fpk bahasa melayu

28

Click here to load reader

Upload: shafin143

Post on 10-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

Penterjemahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu.1.0 Pengenalan

Falsafah pendidikan adalah panduan dan hala tuju system pendidikan bagi sesebuah Negara. Semua Negara wajib ada falsafah pendidikannya sendiri yang mana ianya berbeza berbanding sesebuah Negara yang lain. Falsafah berasal daripada perkataan Yunani iaitu philo dan sophia di mana philo bermaksud mencintai dan Sophia berrmaksud kebijaksanaan. Menurut Plato, falsafah ialah usaha mengetahui segala yang ada berhubung dengan manusiadan kehidupannya untuk mencapai hakikat kebenaranFalsafah pendidikan menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dan lebih dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

2.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Penterjemahannya Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

2.1 Bentuk Pendidikan yang terdapat di Malaysia.

Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan atau merupakan satu proses yang bermula sejak dari awal persekolahan sehinggalah ke akhir hayat individu tersebut. Oleh itu dalam pendidikan di Malaysia menjadikan individu tersebut melalui proses pemerolehan dan pemindahan secara berterusan yang melibatkan pengetahuan, nilai murni dan kemahiran. Pendidikan berterusan juga melibatkan tiga peringkat iaitu peringkat awal, pendidikan sekolah dan peringkat lepas sekolah. Pada peringkat awal, pendidikan yang diperoleh adalah secara tidak formal yang hanya member penekanan kepada aspek-aspek seperti pertuturan, bimbingan agama, asuhan budi pekerti, penjagaan kesihatan dan perhubungan fizikal. Pada peringkat sekolah, murid-murid mula mendapat pendidikan secara formal yang melibatkan sekolah rendah dan sekolah menengah. Pada peringkat ini , penekanan dibuat dalam aspek-aspek seperti perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran, penghayatan agama dan nilai murni, Perkembangan bakat dan potensi diri serta pembentukan jati diri. Pada peringkat selepas sekolah pula, pendidikan masih terus berlaku sama ada individu tersebut meneruskan pengajian ke pringkat yang lebih tinggi lagi atau bekerja. Pada peringkat lepas sekolah, penekanan adalah terhadap peningkatan perolehan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran,penghayatan agama dan nilai murni, penyesuaian hidup serta perkembangan bakat dan potensi diri2.2 Proses Pengajaran dan Pembelajaran yang disarankan dalam FPK

Proses dan strategi pengajaran dan pembelajaran merangkumi beberapa pendekatan seperti berpusatkan murid, serta kepelbagaian teknik dan sumber. Guru-guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Guru-guru perlu merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual. Selain daripada itu, nilai murni serta semangat patriotik, dan kewarganegaraan tetap menjadi keutamaan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

2.3 Matlamat Pendidikan yang dihasratkan dalam FPK

2.3.1 Matlamat kepada individu

Terdapat beberapa matlamat individu yang diharapkan dalam FPK antaranya ialah;

i. Memperkembangkan lagi potensi individu dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi.

ii. Memperkembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepaduiii. Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

iv. Melahirkan individu yang mempercayai dan patuh kepada tuhan

2.3.2 Matlamat kepada sumbangan oleh individu kepada keluarga masyarakat dan Negara.Antara matlamat tersebut adalah:

i. Melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan di mana individu tersebut mampu untuk menyumbang semula kepakaran yang ada bagi meningkatkan dan memajukan Negara.

ii. Melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia di mana mereka tahu membezakan antara nilai buruk dan nilai baik, menyedari kesan dan akibat daripada perbuatan mereka, menghayati nilai kerohanian , kemanusiaan dan kewarganegaraan serta yakin kepada nilai murni.

iii. Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab di mana sentiasa berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan Negara. Mereka juga wajib mematuhi undang-undang Negara.

iv. Melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan iaitu individu yang kompeten dan cekap dalam melaksanakan sesuatu kerja. Justeru itu, pendidikan perlu melahirkan rakyat yang berilmu serta berkemahiran tinggi.2.4 Penterjemahan FPK menerusi P&P

Adalah amat penting seseorang guru itu mengikuti kehendak FPK dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan ini kerana FPK itu adalah panduan bagi sistem pendidikan di Malaysia. Segala kelemahan yang dirasai dalam menghayati FPK oleh guru haruslah di atasi segera bagi membolehkan ilmu yang disampaikan itu telus kepada para pelajar tanpa ada rasa halangan bagi seseorang pelajar itu menerima ilmu itu sekaligus mempraktikanya.

Seseorang guru yang dapat menghayati FPK dalam melaksanakan tugasnya sebagai pendidik bakal mewujudkan khalifah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek di mana mereka ini bakal menerajui dunia dimasa akan datang dengan hikmah dan jayanya. Motif kewujudan falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk menyeragamkan dan menyelaraskan matlamat bidang pendidikan dalam mencapai misi dan visi yang sama. FPK seharusnya dapat diterapkan dan diguna pakai bukan hanya tertumpu dalam satu aspek atau bidang sahaja. Malahan FPK ini boleh digunapakai oleh seluruh warga pendidik dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam semua subjek termasuklah dalam subjek Bahasa Melayu. Daripada pemerhatian, berdasarkan FPK ini, secara tidak langsung dapat memperkembangkan potensi individu. Perkembangan potensi individu ini meliputi perkembangan secara menyeluruh dan bersepadu. Hal ini berlaku berdasarkan misi FPK itu sendiri yang ingin melahirkan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi rohani intelek dan social. Keseimbangan ini pula meliputi aspek kognitif, efektif dan psikomotor. Berdasarkan tiga aspek ini, melalui subjek bahasa melayu dengan merentasi subjek-subjek lain akan dapat menghasilkan satu hasil pembelajaran yang berkesan kepada murid.Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan juga mestilah selaras dengan FPK di mana guru perlu meningkatkan kefahaman serta menambah ilmu yang sedia ada agar peningkatan terhadap ilmu pengetahuan sering dengan arus pendidikan global. Guru-guru perlu memperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu yang perlu bagi memastikan pengajaran yang akan dilaksanakan memberi nilai yang dan kualiti yang diperlukan oleh seorang murid. Aspek pembelajaran murid juga perlu diambil kira di mana murid tersebut perlu dinilai dan pengajaran guru perlu sesuai mengikut kefahaman murid agar murid dapat belajar berdasarkan kefahaman mereka agar mereka tidak ketinggalan serta tidak memahami apa sebenarnya yang dipelajari.Selain daripada itu, individu yang dilahirkan lengkap dengan kemahiran dan nilai-nilai murni serta sahsiah yang mantap akan melahirkan murid yang cemerlang serta melahirkan modal insan yang cemerlang bukan sahaja dari aspek ilmu pengetahuan malah juga cemerlang daripada aspek kerohanian, keterampilan serta mampu menyumbang semula kepada keluarga, masyarakat dan negara.

3.0 Penterjemahan Pengetahuan, Kemahiran, Nilai-nilai murni dan elemen merentas Kurikulum (EMK) menerusi tema patriotism di bawah tajuk Setia Kepada Negara.3.1 Pengetahuan

FPK- melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Dalam FPK, usaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah memastikan rakyat yang mempunyai ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan, gemar membaca, sentiasa menambah ilmu pengetahuan, memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain berfikiran luas dan terbuka serta meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan.

Di bawah pengetahuan juga pelbagai matapelajaran lain boleh digabungkan sebagai contoh sastera iaitu berkaitan dengan sajak, matapelajaran kajian tempatan juga boleh digabungkan berkaitan dengan sejarah yang boleh dikaitkan dengan semangat patriotisme serta subjek sivik dan kewarganegaraan bagi meningkatkan lagi semangat cintakan tanah air.3.2 Kemahiran

FPK melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan atau berkemahiran

Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku. Elemen-elemen yang terdapat dalam kemahiran bahasa adalah;-

i. Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar denga teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.

ii. Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul.

iii. Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca.

iv. Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bahan prosa, puisi, dan grafik.

3.3 Nilai-nilai Murni

FPK-Melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak baik

Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni masyarakat Malaysia harus dipupuk sama ada secara langsung atau tidak langsung, selaras dengan nilai sejagat.

Nilai murni ini ialah baik hati, kejujuran, berdikari, kerajinan, hemah tinggi, kerjasama, hormat-menghormati, kesederhanaan, kasih saying, kesyukuran, keadilan, patriotisme, kebebasan, rasional, keberanian, kebersihan fizikal dan mental dan semangat bermasyarakat.Dalam tema patriotik yang dipilih sebagai tema pengajaran dan pembelajaran maka dapat dilihat bahawa nilai murni yang diketengahkan dalam FPK. Tema patriotik ini mempunyai definisi yang terlalu luas untuk dibincangkan di mana di dalamnya juga terkandung segala nilai-nilai murini yang lain atau mempunyai hubungkait yang sangat rapat antara satu nilai murni dengan satu nilai murni yang lain. Antaranya dalam tema patriotik ini sikap saling hormat menghormati di dalam Negara yang mempunyai pelbagai kaum agama dan bahasa perlu diterapkan kepada murid agar mereka menanamkan sikap yang baik terhadap kaum lain demi memastikan Negara ini sentiasa aman dan harmoni. Nilai seperti semangat bermasyarakat juga boleh diulas dengan panjang lebar demi menanam nilai tersebut dalam diri setiap orang murid.3.4 Elemen Merentas Kurikulum

a. Keusahawanan

Secara umum, Elemen Keusahawanan merupakan proses-proses yang terlibat dalam membentuk ciri-ciri , sikap, kaedah berfikir dan nilai dalaman seseorang murid ke arah menjadi seorang usahawan.Walaupun dalam P&P yang dipilih tidak berkaitan dengan keusahawanan namun aspek pemikiran seorang usahawan amat penting untuk diterapkan seterusnya meningkatkan kualiti seorang murid. Sebagai contoh sikap kreatif usahawan boleh digunakan dalam pengajaran berdasarkan tema patriotik ini seperti memikirkan secara kreatif dalam menghasilkan sebuah sajak yang mempunyai nilai kesusasteraan yang tinggi di mana sajak tersebut berjaya memberikan impak yang baik kepada pembaca dan pendengarnya serta sajak tersebut mempunyai bahasa yang berkualiti serta menepati ciri-ciri sebuah sajak yang baik. Sikap kreatif ini sangat dipentingkan dalam penghayatan FPK.b. Kreatif dan inovatif

Kreativiti merupakan tunjang dan agenda penting dalam mana-mana orientasi pendidikan di dunia. Institusi pendidikan merupakan tempat terpenting untuk menyuburkan bakat dan kebolehan kreatif pelajar Pendidik yang tidak memiliki kemahiran dan pengetahuan kreativiti sukar untuk merealisasikan suasana, ruang dan pengalaman kreatif dalam pengajaran dan pembelajarannya.Literasi kreatif amat penting dalam dunia pendidikan kerana ia mampu melahirkan sebuah citra masyarakat kreatif dan negara kreatif .Tempat terbaik memupuk semangat kreativiti pada pelbagai tahap pelajar adalah menerusi pembelajaran dan pengajaran; sama ada dalam pembelajaran formal mahupun bukan formal. Di Malaysia, potensi untuk melahirkan manusia yang kreatif dan inovatif ini terpancar dalam Falsafah pendidikan Kebangsaan serta pengaplikasiannya dalam pedagogi dan kurikulum semua mata pelajaran termasuklah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. seseorang individu yang ingin menjadikan dirinya sebagai pendidik yang kreatif seharusnya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perguruan, kerana bidang ini memerlukan seseorang yang mempunyai keazaman yang tinggi bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan cemerlang. Bidang perguruan merupakan satu profesion yang mempunyai tanggungjawab serta cabaran yang besar. Seseorang yang menceburkan diri dalam profesion perguruan, dengan rasminya mereka hendaklah bertanggungjawab dan menjaga nama baik profesion dengan mengamalkan profesionalisme perguruan semasa menjalankan tugasnya. Bagi memastikan bakal guru atau guru yang masih dalam perkhidmatan memberi khidmat yang cemerlang dan berkualiti, mereka haruslah mematuhi dan mengamalkan etika-etika yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaanc. Teknologi

Dalam elemen merenytas kurikulum di bawah kurikulum teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah penyataan khusus tentang apa yang murid harus capai dalam pengetahuan TMK, kemahiran dan nilai dalam tempoh persekolahan. Standard ini juga berfungsi sebagai panduan kepada guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran berbantukan teknologi. Suasana pembelajaran ini dapat menyediakan banyak peluang kepada murid untuk memanfaatkan sumber TMK. Murid akan terlibat dalam pelbagai aktiviti yang mengandungi kemahiran teknologi yang relevan. Dalam Pengajaran dan pembelajaran berkaitan sajak, guru boleh menggunakan dvd atau komputer untuk mempertontonkan gaya deklamasi sajak dengan gaya dan intonasi yang betul kepada murid dengan demikian murid akan mendapat gambaran sebenar berkaitan dengan pembacaan sajak yang betul. Disamping itu juga dengan menggunakan capaian internet murid boleh mencari sendiri sajak-sajak yang berkaitan dengan patriotic atau sajak-sajak yang berkaitan dengan semangat cintakan tanah air. Ini dengan secara tidak langsung akan dapat meningkatkan kemahiran murid dalam aplikasi teknologi maklumat.4.0 Peta minda: Hubungkait Antara Komponen Pengetahuan, Kemahiran, Nilai-nilai Murni dan EMK dalam Penterjemahan FPK

EMK-Melahirkan modal insan yang celik IT, mempunyai pengetahuan asas keusahawanan serta kreatif dan inovatif5.0 Aplikasi Komponen Pengetahuan, Kemahiran, Nilai-nilai Murni dan EMK dalam pengajaran dan Pembelajaran Dan Jangkaan Terhadap Pembangunan Modal Insan.Sebagai seorang guru yang mengajar subjek bahasa Melayu, saya yakin dan percaya bahawa matlamat pendidikan Negara sebagaimana yang dihasratkan dalam FPK iaitu membina warganegara yang baik mampu untuk dicapai. Sebagai guru, saya sedar bahawa setiap murid yang saya didik mempunyai potensi yang pelbagai. Potensi tersebut merupakan modal insane yang boleh dibentuk dan diperkembangkan lagi untuk meningkatkan keupayaan setiap murid dalam member sumbangan kepada pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara. Modal insan yang dinyatakan dalam FPK mencakupi kecerdasan intelek, rohani, emosi dan kecergasan jasmani. Saya yakin dengan pengetahuan, kemahiran, nilai dan elemen merentasi kurikulum mata pelajaran bahasa Melayu, pembangunan modal insan boleh dicapai.Berdasarkan FPK juga menunjukkan bahawa proses pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu itu sendiri tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga seterusnya kepada masyarakat dan Negara. Justeru itu, kesan akhir pendidikan adalah untuk pembangunan diri insan secara menyeluruh dan seimbang agar menjadi individu, ahli keluarga, ahli masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti kepada keluarga, masyarakat dan Negara yang aman damai dan semangat bersatu padu dalam mengekalkan sebuah Negara yang harmoni.Terdapat beberapa implikasi terhadap modal insan berdasarkan falsafah pendidikan kebangsaan iaitu:-

i. Modal insan yang mempunyai ilmu pengetahuan serta akhlak yang mulia.

Berdasarkan FPK, modal insane yang terhasil daripada pelaksanaan FPK ialah individu yang mempunyai ilmu pengetahuan lebih daripada satu bidang sahaja di mana mereka mempunyai pengetahuan dalam pelbagai aspek berdasarkan pembelajaran yang menekankan bukan hanya penggabungjalinan satu subjek malah pelbagai subjek di dalam proses P&P. Ini akan menjadikan murid atau pelajar mampu mengaitkan pengetahuan dari proses pembelajaran ke dalam kehidupan seharian. Malah subjek moral, agama dan sivik yang ditekankan akan dapat melahirkan insane yang mempunyai akhlak yang baik.

ii. Insan yang seimbang dan harmonis

Insan yang seimbang dan harmonis amat diperlukan bagi memastikan sesebuah Negara itu kekal membangun. Ini kerana insane yang tidak seimbang dan harmonis akan menyebabkan wujud pelbagai masalah di dalam masyarakat dan akhirnya akan menyebabkan sesebuah masyarakat itu menjadi kucar-kacir dan berpecah belah. Dengan penerapan insan yang seimbang ini akan dapat memastikan bahawa modal insane yang ada sekarang akan dapat memajukan lagi negara dan mengekalkan kesejahteraannya.iii. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Setiap individu yang dilahirkan menerusi FPK akan terdidik dengan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan bagi memastikan amalan hidup mereka tidak jauh terpesong dan mudah untuk dipengaruhi dengan budaya-budaya dan anasir-anasir yang tidak sihat. Ini kerana mereka yang patuh dan percaya kepada tuhan akan sentiasa bermuhasabah diri dan sentiasa melakukan kebaikan seperti yang di suruh dalam setiap agama dan meninggalkan segala larangan.

iv. Tanggungjawab dan sumbangan kepada masyarakat.

Insan yang terhasil daripada FPK ini akan mampu bertanggungjawab dan berupaya member sumbangan kepada masyarakat kerana ianya telah dipupuk dan disemai sejak dari bangku persekolahan lagi akan bertanggungjawab dan sentiasa cintakan tanah air atau dengan kata lain mempunyai semangat patriotism yang tinggi. Ini menjadikan insan itu sentiasa sedar akan tanggungjawab untuk memajukan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan Negara.

Kesemua elemen ini merupakan hasil daripada FPK yang diterapkan kepada modal insane yang mana merupakan asset utama Negara pada masa hadapan. Kejayaan pelaksanaan FPK ini amat bergantung kepada mereka yang melaksanakannya iaitu guru. Oleh yang demikian bagi memastikan FPK ini tercapai maka semua guru harus faham akan apa yang termaktub di dalam FPK dan sentiasa mempelbagaikan kaedah P&P bagi memastikan modal insane hari ini mencapai matlamat sebenar FPK.6.0 Proses Menterjemahkan Komponen pengetahuan, kemahiran, nilai dan EMK dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia

Tahun

: 5 UM

Bil.Murid

: 30 orang

Hari

: Isnin

Masa

: 08.45 09.45 pagi ( 60 minit)

Tema

: Patriotisme

Tajuk

: Setia Kepada Negara

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

I. Melahirkan pendapat berdasarkan gambar dan cerita yang dilihat dengan idea yang bernas.

II. Membaca puisi dengan menekankan pada intonasi dan sebutan yang betul.III. Melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa yang puitis.

IV. Menulis ayat yang lengkap berdasarkan maklumat yang diperoleh.

Hasil Pembelajaran Utama (HPU)

3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik, dan berkesan

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks

9.0 Mencatat dan menyusun maklumat

Hasil Pembelajaran Khusus(HPK)

3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang.

6.2 Membaca dan mengenal pasti pelbagai genre penulisan

9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.

Fokus Utama

3.3 Aras 1(i) Mengemukakan hujah yang bernas tentang sesuatu topik dengan intonasi dan sebutan yang betul.

Fokus Sampingan

6.2 Aras 1(i) Mengenalpasti kata, frasa, ayat dan peribahasa dalam sesuatu ayat.

9.2 Aras 2(i) Mengklasifikasi dan merekod maklumat pelbagai sumber

Kemahiran Bahasa: Bertutur, Mendengar, Membaca, dan Menulis

Sistem Bahasa

: Tatabahasa -Sinonim Sebutan dan intonasi - Sajak

Kosa kata -Kata-kata hikmat

Pengisian Kurikulum

Ilmu

: Kajian Tempatan , Kesusasteraan,

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai Murni

: Kesyukuran , Patriotisme , Kebebasan

Kewarganegaraan : Bersemangat cinta akan negara Malaysia

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran Berfikir

: Menjana idea, menghubung kait, merumus, Kemahiran Belajar Cara Belajar: Mendengar, Membaca, Menulis

Kecerdasan Pelbagai

: interpersonal, Intrapersonal, muzik

Pengetahuan Sedia Ada: Murid mengetahui tentang peristiwa hari kebangsaan dan sejarah kemerdekaan Malaysia

Bahan Bantu Belajar: Video ( Hari Kebangsaan ),Gambar( peristiwa hari Kebangsaan, bangunan bersejarah, tokoh negara), Petikan Sajak.

Penekanan Konsep 5P

:

i. Penggabungjalinan: Mendengar, bertutur, membaca dan menulis

ii. Penyerapan

: Kajian Tempatan, Pendidikan Muzik.

iii. Penilaian

: Menerangkan maksud puisi yang dibaca

iv. Pemulihan

: Menulis perkataan berimbuhan, menulis ayat tunggal

v. Pengayaan

: Membina ayat majmuk yang lengkap dan gramatis

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Isi PelajaranAktiviti P&PCatatan

Setia Kepada

Negara

Soalan;

Dengar lagu berikut dengan teliti.

1. Namakan judul lagu ini ?

2. Bilakah biasanya lagu ini kamu dengar ?

Set Induksi ( 5 minit )

Guru memperdengarkan lagu melalui komputer riba.

Guru bersoal jawab dengan murid tentang lagu yang diperdengarkan.

KB menghubungkait

BCB mendengar dengan teliti

Teknik bersoal jawab

KP - interpersonal BBB: Gambar

Setia Kepada Negara

Soalan berpandukan gambar.

1.Apakah sumbangan kita kepada Negara ?

2. Bagaimanakah kita menyatakan kesetiaan kita kepada Negara ?Langkah 1( 10 minit )

Aktiviti 1

Guru meminta murid bercerita tentang gambar yang dipamerkan Murid bercerita tentang gambar dengan menggunakan ayat sendiriAktiviti 2

Guru membuat ulasan tentang cerita yang didengar dengan membetulkan penggunaan kosa kata, sebutan dan intonasi. Contoh : suasana, aktiviti,

Ilmu: Pendidikan MoralKB: merumus

BCB: mendengar aktif,

Teknik bercerita

KP: intrapersonal

Nilai: kasih sayang

Membina ayat berdasarkan perkataan

Contoh : bercuti, berkelah, berehat

BBB ;

-Guru mempamer gambar - pantai, tepi sungai,

Langkah 2( 15 minit )

Aktiviti 1

Guru meminta murid membina ayat secara lisan berpandukan kad perkataan yang disediakan.

Murid membina ayat tunggal secara lisan berpandukan kad perkataan yang diberi

Aktiviti 2

Guru meminta murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk berpandukan gambar

Guru membuat ulasan tentang ayat yang disampaikan dan membuat pembetulan tentang penggunakan perkataan yang betul dalam ayatIlmu: Kajian Tempatan

KB: Menjana ideaBCB: mencatat,

Teknik bercerita

KP: intrapersonal

Nilai: Hormat-menghormati

BBB:

-Gambar

-Kad perkataan

Membina ayat

-berdasarkan gambar

-menulis 5 ayat majmukLangkah 3( 10 minit )

Aktiviti 1

Aktiviti kumpulan ;

Guru meminta murid menyelesaikan soalan mengikut aras kebolehan murid Kumpulan 1 Murid menulis beberapa perkataan yang sesuai berdasarkan gambar

Kumpulan 2 Murid diminta menulis lima isi penting dalam gambar yang disediakan

Kumpulan 3 Murid diminta menulis 5 ayat berpandukan gambar tunggal

Aktiviti 2

Guru meminta semua kumpulan menyatakan hasil dapatan perbincangan dalam kumpulan itu tadi.KB: Menjana idea

KP: Verbal & Linguistik,

BCB; kemahiran mencatat

Teknik bercerita

Jenis-jenis ayat:

-Ayat majmuk

-Ayat terkawal

(- murid membina ayat berdasarkan perkataan yang disediakan)

Contoh: berkelah, pantai, bertolak

-Ayat berpandukan gambarLangkah 4( 15 minit )

Aktiviti 1 Aktiviti Penulisan

Kumpulan 1 Murid menulis ayat secara terkawal dengan membubuh perkataan pada tempat kosong .

Kumpulan 2 Murid menulis ayat majmuk dengan menggunakan perkataan yang disediakan

Kumpulan 3 Murid membina 5 ayat majmuk yang lengkap tentang gambar yang disediakan

KB Menjana idea

KBCB:

KP: intrapersonal

BBB: Lembaran kerja

Guru membuat ulasan;

-Apakah kebaikan berkelah bersama keluarga

BBB: menyanyi laguPenutup ( 5 minit)

Guru membuat ulasan

Nyanyian kalau rasa gembira tepuk tanganKB: merumus

Ilmu: Kajian Tempatan

KP: muzik

Rujukan

Abdul Hamid Mahmood. (2006). Penyerapan Nilai Murni dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayudalam Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu:

Kemahiran bernilai Tambah. Tanjung Malim: Penerbit UPSI.

Abd. Rahim Abd. Rashid. 1999. Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar bakti Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Haji Abdullah.(2005). Wacana Falsafah Ilmu: analisis konsep-konsep dan Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur:Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd.Abdul Rahman Arof&Zakaria Kasa(1994).Falsafah dan konsep pendidikan.Kuala Lumpur.Fajar Bakti.

Azizi Yahya, Shahrin Hashim dan Yusof Boon.(2008).Falsafah Pendidikan Kontemporari.Skudai.Universiti Teknologi Malaysia

http://kssr.bpk.my/pengenalan/emkhttp://www.slideshare.net/RoseRoja2/004-pembentukan-dan-unsur-fpkKEMAHIRAN

-melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan/ berkemahiran

PENGETAHUAN

-melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

FALSAFAH

PENDIDIKAN

KEBANGSAAN

NILAI-NILAI MURNI

-melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak dan baik