guru perlu memupuk kemahiran berfikir

4
Guru perlu memupuk kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan kanak-kanak. Bincangkan kepentingan kemahiran-kemahiran tersebut untuk perkembangan sosio emosi kanak-kanak . Kanak-kanak pada peringkat umur ini sedang memperkembangkan kemahiran berfikir. Perkembangan bahasa berkembang dengan cepat. Mereka sudah boleh memahami simbol dan sosialisasi (Debord dan Hertzler dalam Swadener, 1994). Kemahiran berfikir berkembang apabila kanak-kanak terlibat dalam aktiviti yang memberi peluang mereka menyentuh, merasa, mencampur, memusing dan mencampak. Penerokaan dan keperluan bagi menguji sikap berdikari lebih ketara pada peringkat umur di prasekolah. Berdikari adalah asas tahap emosi pada peringkat awal kanak-kanak. Belajar berdikari adalah cara kanak-kanak membentuk daya inisiatif atau motivasi yang sihat. Kanak-kanak prasekolah mengambil lebih inisiatif dan bersedia belajar serta lebih berobjektif. Mereka memerhati, main peranan dan mula mengumpul dan memproses maklumat (Satter, dalam Swadener, 1994). Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia... Pendidikan Prasekolah merupakan satu pendidikan asas yang memberikan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kanak-kanak. Ianya dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif. Ini kerana pendidikan prasekolah melibatkan kanak-kanak untuk aktif dalam perkembangan kognitif, sosial dan personaliti mereka, tambahan pula perkembangan dan kemahiran ini mempunyai dua kesan positif, iaitu untuk jangka masa panjang pembelajaran kanak-kanak dan dalam jangka masa yang pendek iaitu sewaktu proses pembelajaran dijalankan. Oleh itu, pendidikan asas ini sangat penting bagi membolehkan kanak- kanak menguasai pengetahuan dan kemahiran sejak dari awal lagi. Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...

Upload: lisa-cooper

Post on 30-Sep-2015

20 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

cth

TRANSCRIPT

Guru perlu memupuk kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan kanak-kanak. Bincangkan kepentingan kemahiran-kemahiran tersebut untuk perkembangan sosio emosi kanak-kanak.Kanak-kanak pada peringkat umur ini sedang memperkembangkan kemahiran berfikir. Perkembangan bahasa berkembang dengan cepat. Mereka sudah boleh memahami simbol dan sosialisasi (Debord dan Hertzler dalam Swadener, 1994). Kemahiran berfikir berkembang apabila kanak-kanak terlibat dalam aktiviti yang memberi peluang mereka menyentuh, merasa, mencampur, memusing dan mencampak. Penerokaan dan keperluan bagi menguji sikap berdikari lebih ketara pada peringkat umur di prasekolah. Berdikari adalah asas tahap emosi pada peringkat awal kanak-kanak. Belajar berdikari adalah cara kanak-kanak membentuk daya inisiatif atau motivasi yang sihat. Kanak-kanak prasekolah mengambil lebih inisiatif dan bersedia belajar serta lebih berobjektif. Mereka memerhati, main peranan dan mula mengumpul dan memproses maklumat (Satter, dalam Swadener, 1994).

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...

Pendidikan Prasekolah merupakan satu pendidikan asas yang memberikan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kanak-kanak. Ianya dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif. Ini kerana pendidikan prasekolah melibatkan kanak-kanak untuk aktif dalam perkembangan kognitif, sosial dan personaliti mereka, tambahan pula perkembangan dan kemahiran ini mempunyai dua kesan positif, iaitu untuk jangka masa panjang pembelajaran kanak-kanak dan dalam jangka masa yang pendek iaitu sewaktu proses pembelajaran dijalankan. Oleh itu, pendidikan asas ini sangat penting bagi membolehkan kanak-kanak menguasai pengetahuan dan kemahiran sejak dari awal lagi.

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...

Saya juga bersetuju di atas pandangan yang telah anda berikan. Dalam erti kata lain Pendidikan Prasekolah adalah tahun asas kritis kepada pendidikan selanjutnya. Perkembangan dan kemahiran yang diperolehi kanak-kanak melalui Pendidikan Prasekolah masa kini sekali gus membantu mereka menguasai pelbagai elemen kemahiran seperti perkembangan holistik, bermain sambil belajar, hands-on learning atau mengalami pengalaman sendiri melalui aktiviti, projek, pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, menjalani kaedah mind-mapping dan experiental learning yang berlandaskan pengalaman kanak-kanak dan bukannya belajar melalui hafalan dan menghafaz semata-mata.

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanak-kanak menyusun dan mengutarakan idea serta pengalamannya. Perkembangan dan penggunaan bahasa sangat penting bagi membolehkan kanak-kanak berhubung antara satu sama lain. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja dapat merapatkan perhubungan kanak-kanak dengan orang lain, malah ia membolehkan kanak-kanak membina konsep berkenaan alam dan manusia di persekitarannya.

Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosioemosi yang selamat dan pengalaman yang menggembirakan. Bagi menggalakkan perkembangan bahasanya kanak-kanak perlu digalakkan berhubung. Proses pembelajaran bahasa yang berkesan ialah melalui penerokaan dan pengalaman berinteraksi. Menerusi penerokaan kanak-kanak mendapat idea baru dan meningkatkan pemahaman mereka. Pengalaman yang seperti ini dapat membantu kanak-kanak bercakap serta mengalaminya (sebelum, selepas, semasa berlaku).Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia...Di alam prasekolah, kanak-kanak dapat membina satu kesedaran berkenaan siapakah diri mereka dan apakah yang mereka boleh lakukan . Kanak-kanak yang mempunyai keyakinan percaya bahawa mereka boleh Berjaya pada apa saja yang mereka lakukan dan mereka boleh mendapat bantuan daripada orang dewasa. Kanak-kanak begini ingin mengetahui segala-galanya. Dan suka menyoal soalan seperti, Bayang-bayang datang dari mana? dan bertindak secara positif apabila orang dewasa, menggalakkan mereka mencari soalan yang menyeronokkan mereka. Ada kalanya kanak-kanak prasekolah , mempunyai keyakinan yang terlalu tinggi , dan kerap tersalah anggap berkenaan kebolehan mereka. Pada masa yang sama mereka mudah menjadi kecewa apabila mereka selalu gagal membuat sesuatu tugasan yang diberi. Bagi sebab ini guru hendaklah mempunyai harapan yang realistik berkenaan apa yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak. Guru yang berkemahiran akan melaksanakan kerja-kerja yang digemari oleh kanak-kanak.Menurut Ramlah dan Mahani (2004), Perkembangan sosial kanak-kanak selalunya dikaitkan juga dengan perkembangan emosi. Ini kerana faktir kendiri, emosi dan faktor sosial saling mempengaruhi antara satu sama lain. Selain itu , tumbesaran fizikal dan tahap kognitif juga turut mempunyai hubungkait dengan perkembangan sosial kanak-kanak. Guru perlu memupuk kemahiran berfikir, berkomunikasi dan menyelesaikan masalah kepada kanak-kanak bagi perkembangan sosioemosi mereka kerana kanak-kanak pada peringkat umur ini sedang memperkembangkan kemahiran berfikir. Perkembangan bahasa berkembang dengan cepat. Mereka sudah boleh memahami simbol dan sosialisasi (Debord dan Hertzler dalam Swadener, 1994). Kemahiran berfikir berkembang apabila kanak-kanak terlibat dalam aktiviti yang memberi peluang mereka menyentuh, merasa, mencampur, memusing dan mencampak. Penerokaan dan keperluan bagi menguji sikap berdikari lebih ketara pada peringkat umur di prasekolah. Berdikari adalah asas tahap emosi pada peringkat awal kanak-kanak. Belajar berdikari adalah cara kanak-kanak membentuk daya inisiatif atau motivasi yang sihat. Kanak-kanak prasekolah mengambil lebih inisiatif dan bersedia belajar serta lebih berobjektif. Mereka memerhati, main peranan dan mula mengumpul dan memproses maklumat (Satter, dalam Swadener, 1994).