hari selasa malaysia - parlimen.gov.my i bil. 22 hari selasa 14hb julai, 1987 malaysia penyata rasmi...

87
Jilid I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament PENGGAL PERTAMA First Session KANDUNGANNYA JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAG1 PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 28811 RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pindaan) [Ruangan 29581 Rang Undang-undang Penerbangan Awam (Pindaan) [Ruangan 29781 Rang Undang-undang Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (Pindaan) [Ruangan 30211 UCAPAN PENANGGUHAN: Mendirikan Sekolah-sekolah Tamil-Y .B. Tuan K. Sivalingam [Ruangan 30301 Kebenaran Rakyat Malaysia melawat Negeri China-Y.B. Tuan Lim Heng Tee [Ruangan 30361

Upload: lethu

Post on 20-Mar-2018

270 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

Jilid I Bil. 22

Hari Selasa 14hb Julai, 1987

M A L A Y S I A

PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

PENGGAL PERTAMA First Session

KANDUNGANNYA

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAG1 PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 28811

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pindaan) [Ruangan 29581 Rang Undang-undang Penerbangan Awam (Pindaan) [Ruangan 29781 Rang Undang-undang Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan

Malaysia (Pindaan) [Ruangan 30211

UCAPAN PENANGGUHAN:

Mendirikan Sekolah-sekolah Tamil-Y .B. Tuan K. Sivalingam [Ruangan 30301

Kebenaran Rakyat Malaysia melawat Negeri China-Y.B. Tuan Lim Heng Tee [Ruangan 30361

Page 2: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

MALAYSIA

PARLIMEN KETU JUH-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG PERTAMA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SKI DATUK BENEDICT S-IXPHENS. P.s.M., s.P.D.K., B.E.M. (Dilantik).

, . Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, TUAN HAJI HUSSEIN BIN AHMAD (Dilantik).

, , Timbalan Menteri Kewangan. TUAN MOHAMED FARID BIN ARIFFIN (Dilantik).

. . LT. KOL. (B) ABDUL HAMID BIN IBRAHIM, s.M.s., K.M.N., P.I.S. (Dilantik).

, , TUAN HAJI ABDUL HAMID BIN HAJI LATIF (Dilantik).

, , TUAN HAJI ABDUL MAJID BIN ABDULLAH (Johor).

. , TUAN ABDUL MANAP BIN HASHIM (Kedah).

. . TUAN HAJI ABU BAKAR BIN LAJIM, K.M.N. (Dilantik).

, , DATUK ABANG HAJI AHMAD URAI BIN DATUK HAKIM ABANG HAJI MOHIDDEEN, P.N.B.s., J.B.s., A.M.N., A.B.S. (Sarawak).

, , PUAN AINON BINTI ARIFFIN (Dilantik - Wilayah Persekutuan).

. , PUAN HAJJAH AZIZAH BINTI HAJI MOHD. SAID, P.J.K. (Dilantik).

, , TUAN AZMAN ATAR BIN OTHMAN (Dilantik).

. , TUAN BEE YANG SEK (Kedah).

. . TUAN CHAN CHOONG TAK (Dilantik).

.. TUAN DAHALAN BIN HAJI EMBUN (Perlis).

, , TUAN FOO BOON LIANG (Pahang Darulmakmur).

, . PUAN HABIDAH BINTI JUSOH alias Y u s o ~ (Terengganu).

, , TUAN HASSAN ALBAN BIN HAJI SANDUKONG (Sabah).

. . TUAN HASSAN BIN NAM, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

, . TUAN HAJI IBRAHIM BIN HAJI UJANG (Negeri Sembilan).

, , TUAN HAJI JAAFAR BIN HARON (Dilantik).

,. TUAN R. M. JASNI, B.K. (Dilantik).

. , TUAN KENNETH KENYAN A N A K TEMENGGONG KOH, K.M.N., J.B.S. (Sarawak).

Page 3: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2875 14 JULAI 1987

Yang Berhormat TUAN KOH IM PIN (Negeri Sembilan).

, , TUAN C. KRISHNAN (Dilantik).

. . TUAN KUAN PENG SOON alias KUAN PENG CHING (Perak).

.. PUAN LAW JACK YOON (Dilantik).

, , TUAN LIM HENG TEE (Pulau Pinang).

, , DATO MAK HON KAM, D.P.M.P., J .M.N. (Dilantik).

. , PUAN MAZIDAH BINTI HAJI ZAKARIA (Dilantik).

. . TUAN HAJI MOHD. NOOR BIN HAJI ABDULLAH, A.M.N., A.K. (Kelantan).

. . TUAN MOHD. NOOR BIN BEDAH, P.J.K., P.J.B. (Perlis).

, . TUAN MOHD. WAJDI BIN DATO' HAJI ISHAK (Dilantik).

, . TUAN MOHD. YUSOFF alias Y u s o ~ HAJI MD. NOR (Kelantan).

.. TUAN MUSTAFA BIN AWANG (Terengganu).

. . DATUK NASIR BIN HAJI MANAP, D.M.s.M., D.s.M., A.M.N., P.J.K. (Melaka).

. . TUAN NG PENG HAY (Melaka).

. , DATO DR K. S. NIJHAR, s.P.M.J., J .M.N. (Dilantik).

,. CIK NORANI BINTI BELUAH alias HAJI HITAM (Pahang Darulmakmur).

. . DR NORDIN SELAT (Dilantik).

, , TUAN PARAMJIT SINGH (Dilantik).

, , TUAN G. RAJOO (Dilantik).

, . PUAN HAJJAH ROGAYAH BINTI CHE MAT (Dilantik).

. . PUAN ROKIAH alias MAIMUN BINTI ZAINUDDIN, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

, , PUAN HAJJAH ROSNAH BINTI MOHD. SALLEH (Dilantik).

. , PUAN HAJJAH SALBIAH BINTI MOHD. AKIM (Dilantik).

,, TUAN M. SANGARALINGAM (Dilantik).

. . TUAN HAJI SHAHAROM BIN HAJI MAASOM, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

.. TUAN A. SHAIK DAWOOD ABU BAKAR alias A. S. DAWOOD, K.M.N., A.M.N., P.J.M., P.J.K., J.P. (Dilantik).

. . TUAN HAJI SHUAIB BIN LAZIM, A.M.N., P.C.K. (Dilantik).

.. TUAN SIVALINGAM all ARUMUGAM KURUPPIAH (Selangor).

. , TUAN STEPHEN TIMOTHY WAN ULLOK (Dilantik).

, , TUAN TAN CHAI Ho, A.M.N. (Dilantik - Wilayah Persekutuan).

Page 4: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2877 14 JULAI 1987 2878

Yang Berhormat DATO TAN PENG KHOON, s . P . M . J . , s .s .I .J. , J . M . N . (Dilantih).

, , TUAN TIONG HIEW KING, P . B . S . (Dilantik).

, , PUAN VALLI MUTHUSAMY (Dilantik).

, , TUAN WONG KIE YIK (Dilantik).

, , DATO' HAJI ZAKAKIA B I N HAJI YAHYA, D . P . M . s . , K . M . N . , s .M.s. , P . J . K . , P . P . N . (Selangor).

Page 5: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

14 JULAI 1987

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI K A N A N

Setiausaha Dewan Negara: Haji Abdul Rahirn bin Abu Bakar, J . s . D . , s .A .P . ,

K . M . N . , P . B . S . , P.J.K.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abdul Harnid, A . M . N .

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

B A H A G I A N P E N Y A T A RASMI PARLIMEN

Ketua Penyunting: Yahya Manap.

Penyunting Kanan: P. B. Menon.

Penyunting Kanan: Haji Osrnan bin Sidik.

Penolong Penyunting: N. Rarnaswamy.

Penolong Penyunting: Arnran bin Ahrnad.

Pelupor Perbahasan Parlimen:

Haji Abdul Rahrnan bin Haji Abu Samah.

Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Hajjah Juliah binti Awarn.

Supiah binti Dewak.

Isrnail bin Hassan.

Sharnsiah binti Mohd. Yusof.

Hajjah Kalsorn binti Ghazali.

Mohamed bin Osrnan.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

B E N T A R A MESYU A R A T

Mejar (B) Haji Ahrnad bin Buntu, A . M . N . , B . s .D . , P . J . K .

Page 6: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

14 JULAI 1987

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Selasa, 14hb Julai, 1987

Mesyuarat dimulakan pada puku12.30 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mempenge- rusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAG1

PERTANYAAN- PERTANYAAN

BIL TELEFON-ADUAN

1. Tuan Lim Heng Tee minta Menteri Tenaga, ~ e l e k o m dan Pos menyatakan:

(i) sama ada beliau sedar bahawa kebelakangan ini terdapat banyak aduan mengenai bayaran telefon yang dikenakan itu kurang tepat, khasnya selepas penswastaan per- khidmatan telefon; dan

(ii) untuk mendapatkan satu sistem rujukan dan semakan yang lebih mudah adalah bil-bil telefon akan dicatatkan secara terperinci perkara-perkara yang dikenakan bayaran.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos (Tuan Ong Tin Kim): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos dan Syarikat Telekom Malaysia Berhad iaitu STM memang sedar bahawa terdapat rungutan dan aduan pengguna-pengguna telefon tentang bil telefon yang dikatakan kurang tepat.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat sekalian, sebenarnya masih

ramai lagi pengguna-pengguna telefon yang belum betul-betul memahami sistem keluaran bil yang dijalankan oleh STM sekarang ataupun Jabatan Telekom Malaysia sebelumnya.

Satu perkara yang perlu diingat ialah pengiraan meter telefon bagi setiap bulan dibuat pada tarikh di antara 15hb sebelumnya ke 15hb semasa bil itu dikeluarkan dan setiap panggilan jauh dicharge mengikut tempoh masa dan jarak jauh atau panggilan itu dibuat.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga dalam siasatan berkenaan dengan aduan bil telefon yang dikatakan tidak tepat terdapat juga panggilan-panggilan yang dibuat oleh ahli-ahli keluarga pemilih telefon itu atau sahabat-sahabatnya yang berkunjung ke rumah tanpa pengetahuan pemilik telefon itu. Ini sebenarnya adalah di antara salah satu faktor yang menyebabkan bil telefon meningkat diluar dugaan.

Walau bagaimanapun, Kementerian saya telah memberi arahan kepada STM supaya setiap rungutan atau aduan tentang bil telefon mesti disiasat dengan telitinya.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan kedua, Kementerian saya dan STM sedang merancangkan satu pengeluaran bil telefon secara terperinci kepada pengguna-pengguna tidak lama lagi. Buat permulaannya pelaksanaan projek itu dijangka dilaksanakan dalam bulan Ogos 1987 untuk kawasan Wilayah Persekutuan dan Selangor Darul Ehsan.

Page 7: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2883 14 JULAI 1987 2884

Pelanggan-pelanggan yang boleh menikmati perkhidmatan ini adalah mereka yang mempunyai telefon yang disambung terus dari ibusawat jenis komputer sahaja. Walau bagaimanapun, pelanggan-pelanggan telefon di beberapa kawasan ibusawat jenis berkomputer sekarang pun boleh memohon bil lengkap secara ad-hoc, dengan izin, dari Pejabat Telekom kawasan masing-masing dengan kadar bayaran $5 bagi setiap bil lengkap.

Bil lengkap ini akan memberi butir- butir panggilan seperti tarikh, nombor telefon yang dipanggil, tempoh masa dan juga amaun bayaran bagi panggilan-panggilan jauh sahaja.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan. Adakah bil telefon yang begitu tinggi yang tidak munasabah disebabkan kerana pencurian kegunaan talian telefon pengguna-pengguna. Dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian yang berkenaan menjamin supaya talian telefon ini tidak dicuri oleh sesiapa.

Tuan Ong Tin Kim: Tuan Yang di- Pertua, setakat ini tidak ada butir-butir yang sebenarnya adanya pencurian talian telefon untuk rnembuat panggilan luar pengetahuan Pejabat STM. Jikalau Ahli Yang Berhormat dapat memberi bukti yang sebenarnya, Kementerian saya akan arah pegawai- pegawai berkenaan untuk menyiasat lebih dalam lagi aduan itu.

Tuan R. M. Jasni: Tuan Yang di- Pertua, dari segi teknikal, apakah kernungkinan telefon seseorang itu boleh digunakan oleh orang lain menerusi Ibusawat yang menyebabkan bil telefon selalu dipertikaikan oleh pengguna.

Tuan Ong Tin Kim: Tuan Yang di- Pertua, dari segi teknikal, itu mernang boleh untuk sesiapa juga menggunakan

talian telefon itu tanpa pengetahuan pemilik telefon itu. Ini bukan sahaja berlaku di Ibusawat (Exchange) tetapi juga di mana-mana cabinet di tepi jalan. Jadi, sangatlah sukar untuk Jabatan Telekom mengenal pasti sesuatu pencurian panggilan itu. Tetapi dari segi teknikal memang boleh seseorang itu mencuri talian telefon untuk rnembuat satu-satu panggilan tanpa kebenaran ataupun tanpa pengetahuan tuan punya telefon itu.

Tuan Chan Choong Tak: Tuan Yang di-Pertua, masalah ini adalah rnerupakan rnasalah yang timbul sebelum Telekom ini diswastakan. Soalan ini telah ditanya dulu tetapi tidak ada apa-apa tindakan yang memuaskan telah dibuat kerana pada fikiran kami kebanyakan daripada rnasalah itu barangkali dibuat oleh kakitangan dalam Telekom ataupun syarikat berkenaan itu sendiri. Kalau begitu, bolehkah atau tidak Kernenterian tersebut mengarahkan tindakan ini kepada Anti Corruption Agency, dengan izin.

Tuan Ong Tin Kim: Tuan Yang di- Pertua, jikalau ada bukti-bukti atau keterangan-keterangan yang tepat dan lebih lengkap memang Kementerian ini pada bila-bila rnasa ada bukti-bukti yang lengkap, kita akan membawa kes ini kepada STMB sendiri ataupun bagi STMB mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya ataupun melaporkan kepada pihak Polis ataupun Anti Corruption Agency, dengan izin. Tetapi masalah yang kita hadapi ialah tiada evidence, dengan izin, atau bukti- bukti yang lengkap dan tepat.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu daripada Tirnbalan Menteri yang berkenaan, oleh kerana Timbalan Menteri yang berkenaan menyebut "kalau ada bukti." Saya rasa bukti dia senang sahaja. Segala kornplen- kornplen yang datang itu adalah buktinya. Dan saya minta Timbalan

Page 8: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2885 14 JULAI 1987 2886

Menteri mengarahkan pihak Telekom "trace" line-line orang yang buat komplen itu, saya percaya perkara ini akan dapat buktinya kerana saya biasa bekerja dengan Telekom dahulu, itu sebabnya saya berasa tidak senang hati dengan jawapan Timbalan Menteri tadi seolah-olah Tirnbalan Menteri mempunyai banyak pengalaman dalam Telekom.

Tuan Ong Tin Kim: Terima kasih, Yang Berhormat. Saya sebenarnya Setiausaha Parlimen dan bukannya Timbalan Menteri.

Tuan Azman Atar bin Othman: Minta maaf.

Tuan Ong Tin Kim: Walau bagaimanapun, saya minta rnaaf, saya sudah lupa soalan, bolehkah Ahli Yang Berhormat ulangi sekali lagi? (Ketawa)

Tuan Azman Atar bin Othman: Minta maaf, saya ingat Timbalan Menteri tadi. Oleh kerana Yang Berhormat tadi menyebut ingin mendapatkan bukti, saya rasa bukti dia adalah daripada orang-orang yang membuat aduan mengatakan bilnya naik dengan tidak sepatutnya. Itu adalah satu daripada buktinya. Dan saya minta Yang Berhormat mengarahkan pihak Telekom supaya men"trace" nombor-nombor yang buat komplen yang bilnya meningkat naik dan saya percaya melalui Exchange ataupun melalui "DP" telefon itu sendiri mungkin dapat dikesan orang-orang yang mencuri line-line tersebut.

Tuan Ong Tin Kim: Terima kasih atas nasihat Yang Berhormat itu. Tetapi sebenarnya tiap-tiap aduan yang diterima oleh Kementerian saya ataupun STMB siasatan adalah dibuat bagi tiap-tiap aduan sekiranya ada bukti. Masalah yang kita hadapi ialah evidence yang tepat. Aduan memang banyak, tetapi ada juga selepas siasatan sebagai saya katakan tadi, ada kes-kes yang mana ahli-ahli keluarga dia mernbuat panggilan tanpa pengetahuan tuan punya telefon itu ataupun sahabat-sahabat atau kawan- kawan dia datang atau berkunjung ke rumah pemilik telefon itu. Jadi, sukar kerana sampai sekarang tidak dapat bukti yang tepat. Pengadu-pengadu pun tidak dapat beri bukti yang tepat atau lengkap untuk Kementerian saya mengambil satu tindakan yang sewajarnya tentang tiap-tiap aduan. Itulah satu masalah yang kita hadapi.

LESEN MENANGKAP IKAN

2. Tuan Koh Im Pin minta Menteri Pertanian menyatakan berapakah jenis-jenis lesen untuk nelayan menangkap ikan dan berapakah bayaran bagi sesuatu jenis lesen itu; dan dalam negara kita berapakah jumlah orang nelayan.

Timbalan Menteri Pertanian (Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed): Tuan Yang di-Pertua, ketika ini terdapat lima jenis lesen menangkap ikan dan bayaran- bayarannya adalah seperti berikut:

(Bagi setiap perkakas dun setiap tahun) $ $

1. Pukat Tradisi 2.00 2. Pukat Moro Ami 300.00 3. Pukat Kenka Dua 30.00

Bot

Tiada 1,000.00 t

300.00

4. Pukat Jerut (Mengikut grossltonnage) 5. Pukat Tunda (Mengikut grossltonnage) (I

Page 9: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

14 JULAI 1987

Oleh sebab senarainya panjang, saya akan sarnpaikan kepada Ahli Yang Berhorrnat secara bertulis berhubung dengan bayaran lesen serta wang pertaruhan bagi Pukat Tunda, Pukat Jerut dan juga Jerut Bilis.

Jurnlah nelayan di negara ini ialah 99,208 orang iaitu:

Sernenanjung - 69,530 orang Sarawak - 12,878 orang Sabah - 16,800 orang

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di- Pertua, soalan tarnbahan. Adakah Kernenterian Pertanian akan mengkaji sernula dengan rnengurangkan denda rnaksirna $10,000 kepada nelayan yang melanggar syarat atau melanggar Akta Perikanan tanpa rnendapat lesen daripada Kernenterian berkenaan sebaliknya pula ada nelayan-nelayan yang datang daripada negara-negara jiran, begitu bebas. . . . . .

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhorrnat, saya kelrnarin telah rnemaklurnkan dan saya suka mengingatkan lagi iaitu soalan tarnbahan. Mengikut soalan di sini ialah jenis lesen-lesen dan bukan denda. Jadi, apa perhubungan ada dengan lesen dan denda?

Tuan Ng Peng Hay: Kerana nelayan tidak ada lesen, rnernohon tetapi tidak dapat lesen jadi mereka kena denda. Dan dendanya begitu tinggi sehingga $10,000 dan saya bawa lagi kerana ada nelayan datang daripada negara jiran begitu bebas rnasuk dalam perairan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua: Jikalau Yang Berhormat Tirnbalan Menteri hendak jawab, dipersilakan; kalau tidak saya pun bersetuju.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya soalan tambahan Ahli Y ang

Berhormat itu tidak ada ka~tan dengan soalan asal. Walau bagaimanapun, suka saya nyatakan di sini berhubung dengan soal lesen, kita akan rnernberi lesen kepada sesiapa sahaja yang benar-benar ingin menjalankan kegiatannya sebagai nelayan. Tetapi di kawasan-kawasan di rnana ikan pupus rnaka sudah tentu lesen tidak dapat diberi. Kalau diberi pun mereka tidak akan berjaya untuk mendapat hasil yang sesuai.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di- Pertua, soalan tarnbahan. Tadi saya bangkitkan berkenaan dengan nelayan datang daripada Indonesia yang keluar rnasuk ke dalarn perairan negara kita khasnya di Melaka dengan begitu bebas tanpa rnendapat lesen daripada Kementerian berkenaan.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Tuan Yang di-Pertua, kita tidak akan membenar sesiapa jua mencerobohi lautan kita. Oleh sebab itulah pada hari ini kita rnernpertingkatkan rondaan laut kita dengan pengawasan udara di rnana kita rnernperhebatkan juga operasi-operasi tertentu termasuk operasi khas, operasi bersarna; sernuanya ini dijalankan untuk rnenghalang penceroboh-penceroboh daripada negara lain rnasuk ke dalarn perairan kita.

Tuan Azman Atar bin Othman: Soalan tambahan, Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin rnendapat tahu daripada Timbalan Menteri yang berkenaan kerana Tirnbalan Menteri sebut tadi lesen-lesen sebanyak 5 jenis. Dan pada sernalarn saya ada dengar satu pukat bernarna pukat "concord". Tidak ada tersebut pun di sini dalarn lesen-lesen 5 jenis ini tadi? Apakah jenis pukat "concord" yang disebutkan oleh Yang Berhorrnat pada semalam, saya ingin tahu.

Tuan Miohd. Kassim bin Ahmed: Ini saya rasa adalah cabang daripada kenka dua bot tadi, kalau tidak silap

Page 10: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

14 JULAI 1987

saya. Tetapi walau bagaimana sekalipun, saya akan beritahu kepada Yang Berhormat dengan jelasnya satu hari nanti.

Tuan Yang di-Pertua: Sudah itu. Sekarang soalan yang lain.

PULAU LANGKAWI SEBAGAI PUSAT PELANCONGAN

ANTARABANGSA

3. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Perdana Menteri menyatakan berapa banyakkah yang telah dan akan dibelanjakan oleh Kerajaan untuk membangunkan Pulau Langkawi, Pulau Bebas Cukai ini, kepada sebuah Pulau yang dapat menarik pelancong- pelancong dari luar dan dalam negeri.

Perdana Menteri: Tuan Yang di- Pertua, dalam usaha membangunkan Pulau Langkawi sebagai sebuah pusat pelancongan bertaraf antarabangsa, Kerajaan sehingga kini telah dan sedang melaksanakan beberapa projek infrastruktur asas seperti pembesaran lapanganterbang, jalanraya, bekalan air dan bekalan elektrik. Kos keseluruhan projek ialah kira-kira $285 juta. Daripada jumlah tersebut sejumlah kira-kira $230 juta telah dibelanjakan setakat ini. Kerajaan juga sedang mengenalpasti lain-lain pembangunan yang perlu untuk kemudahan para pelancong dan memperbaiki infrastruktur yang telah sedia ada. Di samping itu Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah $1.6 juta untuk melaksanakan projek pengindahan Pulau tersebut supaya persekitarannya sesuai dengan keperluan industri pelancongan.

Sementara itu Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia juga telah membelanjakan sejumlah $26.85 juta bagi projek pembesaran Hotel Langkawi Island Resort. Projek pembesaran ini melibatkan pertambahan bilik dari 100 buah

kepada 215 buah. Kemudahan- kemudahan lain yang turut lengkap ialah seperti 2 buah restoran baru, sebuah kolam renang, kemudahan- kemudahan persidangan serta kemudahan-kemudahan rekreasi dan sukan. Projek ini telahpun disiapkan pada penghujung tahun 1986.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya ditujukan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita adalah berkaitan dengan Kerajaan kita sedang berusaha menggiatkan industri pelancongan. Adakah Kerajaan kita merancang mengadakan "Kempen Berbudi Bahasa" terhadap pelancong- pelancong yang melawat negara kita dalam tiap-tiap lapisan masyarakat kita? Ini adalah penting dan ia akan memberi satu kenangan manis kepada pelancong-pelancong yang melawat negara kita.

Perdana Menteri: Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya soalan asal adalah berkenaan dengan Pulau Langkawi, tetapi kalau Ahli Yang Berhormat ingin tahu berkenaan dengan kempen budi bahasa ini kita belum ada kempen secara tertentu. Tetapi pihak hotel- hotel telah mengadakan kempen- kempen mereka sendiri.

Tuan Azman Atar bin Othman: S o a n tambahan Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin tahu daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas usaha yang gigih Kerajaan untuk memajukan dan memasyhurkan Pulau Langkawi, tidakkah satu masa besok bila Pulau Langkawi sudah terkenal seluruh dunia, maka Yang Amat Berhormat pula dituduh sebagai yang punya pulau itu ataupun akan menjual pulau itu semacam mana tuduhan yang telah dilemparkan kepada Yang Amat Berhormat?

Perdana Menteri: Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya Malaysia ini kepunyaan saya sama dengan Ahli

Page 11: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2891 14 JULAI 1987 2892

Yang Berhormat. Jadi, kalau hendak tuduh, boleh tuduh. (Ketawa)

Tuan Yang di-Pertua: Itu bukan soalan tambahan. Saya fikir banyak kali saya telah beritahu bahawa soalan tambahan sepatutnya mesti ada berkaitan dengan soalan asal. Ini tidak ada kena mengena.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tidak. Fasal Yang Amat Berhormat pernah dituduh hendak menjual Limbang, fasal itu saya. . . . . .

Tuan Yang di-Pertua: Bukan, itu jadi lain perkara. Tolong jangan buat begitu. Banyak lagi soalan-soalan yang tertinggal selalu oleh kerana soalan- soalan tambahan yang tidak kena mengena dengan soalan asal ditanya. Jadi, minta maaf, cukuplah yang itu. Yang Berhormat Tuan Tan Chai Ho.

KEMPEN BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

4. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan setakat manakah pencapaian kempen "BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA" yang dijalankan oleh badan-badan Kerajaan termasuk Majlis-majlis tempatan dan apakah langkah-langkah telah dan akan diambil untuk memperhebatkan kempen tersebut.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (Tuan M. G. Pandithan): Tuan Yang di- Pertua, Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia adalah bertujuan untuk menimbulkan kesedaran orang ramai terhadap pelbagai barangan yang dihasilkan atau dibekalkan dalam negeri oleh industri-industri tempatan. Penilaian yang telah dibuat menunjukkan bahawa objektif menimbulkan kesedaran itu di

kalangan masyarakat umum telah pun tercapai. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Survey Research Malaysia, kesedaran mengenai kempen dan objektif-objektifnya sedia wujud di kalangan 70% daripada rakyat Malaysia yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi dan juga melibatkan semua kaum.

Adalah diharapkan bahawa dengan wujudnya kesedaran itu di semua pihak khususnya pengguna dan pengilang barang-barang buatan tempatan, maka lambat laun akan berubah sikap, tabiat dan budaya kepenggunaan di pihak pengguna dan meningkatnya tahap produktiviti perkilangan serta mutu barangan kilang-kilang tempatan. Sama ada semua itu akan berlaku adalah bergantung kepada daya usaha, kreativiti dan komitmen semua pihak terhadap peranan dan kewajipan masing-masing.

Kerajaan melalui agensi-agensinya seperti Kementerian Perdagangan dan Perindustrian, Kementerian Penerangan, Kementerian Pendidikan termasuk juga Majlis-majlis Kerajaan Tempatan telah menjadi penggerak utama kepada Kempen Belilah Barangan Malaysia yang telah diadakan. Agensi-agensi tersebut juga adalah sentiasa digesa untuk memberi keutamaan kepada penggunaan barang-barang buatan tempatan. Justeru itu, Kerajaan berharap usaha yang bermutu dengan harga yang dilaksanakan oleh pihak swasta kerana adalah lebih penting pihak swasta pula berkempen untuk mengeluar barangan yang bermutu dengan harga yang berpatutan dan memasarkan barangan mereka dengan lebih berkesan. Satu kempen yang dianjurkan oleh pengilang, pengusaha dan peniaga sendiri untuk mencapai keunggulan dalam setiap segi operasi mereka nescaya lebih meyakinkan pengguna. Jika mereka berbuat demikian, Kerajaan pasti barangan buatan

Page 12: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2893 14 JULAI 1987 2894

Malaysia bukan sahaja akan mendapat sokongan, keyakinan dan langganan yang lebih baik daripada pengguna- pengguna tempatan bahkan juga pengguna-pengguna dari luar negeri.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Puan Ainon.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada pihak yang berkenaan, selain daripada langkah-langkah yang telahpun dianjurkan yang baharu sahaja didengar sebentar tadi yang begitu baik, tidakkah Kerajaan kita bercadang untuk menyekat kemasukan ataupun mengurangkan importan barang-barang daripada luaran yang bersaing hebat dengan barang-barang buatan Malaysia atau yang sama jenis ataupun sama kegunaannya?

Tuan M. G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, kejayaan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia anjuran Kementerian Perdagangan dan Perindustrian amat bergantung kepada sambutan semua lapisan masyarakat, terutama sekali pengusaha-pengusaha tempatan hendaklah berusaha meninggikan teknologi dan mutu barang-barang keluaran mereka serta menjual barang-barang itu dengan harga yang berpatutan. Orang ramai pula hendaklah mengikis sikap lebih suka membeli barangan import walaupun barangan buatan negara sendiri setaraf atau lebih tinggi mutunya haruslah masyarakat akan membeli buatan Malaysia, kerana dengan membeli barangan buatan Malaysia anda membantu negara mengurangkan wang dari mengalir ke luar negeri untuk memperkukuhkan kedudukan imbangan bayaran negara.

Puan Ainon binti ArifTin: Saya rasa jawapan itu tidak tepat. Soalan saya ialah adakah Kerajaan bercadang untuk menyekat kemasukan barangan

dari luar atau mengurangkan kuota pengimportan barang-barang yang sama jenis pengeluarannya dengan Malaysia, sebab kalau perkara ini bersaing di pasaran dan mereka itu mendapat kesempatan yang lebih meluas dalam pengiklanan, tentulah kempen kita sukar hendak dijalankan dan mencapai matlamat yang segera?

Tuan M. G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan mengambil beberapa langkah untuk memasukkan dalam pasaran barangan buatan Malaysia untuk mempertingkatkan penjualan dan pemasaran.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan, ini ada berkaitan dengan pembeiian barangan buatan tempatan. Adakah Kementerian berkenaan bersetuju ada setengah-setengah pengguna- pengguna kita masih tidak mahu menggunakan barangan buatan tempatan itu kerana mutunya terlalu rendah? Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian yang berkenaan untuk meningkatkan mutu barangan buatan tempatan?

Tuan M. G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, barang buatan Malaysia bukanlah bermutu rendah. Tuduhan barang buatan Malaysia bermutu rendah itu saya bersetuju.

Tuan Law Jack Yoon: Tuan Yang di- Pertua, bolehkah Yang Berhormat menyatakan sama ada wujudnya sebuah jawatankuasa untuk mengawasi kempen ini? Jikalau ada, siapakah mereka yang berada di dalam jawatankuasa ini?

Tuan M. G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan ada sebuah jawatankuasa untuk menjalankan kempen "Belilah Barangan Buatan Malaysia".

Page 13: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2895 14 JULAI 1987 2896

PELABURAN ASING

5. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan:

( a ) berapa banyakkah pelabur asing yang telah melabur di negara kita sejak Januari 1986 hingga hari ini; dan

( b ) sama ada benar atau tidak mengikut laporan-laporan pelabur-pelabur asing telah kurang keyakinan untuk melabur di negara kita.

Tuan M. G. Pandithan: Tuan Yang di-Pertua, jawapan untuk soalan-

( u ) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak Januari 1986 hingga Mei 1987 sebanyak 355 projek perkilangan yang mempunyai penyertaan rakyat asing telah diluluskan dan jumlah pelaburan modal projek-projek ini adalah sebanyak $771.3 juta. Daripada 355 projek tersebut, 297 projek perkilangan merupakan projek usahasama sementara selebih- nya iaitu 58 buah projek adalah merupakan hakmilik asing sepenuhnya.

Jawapan untuk soalan-

( b ) Adalah tidak benar bahawa pelabur-pelabur asing di- laporkan telah kurang keyakinan untuk melabur di negara kita. Ini adalah nyata dari perangkaan MIDA yang menunjukkan bahawa pe- laburan modal asing telah pun meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, iaitu daripada $275.4 juta dalam tahun 1984 kepada $324.8 juta dan $524.5 juta dalam tahun 1985 dan 1986 masing- masingnya. Bagi jangka masa 5 bulan yang pertama dalam tahun 1987 sahaja, pelabur-

pelabur asing telah membuat pelaburan sebanyak $246.8 juta.

Tuan Hassan Alban bin Haji Sandukong: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu berkenaan dengan pelabur-pelabur asing di bidang pembukaan tanah, estet. Adakah benar atau tidak sekarang ini pelabur asing lebih minat ke Sumatra, Thailand dan Irian Jaya daripada ke Malaysia?

Tuan M. G Pandithan: Tidak benar. (Ketuwu)

CUT1 TAMBAHAN KEPADA SEKOLAH TAMIL

6. Tuan C. Krishnan minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kementerian Pendidikan bercadang untuk mengarahkan bahawa semua sekolah-sekolah Tamil di negara ini diberi dua hari cuti am tambahan semasa Deepavali seperti yang diberi kan kepada Sekolah Kebangsaan dan sekolah-sekolah Cina pada masa Hari-hari Perayaan Am Kebangsaan.

Menteri Pendidikan (Tuan Anwar bin Ibrahim): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan tidak ada rancangan untuk mengarahkan Sekolah-sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) diberi 2 hari cuti am tambahan semasa perayaan Deepavali kerana dalam peraturan sekarang mana-mana Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang ingin menambahkan cuti mereka, boleh berbuat demikian dengan peruntukan cuti yang sedia ada dan peraturan-peraturan yang telah pun ditetapkan. Lagipun, di Malaysia ini, Tuan Yang di-Pertua, telah banyak sangat cuti dan hari Kelepasan Am

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan. Soalan ini

Page 14: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2897 14 JULAI 1987 2898

telahpun saya timbulkan pada session kama ada berlakunya pertambahan yang lalu iaitu pada Hari Raya Puasa atau pengurangan di dalam bilangan dan Hari Raya Cina, sekolah-sekolah penempatan setinggan di Wilayah Tamil diarahkan oleh Kementerian Persekutuan dan nyatakan kawasan- Pendidikan ditutup pada hari kawasan setinggan yang telah dan perayaan-perayaan yang tersebut. akan dimajukan oleh Jabatan Perdana Maksud saya, Tuan Yang di-Pertua, Menteri. perayaan Deepavali adalah satu perayaan nasional, apa sebabnya sekolah-sekolah Tamil terpaksa minta Jabatan Pelajaran supaya dapat cuti tambahan? Saya ada bukti, Yang Berhormat Menteri Pendidikan, apabila mereka mohon untuk cuti tambahan perayaan Deepavali ada kalanya Jabatan Pendidikan menolak permohonan mereka. Oleh sebab itu memandangkan perayaan Deepavali adalah satu perayaan nasional, saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan supaya kalau boleh iangan arahkan sekolah-sekolah ~ a m i l ' d i & t u ~ pada Hari Raya Cina, apa sebabnya?

Tuan Anwar bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, kita tidak mengarahkan sekolah-sekolah ditutup untuk Hari Raya Cina dan Hari Raya Puasa sahaja. Hari-hari Raya ini ditetapkan sebagai Cuti Umum atau Kelepasan Am untuk semua sekolah- sekolah dan juga jabatan-jabatan di negara ini. Oleh yang demikian, perkara itu tidak berbangkit.

Yang keduanya, bersabit dengan cuti Hari Raya Deepavali, memang cuti pada hari berkenaan dan peruntukan memang membolehkan sekolah-sekolah ini menambah cuti mereka dan saya akan sukacita kalau Ahli Yang Berhormat boleh memberikan keterangan dan memberi maklum kepada saya sekiranya ada berlaku di mana permohonan mereka ditolak. Saya fikir perkara ini tidak akan berulang lagi.

PENEMPATAN SETINGGAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN

7. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Perdana Menteri menyatakan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Drs Suleiman bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, bilangan penduduk setinggan di dalam kawasan-kawasan setinggan di Wilayah Persekutuan telah ' dapat dikawal dengan sepenuhnya. Bilangannya juga telah dapat dikurangkan melalui tindakan- tindakan kawalan yang lebih tegas dan pembinaan projek rumah kos rendah serta rancangan pembangunan semula kawasan-kawasan setinggan.

Pada tahun 1978 bilangan keluarga setinggan adalah seramai 48,709 keluarga dengan jumlah penduduk setinggan seramai 247,154 orang di dalam 212 buah perkampungan setinggan. Pada tahun 1983 bilangan ini telah dapat dikurangkan kepada 43,420 keluarga dengan jumlah penduduk seramai 216,267 orang di dalam 201 perkampungan setinggan. Kadar pengurangan itu adalah lebih kurang 11.3%. Padaa tahun 1986 hingga 1987 pula, bilangan keluarga setinggan menjadi 39,801 keluarga dengan jumlah penduduk seramai 199,082 orang di dalam 194 perkampungan setinggan.

Ini bermakna bilangan setinggan berbanding dengan tahun 1983 berkurangan pada kadar 2.2%. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, daripada data yang disebutkan tadi maka dapat disimpulkan bahawa dari tahun 1978 hingga tahun 1987 usaha Kerajaan dalam mengurangkan bilangan penduduk setinggan telah berjaya dilaksanakan dengan kadar pengurangan secara keseluruhannya sebanyak 13.5%.

Page 15: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2899 14 JULAI 1987 2900

Tuan Yang di-Pertua, pengurangan bilangan penduduk setinggan seperti yang telah dijelaskan tadi ialah akibat daripada usaha Kerajaan membina rumah kos rendah serta memajukan kawasan setinggan yang sedia ada melalui projek-projek penswastaan. Dari tahun 1978 hingga 1986, sejumlah 8,908 keluarga setinggan telah dipindahkan ke rumah kos rendah yang melibatkan seramai 44,072 orang penduduk setinggan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di antara projek-projek yang telah dirancang dan sedang dalam pelaksanaan untuk tujuan ini ialah seperti berikut:

(1) Projek rumah panjang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur;

(2) Projek usahasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan pihak swasta;

(3) Projek khas bekas Kementerian Wilayah Persekutuan; dan

Timbalan Menteri Luar Negeri (Toh Muda Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, tidak ada kaitan di antara perlantikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Presiden Persidangan Antarabangsa mengenai Penyalah- gunaan dan Pengedaran Dadah yang telahpun diadakan di Vienna pada Jun 1987 dengan pertambahan pelabur- pelabur asing ke Malaysia. Walau bagaimanapun semenjak peng- umuman Akta Galakan Pelaburan pada Oktober 1986, terdapat pertambahan pertanyaan-pertanyaan mengenai pelaburan ke Malaysia. Dari maklumat-maklumat yang diperolehi di antara bulan Januari hingga Mei 1987. MIDA telah rneluluskan 117 projek pelaburan baru yang bernilai sebanyak $1,310.2 juta. Ini adalah mungkin disebabkan oleh usaha-usaha gigih yang telah dijalankan oleh pihak Kerajaan untuk menimbulkan suasana pelaburan yang sesuai di Malaysia melalui kelonggaran syarat dan

(4) Projek-projek penswastaan. peraturan yang-telah dilaksanakan sejak Oktober 1986. Pertarnbahan ini

Secara ringkasnya, kawasan- juga disebabkan oleh keyakinan kawasan setinggan yang terlibat pelabur-pelabur asing bahawa dengan prolek ialah kawasan Malaysia adalah sebuah negara yang Bandar Baru Sentul, Cheras, Setapak, rnempunyai sistern pernerintah dan GOmbak, Datuk Keramat, Bandar ekonomi yang sederhana, stabil dan

Wang Kampung mempunyai potensi yang baik untuk Abdullah Hukurn, kawasan Pasar berkembang maju. Borong, Selayang dan lain-lain lagi.

PELABURAN ASING KE MALAYSIA

8. Tuan Azman Atar bin Othman minta Menteri Luar Negeri menyatakan apabila Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Presiden Persidangan Antarabangsa mengenai Penyalah- gunaan dan Pengedaran Dadah, selepas perlantikan Perdana Menteri adakah tanda-tanda pelabur-pelabur negara luar akan lebih banyak datang rnelabur ke negara kita.

Tidak dinafikan Persidangan Antarabangsa mengenai Penyalah- gunaan dan Pengedaran Dadah yang rnana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun dilantik menjadi Presiden mempunyai matlamat ke arah menirnbulkan suasana pelaburan yang sesuai bagi pelabur-pelabur asing. Dari perlantikan tersebut, secara tidak langsung kita telah pun berjaya memperkenalkan dan mengharumkan nama Malaysia di kaca mata dunia di mana mereka sekarang mengenali dan mengetahui Malaysia dengan lebih dekat lagi.

Page 16: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2901 14 JULAI 1987 2902

KURSUS PERUBATAN DI UNIVERSITI TEMPATAN

9. Tuan K. Sivalingam minta Menteri Pendidikan menyatakan memandang- kan bahawa kesihatan yang baik adalah amat penting bagi sesebuah negara, bolehkah Kementerian Pendidikan membuat peraturan untuk menjadikan pengambilan bagi kursus perubatan di Universiti-universiti tempatan secara terbuka bagi membolehkan murid-murid cerdik masuk ke dalam kursus itu, supaya mutu doktor-doktor kita serta kesihatan akan ditingkatkan.

Menteri Pendidikan (Tuan Anwar bin Ibrahim): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sememangnya pihak Kementerian membuka peluang kepada semua pelajar untuk memohon memasuki kursus perubatan di universiti tempatan. Hanya pelajar- pelajar yang mempunyai keputusan terbaik sahaja dipilih memasuki kursus tersebut melalui' borang-borang UPU dan telah diputuskan bersama oleh wakil-wakil semua universiti.

PRO JEK PELANCONGAN DI PULAU PERHENTIAN1

TASIK KENYIR

10. Puan Habidah binti Jusoh minta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menyatakan sejauh manakah persiapan dan perlaksanaan untuk projek pelancongan di laut air masin di Terengganu dan Pantai Timur dan projek pelancongan di Tasik Kenyir Terengganu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan (Dato' Haji Sabbaruddin Chik): Tuan Yang di-Pertua, projek pelancongan di Pulau Perhentian iaitu di laut air masin off Terengganu telah dikenalpasti sebagai mempunyai tarikan-tarikan semula jadi seperti keindahan pantai yang boleh

dimajukan sebagai sebuah pusat pelancongan. Sejajar dengan itu maka Kerajaan Negeri Terengganu telah melantik sebuah syarikat swasta untuk memajukan Pulau tersebut dengan mengadakan kemudahan-kemudahan pelancongan termasuk sebuah padang golf dan kemudahan-kemudahan sukan air. Projek ini baru sahaja dimulakan dan dijangka siap, Tuan Yang di-Pertua, menjelang tahun 1989.

Mengenai Tasik Kenyir pula, Tuan Yang di-Pertua, adalah difikirkan ianya merupakan satu kawasan yang mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan. Pada masa ini Kerajaan Negeri Terengganu sedang mengkaji jenis-jenis kemudahan dan keperluan infrastruktur termasuk jalan masuk ke kawasan tersebut dan konsep pembangunannya yang difikirkan sesuai di kawasan ini-di kawasan Tasik Kenyir. Pembangunan projek ini apabila selesai kajian dibuat akan diswastakan.

RANCANGAN BAHASA TAMIL DI TV

11. Tuan A. Shaik Dawood Abu Bakar minta Menteri Penerangan menyatakan sama ada Kementerian beliau bercadang menambah rancangan-rancangan dalam bahasa Tamil di TV Malaysia dan sekiranya ada, bilakah ianya akan disiarkan.

Timbalan Menteri Penerangan (Tuan Railey bin Jaffrey): Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini TV Malaysia mempunyai beberapa rancangan dalam bahasa Tamil termasuklah Berita pada tiap-tiap hari, majalah "Tumpuan Minggu", tayangan filem- filem cereka TamillHindi pada tiap- tiap hari antara pukul 5.00-6.00 petang dan siaran drama pada hari- hari tertentu seperti Deepavali, Thaipusam ataupun Ponggal.

Page 17: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2903 14 JULAI 1987 2904

Usaha sedang dibuat untuk menerbitkan lebih banyak rancangan- rancangan hiburan dan drama-drama dalam bahasa Tamil untuk mengisi rancangan-rancangan filem Tamil yang ada sekarang. Tujuan RTM ialah untuk meningkatkan lagi penerbitan tempatan supaya artis-artis tempatan berketurunan India akan mendapat lebih banyak peluanag penyertaan dalam rancangan televisyen dan hasrat Kementerian ini untuk meninggikan lagi kandungan rancangan tempatan dalam siarannya akan tercapai.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan. Apakah sudah jadi dengan janji Yang Berhormat Menteri Penerangan yang dibuat pada awal tahun ini iaitu tiap- tiap minggu akan disiarkan drama di dalam bahasa Tamil? Janji itu janji sahaja atau akan dijalankan.

Tuan Railey bin Jaffrey: Saya kurang pasti berkenaan dengan janji ini, Tuan Yang di-Pertua. Jika ada pun, saya minta maaf. Kalau Yang Berhormat ingin tahu, saya boleh siasat berkenaan dengan sama ada ianya betul ataupun tidak. Jika ada betul dijanjikan, kita boleh timbangkan untuk dilaksanakan.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di- Pertua, janji ini dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Penerangan, mana boleh dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri ini akan disiasat. Perkara ini sudah pun jadi heboh di dalam akhbar-akhbar Tamil. Ini akan menjejaskan imej Kerajaan kita. Pada minggu yang terakhir, iaitu pada hari Ahad, sebuah akhbar Tamil telah katakan apa sudah jadi dengan janji Yang Berhormat Menteri Penerangan. Oleh sebab itu, jangan kata ini akan disiasat, sebab ini adalah satu janji oleh Kerajaan kita-seorang Menteri Kabinet.

Tuan Railey bin Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, untuk memuaskan hati

Yang Berhormat berkenaan, perkara ini insya Allah saya akan siasat dan jika perlu akan memberi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan. Adakah Kementerian Penerangan akan memberhentikan tayangan filem yang menunjukkan kekerasan, seperti pergaduhan antara kongsi-kongsi gelap. Contohnya, tayangan filem yang menunjukkan kekerasan, pergaduhan antara kongsi gelap di dalam bahasa Kantonis.

Tuan Railey bin Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, saya nampak soalan ini tidak ada kait-mengait dengan apa yang ditanyakan. Tetapi walau bagaimanapun, saya' bolehlah menjawab. Sebenarnya setiap adegan- adegan yang ada dalam filem-filem Mandarin atau filem-filem Kantonis yang sedang ditunjukkan sekarang ini memang ada bantahan daripada pihak kaum Cina sendiri di mana mereka berpendapat bahawa adegan-adegan yang ditunjukkan dalam filem-filem tersebut merupakan adegan-adegan ganas yang boleh mempengaruhi anak-anak muda untuk berkelakuan jahat dengan melihat filem-filem ini. Jadi sekarang apa Kementerian buat ialah Kementerian sedang merancang dan mengkaji, kalau perlu adegan- adegan seperti ini akan dihentikan.

SAUDARA BARU DIDAFTARKAN

12. Tuan Mohd. Wajidi bin Dato Haji Ishak minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) berapa ramaikah saudara- saudara baru yang telah didaftarkan sehingga akhir tahun 1986; dan

(b) berapa ramaikah bilangan mereka yanga telah kembali kepada agama asal mereka.

Page 18: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2905 14 JULAI 1987 2906

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Othman bin Abdul): Tuan Yang di-Pertua, perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu adalah termasuk di bawah bidang kuasa pihak-pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri. Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai maklumat mengenai perkara berikut.

GURU SANDARAN DI SEKOLAH TAMILLATIHAN

13. Tuan C. Krishnan minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memberi latihan khas dalam perkhidmatan kepada guru-guru sementara di sekolah-sekolah Tamil yang sudah berkhidmat lebih daripada lima tahun mengikut kaedah-kaedah latihan syarat seperti yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran pada masa- masa dahulu, walaupun guru-guru ini mungkin tidak mempunyai kepujian dalam Bahasa Malaysia.

Tuan Anwar bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian sedang berusaha melatih guru-guru sandaran yang tidak terlatih yang berkhidmat di sekolah-sekolah Tamil melalui Program Kursus Perguruan Asas Dalam Cuti Untuk Guru-guru Sandaran (KPC) yang tidak terlatih. Program ini bermula sejak dari tahun 1984 dan mulai tahun ini beberapa latihan tambahan telah dilakukan untuk mempastikan bahawa guru-guru Tamil diambil ke dalam program bahasa Tamil di maktab-maktab perguruan dan juga diploma pendidikan di universiti-universiti tempatan.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di- Pertua, soalan saya yang asal itu mengatakan Kementerian pada masa- masa dahulu walaupun guru-guru ini mungkin tidak mempunyai kepujian dalam Bahasa Malaysia. Soalan asal saya adakah Kementerian Pendidikan

akan memberi pertimbangan kepada guru-guru yang telah berkhidmat selama 5 tahun. Bolehkah mereka dapat latihan walaupun mereka tidak ada kredit dalam Bahasa Malaysia?

Tuan Anwar bin Ibrahim: Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, memang pengecualian telah diberikan bagi guru-guru yang telah lama, mempunyai pengalaman dan agak sudah beransur tua diberikan beberapa pertimbangan. Tetapi guru- guru yang muda sebenarnya tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh berusaha lulus dalam Bahasa Malaysia dan mempunyai kepujian dalam Bahasa Malaysia sebelum melanjutkan kursus-kursus tambahan mereka. Setakat ini kita tidak mendapati masalah untuk mendapatkan guru-guru yang mempunyai kelayakan mengikuti kursus-kursus tersebut dalam bahasa Tamil dengan syarat mereka mempunyai kepujian dalam Bahasa Malaysia. Oleh demikian, perkara itu tidak akan dipertimbangkan.

LATIHAN KEMAHIRAN MARA

14. Tuan Haji Jaafar bin Haron minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan sedarkah Kerajaan bahawa "Bahan Fibre Glass" adalah sangat penting untuk kegiatan pembuatan barang-barang yang boleh tahan lama, mengapakah Kerajaan tidak mewujudkan kursus barang pembuatan daripada "Fibre Glass" dalam Latihan Kemahiran MARA. Jika ada bila diwujudkan dan bagaimana perancangan dibuat.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (Tuan Mohamed bin Jamrah): Tuan Yang di-Pertua, adalah disedari bahawa bahan "Fibre Glass" penting untuk membuat barang-barang bertahan lama. Buat masa ini MARA belum mewujudkan kursus berkenaan kerana untuk mengadakan satu bidang

Page 19: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2907 14 JULAI 1987 2908

kursus yang benar-benar sempurna . perlu diwujudan iaitu kursus Tool dan Dye Making. Kursus ini belum dijalankan kerana masalah kepakaran dan perbelanjaan yang mahal. Bagaimanapun, pihak MARA sedang merancang untuk mewujudkan kursus Tool dan Dye Making bertempat di Institusi Kemahiran MARA.

Pada masa ini beberapa orang bakal jurutunjuk sedang dilatih di samping mendapatkan pakar dari Jerman Barat. Dalam masa yang sama juga MARA merancang untuk mengadakan kursus Fibre Glass di Pusat Giat MARA secara kecil- kecilan. Kursus-kursus ini dijangka akan dimulakan pada pertengahan tahun 1988.

PORIM-TUGAS UTAMA

15. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan:

(a) apakah tugas-tugas yang dijalankan oleh PORIM; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang mengenakan cukai ses kepada hasil kelapa sawit bagi membantu Tanam Semula Sawit kepada peladang- peladang kerana sawit merupakan hasil utama negara.

Timbalan Menteri Perusahaan Utama (Tuan Alias bin Md. Ali): Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada soalan (a), saya suka memaklumkan bahawa tugas-tugas Institut Penyelidikan Minyak, Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) secara amnya ialah menjalankan program-program penyelidikan dan pembangunan iaitu R & D dalam bidang industri kelapa sawit yang digariskan oleh Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Minyak Kelapa Sawit. Taugas-tugas utama PORIM sebagaimana termaktub di bawah Akta 218 iaitu Akta Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Minyak Kelapa Sawit 1979.

Mengenai soalan (b), setakat ini Kerajaan tidak bercadang mengenakan kutipan ses ke atas hasil- hasil kelapa sawit bagi membantu tanaman semula di sektor perladangan kelapa sawit. Bagaimanapun, sebahagian besar daripada pengusaha ladang tempatan sudahpun menubuhkan tabung-tabung mereka sendiri khusus sebagai persediaan awal untuk melaksanakan tanaman semula kelapa sawit di ladang masing-masing.

PROGRAM PETANI SISWAZAH

16. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom minta Menteri Pertanian menyatakan apakah tanda-tanda ke arah kejayaan dan terus mencapai kejayaan tercapai terhadap rancangan siswazah-siswazah tani dan di manakah program siswazah tani ini dijalankan.

Timbalan Menteri Pertanian (Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed): Tuan Yang di-Pertua, adalah terlalu awal untuk menilai kejayaan pelaksanaan program petani siswazah kerana program tersebut hanya mula berjalan dengan sepenuhnya pada awal tahun ini. Walau bagaimanapun, sambutan dari siswazah serta Jabatanl Agensi yang terlibat, terutamanya agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam urusan tanah, adalah menggalakkan. Dengan itu, program tersebut adalah menuju ke arah kejayaan dan Kementerian ini yakin bahawa Program Petani Siswazah akan berjaya mewujudkan kumpulan petani moden yang mampu menjalankan usaha pertanian secara komersial dan berdayamaju.

Sehingga ini, projek-projek di bawah Program Petani Siswazah dijalankan di negeri-negeri Kedah, Selangor Darul Ehsan, Johor (KEJORA), Pahang Darul Makmur, Pulau Pinang dan Terengganu.

Page 20: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

14 JULAI 1987

Puan Ainon binti Arif'fin: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Adakah "Revolusi Mesin" yang diisytiharkan ini berkaitan dan akan diberi peluang kepada siswazah tani kita?

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Tuan Yang di-Pertua, saya agak confuse dengan "Revolusi Mesin". Saya harap Yang Berhormat cuba sebolehnya memberi penjelasan sedikit mengenai "Revolusi Mesin" itu.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini ada Menteri telah membuat ucapan mengatakan satu skim untuk mempertinggikan dan untuk menarik minat para siswazah kita supaya mahu bertani ialah dengan menggunakan alat-alat teknologi moden iaitu mesin- mesin. Jadi, diadakah satu skim atau satu dasar atau satu revolusi yang diberi nama "Revolusi Mesin".

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Tuan Yang di-Pertua, memang ada.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya -ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian, jika sekiranya projek ini telah dimulakan awal tahun, sekarang sudah masuk bulan Julai, tidak semestinya projek pertanian petani-petani siswazah itu hendak tanam kelapasawit yang menunggu tiga tahun baru keluar hasil atau tanam getah, tujuh tahun baru keluar hasil tetapi ada tanaman yang tempohnya 40 hari pula sudah keluar hasil seperti sayur-sayuran, tak sepatutnya sampai tujuh bulan masih belum tahu kejayaannya.

Jadi adakah projek ini telah menghasilkan kejayaan, kalau ada, saya hendak tahu di mana kerana kita akan jadikan projek itu sebagai contoh kepada berpuluh-puluh ribu siswazah kita yang terkapar-kapar sekarang ini menghadapi masalah mereka?

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Tuan Yang di-Pertua, untuk melaksanakan sesuatu projek itu bukanlah sesenang yang diperkatakan tetapi ini soal praktikal, soal implementasi. Maka apa-apa rancangan terpaksa dilaksanakan terlebih dahulu umpamanya, di Kedah, kita ada mempunyai kawasan 400 ekar yang telah dikenalpasti untuk dijadikan estet perindustrian pertanian dan kita hantar di situ tiga orang siswazah untuk memulakan projek tapak semaian benih rotan manau dan lain-lain lagi.

Projek ini bukanlah sesenang seperti yang diperkatakan. Jadi kalau saya hendak perkatakan satu persatu tentang perlaksanaan kita pada hari ini, sama ada di Selangor, Johor atau di lain-lain kawasan lagi memang banyak dan setakat ini kita tidak boleh mempastikan tentang kemajuannya. Apa yang dapat kita perkatakan di sini bahawa mereka telah menjalankan kegiatan mereka dengan bersungguh- sungguh. Itu sahaja, Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah atau tidak Timbalan Menteri Pertanian menyatakan berapakah bilangan siswazah tani itu yang betul- betul minat dan bekerja tani terus menerus ataupun buat sementara sahaja?

Yang kedua, apabila menyebut projek siswazah tani ini menggalakkan, saya takut galakan sahaja tetapi kerja tak jadi. Saya dapati Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian ada menyebut di Terengganu pun .ads projek ini dijalankan tetapi orang Terengganu sendiri barangkali tak sampai .0001% yang mengetahui projek siswazah tani ini, bilangannya dan yang menganggur itu pun lebih daripada 38,000 tetapi yang menjalankan pertanian itu berapa

Page 21: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2911 14 JULAI 1987 2912

ribu? Jadi rotan manau itu ada duri, kita takut para siswazah itu pada satu hari terkena duri dia akan lari.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Tuan Yang di-Pertua, pertama saya hendak menyatakan berhubung dengan projek di Terengganu, sekarang kita dapati 4 orang siswazah telah memohon untuk mengusahakan perusahaan memelihara ikan dalam sangkar dan suka saya menyatakan di sini bahawa kita sebagai wakil rakyat atau sebagai Senator eloklah memberikan galakan kepada mereka supaya meneruskan usaha ini dan saya merasakan bahawa siswazah atau para siswazah tani yang ada pada hari ini sememangnya tidak akan menghampakan hasrat kita atau kehendak kita asalkan kita sama-sama memberikan sokongan kepada mereka.

Berhubung dengan jumlah siswazah yang kini mengambil bahagian secara serius berhubung dengan aktiviti ini adalah lebih kurang 69 orang. Bilangannya seperti berikut:

Kedah . . . . . . 3 orang

Selangor(1) . . . . 16 ,, Johor . . . . . . 17 ,,

Pahang . . . . 16 ,,

Pulau Pinang . . 4 ,,

Jumlah kesemuanya 69 orang. Dan mereka yang mendaftar untuk melibatkan diri dalam pertanian ini berjumlah tak kurang daripada 920 orang dan tanah yang telah dipajak kepada mahasiswa pula tak kurang daripada 730 hektar. Jadi kita berharap dengan nasihat dan dorongan kita, mereka ini akan dapat menghasilkan sesuatu kejayaan. Itulah hasrat dan doa kita pada hari ini.

Puan Hajjah Rogayah binti Che Mat: Soalan tambahan, Tuan Yang di- Pertua. Adakah pihak Kementerian Pertanian mengadakan Pasukan

Petugas Khas di dalam membimbing pihak siswazah bagi pelaksanaan projek yang dirancangkan itu dengan teratur supaya benar-benar dapat dilaksanakan. Terima kasih.

Tuan Mohamed Kassim bin Ahmed: Tuan Yang di-Pertua, dari segi Pasukan Petugas Khas sebenarnya kita bergantung kepada Pegawai-pegawai Pengembangan Pertanian yang ada di merata-rata ceruk. Jadi, mereka ini boleh menjadi penasihat kepada petani daripada kalangan siswazah dan di antara itu siswazah yang berkenaan ini kebanyakannya berkelulusan dalam jurusan pertanian. Jadi mereka itu sudah boleh dikatakan pakar, cuma dari segi tenaga, praktikal sahaja yang patut kita sama-sama sokong.

Tuan Haji Shaharom bin Maasom: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan, kerana hendak memberikan galakan dan mahukan mereka itu menceburkan diri dalam bidang pertanian inilah, maka saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian, kalau di Kementerian Pertanian sahaja ada lebih 28,000 kakitangan hendak menolong 69 orang siswazah tadi, sehingga bulan Julai ini belum nampak hasilnya, saya rasa hendak menitiskan air mata-sungguh, Tuan Yang di- Pertua.

Jadi, perkara ini tidak sepatutnya kita jadikan seperti satu projek untuk melepaskan batuk di tangga atau untuk hendak memberikan jawapan mudah kepada masyarakat, kerana kita tahu sekarang berpuluh ribu ibu bapa yang menangis siang-malam memikirkan anak-anaknya keluar dari universiti tapi tak bekerja. Kita katakan, jangan pilih kerja, bertani, berternak, pelihara ikan, tetapi ke manakah mereka hendak pergi? Sebab itu saya minta tunjukkan satu contoh projek yang berjaya supaya kita boleh bawa siswazah yang lain tengok, kalau dia tak mahu buat kita boleh marahkan kepada yang lain.

Page 22: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2913 14 JULAI 1987 2914

Inilah harapan saya, Tuan Yang di- Pertua, supaya Kementerian ini dapat betul-betul memberikan harapan yang baik, sebab kita tidak mahu akan timbul tulisan, akan timbul ancaman, akan timbul masalah yang memburukkan imej Yang Berhormat Menteri Pertanian yang begitu gagah dan gigih, Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian yang begitu gagah dan gigih untuk hendak menyelamatkan petani-petani dan hendak menolong siswazah-siswazah itu.

Saya tidak mahu artikel seperti ini ditulis dalam suratkhabar. Kalau kita ada beratus ribu hektar tanah yang terbiar tak boleh diusahakan kita malu, sedangkan di Mesir katanya ada berpuluh ribu ekar tanah padang pasir boleh dijadikan bumi hijau-tanah pasir tandus. Sedangkan tanah kita subur tetapi tak boleh dibuat apa-apa oleh anak-anak yang ada pelajaran tinggi.

Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian tak jawab pun tak mengapa (Ketawa) kerana saya sudah lepaskan perasaan saya, tetapi kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian hendak jawab, saya berterima kasih untuk saya jadikan pegangan dalam mesyuarat Budget kita pada akhir tahun ini. Terima kasih.

Tuan Mohd. Kassim bin Alimed: Tuan Yang di-Pertua, saya tak hendak jawab panjang, cuma saya sungguh berbangga dan berterima kasih di atas keikhlasan dan kejituan Ahli Yang Berhormat yang bercakap tadi menyatakan bagaimana beliau mengharapkan sesuatu yang akan dapat dilaksanakan oleh mahasiswa rani pada satu hari nanti dan sebagaimana yang saya katakan awal- awal tadi tentang kejayaan yang sebenar yang boleh kita lahirkan di Dewan ini pada hari ini, maka saya ingin menyatakan bahawa ianya agak terlalu awal sedikit.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa bagi pertanyaan Jawab Mulut sudah cukup.

(Masa untuk pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dun Jawapan bagi Pertanyaan No. 17 hingga 57 adalah diberi di bawah ini) .

JENAYAH ROMPAKANI ROGOLIBUNUH

17. Tuan Mohd. Noor bin Bedah minta Menteri Dalam Negeri menjelaskan kadar jenayah rompakan, rogol dan bunuh yang berlaku dalam tempoh 6 bulan tahun ini berbanding dengan masa yang sama tahun lalu, dan nyatakan langkah-langkah yang telah dan sedang diambil bagi jangka pendek dan jangka panjang untuk mengurang atau menghapus jenayah tersebut.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah rompakan, rogol dan bunuh yang berlaku dalam tempoh 6 bulan tahun ini berbanding dengan masa yang sama tahun lalu adalah seperti berikut:

Jenis Jenayah (Jan-Jun) (Jan-Jun)

Rompak . . . . 4,718 3,918

Rogol . . . . 313 319

Bunuh . . . . 177 187

Walaupun keadaan jenayah tidak banyak berubah dalam tempoh masa ini, Kerajaan memandang berat terhadap peningkatan dalam kes-kes jenayah di tahun-tahun kebelakangan ini.

Berhubung dengan langkah-langkah jangka pendek yang diambil oleh Kerajaan untuk mencegah jenayah antaranya adalah seperti berikut:

(i) mempertingkatkan keupayaan polis dari segi rondaan bit, motosikal dan berkereta di tempat-tempat di mana jenayah seringkali berlaku;

Page 23: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2915 14 JULAI 1987 2916

(ii) mengadakan sekatan jalan raya secara "adhoc" atau secara spontan di tempat-tempat yang dianggap strategik bagi mencegah dan juga mengesan jenayah;

(iii) melancar operasi-operasi khusus di tempat-tempat di mana kadar jenayah adalah tinggi;

(iv) membuat serbuan di tempat- tempat yang disyaki sebagai sarang penjenayah;

(v) mengadakan perancangan khusus untuk menjalankan tindakan-tindakan yang boleh memberi kesan ke arah mencegah dan membenteras kejadian jenayah.

Antara langkah-langkah jangka panjang yang diambil oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

(i) mengadakan kempen-kempen bagi menyedarkan orang ramai tentang bahaya jenayah;

(ii) mengadakan rancangan untuk memberi pembelajaran kepada masyarakat umum tentang pencegahan jenayah secara umum.

Sukalah saya menegaskan di sini bahawa tugas mencegah dan membenteras jenayah bukanlah terletak di bahu Kerajaan sahaja, tetapi adalah menjadi tanggungjawab orang ramai juga. Orang ramai boleh membantu mencegah jenayah misalnya dengan cara memberikan maklumat-maklumat kepada pihak polis, sentiasa berhati-hati dan waspada tentang keselamatan diri serta harta benda dan sebagainya.

IJAZAH PERGIGIAN- PENGIKTIRAFAN

18. Tuan M. Sangaralingam minta Perdana Menteri menyatakan

mengapakah Ijazah-ijazah Pergigian daripada negeri India tidak diiktirafkan oleh Kerajaan kita baru- baru ini tetapi ijazah tersebut daripada beberapa negara lain diiktirafkan.

Tuan Othman bin Abdul: Pertimbangan untuk mengiktiraf sesuatu ijazah itu adalah untuk tujuan perlantikan ke dalam Perkhidmatan Awam sahaja. Oleh itu, sama ada sesuatu ijazah akan diiktiraf atau sebaliknya adalah bergantung kepada sama ada ijazah itu dapat memenuhi keperluan Perkhidmatan Awam. Ijazah Pergigian dari India tidak diiktiraf oleh Kerajaan kerana belum didapati sesuai untuk keperluan dalam perkhidmatan awam setakat ini.

PELABURAN KWSP DALAM SURAT JAMINAN KERAJAAN

19. Tuan Abdul Hamid bin Haji Latif minta Menteri Kewangan menyatakan adakah benar bahawa KWSP telah melabur melalui surat-surat jamin Kerajaan sebanyak 87% daripada keseluruhan pelaburan KWSP. Jika benar bolehkah Menteri yang berkenaan memberitahu di manakah KWSP melaburkan 13% lagi. Jika ianya dilaburkan dengan syarikat- syarikat swasta nyatakan:

( a ) nama-nama Syarikat dan jumlah wang yang dilaburkan di tiap- tiap syarikat serta tarikh pelaburan dibuat;

(b) jumlah keuntunganlkerugian yang diperolehi daripada pelaburan di syarikat-syarikat sebagaimana (a) di atas; dan

( c ) jumlah keuntungan yang diperolehi oleh KWSP melalui keseluruhan pelaburannya semenjak ianya ditubuhkan hingga 31-12-1986.

Page 24: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2917 14 JULAI 1987 2918

Menteri Kewangan (Tuan Daim Zainuddin): Untuk makluman Ahli Yang ~ e r h o r m a t , seksyen 4 (2) Akta KWSP 1951 telah memperuntukkan bahawa KWSP harus melabur sekurang-kurangnya 70% daripada kesemua pelaburannya dalam Surat- surat Jaminan Kerajaan. Pelaburan dalam surat-surat Jaminan Kerajaan kini adalah pelaburan yang terbesar oleh KWSP dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 1985, KWSP telah melabur sebanyak $20,608 juta atau 86.4% daripada kesemua pelaburannya. Jumlah ini telah meningkat kepada $24,012 juta atau 87.4% pada tahun 1986 dan setakat 30-6-1987 sebanyak $26,105 juta atau 88.9% daripada keseluruhan pelaburan telah dilabur dalam Surat- surat Jaminan Kerajaan.

Seksyen 4 (2) Akta KWSP juga memperuntukkan bahawa pelaburan yang selebihnya boleh dilakukan dalam pinjaman-pinjaman debentur, saham- saham syarikat yang diluluskan, simpanan dalam Bank Negara Malaysia, simpanan dalam bank-bank yang diluluskan di bawah Akta Bank 1973 dan institusi-institusi kewangan yang berlesen, pasaran wang serta pelaburan lain yang diluluskan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Bagi pelaburan-pelaburan ini, memandangkan bilangan syarikat- syarikat dan jumlah wang yang dilaburkan adalah besar dan pembelian saham-saham telah dilakukan dalam tempoh masa yang panjang, maka adalah sukar untuk saya menyebutkan di sini satu persatu butir-butir yang diminta oleh Ahli Yang Berhormat.

Walau bagaimanapun, untuk makluman Ahli Yang Berhormat sehingga 30-6-87 KWSP telah membuat pelaburan dalam 119 buah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur dan kos pengeluaran ini ialah $629.9 juta.

Keterangan ringkas mengenai pelaburan ini adalah seperti berikut:

Sektor Bil. Kos Nilai Ekonomi Syarikat Penge- Pasaran

luaran pada ($ Juts) 30-6-87

($ Juta)

Industri . . 60 290.1 342.0

Kewangan . . 12 147.7 236.9

Harta . . 12 24.5 24.2

Perhotelan . . 2 0.9 0.6

Timah . . 7 6.1 4.5

Kelapa Sawit 5 99.7 106.2

Getah . . 13 39.9 36.9

Di samping itu, KWSP juga telah melabur dalam dengan izin, "Loan notes and debentures" sejumlah $16.8 juta dari 6 buah Syarikat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah keuntungan yang diperolehi oleh KWSP melalui keseluruhan pelaburannya semenjak ianya ditubuhkan iaitu tahun 1952 sehingga akhir tahun 1986 ialah $12.489 ribu juta.

Jumlah keuntungan yang diperolehi daripada penjualan saham syarikat- syarikat berkenaan dalam sektor- sektor tersebut ialah $51.69 juta sehingga 30-6-87.

KOLEJ SWASTA

20. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Pendidikan menyatakan memandangkan bahawa terdapat begitu banyak kolej-kolej swasta tertubuh yang menganjurkan kursus professional dan ijazah luar negeri di masa kebelakangan ini, adakah penubuhan kolej-kolej ini memerlukan kebenaran Kementerian terlebih dahulu. Sekiranya benar, adakah semua kolej-kolej yang tertubuh itu telah mendapat kebenaran. Sekiranya tidak apakah tindakan yang akan diambil terhadap penganjur dengan tidak menjejaskan kedudukan

Page 25: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2919 14 JULAI 1987 2920

penuntut yang rninat untuk rnengikuti kursus rnernandangkan pelajaran di luar negeri rnahal dan ternpat di Malaysia tidak rnencukupi.

Tuan Anwar bin Ibrahim: Sernua institusi pendidikan swasta yang rnenganjurkan kursus-kursus profesional dan ijazah luar negeri seperti yang dirnaksudkan oleh Ahli Yang Berhorrnat itu adalah diwajibkan rnendapat kelulusan bertulis daripada Kernenterian Pendidikan. Kernenterian ini rnenyedari akan adanya beberapa institusi swasta seperti itu yang belurn lagi rnendapat kelulusan bertulis seperti yang diwajibkan dan Kernenterian ini telah pun rnengarnbil tindakan rnenghubungi pihak-pihak penganjur institusi- institusi berkenaan supaya rnernatuhi kehendak-kehendak undang-undang yang terpakai bagi rnereka. Saya ingin rnernaklurnkan bahawa penganjur- penganjur tersebut telahpun rnengarnbil tindakan-tindakan yang sewajarnya untuk rnernatuhi arahan- arahan daripada Kernenterian ini.

KEJADIAN ORANG-ORANG HILANG

21. Puan Hajjah Azizah binti Haji Mohd. Said rninta Menteri Dalarn Negeri rnenyatakan bahawa rnernandangkan kejadian orang-orang hilang di dalarn negara kita sekarang ini arnat rnernbirnbangkan orang awarn, apakah tindakan Kerajaan untuk rnencegah kejadian-kejadian tersebut.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Untuk rnaklurnan Ahli Yang Berhorrnat, adalah sukar bagi pihak Kerajaan untuk rnenentukan supaya seseorang itu tidak rnenghilangkan diri kerana ia bergantung besar kepada rnasalah dan sikap individu itu sendiri, keluarga dan alarn persekitaran masing-masing. Kebanyakan kes-kes yang berlaku ' telah dikenalpasti berpunca dari masalah keluarga. Bagaimanapun sebaik sahaja laporan

kehilangan seseorang itu diterirna oleh pihak polis, tindakan-tindakan yang diarnbil adalah seperti berikut:

(i) rnernaklurnkan kepada sernua Ketua-ketua Polis Daerah di seluruh negara dengan rnernberi garnbaran yang jelas terhadap seseorang yang dilaporkan hilang;

(ii) rnernaklurnkan kepada Ibu- pejabat Polis Bukit Arnan bagi rnengeluarkan garnbar (jika ada) di dalarn Warta Polis untuk disebarkan kepada sernua Ketua Polis Daerah;

(iii) rnenernubual keluarga atau pihak yang rnernbuat aduan bagi rnengenalpasti sebab musabab seseorang itu hilang;

(iv) rnenjalankan sernakan sernula kes-kes seperti ini setiap enarn (6) bulan sekali; dan

(v) sebaik sahaja orang hilang itu dijurnpai atau pulang, pihak polis akan rnenernurarnah rnangsa bagi rnernastikan apa- apa yang telah berlaku sernasa kehilangannya atau sebab- sebab ia hilang.

Untuk rnaklurnan Ahli Yang Berhorrnat berkenaan juga, jurnlah orang yang hilang dan dilaporkan kepada pihak polis dari tahun 1985 hingga bulan Mei 1987 adalah seperti berikut:

1987 (hingga Mei)-704

Sukalah juga saya rnerayu agar sernua Ahli Yang Berhorrnat bekerjasarna dengan rnenjelaskan kepada orang rarnai supaya rnernbantu pihak Kerajaan dalarn rnengatasi rnasalah sosial ini di sarnping rnernbantu pihak berkuasa pada setiap rnasa bagi rnengesan orang yang dilaporkan hilang.

Page 26: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

292 1 14 JULAI 1987 2922

MELAKA SEBAGAI BANDARAYA BERSEJARAH

22. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan sama ada Kerajaan Pusat akan mempertimbangkan cadangan pengistiharan Negeri Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah, meman- dangkankan Negeri Melaka mempunyai status istimewa sebagai tempat terasasnya Kesultanan Melayu, tempat terhimpunnya berbagai khazanah dan warisan bangsa dan antarabangsa dan tempat berlangsungnya pengistiharan tarikh kemerdekaan Malaysia.

Dato Haji Sabbaruddin Chik: Satu konvensyen mengenai Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah telahpun diadakan pada 13-15 April 1987 bertempat di Bandar Melaka. Kerajaan Pusat sedar dan sedang mempertimbangkan resolusi-resolusi yang dicapai di dalam konvensyen tersebut. Pengistiharan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah seperti Bandar Venice dan Rome di Italy, Kyoto dan Nara di Jepun, Cardoba di Sepanyol, Versailles di Peranchis, akan menggalakkan lebih banyak lagi usaha kajian dan penyelidikan mengenai Melaka yang mana akan memperkayakan lagi sumber rujukan negara. Di samping itu, ianya juga merupakan suatu tindakan seranta yang amat berkesan bagi industri pelancongan yang boleh membawa pulangan ekonomi kepada negara.

PEKERJA BURUH DARI PENDATANG HARAM

23. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada benar bahawa pihak Kontrak ladang rancarlgan pengumpulan semula (RPS) Orang Asli contohnya di Pos Betau Raub Pahang, difahamkan ramai pekerja buruhnya diambil dari pendatang haram dari negara jiran dan banyak jadi mendatang masalah sosial

kepada penduduk tempatan, jika benar mengapa pihak Kontrak tidak mahu mengambil pekerjanya dari peserta rancangan berkenaan.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Kementerian Dalam Negeri belum lagi menerima apa-apa laporan atau aduan mengenai perkara ini. Walau bagaimanapun, Kementerian akan menyiasat dakwaan Yang Berhormat itu dan jika didapati benar, pendatang- pendatang haram berkenaan akan ditangkap, didakwa dan diusir dari negara ini.

AKTA PELAJARAN 1961

24. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Pendidikan menerangkan memandangkan kemungkinan Kerajaan akan membuat pindaan ke atas Akta Pelajaran 1961, adakah Kerajaan akan melantik suatu Suruhanjaya Pelajaran untuk tujuan menerima dan mempertimbangkan pendapat-pendapat daripada orang awam dan pertubuhan-pertubuhan yang berminat.

Tuan Anwar bin Ibrahim: Pada masa ini Kementerian Pendidikan belum bercadang melantik sebuah Suruhanjaya Pelajaran untuk perkara ini.

PELABURAN KWSP DALAM SAHAM SYARIKAT

25. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Kewangan menjelaskan setakat ini, berapa jumlah wang ringgit telah lenyap dari segi "Paper Loss" oleh pihak KWSP dalam bidang pelaburan saham dan apakah tindakan tegas yang akan diambil oleh pihak Kerajaan untuk mengatasi kerugian itu.

Tuan Daim Zainuddin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kedudukan pelaburan KWSP secara terkumpul dalam saham-saham

Page 27: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2923 14 JULAI 1987 2924

syarikat pada akhir tahun 1985 ialah Timbalan Menteri di Jabatan sebanvak $529.7 iuta. Manakala Perdana Menteri (Dato' 00 Gin Sun): pelab;ran yang samapada akhir tahun 1986 ialah $625.6 juta (belum diaudit). Setakat 30-6-87 pelaburan dalam bentuk ekuiti ialah sejumlah $629.6 juta. Pelaburan-pelaburan ini meru~akan sebanvak 2.22%. 2.28% dan i. 15% daripada jumlah pilaburan KWSP secara keseluruhannya bagi tahun-tahun berkenaan.

Daripada pelaburan ini, KWSP mengalami kerugian atas nilai pelaburannya (paper loss) sebanyak $42.5 juta pada akhir 1985, disebabkan oleh kemerosotan harga-harga saham. Pada akhir tahun 1986 pula, kehilangan nilai ini ialah sebanyak $58.2 juta. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada harga pasaran pada 30hb Jun 1987, keuntungan nilai pelaburan KWSP ialah sebanyak $140.7 juta.

Walau bagaimanapun pada keseluruhannya pelaburan saham oleh KWSP telah memberi keuntungan. Pulangan atas pelaburan yang diperolehi oleh KWSP bagi tahun 1986 ialah $2,081 juta berbanding dengan $1,828 juta bagi tahun 1985.

KANUN ACARA JENAYAH- PINDAAN

26. Tuan Paramjit Singh minta Menteri Kehakiman menyatakan:

(a) sama ada Kerajaan akan menimbang untuk membatal- kan Seksyen 113 daripada Kanun Acara Jenayah (C.P.C.) dan kembali semula kepada keadaan yang lama untuk mengambil pengakuan di hadapan Majistret.

(b) bolehkah Kerajaan menimbang untuk membatalkan penye- lidikan permulaan mengenai kes-kes pembunuhan.

(a) Buat masa ini tidak ada sebarang cadangan untuk meminda ataupun membuang Seksyen 113 Kanun Acara Jenayah (C.P.C.).

(b) Jabatan Peguam Negara kini sedang menyemak dan mengkaji peruntukan- peruntukan yang terdapat di dalam Kanun Acara Jenayah serta keadaan di Mahkamah bagi menentukan sama ada wajar dan sesuai demi kepentingan keadilan bagi peruntukan tersebut terus dipakai. Ini termasuk peruntukan berkenaan dengan penyelidikan permulaan. Buat masa sekarang ini belumlah dapat diputuskan sama ada peruntukan tersebut patut dibatalkan ataupun tidak.

ANCAMAN BOT PUKAT TUNDA

27. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Pertanian menyatakan bagaimanakah Kerajaan boleh mengatasi ancaman bot pukat tunda yang selalu dialami nelayan- nelayan.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Kerajaan melalui Jabatan Perikanan mengatasi ancaman bot pukat tunda ke atas nelayan-nelayan lain dengan cara mengadakan syarat-syarat tertentu di dalam lesen pengusaha pukat tunda mengenai zon tangkapan yang dibenarkan.

Semua bot pukat tunda dimestikan mengusaha pukat mereka melebihi jarak 5 batu dari pantai (Zon B), tetapi untuk bot pukat tunda yang beratnya melebihi 40 tan, mereka dimestikan untuk beroperasi di kawasan melebihi 12 batu dari pantai (Zon C).

Page 28: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

14 JULAI 1987

Bot-bot tunda yang melanggar telah menyediakan pelan-pelan setara syarat lesen akan didakwa di bawah bagi tandas awam untuk diedarkan Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985. kepada Penguasa-penguasa Tempatan

yang memerlukan. Rondaan oleh Unit Penguatkuasaan

Jabatan Perikanan dengan kerjasama Pasukan Polis Merin dan Tentera Laut Diraja Malaysia dapat menguat- kuasakan peraturan ini dan seterusnya mengatasi ancaman bot-bot tunda ke atas nelayan-nelayan lain.

TANDAS AWAM

28. Puan Hajjah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bagaimanakah cara untuk mengatasi tandas-tandas awam yang kurang bersih dan kekurangannya di tempat-tempat yang diperlukan.

Menteri Perurnahan dan Kerajaan Ternpatan (Tuan Ng Cheng Kiat): Tandas awam adalah tandas-tandas yang digunakan oleh orang ramai sama ada dimiliki oleh Kerajaan atau swasta, dan terdapat di stesyen- stesyen keretapilteksilbas, pasar, komplek-komplek perniagaan, stesyen petrol dan lain-lain. Kekotoran yang berlaku di tandas-tandas awam adalah disebabkan oleh rekabentuk yang tidak sesuai, penyelenggaraan yang tidak secara tetap dan sikap pengguna dan pemilik tandas yang tidak memikirkan tentang kebersihan tandas.

Bagi memperolehi keadaan kebersihan di tandas-tandas awam, pihak-pihak yang berkenaan mestilah mempunyai program membersihkan tandas awam secara tetap. Di setengah-setengah tempat pen- swastaan tandas awam dan perkhidmatan secara kontrak telah didapati sesuai dan sedang diamalkan. Dalam usaha membantu Penguasa- penguasa Tempatan menyediakan kemudahan tandas awam yang baik dan mudah diselenggara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Di samping langkah-langkah di atas, penerangan kepada orang ramai mengenai cara menggunakan tandas yang betul dan pentingnya menjaga kebersihan tandas harus dipertingkatkan dan menguatkuasakan undang-undang ke atas pemilik- pemilik tandas awam yang tidak menjaga kebersihan tandas mereka.

Bagi menambah bilangan tandas awam yang pada masa ini adalah tidak mencukupi, lebih banyak tandas- tandas awam perlu dibina oleh pihak Kerajaan. Walau bagimanapun, peruntukan adalah sangat terhad dan sebagai satu cara untuk menampung kekurangan ini pihak swasta seharusnya digalakkan menganjur pembinaan tandas-tadas awam, dan sebagai imbuhan, mereka diberi ruang untuk meletakkan iklan. Bagi pembangunan-pembangunan yang baru, penyediaan tandas di tempat- tempat awam adalah disyaratkan dan ini secara tidak langsung menambah bilangan tandas awam.

RAKAMAN PITA VIDEO

29. Tuan G. Rajoo minta Menteri Penerangan menyatakan sama ada Kementerian beliau bercadang mengeluarkan rancangan-rancangan yang bermutu serta mempunyai daya penarikan yang tinggi dalam bentuk pita video, dengan tujuan mengedarkannya kepada rakyat melalui perpustakaan pita video bergerak memandang video kini menjadi alat hiburan yang utama di negeri ini.

Tuan Railey bin Jaffrey: Kementerian Penerangan melalui Unit Bergerak Jabatan Penerangan menggunakan rakaman-rakaman pita

Page 29: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2927 14 JULAI 1987 2928

video rancangan-rancangan RTM bagi disebarkan kepada rakyat dalam kegiatan "Komunikasi bersemuka" Jabatan tersebut Penayangan ini biasanya dijalankan di kampung- kampung terpencil dan di kawasan kawasan tertentu di mana Jabatan Penerangan mengadakan projek- projek seumpama ini. Buat masa sekarang Kementerian Penerangan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengadakan perpustakaan pita video bergerak oleh kerana kegiatan yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan-penerangan seperti yang saya sebutkan tadi telah pun memenuhi fungsi Kementerian ini untuk memberi penerangan dan hiburan kepada orang ramai.

Selain daripada itu rancangan- rancangan yang bermutu dan menarik yang disiarkan oleh Radio dan TV sedia mencukupi sebaran yang luas. Siarannya juga kadangkali diulangi. Oleh itu tidaklah perlu mengadakan perpustakaan pita video untuk edaran secara meluas kerana belanjanya amat besar.

AKTA PENJAGAAN KANAK- KANAK 1961

30. Puan Law Jack Yoon minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah-langkah yang telah ataupun akan diambil untuk memastikan supaya kuasa penjagaan (guardianship) juga diperuntukkan kepada seorang ibu sekiranya beliau diperuntukkan dengan hak menjaga anak (custody of infant). Akta Jagaan Anak-anak 1961 kini memper- untukkan hak penjagaan kepada si ibu manakala kuasa penjagaan masih berada di dalam tangan si bapa dalam ha1 penjagaan anak.

Dato' 00 Gin Sun: Buat masa sekarang ini Kerajaan belum ada cadangan untuk meminda Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 bagi

peruntukan penjagaan di sisi undang- undang kepada si ibu oleh kerana Kerajaan berpendapat bahawa peruntukan-peruntukan yang-tersebut di dalam Akta tersebut adalah berpatutan.

MENTERI KEHAKIMAN - PERANAN

31. Tuan G. Rajoo minta Menteri Kehakiman menerangkan secara ringkas dan tepat peranan Menteri Kehakiman dan Kementerian beliau memandangkan terdapat kurang liputan mengenai peranan dan kegiatannya.

Dato' 00 Gin Sun: Secara ringkasnya, Menteri Kehakiman adalah bertanggungjawab mengenai penggubalan dan pelaksanaan dasar- dasar, program-program dan objektif Kementerian Kehakiman dan Jabatan- jabatan yang terletak di bawahnya iaitu Jabatan Kehakiman, Jabatan Pemegang Amanah Raya, Jabatan Pemegang Harta dan Biro Bantuan Guaman. Menteri Kehakiman juga bertanggungjawab mengenai tugas memperkemas dan mempermodenkan sistem pentadbiran di Jabatan-jabatan tersebut.

Kementerian Kehakiman adalah bertanggungjawab menjalankan segala ha1 pentadbiran am, pengurusan kewangan, pengurusan kakitangan dan jugs perancangan serta membangunkan bagi semua jabatan. Kementerian ini sentiasa mengkaji, menilai, memperkemas dan mempermodenkan sistem pentadbiran dan mempertingkatkan sistem keselamatan di Jabatan-jabatanl perkhidmatan dibawahnya. Kementerian ini juga memainkan peranan penting dalam usaha bagi membantu tugas menyelesaikan masalah-masalah kes-kes tertangguh dengan cara membuat kajian dan memperakukan pindaan undang- undang dan perubahan peraturanl prosedur pendadbiran mahkamah

Page 30: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2929 14 JULAI 1987 2930

kepada Kerajaan. Kajian dan perakuan seumpama ini juga adalah bertujuan untuk menambahkan produktiviti dan melicinkan urusan mahkamah1Jabatan-jabatan di bawah tanggungjawabnya.

MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT-PENC APAIAN

32. Tuan G. Rajoo minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan kita berjaya dalam pencapaian salah sebuah matlamat Rancangan Malaysia kelima iaitu "Menyusun Semula Masyarakat" memandangkan bahawa masih terdapat ciri-ciri yang bertentangan dengan matlamat tersebut di atas khususnya dalam bidang perumahan dan perkampungan baru. Nyatakan usaha dan rancangan Kerajaan untuk mempercepatkan lagi pencapaian matlamat tersebut di atas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dr Siti Zaharah binti Haji Sulaiman): Matlamat penyusunan semula masyarakat seperti yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat sebenarnya bukanlah matlamat khusus Rancangan Malaysia Kelima sahaja tetapi sebahagian dari hasrat Dasar Ekonomi Baru (DEB) keseluruhannya.

Seperti Yang Berhormat sedia maklum, DEB telah pun dilaksanakan selama 17 tahun dan hasilnya berbagai kemajuan penting telah dapat dinikmati oleh berbagai golongan dan kaum di negara ini.

Kemajuan ini juga merangkumi bidang perumahan dan perkampungan baru. Untuk makluman Yang Berhormat bagi sektor perumahan matlamat "Menyusun Semula Masyarakat" sebenarnya telah hampir dicapai. Ini dapat dilihat dari penjualan rumah-rumah oleh pemaju-pemaju swasta di Semenanjung Malaysia dalam tempoh Rancangan Malaysia

Keempat (1981-1985). Dalam tempoh tersebut, pemaju-pemaju swasta telah menjual sebanyak 137,348 unit. Dari jumlah ini, sebanyak 45,759 unit (33.3%) telah dijual kepada kaum bumiputera, 79,707 unit (58.1%) kepada kaum Cina dan 11,882 unit (8.6%) kepada kaum India serta kaum lain. Pada masa ini beberapa strategi sebenarnya telah pun disusun oleh Kerajaan ke arah penyusunan semula dalam kedua bidang ini. Antaranya termasuk pelaksanaan program perumahan kos rendah berdasarkan kerjasama yang lebih berkesan di antara sektor awam dan sektor swasta, dan penyediaan infrastruktur asas di kawasan-kawasan perumahan dan perkampungan baru bagi membolehkan rakyat menikmati kehidupan yang lebih selesa. Dalam melaksanakan strategi-strategi ini, matlamat penyusunan semula masyarakat, malahan matlamat DEB keseluruhannya, sentiasa mendapat perhatian pihak Kerajaan.

Dalam pada itu, Ahli Yang Berhormat harus juga sedar bahawa sejak negara mengalami kesan kemelesetan ekonomi, pihak Kerajaan khasnya tidak dapat melaksanakan kesemua rancangan-rancangan berteraskan DEB yang telah disusun dengan sebegitu lancar seperti di tahun-tahun yang lalu. Kerajaan terpaksa mengambil langkah-langkah dengan lebih berhati-hati bagi memastikan supaya sumber-sumber terhad yang ada digunakan dengan cekap dan memberi hasil yang berkesan.

BAHASA MALAYSIAIINGGERIS- PRESTASI MURID TAMIL

33. Tuan C. Krishnan minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah beliau sedar bahawa mutu pencapaian dan prestasi pelajaran murid-murid Sekolah Tamil dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Page 31: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

293 1 14 JULAI 1987 2932

di seluruh negara begitu kurang memuaskan dan jika beliau sedar, apakah tindakan-tindakan yang sedang diambil oleh Kementerian pendidikan demi untuk mengatasi masalah- masalah ini.

Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mutu pencapaian dan prestasi pelajaran murid-murid Sekolah Tamil dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah memuaskan.

Mutu pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris akan bertambah meningkat jika murid-murid mempunyai sikap yang positif dan bersungguh-sungguh mempelajari bahasa-bahasa tersebut. Adalah elok murid-murid Sekolah Tamil digalak menggunakan bahasa-bahasa tersebut di dalam dan di luar bilik darjah bagi meningkatkan lagi mutu pencapaian dan prestasi mereka di dalam bahasa- bahasa berkenaan.

Program Bacaan yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan juga bertujuan untuk meninggikan lagi pencapaian dan meningkatkan penguasaan murid-murid dalam Bahasa Malaysia.

KONTRAKTOR TEMPATAN- PASARAN PEMBINAAN LUAR

NEGERI

34. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah yang telah diambil bagi membantu kontraktor-kontraktor tempatan meneroka pasaran pembinaan di luar negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Kasitah bin Gaddam): Cadangan untuk melibatkan kontraktor tempatan dalam menerokai pasaran pembinaan luar negeri berkehendakkan kepada satu kajian yang terperinci untuk mengetahui kemampuan kontraktor

tempatan dari segi kewangan, kebolehan teknikal dan kecekapan pengurusan. Ini adalah kerana penglibatan kontraktor tempatan di luar negeri akan menimbulkan implikasi kepada Kerajaan sendiri.

Jika kontraktor tempatan dapat menunjukkan prestasi pelaksanaan kerja yang baik, ianya akan meninggikan imej kontraktor tempatan dan juga Kerajaan. Jika keadaan sebaliknya berlaku, ia sudah tentu menjejaskan imej Kerajaan dan dalam jangka panjang akan merugikan kontraktor dan Kerajaan.

INDUSTRI PEMBINAAN-TENAGA MAHIR TEMPATAN

35. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Buruh menyatakan sama ada beliau berpuas hati dengan bekalan tenaga mahir tempatan dalam industri pembinaan. Jika tidak, apakah langkah yang akan diambil bagi meningkatkan lagi mutu dan bilangan tenaga mahir ini.

Menteri Buruh (Dato' Lee Kim Sai): Kerajaan sememangnyalah belum lagi berpuas hati dengan bilangan tenaga mahir tempatan dalam industri pembinaan pada hari ini. Dengan demikian Kerajaan telah meningkatkan usaha melatih tenaga mahir dalam industri pembinaan ini melalui berbagai-bagai skim antaranya ialah Skim Latihan di Tapak Binaan yang telah dilancarkan semenjak tahun 1981. Di samping itu latihan- latihan dalam aspek pembinaan ini sedang diadakan di Institut-institut Latihan Perindustrian yang terdapat di Negara ini.

PETRONAS--CARIGALI MINYAK

36. Puan Habidah binti Jusoh minta Perdana Menteri menyatakan apakah usaha PETRONAS mempelbagaikan

Page 32: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2933 14 JULAI 1987 2934

hasil carigali minyak dan memberi milik stesen-stesen kepada Bumiputera.

Tuan Kasitah bin Gaddam: PETRONAS adalah sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan sumber pendapatannya selain daripada hasil carigali minyak dan gas, di samping meneruskan kegiatan mencarigali minyak dan gas bagi menambahkan lagi jumlah rezab minyak dan gasnya. Di antara usaha-usaha yang dijalankan bagi tujuan mempelbagaikan hasil ialah:

(a) melibatkan diri di dalam kegiatan pemasaran bahan- bahan petroleum seperti minyak gasolin, diesel, minyak tanah, minyak pelincir, minyak bahanapi, gas petroleum cecair (LPG) dan juga gas asli;

(b) menubuhkan kilang penapis minyak di Kerteh, logi gas asli cecair (Malaysia LNG Sdn. Bhd.) ' dan kilang mengeluar baja urea (Asean Bintulu Sdn. Bhd); dan

(c) rnelaksanakan Projek Penggunaan Gas Semenanjung Fasa I dan I1 yang menyalurkan gas asli dari Kertih ke Selatan dan Pantai Barat Semenanjung bagi penggunaan sektor-sektor janakuasa, industri dan rumah- rumah:

(d) mengkaji kemungkinan menubuhkan industri petrokimia seperti Methyl Tertiary Butyl Ether (MTBE), ethylene dan polyethylene.

Mengenai usaha-usaha PETRONAS memberi milik stesen minyak kepada Bumiputera, ingin dinyatakan bahawa sehingga kini PETRONAS telah membuka sebanyak 185 buah stesen minyak.

Stesen-stesen ini adalah terdiri daripada jenis berikut:

(a) stesen milik penuh PETRONAS (Company-owned Station) 101 buah (54.6%) (78 buah stesen telah pun dikendalikan oleh pengusaha- pengusaha Bumiputera sementara 23 buah stesen lagi di kendalikan oleh PETRONAS secara sementara);

(b) stesen milik bersama PETRONAS dan pengusaha (Partly Company-owned Station) 69 buah (37.3%) (66 buah stesen dikendalikan oleh pengusaha-pengusaha Bumi- putera dan sementara 3 buah stesen dikendalikan oleh PETRONAS secara sernentara);

(c) stesen milik pengusaha (dealer- built station) 15 buah (8.1%) (Kesemuanya dimiliki dan dikendalikan oleh pengusaha- pengusaha Bumiputera).

Bagi stesen-stesen minyak yang dikendalikan oleh PETRONAS secara sementara tindakan sedang diambil bagi melantik pengusaha-pengusaha Bumiputera untuk mengendalikan stesen-stesen tersebut melainkan stesen-stesen yang dijadikan sebagai pusat latihan. Buat masa ini PETRONAS belum ada rancangan lagi untuk mernberi milik stesen-stesen minyak penuh PETRONAS Jenis (a) kepada Bumiputera.

RUMAH KOS RENDAH- PROGRAM KHAS

37. Tuan Shaik Dawood minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada projek membina 80,000 rumah murah setahun dapat dicapai.

Page 33: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2935 14 JULAI 1987

Tuan Ng Cheng Kiat: Di bawah Program Khas Perumahan Kos Rendah, sebanyak 80,000 unit rumah kos rendah dijangka akan dibina setiap tahun mulai pertengahan tahun 1986, bagi tempoh 3 tahun. Bagaimanapun, menurut maklumbalas daripada Kerajaan-kerajaan Negeri, jumlah sasaran unit yang dijangka dapat dibina bagi tahun-tahun pertama, kedua dan ketiga adalah seperti berikut:

Tahun Perlaksanaan Susurun Unit

Tahun Pertama (Jun, l9XCJun. 62,203 1987)

Tahun Kedua (Julai, 1987-Jun. 63.189 1988)

Tahun Ketiga (Julai, 198%-Jun. 20,820 1989)

Jurnlah . . 146.212

Sasaran unit bagi tahun-tahun kedua dan ketiga masih belum muktamad dan dijangka akan berubah dari masa kesemasa.

Sehingga akhir bulan Mei, 1987 ini, kemajuan projek bagi tahun pertama (Jun. 1 9 8 6 J u n , 1987) di bawah Program Khas ini adalah seperti berikut:

Siap pembinaan . . 1,090 unit (1.870)

Dalampembinaan . . 22,516 unit (36.170)

Kerja-kerja tanahl 18,534 unit (67.8%) tapak

Awalpelaksanaan . . 20,063 unit (32.3%)

Jumlah . . 62,203 unit

Memandangkan timbul beberapa masalah perlaksanaan, perncapaian dari segi sasaran unit bagi ketiga-tiga tahun serta kemajuan projek tahun pertama tidak dapat memenuhi matlamat sebenar pembinaan 80,000 unit setahun.

IMPORT IKAN- MENGURANGKAN

38. Tuan Mohd. Wajidi bin Dato' Haji Ishak minta Menteri Pertanian menyatakan dasar-dasar yang telah dan akan dilakukan dalam usaha-usaha Kerajaan untuk mengurangkan import ikan ke negara ini:

(a) langkah dari segi meninggikan hasil tangkapan ikan;

(b) langkah dari segi galakan kerjasama dengan pelabur- pelabur luar; dan

(c ) apakah punca-punca yang menyebabkan kurangnya hasil tangkapan ikan.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed:

(ul Langkah yang telah dan akan dilakukan dalam usaha-usaha Kerajaan untuk mengurangkan import ikan negara dan langkah meninggikan hasil tangkapan ikan ialah:

(i) mempergiatkan program membalikpulih sumber perikanan petani melalui penubuhan Taman Laut dan Rezab Laut dan Pembinaan Tukun Tiruan.

(ii) mempergiatkan kegiatan melindungi sumber melalui pelesenan, langkah-langkah Pe- nguatkuasaan dan penye- lidikan sumber.

(iii) memberi khidmat sokongan cara pengendalian ikan yang baik.

(iv) menggalakkan per- kembangan perusahaan perikanan laut dalam melalui pengeluaran lesen, penyelidikan sumbertdan pemberian insentif pelaburan.

Page 34: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

14 JULAI 1987 2938

(v) mempesatkan pemba- ngunan ternakair melalui pengeluaran benih, khidmat sokongan teknikal dan pengenalan tanah yang sesuai.

(b) Kementerian ini dalam proses menyiapkan satu perjanjian yang lebih mudah berupa "umbrella agreement" untuk ditandatangani dengan Kerajaan asing yang berpotensi bagi memudahkan syarikat- syarikat asing berkenaan mengadakan usahasama dengan para nelayan atau pelabor tempatan. Langkah tersebut dianggap wajar dan praktikal di mana di samping mem- percepatkan perlaksanaan usahasama perikanan dengan pelabur asing, kepentingan nelayan tempatan akan senantiasa terjamin.

(c) Punca-punca yang menye babkan kurangnya hasil tangkapan ikan ialah: tumpuan yang terlampau tinggi ke atas penangkapan ikan di perairan pantai yang menjejas kadar pertumbuhan populasi ikan; pencemaran perairan pantai dan kegiatan menangkap ikan oleh beberapa jenis perkakas yang dapat merosakkan sumber.

TANGKAPAN IKAN- MENGGUNAKAN CAHAYA API

OLEH PUKAT JERUT

39. Tuan Mohd. Wajidi bin Dato Haji Ishak minta Menteri Pertanian menyatakan sejauh manakah kajian telah dibuat mengenai penggunaan cahaya api oleh bot-bot Pukat Jerut dalam menambahkan hasil tangkapan ikan dan:

(a) apakah kesan-kesan jangka pendek dan jangka panjang dan sama ada ianya boleh menye- babkan kepupusan sumber- sumber laut atau tidak;

(b) adakah pihak Kerajaan sedar bahawa dengan penggunaan cahaya itu akan menyebabkan terjejasnya hasil tangkapan ikan oleh nelayan-nelayan Pukat Tunda dan sebagainya.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Kajian sedang dijalankan oleh Jabatan Perikanan dan dijangka berakhir pada penghujung bulan Julai ini.

(a) Kesan-kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap kepupusan sumber laut hanya dapat diketahui selepas kajian nanti.

(b) Kerajaan sedar bahawa penggunaan cahaya api tidak akan menjejaskan hasil tangkapan nelayan pukat tunda kerana pukat tunda menangkap ikan demersal sementara pukat jerut berlampau menangkap ikan pelagik.

DASAR PELANCONGAN NEGARA

40. Tuan Haji Jaafar bin Harun minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan bagaimanakah dasar pelancongan negara kita dan apakah hubungkaitnya dengan dasar luar negara kita. Sehubung perkara itu berapa banyakkah hasil pendapatan yang didapati oleh negara kita dan adakah GEJALA-GEJALA buruk didapati berlaku kepada negara kita daripada kemasukkan pelancong- pelancong luar negeri.

Dato' Haji Sabbaruddin Chik:

A. Dasar Pelancongan Negara secara kasar meliputi perkara- perkara berikut:

1. Mengembangkan industri pelancongan untuk menjadi- kan sumber pendapatan utama pertukaran wang asing negara.

Page 35: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2939 14 JULAI 1987 2940

2. Membangunkan secara teratur dan sempurna tempat- tempat di sekitar negara yang sesuai untuk dijadikan tempat tarikan pelancong.

3. Menambah bilangan jumlah kemasukan pe- lancong-pelancong yang sebenar dari kawasan pasaran yang terkenal. Di dalam bidang ini hanya pasaran- pasaran yang mempunyai potensi, dasar perjalanan yang bebas, matawang yang kukuh serta kuasa berbelanja yang kuat akan diberi tumpuan.

B. Dasar pelancongan negara menyokong dan sejajar dengan lain-lain dasar utama negara termasuk dasar luar negeri.

C. Hasil pendapatan industri pelancongan negara ini dalam tahun 1985 ialah sebanyak 1,543.3 juta ringgit dan di dalam tahun 1986 dianggarkan sebanyak 1,666.2 juta ringgit.

D. Pada keseluruhannya pe- lancong-pelancong Yang melawat ke negara ini tidak menimbulkan masalah atau gejala buruk kepada negara. Warganegara asing yang datang ke negara ini dan menimbulkan gejala buruk dan lain-lain masalah sebenarnya bukanlah pelancong kerana mereka ini mempunyai tujuan lawatan yang lain dari tujuan melancong.

KENDERAAN PERDAGANGAN MEMBAWA BINATANG-BINATANG

41. Tuan Haji Jaafar bin Harun minta Menteri Pengangkutan menyatakan dalam peraturan kebenaran membawa barang-barang di jalanraya, kenapakah Kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan peraturan tertentu bagi membawa binatang-binatang

ternakan seperti "BABI" yang nyata najis berat kepada Umat Islam di jalan raya.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail): Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai kuasa untuk menetapkan peraturan tertentu bagi membawa binatang-binatang dalam kenderaan perdagangan di jalanraya. Kuasa tersebut adalah pada Lembaga Pelesenan Pengangkutan Jalan (LPPJ) yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan lesen-lesen (permits) bagi kenderaan perdagangan dan biasanya ditentukan syarat-syarat tertentu mengenai jenis-jenis barangan yang boleh dibawa oleh kenderaan yang dilesenkan.

Kementerian Pengangkutan hanya berkuasa mengawalselia pembinaan dan kegunaan kenderaan perdagangan selepas lesen kenderaan perdagangan diperolehi oleh pengusaha-pengusaha daripada LPPJ. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menjalankan rundingan dengan wakil- wakil daripada "Federation of Livestock Farmers Associations" untuk menyediakan rekabentuk badan kenderaan yang sesuai untuk mengangkut binatang-binatang ternakan seperti babi.

Rekabentuk yang dicadangkan memerlukan sesebuah kenderaan yang berkenaan dilengkapkan dengan lantai besi, paip-paip serta tong-tong yang boleh mengumpul dan menyimpan najis. Badan kenderaan tersebut juga perlu dilengkapkan dengan papan yang tinggi disisinya berserta dengan "ventilating louvres". Binatang- binatang ternakan tidak boleh dilihat dari luar kenderaan.

Pada ketika ini pihak-pihak yang terlibat dalam industri ternakan binatang menerima baik nasihat dan arahan Jabatan Pengangkutan Jalan dan ada sebahagian daripada mereka

Page 36: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

14 JULAI 1987

yang telah mengubahsuaikan kenderaan-kenderaan mereka untuk mengangkut binatang-binatang seperti babi. Apabila rekabentuk disiapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Pengangkutan akan memberi tempoh masa yang berpatutan bagi semua pemunya kenderaan-kenderaan berkenaan mengubahsuaikan kenderaan- kenderaan mereka sebelum Kementerian ini mengambil tindakan untuk mewartakan peraturan- peraturan mengenainya di bawah Akta Pengangkutan Jalan yang baharu.

LORI MEMBAWA MUATAN BATU

42. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah dikuatkuasakan peraturan bagi lori-lori yang mernbawa muatan seperti batu, kerana kecuaian ini banyak berlaku pecah cermin kenderaan lain di jalanraya akibat batu-batu yang jatuh dari lori-lori itu tidak mahu bertanggungjawab, apakah langkah JPJ untuk mengatasi.

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Kaedah 9 2 ~ , Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 memperuntukkan bahawa adalah menjadi kesalahan apabila bahan-bahan sama ada cecair atau pejal menitik, menumpahkan, menaburkan atau keluar melalui bocoran daripada mana-mana bahagian sesebuah kenderaan barang- barang. Jika kesalahan disabitkan, pemandu dan pemunya kenderaan akan dihukumkan dengan:

(a) denda maksima lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi sebulan atau kedua- dua denda dan penjara tersebut bagi kesalahan pertama; dan

(b) denda maksima seribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua bulan atau kedua-dua denda dan penjara tersebut bagi kesalahan berikutnya.

Pegawai-pegawai penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak Polis sentiasa menguatkuasakan peruntukan-peruntukan kaedah tersebut. Antara tindakan-tindakan yang telah diarnbil ialah lori-lori yang mengangkut batu, pasir, tanah, buah- buah kelapa sawit dan sebagainya hendaklah ditutup dengan kain "tarpulin" atau "Canvas" supaya tidak jatuh. Tindakan saman akan diambil jika mereka tidak mematuhi peraturan tersebut.

JABATAN KASTAM DI KOMPLEK PEMERIKSAAN

TAMBAK JOHOR

43. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Kewangan menyatakan adakah beliau sedar bahawa oleh kerana adanya perancangan yang tidak teliti oleh Jabatan Kastam Tambak Johor berlaku kerugian beribu-ribu ringgit semata-mata membina sebuah tangga untuk memeriksa lori-lori sekejap sahaja lepas itu dirobohkan begitu saja, pembaziran semacam ini hendaklah diatasi.

Tuan Daim Zainuddin: Kementerian saya sedar akan perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat tetapi tuduhan Ahli Yang Berhormat tentang pembaziran itu tidaklah betul atau tepat.

Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja memang telah membina sebuah tangga khas di lorong perneriksaan lori-lori kosong di Komplek Perneriksaan Tambak Johor dan perbelanjaannya $8,000/=. Tangga khas ini adalah diguna untuk pemeriksaan rapi terhadap lori-lori tangki minyak kosong (road rankers) yang kembali dari Singapura yang disyaki menyeludup barangan berdutit barangan larangan disembunyikan di dalam "compartment" sulit. Tangga ini mula digunakan pada 21 Mac 1987. Pada 27hb Mac 1987 sebuah lori

Page 37: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2943 14 JULAI 1987 2944

kontena telah masuk ke lorong ini dan rnelanggar tangga berkenaan mengakibatkan kerosakan teruk dan ianya terpaksa dirobohkan atas nasihat JKR Johor. Jabatan Kastarn telah mernbuat laporan polis atas kemalangan itu dan tindakan sedang diambil terhadap SyarikatlPernilik lori kontena berkenaan untuk menuntut gantirugi. Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia tidaklah dengan sengaja merobohkan tangga berkenaan tanpa sebarang sebab.

FELDA-KEMASUKAN PENEROKA

44. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom rninta Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menyatakan adakah Kerajaan telah bersedia untuk rnernbincangkan kemasukan peneroka FELDA dari Sernenanjung ke Sarawak dan Sabah dan juga sebaliknya untuk mernpercepatkan rasa perpaduan satu bangsa dan satu negara peneroka- peneroka pula.

Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (Dato' Dr Sulaiman bin Haji Daud): Untuk pengetahuan Yang Berhorrnat, pada rnasa ini penempatan peserta untuk rancangan-rancangan FELDA adalah terbuka kepada sernua rakyat Malaysia. Oleh yang dernikian, peluang untuk rnenjadi peserta di rancangan-rancangan di Sabah dan Sarawak juga adalah terbuka kepada rakyat Malaysia, sama ada tinggal di Sernenanjung ataupun di Sabah dan Sarawak.

FELDA BUKIT TINGKATI HULU BELITONG--ANAK

PENEROKA

45. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom rninta Menteri' Kemajuan Tanah dan Kernajuan Wilayah

menyatakan apakah sebab kanak- kanak di FELDA Bukit Tingkat Keluang dan Hulu Belitong tidak dapat ke sekolah; siapakah yang bertanggungjawab ke atas nasib beratus-ratus kanak-kanak tersebut; jika berlaku kesilapan kelernahan dan kelalaian, siapakah dan pihak rnana yang rnelakukannya.

Dato' Dr Sulaiman bin Haji Daud: FELDA Bukit Tongkat dan Hulu Belitong rnulai dimasuki peneroka pada bulan April 1987. Anak-anak peneroka di kedua-dua rancangan bersekolah di rancangan FELDA Ulu Penggeli sejauh kira-kira 6 krn dengan kernudahan pengangkutan di sediakan oleh FELDA.

Sekolah Kebangsaan di FELDA Ulu Belitong dan Bukit Tongkat pada ketika itu masih di dalarn pernbinaan dan dijangka siap dan boleh diarnbilalih oleh Kernenterian pada bulan Jun 1987. Sekolah ini telah disiapkan rnengikut tarikh yang dijadualkan tetapi tidak dapat diambilalih oleh Kernenterian Pendidikan Malaysia disebabkan rnasalah bekalan air.

Bagairnana dengan kerjasarna Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan JKR Negeri Johor dengan rnernbekal air secara tangki, persekolahan di FELDA Ulu Belitong dan Bukit Tongkat dapat dirnulakan pada 15 Jun, 1987. Masalah persekolahan ini telah pun dapat diatasi.

TARAF PENDUDUK TETAP

46. Tuan M. Sangaralingam minta Menteri Dalarn Negeri menyatakan apakah kriteria untuk rneluluskan kewarganegaraan oleh kerana pernain- pernain bola sepak diluluskan Taraf Penduduk Tetap setelah berrnain untuk beberapa season rnanakala doktor-doktor yang merupakan pakar perubatan dalarn bidang-bidang tertentu yang telah berkhidrnat untuk

Page 38: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2945 14 JULAI 1987 2946

negara ini selama berpuluh-puluh tahun masih tidak dapat memperolehi taraf ini.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Kerajaan meluluskan permohonan kewarganegaraan jika seorang pemohon memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan beliau dapat membuktikan bahawa berhak mendapatkan taraf itu.

Selain daripada memenuhi syarat- syarat yang ditetapkan dalam undang- undang untuk mendapatkan Permit Masuk, seorang pemain bola asing yang handal itu diberikan permit tersebut atas alasan kehendak beliau dalam sukan bola sepak akan dapat membantu memajukan sukan itu di Malaysia serta mengharumkan nama negara ini.

Adalah tidak benar untuk menyatakan taraf penduduk tetap tidak diberikan kepada pakar-pakar perubatan asing yang telah berkhidmat di negara ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, dalam tahun 1986 dan 1987 sahaja seramai 13 orang pengamal perubatan asing telah diberikan taraf penduduk tetap.

TAPAK HOSPITAL BESAR KUANTAN

47. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah benar kira-kira lima tahun dahulu Kerajaan telah membelanjakan sejumlah lebih daripada $4 juta kerana menyediakan tapak Hospital Besar Kuantan dan setelah membelanjakan wang sebanyak itu didapati kawasan itu tidak sesuai dan akan dipindahkan ke tapak yang lain. Jika benar bolehlah Menteri yang berkenaan menjelaskan:

(a) tidak adakah dibuat penyelidikan awal kesesuaian tapak Hospital Besar Kuantan

dari segi luar kawasannya dan kedudukan tanah serta lain-lain lagi sebelum kerja menyediakan tapak Hospital itu dimulakan yang menyebabkan Kerajaan kehilangan wang sejumlah lebih daripada $4 juta; dan

(b) rancangan pembinaan Hospital Besar Kuantan telah dirancang dalam tahun enam puluhan lagi dan sehingga hari ini masih dalam perancangan. Apakah yang menyebabkan kelambatan pembinaannya dan bilakah akan dibina.

Timbalan Menteri Kesihatan (Dato' K. Pathmanaban): Kerja-kerja penyediaan tapak bagi Hospital Baru Kuantan di Jalan Alor Akar disiapkan dalam tahun 1983 dengan perbelanjaan sebanyak $3 341 juta. Kerja pembinaan tidak dapat diteruskan kerana tidak ada peruntukan. Hospital itu akan dibina di tapak lain bukan kerana tapak asal didapati tidak sesuai tetapi kerana Kerajaan Negeri Pahang bercadang mengambil balik tapak tersebut dan telah menawar Kementerian dengan sebidang tapak lain.

Adalah menjadi kebiasaan bagi Kementerian Kesihatan sebelum mengambilalih sesuatu tapak untuk membuat analisa terperinci berkenaan kesuaiannya dari segi keadaan sekitar termasuk kemudahan-kemudahan infrastruktur asas dan pembangunan kependudukan. Analisa mengambil- kira anggaran perkembangan dalam lengkongan lima belas tahun.

Pelaksanaan projek ini memakan masa yang lama oleh sebab-sebab berikut:

(a) Proses menyelesaikan masalahl memperolehi tapak dan seterusnya menyediakan rekabentuk khas bagi hospital itu telah memakan masa selama sembilan tahun.

Page 39: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2947 14 JULAI 1987 2948

(b) Pembinaan hospital tidak dapat diteruskan pada awal Rancangan Malaysia Keempat (RME) kerana tidak ada peruntukan.

(c) Cadangan pertukaran tapak bina pada akhir RME, memerlukan masa bagi kerja-kerja pengubahsuaian rekabentuk hospital dengan tapak baru.

(d) Kementerian Kesihatan bercadang memulakan proses pembinaan Hospital Besar Kuantan di tapak hospital sedia ada pada penghujung tahun 1987.

PASPORT TERHAD MELAWAT INDONESIA

48. Puan Hajjah Azizah binti Haji Mohd. Said minta Menteri Dalam Negeri menerangkan bilakah Kerajaan bercadang menggunakan "Pasport Terhad" untuk rakyat Malaysia melawat Indonesia dan Indonesia melawat Malaysia, sama seperti pasport terhad antara Malaysia

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Kerajaan tidak bercadang menggunakan pasport terhad untuk rakyat Malaysia melawat Indonesia. Sebenarnya pada masa ini, Pas Sempadan sedang digunakan oleh penduduk kawasan sempadan Malaysia dengan Indonesia di negeri- negeri Sabah dan Sarawak. Pas Sempadan ini membolehkan rakyat yang tinggal di kawasan daerah sempadan satu negara itu melawat kawasan daerah sempadan negara lagi satu.

PAMPASAN KEPADA PEGAWAI KESELAMATAN MENINGGAL

DUNIA

49. Puan Hajjah Azizah binti Haji Mohd. Said minta Menteri Buruh menyatakan adakah anak isteri

kepada pegawai-pegawai keselamatan yang terkorban dalam masa menjalankan tugas mereka mengawal harta-benda kepunyaan syarikat- syarikat swasta mendapat apa-apa bantuan dari Keselamatan.

Dato' Lee Kim Sai: Ya, dalam keadaan di mana seseorang Pegawai Keselamatan meninggal dunia semasa menjalankan tugas, balu dan anak- anak di bawah umur 21 tahun berhak menerima faedah orang tanggungan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerja. Di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 semua perusahaan yang mempunyai lima (5) orang dan bergaji $1,000.00 atau kurang adalah tertakluk kepada Akta tersebut. Sebaliknya jika sesuatu perusahaan itu mempunyai bilangan pekerja yang kurang daripada 5 orang dan menerima gaji $500.00 sebulan atau kurang atau bekerja sebagai buruh kasar (tanpa kira gajinya), pekerja- pekerja itu adalah layak menerima pampasan di bawah Akta Parnpasan Pekerja 1952 sekiranya mereka ditimpa bencana kerja.

LAWATAN MENTERI KEWANGAN CHINA KE MALAYSIA

50. Tuan Paramjit Singh minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) apakah hasil yang diperolehi tentang lawatan Menteri Kewangan China ke negara kita;

(b) apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memperbaiki hubungan perdagangan dengan China dan untuk meninjau peluang perniagaan di China.

Toh Muda Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Menteri Kewangan China belum pernah lagi

Page 40: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2949 14 JULAI 1987 2950

melawat negara kita. Oleh yang demikian pertanyaan Ahli Yang Berhormat tidaklah dapat diberi apa-apa ulasan tentang kesannya.

(6) Kerajaan Malaysia akan terus menggalakkan perdagangan dua hala dengan negara China di masa hadapan. Ketika ini rundingan-rundingan masih dijalankan dengan pihak China bagi mengadakan Perjanjian Perdagangan, Perjanjian Perkapalan dan Perjanjian Pelaburan. Kerajaan juga akan meneruskan penghantaran rombongan galakan eksport ke China di samping memberi sokongan kepada syarikat- syarikat swasta yang ingin berdagang terus dengan negeri China.

Di samping itu Kerajaan telah melonggarkan beberapa sekatan yang dikenakan ke atas pedagang-pedagang dari kedua buah negara untuk saling mengunjungi dan berhubung di antara satu dengan lain dalam aspek perdagangan. Walau- bagaimanapun bagi pe- dagang Malaysia keutamaan diberikan kepada pedagang- pedagang yang bertujuan ke China untuk menggalakkan eksport, menjalankan projek- projek usahasama, penglibatan di dalam industri pembinaan dan mendapatkan bekalan bahan mentah dan separa siap dari China untuk diproses di Malaysia dengan tujuan mengeksport semula. Bagi pedagang China pula keutamaan diberikan kepada mereka yang ingin mengimport dari Malaysia atau menghadiri kursus atau latihan teknikal dan profesional serta mengambil bahagian di dalam pamiran perdagangan, seperti yang dianjurkan oleh Persekutuan

Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM). Pedagang-pe'dagang Malaysia yang pernah menyertai rombongan perdagangan rasmi ke China juga diberi kebenaran membuat lawatan susulan dan setengah- setengahnya diberikan kebenaran untuk melawat secara berkali-kali (multiple entry) untuk menjual hasil-hasil mereka atau mencari peluang- peluang usahasama dan pelaburan.

SYARIKAT USAHASAMA TEMPATAN-JEPUNIKOREA

51. Tuan Ng Peng Hay minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) Berapa banyakkah projek pembangunan yang diken- dalikan di bawah sistem usahasama antara kontraktor tempatan dengan kontraktor Jepun atau Korea;

(b) apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk meneruskan projek-projek pembangunan yang tergendala yang dikendalikan dalam sistem usahasama antara kontraktor tempatan dengan Jepun atau Korea.

Tuan Kasitah bin Gaddam:

(a) Tender projek-projek Kerajaan yang diberi kepada Syarikat- syarikat Usahasama tempatan dengan Syarikat-syarikat Jepun dan Korea adalah dilaksanakan secara tender terbuka. Dalam enam (6) tahun kebelakangan ini Kerajaan telah memberi kontrak sebanyak enam (6) projek bernilai satu billion, enam ratus tujuh puluh satu juta, lima ratus enam puluh tiga ribu, sembilan ratus dua belas

Page 41: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

14 JULAI 1987

ringgit ($1,671,563,912.00) HUKUMAN MAT1 KEPADA kepada Syarikat-syarikat PENGEDAR DADAH Usahasama tempatan dengan Syarikat-syarikat di Korea dan 53. Tuan Hassan bin Nam minta sebanyak tiga belas (13) projek Menteri Dalam Negeri menyatakan: bernilai tujuh ratus tiga puluh tiga juta, empat ratus lapan

(a) jumlah bilangan pesalah najis

ribu, seratus sepuluh ringgit dadah hingga sekarang, ($733,408,110.00) kepada

berikutan sejak penguatkuasaan

Syarikat-syarikat Usahasama undang-undang yang lebih tegas

tempatan dengan Syarikat- mengikut Akta Dadah

syarikat Jepun. Merbahaya 1957 yang membawa hukuman mati;

(b) pada masa ini tidak terdapat projek-projek yang di- laksanakan oleh Syarikat- syarikat Usahasama tempatant JepunIKorea yang tergendala. Sekiranya terdapat projek- projek seperti ini berlaku, Kerajaan akan mengambil tindakan-tindakan tertentu seperti tender semula atau tindakan-tindakan lain selaras dengan desakan (urgency) projek-projek berkenaan.

PROFESYEN GURU

52. Dr Nordin Selat minta Menteri Pendidikhn menerangkan apakah salahnya dengan profesyen guru sekarang. Ada guru-guru yang terlibat dengan kesalahan seks, ada yang suka memicit benda-benda yang tak patut dipicit. Apakah soal pokok dari semua perbuatan ganjil ini.

Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, profesyen perguruan kita tidak ada apa salahnya. Penglibatan guru-guru dengan kesalahan seks, memicit benda-benda yang tidak patut dipicit adalah merupakan kes-kes yang terlalu jarang dilakukan dan hanya dilakukan oleh seorang dua guru sahaja daripada beratus ribu orang guru di seluruh negara.

(b) adakah nampaknya sekarang sudah berkurangan dikesan bilangan pengedaran dan penagih dadah di negara kita ini sejak Akta Dadah Merbahaya tersebut dibuat lebih tegas lagi pada sesiapa yang terlibatnya; dan

(c) nyatakan bilangan dan nama negara yang turut mengikuti undang-undang negara kita hukuman gantung di atas kes kesalahan najis dadah ini.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob:

(a) semenjak pindaan kepada Akta Dadah Berhahaya 1952 berkuatkuasa pada 15-4-1983, sebanyak 50 kes telah didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati.

(b) semenjak hukuman mati mandatori dikenakan ke atas kesalahan mengedar dadah pada tahun 1983 didapati kes- kes pengedar dadah masih meningkat sebagaimana berikut:

Tahun Bil. Kes

Page 42: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2953 14 JULAI 1987 2954

Walaupun jumlah kes didapati meningkat namun begitu ianya tidak bermakna bahawa hukuman yang lebih berat itu tidak memberi kesan kepada pengedaran, tetapi tambahan tersebut adalah disebabkan oleh peningkatan tindakan penguatkuasaan. Soal siasat menunjukkan bahawa pengedar-pengedar Yang ditangkap itu adalah terdiri daripada pengedar yang telah sedia wujud menjalankan aktiviti haram mereka.

Dari aspek penagihan pula, jelas menunjukkan bahawa penagih baru yang dikesan telah menurun. Bilangan penagih baru yang dikesan tiap-tiap tahun sejak tahun 1983 telah berkurangan seperti berikut:

Tahun Bilangan Penagih Baru Yang Dikesan

1983 14,624 orang

1984 11,915 orang

1985 9,591 orang

1986 7,329 orang

1987 (Mei 87) 2,860 orang

(c) Negara-negara yang mempunyai hukuman mati mandatori ke atas pengedar-pengedar dadah yang didapati bersalah adalah seperti berikut:

(i) Singapura

(ii) Sri Lanka

(iii) Pulau Maldives (iv) Pulau Maurities

(v) Iran

Di samping itu Negara Thailand, Indonesia dan Brunei juga mempunyai hukuman mati tetapi tidak mandatori.

SYARIKAT TELEKOM MALAYSIA-BAYARAN

DEPOSIT

54. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan mengapa sekarang sejak Syarikat Telekom Malaysia meminta bayaran deposit lebih dari semasa Telekom dulu cuma $75.00 sahaja pada semua pelanggannya dikenakan wang cagaran.

Tuan Ong Tin Kim: Untuk makluman Ahli Yane Berhormat, adalah tidak benar s aga sekali sejak Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STM) diwujudkan ianya telah mengenakan deposit cagaran yang tinggi kepada pelanggan telefon berbanding semasa Jabatan Telekom dahulunya. Sebenarnya sistem pungutan wang deposit lebihan telah lama diamalkan sejak operasi Jabatan Telekom dahulu. Pungutan wang deposit tambahan ini dibuat ke atas seseorang pelanggan telefon apabila penggunaan perkhidmatan telefonnya bagi tempoh dua bulan didapati milebihi wang deposit dahulu. -

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, mengikut amalan, apabila sesuatu pemasangan telefon baru dibuat wang diposit permulaan yang dipungut ialah $75.00 bagi pelanggan kediaman dan $200.00 hingga $300.00 bagi pelanggan perniagaan yang bergantung kepada jenis perniagaannya. Inilah jumlah wang deposit yang telah dipungut daripada pelanggan telefon semenjak operasi perkhidmatan telefon dikendalikan oleh Jabatan Telekom sehingga ianya diswastakan pada 1-1-87.

Seperti urusan perniagaan lain, sesebuah syarikat perlu menjaga kedudukan kewangannya. Begitu juga kedudukan STM. Mungkin apa yang belum diketahui umum ialah STM dan juga JTM sebelumnya terpaksa menanggung beban hutang yang

Page 43: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2955 14 JULAI 1987 2956

begitu tinggi akibat ramainya pelanggan telefon yang gaga1 menjelaskan bil-bil mereka.

Sebagai contohnya bagi Kawasan Tengah yang meliputi Selangor Darul Ehsan dan Wilayah Persekutuan sehingga Disember 1986 seramai 4,543 talian telefon telah terpaksa ditamatkan perkhidmatannya kerana kegagalan pelanggan-pelanggan untuk menjelaskan bil atau atas permintaan pelanggan sendiri. Dari bilangan tersebut sejumlah $1,035,392.00 wang deposit telah dipungut tetapi jumlah akaun bil yang belum dijelaskan oleh pelanggan-pelanggan ialah $4,448,861.95. Jikalau dikira bagi seluruh negara dalam tempoh yang sama, bilangan telefon yang dipotong ialah 8,762 buah dan jumlah deposit yang dipungut cuma $1,775,572.00 berbanding $8,527,477.27 hutang yang belurn dijelaskan oleh pengguna.

Inilah merupakan salah satu daripada faktor yang mendorong dan mendesak STM meminta wang deposit tambahan daripada pelanggan yang penggunaan perkhidmatan telefonnya bagi tempoh dua bulan didapati melebihi jumlah cagaran yang dikenakan. Dengan ini, jelaslah bahawa tindakan yang dilakukan oleh STM bukanlah semata-mata untuk memenuhi tabung kewangan syarikat tetapi adalah semata-mata untuk menjaga kestabilan kewangan bagi memudahkan pihak STM menyedia dan memberi seberapa banyak kemudahan telekomunikasi kepada seluruh rakyat dengan sempurna dan memuaskan.

Walau bagaimanapun, STM tidaklah bersikap begitu keras untuk memungut deposit tambahan dari pelanggannya. Kelonggaran boleh diberi kepada pelanggan yang kedudukan bayaran bilnya memuaskan pihak STM.

PENGERUSI PERSIDANGAN ANTARABANGSA MENGENAI

PENYALAHGUNAANDADAH- PEMILIHAN PERDANA MENTERI

55. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Luar Negeri menyatakan nama negara-negara besar yang menyokong pemilihan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia sebagai Pengerusi Persidangan Antarabangsa Mengenai Penyalahgunaan dan Pengedaran Haram Dadah di Vienna. Adakah dengan pemilihan Yang Amat Berhormat Dato' Seri sebagai Pengerusi Persidangan tersebut menunjukkan bahawa undang-undang dadah di Negara kita mendapat perhatian baik dari negara-negara luar.

Toh Muda Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah dipilih dengan sebulat-suara sebagai Pengerusi Persidangan Antarabangsa Mengenai Penagihan dan Pengedaran Dadah yang telah berlangsung di Vienna pada 17-26 Jun, 1987. Dengan lain perkataan semua 138 negara yang hadir di Persidangan tersebut menyokong pemilihan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Pengerusi Persidangan. Ini termasuk negara-negara atau kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Soviet Union, United Kingdom, Perancis dan China. Penerimaan masyarakat antarabangsa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia sebagai Pengerusi Persidangan ini adalah berdasarkan kepada beberapa faktor termasuk pendirian tegas dan keupayaan serta komitment Negara dan Yang Amat Berhoriaat Perdana Menteri sendiri untuk memerangi wabak dadah ini. Ini tidak semestinya bermakna bahawa undang-undang Malaysia, telah mendapat perhatian baik negara-negara lain. Namun

Page 44: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2957 14 JULAI 1987 2958

demikian ada negara-negara termasuk BAHASA MELAYU KELASIK Amerika syar:kat sendiri yang memandang baik tindakan undang- undang yang dikuatkuasakan di Malaysia.

AKHBAR UTUSAN MALAYSIA DI KONSULAT MALAYSIA,

JEDDAH

56. Puan Rokiah bin Zainuddin minta Menteri Luar Negeri menyatakan sama ada benar penuntut-penuntut di Jeddah tidak dapat membaca surat khabar Utusan Malaysia kita kerana Konsulat Malaysia di Jeddah tidak melayan permohonan mereka.

Toh Muda Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan: Bilangan penuntut- penuntut kita di Jeddah amatlah kecil, iaitu tidak sampai pun sepuluh (10) orang.

Walaupun mereka tidak dapat dibekalkan dengan akhbar-akhbar tempatan kita secara khas, disebabkan jumlahnya yang kecil berbanding dengan implikasi kewangan yang akan terlibat sekiranya mereka dibekalkan dengan akhbar-akhbar tersebut, namun perpustakaan di Pejabat Konsulat Jeneral kita di Jeddah menyediakan kemudahan untuk mereka membaca akhbar-akhbar kita, termasuk Utusan Malaysia.

Seterusnya, adalah didapati bahawa memang menjadi amalan mereka untuk mengunjungi pejabat Konsulat- Jeneral kita itu untuk membaca akhbar-akhbar tersebut.

Memandangkan keadaan seperti tersebut, soal pelajar-pelajar kita itu tidak dapat membaca akhbar Utusan Malaysia kerana Konsulat Jeneral kita di Jeddah tidak melayan permohonan mereka tidaklah timbul.

57. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) apakah tujuan menguji kefahaman pelajar-pelajar di atas pengetahuan Bahasa Melayu Kelasik dalam ujian Bahasa Malaysia, Tingkatan Lima dalam zaman moden ini; dan

(6) tidaklah lebih sesuai sekirai~ya ianya dijalankan dalam tujuan kesusasteraan Melayu.

Tuan Anwar bin Ibrahim:

(a) Bahasa Melayu Kelasik adalah satu aspek Bahasa Malaysia kini seperti juga aspek-aspek lain umpamanya tatabahasa dan per- bendaharaan kata. Pengetahuan Bahasa Melayu Kelasik adalah penting dari segi pengetahuan unsur-unsur keindahan bahasa dan ini akan membantu memperkayakan pengetahuan dan memperkukuhkan pengunaan bahasa pelajar itu. Oleh sebab itulah maka pengetahuan Bahasa Melayu Kelasik diuji.

(b) Ujian kesusasteraan Melayu merupai pengujian yang lebih khusus iaitu berasaskan buku teks yang ditetapkan. Besar kemungkinan aspek Bahasa Melayu Kelasik juga diuji tetapi tujuan pengujian adalah lebih khusus kepada pemahaman dari buku teks.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PELABUHAN BINTULU

(PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas

Page 45: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2959 14 JULAI 1987 2960

masalah, "Bahawa Rang Undang- undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang". (13hb Julai, 1987).

Tuan Yang di-Pertua: Saya jernput Tuan Haji Shaharorn bin Haji Maasorn rnenyarnbung ucapan beliau. Dipersilakan Yang Berhorrnat.

3.38 ptg.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, saya kehilangan punca untuk hendak rnenyarnbung perbahasan saya rnengenai Lembaga Pelabuhan Bintulu kerana masalah yang baru sebentar yang baru kita hadapi dalarn sesi soal jawab tadi.

Narnun dernikian, saya ingin rnenarik perhatian kepada pihak Kerajaan, khasnya kepada Kernenterian ini yang rnengemukakan satu Rang Undang-undang untuk rnerninda Akta Lernbaga Pelabuhan Bintulu, 1981 ini untuk rnernbolehkan Lernbaga Pelabuhan Bintulu diswastakan.

Saya ingin bertanya kepada Menteri yang berkenaan rnengapakah pada tahun yang akhir-akhir ini Pelabuhan Bintulu kurang disinggahi oleh kapal- kapal yang berlayar?

Kalau satu rnasa Pelabuhan Bintulu disinggahi oleh lebih daripada 1,000 buah kapal, tetapi pada tahun-tahun yang akhir ini tidak sampai pun 1,000 buah kapal yang singgah di Pelabuhan Bintulu. Ini adakah kerana sistem punggah-rnernunggah di Pelabuhan Bintulu itu larnbat atau leceh, yang rnenyebabkan tuan-tuanpunya kapal tidak rnahu lagi singgah di situ, atau kerana disebabkan kernelesetan ekonorni perdagangan tidak dapat dijalankan begitu lancar rnelalui Pelabuhan Bintulu.

ataupun duit bantuan daripada Kerajaan. Jadi apabila kita telah luluskan ini, adakah Kerajaan bercadang untuk rnerninta kepada Lernbaga, kepada syarikat atau orang- orang tertentu yang akan rnenjalankan usaha perkernbangannya di Pelabuhan Bintulu itu mernulangkan balik geran yang Kerajaan berikan selama ini, secara perlahan-lahan atau semata- rnata Kerajaan rnengharapkan cukai yang akan dibayar oleh Pelabuhan Bintulu itu kepada pihak Kerajaan. Harta yang ada kepada Pelabuhan Bintulu barangkali kalau rnengikut dalarn laporan yang terakhir tahun 1985, kalau tidak salah saya adalah $112 juta. Adakah ini difikirkan boleh rnernadai kepada Pelabuhan Bintulu ini untuk menjalankan operasinya tanpa geran daripada Kerajaan? Dengan dibiayai sebanyak itu tidak dapat hendak rnelaksanakan, rnenjalankan operasi di Pelabuhan Bintulu rnasih rnemerlukan geran daripada Kerajaan sebanyak $500 juta kalau tidak salah saya-$500 juta atau $500,000, saya tidak faham angka ini. Jadi ini tidak ada rnakna. Kalau diserahkan kepada satu badan yang rnenjalankan usahaniaga tetapi geran daripada Kerajaan rnasih diteruskan, ini tidak ada rnakna kita rnernberikan taraf Pelabuhan Bintulu ini kepada satu pelabuhan yang diwastakan.

Inilah beberapa ha1 yang saya perlu penegasan, narnun dernikian rnernang sarnpai rnasanya Pelabuhan Bintulu ini untuk diswastakan sepertirnana hasrat dan cita-cita Kerajaan kita di dalarn dasar penswastaannya dan persyarikatan Malaysia untuk rnernberi peluang kepada rnana-rnana agensi-agensi Kerajaan yang rnernperlihatkan perkernbangan yang baik dan yang boleh rnendatangkan keuntungan untuk dibebaskan sebagai satu syarikat swasta, untuk menialankan ouerasinva dan berdiri di

Yang keduanya, selama ini atas " kaki -sendir; dan tidak Pelabuhan Bintulu di bawah jagaan mengharapkan daripada Per- Kernenterian rnernpunyai geran bendaharaan Negara semata-rnata.

Page 46: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2961 14 JUL

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan memanjangkan lagi perbahasan saya mengenai dengan Akta ini, kerana beberapa perkara telahpun disebut oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini, mengenai dengan Akta ini. Jadi dengan ini saya dengan sukacitanya menyokong supaya Akta ini untuk diluluskan di dalam Dewan ini. Cuma harapan saya kalau selama ini Pelabuhan Bintulu mempunyai piutang-piutang yang berjumlah berjuta ringgit, diharapkan apabila Pelabuhan Bintulu ini dijadikan Pelabuhan swasta, ia tidak akan menanggung piutang yang berat, piutang yang banyak daripada pengguna-pengguna pelabuhan itu kerana kalau Kerajaan mempunyai satu Akta boleh mendakwa si piutang, tetapi dengan adanya sebuah syarikat kemungkinan adanya tolak-ansur, dan dikhuatiri nanti syarikat yang menjalankan operasi di Pelabuhan Bintulu ini akan jatuh bankrap kerana menanggung piutang-bukan menanggung hutang, menanggung piutang. Maknanya kapal-kapal yang masuk tidak bayar sewa, ia menanggung piutang sehinggakan operasinya terbantut dan gagal, kerana pengalaman-pengalaman yang lalu sepatutnya kita dapat jadikan sebagai panduan.

Apabila kita melaksanakan Pelabuhan Bintulu ini sebagai satu pelabuhan yang akan diswastakan. Sungguhpun kalau rugi akan ditanggung oleh pihak swasta yang sanggup, tetapi nama Kerajaan, nama negara akan terjejas sama. Itu maksud dan tujuan saya.

Tuan Yang di-Pertua, sekian dan dengan ini saya menyokong Rang Undang-undang Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pindaan) untuk diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Tuan Azman.

3.46 ptg.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil peluang untuk sama-sama membahas satu Akta yang bernama Rang Undang-undang untuk meminda Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981.

Tuan Yang di-Pertua, memang sudah sewajarnya Pelabuhan Bintulu ini patut diswastakan kepada sebuah syarikat Y ang benar-benar berkemampuan, sebuah syarikat yang pernah memberikan sokongan dan memuji-muji di atas pentadbiran Kerajaan yang dipimpin sekarang.

Kita berharap Pelabuhan Bintulu ini akan menjadi sebuah Pelabuhan semacamana pelabuhan-pelabuhan yang telahpun kita swastakan selama ini, contohnya Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Kelang dan lain- lain. Apabila Pelabuhan ini diswastakan nanti, kami di Semenanjung mengharapkan supaya syarikat-syarikat yang akan diberi peluang untuk menjadi pembina Pelabuhan ini supaya benar-benar dapat menolong balik Kerajaan dan membantu Kerajaan terutamanya di dalam mengutip hasil negara kita. Memang ini satu dasar Kerajaan supaya memberi peluang kepada syarikat-syarikat yang berkemampuan dengan harapan supaya syarikat ini dapat mencari keuntungan dan dari hasil keuntungan itu syarikat ini dapat membayar balik cukai-cukai yang dikenakan kepada syarikat ini oleh Kerajaan kita.

Dengan terbinanya Pelabuhan Bintulu ini nanti, saya percaya sudah barang tentu kita akan menggunakan banyak tenaga untuk bekerja di Pelabuhan itu. Kami di Semenanjung ini tidak berasa kecil hati jika sekiranya pekerja-pekerja yang akan diberi peluang itu datangnya daripada Sarawak sendiri, kerana sudah memang patut dan sewajarnya di

Page 47: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

14 JULAI 1987

mana negeri yang mempunyai faedah, sudah sepatutnyalah rakyat di negeri itu mesti diberi peluang terutama daripada negeri-negeri lain. Cuma apa yang kami harap apabila ditentukan syarikat-syarikat yang mendapat tender untuk menyertai pembinaan Pelabuhan Bintulu ini agar Menteri yang berkenaan berhati-hati menentukan syarikat-syarikat yang benar-benar berkewibawaan dan benar-benar dengan kemampuan tanpa menjejaskan nama baik Kerajaan setelah tender itu diputuskan nanti.

Saya amat bersetuju dengan apa yang disebut dalam Rang Undang- undang ini, iaitu "di atas kelulusan Menteri dan dipersetujui oleh Menteri Kewangan", kerana sekurang- kurangnya tidak ada mana-mana pihak yang berkenaan dan membuat tohmahan-tohmahan yang melulu ataupun tuduhan-tuduhan seolah-olah Menteri Yang berkenaan menyelewengkan tugas dan juga menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri dengan sewenang-wenangnya memberi kepada pihak-pihak yang tertentu untuk menjayakan projek ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengharapkan kepada Menteri yang berkenaan apabila selepas sahaja tender-tender ini diluluskan dan penentukan kepada syarikat-syarikat yang berkenaan untuk menjayakan projek itu nanti dan jika timbul segala hujah-hujah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab, terutamanya daripada parti-parti Pembangkang, saya tidak mahu Menteri itu menunjukkan sikap latah ataupun seolah-olah tergopoh-gopoh, dengan izin, "guilty conscience" semacam mana berlaku baru-baru ini pihak Pembangkang telah memain peranan menuduh salah seorang Menteri kita dan terdapat Menteri kita itu seolah- olah begitu gopoh atau latah. Pada saya, saya lebih suka Menteri yang berkenaan apabila tuduhan-tuduhan

yang tidak berasas datang, terutamanya daripada Pembangkang, supaya jangan dilayan sahaja kerana sudah menjadi adat apabila Kerajaan kita yang memerintah sudah tentu perkara apa juga yang kita fikirkan baik untuk faedah masyarakat dan khasnya rakyat jelata, akan menjadi tuduhan dan tohmahan daripada pihak-pihak Pembangkang yang ingin memerintah di dalam negara ini yang selalu mimpi di siang hari.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu saya juga mencadangkan supaya pihak Kerajaan untuk menggalakkan pihak swasta, syarikat- syarikat menjalankan projek-projek dengan begitu berhati-hati, maka sudah sepatutnya pihak Kerajaan di mana juga syarikat-syarikat yang difikirkan begitu memuaskan hati daripada pihak Kerajaan dan juga rakyat jelata, maka harus diberikan satu kepujian dan anugerah kepada syarikat itu dengan harapan supaya syarikat-syarikat yang lain akan begitu berminat dan bergiat dan juga berazam untuk menjadikan sebuah syarikat contoh di dalam menjayakan projek-projek yang diswastakan oleh Kerajaan.

Saya percaya, Tuan Yang di-Pertua, dasar Kerajaan menswastakan ini adalah merupakan satu dasar yang akan memberikan peluang kepada semua pihak, di samping Kerajaan menjayakan pembangunan dan juga menjayakan apa juga kemudahan- kemudahan untuk rakyat, kita juga ingin mengenalkan atau menonjolkan di mata dunia bahawa ada juga di antara syarikat-syarikat daripada negara kita sendiri yang berkemampuan untuk membina projek-projek besar-besaran, maka tidak payah lagi kepada negara kita membawa syarikat-syarikat daripada luar negeri untuk memungut segala hasil dan memungut faedah daripada negara kita yang kita sama-sama bendung.

Page 48: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2965 14 JULAI 1987 2966

Tuan Yang di-Pertua, saya amat menyokong penuh dan mengucapkan syabas kepada Kementerian yang berkenaan yang telah dapat menyediakan satu Rang Undang- undang yang begitu lengkap dan tersusun dengan baik dan saya berharap dengan terlulusnya Rang Undang-undang ini supaya pihak Kementerian yang berkenaan benar- benar mengawasi apa juga tindak- tanduk dan gerak-geri yang akan dijayakan oleh Kementerian itu sendiri supaya tidak ada sebarang pembocoran rahsia-rahsia daripada mana-mana pihak, terutama daripada pegawai-pegawai Kementerian itu sendiri kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan kerana saya terdapat laungan dan kritikan, terutamanya daripada Pembangkang seolah-olah mereka begitu faham dengan sejelas- jelasnya dan saya percaya ini kemungkinan ada pembocoran segala rahsia-rahsia, dokumen-dokumen Kerajaan di Kementerian itu sendiri, kerana apa yang disebut itu boleh dikatakan seolah-olah tersusun dengan begitu baik satu persatu segala masalah-masalah dan perjalanan di dalam mengeluarkan atau memutuskan satu-satu tender.

Saya berharap Kementerian Pengangkutan yang mana terletaknya Pelabuhan Bintulu ini di bawah Kementerian yang berkenaan, terutamanya kepada Timbalan Menteri yang bersema-sama kita pada petang ini dalam Dewan yang mulia ini berhati-hati supaya kita tidak mahu ada di antara yang mempunyai sikap "telunjuk lurus kelingking berkait" ataupun "duri di dalam daging" di dalam Kementerian atau Jabatan Yang Berhormat sendiri. Jika terdapat perkara-perkara ini berlaku, saya berharap supaya satu tindakan yang tegas harus diambil kepada mana- mana juga, sama ada pegawai atau sesiapa juga yang bertanggungjawab di dalam membocorkan segala perkara-perkara, terutamanya di

dalam menentukan segala apa juga yang berkaitan dengan tender-tender Pelabuhan Bintulu ini nanti.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengharapkan apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom tadi, saya bersetuju terutamanya di dalam membahas Rang Undang-undang pada petang semalam terhadap Syarikat Telekom Malaysia yang mana telah kita swastakan dan kita tidak pernah menjangka bahawa Kerajaan terpaksa menambah peruntukan untuk Jabatan itu, tetapi akhirnya kita terpaksa meluluskan satu peruntukan tambahan. Berlakunya Pelabuhan Bintulu ini nanti setelah kita swastakan dan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini, kita berharap tidak ada lagi bil-bil mengharapkan Dewan Negara ini meluluskan semata-mata berkaitan dengan Pelabuhan Bintulu.

Di samping itu, Tuan Yang di- Pertua, saya juga berharap di dalam apa juga projek-projek Kerajaan yang telah diluluskan dan dibahas oleh Dewan Rakyat yang dibawa kepada Dewan Negara ini untuk mendapat kelulusan oleh Ahli-ahli Senate, saya berharap supaya Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri yang berkenaan supaya dapat menjawab dengan jelas, terang dan teratur daripada Ahli-ahli Dewan Negara (Senate) ini kerana masing-masing mempunyai tugas, kami sebagai Ahli Dewan Negara melulus segala Rang Undang-undang yang telah dibahas oleh Dewan Rakyat dan bolehlah kami dianggap sebagai mewakili Duli Yang Maha Mulia di dalam Dewan yang mulia ini dan apa juga pertanyaan, kami berharap janganlah anggap bahawa kami semua ini sebagai "rubber stamp" ataupun seolah-olah satu jawatan sebagai jawatan "consolation post" semacam mana pernah saya tengok ada di antaranya membuat jawapan-jawapan hanya sambil lewa dan seolah-olah

Page 49: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2967 14 JULAI 1987 2968

mereka lebih faham, lebih berpengalaman di dalam satu-satu Kementerian sedangkan mereka baru hanya sehari, dua hari duduk memegang jawatan di dalam Kementerian itu. Saya berharap sangat-sangat supaya kerjasama di antara Menteri dan Timbalan Menteri dengan Ahli Dewan Negara ini supaya dapat dieratkan agar supaya segala Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara ini akan menjadi satu Rang Undang-undang yang menjadi faedah kepada keseluruhan, mahupun di peringkat Kementerian masing-masing dan khasnya untuk rakyat jelata di dalam negara kita yang makmur ini.

Di samping itu, Tuan Yang di- Pertua, kita berdoa semoga Pelabuhan Bintulu ini merupakan satu pelabuhan yang terkemuka dan terkenal di negara Malaysia ini. Dengan terkenalnya pelabuhan ini nanti akan lenyaplah segala tuduhan-tuduhan dan cerita-cerita dongeng bahawa kepimpinan Kerajaan yang ada sekarang merupakan satu kepimpinan yang tidak menguntungkan dan memberi faedah kepada rakyat jelata. Maka dengan terlulusnya Rang Undang-undang ini dan terbina Pelabuhan Bintulu nanti, saya percaya terutamanya rakyat Sarawak yang belum lagi faham dan belum lagi memuji atas dasar-dasar Kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin yang ada sekarang akan di satu masa nanti mereka juga turut memuji dan membuktikan bahawa benar-benar Kerajaan dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita adalah merupakan satu Kerajaan yang benar-benar sentiasa memikirkan keadaan rakyat jelata dan sentiasa memikirkan taraf hidup rakyat jelata supaya seluruh rakyat akan hidup berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dan akan merupakan sebuah negara begitu aman makmur dan bersatupadu di antara semua kaum di dalam negara ini.

Maka dengan itu, Tuan Yang di- Pertua, saya menyokong penuh Rang Undang-undang Pelabuhan Bintulu ini supaya dapat diluluskan di dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua: Dipersilakan Yang Berhormat Puan Law Jack Yoon.

4.00 ptg.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981.

Dalam ha1 ini, saya ingin menumpukan bahagian kepada Fasal2 yang bertujuan memasukkan perenggan baru subseksyen ( 2 ~ ) kepada seksyen 5 bagi memberi kuasa kepada Lembaga untuk melesenkan aktiviti-aktiviti pelabuhan yang didapati perlu oleh Lembaga berhubung dengan perjalanan fungsi- fungsi dan Fasal 3 yang bertujuan memasukkan seksyen baru 5~ untuk memberi kuasa kepada Lembaga, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan bagi membuat apa-apa perkiraan bagi berkongsi keuntungan dan lain-lain, dengan mana-mana orang atau kumpulan orang atau menubuhkan atau memajukan penubuhan dan pengembangan mana-mana syarikat.

Tuan Yang di-Pertua, tujuan menswastakan projek ini tidak dapat dinafikan lagi ialah untuk memastikan pelaksanaan projek dijalankan dengan lancar. Walau bagaimanapun, ha1 ini amat bergantung kepada sesiapa projek ini ditawarkan demi menggalakkan terwujudnya masalah- masalah seperti kerugian, penyelewengan dan penangguhan projek, maka saya berharap projek ini ditawarkan kepada kontraktor- kontraktor yang betul berkelayakan dan berkebolehan.

Page 50: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2969 14 JULAI 1987 2970

Di samping itu adalah juga diharapkan supaya penswastaan projek ini dijalankan secara berperingkat-peringkat. Dengan itu dapatlah kita menilai pencapaian dan kejayaan projek itu, hanya dengan itu juga dapat rakyat dan negara kita untung daripada skim penswastaan ini.

Dalam pada itu saya ingin menyentuh Fasal 6 yang bertujuan memasukkan Bahagian baru XIA untuk memberi kuasa khas kepada Perdana Menteri atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan khasnya oleh Perdana Menteri dalam ha1 berlakunya darurat awam atau bagi kepentingan menjaga keselamatan orang awam. Dalam keadaan seperti ini saya berharap Perdana Menteri atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa tidak menyalahgunakan kuasa dan kewibawaan mereka. Sebaliknya sekarang tindakan yang diambil itu seharusnya dilakukan dengan mengambil kira kepentingan rakyat. Dalam kata lain kepentingan rakyat jelata tidak seharusnya dikorbankan semata-mata dengan faedah sekumpulan orang sahaja.

Dalam menswastakan projek ini diharapkan rakyat tempatan iaitu penduduk-penduduk Sarawak diberi keutamaan, hanya dengan cara inilah pandangan penduduk-penduduk Sarawak dan Sabah bahawa Malaysia Barat yang mempraktikkan dasar neo- colo~lialism ke atas mereka dapat dikikiskan.

Di samping itu integrasi wilayah di antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur juga dapat mencapai satu tahap yang lebih tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya ingin menyokong Rang Undang- undang yang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak ada lagi yang

ingin membahas? Jikalau tidak ada, kita jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri yang berkenaan memberikan jawapan.

4.12 ptg.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah turut membahaskan pindaan Rang Undang- undang berkaitan dengan Pelabuhan Bintulu yang telah kita bincangkan sejak semalam sehingga hari ini.

Yang pertama semalam yang telah membahaskan ialah Senator Tuan Tiong Hiew King yang telah mengalu- alukan niat baik Kerajaan Barisan Nasional dan juga berharap rakyat Sarawak dapat faedah dalam usaha- usaha penswastaan khususnya meminta supaya syarikat-syarikat dari Sarawak diberi keutamaan dan juga berharap bahawa pekerjaan yang diwujudkan diberikan kepada rakyat Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Kerajaan belum lagi ingin menswastakan Pelabuhan Bintulu dan Pelabuhan Bintulu sedang beroperasi dan serta mendapat untung. Pindaan ini dibuat adalah hanya untuk membolehkan pihak Kerajaan apabila perlu kemudian nanti menswastakan maka peruntukan perundangan sudah pun ada dan tidak payahlah kita tergesa-gesa datang semula ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk meminta kebenaran kerana Rang Undang-undang ataupun Akta-akta Pelabuhan-pelabuhan yang telah saya sebutkan semalam telah pun dipinda dengan perkara-perkara yang berkenaan.

Beberapa Ahli Y ang Berhormat telah menyebut mengenai memberi keistimewaan kepada rakyat Sarawak. Sebenarnya dalam operasi Pelabuhan

Page 51: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

297 1 14 JULAI 1987 2972

Bintulu sekarang ini pekerja-pekerja yang diberikan pekerjaan di dalam operasi Pelabuhan Bintulu 90% daripadanya adalah anak Sarawak, hanya 10% daripada Semenanjung dan lain-lain tempat. Mungkin ada di antaranya daripada luar negeri.

Mengenai pemilihan syarikat- syarikat semasa penswastaan, memanglah menjadi dasar Kerajaan mengkaji dengan teliti dan memilih yang paling baik untuk semua kerana dalam pemilihan, kita akan mengambil kira semua faktor yang dipe;lukan untuk menentukan bahawa sesuatu usaha penswastaan itu mendatangkan faedah. Dan juga satu- satu pelabuhan memanglah diharapkan dengan kegiatan downstream, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, dapat memajukan kawasan- kawasan ~endalaman di kawasan

menyatakan bahawa keuntungan yang telah didapati oleh Pelabuhan Bintulu sejak operasinya pada tahun 1983; hanya pada tahun 1983 itu sahaja ianya mengalami kerugian sedikit disebabkan itu adalah tahun operasi dan kerugian hanya sebanyak $3.04 juta. Selepas itu:

Tahun Keuntungan $

1984.. . . . . 15.17 juta 1985.. . . . . 41 juta 1986.. . . . . 39.92 juta

Dari segi khidmat cemerlang ini tadi, saya inginlah meyakinkan Dewan ini bahawa satu percubaan telah dilaksanakan dengan penswastaan Khidmat Kontena Pelabuhan Kelang sehingga hari ini kita dapati ianya memuaskan.

sekitar pelabuhan itu dan dengan itu akan dapat lebih mewujudkan Mengenai harapan bahawa Feri

pekerjaan. Malaysia singgah di Bintulu; sebenarnya Feri Malaysia adalah

Yang Berhormat Puan Hajjah Azizah, saya juga mengucapkan terima kasih atas sokongan beliau kepada pindaan Rang Undang-undang ini. Beliau menyatakan bahawa belanja telah begitu besar dan berharap juga bahawa faedah terdapat kepada rakyat dan apabila pengswastaan dijalankan dapatlah khidmat yang lebih cemerlang. Memanglah itu yang dikehendaki oleh Kerajaan apabila menjalankan Denswastaan. Bahawa ianva akan mengurangkan beban-beban kewangan kepada Kerajaan dan di samping itu mendapat faedah daripada cukai dan sebagainya daripada peluang-peluang pekerjaan yang boleh diberikan kepada rakyat.

Pelabuhan Bintulu dalam operasinya sekarang ini memang mendapat keuntungan dan oleh kerana itu pada ketika ini memanglah Kerajaan belum berhasrat untuk mengswastakannya. Untuk pengetahuan Dewan ini, saya inginlah

kepunyaan perbadanan Nasional Shipping Lines (PNSL). Buat masa ini Bintulu belum lagi dikenal pasti sebagai pelabuhan persinggahan oleh PNSL. Walau bagaimanapun saya percaya PNSL sentiasa mengkaji dari semasa ke semasa pelabuhan persinggahan yang baru. Dan jika didapati projek ini viable saya percay'a PNSL akan memulakan perkhidmatannya ke Pelabuhan Bintulu. Itu terpulanglah kepada kajian dan tindakan PNSL sendiri.

Yang Berhormat Tuan Hassan Alban telah mengingatkan iaitu berkaitan dengan perkara penswastaan ini, beliau meminta supaya kita mengambil pelajaran daripada apa yang telah dialami oleh STMB dan supaya mengelakkan kelemahan- kelemahan. Saya mengucapkan terima kasih atas ingatan itu kerana memanglah seperti saya kata tadi Kerajaan akan sentiasa mengkaji dengan teliti dan mengambil kira segala implikasi dan apabila kita

Page 52: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2973 14 JULAI 1987 2974

rnernbuat sesuatu keputusan kita hendakkan supaya ianya adalah keputusan yang terbaik dan sernua pihak akan diberi peluang rnendapat tawaran dan pilihan akan dibuat berasaskan tawaran Y a% dikernukakan oleh satu-satu syarikat ataupun satu-satu pihak itu. Beliau juga rnenyebut rnengenai adanya irnplikasi politik. Pada pendapat saya dan juga saya rasa Kerajaan lazirnnya tidak rnernpoliticisekan satu-satu projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Mungkin ada pihak-pihak yang rnernpoliticisekannya tetapi saya sangat-sangat berharaplah bahawa kita di pihak Kerajaan moga-rnoga tidak ada perkara ini berlaku. Dan rnengenai Kerajaan supaya jangan lepas tangan, rnemang Kerajaan sentiasa bertanggungjawab dalarn apa juga yang dilaksanakannya dan mudah-mudahan perkara ini tidak akan berlaku.

Yang Berhormat Tuan Haii ~hahayorn telah juga rnernberikai sokongan dan saya rnengucapkan terirna kasih dan telah bercakap begitu panjang lebar di bawah tajuk pindaan Rang Undang-undang Lernbaga Pelabuhan Bintulu. T e t a ~ i banvak daripadanya tidak berkait'an denian bidang kuasa Kernenterian Pengangkutan, saya tidak akan jawablah perkara-perkara yang tidak ada kaitan itu. Tetapi saya inginlah rnenjawab mana-rnana yang berkaitan iaitu kata-kata Yang Berhorrnat itu mengenai barangan-barangan yang dieksport dan yang diirnport itu rnernang benarlah. Mernang banyak, barangan utama yang dieksport dan diirnport rnelalui Pelabuhan Bintulu yang dikendalikan tiap-tiap hari. Saya inginlah rnenyatakan bahawa:

Tahun Kargo LNG Bukan LNG (Ton) (Ton)

1983.. . . 1,382 2,762 1984.. . . 3,531 3,103 1985.. . . 4,473 3,411 1986.. . . 5,315 3,180

Tuan Yang di-Pertua, itu tonnage yang dikendalikan rnelalui Pelabuhan Bintulu ini sahaja rnernbuktikan ianya dari satu rnasa ke satu rnasa rneningkat. Dan barang-barang yang diirnport dan dieksport itu adalah barang-barang rnemang menjadi barang-barang keperluan utama. Yang dieksport rnisalnya gas asli cecair, rninyak rnentah, ammonia, urea, kayu balak, pasir silica dan rninyak sawit. Yang diirnport pula adalah barang- barang pengguna, bahan-bahan binaan seperti sirnen, bitumen, besi keluli dan lain-lain.

Mengenai beliau kata apabila ada satu kegiatan pelabuhan habis rnata pencarian orang-orang di sekitar dan sebagainya; ini kadangkala mernanglah tidak dapat dielakkan tetapi dengan adanya pula pernbangunan pelabuhan dan kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengannya di sekitar kawasan pelabuhan, ianya akan dapat rnewujudkan peluang-peluang pekerjaan di rnana ianya dapat mengganti mata pencarian yang telah hilang iaitu rnata pencarian tradisional bagi penduduk-penduduk yang berdekatan.

Sebenarnya rational penswastaan ialah rneringankan beban kewangan Kerajaan, rnendapatkan khidrnat yang cernerlang, faedah yang banyak kepada Kerajaan dan juga kepada rakyat. Itulah rational penswastaan dan kita yakin bahawa bila ianya kelak dilaksanakan perkara-perkara ini akan dapat dinikrnati.

Yang Berhorrnat Tuan Haji Shaharom juga bertanya kenapa katanya akhir-akhir ini kurang kapal singgah. Tetapi angka yang ada pada saya iaitu berkaitan dengan kapal- kapal yang singgah yang bersabit dengan LNG adalah seperti berikut:

Tahun Bilangan Kapal Yang

Singgah

1983 . . . . . . 25 buah

Page 53: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

Tahun Bilungun Kapal Yung

Singguh

1984 . . . . . . 62 buah 1985 . . . . . . 75 buah 1986 . . . . . . 93 buah 1987 (hingga Mei) . . 45 buah

Ini bererti ianya meningkat dari setahun ke setahun. Ianya bertambah. Ini tidaklah benar mengatakan bahawa semakin kurang kapal singgah. Mungkin agaknya dari segi kapal yang membawa kargo bukan LNG, ada berkurangan sedikit iaitu dibandingkan daripada tahun 1983, 1984, 1985 dan 1986 ianya memang ada berkurangan. Jadi, mungkinlah sebabnya juga seperti yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat itu sendiri ialah kemelesetan ekonomi. Kerana barang-barang bukan LNG ini tadi seperti yang saya sebut ialah barang- barang pengguna. bahan-bahan binaan seperti simen, bitumen, besi keluli misalnya. Jadi, oleh kerana kegiatan ekonomi agak menurun sedikit maka bahan-bahan ini tidaklah banyak dibawa keluar dan masuk. Jadi itulah sebabnya.

Berkaitan dengan grant kepada pelabuhan ini, Kerajaan nanti akan diminta supaya memberikan grant atau bagaimanakah cara harta yang $112 juta kata beliau akan dikendalikan dan sebagainya. Perkara-perkara ini semuanya akan dikaji dan diteliti serta akan disyaratkan apabila penswastaan sebenarnya akan dilakukan kelak. Jadi, pada peringkat kita pada hari ini yang meluluskan Rang Undang- undang ini tidak berbangkitlah perkara-perkara yang dipersoalkan itu. Ianya akan dibincangkan dengan teliti apabila perkara itu timbul nanti semasa benar-benar kita hendak melaksanakan penswastaan.

Mengenai integrasi nasional, Yang Berhormat juga serta Yang Berhormat Senator Law Jack Yoon ada menyebut

mengenai integrasi nasional. Memang kita berharap bahawa apa juga kegiatan yang dilaksanakan oleh Kerajaan akan dapat memupuk integrasi nasional.

Tetapi saya dapati bahawa ada juga pihak yang begitu berasa sensitif apabila Kerajaan Persekutuan melaksanakan sesuatu projek di salah sebuah negeri dalam Malaysia di Malaysia Timur. Tetapi saya berharaplah perkara-perkara seperti ini tidak timbul dan tidak dijadikan soal oleh mana-mana pihak kerana hasrat Kerajaan mewujudkan Pelabuhan Bintulu di Sarawak misalnya adalah untuk membantu membangunkan negeri itu.

Seperti saya sebutkan tadi iaitu apabila terbinanya sebuah pelabuhan maka sudah tentulah kegiatan- kegiatan downstream, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, akan dapat memajukan kawasan di persekitaran pelabuhan tersebut. Jadi dengan itu kita berharap bahawa Kerajaan Persekutuan dapat membantu rakyat di negeri tersebut. Dengan itu, kita harap integrasi nasional akan dipupuk dan akan berterusan.

Beberapa komen daripada Yang Berhormat Senator Azman adalah sebagai ingatan kepada pihak Kerajaan sekiranya pelabuhan ini diswastakan. Tetapi beliau menyebutkan apabila pelabuhan ini terbina, sebenarnya ianya sudah pun terbina dan sudah beroperasi sejak tahun 1983. Maksud penswastaan yang kita pinta ini ialah untuk membolehkannya bila-bila masa kemudian kelak supaya apa juga aktiviti dalam sekitar pelabuhan itu boleh diswastakan. Pelabuhan Kelang tidak diswastakan seluruhnya, hanya khidmat kontenanya sahaja yang baru diswastakan. Jadi perkara ini akan dikaji satu persatu apabila didapati ianya sangat-sangat perlu baharulah ianya dilakukan. Jadi pada ketika ini saya rasa mengenai penswastaan ini

Page 54: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2977 14 JULAI 1987 2978

belum lagilah dihasratkan oleh Kerajaan dan teguran-teguran dan pandangan-pandangan beliau itu menjadi ingatan kami, terutama di Kementerian dan juga kepada pihak Kerajaan yang menyebutkan mengenai perkara penyelewengan, dan juga perkara-perkara yang berkaitan yang memerlukan atau meminta kerjasama di antara Menteri, Timbalan Menteri dan Pegawai- pegawai Kerajaan dengan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Negara, memanglah kami di pihak Kerajaan berbuat demikian. Cuma kita minta juga kalau sekiranya ada apa-apa perkara yang patut ditegur, yang patut ditarik perhatian Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sudilah kiranya menghubungi pihak Kerajaan di mana peringkat jua agar perkara ini dapat kita selesaikan bersama, kerana tanggungjawab ini adalah tanggungjawab kita bersama, kerana Ahli-ahli Yang Berhormat juga adalah pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin-pemimpin masyarakat yang sama-sama bertanggungjawab menentukan bahawa Kerajaan yang kita dokong hari ini mencapai kejayaan yang kita kehendaki.

Yang Berhormat Senator Law Jack Yoon telah menyebut mengenai fasal- fasal yang dimasukkan iaitu memberi kuasa kepada pihak Yang Berhormat Menteri, kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membolehkan mengambil tindakan sekiranya dalam keadaan dharurat, iaitu satu kuasa khas yang diberikan dan mengingatkan juga supaya kuasa ini tidak disalahgunakan dan mereka yang menjalankan tugas-tugas ini mempunyai kewibawaan. Perkara itu memang dalam perhatian, dalam tindakan, dalam ingatan pihak Kerajaan dan pihak Kerajaan sentiasa mengawasi bahawa setiap kakitangannya dan pegawai- pegawainya akan menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan penuh dedikasi, dengan

khidmat yang baik dan cemerlang dan mendatangkan faedah yang banyak kepada rakyat seluruhnya.

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah ulasan atas pandangan-pandangan yang telah diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan sekali lagi saya mengucapkan terima kasih bagi pihak Kerajaan dan insya Allah kita akan dapat melaksanakan tugas bersama- sama hingga berjaya.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masa!ah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

(Tuan Yang di-Pertua mem- pengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang- undang.

Rang Undang-undang dilaporkan rlengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PENERBANGAN AWAM

(PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

4.28 ptg.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Penerbangan Awam 1969 dibacakan kali kedua sekarang.

Page 55: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2979 14 JULAI 1987 2980

Tujuan untuk mengadakan pindaan ini kepada Akta Penerbangan Awarn 1969 ialah bagi rnengadakan peruntukan-peruntukan yang mem- bolehkan Kerajaan melaksanakan penswastaan di rnasa hadapan bagi Jabatan Penerbangan Awarn sarna ada secara rnenyeluruh ataupun secara terhad untuk aktiviti-aktiviti tertentu sahaja.

Peruntukan-peruntukan pindaan yang dicadangkan adalah bagi mernbolehkan Kerajaan melibatkan pihak swasta dalanl pengurusan aktiviti-aktiviti tertentu Jabatan Penerbangan Awarn. Penyertaan pihak swasta ini boleh diadakan di dalarn berbagai bentuk iaitu seperti rnernberi lesen kepada mana-mana pihak untuk rnengusahakan rnana- rnana aktiviti Jabatan Penerbangan Awarn ataupun rnengadakan aturan perkongsian dengan rnana-rnana pihak yang berrninat.

(Datuk Abang Haji Ahmad Urai mempengerusikan Mesyuarat)

Pada rnasa ini Akta Penerbangan Awarn 1969 tidak mengandungi peruntukan spesifik yang rnernboleh- kan Kerajaan rnelaksanakan pen- swastaan. Sejajar dengan dasar Kerajaan untuk menggalakkan pen- yertaan pihak swasta di dalarn ber- bagai aktiviti Jabatan dan agensi Kerajaan, adalah perlu tindakan di- ambil bagi rnewujudkan per- untukan-peruntukan yang rnemboleh- kan di dalarn Akta ini ataupun enabling clauses. Pindaan-pindaan yang dikernukakan adalah bagi tujuan rnewujudkan peruntukan perun- dangan bagi Akta tersebut untuk rnernbolehkan Kerajaan rnelaksana- kan penswastaan dan akan rnerang- kurni aspek-aspek berikut:

(i) rnernberi kuasa terus kepada Yang Berhorrnat Menteri rnernbenarkan atau mernberi lesen kepada rnana-rnana orang atau syarikat untuk menjalankan atau rnengambil

alih aktivit-aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Penerbangan Awarn;

(ii) rnernberi kuasa kepada Jabatan Penerbangan Awam rnenceburi dalarn apa-apa aktiviti perkiraan berkongsi keuntungan, usahasarna dan kerjasama dengan mana-mana orang atau syarikat dan juga untuk rnenubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965;

(iii) orang atau syarikat yang telah diberi kuasa atau diberi lesen tersebut hendaklah mernper- olehi persetujuan Yang Berhormat Menteri sebelum mernbuat apa-apa perubahan dalam segala bayaran yang ada ke atas perkhidmatan yang dilesenkan itu;

(iv) mernberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk mernbuat pelupusan tanah- tanah yang diberi milik kepada Persekutuan, kepada pihak- pihak swasta yang berkenaan untuk digunakan bagi maksud- rnaksud Persekutuan selaras dengan peruntukan Perkara 86 Perlernbagaan; dan

(v) rnernberi kuasa khusus kepada Yang Arnat Berhormat Perdana Menteri atau rnana- mana pegawai yang diberi kuasa khusus olehnya untuk mengambilalih aktiviti yang telah dilesenkan kepada pihak swasta apabila berlakunya darurat atau bagi kepentingan keselarnatan awarn dan untuk tujuan pengarnbilalih tersebut, pampasan yang munasabah akan dibayar.

Pindaan-pindaan untuk memasuk- kan peruntukan penswastaan di dalam Akta tersebut adalah untuk rnenentukan bahawa pihak Kerajaan rnernpunyai perundangan yang sah

Page 56: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2981 14 JULAI 1987 2982

apabila melaksanakhn rancangan penswastaan. Adalah perlu diterangkan di sini bahawa perbekalan-perbekalan penswastaan yang dicadangkan itu adalah merupakan cadangan, dengan izin, enabling clause sahaja untuk digunakan apabila Kerajaan telah membuat keputusan untuk menswastakan Jabatan Penerbangan Awam ataupun mana-mana aktiviti Jabatan tersebut.

Selaras dengan prosedur yang telah ditetapkan bagi rancangan penswastaan, Jawatankuasa Penswastaan yang diwujudkan di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri akan terus menyelaras semua cadangan mengenai penswastaan dan hanya setelah keputusan diperolehi Jawatankuasa tersebut, maka Menteri Pengangkutan dan badan-badan yang berkenaan itu akan menggunakan kuasa di bawah peruntukan-peruntukan yang di- cadangkan itu bagi tujuan melaksanakan keputusan Kerajaan bagi penswastaan tersebut.

Dengan adanya peruntukan sedemikian, rancangan Kerajaan mengenai penswastaan akan dapat dikendalikan dengan lebih licin dan berkesan kerana peruntukan- peruntukan perundangan yang menyokong langkah tersebut sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Kasitah bin Gaddam): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta untuk meminda Akta Penerbangan Awam 1969 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Jaafar Haron.

Tuan Haji Jaafar bin Haron: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun mohon izin bercakap sepatah dua mengambil bahagian dalam Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Penerbangan Awam, 1969 yang mana Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penerbangan Awam (Pindaan) 1987 sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri sebentar tadi.

Tuan Y ang di-Pertua, kenderaan penerbangan ini memanglah satu kenderaan laluan yang penting dari segi perjalanan, pengembaraan atau pengangkutan, bahkan dalam masa peperangan pun lebih lagi pentingnya menggunakan penerbangan untuk mencapai matlamat atau kejayaan mereka. Oleh itu memang sepatutnyalah Kerajaan kita mengemukakan pindaan Rang Undang-undang Penerbangan Awam ini bagi tujuan keselamatan negara dan rakyat kita terutama sekali jika berlaku darurat kerana di zaman negara sedang membangun ini, di zaman rakyat bangun berlumba-lumba ini, dan juga di zaman sains dan teknologi ini, berkemungkinan nanti ada syarikat-syarikat ataupun orang perseorangan yang akan menjalankan syarikat-syarikat penerbangan pula sama ada dalam negeri ataupun menjalankan perkhidmatan sehingga ke luar negeri.

Oleh itu saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri yang berkenaan kerana telah mengemukakan pindaan Rang Undang-undang ini bagi mengawal dan mengadakan panduan bagi kenderaan, pengangkutan penerbangan awam ini supaya rakyclt yangakan menggunakan penerbangan kelak tidak membayar tambang yang terlalu tinggi ataupun lain-lain kemudahan.

Page 57: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2983 14 JULAI 1987 2984

Tuan Yang di-Pertua, pada zaman sekarang ini Jabatan Penerbangan Awam adalah di bawah pentadbiran Kerajaan boleh dikatakan 100%. Jadi, semua pembayaran-pembayaran sama ada tentang kadar sewa atau sewa pendaratan, pembayaran perbatuan udara atau apa yang dikatakan permaliman udara, semuanya ini ditentukan oleh Kerajaan kita. Jadi, melalui proses atau cara yang ada ini mungkin kalau dibawa dalam perniagaan agak mendatangkan keuntungan yang agak lambat sedikit kita terima, kerana di dalam cara sekarang ini ada kapal-kapal terbang kebanyakan tidak membayar apa-apa sewa pendaratan seumpama dalam bahagian Jabatan-iabatan Keraiaan kits,-dalam ~asukBn Polis ataipun askar. Jadi, sudah tentulah dengan adanya penswastaan akan datang ini Kerajaan kita akan dapat hasil yang lebih banyak lagi kerana semua kapal- kapal terbang yang keluar masuk ke mana-mana lapangan terbang di dalam negara kita ini tentulah membayar apa-apa perkhidmatannya. Jadi dengan penswastaan itu kelak mungkin segala perkhidmatan penerbangan dan juga semua projek- projek Yang mendatangkan keuntungan boleh diadakan dalam masa yang tidak berapa lama.

Dalam pada itu, Tuan Yang di- Pertua, Kerajaan kita perlu menggariskan beberapa dasar yang penting khusus untuk keselamatan orang awam dari segi lalulintas ruangan udara kita. Ini hendaklah di bawah kuasa Kerajaan kita loo%, tidak boleh diberi kuasa kepada syarikat yang berkenaan. Kerana keselamatan ruang udara ini kita tidak berkehendakkan seperti yang berlaku di negara-negara luar iaitu ada peristiwa buruk terjadi, ada kapal terbang yang berlanggar di udara. Jadi, kita rakyat Malaysia ini patutlah bersyukur kepada Tuhan kerana keadaan lalulintas ruang udara negara kita Malaysia ini sejak wujudnya

Jabatan Penerbangan Awam sehinggalah ke hari ini, mudah- mudahan berada di dalam keadaan selamat dan tidak berlaku perlanggaran kapal terbang.

Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, sudah sepatutnyalah sa ya mengucapkan tahniah dan terima kasih penghargaan terutama kepada Ketua Pengarah Penerbangan Awam dan semua pengawal lalulintas udara kerana telah menjalankan perkhidmatan yang baik dan cemerlang. Demikian jugalah kepada Menteri Pengangkutan Kementerian yang berkenaan sama ada Menteri yang dahulu dan juga Menteri yang ada sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Jabatan Penerbangan Awam ini akan menuju kepada penswastaan kelak, suka juga saya memberi pandangan jika sekiranya Kerajaan hendak menswastakan Jabatan ini hendaklah Kerajaan meneliti terlebih dahulu sebanyak mana bahagian-bahagian atau perkara-perkaranya diswastakan dan apa-apakah ruang-ruang yang perlu dilepaskan kepada swasta. Saya fikir ada ruang-ruang atau bahagian- bahagian yang tidak boleh dilepaskan kepada swasta, seumpama harta Penerbangan Awam misalnya, sama ada harta tanah ataupun pejabat- pejabat penerbangan. Ini hendaklah dipegang oleh Kerajaan kerana ianya ada hubungan dengan masyarakat di sekeliling lapangan terbang terutama berhubung dengan kehidupan seharian masyarakat di sekelilingnya. Jika sekiranya tempat itu juga diswastakan, maka Kerajaan hendaklah perlu menggariskan undang-undang mengenai apa-apa projek yang perlu dibuat dalam kawasan mereka supaya tidak menjejaskan kehidupan rakyat jelata di sekelilingnya.

Seperkara lagi, Tuan Yang di- Pertua, jika sekiranya Jabatan Penerbangan Awam hendak

Page 58: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2985 14 JULAI 1987 2986

diswastakan, maka pandangan saya hendaklah Kerajaan mengambil semua sekali lapangan terbang dalam negara kita ini mesti diswastakan. Kita tahu dalam Semenanjung ini daripada 9 buah lapangan terbang itu hanya 2 buah sahaja lapangan terbang kita yang menguntungkan, lapangan terbang yang lain itu tidaklah sedemikian. Jadi, janganlah lapangan terbang yang menguntungkan itu sahaja diswastakan, sedangkan yang lainnya tidak. Kerana jika satu dua lapangan terbang itu sahaja diswastakan, maka Kerajaan kita terpaksa memikui beban bagi menyelenggarakan lapangan terbang yang lain, seperti umpamanya di Melaka, Johor Bahru ataupun Ipoh dan lain-lain lagi yang senantiasa menggunakan perbelanjaan operasi yang tinggi jika dibandingkan dengan hasil yang didapati.

Tuan Yang di-Pertua, di negara- negara luar umpama di Eropah, Amerika, Arab dan sebagainya, di negara itu ada syarikat-syarikat yang menubuhkan beberapa lapangan terbang sendiri untuk tujuan barangkali membantu galakan industri pelancongannya. Walaupun per- niagaan itu belum berlaku dalam negara kita ini tetapi tidak mustahil akan wujud. Jadi ini pun Kerajaan perlu juga berhati-hati jika sekiranya ada permintaan-permintaan sama ada daripada orang perseorangan ataupun syarikat-syarikat yang hendak menubuhkan syarikat penerbangan sendiri kerana ini mungkin akan menjejaskan syarikat penerbangan swasta yang mengendalikan lapangan terbang sendiri. Dan jika terpaksa juga Kerajaan membenarkan hendaklah diadakan satu undang- undang atau perjanjian yang mesti dipatuhi.

Tuan Yang di-Pertua, pada akhirnya sebagaimana yang kita maklum dalam negara kita ini di beberapa negara semua telah ada mempunyai landasan terbang kecil

dan saya tahu dan saya faham hanya di Negeri Sembilan sahaja yang belum ada, oleh kerana itu saya suka menyarankan kepada Menteri yang berkenaan supaya memberi perhatian dan pertimbangan untuk mewujudkan landasan terbang kecil umpamanya di Seremban. Saya faham penduduk Negeri Sembilan ini boleh pergi ke Kuala Lumpur ataupun ke Melaka jika mereka berhajat hendak mengembara dengan kapal terbang tetapi kita mesti ambil kira dan bersimpati dengan rakyat di luar bandar untuk memberi kemudahan- kemudahan, untuk bersiar-siar membawa anak-anak mereka, orang- orang kampung yang berhajat menaiki kapal terbang. Jadi, saya fikir tentulah Kerajaan kita tidak mengabaikan pula hasrat penduduk-penduduk luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong Rang Undang- undang ini diluluskan.

Datuk Haji Abang Ahmad Urai: Yang Berhormat Tuan Sivalingam.

4.42 ptg.

Tuan K. Sivalingam: Tuan Yang di- Pertua, saya bangun untuk membahaskan satu Akta untuk meminda Akta Penerbangan Awam.

Saya ingin membangkitkan satu perkara yang mustahak mengenai projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Subang yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Penerbangan Awam selaras dengan keputusan mesyuarat Kabinet dalam tahun 1979. Mengikut feasibility study yang telah diadakan oleh Perunding saya difahamkan bahawa runway atau landasan yang sedia ada pada masa sekarang akan digantikan dengan satu parallel runway atau replacement runway dan satu landasan baru atau second runway akan dibina untuk membolehkan satu lapangan terbang baru yang bertaraf dengan atau lebih

Page 59: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2987 14 JULAI 1987 2988

besar daripada Lapangan Terbang Changi yang diadakan di Subang. Saya mengalu-alukan projek ini kerana ianya selaras dengan perkembangan pembangunan negara keseluruhannya tetapi projek pembesaran ini bukan sahaja melibatkan kos yang besar tetapi juga urusan-urusan pentadbiran dan urusan-urusan kemanusiaan.

Projek pembesaran ini akan melibatkan bukan sahaja pengambilan tanah-tanah yang diduduki oleh tuanpunya tanah berdaftar tetapi juga tanah-tanah kepunyaan Jabatan Penerbangan Awam yang diduduki oleh setinggan-setinggan. Saya berharap usaha-usaha pengambilan tanah akan dijalankan dengan adil dan tanah yang diambil akan digantikan dengan tanah juga di satu kawasan yang sesuai, dan penempatan semula penduduk-penduduk yang terlibat akan dijalankan berperingkat- peringkat dan tidak akan melibatkan kesusahan kepada mereka yang terlibat. Saya juga berharap masalah kemanusiaan akan diberi keutamaan dan kesusahan mereka yang terlibat boleh dielakkan. Dalam pada itu, saya merayu kepada Jabatan Penerbangan Awam untuk memindahkan setinggan- setinggan yang menduduki di kedua kawasan B dan C dengan segera untuk membolehkan kerja-kerja pembangunan Jabatan Penerbangan Awam dilaksanakan. Seperti pihak Jabatan Penerbangan Awam sedia maklum, kawasan B dan C mengandungi Kampung Lembah, Kampung CEB dan Kampung Subang dan rumah-rumah setinggan ber- jumlah lebihkurang 300 bush.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan ini, dalam tahun 1982 lebih- kurang 150 orang setinggan dari kawasan A telah dipindahkan ke rumah murah yang telah dibina di Kampung Subang. Pada masa ini 150 unit rumah daripada rancangan tersebut yang berjumlah 281 unit di- beri kepada setinggan dari kawasan Jabatan Penerbangan Awam dan

bakinya diberi kepada penduduk- penduduk Kampung Subang dan sekitarnya yang layak kerana rumah- rumah tersebut dirancangkan adalah bertujuan untuk faedah orang-orang kampung dan setinggan-setinggan Jabatan Penerbangan Awam.

Sebenarnya pihak Jabatan ~ e n e r b a n ~ a n ~ w a m telah memberi sumbangan kepada Kerajaan Selangor untuk membolehkan pengambilan tapak-tapak yang dikehendaki untuk tujuan tersebut. Rancangan tersebut merupakan satu joint-venture oleh Jabatan Penerbangan Awam dan Kerajaan Selangor tetapi malangnya dalam fasa atau peringkat 2 rancangan tersebut setinggan-setinggan dari kawasan Jabatan Penerbangan Awam tidak diberi peluang lagi dan semua rumah-rumah murah yang akan disiapkan dalam fasa 2 akan diberikan kepada penduduk-penduduk di Kampung Subang dan yang berhampiran sahaja, ini bermakna setinggan-setinggan yang menunggu selama 5 tahun untuk rumah murah tidak dapat dipindahkan dari kawasan Jabatan Penerbangan Awam. Saya suka menarik perhatian pihak Jabatan Penerbangan Awam atas perkara ini dan suka mengingatkan mereka bahawa jika keutamaan tidak diberi untuk memindahkan setinggan- setinggan yang menduduki di kawasan B dan C kepunyaan Jabatan Penerbangan Awam projek-projek di kawasan berkenaan mesti terjejas dan masalah-masalah ini akan bertambah pada masa akan datang.

Oleh yang demikian, saya merayu pihak Jabatan Penerbangan Awam supaya jangan mengenepikan perkara ini. Tindakan mesti diambil untuk memindahkan setinggan-setinggan dari kawasan Jabatan Penerbangan Awam untuk mengelakkan imej negara kita tidak terjejas kerana semua pelawat-pelawat menggunakan jalan-jalan yang berhampiran dengan kawasan setinggan.

Page 60: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2989 14 JULAI 1987 2990

Satu perkara yang mustahak yang saya suka menimbulkan di Dewan ini ialah berkenaan dengan kerusi-kerusi yang telah diadakan untuk kegunaan orang ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Pada pandangan saya kerusi untuk kegunaan orang ramai tidak mencukupi dan orang ramai khasnya mereka yang tua tidak dapat duduk apabila menunggu ketibaan dan kelepasan penumpang-penumpang. Saya berharap pihak Jabatan Penerbangan Awam akan memberi perhatian yang serius atas masalah ini.

Sebelum saya mengakh~r~ ucapan saya, saya suka sentuh sedikit mengenai kemudahan-kemudahan yang sedia ada untuk kegunaan orang ramai yang datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Seperti Ahli-ahli Dewan ini sedia maklum pada masa sekarang ada satu restoran di Tingkat 2 untuk orang ramai tetapi harga minuman dan lain- lain makanan adalah sangat tinggi. Selain daripada restoran tersebut ada satu kantin di sebelah perletakan kereta. Kebanyakan mereka yang datang dari luar negeri tidak tahu bahawa terhadap satau kantin di situ, tambahan pula kantin tersebut sangat kotor dan makanan-makanan yang dijual tidak sesuai. Memandangkan bahawa lebih daripada 5,000 orang pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dan beribu-ribu orang ramai datang tiap-tiap hari, pihak Jabatan Penerbangan Awam mestilah meletakkan satu tapak atau satu kawasan khas untuk gerai-gerai makanan di mana semua pendatang- pendatang boleh membeli minuman dan makanan dengan mudah dengan harga yang berpatutan.

Saya berharap pihak Jabatan Penerbangan Awam akan memberi pertimbangan yang sewajarnya atas keperluan ini dan saya menyokong pindaan Rang Undang-undang ini.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Yang Berhormat Tuan Hassan Alban. Persilakan.

4.51 ptg.

Tuan Hassan Alban bin Haji Sandukong: Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin mengambil bahagian untuk membahaskan berkenaan dengan Akta Penerbangan Awam (Pindaan) 1967.

Seperti Akta-akta yang telah dikemukakan pacia hari semalam, Akta kali ini juga bertujuan dipinda untuk bersedia diswastakan Jabatan Penerbangan Awam. Tidak pula ditetapkan bahagian-bahagian mana yang akan diswastakan, cuma telah disebut aktiviti-aktiviti tertentu yang akan diswastakan.

Tuan Yang di-Pertua, pengalaman di Sabah di mana perhubungan di antara bandar di Sabah itu hanya terbuka melalui lapangan terbang maka saya rasa perkara ini harus diambil perhatian sebelum apa-apa tindakan penswastaan diambil.

Kalau andai kata penyerahan perlu juga diadakan atau telah pun dikenalpasti bahagian-bahagian mana yang wajib atau patut diswastakan, maka keutamaan mestilah diberikan terlebih dahulu kepada MAS---Sistem Penerbangan Malaysia yang ada sekarang ini di mana telah bekerjasama dengan DCA semenjak ianya ditubuhkan beberapa tahun yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengemukakan beberapa persoalan yang ada kaitannya dengan keselamatan negara.

Seperti yang kita ketahui ruang angkasa kita ini ataupun lapangan- lapangan terbang ini adalah pintu masuk, satu daripada pintu-pintu masuk dan keluar daripada negara, maka sebab itu soal keselamatan ini

Page 61: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

299 1 14 JULAI 1987 2992

harus diteliti sebelum apa-apa tindakan diambil untuk menswastakan DCA-Jabatan Penerbangan Awam.

Tuan Yang di-Pertua, semasa saya menjadi Pegawai Daerah pada tahun 1978 di Sandakan, ada satu kejadian di mana seorang warganegara asing telah ditangkap oleh polis dan setelah disiasat beliau membawa filem gambar udara, apa yang berlaku dalam daerah Sandakan. Ini cuma satu contoh bagaimana keselamatan kalau tidak dikawal dari segi udara ini akan menjejas keselamatan negara.

Pada masa itu perkara ini amat hangat dibahas, walaupun hanya di kalangan pegawai-pegawai kerana Malaysia pada waktu dituduh- walaupun tidak berasas tuduhan ini, kononnya membantu pejuang-pejuang Moro dari Filipina. Maka filem telah didapati dalam poket atau kocek seorang warganegara asing di Lapangan Terbang Sandakan. Saya mengetahui masalah ini kerana seperti juga di Semenanjung, seorang Pegawai Daerah itu Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Daerah.

Selain daripada itu, banyak berita kita dengar sana-sini di Sabah di mana dadah-dadah diseludup melalui pintu udara ini kerana ada di antara lapangan-lapangan terbang kecil ini seperti di Semporna, Kudat, di mana pengawalannya tidak begitu rapi, maka saya rasa dari sini ada ruang untuk penyelewengan, kalaupun ada kemungkinan. Sebab itu di Sabah kalau ada penswastaan berkenaan dengan Jabatan Penerbangan Awam ini harus dibuat kajian menyeluruh terutama dari segi keselamatannya.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah mendapat berita-saya harap berita ini tidak betul-yang mengatakan kononnya ruang angkasa Malaysia limpas 40,000 kaki ke atas pengawalannya bukan dibuat oleh negara kita, tetapi dibuat di Singapura. Saya tidak tahu sama ada betul atau tidak, tetapi Menteri

berkenaan boleh menerangkan lebih lanjut di Dewan yang mulia ini kerana selepas 30 tahun rnerdeka seharusnya kita sudah bebas macam burung, tidak lagi udara kita dikongkong oleh negara lain. Dari segi keselamatan perkara ini adalah tidak baik-kalau betul, kerana umpamanya kalau kita diserang oleh orang-orang dari udara dengan menggunakan kapal terbang, pesawat-pesawat jet penyelamat ini, kita tidak mengetahui terlebih dahulu melainkan orang di Singapura lebih tahu dari kita. Kalau perkara ini betul, mintalah Kerajaan membetulkan keadaan ini kerana keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh bertolak-ansur kerana kalau kita sudah kena baru sedar kita akan menjadi hamba seperti yang kita lihat di Afghanistan dan Vietnam Selatan. Jadi, sebelum apa-apa kejadian, Tuan Yang di-Pertua, saya minta Menteri berkenaan untuk menjelaskan, mudah-mudahan tuduhan orang ini tidak betul, merupakan cakap-cakap khabar-khabar angin, kata orang.

Selain daripada itu, di Dewan yang mulia ini saya ingin mengemukakan beberapa kejadian yang berlaku di Sandakan kira-kira beberapa tahun ataupun bulan dahulu di rnana saya rasa wajiblah dibawa kepada pengetahuan Kementerian berkenaan.

Pertama ada seorang pekerja lapangan terbang Bahagian Keselamatan di Sandakan yang telah dilantik menjadi khatib pada sebuah surau di Kampung Tinusa, Sandakan. Pada suatu hari beliau ini tidak dapat datang untuk memberikan khutbah kerana menurut beliau, beliau telah disekat datang oleh majikan (bossnya) seorang sarjan. Lantas saya mengambil surat, menulis secara rasmi dengan menggunakan letter-head Parlimen dan beberapa jam kemudian telah dijawab: Dukacita, dia bilang, tidak boleh. Orang kampung rnarah, Tuan Yang di-Pertua, satu Jabatan Kerajaan yang dikatakan telah mengamalkan penerapan nilai-nilai

Page 62: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2993 14 JULAI 1987 2994

Islam, suatu Jabatan Persekutuan menghalang seorang kakitangannya untuk berkhutbah Jumaat satu kali dalam satu minggu pun dia tidak boleh beri, satu perkara yang mengaibkan.

Saya harap perkara ini akan diambil tindakan dan diberikan arahan kepada semua Jabatan-jabatan di bawah DCA supaya sesiapa juga kakitangan mereka Islam terutamanya yang memegang jawatan dalam masjid- masjid, yang menjadi imam sementarakah ataupun menjadi khatib dibenarkan untuk memimpin jemaah pada hari Jumaat.

Kejadian yang kedua berlaku kira- kira setahun dahulu di mana saya ingin menggunakan kemudahan VIP Room di Sandakan tetapi pegawai berkenaan tidak membenarkan saya masuk. Sedangkan di sini di Kuala Lumpur, bila-bila masa kalau kita mengeluarkan kad kita, kita diterima masuk tetapi bandar kecil macam Sandakan seakan-akan saya seorang asing. Orang Putih dia bagi masuk pula. Perbuatan yang tidak sopan ini tidak seharusnya berlaku. Ini merupakan satu penghinaan kepada Ahli-ahli Dewan Negara ini.

Di masa-masa yang akan datang, saya berharap perbuatan seperti ini tidak akan berlaku lagi dan penyiasatan harus dijalankan supaya satu arahan akan dikeluarkan di mana amalan yang ada di Kuala Lumpur ini akan diteruskan, disamaratakan sampai ke Semporna, Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan sebagainya. Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Yang Berhormat Puan Hajjah Azizah, silakan .

5.01 ptg.

Puan Hajjah Azizah binti ,Haji Mohd. Said: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyokong Rang Undang- undang ini iaitu suatu Akta bernama

Akta untuk meminda Akta Penerbangan Awam 1969 dan saya ingin menyambung sedikit kerana apa yang saya hendak perkatakan telah disebut oleh rakan-rakan dalam Dewan yang mulia ini. Cuma saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan dan tujuan Kerajaan meminda Akta Penerbangan Awam ini adalah disokong kerana apa juga yang dipinda itu adalah bertujuan untuk pembangunan negara khususnya dalam aspek penerbangan awam.

Kita telah mendengar bahawa beberapa buah negara yang telah maju telah herjaya menjadikan penerbangan udaranya sebagai yang terpenting dan murah kepada rakyat di negara mereka. Orang awam boleh menaiki kapal udara pada bila-bila masa sahaja sama seperti menaiki bas dengan bayaran yang murah untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Oleh itu pihak Kerajaan kita mulai hari ini perlu menyusun program-program mengenai pener- bangan awam secara positif untuk lima tahun yang akan datang. Alangkah baiknya rakyat Malaysia dengan tidak payah lagi berlumba- lumba di lebuh-lebuhraya dan membayar tol-to1 yang banyak seperti yang ada sekarang.

Kita yakin Malaysia akan sampai ke tahap itu nanti di mana dari Johor ke Melaka atau dari Kuala Lumpur ke Utara boleh menggunakan kapal udara ataupun penerbangan awam dengan mudah dan selesa, juga dengan tujuan-tujuan pelancongan iaitu pelancong dari luar negeri yang mana negara kita ini akan dijadikan negara pelancongan, khususnya negeri Melaka akan dijadikan negeri pelancongan yakni dengan adanya bandar bersejarah yang akan diwujudkan.

Jadi, dari satu tempat pelancongan ke satu tempat pelancongan yang lain kita boleh menggunakan penerbangan

Page 63: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2995 14 JULAI 1987 2996

udara yang kecil-kecil dan pembinaan lapangan-lapanganterbang yang kecil- kecil hendaklah diperbanyakkan lagi. Contohnya di sini, dari Melaka misalnya dari "Mini-Malaysia" boleh kita terbang ke Gunung Ledang ataupun ke kaki Gunung Ledang di tempat air terjun, dari Gunung Ledang kita boleh pergi ke Pulau Tioman dan dari Pulau Tioman kita boleh pergi ke Lumut dan balik ke Pulau Besar, ke Melaka, balik ke Pulau Langkawi dan balik pula ke Pantai Timur dan kita boleh mengembara dalam satu-dua hari untuk tujuan pelancongan. Jadi, ini boleh menambahkan hasil negara yang pesat dan banyak dari segi sudut kewangan tetapi dalam apa juga bentuk pun sama ada pelancong- pelancong yang datang, tujuan yang terpenting seperti apa yang diperkatakan oleh rakan saya sebentar tadi ialah mengenai keselamatan.

Keselamatan udara sangatlah penting dan sukar hendak dikesan. Dari itu alat-alat pengesan iaitu radar hendaklah lebih diberikan keutamaan, walaupun dalam keadaan kemelesetan ekonomi, kita penting mengadakan ~eruntukan itu kerana kita tidak mahu adanya kita terjumpa dengan perkara- perkara itu walaupun rahsia, kita terjumpa serpihan-serpihan kapal- kapal terbang daripada luar negeri terjunam di sungai-sungai untuk mengintip negara kita. Dengan adanya kelemahan-kelemahan yang tidak dapat dikesan, kapal-kapal- terbang dari manapun untuk mengintip keselamatan kita kerana setiap nyawa kita amat penting, nyawa kita pun perlu dijaga seperti apa yang diperkatakan oleh rakan saya dari Sabah tadi. Keselamatan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri amatlah penting dijaga dan pernah saya katakan keselamatan kita ini umpama darah dalam daging, kalau darah kita kuat, penyakit susah hendak datang, kalau keselamatan dan

pertahanan kia dari darat, laut dan udara kita kuat, musuh-musuh akan takut.

Ini kalau ada serangan daripada luar, keselamatan negaranya lemah, radarnya lemah, lapangan terbang kita terdedah, tepi lautnya terdedah dan sebagainya. Jadi senanglah musuh- musuh dari laut, darat dan udara memasuki negara ini.

Apa yang kita takutkan juga pengedar-pengedar dadah antara- bangsa yang menjadi kaya raya itu boleh menggunakan lapangan- terbang kita untuk mengirim bahan-bahan dadah dengan mudah, bukan sedikit dibawanya tetapi berpikul-pikul, berbeg-beg. Kadang- kala diseludupkan dalam beg-beg Menteri-menteri dan pihak Di Raja benda-benda ini, pada ha1 mereka tak tahu. Bila d i tangkaysaya tak tahu dalam beg ini, saya tak tahu, bukan barang saya. Tetapi semua melalui kapal udara. Kita tidak mahu kelemahan alat pengesan keselamatan ini.

Itulah sahaja rasa saya, tak usahlah saya bercakap panjang, mungkin ada sahabat yang lain lagi. Jadi walau bagaimanapun, saya ucapkan sekali lagi syabas kepada Kerajaan meminda Rang Undang-undang ini. Sekali lagi saya menyokong Rang Undang- undang ini untuk diluluskan. Sekian, terima kasih.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Silakan Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom.

5.07 ptg.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, saya turut sama-sama bangun untuk menyokong suatu Akta untuk meminda Akta Penerbangan Awam 1969 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi.

Page 64: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2997 14 JULAI 1987 2998

Saya tidaklah hendak menyentuh banyak perkara dalam masalah ini, Tuan Yang di-Pertua, hanya saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian yang berkenaan dan Kerajaan khususnya mengenai sistem pembinaan lapangan terbang kita. Saya diberitahu oleh orang-orang yang agak penting yang biasa melawat ke negara-negara lain, lapangan terbang mereka ada hubung kaitnya dengan jalan raya kerana kalaulah lapangan terbang mereka dibom oleh musuh atau ada sabotaj pesawat udara tetap masih boleh mendarat di atas jalan raya yang berdekatan. Tetapi di negara kita setiap jalan raya dibina dengan tiang-tiang lampu, tiang-tiang telefon sepanjang jalan, ada lagi pemisah jalan dengan jejambat- jejambat dan pernidang-pemidang dan macam-macam lagi yang difikirkan. Kalaulah ditakdirkan. kita rninta Allah s.w.t. jauhkan malapetaka kepada negara kita, kalau lapangan- terbang Subang dibom oleh musuh atau ada gerakan sabotaj pesawat udara tidak boleh mendarat di Lapanganterbang Subang dan Lapanganterbang Tentera Udara Sungai Besi juga dibom, tidak boleh mendarat di situ, di mana kapal terbang kita hendak mendarat? " Kerana sepanjang jalan daripada Kelang ke Kuala Lumpur sudah berceracak tiang-tiang lampu, jejarnbat, pintu gerbang dan sebagainya. Jadi, kalau Jalan raya Kelang-Kuala Lumpur itu lapang, bilang-bila masa pesawat udara boleh mendarat. Ini barangkali sesuai dengan apa yang diperkatakan kepada saya oleh orang penting juga supaya perkara ini difikirkan oleh Kerjaan.

Begitu juga dengan lapangan terbang yang lain, keluar sahaja daripada kawasan lapangan terbang kita berhadapan dengan tiang-tiang lampu dengan jejambat dan berbagai- bagai yang tidak membolehkan pesawat untuk turun di atas jalan raya berkenaan. Jadi, ini sepatutnya

difikirkan oleh Kerajaan kerana hanya di dalam Bil ini, di dalam Rang Undang-undang ini dapat saya masukkan perkara ini demi keselamatan negara apabila berlaku ancaman musuh yang tidak semena- mena yang di mana pesawat udara kita akan mendarat, tidak ada tempat lain kerana di sekeliling lapangan terbang sudah ada rumah, estet, ladang dan lombong, tidak ada tempat untuk kapal terbang mendarat.

Jadi, inilah perlu difikirkan, sistem pembinaan lapangan terbang kita untuk jangka masa jika sekiranya berlaku darurat seperti itu sama ada ancaman musuh daripada luar yang kita tidak fikir ataupun berlaku sabotaj daripada dalam negeri yang kita tidak fikir, namun demikian kita minta semoga malapetaka itu tidak akan berlaku. Pihak kejuruteraan, pihak cerdik-pandai yang memberi nasihat kepada Kerajaan untuk pembinaan lebuhraya, jalanraya, lapangan terbang ini semua orang cerdik-pandai, tetapi kata orang yang pentingnya dia lupa masalah ini, lupa masalah kalau airport kita kena bom, di mana kapal terbang hendak mendarat kerana jalan raya, kapal terbang tidak boleh landing di situ.

Jadi, ini perlu difikirkan Tuan Yang di-Pertua, untuk keselamatan, untuk faedah negara dan bangsa kita. Dengan ini, saya menyokong Rang Undang-undang untuk meminda Akta Penerbangan Awam 1969, untuk diswastakan sepertimana maksud- maksud yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekian, terima kasih.

Datuk Haji Abang Ahmad Urai: Yang Berhormat Tuan Tiong Hiew King, sila.

5.11 ptg.

Tuan Tiong Hiew King: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk mengambil bahagian dalam

Page 65: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

2999 14 JULAI 1987 3000

perbahasan di atas Rang Undang- undang untuk meminda Akta Penerbangan Awam 1969.

Pindaan itu bermaksud membolehkan perkhidmatan dan aktiviti Jabatan Penerbangan Awam diswastakan dan sektor private serta orang ramai mengambil bahagian dalam urusan penerbangan awam itu. Langkah itu adalah baik memandangkan bebanan berat yang telah dipikul oleh Kerajaan selama ini dan Perkhidmatan Penerbangan Awam kita yang masih kurang sempurna dibandingkan dengan perkhidmatan penerbangan luar negeri.

Pertama, dengan penswastaan ini Kerajaan kita boleh mengurangkan bebannya, baik dalam pengurusan kewangannya mahupun dari pekerjaan dan pengurusan yang berat, terutama pada ketika ekonomi negara mula mengalami kemelesetan dan hanya mula pulih.

Yang kedua, dengan penswastaan ini syarikat yang akan mengambil dan menjalankan perkhidmatan penerbangan awam itu kelak akan lebih giat berusaha dengan segala daya-upaya, mengemaskinikan pentadbiran dan pengurusan, menyediakan perkhidmatan yang lebih baik agar supaya boleh bersaingan dengan perkhidmatan penerbangan asing serta mendatangkan keuntungan dalam urusan perkhidmatannya. Walau bagaimanapun, perhatian harus diberi kepada peruntukan-peruntukan dalam Rang Undang-undang (Pindaan) ini.

Adalah ditetapkan dalam Bahagian 8 ~ , 2 4 ~ bahawa Menteri berhak mengeluarkan lesen kepada sebarang syarikat, firma, individu atau orang- orang untuk menjalankan perkhidmatan penerbangan. Kerajaan boleh bekerjasama atau berusaha- sama dengan sebarang orang, atau syarikat dalam urusan perkhidmatan itu dan membahagikan bersama

keuntungan atau faedah yang terdapat dari urusan itu.

Berhubung dengan ini saya meminta Kerajaan kita memberi pengawasan dan pengawalan terhadap pelaksanaan penswastaan nati supaya nlempastikan iaitu pengurusan perkhidmatan penerbangan itu diberi kepada perseorangan atau syarikat yang layak, bertanggungjawab dan berupaya menjalankannya. Dengan itu barulah perkhidmatan syarikat penerbangan ini akan mencapai prestasi yang diharapkan serta rakyat dan Kerajaan kita tidak akan mengalami sebarang kerugian kelak.

Selain daripada itu, Tuan Yang di- Pertua, saya hendak menyentuh satu lagi perkara yang ada berkaitan dengan kemudahan-kemudahan penerbangan iaitu pembinaan lapangan terbang baru Sibu.

Tuan Yang di-Pertua, Sibu adalah sebuah bandar kedua besarnya di negeri Sarawak, juga merupakan salah satu pusat aktiviti politik, ekonomi dan kebudayaan. Dan satu titik penduduk-penduduk dari Bahagian- bahagian Ketiga, Keenam dan Ketujuh berkumpul, berpusat dan berpencar.

Memandangkan pentingnya ke- dudukan politik dan ekonomi Sibu di Sarawak, tidak dapat tidak kami merasa iaitu pembangunan infrastruktur dan daerah Sibu khususnya dan di negeri Sarawak amnya masih jauh kurang memuaskan. Umpamanya, Lapangan Terbang Sibu telah lama tidak dapat menampung keperluan perkembangan semasa. Walaupun rancangan pembinaan lapangan terbang baru Sibu dan bagi lain tempat lama telah dibuat, tetapi kemudian ditangguhkan akibat kemelesetan ekonomi negara.

Pada ketika ini ekonomi kita telah mula memulih, keadaan pendapatan negara kita akan bertambah baik, maka saya berharap Kerajaan

Page 66: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

3001 14 JULAI 1987 3002

Persekutuan dapat menimbang semula, melaksanakan rancangan pembinaan lapangan terbang- lapangan terbang baru di Sibu, dan Bintulu dalam masa hadapan yang singkat. Itulah harapan saya dan saya menyokong Rang Undang-undang Penerbangan Awam (Pindaan) untuk diluluskan. Sekian, terima kasih.

Datuk Haji Abang Ahmad Urai: Sila Yang Berhormat Puan Hajjah Salbiah.

Puan Hajjah Salbiah binti Mohd. Akim: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil bahagian sedikit berkenaan dengan pindaan Rang Undang-undang Penerbangan Awam (Pindaan). Pindaan yang akan diluluskan ini ialah supaya pada masa hadapan senang untuk diswastakan. -

Pada pandangan saya, baru sahaja semalam dan tadi kita membahaskan penswastaan Syarikat Telekom, semasa kita pegang masih ada juga yang tidak puas hati dengan tugas- tugas itu. Jadi kita mengharapkan supaya diperbaiki dan diswastakan, sesudah diswastakan ~ e r k a r a ini tidak berbangkit lagi. Maka ini penerbangan pula kita hendak swastakan, undang-undang ini dipinda hari ini untuk diswastakan pada masa yang akan datang, dan dengan kemudahan iaitu sebagaimana kata rakan saya tadi, memberi kuasa kepada Menteri untuk pemberian lesen-lesan ini juga kita kena berhati- hati, kerana pada masa sekarang ini penerbangan awam ini tidak diswastakan, masih dijaga sendiri, tetapi masih banyak yang tidak puas hati daripada segi keselesaan tempat duduk di dalam penerbangan atau keselamatan di bangunan-bangunan lapangan terbang masih tidak dapat dijaga dengan puas hati, masih terancam terutama sekali di lapangan terbang yang besar. Umpamanya, di Pulau Pinang, masih kurang

keselamatan, sebab itu selalu digunakan lapangan terbang untuk penyeludupan barang-barang yang diharamkan oleh negara kita, terutama sekali dadah, macam-macam cara dijalanlan, yang disimpan dalam beg kain, tetapi yang disimpan di dalam perut sendiri pun dapat ditangkap. Jadi kalaulah kita swastakan dapatkah pihak syarikat membuat macam mana yang kita buat? Ini kita kena jaga, mungkin sesudah swasta besok dia rasa dia hendak cari untung sahaja, perkara penting diabaikan maka ini merosakkan imej negara.

Pada hari ini kita terlampau ketatkan undang-undang kita, umpamanya bangunan-bangunan, tzrutama sekali di Lapangan Terbang Bayan Lepas tak dapat orang hendak membuat perniagaan walaupun bilik- bilik bersekat elok, tak boleh, kerana terlalu mahal sewanya, kita terlampau hendak cari untung, langsung tak dapat keuntungan, orang tak mahu hendak sewa-mahal, jadi kurang faedah. Walau bagaimanapun, kita menyokong Rang Undang-undang ini untuk diswastakan pada masa akan datang.

Yang kedua, di dalam penerbangan ataupun di lapangan terbang-lapangan terbang. Kalau kita bezakan lapangan terbang orang negeri lain, kita rasa malu, sebab kebersihan di lapangan terbang-lapangan terbang ini masih kurang kalau kita bezakan dengan negeri lain, padahal kita bercakap siang malam "kebersihan, kebersihan", tetapi masih kurang kebersihan. Ini juga harus diperhatikan. Kalau diswastakan esok bagaimana pula, kita kena kaji yang itu.

Dan lagi keselesaan di dalam penerbangan. Kalau kita naik kapal terbang pada hari ini tak selesa, kalau kita sudah duduk, duduk sahaja, bila hendak berdiri kena bengkok badan, sebab terlampau rapat kerusinya. Ini

Page 67: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

3003 14 JULAI 1987 3004

harus diperhatikan, keselamatan tak ada, hendak berdiri pun tak boleh. Lepas itu, kebersihan ini juga di dalam kapal terbang sendiri tak bersih. Saya baru-baru ini datang agak lucu juga, naik kapal terbang bau petai- "pengak" bau dalam kapal terbang. Bila saya hendak turun. saya katakan kepada peramugari kenapa kapal terbang ini bau petai kuat sangat, tak adakah ditengok orang yang hendak masuk ke kapal terbang tidak dibenarkan membawa petai yang telah dijeruk kerana sangat berbau, bila bercakap wap petai itu masuk. Dalam kapal terbang itu bukan orang-orang kita semua, orang luar negeri pun ada. Jadi pandangan dia inilah sampai dalam kapal terbang pun bau petai. Ini untuk pengetahuan, dan makluman Timbalan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh Rang Undang- undang ini, tetapi sebelum kita menswastakan, kita perbaiki dahulu mana yang kurang itu supaya bila diswastakan nanti orang-orang dapat mengambil perhatian daripada bila kita lepaskan kepada dia.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Y ang Berhormat Tuan Y usoff.

5.24 ptg.

Tuan Mohd. Yusoff bin Haji Md. Nor: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong Rang Undang-undang yang dinamakan Akta Penerbangan Awam (Pindaan) 1987.

Saya menyokong Rang Undang- undang yang dikemukakan di Dewan Negara hari ini. Rang Undang-undang ini membolehkan Kerajaan memberi lesen kepada mana-mana syarikat untuk mengendalikan penerbangan awam di negara kita hari ini. Saya rasa Rang Undang-undang ini dikemukakan kepada Dewan yang mulia ini ialah bagi membolehkan penswastaan di dalam lapangan

penerbangan awam untuk mengendalikan lapangan terbang- lapangan terbang di negara kita oleh syarikat-syarikat awam. Walau bagaimanapun, suka saya menarik perhatian pihak yang berkuasa bahawa penswastaan penerbangan awam ini akan mengakibatkan perkara-perkara yang perlu kita fikir, iaitu tiap-tiap syarikat swasta motif mereka ialah untuk membuat keuntungan, jadi saya takut kalau kita tidak berhati-hati syarikat-syarikat yang akan mengendalikan lapangan terbang akan datang akan mengenakan "charges" ataupun bayaran-bayaran yang lebih tinggi daripada apa yang ada hari ini kerana dalam Rang Undang-undang ini boleh mereka minta kepada pihak Menteri untuk menaikkan bayaran-bayaran yang ada hari ini.

Oleh kerana syarikat-syarikat swasta ini bermotifkan untuk membuat keuntungan, maka saya harap sebarang kenaikan yang akan dikenakan kepada mereka yang menggunakan lapangan terbang akan datang ini tidak akan membebankan sebagaimana yang dikenakan pada hari ini di jalanraya-jalanraya dengan dikenakan tol-to1 yang ada hari ini yang sedikit-sebanyak telah menimbulkan perasaan bebanan kepada rakyat. Yang kedua, saya rasa perlulah di dalam menentukan mana- mana syarikat yang mengendalikan ini tujuan utama hendaklah untuk mewujudkan "efficiency" yang lebih daripada apa yang ada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi yang saya suka sebutkan di sini ialah masalah Lapangan terbang Kota Bharu. Setahu saya sudah ada ura-ura untuk memanjangkan Lapangan terbang Kota Bharu tetapi sehingga sekarang ini masih tidak dilaksanakan sehingga kalau kita naik kapal terbang dan turun di Kuala Lumpur, kita tak terasa hentak turun itu, tetapi siapa- siapa yang pergi Kota Bharu, saya rasa akan terasa kapal terbang terpaksa

Page 68: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

3005 14 JULAI 1987 3006

terhentak turun. Saya rasa ini ialah kerana lapangan terbang itu tidak cukup panjang. Jadi, kerana itu saya rasa Kerajaan perlulah rnengarnbil perhatian untuk rnernanjangkan lapangan terbang yang ada hari ini. Saya takut akan datang keadaan ini akan melibatkan rnalapetaka kepada kapal terbang-kapal terbang yang menggunakan Lapangan terbang Kota Bharu.

Satu perkara lagi yang saya suka sentuh di sini ialah rnasalah keselarnatan di lapangan terbang itu sendiri. Saya telah berkesempatan bercakap dengan mereka yang rnengendalikan, saya tak mahu sebut siapa, tetapi daripada percakapan saya, daripada bualan saya, saya telah diberitahu bahawa acap benar orang telah cuba "test" keselamatan di lapangan terbang, banyak orang-orang yang telah membawa pistol boleh lalu ikut Bahagian Keselarnatan terlepas sehingga sarnpai ke dalam kapal terbang mereka rnengatakan, "ini pistol saya serah di dalam kapal terbang" . Jadi, ertinya keadaan keselarnatan yang ada di lapangan terbang hari ini tidak begitu cukup, mungkin oleh kerana keadaan negara kita ini tidak banyak kes-kes melibatkan "hijack", kita pandang sambil lewa sahaia.

Keadaan ini bagi saya, Tuan Yang di-Pertua, amat rnerbahaya terutarna kalau kita kira setengah lapangan terbang kita itu amat berdekatan dengan negara jiran yang kita tidak tahu bagairnana mereka mengawal orang keluar daripada negara rnereka. Jadi mungkin satu hari kita akan terkejut kerana salah satu daripada lapangan terbang digunakan oleh rnereka yang tidak bertanggungjawab dan rnungkin akan tirnbul kes, dengan izin, hijack dan sebagainya yang bermula daripada lapangan terbang kita kalau kita tidak mengarnbil langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengetatkan keadaan keselamatan di lapangan terbang kita.

Pada rnasa ini rnengikut pengetahuan saya pihak Jabatan Penerbangan Awam mernpunyai pegawai keselamatan rnereka sendiri dan MAS rnempunyai pegawai keselamatan rnereka sendiri dan saya harap pihak yang berkuasa berhati- hati rneneliti perkara ini sarna ada kerjasarna wujud atau tidak di antara pihak keselarnatan yang menjaga keselarnatan daripada Jabatan Penerbangan Awarn dengan pihak MAS. Jadi itulah sahaja ucapan saya, dan saya rnenyokong Rang Undang- undang ini.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Yang Berhorrnat Datuk Haji Nasir bin Haji Manap.

5.32 ptg.

Datuk Haji Nasir bin Haji Manap: Tuan Yang di-Pertua, saya juga bersarna-sarna dengan rakan-rakan menyokong Rang Undang-undang yang dibentangkan bernarna suatu Akta untuk meminda Akta Penerbangan Awarn 1969 dan Akta ini boleh dinarnakan Akta Penerbangan Awarn (Pindaan) 1987.

Tuan Yang di-Pertua, rnemang hasrat Kerajaan, Rang Undang- undang yang dibentangkan ini adalah bertuiuan untuk rnenswastakan perkhidmatan penerbangan awam kepada rnana-mana syarikat, firma dan sebagainya, dan di dalam Akta ini juga rnenekankan pengambilan sernentara sama ada sebahagian atau keseluruhannya jika berlaku apa-apa darurat, ini terrnaktub di dalam Seksyen baru 2 7 ~ . Selain daripada itu rnenekankan juga berhubung dengan perubahan dalarn bayaran yang sedia ada rnaka pihak syarikat atau firma dan sebagainya boleh membuat perubahan dengan mengemukakan kepada Menteri dan diiklankan di surat-surat khabar, ini termaktub di dalarn Seksyen 3.

Tuan Yang di-Pertua, dalam pengarahan menswastakan Syarikat

Page 69: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

3007 14 JULAI 1987 3008

Penerbangan Awam ini, kepada mana-mana syarikat ataupun firma dan sebagainya yang mengambilalih perlu kita mengambil perhatian, ini kita boleh menekankan sebagai seorang yang mengambil sesuatu tugas dalam bentuk perniagaan. Dalam bentuk perniagaan mungkin ada di antara perniagaan yang diambil oleh mana-mana orang, satu di antaranya mendapat kejayaan dan satu di antaranya mungkin tidak berjaya atau gaga1 dalam menjalankan tugas bagi perkhidmatannya berkemungkinan berbagai-bagai masalah yang boleh timbul atas kegagalan mereka khususnya untuk melaksanakan penerbangan awam ini.

Dalam kaedah ini saya memikirkan Kerajaan mesti mengambil perhatian sungguh-sungguh apabila diberikan sesuatu syarikat atau firma menjalankan aktiviti mereka mesti diambil kira apakah akan berlaku sesudah syarikat itu tidak berjaya menjalankan pekhidmatannya.

Dengan ini saya mengesyorkan kepada Kerajaan mestilah pihak Kerajaan menentukan beberapa orang pegawai-pegawai yang mentadbirkan di dalam penerbangan awam itu terdiri daripada orang-orang Kerajaan sendiri misalannya pegawai-pegawai kewangan, pentadbir dan sebagainya mesti dimasukkan atau satu syarat di antara orang-orang yang berjawatan seperti ini mesti pihak syarikat yang berkenaan mengambil untuk bekerja pada syarikatnya dan dibayar gaji oleh mereka kerana masalah ini perlu dilaksanakan apabila kegagalan mereka melaksanakan projek ini maka pihak Kerajaan dengan semudahnya boleh mengambil tindakan yang segera dan menjalankan masalah- masalah seperti yang berlaku kegagalan mereka dan boleh diselesaikan.

Selain daripada itu barangkali kita juga harus mengambil perhatian yang sungguh-sungguh bagi keselamatan

orang ramai dan sebagainya, ini juga pihak Kerajaan menentukan juga pegawai-pegawai yang tertentu mesti diambil oleh pihak syarikat bekerja kepada syarikat mereka misalannya sebagai pegawai penguatkuasaan, pegawai pemeriksaan dan sebagainya. Jadi ini apabila jawatan-jawatan yang kita tekankan supaya mereka ambil maka keselamatan di lapangan terbang itu akan terjaga.

Dalam masalah dua perkara ini saya menekankan yang pertama sekali masalah kegagalan mungkin berlaku oleh pihak syarikat maka Kerajaan boleh bertindak dengan serta merta kerana ada di antara beberapa pegawai daripada Kerajaan yang telah tahu seluk beluk mungkin mereka tahu di mana masalah kegagalannya. Selain daripada itu dalam bentuk keselamatan mesti menekankan supaya nama baik Kerajaan kita tidak terjejas.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada ini saya memikirkan oleh sebab banyak lapangan-lapangan terbang yang ada di dalam negara kita ini seperti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak agak perlu pihak Kerajaan mengambil kira supaya penerbangan awam dapat dibuat dari sebuah lapangan terbang ke sebuah lapangan terbang yang lain yang membolehkan orang ramai pergi daripada satu tempat ke lain tempat dengan begitu mudah dan kalau ada pun telah dibuat sekarang dapat dipertinggikan ataupun dapat diperbanyakkan lagi dari semasa ke semasa. Kita sedar banyak lapangan-lapangan terbang yang ada di dalam negara kita ini seperti di Melaka, seperti di Johor Bahru, Ipoh, Bayan Lepas, Limbang, Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan sebagainya, ini bolehlah pihak Kerajaan boleh mengatur kira bagaimana penerbangan itu dibuat dalam negara Malaysia ini yang memudahkan rakyat pergi daripada suatu tempat ke suatu tempat yang lain dengan menaiki kapal terbang.

Page 70: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

3009 14 JULAI 1987 3010

Tuan Yang di-Pertua, barangkali di sini kita masih menekankan untuk berhasrat bagi menswastakan lapangan terbang yang sedia ada dan kita belum lagi mendengar agak-agak pihak Kerajaan sedang berusaha untuk mewujudkan lapangan terbang yang beium ada untuk diswastakan dan dalam kaedah ini oleh sebab Kerajaan mirip untuk menswastakan dari satu jabatan kepada satu jabatan, kemudian meningkatkan kepada pelabuhan, meningkat kepada lapangan terbang apakah kiranya juga Kerajaan membuat satu Undang- undang bagi membolehkan di mana sahaja di dalam negara kita ini yang kita merasakan boleh dibuat lapangan- terbang kita boleh juga memberikan kepada mana-mana syarikat ataupun firma mewujudkan suatu lapangan terbang yang bermaksud untuk menswastakan kepada mereka.

Jadi yang ini bermaksud lapangan terbang yang telah sedia ada diswastakan dan perlu juga difikirkan lapangan terbang yang belum ada dapat diberikan kepada mana-mana syarikat ataupun swasta untuk diswastakan.

Tuan Ya~lg di-Pertua, dalam masalah prestasi kemajuan akan datang, kita juga harus meletakkan satu perjanjian ataupun peraturan yang kita mesti mengenakan pada mana-mana syarikat ataupun firma yang mereka ingin untuk mengambilalih lapangan terbang itu perlu dibuat satu syarat supaya dalam jangka masa tertentu lapangan terbang yang telah sedia ada itu dapat diperbesarkan mengikut keperluan masyarakat. Apabila mereka telah dapat sesuatu lapangan terbang itu dan penekanan daripada Kerajaan untuk membesarkan lapangan terbang dari masa ke semasa maka ini menunjukkan satu prestasi yang baik kepada Kerajaan ataupun prestasi yang baik kepada syarikat yang berkenaan, kemungkinan dari masa ke semasa lapangan terbang yang sedia

ada ini yang agak tidak begitu besar dapat dibesarkan dari masa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua, setakat inilah yang dapat saya sampaikan di Dewan yang mulia ini. Dengan ini saya menyokong dengan sepenuh- penuhnya Rang Undang-undang yang dibentangkan.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Ada lagi yang hendak bercakap? Sila Yang Berhormat Senator Law Jack Yoon.

5.42 ptg.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Penerbangan Awam 1969 mengenai Fasal 2 Seksyen baru 2 4 ~ . Di sini saya berharap Menteri yang mempunyai kuasa dan kewibawaan ketika menjalankan tugasnya.

Mengenai Fasal 2, Seksyen 2 4 ~ pula, Kerajaan semasa membuat apa- apa perkiraan mengenai ha1 perkongsian untung dan lain-lain seharusnya mengambil kira kepentingan rakyat kita dan juga keutamaan diberi kepada firma-firma tempatan.

Perkhidmatan lapangan terbang juga mesti diperbaiki, layanan yang adil dan bersopan santun mesti diberikan dengan keutamaam diberi kepada, pertamanya para pelancong, keduanya rakyat dan akhir sekali pemimpin-pemimpin negara kita.

Dengan ini saya menyokong Rang undang-undang Penerbangan Awam (Pindaan) .

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Ada lagi Ahli Yang Berhormat hendak berucap? Jika tidak ada, sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberi jawapan. Dipersilakan.

Page 71: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

3011 14 JULAI 1987 3012

5.43 ptg.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah sudi sama-sama membahaskan pindaan Rang Undang- undang Jabatan Penerbangan Awam ini dan telah mengambil masa begitu panjang. Ini bererti bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat semua begitu berminat dan mempunyai hasrat yang baik untuk memperbaiki lagi khidmat- khidmat yang diberikan oleh Jabatan Penerbangan Awam.

Yang Berhormat Tuan Haji Jaafar bin Harun dan juga beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat telah begitu menegaskan mengenai keselamatan. Memanglah ini menjadi perkara utama kepada Jabatan Penerbangan Awam dan Jabatan Penerbangan Awam sentiasa akan terus mengutamakan keselamatan sama ada di dalam kawasan lapangan terbang itu sendiri ataupun di ruang udara.

Mengenai semua lapangan terbang yang diswastakan dan bukan sahaja akan menguntungkan untuk meringankan beban Kerajaan, memang benar dan setiap apa juga usaha yang hendak diambil dan dilaksanakan untuk penswastaan memanglah akan dikaji sedalam- dalamnya oleh Kerajaan dan juga Kementerian dan Jawatankuasa- jawatankuasa yang bertanggung- jawab.

Mengenai membina lapangan terbang di Seremban, Kerajaan pada masa ini tidak ada cadangan disebabkan bahawa di antara Kuala Lumpur dan Seremban terdapat satu highway yang begitu baik sekali yang mana tidak sampai 40 minit dari Kuala Lumpur boleh Sampai ke Seremban.

Yang Berhormat Tuan Sivalingam telah mengemukakan perkara-perkara yang berkaitan dengan tanah-tanah

kepunyaan Jabatan Penerbangan Awam yang telah diduduki oleh setinggan terutamanya. Projek lapangan terbang ini memanglah dari satu masa ke satu masa akan di perluas, run-waynya akan dipanjangkan, dan memang projek ini masih dalam pertimbangan Kerajaan. Ini adalah disebabkan keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan. Apabila ekonomi telah pulih kelak, projek-projek ini akan ditimbangkan dan dilaksanakan.

Mengenai masalah-masalah yang timbul kepada setinggan-setinggan rasa saya bukti yang telah dengan sendiri dinyatakan oleh Tuan Sivalingam tadi di mana satu usahasama antara Jabatan Penerbangan Awam dengan Kerajaan Negeri Selangor yang mewujudkan satu skim rumah kos rendah yang telah dapat menampung begitu ramai setinggan adalah membuktikan bahawa pihak Kerajaan dan Jabatan Penerbangan Awam sendiri tidak mengabaikan mereka itu. Dan insya Allah, masalah-masalah yang ada dan apabila Jabatan Penerbangan Awam perlu mengambil balik menggunakan tanah kepunyaannya, perkara ini akan diselesaikan mengikut sistem dan peraturan yang ada dan akan dikaji kemudian kelak.

Yang Berhormat Puan Hajjah Azizah telah juga mencadangkan supaya pembinaan lapangan terbang- lapangan terbang di bandar-bandar kecil diwujudkan. Ini terpaksalah dikaji dengan teliti dan dibuat pertimbangan yang benar-benar menunjukkan bahawa ianya akan mendatangkan faedah dan akan mendatangkan hasil dan tidak mcrugikan mana-mana pihak. Oleh kerana itu pada masa ini tidak dapatlah pihak Kerajaan menyatakan di manakah bandar-bandar kecil yang boleh ianya mewujudkan lapangan terbang-lapangan terbang pada ha1 cadangan Kerajaan untuk memperbaiki lagi, memodenkan dan

Page 72: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

14 JULAI 1987

mempertingkatkan begitu banyak lapangan terbang yang ada sekarang ini pun dijadikan persoalan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan memang rancangan ini telah diluluskan oleh Kerajaan tetapi oleh kerana kemelesetan ekonomi tidak dapatlah ianya dilaksanakan.

Mengenai keperluan keselamatan sama ada radar, kawalan udara dan sebagainya memang ianya berjalan dengan baik kerana ini adalah satu keperluan bagi organisasi Civil Aviation. Kalau tidak, kita tidak boleh melaksanakan kerja-kerja kita dan penerbangan juga tidak dapat dilakukan dari Malaysia ke negara- negara lain dan untuk masuk ke Malaysia.

Sebenarnya setiap saat, udara kita ini dikawal oleh sistem kawalan udara. Sungguhpun bila kita dongak ke atas langit, kita tengok tidak ada apa-apa benda tetapi di atas itu sama juga sibuknya seperti di bawah. Kalau tidak ada kawalan radar, kalau tidak setiap saat, setiap masa, ada orang-orang atau pegawai-pegawai yang ditugaskan untuk meneliti sudah tentulah banyak berlaku kemalangan di udara pula. Pada hari ini, kita syukur Alhamdulillah, sekali-sekala sahaja terdapat kemalangan di udara dan tidak pula bertempur di antara satu kapal terbang dengan satu kapal terbang. Tetapi ianya terjunam jatuh disebabkan sesuatu kerosakan dan sebagainya. Jadi, janganlah dibimbangkan kerana memanglah usaha kawalan keselamatan udara itu sentiasa dikawal dengan teliti oleh Jabatan Penerbangan Awam.

Yang Berhormat Tuan Hassan Alban teiah mengemukakan mengenai pengawalan ruang udara bukan di bawah Malaysia. Sebenarnya adalah tidak benar maklumat atau tuduhan bahawa Malaysia tidak mengawal ruang udaranya. Malaysia sejak tahun 1976 telah mewujudkan kawasan

kawalan udara atau, dengan izin, flight information regionnya sendiri dan mengawal serta mengendalikan urusan-urusan ini dari paras bawah sehingga ke paras setinggi-tingginya.

Memang ada peruntukan, iaitu di mana sesebuah negara boleh men"de1egate"kan sebahagian daripada ruang udaranya untuk dikendalikan oleh mana-mana negara yang ianya ada perjanjian disebabkan sebab-sebab operasi dan sebab-sebab teknikal. Negara kita Malaysia sendiri pun pernah diberikan atau di "delegateWkan oleh Indonesia dan Brunei untuk mengawal ruang udara Indonesia dan Brunei sebahagian daripadanya. Jadi perkara ini memanglah ada dan boleh dilaksanakan, tetapi bagi Malaysia adalah seperti yang telah saya katakan tadi.

Yang Berhormat Tuan Tiong Hiew King telah mengingatkan juga dari segi penswastaan supaya memberikan kepada syarikat-syarikat yang cekap. Memang itulah dalam ingatan dan juga dalam catatan kami. Mengenai Lapanganterbang Sibu yang baru sebenarnya Kerajaan mempunyai rancangan untuk menaikkan taraf Lapanganterbang Sibu ini untuk menampung penerbangan Boeing 737, tetapi dalam keadaan ekonomi yang ada sekarang ini banyak rancangan- rancangan ini bagi beberapa lapanganterbang di negara kita ini terpaksa ditangguhkan. Begitu jugalah mengenai Lapangan terbang baru Bintulu, juga terpaksa ditangguhkan.

Mengenai harta-harta Jabatan Penerbangan Awam, saya harap Ahli- ahli Yang Berhormat tidak usahlah bimbang, kerana ini berdasarkan syarat-syarat dan juga perkara- perkara yang akan ditentukan dengan telitinya, dengan terperincinya. Insya Allah, harta-harta itu semua, sama ada tanah, bangunan dan sebagainya akan termasuk dalam penjanjian penswastaan itu kelak.

Page 73: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

3015 14 JULAI 1987 3016

Tadi Yang Berhormat Tuan Hassan Alban juga ada menyebut mengenai menggunakan VIP Room, dengan izin. Sebenarnya kalau saya tidak silap, kegunaan bilik-bilik VIP di lapanganterbang-lapanganterbang ini hendaklah dipohon terlebih dahulu atau dibuat booking claim dan apa yang saya tahu bagi Lapangan terbang Subang, sebenarnya bilik-bilik tertentu adalah dikhaskan untuk V.V.I.P. pada bilik-bilik tertentu. VIP ada biliknya, saya tidak dapatlah hendak menyenaraikan di sini kerana saya tidak menyangka perkara ini akan timbul dan ada pula peringkat- peringkatnya siapa-siapa yang boleh menggunakan bilik-bilik VIP ini. Tetapi semua kegunaan ini hendaklah dibuat "booking" atau ditempah terlebih dahulu. Kerana kalau tidak ditempah maka sukarlah pihak Jabatan Penerbangan Awam hendak melayankan permintaan-permintaan kalau ianya mendadak sahaja. Jadi saya akan ambil perhatian perkara ini dan akan menentukan bahawa kejadian seperti ini tidak terjadi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan pemimpin-pemimpin negara kita.

Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom telah bertanya sama ada Kementerian mempunyai sistem pembinaan lapanganterbang. Sistem pembinaan lapanganterbang itu memang ada, iaitu mengkaji, meneliti keadaan ekonomi, keadaan pembangunan negara dan keperluan- keperluan pembangunan negara dan baharulah Kerajaan membuat keputusan sama ada perlu atau tidak satu-satu lapanganterbang itu diwujudkan di sesuatu tempat, iaitu bergantung pula kepada viabilitynya, kerana kalau sudah diwujudkan satu lapanganterbang, diadakan khidmat penerbangan seperti Y ang dicadangkan oleh beberapa Ahli yang Berhormat supaya semua rakyat dapat menggunakan perkhidmatan penerbangan, dapat merasa naik kapal terbang dan sebagainya. Ini bukan

soal hendak merasa naik kapal terbang sahaja, ini soal kita hendak menentukan setiap kali kapal terbang itu berangkat, ianya penuh dan baliknya juga penuh. Begitu juga dari segi muatan barang-barangnya, cargonya, supaya ianya tidak menghadapi kerugian. Jadi perkara- perkara ini semuanya mesti diteliti.

Begitu juga mengenai tambang. Memanglah ramai Y ang memperjuangkan supaya tambang itu murah. Tambang bukan diletakkan ikut sesuka hati sesiapa sahaja. Tambang sesuatu penerbangan itu ditetapkan berasaskan kepada kos-kos yang terlibat dalam sesuatu penerbangan dan di samping itu dikaji juga perbandingannya dengan tambang-tambang perkhidmatan- perkhidmatan penerbangan negara- negara lain supaya tambang kita itu, dengan izin, competitive. Kerana kita tidak mahu kita letakkan sesuatu tambang tiba-tiba tambang itu lebih mahal daripada orang lain, sudah tentu Ahli yang berhormat kata, memang ada di sesuatu sektor tambang kita lebih mahal daripada penerbangan-penerbangan syarikat- syarikat penerbangan negara-negara lain.

Kita tidak boleh membandingkan harga tambang kita dengan tambang- tambang lain kerana tambang ini berasaskan kepada beberapa perkara. Ada yang dikatakan dengan market fare, ada yang dikatakan tambang biasa dan ada tambang khas. Sistem Penerbangan Malaysia juga mempunyai tambang-tambang khas di mana penumpang-penumpang boleh mendapat sehingga 50% diskaun dalam penerangan-penerangannya.

Cuma saya rasa, saya pun sebagai seorang penumpang, sehingga saya masuk dalam Kementerian Pengangkutan, saya tidak tahu ada diskaun 50% yang boleh didapatkan, iaitu kalau kita hendak membuat rombongan pelancongan, hendak

Page 74: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

14 JULAI 1987

melawat Sabah dan Sarawak, misalnya, untuk beberapa tempoh yang tertentu, kita boleh mendapatkan diskaun itu. Tetapi agennya sudah tentulah tidak beritahu kepada kita, kalau beritahu dialah rugi-tidak dapat untung banyak. Padahal pihak MAS sendiri mengadakan diskaun-diskaun ini. Jadi saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat tidaklah patut menuduh pihak MAS dan menyangka bahawa MAS ini tidak bertimbang rasa.

Yang Berhormat Puan Hajjah Salbiah telah juga membincangkan mengenai keselamatan dan juga keselesaan dalam penerbangan dan di lapangan-lapanganterbang. Mengenai keselamatan, apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat tadi itu saya gembiralah, sebab itu bererti bahawa kawalan keselamatan di lapangan terbang Pulau Pinang itu ketat, sampai orang bawa dadah dalam perut pun boleh dikesan. Itu rasa saya begitu baik sekalilah dan tahniah kepada Jabatan Penerbangan Awam. Mengenai keselesaan dalam penerbangan, sebenarnya ruangan yang diberikan untuk tempat duduk Kelas Satu, untuk tempat duduk ekonomi adalah mengikut specifikasi yang ditentukan di peringkat antarabangsa. Jadi tidak salahlah kalau ruang yang banyak itu, cuma kalau badan kita besar sedikit, agaknya kaki kita panjang, memang tidak selesalah, memang tidak seronoklah kita duduk di Kelas Ekonomi.

sendirilah. Lain kali kalau sudah hendak naik kapal terbang tidak usahlah makan samba1 petai, supaya tidak berlaku perkara-perkara ini. Kalau dia bawa petai sahaja rasa saya tidak berbau. Berbeza dengan bawa durian, kalau bawa durian hendak sorok macam mana pun tidak boleh. Tetapi MAS memang tidak beri orang bawa durian, sebab saya sudah cuba sekali hendak bawa durian-tidak boleh, tidak dibenarkan sama sekali kerana bau itu akan mengganggu penumpang-penumpang yang lain. Jadi walau macam manapun perkara- perkara yang telah dibawa ke Dewan ini akan diambil catatan dan di mana yang perlu kita akan mengambil tindakan.

Yang Berhormat Tuan Mohd. Yusof telah menimbulkan masalah penswastaan di mana motif syarikat- syarikat swasta adalah untuk mendapat untung yang paling banyak. Memanglah itu motif mereka tetapi dalam penswastaan ini di mana Kerajaan sendiri mempunyai kuasa untuk menentukan, sebelum penswastaan itu dijalankan. bahawa perkara-perkara misalnya dari segi charge yang dikatakan tadi, dari segi bayaran-bayaran yang dikehendaki itu mesti dikemukakan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan mesti mendapat persetujuan dan kelulusan daripada Yang Berhormat Menteri sendiri sebelum bayaran- bayaran atau charge itu boleh dinaikkan atau boleh ditinggikan dan begitu juga untuk mengurangkannya. Kalau dikurangkan agaknya tidak ada

Mengenai kebersihan, memanglah siapa yang ma;ah, cuma kalau hendak dinaikkan itu ramai orang yang bising. dari satu masa ke satu masa bahkan Memanglah kits herharap bahawa

apabila sahaja mendapat teguran, dengan penswastaan itu kita akan hari-hari penyelia ada meneliti, mewujudkan efficiency, dengan izin, melihatkan bahawa kebersihan itu kerana salah satu rasional tetap wujud di lapanganterbang, tetapi penswastaan ialah supaya kita mengenai bau petai dalam kapal memberikan khidmat-khidmat yang terbang, ini susahlah saya hendak lebih baik dan yang lebih berkesan. katakan. Itu bukan salah Jabatan Penerbangan Awam, bukan salah Memang Lapangan terbang Kota MAS, itu penumpang-penumpang Bharu, memang ada dalam program

Page 75: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

3019 14 JULAI 1987 3020

Jabatan Penerbangan Awarn iaitu rnencadangkan supaya Lapangan terbang Kota Bharu itu dipertingkatkan, dinaikkan tarafnya supaya membolehkan sehingga Airbus boleh turun di landasan kapal terbang itu, Yang Berhorrnat kita kalau turun dari kapal terbang rasa terhentak, kadang-kadang turun di Subang pun terhentak juga. Rasa saya it11 terpulang kepada kepintaran juruterbangnya dan di samping itu landasan yang ada di Lapangan terbang Kota Bharu itu rnemang cukup panjangnya untuk Boeing 707, tidaklah ianya akan membahayakan.

Mengenai mengetatkan kawalan, memanglah kawalan ini sentiasa ada dan s a G kurang faham pula macam mana seseorang-itu boleh lepas bawa pistol kerana kalau kita melalui detector itu. rasa saya kunci pun agaknya ada berbunyi. ada tanda bahawa kita ada bawa satu barang besi. Tetapi mungkin ini agaknya VIP- VIP melalui Bilik VIP pistolnya tidak diserahkan terlebih dahulu, tetapi syukur alhamdulillah. Yang Berhormat kata bila sampai dalam kapal terbang, pistol itu diserahkan kepada juruterbang. Jadi perkara ini juga saya ambil perhatian yang berat supaya tidak ada mana-many pihak yang mengambil kesempatan di atas kemudahan-kernudahan yang ada pada mereka.

Yang Berhormat Datuk Mohd. Nasir juga bersama-sama menyokong dan menekankan dua perkara iaitu dalam penswastaan supaya satu kalau syarikat itu berjaya, satu kalau syarikat itu gagal dan telah mencadangkan beberapa langkah- langkah yang patut diambil oleh Kerajaan untuk menentukan perkara- perkara ini tidak berlaku ataupun dapat mengawal keadaan-keadaan supaya tidak menjadi kegagalan dengan cadangan-cadangan mengenai pegawai-pegawai dan sebagainya. Begitu juga mengenai keselamatan, jadi saya mengucapkan terima kasih.

Akhir sekali Yang Berhormat Senator Law Jack Yoon telah mengingatkan mengenai kuasa-kuasa diberikan kepada Menteri dan juga pegawai-pegawai supaya mereka itu rnenjalankan tugas dengan penuh kewibawaan dan juga mengingatkan sekali lagi bagi kepentingan rakyat supaya keutamaan diberikan kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang baik, layanan yang sopan-santun terutama kepada pelancong- pelancong, kepada rakyat dan juga kepada pemirnpin-pemimpin.

Sernua pandangan-pandangan, cadangan-cadangan dan syor-syor daripada Ahli-ahli Yang Berhormat selain daripada yang telah dapat saya jawab tadi, adalah dalam catatan kami dan akan diambil tindakan di mana yang wajar dan saya sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membincangkan pindaan Rang Undang-undang ini dan juga rnenyokong kepadanya untuk diluluskan.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

(Datuk Abang Haji Ahmad Urai mempengerusikan Ja watankuasa)

Fasal 1 hingga 3 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang- undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Page 76: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

3021 14 JULAI 1987 3022

RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN PERHUTANAN

MALAYSIA (PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

6.08 ptg.

Timbalan Menteri Perusahaan Utama (Tuan Alias bin Md. Ali): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Suatu Rang Undang-undang bernama Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (Pindaan) 1987 bagi tujuan membolehkan Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (LPPPM) mengadakan skim pinjaman perumahannya sendiri, dibacakan bagi kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia, 1985 telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada bulan April 1985 dan telah berkuatkuasa mulai lhb Oktober, 1985. Akta ini telah menukarkan status Institut Penyelidikan Perhutanan Jabatan Perhutanan (FRIM) kepada sebuah badan berkanun Persekutuan yang dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan, 1985 ini perlu dipinda untuk membolehkan kakitangan Institut Penyelidikan perhutanan Malaysia yang menjadi pelaksana keputusan-keputusan Lembaga menikmati skim pinjaman perurnahan yang merupakan- satu daripada syarat-syarat perkhidmatan yang ditawarkan kepada kakitangan Institut Penvelidikan Perhutanan.

Seperti yang termaklum, pihak Perbendaharaan cuma boleh meluluskan pinjaman perumahan kepada kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan atau Negeri dan Badan-badan Berkanun serta Kuasa- kuasa Tempatan yang telah menyerahkan skim pinjaman perumahan mereka kepada Perbendaharaan sebelum l0hb Ogos, 1982. Lembaga yang cuma ditubuhkan dalam tahun 1985 secara automatik belum melakukan perkara ini, malah tidak berkesempatan untuk berbuat demikian.

Untuk menunaikan janji Lembaga kepada kakitangan-kakitangan IPP yang telah memilih berkhidmat dengan Lembaga, maka perlulah disediakan Skim Pinjaman Perumahannya sendiri kepada kakitangannya.

Tuan Yang di-Pertua, adalah dicadangkan iaitu untuk memberi kuasa kepada Lembaga mengadakan Skim Pinjaman Perumahannya, seksyen 15 (3) (d) Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985 dipinda dengan menambahkan perkataan- perkataan "rumah kediaman" atau sebelum perkataan "kenderaan" dan perkataan-perkataan "oleh Perbendaharaan" di akhir ayat seksyen ini. Dengan pindaan demikian, Lembaga boleh mengadakan Skim Pinjaman Perumahan dan Kenderaan yang syarat-syaratnya ditetapkan oleh Perbendaharaan.

Satu peruntukan sebanyak $2.5 juta telah pun diluluskan kepada Lembaga untuk mengendalikan Skim Pinjaman Perumahannya sendiri mulai tahun 1987. Peruntukan ini akan luput jika tidak digunakan pada tahun ini.

Jabatan ~ u t a i Semenanjung ~ a l a ~ s i a Tuan Yang di-Pertua, saya mohon apabila mereka diminta untuk memilih rnencadangkan. sama ada ingin berkhidmat dengan Lembaga atau kekal di dalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri perkhidmatan Kerajaan Persekutuan (Tuan Kasitah bin Gaddam): Tuan semasa peringkat awal penubuhan Yang di-Pertua, saya mohon Lembaga. menyokong usul itu.

Page 77: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

3023 14 JULAI 1987 3024

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985, dibacakan kali yang kedua sekarang; dan terbuka untuk dibahas. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Jasni.

6.12 ptg.

Tuan R. M. Jasni: Tuan Yang di- Pertua, saya bangun untuk menyertai perbahasan suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia 1985 yang membolehkan Lembaga memikul tanggungjawab bagi mengadakan pinjaman-pinjaman perumahan kepada pegawai-pegawai dan perkhidmatan-perkhidmatan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang mahu saya kemukakan di Dewan ini mungkin tidak berlaku di dalam masalah perhutanan di Malaysia Barat. Tetapi bagaimanapun, saya percaya Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia diwakili oleh Pegawai-pegawai Perhutanan atau Pakar-pakar Perhutanan dari Sabah, sek&anya tidak ada maka Kerajaan haruslah memberi perhatian untuk melantik pegawai atau pakar dari Sabah duduk di dalam Lembaga ini supaya menepati maksud dan tujuan Lembaga Penyelidikan dan Pembagunan Perhutanan Malaysia. Sekiranya ada pegawai dari Sabah maka eloklah apa yang saya utarakan ini dijadikan pertimbangan dalam merumuskan sesuatu penyelidikan perhutanan mengenai perhutanan di Malaysia atau di dalam menggariskan sesuatu dasar perhutanan di malaysia terutama di negeri-negeri yang menjadi pusat pembalakan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai yang dialami oleh Sabah dan mungkin juga sedang dialami oleh Sarawak di mana

orang-orang Penan bangkit untuk menghalang pembalakan di kawasan mereka. Di Sabah juga tentangan yang serupa sudah juga mula dibangkitkan seperti yang tersiar di surat khabar- surat khabar tempatan, orang-orang Murud ini telah mula juga menyuarakan masalah yang sama, ini mugkin gempa di bumi Kenyalang, gemanya terdengar di bumi di bawah lindungan angin bayu atau ada orang menyebut Sabah di bawah angin. Tuan Yang di-Pertua, kejadian yang mula berkocak ini mungkin tidak berlaku hari ini jikalau ia dirumuskan dalam penyelidikan perhutanan awal-awal lagi. Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya dasar mengecualikan kawasan perkampungan orang-orang Asli, di sini dikatakan orang Asli dan saya berharap dan minta maaf mungkin ini tidak berlaku di kawasan-kawasan orang Asli di Semenanjung tetapi bagi di Sabah orang-orang Murud dan di Sarawak sebagaimana kita tahu orang- orang Penan dari dijadikan kawasan pembalakan atau lebih tepat dikatakan dari mengecualikan pengeluaran lesen pembalakan di kawasan perkampungan orang-orang tersebut atau mana-mana juga kawasan yang di duduki oleh manusia.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka gambarkan bagaimana industri pembalakan d i kawasan yang berhampiran dengan perkampungan orang-orang yang saya sebutkan tadi, terutamanya orang-orang Murud di pendalaman membawa malapetaka yang besar ke atas kehidupan mereka. Memang tidak dinafikan industri pembalakan telah membawa perubahan kepada kehidupan orang- orang itu kerana jalanraya atau jalan balak sampai ke kawasan mereka, mereka dapat ke bandar dan orang bandar dapat sampai ke kawasan mereka, yang dahulu terpencil. Ini memang baik jalan raya dapat sampai ke kawasan terpencil. Tetapi apa yang tidak baik, Tuan Yang di-Pertua, kawasan pembalakan itu masuk ke

Page 78: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

3025 14 JULAI 1987 3026

kawasan kampung dan lesen menebang seperti orang-orang di bandar. Mereka kayu-kayu balak itu sampai ke belum boleh hidup di dalam persaingan belakang dapur. Kesan pembalakan terbuka dengan kaum-kaum lain yang serupa ini banyak merubah kehidupan lebih maju. Mereka masih banyak orang-orang Murud dan mungkin juga bergantung dengan keadaan hutan orang-orang Penan di Sarawak dengan sumber-sumber yang terdapat menjadi lebih buruk. Kesannya bila di situ. jentera-jentera berat merabapkan kawasan sekeliling jalanraya-jalan- raya dibuka untuk mengeluarkan balak, tanah merah yang turun dari bukit-bukit mengalir ke sungai apabila hujan dan sungai-sungai yang menjadi sumbar ikan dan air minum menjadi cemar. Kerana sungai-sungai sudah cemar, ikan-ikan tiada lagi membiak dan langsung pupus. Satu daripada sumber penghidupan orang-orang ini telah hilang. Binatang-binatang buruan yang mengandungi protein dalam makanan mereka iuea turut

J "

lenyap kerana binatang-binatang ini telah iari jauh ke belantara, mungkin ke sempadan Malaysia. Tanah-tanah pertanian berhuma menjadi rosak, pokok-pokok buahan hapus, tanah- tanah perkuburan nenek moyang mereka diserang oleh jentera-jentera berat, sedangkan di satu pihak mengaup keuntungan berjuta-juta ringgit dan meninggalkan tunggul- tunggul balak dan kesan-kesan buruk yang disebutkan tadi ditinggal kepada orang-orang ini.

Tuan Yang di-Pertua, mungkin di dalam pertimbangan kita dengan adanya pembalakan di kawasan yang terpencil itu bukan sahaja membuka kawasan-kawasan orang ramai ini dan mereka boleh hidup secara sistem wang iaitu hasil pertanian mereka boleh dibawa ke bandar tetapi juga pendapatan negara dapat bertambah, ini memang saya bersetuju, memang baik tetapi para penyelidik yang menentukan dasar perhutanan tidak harus membuat pertimbangan yang cepat dan ringkas. Pertimbangan lain haruslah diambil kira. Penduduk- penduduk yang biasa tinggal di hutan belantara turun-temurun tidak semudah mengambil sikap seperti tadi

Tuan Yang di-Pertua, saya cadangan kawasan-kawasan per- kampungan orang-orang yang saya sebutkan tadi hendaklah dikecualikan dari lesen pembalakan sekurang- kurangnya 5 batu dari pusat perkampungan. Saya cadangkan juga lesen mengeluarkan atau menebang kayu-kayu balak itu janganlah sampai ke beiakang dapur orang perkampungan ini. Kalau pun ia, hendaklah bagi tujuan atau kepentingan masyarakat ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong di atas pindaan Akta ini.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Ada lagi Yang Berhormat yang hendak berucap? Sila Yang Berhormat Tuan Hassan Alban.

6.20 ptg.

Tuan Hassan Alban bin Haji Sandukong: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan secara kebetulan kami dua orang datang dari Sabah, tetapi beliau daripada pendalaman dan saya daripada pantai timur.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Sila.

Tuan Hassan Alban bin Haji Sandukong: Saya juga ingin turut memberikan pendapat berkenaan dengan Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (Pindaan) ini di mana antara lain tujuannya mengikut Timbalan Menteri tadi ialah untuk memudahkan pegawai-pegawai yang ada berkhidmat dalam Lembaga ini untuk mendapat kemudahan pinjaman perumahan dan mungkin juga untuk kenderaan, cuma saya rasa mereka ini tidak bernasib

Page 79: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

3027 14 JULAI 1987 3028

baik kerana sekarang ini terpaksa membayar 6% kadar pinjaman.

Saya rasa tujuan utama mengadakan pindaan ini ialah untuk memberikan keselesaan kepada kakitangan dalam Lembaga ini dan lazimnya rakyat mengharapkan mereka ini sebagai penasihat dalam penyelidikan dan pembangunan hutan dapat mengeluarkan pendapat-pendapat yang bernas untuk kepentingan semua rakyat di Malaysia ini terutama berhubung dengan hutan dan pembangunan hutan.

Tuan Yang di-Pertua, isu hutan ini sudah lama telah dihebohkan di Sabah, malahan pada tahun 1938 sudah ada kesan-kesan daripada Orang-orang Asli duduk di sana yang tidak sukakan hutan mereka ditebang. Tahun 1938 sudah ada kerana pada masa itu mereka mendapat punca makanan daripada hutan-hutan ini seperti berburu, bertanam tanaman dan se bagainya.

sana dan malangnya orang yang mendapat keuntungan adalah syarikat- syarikat luar.

Memang benar saya dapat sekolah kerana biayaan Yayasan Sabah daripada kayu balak. Walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita ketahui isu ini hangat diperbincangkan selepas delegasi yang datang ke Kuala Lumpur. Mereka yang menentang pembangunan hutan ini rata-rata mengatakan hutan ini akan uupus.

Di sini ada satu artikel yang ditulis oleh Sahabat Alam, kalau saya tidak silap, mengatakan 11 juta ekar hutan belantara tiap-tiap tahun habis ditebang dan mengikut artikel yang ada di sini Malaysia merupakan satu daripada negara-negara yang suka memotong kayu balak dengan tidak ada had dan pembalakan yang tidak dikawal ini telah mengakibatkan pencemaran sungai seperti kata saudara dari Keningau tadi dan ada

Tetapi baru-baru ini banyak sekali yang mengatakan -punca makanan

artikel-artikel ditulis berkenaan orang-orang ini, Orang-orang Asli

dengan hutan yang sudah pupus yang duduk di kawasan berkenaan juga

terutama sekali masalah yang dibawa sudah berkurangan kerana akibat

oleh orang-orang Penan daripada ditebang pokok-pokok yang ada.

Sarawak di mana kita ketahui ada dua Binatang-binatang liar, hidup-hidupan

rombongan. Pertama, datang kemari liar juga ikut pupus kerana tidak ada

menentang, tetapi baru-baru ini di tempat untuk berteduh, kata mereka.

dalam lapangan terbang saya baca satu Maka sebab itu harus dikawal

suratkhabar ada pula kumpulan yang pembalakan mengikut orang-orang ini. - -

menyokong ~ e r a j a a n .

Ini saya tidak hairan kerana dalam mana-mana negara pendapat berbeza seperti ini adalah satu perkara yang biasa dan seperti kata seorang Yang Berhormat di sana, di Sabah perkara ini sudah timbul juga terutama sekali di kawasan beliau', di sebelah Tenom dan Keningau, perusahaan balak kepada kawasan Keningau ini lambat sedikit datang. Pada tahun 1970an baru mulai dibuka, tetapi di kawasan saya Sandakan, Kinabatangan--di mana saya lahir dan dibesarkan, dan di Sugut sekarang ini sudah tidak ada lagi, hampir-hampir tidak ada kayu balak di

Tetapi pihak Kerajaan juga mempunyai alasan tertentu. Kata mereka, terutamanya di Sabah misalnya, 60% daripada hasil datang daripada pembalakan. Kalau ditahan pembalakan ini di mana dapat wang. Bolehkah Kerajaan Persekutuan memberikan lebih banyak kadar dari petroleum kepada negeri Sabah daripada sekarang ini hanya 5%. Jawabnya mungkin tidak. Sudah beberapa kali Ahli dari Sabah berucap di Dewan ini tetapi tidak ada kesan. Dari mana datang wang untuk membangunkan Sabah. Sebab itu pada hari ini di kawasan pantai timur

Page 80: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

3029 14 JULAI 1987 3030

misalnya yang saya katakan tidak ada Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Ahli pembalakan lagi. Sekarang ini kalau Yang Berhormat, saya minta maaf, kita cuba menaiki kereta daripada masa hampir cukup. Esok hari Yang Kota Kinabalu sampai ke Tawau, di Berhormat bolehlah menyambung kiri-kanan ladang-ladang sudah ucapan. dibuka, terutamanya koko di mana Sabah pada hari ini mengeluarkan 65% Tuan Hassan Alban bin Haji daripada koko Malaysia. Ada baru- Sandukong: Terima kasih.

bar; ini saya dengar saranan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pertanian: Sabar, dia kata, salah pada masa ini kerana tidak mengikut peraturan yang dikenakan oleh FAMA tentang menggredkan koko. Bagi pendapat saya, Tuan Yang di-Pertua, pendapat orang dari Sabah harus diambilkira kerana kitalah yang paling banyak mengeluarkan koko di Malaysia ini.

Begitu juga kelapa sawit. Sudah tumbuh di kiri kanan. Saya rasa pengeluar yang ketiga dalam Malaysia ini ialah Sabah, selain daripada negeri Selangor, Johor, Sabah jatuh nombor tiga di Malaysia ini. Semuanya ini dapat kita adakan kerana kita telah tebang dan jual kayu balak. Dalam satu ladang sahaja yang kecil seperti ladang Syarikat Lai Foo Kim di Sandakan 600 orang tempatan dapat pekerjaan daripada ladang ini. Kesemuanya pembangunan ini bukan pembangunan sia-sia tetapi telah membawa satu manfaat juga kepada Malaysia. Sebab itu, Kerajaan dalam menilai isu ini walaupun sudah mendengar pendapat daripada Sahabat Alam di sini dan mendengar daripada pendapat sahabat-sahabat kita daripada Sarawak-Penan, mereka harus menilai.

Memang benar kita wajib mengambil kira pendapat ini kerana pendapat mereka juga mempunyai kebenaran, tetapi Kerajaan harus menimbangkan adakah isu-isu ini benar-benar ditimbulkan kerana keikhlasan untuk mempertahankan kawasan hutan atau telah dipengaruhi oleh tiupan politik yang ingin menentang dasar Kerajaan sahaja. . . . .

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tuan Haji Hussein Ahmad untuk mengemukakan Usul Penangguhan dan persilakan Yang Berhormat.

USUL

PENANGGUHAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Haji Husein bin Ahmad): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 15 (3), Majlis Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang .

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Kasitah bin Gaddam): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

MENDIRIKAN SEKOLAH- SEKOLAH TAMIL

6.30 ptg.

Tuan K. Sivalingam: Tuan Yang di- Pertua, seperti Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini sedia maklum, inilah Ucapan Penangguhan pertama saya dalam Dewan yang mulia ini. Oleh yang demikian, sebelum saya meneruskan ucapan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua atas peluang yang diberi kepada

Page 81: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

303 1 14 JULAI 1987 3032

saya. Pada petang ini saya ingin membangkitkan satu perkara yang mustahak dan penting pada zaman sekarang.

Sebelum Ladang-ladang Bukit Jelutong dan Sungai Renggam di Selangor diambil oleh Kerajaan, dua atau tiga buah sekolah Tamil telah dibina di kedua-dua ladang tersebut. Selain daripada itu, terdapat juga sekolah Tamil di Ladang Midlands, Ladang Sungai Way, Ladang Seaport, Ladang Eftingham dan Ladang Rasak. Malangnya walaupun bandar Shah Alam telah ditubuhkan pada tahun 1964 dan lain-lain ladang yang disenaraikan di atas telah diambil dalam tahun-tahun 70an, sehingga hari ini Kementerian Pelajaran belum mendirikan sebuah sekolah Tamil pun sebagai gantian dan semua sekolah- sekolah Tamil yang terlibat kerana pengambilan ladang-ladang dijalankan di dalam bangunan sementara di kawasan tidak rasmi.

Apa yang saya tidak faham ialah mengapa pihak Kementerian Pendidikan tidak memberikan peruntukan untuk mendirikan bangunan sebagai ganti bagi tiap-tiap sekolah Tamil yang terlibat seperti yang diterangkan di atas.

Saya difahamkan bahawa syarikat See Hoi Chan iaitu pemaju Damansara Jaya telah berjanji kepada Pejabat Pendidikan Selangor bahawa mereka akan menggantikan bangunan sekolah Tamil yang telah ada di kawasan Damansara. Saya juga telah diberitahu bahawa tapak tanah telah pun disediakan. Mengikut perjanjian tersebut, tiga buah bilik darjah mesti dibina oleh pihak pemaju di atas tapak yang dikhaskan untuk sekolah Tamil.

Saya difahamkan bahawa Pejabat Pendidikan Selangor juga telah meluluskan peruntukan untuk membina tiga buah bilik lagi dan tidak ada sebab mengapa bangunan baru masih belum disiapkan, tetapi sehingga

hari ini bangunan yang telah dijanjikan oleh pihak pemaju masih belum lagi dibina dan pada masa sekarang sekolah Tamil di Ladang Eftingham dijalankan deng an sumbangan-sumbangan pekerja-pekerja ladang tersebut dan badan-badan sukarela. Saya ingin menanyakan pihak Kementerian Pendidikan bilakah Kementerian Pendidikan akan mendirikan sekolah- sekolah gantian yang telah dijanjikan?

Adakah tujuan atau dasar Kerajaan untuk mengenepikan permintaan- permintaan dan kehendak-kehendak kaum India di Lembah Kelang, walaupun pekerja-pekerja ladang telah mengorbankan jiwa, darah dan titik peluh mereka untuk membangunkan negara ini. Berkaitan dengan perkara ini saya ingin membangkitkan satu masalah yang dihadapi oleh kaum India di bandar-bandar baru. Saya sedar dan faham bahawa ha1 tanah adalah dalam jagaan Kerajaan Negeri, tetapi sebelum kita boleh meminta atau memohon kepada Kerajaan Negeri untuk memberi tanah, pihak perancang mesti mengadalcan atau memperuntukkan satu tapak sekolah untuk membangun sekolah Tamil apabila menyediakan pelan induk untuk bandar baru. Tanpa peruntukan oleh pihak perancang dalam pelan induk, pihak Kementerian Pendidikan tidak boleh memohon kepada Kerajaan Negeri untuk memberi tanah untuk kegunaan sekolah Tamil.

Apa yang saya tidak faham ialah mengapakah pihak perancang tidak mengambil tindakan untuk memperuntukkan tapak khas untuk kegunaan sekolah di bandar-bandar baru seperti Bandar Shah Alam, Subang Jaya dan Kelana Jaya. Adakah dasar Kerajaan yang menyatakan bahawa pihak perancang tidak boleh khaskan tapak untuk kegunaan sekolah Tamil apabila menyddiakan pelan induk bagi tiap-tiap bandar baru. Jika tidak mengapakah tidak ada peruntukan untuk kegunaan sekolah Tamil dalam pelan induk bagi Bandar

Page 82: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

3033 14 JULAI 1987 3034

Shah Alam, Subang Jaya dan Kelana Keempat buah sekolah tersebut Java dan lain-lain bandar baru. adalah merupakan sekolah bantuan

Apa yang kita boleh lihat pada masa sekarang di Lembah Kelang, pendatang baru yang menikmati kemudahan-kemudahan dan sekolah- sekolah baru, tetapi mereka yang telah lahir, telah mengangkat sumpah dan mengorbankan jiwa mereka untuk membersihkan kawasan hutan rimba selama 80 tahun tidak menikmati kemudahan tersebut. Saya rasa keadaan ini tidak boleh diteruskan dan Kernenterian Pelajaran mesti mengambil tindakan dengan serta merta untuk membetulkan keadaan ini.

Saya merayu kepada Menteri Pendidikan untuk melawat sekolah- sekolah Tamil di ladang-ladang di Lembah Kelang dan menengok sendiri kesulitan-kesulitan yang dialami oleh murid-murid di sekolah-sekolah Tamil. Pihak perancang dan Kementerian mesti mengambil tindakan untuk mengadakan tapak tanah apabila pihak perancang menyediakan pelan induk untuk tiap-tiap bandar baru supaya apa yang telah berlaku di Shah Alam dan lain-lain bandar-bandar baru di Lembah Kelang tidak akan berulang lagi pada masa yang akan datang. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan untuk memberi jawapan.

6.36 ptg.

Timbalan Menteri Pendidikan (Dr Leo Michael Toyad): Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Dalam Ucapan Penangguhan Yang Berhormat Senator K. Sivalingam telah membangkitkan soal berhubung dengan empat buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil di ladang-ladang di Lembah Kelang yang diambilalih oleh pemaju-pemaju perumahan.

modal yang layak menerima peruntukan pembangunan mengikut keperluan dan juga mengikut keupayaan kewangan Kerajaan. Walau bagaimanapun, oleh kerana kedudukan kewangan Kerajaan yang terhad, Kementerian Pendidikan terpaksa menangguhkan dahulu rancangan untuk memberi bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, sekolah yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat itu tadi yang mana pihak pemaju Syarikat Paramount Malaysia Sdn Bhd., dan Jabatan Pendidikan Selangor telah berjanji untuk membina semula ialah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Eftingham. Pihak pemaju bersetuju untuk membina semula empat bilik darjah kerana sekolah yang dirobohkan dahulu hanya mempunyai empat bilik darjah sahaja. Pihak Kementerian Pendidikan bersetuju menambahkan dua bilik darjah lagi oleh kerana pada masa itu difikirkan sekolah berkenaan perlu mempunyai 6 bilik darjah. Berhubung dengan perkara ini, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan surat kuasa pelaksanaan projek yang bertarikh 25hb Februari, 1986 bagi tujuan membina Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Eftingham. Walau bagaimanapun, memandangkan kedudukan kewangan yang tidak mengizinkan, maka rancangan itu tidak dapat dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan soal sama ada Kerajaan mempunyai dasar mengenepikan permintaan- permintaan dan kehendak-kehendak kaum India di Lembah Kelang dan juga sama ada pihak perancang bandar- bandar baru ada memperuntukkan tapak untuk membina Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil. Untuk

Page 83: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

3035 14 JULAI 1987 3036

makluman Ahli Yang Berhormat, tidak mengetahui kesulitan-kesulitan Kementerian Pendidikan sentiasa yang dialami oleh murid-murid di mengarnbil berat di atas permintaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dan kehendak semua kaum termasuk Tamil di Lembah Kelang. Jadi masvarakat India. Kernenterian Pendidikan adalah

Untuk makluman Ahli Yang Berhorrnat juga, dalam pelan induk membina bandar-bandar baru, pihak perancang sememangnya ada memperuntukkan tapak untuk membina sekolah. Walau bagaimanapun, penubuhan sesebuah sekolah adalah berdasarkan kepada keperluan yang wujud di sesuatu kawasan itu setelah mengambil kira beberapa ciri seperti sekolah-sekolah yang ada di sekitar kawasan yang berkenaan yang tidak dapat menampung pertambahan murid di kawasan tersebut.

Ciri kedua, tidak dapat rancangan untuk rnenarnbah bangunan sekolah- sekolah yang sedia ada di kawasan yang berkenaan bagi menarnpung pertambahan murid.

Yang ketiga, masalah pengangkutan dan keselamatan murid-murid untuk berulang-alik ke sekolah-sekolah yang ada di sesuatu kawasan itu.

Yang keernpat, tentulah kita menimbangkan kedudukan kewangan yang kita ada.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan rayuan supaya Menteri Pendidikan melawat Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil yang berada di Lernbah Klang, sukacitanya dirnaklumkan bahawa Menteri Pendidikan sememangnya berhasrat untuk melawat kesernua sekolah terrnasuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.

Oleh kerana pada masa ini terdapat lebih kurang 8,000 buah sekolah di seluruh negara dan juga terdapatnya berbagai rintangan, maka adalah mustahil bagi Menteri Pendidikan untuk membuat lawatan kesernua sekolah. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna Menteri Pendidikan

mempunyai saluran-saluran yang tertentu sebagai pegawai-pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Jemaah- jernaah Nazir Sekolah dan lain-lain bahagian di Kementerian. Pendidikan yang dapat memberikan maklumat kepada Menteri Pendidikan. Jadi maklurnat-maklurnat ini diambil kira dan membuat perancangan dan rnenentukan dasar-dasar pelaksanaan pendidikan di negara ini.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup saya ingin juga menyatakan bahawa masalah yang ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat ini terdapat di semua jenis sekolah dan juga di lain-lain kawasan di negara ini, jadi Kerajaan memberi perhatian yang saksama mengikut keupayaan kepada masalah-masalah seperti ini.

Seperti Ahli Yang Be-rhorrnat ketahui, perkara jika ini tidak dapat kita atasi dengan serta-merta, tetapi Kerajaan akan berusaha untuk mengatasi secara beransur-ansur. Sekian, terirna kasih.

KEBENARAN RAKYAT MALAYSIA MELAWAT NEGERI

CHINA 6.44 ptg.

Tuan Lim Heng Tee: Tuan Yang di- Pertua, walaupun Malaysia boleh dikatakan sebuah negara yang boleh dianggap liberal, namun terdapat sekatan-sekatan dan kawalan-kawalan yang dikenakan ke atas rakyatnya. Di antara sekatan-sekatan ini satu daripadanya yang boleh dianggap tidak realistik dan sudah ketinggalan masa, ialah sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia dalam perjalanan dan lawatan ke Negeri China.

Page 84: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

14 JULAI 1987

Pada satu masa yang lalu Malaysia dan Negeri China tidak ada hubungan rasmi, maka mudahlah difaham mengapa rakyat Malaysia tidak dibenarkan melawat ke Negeri China. Tetapi sekarang ini Malaysia dan Negeri China telah menubuhkan perhubungan rasmi semenjak tahun 1974, maka tidak ada sebarang sebab mengapa disekat perhubungan yang lebih rapat di antara kedua-dua negara dan rakyatnya.

Perjalanan dan lawatan rakyat Malaysia ke Negeri China sepatutnya diliberalkan dan juga dipermudahkan lagi. Pada masa sekarang hanya orang- orang yang sangat tua, yang sangat uzur dan ingin mendapatkan rawatan perubatan, orang-orang yang mempunyai saudara-mara yang rapat di Negeri China dan beberapa orang daripada rombongan perdagangan dan perniagaan yang terpilih sahaja, yang layak membuat permohonan untuk melawat ke Negeri China. Sungguhpun demikian bukanlah kesemuanya akan berjaya dalam permohonan mereka itu. Daripada apa yang saya ketahui sebab-sebab Kerajaan adalah semata- mata sebab-sebab politik sahaja.

Sebab pertamanya, oleh kerana Negeri China adalah sebuah negara komunis, maka rakyat Malaysia yang membuat lawatan ke Negeri China akan mudah terpengaruh. Sekiranya ini benar, mengapakah rakyat Malaysia dibenarkan melawat ke negara-negara komunis yang lain, termasuk Soviet Russia? Satu lagi sebab yang tidak membenarkan perjalanan bebas ke Negeri China ialah sebagaimana yang kita diberitahu kerana terdapat kegiatan-kegiatan subversif komunis di Malaysia. Pada hemat saya ini juga bukanlah sebab yang baik. Ambilkanlah negeri Thai sebagai contoh, ancaman komunis dan subversif di sana adalah lebih hebat daripada di Malaysia. Sungguhpun demikian rakyat negeri Thai adalah bebas melawat ke negeri China pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang

sekatan. Sebahagian besar daripada rakyat Thai adalah daripada keturunan China, namun kasih dan taat setia mereka kepada negara Thai tidak dipersoalkan. Begitu juga dengan Singapura di mana 75% rakyatnya adalah daripada keturunan China. Oleh yang demikian, anggapan yang berasaskan terdapatnya subversif komunis nampaknya tidaklah munasabah.

Pada masa yang lalu Kerajaan pernah menegaskan bahawa perhubungan di antara Malaysia dengan Negeri China hendaklah dihadkan kepada Kerajaan-ke- Kerajaan sahaja. Pada hemat saya ini tidaklah realistik dan sudah pun ketinggalan masa.

Kebelakangan ini Kerajaan kita telah menggalakkan pengaliran perdagangan dan perniagaan di antara Malaysia dan Negeri China.

Sebagaimana kita ketahui perdagangan dan perniagaan adalah usaha swasta dan untuk membolehkan ia berkembang dan tumbuh, perhubungan dan pertukaran secara formal atau informal hendaklah dibenarkan secara bebas dan dengan lebih kerap lagi. Oleh yang demikian mengapakah kita hendak menghadkan perhubungan negara kita dengan Negeri China kepada Kerajaan-ke- Kerajaan? Disebabkan Kerajaan kita terlalu menegaskan perhubungan Kerajaan-ke-Kerajaan inilah yang menyebabkan timbulnya beberapa masalah perdagangan dengan Negeri China.

Perlu juga dinyatakan di sini, bahawa sekatan-sekatan ke atas perjalanan dan lawaran ke Negeri China telah membawa banyak kesusahan dan kehampaan kepada rakyat kita. Kerajaan kita seakan-akan tidak menaruh keyakinan kepada rakyat kita dan kematangan serta kejujuran rakyatnya masih diragu- ragukan. Setengah-setengah orang pula menganggap Kerajaan kita

Page 85: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

3039 14 JULAI 1987 3040

sengaja mendiskriminasikan serta prejudis lama terhadap rakyat keturunan China. Boleh juga dikatakan bahawa dasar in1 mencerminkan Kerajaan kita tidak dapat menyingkirkan prejudis lama dan menyesuaikan dirinya kepada keadaan baru. Mungkin juga Kerajaan kita ada sebab-sebabnya yang tersendiri.

Walau apa sekalipun, saya ingin menggesa Kerajaan kita supaya berikanlah pandangan secara positif terhadap perkara ini. Kerajaan harus tahu rakyat kita adalah cukup matang dan jujur untuk membezakan apa yang baik dan apa yang tidak baik untuk mereka. Ramai penyokong- penyokong komunis sebenarnya adalah mereka yang belum pernah melihat bagaimana komunisme diamalkan. Mereka ini juga belum pernah pijak ke negara komunis untuk melihat keadaan hidup di sana. Ramai yang tinggal di negara-negara komunis seperti Negeri China dan Russia dan telah merasai komunisme sedang mencuba melarikan diri mereka dari tanahair mereka masing-masing.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Ahli Yang Berhormat, masa 7% minit sudah sampai. Saya membenarkan Yang Berhormat menyambung sedikit sahaja, satu minit.

Tuan Lim Heng Tee: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Lihat sahaja orang-orang di Hong Kong, berjuta-juta orang telah melarikan diri dari Negeri China. Komunisme begitu dekat dengan mereka, tetapi mereka tidak juga menjadi komunis ataupun penyokong- penyokong komunis.

Tuan Yang di-Pertua, saya sangat- sangatlah berharap Kerajaan akan menimbang rayuan saya untuk me"libera1"kan rakyat Malaysia membuat lawatan ke Negeri China. Saya rasa tidak apa-apa risiko dari segi keselamatan negara, sebaliknya kita

akan mencapai perhubungan yang lebih baik serta mendapat faedah ekonomi melalui dasar yang terbuka ini.

Dengan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon Kerajaan menimbang rayuan saya ini secara serius.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.

6.53 ptg.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob): Tuan Yang di-Pertua, sebelum dapat Kerajaan menimbangkan butir-butir ucapan yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi, eloklah kita memahami bahawa perhubungan Malaysia dengan RRC masih lagi bertaraf "Kerajan-dengan-Kerajaan". Ini harus kita fahami.

Untuk memahami perkara ini, eloklah diketahui tentang latar- belakang mengapa keadaan ini sedemikian dan eloklah saya senaraikan satu demi satu keadaan- keadaan tersebut:

(i) Aktiviti "Overseas Chinese Affairs Organisation" (OCAO), sama ada di Negeri China sendiri atau di Kedutaan China di luar negeri antara lain bertujuan mendapatkan sokongan masyarakat Cina seberang laut supaya memberi bantuan kepada pemodenan China. Negeri China sendiri masih menganggap orang- orang Cina seberang laut sebagai sama dengan warganegara asing yang berketurunan Cina. Ini menyebabkan semangat "chauvinistic feeling", dengan izin, di kalangan masyarakat Cina seberang laut dapat dipengaruhi dengan senang.

Page 86: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

3041 14 JULAI 1987 3042

(ii) Parti Komunis Malaya mempunyai agen-agen mereka di Negeri China. Agen-agen ini sentiasa mencari peluang untuk membuat perhubungan dengan "overseas Chinese" yang melawat China dengan mempengaruhi mereka supaya menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya.

(iii) Wujudnya "stateless persons of Chinese origin", dengan izin, di Malaysia yang berjumlah hampir 90,000 orang. Pada prinsipnya mereka ini adalah masih warganegara Republik Rakyat China. Negeri china sendiri sudah tentu akan menggunakan mereka ini bagi tujuan-tujuan tertentu, jika diperlukan.

(iv) Dalam pada itu, terdapat pula bekas rakyat Malaysia yang menetap di RRC yang mungkin menjadi agen Parti Komunis Malaya atau Parti Komunis China. Mereka ini akan digunakan untuk mengada dan menjalinkan hubungan dengan warganegara Malaysia bila berpeluang.

(v) Kedudukan Thailand agak berbeza dengan Malaysia. Thailand menghadapi ancaman daripada Parti Komunis Thai dan juga daripada Vietnam. Thailand mungkin berharap dengan melonggarkan hubungan "people-to-people", dengan izin, dengan China akan menyulitkan pihak Vietnam kerana China sendiri bermusuhan dengan Vietnam.

(vi) Malaysia membenarkan warganegara melawat lain-lain negara komunis seperti Russia dengan bebas kerana Parti Komunis Russia tidak menyatakan sokongannya kepada Parti Komunis Malaya.

Namun begitu, walaupun dengan keadaan-keadaan yang sedemikian, kalau kita lihat dari tahun 1980 hingga 1986, Kerajaan telah meluluskan sebanyak 42,667 permohonan daripada warganegara Malaysia yang ingin melawat RRC bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan, sepertimana melawat, menyertai rombongan, menghadiri seminar dan sebagainya. Dan kalau kita lihat tahun 1985 hanya 7,715 orang sahaja yang diluluskan. Pada tahun 1986 angka itu hampir berganda kepada 12,643 orang dan pada masa ini hampir 400 buah syarikat telah dibenarkan menghantar pegawai- pegawainya melawat RRC bagi urusan perniagaan masing-masing. Mana- mana syarikat yang mempunyai alasan- alasan yang munasabah yang memerlukan wakil mereka membuat lawatan yang kerap ke RRC, mereka akan diberikan kelulusan untuk membuat lawatan berkali-kali bagi tempoh di antara 3 hingga 6 bulan bagi setiap urusan yang boleh dilanjutkan bagi tempoh yang sama jika diperlukan.

Daripada penjelasan di atas adalah jelas menunjukkan bahawa tuduhan Ahli Yang Berhormat berkenaan yang mengatakan Kerajaan mengamalkan dasar yang prejudis dan negatif serta mengadakan peraturan yang terlalu ketat adalah tidak benar.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjelaskan dalam Dewan yang mulia ini bahawa Kerajaan telah sanggup menerima risiko keselamatan yang agak tinggi apabila peraturan- peraturan lawatan ke RRC dilonggarkan. Ini kerana negara kita masih diancam oleh Parti Komunis Malaya yang diharamkan. Parti Komunis China masih meneruskan sokongan kepada perjuangan Parti Komunis Malaya walaupun Malaysia merayu kepada RRC supaya memutuskan hubungan tersebut. Kerajaan RRC memahami masalah kita dan menghormati dasar Malaysia terdapat mereka.

Page 87: Hari Selasa MALAYSIA - parlimen.gov.my I Bil. 22 Hari Selasa 14hb Julai, 1987 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH

3043 14 JULAI 1987 3044

Dasar hubungan berlandaskan, hubungan Kerajaan dengan Kerajaan ini akan diteruskan demi kepentingan ekonomi dan keselamatan negara kita. Seluruh rakyat hendaklah memahami akan hakikat bahawa ancaman- ancaman kepada keselamatan negara Malaysia tidak sama yang dihadapi oleh lain-lain negara dan dengan demikian, strategi untuk mengatasi ancaman-ancaman tersebut tentulah juga berbeza. Ini bukanlah bererti Kerajaan harus mengenepikan sama sekali ancaman-ancaman yang dihadapi oleh lain-lain negara, terutama dalam rantau yang sama. Setakat ini belum ada sebarang tanda yang memerlukan Kerajaan mengubah dasar ini. Jika Kerajaan RRC boleh memahami dasar Malaysia dan menghormatinya, Kerajaan tidak nampak sebarang sebab kenapa rakyat Malaysia sendiri gaga1 memahaminya. Kerajaan tidak akan menggadaikan keselamatan negara semata-mata

kerana hanya ingin memenuhi kemahuan segelintir rakyat yang sama ada dengan sengaja atau tidak melepaskan komitmen dan tanggungjawab mereka kepada negara. Sekian, terima kasih. (Tepuk)

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan, bahawa di bawah peruntukan Peraturan Mesyuarat 15 (3) Majlis Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang .

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Datuk Abang Haji Ahmad Urai: Mesyuarat ditangguhkan sekarang hingga jam 2.30 petang hari esok, Rabu 15hb Julai, 1987.

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.00 malam.