KOLEJ VOKASIONAL ARAU
MTA 702 IMPLEMENT MOTOR TRADE REGULATIONS
SEMESTER 3 DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF
DISEDIAKAN OLEH: YOGATHEVAN A/L JAGENDREN
NAMA PENSYARAH:EN.AZAHAR BIN ABDULLAH
APRIL 2015
Definisi kebakaran ialah satu tindak balas kimia yang bila bahan boleh terbakar dan oksigen menyentuh punca haba atau mencucuh.
Kebakaran yang terjadi bukan sahaja mengakibatkan kerugian dan kemusnahan harta benda tetapi juga kehilangan nyawa. Oleh itu adalah penting kita mengetahui apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran. Punca-punca kebakaran yang selalunya terdapat di tempat kerja adalah seperti berikut:
Percikan api kimpalan, bunga api dan sebagainya. Api ubat nyamuk, mancis, puntung rokok. Kebocoran atau mampatan gas. Haba mekanikal yang terjadi akibat geseran.
APA ITU KEBAKARAN ?
Bagaimana dan sebab berlakunya kebakaran
Faktor-faktor penyumbang utama kepada kebakaran adalah seperti berikut;
a)Faktor Semulajadi
Kejadian kebakaran kerana bencana alam seperti kemarau,letupan gunung berapi.
b)Faktor Kemalangan
Kejadian kebakaran kerana kelalaian , kecuaian atau kesilapan manusia itu sendiri.
c)Faktor Sengaja Dibakar
Kejadian kebakaran kerana perbuatan manusia sama ada sengaja dibakar atau perbuatan khianat
.
Kelas KebakaranApi boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan kepada punca bahan yang menghasilkan kebakaran. Pengetahuan mengenai jenis kebakaran adalah penting kerana ia dapat menentukan jenis alat pemadam api yang hendak digunakan untuk memadamkan kebakaran seperti yang dinyatakan di dalam Jadual dibawah Jadual- Kelas Kebakaran:-
KELAS
KEBAKARAN
BAHAN API
ALAT PEMADAM API
A JENIS PEPEJAL- kertas,
kayu habuk, kain
ABC(Serbuk Kering)
Air,Buih
B
JENIS CECAIR - minyak,
gasolin,
ABC ,Buih, CO2 ,Air Semburan
Halon
C JENIS GAS - acetylene,
ammonia, butane
ABC
Air Semburan
Halon (BCF)
D JENIS LOGAM -
aluminium,
kalsium, magnesium
ABC
Cara Kemerebakan Kebakaran Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api merebak iaitu dengan kaedah olakan haba, pengaliran, bahangan dan terus menerus.
.Olakan haba..Pengaliran..Bahangan..Terus menerus.
Olakan haba.•Pemindahan haba yang berlaku dalam benda mudah alir seperti Cecair atau gas.
•Cecair atau gas yang panas akan naik ke atas dan gas yang sejuk akan turun ke bahagian bawah secara pusingan.
•Jika kebakaran di dalam bangunan, gas-gas yang panas ini akan naik bersama-sama asap melalui bahagian lubang tangga, lubang lif dan sebagainya.
Pengaliran.
•Haba bergerak melalui bahan-bahan pengalir seperti logam,batu, simen dinding bangunan dan lantai.
•Bahan pengalir ini akan menjadi panas dan jika bahan api yang bersentuhan dengannya maka suhunya akan naik dan sampai ke suhu nyalaan, ia terbakar dengan sendirinya.
Bahangan.
•Pemindahan haba yang mengikut gelombang cahaya daripada kebakaran tersebut.Kepanasan akan berkurangan apabila jarak daripada punca kebakaran berjauhan.
•Boleh bergerak melalui kaca tingkap dan apabila bahan api mendapat haba secara bahangan, suhunya akan naik dan jika sampai suhu nyalaan, ia akan terbakar.
Terus menerus.
Ini adalah cara yang paling mudah untuk api merebak. Bahan-bahan bakar akan terbakar kerana api mudah merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara satu sama lain.
Cara memadam kebakaran
Nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh sebab itu untuk memadamnya anda perlu untuk memisahkan gabungan tersebut. Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam kebakaran iaitu: Melaparkan.Melemaskan.Menyejukkan.Memutuskan Rantai Tindakbalas.
. Melaparkan. Ini dilakukan dengan:
a)Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain.
b)Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain.
c)Memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya
mudah dipadamkan.
Melemaskan.Ini dilakukan dengan menghalang kemasukan udara dengan cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat membantu kebakaran.
Menyejukkan.
Sifat air yang murah dan sejuk dapat mempercepatkanperpindahan haba dengan menurunkan haba dan menurunkan suhu kebakaran sehingga ketahap rendah.Apabila suhu menjadi rendah maka nyalaan akan terpadam.
Memutuskan Rantai Tindakbalas.Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan mengunakan alat pemadam api permulaan seperti CO2 , BCF dan serbuk kering.
Alat Pemadam ApiRamai orang biasa melihat alat pemadam api tetapi tidak semua yang mengetahui cara ianya berfungsi. Alat ini merupakan satu alat pencegahan kebakaran mudah alih yang penting.
Setiap alat pemadam api ditandakan simbol kelas api dan dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan.
Kategori Alat Pemadam Api
Terdapat beberapa kategori alat pemadam api yang digunakan dan diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. Di antara alat pemadam api yang selalu digunakan untuk membantu pemadaman di peringkat awal ialah:-
i.Jenis yang mengeluarkan air iaitu soda acid dan Water co2
ii.Jenis yang mengeluarkan buih•Memadam kebakaran minyak•Kebakaran bahan alkohol (Pola)•Tabungnya berwarna krim
iii.Jenis yang mengeluarkan debu kering (Jenis ABC)•Debu kering mengandungi bahan sodium karbonat.•Terbukti selamat.•Untuk Kelas A,B, C.•Tabungnya berwarna biru. iv.Jenis yang mengeluarkan gas•Mengandungi gas karbon dioksida•Agen pemadam yang bersih.•Tidak merosakkan komponen elektrik•Tabungnya berwarna hitam.
JENIS WARNA JARAKPANCUTAN
MASA KESELURUHAN
PANCUTAN
CATATAN
AIR MERAH
4 meter 120 saat Tidak sesuai jenis B , E
BUIH KUNING LANGSAT
6 meter 30 - 90 saat Boleh beku. Tidak sesuai jenis E
GAS HITAM 3 meter
120 saatTiada kesan
DEBU KERING
BIRU MUDA
3 – 6 meter 120 saat Kesan kotor
KELAS B : KATRIJ BUIH
Memadam kebakaran yang melibatkan cecair dan gas mudah terbaka rseperti petrol, alkohol, minyak, varnish, cat, LPG, asetelina, hidrogen dan sebagainya dan boleh memadam kebakaran jenis class A.
KELAS C : KATRIJ KARBON DIOKSIDA
Memadam kebakaran yang melibatkan arus elektrik seperti papan suis, transformer, gas dan wap.
KELAS D : KATRIJ SERBUK KERING
Memadamkebakaran yang melibatkan potassium, magnesium, sodium dan seumpamanya serta boleh memadam kebakaran dari kelas A, B dan C.
Cara Mengguna Alat Pemadam Api Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan adalah berdasarkan singkatan perkataan PASS dan cara menghalakan alat pemadaman adalah berdasarkan
P- Pull- Tarik pin di atas alat pemadam apiA- Aim - Halakan muncung alat pemadam ke punca api(bahan)S- Squeeze- Pusing atau tekan pemegangS- Sweep- halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3 meter sehingga api padam.
PENCEGAHAN KEBAKARAN
Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula(infant stage) daripada merebak kepada peringkat yang boleh dikawal lagi(uncontrollable stage).
Pengurusan risiko kebakaran
Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan sama ada di tempat kerja atau kawasan perumahan perlulah mengambil langkah keselamatan seperti berikut sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran :
Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk menyelamatkan diri (mean of escape).Mengadakan pelan pengunsian bangunan.Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunanMengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkalaMengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang berkesan Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupiMempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping) yang bagus.Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik dilakukan secara berkala.
Peralatan Pencegahan Kebakaran
Peralatan pencegahan kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik dibangunan-bangunan. Walaupun begitu terdapat juga bangunan atau premis yang menggunakan sistem manual untuk memberi amaran kebakaran.
Peralatan pencegahan kebakaran pada bangunan atau premis yang siap dipasang dikategorikan kepada 2 jenis:
Perlindungan aktif.
•Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mencegah, mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik.
Perlindungan pasif.
•Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur sesebuah •bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung, menggunakannya• sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika melawan kebakaran
Prosedur keselamatanSesebuah organisasi perlu mengetahui dan melaksanakan pengurusan keselamatan dengan mengambil kira faktor-faktor berikut:-
Pencegahan Kesediaan TindakanPemulihan
1.PencegahanMelaksanakan latihan keselamatan di tempat kerja dan cara pengendalian bahan berbahaya serta peralatan yang digunakan. 2. Kesediaan Organisasi perlu menubuhkan satu jawatakuasa kecemasan yang dapat bertindak apabila berlaku kecemasan.
3.TindakanJawatankuasa kecemasan yang ditubuhkan hendaklah bertindak dengan pantas dan efisien berserta kelangkapan yang mencukupi apabila terjadinya kecemasan. 4.PemulihanMerupakan tindakan yang berfungsi untuk mengembalikan situasi cemas kepada keadaan normal seperti menilai kerosakan, mengganti atau membaiki peralatan yang rosak.
MEMBUAT PERSEDIAAN AWAL DAN BERTINDAK DENGAN
CEPAT APABILA BERLAKUNYA KEBAKARAN.
. MEMASANG ALAT KELENGKAPAN PENGESANAN ASAP BAGI
MEMBERI AMARAN TENTANG BAHAYA KEBAKARAN.
MERANGKA REKABENTUK RUMAH DENGAN MENGIKUT
PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI MENGELAKKAN
KESUKARAN MENYELAMATKAN DIRI SEMASA BERLAKUNYA
KEBAKARAN DAN JUGA MENGURANGKAN RISIKO
BERLAKUNYA KEBAKARAN.
PENGESAN ASAP PENYELAMAT ANDA
PENGESAN ASAP PENYELAMAT ANDA
PENGESAN ASAP MERUPAKAN SALAH SATU BAHAN KELENGKAPAN YANG SEPATUTNYA
DIPASANGKAN DI SETIAP BANGUNAN KEDIAMAN.
SEBAGAI PEMBANTU DI DALAM MENGHADAPI RISIKO BAHAYA KEBAKARAN MELALUI
FUNGSINYA. MERUPAKAN SATU TEKNIK PERLINDUNGAN DAN KELENGKAPAN AKTIF.
MENGAPA IANYA PENTING !!MENGAPA IANYA PENTING !!
MANGSA LAMBAT MENYEDARI AKAN BERLAKUNYA KEBAKARAN SEKIRANYA KEDIAMAN MEREKA TIDAK TERDAPAT SEBARANG KELENGKAPAN PENGESAN KEBAKARAN.
AMARAN AWAL KEPADA PENGHUNI KEDIAMAN ATAU YANG BERHAMPIRAN.
KARBON DIOKSIDA BOLEH MENYEBABKAN PENGHUNI TIDAK SEDARKAN DIRI SEMASA TIDUR NYAWA ATAU HARTA BENDA MUNGKIN AKAN TERANCAM JIKA TIADA SEBARANG PENGGERA YANG MENGEJUTKAN PENGHUNI DARIPADA TIDUR.
FUNGSI PENGESAN ASAP
MEMBERI AMARAN AWAL TERHADAP KEWUJUDAN KEBAKARAN.
MEMBERI AMARAN AWAL UNTUK MENYELAMATKAN NYAWA DAN HARTA BENDA.
MEMBOLEHKAN ANDA MELAKUKAN TINDAKAN MENGHAPUSKAN KEBAKARAN.
MEMBERIKAN MASA KEPADA PENGHUNI KEDIAMAN UNTUK MENGAMBIL LANGKAH MENYELAMATKAN DIRI JIKA KEADAAN ADALAH TIDAK TERKAWAL.
JENIS – JENIS PENGESAN ASAP
UNTUK KEDIAMAN PENGESAN ASAP JENIS BERKUASA BATERI LEBIH SESUAI DIGUNAKAN.
TERDAPAT DUA JENIS PENGESAN DERIA PADA MASA KINI IAITU JENIS ION DAN JENIS FOTO ELEKTRIK.
KEKERAPAN MENGUJI• PENGUJIAN ALAT PENGESAN ASAP SEBAIK – BAIKNYA DILAKUKAN PADA SETIAP BULAN.
• ALAT PENGESAN ASAP JUGA SEHARUSNYA SELALU DIBERSIHKAN DAN HINDARKAN DARIPADA DITUTUPI OLEH HABUK UNTUK MENGELAKKAN DARIPADA PENGURANGAN KEPEKAAN TERHADAP KEBAKARAN.
JALAN KELUAR KECEMASAN DAN HALANGAN
• MEMASTIKAN SETIAP JALAN KELUAR ALTERNATIF SEPERTI TINGKAP DAN PINTU TIDAK DIHALANG.
• PASTIKAN TINGKAP ADALAH JENIS YANG MUDAH DIBUKA.
• PASTIKAN PINTU YANG DIKUNCI BOLEH DIBUKA OLEH ORANG DARI SEBELAH LUAR.
• JIKA TERDAPAT HALANGAN ALIHKAN HALANGAN TERSEBUT DENGAN SEGERA.
TEMPAT BERKUMPUL
KAWASAN MESTILAH DITEMPAT YANG TERBUKA.
BERJAUHAN DARIPADA KAWASAN KEBAKARAN UNTUK MENGELAKKAN BAHAYA LAIN BERLAKU.
PASTIKAN TIADA MURID / GURU YANG TERPERANGKAP.
PASTIKAN TIADA MURID / GURU YANG MEMASUKI KEMBALI BANGUNAN TERSEBUT.
Disyorkan pengesan asap dipasang pada setiap tingkat. Tempat yang sesuai ialah pada siling, didalam kurungan tangga, bilik Kelas dan ruang tamu.
Pastikan ada dua jalan keluar kecemasan dari setiap bilik dan setiap penghuni tahu menggunakannya dan telah berlatih.
Jangan sekali – kali merokok sambil berbaring atas katil atau semasa anda berada dalam keadaan mabuk atau setelah mengambil ubatan yang menyebabkan mengantuk.
Gunakan bekas rokok yang besar dan berat. Pastikan puntung rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum dibuang.
Elakkan membuat penyambungan haram atau membebankan palam pencucuh elektrik.
Letakkan mancis dan pemetik api ditempat yang tinggi dimana kanak – kanak tidak boleh capai.
Simpan bekas – bekas yang mengandungi cecair mudah bakar jauh dan selamat dari punca api dan kanak – kanak.
Jangan biarkan lilin menyala tanpa diawasi walaupun sesaat dan jauhkan daripada kanak – kanak.
Disyorkan mengadakan satu unit APA jenis debu kering atau jenis gas di setiap kelas
TIPS KESELAMATAN KEBAKARAN
APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN
SEKIRANYA PAKAIAN ANDA TERBAKAR
APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN
SEKIRANYA PAKAIAN ANDA TERBAKAR
SEKIRANYA PAKAIAN ANDA TERBAKAR
• BERHENTI - BERHENTI DAN JANGAN LARI SEMASA PAKAIAN SEDANG TERBAKAR.
REBAH - REBAHKAN BADAN KELANTAI.
GULING - TUTUP MUKA DAN GULINGKAN BADAN
Pengenalan
Papan tanda adalah papan yang membawa maksud tanda atau notis. Kebiasaannyapapan tanda digunakan untuk pengiklanan produk, majlis, rumah untuk di sewa dansebagainya. Papan tanda juga turut digunakan sebagai tanda amaran atau bertujuan untuk pendidikan.Papan tanda juga adalah sebagai alat untuk memberi maklumat atau petunjuk.Menggabungkan bentuk, warna dan simbol kecuali maklumat yang berupa tulisan.
Papan Tanda (Signboard)
Pengenalan
1.1 Definasi papan tanda keselamatan
Tanda berbentuk visual dalam bentuk tanda, label, stiker atau
lainnya
yang menandai menyarankan pengguna dari persekitaran
dan tingkat
potensi bahaya yang dapat menyebabkan kecelakaan. Hal itu
dapat
juga memberikan arahan untuk menghilangkan atau
mengurangi
bahaya dan memberitahu tentang kemungkinan
kebarangkalian jika
tidak menghindari bahaya tersebut, erti kata lain tanda
memberi
maklumat atau arahan tentang keselamatan dan kesihatan
ditempat
kerja.
Secara asasnya papan tanda keselamatan dicipta untuk memberitahu pekerja tentang bahaya yang terdapat ditempat tersebut dan mengelakkan kemalangan dari berlaku. Papan tanda keselamatan yang berkesan ialah papan tanda yang mampu mengenalpasti dan menamakankan semua kemungkinan hazard yang pekerja perlu tahu.Papan tanda keselamatan yang betul adalah papan tanda yang mampu membantu pekerja mengenal pasti hazard secara sekilas pandang. Tetapi tidak semua papan tanda perlu dibaca atau dilihat secara sekilas pandang. Papan tanda yang perlu dibaca sekilas pandang adalah papan tanda yang berbentuk desakan atau kecemasan.Walau bagaimanapun ada pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah ini. Perkara ini diselesaikan melalui warna, perkataan dan simbol. Pada kebiasaannya simbol digabungkan dengan perkataan untuk mengenal pasti hazard.
Asas papan tanda keselamatan
Piawaian tanda keselamatan dan piawaian warna keselamatan
Kedua-dua perkara diatas perlu memenuhi piawaian. Bagi mencapai pemahaman yang menyeluruh papan tanda perlu menggunakan ayat yang sesingkat mungkin. Disebabkan perkembangan perdagangan antarabangsa yang meluas dan pergerakan tenaga kerja yang menyeluruh, kaedah keselamatan memerlukan cara komunikasi yang berkesan. Kaedah yang digunakan bagi memenuhi keperluan tersebut adalah menggunakan kaedah warna yang tertentu, bentuk geometrik dan bentuk grafik yang telah dipiawaiankan.
Kaedah tersebut digunakan bagi pengurangan risiko dan mencegah kecelakaan. Terdapat 5 warna asas yang digunakan. Biasanya ia digunakan bersama kata kunci tanda tersebut.
Warna juga berkesan untuk pembahagian kawasan kerja dengan risiko yang berbeza. Warna mampu menarik perhatian bagi kegunaan keselamatan sebagai contoh warna boleh digunakan untuk mengenalpasti kandungan paip yang terdapat pada sesuatu kawasan secara tidak langsung boleh memberi maklumat jenis hazard yang ada.
Pemilihan warna juga penting sebagai contoh warna merah menunjukkan jenis hazard yang tepat manakala kuning digunakan jika ada potensi untuk hazard tertentu.
Kategori papan tandaTerdapat 3 kategori asas papan tanda yang digunakan ditempat kerja.
1.Peraturan Sub kategori larangan dan tindakan wajib.
2.Amaran Sub kategori waspada dan bahaya
3.MaklumatSub kategori kecemasan dan maklumat umum Setiap kategori diterjemah dalam bentuk yang mudah diingati. Manakala setiap kategori mempunyai sub kategori yang mempunyai kod warna tertentu.
Kategori peraturan .Sub kategori :Larangan Bentuk papan :BulatKod warna :MerahWarna simbol :Hitam
Diatas adalah contoh papan tanda dalam kategori peraturan ia menerangkan tentang larangan tindakan atau tingkahlaku yang perlu dielakkan
Sub kategori :Tindakan wajibBentuk :BulatKod warna :BiruWarna simbol :Putih
Diatas adalah contoh papan tanda yang mewajibkan seseorang mematuhi syarat yang ditentukan.
Sub kategori :BahayaBentuk :SegitigaKod warna :KuningWarna simbol :Hitam
Diatas adalah contoh papan tanda amaran yang menunjukkan bahaya hazard yang ada dikawasan tersebut.
Jenis-jenis papan tandaTerdapat 3 jenis papan tanda yang digunakan .
1.Papan tanda yang menggunakan simbol sahaja.2.Papan tanda yang menggunakan simbol dan ayat (text).3.Papan tanda yang menggunakan ayat (text) sahaja.Menggunakan simbol adalah kaedah yang berkesan ia mudah difahami dan diingati. Ayat yang mudah digunakan bagi membantu untuk lebih memahami maksud papan tanda tersebut. Walau bagaimanapun gabungan ayat dan simbol lebih berkesan jika dibandingkan penggunaan ayat sahaja atau simbol sahaja.
Keberkesanan papan tanda keselamatan dan warna yang digunakan.
Papan tanda yang berkesan mampu memberi maklumat yang tepat tentang hazard yang ada disekeliling. Setiap kakitangan memahami setiap maksud papan tanda dan warna yang digunakan kerana mereka mesti memberi tindak balas yang pantas apabila berlaku kecemasan.
Ciri-ciri papan tanda
•Menarik perhatian.
•Mengenal pasti hazard yang terdapat ditempat tersebut.
•Dapat mengenal pasti tindakan yang perlu dilakukan
•Mudah diingati dan difahami oleh semua kakitangan.Diletakkan ditempat yang mudah dilihat dan dibaca serta mereka mampu bertindak mengikut arahan papan tanda tersebut
•Papan tanda mampu dilihat dan difahami pada mereka
yang mempunyai penglihatan yang terhad dan tidak
faham bahasa tempatan.
•Saiz dan tempat yang sesuai dengan maklumat yang
diperlukan.
•Kod warna dan bentuk mestilah memenuhi piawaian yang
ditentukan.