Download - Tindakan kerajan banteras politik wang
TINDAKAN KERAJAN BANTERAS POLITIK WANG
Tindakan kerajaan seperti mengadakan kempen anti rasuah telah dilakukan dan kini
diperbanyak bukan sahaja untuk orang awam tetapi kerajaan sudah menyeru pihak sekolah
untuk turut sama memperbanyak kempen anti rasuah untuk pelajar-pelajar bagi memupuk
semangat anti rasuah dalam diri generasi akan dating. Walaubagaimanapun, kempen seperti
ini hanya dapat membantu sebahagian kecil dalam matlamat membanteras rasuah.
Seterusnya, kerajaan telah menggantung keahlian dalam politik dimana di Malaysia,
sebagai contoh rekod Tan Sri Isa Samad yang terlibat dalam rasuah Pemilihan UMNO 2004
telah digantung keahlian selama 3 tahun. Akan tetapi setelah beberapa tahun, beliau telah
dicalonkan semula pada pilihanraya. Jadi, tindakan ini berkesan untuk matlamat banteras
rasuah hanya bertahan untuk jangka masa yang singkat sahaja.
Penguatkuasaan Undang-undang dan hukuman juga ditingkatkan iaitu secara umunya di
Malaysia, hukuman bagi kesalahan rasuah ialah dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20
tahun dan didenda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut
mana-mana yang tinggi. Tetapi di China, hukuman yang dijalankan bagi kesalahan rasuah
adalah hukuman mati. Bagi hukuman tembak mati, ia dijalankan di waktu pagi yang
melibatkan 68 jenis jenayah antaranya rasuah. Hukuman ini kebiasaannya dijalankan di
tempat tentera atau kawasan berbukit.
Statistik hukuman tembak mati ini dirahsiakan oleh kerajaan China kerana hukuman ini
dianggap tidak berperikemanusiaan oleh pihak lain. Satu kes yang melibatkan bekas
Timbalan Datuk Bandar Hangzhou, Cina iaitu Xu Maiyong, 52 tahun telah dijatuhi hukuman
mati daripada sebuah mahkamah di Ningbo kerana menerima rasuah sebanyak RM67 juta,
menggelapkan RM24.5 juta dan menyalahgunakan kuasa. Dengan adanya hukuman yang
tegas seperti ini, negara China dapat mengawal kadar rasuah yang berlaku.
Kerajaan telah melaksanakan hukuman penjara seumur hidup untuk pesalah rasuah.
Hukuman ini dijalankan di Taiwan dimana pada tahun 2009, Mahkamah Daerah Taipei
menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap bekas Presiden Taiwan, iaitu Cheng
Shui-bian selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah.
Chen didakwa menggelapkan sejumlah RM11.1 juta dari sebuah dana khas pejabat
presiden, terima rasuah sebanyak RM963,853 berkaitan dengan perjanjian pemilikan tanah
dan mendapat sejumlah RM292,368 lagi sebagai balasan kerana membantu kontranktor
mendapatkan projek kerajaan. Walaubagaimanapun, hukuman ini telah dikurangkan kepada
20 tahun penjara kerana adanya pemberontakan daripada penyokong-penyokong Chen.
Beliau telah dipenjara pada bulan Ogos, tahun 2010 bersama isterinya.