Surat dari
Masyarakat Burung kepada
Datuk Bandar USMAN AWANG
Sajak dan Maksud
Tuan Datuk BandarKami masyarakat burung telah mengadakan mesyuarat agungPada suatu pagi yang manis dan ranumDi atas bangunan parlimen yang kosongSeluruh kaum burung telah diwakiliOleh para cerdik pandainya, kecualiPerwakilan burung gagak yang sibuk dengan urusan kematianPenembakan, bangkai hanyut di Sungai Kelang
Maksud rangkap 1:• Mempersoalkan mengenai rakyat yang diwakili oleh cerdik pandai telah
mengadakan perjumpaan bagi membincangkan isu pihak atasan yang memungkiri janji. - Burung sebagai rakyat bawahan yang menghadapi masalah kesan pencemaran
daripada aktiviti pembangunan yang tidak terancang- Mereka mengadakan kata sepakat untuk menyatakan masalah pada pihak
berwajib yang sepatutnya bertanggungjawab mengatasi masalah pencemaran. - Pihak berwajib seharusnya melihat masalah ini dari akar umbi yakni
mengenalpasti punca berlakunya pencemaran bukannya mengambil tindakan melulu seperti membunuh burung gagak sedangkan ianya tidak akan mengubah apa-apa.
- Segala yang berlaku adalah kerana pembangunan yang tidak seimbang dan lestari alam.
Sidang ini dihadiri juga oleh pemerhati undanganPerwakilan kupu-kupu yang ada kepentinganDengan persoalan yang kami bincangkan
Maksud rangkap 2:
• Mempersoalkan mengenai perwakilan kupu-kupu yang menjadi simbol kepada masyarakat yang berbilang bangsa bukan hanya setakat kaum burung dalam membincangkan isu pemimpin yang mungkir janji. • Kupu-kupu juga turut ditafsirkan sebagai ‘pelacur’ iaitu kumpulan yang aktif
bergerak pada waktu malam.- Penyair ingin memaparkan betapa seriusnya masalah alam sekitar sehingga
golongan ‘pelacur’ sendiri mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai isu ini. hal ini kerana, persekitaran yang kotor akan menjejaskan ‘aktiviti malam mereka’.
Tuan Datuk BandarMeski kami tidak pernah mengangkat tuan sebagai datuk kamiKerana perbezaan fahaman taraf “Datuk” dan “cucu”Kerana kelainan pendapat antara rambut dan bulu( tuan-tuan telah mempermaniskan gelaran menyebutkan rambut pada diri tuan-tuan,sedangkan untuk kami tuan namakan perkataan ‘bulu’)Kami tetap menghormati tuan yang pernah menjanjikan untukMENGHIJAUKAN SELURUH WILAYAH
Maksud rangkap 3:
• Penyair ingin menyindir pihak atasan atau pemimpin.- Iaitu kami sebagai orang bawahan tidak pernah menganggap Datuk sebagai
sesuatu yang tinggi seperti yang orang atasan angungkan.- Bahkan kami(rakyat) hanya menganggap ianya sebagai satu pangkat dalam sistem
keluarga.- Penyair menekankan bahawa walaupun istilah pangkat ‘datuk’ digunakan oleh
semua lapisan masyarakat namun setiap individu berpegang pada maksud yang berbeza.
Tapi manusia kota ini telah membunuh KEHIJAUAN alamSemata-mata untuk mengejar KEHIJAUAN ringgitSejak lumpur kota ini menjadi batu-batuKami masyarakat burung menjadi mangsa yang bisuMendiang burung belatuk menjadi korban punggur rebahBurung merbuk telah ditipu dengan nama Padang MerbukSedangkan mereka dipenjarakan di tempat yang tuan namakanSangkar
Maksud rangkap 4:
• Mempersoalkan mengenai kekecewaan rakyat. Hal ini kerana, terdapat segelintir manusia yang sanggup mencemarkan alam sekitar kerana sikap tamak dan hanya mementingkan wang ringgit serta terlalu rakus mengejar pembangunan.• Burung merbuk digunakan sebagai alat untuk pihak atasan mendapat
pengiktirafan
Perwakilan burung pipit telah mengemukakan protesKerana menuduhnya sebagai“pipit pekak makan berhujan”Ia didokong kuat oleh perwakilan burung punaiBahawa tuan telah menghina kaum jenis merekaDatuk menamakan benda-benda rahsia, di tempat rahsia di tubuh DatukDengan nama ‘pipit’ dan ‘punai’,sedangkan kami tahu‘pipit’ dan ‘punai’ Datuk tidak pandai terbang
Maksud rangkap 5:
• Mempersoalkan mengenai masyrakat burung yang berasa terhina kerana namanya digunakan untuk merujuk bahagian sulit manusia.• Mereka tidak pernah ambil tahu mengenai rakyatnya namun apabila mereka ingin
menutup sesuatu yang memalukan mereka bahkan menggunakan rakyat.
Tuan Datuk BandarSurat ini merayu kebijaksanaan tuanPeliharalah tiap pucuk dan akar tumbuh-tumbuhanTiap helai daun, tiap helai kelopak bunga, tiap rimbunanItulah rumah kami, kediaman kami turun-temurunMalah demi kesejahteraan manusiaKesihatannya, kebahagiaannya, kedamaiannyaAlam semula jadi seribu keindahan mekarDi bawah matahari bersinar
Maksud rangkap 6:
• Mempersoalkan mengenai rayuan rakyat yang disimbolkan melalui masyarakat burung agar pemimpin menepati janji untuk memelihara alam sekitar. • Penyair menggunakan burung kerana mereka merupakan spesis fauna yang
paling banyak menerima kesan akibat pembangunan yang tidak seimbang.
pengenalan
• Puisi satira (karya menyindir atau mempersendakan orang)
• Nada Usman Awang marah
• Kepada manusia yang berkuasa tetapi tidak bertanggungjawab
memelihara alam sekitar dengan baik
• Surat yang dikarang masyarakat burung kepada Datuk Bandar yang gagal
menjalankan tanggungjawab melaksanakan pembangunan yang mesra
alam di lumpur kota
• Beliau menyindir sikap pemimpin yang gagal mengurus alam sekitar
dengan baik kerana keutamaan pembangunan bukan lagi kepda
kesejahteraan alam sekitar
Tema
• TEMA ALAM
• Pokok merupakan unsur penting
bagi alam sekitar yang sihat
• Pembangunan yang dijalankan harus
diimbangi dengan pemeliharaan dan
penanaman pokok
Tuan Datuk Bandar,Surat ini merayu kebijaksanaan tuan,Peliharalah tiap pucuk dan akar tumbuh-tumbuhanTiap helai daun, tiap helai kelopak bunga,tiap rimbunanItulah rumah kami, kediaman kami turun temurunMalah demi kesejahteraan manusia,Kesihatannya, kebahagiaannya,kedamaiannyaAlam semula jadi seribu keindahan mekarDi bawah matahari bersinar
Tema
Kritikan terhadap sikap pemimpin yang memungkiri janji untuk manjaga dan memelihara alam sekitar dan hanya mementingkan wang ringgit (pembangunan)
persoalan
Sikap pemimpin yang tidak adil dan gila kuasa yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat sekelilingnya
Perbezaan taraf yang ketara antara pemimpin dan rakyat biasa dari segi kedudukan dan kuasa
Ketamakan golongan manusia mengejar kekayaan wang ringgit hingga menusnahkan flora dan fauna
Kekejaman manusia yang menyekat kebebasan haiwan serta menjadikan haiwan sebagai bahan hiburan
Penindasan kaum manusia terhadap habitat flora dan fauna
amanat
Pemimpin haruslah bertanggungjawab untuk mengotakan janji Manusia haruslah menghargai keindahan alam yang sedia ada
dengan tidak memusahkannya Pemimpin perlu memupuk nilai cinta akan alam sekitar dalam
diri setiap manusia agar masyarakat menghargai alam yang dipinjan dari generasi akan datang
Sikap dan perasaan Penyair melahirkan rasa kesal terhadap pihak yang tidak
bertanggungjawab dalam memelihara alam sekitar terutamanya golongan pemimpin.
Penyair berasa marah dan kecewa terhadap manusia yang berkuasa tetapi tidak bertanggungjawab memelihara alam sekitar dengan baik
Beliau menyindir sikap pemimpin yang gagal mengurus alam sekitar dengan baik kerana keutamaan pembangunan bukan lagi kepada kesejahteraan alam sekitar.
Unsur bunyi1. Aliterasi rangkap ke-2, baris ke-2, pengulangan huruf K
“Perwakilan kupu-kupu yang punya kepentingan” rangkap ke-7, baris ke 7, pengulangan huruf N
“Kesihatannya, kebahagiannya, kedamaiannya”
2. Asonansi rangkap ke-2 baris pertama, asonansi huruf I
“Sidang ini dihadiri juga oleh pemerhati undangan”
3. Skema rima
Stanza pertama rima berpecah: pola yang tidak semuanya sama dalam serangkap namun ada dua
baris yang sama, aabc, abca baris ke-5 dan ke-6
Seluruh kaum telah diwakili
Oleh para cerdik pandainya, kecuali
Stanza kedua rima rata: pola rima yang sama di setiap hujung setiap baris pada rangkap pola- aaaa
Sidang ini dihadiri juga oleh pemerhati undangan
Perwakilan kupu-kupu yang punya kepentingan
Dengan persoalan yang kami bincangkan
Stanza ketiga rima berpecah: pola tidak semuanya sama dalam serangkap namun ada dua
baris yang sama baris 3 dan 4
Kerana perbezaan fahaman taraf ‘Datuk’ dan ‘cucu’
Kerana kelainan pendapat antara rambut dan bulu
Stanza keempat rima berpecah: pola tidak semuanya sama dalam serangkap namun ada dua
baris yang sama baris ke-3 dan 4
Sejak lumpur kota ini menjadi batu-batu
Kami masyarakat burung menjadi mangsa yang bisu
Stanza kelima rima berpecah: pola yang tidak semuanya sama dalam serangkap namun ada
dua baris yang sama pola – abca, aabc baris ke-2 dan 4
Kerana menuduhnya sebagai
Ia didokong kuat oleh perwakilan burung punai
Stanza keenam rima berpecah baris 2 dan 3
Surat ini merayu kebijaksanaan tuan,
Peliharalah tiap pucuk dan akar tumbuh-tumbuhan
Gaya bahasa1. Bahasa perbandingan Metafora
rangkap ke-4, baris ke-2
“Semata-mata untuk mengejar KEHIJAUAN ringgit”
Simbolik
rangkap ke-4, baris ke-3
“Sejak lumpur kota ini menjadi batu-batu”
batu-batu melambangkan pembangunan
2. Bahasa sindiran Ironi
rangkap ke-5, baris ke-7&8
“ dengan nama pipit dan punai sedangkan kami tahu
pipit dan punai Datuk tak pandai terbang”
3. Bahasa penegasan
Paralelisme: pengulangan perkataan sejajar dalam baris berikutan rangkap ke-3, baris ke-3 dan ke-4
“Kerana perbezaan fahaman taraf ‘datuk’ dan ‘cucu’
Kerana kelainan pendapat antara ‘rambut’ dan ‘bulu’”
Repitisi: mengulang kata-kata atau frasa beberapa kali dalam satu kalimat rangkap ke-7, baris ke-4
“Tiap helai daun, tiap helai kelopak bunga, tiap rimbunan”
Klimaks (hal berturutan dan semakin meninggi kata-kata) Rangkap ke-6, baris ke-4
“ tiap helai daun, tiap helai kelopak bunga, tiap rimbunan”
Teknik/bentuk
6 rangkap berbentuk bebas merangkumi 3 baris hingga 9 baris Stanza 1 mempunyai 8 baris- oktaf Stanza 2 mempunyai 3 baris- terzine Stanza 3 mempunyai 9 baris- sonate Stanza 4 mempunyai 8 baris- oktaf Stanza 5 mempunyai 8 baris- oktaf Stanza 6 mempunyai 9 baris- sonate
Nada NADA SINIS
Menggambarkan perasaan tidak puas hati dan marah terhadap golongan
atasan yang ada kuasa
Menyindir golongan berkuasa yang melaungkan kempen
‘ Menghijaukan Seluruh Wilayah’
Namun mereka yang meluluskan pembangunan
Semuanya disebabkan kekayaan dan kepentingan peribadi
Secara keseluruhannya, penyajak telah berjaya menggunakan burung sebagai simbol atau
kiasan untuk menyindir sikap pemimpin yang telah memungkiri janji mereka untuk menjaga
dan memelihara alam sekitar. Selain itu, sajak ini juga dapat dilihat cuba menyindir sikap
pemimpin yang bersikap mementingkan diri dan tamak dalam menjalankan tugas. Melalui
sajak ini, pemimpin dilihat hanya mementingkan pembangunan kebendaan tanpa
mempedulikan kesannya kepada alam.
Melalui sajak ini juga dilihat bagaimana sikap masyarakat burung yang bersatu hati dalam
melaksanakan sesuatu. Usman Awang juga telah memilih watak kupu-kupu untuk diselitkan
dalam sajak beliau untuk menunjukkan kepelbagaian hidupan yang mendiami alam ini. Pada
pandangan saya, watak kupu-kupu ini menjadi simbol kepada masyarakat yang berbilang
kaum.