folio kadazan
DESCRIPTION
ppgTRANSCRIPT
SEKOLAH MENENGAH SAINS SABAH
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TINGKATAN 3
TEMA : WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA
NAMA PROJEK : KEPELBAGAIAN KAUM KADAZAN DUSUN
TARIKH : 6 JUN 2011
TEMPOH PELAKSANAAN PROJEK : 1 JUN 2011- 10 JUN 2011
NAMA : NESEA JANOH
KELAS : 3 ALPHA
GURU PENASIHAT :PUAN HAJJAH RABITAH BINTI
ABD. MANAF
Laporan projek Kepelbagaian Kaum Kadazan Dusun ini disediakan untuk
memenuhi keperluan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tingkatan 3. Tajuk projek yang dipilih adalah berdasarkan tema Warisan
Kepelbagaian Budaya Malaysia. Semua maklumat saya dapat daripada internet.
PENGENALAN
Projek Kepelbagaian Kaum Kadazan Dusun dipilih berdasarkan objektif
yang berikut.
1. Memahami kepelbagaian kaum Kadazan Dusun.
2. Bangga terhadap budaya dan adat resam kaum Kadazan Dusun.
OBJEKTIF PROJEK
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Pengetua Sekolah Menegah
Sains Sabah, Tuan Haji Zaini bin Zair kerana telah memberikan keizinan
kepada kami untuk melakukan projek ini.
Seterusnya. saya ucapkan kepada Puan Hajjah Rabitah binti Abd. Manaf,
guru mata pelajaran Pendidikan Sivik tingkatan 3 Alpha kerana sudah memberi
tunjuk ajar yang secukupnya kepada kami.
Selain itu, saya juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada
kedua-ibu bapa saya kerana sudah banyak membantu saya sepanjang saya
menjalankan projek ini. Terima kasih kerana sudah memberi kemudahan
internet kepada saya untuk mencari maklumat tentang kaum Kadazan Dusun.
PENGHARGAAN
Kadazan-Dusun
Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar
di Sabah. Salah satu teori mengatakan kaum ini asalnya dari suku Bunun di
Taiwan. Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan
dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27
suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun
Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas,
Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama
Kadazan, mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku
kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang
lebih besar. Ini dipersetujui oleh ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan
atonomi lebih besar, dengan itu istilah Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-
ansur.
Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu
pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat
seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud
dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani
tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu
serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi
kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal
(mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya
Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di
HASIL KAJIAN
daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan orang Kadazan-
Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah
Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti
Kinabatangan Orang Sungai turut menganut agama-agama lain. Masyarakat
Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri
Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud
(Tampasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang
yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau
bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini.
Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.
Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan
Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat
pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun
tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah
seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.
Kadazandusun merupakan kumpulan etnik (bumiputera) yang terbesar di Negeri
Sabah. Masyarakat ini merupakan golongan petani, tetapi dengan
perkembangan sosio-ekonomi yang dicapai oleh negara Malaysia sekarang,
masyarakat ini beransur-ansur beralih ke bidang perkhidmatan, perniagaan dan
pertanian moden. Sebelum Sabah merdeka melalui Malaysia, masyarakat
Kadazandusun dikenali sebagai Dusun, iaitu nama yang diberi oleh orang luar
kepada mereka. Setelah mencapai kemerdekaan, mereka menggunakan nama
"Kadazan" secara rasmi sebagai identiti mereka. Tetapi, oleh ' kerana masih ter
dapat etnik dari pedalaman yang berpendirian mendukung identiti "Dusun",
istilah "Kadazan" dan "Dusun"dipersatukan menjadi "Kadazandusun" untuk
memupuk dan menyatupadukan semangat "kesatuan" di kalangan mereka.
Banci pada tahun 1991 menunjukkan bahawa dari jumlah 1.8 juta orang
penduduk Sabah, ter dapat 372;089 orang Kadazandusun. Anggaran jumlah
penduduk Kadazandusun pada tahun1994 bertambah menjadi 433,600 orang,
yang mana ianya terbahagi dalam dua kumpulan etnik iaitu Kadazandusun dan
Murut . Sebilangan besar dari mereka terdapat di daerah Penampang, Putatan,
Kawang, Papar, Kimanis, Bongawan, Beaufort , Kuala Penyu, Tuaran,
Tamparuli, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat . Pitas, Labuk Sugut , Paitan,
Telupid, Ranau, Tambunan, Keningau, Tenom, Sook, Pensiangan dan Ulu
Kinabatangan.
Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) dan di dalam
perlembagaannya, Kadazandusun mer ujuk kepada empat puluh etnik seperti
berikut :
Bonggi,Lingkabau,Nabai,Tatana,Bundu,Liwan,Paitan,Tangara,Dumpas,Lobu,Pi
ngas,Tidong,Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung
Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan, Malapi, Sinorupu, Tombonuo,
Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon, Kolobuan, Minokok, Sukang,
Tutung, Kuijau, Murut , Sungai, Bisaya. Kesemua etnik ini mempercayai
bahawa mereka berasal dari Nunuk Ragang,iaitu satu petempatan awal
Kadazandusun yang terletak di Kawasan perkampungan Tompios dalam daerah
Ranau.
Sesungguhnya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh
diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum
Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional,
corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi
pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan
yang diadakan pada setiap tahun. Dalam aspek asal-usul, lagenda dan per
kembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum
Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang"
sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh
pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka
mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan
mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam
suku kaum Kadazandusun.
Dari aspek bahasa, perbezaan loghat , sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi
mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan suku kaum
Kadazandusun dari satu daerah dengan daerah lain di negeri Sabah adalah
berlainan tetapi masih membawa erti dan makna yang sama. Pakaian tradisi ini
pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya suku kaum Kadazandusun.
Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan
tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya
sendiri.
Suku kaum yang membentuk Kadazandusun
Kadazandusun terdiri daripada empat puluh suku kaum Dusun dan Kadazan.
Bisaya
Bonggi
Bundu
Dumpas
Gana
Garo
Idaan
Kedayan
Kimaragang
Kolobuan
Kuijau
Labuk
Lingkabau
Liwan
Lobu
Lotud
Lundayeh
Makiang
Malapi
Mangkaak/
kunatong
Minokok
Murut
Ngabai
Paitan
Pingas
Rumanau
Rungus
Sinobu
Sinorupu
Sonsogon
Sukang
Sungai
Tagahas
Tatana
Tangara
Tidong
Tindal
Tobilung
Tolinting
Tombonuo
Tuhawon
Tutung
Perayaan
Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian
baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah. Pesta
Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan
31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk
ngadau, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan
"ketua pendita".
Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan'
dalam bahasa Kadazandusun.
Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima makhluk
halus: Kinoringan(Ketua makluk halus & Pencipta), Rusod(semangat semua benda
hidup kecuali manusia), Koududuwo (semangat manusia), Tombiruo (semangat
orang yang telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat).
Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan (Kinorohingan
dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon, disembah sebagai pencipta
dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Semangat padi Bambaazon dimuliakan
pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi,
tiada kehidupan."
Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan
bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras)
dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa sesama
mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.
Makanan Tradisional
Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan-Dusun ialah
Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau dan Sup Manuk Lihing. Makanan-
makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan
tradisi kaum Kadazan-Dusun.
Tarian Tradisional
Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal
di seluruh Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap
kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk
menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.
Irama Sumazau adalah perlahan. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-
gerakkan kaki berlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut
irama. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti
burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan
Pesta Kaamatan.
Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan
bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan
ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik
tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togungguatau togunggak,
bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi.
Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik
mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat
tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat resam
penduduk setempat . Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan
masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan.
Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum
Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap
etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian
tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu. Kemuncak bagi
pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun dan kesenian serta
keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan pada setiap
30 dan 31 Mei setiap tahun. Dalam perayaan ini, berbagai acara menarik dan juga
budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan. Antara lain acara
yang biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan.
Kadazandusun merupakan satu kelompok masyarakat etnik peribumi yang terbesar
di Sabah yang dikenal juga sebagai suku kaum Dusun. Suku kaum Dusun ini
sebahagian besarnya tinggal di Bahagian 2 Pantai Barat , Pedalaman, dan Pantai
Timur Sabah. Suku-suku kaum Dusun bermukim di kawasan yang berasingan serta
menggunakan dialek yang berlainan, tetapi tidak timbul masalah kekangan
komunikasi antara satu suku dengan suku yang lain, lantaran ciri- ciri budaya yang
dikongsi berdasarkan warisan bersama.
Terdapat suku kaum Dusun di Sabah yang dikenali dengan nama 'Kadazan' . Pada
mulanya ' Kadazan' turut diklasifikasi sebagai bangsa yang sama serumpun dengan '
Dusun' . Apabila dimensi politik dilibatkan untuk mengelaskan suku-suku tersebut ,
keadaan menjadi tidak menentu. Bangsa Kadazan dan Dusun berkongsi bahasa dan
budaya serupa, meskipun dengan perbezaan dalam dialek. Hal Yang membezakan
bangsa Kadazan dan Dusun adalah disebabkan faktor kedudukan geografi tempat
tinggal mereka. Bangsa Kadazan, menduduki tanah delta yang landai, yang sesuai
untuk sawah pertanian, manakala bangsa Dusun pula, biasanya menduduki
kawasan-kawasan berbukit dan bergunung-ganang di pendalaman Sabah.
Perkataan "Kadazan" bermaksud "Kedai". Ini mengambarkan bahawa bangsa
Kadazandusun ini menghuni dikawasan bandar -bandar , yang terdapat kedai-kedai,
pendekatan kaum Khadazandusun ialah bangsa "Dusun" yang hidup didalam
bandar . Dalam sebutan bahasa Malaysia ia disebut "Kekedaian" ataupun
"Kekedazan" dalam bahasa dusun. Secara teorinya kaum ini sepatutnya hanya
dipanggil bangsa "Dusun" dan bukannya Khadazandusun, memandangkan mereka
ini adalah dari suku kaum yang sama.
LAGENDA NUNUK RAGANG
Catatan yang lengkap mengenai Nunuk Ragang sudah lama hilang namun apa yang
masih tinggal hanyalah teori-teori para ahli Sains Sosial dan cerita legenda. Nunuk
Ragang merupakan satu kaitan yang rapat dalam membuka lembaran sejarah yang
dikaitkan dengan masyarakat KadazanDusun. Melalui beberapa kajian yang
dilakukan oleh beberapa pengkaji budaya, telah berjaya membongkar asal usul
masyarakat KadazanDusun. Masyarakat KadazanDusun mempercayai bahawa
nenek moyang mereka berasal dari satu tempat yang bernama Nunuk Ragang yang
ber makna “Pohon Ara berwarna merah”. Tempat tersebut terletak di satu kawasan
hulu Labuk yang pada masa sekarang terletak di Daerah Ranau. Nunuk Ragang
dikatakan mempunyai dua buah sungai iaitu Sungai Liwagu dan Sungai Gelibang.
Sungai-sungai ini mengalir ke arah timur Ranau dan juga Tambunan. Sungai-sungai
ini memainkan peranan penting sebagai laluan utama perpindahan beramai-ramai
masyarakat KadazanDusun ke seluruh pelosok tempat di Negeri Sabah.
Menurut sumber cerita lisan yang diperolehi daripada masyarakat KadazanDusun itu
sendiri, pokok atau pohon Ara tersebut adalah sebesar enam depa lingkungan
tangan yang memeluknya, daun- daun yang merimbun pula dapat melindungi di
bawahnya sebanyak tujuh buah pondok kecil masyarakat KadazanDusun dahulu
kala yang ber saiz 240 kaki per segi. Pada mulanya, nenek moyang mer eka hidup
bebas dan menikmati limpahan rezeki yang ada di sekeliling mereka. Tetapi lama-
kelamaan apabila penduduk di tempat itu semakin ramai dan bertambah sesak serta
pencarian makanan pun bertambah sukar , ketua mereka telah memerintahkan
pahlawan-pahlawannya pergi mengembara dan mencari kawasan-kawasan
penempatan baru yang lebih sesuai dan mempunyai sumber makanan yang lebih
banyak.
Ekoran daripada pengembaraan yang dilakukan oleh pahlawan-pahlawan inilah,
mereka akhirnya telah menemui pelbagai tempat dan terus menceritakan tentang
penemuan yang telah mereka perolehi. Maka, berlakulah penghijrahan secara
beramai-ramai dan dalam beberapa kumpulan yang diketuai oleh pahlawan-
pahlawan tadi dan sekaligus menjadi penyebab terjadinya pemisahan dan
penyelerakan orang-orang KadazanDusun seperti mana yang ada pada masa
sekarang.
Sebenarnya, jika dilihat daripada konteks masyarakat, Nunuk Ragang ini adalah
satu tanda kemunculan kaum KadazanDusun yang ada di Sabah ini dan secara
tidak langsung menjadikan budaya ini begitu unik sekali. Ini hanya disebabkan oleh
sebatang pohon ara yang besar yang dijadikan sebagai tempat berlindung dan
akhirnya telah berkembang dan terciptanya sebuah kaum yang besar dan kaya
dengan pelbagai seni kebudayaan yang tersendiri iaitu kaum KadazanDusun.
Seharusnya sejarah kemunculan awal kaum KadazanDusun ini dipelihara rapi dan
perlu diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain.
Perspektif masyarakat kini terhadap lagenda Nunuk Ragang adalah pelbagai.
Menurut Pengarah Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Negeri Sabah, Encik
Chua Tek Luwi, masyarakat mempunyai perbezaan pendapat mengenai proses
pengembangan kaum KadazanDusun ini. Selain itu, tanpa disedari ekoran daripada
perkembangan ini secara tidak langsung menyumbang kepada perpecahan kepada
kaum KadazanDusun. Namun, perpecahan ini bukanlah menjurus kepada
perpecahan yang negatif tetapi ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada
kewujudan kepelbagaian cara hidup dan juga bentuk etnik yang berlainan dalam
kaum KadazanDusun itu sendiri.
Bagi perspektif golongan muda pula, mereka ini kurang didedahkan dengan cerita-
cerita Nunuk Ragang mahupun cerita lagenda yang lain. Golongan muda kini tidak
begitu mengenali ataupun mengetahui lagenda yang ada di Sabah. Hal ini berlaku
disebabkan pendedahan yang amat terhad oleh golongan tertentu selain daripada
kurangnya minat dari golongan muda itu sendiri. Oleh itu, adalah menjadi
tanggungjawab bersama untuk memperkenalkan cerita dan juga lagenda Nunuk
Ragang ini kepada mereka. Jika diamati keseluruhan cerita Nunuk ragang ini,
secara simboliknya ia menyampaikan mesej yang positif dari segi pembentukan
perpaduan di kalangan masyarakat KadazanDusun.
Oleh itu, sebagai ahli masyarakat Sabah, sudah menjadi satu kewajipan untuk
menjaga dan meneruskan pewarisan budaya yang ada agar ia tetap kekal dalam
nilai estet ika kebudayaan masing-masing.
Lihat saja kepada cerita Nunuk Ragang ini, ia mempunyai nilai perumpamaan yang
perlu ditetliti kembali sekiranya kita inginkan perpaduan itu kekal dalam masyarakat
kita.
TEORI SAINS SOSIAL
Terdapat sekurang-kurangnya empat teori mengenai asal-usul kaum
kadazandusun.
Teori Pertama: Kaum Kadazandusun berasal dari keturunan "Mongoloid" (I vor H.N.
Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965);
Teori Kedua : Kaum Kadazandusun berketurunan "Indo-Malayan" (T.R. Williams:
1965).
Teori Ketiga : Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (I vor H.N.
Evans:1923 dan Owen Rut t er :19220
Teori Keempat : Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.
Sejarah lisan atau Cerita Legenda yang popular menunjukkan bahawa
Kadazandusun berasal dari tempat ini - "NUNUK RAGANG". Tempat ini terletak di
sebuah kawasan di sekitar muara pertemuan dua batang sungai iaitu sungai
Kogibangan (dari arah kiri) dan Sungai Kawananan (dari arah kanan) yang telah
bercantuman menjadi sungai yang lebih besar , yang dinamakan Sungai Liwogu
(Dalam dan Tenang). Kerana diliputi dengan "lembaga hidup yang kelihatan
kemerahan- merahan" masing- masing dengan telatah dan perangainya.
Di bawah pohon, di tebing sungai dan di atas sepanjang juntaian akar Nunuk -
penuh dengan lembaga itu. Pantulan warna ke " kemerahan" semakin menyerlah
apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh lembaga-lembaga itu. Oleh yang
demikian, Nunuk itu kelihatan seolah-olah "merah" lalu ia dipanggil Nunuk Ragang.
(Aragang/ Ragang(Bahasa Kadazandusun)=Mer ah.
Tanggapan bahawa Nunuk itu Merah atau Nunuk Ragang adalah kiasan bagi
menggambarkan betapa ramainya manusia (lembaga merah) yang bersenda ria di
sekitar kawasan Nunuk ini. Sebenarnya, manusia yang ramai dikiaskan sebagai
"warna merah" apabila dilihat dari jarak jauh dan bukanlah pokok Nunuk itu yang
berwarna merah.
Sejak itu, nama NUNUK RAGANG ini menjadi "identity" rakyat Sabah yang
mempercayai bahawa "asal-usul" mereka adalah dari kawasan ini. Tempat ini
dikenali sebagai Pomogunan Nunuk Ragang, nama yang diambil bersempena
dengan kewujudan pokok Nunuk, yang pada suatu ketika dahulu "merah" satu
perlambangan menunjukkan betapa ramai manusia di tempat ini. Masyarkat
Kadazandusun sehingga kini masih mempercayai bahawa pokok dan tempat Nunuk
Ragang itu adalah "keramat" dan disegani. Untuk memelihara sejarah lisan kaum
Kadazandusun" Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), pada tahun
1969 telah meminta bantuan daripada kerajaan negeri Sabah untuk mendirikan
sebuah Tugu Peringatan Nunuk Ragang yang telah pun siap dibina pada 23
September , 1995.
Di kawasan muara percantuman dua batang sungai ini, terdapat sepohon pokok
Kayu Ara (Nunuk). Saiz pokok Nunuk itu sangat besar dan sebahagian daripada
akar serta dahan-dahannya condong ke arah sungai Liwogu. Dahan-dahan dan akar
terjuntai ke sungai, sangat sesuai sebagai tempat rekreasi seperti memanjat,
bergayut , berteduh dan sebagainya. Penduduk di sini sangat ramai, ketika cuaca
baik dan cahaya matahari memancar di ufuk barat dari jam 1.00 petang hingga 4.00
petang, ketika itulah ramai penduduk (tidak kira tua, muda, gadis, pemuda dan anak-
anak dsb..) turun bermandi-manda di sungai Liwogu, sementara yang lain
memanjat , bergayutan serta ramai yang berjemur di atas dahan-dahan rendang
Nunuk tersebut .
Suasana demikian berlaku hampir pada setiap hari dan pada masa yang hampir
sama, kecuali cuaca tidak baik atau sungai Liwogu ini banjir . Maka apabila
seseorang melihat pokok Nunuk dalam suasana seperti itu dari jarak jauh, sama ada
dari puncak bukit mahupun dari sebarang sungai Liwogu, pemandangannya sangat
menakj ubkan. Pokok Nunuk kelihatan seolah-olah "aragang".
KEHIDUPAN MASYARAKAT NUNUK RAGANG
Masyarakat terawal Kadazandusun dikatakan telah menghuni tempat ini dalam
keadaan bebas, menikmati berbagai-bagai jenis bekalan makanan yang mencukupi,
baik makanan daripada hutan mahupun daripada sungai serta hasil daripada usaha
pertanian. Keperluan hidup yang lain juga mudah diperolehi di sekeliling
perkampungan Nunuk Ragang ini. Kehidupan mereka aman dan damai, bersatu
padu, mogit abang-tabang, mogiuhup-uhup, otoluod, obinsianan, orulan, ohinomod,
aparu, onimot, obingupus, okupi, obintinong, obingkanggau, obintumbayaan,
obinronok, obiniangasan, otuyu, obingopi, mamantang, otorini, opori, oining,
obintudau, osuau, opohawang, obulun omonit inginawo. Hidup yang tenang dan
tenteram itu telah membolehkan mereka berfikir sambil menerokai "teknologi baru"
bagi menambah kecekapan, menambah dan memudahkan urusan serta
meningkatkan kesejahteraan hidup seharian. Bidang bidang yang diterokai antara
lain ialah peralatan pakaian (seperti sinombiaka, tokuluk (sirung, linumbagai, golong,
sinandang, limpogot ,dll), peralatan pertanian (seperti ragus, basung, dangol,
gagamas, kakali, guyudan, kisaran, tosung, rilibu/ raya dll).
Peralatan perikanan (seperti tundalo, siud, bangkala, tambong, bubusawak dll),
peralatan penternakan(lukug, gading dll ), peralatan memburu (sopuk, tuwil, gaba,
sungul, balatik, paliw, tandus, ramok, rungkasip, tabpai, sodik, tungkakub, pimpig,
tawos dll), peralatan muzik dan bunyi-bunyian (seperti tagung, sompoton, turali,
bungkau, suling pumpuak, dll), peralatan dan produk-produk ekonomi(seperti
Bohungon, Basung, kakanan, luping, sigup, sada toosin, bilis, tipun, paha, tusi dll).
Legenda Nunuk Ragang turut memuatkan cerita berhubung dengan pengembara-
pengembara China di kawasan Kinabatangan dan Labuk, di mana mereka dikatakan
mempunyai beberapa siri pertemuan yang terawal dengan penduduk-penduduk
Nunuk Ragang.
Tadau Kaamatan
Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa
Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati
"Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum
Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya
diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini
telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah
sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri
Sabah yang pertama.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan
tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan
perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan
paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu
dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang
dimainkan.
Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan
nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk
Ngadau", dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan
seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam
perayaan ini.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol",
iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat
sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah
tempayan besar atau "tajau" selama seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua
hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan
proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan tradisional turut disediakan
sempena hari tersebut.
Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk
menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya sumbiling digunakan
untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu, mereka juga
menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.
Asal usul Magavau
Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku
kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ia tetap membawa maksud yang sama.
Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai
seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-
orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang
mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka
Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat
selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis
benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu
benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu
mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai
semangat yang diberi nama "Bambazon".
Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta
Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang dirayakan dewasa ini. Perayaan seumpama
ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan.
Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai
dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat
menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita
akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan
Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya
Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.
LAMPIRAN