erwin panofsky

22
Erwin Panofsky

Upload: atiqah-saberi

Post on 03-Jul-2015

951 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Erwin Panofsky

Erwin Panofsky

Page 2: Erwin Panofsky

Biografi

Nama : Erwin Panofsky

Lahir : 30 Mac , 1892(1892-03-30)

14 Mac, 1968

(umur 75)

Karier :Tokoh seni yang mengutarakan teori ikonografi

Page 3: Erwin Panofsky

TEORI-TEORI SENI

• Teori ini membicarakan tentang objek dan makna

• Beliau telah mengutarakan suatu teori yang berkisar tentang objek dan makna melalui penyataan ikonografi atau sekarang ini disebut ikon.

Page 4: Erwin Panofsky

Apakah Ikon ini?

Page 5: Erwin Panofsky
Page 6: Erwin Panofsky

Ikonografi

OBJEK DAN MAKNA DALAM KARYA SENI

Terdapat 3 objek dan makna dalam karya seni :

1. Objek yang natural atau primari

2. Objek yang biasa atau sekunder

3. Makna intrinsik atau isi.

Page 7: Erwin Panofsky

Objek yang natural

• Objek yang natural atau primari terbahagi kepada fakta dan ekspresi

• Makna diberoleh daripada bentuk• Menurutnya bentuk adalah dihasil daripada konfigurasi

garisan,warna, diperbuat dari gangsa atau batu.• Objek natural adalah manusia, binatang, tumbuh-

tumbuhan,rumah dan alatan.• Makna yang berhubung dengan objek diperolehi dari peristiwa.• Makna juga diperolehi dari perasaan seperti sedih dan

suasana,misalnya suasana rumah mewah atau rumah yang biasa.

• Alam berbentuk demikian dipanggil objek primari dan motif seni yang asas.

• Motif-motif tersebut dihuraikan sebagai pra-ikonografi dalam karya seni.

Page 8: Erwin Panofsky

Claude Monet- Water Lily

Page 9: Erwin Panofsky

Objek yang biasa atau sekunder

• Beliau menggambarkan sebuah arca objek lelaki yang memengang pisau mewakili ‘St. Bartholomew’ dan objek perempuan memegang buah peach adalah sebagai personaliti ‘Kejujuran’.

• Beliau juga menggambarkan objek karya lukisan ‘The Last Supper’ dalam gambaran dua watak jahat dan baik. Dalam karya di atas menunjukkan peristiwa dan makna. Dalam hal yang demikian, maka dalam pengolahan karya di atas terangkumlah persoalan objek yang digambarkan dengan peristiwa. Disamping karya tersebut mencantumkan persoalan komposisi.

Page 10: Erwin Panofsky

The Last Supper

Page 11: Erwin Panofsky

Makna Intrinsik atau Isi

• Beliau mendefinisikan makna melalui sejumlah prinsip yang menentukan sikap sesuatu negara, zaman, kelas atau pendirian agama dan falsafah.

• Kesemuanya adalah dinyatakan melalui personaliti seseorang melalui karya seni

• Beliau menyatakan kepentingan kaedah komposisi dan ikonogarafi dalam sesebuah karya.

• Beliau telah membuktikan sebuah karya bertajuk ‘ Virgin Mary’. Gambaran objek karya menunjukkan skema tiga segi. Dari segi ikonografi mempunyai makna yang intrinsik.

Page 12: Erwin Panofsky
Page 13: Erwin Panofsky

OBJEK DAN MAKNA DALAM KARYA SENI

Gunung Ledang/Tanjung Kupang Oleh Syed Ahmad Jamal

Page 14: Erwin Panofsky

• Gunung Ledang/Tanjung Kupang, seperti yang telah dinyatakan mempertemukan dongeng gunung dengan tragedi udara tersebut. Kemistikan amat diutamakan dalam menginterpretasi catan itu.

• Tujuh tahap dalam bentuk Gunung Ledang melambangkan kepercayaan yang mempercayai terdapatnya tujuh tangga yang harus dilalui untuk sampai di syurga. Warna hijau dibahagian bawah mewakili bumi manakala biru di atasnya adalah langit.

Page 15: Erwin Panofsky

• Warna garisan kekuningan di bahagian bawah

melambangkan emas yang diminta oleh Puteri Gunung

Ledang daripada Sultan Mahmud sebagai hantaran.

• Bentuk-bentuk tidak konsisten di atas gunung itu

melukiskan cebisan atau bangkai kapal terbang yang

berkecai di TanjungKupang setelah melintasi Gunung

Ledang.

• Warna biru yang lebih lembut di bahagian atas

menunjukkan kesyurgaan alam fana dan bentuk hijau

seperti bendera adalah tempat bersemadi roh-roh mangsa

nahas tersebut.

• Kesyurgaan itu juga menyebabkan bintang-bintang

bertukar menjadi bentuk-bentuk segitiga.

Page 16: Erwin Panofsky

• Perkara yang menarik dalam Gunung Ledang ialah Terdapat pendapat menyatakan bahawa bentuk segitiga yang memonopoli lukisannya sesudah tahun tersebut adalah manifestasi Gunung Kailasa, sebuah tanah tinggi keramat dalam kepercayaan agama Hindu.

• Namun, berdasarkan penemuan penting itu yang disentuh tadidapat dikatakan bahawa prinsip serta konsep tersebutlah yang mempengaruhi cara Syed Ahmad Jamal berkarya sesudah tahun 1978. Oleh itu, besar kemungkinan bentuk segitiga itu adalah motif pucuk rebung yang begitu banyak dalam rekabentuk tradisional masyarakat Melayu.

• lni turut diperkukuhkan lagi dengan ulasan beliau terhadap motif di dalam bukunya Rupa dan Jiwa (1992) yang menganggap pucuk rebung sebagai simbol hikmat kesuburan, suatu kenyataan yang bersesuaian dengan kenyataannya mengenai Gunung Ledang

Page 17: Erwin Panofsky

• Motif segitiga tersebut menyerupai 'pohon hayat' dan 'bunga semangat' sebagai manifestasi alam semulajadi.

• Fungsi imejan segitiga diperluaskannya pada tahun 1980an yang turut menyaksikan karya beliau memperkatakan isu-isu sosial dan politik,misalnya Palestine (1983). Warna yang menjadi kegemaran beliau dalamberkarya mulai jelas pada tahun-tahun ini.

• Warna hijau dan biru amat disukainya kerana sifat hijau yang melambangkan bumi atau realiti manakala biru bererti langit atau fantasi.

Page 18: Erwin Panofsky

Palestine (1983)

Page 19: Erwin Panofsky

• Dalam menghayati sesebuah karya seni dua elemen iaitu "formalistik" dan "ikonografi" ataupun konsep yang lebih mudah disebut yakni "bentuk" dan "isi" yang juga kebiasaannya dikenali sebagai "aturan dan makna"(Mulyadi Mahmood,1993). Kedua-duanya saling bersatu bagi membentuk sesebuah karya seni dan ianya saling menyokong.

• Contohnya pada seni catan, ciri-ciri formalistik aturan merangkumi elemen-elemen warna,ton, bentuk, rupa, perspektif, ruang, satah, garisan, rentak,pergerakan,jalinan,isipadu,komposisi, sapuan berus, cahaya bayang dan sebagainya.

Page 20: Erwin Panofsky

Kesimpulan

• Dalam menganalisa atau mengenali ciri-ciri formalistik ini akan mendekatkan kita pada persoalan ikonografi atau makna sesebuah karya.Persoalan-persoalan biasanya berkisar pada bidang kesusasteraan, sosiologi,teologi,politik,psikologi, estetika, sejarah,kepercayaan dan seumpamanya(sekadar mengkelas beberapa bidang ilmu).

• Ciri-ciri formalistik sedapat mungkin membuka ruang kefahaman di tahap ikonografi atau makna dalam sesebuah karya. Pemahaman terhadap aspek-aspek formalistik ini amat perlu dalam usaha kita mengenal, memahami dan menghasilkan karya seni .

Page 21: Erwin Panofsky

• 'Contemporary Malaysia Art' dalam Catalogue for Contemporary Malaysian Art,Pacific Asia Museum, Pasadena, USA, 1988.

• 'Contemporary Islamic Art in Malaysia' dalam Arts and the Islamic World, IslamicArts Foundation, London, 1988, ms 44-57, 1991.

• 'Foreword', Balai Seni Lukis Negara 1958-1988 Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur, 1988.

• 'Seni Lukis Sezaman Sebagai Manifestasi Kebudayaan Dalam MasyarakatBerbilang Bangsa' dalam Seminar Seni Lukis, Balai Seni Lukis Negara, KualaLumpur, 1988.

• 'Peranan Balai Seni Lukis Negara Dalam Perkembangan Seni Lukis Negara'dalam Seminar Seni Lukis dan Perniagaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 1989.

• 'Malaysian Art Today, dalam Contemporary Art >From the Islamic World,Barbican Centre, London, 1989, ms 206-208.

Bibilografi

Page 22: Erwin Panofsky

Sekian …

Team ikonografi

Mohd Khairul Azree B Mohd Darawi

Nor Fathihah Bt Mohamad

Nurul Nazila Bt Abu Hassan

Nur Atiqah Bt Mat Saberi

Saadiah Bt Md Saad