Download - TGFU - Siti Norbaya Saad
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
1/52
1
SEMESTER 2 SESI 2013 / 2014
QGU3013 – KURIKULUM KOTEMPORARI
DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN
KESIHATAN
TAJUK
KUMPULAN
GROUP UPSI02 (A132PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
SITI NORBAYA BT MD.SAAD D20121061750 012- 5179327
NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. NORKHALID BIN SALIMIN
TARIKH SERAH : 23 APRIL 2014
TUGASAN
1. (a) TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING (TGFU)
(b) BINCANGKAN MASALAH OBESITI DALAM
KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA .
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
2/52
2
TUGASAN 1 (a)
Teaching game For Understanding ( TGFU )
ISI KANDUNGAN. MUKA SURAT
1. DEFINISI TGFU 3
2. KEPENTINGAN TGFU. 4
3. KOMPONEN TGFU 5
4. KEPENTINGAN PENGAJARAN PJ MENGGUNAKAN
KEADAH TGFU.
7
5. MEMBANDINGKAN DAN MEMBEZAKAN
PENGAJARAN SECARA TRADISIONAL DENGAN TGFU
10
6. EMPAT MODIFIKASI PERMAINAN BAGI SETIAP
KATEGORI DALAM KOMPONEN.
6.2 SASARAN.6.3 MEMADANG.
6.4 JARINGAN DAN DINDING
6.6 MENYERANG DAN BERTAHAN.
12 - 25
7. RUMUSAN. 26
8. RUJUKAN. 27
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
3/52
3
TUGASAN 1 (b)
Bincangkan tentang masalah obesiti dalam kalangan pelajar sekolah di
Malaysia. Huraian anda hendaklah dikaitkan dengan matlamat Pendidikan
kesihatan menurut Ewles dan Simnett (1986).
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 29
2.0 DEFINISI OBESITI 30
3.0 TUJUAN PENDIDIKAN KESIHATAN EWLES &
SIMNETT
32
4.0 MATLAMAT PENDIDIKAN KESIHATAN MENURUT
EWLES DAN SIMNETT ( 1986 ) 33
5.0 FAKTA , KAJIAN DAN ANALISA BERKAITAN
OBESITI DALAM KALANGAN PELAJAR
DI MALAYSIA
36
6.0 PUNCA-PUNCA OBESITI DALAM KALANGAN
PELAJAR DI MALAYSIA
37
7.0 KESAN-KESAN OBESITI DALAM KALANGAN
PELAJAR DI MALAYSIA
43
8.0 CARA-CARA MENANGANI OBESITI DALAM
KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
44
9.0 RUMUSAN 50
10.0 RUJUKAN 52
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
4/52
4
1. Definisi TGFU
Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran
yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti
Loughboroungh yang merupakan suatu pengajaran permainaan untuk kefahaman yangdapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya
mereka tidak berasa bosan. (buku Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh
Mohd Sofian Omar Fauzee)
Teaching Games for Understanding (TGFU) dapat memupuk minat dalam pengajaran dan
pembelajaran khususnya dalam pelajaran pendidikan jasmani. TGFU memberi pemahaman
yang menyeluruh pada setiap permainan. Pembelajaran dan Pengajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan amat menyeronokkan kerana TGFU menekankan kepada peningkatan tahapaktiviti fizikal serta pewujudan untuk persaingan yang sihat di samping guru boleh
memotivasikan pelajar dalam suasana bersuka ria. Permainan yang dihasilkan melalui
konsep TGFU dapat memupukkan hubungan yang erat dan kerjasama di kalangan pelajar.
Pengajaran permainan TGFU bukan sahaja dapat menarik minat pelajar bahkan dapat
menghilangkan rasa bosan ketika murid mengikuti pengajaran di luar bilik darjah
Pendekatan TGFU mengubah pengajaran permainan pendekatan tradisional yang
bercirikan pengetahuan teknikal kepada pendekatan baharu yang lebih menekankan
pengajaran taktikal yang membiasakan murid mengetahui persoalan apa dan kenapa.
Model ini menekankan permahaman yang menyeluruh sesuatu permainan itu dan
merupakan satu cabang bidang kejurulatihan yang harus dikuasai oleh seseorang jurulatih
bagi mewujudkan suasana latihan yang menyeronokkan disamping boleh memotivasikan
murid atau pelajar.
Kesan yang diperolehi hasil daripada pendekatan ini, pelajar boleh dikembangkan
kemahirannya terutama dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang cepat
dalam sesuatu permainan yang dikuasai. Malah , model ini menggalakkan pelajar
melibatkan diri dalam pelbagai permainan dan falsafah pendekatan ini bukan sahaja
mengetahui sesuatu permainan itu dimainkan tetapi menekankan kepentingan membuat
keputusan dalam sesuatu permainan yang dimainkan
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
5/52
5
2. 0 KEPENTINGAN TGFU.
2.1 TGFU wujud dengan memberi ruang dan peluang kepada murid-murid dalam
menjalani aktiviti pendidikan jasmani. Murid terlibat sepenuhnya dalam membuat
keputusan, menyelesaikan masalah dan merangka pelan untuk menguasai kemahiran supaya
dapat menguasai permainan. Memberi murid-murid peluang membuat keputusan
berdasarkan pehamanan mereka terhadap permainan itu tanpa campur tangan guru. Guru
hanya bertindak sebagai pembimbing sahaja.
2.2 TGFU diyakini melahirkan suatu transformasi kemahiran berasaskan teknik
penyelesaian taktikal boleh dilaksanakan oleh murid-murid di dalam situasi permainan
sebenar tanpa terikat dengan kekangan permainan berdasarkan corak dan pengajaran
struktur yang berdasarkan kandungan (structured lesson) atau skill based. Ini kerana
kaedah ini adalah bebas dan tidak terlalu banyak peraturan.
2.3 TGFU mampu membentuk suasana persekitaran pembelajaran yang kondunsif
semasa aktiviti bermain dilaksanakan.
2.4 TGFU Berjaya memberi peluang kepada murid-murid agar menghargai keseronokan
bermain di dalam kumpulan sambil menggunakan kreativiti dan mengekalkan minat belajar. Menurut Almy (1964, Fagen) , kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri
mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Ia dapat membebaskan murid-murid
daripada rasa bosan semasa sessi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
2.5 TGFU mampu memberikan kebebasan kepada murid-murid dalam mencorak tahap
bekerjasama dan meningkatkan keyakinan diri dan kumpulan.
2.6 TGFU adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap
permainan. Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan
tertentu.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
6/52
6
2.7 TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal. Waktu
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah
hendaklah selalu menjalankan TGFU supaya pelajar-pelajar dapat berseronok dalam aktiviti
fizikal.
2.8 TGFU juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang
sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan
ini dijalankan dengan sihat dan menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan
persahabatan dan kerjasama di antara pelajar. Elakkan daripada provokasi dan perbalahan
secara fizikal mahupun emosi.
2.9 TGFU adalah penting untuk pelajar untuk belajar membuat keputusan yang tepat
dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan.
2.10 TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini
disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok.
3.0 KOMPONEN TGFU.
3.1 Membuat Keputusan (Decision Making).
3.1.1 Kebolehan membuat keputusan dalam masa yang singkat, tepat dan pantas amat
sukar. Maka kaedah What, How, When, diajar kepada murid-murid untuk mereka
mengenalpasti situasi dan memilih tindakan yang bersesuaian untuk menyelesaikan
masalah.
3.1.2. Memandangkan dalam setiap permainan sesuatu aspek sering berubah-ubah, murid-
murid perlu pantas untuk menilai APA yang berlaku dan mengenalpasti petunjuk-petunjuk
bagi penyelesaian masalah.
3.1.3 Menggunakan pendekatan BAGAIMANA dan BILA untuk mencari kaedah terbaik
dan pantas pada situasi yang memerlukan. Guru akan membimbing berdasarkan peraturan
dan syarat-syarat permainan.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
7/52
7
3.2 Bentuk Permainan (Game Form)
3.2.1. Diadaptasi dari permainan orang dewasa tetapi disesuaikan dengan pola permainan
murid-murid berumur 11-12 tahun
3.2.2. Murid-murid diminta mengenalpasti masalah untuk diselesaikan
3.2.3. Permainan harus sesua i untuk semua peringkat umur
3.2.4. Berasaskan kurikulum yanag sama walaupun bentuk permainan berbeza
3.2.5. Guru membantu murid-murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
3.3. Kesedaran Taktikal (Taktikal Awereness)
3.3.1. Pendekatan taktikal diperlukan untuk faedah diri sendiri dan pasukan untuk
melemahkan pihak lawan
3.3.2. Teknik taktikal tidak static kerana akan berubah-ubah mengikut kehendak permainan
3.3.3. Tambahan kepada kesedaran taktikal akan melemahkan pasukan lawan tetapi sangat
terhad
3.4. Prestasi (Achievement)
3.4.1. Pencapaian diukur berdasarkan potensi murid-murid menggunakan kemahiran dan
respon yang bersesuaian dengan situasi semasa di dalam permainan.
3.4.2. Pencapaian dihasilkan daripada latihan ini dapat mengukur sejauhmana potensi
seorang murid dan menjadi kayu pengukur untuk menilai teknik yang paling
berkesan.
3.5. Perlaksanaan Kemahiran (Skill Execution)
3.5.1. Apabila kemahiran sudah dikenalpasti maka murid-murid harus bersedia
mempersembahkan kemahiran yang dipelajari untuk ditunjukkan hasilnya kepada
guru.
3.5.2. Perlaksanaan ini juga mengukur sejauhmana kebolehan guru.
3.5.3. Ia berbeza dengan kaedah tradisional di mana keberkesanan dan hasil di nilai selepas
permainan bukannya semasa proses pembelajaran dan pengajaran sambil bermain
berlangsung.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
8/52
8
3.6. Apresiasi Permainan (Game Appreciation)
3.6.1. Murid-murid harus memahami konsep permainan walaupun ia mudah
3.6.2. Sentiasa akur dan mengingati peraturan yang diberi
3.6.3. Penambahan dan pengurangan intensiti dalam sesuatu permainan
menjadi tolok pengukur keseronokan atau kesusahan permainan itu
3.6.4. Penambahan undang-undang dan tentang masa dan kawasan boleh
menjadikan permainan bervariasi dan ceria.
3.7. Kesimpulan (Conclusion)
3.7.1. Aspek berturutan di dalam model ini sentiasa berubah-ubah dan menjadikan ia
kritikal.
3.7.2. Permainan dan peraturan telah ditetapkan untuk perkembangan kesedaran taktikal
dan membuat keputusan. Maka menjadikan perlaksanaan kemahiran dan
pencapaian mejadi faktor respon teratas.
3.7.3. Pengubahsuaian dalam permainan juga akan berlaku untuk penyempurnaan kepuasan
bagi setiap takah. Ia akan terus dinilai semula untk penambahbaikan bagi
memenuhi kehendak syarat permainan baru tersebut.
4.0. Kepentingan Pengajaran Pendidikan Jasmani Menggunakan Kaedah TGFU
Secara tradisional, Pendidikan Jasmani menjurus kepada empat objektif utamaiaitu :
(a) Pembangunan fizikal atau organik
(b) Pembangunan neuro otot atau motor
(c) Pembangunan kognitif
(d) Pembangunan sosial, emosi dan afektif.(Thomes, Lee & Thomes 1988 )
Aktiviti yang melibatkan kuasa fizikal di dalam individu untuk membangunkan
sistem organ di dalam tubuhnya Pettitor (n.d) memberi definisi bahawa Pendidikan
Jasmani adalah proses pembelajaran dan pengajaran menyeluruh merangkumi aspek
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
9/52
9
domain psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Situasi ini memaparkan bahawa
pelajar diberi ruang mencuba dan mengalami sendiri pengalaman aktiviti fizikal.
Kaedah permainan dalam TGFU berkonsepkan perkongsian masalah taktikal yang
menggalakkan pemindahan pemahaman taktikal merentasi permainan di antara murid-
murid. Ia juga dapat meningkatkan kefahaman murid-murid di dalam pelajaran Pendidikan
Jasmani. Ia dapat melahirkan murid-murid yang aktif dan mahir di dalam bidang
sukan khusus.
Konsep TGFU lebih bebas dan tidak terlalu banyak peraturan. TGFU mengutamakan
penajaran dan pembelajaran di dalam suasana yang menyeronokkan. Almy (1964: Fajen)
menyatakan bahawan kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa
mengambilkira tujuan bermain. TGFU juga mampu membentuk kemahiran murid-murid
secara tuntas dan fleksibel. Situasi ini menjayakan pelajar diserap masuk ke dalam pelbagai
jenis sukan.
Thorpe meletakkan psikologi sebagai teras utama konsep ini. Penekanan TFGU pada
permainan dan menjuruskan para pelajar untuk menganalisis permainan itu. Situasi ini
merangkumi salah satu daripada bahagian fokus pendidikan jasmani. Bahagian-bahagian itu
adalah memupuk elemen keselamatan, tanggungjawab kendiri dan interaksi sosial semasa
menjalankan aktiviti.
Murid-murid juga diberikan peluang untuk melakukan penilaian penampilan dan
perkembangan diri mereka dalam setiap simulasi permainan. Murid seterusnya akan
berusaha menyiapkan kefahaman taktikal, di bawah bimbingan guru untuk dikembangkan
ke arah permainan dewasa yang lebih canggih.
Tanggungjawab kendiri juga terhasil apabila murid-murid mula memandang positif
terhadap permasalahan di dalam permainan. „Target games‟ seperti memanah atau
menembak misalnya memerlukan murid-murid menggunakan fokus, ketenangan,
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
10/52
10
konsentrasi dan ketelitian yang tinggi untuk mengaplikasikan kemahiran taktikal untuk
muncul sebagai pemenang.
Ketika aktiviti sedang dijayakan, sifat-sifat positif di dalam target games akan
terbentuk. TGFU dilihat seterusnya memberi kekuatan mental yang membentuk personaliti
bagi melahirkan pemain yang mantap dan hebat. Thorpe, Bunker dan Almond (David
Kirk, Mary O Sullivan, Doune Mcdonald, 2006: 629) juga kemudiannya memperkenalkan
empat dasar prinsip pendidikan yang diserap masuk ke dalam model kurikulum TGFU
iaitu :
a. Sampling iaitu merujuk kepada permainan mengikut kategori. Model permainan
diambil daripada kategori yang sama dan didemonstrasikan untuk melihat
persamaan di dalam setiap kategori.
b. Modification through Representation iaitu permainan disimulasikan daripada
permainan orang dewasa. Bagaimanapun ia diadaptasi keada peralatan,
peraturan, pengurangan bilangan pemain untuk disesuaikan dengan tahap
perkembangan kanak-kanak.
c. Modification through Exaggeration iaitu keputusan segera perlu dibuat apabila
undang-undang asas tidak lagi boleh digunapakai atau beberapa aspek di dalamnya
memerlukan penambahbaikan.
d. Tactical Complexity iaitu elemen yang menyarakan guru mendedahkan kepada
murid- murid pendedahan taktikal yang lebih kompleks semasa proses sampling.
Elemen ini dirasakan akan lebih mencabar minda kanak-kanak.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
11/52
11
5.0 Membanding beza antara kaedah Pengajaran Secara Tradisional dengan
TGFU.
5.1. Pengajaran Pendekatan Tradisional.
a. Berdasarkan prinsip pengajaran tradisional di mana guru memberi arahan dan murid
menurut arahan. Pembelajaran berbentuk aplikasi sehala di mana guru bertindak sebagai
pengajar. Kebaikannya ialah guru mudah merancang dan sesuai untuk kegiatan bahaya
atau yang memerlukan kemahiran khas.
b. Antara ciri-ciri pendekatan tradisional adalah seperti kurikulum ditetapkan,
pengajaran diutamakan, guru adalah pembuat keputusan dan menentukan tugasan, pelajar
harus menerima tugasan, piawaian ditentukan dan berfokus kepada guru serta pencapaian
murid diukur mengikut gred.
c. Tokoh-tokoh yang mengkaji TGFU ini ialah David Bunker dan Rod Thorpe yang
membuat kajian di Universiti Loughborough di United Kingdom atas faktor pencapaian
permainan adalah kurang memuaskan pada masa itu. Setelah dianalisa, hasil keputusan
mendapati bahawa murid-murid kurang menikmati dan berseronok dalam permainan yang
disediakan oleh guru. Murid-murid adalah bersifat lebih pasif dan tidak aktif dalam
permainan dalam pengajaran bersifatkan tradisional.
d. Pendidik pada masa itu mempunyai pengetahuan yang terhad tentang permainan.
Mereka tidak memahami matlamat dan objektif bagi setiap permainan yang dijalankan.
Setiap permainan yang dirancangkan menuntut elemen yang mempunyai matlamat yang
menjuruskan penguasaan sesuatu kemahiran atau strategi. Elemen ini dirasakan penting
supaya murid-murid dapat mempelajari sesuatu melalui permainan.
e. Wujud kelemahan beberapa elemen seperti dalam kemahiran asas dan kurang
berupaya dalam membuat keputusan. Sedangkan gerakan melompat, melari dan membaling
bola merupakan kemahiran asas yang banyak membantu murid bergerak cergas dan aktif
dalam permainan.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
12/52
12
f. Pengkaji juga memerhatikan bahawa pengajaran tradisional Pendidikan Jasmani
adalah terlalu bergantung kepada jurulatih atau guru untuk membuat keputusan.
g Kadar perkembangan dalam permainan yang terlalu lambat dan tidak menonjolkan
dalam pengajaran tradisional. Pendidikan pada masa itu kurang mementingkan permainan
dalam pengajaran dan pembelajaran.
5.2. Membandingkan dan membezakan pengajaran secara tradisional dengan
kaedah TGFU
a.. Kaedah TGFU mencadangkan permainan diklon daripada permainan sebenar.
Bagaimanapun ia diubahsuai berdasarkan kemampuan pemain dari pelbagai aspek seperti
fizikal, sosial, intelek dan infrastruktur yang bersesuaian.
b. Aspek peraturan atau undang-undang diubahsuai dan dipelbagaikan untuk
memberi warna kepada permainan sekaligus menarik minat pemain. Kesedaran taktikal
dikuasai sedikit demi sedikit semasa permainan berlangsung dalam usaha untuk muncul
sebagai pemenang.
c. Guru hadir hanya sebagai pembimbing dan pemudah cara. Murid-murid dibantu
menguasai kemahiran membuat keputusan. Termasuklah menilai dan mengenalpasti situasi,
menjangka kemungkinan dan membuat tindakan sesuai berasaskan penilaian yang mereka
lakukan sebentar tadi.
d. TGFU berkonsep ansur maju dengan praktis kemahiran yang mudah dan yang
telah dikuasai sepenuhnya oleh murid-murid. Kemahiran pula lebih berbentuk permainan
berbanding latih tubi yang membosankan dan menumpukan kekuatan kardiovaskular.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
13/52
13
6.0 Empat Modikasi Permainan
Pndekatan Teaching Games for Understanding (TGFU ) mempunyai 4 komponen iaitu :
6.1 Komponen Menyerang dan Bertahann
Permainan kecil komponen serangan adalah satu permainan yang memerlukan pemain untuk melakukan
serangan yang kerap dalam semua keadaan. Dalam permainan ini kebanyakan langkah yang digunakan
adalah menyerang dalam pelbagai posisi. Permainan jenis ini memerlukan stamina yang tinggi bagi
mengekalkan posisi dan serangan semasa permainan.terdapat beberapa jenis permainan yang sering kita
main merupakan ketegori permainan serangan.
Contoh : bolasepak, hoki, sepak takraw
6.2 Komponen Sasaran
Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapatkan mata.
Contoh : bowling, memanah , golf
6.3 Komponen Jaring dan Dinding
Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding.
Mengumpul mata melalui menghantar ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak
dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang.
Contoh : badminton, squash,ping-pong.
6.4 Komponen Memadang
Jenis permainan yang dilaksanakan dalam dua kumpulan yang melibatkan dua pasukan. Satu
pasukan sebagai pasukan ‘striking’ dan pasukan lawan sebagai „ fielding’. Pasukan ‘striking’ yang
akan bertindak untuk memperoleh / mengumpul mata sedangkan pasukan ‘fielding’ yang akan
bertindak cuba menghalang pasukan lawannya memperoleh / mengumpul mata. Mata yang
diperoleh / dikumpul melalui larian yang selamat dan berjaya selepas membuat pukulan dalam
masa atau pusingan yang ditetapkan.
Contoh : baseball, softball, cricket
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
14/52
14
Tugasan ini akan menyediakan EMPAT modifikasi permainan bagi setiap kategori TGFU dengan
lengkap dengan maklumat berikut
1. Lakaran.
2. Huraian / Penjelasan
3.
Peraturan4. Borang Skor
1. Tajuk Permainan : Serang Hendap ( Kompenen Menyerang dan Bertahan)
i. Lakaran Permainan
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
15/52
15
ii. Huraian / Penjelasan
Permainan ini dalam komponen serangan. Permainan ini dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan
dengan melakukan beberapa pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor serta memanipulasikan alatan dalam permainan. Murid-murid melakukan aktiviti berkaitandengan daya tahan kardiovaskular. Murid juga dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan
dalam suasana menyeronokkan dan memupuk semangat kerjasama.
Objektif permainan ini ialah pada akhir pelajaran ini murid dapat :
a. Memahami konsep kerjasama, dan mematuhi arahan , peraturan dan keselamatan diri.
b. Memperkembangkan penhetahuan tentang psikomotor,kognitif, dan afektif.
c. Memahami kemahiran pergerakan asas dan berupaya mengaplikasikan dalam permainan bola
baling, bola sepak dan seumpamanya.
d.
Mengamalkan tingkah laku dan sahsiah yang positif.
e. Memperkembangkan imaginasi semasa merancang dan melaksanakan permainan yang
sebenar.
f. Mengenalpasti dan mengatasi masalah dalam permainan.
Peralatan yang diperlukan ialah : sebuah kotak, 2 buah botol dan skitel
iii. Prosedur Perlaksanaan Permainan
a.
Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B
b. Sekiranya kumpulan A memulakan permainan, kumpulan A dianggap sebagai penyerang
manakala kumpulan B sebagai pertahanan begitulah sebaliknya.
c. Permainan akan dimainkan secara berselang seli iaitu jika kumpulan A memulakan dahulu,
permainan seterusnya akan diteruskan oleh kumpulan B.
d.
Permainan perlu dimulakan ditengah-tengah gelanggang. Pemain perlulah berada di kawasan
masing-masing.
e. Apabila wisel ditiup, barulah pemain dibenarkan masuk ke kawasan pihak lawan.
f. Pemain dikehendaki membaling kotak kepada ahli kumpulannya sendiri bagi menjaringkan gol
bagi kumpulannya.
g. Pemain tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.
h. Kotak yang berjaya dijaringkan akan mendapat satu mata .
i. Penjaga gol perlulah menghalang kotak daripada masuk dengan menggunakan botol.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
16/52
16
j. Kotak yang masuk ke dalam gol sahaja akan dikira sebagai mata.
k. Kumpulan yang mengumpul mata terbanyak akan dikira sebagai pemenang.
l. Masa yang diperuntukkan adalah selama 10 minit.
iv. Peraturan dan Syarat Permainan
a. Sebelum memulakan permainan, ketua kumpulan A dan B diminta membuat undian untuk
menentukan kumpulan yang akan memulakan permainan. Kumpulan yang memenangi undian
tersebut akan memulakan permainan.
b. Pemain hendaklah menjaringkan kotak ke dalam gol dengan cara membaling kepada ahli
kumpulannya sahaja dan setiap jaringan ynag dibuat, akan mendapat mata.
c. Sekiranya kotak jatuh ke tangan pihak lawan, pihak lawan perlulah menjaringkan gol bagi pihak
kumpulannya untuk mendapatkan markah.
d.
Penjaga gol diberi dua buah botol untuk menghalang kotak daripada memasuki gol.
e. Kotak yang memasuki kawasan penalti hanya boleh diambil oleh penjaga gol sahaja dengan cara
membaling menggunakan tangan.
f. Pemain tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.
g. Pemain juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan gelanggang semasa permainan berlangsung.
h. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawanan
tersebut
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
17/52
17
v. Borang Skor Pemarkahan
BORANG PEMARKAHAN
KUMP MATA JARINGAN MARKAH
QGU 3013 SITI NORBAYA SAAD
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
18/52
18
2. Tajuk Permainan : Bowling Kutip Tin (Komponen Sasaran)
i. Lakaran Permainan
ii. Huraian / Penjelasan
Permainan ini dicipta bertujuan meningkatkan semangat kerjasama antara ahli pasukan di samping
memberi keseronokkan dan memupuk perasaan gembira kepada murid-murid. Permainan ini dalam
komponen sasaran yang sesuai diaplikasikan sebagai rutin latihan untuk permainan bowling, dart,
memanah dan seumpamanya.
Objektif permainan ini ialah pada akhir pelajaran murid dapat :
a. Murid dapat meningkatkan tahap kemahiran psikomotor, kognitif serta tahap kecekapan dan
ketangkasan individu murid itu sendiri.
b. Dapat meningkatkan kecerdasan tubuh badan kerana permainan ini melibatkan koordinasi
seluruh anggota badan.
c. Murid dapat menggunakan pemikiran untuk mengatur strategi bagi membenarkan pasukan
mereka menang.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
19/52
19
d. Murid dapat menjalinkan dan merapatkan hubungan diantara ahli pasukan.
Peralatan yang diperlukan ialah : bola, tin kosong, skiter gelung rotan
iii.
Peraturan dan Syarat Permainan
a. Bilangan pemain 6-10 orang untuk setiap kumpulan dan undian dibuat untuk menentukan
penyerang dan pelontar.
b. Buat dua garisan lurus secara bertentangan diamana garisan pertama sebagai garisan permulaan
dan garisan kedua untuk me;etakkan tin yang hendak dilontar( disusun dengan kemas)
c. Kumpulan pelontar akan berdiri di garisan permulaan dan akan melontarar tin di garisan kedua
untuk menjatuhkan tin tersebut , manakala pihak pasukan penyerang akan berdiri di belakanggarisan kedua bersedia untuk menyerang sekiranya tin itu Berjaya dijatuhkan oleh pihak pelontor.
d. Sekiranya susunan tin jatuh akibat golekan bola tersebut, pihak penyerang akan merebut bola
tersebut dengan tujuan membalingkan kepada pelontar atau kumpulannya sebelum sempat
melarikan diri. Sekiranya golekan pertama tidak menjatuhkan tin, cubaan sebanyak dua kali akan
diberikan. Jika tidak, pihak penyerang akan menjadi pelontar dan pihak pelontar akan menjadi
penyerang.
e. Sebaik sahaja pelontar menjatuhkan tin yang disusun, kumpulan pelontar akan melarikan diri
untuk mengelakkan balingan daripada pihak penyerang. Pada masa yang sama setiap pelontar
harus bertindak mengumpul tin-tin yang berselerakkan dan diletakkan di dalam gelung rotan
yang disediakan. Setiap gelung rotan harus diisi dengan 2 tin kosong oleh pasukan pelontar.
f. Dalam pada mengumpul tin kosong tersebut, pasukan pelontar harus berhati-hati dengan
kumpulan penyerang kerana pasukan pelontar hanya akan diserang menggunakan bola.
Sekiranya pasukan penyerang berjaya menjatuhkan tiga pemain pasukan pelontar sebelum
berjaya tin dikumpul, pasukan penyerang akan dikira sebagai pemenang dan mendapat satu
mata bagi pusingan tersebut.
g. Jika pelontar berjaya mengumpul tin-tin itu sebelum mengenai balingan daripada kumpulan
penyerang, bermakna kumpulan pelontar akan mendapat satu mata. Jika sebaliknya pula,
pelontar dianggap mati tanpa sebarang mata dan pihak penyerang akan memainkan permainan
tersebut.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
20/52
20
iv. Borang Skor Pemarkahan
BORANG PEMARKAHAN
PUSINGAN 1PUSINGAN2
PUSINGAN3
KUMP A B A B A B
MATA
PEMENANG
PUSINGAN
PEMENANG
KESELURUHAN
QGU 3013 SITI NORBAYA SAAD
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
21/52
21
3. Tajuk Permainan : “ Bola Api Melayang”.
i.
Lakaran Permainan
ii. Huraian dan Pemjelasan
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
22/52
22
Tajuk permainan ini ialah “ Bola Api Melayang”. Permainan ini direka bagi menepati komponan
jaring dan dinding iaitu permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding. Kedua-dua pihak
bermain dengan suatu alat manipulasi seperti bola. Mata dikumpul melalui menghantar objek ke
gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat menghantar balik dalam kawasan
gelanggang. Contoh permainan adalah seperti badminton, squash dan table tennis.
Permainan yang dicipta ini dalam kategori pukulan melibatkan beberapa kemahiran seperti
memukul, servis dan menimbang bola. Permainan ini selain dapat meningkatkan kemahiran
pergerakan asas juga dapat meningkatkan kemahiran psikomotor, kognitif dan afektif murid.
Objektif permainan ini ialah pada akhir pengajaran murid dapat :
a.
Dapat memberi murid kemahiran cara memukul dengan betul
b. Menerap nilai-nilai positif dalam diri pelajar.
c. Menguji ketahanan fizikal dan mental
d. Mematuhi undang-undang dan pertauran permainan.
Peralatan yang diperlukan ialah “Tapak Tangan ( 10 buah), bola getah, (sebiji) , skitel.
iii. Prosedur Perlaksanaan Permainan
a. Kawasan permainan yang disyorkan ialah gelanggang badminton.
b. Garisan permainan ditandakan menggunakan skitel dan garisan gelanggang badminton.
c.
Garisan tengah memisahkan antara dua pasukan yang bertanding.
d. Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang yang memakai sarung tangan “Tapak Tangan” yang
direka sendiri. (Boleh funan sarung tangan softball).
e. Undian permainan ditentukan dengan balingan duit syiling.
f. Pasukan yang mula dahulu diberi hak untuk memilih kawasan gelanggang.
g. Permainan dimulakan dengan memukul bola kea rah pihak lawan dengan melepasi jaring.
h. Kedua-dua pasukan perlu menjaga daripada bola terjatuh di gelanggang masing-masing.
i. Sekiranya bola jatuh di gelanggang sendiri, pasukan lawan akan memperolehi 1 mata.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
23/52
23
j. Peserta juga hanya dibenarkan menimbang bola 3 kali sahaja jika terlebih giliran memyerang
akan diberikan kapada pihak lawan.
k. Permainan ini dijalankan sepanjang 5 minit.
l. Pasukan yang mempunyai mata yang paling banyak di akhir permainan dikira sebagai
pemenang.m. Jika berlaku keadaan seri, 1 minit lebih akan diberi untuk menentukan pemenang.
v. Peraturan dan Syarat Permainan
a. Memakai pakaian sukan yang sesuai.
b. Alatan untuk memukul bola menggunakan „Tapak Tangan‟ yang direka sendiri oleh guru atau
menggunakan sarung tangan soofball
c. Peserta mestilah menjaga keselamatan diri dan rakan lain semasa permainan dijalankan.
d. Tidak memakai aksesori perhiasan diri seperti jam tangan, cincin dan sebagainya.
e. Peserta tidak dibenarkan memijak, menendang bola getah dengan kaki.
f. Jika bola keluar dari gelanggang, peserta boleh mengutip kemabli bola dan kembali ke
gelanggang untuk menenruskan permainan.
g. Peserta tidak dibenarkan memulakan bola dan memukul bola di luar kawasan gelanggang
h. Peserta hanya boleh berada di dalam kawasan permainan sendiri.
i.
Sekiranya bola jatuh di gelanggang sendiri, peserta boleh mengutip bola dan teruskan pukulan.
j. Keputusan pengadil permainan adalah muktamad.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
24/52
24
vi. Borang Skor Pemarkahan
4. Tajuk Permainan : “ Kotak Beracun”.
i Lakaran Permainan
BORANG PEMARKAHAN
MATA KUMPULAN A MATA KUMPULAN B
PLW 1 PLW 2 PLW 3 PLW 1 PLW 2 PLW 3
1 1
2 2
3 3
4 4
5 5
6 6
7 7
8 8
9 9
10 10
11 11
12 12
13 13
14 14
15 15
16 16
17 17
18 18
19 19
20 20
JUMLAH JUMLAH
QGU 3013 SITI NORBAYA SAAD
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
25/52
25
ii. Huraian dan Pemjelasan
Permainan ini dinamakan “Kotak Beracun”. Permainan ini cuba member pendedahan kepada murid
tentang permainan kategori memukul dan pemadang seperti permainan soofball, kriket dan
seumpamanya. Pada akhir pengajaran ini murid dapat :
1.
Meningkatkan penguasaan dalam teknik sesuatu permainan padang.2. Menerapkan nilai-nilai positif dan semangat sepasukan seperti kerjasama dan toleransi.
3. Meningkatkan kefahaman tentang corak permainan yang jauh dan pelbagai arah.
4. Meningkatkan kefahaman tentang taktik dan strategi dalam permainan
5. Mengalami keeseronokkan dan kegembiraan semasa bermain .
Alatannn yang digunakan ialah : kayu pemukul, bola kertas, skitel, kotak beracun, papan markah
markah, kain, gelung rotan.
iii.
Prosedur Perlaksanaan Permainan
a. Pemain dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pemukul dan kumpulan pemadang.
Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli.
b. Pusingan pertama, kumpulan pemukul berada di dalam kawasan masing-masing. Ahli kumpulan
pemukul yang berada di posisi membaling akan membaling bola kepada ahli yang berada di
posisi memukul.
c. Pemukul akan memukul bola kertas sejauh yang mungkin dan berlari membawa pundi kacang
kepada pemain ke-2, seterusnya pemain ke-2 berlari membawa pundi kacang kepada pemain ke-
3 dan seterusnya sehingga pemain ke-4 berjaya memasukkan pundi kacang ke dalam bakul yang
disediakan
d. Dua markah akan diberikan jika berjaya memasukkan pundi kacang ke dalam bakul.
e. Sementara ahli kumpulan pemadang akan berada di kawasan masing-masing
f.
Ahli kumpulan pemadang cuba menangkap bola kertas dan membaling bola itu kepada ahli
kumpulannya sehingga bola berjaya dimasukkan ke dalam “kotak beracun
g. Markah kumpulan pemukul akan ditolak 1 mata bagi sebiji bola jika kumpulan pemadang
berjaya memasukkan bola ke dalam bakul kotak beracun.
h. Larian kumpulan pemukul akan terbatal sekiranya kumpulan pemadang berjaya memasukkan
bola ke dalam kotak beracun sebanyak 3 biji.
i. Permainan akan tamat selepas 4 minit bagi satu pusingan.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
26/52
26
iv. Peraturan dan Syarat Permainan
a. Permainan terbahagi kepada 2 pusingan
b. Tempoh permainan bagi setiap pusingan ialah 4 minit
c.
Ahli kumpulan pemadang dibahagikan kepada 3 kawasan, kawasan A (kawasan penyambut
bola), B (kawasan pemadang) dan C (kawasan jaringan pemadang)
d. Kesemua pemain hanya boleh bergerak di dalam zon mereka yang telah ditetapkan sahaja.
Namun bagi ahli kumpulan pemadang, dibenarkan untuk bergerak ke kawasan terhampir dengan
mereka untuk mengambil bola yang telah jatuh.
e. Bola di baling hanya dari paras bahu ke pinggang sahaja.
f. Masa rehat 2 minit diberikan untuk pusingan seterusnya.
g. Pemain tidak dibenarkan memakai alatan selain alatan yang dibenarkan.
Borang Skor Pemarkahan
BORANG PEMARKAHAN
PERKARA
PUSINGAN 1 ( 4 MINIT) PUSINGAN 2 (4 MINIT)
PEMUKUL (A)
PEMADANG
(B) PEMUKUL (B) PEMADANG (A)
MATA 10 3 12 6
JUM MARKAH 7 6
PEMUKUL DAPAT 2 MATA UNTUK SATU PUNDI KACANGYANG BERJAYA DIKUMPULPEMADANG DAPAT 1 MATA UNTUK BOLA BERACUN YANGBERJAYA DIKUMPUL
QGU 3013 SITI NORBAYA SAAD
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
27/52
27
5 RUMUSAN
Aktiviti Teaching Games for Understanding (TGFU) menghubungkan pengetahuan
pendidikan jasmani dengan aktiviti pemainan menjadikan pembelajaran sesuatu permainan itu
menyeronokkan. Oleh sebab permainan bukan aktiviti yang hanya melibatkan seorangmalahan lebih, justeru pelajar harus mempelajari cara bergiat dalam permainan jenis
persaingan serta memupuk nilai kerjasama dengan rakan seperjuangan dengan
menggunakan taktik yang sesuai berdasarkan peraturan- peraturan ditetapkan. Menjadi peranan
guru, menggunakan kreativiti bagi menghasilkan permainan TGFU yang menarik minat murid
untuk mempelajari teknik dan strategi sesuatu permainan itu. Jadi, program Teaching Games
for Understanding (TGFU) memang sesuai untuk pelajar-pelajar yang belajar pada peringkat
sekolah rendah.
Pengetahuan cara bermain, syarat dan peraturan sesuatu permainan ditekankan dalam TGFU .
Justeru itu , guru perlu cuba menghasilkan peraturan dan syarat permainan yang mudah difahami
dan diikuti oleh murid agar permainan tidak membosankan dan menarik minat serta
menimbulkan motivasi murid untuk menguasai sesuatu permainan tersebut.
Melalui TGFU murid diberi peluang untuk merasai keriangan bergerak dalam situasi yang
menyeronokkan. Selain itu, ia juga dapat memupuk nilai kerjasama dengan rakan
seperjuangan dengan menggunakan taktik yang sesuai berdasarkan peraturan- peraturan
ditetapkan
Selain itu, guru hendaklah menekankan aspek kemahiran asas, aktiviti latihan, dan
permainan- permainan yang bersesuaian dalam waktu pendidikan jasmani kerana segala
pengetahuan yang dipelajari pada peringkat sekolah akan mempengaruhi pandangannya
terhadap permainan yang seterusnya. Dengan kata lain, pendidik perlu membuat persediaan
yang mencukupi dalam perancangan aktiviti permainan dalam setiap pengajaran terutamanya
dalam permainan kategori sasaran, pukulan, jaring / dinding dan serangan. Kesimpulannya,
program ini banyak mendatangkan manfaat kepada para pelajar.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
28/52
28
6. BIBLIOGRAFI
1. Abdul Hafidz Bin Omar (2003). Pendidikan Jasmani Dan
Pendidikan Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan. Malaysia:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
2. Buucher, C. A (1993), Faudations Of Physical Education and Sport (3th
Edision), St
3. http://www.tgfu.info/
4. Mohamed Nor(1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala
Lumpur: Flo Enterprise.
5. P.Y Ramakrisnan (1998), Pendidikan Pergerakan Mudah, Shah Alam, Siri
Pendidikan Fajar Bakti
6. Teng Boon Tong (1992), Pendidikan Jasmani Di Sekolah Rendah, Edisi
Kedua, Selangor, Longman.
7. Vasudevan T. Arasoo (1991), Pengajaran Pendidikan Jasmani Untuk
Sekolah-Sekolah Rendah, Selangor, Siri Pendidikan Fajar Bakti.
http://www.tgfu.info/http://www.tgfu.info/
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
29/52
29
TUGASAN 1 (b)
Bincangkan tentang masalah obesiti dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia.
Huraian anda hendaklah dikaitkan dengan matlamat Pendidikan kesihatan
menurut Ewles dan Simnett (1986).
1.0 PENDAHULUAN
Menurut International Association for the Study of Obesity (IASO), obesiti telah
diiktiraf sebagai suatu penyakit lebih dari 60 tahun yang lalu. Ianya telah menjadi epidemik
yang turut mengancam keupayaan pembiayaan kesihatan di negara-negara maju. Situasi
terkini menunjukkan prevalens obesiti di kalangan orang dewasa adalah lebih tinggi daripada
masalah kurang berat badan. Dianggarkan sebanyak 525 juta orang mengalami masalah
obesiti dengan hampir dua kali ganda lagi mengalami masalah berlebihan berat badan
yang menjadikan secara keseluruhannya sekitar 1.5 bilion penduduk dunia mengalami
masalah berlebihan lemak badan.
Berlebihan berat badan adalah faktor ketiga tertinggi penyebab kematian pra matang
dan ketidakupayaan di dunia, iaitu selepas merokok dan tekanan darah tinggi.Masalah ini
lebih membimbangkan di negara kurang membangun iaitu penularan malnutrisi di kalangan
bayi dan kanak-kanak meningkatkan risiko kenaikan berat badan secara sederhana yang
seterusnya meningkatkan risiko diabetes dan penyakit kronik di kalangan mereka. Negara-
negara tersebut mempunyai 4-5 kaliganda lebih tinggi jumlah golongan dewasa yang
mengalami penyakit disebabkan berlebihan berat badan berbanding negara maju. Kesannya
adalah peningkatan yang keterlaluan kepada kos perubatan yang mencecah ratusan juta yang
sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan negara.Epidemik obesiti di kalangan
kanak-kanak juga didapati berlaku secara global yangboleh mempengaruhi aspek sosial ,
pencapaian akademik serta komplikasi kesihatan . Lebih 155 juta kanak-kanak sekolah
mengalami masalah berlebihan berat badan dan mereka ini diramalkan generasi pertama
yang mempunyai jangka hayat yang lebih pendek berbanding ibu bapa mereka. Ianya jelas
menunjukkan suatu tindakan yang komprehensif perlu dilakukan untuk mengatasi
masalah ini. (IASO,2009).
Masalah berlebihan berat badan dan obesiti juga telah meningkat di Malaysia sejak
dua dekad yang lalu. Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga
(2006) menunjukkan prevalens berlebihan berat badan telah meningkat kepada 29.1%
berbanding 16.6% manakala prevalens obesiti meningkat kepada 14.0%berbanding 4.4%
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
30/52
30
pada tahun 1996. Antara penyebab utama yang menyumbang2kepada masalah berlebihan
berat badan dan obesiti di Malaysia adalah pengambilan diet yang tinggi kalori dan cara
hidup sedentari.
2.0 DEFINISI OBESITI
Obesiti ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang berlakunya pengumpulan atau
penyimpanan lemak yang berlebihan dalam badan. Obesiti juga didefinisikan sebagai lebihan
lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila
saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004).
Secara umum seseorang dewasa yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh atau Body
Mass Index (BMI) 30 kg/m2 ke atas dikelaskan sebagai obes. Walau bagaimanapun penilaian
peratus lemak badan adalah lebih tepat. Seseorang individu boleh dikategorikan sebagai obes
sekiranya peratus lemak di dalam badan melebihi 25 peratus bagi lelaki dan 35peratus bagi
wanita (Clinical Practice Guidelines on Management of Obesity, 2004).
Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan
untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira
berat badan dalam unit kilogram (kg) dan dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa
dua (m2 ).
Formula BMI ialah :
Kurus Kurang 20.6
Normal 20.7 - 26.4
Gemuk 26.5 - 30.9
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
31/52
31
Obesiti 31.0 - 45.2
Bahaya Lebih 45.3
Jika kita ingin mengetahui berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan
yang ideal atau tidak, bolehlah menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m).
Berlebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja semakin
meningkat dengan mendadak di seluruh dunia (WHO, 1998). Kajian oleh Bong &
Safurah (1996) melaporkan 8% kanak-kanak sekolah rendah adalah berlebihan berat
badan.Kajian di kalangan kanak-kanak 6 - 12 tahun di Malaysia menunjukkan peningkatan
masalah berlebihan berat badan daripada 11.0% kepada 12.8% dan obesiti daripada9.7%
kepada 13.7%, masing-masing pada tahun 2002 dan 2008 (Ismail et al., 2003 ,2009).
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III (2006) pula mendapati dalam
kalangan kanak-kanak 6-12 tahun prevalens berlebihan berat badan/obesiti adalah 22.4%
manakala dalam kalangan remaja 13-17 tahun prevalens berlebihan berat badan/obesiti
adalah 21.4%.
3.0 TUJUAN PENDIDIKAN KESIHATAN EWLES & SIMNETT
Masalah obesiti ini dapat diatasi sekiranya individu terbabit berazam untuk
mengatasi masalah mereka. Selain daripada itu, kesedaran dan ilmu pengetahuan
tentang pemakanan serta kesihatan adalah antara faktor penting yang boleh mengawal
obesiti berlaku dalam kalangan pelajar. Atas dasar inilah mata pelajaran Pendidikan
Kesihatan diajar di sekolah. Ia bertujuan untuk mengatasi masalah obesiti dalam
kalangan pelajar sekolah.
BM = BERAT (KG)
TINGGI (m) X TINGGI (m)
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
32/52
32
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dalam laporan teknikal pada tahun
1954 tujuan sesuatu Pendidikan Kesihatan itu mestilah diarahkan kepada usaha-usaha
berikut:-
a· Menyediakan individu atau masyarakat bahawa kesihatan adalah harta yang tidak
ternilai harganya.
b· Menggalakkan individu atau masyarakay untuk mempertahankan amalan – amalan
yang akan menjamin keselesaan dalam kehidupan seharian.
c· Menggalakkan individu dan masyarakat untuk menggunakan perkhidmatan kesihatan
yang sedia ada dengan betul , selamat dan sebaik mungkin.
d· Memberi dorongan individu atau masyarakat untuk berdikari dan sentiasa berusaha
dalam mempertingkatkan status kesihatan dalam lingkungan persekitaran mereka.
Menurut Ewles & Simnett (1986) pula, mengemukakan tujuan yang lebih spsifekasi
berkaitan Pendidikan Kesihatan . Menurut beliau, dalam melaksanakan tugasan Pendidikan
Kesihatan, seorang pendidik mestilah berusaha mencapai tujuan-tujuan berikut:-
a· Meningkatkan pengetahuan kepada yang dididik tentang masalah kesihatan yang sedang
dihadapi.
b· Memberikan penerangan dan juga pengetahuan tentang segala sesuatu yang berkaitan
dengan masalah yang sedang dihadapi oleh invdividu atau mayarakat.
c· Menimbulkan kesedaran diri setelah mendengar penerangan dan penjelasan yang telah
diberikan.
d· Membantu mereka yang dididik untuk mengubah sikap ke arah yang lebih positif. Perubahan
sikap ini akan memulakan rantaian perubahan kebiasaan dan tabiat melalui beberapa aktiviti
tertentu sehingga matlamat pendidik dan mereka yang dididik itu tercapai.
Ewles dan Simnett (1986) pula mengemukakan tujuan yang lebih spesifik lagi
tentang mengapa pendidikan kesihatan itu diberikan. Menurut mereka, dalam
melaksanakan tugas tersebut, seseorang pendidik kesihatan mestilah berusaha untuk
mencapai tujuan-tujuan berikut :
a. Meningkatkan kesedaran kepada yang dididik tentang masalah kesihatan yang
sedang dihadapinya.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
33/52
33
b. Memberikan penerangan dan juga menyumbang pengetahuan tentang segala
sesuatu yang berhubung kait dengan masalah yang sedang dihadapi oleh individu
atau masyarakat itu.
c. Menimbulkan kesedaran diri (self awareness) setelah mendengar penerangan
dan penjelasan yang diberikan. Dengan adanya kesedaran ini, diharapkan
orang yang menerima atau dididik akan lebih tegas untuk mengubah
nasibnya.
d. Membantu mereka yang dididik untuk mengubah sikap ke arah yang lebih
positif . Perubahan sikap ini pula akan memulakan rantaian perubahan kebiasaan
dan tabiat melalui beberapa aktiviti tertentu sehingga matlamat pendidik dan
mereka yang dididik itu tercapai.
4.0 MATLAMAT PENDIDIKAN KESIHATAN EWLES DAN SIMNETT
Menurut Ewles & Simnett (1986), Pendidikan Kesihatan yang dusahakan seringkali
bertujuan untuk mencapai satu atau pun lebih matlamat kesihatan. Matlamat yang
dimaksudkan adalah berbeza daripada seorang individu kepada individu yang lain mahu
pun daripada satu masyaraka t kepada masyaraka t yang lain.
Antara matlamat Pendidikan Kesihatan adalah seperti berikut iaitu peka atau sedar
terhadap kesihatan, menyampaikan ilmu pengetahuan, menimbulkan kesedaran diri,
mengubah sikap, membuat keputusan, mengubah tingkah laku dan mengubah status
sosial.
4.1· Peka atau sedar terhadap kesihatan.
Adalah menjadi suatu harapan melalui Pendidikan Kesihatan, orang yang dididik
mampu untuk menimbulkan atau memikirkan isu-isu berkaitan dengan kesihatan semasa
yang dianggap penting untuk dirinya mahupun masyarakat sekelilingnya setelah didedahkan
dengan pengetahuan isu tersebut.
Contohnya adalah seperti kempen tentang kesedaran AIDS, H1N1, merokok
dan mengambil minuman keras. Kempen AIDS yang telah dan sedang dijalankan di
Malaysia mahupun di negara luar yang lain di dunia telah membelanjakan jutaan ringgit
ke arah usaha pendidikan terhadap isu tersebut. Ia bertujuan semata-mata untuk
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
34/52
34
memberikan pengetahuan dan panduan kepada individu dan masyarakat tentang bahaya
penyakit AIDS. Dengan ilmu yang diberikan ini, telah menjadi satu harapan
kepada masyarakat agar menjadi lebih peka dan bertindak rasional bagi mengatasi
isu-isu yang diberikan.
4.2· Menyampaikan ilmu pengetahuan
Ada saat dan ketikanya, masalah kesihatan itu wujud dalam masyarakat
mahupun individu terbabit. Mereka mengetahui masalah yang wujud, namun mereka
tidak memahami akan bahayanya. Lantaran tidak memahami maka mereka membiarkan
sahaja masalah tersebut berlarutan sehinggalah kepada peringkat yang tidak diingini.
Contohnya, isu berkaitan dengan kes nyamuk aedes. Majoriti masyarakat
mengetahui akan bahaya dan kesannya terhadap kesihatan diri, namun mereka tidak
memahami sebab ia berbahaya dan juga cara mengatasinya. Mereka akan cuba untuk
mengetahuinya apabila salah seorang daripada anggota keluarga mereka mengidap
penyakit bawaan nyamuk tersebut. Perkara sebeginilah yang sepatutnya kita cegah. Di
sinilah peranan Pendidikan Kesihatan dan satu kaedah yang berkesan perlu digunakan
dan diselaraskan dengan matlamat untuk memberikan tunjuk ajar dan fahaman yang jelas
kepada masyarakat dan juga individu.
4.3· Menimbulkan kesedaran diri
Matlamat yang hendak dicapai adalah lebih terarah kepada individu itu sendiri.
Sebagai seorang pendidik ilmu Pendidikan Jasmani, maka segala ilmu yang hendak
disampaikan haruslah berkesan, menyentuh perasaan dan memberangsangkan supaya ia
menimbulkan sensitiviti dan seterusnya menimbulkan kesedaran yang tinggi dalam diri
individu. Tindakan positif yang bakal diambil diharap dapat meningkatkan tahap kesihatan
individu itu sendiri.
4.4· Mengubah sikap
Adalah menjadi suatu harapan, apabila ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan
Pendidikan Kesihatan telah diberikan, maka tahap sensitiviti terhadap kesihatan juga
dapat ditingkatkan. Dalam usaha ini, para pendidik Pendidikan Kesihatan memainkan
peranan yang sebaik mungkin dalam memberikan tunjuk ajar kepada pelajar agar
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
35/52
35
dapat menguatkan lagi semangat pelajar untuk mengubah sikap demi mencapai matlamat
kesihatan yang optimum.
4.5 Membuat keputusan
Para pendidik Pendidikan Kesihatan seharusnya memainkan peranan dalam
memberikan dorongan dan galakan kepada pelajar yang terlibat agar dapat membuat satu
keputusan yang positif demi mencapai taraf kesihatan yang paling baik.
Contohnya, pelajar A mengalami masalah kesihatan berkaitan dengan tekanan darah.
Dia perlu mengawal tekanan darah dengan mengurangkan jumlah garam dalam makanan
dan juga makanan berlemak yang lain. Di samping itu, dia juga perlu bersenam. Namun
demikian, pelajar ini enggan melakukan perkara yang sepatutnya. Keadaan sebegini
tidak mungkin terjadi seandainya, pelajar berkenaan mempunyai ilmu pengetahuan
tentang kesihatan. Kesedaran diri pasti akan timbul dengan sendirinya, sehingga akan
berlaku perubahan sikap dan satu keputusan yang tegas diambil oleh pelajar terbabit
untuk mengatasi masalah kesihatan yang dihadapinya.
4.6· Mengubah tingkah laku
Perubahan terhadap tingkah laku baik kepada individu mahupun masyarakat
perlu berlaku dengan adanya pengetahuan tentang Pendidikan Kesihatan. Amalan tentang
gaya hidup sihat perlu dijadikan amalan seharian agar kehidupan menjadi lebih
berkualiti. Perubahan yang berlaku ini perlulah selaras dengan kehendak budaya, agama
dan bangsa serta kemudahan yang sedia ada.
4.7 · Mengubah status sosial
Dalam usaha untuk mencapai tujuan bagi melahirkan individu dan masyarakat
yang sihat, pengorbanan daripada pihak tersebut adalah amat perlu. Faktor ini merupakan
satu faktor yang sukar untuk diterima dan dibincangkan. Ini kerana ia berkaitan
dengan perubahan social dan juga cara hidup kita.
Contoh yang paling jelas ialah kempen anti-merokok. Walaupun kerajaan
telah membelanjakan jutaan wang ringgit dalam usaha menyeru individu dan masyarakat
agar meninggalkan tabiat ini, namun segalanya masih belum berkesan. Bukan itu
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
36/52
36
sahaja, malah penggubalan akta dan undang-undang juga turut dilaksanakan ,
malangnya peningkatan golongan perokok baru tetap berlaku saban tahun. Walaupun
mereka ini sedar akan bahaya merokok, namun untuk meninggalkan amalan ini amat
sukar sekali. Kononnya, demi menjaga status sosial mereka.
Sebagai pendidik Pendidikan Kesihatan, adalah menjadi tanggungjawab mereka
untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan individu mahu pun masyarakat dalam
usaha mencapat matlamat ini. Mereka perlu menggunakan kepakaran mereka dan
juga mengatur strategi yang berkesan serta tidak patah semangat dalam usaha bagi
mencapai matlamat masyarakat sihat dan makmur. Semua langkah untuk mengatasi
obesiti dapat diaksanakan dengan mudah sekiranya tujuan dan matlamat yang diutarakan
oleh Ewless & Simnett tercapai.
5.0 FAKTA, KAJIAN DAN ANALISA BERKAITAN OBESITI DI KALANGAN
PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA.
Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesiti semakin menular di kalangan
kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu
faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik.
Sindrom metabolic juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.
Di Malaysia, peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-10
tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur 10 tahun. Sebanyak
12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin
ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun.
Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes
apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain
pada masa hadapan (Chee et al, 2008)
Standard Pengiraan Obesiti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia
menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membangunkan satu standard pertubuhan
untuk bayi sehingga kanak – kanak berumur 5 tahun yang telah dilancarkan pada April 2006.
Standard ini dipanggil WHO child growth standards.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
37/52
37
6.0 PUNCA-PUNCA OBESITI DALAM KALANGAN PELAJAR DI
MALAYSIA.
6.1 Genetik
Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi
berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu
bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini
nampaknya faktor genetik telah „ikut campur‟ dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di
dalam tubuh.Hal ini demikian kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka
unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan
diturunkan kepada bayi sewaktu dalam kandungan . Maka , tidak hairanlah apabila bayi
yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar .
6.2 Pemakanan Yang Tidak Sihat
Obesiti di Malaysia semestinya dikaitkan dengan pemakanan yang tidak sihat.
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, Malaysia juga sering di hiasi dengan pelbagai
hidangan makanan dan 90% daripadanya yang menjadi rutin makanan harian adalah tidak
sihat sama sekali contohnya seperti roti canai,teh tarik dan nasi lemak. Yang lebih
membimbangkan kita makanan ini menjadi sarapan kepada masyarakat kita. Memakan
makanan seimbang tidak diambil berat.
Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari
akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang. Minuman manis antara
punca utama obesiti dikalangan pelajar di Malaysia.
Baru-baru ini kecoh seketika akan pengharaman penjualan minuman bergas
(berkarbonat) di sekolah-sekolah oleh Kerajaan Malaysia, meskipun pada hakikatnya
minuman bergas sudah lama tidak dijual di kantin-kantin di kebanyakan sekolah. Sekali lagi
di sini, mengapa mesti minuman karbonat dipersalahk an, sedangkan penjualan „minuman-
minuman manis‟ yang lain masih lagi dihalalkan? Apakah yang membezakan komposisi
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
38/52
38
nutrien minuman bergas dan minuman-minuman yang lain seperti milo ais, sirap bandung,
atau teh tarik?
Berbeza dengan teh tarik yang mungkin sebahagian kecil nilai kalorinya hadir
berpunca daripada sumber lemak dan protein, minuman ringan hanya mengandungi gula
ringkas semata-mata, dan kalori yang wujud dalam minuman ini juga datang daripada gula
semata-mata. Kebiasaannya minuman ringan tidak mengandungi protein dan lemak.
Perumpamaan untuk komposisi minuman ringan adalah seperti berikut: Air kosong + Gula +
Perisa + Karbonat = Minuman ringan/bergas.
Lebih gula, lebihlah dahaganya. Ini kerana gula yang terkandung dalam minuman
ringan adalah merupakan karbohidrat ringkas yang sudah diproses (refined carbs).
Pengambilan karbohidrat ringkas seperti ini akan menggalakkan pembebasan insulin dengar
kadar yang banyak dan mendadak dari pankreas yang berfungsi untuk membawa gula ringkas
tadi masuk ke dalam sel, lalu menukarkannya kepada glikogen di sana.
Ini sekaligus akan membuatkan paras gula dalam darah jatuh secara mendadak, dan otak
akan mula berfikir bahawa badan masih memerlukan „sumber makanannya‟ – ini
mengakibatkan anda akan berasa lebih dahaga (tidak puas dengan apa yang diminum tadi).
Akibatnya, sama ada anda akan menambah lagi minuman ringan ini, atau menghabiskan terussebotol yang dibeli.
Oleh kerana gula merupakan karbohidrat yang sudah diproses, maka badan tidak akan
mengambil masa yang lama untuk mencernakannya. Sifat gula yang mengandungi tinggi
glycemix index (G.I) akan membuatkan ia cepat memasuki aliran darah dalam bentuk
glukosa, dan dibawa ke serata sel dalam tubuh badan melalui darah dengan bantuan hormon
yang kita kenali sebagai insulin.
Sel tidak memerlukan terlalu banyak glukosa untuk menjalankan fungsinya, lalu apakah
yang akan berlaku jika ia menerima terlalu banyak glukosa? Glukosa yang berlebihan akan
ditukarkan kepada glikogen dan disimpan sementara di dalam sel sehinggalah ia akan
digunakan kelak. Namun, persoalan seterusnya akan timbul, apakah yang akan berlaku jika
paras glikogen di dalam sel menjadi terlalu tinggi? Glikogen tersebut akan dibawa dan
disimpan didalam hati, dan HANYA akan diguna pakai apabila badan berada pada fasa lapar,
seperti puasa, dan bersukan berintensiti tinggi (kardio).
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
39/52
39
6.3 Pemakanan Yang Tidak Mengikut Waktu
Menurut pakar pemakanan, mengambil makanan pada waktu yang tepat akan
menyebabkan badan kita menjadi hidup bermakna tidak letih, dan lebih bertenaga. Namun
terdapat segelintir pelajar di negara ini selalu mengabaikan waktu makan dan makan pada
waktu yang tidak betul seperti tengah malam. Ini boleh mendatangkan obes dan makanan
tidak dapat di hadam dengan sebaiknya.
. Mengelak waktu makan. Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat
Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi
ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabila anda tidak makan,
ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan meransang seseorang untuk berasa
lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.
6.4 Persekitaran Tidak Sihat
Di Malaysia khususnya amat sukar untuk menjaga kesihatan kerana kegemaran orangtempatan bila berniaga ialah membuka restoren makanan. Implikasi daripada fenomena ini
terdapat pelbagai restoren di sekitar ibu kota dan makanan yang dijual terdiri daripada
makanan yang tidak berkhasiat. Perkara yang paling memburukkan lagi ialah tabiat memakan
makanan tidak berkhasiat ini makin berleluasa kadang kala ada segelintir warga kota yang
menjadikan makanan yang mempunyai kolestrol dan lemak yang tinggi sebagai makanan
harian.Fenomena ini bakal mengundang tabiat hidup yang tidak sihat dan membawa penyakit
yang merbahaya seperti kencing manis dan darah tinggi.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
40/52
40
Makanan segera
Faktor lingkungan persekitaran juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi
gemuk. Jika seseoang dibesarkan dalam lingkungan persekitaran yang menganggap
gemuk adalah simbol kemakmuran dan kebahagiaan, maka orang tersebut
akan cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi
oleh faktor luaran, maka orang yang mengalami obesiti tidak akan
menghiraukan masalah-masalah psikologi yang berkaitan dengan kegemukan.
Jadi, bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat badan berlebihan dan masih
belum berjaya mengurangkan berat badan, janganlah berasa kecewa. Mungkin dengan
mengetahui faktor-faktor penyebab kegemukan seperti tertulis di atas, anda akan
menemui penyebab mengapa berat badan anda tidak kunjung susut.
Satu hal yang paling penting untuk diingat adalah selagi tubuh anda tidak
menghidap apa-apa penyakit maka, tidak ada yang salah dengan tubuh anda yang besar
(gemuk) itu. Perkara lain yang juga tidak kurang penting ialah cubalah untuk bersukan
secara teratur dan menjaga emosi anda pada setiap waktu dalam apa jua keadaan.
6.5 Kurang Bersukan
Tingkat pengeluaran tenaga tubuh sangat peka terhadap pengendalian berat tubuh.Pengeluaran tenaga bergantung kepada dua faktor iaitu tingkat aktiviti dan sukan secara
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
41/52
41
umum serta yang keduanya angka metabolisme atau tingkat tenaga yang diperlukan untuk
mempertahankan minimum tubuh.
Antara kedua-dua faktor tersebut, metabolisme mempunyai tanggungjawab dua
pertiga daripada pengeluaran tenaga individu yang normal. Meskipun aktiviti fizikal
hanya mempengaruhi satu pertiga daripada pengeluaran tenaga seseorang dengan berat
normal, tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti ini bertukar menjadi
peranan yang sangat penting. Pada saat bersukan kalori terbakar, semakin banyak bersukan
semakin banyak kalori yang hilang.
Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk
bekerja seharian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekurangan aktiviti
bergerak akan menyebabkan suatu siklus yang hebat. Obesiti membuatkan aktiviti sukan
bagi seseorang individu sangat sukar dan kurang menikmati keseronokan bersukan. Impak
daripada kurangnya bersukan secara tidak langsung akan mempengaruhi kadar turunnya
metabolisme tubuh individu terbabit. Oleh itu, konklusifnya, aktiviti sukan sangat penting
dalam membantu penurunan berat badan kerana ia bukan sahaja membakar kalori malahan
dapat membantu mengatur berfungsinya metabolisme normal.
5.6 Pengaruh emosional
Suatu pandangan popular adalah bahawa obesiti bermula daripada masalah
emosional yang tidak teratasi. Orang-orang gemuk „dahaga‟ akan kasih sayang seperti
kanak-kanak yang menganggap bahawa makanan adalah simbol kasih sayang ibu atau
makan lebih daripada hadnya adalah sebagai elemen atau unsur untuk pengganti kepuasan
lain yang tidak tercapai dalam kehidupannya.
Walaupun penjelasan demikian sesuai pada beberapa kes, namun sebahagian orang
yang mengalami berat badan yang berlebihan tidak terganggu secara psikologi dibandingkan
dengan orang yang memiliki berat badan secara normal. Meskipun banyak pendapat yang
mengatakan bahawa orang gemuk biasanya tidak bahagia, namun sebenarnya
ketidakbahagiaan tekanan batinnya lebih diakibatkan sebagai hasil daripada
kegemukannya.
Hal tersebut kerana dalam sesebuah masyarakat, seringkali orang yang bertubuh
kurus disamakan dengan kecantikan, sehingga orang gemuk berasa malu dengan penampilan
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
42/52
42
dan kesukaran mereka mengendalikan diri terutama dalam hal yang berhubung dengan
perilaku makan. Orang gemuk seringkali mengatakan bahawa mereka cenderung makan
lebih banyak apabila mereka di dalam keadaan ketegangan atau cemas, dan eksperimen
membuktikan kebenarannya.
Orang gemuk makan lebih banyak dalam suatu keadaan yang sangat mencengkam
atau menekan; orang yang mempunyai berat badan secara normal akan dalam keadaan yang
kurang mencengkam atau menekan (McKenna, 1999). Dalam suatu kajian yang dilakukan
oleh White (1977) pada kumpulan orang dengan berat badan berlebihan dan kumpulan
orang dengan berat badan yang kurang, dengan menyajikan kerepek (makanan ringan) setelah
mereka menonton empat jenis filem yang mengundang emosi yang berbeza, iaitu filem yang
tegang, ceria, merangsang ghairah seksual, dan sebuah ceramah yang membosankan.
Pada orang gemuk didapati bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek
setelah menyaksikan filem yang tegang dibandingkan setelah menonton filem yang
membosankan. Sedangkan pada orang dengan berat badan kurang, selera makan kerepek
tetap samasetelah menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan.
6.7 Tidur yang cukup.
Tidur terlalu sedikit/banyak. Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur
kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali
ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko
sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama.
6.8 Tabiat semasa makan.
Faktor cara makan juga boleh menyumbang kepada masalah obesiti bila mana
makan terlalu cepat di mana makanan tersebut tidak dikunyah dengan sempurna
sebelum ditelan oleh seseorang. Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic
Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan
secara berlebiham. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit
untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia
adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
43/52
43
7.0 KESAN-KESAN OBESITI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH
DI MALAYSIA.
Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit
contohnya seperti diabetis, darah tinggi, penyakit jantung, kegagalan sistem pernafasan,
kegagalan system perkumuhan, kanser dan sebagainya.
Begitu juga dengan sindrom metabolik. Ia dipercayai berpunca daripada berat badan
yang berlebihan (obesiti), ukur lilit perut yang berlebihan (buncit), hipertensi, paras kolesterol
yang tinggi (hiperkolesterolemia) dan peningkatan paras glukos dalam darah (diabetes atau
prediabetes).
Menurut Pakar Perubatan dan Endokrin, Hospital Pusrawi, Dr. Shaharuddin Che Kadir,
lazimnya pesakit tidak menyedari diri mereka menghidap sindrom metabolik. Tambah
beliau lagi, seseorang cenderung menghidap sindrom metabolik jika mempunyai ukur lilit
pinggang melebihi 80 sentimeter (sm) bagi perempuan dan 90 sm bagi lelaki.
Masalah obesiti bukan perkara yang boleh dianggap remeh kerana disifatkan sebagai
„virus‟ yang memberi tekanan emosi dan menimbulkan kegelisahan. Apabila kegemukan
dialami oleh seseorangpelajar , persepsi terhadap dirinya juga berubah, termasuk hilang
daya tarikan, malah menjadi bahan cemuhan di kalangan rakan.
8.0 CARA MENANGANI MASALAH OBESITI DALAM KALANGAN
PELAJAR DI MALAYSIA.
Secara umumnya pihak sekolah telah mengalurkan beberapa langkah dan antaranya
adalah:
a. Pertama – Akui yang anda telah memungkiri janji dengan sendiri. Tetapi jangan
salahkan diri anda. Ini bukan soal moral, hanya ianya tidak menjadi kalau anda tidak
mengenalpasti atau mencari janji yang dimungkiri dan mengakuinya.
b. Kedua – Kenalpasti impak kemungkiran tersebut ke atas kehidupan anda dan
mengambil tanggungjawab ke atasnya (bukan menyalahkan masakan ibu).
c. Ketiga – Perbaharui janji dan komited untuk mengotakannya.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
44/52
44
d. Keempat - Laksanakan. Just Do It (macam kata Nike)
Panduan semasa menyediakan makanan merupakan antara elemen penting dan berkesan.
Panduan ini merangkumi aspek seperti:
a. Kikis dan buang lemak yang kelihatan pada bahan masakan
b. Kurangkan memasak menggunkan bahan berminyak. Gunakan cara kukus, bakar, rebus,
panggang, tumis atau gunakan gelombang mikro.
c. Ubah suaikan resepi masakan dengan mengurangkan santan, susus, daging dikurangkan
dan ditambahkan kekacang untuk serat.Tambhkan bawang, rempah, herba, jus limaunipis, cuka atau perasa asli tanpa lemak.
d. Kikis dan buang air rebusan yang berlemak.
e. Sayur dan buah penting untuk diet seimbang. Ia mempunyai rasa yang murni dan
mempunyai kepelbagaian warna, rupa yang menarik. Jadikan ia sebagai sebahagian
daripada menu harian yang juga merupakan sumber utama
f. Karbohidrat kompleks, Serat, Vitamin terutama A, C dan E dan juga sumber garam
mineral terutama kalium dan kalsium. Sama sekali tidak mengandungi kolestrol dan
amat rendah kandungan Lemak, kalori dan Natrium. Kebaikan boleh menjadi snek
yang mudah disediakan, menghilang dahaga dan lapar, merangsang serta melawaskan
sistem penghadaman, mencegah sembelit, mengurangkan penyakit dalam sistem
penghadaman dan beerapa jenis kanser.
Pakar pemakanan, Dr Che Ridzuan Hashim Rozaini berkata, terdapat lima petua
mengekalkan kesihatan sempurna iaitu menerusi pengambilan makanan seimbang, minum air
secukupnya, melakukan riadah, tidak merokok dan cukup rehat. Cara diet yang betul secara
asas perlu diamalkan oleh pelajar yang mengalami masalah obesiti seperti beberapa panduan
diet yang betul di bawah;
a. Ambil protein yang mencukupi. Tubuh secara puratanya memerlukan 30 gram protein
dalam sehari. (makan berprotein daging, susu, buah-buahan, sayur-sayuran dan
kekacang).
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
45/52
45
b. Elakkan perut daripada lapar. Rasa lapar mungkin disebabkan faktor psikologi seperti
tekanan atau stress. Anda boleh atasi rasa lapar tersebut dengan memakan buah-
buahan seperti epal. Hidangkan buah-buahan di atas meja makan anda.
c. Usah abaikan lemak. Tubuh anda perlukan air, karbohidrat, lemak yang
sedikit, mineral, serat dan vitamin. Jadi, tubuh anda sememangnya memerlukan
lemak. Cuma pastikan kuantiti lemak yang diambil adalah terkawal. Ambillah
juga jenis lemak yang baik seperti kekacang dan minyak zaitun. Lemak
tetap diperlukan kerana ia berfungsi menjaga otot dalam tubuh anda.
Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mempertingkatkan
sistem imunisasi tubuh.
Pelajar perlu menambah karbo selepas senaman. Perkara asas yang paling penting
dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap
hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi
senaman anda. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam
keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan.
Jangan tidur ketika lapar. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan
karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda. Sebagaicontoh, susu rendah lemak adalah pilihan yang bai k untuk diambil sebelum tidur.
Kitaran Kalori merupakan salah satu langkah yang boleh di lakukan dengan
memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari
berlakunya metabolisma yang rendah ini. Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori
untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga menjadikan
diet anda lebih menarik.
Jadualkan „Cheat Day‟ dengan menjadualkan „Cheat Day‟ ini, anda masih boleh
menikmati hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan diet
yang sihat pada hari-hari lain. Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari
seminggu untuk „Cheat Day‟ dari anda memilih untuk makan tidak terkawal.
Saratkan dengan serat kerana serat juga merupakan nutrien yang penting
dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan
yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang. Sekurang-kurangnyaanda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
46/52
46
berat badan. Makanan berserat kaya dengan serat larut yang dapat membantu
menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) dari dalam tubuh. Serat ini berfungsi
seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama pembuangan
sisa perkumuhan seharian. Sejumlah 10 gram hingga 15 gram serat larut yang
diambil setiap hari mencukupi untuk menurunkan kadar LDL. Serat larut boleh
ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear. Oat mengandung
beta-glukan, yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat. Untuk mendapatkan
hasil terbaik, kita boleh membiasakan diri dengan menggantikan sarapan oat setiap
hari. Minum dua gelas susu bersama sekurang-kurangnya tiga sudu makan oat setiap hari
dapat menurunkan paras kolesterol.
Kawal pengambilan minuman yang manis (menyebabkan pengambil kalori yang
berlebihan tanpa anda sedari) Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan
air suam atau air kosong .Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product) dengan kerap,
cuma pastikan anda memilih dar i variasi rendah lemak.
Jangan berlapar dalam jangka masa yang panjang. Makanan memberi kita
tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan
terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan.
Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan
berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini,
walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi
metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada
tahap yang sama
Pelajar boleh ambil sesuatu yang pahit sebelum makan. Minumlah kopi dan
kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan
menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL.
Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan
penghadaman.
Minum lapan gelas air setiap hari .Air mengurangkan selera makan anda
secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam
tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan
makan dengan banyak.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
47/52
47
Para pelajar perlu mengelakkan minum minuman yang bergas. Minuman
bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
Setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori. Kurangkan pengambilan garam
.Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan
pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda
kurang berat yang disebabkan air.
Para pelajar diseru agar mengambil sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka
yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan
mereka yang mengambilnya. Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam
darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
Makanlah dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan
secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan. Kunyah
makanan kepada cebisan yang lebih kecil. Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih
kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
Makan dengan kerap. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit
daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. Jika anda
terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda Pelajar
perlu kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan dan jangan simpan
ianya di dalam peti ais anda.
Amalkan beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing seperti:
a. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet.
b. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk
beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
c. Renang adalah latihan menyeluruh.
d. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.
Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
48/52
48
e. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat
mencantik dan merampingkan peha.
Ambil makanan yang berempah kerana sesetengah rempah seperti cili, biji sawi,
didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan
penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijirin penuh adalah
sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat
kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan
berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak,
tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan.
Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda.
Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda
boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari
ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan
diet anda.
Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Pelajar lebih berjaya dalam
penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif
mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah
fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan
tubuh badan.
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan
adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh
menumisnya dengan sedikit minyak atau hindari minyak atau lemak haiwan.
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring
cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan
yang terakhir, lauk dagingnya . Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda
ambil.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
49/52
49
Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari. Ini kerana jika dilakukan setiap
hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun tanpa
perlu bersusah-payah dan tanpa anda sedari.
Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda. Ada sebab mengapa restoran
makanan segera tidak menggunakan warna biru dalam hiasan restoran mereka. Percaya
atau tidak kajian mendapati warna biru menghalang selera. Jadi apa lagi, sediakan
makan malam dalam pinggan biru, pakai baju biru ketika makan dan gunakan alas
meja berwarna biru. Dalam masa yang sama, elakkan warna merah, kuning dan oren di
ruang makan kerana warna tersebut didapati membuka selera.
Ikan dan asid lemak poli-tidak tepu omega-3. Pelajar disarankan memakan
hidangan protein jenis ikan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Asid
lemak tidak tepu omega-3 yang terkandung dalam ikan ini dikatakan mampu
menurunkan paras kolesterol dalam badan. Di samping itu, omega-3 juga boleh menurunkan
tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah. Antara jenis ikan yang tinggi
kandungan asid lemak tidak tepu ini adalah ikan laut dalam iaitu tuna, salmon,
cencaru, sardin dan kembung. Sebaik-baiknya ikan ini disediakan dengan cara masakan
yang dibakar, dipanggang, ditumis, dimasak sup atau dikukus.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
50/52
50
9.0 RUMUSAN
Kesimpulannya Pendidikan Kesihatan bukan hanya mengajar matapelajaran
Pendidikan Kesihatan sebagai satu subjek malah ia boleh dilaksanakan dengan merangkumi
pelbagai aktiviti atau program dalam usaha menjadikan satu cara hidup yang baik.
Masalah obesiti dalam kalangan pelajar akan dapat diatasi sekiranya guru
Pendidikan Kesihatan berjaya mencapai matlamat yang diutarakan oleh Ewles & Simnett
(1986) ini. Ini adalah kerana matlamat yang perlu dicapai oleh guru Pendidikan
Kesihatan amatlah jelas dan mereka perlu melaksanakan amanah itu dengan sebaik
mungkin. Pelajar akan lebih peka kepada kesihatan mereka sekiranya mereka mempunyai
ilmu kesihatan yang berkesan. Daripada ilmu yang mereka peroleh, akan timbul
kesedaran dalam diri pelajar terbabit untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Apabila
pelajar peka pada tahap kesihatan, maka akan berlaku perubahan tingkah laku. Mereka
akan lebih mengutamakan kesihatan dan sanggup mengubah status sosial mereka demi
kesihatan sepanjang hayat.
Di sinilah, kita nampak tugas para pendidik Pendidikan Kesihatan amat penting
dan mereka perlu berikan ilmu yang berkesan tentang kesihatan. Setelah penyampaian
ilmu berlaku dengan berkesan adalah tidak mustahil masalah obesiti dalam kalangan
pelajar dapat diatasi. Ini jelas kerana para pelajar akan mengutamakan pemakanan
seimbang dan cara hidup yang sihat. Mana mungkin, dengan amalan gaya hidup yang
sihat dan pemakanan seimbang pelajar akan menghadapi masalah obesiti. Tambahan pula
masalah obesiti bukanlah satu masalah yang boleh dianggap ringan. Obesiti membawa
kesusahan dan mengancam kesihatan kita. Memandangkan kesan akibat obesiti
adalah bahaya, mereka yang terlibat perlu mengambil langkah-langkah yang
sewajarnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan mereka kerana kesihatan diri
adalah tanggungjawab diri masing-masing. Gemuk bukan bermakna sihat, malah
boleh mengancam nyawa dan kesihatan individu berkenaan.
Pastikan kita mengambil makanan yang perlu sahaja dengan kuantiti yang sesuai
dengan perkembangan kesihatan seseorang. Dalam kajian yang dijalankan bahawa terjadinya
pelbagai penyakit adalah disebabkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi
toksin yang boleh menyerang tubuh badan manusia secara senyap. Makanan segera
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
51/52
51
merupakan penyumbang utama ke arah obesiti yang ketara yang melanda negara-negara
membangun seperti Malaysia.
Bagi golongan kanak-kanak dan pelajar sekolah, obesiti sedikit sebanyak
menganggu emosi dan sosial mereka. Mereka akan berasa rendah diri dan tidak
menjadikan fizikal mereka sebagai halangan untuk melakukan aktiviti yang telah
dirancang. Akibat daripada itu tentunya akan merugikan individu,bahkan prodaktiviti
negara juga turut terjejas. Sedangkan golongan inilah yang diharapkan menjadi
kesinambungan kepada kepimpinan dan tenaga kerja pada masa yang akan datang.
Masalah obesiti dalam kalangan pelajar perlu diberi perhatian serius kerana
generasi hari ini bakal mewarisi kepimpinan negara. Mencegah lebih baik daripada
merawat. Jika dibiarkan keadaan ini akan menjejaskan hasrat kerajaan untuk
melahirkan modal insan minda kelas pertama.
Pelajar-pelajar hendaklah dibimbing mengamalkan gaya hidup sihat termasuklah
pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang aktif. Ini mampu menurunkan risiko obes
dan mengurangkan risiko mendapat penyakit berkaitan. Selain itu, kerjasama pelbagai
pihak dalam usaha menangani masalah ini juga adalah sangat penting.
Pemakanan dan aktiviti fizikal pelajar-pelajar dipengaruhi oleh pelbagai faktor
seperti masyarakat , keluarga , sekolah , pusat jagaan , pusat perubatan, istitusi
keagamaan, agensi kerajaan, media, industri makanan dan minuman serta industri
hiburan.
Dari segi peranan pihak sekolah pula adalah penting dalam menyediakan
persekitaran selamat dan sihat dengan pembangunan polisi dan praktikal yang
menyokong tingkahlaku sihat. Sekolah juga menyediakan peluang pembelajaran dan
praktis pemakanan sihat dan aktiviti fizikal. Oleh itu, marilah kita bersama-sama
mengemblengkan tenaga dalam usaha menangani masalah ini.
-
8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad
52/52
10. 0 RUJUKAN
Sumber Buku :
1. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999, Sukatan
Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan.
2. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999, Huraian
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Kesihatan
3. Surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Pesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25)
Sumber Internet :
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan Jasmani/Definisi Pendidikan Jasma