evolusi rangkaian media daesh @ islamic state in iraq … · whatsapp. f. telegram. * jumlah dalam...
TRANSCRIPT
TERHAD
1
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
(Kertas Kerja Cawangan Anti Keganasan
Rujuk : BSPP/J2 2/ 1311/1
Tarikh : 10 Apr 18
EVOLUSI RANGKAIAN MEDIA DAESH @ ISLAMIC STATE IN IRAQ AND SYRIA
(ISIS) DAN PERSPEKTIF ANCAMAN
PENGENALAN
1. Abad ke 21 telah menyaksikan perkembangan evolusi teknologi maklumat termasuk
penciptaan Internet pada era 1960 an. Walau bagaimanapun, penggunaan Internet hanya
dikomersilkan sekitar tahun 80an dan ia terus berkembang sehingga ke hari ini bagi pelbagai
kegunaan khasnya untuk informasi atau maklumat serta dunia perniagaan. Evolusi Internet
juga memperlihatkan kelahiran media sosial yang kini menjadi sebahagian daripada
kehidupan setiap pengguna media elektronik. Media sosial merupakan rangkaian komunikasi
berkumpulan secara dalam talian dan lebih tertumpu kepada komuniti-komuniti tertentu
untuk perkongsian maklumat. Aplikasi-aplikasi media sosial yang popular dalam kalangan
pengguna adalah seperti berikut:
a. Facebook.
b. Twitter.
c. Google+.
d. YouTube.
e. WhatsApp.
f. Telegram.
* Jumlah dalam bilion
Statistik pengguna telefon pintar global mulai 2014 hingga 2020
TERHAD
2
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
2. Penggunaan media sosial dilihat akan menjadi lebih meluas pada masa akan datang
atas faktor peningkatan jumlah penggunaan telefon pintar yang boleh menggerakkan aplikasi-
aplikasi media sosial ini dengan lebih portable dan aktif. Statistik global melibatkan
pengguna telefon pintar pada tahun 2014 adalah seramai 1.57 bilion dan angka ini dijangka
akan terus meningkat yang mana pada tahun 2020, jumlah pengguna telefon pintar dijangka
seramai 2.87 bilion. Walaupun penggunaan media sosial dilihat memudahkan perkongsian
maklumat dan komunikasi dalam kalangan pengguna, ia juga boleh dieksplotasi dan
disalahguna untuk kepentingan individu dan organisasi tertentu termasuk dalam kalangan
organisasi kumpulan pengganas dan rangkaiannya.
MEDIA SOSIAL DAN ORGANISASI PENGGANAS
3. Pada asalnya, strategi menggunakan medium media sosial dalam penyebaran ideologi,
propaganda, aktiviti merekrut keanggotaan baru, penjanaan sumber dana dan sebagainya
telah dimulakan oleh Al Qaeda semasa kepimpinan Osama bin Laden. Pada bulan Jun 2010,
Al Qaeda juga menjadi kumpulan pengganas pertama menghasilkan majalah dalam talian
iaitu Inspire yang mendedahkan kaedah penghasilan bom dan taktik untuk melancarkan
serangan. Selain Al Qaeada, pada tahun 2013, Al Shabaab dengan menggunakan Twitter
telah membuat liputan secara langsung serangan mereka ke atas Westgate Nairobi, Kenya.
Malah, bagi menarik perhatian generasi muda, Al Shabaab juga telah memuat naik video
berkenaan ke dalam YouTube dan Facebook.
Akaun Twitter Al Shabaab
4. Kemunculan militan Daesh pada bulan Jun 2014 telah menunjukkan revolusi
pemodenan kumpulan atau organisasi pengganas dalam mengeksploitasi Internet. Militan
Daesh telah menggunakan media sosial untuk penyebaran ideologi, rekrut dan pengumpulan
sumber dana dari pelbagai sumber di ambang kebangkitannya pada sekitar tahun 2014 hingga
2016. Digital age atau era digital ini telah menyebelahi Daesh dari pelbagai sudut sehingga
TERHAD
3
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
kumpulan militan ini telah berjaya menarik tumpuan hampir 30,000 pejuang asing atau lebih
dikenali sebagai Foreign Terrorist Fighters (FTF) dari pelbagai pelusuk dunia ke Syria dan
Iraq dalam usaha untuk mewujudkan sebuah Khilafah Islamiyah.
Pecahan Foreign Terrorist Fighters (FTF) mengikut negara
MEDIA DAESH SELEPAS ERA KEGEMILANGAN
5. Era kegemilangan Daesh dilihat progresif dalam tahun 2014 hingga 2016 yang mana
peluang ini telah mendorong Daesh untuk memperkasakan rangkaian medianya dalam usaha
memenangi hati dan minda (hearts and mind) masyarakat Islam di seluruh dunia. Internet dan
media sosial secara tidak langsung telah membantu Daesh mengekalkan momentumnya
dalam usaha membentuk sebuah “Khilafah Islamiyah” di Syria dan Iraq selain memberi
kesedaran kepada masyarakat dunia akan kewujudannya.
6. Sepanjang tempoh operasi pada tahun 2014 dan 2015, Daesh mempunyai keupayaan
ketenteraan dan kewangan yang sangat kukuh. Ia telah membangunkan rangkaian media yang
efisyen, berkualiti tinggi dan dioperasikan oleh Central Media Department of Islamic State
(diwan al-I’lam al-markazi). Bahagian ini bertanggungjawab dalam penghasilan kenyataan
media dan bahan-bahan terbitan untuk disebarkan dalam pelbagai bentuk platform media.
Bagi tujuan penghasilan produk yang berkualiti tinggi, bahagian ini juga dilengkapkan
dengan peruntukkan kewangan yang banyak untuk merekrut individu professional yang
berkemahiran dalam penghasilan video, fotografi, penulisan dan terbitan di Syria, Iraq
termasuk lain-lain negara.
TERHAD
4
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
Struktur organisasi Daesh sebelum kejatuhan di Syria dan Iraq
Sedutan video yang memaparkan juruterbang Jordan dibakar hidup-hidup telah
disunting ala Hollywood
7. Militan Daesh telah berjaya mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat samada
beragama Islam mahupun lain-lain agama dengan naratif-naratif Salafi Jihadi. Walaupun
fenomena ini bukanlah sesuatu yang baru, namun kemampuan dalam menyebarkan
propaganda dan kebolehan militan ini dalam mempengaruhi pengikut dan penyokongya dari
hampir 100 negara menjadikan Daesh sebagai sebuah organisasi keganasan yang kreatif dan
inovatif dalam menggerakkan platform siber.
TERHAD
5
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
Majalah online Dabiq
8. Walau bagaimanapun, era kegemilangan Daesh tidak kekal lama disebabkan kempen
serangan udara oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya yang dilancarkan pada bulan Ogos
2014. Kegagalan militan Daesh dalam mengekalkan kubu kuat di Syria dan Iraq disaksikan
dengan kejatuhan Mosul, Iraq pada Julai 2017 dan Raqqa, Syria pada October 2017.
Seterusnya, situasi kekalahan ini telah melemahkan operasi media Daesh secara drastik.
Faktor-faktor yang menjadi punca kepada kemerosotan operasi media Daesh khususnya
dalam dunia siber adalah seperti berikut:
a. Kehilangan punca kewangan khususnya pemerdagangan petroleum
disebabkan kejatuhan kawasan-kawasan yang kaya dengan hasil petroleum.
b. Tindakan counter measures yang diambil oleh pihak Twitter, Facebook dan
YouTube serta agensi-agensi penguatkuasaan siber telah menyekat dan melumpuhkan
penyebaran proganda Daesh.
c. Kehilangan kawasan takluk di Syria dan Iraq telah mengakibatkan limitasi
terhadap kepenggunaan Internet berkelajuan tinggi. Media Daesh kini dilaporkan
mengharapkan perkhidmatan Wifi di lokasi-lokasi tertentu untuk memuatnaik video
dan imej berkualiti tinggi.
d. Kualiti penulisan dan penghasilan grafik serta imej telahpun menurun secara
drastik disebabkan Daesh tidak lagi mampu menampung kos yang dibayar kepada
agensi professional.
e. Kematian individu-individu yang berpengaruh dalam kalangan militan Daesh
juga menjadi punca kepada kemerosotan untuk menggerakkan operasi media secara
efisyen. Individu-individu tersebut adalah:
TERHAD
6
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
(1) Taha Subhi Falaha @ Abu Muhammad Al-Adnani Al-Shami.
Jurucakap Daesh dan perancang serangan di luar kawasan konflik. Beliau juga
dilaporkan sebagai individu yang paling rapat dengan Abu Bakr al- Baghdadi.
Beliau telah terbunuh pada 30 Ogos 16 di Aleppo, Syria.
Abu Muhammad Al-Adnani Al-Shami
(2) Ahmed Abu Samra @ Abu Suleiman Al-Shami. Beliau merupakan
anggota Al Qaeda yang telah berbaiah kepada Abu Bakr al-Baghdadi pada 18
Okt 14. Abu Samra bertanggungjawab dalam unit penggambaran dan
penghasilan video ala Hollywood dan mengemaskini aktiviti Daesh di dalam
media sosial. Beliau telah terbunuh pada bulan Januari 2017 di Syria. Sebagai
tanda penghormatan, majalah Rumiyah edisi ke 8 telah meletakkan imej Abu
Samra pada muka depan majalah.
Ahmed Abu Samra di muka hadapan Rumiyah Siri Ke 8
9. Kejayaan Daesh menggunakan media sosial dalam mencapai era kebangkitannya pada
tahun 2014 hingga 2016 dilihat menjadi motivasi dan dorongan kepada militan tersebut untuk
memperluaskan rangkaiannya di luar negara. Namun begitu, setelah berhadapan dengan
kekalahan di Syria dan Iraq pada tahun 2017, Daesh kini dilihat cuba menggerakkan kembali
operasi medianya.
TERHAD
7
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
10. Terdapat enam jenis platform media yang diekploitasi Daesh seperti berikut:
a. Agensi Berita.
(1) A’maq Agency. Ia merupakan platform media utama bagi Daesh yang
mana berfungsi melaporkan pengakuan Daesh dalam mendalangi mana-mana
serangan di dalam mahupun luar kawasan konflik. Ia mula beroperasi pada
tahun 2014 dan sehingga kini kerap melaporkan pelbagai isu dan aktiviti Daesh
di seluruh dunia. Bahasa utama yang digunapakai adalah Bahasa Arab. Bahasa
asing lain turut digunakan termasuk bahasa negara sasaran ketika melaporkan
sebarang insiden serangan. Kekerapan penggunaannya dalam membuat liputan
keganasan dan pengumuman dilihat semakin aktif sejak tahun 2017 sehingga
kini.
Aplikasi Android Amaq News Agency untuk pengguna telefon pintar
Contoh pengakuan Daesh menggunakan Amaq News Agency
TERHAD
8
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
(2) Mu’tah News Agency. Agensi berita ini mula beroperasi pada tahun
2016 dan sentiasa memaklumkan serta mengemaskini para pelayar laman web
dengan maklumat-maklumat terkini mengenai Daesh. Agensi berita ini masih
aktif.
Infografik yang dikeluarkan oleh Mu’tah News Agency
(3) The Wilayat News Network (WNN). Agensi berita ini mula beroperasi
bermula bulan Oktober 2017 dan melaporkan setiap pengakuan terbuka Daesh
dalam Bahasa Inggeris. WNN hanya disebarkan melalui grup-grup aplikasi
Telegram dan seterusnya dimuat naik ke dalam media sosial seperti Facebook
dan Twitter.
Kenyataan Media yang dikeluarkan di WNN
TERHAD
9
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
(4) Al-Qarar. Ia mula beroperasi pada bulan Jun 2017 dan dikaitkan
dengan penyokong Daesh di Kashmir, India. Al-Qarar memuatnaik
pengumuman-pengumuman penting dari Daesh dan video-video berkaitan
serangan di Kashmir. Pada bulan Disember 2017, ia telah mengajak para
penyokong Daesh untuk berjuang bersama mereka di Kashmir dan
menggelarkan kawasan mereka sebagai Wilayah Kahsmir Daesh. Agensi ini
masih aktif.
Logo Al-Qarar
b. Platform Untuk Penghasilan dan Penyebaran Produk Media.
(1) Al-Furqan Foundation. Agensi ini telah mula beroperasi pada tahun
2006 ketika era Islamic State in Iraq. Ia terlibat dalam penghasilan video-
video Daesh dan penyebarannya dalam media atau laman webnya sendiri.
Pengisytiharan Abu Bakr Al-Baghdadi sebagai Khalifah di Mosul pada 29
June 14 telah dihebahkan melalui Al-Furqan. Selain itu, pada 28 Sep 17, ia
juga bertanggungjawab dalam menyebarkan rakaman suara Abu Bakr Al-
Baghdadi yang menyeru penyokong Daesh dalam memperhangatkan serangan
di mana-mana sahaja. Al-Furqan dilaporkan masih aktif walaupun ia tidak
mengemaskini laman webnya sejak bulan Oktober 2017.
TERHAD
10
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
Logo Al-Furqan Foundation
Video Abu Bakr al-Baghdadi mengisytihar dirinya sebagai Khalifah pada bulan Jun 2014
di Mosul, Iraq telah disebar melalui Al-Furqan
(2) Al-Hayat Foundation. Tujuan penubuhan adalah untuk menarik dan
merekrut lebih ramai penyokong Barat. Kebanyakan artikel, video dan poster
yang dihasilkan adalah dalam Bahasa Inggeris. Laman web Al-Hayat masih
lagi aktif dan di antara penyebarannya adalah majalah Dabiq dan Rumiyah.
Manakala video pula adalah klip video Abu Uqayl (Singapura) yang menggesa
umat Islam berjuang bersamanya di Syria dan Iraq serta video “Flames of War
2- Until Judgement Day” yang mengutuk AS dan pemerintahan Donald
Trump.
TERHAD
11
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
Logo Al-Hayat Media Center
Video Flames of War 2 Yang dihasilkan oleh Al-Hayat
(3) Ajnad Media Foundation. Ia mula beroperasi sejak bulan Ogos 2013
bertujuan untuk penyebaran propaganda dan ayat-ayat Al Quran bagi
menyemarakkan semangat jihad dalam kalangan Umat Islam. Ia masih aktif
sehingga kini.
Logo Ajnad Media Foundation
TERHAD
12
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
c. Laman Web.
(1) Akhbar Al-Muslimin (News of the Muslims). Laman web ini mula
beroperasi sejak tahun 2016. Seperti media-media lain, laman web ini juga
melaporkan aktiviti-aktiviti dan pengakuan Daesh dalam mana-mana
serangan. Walau bagaimanapun, bermula bulan November 2017, laman web
ini mula mengumpul dana menggunakan platform Bitcoin bagi membantu
menampung operasi Daesh.
Akhbar Al-Muslimin
(2) Al-Sawarim Media Agency – Isdarat. Ia merupakan laman web Daesh
yang masih aktif. Al-Sawarim juga berfungsi sebagai agensi yang
bertanggungjawab untuk memaklumkan perkembangan terkini dan aktiviti
Daesh kepada pengikutnya.
Laman Web Al-Sawarin
TERHAD
13
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
d. Majalah Online.
(1) Al-Naba Weekly. Majalah ini merupakan majalah rasmi Daesh yang
dikeluarkan setiap minggu. Ia bertujuan untuk menyemarakkan perasaan benci
terhadap Barat dan mengajar kaedah untuk melancarkan serangan keganasan.
Walaupun majalah ini masih aktif di alam siber, namun pengisian dan
penulisannya telah berkurangan semenjak kekalahan Daesh di Syria dan Iraq.
Contoh bahan yang diterbitkan oleh Al-Naba Weekly. Infogragik di atas berkaitan serangan
di Barcelona, Sepanyol pada 17 Ogos 17
(2) Al-Anfal. Ia merupakan sebuah majalah dalam talian yang dihasilkan
oleh Al-Dara’ Al-Sunni. Pengeluaran majalah adalah dalam sepuluh siri setiap
bulan dan disebarkan melalui Internet serta media sosial khususnya Telegram.
Kandungan majalah meliputi aktiviti terkini, infografik, temubual dalam
kalangan pemimpin terkanan Daesh dan kaedah-kaedah untuk membuat
serangan keganasan.
TERHAD
14
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
Salah satu daripada siri majalah Al-Anfal
e. Stesen Radio Online.
(1) Radio Al-Bayan. Stesen radio ini telah beroperasi sejak bulan Ogos
2014 di Mosul, Iraq. Ia bertujuan untuk menyampaikan informasi-informasi
terkini kepada penduduk tempatan di dalam “Khilafah” Daesh. Pengoperasian
stesen radio ini yang dilakukan secara fizikal telah bertukar kepada konsep
online radio menggunakan laman web Haqq dan Al-Sawarim setelah Daesh
tumpas di Syria dan Iraq.
Stesen Radio Al-Bayan
TERHAD
15
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
ANALISA TERHADAP STRATEGI MEDIA DAESH @ ISIS
10. Antara penilaian yang berkaitan dengan situasi semasa berhubung ancaman siber
Daesh adalah seperti berikut:
a. Kemampuan dan keupayaan teknologi Daesh bukanlah perkara baru.
Kepakaran siber yang dimiliki oleh Daesh inilah yang membawa kepada kekuatan dan
kejayaan Daesh dalam mengatur strategi memperluaskan pengaruh, ideologi dan
agenda di seluruh pelusuk dunia secara tidak langsung. Keupayaan siber ini lebih
mudah dilakukan tanpa perlu melibatkan kehadiran anggota secara fizikal khususnya
untuk menjalankan aktiviti merekrut, menyalurkan sumber dana dan mempromosikan
ideologi dan propaganda.
b. Kekalahan Daesh dalam mempertahankan kubu kuat di Syria dan Iraq dilihat
tidak menjejaskan sepenuhnya aktiviti kekejaman Daesh yang mempunyai sokongan
daripada rangkaiannya di luar kawasan konflik. Naratif Daesh akan terus disebarkan
oleh pengikut dan rangkaiannya yang kini beralih secara virtual ataupun dalam talian.
Kemampuan ini tidak disangkal memandangkan mereka masih mempunyai pengikut
pelapis yang pakar dalam bidang siber khususnya dalam kalangan generasi muda.
c. Keinginan militan Daesh untuk terus aktif di dunia siber dilihat lebih menjurus
kepada psychological warfare yang mana Daesh cuba memenangi hati dan sentimen
penganut Islam khususnya masyarakat Sunni. Militan ini masih mampu untuk
beroperasi di dunia siber kerana masih terdapat individu dan organisasi tertentu yang
bersimpati terhadap perjuangan militan Daesh tanpa menghiraukan kehancuran dan
kekejaman yang dibawa oleh militan tersebut di Syria dan Iraq serta serangan-
serangan lone wolf yang dilancarkan oleh pengikutnya di Barat yang telah
mengorbankan banyak nyawa.
d. Ancaman terkini adalah penggunaan aplikasi Telegram oleh Daesh. Aplikasi
ini dikatakan mempunyai tahap keselamatan yang tinggi dan sukar untuk dibolosi
melainkan penggunanya sendiri. Disebabkan fungsi inilah yang mendorong rangkaian
militan Daesh menggunakan Telegram bagi tujuan menyalurkan maklumat dan arahan
dalam merancang serangan keganasan untuk mengelak daripada dikesan oleh pihak
berkuasa.
e. Propaganda yang telah dan yang akan dimainkan oleh Daesh dilihat akan
melahirkan lebih banyak rangkaian-rangkaian kecil Daesh khususnya di negara-
negara dunia ketiga serta negara-negara yang mempunyai kelemahan dalam aspek
undang-undang untuk membendung perkembangan elemen-elemen keganasan. Selain
rangkaian kecil, propaganda radikal esktremis dan sentimen keagamaan yang
TERHAD
16
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
dimainkan dilihat akan menyebabkan lebih banyak serangan lone wolf yang
mensasarkan soft target untuk perhatian pihak media antarabangsa. Siri kedua majalah
Rumiyah telah memperkenalkan segmen Just Terror Tactics yang memaparkan
kepada pembaca tentang taktik dan teknik serangan keganasan yang mudah dan
murah. Majalah tersebut telah mengajar teknik membuat serangan menggunakan pisau
atau parang. Segmen ini mengajar dengan terperinci mengenai sasaran yang sesuai,
pemilihan pisau atau parang yang sesuai dan seterusnya, mencadangkan ciri lokasi
serangan yang boleh membawa kepada impak tinggi dan kematian. Siri ini mendapat
sambutan untuk serangan lone wolf yang pernah dilancarkan di Jerman, Perancis dan
United Kingdom (UK). Manakala di rantau Asia Tenggara, insiden yang paling
signifikan adalah dua serangan ke atas anggota polis Indonesia pada tahun 2017 serta
serangan di Gereja Katholik di Yogyakarta, Indonesia pada 12 Feb 18.
Artikel Rumiyah Siri Ke-2 mengenai taktik serangan pengganas
f. Teknik dan taktik serangan yang telah dikeluarkan di dalam majalah Rumiyah
siri ketiga pula telah mengajar teknik menggunakan lori atau trak dalam melakukan
serangan ke atas orang awam. Segmen ini telah mendedahkan jenis kenderaan yang
paling ideal dan suasana yang sesuai untuk melancarkan serangan selain menyentuh
tentang peringkat persiapan dan perancangan. Seruan Daesh untuk melancarkan
serangan menggunakan kenderaan ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa orang
awam di AS, Perancis, United Kingdom, Sepanyol dan Jerman. Serangan yang dilihat
signifikan adalah di Nice, Perancis pada 14 Jul 16 ketika sambutan Bastille Day yang
menyebabkan 86 kematian. Propaganda yang dimainkan oleh Daesh dilihat mampu
mempengaruhi individu-individu yang terdedah kepada media sosial Daesh untuk
melancarkan serangan tanpa memikirkan justifikasi tindakan mereka.
TERHAD
17
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
Artikel Rumiyah Siri Ke-3 mengenai taktik serangan pengganas
g. Pada 21 Jun 16, sebuah klip video telah dimuatnaik di Internet dan ditular di
laman web serta media sosial Daesh yang memaparkan tiga individu memberi ugutan
dan ancaman terhadap agensi penguatkuasaan Malaysia, Indonesia dan Filipina. Pihak
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan salah seorang daripada mereka adalah
Mohd Rafi Udin yang juga bekas anggota Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM)
dan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Klip video yang berdurasi
dua minit 42 saat tersebut telah menggesa umat Islam untuk menyokong “Wilayah” di
Selatan Filipina yang diketuai oleh Abdallah al-Filipini atau Isnilon Hapilon dari
Kumpulan Abu Sayyaf (KAS). Video tersebut dilihat menjadi pemangkin kepada
faktor sokongan rangkaian militan Daesh Filipina untuk melancarkan keganasan di
Marawi, Filipina pada 23 Mei 17. Hasrat untuk menawan Marawi adalah bertujuan
untuk menubuhkan Khilafah Islamiyah di Asia Tenggara. Klip video seumpama ini
tidak boleh dipandang ringan kerana provokasinya mampu mengancam keselamatan
sesebuah negara malah dalam isu ini Daesh dilihat berupaya menyatukan kumpulan-
kumpulan pengganas di rantau ini untuk mencapai matlamat politik Daesh. Selain itu,
walaupun Filipina berkeupayaan menawan kembali Bandar Marawi dari rangkaian
kumpulan Maute dan KAS, ternyata kesan pertempuran telah memberi implikasi
negatif kepada aspek ekonomi dan sosial serta keselamatan penduduk setempat.
TERHAD
18
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
Klip video yang memaparkan Mohd Rafi Udin (kanan) menggesa umat Islam
menyokong “Wilayah” Daesh di Selatan Filipina
h. PDRM telah berjaya menahan sejumlah tujuh individu dalam tempoh 27
Februari hingga 15 Mac 2018. Mereka disyaki terbabit dengan rangkaian Daesh dan
merancang untuk melancarkan serangan di negara ini khususnya ke atas rumah ibadat
bukan Islam. Naratif songsang dan propaganda Daesh telah mempengaruhi individu-
individu tersebut untuk bertindak sedemikian tanpa menyedari tindakan mereka boleh
menyebabkan isu perkauman dan agama. Keadaan ini dilihat boleh berlaku apabila
individu-individu ini mendapat akses kepada bahan-bahan atau propaganda Daesh
yang sememangnya tersebar secara meluas melalui aplikasi media sosial seperti
WhatsApp dan Telegram. Sehubungan itu, tangkapan membabitkan tujuh individu itu
jelas membuktikan penyebaran propaganda Daesh melalui Internet dan media sosial
mampu mengancam keharmonian dan perpaduan sesebuah negara. Selain itu, ia juga
akan mencemar identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat
majmuk jika perkara seumpama ini tidak diambil serius.
PENUTUP
11. Sehingga kini, Daesh dilihat terus menggunakan operasi media yang mana walaupun
berhadapan dengan kekalahan di Syria dan Iraq, media Daesh tetap beroperasi untuk
penyaluran dan penyebaran maklumat serta propaganda agendanya. Penutupan ataupun
sekatan ke atas laman web Daesh dilihat tidak berhasil menyekat penularan propaganda
Daesh disebabkan pengikutnya kelak akan mencipta program baru untuk menggantikan link
yang telah dihapuskan. Setakat ini, dianggarkan lebih 80,000 laman web Daesh dikesan
masih beroperasi untuk menjalankan proses merekrut anggota baru di samping memuatnaik
video dan propaganda radikal ekstremis sepertimana sebelum ini.
TERHAD
19
TERHAD
Dokumen berdarjah ini adalah hak BSPP. Ianya dilarang diklasifikasikan semula atau dihebahkan secara keseluruhan mahupun sebahagian
termasuk isi kandungannya tanpa kebenaran BSPP. Maklumat dan data yang dimajukan ini (transmitted) adalah khusus bagi pengetahuan
penerima yang telah ditetapkan sahaja. BSPP mempunyai hak mutlak untuk mendesak penjelasan terhadap sebarang penyalahgunaan maklumat
atau data yang terdapat dalam dokumen ini.
12. Justeru, usaha menyekat dan membendung penularan propaganda militan Daesh wajar
dipertingkatkan lagi memandangkan rangkaian militan ini mempunyai pakar siber yang licik
dan berkebolehan. Di peringkat Malaysia, usaha ini telah diperketatkan lagi melalui
kerjasama agensi-agensi kerajaan sepertimana yang dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dengan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia. Sehingga kini, lebih
daripada 50 laman web tajaan rangkaian Daesh berjaya disekat untuk mengelak daripada
diakses oleh orang awam. Langkah berwaspada ini amat penting dalam usaha mengekang
perkembangan dan penularan ideologi Salafi Jihadi Daesh serta radikal ekstremis pengikut
militan Daesh yang boleh mengancam keharmonian dan keselamatan negara.
Disediakan oleh: Mej Subhadra Nadarajah, BSPP - PS 2 Cawangan Anti Keganasan.