernama Nang Raden Kalok berumur 14-15 tahun / Ratu kuripan gering dan mangkat dengan sebab baginda sakit tua. (2) terjemahan secara membuat perubahan ke atas isi cerita HCK54; KIVAN menyatakan bahawa bonda (Permaisuri Ratu Kuripan) amat bersedih lalu gering dan tidak sesiapa pun mampu memulihkan baginda, lalu mangkat. Pada masa itu belum ada sesiapa pun sanggup menguruskan tugasan resmi kerajaan itu. Yang ada hanya seorang puteri baginda ratu sahaja. Oleh itu negeri (Kuripan) amat sunyi. Manakala teks HCK54 menyatakan bahawa Permaisuri bersama dengan segala bini aji pun turut bela / kerana negerinya tidak beraja inilah Kuripan menjadi sunyi (3) terjemahan secara membuat reduksi ke atas isi cerita HCK54; KIVAN memotong ayat-ayat HCK54 yang menyatakan bahawa Raden Galuh pun sangat menangis bercintakan ayahanda bonda baginda itu. / Maka dihiburkan segala inang pengasuhnya, dibawa bermain ke taman memungut bunga.

1.3 Terjemahan pada bahagian ini didapati bahawa teks KIVAN telah melakukan

cara terjemahnya begini; (1) KIVAN menukar nama watak Betara Guru dari HCK54 kepada nama Phra Isuan, (2) KIVAN menambah kandungan tentang sifat watak utama dengan menyatakan Ratu negeri Kuripan telah berkahwin dengan Nang Raden Kalok, dan (3) KIVAN memotong isi cerita yang ada dalam HCK54 yang menyatakan “…jika bukan asal dewa-dewa tiada boleh menjadi ratu di Kuripan itu.”

1.4 Terjemahan pada bahagian ini didapati bahawa teks KIVAN menterjemah HCK54

dengan cara membuat interpretasi. Buktinya dapat dilihat pada cara menyusun nama putera-puteri mengikut nombor usia iaitu putera nombor 1, putera yang ke2…. Dan membuat potongan ke atas ayat-ayat dalam HCK54 ; …sekaliannya lengkaplah dengan permaisuri dan bini aji dan segala menteri penggawa rakyat sekalian.

1.5 Terjemahan pada bahagian ini didapati bahawa teks KIVAN menterjemah

HCK54 dengan cara peluasan (ekspansi) iaitu menyatakan Patara Karama Sakti bertitah kepada Permaisuri baginda iaitu Raden Kalok dan putera yang berlima itu bahawa baginda terpaksa berangkat pulang ke kayangan. Oleh itu hendaklah mereka semua berada dalam keadaan yang baik. Baginda telah banyak memberi nasihat kepada permaisuri dan para putera baginda. Kemudian baginda memasuki tempat peraduan dan terus hilang. Di sini didapati ada pula menterjemah dengan cara mengubah kata-kata yang mengakibatkan teks KIVAN berbeza daripada teks HCK54 iaitu KIVAN memakai perkataan ‘bertitah’ sedangkan teks HCK54 memakai perkataan ‘bermohon’ iaitu ‘…Telah tetaplah anakanda baginda menjadi raja di atas takhta kerajaan itu, maka baginda pun bermohon pada isterinya hendak kembali ke kayangan.

1.6 Terjemahan pada bahagian ini didapati teks KIVAN menterjemah dengan cara

menanggal dan mengubah isi cerita HCK54; KIVAN menyatakan setelah Permaisuri hilang bersedih maka dia pun pergi ke Bali dan berada di sana bersama dengan puterinya. Manakala HCK54 menyatakan… Permaisuri pun menangis terlalu sangat lalu hilang.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 14: HIKAYAT CARANG KULINA DAN KRONOLOGI INAO VERSI ARI … · 2016. 3. 30. · Pengenalan Teks Utama . 1. Pengetahuan Umum Tentang Teks Hikayat Carang Kulina (HCK) Pada tahun Masihi 1736,

14

1.7 Para ratu agung mendapat putera-puteri 1.7.1 Terjemahan pada bahagian ini didapati bahawa teks KIVAN menterjemah

dengan cara memotong isi cerita HCK54 terutamanya bahagian deskriptif. Yang lain terdiri daripada bahagian-bahagian kecil ; (1) pengubahsuai budaya pemakaian kata depan yang mendahului nama-nama wanita yang berpangkat tinggi seperti perkataan ‘nang’ mendahului nama Liku iaitu Nang Liku manakala HCK54 memakai perkataan paduka iaitu ‘paduka Liku’ sebagai tanda menghormati dan memuliai empunya nama itu. Perkataan ini memberi pengertian sama dengan istilah ‘sedet’, tidak patut memakai istilah ‘nang’ tetapi boleh memakai perkataan ‘Cau Nang, (2) pengubahsuaian sebutan nama watak Raden Karatapuna itu disebut Raden Kertabuana dalam teks HCK54.

1.7.2 Ada bahagian isi cerita HCK54 yang KIVAN tidak terjemah. Kebanyakannya

adalah bahagian deskriptif tentang keindahan dan suasana alam semula jadi yang dianggap sebagai simbol untuk memberi tanda bahawa ada makhluk yang istimewa akan menjelma di jagat buana ini; deskriptif yang memberi gambaran tentang kebahagiaan isi negeri yang berkenaan ketika tunggu menyambut kedatangan isi keluarga Ratu Kuripan.

1.7.3 Terjemahan pada bahagian ini, KIVAN kurang memberi perhatian terhadap

teks deskriptif, tidak menyebut keindahan watak utama laki-laki iaitu Raden Inu Kertapati, tidak menyebut nama-nama para pengasuh dan asal usul keluarga mereka; tidak menyebut nama Ratu negeri Majapahit. Sesungguhnya, bahagian ini amat menarik perhatian yang mana ahli Linguistik dapat menggunakan konteks sebutan (pronunciation) tentang nama-nama watak sebagai alat untuk mengkaji teknik peminjaman perkataan Melayu dan Jawa yang muncul dalam kesusasteraan jenis ini. Keadaan ini boleh dikatakan bahawa penterjemah teks HCK54 banyak memakai cara memotong isi cerita HCK54 tanpa had.

1.7.4 KIVAN menterjemah secara membuat interpretasi. Ada juga kelihatan seolah-

olah hendak menterjemah deskriptif tentang kecantikan tuan puteri seperti yang ternyata dalam HCK54 itu tetapi tidak juga terbuat. KIVAN menyebut tanda kecantikan tuan puteri selepas upacara memberi nama. Manakala HCK54 menyatakan kecantikan tuan puteri itu sebelum upacara bermula.

1.7.5 Kadang-kadang didapati KIVAN menterjemah isi cerita HCK54 mengikut urutan susunan ceritanya tetapi tidak dilakukan pada keseluruhannya. Isi cerita juga tidak dibuat perubahan tetapi nama-nama watak sahaja yang kelihatan ada perubahan sebutan ke arah sebutan Thai.

1.7.6 Pada bahagian ini KIVAN menterjemah HCK54 secara ringkas dan diceritakan semula mengikut selera penterjemah. Kata-kata nazar yang ditunaikan oleh Sang Nata (Ratu Daha) semuanya dipotong.

1.7.7 Pada bahagian ini KIVAN menterjemah HCK54 dengan ringkas dan

diceritakan semula mengikut selera penterjemah tanpa mengambil perhatian terhadap deskriptif-deskriptif yang ternyata dalam teks asal; KIVAN tidak menyebut kisah peristiwa kelahiran watak utama wanita iaitu Raden Cendera Kirana Galuh ing Kediri. Didapati ada juga yang KIVAN telah mengadaptasi dan mengubah nama watak kerana tersilap baca; nama Raden Puspa Ningrat dibaca Raden Paknunuengrat dan menyebut nama timang-timangan sebagai Nang Raden Cindara Kiran Kalok Angkadiri. Sedangkan budaya Melayu dan Jawa tentu tidak manis memakai perkataan ‘nang’ mendahului nama Permaisuri dan

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 15: HIKAYAT CARANG KULINA DAN KRONOLOGI INAO VERSI ARI … · 2016. 3. 30. · Pengenalan Teks Utama . 1. Pengetahuan Umum Tentang Teks Hikayat Carang Kulina (HCK) Pada tahun Masihi 1736,

15

Raden. Umumnya, terjemahan teks KIVAN bersifat terjemahan penulisan biasa bukan terjemahan yang dilakukan ke atas karya sastera yang penterjemah harus mengekalkan bentuk dan suasana yang ternyata dalam teks asal.

1.7.8 KIVAN telah menterjemah bahagian ini benar-benar mengambil cara

membuat ringkasan cerita iaitu tidak menterjemah deskripsi-deskripsi yang boleh membayangkan sifat-sifat kesusasteraan. Banyak terdapat unsur-unsur silap baca nama-nama watak muncul dalam KIVAN ; Ada yang menterjemah kata nama khas seperti kata ‘Ken’ itu juga tidak perlu diterjemah kepada ‘nang’; Nama Ken Darawan bukan Nang Kanaddaruna.

1.7.9 KIVAN telah menterjemah teks HCK54 secara membuat interpretasi isi

cerita, memotong bahagian deskripsi dan sebutan nama watak-watak pilak kesiaman. Nama Raden Kermajaya disebut Raden Karamayaya dan Raden Gunungsari disebut Raden Kunung sari.

1.7.10 KIVAN menyebut nama Kalang untuk nama negeri Gegelang dalam

HCK54; Nama watak Raden Arasa Ningrat Galuh ing Gegelang disebut Raden Arasa Nuengrat Kalok Angkalang. Raden Puspa Juita disebut Raden Pasnu Yuwita Kalok, dan Raden Wira Asmara disebut Raden Wira Ismara. Terjemahan yang telah dijalankan ini didapati KIVAN menghasilkanya secara amat ringkas, tidak ada deskripsi seperti yang terdapat dalam teks asal (HCK54).

1.7.11 Teks KIVAN menyebut nama negeri Singhadsari untuk Singasari;

menyebut nama watak Raden Sawang Kratika untuk Raden Sawang Kartika; Raden Wiyasakam untuk Raden Wirasukma. KIVAN membuat interpretasi dan diceritakannya dengan ringkasnya iaitu tidak ada bahagian deskriptif tentang sifat watak-watak seperti yang ternyata dalam HCK54. Nama Raden Wirasukma atau Raden Wiyasakam tidak muncul dalam HCK54. Yang dinyatakan dalam HCK54 ialah Ratu Singasari mendapat seorang putera dan seorang puteri

1.7.12 Nama watak Raden Kencanawati dalam teks KIVAN disebut Raden

Kancanawati dan ditambah lagi seorang watak yang bernama Raden Cindara Kalok. Pengubahan ini menyatakan seolah-olah Raden Kencanawati dan Raden Cindara Kalok adalah watak yang sama. Sedangkan teks HCK54 menyatakan bahawa Raden Kencanawati adalah puteri tunggal Ratu negeri Majapahit dan Raden Cindara Kalok adalah puteri Ratu negeri Bali. Selain dari itu didadapti bahawa terjemahan teks HCK54 kepada KIVAN pada bahagian ini dilakukan dengan cara membuat interpretasi yang ringkas, peluasan (ekspansi) dan pengubahan supaya KIVAN berbeza daripada HCK54.

1.7.13 Terjemahan pada bahagian ini didapati bahawa teks KIVAN tidak

menyebut nama para pengasuh dan tidak ada deskriptif yang menonjol keunikan watak-watak tertentu. Terjemahan KIVAN dilakukan secara membuat pentafsiran bebas pada keseluruh bahagian cerita tanpa tambahan dan potongan isi teks HCK54 kecuali sebutan nama-nama watak itu ada sedikit perubahan bunyinya ke arah Thai. Contohnya : Raden Carang Tinangluh disebut Raden Yarang Tananglok dan nama timang-timangan iaitu Radeng Negara Indera disebut Raden Nakkhara Indakra, Raden Kesuma Ningrat Galoh ing Kuripan disebut Nang Raden Kusma Nuengrat Kalok ang Kurepan.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 16: HIKAYAT CARANG KULINA DAN KRONOLOGI INAO VERSI ARI … · 2016. 3. 30. · Pengenalan Teks Utama . 1. Pengetahuan Umum Tentang Teks Hikayat Carang Kulina (HCK) Pada tahun Masihi 1736,

16

2. Cara Hidup Watak-watak Utama Masa Remaja. (h5:b3-h104:b17)

2.1 Terjemahan dalam bahagian ini didapati lebih daripada separuh isi cerita daripada teks HCK54 dibuang oleh pengarang teks KIVAN iaitu diceritakan semula dengan ringkas tanpa penterjemahan deskriptif yang menjelaskan keadaan suasana atau latar cerita; tidak seperti cara terjemah teks sastera.

2.2 Teks HCK54 menyatakan Raden Inu bertitah kepada para pengasuh yang bernama Jerudih mencari pelukis pergi melukis gambar puteri Daha dan puteri Bali dan Persanta yang membawa pelukis itu menghadap Raden Inu. Teks KIVAN tidak menyebut nama watak Jerudih itu tetapi tugas itu diperintah terus kepada Persanta tanpa melalui watak Jerudih. Oleh itu ternyata bahawa KIVAN telah melakukan pengubahan watak dan perwatakan. Sedangkan gejala pemotongan isi cerita itu adalah perkara biasa yang sering berlaku dalam proses budaya penceritaan.

2.3 Teks KIVAN menterjemah HCK54 secara ringkas menyatakan Raden Inu

tersilap faham bahawa tunangannya itu tidak cantik. Oleh itu dia amat bersedih hingga gering dan membuat helah melarikan diri daripada tunangannya. Raden Inu lalu masuk mengahadap ayahanda bonda dan bermohon ke bawah duli telapakan baginda berdua agar mengizinkannya keluar dari istana untuk menghiburkan hati. Bahagian ini Teks HCK54 telah memberikan gambaran pada bahagian ini dengan jelas sedangkan KIVAN tidak terjemah deskriptif ini.

2.4 Sang Nata Bali gering dan telah mengutus Demang dan Temenggung Bali

pergi ke Kuripan supaya mempersembahkan surat baginda ke bawah duli telapakan Sang Nata Kuripan menyatakan keadaan baginda. Teks KIVAN langsung tidak menyebut peristiwa ini.

3. Pengembaraan Watak-watak Utama dan Para Pengasuh (h104:b17-h495:b1)

3.1 Pengembaraan watak-watak dan para pengasuh atau pengiring itu adalah sejenis simbol yang membina plot utama cerita-cerita Panji yang unik kerana peristiwa pengembaraan membukakan peluang untuk pengarang mengisikan plot-plot kecil yang berbagai; penyamaran yang bertujuan untuk membebaskan diri dengan menyembunyikan kedudukan asal watak-watak tertentu iaitu menyamar sebagai penjurit, petapa, rakyat biasa yang bebas menjalankan cara hidup masing-masing seperti bercinta, berperang dan bertapa. Semua peranan ini disebut dengan ringkas sahaja di dalam KIVAN.

4. Suasana Keadaan Pertemuan Akhir dan Perkahwinan Pasangan Watak-watak Utama (h. 495 : b1-h 513 : b13)

4.1 Memandang pada struktur plot didapati bahawa teks HCK54 dan teks KIVAN telah memperlihatkan ciri-ciri sepunya iaitu watak-watak utama dalam HCK54 dapat bertemu semula dan mengerjakan upacara perkahwinan diraja antara para puteri dengan para putera raja berketurunan dewa-dewa kayangan mengikut pasangan yang telah dirancangkan sejak mereka masih budak-budak. Mereka juga tidak lupa menjalankan upacara perkahwinan cucunda-cucunda mereka. Manakala ciri-ciri perbezaan antara teks HCK54 dan KIVAN pula terletak pada cara terjemahan teks itu iaitu terjemahan secara membuat rumusan ke atas teks HCK54 dan bercerita semula seperti penyampaian cerita-cerita rakyat yang umum. Teks KIVAN tidak menterjemah bahagian-bahagian deskriptif yang memperlihatkan gambaran seperti yang ternyata dalam peristiwa-peristiwa dalam teks HCK54. Cara yang demikian

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 17: HIKAYAT CARANG KULINA DAN KRONOLOGI INAO VERSI ARI … · 2016. 3. 30. · Pengenalan Teks Utama . 1. Pengetahuan Umum Tentang Teks Hikayat Carang Kulina (HCK) Pada tahun Masihi 1736,

17

adalah suatu teknik mengubah suai (modifikasi) jenis reduksi. Di samping itu didapati berlaku penambahan atau peluasan (ekspansi) ke atas HCK54 dengan keterangan yang mencerminkan gambaran cara Thai dengan sebati. Pada akhir cerita didapati golongan watak utama dapat menikmati kebahagiaan. Sayangnya pada akhir cerita HCK54 didapati ayatnya terputus sebelum tamat. Hasil Kajian Perbandingan Teks Utama

Hasil daripada kajian perbandingan yang dilakukan ke atas teks HCK54 dengan KIVAN adalah seperti berikut :

1) Teks KIVAN adalah benar-benar diterjemahkan daripada teks HCK54 tetapi hanya

pada sebahagian yang kecil sahaja sedangkan pada bahagian yang besar itu dikendalikan dengan cara menterjemah bebas. Teks KIVAN dikemukakan dalam bentuk penceritaan semula (repeated-narration form). Keadaan ini adalah perkara biasa yang sering berlaku ke atas teks-teks wayang yang diubah kepada teks tulisan. Walau bagaimanapun bahasa Jawa yang dimanfaatkan sebagai media dalam persembahan wayang Jawa atau ‘wayang’ yang kemudian itu diubah kepada bentuk sebuah hikayat berbahasa Melayu itu bukannya bermakna teks hikayat itu diterjemahkan secara langsung daripada bahasa Jawa kepada bahasa Melayu. Perubahan wajah baru untuk sesebuah karya sastera itu diubahsuaikan dengan beberapa cara. Tambahan pula teks KIVAN yang diterjemahkan daripada bahasa Melayu kepada bahasa Thai dan disunting pula oleh penyunting berbahasa Thai yang tidak mengerti bahasa Melayu itu, maka sudah tentu ia diubahsuaikan berulang kali lagi.

2) Teks KIVAN diubah suai daripada teks HCK54 melalui teknik terjemah berbagai

iaitu teknik ekspansi, reduksi, penyusunan ayat-ayat semula, penyesuaian nama watak-watak daripada nama Jawa kepada bunyi bahasa Thai.

3) Teks HCK54 dan teks KIVAN mempunyai unsur-unsur struktur dasar (main plot)

yang sama tetapi plot-plot kecil (sub-plot) berbeza seperti tersebut dalam nombor 2). Unsur-unsur sepunya dan perbezaan antara teks HCK54 dan KIVAN, selain daripada ternyata dalam perbandingan tersebut didapati ada perkara-perkara lain yang menyatakan tentang perbezaan antaranya iaitu (1) KIVAN menyatakan teks HCK54 ada kolofon tetapi HCK54 tidak ada kolofon. (2) KIVAN menyatakan dalang bernama Ariyak tetapi HCK54 menyatakan Dalang Ariya Nagara. (3) KIVAN menyatakan teks HCK54 adalah hadiah yang terdapat daripada Wan Teh tetapi HCK54 menyatakan HCK54 adalah milik Mak Wan.

Berkenaan dengan kasus teks KIVAN didapati bahawa pengubahsuaian daripada teks

HCK54 itu berlaku ke atas nama-nama watak yang berbahasa Jawa disepadukan dengan bunyi bahasa Thai, nama-nama negeri, nama-nama tempat yang penterjemah berusaha untuk menterjemahkannya kepada istilah bahasa Thai dan ada juga yang terus memakai nama asal tetapi sebutannya bercampur Thai-Sansekarta. Unsur plot utama adalah sama tetapi plot-plot kecil berbeza kerana mengalami pengubahsuaian dalam proses terjemah teks tersebut melalui teknik reduksi yang dilakukan ke atas kata-kata deskriptif berkenaan dengan sifat-sifat jasmani yang tergambar oleh watak-watak utama, keadaan alam semula jadi, keadaan suasana yang berlaku dalam sesuatu adat dan upacara-upacara, pemakaian watak-watak utama semasa menyertai upacara-upacara tertentu. Warna-warni kesusasteraan ini amat kurang disempurnakan oleh pembina teks KIVAN. Penambahan atau peluasan (ekspansi) teks jarang sekali dilakukan ke atas teks HCK54. Teknik peluasan dilakukan hanya dengan bertujuan untuk memberikan penjelasan terhadap sesuatu kasus supaya cepat difahami oleh

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 18: HIKAYAT CARANG KULINA DAN KRONOLOGI INAO VERSI ARI … · 2016. 3. 30. · Pengenalan Teks Utama . 1. Pengetahuan Umum Tentang Teks Hikayat Carang Kulina (HCK) Pada tahun Masihi 1736,

18

khalayaknya. Selain daripada itu didapati ada perubahan tentang penyusunan sesebuah ayat dalam sesebuah peristiwa yang mungkin dilakukan supaya menyenangkan para khalayak cerita itu.16

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Kaeh. 1989. Panji Narawangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Barorah Baried et. al., “Panji : The Image of the Nusantara Hero,” Presented to the UNESCO Regional Conference on the Hero in Southeast Classical Literature – A Comparative Study. Gadjah Mada University, Yogyakarta, 18-21 April, 1983. Damrong Rajanubhap, Somdet Krom Phraya (ed.) 1965. “Introduction”. In Phuttha Loetla

Naphalai, Phrabat Somdet Phra, Inao. Bangkok. Danziger, M.K. & Johnson, W.S. 1991. Pengenalan Kritikan Sastera. Terj. Hamdan Yahya,

Johan Jaafar & Shamsuddin Jaafar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Harun Mat Piah. 1993. Konsep dan pendekatan. Dlm. Zalila Sharif dan Jamilah Haji Ahmad

(pngr.). 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional, hlm.1-23 Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hikayat Carang Kulina. 8MF7. Perpustakaan Tun Seri Lanang. Hikayat Carang Kulina. 8MF21. Perpustakaan Tun Seri Lanang. Hikayat Carang Kulina. MK112. Perpustakaan Universiti Malaya. Hikayat Carang Kulina. MKM652. Perpustakaan Negara Malaysia. Hikayat Carang Kulina. MKM1380. Perpustakaan Negara Malaysia. Hikayat Carang Kulina. Ms 82.306. Muzium Negeri Terengganu. Hikayat Charang Kulina. MS153. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Hikayat Jaran Kalina. MS139. Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Hikayat Jaran Kulina. MS38. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Hikayat Jaran Kulina. MS38(a). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Hikayat Jaran Kulina. MS38(b). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Hikayat Jarang Kalina. MS39(a). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

16 Partini Sardjono Pradotokusumo, Kakawin Gajah Mada (Sebuah Karya Sastera Kakawin Abad ke-20 Suntingan Naskhah Serta Telaah Struktur, Tokoh dan Hubungan Antarteks), Penerbit Binacipta, Bandung, 1986, p.63.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 19: HIKAYAT CARANG KULINA DAN KRONOLOGI INAO VERSI ARI … · 2016. 3. 30. · Pengenalan Teks Utama . 1. Pengetahuan Umum Tentang Teks Hikayat Carang Kulina (HCK) Pada tahun Masihi 1736,

19

Ibrahim Ismail. 1987. Sejarah Kedah Sepintas Lalu. Kedah : Jawatankuasa Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Inau. mss54. Bil.37. Perpustakaan Nasional. Bangkok. Krom Sillapakorn (pngr.) 1997. Inao (Hikayat Pan-yi Samirang - Versi Terjemahan).

Bangkok : Kong Wannakam Lae Prawattisaat. Krom Sillapakorn (pngr.) 1977. Phongsawadan Inau Chabab Ari Nakhara. Bangkok :

Rongphim Khurusapha.

Mohammad Isa Othman. 1990. Politik Tradisional Kedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Hj. Salleh 2001. “Sastera Asia Tenggara : Mencari Benang Panjang Persamaan”.

Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara. Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA), Hotel Hilton, Kuala Lumpur, 26-29 Ogos.

Phuttha Loetla Naphalai, Phrabat Somdet Phra. 1965. Inao. 2 Volume. Bangkok :

Perpustakaan Nasional. Rattiya Saleh. 1979. Panji Thai dalam Perbandingan dengan Cerita-cerita Panji Melayu.Tesis

M.A.. Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur. Rattiya Saleh. 2001. Hikayat Carang Kulina : Analisis Terks dan Kesinambungan dalam

Kehidupan Masyarakat Melayu Muslim Patani. Tesis Ph.D., Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur.

Robson, S.O. 1971. Wangbang Wideya – A Javanese Panji Romance. The Hague : Martinus

Nijhoff. Siti Hawa Haji Salleh. 1997. Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka. Syair Carang Kulina, versi Muzium Negeri Kedah. Wan Ali Haji Wan Mamat. 1988. Pemuliharaan Buku dan Manuskrip. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka. Winstedt, R.O. 1920. Malay Works Known to Werndly in 1736 A.D. JSBRAS (82) : 163-165. Winstedt, R.O. 1969. A Historical of Malay Literature. London : Oxford University Press.

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2014 - Perpustakaan Negara Malaysia