hbef1503
DESCRIPTION
tugasan oumTRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER JANUARI/ 2016
HBEF1503
MASYARAKAT DAN TAMADUN
NO. MATRIKULASI : 840324135924001
NO. KAD PENGNEALAN : 840324-13-5924
NO. TELEFON : 0138822434
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SIBU
HBEF1503 ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan 1-2
2.0 Kepelbagaian Budaya, Etnik Dan Peradaban 2-5
(Kekuatan Dan Kelemahan)
3.0 Cadangan Bagaimana Interaksi Berlainan 6
Budaya Boleh Dipraktikkan
3.1 Peranan Pihak Kerajaan 6-7
3.2 Memperkasakan Sekolah Kebangsaan 7
3.3 Progrm Latihan Khidmat Negara 8
3.4 Rukun Tetangga 9
3.5 Rumah Terbuka 10
3.6 Peranan NGO Dalam Konteks Hubungan 10
Etnik
4.0 Kesimpulan 11
5.0 Bibliografi 12
HBEF1503 1.0 Pengenalan
Masyarakat majmuk memang sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang
bercirikan pelbagai kaum dan juga identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia.
Daripada keseluruhan bangsa tersebut terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu
Melayu, Cina dan India. Di Sarawak, etnik yang paling ramai ialah etnik Iban yang
mewakili 30 peratus dari keseluruhan etnik di Sarawak. Di Sabah pula etnik yang paling
ramai ialah etnik Kadazan-Dusun yang terdiri 27 suku.
Daripada kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya,
bahasa, agama dan adat resam. Corak perubahan kehidupan sosial rakyat Malaysia ini
berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan seperti yang berlaku pada
perubahan struktur politiknya, sebelum abad ke 18 dan ke 19. Boleh dikatakan,
masyarakat majmuk yang wujud di Malaysia terjadi secara tidak sengaja.
Adakah kita memahami konsep masyarakat majmuk sepertimana masyarakat kita
Malaysia? Menurut J. S Furnival (1948) masyarakat majmuk terdiri daripada berbagai
kaum dan etnik yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang
tersendiri meskipun berada di bawah sistem politik yang sama. Masyarakat majmuk ini
hidup bercampur namun campuran ini dalam erti kata yang sebenar bergaul, tetapi tidak
bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama dan adat, kebudayaan, bahasa,
fahaman dan cara hidupnya sendiri. Masyarakat majmuk ini juga hidup bersebelahan,
tetapi terasing dalam satu unit politik. Dari segi ekonomi pula, wujud pembahagian
pekerjaan mengikut kaum dan etnik.
Dengan kata lain, pendapat Furnival itu dapat difahami sebagai satu masyarakat yang
hidup bersama tetapi tidak bersatu. Setiap kaum mempunyai bahasa, budaya, agama
dan nilai pemikiran yang berbeza. Setiap perhubungan itu lebih bersifat ekonomi iaitu
dalam urusan jual beli.
1
HBEF1503 Dalam konteks memahami kerangka masyarakat Malaysia beberapa konsep perlu diteliti
serta difahami untuk memudahkan pemahaman tentang perkara tersebut. Antaranya
konsep masyarakat majmuk dan masyarakat pelbagai kaum.
Ciri-ciri masyarakat majmuk adalah seperti:
i. Pelbagai jenis manusia
ii. Bercampur tetapi tidak bersatu
iii. Berdekatan tetapi berpisah dalam sistem politik yang sama atau penempatan
berasingan
iv. Berpegang kepada budaya, agama, bahasa, idea, dan kaedah sendiri
v. Bergaul tetapi tidak bercantum
vi. Pengasingan pekerjaan mengikut kaum
2.0 Kepelbagaian Budaya, Etnik Dan Peradaban (Kekuatan dan Kelemahan)
Kepelbagaian budaya ialah keadaan yang majmuk dimana semua rakyat hidup dalam
keadaan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan agama
dan sebagainya. Dalam situasi ini, kelompok masyarakat hidup saling hormat-
menghormati bagi mewujudkan keseimbangan budaya dalam masyarakat yang berbilang
kaum tidak kira orang Melayu, Cina, India dan sebagainya.
Budaya yang pelbagai di kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan etnik
merupakan kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia kerana budaya yang dipaparkan
sebenarnya menggambarkan simbol atau identiti Malaysia yang mungkin tidak akan
kita temui di negara lain. Ia menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya
dengan pelbagai corak dan warna kehidupan masyarakat.
Bagi penduduk di Malaysia, kehidupan majmuk dengan kepelbagaian ini ia sudah
tentunya menuntut semangat kerjasama dan perpaduan yang utuh. Ia dipraktikkan tidak
kira di mana dan dalam situasi apapun. Amalan bekerjasama ini menjadi budaya
2
HBEF1503 kehidupan masyarakat Malaysia agar sifat suka berkelompok dan suka menindas
pihak tertentu dapat dihapuskan sekaligus mewujudkan suasana kehidupan yang
lebih harmoni.
Rakyat Malaysia kini dilihat semakin menyedari keperluan untuk saling berkongsi
dan memahami budaya masyarakat yang berlainan. Malahan, serapan budaya
daripada bangsa dan kaum yang berlainan turut dilihat dengan jelas antaranya dari aspek
pemakaian, pemakanan, sambutan perayaan, bahasa komunikasi, adat-adat perkahwinan
dan lain-lain lagi. Contohnya, masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya yang
diamalkan oleh masyarakat Melayu seperti berpakaian sopan dengan menggunakan baju
kurung ke pejabat sebagai salah satu penghormatan masyarakat Melayu yang beragama
Islam pada hari Jumaat. Masyarakat bukan Melayu juga mula meminati makanan seperti
lemang, rendang dan ketupat yang menjadi simbol makanan ketika musim perayaan.
Malahan seringkali rumah terbuka yang dibuat semasa musim perayaan, disambut
bersama tanpa mengira bangsa dan agama. Budaya memberi angpau yang asalnya adalah
budaya masyarakat Cina, kini diserap dalam kehidupan masyarakat lain semasa
menyambut hari kebesaran dan perayaan masing-masing.
Kepelbagaian budaya yang kaya raya di Malaysia ini juga sebenarnya secara tidak
langsung mengandungi potensi yang hebat bagi meningkatkan kreativiti, ciptaan, ilmu,
teknologi, penghasilan ekonomi dan sebagainya jika tenaga-tenaga kreatif generasi
muda di dalam kaum-kaum yang berbeza saling bekerjasama antara satu sama lain.
Kerjasama dan perhubungan antara kaum ini banyak membantu dalam meningkatkan
tahap ekonomi dan sosial di negara kita sejajar dengan matlamat negara bagi mencapai
Wawasan 2020.
Namun begitu, pelbagai cabaran perlu dihadapi dalam mengekalkan dan memupuk
perpaduan etnik ini. Ia kelihatan seperti kelemahan yang perlu kita tangani bersama
kerana jika dibiarkan secara berlautan, ia akan menyebabkan negara kita porak peranda
dan perpaduan serta keharmonian yang dikecapi hilang begitu sahaja.
3
HBEF1503 Memang tidak dinafikan wujudnya sesetengah pihak yang mementingkan diri sendiri dan
memperjuangkan hak etnik masing-masing. Tindakan pihak ini boleh mencetuskan rasa
tidak puas hati semua pihak yang pastinya mengundang kepada perpecahan kerana ia
menyentuh perkara-perkara berbau sensitiviti seperti hal-hal berkaitan agama, politik,
hak-hak sosial dan lain-lain lagi.
Dasar “pecah dan perintah” oleh British satu ketika dulu turut memberi implikasi kepada
hubungan etnik sehingga kini. Kita masih melihat berlakunya pengasingan tersebut
antaranya dari segi penempatan dan jenis pekerjaan atau aspek ekonomi yang diceburi.
Hal ini telah menyebabkan interaksi di kalangan etnik amat kurang khususnya yang
tinggal dalam wilayah berbeza. Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan
perbezaan dari aspek lokasi berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam
pemupukan hubungan etnik di Malaysia.
Sistem pendidikan yang wujud juga masih lagi memperlihatkan tentang dominasi
mengikut kepentingan etnik masing-masing. Pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu
dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu. Pelajar Cina menuntut di sekolah
Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan. Pelajar India
menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.
Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan
etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan
persefahaman dalam kalangan pelajar. Sekalipun ada di kalangan pelajar yang berlainan
bangsa dan kaum yang belajar di sekolah tersebut, bilangannya masih sedikit.
Hal ini menyebabkan interaksi antara etnik amat terhad dan interaksi lebih tertumpu
dalam kumpulan etnik yang sama. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan
kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Hasilnya, masing-masing cuba
mempertahankan bahasa ibunda. Termasuklah mengamalkan sistem pendidikan yang
berbeza. Justeru itu, ia menjadi cabaran kepada kita dalam usaha untuk membentuk
kesatuan sistem pendidikan bersepadu yang sesuai untuk semua etnik. Sistem pendidikan
merupakan salah satu sistem yang amat penting dan memainkan peranan besar dalam
4
HBEF1503 pemupukan semangat perpaduan di kalangan masyarakat sejak kecil lagi. Jika lemah
sistem pendidikan dalam usaha tersebut, maka perpaduan dan integrasi yang diharapkan
akan menjadi lebih sukar untuk dicapai.
Dalam aspek ekonomi pula, penguasaan etnik-etnik tertentu dalam bidang tertentu
menjadi kelemahan dalam mewujudkan perkongsian dan kesamarataan ekonomi. Etnik
bumiputera seperti Melayu contohnya menguasai sektor pertanian yang memerlukan
banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Etnik Cina menguasai sektor
yang lebih maju seperti perniagaan, perdagangan dan menggunakan teknologi moden.
Etnik India terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Penguasaan
ekonomi yang berbeza dan jurang pendapatan yang tidak seimbang ini mengakibatkan
ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, kelemahan ini perlu diambil kira
dalam menjaga perpaduan di kalangan etnik. Perpaduan di kalangan etnik tidak boleh
dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan
kumpulan sosial dan etnik melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan
dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi.
Begitu juga jika terdapatnya pemimpin yang menyalahgunakan kuasa pimpinannya
dalam bidang politik. Seringkali isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan,
pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi dipergunakan untuk tujuan berpolitik dan
memancing sokongan daripada kelompok masyarakat tertentu. Pimpinan seperti ini tidak
akan mampu menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu. Semua etnik saling
berusaha untuk mengekalkan identiti masing-masing sehingga boleh membawa kepada
hilangnya semangat memupuk semangat taat setia kepada negara.
Kelemahan-kelemahan seperti yang dibincangkan di atas sebenarnya merupakan cabaran-
cabaran yang perlu ditangani dengan berhemah agar perpaduan dalam kehidupan
masyarakat majmuk kita pada hari ini dapat dikukuhkan. Berikut akan dibincangkan
beberapa langkah yang boleh dilaksanakan demi pemupukan interaksi peradaban
berlainan budaya di kalangan rakyat Malaysia.
5
HBEF1503 3.0 Cadangan Bagaimana Interaksi Berlainan Budaya Boleh Dipraktiskan
Setiap orang daripada kita sebagai rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam
memelihara perpaduan dan integrasi nasional. Ia bukan hanya dipikul oleh pihak-pihak
tertentu sahaja, malahan perlu dimulai dari peringkat individu perseorangan, kumpulan,
organisasi dan seluruh masyarakat Malaysia.
3.1 Peranan Pihak Kerajaan
Pihak kerajaan umpamanya telah banyak memainkan peranan dalam meningkatkan
hubungan etnik serta mewujudkan situasi peradaban untuk interaksi kepelbagaian budaya
di kalangan rakyat Malaysia. Bermula daripada kemerdekaan sehingga kini, kerajaan
telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang
sosioekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai
kaum serta integrasi nasional. Dasar-dasar yang dimaksudkan termasuklah Dasar
Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru.
Dasar-dasar tersebut telah diperkukuh lagi dengan memperkenal Rukun Negara sebagai
ideologi kebangsaan. Sebagai tindakan susulan dalam memperlengkap dan memperkukuh
usaha pembentukan bangsa Malaysia, beberapa dasar lain telah dibentuk. Antaranya ialah
Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara.
Dalam bidang ekonomi contohnya, kerajaan telah banyak mewujudkan usahawan-
usahawan Melayu dengan cara memberi bantuan, pinjaman, lessen dan kontrak
pekerjaan. Di samping itu juga agensi kerajaan seperti PERNAS,MARA dan UDA turut
membantu orang Melayu dengan aktif terutama dalam bidang perniagaan agar matlamat
Dasar Ekonomi Baru tercapai. Kerajaan juga mengalakkan kaum bumiputera membeli
saham tajaan kerajaan seperti MARA dan PNB. Tidak ketinggalan juga kerajaan telah
membangunkan tanah seperti FELDA, RISDA , KEJORA , KESEDAR dan FELCRA
unbtuk mermbangunkan kedudukan ekonomi dan sosial kaum bumiputera. Di samping
itu kaum bumipuetara ini turut diberi akses yang lebih baik kepada infrastruktur dan
kemudahan awam seperti jalan, pendidikan dan kemahiran. Tujuan kerajaan adalah
6
HBEF1503 supaya tidak ada golongan atau kumpulan yang tertinggal dalam pelaksanaan RMK 10
kerana keadilan sosial perlu diutamakan.
3.2 Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Sistem pendidikan pelbagai aliran menyebabkan tidak ada acuan khusus yang boleh
digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu. Usaha memupuk perpaduan
haruslah dimulakan sejak awal lagi dengan membabitkan murid sekolah rendah dalam
acuan yang sama. Dengan itu, sekolah kebangsaan perlu diperkasakan bagi menerapkan
semangat perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai etnik tanpa mengetepikan sekolah
rendah jenis kebangsaan yang telah dipersetujui oleh semua golongan etnik di bawah
kontrak sosial. Setiap ibu bapa diberi kebebasan menghantar anak mereka ke sekolah
kebangsaan. Namun, jika mereka memilih sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil,
maka tidak ada sesiapa yang boleh menghalang. Sekolah kebangsaan dilihat sebagai
langkah dalam bidang pendidikan bagi membentuk jati diri nasional anak-anak Malaysia.
Oleh itu, ia perlu dijadikan sebagai institusi pendidikan lebih menarik dan memenuhi
kehendak ibubapa untuk keperluan anak-anak mereka. Dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan, bagi menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan, kualiti
pengajaran di sekolah kebangsaan akan dipertingkatkan dengan menempatkan 100% guru
di sekolah menengah dan 25% guru di sekolah rendah yang berkelayakan ijazah pertama
menjelang tahun 2010. Semangat perpaduan dalam kalangan pelajar bukan sahaja perlu
dipupuk oleh pihak sekolah tetapi juga institusi pendidikan tinggi. Antara langkah yang
boleh dijalankan adalah seperti berikut, iaitu:
1. Tidak mengetepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing-masing dengan
memperkenalkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil.
2. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara golongan
etnik.
3. Mengadakan lebih banyak aktiviti antara golongan etnik.
4. Mengadakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur-unsur
interaksi etnik dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran berinteraksi
dengan golongan etnik lain.
7
HBEF1503 3.3 Program Latihan Khidmat Negara
Latihan-latihan khas berunsurkan integrasi nasional seperti Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN) perlu dilaksanakan dengan lebih meluas. Latihan seperti ini dilaksanakan
berteraskan Rukun Negara dan mempunyai kurikulum multidisiplin yang merangkumi
modul-modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter (penerokaan diri sendiri dan
hubungan interpersonal) dan khidmat komuniti. Seperti yang dinyatakan oleh Jabatan
Latihan Khidmat Negara, PLKN bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme
dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional,
membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat
kesukarelaan dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh
keyakinan.
PLKN sememangnya menyumbang terhadap usaha memupuk perpaduan kaum,
terutamanya dalam kalangan golongan remaja. Hal ini adalah kerana semua aktiviti yang
dijalankan menekankan semangat muhibah dan saling bertolak ansur antara peserta tidak
mengira kaum atau agama. Modul kenegaraan dapat menyemai semangat cinta akan
tanah air di samping membolehkan para peserta mempelajari adat dan budaya pelbagai
kaum. Ia berteraskan kepada satu matlamat, iaitu untuk melihat Malaysia sebagai negara
yang aman dan harmonis. Hal ini akhirnya dapat melahirkan remaja yang sanggup
berkorban demi perpaduan bangsa.
8
HBEF1503 3.4 Rukun Tetangga
Sebagai ahli masyarakat, kita juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya
bagi menjamin perpaduan negara. Contohnya dengan mewujudkan Rukun Tetangga.
Pada peringkat awal, Rukun Tetanggga membolehkan rakyat mengawal keselamatan di
kawasan kediaman masing-masing. Mulai 1 Januari 1983, kerajaan telah
memperkenalkan satu pembaharuan dengan memberi penekanan pada konsep kejiranan
yang bertujuan untuk memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam
kalangan masyarakat setempat. Dalam tahun 2000, pendekatan Rukun Tetangga telah
dipinda sekali lagi dengan memberi mandat yang lebih luas iaitu pembangunan
masyarakat secara menyeluruh ke arah mewujudkan perpaduan nasional. Objektif Rukun
Tetangga ini jelas menunjukkan bahawa ia adalah usaha murni bagi memelihara,
meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan
dasar-dasar pembangunan negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara.
Berikut merupakan beberapa aktiviti yang dilaksanakan oleh komuniti Rukun Tetangga:
1. Aktiviti sosial: amalan kunjung-mengunjung semasa musim perayaan seperti Hari
Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai, Pesta Keamatan, dan
Hari Keluarga.
2. Aktiviti berunsur pendidikan: pendidikan tidak formal, kolokium jiran wanita,
kursus motivasi, kursus kepimpinan, tuisyen, ceramah-ceramah dalam pelbagai
bidang.
3. Sukan: sukan neka, larian, permainan bola sepak, bola baling, bola jaring, sukan
air, sukan tradisional, sukan rakyat dan lain-lain.
4. Aktiviti rekreasi: tai chi, ekspedisi mendaki bukit, kembara dan mountaineering,
khemah kerja dan lain-lain.
5. Akiviti kesihatan dan alam sekitar: ceramah kesihatan berkaitan antidadah, AIDS,
kanser, kempen kebersihan, anti nyamuk dan menjaga harta awam.
9
HBEF1503 3.5 Rumah Terbuka
Rumah terbuka akan diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tiba musim perayaan.
Budaya kunjung mengunjungi di kalangan masyarakat ini boleh dijadikan sebagai
langkah secara tidak langsung untuk kita mendekati budaya dan peradaban etnik yang
berbeza. Namun begitu, pertimbangan terhadap sensitiviti etnik yang berbeza perlu
diambil kira contohnya menyediakan makanan yang halal kepada etnik Melayu apabila
menjemput etnik Melayu datang ke rumah sewaktu Tahun Baru Cina bagi kaum Cina.
Begitu juga dengan etnik Melayu tidak akan menyajikan daging lembu kepada etnik India
apabila mereka datang ke rumah semasa Hari Raya Aidilfitri. Usaha pihak-pihak tertentu
yang telah mengadakan rumah terbuka secara besar-besaran umpamanya merupakan
usaha yang baik dan boleh diteruskan selagi mana ia berlandaskan kepada motif integrasi
nasional dan perpaduan rakyat.
3.6 Peranan NGO dalam Konteks Hubungan Etnik
Badan-badan NGO dan swasta memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan
di kalangan rakyat berbilang kaum ini. Banyak pertubuhan yang dibangunkan mengikut
kaum masing-masing seperti Pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan
Perniagaan Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan Cina Malaysia dan Dewan Perniagaan
India Malaysia. Di samping membawa kepentingan kepada ahli masing-masing,
pertubuhan ini sewajarnya digunakan untuk mewujudkan pelbagai dialog dan seminar
dalam usaha memahami permasalahan yang wujud dan mencari jalan penyelesaian
terutamanya apabila berdepan dengan masalah berunsur perkauman.
10
HBEF1503 4.0 Kesimpulan
Malaysia mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah lebih dari 100 tahun
berada di bawah kekuasaan dan penjajahan kuasa-kuasa asing dan sehingga kini negara
telah mengecapi kemerdekaan hampir mencecah 59 tahun. Penjajahan dan pemerintahan
kuasa-kuasa asing telah meninggalkan implikasi kepada negara secara tidak langsung.
Termasuklah mempengaruhi populasi rakyat Malaysia sehingga kini. Dasar Pecah dan
Perintah yang diamalkan oleh pihak British telah memberi kesan yang amat besar kepada
penyatuan kaum di negara ini. Populasi etnik di Malaysia sehingga kini meliputi tiga
etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pelbagai usaha diambil untuk meneruskan
agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah hubungan etnik yang
harmoni dan bersatu padu. Usaha untuk memupuk perhubungan etnik di negara ini tidak
akan mencapai matlamatnya tanpa adanya kerjasama daripada semua pihak.
Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di
kalangan etnik di negara ini. Isu-isu internal dan external menyumbang kepada
kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak. Perpaduan yang dikecapi
pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi baru. Kegagalan kita
mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi kuasa-kuasa luar untuk menakluki
negara kita. Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar
daripada sejarah agar penjajahan ke atas tanah air kita tidak akan berulang kembali.
Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara. Justeru itu,
sesebuah negara perlu bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi
cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah negara mengharungi cabaran-cabaran dengan
baik mampu menjadikan negara berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain.
11
HBEF1503 5.0 BIBLIOGRAFI
Abdul Latiff Abu Bakar. (1996). Melaka dan arus gerakan kebangsaan Malaysia.
Melaka: Institut Kajian Sejarah Malaysia Cawangan Melaka dan Kerajaan
Negeri Melaka.
Abdul Rahim Abu Bakar. (2001). Kelangsungan hidup Bahasa Melayu sebagai
tonggak negara barat dalam gelombang globalisasi. Jilid 1 Bil.10.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa.
Ann, Wan Seng. (1994). Perayaan orang Cina. Kuala Lumpur:Penerbitan Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Arena Wati. (1978). Pribumi Sabah (Kadazan/Dusun). Kota Kinabalu: Yayasan Sabah.
Asmad. (1990). Seni Kehidupan & Kemasyarakatan. Melaka: Associated Educational
Distributors (M) Sdn. Bhd.
Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
12