full perjanjian waitangi

Upload: stephanie-senrose

Post on 09-Oct-2015

201 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Waitangi

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANApabila berbicara soal Perjanjian Waitangi 1840, ingatan dan memori pengkaji Sejarah pasti tertumpu kepada negara New Zealand iaitu sebuah negara kepulauan yang terletak di Barat Daya Lautan Pasifik yang mencakupi dua buah pulau yang utama iaitu Pulau Utara dan Pulau Selatan termasuklah beberapa pulau kecil seperti Pulau Rakiura dan Pulau Stewart. Berdasarkan catitan sejarah, New Zealand merupakan negara yang masyhur kerana kedudukan geografinya yang terpencil dan terletak 2000 km dari Tenggara Australia. Manusia pertama yang menetap di New Zealand adalah berasal dari Pulau-pulau Polinesia dan datang ke New Zealand menggunakan perahau kecil yang dikenali sebagai Waka untuk belayar dan mengembara sehinggalah tiba ke New Zealand. Perkembangan kegiatan menangkap ikan paus dan anjing laut telah mendorong kedatangan orang Eropah ke New Zealand bagi menjalankan aktiviti menangkap ikan paus dan anjing laut bagi tujuan perdagangan di kawasan pinggir laut New Zealand menggunakan kapal William and Ann.[footnoteRef:2] [2: Belich James. 1996. Making People : A History of the New Zealanders from Polynesian Settlement to the End of the Nineteenth Century. Penguin Press, hlm 102.]

Pada asasnya, manusia awal yang menetap di New Zealand berasal daripada bangsa Polinesia yang dikenali sebagai orang Maori dan telah menetap di New Zealand sejak beberapa tahun dahulu sebelum bangsa Eropah datang ke New Zealand untuk meluaskan pengaruh mereka. Nama Maori diperoleh daripada gelaran yang terkenal dalam kalangan bangsa Maori iaitu Tangata Maori yang ditakrifkan sebagai orang biasa dan lazimnya digunakan bagi membezakan bangsa Maori dengan pendatang asing Eropah yang digelar Pakeha. Bangsa Maori menggelarkan nama kepulauan yang didiami oleh mereka sebagai The Land of The Long White Cloud atau Tanah Berawan Putih yang Panjang bagi menggambarkan bentuk muka muka bumi dan ciri-ciri fizikal kepulauan ini yang dilitupi salji. Orang Maori sering dikaitkan dengan aktiviti pelayaran dan pengembaraan kerana kemahiran yang dimiliki oleh mereka dalam mengemudi kapal atau kanu semasa pelayaran yang dapat menampung 150 orang Tahiti ke New Zealand. Bukan itu sahaja, orang Maori juga mahir dalam ilmu bertempur sehingga menyebabkan mereka berjaya menjadi pejuang atau prajurit yang terbaik di kepulauan berkenaan. Keadaan ini telah menarik minat James Cook sepanjang pelayarannya terhadap pejuang-pejuang Maori, wanita Maori, teknik penghasilan dan pembuatan senjata Maori, petempatan dan perkampungan mereka termasuklah kanu yang digunakan semasa aktiviti pelayaran.[footnoteRef:3] Hal ini telah mendorong Kapten Cook berlabuh di kepulauan berkenaan, berlayar dari Utara ke Selatan sehingga mengambil keputusan untuk mendarat dan mengambil beberapa tahun untuk memahami gaya hidup masyarakat yang mendiami pulau tersebut. Semasa pelayaran yang pertama, Kapten James Cook telah mengambil masa lebih daripada enam bulan untuk mengelilingi seluruh pulau dan melihat potensi serta keadaan pulau berkenaan untuk dimajukan.[footnoteRef:4] Natijahnya, James Cook telah mengibarkan bendera Union Jack di Mercury Bay dan mengisytiharkan pemilikan terhadap pulau berkenaan.[footnoteRef:5] Hasil daripada pelayaran Kapten James Cook ke kawasan kepulauan berkenaan, ramai orang Eropah telah mengikuti jejak langkah Kapten Cook dan telah menjadi pendatang baru ke New Zealand. Keadaan ini telah menjadi titik mula kepada perpindahan dan kemasukan beramai-ramai orang Eropah untuk menetap di New Zealand dan membawa banyak barang dagangan untuk kegiatan perdagangan dan aktiviti bertukar barang. [3: W. D. Hambly. 1920. The Native Races of Australasia. Morrison & Gibb Ltd, Edinburgh, hlm 43-44.] [4: Jeanine Graham. 1998. The Far East and Australian : 29 Edition. England : Europe Publications Limited, hlm 723.] [5: Robert Stout & J.Logan Stout. 1911. New Zealand. London :Cambridge University Press, hlm 27.]

Khabar berita mengenai kedatangan Kapten James Cook ke pulau tersebut telah tersebar ke negara lain di sekitar Eropah dan mendorong bangsa lain datang ke New Zealand seperti Portugis, Sepanyol dan Perancis. Pada dasarnya, kedatangan bangsa ini ke New Zealand adalah untuk berdagang, menyebarkan agama ataupun sekadar menjadikan New Zealand sebagai tepat persinggahan. Walaubagaimanapun, lama-kelaman tujuan asal kedatangan orang-orang Eropah ini mula beralih arah dan cuba untuk memiliki dan mentadbir New Zealand sehingga mendorong kepada ketegangan antara bangsa Eropah dengan penduduk asal pulau berkenaan iaitu orang Maori. Konflik dan salah faham yang berlaku dalam kalangan orang Eropah dan orang Maori telah membawa kepada pemeteraian perjanjian Waitangi 1840. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Waitangi atau Treaty of Waitangi kerana perjanjian ini telah ditandatangani di Waitangi yang terletak di kawasan kepulauan Bay. Perjanjian ini telah ditandatangani dan dipersetujui oleh kaum Maori yang terdiri daripada 43 puak di New Zealand dengan wakil British, William Hobson pada 6 Februari 1840. Perjanjian ini telah ditulis dalam dua versi yang berbeza iaitu versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Maori. Namun begitu, kewujudan dua variasi bahasa dalam menterjemahkan maksud perjanjian telah menyebabkan salah faham berlaku sehingga perjanjian ini dicetak sebanyak sembilan salinan yang bertujuan untuk mengatasi masalah salah faham dengan mengumpulkan tandatangan suku-suku yang berbeza di New Zealand.[footnoteRef:6] Hasilnya, perjanjian ini telah ditandatangani dan dipersetujui oleh 500 ketua suku untuk meletakkan nama mereka dalam perjanjian Waitangi 1840 menggunakan versi Maori. Meskipun perjanjian ini telah dicetak dalam banyak salinan, namun terdapat salinan yang tidak dijaga dan disimpan dengan baik dek kerana kebakaran dan digigit tikus.[footnoteRef:7] Pemeteraian perjanjian ini juga telah menjadi titik tolak dan pemberian lesen kebenaran kepada Yang Mulia Ratu Inggeris untuk membeli tanah daripada penduduk asli di New Zealand yang terdiri daripada orang Maori. Berbalik kepada konteks perjanjian Waitangi, kandungan yang dipersetujui oleh orang Eropah dan Maori pada tahun 1840 dan sebarang perundangan yang dimeterai pada tahun berikutnya antara kedua-dua pihak, orang Maori tetap diberi jaminan terhadap hak mereka untuk menggunakan laut sebagai sumber makanan dan temapat untuk menjalankan upacara keagamaan (Spiritual ) dan kebudayaan mereka. Maka, berdasarkan perjanjian ini, orang Maori yang berada di New Zealand akan diberikan perlindungan, hak dan taraf yang sama seperti orang British yang datang ke New Zealand. [6: Jerry, H. Bently. 2001. The Oxford Handbook of World History. Oxford University Press, hlm 101. ] [7: Alexander Turnbull. 2005. The Journey of Treaty. National Library of New Zealand : State Service Commision, hlm 1-2.]

2.0 FAKTOR-FAKTOR PERJANJIAN WAITANGI 1840Sebarang perjanjian yang dimeterai dalam mana-mana catatan Sejarah pasti dikaitkan dengan pelbagai faktor-faktor yang melitupi pelbagai sebab yang saling berkait dan memberi kesan ke atas yang lain. Analisis dan pembacaan yang menyeluruh terhadap pelbagai sumber mengenai perjanjian Waitangi 1840, telah membantu dalam mengenalpasti beberapa faktor penting yang mendorong kepada termeterainya perjanjian ini seperti rasa tidak puas hati penduduk asli Maori, persaingan kuasa Eropah dan sikap orang Eropah yang tidak menghormati hak kaum majoriti, undang-undang Maori dan peraturan yang telah ditetapkan dalam perjanjian Waitangi 1840. 2.1 Rasa tidak puas hati.Pada awalnya penerimaan terhadap kemasukan penduduk Eropah ke New Zealand merupakan langkah pertama yang diambil oleh orang persorangan untuk cuba menembusi pasaran atau peluang untuk membuka perusahaan baru di kawasan baharu. Selain itu, Eropah juga mempunyai tujuan lain datang ke sesuatu kawasan dan tujuannya adalah untuk kepentingan ekonomi dan mengumpul kekayaan seperti kedatangan mereka ke negara-negara lain sepeti Tanah Melayu dan sebagainya. Melihat kepada usaha ini, kedatangan James Cook ke New Zealand telah membuka New Zealand kepada kuasa Eropah lain. Seperti yang kita sedia maklum bahawa golongan Maori merupakan etnik terbesar yang terdapat di New Zealand dan aktiviti ekonomi seperti menangkap ikan paus dan hasil laut merupakan aktiviti tradisi yang sudah diusahakan sekian lama oleh kelompok ini. Kedatangan Eropah ke New Zealand telah menganggu gugat penguasaan ekonomi oleh golongan tempatan, keadaan ini dapat dilihat apabila Eropah sudah mulai menguasai ekonomi di New Zealand pada masa itu. Terdapat juga kes seperti kenaikan harga barangan, iaitu apabila orang Eropah membeli daripada golongan Maori dengan harga yang murah, tetapi Eropah menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada yang lain. Keadaan ini dilihat telah menutup pendapatan orang Maori yang hanya mengharapkan kedatangan orang luar ke New Zealand. Keadaan ini termasuklah pemilikan tanah oleh orang Eropah di New Zealand. Bagi mengawal aktiviti monopoli sistem ekonomi oleh Eropah, golongan Maori telah bertindak untuk membuat perjanjian iaitu perjanjian Waitangi pada tahun 1840.

2.2 Sikap Orang EropahSikap orang Eropah yang datang ke New Zealand juga merupakan faktor yang turut mendorong kepada termeterainya Perjanjian Waitangi 1840. Berbalik kepada konteks sikap orang Eropah, perbincangan akan berfokus kepada sikap orang Eropah yang datang ke New Zealand dengan bebas dan sikap orang Eropah yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Pertama, kedatangan orang Eropah tanpa kawalan dan sekatan daripada pihak British menyebabkan peningkatan migrasi dalam kalangan orang Eropah ke New Zealand. Pada akhir tahun 1830-an, ramai orang Eropah telah tiba ke New Zealand dan kebanyakannya berasal dari Australia. Bilangan kemasukan orang Eropah ini semakin meningkat pada tahun 1840 dan dianggarkan bilangannya mencecah angka 20 000 orang. Kemasukan Imigran Eropah dan British ke New Zealand adalah disebabkan oleh pembukaan New Zealand Company pada tahun 1825 yang bertanggungjawab untuk membeli tanah orang Maori untuk kegunaan peneroka dari Eropah. Hasil daripada pembukaan kilang ini, pihak British telah membeli sebidang tanah di Hokionga daripada orang-orang Maori. Walaubagaimanapun, pihak British tidak menggalakkan pembinaan petempatan di kawasan lain untuk menampung orang-orang Maori yang tidak mempunyai tanah untuk membina rumah dan menetap menggantikan tanah meraka yang telah dibeli oleh pihak British.[footnoteRef:8] Tindakan pihak British yang tidak menggalakkan pembinaan petempatan baru ini dianggap bercanggah dengan peraturan dan persetujuan awal dalam fasa perbincangan yang telah dilakukan antara pihak British dan orang Maori. Semasa pembukaan kilang ini dilakukan, pihak British telah mengisytiharkan bahawa New Zealand bukanlah tergolong sebagai tanah jajahan British dan orang Maori masih mempunyai tanggungjawab terhadap tanah yang dimiliki oleh mereka. Namun hakikatnya, tindakan ini hanyalah bertujuan untuk mengaburi mata kaum Maori agar kepercayaan mereka terhadap pihak British tidak berbelah bagi disamping mengelakkan pelbagai tentangan daripada kaum Maori. Maka, pihak British telah menggunakan alasan untuk memberi perlindungan kepada orang Maori daripada kuasa Eropah lain. Penindasan keatas golongan dapat dilihat di situ dengan jelas, keadaan ini juga mendorong Maori untuk membuat sebuah persetujuan dengan termetrainya perjanjian Waitangi 1840 yang mana bercerita tentang hak pemilikan tanah. [8: Ibid, hlm 8]

2.3 Persaingan Kuasa EropahStatus New Zealand yang bebas daripada jajahan mana-mana kuasa asing khususnya dari Eropah menyebabkan wujudnya persaingan dalam kalangan negara-negara Eropah untuk campur tangan dan menjajah New Zealand. Hal ini didorong oleh sikap British yang diibaratkan seperti permainan tarik tali sehingga menarik minat kuasa Eropah lain untuk menjajah New Zealand. Tambahan pula, kepesatan perdagangan dan pembukaan petempatan baru untuk orang Eropah telah menyebabkan para pedagang yang terdiri daripada orang Eropah berminat untuk menetap di New Zealand. Tidak terhad kepada golongan pedagang semata-mata, tetapi keadaan ini telah menarik minat golongan mubaligh Kristian untk datang ke New Zealand dan menyebarkan agama Kristian dalam kalangan orang Maori. Hal ini telah menyebabkan pihak British berusaha mengenakan kawalan dan sekatan terhadap New Zealand daripada pengaruh kuasa Eropah lain. Meskipun tindakan British ini dianggap salah dari segi undang-undang kerana New Zealand belum ditadbir oleh mana-mana wakil kerajaan British mahupun tertakluk dalam sistem perundangan namun British tetap menggiatkan usaha untuk menakluki New Zealand kerana mereka beranggapan bahawa mereka adalah kuasa Eropah pertama yang menemui dan mengembara ke New Zealand. Kebimbangan pihak British semakin meruncing apabila Perancis bercita-cita untuk meluaskan pengaruh mereka ke New Zealand dan menubuhkan sebuah negara baru di New Zealand yang diberi gelaran Charles de Thierry.2.4 Perang Musket 1818-1840.Perang Musket ialah perang senjata, perang ini sudah lama berlaku disebabkan setiap ketua kaum mahu menunjukkan kekuatan dan memonopoli suatu kawasan. Perang ini juga telah dilihat oleh Britain sebagai satu pasaran dimana senjata-senjata yang dibekalkan mendatangkan keuntungan kepada mereka. Senjata yang dibekalkan oleh pihak British adalah senjata yang tidak bermutu namun sangat berbahaya kerana penghasilan peluru senjata adalah mudah dan bebas. Permulaan perang Musket atau perang senjata ini adalah disebabkan perasaan ingin membalas dendam Hongi Hika iaitu salah satu ketua suku kaum yang menuntut penculikan dan kematian anak saudaranya yang dimakan oleh puak Ngatipuro. Golongan Maori ini adalah golongan yang memakan sesama manusia iaitu karnibal. Hongi Hika telah menghapuskan puak Ngatipuro sepenuhnya. Perang ini tidak terhenti disitu sahaja, mereka yang memiliki senjata ini menggunakannya untuk meluaskan kuasa dan menjual tanah yang diperolehi mereka kepada golongan Eropah.Penjualan secara bebas, British melihat akan membuka New Zealand kepada kuasa Eropah lain. British juga khuatir kemasukan pasaran Prancis ke New Zealand kerana pada masa itu, Prancis terkenal dengan pengeluaran senjata yang hebat dan akan menganggu pendapatan British di New Zealand. Keadaan ini menyebabkan British bersetuju untuk mendatangani perjanjian Waitangi pada tahun 1840-an iaitu antara Maori dengan wakil Ratu Vectoria.

3.0 PERJANJIAN WAITANGI 1840.Pada tahun 1839 , Kapten William Hobson dilantik sebagai Leftenan- Gabenor dan diberikan tanggungjawab untuk mendapatkan kedaulatan British ke atas New Zealand oleh rundingan daripada Perjanjian antara Maori dan taktha kerajaan. Setiausaha Kolonial , Lord Normanby , diarahkan oleh Hobson mengenai "Semua urusan dengan orang asli berkaitan dengan tanah mereka perlu dijalankan ke atas prinsip-prinsip yang sama seperti keikhlasan , keadilan, dan iman yang baik kerana mesti mentadbir urus niaganya dengan mereka untuk pengiktirafan Kedaulatan Her Majesty dalam Kepulauan. Anda tidak harus dibenarkan untuk membuat apa-apa kontrak di mana mereka mungkin menjadi penulis jahil. Anda juga tidak akan membeli dari mereka mana-mana Wilayah pengekalan yang bagi mereka akan menjadi wilayah penting atau yang sangat kondusif untuk keselesaan sendiri , keselamatan atau sara hidup mereka sebagai contohnya. Pemerolehan tanah oleh taktha kerajaan untuk penyelesaian masa depan pelajaran British mesti terhad kepada daerah seperti bumiputera boleh diasingkan tanpa kesusahan atau kesulitan yang serius kepada diri mereka sendiri . Untuk menjamin kepatuhan kepada peraturan ini, ianya akan menjadi salah satu tugas pertama pelindung rasmi mereka". Dalam menjalankan arahan beliau , Hobson bergantung atas nasihat dan sokongan daripada beberapa pendakwah yang bekerja di New Zealand, serta setiausaha James Freeman, dan James Busby yang telah berada di New Zealand sejak tahun 1833 sebagai Residen British (wakil konsul). Hobson juga bergantung pada perjanjian British sebelum ini sebagai contoh, perjanjian ini telah digubal dalam bahasa Inggeris dan mesyuarat awal telah diadakan di Waitangi pada 5 Februari untuk berbincang dengan kira-kira 500 Maori dan kira-kira 200 saksi Pakeha. Perjanjian pertama telah ditandatangani di Waitangi pada 6 Februari oleh lebih 40 orang ketua-ketua.[footnoteRef:9] Pada awalnya memang terdapat 40 orang tetapi telah berganda kepada 500 orang ketua-ketua. [9: The Treaty of Waitangi Information Programme. 2005. All about the treaty. New Zealand: State Service Commission. Hlm 2.]

Lebih daripada 500 ketua-ketua mempunyai tandatangan atau cap mereka dalam satu atau lain-lain sembilan salinan Perjanjian yang ditandatangani. Di Waitangi dan Waikato, terdapat dua teks perjanjian iaitu teks bahasa Inggeris dan teks Maori (Claudia Orange, 1987).[footnoteRef:10] Dua ratus salinan teks Maori telah dicetak pada 17 Februari untuk diedarkan kepada penandatangan yang berpotensi. Hampir semua ketua-ketua menandatangani pada salah satu daripada beberapa salinan tulisan tangan Perjanjian dalam teks Maori. Hanya 39 ketua menandatangani perjanjian teks Bahasa Inggeris. Henry Williams menterjemahkan Perjanjian dalam bahasa Maori pada 4 Februari dan pada 6 Februari atau beberapa hari kemudian, beliau menterjemahkan kembali teks Maori ke dalam bahasa Inggeris. Ini menjadikan "teks Bahasa Inggeris sebagai perjanjian rasmi". Ia dianggap bahawa teks Maori dan terjemahan ke dalam bahasa Inggeris mempunyai maksud yang sama, tetapi didapati bahawa terjemahaan Henry Williams menunjukkan perbezaan dari teks sebenar. Perbezaan yang ketara dalam kedua-dua teks seperti Perkara 1 yang menggambarkan apa yang telah diberikan oleh Maori "semua hak-hak dan kuasa kedaulatan" dalam teks bahasa Inggeris atau " te kawanatanga katoa " dalam teks Maori. Satu lagi perbezaan dalam kedua-dua teks dalam Perkara 2 ialah yang menggambarkan apa jaminan taktha kerajaan untuk Maori adalah berkenaan dengan harta benda mereka. Ia telah berhujah bahawa "pemilikan eksklusif dan tidak terganggu penuh" bukanlah suatu terjemahan yang tepat dari "te Tino rangatiratanga" dalam teks Maori. Ia diterima secara meluas bahawa penggunaan perkataan "kawanatanga" dan "Tino rangatiratanga" menyumbang kepada salah faham ke atas ketua-ketua untuk berapa banyak kuasa yang mereka dapat kekalkan berbanding dengan gabenor. Tidak dinafikan bahawa ketua-ketua yang menandatangani dijangka masuk ke dalam beberapa jenis kerjasama dan perkongsian kuasa dalam perusahaan baru akan mewujudkan fungsi negara-bangsa di New Zealand. Pengesahannya, hanya terdapat satu perjanjian walaupun terdapat perbezaan antara kedua-dua teks. Rujukan semasa kepada perjanjian dalam undang-undang bertujuan untuk merapatkan perbezaan dengan merujuk kepada "prinsip" perjanjian ini menjadi teras kepada konsep-konsep asas yang menyokong kedua-dua teks.[footnoteRef:11] [10: Claudia Orange. 1987. Treaty of Waitangi. Wellington: Allen & Unwin. Hlm 90.] [11: The Treaty of Waitangi Information Programme. 2005. All about the treaty. New Zealand: State Service Commission. Hlm 3.]

Mukadimah versi Bahasa Inggeris menyatakan niat British adalah untuk melindungi kepentingan Maori dari British, menyediakan penyelesaian British dan mewujudkan sebuah kerajaan untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman. Manakala teks Maori menunjukkan penekanan yang berbeza bahawa janji-janji utama ratu untuk Maori adalah untuk menyediakan sebuah kerajaan yang memberi perlindungan kepada suku bangsa rangatiratanga dan melindungi pemilikan tanah Maori.[footnoteRef:12] [12: The Treaty of Waitangi Information Programme. 2005. . All about the treaty. New Zealand: State Service Commission. Hlm 9.]

Perkara Pertama-Teks Bahasa InggerisKetua-ketua suku bangsa Gabungan Syarikat New Zealand dan Ketua-ketua berasingan dan bebas yang tidak menjadi ahli Gabungan menyerahkan secara mutlak semua hak-hak dan kuasa-kuasa kedaulatan kepada Ratu England.[footnoteRef:13] [13: The Treaty of Waitangi- Retrieved 2013 November 13 from Www.nzhistory.net.nz/files/document/treaty-Kawharau-footnotes.pdf]

Perkara Pertama-Terjemahan Bahasa Inggeris dari teks MaoriKetua-ketua Persekutuan dan Ketua-ketua yang tidak menyertai gabungan ini memberi secara mutlak tanah mereka kepada kerajaan Ratu England.[footnoteRef:14] [14: Ibid.]

Perbezaan utama ialah, dalam perjanjian teks Bahasa Inggeris, pemimpin Maori memberikan " semua hak dan kedaulatan kuasa " ke atas tanah mereka kepada ratu. Perjanjian dalam teks Maori pula menyatakan, pemimpin Maori memberikan sepenuhnya tanah mereka kepada Permaisuri.[footnoteRef:15] [15: The Treaty of Waitangi Information Programme. 2005. . All about the treaty. New Zealand: State Service Commission. Hlm 6.]

Perkara Kedua- Teks Bahasa InggerisRatu England mengesahkan dan memberi jaminan kepada Ketua-ketua dan suku kaum di New Zealand dan kepada keluarga masing-masing dan pemilik individu bahawa hak pemilikan tanah kaum Maori dijamin sepenuhnya dan tidak akan diganggu meliputi tanah, ladang, hutan dan kawasan perikanan dan pemilikan yang lain. Tetapi Ketua-ketua dari Kesatuan suku kaum dan Ketua individu tunduk kepada Baginda dengan memberi hak eksklusif kepada Ratu ke atas pembelian tanah melalui konsep pre-emption sepertimana yang telah dipersetujui oleh pemilik dan perunding baginda yang dilantik.[footnoteRef:16] [16: The Treaty of Waitangi Information Programme. 2005. . All about the treaty. New Zealand: State Service Commission. Hlm 7.]

Perkara kedua-Terjemahan Bahasa Inggeris dari teks MaoriRatu England bersetuju untuk melindungi ketua-ketua, suku kaum dan semua orang di New Zealand dalam menjalankan latihan yang tidak berkelayakan terhadap ketua atau pemimpin mereka ke atas tanah, kampung dan semua harta mereka. Tetapi di sisi lain, Ketua Persatuan dan semua Ketua akan menjual tanah kepada Ratu pada harga yang dipersetujui oleh pemilik tanah dan pembeli tanah iaitu yang dilantik oleh Ratu sebagai ejen pembeli tanah.[footnoteRef:17] [17: The Treaty of Waitangi Information Programme. 2005. . All about the treaty. New Zealand: State Service Commission. Hlm 11.]

Perbezaan utama ialah, Dalam teks perjanjian Bahasa Inggeris, hak pemilikan tanah Maori dijamin sepenuhnya dan tidak akan diganggu meliputi tanah, ladang, hutan dan kawasan perikanan serta pemilikan yang lain dan ketua memberi hak eksklusif kepada Ratu ke atas pembelian tanah melalui konsep pre-emption sepertimana yang telah dipersetujui oleh pemilik dan perunding baginda yang dilantik. Perjanjian dalam teks Maori pula, Ratu England bersetuju untuk melindungi ketua-ketua, suku kaum dan semua orang di New Zealand dalam menjalankan latihan yang tidak berkelayakan terhadap ketua atau pemimpin mereka ke atas tanah, kampung dan semua harta mereka. Maori juga bersetuju untuk memberikan hak kepada Ratu untuk membeli tanah daripada mereka yang harus dijual dan ingin dijual.[footnoteRef:18] [18: The Treaty of Waitangi Information Programme. 2005. . All about the treaty. New Zealand: State Service Commission. Hlm 7.]

Perkara ketiga-Teks Bahasa InggerisSebagai balasan, Ratu England memberi perlindungan meliputi Anak Negeri di New Zealand dan memberikan rakyat hak dan keistimewaan yang sama seperti British. Di Waitangi, Ketua-ketua berasingan dan Bebas dari New Zealand mendakwa mereka berkuasa ke atasPuak dan Wilayah yang dinyatakan selepas nama masing-masing, yang telah dibuat sepenuhnya untuk memahami Peruntukan Perjanjian selepas menandatangani perjanjian di hadapan para saksi pada 6 februari 1840.[footnoteRef:19] [19: The Treaty of Waitangi Information Programme. 2005. . All about the treaty. New Zealand: State Service Commission. Hlm 8.]

Perkara ketiga-Terjemahan Bahasa Inggeris teks MaoriPerkara yang dipersetujui dalam perkara ketiga ini adalah mengenai dengan Kerajaan Ratu. Ratu England akan melindungi semua rakyat biasa di New Zealand dan akan memberikan mereka hak dan kewarganegaraan yang sama dan kewajipan sebagai rakyat England. Konsul W. Hobson & Leftenan Gabenor, Ketua Gabungan dan daripada suku kaum New Zealand mengadakan mesyuarat di Waitangi setelah melihat terma perjanjian dan nama serta cap mereka direkodkan yang dilakukan di Waitangi pada 6 Februari 1840.[footnoteRef:20]Perbezaan utama tidak wujud dalam kedua-dua terjemahan teks bagi perkara ketiga di mana dalam perjanjian teks Maori, Ratu memberi jaminan bahawa Maori akan mempunyai perlindungan dari Ratu dan memberi semua hak seperti yang diberikan kepada rakyat British. Ini dianggap terjemahan bahasa Inggeris yang saksama.[footnoteRef:21] [20: The Treaty of Waitangi Information Programme. 2005. . All about the treaty. New Zealand: State Service Commission. Hlm 12.] [21: The Treaty of Waitangi Information Programme. 2005. . All about the treaty. New Zealand: State Service Commission. Hlm 8.]

Prinsip Perjanjian WaitangiPerjanjian Waitangi dianggap sebagai sumber penting dalam perlembagaan New Zealand.Walau bagaimanapun, Perjanjian Waitangi yang disebut berasingan dalam Akta 62 Parlimen. Kebanyakan undang-undang tidak mempunyai rujukan kepada Perjanjian. Kebanyakan rujukan perundangan tidak merujuk kepada teks Perjanjian tetapi kepada " prinsip" Perjanjian. Ini adalah kerana kedua-dua teks Perjanjian telah membawa kepada pemahaman yang berbeza dan kerana keperluan untuk memohon Perjanjian dengan keadaan dan isu-isu hari ini. Mereka mencerminkan niat Perjanjian secara keseluruhan tetapi tidak terhad kepada syarat-syarat nyata Perjanjian. Contohnya, rujukan kepada prinsip-prinsip Perjanjian dalam undang-undang termasuk seksyen 6 Akta Perjanjian Waitangi 1975, yang memberi bidang kuasa Tribunal Waitangi untuk menyiasat dakwaan bahawa tindakan atau peninggalan taktha adalah " tidak konsisten " dengan " prinsip-prinsip Perjanjian Waitangi ". Seksyen 9, Akta 1986 menyatakan bahawa " apa-apa dalam Akta ini boleh membenarkan taktha untuk bertindak dengan cara yang tidak selaras dengan prinsip-prinsip Perjanjian Waitangi ".[footnoteRef:22] [22: The Treaty of Waitangi Information Programme. 2005. . All about the treaty. New Zealand: State Service Commission. Hlm 8.]

4.0 KESAN PERJANJIAN WAITANGI 1840. Perjanjian Waitangi yang termeterai pada 6 Februari tahun 1840 di Waitangi Kepulauan Bay merupakan impak sikap Eropah yang bertindak kurang ajar ketika datang ke New Zealand dengan tidak mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Hal inilah yang sebenarnya pendorong utama ke arah terbentuknya Perjanjian Waitangi sehingga mana membawa pelbagai kesan yang mendalam kepada masyarakat New Zealand termasuk masyarakat British yang menetap di New Zealand. Keadaan ini boleh dilihat dalam dua aspek yakni kesan terhadap kaum Pribumi iaitu kaum Maori di New Zealand dan pihak British itu sendiri.

A. Kesan Terhadap Pribumi (Kaum Maori).

1. Meletakkan Kaum Maori dalam Satu Bentuk Kesatuan Pentadbiran.Sebelum Perjanjian Waitangi termeterai, Hobson yang dilantik sebagai Gabenor New Zealand memegang kuat arahan yang diperolehinya daripada pegawai atasannya yang mana di arahkan untuk membimbing dasar awal pentadbiran di New Zealand berdasarkan bantuan Dewan Eksekutif dan Perundangan. Atas sebab itu, Hobson telah melaksanakan satu perancangan awal untuk New Zealand pada tahun 1837 iaitu mengambil keputusan membahagikan New Zealand kepada beberapa bahagian daerah yang mana dikawal oleh orang British. Dengan itu, pada Mei tahun 1841 sebuah Majlis Perundangan akhirnya dibentuk dengan secara langsung melantik Eksekutif yang memperlihatkan 3 orang ahli Eksekutif itu adalah ahli Majlis Perundangan sendiri. Selepas beberapa minggu kemudian, pertemuan pertama Majlis Perundangan telah diadakan sehingga akhirnya membawa kepada pembentukan satu Ordinan baru yakni mengenai Undang-undang di New South Wales iaitu Dependency of New South Wales disamping mewujudkan sistem Mahkamah yang bertujuan untuk memastikan keamanan lebih terpelihara[footnoteRef:23]. Keadaan ini secara terangnya menunjukkan permulaan pentadbiran New Zealand melalui pelantikan Gabenor yang mendapat bantuan Dewan Eksekutif dan Perundangan. Justeru, pada 3 Mei 1841, sebuah pengisytiharan telah dikeluarkan bahawa Ratu England telah menamakan Pulau Utara New Zealand sebagai New Ulster, Pulau Selatan sebagai New Munster dan Pulau Stewart sebagai New Leinster[footnoteRef:24]. [23: Paul Moon, (1840), Title Three Historical Interperetation of The Treaty or Waitangi, hal 124.] [24: THE HON. SIR ROBERTSTOUT and LOGAN STOUT, New Zealand, JOHN CLAY, M.A. AT THE UNIVERSITY PRESS,1911,Hlm.86]

Pada tahun 1846, Parlimen telah memberikan pemerintahan perwakilan kepada New Zealand yang akhirnya kerajaaan bandar ditubuhkan untuk membahagikan tanah jajahan kepada 2 bahagian atau lebih wilayah berasingan. Malahan, pembentukan sistem perwakilan yang dibenarkan British telah mewujudkan Majlis Umum untuk koloni yang terdiri daripada Gabenor, Majlis Perundangan dan Majlis Perwakilan Rakyat[footnoteRef:25]. Selain itu, 2 tahun selepas itu yakni pada tahun 1848, Gabenor dan Majlis Perundangan telah bertindak menubuhkan sebuah Dewan Wilayah Ordinan yang berfungsi untuk pembentukan Dewan Wilayah di dua wilayah iaitu New Ulster dan New Munster bahkan, di New Ulster turut dibentuk sebuah Majlis Perundangan dan Majlis koloni. Tatkala Majlis Perundangan Jajahan terus menjadi parlimen New Zealand sehingga tahun 1852, dimana wujudnya undang-undang perlembagaan baru. Perlembagaan baru inilah yang berjaya mencipta sistem perlembagaan yang pertama termasuk sistem Legislatif bikameral dan Dewan Provinsi[footnoteRef:26]. Setelah itu, tahun 1854, parlimen yang pertama berada di bawah perlembagaan baru mula dibentuk. Hal ini memperlihatkan dua wilayah ditubuhkan di setiap 6 wilayah iaitu Auckland, wellington, Taranaki, Nelson, Canterbury, dan Otago. Sewaktu parlimen pertama kali bersidang, para ahli Majlis eksekutif pertama ialah Leftenan Willoughby shorthand, Francis fisher iaitu Setiausaha Kolonial dan George cooper, seorang Bendahara Kolonial. [25: WILLIAM DOWNIE STEWART,DEMOCRACY IN NEW ZEALAND, G. BELL AND SONS, LTD.,1914, hlm. 64] [26: Stephen Levine, 1979, Politics In New Zealand, UNWIN Australia Pty Ltd, hal 350]

Pada tahun 1870, Sistem Ballot telah diperkenalkan dalam proses pemilihan wakil rakyat yang menunjukkan dalam sistem ini satu surat suara yang mengandungi nama-nama calon diserahkan kepada pengundi. Setelah itu, pengundi akan memangkah calon-calon yang tidak disukai. Pada tahun 1887, Mod redistribusi kerusi adalah berdasarkan penduduk. Tahun yang sama bilangan menteri dalam pentadbiran tidak boleh melebihi 8 orang tapi mungkin boleh ditambah 2 orang ahli yang dibayar daripada Lembaga Eksekutif yang merupakan orang Maori atau half castes. Gabenor yang dilantik oleh Ratu England memegang jawatan selama 6 tahun. Majlis Perundangan pula terdiri daripada 44 orang ahli dimana mereka ini dilantik oleh Gabenor atas nasihat para-para menteri. Keahlian mereka adalah selam tujuh tahun. Dewan Perwakilan Rakyat terdiri daripada 80 orang ahli dimana 4 orang ahli adalah orang Maori yang dipilih melalui pilihan raya. Dalam soal pilihan raya ini, orang Maori yang berumur 21 tahun keatas, tidak mengira jantina dibenarkan mengundi[footnoteRef:27]. [27: THE HON. SIR ROBERTSTOUT and LOGAN STOUT, New Zealand, JOHN CLAY, M.A. AT THE UNIVERSITY PRESS,1911,Hlm. 89-99]

2. Wujudnya Ketidakpuasan Hati dalam Kalangan Kaum Maori.Perjanjian Waitangi sememangnya hasil persetujuan kedua belah pihak iaitu puak Maori dan British sehingga kedua belah pihak ini menjaga keterbatasannya dalam menyeimbangkan kepentingan masing-masing. Berdasarkan perjanjian Waitangi Pada 1840, Ratu mempunyai hak kedaulatan terhadap pulau utara sehingga pada bulan Ogos 1840, bendara Inggeris telah dikibarkan di Akaroa. Walaubagaimanapun, Perjanjian Waitangi 1840 yang termeterai itu dikatakan mula menimbulkan ketidakpuashatian kaum Maori tatkala menunjukkan keadaan yang tidak seimbang terhadap kedua belah pihak. Sekian hari perjanjian ini sering menimbulkan kritikan dan tentangan oleh kaum Maori kerana mereka mendakwa dasar perluasan tanah oleh peneroka dan status puak Maori yang dilaksanakan oleh pihak British berdasarkan perjanjian tidak memuaskan hati mereka dan terdapat ketidakseragaman antara budaya orang Inggeris dan puak Maori[footnoteRef:28]. Malahan, bagi kaum Maori, hak-hak yang telah diwarisi sejak zaman-berzaman telah menjadi sasaran penghakmilikan oleh pihak British. Oleh yang demikian, kaum Maori melihat keadaan ini sebagai satu pencabulan terhadap hak mereka. [28: Alexander Turnbull, National Library Of New Zealand, 2005, The Journey Or Treaty, State Services Commission, Wellington, hal 30.]

Sebagai contoh Fasal Pertama dalam Perjanjian Waitangi 1840: Fasal Pertama: Dalam teks Bahasa Inggeris; dinyatakan bahawa ketua kaum Maori memberi hak penuh dan kedaulatan atas seluruh tanah kepada Ratu Victoria. Manakala dalam teks bahasa Maori, ketua kaum Maori masing-masing mempunyai kuasa kedaulatan dan akan diberi tapak untuk melaksanakannya.

3. Isi Perjanjian Mewujudkan Salah Faham kerana Perbezaan Maksud Mengikut Versi Bahasa Inggeris dan Versi Maori.Secara amnya, perjanjian Waitangi yang dipersetujui antara kaum Maori dan British sememangnya dikatakan memberi kepentingan kepada kedua belah pihak. Namun begitu keadaan itu dikatakan tidak berkekalan tatkala isi perjanjian mula dipelbagai versikan terutama terjemahan versi Maori kepada versi Bahas Inggeris. Hal ini kerana terdapatnya percanggahan dalam isi perjanjian antara Versi Inggeris dengan Versi Maori seperti; Fasal Pertama: Dalam teks Bahasa Inggeris; dinyatakan bahawa ketua kaum Maori memberi hak penuh dan kedaulatan atas seluruh tanah kepada Ratu Victoria. Manakala dalam teks bahasa Maori, ketua kaum Maori masing-masing mempunyai kuasa kedaulatan dan akan diberi tapak untuk melaksanakannya. Fasal Kedua : Dalam teks Bahasa Inggeris; dinyatakan bahawa pemilikan kaum Maori terhadap tanah, kawasan mencari rezeki dan milikan lain adalah terjamin dan mereka bersetuju menyerahkan hak pembelian tanah kepada Ratu pada harga yang dipersetujui. Dalam teks Maori pula, jaminan kuasa pemimpin diberikan terhadap tanah, kampung dan harta mereka serta bersetuju memberikan hak kepada Ratu untuk membeli tanah daripada mereka yang ingin menjualnya kepada Ratu. Fasal ketiga :Isi yang sama. Hobson menggunakan tipu muslihat untuk mengaburi pemikiran kaum Maori.Melalui fasal-fasal dalam isi perjanjian jelas kelihatan perbezaan terjemahan sehingga dikatakan bahawa Perjanjian Waitangi memberi faedah kepada British semata-mata dan hanya merugikan kaum Maori yang secara langsung mewujudkan pertelingkahan dan ketidakpuasanhati dan mewujudkan konflik kekuasaan. Apatah lagi, kaum Maori tidak berpuas hati dengan perjanjian ini adalah kerana hak-hak mereka sebagai kaum aboriginal di New Zealand khususnya yang berkaitan dengan penguasaan dan pemilikan tanah di tempat mereka mula dicabuli.

4. Ekonomi Kaum Maori Mula Terganggu.Melihat kepada isi perjanjian yang termeterai antara kaum pribumi dan British sememangnya menunjukkan sedikit kontroversi kerana terdapatnya perjanjian dalam Versi Bahasa Inggeris dan Versi Bahasa Maori. Ketidakserasian kefahaman inilah sebenarnya member peluang kepada British untuk mengaut keuntungan ekonomi terhadap kaum Mori. Misalnya: Fasal Pertama: Dalam teks Bahasa Inggeris; dinyatakan bahawa ketua kaum Maori memberi hak penuh dan kedaulatan atas seluruh tanah kepada Ratu Victoria. Manakala dalam teks bahasa Maori, ketua kaum Maori masing-masing mempunyai kuasa kedaulatan dan akan diberi tapak untuk melaksanakannya.

Fasal Kedua : Dalam teks Bahasa Inggeris; dinyatakan bahawa pemilikan kaum Maori terhadap tanah, kawasan mencari rezeki dan milikan lain adalah terjamin dan mereka bersetuju menyerahkan hak pembelian tanah kepada Ratu pada harga yang dipersetujui. Dalam teks Maori pula, jaminan kuasa pemimpin diberikan terhadap tanah, kampung dan harta mereka serta bersetuju memberikan hak kepada Ratu untuk membeli tanah daripada mereka yang ingin menjualnya kepada Ratu.Kalau dilihat dalam konteks kefahaman Maori sebenarnya mereka mempunyai hak untuk melaksanakan hak dan pemilikan tanah mereka disamping mempunyai kuasa untuk tidak menjual tanah kepada Ratu sekiranya tidak bersetuju. Namun, keadaan ini nyata salah apabila pihak British mula memanipulasi keadaan sehingga selepas tahun 1840-an, ekonomi kaum Maori berada dalam keadaan yang agak lembap kerana kebanyakan tanah-tanah mereka telah dibeli oleh Ratu, bahkan yang menyedihkan dan ada juga yang dirampas. Situasi ini nyata membawa kepada pelbagai bantahan dan tentangan kerana pembahagian tanah berlaku secara tidak adil dan keadaan ini ditambah lagi dengan pemilikan tanah yang langsung tidak mendatangkan manfaat kepada kaum Maori. Apatah lagi, pada tahun 1984, kerajaan Parti Buruh mula menjual banyak perusahaan negara seperti bank, syarikat penerbangan dan syarikat telefon[footnoteRef:29]. Perbelanjaan sosial untuk pelajaran , kesihatan dan peluang pekerjaan telah dipotong. Dengan itu, memberi gambaran bahawa ekonomi kaum Maori sebagai Pribumi New Zealand telah terganggu kepesatannya tatkala pihak British memonopoli kelangsungan ekonomi. [29: Alexander Turnbull, National Library Of New Zealand, 2005, The Journey Or Treaty, State Services Commission, Wellington, hal 160]

5. Maruah Orang Pribumi (Maori) Tercabar Sehingga Pemberontakan Berlaku.Sebaik sahaja Perjanjian Waitangi 1840 ditandatangani, berlakunya pertambahan penduduk dengan pesat di New Zealand. Hal ini berlaku kerana kemasukan golongan migran dari United Kingdom yang berleluasa sehingga jumlah kemasukan golongan migran ini semkin bertambah dari tahun ke tahun. Apatah lagi, dasar British yang menggalakkan penghijrahan kaum mereka ke New Zealand. Misalnya pada tahun 1998, jumlah penduduk mencecah angka 3,625,388 orang. Keadaan ini membuatkan kaum Pribumi tidak senang hati kerana keadaan sebenarnya menganggu hak sebenar mereka sebagi kaum asal di New Zealand. Oleh itu, perasaan itu telah menyebabkan kaum Maori terasa tercabar yang mana sememangnya tidak tenteram dengan tindakan British yang memanipulasi kaum Maori berdasarkan perjanjian yang termeterai.Disebabkan itu, pemberontakan akhirnya telah tercetus sehingga membawa kepada peperangan antara kaum Maori dengan pihak British. Kaum Maori memanggil peperangan mereka dengan pihak British sebagai te riri Pakeha (The White Maoris Anger). Peperangan bermula apabila Maori menebang bendera british di tempat bendera di atas bukit dibawah Korororeka paada tahun 1844. Dalam perang antara Maoris dan Pakeha yang mengikuti perjanjian Waitangi yang gagal untuk menyenangkan kedua sisi, Maori menunjukkan banyak contoh keberanian dan ksatria. Kepala Hone Heke menyebabkan anak buahnya untuk melakukan ini sebagai protes atas cara pihak berkuasa merampok dia kekuasaannya sebagai kepala. Pada gilirannya, ada tiang bendera yang baru ditubuhkan tapi Heke menebangnya juga. Kemudian, 400 Maoris menubuhkan bendera baru sebagai tanda perdamaian[footnoteRef:30]. [30: Ian Mudie, New Zealand Today, 1975, Kaye and ward LTD. Hlm. 92.]

Peringkat Perang Kolonial di New Zealand:TahunPerang atau pembenrontakan

1845-1846Peperangan Hone Heke atau perang pertama orang Maori

1846Konflik di Hut

1847Konflik di wanganui

1860-1861Perang Taranaki pertama

1867Perang HauHau atau perang Taranaki Kedua

1867-1869Perang ketiga Taranaki / Kempen atau demotrasi South Taranaki

1867-1872Kempen atau demotrasi Tauranga Bush

6. Meningkatkan Taraf Pendidikan Kaum Maori.Kalau dilihat kesan perjanjian Waitangi terhadap negara New Zealand sememangnya taraf pendidikan mereka lebih baik berbanding Australia dan Negara Australasia yang lain. New Zealand kelihatan lebih mendapat tahap pendidikan yang lebih bagus dan teratur. Pada tahun 1847, sebuah Ordinan Pendidikan diperkenalkan dan sudah dipersetujui oleh Yang Mulia. Ordinan ini berfungsi untuk mempromosikan pendidikan pemuda di tanah jajahan dan menubuhkan dan memelihara sekolah, dan untuk menyemak sekolah dan untuk menyumbang terhadap sokongan ditubuhkan sekolah- sekolah lain. Melaui ordinan ini pendidikan agama dan latihan industry diterapkanMalahan, Selepas perjanjian Waitangi 1840 ditandatangani kanak-kanak di New Zealand mula didedahkan dengan pendidikan formal. Keadaan itu boleh dilihat di wilayah Nelson, kanak-kanak yang berumur 14 tahun ke bawah telah mula ke sekolah. Menjelang tahun 1877, setiap wilayah mula menitikberatkan pendidikan yang mana banyak sekolah telah didominasi oleh misi Anglican, Catholic dan Methodist. Namun, apabila kerajaan mengambil alih pentadbiran sekolah kebangsaan, sistem ini dimansuhkan. Bahkan, dalam Akta Pendidikan 1877 yang ditubuhkan menunjukkan kerajaan mula menitikberatkan pendidikan dalam kalangan matsyarakatnya. Contohnya, kerajaan tidak mengenakan yuran sekolah kepada pelajar dan semua kanak-kanak yang berumur di antara 7 hingga 13 tahun diwajibkan untuk bersekolah. Yayasan Pendidikan Maori telah ditubuhkan bagi mempertingkatkan pendidikan kaum Maori dan menyediakan kemudahan kewangan bagi persediaan para pelajar Maori untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, pihak kerajaan juga akan memberi bantuan kepada sekolah-sekolah yang menpunyai pelajar Maori yang ramai. Pihak Universiti juga amat menggalakkan kemasukan pelajar Maori ke Universiti. Sekolah-sekolah juga diseru untuk memasukkan aspek kebudayaan kaum Maori dalam satu mata pelajaran yang akan dipelajari.Apa yang penting, selepas perjanjian ini Orang maori tidak dipinggirkan kerana perlembagaan baru yang digubal iaitu pendidikan menjadi salah satu tugas dari Majlis Wilayah baru dan tidak sampai pada tahun 1867 adalah Ordonansi 1847 dicabut, dan kemudian oleh Sekolah asli UU yang diluluskan bagi menetapkan dan memberikan subsidi bagi sekolah untuk Maori. Majlis Wilayah berfungsi untuk menetapkan tentang penyediaan pendidikan. Setiap sekolah mempunyai Majlis dan jawatankuasa tempatan pengurusan sekolah. Selain itu, Pendidikan harus bersifat sekular, tiada pengajaran agama bagi kelas berjam dan pendidikan adalah diwajibkan. Peruntukan kewangan untuk gaji guru serta sekolah adalah tanggungan kerajaan. Pada akhir tahun 1909, sebanyak 416 pelajar sekolah rendah dan 4121 pelajar bagi sekolah pribumi. Terdapat 64 sekolah tinggi dan 29 sekolah menengah. Perbelanjaan sekolah-sekolah menengah adalah 140.648 pada tahun 1909. Ada sekolah menengah biasiswa yang diberikan oleh Kerajaan untuk asas murid di sekolah dasar. Politeknik dan sekolah dengan jumlah 45 telah dibentuk. Ada juga 122 tempat di mana diiktiraf kelas teknikal diadakan di 1908, dan terdapat 150 kelas teknikal, sehubungan dengan pusat-pusat ini, dan pada saat ini pusat-pusat 122 21.518 warga hadir. Pemeriksaan dalam kaitannya dengan teknikal ini kelas telah diadakan, yang dilakukan oleh Majlis Pendidikan, South Kensington, London, dan Kota Guilds London Institute. Tahun 1907 terdapat 582 calon pelajar dalam subjek seni dan sains ujian dan 263 dalam peperiksaan yang diadakan oleh Lembaga technicological London.

B. Kesan Terhadap British.

7. British Mempunyai Kebebasan untuk Menubuhkan Kerajaan Sendiri.Selepas Perjanjian Waitangi 1840 ditandatangani oleh kaum Maori dan Pihak British, menunjukkan bahawa pihak British sudah mempunyai kebebasan untuk menubuhkan kerajaan mereka sendiri tanpa halangan daripada kaum Maori. Buktinya, dalam undang-undang 1852 yang telah digubal ternyata tidak menyebut sedikitpun tentang perlembagaan, ia secara langsung membuktikan bahawa kaum Maori tidak mempunyai kuasa untuk melakukan perubahan dan perkongsian kuasa seperti yang dinyatakan oleh pihak British. Hal ini disebabkan perubahan perlembagaan tertakluk kepada undang-undang parlimen British sehingga tahun 1857.Selain itu, Dewan Undangan Umum yang ditubuhkan pada tahun 1852 pula mengandungi Majlis Mesyuarat Undangan dan sebuah Dewan Perwakilan. Dengan tertubuhnya dewan ini maka, kedaulatan tanah New Zealand yang berada di bawah kuasa Maori sudahpun beralih kepada kekuasaan Eropah apatah lagi kuasa yang bersangkut-paut dengan kaum ini dipegang terus oleh Gabenor British dan penglibatan kaum Maori adalah terhad. Tambahan lagi, pada tahun 1891, ahli majlis mesyuarat ini telah dikurangkan tempoh perkhidmatan kepada tujuh tahun dan bilangan ahli telah ditetapkan seramai empat puluh orang dan ini sudah termasuk dua orang wakil daripada kaum Maori. Dewan perwakilan ini mempunyai empat orang wakil kaum Maori sejak 1867 yang diwakili dari Pulau Utara dan Pulau Selatan. susteru itu, Situasi ini memperlihatkan terdapat sedikit perkongsian kuasa yang secara luasnya lebih kepada British sehingga mana berkuasa menubuhkan kerajaan sendiri, dan yang menyedihkan ialah orang Maori sendiri tidak dapat boleh menjawat jawatan tinggi. Dengan itu, memperlihatkan penglibatan orang Maori dalam arena politik adalah terhad dan pentadbiran sepenuhnya dikuasai oleh pihak British dan orang Maori terpaksa patuh kepada pemerintahan yang ditadbir orang eropah. Seterusnya, pada tahun 1854, parlimen yang pertama berada di bawah perlembagaan baru dibentuk.Dua wilayah ditubuhkan di setiap 6 wilayah iaitu Auckland, Wellington, Taranaki, Nelson, Canterbury dan Otago.

8. Kebebasan British Membuat Rampasan Setelah Kewujudan Pelbagai Akta.Salah satu kesan yang jelas kelihatan hasil daripada termeterainya Perjanjian Waitangi 1840 ialah wujudnya beberapa akta seperti New Zealand Settlement Act 1863 yang menyentuh tentang undang-undang ketenteraan yang bertujuan untuk menghalang pemberontakan daripada kaum Maori. Keadaan itu nyata rancangan British untuk mengelakkan kaum Maori terus melancarkan pemberontakan yang mana boleh mengakibatkan peperangan berlaku. Selain itu, Akta Rampasan Tanah 1864 yang turut digubal adalah untuk membenarkan karajaan British membuat rampasan ke atas lima kawasan iaitu di Taranaki, Waikato, Tauranga, Timur Bay Of Plenty dan Mohaka-Wiakare untuk dijadikan daerah jajahan mereka.. Malahan, Native Land Court 1865 dibuat untuk menentukan pemilikan tanah secara individu atau 10 orang dan bukan lagi ahli puak tanpa menghiraukan saiz tanah. Tidak cukup dengan itu, Mahkamah telah memperkenalkan satu bentuk baru peraturan di mana pemilikan tanah persendirian tidak bersifat perkauman diwujudkan dengan tujuan dapat membahagikan tanah milik persendirian tersebut dapat dijual secara persendirian demi keuntungan mereka sendiri sementara Akta Pembahagian Tanah Maori diwujudkan dengan tujuan kaum Maori tidak diberikan sempadan yang luas sebaliknya perkongsian yang mereka peroleh disekat sehingga merugigikan mereka. Hal ini menyebabkan kaum Maori terpaksa menjual tanah mereka kepada sesiapa yang berminat.Pengenalan akta ini telah menindas lagi kehidupan kaun Maori secara amnya. Di sampung itu terdapat juga akta Penyiasatan Terhadap tanah Kaum Maori 1891 diwujudkan untuk menyiasat undang-undang Negara berkaitan dengan pengawalan tanah ke atas kaum Maori kerana pembahagian tanah dilakukan secara rumit kerana bercanggah dengan undang-undang. Walaubagaimanapun, Suruhanjaya ini tidak mencapai objektif sebenar kerana kerana ianya tidak begitu konsisten dengan polisi kerajaan.

9. Memperluaskan sistem ekonomi berkonsepkan kebaratan.Apabila dilihat konteks keseluruhan, ekonomi Barat muncul di New Zealand pada tahun 1840-an yang mana sekaligus memberi gambaran bahawa perjanjian Waiatangi tahun 1840 sebenarnya membawa kepada corak ekonomi barat di New Zealand . British melaksanakan kegiatan Eskport dengan melakukan eksploitasi sumber daya yang ada seperti rami, kayu balak, getah , dan emas. Disamping itu, pada zaman ini, perkhidmatan bank mula diperkenalkan untuk memudahkan urusan ekonomi. Bank yang pertama dibuka ialah cawangan kepada The Union Bank Of Australia. Pada tahun 1851, kerajaan British membuka Bank Penjajah yang berfungsi mengeluarkan wang kertas tetapi ditutup pada tahun 1856. Pihak British turut membawa pembaharuan dan kemajuan tatkala British memerlukan keperluan infrastruktur yang banyak. Semuanya diperlukan untuk menyokong ekonomi masyarakat dan harus dibina dari awal termasuk jalan, kereta api, sekolah, rumah sakit , sistem pembentungan, pelabuhan, dan kilang. Syarikat swasta juga memainkan peranan yang penting juga dalam aspek perniagaan. Malahan, semenjak kedatangan kolonial, aktiviti perlombingan emas semakin giat dilakukan pada tahun 1850an apabila ia mula dieksport pada tahun 1857. Jumlah eksport pada tahun tersebut ialah 11,800 000. Perlombongan emas dijumpai di Aukland, Otago dan Pulau Utara. Selain itu, New Zealand terlibat dalam pertanian dan perternakan. Pada Awal tahun 1860an, sumber pendapatan New Zealand ialah hasil pengeluaran perlombongan emas. Di antara 1861 dan 1870, emas menjadi lebih daripada separuh jumlah eksport New Zealand. Namun begitu pada akhir tahun 1860an, ekonomi negara dalam kemelesetan dan dilanda kemurungan selama 25 tahun sehingga tahun 1890an. Ekonomi New Zealand semakin pulih apabila pelbagai produk yang menguntungkan dijadikan bahan eksport iaitu daging beku dan produk tenusu. Menurut Gary Richard Hawke dalam buku beliau bertajuk The Making of New Zealand: An economic history menyatakan bahawa pada tahun 1870an, hutang New Zealand adalah 3.6 million. Beliau turut menyatakan bahawa New Zealand mempunyai ekonomi yang kaya dan kompleks.

5.0 PENILAIANSetelah meniliti beberapa bahagian buku serta rujukan yang peroleh serta beberapa blog rasmi New Zealand berkaitan dengan perjanjian Waitangi 1840, terdapat perbezaan yang sangat halus dimana memerlukan penilitian yang sangat singnifikan untuk menjelaskan perbezaan tersebut. Apa yang terkandung di kedua-dua lembaran perjanjian masing-masing mempunyai kepentingan sendiri ke atas kedua-dua belah pihak. Meneliti daripada semua aspek yang dipertimbangkan samaada perjanjian versi Maori dan versi Bahasa English, kumpulan kami dapat mengesan faktor utama yang menyumbang kepada pertindihan atau salah faham dalam perjanjian ini. Deretan daripada faktor inilah yang menyebabkan golongan Maori banyak menerima kesan daripada perjanjian Waitangi 1840. Pada asalnya perjanjian ini ditulis dalam bahasa Maori dan diterjemahkan dalam bahasa English dan penterjemahan dilakukan oleh Sir Henry Williams dan menjadikan perjanjian rasmi adalah dalam bahasa English. Dalam proses menterjemah ini Henry Williams telah mentafsirnya mengikut apa yang beliau faham dan tafsirannya yang dilakukan adalah berbeza mengikut fahaman golongan Maori. Bermula daripada salah tafsiran inilah berlakunya siri perang hitam yang tercatat dalam sejarah New Zealand. Berikut adalah perjanjian yang telah diterjemahkan dalam bahasa English daripada teks bahasa Maori. Here's Victoria, Queen of England, in her gracious remembrance towards the chiefs and tribes of New Zealand, and in her desire that the chieftainships and their lands should be secured to them and that obedience also should be held by them, and the peaceful state also; has considered it as a just thing, to send here some chief to be a person to arrange with the native men of New Zealand, that the Governorship of the Queen may be assented to by the native chiefs in all places of the land, and of the islands. Because too many together are the men of her tribe who have sat down in this land and are coming hither.

Now it is the Queen who desires that the Governorship may be arranged that evils may not come to the native men, to the white who dwells lawless. There! Now the Queen has been good that I should be sent, William Hobson, a captain of the Royal Navy, a Governor for all the places in New Zealand that are yielded now or hereafter to the Queen. She says to the Chiefs of the Assemblage (Confederation) of the tribes of New Zealand, and other chiefs besides, these laws which shall be spoken now.

Here's the first: Here's the chief of the Assemblage, and all the chiefs also who have not joined the Assemblage mentioned, cede to the utmost to the Queen of England for ever continually to the utmost the whole Governorship of their lands.

Here's the second: Here's the Queen of England arranges and confirms to the chiefs, to all the men of New Zealand the entire chieftainship of their lands, their villages, and all their property. But here's the chiefs of the Assemblage, and all the chiefs besides, yield to the Queen the buying of those places of land where the man whose land it is shall be good to the arrangement of the payment which the buyer shall arrange to them, who is told by the Queen to buy for her.

Here's the third: This, too, is an arrangement in return for the assent of the Governorship of the Queen. The Queen of England will protect all the native men of New Zealand. She yields to them all the rights, one and the same as her doings to the men of England.

-William Hobson, Consul and Lieutenant-Governor.Now here's we: Here's the chiefs of the Assemblage of the tribes of New Zealand who are congregated at Waitangi. Here's we too. Here's the chiefs of New Zealand, who see the meaning of these words, we accept, we entirely agree to all. Truly we do mark our names and marks.This is done at Waitangi on the six of the days of February, in the year one thousand eight hundred and four tens of our Lord.Dalam buku A concise New Zealand History ada menyatakan kandungan perjanjia dalam kedua-dua teks adalah sama dan hanya terdapat perbezaan yang halus yang mempunyai maksud yang hampir sama namun cara pelaksanaannya yang berbeza. Perbezaan yang ketara adalah pada fasal pertama dan fasal kedua. Namun, penulis buku tersebut menyatakan beliau tidak pasti akan perbezaan tersebut. Dalam fasal pertama menurut fahaman kami sekumpulan dalam perjanjian versi Bahasa English, Maori bersetuju memberikan semua haknya kepada ratu manakala dalam teks terjemahan bahasa Maori menyatakan bahawa penduduk Maori memberikan hak kedaulatan keatas tanah kepada ratu dimana dalam fahaman kami tentang perkara ini, ratu hanya berhak mengadakan sebuah kerajaan di New Zealand dan penduduk Maori hanya akan terikat dengan kerajaan telah persetujui namun berkenaan dengan tanah di New Zealand ianya masih lagi hak golongan Maori.Dalam fasal kedua pula berkenaan dengan hak penjualan tanah. Rentetan daripada fasal pertama dimana dalam fasal kedua ini dalam versi bahasa English, ratu memberi jaminan kepada kaum Maori bahawa segala hak berkaitan dengan tanah, ladang, hutan dan kawasan perikanan dan hak-hak lain tidak akan diganggu namun, golongan Maori memberi hak keistimewaan kepada ratu untuk membeli tanah berdasarkan syarat-syarat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak dengan harga yang diperkenankan. Namun, dalam terjemahan atau teks Maori, ratu akan melindung hak-hak Maori di New Zealand sebagai golongan pribumi termasuklah hak pembelian tanah. Penekanan dalam hak pembelian tanah dimana ratu boleh membeli tanah daripada golongan Maori atau membenarkan pembelian tanah kepada orang luar atas perkenanan ratu, dan harga yang dipersetujui dengan golongan Maori. Dalam fasal dua ini, kumpulan kami menafsirkan bahawa perbezaann yang jelas adalah pada hak penjualan tanah, dimana teks bahasa English memberi hak bebas kepada ratu untuk menjual tanah walaupun tidak mendapat persetujuan, dalam erti kata lain secara paksaan. Samaada pihak Maori setuju dengan penjualan tersebut atau tidak dengan kuasa yang telah diberikan ratu boleh menjual tanah dengan bebas, keadaan ini menyebabkan golongan Maori kehilangan hak keatas tanah mereka dengan termetrainya perjanjian ini, hak penjualan tanah mestilah melalui wakil-wakil yang telah dilantik oleh ratu dan berlaku adalah secara paksaan. Penekanan kepada kefahaman versi English adalah fokus utama kumpulan kami memandangkan versi Maori itu tidak dapat kami tafsirkan. Dalam versi bahasa English ini, secara keseluruhannya boleh lah disimpulkan bahawa hampir kesemua hak golongan Maori telah diberikan kepada Ratu Victoria termasuklah hak ke atas penjualan tanah. Dimana jelas dalam perjanjian versi bahasa English itu keistimewaan yang diperolehi adalah ratu melindungi adat, agama dan golongan Mouri sebagai penduduk asal New Zealand. Golongan Maori melakukan persetujuan ini adalah disebabkan lambakan orang Eropah yang datang ke New Zealand. Golongan Maori merasakan dengan adanya perjanjian ini, pencabulan hak keatas tanah, adat, agama dan kepercayaan terpelihara. Namun, kesan daripada perjanjian 1840 New Zealand ini menyebabkan yang jelas adalah pencabulan agama dimana agama kristian telah dibawa masuk dan berkembang pesat di New Zealand.Kesan yang paling penting dalam perjanjian ini adalah menjadi tongak kepada pembukaan New Zealand sebagai sebuah negara yang berdaulat pada masa kini. Walaupun pada dasarnya kebanyakan kesan yang berlaku adalah penindasan kepada kaum Maori namun tindakan tersebut adalah satu langkah yang sangat positif yang mengerak kepada kesatuan dalam puak ini. Salah satu lagi kesan yang berlaku adalah perang Maori. Perang ini telah membuka mata pihak Maori berkenaan kepentingan menjaga hak mereka keatas negara mereka sendiri namun pengiktirafan masih lagi dibawah ratu sehingga kemerdekaan dicapai. Kesan positif dalam jangka masa terdekat selepas perjanjian ialah lebih diperolehi pihak British dimana penguasaan sepenuhnya keatas New Zealand dan penghalangan kemasukan kuasa Eropah lain berjaya dilakukan oleh British. Selain itu, perkembangan ekonomi New Zealand adalah dibawa penguasaan mereka.

5.0 KESIMPULANSecara keseluruhannya, terdapat beberapa faktor yang mengalakkan termetrainya perjanjian Waitangi yang ditandatangani pada tahun 1840. Perjanjian Waitangi 1840 mengandungi 3 fasal yang dipersetujui dan perjanjian ini adalah batu asas kepada pembentukan Negara New Zealand pada hari ini. Namun, mengimbau kenangan pahit penduduk Maori dalam meniti perjanjian yang ditafsirkan salah sehingga menyebabkan kesalahfahaman berlaku dalam perjanjian tersebut. Salah satu kesannya ialah penindasan berlaku ke atas golongan ini dan akhirnya perjanjian ini juga membuka mata puak Maori untuk membentuk kerajaan sendiri untuk mentadbir sendiri New Zealand.