Download - Unit 8 ( UJIAN PEMADATAN DI MAKMAL )
PEMADATAN C 3008/8/1
Di akhir pembelajaran , pelajar dapat menerangkan dan membuat analisis kepada
keputusan ujian pemadatan di makmal.
Di akhir unit ini, pelajar akan dapat :
1. menerangkan ujian pemadatan proctor piawai.
2. menerangkan ujian pemadatan proctor ubahsuai.
3. menerangkan ujian ketumpatan nisbi.
Untuk mempastikan bangunan tu tidak ‘terbenam’, asas tanahnya haruslah dipadatkan dengan sempurna ..
PEMADATAN C 3008/8/2
8.0 Pengenalan.
Dalam Unit 7, kita telah mempelajari dan memahami tentang proses pemadatan dan
tujuan kerja pemadatan tanah dilakukan. Ukuran untuk mempastikan darjah pemadatan
tanah telah dicapai adalah dengan merujuk kepada ketumpatan kering maksimum dan
kandungan air yang optimum. Di makmal, ketumpatan kering maksimum dan kandungan
air optimum boleh ditentukan dengan menjalankan ujian Pemadatan Proctor Piawai dan
ujian Pemadatan Proctor Ubahsuai. Dalam ujian ini, pemadatan dilakukan dengan
menggunakan satu tukul yang dijatuhkan beberapa kali keatas satu contoh tanah di
dalam acuan. Di dalam ujian ini juga, jisim tukul, tinggi kejatuhan, jumlah hentaman,
jumlah lapisan tanah dan isipadu acuan ditentukan.
8.1 Ujian Pemadatan Proctor Piawai.
Ujian pemadatan proctor piawai merupakan satu ujikaji yang sering dilakukan di makmal
untuk menentukan kandungan air yang optimum dan ketumpatan kering maksimum bagi
kerja-kerja pemadatan tanah. Kerja di makmal akan dimulakan dengan mencampurkan
3kg tanah sampel dengan peratusan air yang akan ditentukan. Sampel tanah hendaklah
melepasi ayakan bersaiz 20 mm. Tanah akan dipadatkan ke dalam satu acuan selinder
yang berisipadu 1000 cm3 dan diisi dengan tiga lapisan. Setiap lapisan dihentak 27 kali
hentaman dengan pemadat piawai (rammer) seberat 2.5 kg pada jarak kejatuhan 300 mm
bagi setiap hentaman.
Setelah selesai pemadatan, tanggalkan kolar acuan dan tanah dipotong searas dengan
permukaan selinder dengan menggunakan penggerok besi . Sampel tanah dan acuan
PEMADATAN C 3008/8/3
ditimbang untuk memperolehi ketumpatan pukal sampel tanah tersebut. Seterusnya,
kandungan air tanah (lembapan) ditentukan dan dengan ini ketumpatan kering tanah
boleh dikira. Ujian ini diteruskan dengan menambahkan sedikit air kepada sampel
tanah ( biasanya sebanyak 2 % ) dan proses yang sama diulangi sehingga berat tanah
melepasi nilai maksimum dan mula berkurangan. Satu lengkung ketumpatan kering
lawan kandungan air dapat dilukis.
8.2 Ujian Pemadatan Proctor Ubahsuai.
Ujian Pemadatan Proctor Ubahsuai. Tujuannya adalah sama dengan ujian Pemadatan
Proctor Piawai iaitu menentukan ketumpatan kering maksimum dan kandungan air
optimum bagi pemadatan tanah. Acuan bagi ujian ini adalah sama dengan ujian
Pemadatan Proctor Piawai . Berat alat pemadat (rammer) bagi ujian ini adalah 4.5 kg.
Sampel tanah dipadatkan sebanyak lima lapisan dengan 27 kali hentakan bagi setiap
lapisan. Manakala jarak kejatuhan tanah adalah 450 mm.
Setelah selesai pemadatan, tanah dipotong searas dengan permukaan selinder dan
ditimbang untuk memperolehi ketumpatan pukal sampel tanah. Seterusnya, kandungan
lembapan tanah ditentukan dan dengan ini ketumpatan kering tanah boleh dikira. Ujian
ini diteruskan dengan menambahkan sedikit air kepada sampel tanah ( tambahan air
sebanyak 2 % ) dan proses yang sama diulangi sehingga berat tanah melepasi nilai
maksimum dan mula berkurangan. Satu lengkung ketumpatan kering lawan kandungan
air dapat dilukis.
Prof.. tak sama ke ujian proctor piawai dengan proctor ubahsuai….
Tujuan ujian sama jee..Cuma yang bezanya bilangan lapisan tanah, bilangan hentaman dan jisim pemadat yang digunakan.
PEMADATAN C 3008/8/4
8.3 Ujian Ketumpatan Nisbi.
Ujian ini dilakukan menentukan ketumpatan bandingan tanah tidak berjelekit. Satu acuan
berbentuk selinder berisipadu 1000cm3 diisi dengan pasir dalam lima lapisan. Tiap-tiap
lapisan hendaklah dihentak 25 kali dengan cara mengangkat tepi acuan setinggi 5 cm dan
melepaskanya. Dengan menggunakan spatula, ratakan sampel agar sama aras dengan
pinggir atas acuan. Dapatkan ketumpatan sampel ini. Ketumpatan ini dikenali sebagai
ketumpatan maksimum. Gunakan sampel yang sama untuk mendapatkan ketumpatan
minimum dengan kaedah menuangkan pasir dengan menggunakan serombong ke dalam
acuan. Gerak-gerakkan serombong membentuk bulatan dengan hujung serombong 3 cm
dari permukaan pasir. Pastikan acuan tidak terusik.
Berikut ialah cara pengiraan Ketumpatan Nisbi.
Ketumpatan Nisbi, KN = x 100%
= x 100%
di mana ;
= ketumpatan tanah kering dengan nisbah lompang e.
= ketumpatan kering minima dengan nisbah lompang emaks
= ketumpatan kering maksima dengan nisbah lompang e min
PEMADATAN C 3008/8/5
Soalan 1
Apakah tujuan Ujian Pemadatan Proctor dijalankan ?
Soalan 2
Berikan 3 perbezaan antara Ujian Proctor Piawai dan Ujian Proctor Ubahsuai.
PEMADATAN C 3008/8/6
Jawapan 1
Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk menentukan kandungan air optima dan
ketumpatan kering maksima bagi sesuatu pemadatan tanah.
Jawapan 2.
3 perbezaan :
Proctor Piawai Proctor Ubahsuai
(1) Jisim pemadat 2.5 kg 4.5 kg
(2) Bilangan lapisan 3 lapisan 5 lapisan
(3) Jarak kejatuhan pemadat 300 mm 450 mm
PEMADATAN C 3008/8/7
.
Soalan 1.
Berikan dua ukuran yang digunakan untuk mempastikan darjah pemadatan telah
tercapai ?
Soalan 2
Berikan tiga peralatan utama yang digunakan dalam Ujian Proctor di makmal.
Soalan 3.
Apakah tujuan Ujian Ketumpatan Nisbi dijalankan?
Uji kefahaman anda dengan menjawab semua soalan dibawah.Selamat mencuba…
PEMADATAN C 3008/8/8
Jawapan 1
Dua ukuran yang digunakan :
(i) ketumpatan kering maksimum
(ii) kandungan air optimum.
Jawapan 2
Peralatan utama Ujian Proctor di makmal :
(i) acuan silinder 1000 cm3
(ii) tukul berjisim 2.5 kg
(iii) ayak saiz ¾ inci dan pancinya
(iv) penggerok besi
Jawapan 3
Rujuk bahagian 8.3
Bandingkan jawapan anda dengan jawapan pensyarah..