guru agen sosialisasi

3
1b) Keberkesanan Guru Pendidikan Moral Sebagai Agen Sosialisasi Dalam Pembentukan Insan Bermoral Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Pembentukan Insan Bermoral dan Menangani Isu Serta Masalah Sosial Masyarakat Sosialisasi merupakan proses seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh sesebuah masyarakat bagi membentuk personaliti seseorang untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Sosialisasi dapat membantu seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna. Antara agen yang membentuk dan mempengaruhi sosialisasi ialah guru, keluarga, rakan sebaya, media massa dan komuniti. Namun, agen sosialisasi yang paling utama ialah guru pendidikan moral. Guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab dan peranan yang sangat penting kerana mereka bukan sahaja bertindak sebagai pengajar dan penyampai nilai-nilai murni melalui sesi pembelajaran, bahkan menjadi tauladan kepada murid-murid. Hal ini demikian kerana, guru Pendidikan Moral bukan sahaja mengajar nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi haruslah menghayati serta mengamalkannya. Mereka ialah role model yang menjadi kayu ukur kepada perkembangan moral dari pandangan pelbagai perspektif dan pihak, terutama sekali murid-murid di sekolah tersebut. Sehubungan dengan itu, tugas menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa murid adalah tanggungjawab guru Pendidikan Moral. Maka, di sini guru Pendidikan Moral haruslah bertindak dengan lebih berkesan dalam pembentukan insan bermoral terutamanya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Sebelum mula mengajar, guru Pendidikan Moral haruslah sedar bahawa murid-murid telah mempelajari moral secara langsung atau tidak langsung daripada ahli keluarga dan masyarakat di mana ia tinggal sebelum menjejakkan kaki ke sekolah. Hal ini bermakna, murid tersebut telah mempunyai sikap dan tabiat tentang moral yang dipelajarinya daripada pelbagai pihak sebelum murid tersebut berada di sekolah. Selain itu, guru Pendidikan Moral juga perlulah mempunyai kesedaran bahawa sumber pembelajaran moral murid dapat dipengaruhi oleh faktor persekitaran sekolah. Hal ini merangkumi suasana sosial di sesebuah sekolah, organisasi pentadbiran dan pengurusan sekolah dan juga pengurusan tingkah laku guru itu sendiri. Di samping itu, guru mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah tertanam dalam diri kanak-kanak dan guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan Moral dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral sedia ada pada murid-murid. Guru dikehendaki

Upload: jessica-michael

Post on 13-Jul-2016

2.311 views

Category:

Documents


63 download

DESCRIPTION

Pendidikan Moral

TRANSCRIPT

Page 1: Guru Agen Sosialisasi

1b) Keberkesanan Guru Pendidikan Moral Sebagai Agen Sosialisasi Dalam Pembentukan Insan Bermoral

Guru Sebagai Agen Sosialisasi dalam Pembentukan Insan Bermoral dan Menangani

Isu Serta Masalah Sosial Masyarakat

Sosialisasi merupakan proses seseorang individu mempelajari dan menerima

nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh sesebuah masyarakat bagi membentuk

personaliti seseorang untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Sosialisasi dapat

membantu seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna. Antara

agen yang membentuk dan mempengaruhi sosialisasi ialah guru, keluarga, rakan

sebaya, media massa dan komuniti. Namun, agen sosialisasi yang paling utama

ialah guru pendidikan moral. Guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab dan

peranan yang sangat penting kerana mereka bukan sahaja bertindak sebagai

pengajar dan penyampai nilai-nilai murni melalui sesi pembelajaran, bahkan menjadi

tauladan kepada murid-murid. Hal ini demikian kerana, guru Pendidikan Moral bukan

sahaja mengajar nilai-nilai moral kepada murid-murid tetapi haruslah menghayati

serta mengamalkannya. Mereka ialah ‘role model’ yang menjadi kayu ukur kepada

perkembangan moral dari pandangan pelbagai perspektif dan pihak, terutama sekali

murid-murid di sekolah tersebut. Sehubungan dengan itu, tugas menyemai dan

memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa murid adalah tanggungjawab guru Pendidikan

Moral.

Maka, di sini guru Pendidikan Moral haruslah bertindak dengan lebih

berkesan dalam pembentukan insan bermoral terutamanya ketika sesi pengajaran

dan pembelajaran sedang dijalankan. Sebelum mula mengajar, guru Pendidikan

Moral haruslah sedar bahawa murid-murid telah mempelajari moral secara langsung

atau tidak langsung daripada ahli keluarga dan masyarakat di mana ia tinggal

sebelum menjejakkan kaki ke sekolah. Hal ini bermakna, murid tersebut telah

mempunyai sikap dan tabiat tentang moral yang dipelajarinya daripada pelbagai

pihak sebelum murid tersebut berada di sekolah. Selain itu, guru Pendidikan Moral

juga perlulah mempunyai kesedaran bahawa sumber pembelajaran moral murid

dapat dipengaruhi oleh faktor persekitaran sekolah. Hal ini merangkumi suasana

sosial di sesebuah sekolah, organisasi pentadbiran dan pengurusan sekolah dan

juga pengurusan tingkah laku guru itu sendiri.

Di samping itu, guru mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah

tertanam dalam diri kanak-kanak dan guru haruslah bersedia untuk mengajar

Pendidikan Moral dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral

Page 2: Guru Agen Sosialisasi

sedia ada pada murid-murid. Guru dikehendaki memperkembangkan pengetahuan

moral murid-murid ini dan membimbing mereka semasa pengajaran Pendidikan

Moral. Oleh itu, persekitaran sekolah merupakan tempat di mana pembelajaran

moral kanak-kanak dilanjut dan diperkembangkan ke arah mencapai matlamat

kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi.

Bagi melahirkan insan yang bermoral, guru Pendidikan Moral haruslah

memberi peluang kepada murid untuk menguasai kemahiran-kemahiran tertentu

seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan

masalah dan kemahiran sosial. Pembelajaran kemahiran-kemahiran ini dapat

dijadikan langkah untuk memupuk dan menggalakkan perkembangan moral murid-

murid. Misalnya, murid dapat menilai sesuatu tindakan itu sama ada betul atau tidak

dengan pembelajaran dan penggunaan kemahiran berfikir secara kritikal. Murid juga

dapat menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang lebih baik dan akhirnya

berjaya dalam kehidupan.

Guru Pendidikan Moral juga boleh mempertahankan nilai moral murid yang

cepat terpengaruh dengan rakan sebaya. Dengan pemupukan dan kesedaran

tentang rasionalnya seseorang bertindak dengan penuh sikap moraliti, maka

seseorang murid mampu berubah ke arah kebaikan serta dapat mengelakkan diri

daripada terpengaruh dengan rakan sebaya yang tidak mementingkan pendidikan

moral dalam melaksanakan sesuatu tugas. Sebagai contoh, guru Pendidikan Moral

boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memberangsangkan pemikiran

mereka yang lebih positif. Misalnya, guru boleh mengadakan gotong-royong

membersihkan pantai yang tercemar dengan sampah –sarap untuk mendedahkan

kepada murid tentang perasaan cinta akan alam sekitar dan rasa

bertanggungjawab sebagai seorang anggota masyarakat. Melalui aktiviti sebegini,

murid dapat menggunakan kemahiran yang dikuasai dalam menyelesaikan masalah

tersebut dan meningkatkan kemahiran sosial dengan rakan sebaya. Selain itu, guru

Pendidikan Moral boleh melahirkan nilai kasih sayang, hormat-menghormati dan

berbudi bahasa dalam kalangan murid dengan mengadakan lawatan ke rumah orang

tua yang berdekatan.

Page 3: Guru Agen Sosialisasi

Kesimpulannya, pembentukan sahsiah diri seseorang itu dipengaruhi oleh pelbagai

faktor dalaman dan luaran. Baik dan buruknya bergantung kepada seseorang itu

dimana seseorang perlu teliti sebelum membuat keputusan kerana ia melibatkan

sahsiah diri masing-masing. Guru merupakan insan yang dipertanggungjawabkan

untuk mendidik murid-murid dengan segala ilmu pengetahuan supaya mereka dapat

mengembangkan segala aspek yang ada dalam diri mereka iaitu dari segi jasmani,

emosi, intelek dan sosial. Di atas kepentingan tugas Guru Pendidikan Moral adalah

bertepatan dengan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melahirkan

insan pelajar yang seimbang dalam semua aspek kehidupan mereka.

RUJUKAN

Abd. Rahim Abd. Rashid. (1993). Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum KBSM.

Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka