epid.peng.hulu(denggi)

Upload: ever-green

Post on 02-Jun-2018

332 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Epid.peng.Hulu(Denggi)

    1/12

    KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

    ULU KINTA,

    31250 TANJONG RAMBUTAN,

    PERAK DARUL RIDZUAN.

    KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

    TAHUN 111 SEMESTER 1

    LAPORAN EPIDEMIOLOGI (CASE STUDY)

    KESIHATAN KOMUNITIMACH 3112

    UNIT KESIHATAN PERSEKITARAN (BAKAS)

    KLINIK KESIHATAN PENGKALAN HULU

    NAMA : MUHAMAD FIRDAUS BIN ABD RAZAK

    NO I.C : 910823-01-5901

    NO MATRIK : BPP2010-4028

    TAJUK : LAPORAN EPIDEMIOLOGI DEMAM DENGGI

    TAHUN 2011.

  • 8/11/2019 Epid.peng.Hulu(Denggi)

    2/12

    EPIDEMIOLOGI MENGENAI PENYAKIT DEMAM DENGGI

    TAHUN 2011 DI UNIT KESIHATAN PERSEKITARAN

    KLINIK KESIHATAN PENGKALAN HULU.

    Pengenalan

    Pada 9.1.2012 sehingga 3.2.2012 iaitu selama satu bulan saya telah ditempatkan di

    Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu bahagian unit kesihatan Alam Sekitar (BAKAS) bagi

    menjalani latihan klinikal tahun III semester I.

    Objektif latihan klinikal di bahagian unit Kesihatan Alam Sekitar Klinik Kesihatan

    Pengkalan Hulu adalah bertujuan bagi memberi pendedahan kepada pelatih untuk memahami

    trend penyakit-penyakit di kawasan penempatan. Ia juga bertujuan untuk mengenal pasti

    aktiviti-aktiviti yang terdapat di unit Kesihatan Persekitaran serta mengenal pasti peranan dan

    tanggungjawab Penolong Pegawai Perubatan dalam pencegahan dan kawalan penyakit.

    Selain itu, ia juga bertujuan bagi mempelajari kaedah mengumpul pungutan data dan statistik

    kesihatan.

    Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu bahagian unit Kesihatan Alam Sekitar merupakan

    satu organisasi di bawah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Grik, perak. Laporan

    Epidemiologi ini ialah berkaitan mengenai penyakit demam denggi yang berlaku dan

    dilaporkan di Unit Kesihatan Alam Sekitar Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu.

  • 8/11/2019 Epid.peng.Hulu(Denggi)

    3/12

    Pengenalan Kepada Demam Denggi

    Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh

    membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini. Denggi

    biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk

    Aedes.Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan

    masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya. Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan

    bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.

    Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan

    satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia

    boleh menghisap darah sebanyak dua hingga empat miligram darah iaitu 1.5 kali berat

    badannya. Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di

    kaki.Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu Aedes aegypti dan

    Aedes albopictus.

    1.Aedes aegypti.

    Ciri-ciri nyamuk ini ialah tanda putih-perak bentuk kecapi di kepala. Nyamuk aedes aegypti

    berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur

    dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.

    2.Aedes albopictus.

    Ciri-ciri nyamuk ini pula ialah terdapat garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala

    dan badan. Nyamuk albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan

    juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia

    di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping

    bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas dan

    takungan seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan

    dan nenas serta tempat air bertakung.

  • 8/11/2019 Epid.peng.Hulu(Denggi)

    4/12

    Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu:

    1. Demam denggi klasikal.

    Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala

    penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga

    pernah dinamakan demam patah tulang atau breakbone fever.

    2. Demam denggi berdarah.

    Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13

    tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam

    denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah

    rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis

    berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian

    jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai demam berdarah

    Filipina.

  • 8/11/2019 Epid.peng.Hulu(Denggi)

    5/12

    Tanda-tanda dan gejala demam Denggi:

    1. Demam Denggi klasikal

    Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau

    kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa

    dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7

    hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang

    timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh

    didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam

    darah menurun.

    2.Demam Denggi berdarah

    Demam Denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas,

    pendarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Pendarahan yang

    berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah

    dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang

    berlebihan.

  • 8/11/2019 Epid.peng.Hulu(Denggi)

    6/12

    Data dan Statistik

    LAPORAN KES DEMAM DENGGI DAERAH PENGKALAN HULU

    BAGI TAHUN 2011

    Bulan Jumlah

    Kes Dilapor

    Jumlah

    Kes Didaftar

    Jumlah

    Kes abai

    Januari 4 2 2

    Februari 11 3 8

    Mac 6 2 4

    April 1 0 1

    Mei 2 2 0

    Jun 10 4 6

    Julai 9 7 2

    Ogos 5 3 2

    September 1 0 0

    Oktober 5 3 2

    November 5 5 0

    Disember 4 4 0

    Jumlah: 63 kes 35 kes daftar 27 kes abai

    ( Januari hingga Disember 2011 )

    ( M inggu epid 01 hingga 52 )

    Jadual di atas menunjukkan data dan statistik kejadian demam Denggi yang berlaku

    sepanjang tahun 2011 iaitu dari bulan Januari 2011 sehingga bulan Disember 2011 yang

    dilaporkan di Unit Kesihatan Persekitaran Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu.

  • 8/11/2019 Epid.peng.Hulu(Denggi)

    7/12

    Pada bulan Januari 2011 terdapat 4 kes demam Denggi yang telah dilaporkan tetapi

    hanya 2 kes yang didaftarkan dan ini menyebabkan 2 kes lagi telah diabaikan.

    Pada bulan Februari 2011 terdapat 11 kes yang telah dilaporkan tetapi hanya 3 kes

    yang didaftarkan dan menyebabkan 8 kes terabai. Pada bulan Mac 2011 sebanyak 6 kes telah

    dilaporkan tetapi hanya 2 kes telah didaftarkan dan telah menyebabkan 4 kes telah diabaikan.

    Pada bulan April terdapat 1 kes dilaporkan tetapi tiada yang didaftarkan dan menyebabkan 1

    kes diabaikan. Pada bulan Mei terdapat 2 kes telah dilaporkan dan 2 kes telah didaftarkan dan

    dengan itu tiada kes pengabaian kes.

    Pada bulan Jun terdapat 10 kes telah dilaporkan dan 4 kes telah didaftarkan dan

    menyebabkan 6 kes telah terabai. Pada bulan Julai pula, terdapat 9 kes telah dilaporkan dan 7

    kes telah didaftarkan dan menyebabkan 2 kes telah terabai. Pada bulan Ogos terdapat 5 kes

    telah dilaporkan dan 3 kes telah didaftarkan dan menyebabkan 2 kes telah diabaikan. Pada

    bulan September terdapat 1 kes telah dilaporkan dan tiada kes didaftarkan dan diabaikan.

    Pada bulan oktober terdapat 5 kes telah dilaporkan dan 3 kes telah didaftarkan dan

    menyebabkan 2 kes telah diabaikan. Pada bulan November terdapat 5 kes telah dilaporkan

    dan didaftarkan dan menyebabkan tiada kes telah diabaikan. Pada bulan terakhir dalam tahun

    2011 iaitu bulan Disember terdapat 4 kes demam Denggi yang telah dilaporkan dandidaftarkan dan tiada kes telah diabaikan. Secara keseluruhan dan daripada data yang telah

    dikumpulkan jumlah kes demam denggi yang telah dilaporkan ialah sebanyak 63 kes

    manakala tedapat 35 kes telah didaftarkan dan menyebabkan 27 kes telah diabaikan.

  • 8/11/2019 Epid.peng.Hulu(Denggi)

    8/12

    Tempat/lokasi/Tarikh notifikasi kes yang didaftar mengikut bulanan.

    Bulan

    2010

    Tarikh

    dilapor

    Lokaliti Kes

    Januari 11/01/2011

    31/01/2011

    Kg.Kuak Luar, Pgkln Hulu

    Kg.Sri Utara, Klian Intan. Pgkln Hulu

    Februari 14/02/2011

    14/02/2011

    16/02/2011

    Kg.Selarong, Pgkln Hulu

    Kg.Pahit Luar, Kerunai ( wabak D/D )

    Kg.Pahit Luar, Kerunai (wabak D/D )

    Mac 05/03/2011

    30/03/2011

    Kg.Pong, Belukar Semang. Pgkln Hulu

    Kg.Pondok Al-Latifiah, Kuak Luar. Pgkln

    Hulu

    April tiada Tiada kes daftar

    Mei 05/05/201116/05/2011

    Kg.Pahit Tengah, Kerunai Kg.Sri Utara, Klian Intan. Pgkln Hulu

    Jun 15/06/2011

    25/06/2011

    29/06/2011

    30/06/2011

    Kg.Pdg Tamat, Pgkln Hulu ( wabak D/D )

    Kg.Pdg.Tamat, Pgkln Hulu ( wabak D/D )

    Tmn.Aman, Pgkln Hulu

    Kg.Selarong, Pgkln Hulu

    Julai 01/07/2011

    04/07/2011

    12/07/2011

    14/07/2011

    16/07/2011

    18/07/201119/07/2011

    Krts Balai Polis Pgkln Hulu

    Felda Lepang Nenering, Pgkln Hulu

    Kg.Tjg.Luas, Pgkln Hulu

    Kg.Bukit Buloh, Pgkln Hulu ( wabak D/D )

    PPMS Tanah Hitam, Pgkln Hulu

    Kg.Bukit Buloh, Pgkln Hulu ( wabak D/D ) Kg.Bukit Buloh, Pgkln Hulu ( wabak D/D )

    Ogos 01/08/2011

    03/08/2011

    16/08/2011

    Felda Lepang Nenering, Pgkln Hulu

    Kg.Sri Utara, Klian Intan. Pgkln Hulu

    Kg.Tasek, Belukar Semang. Pgkln Hulu

    September tiada Tiada kes daftar

    Oktober 21/10/2011

    21/10/2011

    21/10/2011

    Tmn.Semarak, Pgkln Hulu

    Tmn.Lam Kok Loon, Pgkln Hulu

    Krts JKR Pgkln Hulu

    November 08/11/2011

    10/11/2011

    17/11/2011

    24/11/2011

    29/11/2011

    Kg.Tjg.Luas, Air Panas. Pgkln Hulu

    Kg.Pdg.Tamat, Pgkln Hulu

    Pondok Al-Latifiah, Kuak Luar. Pgkln Hulu

    MRSM Pgkln Hulu

    Tmn.Sentosa, Pgkln Hulu

    Disember 09/12/2011

    09/12/2011

    18/12/2011

    29/12/2011

    Kg.Pdg.Tamat, Pgkln Hulu

    Kg.Selarong, Pgkln Hulu

    Kg.Kuak Tengah, Pgkln Hulu

    Tmn.Sri Jaya, Pgkln Hulu

    ( Data disediakan dari bulan Januari hingga Disember 2011 )

  • 8/11/2019 Epid.peng.Hulu(Denggi)

    9/12

    Jadual di atas menunjukkan tempat,tarikh lokasi notifikasi yang telah didaftarkan sepanjang

    bulan Januari sehingga bulan Disember 2011.

    Lokaliti/kawasan yang telah berlaku wabak demam denggi dalam Daerah Kecil

    Pengkalan Hulu bagi Tahun 2011 ( Sektor Pengkalan Hulu ).

    Jadual di atas menunjukkan lokasi dan kawasan yang telah berlaku kejadian demam

    Denggi dalam daerah kecil Pengkalan Hulu sepanjang tahun 2011. Kawasan Kg. Bukit

    Buluh, pangkalan Hulu merupakan kawasan wabak yang dicatatkan paling banyak iaitu

    sebanyak 3 kes positive diikuti oleh Kg.Pahit Luar, Kerunai dan Kg.Pdg Tamat, Pengkalan

    Hulu yang masing-masing sama iaitu 2 kes positive demam Denggi telah didaftarkan.

    Langkah Pencegahan

    Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, tong-tong atau masukkan ubat

    pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.

    Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.

    Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga Bersihkan persekitaran rumah anda.

    Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosongdan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.

    Gunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah.

    Mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari.

    Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh

    melindungi dari gigitan nyamuk.

    Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari

    memasuki rumah.

    Bil. Lokaliti/Kawasan

    (Kawasan Wabak D/D)

    Tarikh

    Notifikasi

    Kes

    Bilangan Kes Dalam

    Lokaliti Wabak

    1. Kg.Pahit Luar, Kerunai

    Kg.Pahit Luar, Kerunai

    14/02/2011

    16/02/2011 2 kes +ve/daftar

    2. Kg.Pdg Tamat, Pgkln Hulu

    Kg.Pdg Tamat, Pgkln Hulu

    15/06/2011

    25/06/2011 2 kes +ve/daftar

    3. Kg.Bukit Buloh, Pgkln Hulu

    Kg.Bukit Buloh, Pgkln HuluKg.Bukit Buloh, Pgkln Hulu

    14/07/2011

    18/07/201119/07/2011 3 kes +ve/daftar

  • 8/11/2019 Epid.peng.Hulu(Denggi)

    10/12

    Menjalankan tinjauan aedes/pemeriksaan aedes dalam lingkungan 200/400meter

    radius.

    Meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dibawah Akta Pemusnahan Serangga

    Pembawa Penyakit 1975 (kompaun RM500.00).

    Menjalankan semburan kabus (ULV) & semburan asap (Fogging) dalam lingkungan

    200/400meter radius (KKM/MDPH).

    Menjalankan pemusnahan takungan/jentik-jentik

    (larvaciding/abating/bunjut/Oilling/spray) seperti longkang, pelepah keladi, tin-tin

    kosong, tong drum dll.

    Menjalankan pendidikan kesihatan seperti ceramah, edar risalah, poster, secara

    individu dan sebagainya.

    Menjalankan pengesanan kes demam denggi ( ACD ).

    Menubuh pasukan COMBI bagi membimbing masyarakat & peranan

    masyarakat/perubahan tingkahlaku.

  • 8/11/2019 Epid.peng.Hulu(Denggi)

    11/12

    Rumusan

    Secara keseluruhannya, masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak mengambil

    berat dan memandang ringan mengenai kejadian demam Denggi. Ini dapat dibuktikan

    dengan ditunjukkan oleh statistik iaitu terdapat 27 kes lagi demam Denggi yang diabaikan

    dan tidak didaftarkan. Masyarakat seharusnya mengambil berat dan segera ke klinik

    berhampiran sekirannya mempunyai tanda-tanda dan simptom-simptom penyakit ini.

    Rawatan awal penyakit ini dapat mengurangkan risiko kematian. Kempen dan ceramah

    tentang bahaya denggi dapat memberi kesedaran kepada penduduk. Di samping itu, denda

    dikenakan kepada penduduk yang terlibat dalam pembiakan nyamuk. Ini akan memberi

    sedikit kesedaran untuk penduduk dan mendorong mereka membersihkan halaman rumah

    mereka. Jelaslah di sini bahawa semua pihak memainkan peranan yang penting bagi

    mengurangkan kejadian demam Denggi.

  • 8/11/2019 Epid.peng.Hulu(Denggi)

    12/12