faktor pendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar ... · pdf filefaktor pendorong...
TRANSCRIPT
FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN
PELAJAR ISLAM FAKULTI PENDIDIKAN , UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA
ADIBAH BINTI MAT JUSOH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL : FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN
PELAJAR ISLAM FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
SESI PENGAJIAN : 2007 / 2008
SAYA : ADIBAH BINTI MAT JUSOH
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
ALAMAT TETAP : PROF.MADYA AJMAIN BIN SAFAR NO. 55, LORONG HJ. AWANG DIDIK, Nama Penyelia KAMPUNG CHAROK KUDONG, 06700 PENDANG, KEDAH.
Tarikh : 30 APRIL 2008 Tarikh : 30 APRIL 2008
√
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PROF .MADYA. AJMAIN BIN SAFAR
Tarikh : 30 APRIL 2008
FAKTOR PENDORONG PENGHAYATAN AGAMA DALAM KALANGAN
PELAJAR ISLAM FAKULTI PENDIDIKAN , UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA
ADIBAH BINTI MAT JUSOH
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya saya telah jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penyelia : ADIBAH BINTI MAT JUSOH
Tarikh : 30 APRIL 2008
iii
Dedikasi
Pujian bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Memberiku peluang dan kesempatan..
Khas buat semua yang tersayang..
ayahanda & bonda yang tercinta...
Mat Jusoh Bin Bakar & Azizah Binti Hj Awang Terima kasih yang tidak terhingga dari anakmu.. Segala pengorbanan, dorongan dan sokonganmu Menjadi kekuatan untukku teruskan perjalanan
Menuju ke puncak kejayaan..
Buat ahli keluarga yang dikasihi.. Terima kasih atas segala bantuan, nasihat dan kata-kata semangat kalian..
Akanku kenang selamanya..
Kesemua para pendidik yang dihormati.. Pensyarah Pusat Pengajian Islam & Pembangunan Sosial & Fakulti Pendidikan
Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan.. Halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan..
Teristimewa buat ahli kumpulan..
Erzawani, Halimatul, Maisarah, & Noor Betty Terima kasih atas segala pertolongan dan pengorbanan kalian..
Buat rakan seperjuangan..
Terima kasih atas dorongan kalian selama ini.. Perjuangan bersama kalian tidak akan dilupakan..
Simpan kenangan kita selamanya.. Terima kasih atas segalanya..
Jutaan terima kasih buat semua yang membantu.. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian..
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Allah S.W.T kerana
dengan izin dan limpah kurnia-Nya maka penyelidik dapat menyiapkan Projek Sarjana
Muda yang bertajuk “Faktor Pendorong Penghayatan Agama Dalam Kalangan Pelajar
Islam Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia”. Selawat dan salam ke atas
junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. bersama keluarga dan sahabat-sahabat baginda
r.a.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas buat penyelia projek
yang dihormati, Prof. Madya Ajmain Bin Safar atas segala nasihat, dorongan, bimbingan
dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini.
Begitu juga buat pihak Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dan
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Sekalung terima kasih diucapkan kepada mahasiswa Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Pengajian Islam), UTM, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL),
UTM, Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan), UTM, Perpustakaan Sultanah
Zanariah (UTM) dan Perpustakaan Tun Sri Lanang (UKM) atas segala kerjasama dan
bantuan yang diberikan. Tidak ketinggalan buat ahli keluarga yang banyak memberi
dorongan dan bantuan dalam segala kerja yang dilakukan. Begitu juga kepada rakan-
rakan seperjuangan yang banyak memberi semangat dan berkongsi idea demi
menyiapkan projek ini.
Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala usaha yang dilakukan akan
mendapat keberkatan daripada Allah Taala. Amin.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor pendorong ke arah penghayatan agama
dalam kalangan pelajar Islam, UTM. Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk
melihat persepsi terhadap tahap penghayatan agama dan faktor paling utama yang
mendorong ke arah penghayatan agama dalam kalangan pelajar Islam, UTM. Aspek yang
dikaji meliputi faktor ibu bapa, rakan sebaya, persekitaran pendidikan, media massa,
idola dan masyarakat. Seramai 111 orang responden dalam kalangan pelajar tahun empat
Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian
yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang mengandungi 48 item soalan. Nilai
kebolehpercayaan instrumen kajian ialah α=0.868. Data yang diperolehi dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 12.0 bagi
mendapatkan kekerapan, peratusan dan min data. Dapatan kajian mendapati kesemua
aspek yang dikaji menjadi faktor pendorong ke arah penghayatan agama. Secara
keseluruhannya hasil kajian menunjukkan responden memberi persepsi yang positif
terhadap aspek yang dikaji. Manakala faktor paling utama yang mendorong ke arah
penghayatan agama ialah faktor idola. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan
beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang
dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan
datang.
vi
ABSTRACT
This study was carried out to examine the factors that influence the internalization
of religion among UTM Muslim students. Apart from that, this study also looked at the
perception towards internalization of religion and to examine the factor that most urge
towards internalization of religion among UTM Muslim students. Aspect studied
including parents, peers, education environment, mass media, idol and as well as society.
111 Muslim students from fourth year, Faculty of Education, UTM were used as the
respondents. The research instrument that was used in the study was in a form of
questionnaire set that contained 48 items. The reliability value of the research instrument
was α=0.868. Data gathered was analyzed using Statistical Package for Social Science
(SPSS), version 12.0 software to obtain the frequency, percentage and mean of the data.
It was discovered from research findings that all the aspects studied were the factor that
urge towards internalization of religion. Overall, findings from the study showed that the
respondents provided positive perception towards the aspects of the study. While the
factor that most urge towards internalization of religion was the idol factor. At the end of
the study, the researcher had proposed several suggestions to the related parties to ensure
full attention was paid towards the studied problems. Suggestions for further research
were also being proposed for further research in the future.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan/ Skop Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 8
1.8.1 Faktor 8
1.8.2 Penghayatan Agama 8
viii
1.8.3 Pelajar 9
1.9 Penutup 9
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Konsep Penghayatan Agama 11
2.3 Tujuan PenghayatanAgama 18
2.4 Faktor Pendorong Penghayatan Agama 19
2.4.1 Faktor Ibu Bapa 19
2.4.2 Faktor Rakan Sebaya 21
2.4.3 Faktor Persekitaran Pendidikan 22
2.4.4 Faktor Media Massa 24
2.4.5 Faktor Idola 25
2.4.6 Faktor Masyarakat 26
2.5 Kajian Lepas 27
2.6 Penutup 30
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Reka Bentuk Kajian 31
3.3 Lokasi Kajian 32
3.4 Populasi Kajian 32
3.5 Sampel Kajian 32
3.6 Instrumen Kajian 33
3.7 Kajian Rintis 35
3.8 Kajian Sebenar 35
3.9 Prosedur Kajian 35
3.10 Analisis Data 36
3.11 Penutup 38
ix
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 39
4.2 Analisis Data (Bahagian A) 40
4.2.1 Latar Belakang Responden
Mengikut Jantina 40
4.2.2 Latar Belakang Responden
Mengikut Program 41
4.2.3 Latar Belakang Responden
Mengikut Aliran Pendidikan 41
4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut
Pekerjaan Bapa/ Penjaga 42
4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut
Pekerjaan Ibu/ Penjaga 43
4.2.6 Latar Belakang Responden Mengikut
Pendidikan Bapa/Penjaga 43
4.2.7 Latar Belakang Responden Mengikut
Tahap Pendidikan Ibu/ Penjaga 44
4.3 Analisis Data (Bahagian B) 45
4.3.1 Analisis Data Bagi Persepsi Terhadap
Penghayatan Agama Daripada Aspek
Akidah 46
4.3.2 Analisis Data Persepsi Terhadap
Penghayatan Agama Daripada Aspek
Ibadah 48
4.3.3 Analisis Data Bagi Persepsi Terhadap
Penghayatan Agama Daripada Aspek
Akhlak 50
4..4. Analisis Data ( Bahagian C) 52
4.4.1 Ibu Bapa Sebagai Faktor Pendorong
Ke Arah Penghayatan Agama 53
x
4.4..2 Rakan Sebaya Sebagai Faktor Pendorong
Ke Arah Penghayatan Agama 56
4.4.3 Persekitaran Pendidikan Sebagai Faktor
Pendorong Ke Arah Penghayatan Agama 59
4.4.4 Media Massa Sebagai Faktor Pendorong
Ke Arah Penghayatan Agama 62
4.4.5 Idola Sebagai Faktor Pendorong Ke Arah
Penghayatan Agama 65
4.4.6 Masyarakat Sebagai Faktor Pendorong
Ke Arah Penghayatan Agama 68
4.5. Penutup 70
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 71
5.2 Perbincangan 71
5.2.1 Demografi Responden 72
5.2.2 Persepsi Terhadap Penghayatan Agama 74
5.2.3 Faktor-faktor Pendorong Terhadap
Penghayatan Agama 75
5.2.4 Faktor Pendorong Paling Utama Terhadap
Penghayatan Agama 81
5.3 Rumusan 83
5.4 Cadangan Kajian 85
5.4.1 Kementerian Pengajian Tinggi 85
5.4.2 Kementerian Pelajaran Malaysia Dan Jabatan
Pendidikan Negeri 85
5.4.3 Kementerian Penerangan Dan Penyiaran 86
5.4.4 Universiti Teknologi Malaysia 86
5.4.5 Jabatan Agama 86
5.4.6 Ibu Bapa 87
5.4.7 Persatuan Pelajar 87
xi
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 87
5.6 Penutup 88
BIBLIOGRAFI 89
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Pengkelasan skala Likert 34
3.2 Jadual Penentuan Ujian Soal Selidik 34
3.3 Prosedur Kajian 36
3.4 Skala Likert bagi jawapan Bahagian B
dan C 37
3.5 Skala Pemeringkatan Likert Untuk Min 37
3.6 Nilai skor min 38
4.1 Taburan responden mengikut jantina 40
4.2 Taburan responden mengikut program 41
4.3 Taburan responden mengikut aliran
pendidikan 41
4.4 Taburan responden mengikut pekerjaan
bapa/ penjaga 42
4.5 Taburan responden mengikut pekerjaan
ibu/ penjaga 43
4.6 Taburan responden mengikut tahap pendidikan
bapa/penjaga 43
4.7 Taburan responden mengikut tahap pendidikan
ibu/penjaga 44
4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi persepsi
terhadap penghayatan agama daripada aspek akidah 46
xiii
4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min persepsi
terhadap penghayatan agama daripada aspek ibadah 48
4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min persepsi
terhadap penghayatan agama daripada aspek akhlak 50
4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min ibu bapa
sebagai faktor pendorong ke arah penghayatan agama 53
4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min rakan sebaya
sebagai faktor pendorong ke arah penghayatan agama 56
4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min persekitaran
pendidikan sebagai faktor pendorong ke arah
penghayatan agama 59
4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min media massa
sebagai faktor pendorong ke arah penghayatan agama 62
4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min idola sebagai
faktor pendorong ke arah penghayatan agama 65
4.16 Taburan kekerapan, peratusan dan min masyarakat
sebagai faktor pendorong ke arah penghayatan agama 68
xiv
SENARAI SINGKATAN
GRO Guest Relations Officer
IPT Institut Pengajian Tinggi
PDRM Polis Diraja Malaysia
r.a radiallahuanhu
S Setuju
s.a.w sallallahu alaihi wasallam
S.W.T Subhanahu Wa Taala
SBP Sekolah Berasrama Penuh
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SMT/V Sekolah Menengah Teknik/Vokasional
SPI Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPL Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL)
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPS Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
SPSS Statistical Package of Social Science
SRP Sijil Rendah Pelajaran
SS Sangat Setuju
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
STS Sangat Tidak Setuju
TP Tidak Pasti
TS Tidak Setuju
UKM Universiti Kebangsaan Malaysia
UTM Universiti Teknologi Malaysia
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Setiap agama di atas muka bumi menganjurkan penganutnya melakukan kebaikan
dengan mengikuti peraturan dan prinsip yang telah ditetapkan. Namun untuk melahirkan
individu yang baik dalam beragama memerlukan kepada penghayatan terhadap agama itu
sendiri. Walaupun agama mempunyai prinsip dan peraturan yang baik dan elok, ia tidak
bermakna dan mendatangkan manfaat sekiranya tidak dihayati dan diamalkan (Ahmad
Sarji, 2001).
¨β Î) š⎥⎪Ïe$! $# y‰ΨÏã «! $# ÞΟ≈n= ó™M} $# 3
Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.
(Surah Ali-‘Imran: 19)
Dalam firman tersebut, Allah menegaskan bahawa hanya Islam merupakan satu-
satunya agama yang diakui oleh Allah. Oleh itu, setiap umat Islam perlu mengamalkan
cara hidup Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian. Islam yang dibawa oleh
Rasulullah s.a.w sangat mementingkan penghayatan agama dalam kehidupan manusia
sejagat. Melalui penghayatan terhadap agama, manusia akan mendapat ketenangan dalam
kehidupan mereka. Firman Allah :
2
t⎦⎪Ï% ©! $# (#θãΖ tΒ#u™ ’⎦ È⌡uΚ ôÜ s? uρ Ο ßγ ç/θè=è% Ìø. É‹ Î/ «! $# 3 Ÿωr& Ìò2É‹ Î/ «!$#
’⎦ È⌡ yϑ ôÜ s? Ü>θè= à) ø9$# ∩⊄∇∪
Orang yang beriman adalah orang yang tenteram hati mereka
dengan zikrullah (mengingati Allah). Ketahuilah bahawa dengan zikrullah itu akan tenang tenteramlah hati manusia.
(Surah Al-Ra’d: 28)
1.2 Latar Belakang Masalah
Pembangunan yang begitu pesat pada hari ini telah memberikan banyak kemudahan
dan kesenangan kepada manusia. Pelbagai rahsia alam semesta telah berjaya dibongkarkan
dan hampir seluruh alam semesta ini telah diterokai oleh manusia, sama ada di angkasa
lepas, lautan mahupun daratan. Menerusi kemajuan teknologi pada zaman moden ini,
manusia berlumba-lumba untuk menghasilkan rekaan baru yang dapat menambahkan
keseronokan dan keselesaan hidup.
Namun hakikatnya kemajuan yang dicapai itu tidak memberikan ketenangan dan
kedamaian dalam jiwa manusia. Kehidupan manusia semakin tertekan dan sentiasa berada
dalam kebimbangan. Pelbagai aliran pemikiran dan ideologi dikemukakan dengan tujuan
untuk mencari jalan penyelesaian kepada kebimbangan manusia. Namun semua ini tidak
dapat memberikan hasil yang diharapkan. Krisis kemanusiaan dan kemasyarakatan pada
zaman moden ini semakin parah dan semakin membimbangkan.
Tahun 2000 masyarakat Malaysia dikejutkan dengan kes pembunuhan kejam Nor
Suzaily Mukhtar, pada 14 Jun 2003 pula pembunuhan Canny Ong Lay Kian, pada 8
Januari 2004 melibatkan seorang kanak-kanak iaitu Nurul Huda Abdul Ghani di Gelang
Patah dan kes terbaru pembunuhan Al-Tantuya Sharibu yang masih dalam pembicaraan
hingga hari ini. Masyarakat bukan sahaja berdepan dengan masalah pembunuhan tetapi
3
turut disesakkan dengan fenomena black metal, penagihan dadah, rogol, mat rempit,
kelahiran anak luar nikah dan juga aktiviti pelacuran yang semakin berleluasa.
Pada 10 Mei lalu seorang guru sebuah sekolah menengah di Jitra telah ditangkap
khalwat dengan pelajarnya yang berusia 16 tahun dalam sebuah kereta di kawasan kuari
tanah, Guar Arang Changlun (Berita Harian 10 Mei 2007).
Statistik PDRM menunjukkan jenayah bunuh mencatatkan 561 kes pada tahun
2000, 608 kes (2001), 516 kes (2002), 565 kes (2003), 565 kes (2004), 479 kes (2005)
dan 604 kes (2006) Sementara itu dua bulan pertama tahun ini mencatatkan sebanyak 85
kes bunuh dan 56 daripadanya dapat diselesaikan (Dewan Masyarakat, Jun 2007).
Walaupun statistik tersebut menunjukkan graf yang agak mendatar dan tidak banyak
penambahan, hakikatnya graf tidak menunjukkan kadar penurunan jika dilihat dari tahun
2000 hingga tahun 2006.
Statistik jenayah rogol juga agak mendatar antara 2000 hingga 2006. Sebanyak
1210 kes dicatatkan pada tahun 2000, 1354 kes (2001), 1418 kes (2002) 1471 kes (2003),
1718 kes (2004), 1887 kes (2005), 2435 kes (2006) dan dua bulan pertama ini mencatatkan
474 kes (Dewan Masyarakat, Jun 2007).
Majalah Massa (2004, Februari): Beberapa pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT)
tempatan termasuk swasta dikesan membuat kerja sambilan sebagai pelacur dengan
mengenakan bayaran RM150 bagi setiap kali perkhidmatan. Wang itu digunakan untuk
menampung kos pengajian mereka. Kegiatan pelacuran membabitkan pelajar IPT termasuk
dari Selangor dan Pulau Pinang terbongkar dengan penangkapan seorang pelajar dan bekas
pelajar IPT di sebuah rumah urut di sini. Pelajar IPT terbabit berasal dari Kelantan,
manakala bekas pelajar itu berasal dari Kedah. Ada beberapa pelajar lain menjalankan
kegiatan yang sama. Walaubagaimanapun, mereka terlepas kerana pada malam serbuan
dilakukan , mereka tidak datang ke rumah urut berkenaan.
4
Pada April tahun 2007 yang lalu Edisi Siasat NTV7 turut menyiarkan pengakuan
beberapa orang pelajar IPT di ibu negara yang sanggup menjadi pelayan GRO untuk
memenuhi kehendak diri dan untuk hidup mewah. Berdasarkan kes tersebut telah
menunjukkan masalah di kalangan masyarakat meruncing saban tahun dari masyarakat
umum hinggalah melibatkan pelajar-pelajar IPT sendiri. Sungguh menyedihkan apabila
pelajar IPT yang berpendidikan boleh terjerumus dalam kancah maksiat dan perkara
yang tidak bermoral.
Menurut Prof. Dr. Azizan Baharudin (Massa, Januari 2004) telah berkata
“Perlakuan jenayah yang melibatkan orang berpendidikan di Barat ada kena mengena
dengan sikap orang di Barat yang semakin meninggalkan agama. Manusia memerlukan
agama untuk mengawal tingkah laku mereka tidak kira agama apa pun”.
Hal ini membuktikan sikap meremehkan dan meninggalkan ajaran agama boleh
membawa kemusnahan. Selain itu agama dan faktor persekitaran sebenarnya merupakan
satu-satunya ubat yang paling mujarab bagi menangani masalah yang tidak dapat
dibendung dan tidak berkesudahan ini (Massa Mac 2004)
Jika dikaji sejarah perkembangan Islam sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w,
agama itu berkembang hingga menjadi pegangan terbesar dunia, namun akhirnya
tergelincir daripada puncak keagungannya bersama sisa keruntuhan kerajaan Uthmaniah
pada awal kurun ke-20 akibat daripada pemerintah yang meninggalkan penghayatan
agama dalam pemerintahannya.
Begitu juga apabila melihat pengalaman negara ini membanteras penyalahgunaan
dadah, laporan menunjukkan ramai pengedar dadah yang maut di tali gantung, tetapi
hukuman yang dikenakan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan malah semakin
banyak pula penagih dadah mati akibat pengambilan dadah yang berlebihan.
Oleh hal yang demikian jalan terbaik untuk membanteras masalah sosial, adalah
dengan membetulkan kembali persekitaran sosial yang pincang, kekuatan berpegang
5
pada agama perlu dikembalikan, institusi kekeluargaan perlu diperkemaskan dan
keprihatinan masyarakat perlu dipulihkan. Banyak negara yang mempunyai indeks
terendah jenayah di dunia membuktikan bahawa pendekatan inilah yang berupaya
mewujudkan kembali kesejahteraan sosial. Seperti kata cerdik pandai, “Apabila kita
berhadapan dengan pilihan dan kesukaran yang getir, kembalilah kepada asas yang
menjadi kebiasaan” (Dewan Masyarakat, Februari 2007).
1.3 Pernyataan Masalah
Pelajar atau mahasiswa adalah merupakan aset penting untuk pembangunan
negara. Mereka adalah bakal pemimpin masa depan yang akan mencorakkan agama,
bangsa dan negara pada masa akan datang. Oleh itu setiap pelajar perlu diasuh dan
dididik bermula di institusi-institusi masing-masing supaya graduan yang terhasil akan
menjadi rakyat kelas pertama yang mempunyai tahap pemikiran tinggi dan sahsiah diri
yang cemerlang di samping memiliki ketahanan fizikal dan mental.
Peranan institusi pendidikan terutama institusi persekolahan bukan sahaja sebagai
saluran pendidikan kepada pelajar tetapi juga berperanan sebagai pembentuk sahsiah diri
pelajar. Kebanyakan pelajar di Malaysia sekarang cemerlang dalam bidang akademik
tetapi pincang daripada segi akhlaknya. Kemerosotan akhlak dan masalah disiplin di
kalangan pelajar hari ini tidak pernah reda malah semakin menjadi-jadi dari hari ke hari.
Keadaan yang berlaku ini menunjukkan seolah-olah semakin tinggi pencapaian
maka semakin merosot nilai-nilai moral, kerohanian dan disiplin manusia terutamanya
dalam diri pelajar dan generasi muda umumnya.
Justeru berdasarkan kepada latar belakang masalah seperti yang telah dinyatakan,
penyelidik merasakan kajian perlu dilakukan bagi mengkaji persepsi terhadap tahap
penghayatan agama di kalangan pelajar Islam dan melihat apakah faktor utama yang
mendorong seseorang pelajar Islam menghayati agama yang dianutinya.
6
1.4 Objektif Kajian
Fokus utama dalam kajian ini ialah:
1.4.1 Untuk mengetahui persepsi terhadap penghayatan agama dalam kalangan pelajar Islam di Fakulti Pendidikan, UTM.
1.4.2 Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar Islam di Fakulti Pendidikan, UTM.
1.4.3 Untuk mengenal pasti faktor paling utama yang mendorong penghayatan agama dalam kalangan pelajar Islam di Fakulti Pendidikan,UTM.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang dikaji adalah seperti berikut:
1.5.1 Bagaimanakah persepsi pelajar terhadap penghayatan agama dalam kalangan
pelajar Islam di Fakulti Pendidikan, UTM?
1.5.2 Apakah faktor-faktor yang mendorong ke arah penghayatan agama dalam
kalangan pelajar Islam dalam Fakulti Pendidikan, UTM?
1.5.3 Apakah faktor paling utama yang mendorong ke arah penghayatan agama
dalam kalangan pelajar Islam Fakulti Pendidikan, UTM?