faktor-faktor yang mempengaruhi · pdf filenama penulis : zaiton binti ... sudah tercatat...
TRANSCRIPT
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUASAAN
PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN DI
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SUNGAI BULOH, SELANGOR.
ZAITON BINTI WAHID
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUASAAN
PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN DI
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SUNGAI BULOH, SELANGOR.
ZAITON BINTI WAHID
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : .........................................
Nama Penulis : ZAITON BINTI WAHID
Tarikh : FEBRUARI, 2004
iii
DEDIKASI
Buat insan yang dikenang
Suami yang dikasihi
Ahmad Zainal Abidin Bin Abdul Razak
Terima kasih atas kesabaran dan pengorbanan yang diberikan selama ini.
Ahli Keluarga
Terima kasih atas doa dan sokongan kalian.
Juga, allahyarham abahku semoga rohnya dirahmati Allah.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada
Rasulullah S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu Encik
Yahya Bin Buntat yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan
tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada
Pengetua Sekolah Menengah Teknik Sungai Buloh, Selangor serta guru-guru yang
telah banyak memberi kerjasama semasa kajian ini dijalankan.
Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-individu yang
terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.
v
ABSTRAK
Penyelidikan ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
keberkesanan pembelajaran mata pelajaran Penagajian Kejuruteraan di Sekolah
Menengah Teknik Sungai Buloh, Selangor. Skop kajian ini hanya merangkumi
persepsi pelajar terhadap proses pembelajaran yang mereka hadapi berkaitan faktor
pengetahuan dan kemahiran guru, proses penilaian dalam pengajaran, pengurusan
masa, kemudahan dan kelengkapan sekolah dan kaedah pengajaran guru. Seramai
197 orang responden mewakili keseluruhan populasi terlibat dalam penyelidikan ini.
Sampel kajian terdiri daripada pelajar tingkatan empat kursus Kejuruteraan
(Mekanikal, Awam dan Elektrik/Elektronik). Data prima yang dikumpul dengan
menggunakan instrument soal selidik dan dianalisis dengan komputer menggunakan
perisian “ Statistical Package of the Sosial Sciences” (SPSS). Penganalisisan
dibuat secara kaedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, peratus dan
min. Hasil dapatan dari penyelidikan ini menunjukkan bahawa pada keseluruhannya
pelajar-pelajar Pengajian Kejuruteraan di Sekolah Menengah Teknik Sungai Buloh,
Selangor berada pada posisi yang betul dalam proses pendidikan. Dapatan ini
penting kepada pihak pentadbiran sekolah khususnya PIBG, PPD, JPN dan KPM
sendiri dalam membuat perancangan strategik aspek pembangunan sumber manusia
khususnya latihan dan aspek pembangunan prasarana sekolah termasuk kemudahan
peralatan dan kelengkapan yang berteknologi.
vi
ABSTRACT
This research was conducted to analyse factors that is affecting the
effectiveness of learning for the subject of ‘Pengajian Kejuruteraan’ at Sekolah
Menengah Teknik Sungai Buloh, Selangor. Questions developed was regarding the
perception of student with regards to their process of learning, teacher’s knowledge
and skills, evaluation of teaching, time management, school facilities and method
used by teachers. 197 respondents, comprise of students in form four taking
Engineering Course (Mechanical, Civil and Electric/Electronic) at Sekolah
Menengah Teknik Sungai Buloh, Selangor were involve in this study. Questionnaire
was distributed and the data was analysed using the “Statistical Package for the
Social Sciences” (SPSS) software. Frequency, percentage and mean values were
used to interpret the data. Initial finding shows that all the students taking
Engineering Course (Mechanical, Civil and Electric/Electronic) follows the proper
method of learning. The research finding is important for school administration,
‘PIBG’, in term of strategy planning, human resource development, training and
development of school infrastructure.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
ISI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii-x
xi
xiii
viii
BAHAGIAN SATU
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Batasan Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.8 Definasi Terminologi 10
BAHAGIAN DUA
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Matlamat Kurikulum Pengajian Kejuruteraan 16
2.3 Permasalahan Berkaitan Mata Pelajaran 17
Pengajian Kejuruteraan
2.4 Strategi Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 18
2.5 Keberkesanan Pembelajaran Dari Segi Kemudahan, 20
Kelengkapan Dan Persekitaran
2.6 Kaedah, Teknik Dan Alat Bantuan Mengajar 22
2.7 Pengujian Dan Penilaian 23
2.8 Kajian-kajian Lepas 25
ix
BAHAGIAN TIGA
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Rekabentuk Kajian 26
3.3 Tempat Kajian 27
3.4 Sampel Kajian 27
3.5 Instrumen Kajian 27
3.6 Kajian Rintis 29
3.7 Prosedur Kajian 29
3.8 Analisis Data 30
3.9 Jangka Masa Kajian 31
3.8 Rumusan 32
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 33
4.2 Perihal Responden 34
4.3 Analisis Bagi Kajian Dari Segi Pelbagai Persoalan 42
Kajian
4.3.1 Dapatan Persoalan 1 42
4.3.2 Dapatan Persoalan 2 46
4.3.3 Dapatan Persoalan 3 49
4.3.4 Dapatan Persoalan 4 52
4.3.5 Dapatan Persoalan 5 55
4.4 Ringkasan 59
x
BAHAGIAN LIMA
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 61
5.2 Perbincangan Kajian 62
5.3 Rumusan Kajian 68
5.4 Cadangan Kajian 69
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72
5.6 Kesimpulan 73
BIBLIOGRAFI 74
LAMPIRAN 78
xi
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
1.3 Analisa Pencapaian Keputusan Peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia bagi Mata Pelajaran Pengajian
Kejuruteraan
6
3.4 Pecahan Pelajar Mengikut Pengkhususan 28
3.8 Tahap penilaian responden berdasarkan Min 31
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 34
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Kaum 35
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Jenis Pekerjaan
Bapa/Penjaga
35
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan
Bapa/Penjaga
36
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal
Bapa/penjaga
37
4.2.6 Taburan Peratus Responden Yang Tinggal Di
Asrama
38
4.2.7 Taburan Responden Mengikut Pencapaian Dalam
Peperiksaan PMRUntuk Mata Pelajaran Matematik
38
4.2.8 Taburan Responden Mengikut Pencapaian Dalam
Peperiksaan PMR Untuk Mata Pelajaran Sains
39
xii
4.2.9 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Bulanan
Bapa/Penjaga
40
4.2.10 Taburan Responden Mengikut Bilangan Adik-
Beradik
41
4.2.11 Taburan Responden Mengikut Cita-Cita Setelah
Tamat Persekolahan
42
4.3.1 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan
Sisihan Piawai Bagi Faktor Pengurusan Masa
43
4.3.2 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan
Sisihan Piawai Bagi Faktor Kemudahan dan
Kelengkapan Untuk Proses Pembelajaran
47
4.3.3 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan
Sisihan Piawai Bagi Faktor Pengetahuan dan
Kemahiran Guru
50
4.3.4 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan
Sisihan Piawai bagi Faktor Kaedah Pengajaran dan
Penyampaian Guru
55
4.3.5 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan
Sisihan Piawai Bagi Faktor Proses Penilaian dalam
Pembelajaran Teknologi Kejuruteraan
56
4.4 Keputusan Min Skor Setiap Faktor 59
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A
B
C
D
E
F
G
H
Soal Selidik
Surat EPRD (Surat Kebenaran Daripada Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
KPM)
Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan
Negeri
Surat Pengesahan Menggunakan Sampel Untuk
Kajian
Analisis Keputusan SPM Tahun 2001 dan 2002
Table of Determining
Surat Akuan Pelajar
Reliability Analysis
80
89
91
92
93
97
98
99
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang mencapai
matlamat kurikulum bergantung kepada banyak faktor, sama ada yang terdapat pada
guru, pada pelajar mahupun pada keadaan fizikal bilik darjah (Rashidi dan Abdul
Razak, 1996). Kandungan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan sememangnya
sudah tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku-buku teks.
Terpulanglah kepada guru untuk menghurai dan memperkembangkan dari satu
peringkat ke satu peringkat yang lain berdasarkan kemampuan murid untuk
memahaminya . Perkembangan dan pemeringkatan kandungan sesuatu mata
pelajaran dibuat secara berkesan dengan mengambil kira kriteria-kriteria seperti yang
dinyatakan oleh Mohd Salleh (1996), :
i.) Menyenaraikan kandungan isi yang penting serta kandungan isi
sampingan. Kandungan yang senang didahulukan daripada yang
susah dan mencabar
2
i.) Memastikan semua kandungan yang hendak disampaikan,
difahami oleh pelajar. Ia juga mestilah menepati objektif yang
ditetapkan
ii.) Sesuai dengan peringkat kematangan pelajar
iii.) Kandungan dipilih daripada pelbagai sumber dan tidak terhad
kepada buku teks sahaja
iv.) Pemilihan kandungan juga hendaklah berdasarkan lingkungan
tujuan-tujuan kognitif untuk memupuk pemikiran kritis
v.) Menjalinkan kandungan dengan teknik-teknik pengajaran yang
difikirkan sesuai
vi.) Memastikan pelajar sudah bersedia dan berminat terhadap
kandungan yang hendak disampaikan
vii.) Kandungan hendaklah dinyatakan dalam bahasa yang mudah serta
tidak mengelirukan
viii.) Memastikan kandungan yang hendak dijelaskan mencukupi
dengan jangka masa yang diperuntukkan.
Justeru itu perkembangan peringkat kandungan memainkan peranan penting
dalam proses pengajaran. Guru yang gagal memperkembangkan kandungan
mengikut urutan yang tertentu menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat memahami
kandungan pelajaran itu dengan sepenuhnya. Secara tidak langsung ia akan
mempengaruhi pencapaian objektif pengajaran yang hendak dicapai.
1.2 Latarbelakang Masalah
Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan merupakan satu pakej mata pelajaran
wajib yang ditawarkan kepada para pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengikuti
pengajian dalam kursus Pengajian Kejuruteraan MekanikaL, Pengajian Kejuruteraan
3
Awam dan Pengajian Kejuruteraan Elektrik/Elektronik di Sekolah Menengah
Teknik. Pengajian Kejuruteraan ialah pengajian mengenai peralatan, mesin, cara,
kaedah dan pelbagai sistem teknik serta bagaimana ia berhubungkait dengan
manusia, masyarakat dan alam sekitar (Buku Teks Teknologi Kejuruteraan, 1993).
Mata pelajaran ini tergolong dalam mata pelajaran elektif Kumpulan II (Teknik Dan
Vokasional) yang diperuntukkan 4 waktu seminggu dan diajar dengan 2 kaedah iaitu
secara teori dan amali. (BPTV, 1994).
Sistem pendidikan negara memberikan penekanan kepada perkembangan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Mendidik manusia menjadi baik
bukanlah perkara yang mudah. Manusia sedemikian tidak boleh dilahirkan dalam
tempoh sekelip mata, sebaliknya memerlukan usaha berterusan bererti ‘berusaha
terus menerus’. Dalam proses ini tidak harus wujud sebarang percanggahan yang
boleh menggugat usaha membina manusia baik ini (Berita Harian, 16 Februari,
2000).
Pendidikan di alaf baru penuh dengan pelbagai cabaran. Pada masa kini
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memainkan peranan dalam
membangun dan memajukan sektor pendidikan untuk mengimbangi kehendak dan
wawasan negara ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020 nanti. Ini
bertepatan dengan objektif Pendidikan Teknik di mana ia memberi pendidikan asas
dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan
terhadap bidang tersebut serta memupuk dan mengekalkan minat tersebut,seterusnya
membolehkan mereka melanjutkan pengajian yang berkaitan di institusi pengajian
tinggi
Mercer dan Mercer (1998), menggariskan masalah pembelajaran di kalangan
pelajar dalam tiga kriteria iaitu kriteria kognitif, kriteria afektif dan kriteria
tingkahlaku. Daripada kriteria-kriteria tersebut, telah digariskan beberapa faktor
4
yang menyebabkan seseorang pelajar itu mengalami masalah pembelajaran mereka.
Antaranya termasuklah bagi kriteria kognitif iaitu kekurangan aspek kognitif dan
metakognitif, pencapaian akademik yang rendah, masalah penumpuan dan hiperaktif
serta kekeliruan. Manakala bagi kriteria afektif pula masalah pembelajaran
disebabkan oleh faktor-faktor seperti kemahiran sosial yang lemah (interaksi),
konsep kendiri yang lemah, motivasi yang rendah dan tahap emosi. Bagi kriteria
tingkahlaku pula masalah pembelajaran pelajar disebabkan beberapa faktor
tingkahlaku seperti tidak mudah menyesuaikan diri, keruntuhan tingkahlaku dan
mudah menyerah kalah.
1.3 Pernyataan Masalah
Kita dapati sesetengah pelajar dapat belajar dengan pantas,
mengaplikasikannya dengan segera dan dapat membina kehidupan harian mereka
sebagai seorang pelajar dengan begitu berkesan. Ini kerana pemilihan kursus yang
bersesuaian di samping subjek yang ditawarkan adalah bertepatan dengan citarasa
pelajar tersebut, maka dengan sendirinya timbul semangat untuk menghadirkan diri
untuk belajar di kelas dan akan mengambil masa yang cukup untuk mempelajari apa
yang sepatutnya dipelajari serta dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan
lebih berkesan.
Justeru itu satu keputusan yang bijak perlu diambil dalam membuat
pemilihan kursus yang bersesuaian. Menurut Dee Groberg (1968), setiap individu
yang ingin berjaya perlulah bersedia dari segi fizikal untuk belajar dan bersedia dari
segi mental untuk memfokus dan menyerap sesuatu proses pembelajaran.
5
Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan menjadi penting kerana ia perlu
memenuhi keperluan pendidikan malah subjek ini menjadi subjek teras untuk
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV). Namun begitu pengkaji
merasakan satu tinjauan perlu dibuat untuk melihat penguasaan pembelajaran
Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan. Jadi kajian ini dibuat adalah untuk
meninjau apakah persepsi pelajar sekolah menengah teknik aliran teknik terhadap
Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan yang diambil oleh mereka. Mungkin ada
dikalangan mereka tertanya-tanya kenapa Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan ini
perlu mereka pelajari? Kajian ini juga dapat meninjau sejauh manakah mata
pelajaran ini dapat diterima dan diaplikasikan sebaik mungkin dalam kehidupan
mereka berdasarkan faktor fizikal semulajadi pelajar tersebut.
Jika dilihat daripada jadual 1.3, keputusan Peperiksaan Sijil Peperiksaan
Malaysia (SPM) 2001 dan Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2002
menunjukkan bahawa jumlah pelajar tertinggi yang mendapat 9G (gagal) adalah
merupakan pelajar dari aliran Kejuruteraan Jentera (Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor SPM 2001 dan 2002). Apakah permasalahan sebenar yang dihadapi oleh
pelajar dalam penguasaan Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan ini?
Mengikut keputusan yang dinyatakan, ianya menunjukkan bahawa walaupun
pencapaian pelajar dari setiap kursus adalah sangat baik tetapi bilangan pelajar yang
gagal dalam mata pelajaran ini adalah tinggi walaupun mereka mempunyai
keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran matematik dan sains di peringkat
PMR. Sehubungan dengan itu pengkaji merasakan satu tinjauan perlu dilakukan
untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan
yang diambil. Semoga dengan terhasilnya kajian ini akan terjawablah soalan-soalan
yang masih tertangguh.
6
Jadual 1.3. Analisa Pencapaian Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia bagi Mata Pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Kursus Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM)
Jumlah calon mendapat pangkat Tahun Bil.
calon 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH
Jumlah
lulus
%
lulus
2001 158 6 10 12 19 26 15 31 25 12 2 144 92.31
2002 118 3 3 9 8 22 18 31 16 8 0 110 93.22
Sumber: Jabatan Pendidikan Teknikal
Kursus Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA)
Jumlah calon mendapat pangkat Tahun Bil.
calon 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH
Jumlah
lulus
%
lulus
2001 118 5 7 6 9 15 24 34 15 1 2 115 99.14
2002 121 1 1 6 17 13 29 35 17 2 0 119 98.35
Sumber: Jabatan Pendidikan Teknikal
Kursus Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (PKE)
Jumlah calon mendapat pangkat Tahun Bil.
calon 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9F TH
Jumlah
lulus
%
lulus
2001 164 1 5 10 21 26 37 37 17 6 4 154 96.25
2002 164 10 15 24 26 35 19 23 9 3 0 161 98.17
Sumber: Jabatan Pendidikan Teknikal
1.4 Objektif Kajian
7
Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi keberkesanan dalam pembelajaran mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan seperti berikut:
i. Untuk mengenalpasti sejauh mana faktor pengurusan masa
mempengaruhi penguasaan pembelajaran mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan.
ii. Untuk mengetahui sejauh mana kemudahan dan kelengkapan yang
disediakan mempengaruhi penguasaan proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan.
iii. Untuk mengenalpasti sejauh mana faktor pengetahuan dan kemahiran
mempengaruhi penguasaan guru dalam mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan.
iv. Untuk mengetahui sejauh mana faktor kaedah pengajaran dan
penyampaian isi pengajaran mempengaruhi penguasaan guru mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan.
v. Untuk mengetahui faktor proses penilaian dalam pembelajaran guru
mempengaruhi penguasaan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan.
8
1.5 Persoalan Kajian
i. Adakah faktor pengurusan masa mempengaruhi penguasaan
pembelajaran mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan?
ii. Adakah faktor kemudahan dan kelengkapan yang disediakan
mempengaruhi penguasaan proses pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan?
iii. Adakah faktor pengetahuan dan kemahiran mempengaruhi
penguasaan guru dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan?
iv. Adakah faktor kaedah pengajaran dan penyampaian isi pengajaran
mempengaruhi penguasaan guru mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan?
v. Adakah faktor proses penilaian dalam pembelajaran guru
mempengaruhi penguasaan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan?
ikuasai adalah Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan