fakulti seni gunaan dan kreatif - universiti malaysia sarawak warna...personaliti warna (ipw). media...

24
PERSONALITI WARNA MENURUT TEORI DON LOWRY DALAM SERAMIK KONTEMPORARI (Analisis Terhadap Pelajar Di Universiti Malaysia Sarawak Yang Berusia 21-24 Tahun) JALWA JAZILAH BINTI MOHAMAD ROSDI (51997) Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian (Seni Halus) 2018 Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

Upload: others

Post on 03-Aug-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

PERSONALITI WARNA MENURUT TEORI DON LOWRY DALAM

SERAMIK KONTEMPORARI

(Analisis Terhadap Pelajar Di Universiti Malaysia Sarawak Yang Berusia 21-24 Tahun)

JALWA JAZILAH BINTI MOHAMAD ROSDI (51997)

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian

(Seni Halus)

2018

Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif

Page 2: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade: _____________

Please tick ( )

Final Year Project Report

Masters

PhD

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the ……………..day of……………..2018.

Student’s Declaration:

I, JALWA JAZILAH BINTI MOHAMAD ROSDI (51997) FACULTY OF APPLIED AND

CREATIVE ARTS hereby declare that the work entitled PERSONALITI WARNA

MENURUT TEORI DON LOWRY DALAM SERAMIK KONTEMPORARI is my original

work. I have not copied from any other students’ work or from any other sources except where

due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written

for me by another person.

___________________ _____________________________

Date submitted Jalwa Jazilah Binti Mohamad Rosdi (51997)

Supervisor’s Declaration:

I, PUAN ENDANG LESTARI hereby certifies that the work entitled PERSONALITI

WARNA MENURUT TEORI DON LOWRY DALAM SERAMIK KONTEMPORARI was

prepared by the above named student, and was submitted to the FACULTY OF APPLIED

AND CREATIVE ARTS as a *partial / full fulfillment for the conferment of BACHELOR OF

APPLIED ARTS HONOURS (FINE ART) and the aforementioned work, to the best of my

knowledge, is the said student’s work.

Received for examination by:

PUAN ENDANG LESTARI Date:____________________________

Page 3: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where

research was done)*

OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis

I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said

Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with

the abiding interest and rights as follows:

This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak

(UNIMAS).

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies

for the purpose of academic and research only and not for other purpose.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the

content for the Local Content Database.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies

of the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.

No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on

this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.

This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be

distributed, published or disclosed to any party by the student except with

UNIMAS permission.

Student signature: _______________________ Supervisor signature: ______________________

( ) ( )

Current Address:

TAMAN WAWASAN 2

JALAN MAJU 3,

TANJUNG GEMOK,

26820 KUALA ROMPIN, PAHANG

Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together

as annexure a letter from the organization with the period and reasons of confidentiality and

restriction.

[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

Page 4: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

PENGESAHAN

Projek bertajuk Personaliti Warna Menurut Teori Don Lowry Dalam Seramik

Kontemporari telah disediakan oleh Jalwa Jazilah Binti Mohamad Rosdi dan telah

diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni Halus).

Diterima dan diperiksa oleh:

______________________________

PN. ENDANG LESTARI (PENYELIA)

Tarikh:

_____________________________

Page 5: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

PENGAKUAN

Adalah ini diakui bahawa saya, Jalwa Jazilah Binti Mohamad Rosdi disertai penulisan

yang bertajuk Personaliti Warna Menurut Teori Don Lowry Dalam Seramik

Kontemporari sebagai sebahagian daripada keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni

Gunaan dengan Kepujian (Seni Halus). Saya mengaku bahawa tiada bahagian dalam

penyelidikan ini telah digunakan sebagai sokongan untuk sesuatu ijazah atau mana-mana

kedudukan, sama ada kepada universiti atau institusi pengajian tinggi yang lain.

Disediakan oleh:

_______________________________

JALWA JAZILAH BINTI MOHAMAD ROSDI (51997)

Tarikh:

_________________________

Page 6: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

PERSONALITI WARNA MENURUT TEORI DON LOWRY DALAM SERAMIK

KONTEMPORARI

JALWA JAZILAH BINTI MOHAMAD ROSDI (51997)

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian

( SeniHalus )

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2018

Page 7: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

i

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Pertama sekali saya amat bersyukur kepada Ilahi kerana dengan izin

kurniaanya saya telah dapat menyempurnakan tugasan bagi Projek Tahun Akhir

saya. Sepanjang melakukan tesis ini, saya telah mengalami pelbagai pengalaman

yang menarik mahupun tidak menarik, namun begitu pengalaman kali ini sangat

memberi erti kepada saya sepanjang menyelesaikan tugasan.

Seterusnya, selain pengalaman untuk berkarya saya juga dapat menambahkan

lagi ilmu pengetahuan saya dalam kajian yang saya lakukan. Terima Kasih juga

kepada pensyarah yang selaku penyelia saya iaitu Puan Endang Lestari kerana beliau

telah banyak tunjuk ajar dan meluangkan masanya sepanjang saya dan rakan-rakan

melakukan tugasan ini. Tanpa beliau saya dan rakan-rakan pasti tidak akan sampai

ketahap ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya,

Mohamad Rosdi Bin Ismail dan Maimunah Binti Mohamad kerana menjadi tulang

belakang dan menyokong saya sepanjang saya menjadi pelajar di Unimas ini. Selain

itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah

banyak membantu dan bekerjasama sepanjang saya melakukan tugasan ini. Saya juga

ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung sepanjang saya menyelesaikan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

Page 8: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

ii

ISI KANDUNGAN

Halaman

Penghargaan……………………………………………………….......... i

Abstrak………………………………………………………………….. vii

Abstract…………………………………………………………………. viii

Bab 1 (Pengenalan)

1.0 Pendahuluan………………………………………………………… 1-2

1.1 Latar belakang kajian………………………………………………. 3

1.2 Permasalahan kajian………………………………………………... 4

1.3 Objektif kajian……………………………………………………… 5-6

1.4 Persoalan kajian…………………………………………………….. 6

1.5 Kepentingan kajian…………………………………………………. 6

1.6 Skop Kajian…………………………………………………………. 7

1.7 Kesimpulan……………………………………………………….… 7

Bab 2 (Sorotan kajian)

2.0 Pendahuluan………………………………………………………… 8

2.1 Kajian lepas…………………………………………………………. 8-11

2.2 Perkembangan warna……………………………………………….. 11-13

2.3 Teori Don Lowry dan personaliti warna……………………………. 14-17

2.4 Seramik kontemporari………………………………………………. 17-19

2.5 Artis rujukan………………………………………………………... 19-24

Page 9: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

iii

2.6 Kesimpulan…………………………………………………………. 25

Bab 3 (Metodologi kajian)

3.0 Pendahuluan………………………………………………………… 26

3.1 Kuantitatif…………………………………………………………... 26-28

3.2 Kualitatif……………………………………………………………. 28-30

Bab 4 (Analisis dan Hasil Kajian)

4.1 Pengenalan ………………………………………………………… 31

4.2 Hasil analisis data…………………………………………………... 31-37

4.3 Proses penghasilan karya…………………………………………… 37-50

4.4 Ulasan karya………………………………………………………... 50

4.5 Kesimpulan…………………………………………………….…… 51

Bab 5 (Rumusan kajian)

5.0 Pendahuluan………………………………………………………… 52-53

5.1 Penutup……………………………………………………………... 53

Rujukan 54-56

Lampiran 57-59

Page 10: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

iv

SENARAI GAMBAR RAJAH

Halaman

Fig.1 Artis rujukan (Dr. Shamsu Mohamad)…………………… 19

Fig.2 Melentur Buluh, Biar dari Rebungnya (2004)…………… 20

Fig.3 Artis rujukan (Soo Sunny Park)…………………………. 21

Fig.4 Unwoven Light (2013)…………………………………… 22

Fig.5 Artis rujukan (Paige Bradley)……………………………. 23

Fig.6 Expansion, Third Life…………………………………………. 24

Carta Bar 1 Taburan responden mengikut umur………………………. 32

Carta Bar 2 Taburan Responden Mengikut Jantina…………………… 32

Carta Bar 3 Taburan Responden Mengikut Bangsa/Kaum……………. 33

Carta Bar 4 Taburan Responden Mengikut Agama…………………… 34

Carta Bar 5 Taburan Responden Mengikut Fakulti…………………… 34

Carta Bar 6 Personaliti Warna Pelajar Unimas……………………….. 35

Fig.7 Lakaran idea 1……………………………………………. 37

Fig.8 Lakaran idea 2……………………………………………. 37

Fig.9 Lakaran idea 3……………………………………………. 38

Fig.10 Lakaran idea 4……………………………………………. 38

Fig.11 Lakaran idea 5……………………………………………. 38

Fig.12 Teddy bear mengikut pandangan depan…………………. 39

Fig.13 Teddy bear mengikut pandangan sebelah kanan…………. 39

Fig.14 Teddy bear mengikut pandangan belakang………………. 39

Fig.15 Teddy bear mengikut pandangan sebelah kiri……………. 39

Page 11: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

v

Fig.16 Memotong tanah liat dengan menggunakan dawai………. 40

Fig.17 Memotong tanah liat mengikut sebanyak mana yang

diperlukan…………………………………………………

40

Fig.18 Membungkus semula tanah liat yang tidak diperlukan….. 41

Fig.19 Menguli tanah liat yang ingin digunakan………………… 41

Fig.20 Menguli sehingga berbentuk seperti gambar di atas……... 41

Fig.21 Menguli sehingga bentuk silinder……………………….. 41

Fig.22 Memotong tanah liar yang telah dibentukkan silinder

kepada beberapa bahagian………………………………..

42

Fig.23 Setelah itu leperkan mengikut ketebalan yang diperlukan 42

Fig.24 Membancuh plaster of paris…………………………………. 43

Fig.25 Menggaul plaster tersebut sehingga pekat……………….. 43

Fig.26 Mengisi plaster yang telah dibancuh sebelah kanan

dahulu……………………………………………………..

44

Fig.27 Mengisi plaster pada bahagian kiri pula…………………. 44

Fig.28 Bentuk teddy bear yang telah ditekapkan dengan

menggunakan mold……………………………………….

45

Fig.29 Bentuk teddy bear yang telah dikemaskan……………….. 45

Fig.30 Teddy bear yang telah dikeringkan sedikit akan

dilubangkan pada seluruh anggotanya……………………

45

Fig.31 Rupa bahagian badan Teddy bear yang telah dilubangkan 45

Fig.32 Setelah kering, akan dibakarkan dengan suhu 1000celcius 46

Fig.33 Rupa teddy bear seramik yang telah dibakar…………….. 46

Page 12: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

vi

Fig.34 Menyambungkan wayar untuk menyalakan lampu dengan

satu arus…………………………………………………...

47

Fig.35 Membetulkan wayar-wayar sebelum dipasangkan suisnya 47

Fig.36 Menyusun dengan betul supaya wayar tidak berselirat….. 47

Fig.37 Mencuba lampu putih yang pencerahannya tinggi……….. 47

Fig.38 Mencuba lampu kuning yang pencerahannya yang rendah 48

Fig.39 Penyusunan pertama……………………………………… 49

Fig.40 Penyusunan kedua……………………………………….. 49

Fig.41 Penyusunan ketiga……………………………………….. 49

Fig.42 We Can’t Photoshop Personality……………………………. 50

Fig.43 Pengkarya bersama Penyelarasnya (Pn.Endang Lestri)

dan TNC Unimas………………………………………….

54

Fig.44 Pengkarya bersama karyanya……………………………. 54

Fig.45 Pengunjung yang hadir untuk melihat karya……………... 55

Fig.46 Pengkarya bersama Prof Hasnol ………………………... 55

Fig.47 Pengkarya bersama penyelianya Puan Endang Lestari….. 56

Page 13: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

vii

ABSTRAK

Warna mempunyai peranan penting dalam kehidupan manusia, melalui warna

kita dapat mengenali personaliti seseorang. Warna juga merupakan sesuatu yang

tidak dapat dirasa tetapi dapat lihat dan memberi kesan psikologi kepada manusia.

Pengkarya menghasilkan karya dari hasil pengumpulan data soal selidik untuk

mengenali personaliti pelajar yang berusia 21-24 tahun di Universiti Malaysia

Sarawak. Bagi mengetahui makna disebalik personaliti warna para pelajar,

pengkarya menggunakan teori dari Don Lowry. Namun begitu, pengkarya telah

menggunakan kaedah dari Sidek Mohd Noah untuk mengenal pasti warna personaliti

pelajar di Unimas. Pengkarya telah menggunakan kaedah yang dipanggil Inventori

Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada

kajian ini akan di aplikasikan kepada karya yang berbentuk seramik kontemporari.

Kata kunci : Personaliti warna, Teori Don Lowry dan Seramik Kontemporari

Page 14: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

viii

ABSTRACT

Colour has an important role in human life, through our colours to recognize

one's personality. Colour is also something that can not be seen but can see and give

psychological impression to humans. The creator produce works from the collection

of questionnaire data to recognize the personality of students aged 21-24 at

Universiti Malaysia Sarawak. To know the meaning behind the color personality of

the students, researchers use the theory of Don Lowry. However, researchers have

used the method from Sidek Mohd Noah to identify the color of student personality

at Unimas. Researchers have used a method called Color Personality Inventory

(IPW). The main media in this work is ceramic. The results of this study will be

applied to contemporary ceramics.

Keywords: Colour personality, Don Lowry Theory and Contemporary Ceramic

Page 15: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

1

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Personaliti atau dalam perkataan Inggeris person adalah merupakan dua

perkataan yang berkait rapat. Pada umumnya, personaliti akan memperihalkan

tentang seseorang individu tersebut tetapi secara khusus, personaliti adalah sifat-sifat

yang ada pada seseorang individu seperti cara ia berfikir, beraksi, beremosi,

berpersepsi, dan lain-lain yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain.

Personaliti akan memperihalkan sifat-sifat fizikal, emosi dan kognitif seseorang

individu. Selain itu, personaliti juga boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk

faktor persekitaran, rakan-rakan, keluarga, pengalaman dan sebagainya. Personaliti

seseorang sentiasa berubah mengikut cara hidup individu itu sendiri. Menurut

Allport, personaliti ialah satu organisasi dinamik yang berkaitan dengan sistem

psikofizikal dalam diri individu yang akan menentukan penyesuaian tertentu ke atas

persekitaran dan menentukan ciri-ciri tingkah laku serta pemikiran individu tersebut.

Sejak dahulu lagi semua budaya dalam tamadun manusia menggunakan warna

untuk menandakan perubahan dalam aktiviti kehidupan mereka hidup mereka.

Warna merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia dan dunia ini.

Melalui warna juga dapat mengenali personaliti seseorang walaupun orang itu tidak

mempunyai hubungan rapat dalam kehidupan orang lain. Warna adalah spektrum

tertentu yang terdapat di dalam suatu cahaya yang berwarna putih. Identiti sesuatu

warna ditentukan melalui panjang gelombang cahaya tersebut. Seterusnya, warna

dapat membentuk sesuatu persoalan yang akan terhasil daripada penglihatan

Page 16: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

2

manusia dan maklumatnya akan ditafsirkan melalui otak. Warna boleh memberi

kesan kepada ‘mood’, personaliti, perasaan dan tenaga fizikal. Namun begitu, warna

yang gunakan juga boleh menggambarkan keadaan emosi seseorang. Hal ini dapat

dilihat melalui warna pakaian yang dipakai boleh mempengaruhi emosi seseorang

itu. Selain itu pilihan warna dinding rumah boleh mempengaruhi diri sendiri dan

juga orang lain untuk menjadi sama ada tertekan, penat, bertenaga atau lapar dan

sebagainya. Warna juga jika digunakan secara bijaksana dapat memberi kekuatan,

ketenangan dan inspirasi dalam kehidupan seharian seseorang.

Kajian ini dilakukan oleh pengkarya untuk membuktikan melalui warna dapat

mengenali personaliti seseorang. Pengkarya akan melakukan kajian warna tersebut

kepada para pelajar yang berumur 21 hingga 24 tahun, di mana mereka tergolong

kepada tahun satu, dua dan tiga yang belajar di Universiti Malaysia Sarawak

(Unimas). Kajian ini ingin dilakukan kepada golongan pelajar universiti itu kerana

pelajar tahun satu merupakan individu yang baru ingin menghadapi suasana

pembelajaran yang baru lebih matang. Hal ini dapat lihat personaliti mereka akan

berbeza dengan personaliti warna bagi pelajar tahun dua dan tiga. Hal ini kerana

pelajar tahun dua dan tiga pula merupakan individu yang telah mengharungi

pelbagai cabaran setelah berada di alam universiti sekian lama. Dengan melakukan

kajian warna terhadap mereka, pengkarya akan dapat mengenali sedikit sebanyak

personaliti para pelajar tahun satu, dua dan tiga yang belajar di Unimas ini.

Page 17: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

3

1.1 Latar Belakang Kajian

Menurut Jack Falt dalam Dimensi Personaliti – Temperament telah

menghuraikan beberapa maksud di sebalik personaliti yang berkait dengan warna.

Dalam buku tersebut, beliau mengatakan bahawa individu yang mempunyai

personaliti Hijau merupakan golongan yang sentiasa menginginkan yang terbaik

untuk diri dan kehidupannya. Mereka ini sentiasa mencuba yang terbaik dari semasa

ke semasa. Golongan ini juga merupakan golongan yang mana lebih mementingkan

ilmu pengetahuan dan mereka akan melakukan sesuatu yang mereka mahir untuk

lebih maju ke hadapan.

Seterusnya, individu yang personaliti warna Emas pula lebih meminati

dengan fakta daripada idea yang spontan. Mereka ini merupakan golongan yang

mengikuti peraturan, bertanggungjawab dan suka kehidupan yang stabil. Selain itu,

golongan yang personaliti warna Jingga pula lebih kepada keseronokan dan cabaran.

Mereka ini lebih meminati untuk menanggung risiko bagi mendapatkan apa yang

diinginkan. Mereka tidak akan mudah putus usaha dan sentiasa mencari peluang

yang ada untuk meneruskan kehidupan. Golongan ini juga tidak menyukai tekanan

dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Bagi golongan yang personaliti warna biru pula

mereka lebih menyukai berinteraksi dengan manusia. Mereka ini lebih bersikap

positif dan sentiasa menginginkan situasi yang aman dan harmoni. Individu yang

golongan dalam personaliti biru ini beranggapan peraturan yang terdapat dalam

dunia ini hanyalah sebagai panduan hidup dan sekiranya peraturan tersebut tidak

sesuai dalam sesuatu keadaan peraturan tersebut boleh diketepikan. Begitulah

sebesedikit tentang personaliti warna daripada Jack Falt.

Page 18: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

4

1.2 Permasalahan Kajian

Melalui penulisan Mir Hazil Azran Ramli dalam bukunya yang bertajuk Aura

Personaliti Warna, beliau mengatakan “Seseorang mungkin nampak kurus pada

luarannya, tetapi bagaimana pula dengan sikap mentalnya? bagaimana dengan

perasaan atau emosinya ketika itu? Maksud yang tersirat mengenai warna dapat

meresap jauh ke dalam dan lebih daripada apa yang tersurat pada permukaan

ataupun luaran seseorang. Fakta warna berguna bagi menganalisis sistem mental dan

emosi dan fizikal seseorang.” Pada pandangan pengkarya, kata-kata Mir Hazil Azran

Ramli dalam bukunya itu, menunjukkan bahawa melalui warna dapat mentafsir

personaliti seseorang dan melalui warna juga dapat mengetahui keadaan seseorang

itu.

Menurut Fait (1999) , sejarah mengenai penggunaan teori personaliti warna

telah dimulakan oleh Don Lowry melalui kad-kad yang telah digunakan dalam

aktiviti True Colours. The Colours merupakan sejenis kad permainan yang

berasaskan personaliti yang telah melibatkan empat jenis warna iaitu emas, hijau,

biru dan jingga. Warna emas melambangkan seseorang yang mengikut peraturan,

hijau pula melambangkan seseorang yang lebih kepada pemikiran, biru

melambangkan seorang yang mementingkan perasaan dan jingga melambangkan

seorang yang gemarkan kepada pengalaman. Pada pandangan pengkarya, melalui

teori ini dapat lihat yang bahawa setiap warna yang digunakan mempunyai maksud

yang tersendiri dan dapat mengetahui personaliti seseorang dengan menggunakan

kad The Colours tersebut.

Page 19: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

5

Seterusnya, menurut Sidek Mohd Noah (1998), individu yang menyukai

warna biru merupakan seorang yang bersifat tulen, perhubungan mesra,

mengasihani, bersimpati, unik, berkebolehan mengalami perasaan dan fikiran orang

lain, penyayang dan setia, mesra, berseni, orang yang member, inspirasi, riang,

gembira, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati. Kunci utama personaliti

ialah romantis dan sukakan keharmonian. Pada pandangan pengkarya, menurut teori

yang dibuat oleh Sidek Mohd Noah, dapat lihat bahawa setiap warna itu mempunyai

pelbagai maksud dan perkara yang tersirat.

Oleh itu, pengkaji bersetuju dengan kata-kata Mir Hazil Azran Ramli, Fait

dan Sidek Mohd Noah. Hal ini menunjukkan bahawa setiap warna memang dapat

mengenali personaliti seseorang dan warna juga mempunyai maksud tersirat yang

tersendiri. Dalam kajian ini pengkaji akan membuktikan bagaimana warna dapat

mengenali personaliti seseorang remaja itu.

1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Objektif Umum

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti personaliti

warna para pelajar Unimas dan menghasilkan sebuah karya dengan

menggunakan seramik sebagai bahan utama.

Page 20: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

6

1.3.2 Objektif Khusus

a) Mengenal pasti dan menganalisis personaliti warna para pelajar

Unimas yang berusia 21 hingga 24 tahun dengan penggunaan teori

Don Lowry.

b) Menggunakan kaedah inventori Sidek Mohd Noah bagi mengetahui

dan mengenali personaliti warna para pelajar di Unimas.

c) Menghasilkan karya mengikut warna personaliti para pelajar di

Unimas.

1.4 Persoalan Kajian

1. Adakah dengan menggunakan rujukan teori dari Don Lowry dapat

membuktikan personaliti warna pelajar tersebut?

2. Adakah melalui kaedah inventori Sidek Mohd Noah dapat mengenali

personaliti warna para pelajar itu?

3. Bagaimanakah pengkarya menghasilkan karya personaliti warna

pelajar tersebut dengan menggunakan kaedah seramik kontemporari?

1.5 Kepentingan Kajian

1. Mengkaji dan menganalisis warna personaliti para pelajar.

2. Kajian dilakukan untuk menghasilkan karya melalui personaliti

warna para pelajar di Unimas pada masa kini.

Page 21: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

7

1.6 Skop Kajian

a) Pelajar Unimas yang berjantina lelaki dan perempuan.

b) Berumur di antara 21-24 tahun.

c) Kawasan kajian di sekitar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)

1.7 Kesimpulan

Manusia sangat menyukai warna, hal ini kerana warna merupakan element yang

paling terdekat dengan diri sendiri. Sebagai contoh, kanak-kanak menggunakan

warna dalam pengecaman objek yang berada di sekelilingnya. Namun begitu, bagi

remaja pula mereka menggunakan warna dalam pemilihan pemakaian sebagai

element yang terdekat dengan diri kerana pada peringkat usia ini, mereka lebih

mementingkan keterampilan diri. Kuasa warna juga secara tidak langsung

menunjukkan ragam seseorang selain pilihan yang dibuat menunjukkan personaliti

diri yang dikatakan akan mempengaruhi warna dan mood pemakai. Secara tidak

langsung, warna pakaian seseorang melambangkan personalitinya.

Seterusnya, bagi fokus kajian ini ialah untuk mengenal pasti personaliti warna

para pelajar Unimas dengan menggunakan teori Don Lowry dan menggunakan

kaedah daripada Sidek Mohd Noah. Selain itu, kajian dilakukan untuk menghasilkan

karya melalui personaliti warna para pelajar Unimas pada masa kini. Hasil kajian

akan diaplikasikan dalam bentuk instalasi. Bahan utama dalam karya ini ialah

seramik dan lampu.

Page 22: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

8

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.0 Pendahuluan

Melalui bab ini, pengkaji akan mengumpul sumber maklumat yang telah

diperolehi mengenai kajian yang telah dilakukannya. Maklumat serta panduan

daripada kajian lepas sangat penting untuk pengkarya. Hal ini kerana dapat

menambahkan lagi ilmu serta maklumat yang pernah dikaji oleh pengkaji-pengkaji

yang lepas. Sebagai pengkarya perlulah merujuk kepada kajian lepas bagi

memantapkan lagi tentang kajian yang ingin dilakukan.

2.1 Kajian Lepas

Melalui kajian lepas Novita Harini (2013) pelajar Fakulti Psikologi, Universiti

Muhammadiyah Malang, telah membuat kajian berkenaan dengan terapi warna bagi

mengurangkan kecemasan. Dalam kajian beliau, kecemasan merupakan suatu

keadaan individu yang diliputi perasaan takut dan khawatir dalam menghadapi

situasi atau kondisi tertentu. Terapi warna adalah suatu bentuk metode terapi dengan

menggunakan warna-warna tertentu. Warna telah dipelajari sejak akhir abad 19

sebagai alat penyembuh penyakit yang mempunyai nilai terapi. Terapi warna dapat

diterapkan untuk mengatasi pelbagai persoalan serta masalah dari segi fizik, mental,

emosi, atau masalah-masalah khusus yang biasa diatasi dengan terapi relaksasi.

beliau memilih beberapa warna yang boleh mengurangkan kecemasan antaranya

Page 23: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

9

ialah warna biru dan warna hijau. Hal ini kerana warna tersedut menenangkan dan

memberikan kesegaran, serta menyeimbangkan.

Melalui kajian Sidek Mohd Noah (1997), telah membina suatu alat ukur yang

dinamakan Inventori Personaliti Warna dan item-item personaliti tersebut telah

diperincikan mengikut sifat-sifat dominan setiap jenis personaliti dalam inventori

itu. Mengikut beliau, personaliti warna melalui inventorinya boleh dibahagi kepada

empat, iaitu personaliti Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Berikut merupakan maksud

personaliti warna mengikuti teori Sidek :

Personaliti Jingga

Menurut Sidek Mohd Noah (1997), individu yang berpersonaliti Jingga

menunjukkan individu yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat

spontan, suka kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, realistik,

tidak dipengaruhi oleh sentimen, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa

yang berbahaya tetapi menyeronokkan, berani, tabah, bertindak atas desakan fikiran,

suka keseronokan, gurau senda, tidak takut serta berkemahiran. Keutamaan

personaliti Jingga ialah suka mengembara.

Personaliti Biru

Mengikut Sidek Mohd Noah (1997), individu berpersonaliti Biru

melambangkan individu yang bersifat tulen, perhubungan mesra, mengasihani,

bersimpati, unik, berkebolehan mengalami perasaan dan fikiran orang lain,

penyayang dan setia, mesra, berseni, orang yang member, inspirasi, riang, gembira,

Page 24: Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif - Universiti Malaysia Sarawak WARNA...Personaliti Warna (IPW). Media utama dalam karya ini ialah seramik. Hasil daripada kajian ini akan di aplikasikan

10

penuh kasih sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati. Kunci utama

personaliti ialah romantis dan sukakan keharmonian.

Personaliti Hijau

Menurut Sidek Mohd Noah (1997), individu berpersonaliti Hijau pula

cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan cenderung mereka cipta, cekap dalam

menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin tahu, memahami konsep,

berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal, kompleks,

tenang dan sabar, berfalsafah, berprinsip dan berasaskan logik. Kata kunci utama

personaliti Hijau ialah mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi .

Personaliti Emas

Mengikut Sidek Mohd Noah (1997), individu yang berpersonaliti Emas

dikatakan bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktis,

waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional atau konservatif, hidup bersistem

dan berperaturan serta menaruh perhatian. Kata kunci utama personaliti Emas ialah

peraturan dan saya bertanggungjawab.

Dalam kehidupan setiap warna memegang suatu peranan penting. Secara

psikologi, diuraikan oleh Linschoten dan Mansyur (dalam Atma, 2011) tentang

warna, iaitu warna bukanlah suatu gejala yang hanya dapat dinikmati saja malah

warna itu mampu mempengaruhi kelakuan serta memegang peranan penting dalam

penilaian estetik dan turut menentukan suka tidaknya akan bermacam-macam benda.

Salah satu fungsi warna secara psikologi iaitu dapat memberikan pengaruh tertentu

pada perangai kita dan penghidup jiwa kita. Melalui warna dapat mempengaruhi