ecg222pertum&perkemkanak_assign!_0912_annieanggun_e30109120059.docx

25
TUGASAN SEPTEMBER 2013 SEMESTER KOD KURSUS ECG 222 NAMA KURSUS PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR ANNIE BINTI ANGGUN NO. MATRIK E30109120059 NAMA FASILITATOR AKADEMIK PUAN WASNAH MATUJAL @ MATUZAL PUSAT PEMBELAJARAN AEU KUDAT 1

Upload: clarence

Post on 12-Jan-2016

232 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

TUGASAN

SEPTEMBER 2013 SEMESTER

KOD KURSUS ECG 222

NAMA KURSUS PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR ANNIE BINTI ANGGUN

NO. MATRIK E30109120059

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

PUAN WASNAH MATUJAL @ MATUZAL

PUSAT PEMBELAJARAN AEU KUDAT

1

Page 2: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

BAHAGIAN A

PENGETAHUAN TENTANG PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

PENTING BAGI SEORANG GURU SEKOLAH RENDAH

Menurut Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) di Malaysia, kanak-kanak dikategorikan sebagai

seseorang yang dibawah umur 18 tahun dan dirujuk sebagai seseorang yang belum lagi menjadi

dewasa. Hal ini merujuk kepada peringkat perkembangan manusia,yang mana peringkat awal

iaitu sebagai kanak-kanak adalah bermula dari usia lahir sehinggalah berumur 8 tahun dan

biasanya peringkat tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu yang pertama ialah dari tempoh

lahir sehingga 3 tahun adalah dikenali sebagai peringkat bayi manakala kategori kedua ialah, dari

usia 3 tahun sehingga 5 atau 7 tahun dikenali sebagai peringkat prasekolah atau peringkat awal

kanak-kanak. Oleh itu perkembangan kognitif kanak-kanak banyak berlaku pada tempoh

katerogi kedua iaitu peringkat prasekolah.

Salah satu teori yang boleh menjelaskan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak

ialah teori Piaget. Menurut Piaget perkembangan kognitif yang berlaku kepada kanak-kanak

ialah proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan intelektual serta kemampuan

seseorang kanak-kanak menjana idea melalui pemikiran sebagai alat untuk menyelesaikan

masalah, memahami, menganalisa semua bentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap

pengalaman yang telah dilalui oleh mereka. Beliau juga berpendapat bahawa proses pemikiran

manusia akan berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir lagi sehingga meraka mencapai

tahap kematangan iaitu dewasa. Sebagai contoh, setiap individu akan sentiasa mencuba untuk

memahami, memikirkan dan mengadaptasikan perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling

atau kawasan persekitaraan mereka mengikut peringkat umur agar mereka dapat menyesuaikan

diri dalam persekitaran baru dan dapat menggunakan daya pemikiran yang complek hasil dari

perkembangan kognitif. Melalui teorinya juga, Piaget telah mengenalpasti empat faktor yang

saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran seseorang individu itu iaitu melalui,

kematangan skema, asimilasi, penyesuaian kepada persekitaran dan keseimbangan. Interaksi

keempat-empat faktor tersebut telah membawa kepada teori perkembangan kognitif Piaget yang

2

Page 3: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

terdiri daripada empat tahap iaitu sensorimotor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal.

Oleh yang demikian, Piaget menyatakan bahawa tiap kanak-kanak mempunyai corak

perkembangan yang berbeza oleh sebab itu, kanak-kanak yang berada di dalam darjah atau umur

yang sama bukan sahaja berlainan dari segi peringkat kebolehan dan pemikiran mereka contoh

dalam setiap peringkat dalam darjah di sekolah, setiap murid mempunyai kemampuan dan

kebijaksanaan masing-masing yang membolehkan mereka diletakkan kedalam dua kelas yang

berbeza mengikut kebijaksanaan masing-masing. Selain itu, Piaget juga berpendapat bahawa

perkembangan kognitif yang berlaku pada kanak-kanak akan berlaku secara berperingkat dan

peringkat yang lebih awal ialah peringkat yang paling penting bagi perkembangan peringkat-

peringkat yang seterusnya kerana peringkat awal akan menjadi asas atau permulaan bagi

perkembangan peringkat pemikiraan yang seterusnya.

Sebagai seorang guru sekolah rendah yang berkesan, pengetahuan tentang perkembangan

kognitif kanak-kanak adalah amat penting untuk mereka mengetahui tentang konsep kognitif

pelajar iaitu tahap pemikiran dan kebijaksanaan murid yang mereka ajar dan seterusnya dapat

menyusun langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran kepada setiap murid yang berbeza

tahap pemikiran dan pendapat agar guru dapat mengenalpasti kesesuaian pembelajaran setiap

murid di bilik darjah dengan lebih efektif. Menurut Piaget dalam teorinya, frasa perkembangan

kognitif yang berlaku kepada kanak-kanak merupakan tahap yang dilalui oleh setiap mereka

semasa mengkonsepsikan dunia melalui peringkat umur yang berlainan. Piaget juga mengatakan

yang kanak-kanak mendapat fakta, prinsip, konsep dan teori melalui proses asimilasi dan

akomodasi iaitu proses mengabungkan dan menyerapkan maklumat baru dalam skema yang

sedia ada yang akan berterusan dan membawa kepada pertambahan abstraksi dan perluasan

skema kanak-kanak tersebut. Oleh sebab kanak-kanak masih lagi belajar cara untuk

mengenalpasti, menyelesaikan masalah, mengadaptasi dan mengetahui keadaan sekeliling

mereka dengan mengunakan aspek yang ditekankan dalam teori Piaget, seseorang guru perlu

mempunyai pengetahuan dan mempelajari cara bagaimana untuk membantu kanak-kanak dalam

prose memperkembangkan lagi tahap kognitif mereka dan ini boleh dilakukan di dalam bilik

darjah dengan bantuan mereka sebagai pendidik. Menurut Piaget, persekitaran dalam

pengajaraan dan pembelajaran di dalam bilik darjah khususnya tadika dan sekolah rendah dapat

membantu kanak-kanak untuk memperoleh pengetahuan baru dan membesar secara intelektual,

keadaan ini jelas akan membantu kanak-kanak untuk memperoleh asimilasi dan akomodasi yang

3

Page 4: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

mana akan membantu memperluaskan skema kanak-kanak tersebut. Selain itu, persekitaran

pembelajaran oleh guru juga haruslah berorentasikan penemuan dan tindakan di mana kanak-

kanak digalakkan untuk memulakan dan menyelesaikan aktiviti atau soalan mereka sendiri

setelah proses pembelajaran iaitu proses dimana guru mengajar murid-murid untuk

menyelesaikan soalan atau tugasan dari buku teks atau buku latihan dan seterusnya memberi

kerja atau tugasan yang serupa untuk memastikan murid-murid faham dan dapat menyelesaikan

tugasan tersebut. Pengunaan strategi yang akan membuatkan murid-murid atau kanak-kanak

sedar tentang masalah atau soalan yang susah juga memainkan peranan penting bagi seseorang

guru untuk memastikan murid-murid dapat mengetahui punca dan dapat menyelesaikan masalah

tersebut mengunakan proses pengetahuan kognitif mereka. Sebagai seorang guru juga, kita

sepatutnya memahami tentang konsep subjek yang diajar contohnya subjek matematik, dalam

konsep matematik dan bagaimana cara untuk mengajar mata pelajaran tersebut, seseorang guru

perlu mengajar pelajar dengan cara yang menyeronokkan dan seterusnya akan dapat

memupukkan perasaan suka dan minat akan matematik dalam kalangan kanak-kanak sesuai

dengan kehendak kurikulum standard prasekolah kebangsaan. Sebagai contoh dalam

pembelajaran subjek matematik murid-murid akan sentiasa mempelajari benda-benda baru dari

mengira nombor kepada mempelajari cara atau kaedah untuk menyelesaikan permasalahan

matematik daripada guru melalui pembelajaran yang menyeronokkan yang akan memupukkan

perasaan minat pelajar terhadap subjek tersebut dan seterusnya murid-murid akan dapat

menggunakan kaedah tersebut tanpa bantuan guru atau buku teks untuk menyeselaikan masalah

matematik. Hal tersebut jeles menunjukkan murid-murid sedang melakukan proses yang

dijelaskan oleh Piaget iaitu proses perkembangan kognitif menggunakan aspek asimilasi,

akomodasi dan skema yang mana murid-murid tersebut diajar tentang kaedah-kaedah

penyelesaian masalah matematik dan seterusnya mereka mengadaptasikan dan mempelajari apa

yang diajar menerusi aspek asimilasi dan akomodasi kepada penghasilan skema yang baru

selepas melakukan latihan dan ini membawa hasil kepada mengenalpasti masalah dan kaedah

yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan soalan matematik tersebut.

4

Page 5: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

BAHAGIAN B

a) Profil Kanak- Kanak

Pelajar Pertama

Nama Eva Carissa Jostin

Umur 5 Tahun

Jantina Perempuan

Pencapaian Akademik Sedehana. Berada di kelas B di Tadika. Aktif

Kelayakan tertinggi Bapa SPM- ( Diploma Perguruan )

Kelayakan tertinggi Ibu SPM - (Diploma Perguruan)

Pelajar Kedua

Nama Trisha Carmen De Guzman

Umur 7 Tahun

Jantina Perempuan

Pencapaian Akademik Sedehana. Berada di kelas A di Tahun 1. Aktif

5

Page 6: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

Kelayakan tertinggi Bapa Degree (Ekonomi)

Kelayakan tertinggi Ibu SPM - (Diploma Perguruan)

Teori Piaget

i. Peringkat Pra-Operasi (2-7 Tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak akan cuba menggambarkan dan merancang

pergerakan atau aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk kemudiannya

membentuk skema. Kanak-kanak telah berupaya untuk mewakili sesuatu dengan

simbol mental. Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat, gambar dan

sebagainya.

Antara kebolehan lain yang diperoleh pada peringkat ini ialah permainan

membayangkan. Seperti mengambil watak kartun/ karakter popular seperti

spiderman, power rangers, barbie serta meniru perlakuan doktor, guru dan lain-lain.

Mereka juga memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada benda bukan hidup seperti

hujan turun kerana menangis.

Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini menunjukkan sikap egosentrik iaitu

melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri. Kanak-kanak selalu

menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif yang sama dengan

mereka.

ii. Peringkat Operasi Konkrit (7-10 Tahun)

Pada peringkat konkrit, kanak-kanak berkebolehan untuk berfikir secara logik

walaupun pemikiran masih terikat dengan situasi yang konkrit. Kanak-kanak telah

menguasai proses pengkelasan iaitu dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau

kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Contoh: Pengelasan mengikut ciri, warna, saiz

dan sebagainya.

Pemikiran egosentrik pula telah menjadi pemikiran secara decentered atau objektif.

Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang

lain yang berlainan daripada persepsi mereka. Mereka sudah boleh mula bersosial dan

menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain atau membuat aktiviti bersama.

6

Page 7: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

Matlamat Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui adakah terdapat perbezaan pemikiran kanak-kanak pada

tahap praoperasi dan tahap konkrit dengan menggunakan dua jenis ‘tugas konservasi’.

b) Pengumpulan dan Analisis Data

Ujian-ujian Yang Telah

Dilakukan

1) Konservasi Jisim

- Dalam kajian ini, saya telah menggunakan dua ketul

plastisin dan membentuknya supaya kedua-dua ketul itu

mempunyai saiz (kuantiti) yang sama.

- Pelajar akan ditanya adakah kedua-dua ketul plastisin itu

sama banyak ataupun tidak.

- Kemudian salah satu daripada plastisin tersebut diambil

dan diubah bentuk menjadi panjang.

7

Page 8: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

- Soalan yang sama akan ditanya kepada pelajar manakah

satukah plastisin yang lebih banyak.

2) Konservasi Cecair

- Saya telah menguji pelajar ini dengan menggunakan 2

jenis gelas yang berbeza bentuk dan ketinggiannya.

- Pada mulanya, air diisi dengan isipadu yang sama

kedalam dua gelas yang mempunyai saiz dan bentuk

yang sama. Pelajar akan ditanya adakah kedua-dua gelas

tersebut mempunyai isipadu yang sama.

- Kemudian, air dari salah satu gelas tersebut dituangkan

kedalam gelas yang lebih tinggi. Pelajar sekali lagi

ditanya adakah kedua-dua gelas tersebut mempunyai

isipadu yang sama banyak.

Pelajar Pertama - Eva Carissa Jostin (5 Tahun)

1) Konservasi Jisim

8

Page 9: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

Hasil Pemerhatian

- Dalam ujian ini, saya dapati bahawa Eva terkeliru dengan

perubahan yang berlaku ke atas plastisin. Walaupun

kedua-dua ketul plastisin yang ditujuk mempunyai

kuantiti yang sama, selepas bentuk ditukarkan daripada

bentuk bulat ke bentuk panjang, Eva mengatakan bahawa

plastisin yang berbentuk bulat adalah lebih banyak

berbanding dengan bentuk panjang. Ini menunjukkan

bahawa pelajar mudah terkeliru sekiranya berlaku

perubahan bentuk.

2) Konservasi Cecair

- Eva juga terkeliru dengan isipadu air selepas air

dituangkan ke bentuk dan size gelas yang berlainan

daripada gelas sebelumnya. Pada mulanya, dia

mengatakan kedua-dua gelas mempunyai isipadu yang

sama. Setelah salah satu gelas dituangkan ke gelas yang

mempunyai ben tuk dan saiz yang berbeza, dia

mengatakan bahawa isipadu air tersebut adalah berbeza

meskipun pada hakikatnya adalah sama. Ini

menunjukkan tahap pemikiran kanak-kanak pada tahap

ini masih lemah.

Pelajar Kedua - Trisha Carmen De Guzman

(7 Tahun)

1) Konservasi Jisim

- Trisha tidak terkeliru dengan kuantiti plastisin walaupun

berlaku perubahan bentuk terhadap plastisin. Dia dapat

mengenalpasti bahawa kedua-dua ketul plastisin adalah

sama banyak meskipun salah satu daripada berlaku

perubahan bentuk. Ini bermakna, pelajar pada tahap ini

9

Page 10: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

sudah boleh mengenalpasti kuantiti sesuatu benda

walaupun berlaku sebarang perubahan terhadap benda

tersebut.

2) Konservasi Cecair

- Dalam ujian ini, Trisha dengan mudah dapat meneka

isipadu air dengan tepat meskipun kedua-dua jenis gelas

tersebut adalah berlainan dari segi bentuk dan ketinggian.

Ini bermakna, pada tahap ini pelajar sudah mula

mempunyai tahap pemikiran yang baik walaupun

berlakukan perubahan bentuk dan ketinggian terhadap

gelas dia dapat mengenalpasti adakah terdapat perbezaan

terhadap isipadu ataupun tidak.

LAMPIRAN

1) Konservasi Jisim

10

Page 11: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

11

Page 12: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

12

Page 13: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

13

Page 14: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

14

Page 15: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

2) Konservasi Cecair

15

Page 16: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

16

Page 17: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

17

Page 18: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

c) Interpretasi

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan mengunakan ujian konservasi jisim dan konservasi

cecair terhadap pelajar berumur 5 tahun dengan pelajar berumur 7 tahun didapati terdapat

perbezaan jawapan pada kedua-dua ujian tersebut. Pada ujian pertama (pengekalan berat) pelajar

pertama (5 tahun) menyatakan bahawa plastisin yang berbentuk bulat lebih banyak/lebih berat

berbanding plastisin yang berbentuk panjang. Sebaliknya, pelajar kedua (7 tahun) mengatakan

kedua-dua plastisin adalah sama banyak/ sama berat. Manakala untuk ujian kedua (pengekalan

isipadu air) pelajar pertama (5 tahun) menyatakan bahawa isipadu air gelas A dan B adalah tidak

sama dan menyatakan air dalam gelas A adalah lebih banyak dan pelajar kedua (7 tahun) pula

menyatakan air dalam gelas A dan B adalah sama dan air dalam gelas A adalah lebih banyak. Ini

adalah kerana kedua-dua pelajar tersebut sedang melalui peringkat-peringkat perkembangan

kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza seperti yang dinyatakan dalam teori Jean

Piaget.

Menurut teori Piaget, pada peringkat Pra operasi iaitu kanak-kanak yang berusia diantara

2-7 tahun sudah dapat menggunakan bahasa serta simbol untuk mengambarkan sesuatu konsep.

Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak sudah boleh bertutur dengan fasih menggunakan

bahasa yang dikuasainya dan perkembangan kognitif mereka juga semakin pesat berkembang.

Seterusnya, mereka juga sudah berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka

dan boleh menjelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep seperti nombor dan

perkataan. Tetapi unjuk ujian pengekalan, pelajar pertama masih tidak dapat menguasai konsep

kekalan yang melibatkan jisim dan isipadu.

Contohnya dalam kajian yang saya telah lakukan terhadap kedua-dua orang pelajar

tentang penguasaan terhadap konsep pengekalan, pada pendapat saya pelajar pertama yang

berumur 5 tahun iaitu Eva Carissa masih belum dapat untuk menguasai konsep ini dengan baik

berbanding dengan pelajar yang berusia 7 tahun (Trisha Carmen). Hal ini dapat dibuktikan

berdasarkan ujian pertama iaitu untuk mengenalpasti berat plastisin. Kedua-dua pelajar tersebut

telah ditunjukkan dua ketul plastisin yang mempunyai berat yang sama dan selepas itu, ketulan

18

Page 19: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

pastisin A diubah bentuk kepada bentuk panjang dan ketulan plastisin B masih pada bentuk yang

sama. Kemudian pelajar akan disoal adakah berat ketul plastisin tersebut masih sama atau tidak

sama dan jawapan pelajar pertama adalah tidak sama. Sepatutnya pelajar tersebut menjawab ya

kerana tiada penambahan atau pengurangan terhadap berat yang dilakukan (prinsip identiti) dan

apa yang berlaku hanyalah perubahan bentuk plastisin tersebut (prinsip ganti rugi). Prinsip

keterbalikan juga turut berlaku iaitu apabila ketul plastisin A dibentuksemula kepada bentuk asal

dan pelajar tersebut disoal semula adakah berat ketul plastisin itu sama banyak atau tidak sama

dan jawapan pelajar pertama ialah sama banyak, ini kerana pelajar tersebut melihat pada bentuk

dan bukan kepada berat (jisim) plastisin tersebut.

Sebaliknya, pelajar kedua yang berumur 7 tahun iaitu Trisha Carmen pula menunjukkan

pemikiran yang berbeza dari pelajar pertama kerana mereka suda boleh menguasai konsep ini

dengan baik dan hal tersebut dapat dibuktikan berdasarkan kepada kedua-dua ujian yang

dilakukan pada pelajar pertama, dimana pelajar kedua sudah dapat untuk menjawap dengan betul

soalan yang ditanya dengan sedikit kesalahan. Ini kerana pelajar tersebut berada pada tahap

ketiga teori Piaget iaitu peringkat operasi konkrit yang berlaku semasa kanak-kanak berumur 7

tahun hingga 11 tahun, dimana mereka telah mula berkemampuan berfikir secara logik. Salah

satu sifat yang ada pada kanak-kanak pada peringkat ini ialah konsep keabadian terhadap kuantiti

sesuatu bahan walaupun bahan tersebut mengalami perubahan yang ketara. Mereka berupaya

untuk melakukan operasi konkrit dan menguasai konsep kuantiti dan bentuk seperti lebih

banyak, lebih berat, lebih tinggi dan sebagainya.

Tambahan pula, mereka juga memberikan perhatian kepada beberapa perkara pada masa

yang sama supaya daya ingatan mereka semakin meningkat. Walaubagaimanapun, pada tahap

ini kanak-kanak tersebut masih belum boleh mentafsir perkara-perkara yang abstrak iaitu perkara

yang masih diluar permikiran mereka contohnya ialah konsep kerohanian, perkhawinan,

kekeluargaan, pekerjaan dan sebagainya. Dalam konsep ini, kanak-kanak perlu untuk menguasai

tiga prinsip asas iaitu prinsip identiti, prinsip ganti rugi ('compensation’) dan prinsip

keterbalikan. Prinsip identiti menunjukkan bahawa mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang

ditambah atau dikurangkan, amaun atau bilangan objek adalah sama walaupun bentuknya

berubah. Prinsip ganti rugi yang dikenali sebagai ‘compensation’, menunjukkan bahawa mereka

tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain

19

Page 20: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

manakala pada prinsip keterbalikan pula kanak-kanak boleh mengulang proses yang berlaku

secara mental kepada keadaan asal semula.

Di sini dapat saya rumuskan berdasarkan kajian saya keatas kedua-dua pelajar dengan

berpandukan teori perkembangan kognitif Jean Piaget, bahawa perkembangan pemikiran kedua-

dua pelajar masih lagi pada tahap yang normal bagi seorang kanak-kanak yang masih membesar

untuk memperkembangkan skema mereka kepada proses mencapai keseimbangan walaupun

pelajar pertama dikatakan masih tidak dapat menguasai dua kemahiran asas dalam teori Jean

Piaget iaitu proses pengekalan berat dan isipadu air. Hal ini, pada pendapat saya mungkin

disebabkan oleh pemusatan iaitu kecenderungan mereka untuk menumpukan perhatian kepada

satu perkata tanpa menghiraukan aspek lain disekeliling atau didepan mereka.

Walaubagaimanapun, perkara tersebut tidak perlu dibimbangkan kerana dari semasa ke

semasa pelajar atau kanak-kanak akan belajar daripada persekitaran mereka dan hal tersebut

secara tidak langsung akan membantu mereka secara beransur-ansur untuk meningkatkan lagi

sistem perkembangan kognitif mereka dan berjaya mencapai proses keseimbangan dalam setiap

perkara yang akan mereka lakukan pada masa akan datang. Begitu juga pelajar kedua, walaupun

mereka sudah mampu untuk menguasai dua daripada kemahiran asas dalam teori Piaget mereka

masih lagi berada pada tahap untuk belajar daripada persekitaran mereka untuk mencapai tahap

keseimbangan seperti pelajar pertama. Faktor-faktor seperti kematangan biologi, pengalaman

social dan interaksi kepada persekitaran dikatakan dalam teori Jean Piaget akan mempengaruhi

proses perkembangan pemikiran kognitif kanak-kanak dan seterusnya akan memperkembangkan

skema kanak-kanak untuk menjadi seorang individu dewasa yang boleh berfikir dengan baik dan

mencapai tahap keseimbangan yang dinyatakan dalam teori Jean Piaget.

20

Page 21: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

d) Kesimpulan

Melalui kajian yang telah dilakukan terhadap dua orang pelajar sekolah rendah, dapat

disimpulkan bahawa kajian tersebut jelas menyokong teori Jean Piaget terhadap perkembangan

Kognitif kanak-kanak. Ini kerana, perkembangan adalah aspek perubahan yang akan dialami

oleh setiap individu terutamanya kanak-kanak yang bersifat kualitatif namun jelas berubah

mengikut peredaran masa. Piaget dalam teorinya menyatakan bahawa peringkat-peringkat

perkembangan kognitif kanak-kanak termasuklah peringkat sensori motor (0-2 tahun), peringkat

praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7-11 tahun) dan peringkat formal (11 tahun

keatas). Tingkah laku manusia juga dikatakan akan berubah dan berlaku secara berterusan

mengikut peringkat-peringkat kematangan seperti yang dinyatakan dalam teori Piaget dan juga

mengikut keadaan persekitaraannya. Selain itu, faktor-faktor biologi dan persekitaran yang

mempengaruhi perkembangan pemikiran manusia juga adalah penyebab pelajar atau kanak-

kanak berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial di antara satu dengan yang lain.

Jean Piaget mengatakan bahawa kanak-kanak dapat memperkembangkan pemikiran

kognitif mereka sendiri dengan bantuan faktor persekitaran sehingga mereka dapat mencapai

tahap perkembangan kognitif yang maksimum. Oleh yang demikian, pertumbuhan dan

perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak sememangnya perlu diberi tumpuan kerana,

kanak-kanak pada peringkat tersebut mudah untuk menerimadan mengadaptasikan suatu perkara

itu dengan cepat. Oleh itu, Ibu bapa dan pendidik/guru adalah orang yang paling layak dan dekat

dengan kanak-kanak untuk membimbing dan membantu mereka meningkatkan lagi

perkembangan kognitif dan pemikiran mereka ke tahap yang maksimum. Proses perkembangan

kognitif seperti persepsi, perhatian dan ingatan akan menguji hipotesis yang saling berkait di

dalam proses mengembangkan daya ingatan khususnya dalam mengingati sesuatu yang telah

mereka pelajari sama ada melalui persekitaran sekolah atau rumah. Melalui teori Piaget juga,

jelas menunjukan bahawa kanak-kanak amat memerlukan bantuan untuk meningkatkan lagi

kemampuan berfikir mereka agar mereka dapat mencapai tahap keseimbangan pemikiran mereka

melalui proses pembelajaran dan ujian. Ujian kemahiran asas mengunakan ujian pengekalan

seperti mengenalpasti jisim dan isipadu air akan dapat menguji kemampuan pelajar atau kanak-

21

Page 22: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

kanak untuk mengetahui sejauh mana tahap pemikiran mereka terhadap soalan yang ditanya

berdasarkan penglihatan dan persekitaran mereka.

Justeru itu, teori Jean Piaget ini akan dapat membantu guru untuk mengembangkan lagi

konsep pemprosesan maklumat kanak-kanak kerana perkembangan kognitif kanak-kanak dapat

digambarkan sebagai suatu proses perkembangan yang berterusan. Kecemerlangan kognitif

kanak-kanak juga bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk bilangan nombor, malah amat

diperlukan juga di dalam bidang lain seperti sastera, budaya dan sosial. Oleh yang demikian,

untuk memastikankesinambungan pertumbuhan dan perkembangan kognitif kanak-kanak

berjalan lancar, persekitaran yang positif amatlah penting untuk melahirkan kanak-kanak yang

cemerlang. Oleh itu, guru haruslah sentiasa membuat persediaan dan membuat perancangan yang

teliti terutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti dan

sesi pengajaran kerana perancangan yang baik membantu kelancaran pengajaran dan

pembelajaran kepada pelajar dan kanak-kanak.

Selain itu, guru juga perlu bersikap kreatif dan bijak memilih bahan bantu mengajar yang

sesuai untuk digunakan kerana pemilihan bahan tersebut amat penting untuk merangsang

imaginasi dan pemikiran kanak-kanak bagi membantu mereka memperkembangkan lagi

pemikiran kognitif mereka menuju tahap maksimum. Di samping itu, pengunaan bahan bantu

mengajar yang berkesan serta dilaksanakan bersama aktiviti dan pengajaran yang melibatkan

permainan mampu menggalakkan dan merangsang minat murid-murid untuk belajar dan

seterusnya dapat mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan dan dapat memperkembangkan

lagi pemikiran kognitif pelajar/kanak-kanak..

22

Page 23: ECG222Pertum&perkemKanak_Assign!_0912_AnnieAnggun_E30109120059.docx

RUJUKAN

1. Al-Hassan Bin Eron (2010). Kajian Perbezaan Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-

2. kanak (Fizikal dan Kognitif) Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Guru.Diperolehi

pada 1 November 2013 daripada http://www.slideshare.net/zamzuriajin/kajian-

perkembangan-kanak.

3. Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611). Kanak-Kanak yang Memerlukan Pemeliharaan dan

4. Pelindungan. Kuala Lumpur : Undang-Undang Malaysia.

5. Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Perkembangan Kognitif Kanak- Kanak. Kuala

6. Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

7. Margaret, E. (1991). Belajar dan Membelajarkan. CV Rajawali Universitas Terbuka.

8. Mohamad Khalilizul Syahmie Bin Nordin (2011). Perkembangan Kanak-Kanak.

Diperolehi

9. pada 1 November 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/52750112/EDU-3102-

Perkembangan-Kanak-Kanak.

10. Noryusmania Binti Junaidi (2012). Persekitaran Pembelajaran yang Responsif untuk

Bayi

11. dan Kanak-kanak. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

12. Piaget, J. (1952). The Origins of Intelligence in Children. New York : International

University

13. Press. ( Original Work Published 1936).

23