erzawani binti jamaludin · 2013. 11. 19. · 5.3.2 rumusan kefahaman pelajar utm terhadap konsep...
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP KONSEP ISLAM HADHARI
ERZAWANI BINTI JAMALUDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP
KONSEP ISLAM HADHARI
ERZAWANI BINTI JAMALUDIN
Laporan Projek ini dikemukakan
Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malysia
MEI 2008
iii
DEDIKASI
Maha Suci Allah dan segala pujian hanya untukNya,
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih,
Dengan RedhaNya Atas Segala ketentuanku,
Selawat dan Salam Buat Junjungan Mulia,
Nabi Muhammad s.a.w,
Penyuluh Seluruh Kehidupan Manusia,
Dari Kegelapan Kepada Cahaya.
Ibu dan Ayah yang amat dikasihi..
Jamaludin Bin Hassim dan Fauziah Binti Atan,
Curahan kasih sayang yang tiada bertepian untuk anakmu ini,
Pengorbanan yang tidak mampu kubayar,
Hanya doa yang ku abadikan dalam doa-doaku,
Agar ibu dan ayah sentiasa di bawah lindunganNya,
Di Dunia dan Di akhirat sana Kelak..
Buat suamiku yang dicintai..
Abdul Razali Bin Bachok @ Abd.Rahman,
Terima Kasih di atas tunjuk ajar dan sokongan,
Semoga bahtera yang dibina akan terus berkekalan,
Dikurniakan cahaya mata dan penyejuk hati yang soleh dan solehah,
Bahagia dunia dan akhirat..
Abang-abang dan adik-adik yang disayangi..
Teruskan perjuangan hidup kalian untuk mencapai cita-cita,
Persaudaraan selamanya,
Semoga Allah merahmati kalian selamanya..
Pensyarah-pensyarah yang dihormati..
Jasa dan pengorbanan yang dicurahkan tidak mampu diungkapkan,,
Sejuta penghargaan di atas semua didikan dan tunjuk ajar,
Semoga redha Allah manjadi milik kalian..
Sahabat-sahabat yang budiman..
Mengharungi perjuangan ini bersama kalian tidak mungkin dilupakan,
Salam ukhwah yang tiada berpenghujung,
Selamanya dihati,
Hidup Biar Berjasa..
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T
pentadbir sekalian alam diatas keizinan dan limpah rahmat-Nya jua maka dapatlah
penulis menyiapkan kajian Projek Sarjana Muda ini. Tidak dilupakan, selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-
sabahat Baginda.
Di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia projek penulis yang
dedikasi, Prof. Madya Ustaz Ajmain Bin Safar yang telah banyak membantu dan
membimbing penulis untuk menyiapkan kajian ini. Ucapan terima kasih yang tidak
terhingga juga kepada semua pensyarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan
Sosial dan Fakulti Pendidikan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam membantu penulis menyiapkan kajian ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-
rakan Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terutamanya pelajar
tahun empat yang sering memberikan kerjasama dan bertukar idea demi menyiapkan
projek ini.
Diharapkan agar hasil kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada pembaca.
Ribuan kemaafan dipohon di atas apa juga kelemahan terhadap kajian ini. Semoga
segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Amin.
v
ABSTRAK
Kajian yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar
Universiti Teknologi Malaysia terhadap konsep Islam Hadhari. Fokus kajian ini
adalah untuk melihat sejauh mana pengetahuan, kefahaman dan penerimaan pelajar
terhadap konsep Islam Hadhari. Sampel kajian adalah seramai 135 orang responden
yang terdiri daripada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam) dari tahun satu hingga tahun empat. Instrumen yang digunakan
dalam kajian ini berbentuk soal selidik yang mengandungi lima soalan berkaitan latar
belakang responden dan 32 item soalan berkaitan persoalan kajian. Nilai
kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.862. Data yang diperolehi menerusi kajian
ini dianalisis dengan menggunakan perisian Satistical Package For Social Science
(SPSS) for Windows versi 14.0 bagi mendapat kekerapan, peratusan dan min. Hasil
kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan responden memberikan persepsi yang
positif terhadap pengetahuan konsep Islam Hadhari dan negatif terhadap kefahaman
dan penerimaan konsep Islam Hadhari. Beberapa cadangan turut dikemukakan
kepada beberapa pihak tertentu untuk diambil perhatian. Diharap kajian ini dapat
memberi manfaat kepada semua pihak untuk lebih memahami konsep ini.
vi
ABSTRACT
The descriptive research aims to look at students of University Technology
Malaysia's perception towards the concept of Islam Hadhari. The focus of this
research is to investigate student's perceptions towards the knowledge, understanding
and acceptability of Islam Hadhari concepts. The respondents involve were 135
students of Science in Education (Islamic Studies) from year one until year four. The
instrument used was a set of questionnaire, which contained five items related to the
respondent's background information and consisting 32 items focusing on the area of
the research. The value of the research instrument's reliability was α = 0.862. The
data obtained was analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS)
For Windows version 14.0 software in order to find out the mod, percentage and the
mean. The findings showed that most of the respondents had positive perception
toward knowledge the concept of Islam Hadhari and negative perception towards the
understanding and acceptability the concept of Islam Hadhari. Several suggestions
were given to certain individuals and organizations for them to take further actions. It
is hoped that this study would be beneficial to all in understanding the concept of
Islam Hadhari.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN TESIS
PERAKUAN PENYELIA
JUDUL i
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SIMBOL xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian
1.6.1 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 6
1.6.2 Jabatan Agama Islam Johor 6
viii
1.6.3 Universiti Teknologi Malaysia 7
1.6.4 Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam) 7
1.7 Skop Kajian 7
1.8 Istilah/Takrif 7
1.8.1 Persepsi 7
1.8.2 Pelajar 8
1.8.3 Konsep 8
1.8.4 Konsep Islam Hadhari 8
1.9 Kesimpulan 9
BAB II SOROTAN PENULISAN 10
2.1 Pendahuluan 10
2.2 Sejarah perkenalan Konsep Islam Hadhari 10
2.3 Ideologi konsep Islam Hadhari 11
2.3.1 Visi Konsep Islam Hadhari 11
2.3.2 Misi Konsep Islam Hadhari 11
2.3.3 Objektif Konsep Islam Hadhari 12
2.3.4 Prinsip-Prinsip Asas Konsep Islam Hadhari 12
2.4 Pendekatan Konsep Islam Hadhari 16
2.4.1 Menjaga, Mermartabatkan dan Memperkasakan Agama 16
2.4.2 Menjaga, Memartabatkan dan Memperkasakan Akal 17
2.4.3 Menjaga, Memartabatkan dan Memperkasakan Nyawa 17
2.4.4 Menjaga, Memartabatkan dan Memperkasakan Harta 17
2.4.5 Menjaga, Memartabatkan dan Memperkasakan
Keturunan 18
2.5 Pelaksanaan Konsep Islam Hadhari 18
2.6 Aktiviti JAKIM 19
2.6.1 Perkampungan Hadhari 20
2.7 Kesimpulan 23
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN 24
3.1 Pendahuluan 24
3.2 Rekabentuk Kajian 24
3.3 Populasi Kajian 25
3.4 Sampel Kajian 26
3.5 Instrumen Kajian 27
3.5.1 Soal Selidik 27
3.5.1.1 Bahagian A 28
3.5.1.2 Bahagian B 28
3.6 Tatacara Kajian 29
3.6.1 Kajian Rintis 29
3.6.2 Kajian Sebenar 30
3.7 Analisis Data 31
3.8 Kesimpulan 32
BAB IV ANALISIS DATA 33
4.1 Pendahuluan 33
4.2 Analisis Data (Bahagian A) 34
4.2.1 Jantina Responden 34
4.2.2 Umur Responden 35
4.2.3 Tahun Pengajian responden 35
4.2.4 Responden yang pernah mengikuti seminar Islam
Hadhari di kampus 36
4.2.5 Maklumat bilangan responden mengikuti
seminar Islam Hadhari 36
4.3 Analisis Data (Bahagian B) 37
4.3.1 Maklumat pengetahuan pelajar UTM terhadap
konsep Islam Hadhari 37
4.3.2 Analisis keseluruhan bagi objektif pertama 44
x
4.3.3 Maklumat kefahaman pelajar UTM terhadap
konsep Islam Hadhari 46
4.3.4 Analisis keseluruhan bagi objektif kedua 51
4.3.5 Maklumat penerimaan pelajar UTM terhadap
konsep Islam Hadhari 53
4.3.6 Analisis keseluruhan bagi objektif ketiga 58
4.5 Kesimpulan 60
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 61
5.1 Pendahuluan 61
5.2 Perbincangan 61
5.2.1 Maklumat latar belakang responden 62
5.2.2 Pengetahuan pelajar UTM terhadap konsep
Islam Hadhari 63
5.2.3 Kefahaman pelajar UTM terhadap konsep
Islam Hadhari 65
5.2.4 Penerimaan pelajar UTM terhadap konsep
Islam Hadhari 67
5.3 Rumusan 68
5.3.1 Rumusan pengetahuan pelajar UTM terhadap konsep
Islam Hadhari 69
5.3.2 Rumusan kefahaman pelajar UTM Terhadap konsep
Islam Hadhari 69
5.3.3 Rumusan penerimaan pelajar UTM Terhadap konsep
Islam Hadhari 70
5.4 Cadangan 71
5.4.1 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 72
5.4.2 Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) 72
5.4.3 Universiti Teknologi Malaysia 73
5.4.4 Pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) 74
xi
5.5 Cadangan kajian Lanjutan 74
5.6 Kesimpulan 75
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jumlah populasi pelajar Sains serta
Pendidikan (Pengajian Islam) 25
3.2 Jumlah sampel mengikut tahun pengajian
responden 26
3.3 Pengkelasan Skala Likert 28
3.4 Taburan soalan berdasarkan persoalan kajian 29
3.5 Skala pemeringkatan Likert untuk min 32
4.1 Taburan responden mengikut kelompok jantina 34
4.2 Taburan responden mengikut umur 35
4.3 Taburan responden mengikut tahun pengajian 35
4.4 Taburan responden yang mengikuti seminar
Islam Hadhari di kampus UTM 36
4.5 Taburan bilangan responden yang mengikuti seminar
Islam Hadhari di kampus UTM 36
4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 1 37
4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 2 38
4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 3 38
4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 4 39
4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 5 39
4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 6 40
4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 7 40
4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 8 41
4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 9 41
4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 10 42
4.16 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 11 42
4.17 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 12 43
xiii
4.18 Taburan kekerapan, peratus responden
dan min bagi kefahaman pelajar
UTM terhadap konsep Islam Hadhari 44
4.19 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 13 46
4.20 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 14 46
4.21 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 15 47
4.22 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 16 48
4.23 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 17 48
4.24 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 18 49
4.25 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 19 49
4.26 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 20 50
4.27 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 21 50
4.28 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 22 51
4.29 Taburan kekerapan, peratus responden
dan min bagi pengetahuan pelajar
UTM terhadap konsep Islam Hadhari 51
4.30 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 23 53
4.31 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 24 54
4.32 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 25 54
4.33 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 26 55
4.34 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 27 55
4.35 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 28 56
4.36 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 29 56
4.37 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 30 57
4.38 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 31 57
4.39 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 32 58
4.40 Taburan kekerapan, peratus responden
dan min bagi penerimaan pelajar
UTM terhadap konsep Islam Hadhari 58
\
xiv
SENARAI SIMBOL
α - Alpha
n - Sampel Kajian
xv
SENARAI SINGKATAN
JAIJ Jabatan Agama Islam Johor
JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
PPIPS Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
PWTC World Trade Centre
PWTC Pusat Dagangan Dunia Putra
s.a.w Sallallahualaihiwassallam
SPI Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
S.W.T Subhanahu Wa Taala
UTM Universiti Teknologi Malaysia
Y.A.B Yang Amat Berhormat
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang soal selidik
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Islam adalah agama fitrah yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada seluruh
umat manusia. Ia adalah agama yang dapat memandu manusia menuju ke arah
kejayaan kehidupan di dunia dan akhirat.
Islam adalah "ad-Din" sejagat yang akan memberikan kesejahteraan dan
kebahagiaan kepada semua makhluk. Islam juga adalah agama yang lengkap dan
syumul sehingga akhir zaman dan akan terus dipelihara oleh Allah S.W.T. Firman
Allah S.W.T dalam surah Ali Imran, ayat 19 :
¨βÎ) š⎥⎪ Ïe$! $# y‰Ψ Ïã «!$# ÞΟ≈ n=ó™ M}$# 3 ∩⊇®∪
Maksudnya : “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.”
Islam juga menggesa umatnya agar menyeimbangkan kehidupan di dunia dengan
di akhirat kelak. Ini bermakna, mencari kenikmatan dan kesenangan di dunia
perlulah tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan mestilah bermatlamatkan untuk
2
kebahagiaan di dunia dan akhirat (Said Ibrahim:1996). Firman Allah S.W.T dalam
surah al-Qasas, ayat 77:
Æ tGö/ $# uρ !$yϑ‹ Ïù š9 t?# u™ ª!$# u‘# ¤$! $# nο tÅzFψ $# ( Ÿωuρ š[Ψ s? y7 t7ŠÅÁtΡ š∅ÏΒ $u‹ ÷Ρ‘‰9 $#
(
Maksudnya : "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia”.
Oleh itu, adalah disarankan kepada seluruh umat Islam supaya kembali
kepada ajaran Islam yang sebenar berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah. Jika al-
Quran dan as-Sunnah tidak dijadikan panduan hidup maka masyarakat dan negara
tersebut akan menjadi porak peranda. Selain itu, bala daripada Allah S.W.T akan
turun sama ada di dunia ataupun balasan azab di akhirat kelak. Menurut Harun
Yahya (2005), al-Quran itu sangat mudah untuk difahami namun bagi mereka yang
telah buta hatinya maka mereka tidak akan sekali-kali akan mendapat cahaya dari al-
Quran itu.
Dalam negara meniti kemerdekaan yang ke-50 tahun, maka menjadi negara
yang maju dan moden menjadi matlamat negara. Kemerdekaan yang dinikmati
seharusnya menjadi pendorong kepada rakyat di negara ini untuk memastikan negara
terus berada dalam keamanan dan jauh daripada kuasa luar yang akan merosakkan
kemerdekaan negara. Segala pertahanan dan strategi perlu disusun dengan baik
termasuklah menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang disegani di seluruh
dunia.
1.2 Latar Belakang Masalah
Masalah sosial merupakan salah satu masalah yang melanda negara yang
maju dan membangun. Di dalam media cetak mahupun media elektronik banyak
3
memaparkan pelbagai masalah sosial yang melanda negara terutamanya yang
membabitkan remaja. Di antara masalah yang sering berlaku ialah penyalahgunaan
dadah, minum arak, mat rempit, pelacuran dan sebagainya. Salah satu faktor yang
perlu di ambil kira ialah kurangnya penghayatan agama di dalam masyarakat.
Amalan gaya hidup Islam perlu di tanamkan kembali di dalam diri anggota
masyarakat supaya menjadi benteng daripada melakukan perkara yang tidak
bermoral.
Peristiwa 11 September 2001 pastinya masih segar di dalam kotak fikiran
kita. Serangan pengganas ke atas bangunan PWTC di Amerika Syarikat telah
mengorbankan ribuan nyawa mereka yang tidak berdosa. Apa yang dikesalkan ialah
orang Islam dituduh mendalangi serangan tersebut tanpa usul periksa. Peristiwa
tersebut telah mencemarkan imej Islam. Oleh itu, salah tanggapan tersebut harus
diperbetulkan dengan memperkenalkan Islam yang tidak menyukai peperangan dan
pertelingkahan sehingga menumpahkan darah.
Serangan terhadap beberapa buah negara Islam di tanah Arab seperti Iraq dan
Afghanistan oleh kuasa Barat perlu di anggap penting oleh rakyat di negara ini.
Masyarakat dunia seharusnya peka terhadap isu ini dan mengambil tindakan yang
sewajarnya ke arah pedamaian sejagat. Umat Islam pula disarankan untuk
mempertahankan negara Islam daripada terus menjadi mangsa keganasan manusia
yang tidak berperikemanusiaan.
Selain itu, peristiwa karikatur Nabi Muhammad s.a.w di Jerman dan filem
Fitna di Belanda yang menghina Islam telahpun membawa api kemarahan di
kalangan umat Islam di seluruh dunia. Pelbagai kempen dan demonstrasi di lakukan
bagi memboikot karikatur tersebut dan meminta pihak yang bertanggungjawab untuk
memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia. Melalui filem tersebut pula,
masyarakat telah sepakat untuk memboikot semua barangan buatan Belanda yang
berada di pasaran negara-negara Islam. Semua peristiwa ini merupakan isu yang
serius kerana ianya melibatkan sentimen keagamaan di seluruh dunia. Ia juga
menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya menghormati agama lain di samping
mewujudkan rasa hormat-menghormati di kalangan masyarakat dunia.
4
Oleh itu, salah satu faktor Islam Hadhari diperkenalkan adalah untuk umat
Islam di Malaysia menjadi pelopor tamadun baru yang mampu memimpin
masyarakat dan membawa perubahan yang progesif dan holistik (Dato' Dr Abdullah
Md.Zin: 2005). Pembinaan tamadun Islam yang maju dan moden ini sebenarnya
menjadi matlamat di dalam Islam untuk memastikan umat Islam hidup di dalam
kemajuan di samping menunjukkan betapa pentingnya pembangunan di dalam
sesebuah negara Islam. Pembangunan yang ingin dibina haruslah berdasarkan ajaran
Islam dan berpaksikan kepada al-Quran dan as-Sunnah supaya ianya tidak terpesong
dari ajaran Islam yang sebenar.
1.3 Pernyataaan Masalah Berdasarkan latar belakang masalah yang dikemukakan adalah sesuai
membuat kajian dengan lebih terperinci kerana pemahaman dan penerimaan yang
baik dalam masyarakat akan membawa kepada pembangunan masyarakat dan negara
Islam yang maju. Melalui kajian ini, pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil
kira faktor ketidakfahaman masyarakat dan seterusnya mengambil langkah yang
bijak sekiranya terdapat kecelaruan dalam memahami konsep Islam Hadhari.
Selain itu, terdapat segelintir masyarakat di Malaysia kurang memahami
konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh pemerintah. Salah faham atau
kekeliruan terhadap konsep ini akan menjadi penghalang utama untuk merealisasikan
hasrat tersebut. Penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu dilakukan kepada
seluruh rakyat di negara ini tanpa mengira agama dan bangsa. Menurut pandangan
Abdul Hadi Awang (2005), konsep Islam Hadhari adalah hasil daripada pemikiran
orientalis untuk mengelirukan ummah dari kefahaman Islam yang sebenar. Ia boleh
dikira mewujudkan Islam dalam bentuk baru dengan hanya menggunakan perkataan
Islam dan beramal dengan sebahagian yang lain.
5
Kembali kepada cara hidup hidup Islam yang merangkumi aspek akidah,
syariat dan akhlak adalah cara terbaik bagi menangani setiap masalah yang yang
dihadapi oleh masyarakat. Al-Quran dan as-Sunnah diturunkan sebagai panduan
lengkap hidup manusia untuk memandu ke arah kejayaan dan kecemerlangan hidup.
Masyarakat yang berpegang teguh kepada dua asas pegangan umat Islam ini tidak
akan hanyut walaupun ditelan arus pemodenan yang terus berkembang. Malah
masyarakat akan menjadi lebih matang serta dapat menyiapkan diri untuk
menghadapi segala kemungkinan yang berlaku dengan berbekalkan iman di dada.
Oleh itu, penyelidik merasakan bahawa kajian ini perlu dilakukan untuk
melihat persepsi pelajar Universiti Teknologi Malaysia terhadap konsep Islam
Hadhari yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Kajian ini akan
memperlihatkan sejauh mana konsep Islam Hadhari ini difahami serta diterima oleh
pelajar Universiti Teknologi Malaysia.
1.4 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat persepsi pelajar UTM terhadap konsep
Islam Hadhari. Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk :
i. Mengkaji persepsi pelajar terhadap pengetahuan tentang konsep
Islam Hadhari ii. Mengkaji persepsi pelajar terhadap kefahaman tentang konsep Islam
Hadhari iii. Mengkaji persepsi pelajar terhadap penerimaan tentang konsep Islam
Hadhari 1.5 Persoalan Kajian Berdasarkan kepada objektif kajian, persoalan kajian yang hendak dikaji ialah :
6
i. Apakah persepsi pelajar terhadap pengetahuan tentang konsep Islam Hadhari?
ii. Apakah persepsi pelajar terhadap kefahaman tentang konsep Islam
Hadhari?
iii. Apakah persepsi pelajar terhadap penerimaan tentang konsep Islam Hadhari?
1.6 Kepentingan Kajian Di harapkan daripada hasil kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang
tertentu bagi melihat sejauhmana kefahaman, pengetahuan dan penerimaan
responden terhadap konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan ini. Hasil kajian ini
akan dapat menjadi panduan kepada penyelidik dan juga kepada pihak-pihak tertentu
yang dibahagikan kepada empat sasaran utama.
1.6.1 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Melalui kajian yang dijalankan diharapkan juga hasil kajian ini boleh
dijadikan rujukan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai
badan kerajaan yang bertanggungjawab menguar-uarkan serta memberi kefahaman
tentang konsep Islam Hadhari kepada rakyat di negara ini. Pihak JAKIM juga boleh
menggunakan hasil dapatan daripada kajian ini untuk penambah baikkan ke atas
segala program atau aktiviti yang dijalankan untuk memberi pemahaman kepada
masyarakat.
1.6.2 Jabatan Agama Islam Johor
Kajian ini juga boleh dimanfaatkan juga oleh Jabatan Agama Islam Johor
(JAIJ) dalam meneruskan usaha kerajaan dalam memberi kefahaman dan
7
pengetahuan tentang konsep Islam Hadhari ini terutamanya kepada rakyat di negeri
Johor.
1.6.3 Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Teknologi Malaysia juga boleh menjadikan kajian ini sebagai garis
panduan dalam mendapatkan maklumat tentang kefahaman Islam Hadhari
terutamanya kepada warga Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
1.6.4 Pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian
Islam)
Pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
ini adalah bakal-bakal guru yang akan mendidik anak bangsa pada masa akan datang.
Oleh itu, pengetahuan dan pemahaman yang jelas terhadap konsep ini perlu ada
supaya dapat diterapkan di dalam perkhidmatan mereka.
1.7 Skop Kajian
i. Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
yang mengikuti program perdana seramai 135 orang responden.
ii. Masa kajian bermula pada Julai 2007 hingga Mei 2008
1.8 Istilah/Takrif 1.8.1 Persepsi
8
Persepsi merujuk kepada makna gambaran atau bayangan dalam hati atau
fikiran tentang sesuatu pandangan melalui pancaindera atau tanggapan terhadap
sesuatu (Kamus Dewan: 2002)
Istilah persepsi di dalam kajian ini bermaksud pandangan, pendapat serta
kefahaman pelajar UTM terhadap konsep Islam Hadhari.
1.8.2 Pelajar Pelajar merujuk kepada orang yang belajar atau orang yang mengaji atau
menyelidiki ilmu (Kamus Dewan: 2002).
Pelajar yang dimaksudkan di sini ialah pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) Universiti Teknologi Malaysia yang
mengikuti program perdana.
1.8.3 Konsep Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Ketiga, konsep membawa maksud
kepada pengertian yang terbentuk dalam fikiran mengenai sesuatu tanggapan,
gagasan atau idea (Kamus Dewan: 2002).
Di dalam kajian ini, konsep membawa maksud pandangan, pendapat dan
kefahaman pelajar UTM terhadap konsep Islam Hadhari.
1.8.4 Konsep Islam Hadhari
9
Islam berasal daripada perkataan arab 'salima' yang bermaksud selamat dan
sejahtera. Daripada perkataan tersebut terbentuk juga perkataan 'aslama' iaitu
memelihara dalam keadaan selamat dan jga bermaksud menyerah diri. Oleh itu,
orang yang memeluk Islam dipanggil sebagai Muslim yang membawa maksud
menyerah diri dan taat hanya kepada Allah S.W.T.
Hadhari pula bermaksud peradaban atau tamadun. Di dalam bahasa Inggeris,
Hadhari disebut sebagai 'civilaization' yang membawa maksud peradaban. Dari segi
istilahnya, 'hadhari' ialah yang bertamadun atau Islam yang menekankan aspek
tamadun (Abd. Manaf Ahmad: 2005).
Secara kesimpulannya, konsep Islam Hadhari ialah suatu pendekatan
pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh
berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam. (Kertas perbentangan Islam Hadhari
Penjana Kecemerlangan Ummah oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Kementerian Pelajaran Malaysia)
Di dalam kajian ini, konsep Islam Hadhari merujuk kepada dasar yang
diperkenalkan dan yang dibawa oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia. Persoalan
yang ingin dikaji adalah dari segi pengetahuan, kefahaman dan penerimaan
responden terhadap konsep ini.
1.9 Kesimpulan Dalam bab I ini penyelidik membincangkan tentang pengenalan untuk kajian
ini. Penyelidik juga telah menyatakan latar belakang masalah, pernyataan masalah,
objektif kajian dan persoalan kajian. Penyelidik juga telah menyatakan tentang
kepentingan kajian serta beberapa istilah dan takrif yang berkaitan dengan kajian ini.