edu time 2

12

Upload: kirthana-sivaraman

Post on 26-Sep-2015

213 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jnjknkj

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats)

adalah suatu analisis yang menggunakan kekuatan, kelemahan, kesempatan serta ancaman dari lingkungan.

memisahkan masalah pokok dan memudahkan pendekatan strategi.

Kekuatan

Maksud kekuatan dalam analisis ini adalah faktor-fakor yang mendukung penyelenggaraan program.

Dalam model pengajaran ini diterapkan peneguhan positif.

Suatu tingkah laku yang diikuti dengan peneguhan, kebarangkalian bagi gerak balas itu berlaku .

peneguhan positif atau ganjaran yang mendorong individu seperti pujian, penghargaan, hadiah dan lain-lain.

Memberi dorongan kepada pelajar untuk lebih berusaha semasa

dalam kelas dan bersungguh-sungguh ketika melakukan aktiviti.

Kekuatan dilihat apabila murid berupaya untuk menguasai pembelajaran dan pembelajaran akan bermula apabila murid benar-benar memahami pembelajaran yang lepas.

Ini menunjukkan bahawa, kefahaman juga menjadi komponen penting terhadap model pengajaran jenis ini.

Ini membolehkan pelajar dapat mencapai kriteria pembelajaran akhir dan memudahkan guru membuat penilaian ke atas murid.

Kelemahan

Maksud kelemahan dalam analisis ini adalah permasalahan yang timbul dari penyelenggaraan program dan hasilnya.

Permasalahan merupakan kelemahan yang dapat berubah menjadi tentangan bagi kelancaran pelaksanaan tugasan atau program.

Sebagai contoh kelemahan teori ini adalah belajar hanyalah terjadi secara automatik dan penentuan peribadi diambil kira. Pelajar harus mengambil inisiatif sendiri untuk bertindak dalam aktiviti dan bukan disebabkan oleh sesuatu rangsangan tertentu dari luar, contohnya guru atau ibu bapa.

Hal ini pada kebiasaannya apabila pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ibu bapa akan memberikan hadiah kepada anak-anak.

Sistem pengajaran ini dilihat lebih kepada penerangan yang lebih berpusatkan kepada guru.

Proses pengajaran-pembelajaran akan kelihatan pasif apabila hanya satu pihak sahaja yang mempunyai kuasa untuk berbicara.

Cabaran utama untuk melaksanakan pembelajaran model ini adalah memerlukan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi pembelajaran bagi memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama.

Peluang

Model ini memberi peluang kepada guru mengatur strategi terbaik dalam pengajaran mereka.

Aspek pengajaran juga dapat dipertingkatkan.

Dalam masa yang sama, murid dapat mengetahui perbezaan murid antara yang pandai dan tidak, dan di sini guru dapat menyesuaikan kaedah pembelajaran berdasarkan tahap pelajar.

Perancangan pengajaran dapat dilakukan secara terancang dan sistematik dalam melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang sesuai berdasarkan tahap pencapaian murid.

Ancaman

Maksud tentangan dalam analisis ini adalah hal-hal yang harus diatasi, direbut, diperbaiki dan ditingkatkan untuk melancarkan pelaksanaan tugasan dalam usaha mencapai tujuan.

Tentangan bukan penghalang, tetapi perangsang untuk mendorong pengurus pendidikan luar sekolah untuk lebih kreatif dan dinamik.

Tentangan dapat berubah menjadi peluang apabila analisis dapat dilaksanakan secara lebih analisis dan mengenal pasti kekurangan dalam pengaplikasian teori ini.

Tentangan yang diterima terhadap model ini adalah sedikit kerana pengajaran yang dijalankan pada masa sekarang masih menggunakan model sebegini.

Tentangan mungkin mungkin dapat dilihat dengan wujudnya pelbagai kaedah baharu dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid pada hari ini.