folio kesan perkembangan sistem pengangkutan darat

13
1 Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Folio Geografi PBS 2013 dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua SMK Long Gafar iaitu Tn. Kamaruddin Bin Jaafar kerana membenarkan saya menjalankan kerja kursus Geografi dengan jayanya. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Khalizah Bt Semail iaitu guru geografi 2 LG1 (Bitara) kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua- dua ibu bapa saya iaitu ayahanda Mohd Yusof Bin Dollah dan bonda Nik Rohiniyah Bt Nik Wil @ Nik Ismail yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan folio ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit. Yang terakhir, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya iaitu Nur Aina Syahirah Bt Hasim yang sanggup berkongsi bahan- bahan kepada saya untuk menyiapkan folio ini.

Upload: nadziela-yusof

Post on 01-Jan-2016

576 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

- Sistem Pengangkutan Darat- Di Pasir Tumboh, Kelantan- PBS Geo- Band 5- B5D3E1

TRANSCRIPT

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Folio Geografi PBS 2013 dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua SMK Long Gafar iaitu Tn. Kamaruddin Bin Jaafar kerana membenarkan saya menjalankan kerja kursus Geografi dengan jayanya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Pn. Khalizah Bt Semail iaitu guru geografi 2 LG1 (Bitara) kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu ayahanda Mohd Yusof Bin Dollah dan bonda Nik Rohiniyah Bt Nik Wil @ Nik Ismail yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan folio ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.

Yang terakhir, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya iaitu Nur Aina Syahirah Bt Hasim yang sanggup berkongsi bahan-bahan kepada saya untuk menyiapkan folio ini.

Saya pelajar 2 LG1 (Bitara) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar telah ditugaskan untuk menyiapkan satu laporan tentang Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan Darat di Pasir Tumboh, Kelantan. Saya telah menemubual 20 orang penduduk di Pasir Tumboh, Kelantan. Saya telah meminta pendapat mereka tentang kesan pengangkutan darat terhadap alam sekitar di Pasir Tumboh, Kelantan.

Saya juga telah meminta saranan bagi mengatasi fenomena alam sekitar tersebut. Mereka telah member kerjasama yang baik serta member sokongan terhadap saya sepanjang sesi temubual dijalankan.

Saya juga telah meminta pendapat daripada JKR dan IKRAM tentang usaha meningkatkan infrastruktur jalan raya di Pasir Tumboh, Kelantan.

Menamakan tajuk kajian iaituKesan Perkembangan Sistem Pengangkutan Darat di Pasir Tumboh, Kelantan

Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian: Saya memilih Pasir Tumboh, Kelantan sebagaikawasan kajian kerana ia mempunyai pelbagai jenis pengangkutan awam. Saya juga ingin mengkaji masalah-masalah pengangkutan awam di kawasan kajian ini yang juga berdekatan dengan sekolah saya.

Tempoh masa kajian dijalankan iaitu 2 bulan daripada bulan September hingga bulanOktober.

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk:

Untuk mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya iaitu Pasir Tumboh, Kelantan.

Untuk mengenalpasti kesan-kesan perkembangan jaringan sistem pengangkutan terhadap alam sekitar di kawasan kajian.

Untuk mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah yang dihadapi di kawasan kajian

Untuk menerapkan nilai murni dalam kalangan ahli kumpulan dan warga Pasir Tumboh, Kelantan.

Melalui kajian ini saya berasa bersyukur kerana dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai jaringan sistem pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian saya seperti jenis-jenis pengangkutan yang ada.

Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian berikut :

Pemerhatian Meninjau dan memerhati jenis kenderaan yang terlibat.Rujukan Internet untuk mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan seperti maklumat jaringan sistem pengangkutan di Saujana Impian, data-data dan pelbagai maklumat yang lain.Buku teks Buku Teks Tingkatan 3

Pelbagai kaedah kajian telah dibuat untuk mengkaji jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian. Antaranya ialah:-

a)Kaedah PemerhatianKaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti jenis- jenis sistem pengangkutan, petempatan, bentuk muka bumi dan lain-lain yang berkaitan dengan kajian saya. Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku catatan untuk digunakan semasa membuat laporan kajian nanti. Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian. Pemerhatian dibuat terhadap jenis kenderaan yang melalui jalan raya.b)Kaedah Temu BualTemu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan atau pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan secara tidak langsung atau secara langsung apabila bertemu dengan seseorang. Temu bual sering dibuat di rumah responden, di perhentian bas dan teksi dan di mana-mana sahaja yang difikirkan boleh mendatangkan faedah. Biasanya temu bual ini dibuat dengan orang ramai , orang tua, dan penduduk di kawasan kajian.

c) Kaedah RujukanKaedah rujukan ialah cara membaca pelbagai bahan bacaan, menggunakan maklumat yang terdapat dalam peta, dan rujukan peta di perpustakaan . Bahan-bahan bacaan yang dibaca ialah buku teks, buku rujukan dan akhbar. Orang sumber seperti rakan-rakan, saudara mara, sahabat ibu bapa yang tinggal juga digunakan untuk memperoleh maklumat yang terkini tentang kawasan kajian. Merujuk dan mencari maklumat di internet seperti Google. Maklumat yang diperoleh itu dicatat dan kemudian dianalisis untuk dijadikan bahan dan isi kandungan kerja kursus. Rujukan daripada orang sumber amat penting dan banyak membantu untuk mengenali latar belakang kawasan kajian secara lebih terperinci.

Definisi Sistem Pengangkutan Darat

Pengangkutan darat ialah sistem pengangkutan yang menggunakan jaringan jalan raya. Kaedah ini amat penting bagi memudahkan penduduk keluar bekerja dan pelajar ke sekolah untuk belajar. Pengangkutan darat adalah jenis pengangkutan yang paling biasa digunakan. Ia merangkumi kenderaan pacuan empat roda termasuk kereta, MPV van, dan sebagainya. Selain itu, perkhidmatan bas dan sistem LRT juga antara jenis pengangkutan darat.

Perkembangan pesat jaringan jalan raya di Pasir Tumboh, Kelantan melibatkan jalan-jalan :a) Jalan Pasir Putehb) Jalan Pekan Pasir Tumbohc) Jalan Gong Dermind) Jalan Seribong

KESAN-KESAN PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI PASIR TUMBOH, KELANTAN

a) Pencemaran Udara

Pembebasan asap kenderaan bermotor.Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan minyak diesel kerana harganya yang lebih murah. Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap yang terhasil dan dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan udara, disamping baunya yang menyakitkan hidung.

b) Pencemaran Bunyi

Kenderaan di jalan raya mengeluarkan bunyi hon boleh memekakkan pendengaran terutamanya di jalan sesak. Sejurus itu boleh mengganggu ketenteraman masyarakat.

c) Kesesakan Lalu Lintas

Kesesakan jalan raya berlaku pada puncak sebagai contoh waktu pagi ketika bertolak untuk ke sekolah atau ke tempat kerja. Pada waktu petang pula ialah ketika pulang daripada sekolah atau tempat kerja. Selain itu, kesesakan turut berlaku semasa musim perayaan atau cuti persekolahan.

d) Timbunan Sampah-sarap di Sepanjang Jalan Raya

Keadaan ini berlaku biasanya di kaasan pasar tani dan pasar malam. Hal ini mengakibatkan pembiakan nyamuk aedes, tikus dan lalat yang dikuartirkan penyakit berbahaya merebak kepada penduduk yang tinggal berhampiran.

CADANGAN MENGATASI KESAN-KESAN PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN

a) Petrol Tanpa Plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan

b) Amalan Berkongsi Kenderaan

Penduduk yang tinggal berhampiran atau berjiran digalakkan untuk berkongsi kenderaan semasa pergi kerja. Amalan ini juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan masa dan mengurangkan pengangkutan.

c) Penguatkuasaan Undang-undang

Pihak berkuasa perlu memberi peringatan atau mengenakan denda yang setimpal kepada sesiapa yang melanggar peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

d) Penggunaan Kenderaan Berkuasa Elektrik

Penggunaan komuter, LRT dan monorel adalah satu langkah proaktif untuk mengurangkan pencemaran udara dan pencemaran bunyi.

e) Melestarikan Alam Sekitar

Usaha menanam pokok-pokok di kawasan sekitar dapat menyerap gas karbon dioksida melalui proses fotosintesis. Ia termasuklah projek Grreen Belt (Kawasan Hijau) dalam perancangan bandar.

Melalui folio ini, saya dapat mempelajari definisi sistem pengangkutan darat iaitu sistem pengangkutan yang menggunakan jalan raya. Selain itu, saya dapat mempelajari kesan-kesan perkembangan sisitem pengngkutan di Pasir Tumboh, Kelantan. Antaranya ialah pencemaran udara, pencemaran bunyi, timbunan sampah-sarap di sepanjang jalan raya dan kesesakan lalu lintas.

Seterusnya, saya juga telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi kesan-kesan perkembangan sistem pengangkutan iaitu petrol tanpa plumbum, amalan berkongsi kenderaan, penguatkuasaan undang-undang, melestarikan alam sekitar dan penggunaan kenderaan berkuasa elektrik. Akhir sekali, saya dapat mengenal dengan lebih dekat lagi penduduk sekitar Pasir Tumboh yang telah banyak memberi kerjasama dan juga sokongan serta pendapat yang positif kepada saya.

a) Laman Web

http://nasrulnadzmi.blogspot.com/2013/05/my-folio-geografi-2013-pmr-kajian.html

http://amirhamido.blogspot.com/2013/03/folio-geografi-2013-pengangkutan-awam.html

http://waazin.blogspot.com/2013/05/kerja-kursus-folio-geografi-pmr-2013-esei-lengkap.html

b) Buku Teks:

Buku teks tingkatan 2: Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon dan Ratnam Karuppiah Servai, 2003,

BukuTeks Geografi Tingkatan 2, Kuala Lumpur, Percetakan Rina Sdn. Bhd.

Buku teks tingkatan 3:Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, Tan Koh Lim, 2004,

Buku Teks Geografi Tingkatan 3, Ipoh, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

12