gaya dan aliran mohd hoessin enas

16
Gaya dan Aliran Mohd Hoessin Enas Beliau berbakat semula jadi dan dikenali sebagai pelukis realistik dan naturalistik dengan menonjolkan figura dan potret yang berlatarkan budaya tempatan. Karya beliau banyak menunjukkan wajah-wajah yang membawa mesej budaya melalui penampilan pakaian dan kegiatan sosial masyarakat Malaysia pada waktu itu dengan menggunakan media pastel dan minyak. Karya Mohammad Hossein Enas dan rakan-rakan sezamannya dalam persatuan Angkatan Pelukis Semenanjung telah meletakkan seni figuratif dalam signifikan semangat nasionalisme. Gaya catan Mohammad Hoessin Enas banyak dipengaruhi oleh pelukis-pelukis Indonesia seperti Basoeki Abdullah dan Hassan Jaafar. Beliau turut menguasai gaya Eropah karya potret realis, dan lukisan potret beberapa Sultan dan ahli-ahli kerabat diraja Malaysia. Karya beliau menggambarkan ideal Melayu kecantikan dan perwatakan.Menghasilkan karya yang menampilkan imej figurative melayu.

Upload: mimi-habib

Post on 10-Aug-2015

129 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

gaya dan alairan

TRANSCRIPT

Page 1: Gaya Dan Aliran Mohd Hoessin Enas

Gaya dan Aliran Mohd Hoessin Enas

Beliau berbakat semula jadi dan dikenali sebagai pelukis realistik dan naturalistik

dengan menonjolkan figura dan potret yang berlatarkan budaya tempatan.

Karya beliau banyak menunjukkan wajah-wajah yang membawa mesej budaya

melalui penampilan pakaian dan kegiatan sosial masyarakat Malaysia pada waktu

itu dengan menggunakan media pastel dan minyak.

Karya Mohammad Hossein Enas dan rakan-rakan sezamannya dalam persatuan

Angkatan Pelukis Semenanjung telah meletakkan seni figuratif dalam signifikan semangat

nasionalisme. Gaya catan Mohammad Hoessin Enas banyak dipengaruhi oleh

pelukis-pelukis Indonesia seperti Basoeki Abdullah dan Hassan Jaafar.

Beliau turut menguasai gaya Eropah karya potret realis, dan lukisan potret

beberapa Sultan dan ahli-ahli kerabat diraja Malaysia. Karya beliau menggambarkan

ideal Melayu kecantikan dan perwatakan.Menghasilkan karya yang menampilkan

imej figurative melayu.

Page 2: Gaya Dan Aliran Mohd Hoessin Enas

A b d u l L a t i f   M a u l a n .

Abdul latif maulan dilahirkan di Pahang di perkampungan Lebu pada tahun

1974.  Be l iau memulakan pend id ikan awal  d i  seko lah   rendah pada

tahun 1981 dan kemudiaanya meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah

Kebangsaan Bentong di Benus. Beliau belajar dalam aliran sains tulen tetapi

lebih berminat kepada seni dan akhirnya menukarkan alirannya kepada seni

tulen dan tamat persekolahan pada 1991. Beliau dapat melanjutkan pelajaran ke

peringkat universiti tetapi terpaksa melupakan hasratnya kerana menghadapi

masalah kewangan. Beliau pernah belajar tentang dunia seni

dan mendapatnasihat daripada pelukis terkenal tanah air seperti Khalil Ibrahim,

Ismail Latif dan Yusuf Ghani dan beberapa orang pelukis lagi

Dilahirkan pada tahun 1974, di kampung yang dipanggil Kampung Lebu,

Bentung, Malaysia. 1991-1999 : Tamat sekolah menengah pada tahun 1991, bekerja

sebagai designer pengiklanan di kompleks membeli-belah dalam pecan kecil di

Bentung. Ditawarkan sebagai pelukis bermastautin dan telah menerimanya. Selain

itu, belajar secara tidak formal berkaitan seni dan artis. Seterusnya, pernah bekerja

separuh masa di Galeri dan bekerja sepenuh masa sebagai Designer Pengiklanan.

Banyak belajar berkaitan dunia seni dengan berjumpa dengan artis Malaysia yang

menarik dan terkenal. Mereka banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar dan telah

memberikan Abdul Latiff Maulan keyakinan untuk menjadi artis sepenuh masa.

Selain itu, telah mengambil bahagian dalam beberapa pameran kumpulan yang

terbukti sangat berjaya.

Page 3: Gaya Dan Aliran Mohd Hoessin Enas

Aliran

Jika kita menatap karya-karya Abd Latif Maulan, ianya memberikan kesan

tampak yang memberangsangkan, terutama untuk memberikan tanggapan apakah

karya yang terbentang merupakan sebuah hasil lukisan atau suatu rakaman foto

yang dicetak pada kanvas. Malah usikan bahawa lukisan beliau merupakan hasil

daripada cetakan foto sentiasa dinafikan dengan menyatakan ia adalah hasil

kreativiti, kehalusan serta penguasaan teknik menggunakan cat minyak dan berus

padakanvas.

Sememangnya karya-karya Abdul Latif Maulan yang berkonsepkan realisme

foto dan realisme kontemporari cuba memberikan suatu kesan tampak setepat

keadaan asal subjek atau objek yang dipilih, sama ada dalam bentuk rakaman

fotografi atau seperti dalam penglihatan mata. Tiada manipulasi teknik cetakan

sebaliknya, ia menuntut kesabaran seniman untuk menekuni kerjanya sehingga

memberikan kesan dan hasil yang diingini.

Page 4: Gaya Dan Aliran Mohd Hoessin Enas

Pointilisme

Pointilisme adalah satu bentuk asal seni yang direka oleh George Seurat. Pointillis

adalah teknik melukis yang terdiri dari sekumpulan tiik-titik kecil yang terbentuk hasil

gabungan titik-titik dalam proses menghasilkan gambar.

Georges Seurat mengembangkan teknik ini pada tahun 1886. Teknik ini

bergantung pada kemampuan mata dan pemikiran penonton untuk berbaur titik

warna ke yang lebih luas dalam menimbulkan nada. Hal ini berkait dengan

divisionisme, varian yang lebih teknis metode ini.Divisionisme berkaitan dengan teori

warna,sedangkan pointilisme lebih terfokus pada gaya tertentu dari sapuan kuas

digunakan untuk menerapkan cat.

Pointilisme adalah teknik lukisan dengan menggunakan titik-titik kecil

berwarna ke atas media gambar. Istilah “Pointillism”sebenarnya diciptakan oleh para

pengkritik untuk gaya lukisan ini pada tahun 1880-an.

Mungkin contoh yang paling terkenal dari Pointillism dapat ditemukan dalam

lukisanSunday Afternoon on the Island of La Grande Jatte, dilukis oleh Georges

Seurat di akhir 1880-an.

Teori Seurat dapat diringkas sebagai berikut: Emosi keceriaan dapat dicapai

dengan dominasi warna bercahaya, dengan dominasi warna-warna hangat, dan

dengan menggunakan garis diarahkan ke atas. Tenang dicapai melalui

keseimbangan /kesetaraan penggunaan cahaya dan gelap, dengan keseimbangan

warna hangat dan dingin, dan dengan garis-garis yang horisontal. Kesedihan dicapai

dengan menggunakan warna-warna gelap dan dingin dan oleh garis menunjuk ke

bawah.

Page 5: Gaya Dan Aliran Mohd Hoessin Enas

Lukisan Teknik Titik

Berdasarkan kajian yang telah dibuat. Teknik ini bergantung kepada keupayaan

mata dan minda seseorang pemerhati untuk mencampurkan warna tompok ke

dalam tona julat penuh. Ia berkait dengan Divisionism iaitu kaedah variasi yang lebih

teknikal. Divisionism adalah berkaitan dengan teori warna, manakala pointillism pula

lebih tertumpu kepada gaya “ brushwork “ yang digunakan untuk mengaplikasikan

cat. Karya yang boleh dilihat ialah seperti hasil kerja Seurat, Signac dan Cross.

Walaubagaimanapun kita juga boleh melihat kepada kerja-kerja awal Andy Warhol

dan seni pop.

Bagi menghasilkan lukisan teknik titik ini, alat yang diperlukan adalah sejenis

pen yang dipanggil pen teknikal atau pen yang menggunakan dakwat basah.

Penggunaan pen mata bola akan memberi hasil yang kurang memuaskan. Karya

Pointilisme memerlukan ketelitian dalam pengerjaannya, selain mementingkan besar

titik yang dibuat juga pembuatan keserasian warna harus tepat sehingga bentuknya

menjadi sempurna.

Selain itu, media yang lebih diguna pakai untuk menghasilkan teknik titikan ini

merupakan media cat minyak berikutan kerana sifat minyak yang dikenali kerana

ketebalan, dan kelebihannya untuk tidak mudah mengalir ke bahagian lain semasa

proses menghasilkan sesuatu catan.

Kesabaran amatlah diperlukan dalam menghasilkan karya jenis ini kerana jika

tidak sabar titik yang terhasil akan menjadi kurang baik dan terbentuk seperti garisan

seperti berekor. Bagi menghasilan lukisan jenis ini, anda perlu menghasilkan struktur

rangka objek terlebih dahulu dan mengenalpasti garisan-garisan pemisah antara ton

cerah, sederhana dan gelap. Mulakan titikan dengan ton yang cerah dan tambahkan

titik-titik sedikit demi sedikit bagi mendapatkan ton yang gelap

Page 6: Gaya Dan Aliran Mohd Hoessin Enas

PENGENALAN SENI VISUAL

Pengertian Seni Visual

Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok, tipis dan

halus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan .Selain itu, seni

juga membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi yang

dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Visual

pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria

penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka.

Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi

sesuatu yang indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui

penglihatan atau pendengaran. Menurut buku Fine art in Islamic civilization

(1981),pemikir islam iaitu imam Al- Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah

melalui pandangan kecantikan dan keindahan.

Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap

indah. Seni memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang

dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan

yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi,

moden dan pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu.

Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambil kira aspek-aspek

formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai

pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi.

Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau

estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun

masyarakat. Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu

yang dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43). Seni

juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan

kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata

(Martin, 1986: 12). Hauser berpendapat, seni adalah komunikasi (1959). Herbert

Read pula menjelaskan bahawa seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang

menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa estetika (1959: 16).

Page 7: Gaya Dan Aliran Mohd Hoessin Enas

Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan

disiplin seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual,

reka bentuk teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi

seni lukis dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu

idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan

ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan

pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang

ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang

digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau

persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka.

Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza

disebut bahan campuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem

yang dirintis pada abad kesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua

puluh, teknologi moden telah menghasilkan media seni visual yang baru seperti

video dan komputer. Sebagai suatu bentuk komunikasi, seni visual menyampaikan

pelbagai maksud yang bertolak daripada pemikiran, perasaan, dan pengamatan

(Preble, Preble dan Frank, 1999).

Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk

seni visual, justeru melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai contoh,

istilah-istilah seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Seni halus

merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan ataupun

estetika, dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan,

seni bina, puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407).Di samping seni halus dan seni

gunaan, terdapat juga istilah-istilah seni tradisi, seni keagamaan, seni moden dan

seni pascamoden. Seni tradisi lazimnya disifatkan sebagai bentuk-bentuk seni yang

diwarisi oleh sesebuah bangsa dengan penampilan ciri-ciri tertentu yang boleh

mencerminkan identiti masyarakat tersebut. Sebagai contoh, identiti dalam kesenian

tradisi Melayu seperti seni ukir, seni tekstil dan anyaman dapat dihayati menerusi

keseragaman motif-motif dan maknanya.

Proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman,

penghayatan & kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti melalui

imaginasi dan konsepsi murid.

Page 8: Gaya Dan Aliran Mohd Hoessin Enas

ISI KANDUNGAN

1. Penghargaan i

2. Pengenalan Seni Visual 1

3. Tokoh Tempatan 3

4. Pointilisme 24

5. Olahan Karya 28

6. Karya Pilihan 37

7. Dokumentasi Penghasilan Karya 38

8. Bibliografi

Page 9: Gaya Dan Aliran Mohd Hoessin Enas

PROSES MENGHASILKAN KARYA POINTILISME

Proses pertama :

Proses pertama dimulakan dengan proses membersihkan papan dengan kertas pasir.

Proses kedua :

Proses kedua adalah melakar lakaran pilihan ke atas

papan.

Page 10: Gaya Dan Aliran Mohd Hoessin Enas

Proses ketiga :

Setelah siap melakar, titikan-titikan kecil dibuat untuk mengahsilkan tona.

Proses keempat :

Setelah siap membuat titikan ke atas lakaran, proses memaku paku ke atas papan pula dilakukan.

Page 11: Gaya Dan Aliran Mohd Hoessin Enas

Proses kelima :

Proses memaku diteruskan sehingga seluruh lakaran dipakukan.

Hasilan terakhir :

Proses penghasilan karya berakhir

Page 12: Gaya Dan Aliran Mohd Hoessin Enas

1 6 15 16 25 26 35 36 48

2 7 14 17 24 27 34 37 47

3 8 13 18 23 28 33 38 45 46

4 9 12 19 22 29 32 39 44 43

5 10 11 20 21 30 31 40 41 42

Page 13: Gaya Dan Aliran Mohd Hoessin Enas