i
TRAIT PERSONALITI GRADUAN WANITA DI MALAYSIAN TECHNICAL
UNIVERSITY (MTU) DALAM PEMILIHAN KERJAYA
FARRAH SYAMIMI BINTI CHE ROS
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JUN 2016
iii
Buat ayah dan ibu tercinta…Terima kasih di atas dorongan yang tidak terhingga.
Kakak-kakak, abang dan adik tersayang…Teruskan berusaha.
Tunang yang dikasihi…Terima kasih di atas segalanya.
Rakan-rakan…Teruskan perjuangan kita.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada penyelia projek saya iaitu Dr. Lutfiah Natrah binti Abbas di atas segala
bimbingan, panduan, nasihat dan perhatian yang telah diberikan kepada saya sepanjang
projek ini dilaksanakan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah-
pensyarah lain di atas segala panduan dan kerjasama yang diberikan sepanjang
menyiapkan projek ini.
Terima kasih juga buat para pelajar UTHM, UTEM, UniMAP dan majikan-
majikan di First Solar (M), Flextronics Technology (M), Hume Concrete Sdn. Bhd dan
QDOS Flexcircuits Sdn Bhd di atas segala kerjasama dan kesungguhan mereka
membantu ketika kajian dilakukan di sana. Sekalung penghargaan buat ayah, ibu, adik
beradik serta tunang tercinta kerana sentiasa memahami dan memberikan sokongan yang
tidak terhingga sehingga berjaya menyiapkan projek sarjana ini.
Tidak ketinggalan buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan
memberikan sokongan bagi merealisasikan projek ini. Akhirul kalam, semoga kalian
sentiasa berada di bawah lindungan, rahmat dan keredhaan-Nya. Wallahu Aa’lam.
v
ABSTRAK
Pemilihan kerjaya memang sinonim dengan graduan tahun akhir ia boleh mempengaruhi
masa depan individu dan juga boleh menimbulkan permasalahan terutamanya graduan
wanita bidang kejuruteraan yang sukar mengimbangi antara minat dan keperluan
industri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti trait personaliti kalangan
graduan wanita di MTU dalam pemilihan kerjaya serta persepsi majikan mengenai
kesesuaian personaliti tersebut di industri. Kajian menggunakan kaedah mod campuran
melibatkan soal selidik dan temu bual sebagai instrumen. Responden terdiri daripada
297 orang graduan wanita Sarjana Muda tahun akhir yang mengikuti bidang
kejuruteraan di UTHM dan UniMAP manakala temu bual dijalankan ke atas 4 orang
majikan di zon utara dan selatan. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif dengan
menggunakan skor min dan peratus bagi melihat personaliti yang dominan kalangan
graduan wanita bidang kejuruteraan kedua-dua MTU terhadap pemilihan kerjaya dan
keselariannya dengan kehendak majikan. Analisis secara inferensi menggunakan ujian-T
Bebas untuk menentukan perbezaan trait personaliti kalangan graduan wanita bidang
kejuruteraan kedua-dua MTU terhadap pemilihan kerjaya. Keputusan kajian mendapati
personaliti paling dominan merupakan personaliti Sosial dan ianya tidak selari dengan
permintaan majikan iaitu personaliti Realistik. Manakala, tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara trait personaliti kalangan graduan wanita bidang kejuruteraan di
UTHM dan UniMAP kecuali bagi personaliti Konvensional yang terdapat perbezaan
yang signifikan. Secara keseluruhannya, graduan wanita bidang kejuruteraan perlu
mempunyai personaliti yang selari dengan program yang diikuti mereka serta memenuhi
kehendak firma atau industri yang bersesuaian. Oleh itu universiti perlu memantapkan
dalam berkolaborasi dengan firma atau industri yang lebih besar untuk masa depan
graduan wanita mereka.
vi
ABSTRACT
Career choices is synonymous among final year graduates it could affect the individual
future and can also cause problems, especially women engineering graduates on
difficulty to balance between the interests and industry needs. Therefore, this study
aimed to identify personality traits among women graduates at MTU in choosing careers
and employers' perception regarding the suitability of the personality in the industry.
Research are using the mixed mode method which involving a questionnaire and
interview as an instrument. The respondents consisted of 297 final year women
graduates of Bachelor Degree pursuing engineering at UTHM and UniMAP while
interview conducted on 4 employers in the northern and southern zones. Qualitative data
were analyzed using mean score and percentage for the dominant personality among
women engineering graduates both MTU toward career selection and alignment with the
needs of the employers. Inferential analysis using the independent t-test to determine the
differences in personality traits among women engineering graduates of both MTU
toward career choices. Results showed that the most dominant personality was the Social
personality and is not parallel with demands by employer that are Realistic personality.
While, there was no significant difference between a personalities trait among women
graduates in engineering at UTHM and UniMAP except for Conventional personality
that there are significant differences. Overall, the women engineering graduates need to
have a personality that is parallel to that followed their program and meet the
requirements of appropriate firms or industries. Thus universities must establish in
collaboration with the large firm or industry for women graduates on their future.
vii
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN
xix
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 4
1.3 Pernyataan masalah 7
1.4 Tujuan kajian 8
1.5 Objektif kajian 9
1.6 Persoalan kajian 9
1.7 Hipotesis kajian 10
1.8 Skop kajian 10
1.9 Batasan kajian 11
1.10 Kepentingan kajian 11
viii
1.11 Kerangka konsep 12
1.12 Definisi istilah dan operasi 14
1.12.1 Kejuruteraan 14
1.12.2 Graduan wanita 15
1.12.3 Personaliti 15
1.12.4 Trait personaliti 16
1.12.5 Gender 16
1.12.6 Pemilihan 17
1.12.7 Kerjaya 17
1.12.8 Program Universiti Teknikal Malaysia
(MTU)
17
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 18
2.1 Pengenalan 18
2.2 Wanita dan pendidikan 18
2.2.1 Kadar enrolmen pelajar wanita 19
2.2.2 Wanita dalam bidang kejuruteraan 20
2.3 Wanita dan pembangunan kerjaya 21
2.3.1 Kejuruteraan 22
2.3.2 Perubatan 22
2.3.3 Keusahawanan 23
2.4 Pelan tindakan wanita 24
2.5 Cabaran wanita masa kini 24
2.5.1 Isu pengganguran 24
2.5.2 Faktor-faktor pengganguran 25
2.5.3 Persepsi majikan dan industri 27
2.6 Trait personaliti berdasarkan kerangka konsep
Holland’s
28
2.7 Faktor-faktor pemilihan kerjaya 31
2.7.1 Faktor gender pengaruhi kematangan 31
2.7.2 Faktor ganjaran 31
ix
2.7.3 Faktor jaminan kerja 33
2.7.4 Faktor minat 33
2.7.5 Faktor keluarga dan masyarakat 34
2.7.6 Faktor persekitaran 35
2.8 Kriteria pengambilan dan pemilihan graduan 35
2.9 Ringkasan kajian lepas 38
2.10 Rumusan
43
BAB 3 METODOLOGI 44
3.1 Pengenalan 44
3.2 Reka bentuk kajian 45
3.3 Populasi dan sampel 46
3.3.1 Populasi 46
3.3.2 Persampelan 46
3.4 Prosedur kajian 48
3.5 Lokasi kajian 50
3.6 Instrumen kajian 50
3.6.1 Soal selidik 50
3.6.2 Soalan temu bual 52
3.7 Kajian rintis 53
3.7.1 Kesahan 53
3.7.2 Kebolehpercayaan 54
3.7.3 Analisis kajian rintis 55
3.8 Kaedah pengumpulan data 56
3.8.1 Kaedah soal selidik 56
3.8.2 Kaedah temu bual 56
3.8.3 Anggaran bilangan item temu bual individu 57
3.9 Kaedah analisis data 57
3.9.1 Statistik deskriptif 57
3.9.2 Statistik inferensi 58
3.9.3 Analisis temu bual 58
x
3.10 Rumusan
60
BAB 4 ANALISIS DATA 61
4.1 Pengenalan 61
4.2 Maklumat demografi responden 62
4.3 Analisis soal selidik 65
4.3.1 Analisis kategori trait personaliti pelajar 65
4.4 Analisis ujian normaliti 71
4.5 Pengujian dan keputusan hipotesis 75
4.5.1 Perbezaan antara trait personaliti Realistik
dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan
wanita UTHM dan UniMAP
75
4.5.2 Perbezaan antara trait personaliti
Investigatif dalam pemilihan kerjaya
kalangan graduan wanita UTHM dan
UniMAP
76
4.5.3 Perbezaan antara trait personaliti Artistik
dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan
wanita UTHM dan UniMAP
76
4.5.4 Perbezaan antara trait personaliti Sosial
dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan
wanita UTHM dan UniMAP
77
4.5.5 Perbezaan antara trait personaliti
Enterprising dalam pemilihan kerjaya
kalangan graduan wanita UTHM dan
UniMAP
78
4.5.6 Perbezaan antara trait personaliti
Konvensional dalam pemilihan kerjaya
kalangan graduan wanita UTHM dan
UniMAP
78
4.6 Analisis data temu bual 79
xi
4.7 Rumusan 83
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
84
5.1 Pengenalan 84
5.2 Trait personaliti kalangan graduan wanita tahun
akhir
84
5.2.1 Personaliti Realistik 85
5.2.2 Personaliti Investigatif 86
5.2.3 Personaliti Artistik 87
5.2.4 Personaliti Sosial 88
5.2.5 Personaliti Enterprising 90
5.2.6 Personaliti Konvensional 91
5.3 Persepsi majikan di industri 92
5.3.1 Personaliti utama yang diperlukan majikan 93
5.3.2 Sikap graduan wanita 95
5.3.3 Ciri-ciri personaliti pekerja wanita 96
5.3.4 Langkah-langkah pembentukan personaliti 98
5.3.5 Pekerja pilihan majikan 99
5.3.6 Tahap personaliti pekerja wanita di industri 102
5.3.7 Usaha memantapkan graduan wanita dalam
memenuhi keperluan industri
103
5.4 Cadangan 106
5.4.1 Cadangan kajian 106
5.4.2 Cadangan lanjutan 107
5.5 Kesimpulan 109
RUJUKAN 111
LAMPIRAN 119
xii
SENARAI JADUAL
1.1 Peratusan pekerjaan yang dipilih oleh wanita yang
bekerja sebagai tenaga kerja dalam bidang sains
dan kejuruteraan, USA, 2013
2
1.2 Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar
mengikut jantina, Malaysia, 2013-2014
3
1.3 Bilangan penduduk yang bekerja mengikut industri
dan jantina, Malaysia, 2013
6
3.1 Jumlah saiz sampel 47
3.2 Sampel kajian bagi setiap objektif kajian serta ciri-
ciri populasi
48
3.3 Skala likert 51
3.4 Taburan item-item soalan soal selidik 51
3.5 Nilai korelasi dan interpretasi 55
3.6 Alpha Cronbach untuk Bahagian B soal selidik
pelajar
55
3.7 Anggaran bilangan item temu bual individu 57
3.8 Jadual skor min 57
3.9 Kaedah menganalisis data dan pendekatan
digunakan
59
4.1 Penglibatan majikan berdasarkan jenis sektor
perkilangan
62
4.2 Demografi pelajar 64
4.3 Trait personaliti kategori Realistik 65
xiii
4.4 Trait personaliti kategori Investigatif 66
4.5 Trait personaliti kategori Artistik 67
4.6 Trait personaliti kategori Sosial 68
4.7 Trait personaliti kategori Enterprising 69
4.8 Trait personaliti kategori Konvensional 70
4.9 Ujian normaliti Skewness dan Kurtosis 71
4.10 Perbezaan trait personaliti Realistik antara graduan
wanita UTHM dan UniMAP
75
4.11 Perbezaan trait personaliti Investigatif antara
graduan wanita UTHM dan UniMAP
76
4.12 Perbezaan trait personaliti Artistik antara graduan
wanita UTHM dan UniMAP
76
4.13 Perbezaan trait personaliti Sosial antara graduan
wanita UTHM dan UniMAP
77
4.14 Perbezaan trait personaliti Enterprising antara
graduan wanita UTHM dan UniMAP
78
4.15 Perbezaan trait personaliti Konvensional antara
graduan wanita UTHM dan UniMAP
78
4.16 Ringkasan dapatan temu bual majikan 79
xiv
SENARAI RAJAH
1.1 Penduduk mengikut jantina, Malaysia, 2011-2014 4
1.2 Kerangka teori diadaptasi daripada Model Kategori
Personaliti Holland’s (1997)
13
1.3 Kerangka teori kajian 14
3.1 Formula saiz sampel Krejcie & Morgan (1970) 47
3.2 Prosedur kajian 49
3.3 Kaedah ‘coding system’ 59
4.1 Taburan skor min trait personaliti Realistik 72
4.2 Taburan skor min trait personaliti Investigatif 72
4.3 Taburan skor min trait personaliti Artistik 73
4.4 Taburan skor min trait personaliti Sosial 73
4.5 Taburan skor min trait personaliti Enterprising 74
4.6 Taburan skor min trait personaliti Konvensional 74
xv
SENARAI SINGKATAN
PPPM - Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia
NSF - National Science Foundation
USA - United States of America
BEM - Lembaga Jurutera Malaysia
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta
MIGHT - Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia Teknologi Tinggi
MTU - Malaysian Technical University
UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
UNIMAP - Universiti Malaysia Perlis
UA - Universiti Awam
UTeM - Universiti Teknikal Malaysia Melaka
KPTM - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
PSPTN - Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
IEM - Institut Jurutera Malaysia
AIM - Amanah Ikhtiar Malaysia
MTEN - Majlis Tindakan Ekonomi Negara
MEF - Persatuan Majikan Majikan Malaysia
ISIS - Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
SKM - Sijil Kemahiran Malaysia
xvi
ICT - Information of Communication Technology
SPSS - Statistical Package for Social Science
SDS - Self Directed Search
HMOC - Holland Model of Occupational Choice
NUTE - Namdinh University of Technology Education
HIS - Hispanic Institute
PWI - Predominantly White Institute
xvii
SENARAI LAMPIRAN
A Jadual Krejic & Morgan (1970) 119
B Soal Selidik Pelajar 120
C Temu Bual Majikan 125
D Keputusan Kajian Rintis : Alpha Cronbach 137
E Ujian normaliti 143
F Keputusan Kajian Sebenar 144
G Pengesahan Pakar 151
H Surat Permohonan Kajian 157
I Surat Kebenaran Soal Selidik 168
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Matlamat negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPM)
menjelang 2025 adalah ingin melahirkan graduan berkualiti dari segi kebolehpasarannya
(Kementerian Pengajian Tinggi, 2015). Peningkatan itu dijangka akan lebih meningkat
dari jumlah semasa 75% ke 80% menjelang penghujung 2015. Pelan tersebut
mengariskan enam elemen bagi menghasilkan graduan yang berkualiti iaitu etika dan
rohani, kemahiran kepimpinan, identiti kebangsaan, kemahiran berbahasa, kemahiran
berfikir dan pengetahuan. Enam elemen tersebut merupakan pecahan daripada dua
attribut yang penting iaitu akhlaq dan ilmu. Graduan teknikal juga tidak terkecuali dari
memenuhi keperluan pasaran sekarang. Oleh itu, setiap graduan perlu berdaya saing
dalam memastikan mereka berkualiti dan diterima dalam bidang pekerjaan. Menurut
Mahyuddin (2008), Malaysia bukan sahaja memerlukan pekerja-pekerja yang tahu
menggunakan teknologi, malah tahu mencipta teknologi baru bagi keperluan industri.
Walau bagaimanapun, bidang teknikal khususnya bidang kejuruteraan di lihat
kurang di ceburi oleh graduan wanita. Menurut (National Science Foundation (NSF),
2
2015), di United States of America (USA) wanita lebih cenderung untuk bekecimpung
dalam kerjaya seperti, ahli psikologi, doktor bedah, atau doktor gigi seperti dalam Jadual
1.1. Berdasarkan statistik jurutera professional yang mendaftar di bawah (Lembaga
Jurutera Malaysia (BEM),2014) bilangan jurutera wanita bagi tahun 2013 adalah 95.3%
rendah jika di bandingkan dengan jurutera lelaki dan bagi tahun 2014 bilangan jurutera
wanita yang berdaftar 95% rendah berbanding lelaki seperti dalam Jadual 1.2. Bidang
kejuruteraan yang paling ketara kurang di ceburi oleh golongan wanita ialah bidang
elektrik, gas, wap dan pendinginan udara (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013).
Jadual 1.1: Peratusan pekerjaan yang dipilih oleh wanita yang bekerja
sebagai tenaga kerja dalam bidang sains dan kejuruteraan, USA, 2013.
(NSF, 2015)
Bidang Pekerjaan Peratusan %
Sains dan Kejuruteraan 29
Ahli psikologi 73
Ahli sains sosial 61
Pakar sains kehidupan 49
Pakar Ekonomi 47
Pakar matematik dan komputer 25
Jurutera 15
Ahli fizik dan astronomi 12
Berkaitan kesihatan 69
Pakar teknologi dan juruteknik dalam sains kehidupan 62
Pengajar pra university sains dan kejuruteraan 56
Pengamal diagnosis kesihatan 37
Tidak berkaitan dengan sains dan kejuruteraan 48
3
Jadual 1.2: Peratusan bilangan ahli professional yang berdaftar mengikut jantina,
Malaysia, 2013-2014.
(Institut Akauntan Malaysia, Lembaga Arkitek Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia,
Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia, Majlis Veterinar Malaysia,
Majlis Peguam Malaysia, 2014)
Namun begitu, jika di lihat dari segi enrolmen pelajar kejuruteraan di IPTA dan
IPTS, peratusan perbezaan bilangan pelajar lelaki dan wanita adalah tidak begitu besar
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013) iaitu 13.6% di IPTA dan 34.6% di IPTS. Julat
perbezaan itu boleh diklasifikasikan sebagai tidak begitu ketara.
Dari sudut pekerjaan menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (2013), kadar
pengganguran graduan wanita yang berpendidikan (memiliki ijazah) semakin meningkat
secara ketara bermula dari tahun 1990 hingga tahun 2013. Pada tahun 2013 penggangur
yang terdiri dari graduan wanita adalah sebanyak 3.4% berbanding lelaki yang hanya
2.9%. Adakah ini menunjukkan sama ada wanita melanjutkan pelajaran dalam bidang
yang tidak memenuhi kehendak pasaran semasa, atau pasaran sangat rigid kepada
penyertaan wanita dalam ekonomi formal (Shukry, 2014).
2013 2014
Profesion Lelaki Perempuan
Perempuan
daripada jumlah
%
Lelaki Perempuan
Perempuan
daripada
jumlah %
Akauntan 14730 14894 50.3 14954 15343 50.6
Arkitek 1187 632 34.7 1173 638 35.2
Jurutera
Profesional 15130 754 4.7 15534 823 5
Doktor Gigi 1755 3166 64.3 1914 3670 65.7
Doktor
Perubatan 15407 14106 47.8 16977 16210 48.8
Doktor Veterinar 1093 776 41.5 1160 913 44
Peguam 7555 7698 50.5 7841 8214 51.2
4
1.2 Latar belakang masalah
Data dari Jabatan Perangkaan Malaysia (2014) yang boleh dirujuk di dalam Rajah 1.1
menunjukkan bahawa anggaran penduduk yang menetap di Malaysia melebihi dari
30juta orang,di mana bilangan penduduk lelaki melebihi wanita dalam perkiraan 105
lelaki kepada setiap 100 wanita. Walaupun kadar populasi lelaki adalah lebih berbanding
wanita, namun kemasukan di universiti menunjukkan peratusan wanita adalah lebih
tinggi (61.07%) jika dibandingkan dengan lelaki (38.93%). Statistik juga menunjukkan
kadar tenaga buruh wanita di Malaysia adalah sebanyak 52.4%. Gambaran ini jelas
menunjukkan bahawa wanita merupakan penyumbang kepada peningkatan ekonomi
Malaysia secara tidak langsung (Hamzah et al, 2014).
Umum mengetahui bahawa pendidikan merupakan salah satu agen berkuasa bagi
meningkatkan kualiti pengeluaran sumber manusia dalam memajukan taraf ekonomi
sesebuah negara. Wanita selalunya disosialisasikan bahawa perkahwinan sebagai
pencapaian utama yang perlu dikecapi berbanding pendidikan. Manakala kerjaya
merupakan tangga kedua dalam hidup seseorang wanita. Walau bagaimanapun, dalam
masyarakat yang semakin moden dan berfikiran terbuka ini, dilihat wanita semakin
membuka mata tentang kepentingan pendidikan untuk menjamin masa depan mereka
kelak.
13000000
13500000
14000000
14500000
15000000
15500000
16000000
2011 2012 2013 2014
Jum
lah
Tahun
Lelaki
Wanita
Rajah 1.1: Penduduk mengikut jantina, Malaysia, 2011-2014
5
Terdapat peningkatan terhadap kadar kemasukan pelajar wanita ke universiti dari tahun
2007 hingga 2013 sebanyak 25.2% jumlah pelajar wanita yang mengikuti pengajian
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Pelajar wanita dilihat lebih cenderung untuk
mengikuti pengajian dalam bidang pendidikan kerana statistik memaparkan sebanyak
70.1% pelajar di institut pendidikan guru adalah terdiri dari golongan wanita. Namun
begitu, perbezaan besar dapat dilihat di politeknik dan kolej komuniti dimana jumlah
pelajar wanita adalah lebih rendah iaitu 36% pada tahun 2013. Kewujudan politeknik
dan kolej komuniti di negara ini adalaah bagi melatih pekerja-pekerja mahir dan separa
mahir serta melahirkan juruteknik, dan universiti untuk menghasilkan jurutera.
Tidak dinafikan bahawa, pelajar wanita lebih ramai di bidang perdagangan,
perubatan, pendidikan dan sains rumah tangga berbanding bidang kejuruteraan.
Pendidikan memang sentiasa dikaitkan dengan profesion yang lembut, maka tidak
hairanlah berlaku pradominasi guru-guru wanita di sekolah-sekolah (Abu Bakar, 2006).
Namun menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia
Teknologi Tinggi (MIGHT), Dr. Mohd Yusoff Sulaiman (2013), menyatakan bahawa
golongan wanita sangat sesuai menceburi kerjaya dalam bidang kejuruteraan kerana
mempunyai sifat istimewa iaitu cermat, teliti dan berhati-hati.
Setelah mempunyai kelayakan hasil daripada pendidikan, wanita telah
menembusi pelbagai jenis pekerjaan seperti ditunjukkan pada Jadual 1.3. Penglibatan
wanita dalam pembangunan ekonomi negara sudah wujud sekian lama dan telah diiktiraf
(Roddid et al, 2009). Disamping itu juga wanita yang memiliki kemahiran kurang
mendapat pengikhtirafan sama ada di tempat kerja mahupun di institusi pengajian.
Seseorang wanita yang mempunyai kelayakan yang setanding lelaki sering diberi gaji,
pangkat dan tanggungjawab yang lebih rendah (Correll, 2007).
6
Jadual 1.3: Bilangan penduduk yang bekerja mengikut industri dan jantina,
Malaysia, 2013.
(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013)
Industri Lelaki Perempuan
% %
Pertanian,perhutanan dan perikanan 75.4 24.6
Perlombongan dan pengkuarian 80.1 19.9
Pembuatan 62.4 37.6
Bekalan elektrik, gas, wap dan pendingin udara 79.6 20.4
Pembinaan 91.2 8.8
Perdagangan borong dan runcit,pembaikan kenderaan
bermotor 61 39
Pengangkutan dan penyimpanan 86.9 13.1
Perkhidmatan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan
minuman 48.4 51.6
Maklumat dan komunikasi 61.5 38.5
Aktiviti kewangan dan insurans/takaful 46.5 53.5
Aktiviti hartanah 58.5 41.5
Aktiviti professional,saintifik dan teknikal 51.4 48.6
Aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan 65.8 34.2
Pentadbiran awam dan pertahanan;aktiviti
keselamatan sosial 69.6 30.4
Banyak ilmuwan dan pemikir telah mengutarakan beberapa teori tentang
pemilihan kerjaya antaranya ialah Teori Kerjaya Islam oleh Sidek Mohd Noah (2002),
Teori Tret oleh Osipow (1973), Teori Holland oleh Holland (1997), Teori Super, Teori
Krumboltz, Mitchell dan Gelatt (1975) dan Teori Anne Roe. Ini adalah kerana mereka
menggangap pemilihan kerjaya merupakan aspek penting bagi kebanyakan individu
yang sudah bergraduasi. Majoriti pelajar di Malaysia membuat pemilihan kerjaya tanpa
berdasarkan kepada perancangan awal yang sistematik (A.Manaf, 2013). Kemungkinan
untuk mengalami masalah dalam isu pemilihan kerjaya adalah graduan wanita dari
bidang kejuruteraan terutamanya. Kerana mereka perlu bersaing dengan graduan lelaki
untuk mendapat tempat di sektor industri.
7
Statistik Pekerjaan dan Perburuhan dari Kementerian Sumber Manusia 2013
menyatakan bahawa majikan yang terdapat di Malaysia majoriti terdiri daripada kaum
lelaki iaitu seramai 0.44 juta berbanding majikan wanita seramai 0.08 juta. Kajian yang
dilakukan oleh Zafir Mohd Makhbul et. al (2012), menunjukkan bahawa faktor
keperibadian dan keterampilan menjadi pilihan utama majikan dari perspektif
pengurusan sumber manusia. Oleh itu, graduan wanita perlu lengkapkan diri mereka
secukupnya untuk menjadikan mereka sebagai pilihan terbaik kepada majikan di
industri.
1.3 Penyataan masalah
Kepesatan perkembangan teknologi dan sains perlulah bergerak seiring dengan
pertumbuhan masyarakat yang mempunyai kemahiran yang bersesuaian sama ada secara
teori mahupun amali. Masyarakat yang tidak menguasai bidang ini boleh dikategorikan
sebagai masyarakat yang mundur (Mahyuddin, 2008). Menurut laporan yang disiarkan
Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (2014), berkata masalah
ketidaksamaan gender dalam pekerjaan professional atau teknikal disebabkan oleh
majikan yang mengharapkan graduan wanita mempunyai kebolehan yang sama seperti
lelaki. Majikan sering mempunyai masalah dalam pengambilan dan pemilihan pekerja
dan ini menyebabkan kos pengurusan meningkat, produktiviti menurun, operasi
organisasi tergendala dan moral pekerja menjadi rendah (Gatewood & Field, 1994).
Kemahiran seperti berfikir kritis, perancangan, penyelesaian masalah, komunikasi lisan,
membuat keputusan, dan perundingan menunjukkan perbezaan antara persepsi majikan
dan graduan (Wye & Lim, 2009). Menurut Pengarah Eksekutif Matsushita Television
Co. (Malaysia) Sdn. Bhd. menyatakan bahawa personaliti seseorang calon sangat
diambil berat semasa proses temuduga pekerja di sektor perkilangan (Zafir Mohd
Makhbul & Mohamad Hasun, 2007).
Setelah melihat kepada pelbagai masalah yang dialami oleh graduan wanita
dalam pemilihan kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti mereka serta kesulitan
8
yang dialami oleh pihak majikan dalam pemilihan pekerja yang memenuhi kriteria yang
sesuai dengan jawatan di industri, sesuatu harus dilakukan untuk membantu graduan
wanita dalam pemilihan kerjaya yang bersesuai dengan personaliti mereka dan secara
tidak langsung dapat memenuhi kehendak majikan. Walaupun banyak penyelidikan
telah mengkaji tentang teori pemilihan kerjaya dalam kalangan graduan wanita, masih
amat kurang penyelidikan yang mengkaji isu ini dari pihak majikan dan membuat
perbandingan dengan kehendak graduan wanita. Adakah personaliti yang tidak
bersesuaian merupakan penyebab utama majikan di luar sana yang masih kurang
percaya terhadap graduan wanita? Apakah penyelesaian yang patut dilakukan oleh
graduan wanita dalam pemilihan kerjaya yang tepat dengan personaliti mereka?
Seharusnya satu kajian yang menepati kepada permintaan majikan mungkin dapat
merungkai isu pemilihan kerjaya dalam kalangan graduan wanita. Justeru itu, kajian ini
akan mengkaji sejauh manakah trait personaliti yang dimiliki oleh graduan wanita
adalah selari dengan keperluan majikan di industri dalam menangani masalah
ketaksamaan gender.
1.4 Tujuan kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah trait
personaliti mempengaruhi dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan wanita yang
mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan adalah selaras dengan keperluan
majikan-majikan di indsutri sekarang.
9
1.5 Objektif kajian
Terdapat tiga objektif yang diperlukan dalam mencapai matlamat kajian iaitu:
1. Mengenal pasti trait personaliti yang mempengaruhi graduan wanita tahun
akhir bidang kejuruteraan di MTU.
2. Mengenal pasti ciri-ciri personaliti yang diperlukan oleh majikan terhadap
graduan wanita bidang kejuruteraan.
3. Mengenal pasti perbezaan antara trait personaliti dalam kalangan graduan
UTHM dengan UNIMAP.
1.6 Persoalan kajian
Secara khususnya, terdapat persoalan-persoalan kajian yang dijadikan sebagai rujukan
untuk memperolehi keputusan pada kajian yang dijalankan:
1. Bagaimanakah trait personaliti yang mempengaruhi graduan wanita tahun
akhir bidang kejuruteraan di MTU?
2. Bagaimanakah ciri-ciri personaliti yang diperlukan oleh majikan terhadap
graduan wanita bidang kejuruteraan?
3. Bagaimanakah perbezaan antara trait personaliti dalam kalangan graduan
UTHM dengan UniMAP?
10
1.7 Hipotesis kajian
Satu hipotesis kajian telah dirangka bagi menjawab persolan kajian yang ketiga iaitu
seperti berikut:
Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti
Realistik dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan UTHM dengan
UniMAP
Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti
Investigatif dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan UTHM dengan
UniMAP
Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti Artistik
dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan UTHM dengan UniMAP
Ho4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti Sosial
dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan UTHM dengan UniMAP
Ho5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti
Enterprising dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan UTHM dengan
UniMAP
Ho6 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara trait personaliti
Konvensional dalam pemilihan kerjaya kalangan graduan UTHM dengan
UniMAP
1.8 Skop kajian
Bagi memenuhi objektif kajian ini, pengumpulan data mengfokuskan kepada impak trait
personaliti dalam keberkesanan pemilihan kerjaya kalangan graduan wanita bidang
kejuruteraan. Responden kajian terdiri daripada golongan graduan wanita tahun akhir
bidang kejuruteraan di Malaysian Technical University (MTU) iaitu di Universiti
Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang
mempunyai program teknikal di zon utara dan zon selatan semenanjung Malaysia serta
11
beberapa orang majikan dari industri yang mengambil pelajar universiti bekerja sebagai
jurutera di bahagian zon utara dan zon selatan semenanjung Malaysia.
1.9 Batasan kajian
Kajian ini dijalankan secara mod campuran dan penyelidik menggunakan dua kaedah
pengumpulan data iaitu soal selidik dan temu bual sahaja. Sebagaimana yang diketahui,
di Malaysia terdapat banyak IPT yang mempunyai pelbagai program yang ditawarkan,
disebabkan populasi yang sangat besar, kajian lebih tertumpu kepada Universiti Awam
(UA) yang mempunyai program kejuruteraan sahaja. Oleh itu pengkaji memilih MTU
yang terletak di zon utara dan selatan sahaja. Setelah mengambil kira kemudahan dari
segi logistik, pemilihan ini juga adalah berdasarkan faktor kekangan masa dan
kewangan. Responden bagi kajian ini melibatkan pelajar tahun akhir sahaja yang akan
bergraduasi pada tahun ini iaitu 2016 dan akan memasuki alam pekerjaan.
Bilangan majikan yang ditemu bual hanya melibatkan beberapa industri sahaja
iaitu di zon utara dan selatan sahaja. Polisi sesebuah industri yang agak ketat
menyukarkan penyelidik untuk melibatkan berbagai jenis industri secara keseluruhan.
Penyelidik mengehadkan kajian kepada beberapa buah industri sahaja.
Manakala bagi instrument yang digunakan oleh penyelidik adalah borang soal
selidik, dan dapatan soal selidik bergantung kepada kejujuran responden yang
menjawab. Selain itu, daripada soal selidik yang diedarkan, diandaikan setiap responden
memahami arahan dan menjawabnya dengan sempurna kerana semua responden yang
dipilih mempunyai keupayaan dan kefahaman yang sama iaitu Bahasa Melayu.
12
1.10 Kepentingan kajian
Dalam penyelidikan ini, hasil kajian diharap dapat digunakan dan memberi manfaat
kepada pengkaji terutamanya, graduan wanita dalam bidang kejuruteraan untuk memilih
kerjaya berdasarkan personaliti mereka serta sebagai garis panduan kepada majikan
untuk memilih pekerja yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon untuk
memastikan kualiti pekerjanya sentiasa di paras yang dikehendaki.
Dapatan kajian ini juga akan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak, terutamanya
pihak universiti agar dapat menyebarkan maklumat yang berkaitan dan memberi
kesedaran kepada mahasiswa tentang betapa pentingnya mengetahui dan memahami
tentang personaliti peribadi dalam memastikan persediaan ke alam pekerjaan.
Pelajar mestilah sedar bahawa pada masa sekarang dunia pekerjaan telah menjadi
begitu mencabar dan mereka terpaksa bersaing serta berfikiran terbuka untuk menceburi
sebarang pekerjaan yang mereka minati.
1.11 Kerangka konsep
Kerangka teori seperti dalam Rajah 1.2 menerangkan tentang konsep yang dirujuk oleh
penyelidik iaitu menggunakan Teori Holland’s mengenai personaliti vokasional, (1997).
Kerangka konsep lazimnya diterangkan dalam bentuk peta minda atau gambarajah bagi
memudahkan pemahaman tentang keseluruhan kajian. Teori Holland (1997)
menjelaskan bahawa personaliti dan persekitaran pekerjaan boleh diklasifikasikan
kepada enam kategori yang berbeza Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial
(S), Enterprising (E), dan Konvensional (K).
13
Rajah 1.2: Kerangka Konsep
Diadaptasi daripada Model Kategori Personaliti Holland’s (1997),
(Threeton & Walter, 2009)
Kajian ini mengfokuskan kepada elemen personaliti yang menyumbang kepada
pemilihan kerjaya iaitu dari sudut personaliti yang terdiri dari enam attribut iaitu
Realistik (R), Siasatan (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Konvensional
(K) seperti dalam Rajah 1.3.
Jenis
Personaliti
Holland’s
R
C
E S
A
I
Mempunyai kemahiran
yang baik dalam
bekerja dengan
peralatan, lukisan
mekanikal atau
elektrik, mesin dan
lebih gemar bekerja
dengan benda.
Gemar bekerja
dengan perkataan
dan nombor dan
amat teratur.
Mempunyai
keupayaan
kepimpinan dan
bercakap.
Mempunyai kebolehan
matematik dan saintifik
dan gembira bekerja
bersendirian
Gemar bekerja
dengan karya
asalnya dan
mempunyai
imaginasi yang
baik.
Berminat dengan
hubungan manusia.
14
Rajah 1.3: Kerangka konsep kajian
1.12 Definisi istilah dan operasi
Definisi istilah dan operasi adalah merujuk kepada istilah yang diguna pakai dalam
kajian ini bagi memudahkan pembaca dalam memahami tentang kajian yang dijalankan
ini.
1.12.1 Kejuruteraan
Kejuruteraan mempunyai pelbagai bidang antaranya ialah elektrik, elektronik, awam,
mekanikal, pembuatan dan banyak lagi. Dalam kajian ini, kejuruteraan merupakan
bidang yang diambil oleh pelajar wanita semasa mereka menuntut di UA masing-
masing. Kemahiran teknikal yang dipelajari ini memberi sumbangan kepada graduan
Input Proses Output
Pelajar wanita
bidang
kejuruteraan
tahun akhir di
UniMAP dan
UTHM
Trait Personaliti
(Holland’s, 1997)
Realistik
Investigatif
Konvensional
Enterprising
Artistik
Sosial
Pemilihan
Kerjaya
Majikan di zon
utara dan
selatan
Pemilihan
Pekerja
15
wanita dalam menjadi garis panduan kepada mereka untuk memilih pekerjaan yang
bersesuaian dengan kemahiran kejuruteraan yang mereka pelajari.
1.12.2 Graduan wanita
Dalam kajian ini, diterjemahkan sebagai seorang perempuan iaitu berlawanan kepada
lelaki. Ia juga boleh dikategorikan sebagai pelajar perempuan dewasa yang mempunyai
identiti kewanitaan yang memaparkan keseluruhan perwatakan sebagai seorang wanita.
Tambahan pula, wanita diertikan sebagai perempuan yang berusia dalam lingkungan 23
tahun sehingga 64 tahun.
1.12.3 Personaliti
Personaliti berasal dari perkataan Latin “Pesona”, yang membawa maksud topeng atau
pelindung muka iaitu merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu. Menurut
ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak,
keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Allport 1961,
(dalam Mischel,1999) menyatakan bahawa konsep personaliti sebagai organisasi
dinamik sistem psikofizikal setiap individu yang menentukan tingkah laku dan
pemikiran.
Menurut Kamus Dewan Edisi ke Empat, persona membawa maksud watak
rekaan di dalam cereka, drama, novel dan sebagainya. Makna yang lain, watak atau sifat
seseorang seperti yang ditampilkan kepada orang lain atau seperti yang ditanggapi oleh
orang lain. Manakala Personaliti membawa maksud keperibadian atau perwatakan.
16
1.12.4 Trait personaliti
Kajian ini menggunakan trait personaliti Holland (1997). Di mana beliau telah
mengemukakan beberapa andaian asas yang menjadi teras dan tunjang kepada
pembentukan teorinya. Antaranya ialah dalam budaya Amerika, kebanyakan individu
boleh dikategorikan kepada satu daripada enam jenis trait personaliti iaitu Realistik (R),
Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Konvensional (K).
Menurut Holland, setiap jenis personaliti ini adalah terbentuk hasil daripada interaksi
antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan
biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal. Hasil daripada interaksi
antara individu dengan faktor-faktor ini seseorang individu itu dikatakan akan menyukai
aktiviti-aktiviti yang lain.
1.12.5 Gender
Secara ringkas dan bahasa mudahnya, gender adalah perbandingan diantara lelaki dan
wanita. Sama ada dari segi fizikal, kehidupan sosial, budaya dan ciri-ciri perwatakan.
Namun ramai masih menyatakan bahawa gender dan jantina adalah perkataan yang
membawa sama maksud. Di dalam kajian ini penulis menterjemahkan gender sebagai
perbezaan individu iaitu antara graduan wanita dan graduan lelaki dari segi pencapaian
akademik dan keterampilan mereka. Menurut Engenderhealth (2004) gendermerujuk
kepada peranan dan jangkaan yang dikenal pasti sebagai penyebab yang menganggu hak
kesetaraan dan status wanita dengan memberi kesan yang bertentangan dengan hidup,
keluarga, status sosial, ekonomi dan kesihatan.
17
1.12.6 Pemilihan
Pemilihan dalam kajian ini, pemilihan yang dimaksudkan adalah mengenai tindakan atau
pilihan dilakukan oleh graduan wanita bidang kejuruteraan terhadap pemilihan kerjaya
selepas bergraduasi.
1.12.7 Kerjaya
Kerjaya mempunyai pelbagai persepsi bagi sesetengah individu. Namun, umum
mengetahui bahawa kerjaya adalah melakukan suatu pekerjaan untuk beroleh
pendapatan dalam memenuhi keperluan mereka. Menurut Mohd Fadzil Che’ Din (2001)
menegaskan bahawa kerjaya adalah kerja atau aktiviti-aktiviti untuk memenuhi
keperluan-keperluan psikologikal, ekonomikal dan sosioligikal individu dan ini
direalisasikan dengan bekerja hingga berjaya. Oleh itu, dalam kajian ini penulis
mengabungkan definisi umum dan teori dari kajian lepas mengenai kerjaya, iaitu kerjaya
merupakan satu mekanisme bagi memenuhi keperluan sumber manusia iaitu majikan
dalam suatu organisasi atau industri untuk masa kini dan masa datang.
1.12.8 Program Universiti Teknikal Malaysia (MTU)
MTU diwakili oleh empat Universiti Teknikal iaitu Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia
Pahang (UMP) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Keempat-empat universiti ini
memang menjurus kepada pengajian teknikal.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan isu-isu yang berkaitan seperti isu-isu graduan wanita masa kini,
wanita yang berkecimpung dalam bidang teknikal, kerangka teori berkaitan personaliti
Holland‟s, ringkasan kajian lepas mengenai personaliti wanita, wanita dalam dunia
kerjaya, faktor yang mendorong graduan dalam pemilihan kerjaya serta kriteria
pemilihan pekerja oleh majikan. Kesemua isu-isu berkaitan dengan kajian akan
dihuraikan dengan lebih terperinci dalam bab ini.
2.2 Wanita dan pendidikan
Pendidikan adalah salah satu bidang yang sering dianggap sebagai memiliki masalah
ketidaksamarataan gender. Persoalan ketidaksamarataan gender dalam pendidikan ini
bukan hanya dari aspek pendidikannya itu sendiri, melainkan dari individu yang terlibat
dalam dunia pendidikan yang sering mengabaikan aspek kesetaraan gender di dalamnya.
19
Keinginan untuk lebih meningkatkan kualiti hidup kaum wanita ini telah mampu
meningkatkan kadar penglibatan kaum wanita dalam dunia pendidikan. Malahan di
beberapa negara maju, kadar penglibatan kaum wanita di dunia pendidikan lebih tinggi
dibandingkan kaum lelaki. Namun demikian, walaupun kadar penglibatan makin
meningkat kaum wanita di dunia pendidikan belum boleh menandingi potensi dan
pencapaian kaum lelaki dalam beberapa aspek (Muhammad Zuhdi, 2006). Oleh karena itu,
salah satu elemen dari Millenium Development Goals adalah dengan mewujudkan
kesamarataan gender dan memperkukuhkan kaum wanita (Bhopal, 2010).
Realitinya, tahap pendidikan di Malaysia telah meningkat sebanyak 50%. Berdasarkan
nisbah pelajar wanita di (UA) berbanding lelaki iaitu 60:40 (Jabatan Perangkaan Malaysia,
2010).
2.2.1 Kadar enrolmen pelajar wanita
Kadar kemasukan pelajar wanita di IPT di Malaysia melalui Kementerian Pendidikan
Malaysia sehingga tahun 2013 semakin meningkat dari tahun 2007 sebanyak 25.2% dan
melebihi pelajar lelaki yang melanjutkkan pelajaran ke IPT. Keadaan ini dijangka akan
berlarutan kerana masyarakat semakin berfikiran terbuka mengenai kepentingan
pendidikan pada abad 21 sekarang. Hal ini mendapat perhatian oleh pihak kerajaan.
Justeru itu, pembangunan dan pelaburan yang tinggi dalam melahirkan graduan
terutamanya di peringkat tertiari sering menjadi keutamaan. Kerajaan dalam setiap pelan
Rancangan Pembangunan Lima Tahun mahupun pelan jangka sederhana dan jangka
pendek. Di samping itu, bagi mentranformasikan pengajian tinggi dalam konteks
menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa,
Kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menggubal Pelan
Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang mengandungi tujuh teras utama iaitu
meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti, menambahbaik kualiti pengajaran dan
pembelajaran, memperteguh penyelidikan dan inovasi, memperkasa institusi pengajian
20
tinggi, mempergiat pengantarabangsaan, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat
dan mengukuhkan sistem penyampaian KPT.
2.2.2 Wanita dalam bidang kejuruteraan
Menurut Balamuralithara et al. (2014) bidang kejuruteraan merupakan salah satu elemen
yang sangat utama bagi pembangunan manusia yang berpotensi untuk menambah kualiti
kepada produk, proses dan perkhidmatan yang menyumbang kepada pembangunan
ekonomi dan juga meningkatkan taraf hidup. Dalam abad ke-21 ini, kita sedang
menyaksikan perubahan pesat dalam sektor kejuruteraan di mana keperluan untuk
profesion kejuruteraan semakin berkembang. Hasilnya dapat kita lihat melalui BEM
kadar peningkatan jurutera profesional wanita yang berdaftar pada tahun 2013 adalah
sebanyak 754 orang dan meningkat kepada 823 orang pada tahun 2014.
Namun peningkatan ini masih jauh ketinggalan berbanding jumlah peratusan
jurutera profesional bagi lelaki yang berdaftar iaitu sebanyak 94% daripada jumlah yang
mendaftar pada tahun 2014. Kurangnya penonjolan wanita dalam program dan profesion
kejuruteraan menimbulkan kebimbangan tentang bagaimana untuk menarik minat
golongan wanita untuk menyertai kerjaya yang didominasi oleh golongan lelaki ini.
Beberapa kajian telah dijalankan menunjukkan bahawa kadar pengraduasian
pelajar kejuruteraan dalam kalangan pelajar wanita semakin meningkat sejak beberapa
tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2004, 9.5% daripada siswazah Jepun dalam bidang
kejuruteraan adalah wanita dan pada tahun 2010, kira-kira 10% graduan kejuruteraan
adalah wanita. Ini menunjukkan peningkatan sangat kecil iaitu sebanyak 0.05% wanita
Jepun dalam bidang kejuruteraan dari tahun 2004 hingga 2010. Sehingga ke masa kini
hanya 1% jurutera di Jepun terdiri daripada wanita (Balamuralithara et al.,2014).
Manakala di Korea menurut Jong & Song (2015), majoriti universiti yang
mempunyai kursus kejuruteraan didominasi oleh pelajar lelaki dan pelajar wanita lebih
kepada kursus pendidikan. Kesedaran telah timbul menyebabkan pihak universiti di
Korea mewujudkan subjek pendidikan kejuruteraan untuk memberi kesedaran tentang
21
peluang pekerjaan yang sangat rendah kepada graduan wanita. Oleh itu subjek ini bagi
meningkatkan peluang graduan wanita di Korea untuk bekerja dalam sektor kejuruteraan
berbanding pendidikan yang semakin ramai. Keputusan menunjukkan para pelajar
wanita menyokong tentang kewujudan subjek kejuruteraan itu sebanyak 84% bersetuju.
Di Malaysia kadar penyertaan pelajar wanita dalam kursus kejuruteraan
meningkat secara perlahan namun lebih tinggi berbanding Korea dan Jepun. Melalui
enrolmen kemasukan pelajar IPT dalam bidang kejuruteraan adalah sebanyak 24.1%
melalui data yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2013
untuk IPT swasta dan bantuan kerajaan.
2.3 Wanita dan pembangunan kerjaya
Proses industrialisasi dan urbanisasi telah meninggalkan kesan yang paling penting ke
atas status dan penan kaum wanita (Abu Bakar, 2012). Akibat daripada kedua-dua
proses itu, lebih ramai kaum wanita yang terlibat dalam pekerjaan di luar rumah.
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa peluang-peluang pekerjaan yang ada telah
memindahkan wanita dari ruang domestik ke ruang awam di mana mereka memegang
pelbagai jawatan dalam sektor tertentu. Hal ini berlaku kerana tenaga wanita diperlukan
bagi menampung keperluan tenaga kerja di pasaran buruh. Dengan itu tenaga wanita
mula mengalir keluar dari ruang rumah ke ruang pekerjaan yang terasing daripada
rumah tangga yang pada suatu ketika dahulu menjadi dunia kepada wanita.
22
2.3.1 Kejuruteraan
Penglibatan wanita dalam alam pekerjaan sering dikaitkan dengan taraf pekerjaan yang
rendah dan wanita biasanya diberi tugas yang menjemukan dalam pengeluaran sesuatu
barang (Marjut, 2014). Jenis pekerjaan yang diberikan kepada wanita selalunya
merupakan pekerjaan yang berpendapatan rendah, tidak mempunyai kuasa untuk
menentukan syarat-syarat pekerjaan dalam organisasi kerja, pekerjaan yang tidak
berkehendakan latihan dan tidak mempunyai peluang untuk naik pangkat. Peluang
pekerjaan dalam industri bagi wanita sekarang walaupun bertaraf rendah tetapi ia adalah
lebih baik daripada pekerjaan lain yang sedia ada seperti buruh dalam sektor pertanian
dan pembinaan, pembantu rumah dan peniaga kecil-kecilan.
Melalui artikel yang ditulis oleh Jaafar (2015) dalam Berita Harian Online
mengenai jurutera wanita yang dikenali sebagai Profesor Madya Ir Hayati Abdullah
yang berusia 53 tahun dikenali sebagai jurutera yang luar biasa. Sebagai jurutera
profesional, Hayati disifatkan sebagai model yang menjadi sumber inspirasi dan
motivasi kepada jurutera wanita yang lain dalam memberi sumbangan kepada
pembangunan negara. Beliau juga aktif dalam melakukan penyelidikan bersifat inivatif
sehingga dilantik sebagai pengarah di Pusat Pengajaran dan Pembelajaran UTMLead.
Dengan keazaman dan kecemerlangan yang ditunjukkan di negara ini, memang
selayaknya Hayati terpilih menerima Anugerah Jurutera Wanita 2015 Institut Jurutera
Malaysia (IEM).
2.3.2 Perubatan
Melalui kerjaya sebagai pakar perubatan atau dikenali sebagai doktor semakin
meningkat kadar penyertaan wanita dalam bidang ini. Di Malaysia statistik dari Majlis
Pergigian Malaysia bagi tahun 2014 menunjukkan bahawa 64.3% dari jumlah doktor
gigi di Malaysia terdiri daripada wanita. Manakala selebihnya adalah lelaki.
23
Di Jepun satu kajian telah dijalankan oleh Kyoko & Kengo (2012) menyatakan
peningkatan jumlah penglibatan wanita dalam bidang perubatan semakin meningkat
berbanding lelaki. Namun, kualiti kerja doktor wanita semakin menurun mengikut kadar
jam bekerja mereka. Mereka menjadi semakin tidak aktif apabila bekerja lebih masa
berbanding doktor lelaki. Kajian mengkaji adakah bekerja separuh masa atau penuh
masa yang bersesuaian dengan wanita. Lebih dari 54% menyatakan bekerja separuh
masa supaya mereka boleh fokus kepada keluarga dan anak-anak.
2.3.3 Keusahawanan
Di Malaysia, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat (KPWKM) menyeru golongan wanita untuk berkecimpung dalam bidang
perniagaan. Menurut Roddin et al. (2009), kementerian ini juga bekerjasama dengan
badan-badan bukan kerajaan dalam melaksanakan program peningkatan kemahiran
wanita khususnya bidang keusahawanan agar mereka mampu berdikari dan menjadi
usahawan yang berdaya saing pada masa hadapan.
Pada masa kini, telah banyak skim latihan, bantuan dan saluran yang disediakan
oleh pihak kerajaan kepada golongan ibu tunggal. Namun begitu, masih ramai lagi
golonganini tidak berjaya menjadi seorang usahawan dan masih bergantung kepada
bantuan kerajaan semata-mata. Didapati bahawa proses pembangunan seseorang
usahawan yang sejati dipengaruhi oleh latar belakang, persekitaran, kemahiran atau ciri-
ciri personaliti individu tersebut.
Menurut Pawanteh (2013) dalam ucapannya menyatakan kerajaan melalui
KPWKM juga bekerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk melatih dan
membangunkan usahawan wanita. Dari bulan Januari 2010 sehingga 31 Disember 2012,
kementerian telah berjaya melahirkan 4300 orang usahawan wanita melepasi sasaran
awal iaitu 4000 orang.
24
2.4 Pelan tindakan wanita
Peranan kaum wanita dalam perkembangan sesebuah negara adalah penting kerana ia
menunjukkan kadar peningkatan bagi sumber manusia. Melalui bidang pekerjaan maka
dapatlah kita ketahui bahawa peranan wanita dalam sektor pekerjaan memberi impak
yang positif terhadap peningkatan ekonomi negara. Pelan tindakan wanita merupakan
satu inisiatif mmbuktikan bahawa tiada golongan wanita dalam masyarakat yang
dipinggirkan oleh kerajaan dalam usaha mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah
negara maju yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Penggubalan pelan tindakan wanita berlandaskan hasrat kerajaan untuk
memperkasakan wanita, mengukuhkan institusi keluarga dan mengupayakan masyarakat
(Mohd. Nur, 2014). Terdapat beberapa teras strategik yang telah digariskan dalam Pelan
strategik KPWKM 2013-2017 iaitu:
1. Memperkasakan wanita bagi meningkatkan sumbangan wanita dalam
sosioekonomi.
2. Memperkukuhkan institusi keluarga bagi menghadapi cabaran kehidupan moden.
2.5 Cabaran wanita masa kini
2.5.1 Isu penganguran
Menurut Muhammad Hazrul (2012), isu berkaitan pengangguran di kalangan siswazah
sering diperkatakan di kalangan masyarakat dan boleh dianggap sebagai satu kegagalan
sistem pendidikan peringkat tinggi negara dalam melahirkan graduan yang memenuhi
keperluan industri. Walaupun banyak penambahbaikan telah dilaksanakan bagi
mengukuhkan lagi tahap kebolehpasaran siswazah di IPT, masih terdapat lagi banyak
rungutan yang dikemukakan oleh para majikan tentang kualiti para graduan ini.
111
RUJUKAN
A.Manaf, N. (2013). Keserasian Personaliti Pelajar dengan Kerjaya Agen
Pengembangan (Tesis Sarjana, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu
Pahat, Johor, Malaysia).
Abdul Ghani, F., & Ahmad Kamil, N.R. (2009). Tret personaliti dan faktor
pemilihan kerjaya dalam bidang perguruan di kalangan pelajar Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup.
Abd Hair Awang. (2004). Keberkesanan Kebolehpasaran Pelatih dalam Industri
Latihan Vokasional Terpilih di Malaysia. Universiti Putra Malaysia (UPM),
Selangor, Malaysia.
Abu Bakar, N.R. (2006). Pendidikan dan Segregasi Pekerjaan Mengikut Gender.
Akademika 67, 53-75.
Ahmad, C.Y., & Abdul Halim, R. (2004). Teori pemilihan kerjaya dan faktor-faktor
yang mempengaruhi pemilihan kerjaya. Jurnal Akademik UITM, Johor.
Ahmad Nabil Md. Nasir. (2012). Kajian Jurang Kemahiran bukan Teknikal antara
Penguasaan Pekerja Mahir Sektor Elektronik dan Kehendak Majikan.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor, Malaysia.
Amene, R. et al. (2011). Comparative research for personality types of Guilan
University physical exercise and counseling students based on Holland
Theory. Procedia Social & Behavioral Science, 30(2011), 2032-2036.
Arsat, M. & Abd Kadir, N. (2010). Kemahiran Generik Dalam Faktor Pemilihan
Jurutera Mengikut Perspektif Industri Pembinaan. Retrieved from
http://eprints.utm.my/10251/
112
Asri Selamat. (2009). Kesamarataan Gender dalam Bidang Industri di Malaysia.
Adakah Wanita Telah Bersedia? (Master's thesis, Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia, Johor, Malaysia). Retrieved from
http://eprints.uthm.edu.my/5570/1/0465.pdf
Asian Women in Higher Education: Shared Communties. (n.d.). Stoke-on-Trent:
Trenthem Books.
Asnul Dahar &, & Mansor, N.Z. (2007). Pemilihan bidang Kejuruteraan Elektrik &
Elektronik sebagai pembentukan awal kerjaya di Sekolah Menengah Teknik
Seberang Prai, Pulau Pinang.
Azman Ripin. (2009). Kesediaan Kerjaya dikalangan Pelajar Fakulti Kejuruteraan
Elektronik (Master's thesis, UTM, Skudai, Malaysia).
Bhopal.K. (2010). Asian Women in Higher Education: Shared Communities. Stoke
on Trent: Trentham Books..
Buccheri, G., Gurber, N. A., & Bruhwiler, C. (2011). The Impact of Gender on
Interest in Science Topics and the Choice of Scientific and Technical
Vocations. International Journal of Science Education.
Buntat, Y. (2004). Integriti kemahiran "employability" dalam program pendidikan
vokasional pertanian dan industri di Malaysia.
Busch, A & Holst, E. (2009). Glass Ceiling Effect and Earning The Gender Pay Gap
in Managerial Positions in Germany. Deutsches Institute fur
Wirtschaftsforschung, Jun 2009.
Calvert, J. R., & Al-Shetaiwi, A. S. (2002). Exploring the mismatch between skills and
jobs for women in Saudi Arabia in technical and vocational areas: the views of
Saudi Arabian private sector business managers. International Journal of
Training and Development.
Che Yusoff, M. (2005). Kajian kecenderungan pemilihan kerjaya di kalangan
siswazah. Jurnal Pengurusan Awam, 4(1).
Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan:Kaedah Penyelidikan, Buku
1. Kuala Lumpur, MS: McGraw-Hill.
Chua, Y.P (2012). Asas Statistik Penyelidikan : Mc Graw Hill Malaysia Sdn.Bhd
113
Clement, C.C. et al. (2012). Does the Holland Model of Occupational Choice
(HMOC) perpetuate the Beancounter-Bookkepper(BB) stereotype of
accountants? Critical Perspective on Accounting, 23(2012), 370-389.
Correl,S.J. (2007). Getting A Job : Is There A Motherhood Penalty. American
Journal of Sociology, 112(5), 1297-1339.
Creswell, J.W. (2002). Research design: Qualitative & Quantitative Approaches,
Thousand Oaks, CA, Sage.
Creswell, J.W. (2008). Research design: Qualitative. Quantitative and mix method
approches (3rd
. ed.). Thousand Oaks, CA:Sage
Darren, F. (2013). Factors Affecting Career Choices of College Students Enrolled in
Agriculture (Master's thesis, University of Tennessee, Martin).
Doris Padmini Selvaratnam,& Kaw Kit Yeng. (2011). PROSIDING PERKEM VI,
JILID 2 (2011). Peranan Wanita dalam Pasaran Kerja Fleksibel di Malaysia:
Kajian Kes di Sektor Perkhidmatan, 86-101.
Engstroma, S. (2015). Female Students Who Succeed within Higher Technical
Education – When and Why They Choose and Who They Are. Procedia - Social
and Behavioral Sciences 167, 161-169.
Esa et al. (2012). Analisis data. Dalam Penyelidikan dalam pendidikan (2nd
ed., p.
474). Malaysia: Mc Graw Hill.
Ferry, N.M. (2006). Factors influencing career choices of adolescents and young
adults in rural Pennsylvania.
Flores, L.Y. et al. (2010). Social cognitive influences on Mexican American's career
choices across Holland's themes. Journal of Vocational Behavior, 76(2010),
198-210.
Ghasemi, A & Zahediasl, S (2012). Normality tests for statistical analysis: A guide
for non statisticians. International Journal of Endocrinology & Metabolism,
10 (2), 486-489.
Gurvinder, K. &, & Sharan, K. (2008). Malaysian graduates employability skills.
UNITAR-E Journal, 4(1).
114
Hamzah. (2007). Hubungan keserasian pola personaliti persekitaran enam kerjaya
bidang keagamaan dengan kepanasan kerja di negeri Johor (Master's thesis,
UTM, Skudai, Malaysia).
Hamzah et al. (2014). Faktor Sokongan Individu Terhadap Kecemerlangan Wanita
Bekerjaya dan Berumah Tangga. Jurnal Teknologi, Universiti Teknologi
Malaysia, 5-6.
Harkness, J.A. (2010). Cross-Cultural Survey Guideline. Adaptation Revised August
2010.
Hassan, Z. (2004). Tingkah Laku dan Gaya Kepimpinan Akademik Wanita di Sebuah
Universiti Awam . Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor, Malaysia.
Holland, J.L. (1997). Making vocational choices: A theory of vocational
personalities and work environments. Odessa, FL: Psychological Assessment
Resources.
Idris, F. et al. (2015, December 2). Persampelan dan Kaedah Kutipan Data.
Retrieved from
http://researchchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/persampelan-dan-
kaedah-kutipan-data.html
Idris, N. (2013). Penyelidikan dalam Pendidikan (2nd
ed.). Kuala Lumpur, MS:
McGraw-Hill.
Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN). (2007). Education
curricula and workplace literacy.
Ishak et al. (2006). Hubungan keserasian darjah kongruen personaliti persekitaran
dengan kepuasan kerja di salah sebuah hospital di Kedah.
Ishak, A., Rahmat, M., Shahrani, S., Zainal, N.F., & Abd Rahman, R. (2014).
Keselarasan Personaliti dengan Pemilihan Program Sains Komputer dan
Teknologi Maklumat. Jurnal Teknologi
Jaafar, F. (2004). Pelajar wanita jaguh di IPT. Utusan Online.
Jong, T.Y. &, & Song, A.C. (2015). Women included engineering education in
Korea. Procedia Social & Behavioral Sciences, 174(2015), 1678-1683.
115
Kamro, M. (2012). Kesediaan menceburi kerjaya kejuruteraan binaan dalam
kalangan pelajar jurusan binaan bangunan di sekolah menengah vokasional
(Master's thesis, UTHM, Batu Pahat, Malaysia).
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2015-2025)(Pendidikan Tinggi) Blueprint Overview. MS:
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Kementerian Sumber Manusia. (2013). Statistik Pekerjaan dan Perburuhan. Jabatan
Perangkaan Malaysia.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). (2013). Indikator Pengajian
Tinggi Malaysia 2013.
Kaprawi, N. (2013). Kajian Tinjauan. In Penyelidikan dalam Pendidikan (2nd ed.,
pp. 202-221). Kuala Lumpur, MS: McGraw-Hill.
Krejcie, R. & Morgan, D. (2015, November 30). Education and psychological
measurement. Retrieved from
http://opa.uprrp.edu/InvInsDocs/KrejcieandMorgan.pdf
Kyoko, N. &, & Kango, G. (2012). Impact of gender based career obstacles on the
working status of women physicians in Japan. Social Science and Medicine,
75(2012), 1612-1616.
Liao, H-Y., Armstrong, P. I., & Rounds, J. (2008). Development and initial validation of
public domain basic interest markers. Journal of Vocational Behavior, 73,
159-183
Lim, C.S., & Chee, K.M. (2013). Kesahan dan Kebolehpercayaan Penyelidikan. In
Penyelidikan dalam Pendidikan (2nd ed., pp. 168-183). Kuala Lumpur, MS:
McGraw-Hill.
Mahyuddin,A. & Rasid, N.A. (2008). Faktor Kesediaan Pelajar Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik dalam Pembentukan Kerjaya. Universiti Teknologi
Malaysia.
Majikan disaran contohi skim kerja Jepun. (2007, August 3). Utusan Online.
Manfaatkan bakat wanita secara optimum. (2015, May 21). Utusan Online.
Marjut Jyrkinen. (2014). Women managers, careers and gendered ageism.
Scandinavian Journal of Management, 30(2014), 175-185.
116
Mashor, M. (2015). Persepsi Guru Terhadap Frog VLE Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran di Sekolah Rendah (Unpublished master's thesis). Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia, Johor, Malaysia.
Masri, S. (2005). Kedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan :Esei, Proposal,
Tesis. Kuala Lumpur, MS: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. ms
45-98.
Michael, B. (2002). Career Choice Factors of High School Students (Master's
thesis).
Mohamad Sattar Rasul et al. (2009). Aspek kemahiran employability yang
dikehendaki majikan industri pembuatan masa kini. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 34(2), 67-79.
Mohamed Najib, A.G. &, & M.Noor, A. (2008). Kesan latihan perguruan ke atas
faktor pemilihan perguruan. Jurnal Teknologi, 48(2008), 15-31.
Mohammad Yusof. (2012). Kemelut pekerja wanita. Retrieved from
http://www.isis.org.my
Mohammad Zabidi, N.F. (2009). Isu cabaran, perubahan dalam TVE dan industri.
Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknikal dan Vokasional 2009.
Mohd Ghazali, G. et al. (2013). Pemerhatian dan Temu bual. In Penyelidikan dalam
Pendidikan (2nd
ed., pp. 316-354). Kuala Lumpur, MS: McGraw-Hill.
Mohd Ishak, N. et al. (2008). Kepintaran emosi sebagai faktor peramal pencapaian
akademik pelajar IPTA:Implikasi terhadap kebolehpasaran. Jurnal
Personalia Pelajar, 11(2008), 1-28.
Mohd Noor, N.I &, & Othman, N. (2011). Ciri-ciri pekerja cemerlang mengikut
persepsi majikan dan berasaskan analisis perspektif Islam. Journal Edupress,
1(2011), 342-349.
Mohd. Nur, N.A. (2014). Pelan strategik KPWKM 2013-2017. Interview.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM)
2014.
Mohd Safarin, N & Kamaruddin, M.T. (2004). Kemahiran Generik: Kepentingan
dalam Memenuhi Keperluan Majikan Masa Kini. Kertas Kerja Seminar
Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia.
117
Mokhtar, A. &, & Abdul Kadir, S. (2013). Personaliti dan minat kerjaya murid
dalam bidang teknikal & vokasional di zon Pudu, Kuala Lumpur. Seminar
Pasca Siswazah dalam Pendidikan (GREDU, 2013). .
Muhammad Hazrul, I. (2012). Kajian mengenai kebolehpasaran siswazah di
Malaysia: Tinjauan dari perspektif majikan. Prosiding PERKEM VII.
Muhammad Said, M. (2007). Mengurus Khidmat Bimbingan & Kaunseling Sekolah.
Kuala Lumpur, MS: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
National Science Foundation. (2015). Statistic 2015: Women, Minorities, and
Persons with Disabilities in Science and Engineering. Retrieved from
National Center for Science and Engineering website:
http://www.nsf.gov/statistics/wmpd/
Ojihi, M (2010). Nilai dalam budaya masyarakat Melayu . Kolej Universiti Tunku
Abdul Rahman (TARC).
Patrick, J.R et al. (2009). Enhancing job satisfaction perspective: Combining
Holland themes and basic interest. Journal of Vocational Behaviour,
75(2009), 139-151.
Pawanteh, Z (2013). Interview. In Program pembangunan usahawan wanita
kepasaran luar melalui INTRADE.
Perangkaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2014. (2013). MS: Kementerian
Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Pusat Pengurusan Akademik. (2005). Enhancing the effectiveness of the industrial
training of undergraduate students: Input from industries and organization.
Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTEM).
Rensis, L. (1932). A Technique for the Measurement of Attitudes. Archives of
Psychology, 140, 1-55.
Roddin. et al. (2009). Pendidikan Kemahiran Keusahawanan dalam Kalangan
Wanita Ketua Isi Rumah Luar Bandar. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
Rounds, J. et al. (2008). Development and Initial Validation of Public Domain Basic
Interest Markers. Journal of Vocational / Behaviour, 153-183.
118
Seikh Salleh, Y. (2013). Perlaksanaan ICT Dalam P&P Guru Sekolah Rendah
(Unpublished master's thesis). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu
Pahat, Johor, Malaysia.
Shukry, A. (2014, November 27). Punca Wanita Malaysia Jauhi Pasaran Kerja
Formal. The Malaysian Insider [Malaysia].
Threeton, M.D, & Walter, R.A. (2009). The Relationship Between Personality Type
and Learning Style:A Study of Automotive Technology Students. Journal of
Industrial Teacher Education, 46(2). Retrieved from
https://scholar.lib.vt.edu/ejournals/JITE/v46n2
Wanita berpeluang ceburi bidang teknikal dan vokasional. (2016, March 15).
MynewsHub.
Wye, M.C, & Lim, Z.C. (2009). Peta ke Arah Kejayaan dalam Pengajian
Perniagaan. In International Seminar 2015:The Development of Pedagogical
Education from the Perspective of the 21st Century and Cooperation ASEAN
Education Community at Bandung, Indonesia (pp. 15-17).
Yahya, A. et al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan:Teori, Analisis
& Interpretasi Data. Shah Alam :PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ms
13-67.
Yahya, A. H. (2011). Aggresif di kalangan remaja. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zafir, M.M. et al. (2012). Kriteria pengambilan dan pemilihan graduan dan
perspektif pengurusan sumber manusia. Jurnal Personalia Pelajar, 15(2012),
1-11.
Zool Hilmi et al. (2014). Hubungan individu persekitaran dan kebolehsesuaian
terhadap pemilihan kerjaya pelajar Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia
(SPKM) suatu analisis kandungan. Jurnal Sains Humanika, 2(1), 135-144.