Download - syarat-syarat kemasukan ke ipta 2013/14
1/9
DASAR DAN PROSEDUR PEMILIHAN KEMASUKAN KE IPTA DAN POLITEKNIK PREMIER PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
SESI AKADEMIK 2013/2014
BIL DASAR PERNYATAAN
1.
PENYELARASAN PENGAMBILAN PELAJAR
BPKP, JPT menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf di semua IPTA dan Politeknik Premier bagi Ambilan Jun.
2.
KAEDAH PERMOHONAN
Pemohon Lepasan SPM/Setaraf diwajibkan mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application) sahaja.
3.
SYARAT PERMOHONAN
i. Kewarganegaraan Hanya Warganegara Malaysia yang mempunyai
No. KP/ MyKad sahaja yang layak mengemukakan permohonan.
Nota : Bukan Warganegara memohon terus ke
IPTA berkaitan. ii. Kelayakan Pemohon mestilah mempunyai kelayakan SPM/Setaraf
dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
iii. Hanya SATU (1) permohonan sahaja yang akan
diproses bagi setiap pemohon.
4.
PROGRAM PENGAJIAN UNTUK BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA
Semua program di UiTM, Program Asasi di UIAM, Program Asasi Sains UM, Program Asasi UNIMAS dan Program Asasi UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
2/9
BIL DASAR PERNYATAAN
Semua Program Asasi iaitu Program Pengajian Islam (UM), program di UPM, USIM, UPNM, UKM dan Diploma di UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
5. KATEGORI PEMOHON
i. Kategori A
Pemohon menggunakan SPM 2012
ii. Kategori B Pemohon Lepasan SPM tahun 2011 atau 2010
iii. Kategori C Pemohon Lepasan SPM tahun 2009 atau sebelumnya atau sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA/ Politeknik Premier
iv. Kategori D
Pemohon menggunakan keputusan SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011 atau, SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2012 atau,
6.
SYARAT PEMILIHAN PROGRAM
Setiap pemohon dibenarkan memilih lapan (8) pilihan program pengajian. Pelajar perlu memilih sekurang-kurangnya empat (4) pilihan program pengajian yang berlainan.
7.
PROGRAM PENGAJIAN YANG ADA TEMU DUGA
Temu duga / ujian kelayakan dibenarkan hanya untuk program pengajian tertentu yang berasaskan kebolehan / bakat / penguasaan bahasa. Panggilan untuk temu duga adalah bagi pilihan 1 hingga 4 sahaja. Surat panggilan temu duga secara online akan dikeluarkan oleh IPTA/Politeknik Premier melalui laman web masing-masing.
3/9
BIL DASAR PERNYATAAN
8.
KRITERIA PEMILIHAN
i. Pencapaian akademik dalam Peperiksaan
SPM/Setaraf; ii. Pencapaian dalam aktiviti kokurikulum; iii. Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki
bersesuaian dengan program pengajian dipohon; iv. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan; v. Lulus temu duga / ujian kelayakan yang ditetapkan
oleh IPTA / Politeknik Premier bagi program pengajian yang memerlukan temu duga;
vi. Program pengajian pilihan pemohon mengikut
keutamaan; vii. Memenuhi syarat khas program pengajian seperti
yang ditetapkan oleh sesebuah IPTA / Politeknik Premier; dan
viii. Bilangan tempat yang disediakan oleh IPTA/
Politeknik Premier.
9.
DASAR PENENTUAN ALIRAN
Permohonan dibahagikan kepada dua (2) aliran iaitu : • Aliran Sains • Aliran Sastera
Kaedah penentuan aliran bagi semua calon iaitu dengan mengguna pakai 4 daripada 5 mata pelajaran utama seperti berikut : Aliran Sains Penentuan aliran bagi sains ialah calon mengambil mana-mana EMPAT (4) daripada LIMA (5) mata pelajaran berikut: i. Matematik ii. Matematik Tambahan iii. Fizik iv. Kimia v. Biologi atau mata pelajaran berikut;
4/9
BIL DASAR PERNYATAAN
Pengajian Kejuruteraan Awam/ Elektrik & Elektronik/ Mekanikal/ Reka Cipta/ Lukisan Kejuruteraan/ Ekonomi Rumah Tangga/ Teknologi Maklumat/ Teknologi Kejuruteraan/ Prinsip Perakaunan/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Sains Pertanian/ Pengajian Agroteknologi/ Pengetahuan Sains Sukan/ Pengurusan Makanan Aliran Sastera Calon yang tidak memenuhi komponen Aliran Sains secara automatik dimasukkan ke Aliran Sastera.
10.
DASAR PEMILIHAN
Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
11.
DASAR MARKAH KOKURIKULUM
i. Markah kokurikulum 10% calon sekolah di bawah
seliaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan diselaraskan dengan KPM. Ia akan dibekalkan kepada BPKP JPT untuk padanan dengan markah akademik 90% mengikut jadual yang ditetapkan.
ii. Bagi calon Kategori C, markah kokurikulum adalah berdasarkan maklumat kokurikulum yang diisi semasa mengemukakan permohonan.
iii. Markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2
daripada 4 bidang yang terbaik. (termasuk Program Latihan Khidmat Negara- PLKN) dengan markah 10%.
5/9
BIL DASAR PERNYATAAN
12.
PENYEDIAAN DAN PENGIRAAN MERIT
Markah Akademik Nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah adalah seperti berikut:
GRED MARKAH
A+ 18
A 16
A- 14
B+ 12
B 10
C+ 8
C 6
D 4
E 2
G 0 Kaedah Pengiraan Markah Akademik
i. 90 markah bagi 5 mata pelajaran utama. ii. 30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang
lain. Aliran Sains : 90 markah dari 5 mata pelajaran berikut:
i. Matematik ii. Matematik Tambahan iii. Fizik iv. Kimia v. Biologi atau salah satu dari mata pelajaran
berikut:
Pengajian Kejuruteraan Awam/ Elektrik & Elektronik/ Mekanikal/ Reka Cipta/ Lukisan Kejuruteraan/ Teknologi Kejuruteraan/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Teknologi Maklumat/ Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Pengetahuan Sains Sukan / Pengurusan Makanan
dan
• 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang
lain.
6/9
BIL DASAR PERNYATAAN
Aliran Sastera : 90 markah dari 5 mata pelajaran berikut:
i. Bahasa Melayu ii. Matematik iii. Sains iv. Sejarah v. Pendidikan Islam atau salah satu mata
pelajaran berikut ; Pendidikan Syariah Islamiah / Pengajian Al-
Quran & AsSunah / Pengetahuan Moral dan
• 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.
Kaedah Penyediaan Merit • Contoh kiraan bagi penyediaan merit adalah seperti
berikut:
i. Calon Aliran Sains Mengambil 9 Mata Pelajaran
Bil. Mata Pelajaran Gred 1. Bahasa Melayu A+ 2. Bahasa Inggeris A+ 3. Pendidikan Islam A+ 4. Sejarah A+ 5. Matematik A+ 6. Matematik Tambahan A 7. Fizik A- 8. Kimia A 9. Biologi A-
ii. Pengiraan Markah Akademik 5 Mata Pelajaran
Utama (Aliran Sains)
Bil. Mata Pelajaran Gred Nilai
(Markah) 1. Matematik A+ 18 2. Matematik
Tambahan A 16
3. Fizik A- 14 4. Kimia A 16 5. Biologi A- 14
JUMLAH 78
7/9
BIL DASAR PERNYATAAN
iii. Pengiraan Markah Akademik Bagi 3 Mata Pelajaran Terbaik Lain Yang Diambil (Aliran Sains)
Bil. Mata Pelajaran Gred Nilai (Markah)
1. Bahasa Melayu A+ 18 2. Bahasa Inggeris A+ 18 3. Pendidikan Islam A+ 18
JUMLAH 54
iv. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar
Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran Utama Aliran + Markah Mata Pelajaran Terbaik Markah MP Utama Aliran = 78 x 90 = 78 90 Markah MP Terbaik = 54 x 30 = 30 54 Jumlah Markah Akademik = Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik x 90 120 = (78 + 30) x 90 120 = 81
v. Markah Merit Calon ialah
Markah Akademik + Markah Kokurikulum Jika Calon Mendapat :
i. Markah Akademik = 81 ii. Markah Kokurikulum = 8
Markah Merit = Markah Akademik + Markah Kokurikulum
=
81 + 8
=
89
8/9
BIL DASAR PERNYATAAN
13.
ASAS PERTIMBANGAN SETARA
Hanya pemohon yang menyatakan persetujuan dalam Pernyataan Khas untuk menerima tawaran selain dari lapan (8) pilihan program pengajian sahaja akan ditawarkan program pengajian yang sesuai dengan kelayakan dan berdasarkan kekosongan tempat yang masih ada.
14.
PENAJAAN
Program Asasi Pemohon yang berjaya ke Program Asasi di IPTA akan diberikan biasiswa oleh Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Program Diploma Pemohon yang berjaya ke Program Diploma di IPTA/ Politeknik Premier layak memohon pembiayaan melalui PTPTN, JPA atau lain-lain agensi.
15. DASAR PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN DAN IPTA
i. Dasar Jabatan Pengajian Tinggi tidak membenarkan
sebarang pertukaran program pengajian di dalam IPTA atau di antara IPTA.
ii. Semua urusan pertukaran program pengajian di IPTA adalah secara dalaman sahaja berdasarkan pertimbangan dan budi bicara IPTA.
iii. Semua urusan pertukaran antara IPTA adalah
diuruskan sendiri oleh pemohon dengan IPTA pilihan dan tertakluk kepada pertimbangan dan budi bicara IPTA.
16. DASAR RAYUAN
i. Hanya calon gagal mendapat tawaran IPTA/ Politeknik
Premier sahaja yang boleh membuat rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan yang diselaraskan oleh BPKP, JPT dalam tempoh 10 hari selepas keputusan permohonan kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier.
ii. Calon dibenarkan mengemukakan dua (2) pilihan program pengajian seperti pilihan program pengajian 1 hingga 8 yang asal atau 2 program pengajian baharu
9/9
BIL DASAR PERNYATAAN
semasa mengemukakan permohonan rayuan.
iii. Program pengajian yang ada temu duga dikeluarkan dari Aplikasi Dalam Talian dan tidak ditawarkan dalam rayuan kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier.
iv. Calon dibenarkan mengemukakan satu (1) kali
permohonan dan tiga (3) kali pengemaskinian program pengajian sehingga tarikh tutup permohonan.
v. Proses pemilihan bersama rayuan adalah untuk
mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu di IPTA/ Politeknik Premier.
17. DASAR PENGAMBILAN BAGI KATEGORI SETARAF SPM
i. Pemohon yang menggunakan sijil yang diiktiraf setaraf
SPM oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti dibenarkan untuk memohon program pengajian Lepasan SPM/Setaraf.
ii. Sijil yang dimaksudkan adalah Sijil GCE O Level, Sijil Institut Pertanian, Sijil Politeknik, Sijil Renjer Hutan, Sijil Pra UiTM dan lain-lain.
iii. Pemohon yang menggunakan Sijil Setaraf
dikategorikan dalam Kategori C.
iv. Pemohon Kategori C perlu mengemukakan maklumat permohonan berserta salinan sijil dan dokumen berketerangan sendiri kepada IPTA pilihan.
v. Pemilihan pemohon Kategori C dibuat oleh IPTA
berdasarkan kelayakan yang dikemukakan, lulus temu duga bagi program pengajian yang memerlukan temu duga dan bilangan tempat yang disediakan oleh IPTA.
vi. Pengiraan merit pemohon Kategori C berdasarkan
kriteria yang ditetapkan oleh Senat Universiti.
1/3
PROSEDUR PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID PERMOHONAN KEMASU KAN KE IPTA/POLITEKNIK PREMIER
BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2013/2014
1. Permohonan kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier bagi Program
Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2013/2014 adalah melalui Aplikasi Dalam Talian sahaja. Pelajar boleh melayari Laman Web Rasmi Kemasukan di URL http://upu.mohe.gov.my untuk mendapatkan maklumat permohonan kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier.
2. Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membeli
Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dan kaedah pembelian Nombor Unik ID adalah seperti berikut:
PUKAL INDIVIDU
i. Pembelian mulai 7 hingga 30
November 2012. ii. Pembelian melalui sekolah
menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN sahaja.
iii. Bayaran Wang Proses
sebanyak RM10.60
iv. Salinan Kad Pengenalan/ MyKad calon perlu dikemukakan semasa pembelian.
i. Pembelian mulai 7 Januari
hingga 15 April 2013 ii. Pembelian secara individu
melalui kaunter BSN, ATM, SMS Banking dan Perbankan Internet.
iii. Bayaran Wang Proses
sebanyak RM10.60
iv. Salinan Kad Pengenalan/ MyKad calon perlu dikemukakan semasa pembelian.
3. Sekolah boleh membuat pembelian Nombor Unik ID secara pesanan pukal
terus dari mana-mana cawangan BSN dengan melengkapkan butiran yang diperlukan di BPKP-32C (Borang BPKP-32C dan Lampiran A hanya untuk kegunaan BSN sahaja dan tidak perlu dihantar ke BPK P JPT).
4. BSN akan menyerahkan Nombor Unik ID yang dipesan terus kepada wakil
sekolah berdasarkan tempoh masa yang dipersetujui. 5. Nombor Unik ID ini WAJIB digunakan semasa membuat permohonan
kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier mulai 7 Januari hingga 15 April 2013.
2/3
BPKP-32C BORANG PESANAN PUKAL - NOMBOR UNIK ID
Kepada : Semua Cawangan BSN PESANAN PUKAL NOMBOR UNIK ID PERMOHONAN KEMASUKAN K E IPTA/ POLITEKNIK PREMIER BAGI LEPASAN SPM/SETARAF (GUNA HURUF BESAR) Nama Sekolah : __________________________________________________
Kod Sekolah : __________________________________________________
Alamat Sekolah : __________________________________________________
Bahagian : __________________________________________________
Daerah : __________________________________________________
Negeri : _____________________ Poskod : __________________
No. Telefon (Pejabat)
: _____________________ No. Faks : __________________
e-mel : __________________________________________________
Bil
Program
Kuantiti
Nombor Unik ID
(RM 10.60 seorang)
Jumlah
1.
Lepasan SPM/Setaraf
Senarai pesanan Nombor Unik ID adalah seperti di Lampiran A. Tandatangan : Tarikh : _______________________________ Nama: Cop Rasmi Jabatan
3/3
LAMPIRAN A
BIL
NAMA NOMBOR
KAD PENGENALAN / MYKAD
• ( diperbanyakkan mengikut keperluan ) Yang benar, …………………………….. Ketua Jabatan Cop Rasmi Jabatan
1/4
PANDUAN MENGISI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA/ POLITEKNIK PREMIER MELALUI SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR (ONLINE APPLICATION)
1. Calon Lepasan SPM/setaraf dikehendaki mengemukakan permohonan Aplikasi Dalam
Talian mulai 07 Januari hingga 15 April 2013.
2. Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai No.
KP/MyKad sahaja. Calon yang mempunyai kelayakan minimum dan kriteria yang
ditetapkan perlu menggunakan Nombor Unik ID yang dibeli melalui pesanan pukal di
sekolah atau pembelian secara individu di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
atau ATM atau SMS untuk mengemukakan permohonan.
3. Calon dikategorikan kepada empat (4) kategori, iaitu :
(i) Kategori A Pemohon menggunakan SPM 2012 (ii) Kategori B
Pemohon Lepasan SPM tahun 2011 atau 2010 (iii) Kategori C
Pemohon Lepasan SPM tahun 2009 atau sebelumnya atau sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA
(iv) Kategori D
Pemohon menggunakan keputusan SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011 atau, SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2012 atau, SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2012 atau,
4. Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan Syarat Am dan Syarat Khas ke
IPTA/ Politeknik Premier bagi program pengajian yang ditawarkan, calon boleh
melayari laman web http://upu.mohe.gov.my sebelum mengemukakan permohonan.
5. Langkah ini adalah untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam
serta kelancaran proses permohonan kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier.
5. Maklumat lanjut berkenaan dengan panduan mengisi permohonan kemasukan ke IPTA
/Politeknik Premier secara Aplikasi Dalam Talian adalah seperti di lampiran.
2/4
LAMPIRAN
PANDUAN MENGISI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA/ POLITEKNIK PREMIER MELALUISISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR (ONLINE APPLICATION)
BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2013/2014
Tatacara mengemukakan permohonan : Layari Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA/ Politeknik Premier http://upu.mohe.gov.my
PERMOHONAN Login Klik butang permohonan pada menu utama
i. Masukan butiran berikut (muka depan):
• Nombor Kad Pengenalan/ MyKad; • Nombor Kad Pengenalan/MyKad semasa pendaftaran peperiksaan;
• Nombor Unik ID;
Calon perlu menggunakan Nombor Unik ID yang dibeli sendiri dengan
bayaran RM 10.00 sahaja dengan mengkreditkan terus ke Akaun UPU 14100-29-83030691-5 di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan tambahan RM0.60 sebagai bayaran perkhidmatan bank.
Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor
Kad Pengenalan / MyKad pemohon. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID.
Jangan dedahkan Nombor Unik ID anda kepada orang lain, kerana
ianya adalah SULIT.
• Kata laluan (6- 8 aksara/ alphanumeric) dan pengesahan kata laluan;
• Nama Ibu
• Kategori Permohonan; dan
• Kod Imej.
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
3/4
A. MAKLUMAT PERIBADI
No. Kad Pengenalan/MyKad, No. Kad Pengenalan/MyKad (Bapa/Penjaga), No Kad Pengenalan/MyKad (Ibu), Nama, Tarikh Lahir, Tempat Lahir, Alamat Surat-menyurat, Bandar, Poskod, Negeri, No. Telefon Rumah, No. Telefon Bimbit, E-mel, Taraf Perkahwinan, Kecacatan, Maklumat Kecacatan dan Penyakit.
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
B. MAKLUMAT PEKERJAAN & PENDAPATAN KELUARGA
Status Pekerjaan Bapa/Penjaga/Ibu/Pemohon, Tempoh Pengalaman Kerja Pemohon, Pendapatan Keluarga, Tanggungan Keluarga, Tempat Tinggal, No. LHDN (Bapa/Ibu/Penjaga)
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
C. MAKLUMAT AKADEMIK & KATEGORI PERMOHONAN
Kelayakan Pemohon, Jenis Sekolah, Kod Sekolah, Angka Gilir SPM dan Tahun SPM
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
D. MAKLUMAT KOKURIKULUM SPM/SETARAF
CGPA Kokurikulum, Sukan/ Permainan, Badan Beruniform, Kelab/ Persatuan, Jawatan, Tahap Penglibatan, Jenis Kejohanan dan Penganugerahan Sijil.
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
E. MAKLUMAT PILIHAN PROGRAM
i. Pilihan Bidang Pengajian Mengikut Keutamaan
ii. Pilihan Program Pengajian Mengikut Keutamaan
• Setiap pemohon dibenarkan memilih lapan (8) pilihan program pengajian.
• Pelajar perlu memilih sekurang-kurangnya empat (4) pilihan program pengajian yang berlainan.
4/4
iii. Program Pengajian Bertemuduga
Calon hanya boleh mengemukakan permohonan bagi pilihan 1 hingga 4 sahaja.
iv. Pernyataan Ya atau Tidak
Menerima Tawaran Luar Pilihan
v. KEMASUKAN KE TEVT & ILKA
Pernyataan Ya atau Tidak untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke TEVT (Politeknik Konvensional) & ILKA
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA.
G. LAIN-LAIN MAKLUMAT TAMBAHAN Pernyataan Ya atau Tidak i. Sistem Pesanan Ringkas (SMS) ii. Wang Pinjaman Pendahuluan (WPP) PTPTN iii. Maklumat Permohonan Diberikan Kepada Pihak Ketiga Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang PENGESAHAN MAKLUMAT
Paparan semua maklumat yang telah diisi akan dipaparkan
i. Semak semua maklumat yang telah diisi ii. Klik pada butang Sah & Hantar untuk mengesahkan permohonan telah diterima
oleh sistem iii. Cetak pengesahan maklumat diterima oleh sistem dan maklumat
keseluruhan permohonan untuk simpanan dan rujukan. iv. Calon dibenarkan mengemukakan satu (1) kali permohonan dan tiga (3) kali
proses pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.
Tidak
CARTA ALIR PERMOHONAN , KEMAS KINI DAN SEMAKAN SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR (ONLINE APPLICATION)
MULA
CETAK Maklumat PERMOHONAN telah
diterima oleh SISTEM
TAMAT
SEMAKAN
Masukkan NOKP
Sah Data dalam
pangkalan data
Semua Maklumat PERMOHONAN
dipaparkan
Cetak Maklumat PERMOHONAN
PERMOHONAN KEMASKINI
Masukkan Maklumat:-
1. NOKP & NOKP Semasa Peperiksaan
2. Nombor Unik ID
3. Kata Laluan & Pengesahan Katalaluan
4. Nama Ibu
5. Kategori Pemohonan
6. Kod Imej
Ya
Isi B. Maklumat Pekerjaan & Keluarga
Semak Maklumat Permohonan
Pembetulan
Klik BUTANG “SAH & HANTAR”
Tidak
Masukkan Maklumat:-
1. NOKP & Kata Laluan atau
2. NOKP & Nama Ibu
3. Kategori Pemohon
Sahkan
Bilangan KEMASKINI <= 3
Sahkan
KEMASKINI PERMOHONAN
Ya
Tidak
Tidak
Ya
Isi A. Maklumat Peribadi
Sahkan
Isi C. Maklumat Akademik
Isi D. Maklumat Kokurikulum
Isi E. Maklumat Pilihan Program Pengajian
F. Isi Maklumat Tambahan
Ya
Ya
Ya
Ya
Ya
Ya
Ya
Sahkan Tidak
Sahkan
Tidak
Sahkan
Tidak
Ya
Sahkan
Tidak
Sahkan
Tidak
Sahkan
Tidak
Tidak
Ya
Ya
JANUARI
TARIKH MULA TARIKH TAMAT AKTIVITI
06.01.2013 06.01.2013
Iklan Permohonan Kemasukan Pelajar Ke IPTA / Politeknik &
ILKA bagi Lepasan SPM, STPM, Matrikulasi/Asasi, STAM, SKM &
Diploma/Setaraf disiarkan di Akhbar
07.01.2013 15.04.2013 Jualan Nombor Unik ID oleh BSN
07.01.2013 15.04.2013
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke IPTA / Politeknik
& ILKA bagi Lepasan SPM, STPM, Matrikulasi/Asasi, STAM,
SKM & Diploma/Setaraf DIBUKA untuk capaian mulai jam
12.00 tengahhari
19.01.2013 20.01.2013 KPTN Zon 1 - Kuala Lumpur/Selangor/Putrajaya
(MajlisPerasmianOleh YAB PerdanaMenteri Malaysia)
26.01.2013 27.01.2013 KPTN Zon 2 – Kedah
FEBRUARI
TARIKH MULA TARIKH TAMAT AKTIVITI
02.02.2013 03.02.2013 KPTN Zon 3 - Sabah
23.02.2013 24.02.2013 KPTN Zon 4 - Melaka
MAC
TARIKH MULA TARIKH TAMAT AKTIVITI
02.03.2013 03.03.2013 KPTN Zon 5 - Sarawak
09.03.2013 10.03.2013 KPTN Zon 6 - Pulau Pinang
10.03.2013 10.03.2013
Iklan Permohonan Kemasukan Pelajar Ke IPTA / Politeknik &
ILKA bagi Lepasan SPM, STPM, Matrikulasi/Asasi, STAM, SKM &
Diploma/Setaraf disiarkan di Akhbar - Kali ke-2
16.03.2013 17.03.2013 KPTN Zon 7 - Pahang
22.03.2013 23.03.2013 KPTN Zon 8 - Terengganu
APRIL
TARIKH MULA TARIKH TAMAT AKTIVITI
06.04.2013 07.04.2013 KPTN Zon 10 – Perak
07.04.2013 14.04.2013
IklanPermohonan Online Kemasukan Pelajar Ke IPTA / Politeknik &
ILKA bagi Lepasan SPM, STPM, Matrikulasi/Asasi, STAM, SKM &
Diploma/Setaraf disiarkan di Akhbar Online
13.04.2013 14.04.2013 KPTN Zon 11 (MajlisPenutup KPTN 2013) – Johor
15.04.2013 15.04.2013
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke IPTA / Politeknik & ILKA
bagi Lepasan SPM, STPM, Matrikulasi/Asasi, STAM, SKM &
Diploma/Setaraf DITUTUP
15.04.2013 15.04.2013
Tarikh akhir penghantaran salinan maklumat permohon dan
dokumen-dokumen ke IPTA.
● Kategori C dan D bagiLepasan SPM
● Lepasan Diploma/Setaraf (E, F)
22.04.2013 24.04.2013
Semakan Panggilan Temu Duga Kemasukan Ke IPTA/Politeknik
Premier Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf di laman web
IPTA/Politeknik yang dipautkan dari laman http://upu.mohe.gov.my
24.04.2013
05.05.2013
Tarikh Temu Duga Kemasukan Ke IPTA/Politeknik Premier Program
Pengajian Lepasan SPM/Setaraf
24.04.2013 26.04.2013
Semakan Panggilan Temuduga Kemasukan Ke ILKA/Politeknik
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf & Lepasan SKM di laman
web ILKA/Politeknik yang dipautkan dari laman
http://upu.mohe.gov.my
26.04.2013 06.05.2013 Tarikh Temu Duga Kemasukan Ke ILKA/Politeknik Program Pengajian
Lepasan SPM/Setaraf & Lepasan SKM
MEI
TARIKH MULA TARIKH TAMAT AKTIVITI
06.05.2013 09.05.2013
Semakan Panggilan Temu Duga Kemasukan Ke IPTA Program
Pengajian Lepasan STPM/Setaraf di laman web IPTA yang
dipautkan dari laman http://upu.mohe.gov.my
10.05.2013 20.05.2013 Tarikh Temu Duga Kemasukan Ke IPTA Program Pengajian
Lepasan STPM/Setaraf
Minggu ke-3 bulan Mei Hebahan Keputusan Permohonan Ke IPTA/ Politeknik Premier
bagi Program Pengajian Lepasan SPM/ Setaraf
Minggu ke-4bulan Mei Hebahan Keputusan Permohonan Ke ILKA/Politeknik bagi
Program Pengajian Lepasan SPM/ Setaraf & Lepasan SKM
Minggu ke-4bulan Mei Aplikasi e-Rayuan dibuka (10 hari) untuk capaian calon gagal
sahaja bagi lepasan SPM/Setaraf
26.05.2013 26.05.2013 Pendaftaran Pelajar Baharu Program Pengajian Asasi di IPTA
bagi Sesi Akademik 2013/2014
JUN
TARIKH MULA TARIKH TAMAT AKTIVITI
01.06.2013 02.06.2013 Pendaftaran Pelajar Baharu Program Pengajian Diploma di
IPTA/Politeknik bagi Sesi Akademik 2013/2014
03.06.2013 09.06.2013
Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Ke IPTA (FASA 2) bagi
Lepasan Matrikulasi/Asasi DIBUKA untuk capaian mulai jam
12.00 tengahhari
Minggu ke-2 bulan Jun
Hebahan Keputusan Permohonan e-RAYUAN Ke IPTA/
Politeknik Premier bagi Program Pengajian Lepasan SPM/
Setaraf
JULAI
TARIKH MULA TARIKH TAMAT AKTIVITI
Minggu ke-2 bulan Julai Hebahan Keputusan Permohonan Ke IPTA bagi Program
Pengajian Lepasan STPM, Matrikulasi/Asasi, Diploma/ Setaraf
Minggu ke-2 bulan Julai Aplikasi e-Rayuan dibuka (10 hari) untuk capaian calon gagal
sahaja bagi lepasan STPM, Matrikulasi/Asasi, Diploma/ Setaraf
SEPTEMBER
TARIKH MULA TARIKH TAMAT AKTIVITI
01.09.2013 02.09.2013 Pendaftaran Pelajar Baharu Program Pengajian Ijazah Pertama
di IPTA bagi Sesi Akademik 2013/2014
Minggu ke-2 bulanJulai
Hebahan Keputusan Permohonan e-RAYUAN Ke IPTA bagi
Program Pengajian Lepasan STPM, Matrikulasi/Asasi, Diploma/
Setaraf
1/10
SENARAI PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
SESI AKADEMIK 2013/2014
1. PROGRAM-PROGRAM YANG DITAWARKAN 1.1 17 buah IPTA dan 3 buah Politeknik Premier yang terlibat dalam
penyelarasan permohonan Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2013/2014 adalah seperti berikut:
(i) Universiti Malaya (UM); (ii) Universiti Putra Malaysia (UPM); (iii) Universiti Teknologi Malaysia (UTM); (iv) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); (v) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); (vi) Universiti Teknologi MARA (UiTM); (vii) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); (viii) Universiti Malaysia Terengganu (UMT); (ix) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM); (x) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM); (xi) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP); (xii) Universiti Malaysia Pahang (UMP); (xiii) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) (xiv) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM); (xv) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS); (xvi) Universiti Malaysia Sabah (UMS); (xvii) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); dan (xviii) Politeknik Premier (PUO, PSA, PSIS)
1.2 Program-Program Lepasan SPM/Setaraf yang diselaraskan oleh Bahagian
Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP, JPT) bagi Sesi Akademik 2013/2014 adalah seperti berikut :
BIL IPTA PROGRAM YANG DITAWARKAN
1.
Universiti Malaya (UM)
Asasi Sains (2 Program) Asasi Alam Bina (1 Program Pengajian) Asasi Pengajian Islam (4 Program)
2.
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Asasi Sains Pertanian (1 Program Pengajian) Diploma (7 Program Pengajian)
3.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Diploma (16 Program Pengajian)
2/10
BIL IPTA PROGRAM YANG DITAWARKAN
4.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM
Asasi (15 Program Pengajian)
5.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Diploma (7 Program Pengajian)
6.
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Asasi (5 Program Pengajian) Diploma (60 Program Pengajian)
7.
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Diploma (1 Program Pengajian)
8.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Diploma (9 program Pengajian)
9.
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Tamhidi (5 Program Pengajian)
10.
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Diploma (5 Program Pengajian)
11.
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Diploma (5 Program Pengajian)
12.
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Diploma (6 Program Pengajian)
13.
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Diploma (25 Program Pengajian)
14.
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Asasi (4 Program Pengajian)
15.
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Asasi (2 Program Pengajian)
16.
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Asasi (1 Program Pengajian)
17.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Asasi (1 Program Pengajian)
18.
Politeknik Premier (PUO, PSA, PSIS)
Diploma (34 Program Pengajian)
3/10
1.3 Program berikut adalah terbuka kepada pemohon BUMIPUTERA SAHAJA :
(a) Semua Asasi Sains dan Asasi Alam Bina di UM; (b) Semua Program Asasi di UIAM ; (c) Semua Program Pengajian di UiTM; (d) Semua Program Asasi di UNIMAS; dan (e) Semua Program Asasi di UMS
1.4 Program-program yang terbuka kepada pemohon BUMIPUTERA dan
BUKAN BUMIPUTERA :
a) Semua program pengajian Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA, dan Politeknik Premier;
b) Semua Program Asasi Pengajian Islam di UM; c) Program Asasi Sains Pertanian di UPM ; d) Semua Program Tamhidi di USIM; e) Semua Program Asasi di UPNM; dan f) Semua Program Asasi di UKM
1.5 Untuk membantu calon-calon membuat pilihan program pengajian yang
sesuai dan tepat semasa mengemukakan permohonan bersama-sama ini disertakan Lampiran yang mengandungi senarai IPTA / Politeknik Premier, Kod Program dan Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf yang ditawarkan untuk rujukan dan panduan para Guru Bimbingan dan Kaunseling serta pelajar.
Nota :
- Senarai Program di Lampiran yang bertanda # menunjukkan Program Temu duga
- Senarai Program adalah tertakluk kepada pindaan. Sila rujuk di Laman Web Rasmi Kemasukan http://upu.mohe.gov.my untuk maklumat terkini.
1.6 Adalah diharapkan para Guru Bimbingan dan Kaunselin g di sekolah
dapat memberi bimbingan awal kepada pelajar dari se gi kombinasi mata pelajaran dan kriteria pemilihan permohonan kemasuk an ke IPTA /Politeknik Premier dalam menentukan “ Career path” mereka .
4/10
LAMPIRAN
SENARAI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF YANG DITAWARKAN BAGI SESI AKADEMIK 2013/2014
IPTA BIL KOD PROGRAM NAMA PROGRAM
1 M0010 Asasi Sains Hayat
2 M0020 Asasi Sains Fizikal
3 M0300 Asasi Alam Bina
4 M0700 Asasi Pendidikan Islam
5 M0701 Asasi Syariah
6 M0702 Asasi Usuluddin
Universiti Malaya (UM)
7 M0709 Asasi Pengajian Islam Dengan Sains
1 P0050 Asasi Sains Pertanian
2 P2050 Diploma Pertanian
3 P2051 Diploma Perikanan
4 P2052 Diploma Perhutanan
5 P2053 Diploma Kesihatan Haiwan & Peternakan
6 P2055 Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
7 P2056 Diploma Perniagaantani
Universiti Putra Malaysia (UPM)
8 P2450 Diploma Kejuruteraan Pertanian
1 T2270 Diploma Pengurusan Teknologi
2 T2271 Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan)
3 T2300 Diploma Senibina#
4 T2310 Diploma Ukur Tanah
5 T2320 Diploma Pengurusan Harta Tanah
6 T2330 Diploma Ukur Bahan
7 T2340 Diploma Perancangan Bandar & Wilayah
8 T2410 Diploma Kejuruteraan Awam
9 T2421 Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
10 T2422 Diploma Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan)
11 T2423 Diploma Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik)
12 T2425 Diploma Kejuruteraan Elektronik
13 T2430 Diploma Kejuruteraan Mekanikal
14 T2431 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
15 T2811 Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat)
5/10
IPTA BIL KOD PROGRAM NAMA PROGRAM
16 T2812 Diploma Sains Komputer (Multimedia)
1 Y0010 Asasi Sains Hayat
2 Y0020 Asasi Sains Fizikal
3 Y0030 Asasi Sains Kesihatan Bersekutu
4 Y0031 Asasi Kejururawatan
5 Y0060 Asasi Farmasi
6 Y0070 Asasi Pergigian
7 Y0080 Asasi Perubatan
8 Y0140 Asasi Sains Kemanusiaan
9 Y0150 Asasi Bahasa Inggeris
10 Y0151 Asasi Bahasa Arab
11 Y0200 Asasi Ekonomi & Sains Pengurusan
12 Y0300 Asasi Seni Bina Dan Reka Bentuk Alam Sekitar
13 Y0400 Asasi Kejuruteraan Dan Sains Komputer
14 Y0600 Asasi Undang-Undang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM)
15 Y0707 Asasi Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu Dan Warisan Islam
1 A2520 Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak # (Open Market)
2 A2160 Diploma Reka Bentuk Dan Pembangunan Permainan
3 A2000 Diploma Sains
4 A2002 Diploma Sains (Matematik)
5 A2003 Diploma Teknologi Makmal
6 A2112 Diploma Muzik #
Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI)
7 A2150 Diploma Bahasa Inggeris
1 E0001 Asasi Sains
2 E0150 Asasi TESL#
3 E0400 Asasi Kejuruteraan
4 E0600 Asasi Undang-Undang
5 E0601 Asasi Undang-Undang
6 E2000 Diploma Sains
7 E2001 Diploma Teknologi Makanan
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
8 E2031 Diploma Kejururawatan
6/10
IPTA BIL KOD PROGRAM NAMA PROGRAM
9 E2033 Diploma Teknologi Makmal Perubatan
10 E2034 Diploma Pemulihan Carakerja
11 E2035 Diploma Fisioterapi
12 E2036 Diploma Kesihatan Persekitaran
13 E2037 Diploma Pengimejan Perubatan
14 E2041 Diploma Teknologi Tekstil
15 E2042 Diploma Industri Perkayuan
16 E2043 Diploma Kimia Perindustrian
17 E2044 Diploma Mikrobiologi
18 E2045 Diploma Teknologi Polimer
19 E2054 Diploma Pengurusan Ladang
20 E2060 Diploma Farmasi
21 E2111 Diploma Seni Lukis Dan Seni Reka#
22 E2112 Diploma Seni Muzik#
23 E2121 Diploma Teknologi Kreatif (Seni Layar)
24 E2122 Diploma Teknologi Kreatif (Penulisan Seni Layar)
25 E2123 Diploma Teknologi Kreatif (Seni Lakon)
26 E2124 Diploma Teknologi Kreatif (Pengurusan Seni)
27 E2130 Diploma Komunikasi Dan Media#
28 E2201 Diploma Pengurusan Maklumat
29 E2210 Diploma Perakaunan
30 E2211 Diploma Sistem Maklumat Perakaunan
31 E2220 Diploma Pengajian Perniagaan
32 E2221 Diploma Pengurusan Bank
33 E2222 Diploma Pengajian Perniagaan (Insuran)
34 E2226 Diploma Analisis Pelaburan
35 E2227 Diploma Pengajian Perniagaan (Pengangkutan)
36 E2230 Diploma Pentadbiran Awam
37 E2240 Diploma Pengurusan Hotel
38 E2241 Diploma Pengurusan Pelancongan
39 E2242 Diploma Seni Kulinari
40 E2243 Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan
7/10
IPTA BIL KOD PROGRAM NAMA PROGRAM
41 E2250 Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat
42 E2260 Diploma Pengajian Sukan#
43 E2300 Sarjana Muda Sains (Senibina)#
44 E2302 Diploma Seni Bina Lanskap#
45 E2303 Diploma Ukur Bangunan#
46 E2304 Diploma Reka Bentuk Dalaman#
47 E2310 Diploma Bangunan
48 E2320 Diploma Pengurusan Hartanah
49 E2330 Diploma Ukur Bahan
50 E2340 Diploma Perancangan Bandar & Wilayah#
51 E2350 Diploma Sains Geomatik
52 E2351 Diploma Sains Geomatik (Sumber Alam)
53 E2352 Diploma Sains Geomatik (Sistem Maklumat Geografi)
54 E2410 Diploma Kejuruteraan Awam
55 E2412 Diploma Kejuruteraan Awam (Khidmat Bangunan & Penyelenggaraan)
56 E2413 Diploma Kejuruteraan Awam (Pembinaan)
57 E2421 Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
58 E2424 Diploma Kejuruteraan Elektrik (Peralatan)
59 E2425 Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
60 E2430 Diploma Kejuruteraan Mekanikal
61 E2440 Diploma Kejuruteraan Kimia
62 E2810 Diploma Sains Komputer
63 E2820 Diploma Sains Kuantitatif
64 E2821 Diploma Sains Aktuari
65 E2822 Diploma Statistik
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 1 G2051 Diploma Perikanan
1 B2410 Diploma Kejuruteraan Awam
2 B2420 Diploma Kejuruteraan Elektrik
3 B2430 Diploma Kejuruteraan Mekanikal
4 B2801 Diploma Teknologi Maklumat
5 B2040 Diploma Sains Gunaan
6 B2803 Diploma Teknologi Kejuruteraan Awam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
7 B2804 Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik
8/10
IPTA BIL KOD PROGRAM NAMA PROGRAM
8 B2805 Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal
9 B2806 Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia
1 Q0070 Tamhidi Pergigian 2 Q0080 Tamhidi Perubatan 3 Q0210 Tamhidi Perakaunan Dan Muamalat 4 Q0601 Tamhidi Syariah Dan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
5 Q0800 Tamhidi Sains Dan Teknologi
1
C2420 Diploma Kejuruteraan Elektrik 2
C2425 Diploma Kejuruteraan Elektronik 3
C2430 Diploma Kejuruteraan Mekanikal 4
C2432 Diploma Kejuruteraan Pembuatan
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
5
C2801 Diploma Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
1 J2410 Diploma Kejuruteraan Awam 2 J2425 Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Industri) 3 J2430 Diploma Kejuruteraan Mekanikal 4 J2441 Diploma Kejuruteraan Kimia (Loji Proses)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
5 J2810 Diploma Sains Komputer 1 R2404 Diploma Kejuruteraan Komputer 2 R2420 Diploma Kejuruteraan Elektrik 3 R2423 Diploma Kejuruteraan Mekatronik 4 R2427 Diploma Kejuruteraan Mikroelektronik 5 R2432 Diploma Kejuruteraan Pembuatan
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
6 R2433 Diploma Kejuruteraan Metalurgi
1 D2031 Diploma Sains Kejururawatan 2 D2032 Diploma Radiografi 3 D2033 Diploma Teknologi Makmal Perubatan 4 D2035 Diploma Fisioterapi 5 D2150 Diploma Tesl
6 D2210 Diploma Perakaunan
7 D2221 Diploma Pengajian Bank
8 D2222 Diploma Pengajian Insurans
9 D2223 Diploma Kewangan
10 D2224 Diploma Pemasaran
11 D2225 Diploma Perdagangan Antarabangsa
12 D2231 Diploma Pengurusan Sumber Manusia
Universiti Sultan Zainal Abidin
(UniSZA)
13 D2405 Diploma Rekabentuk Perindustrian
9/10
IPTA BIL KOD PROGRAM NAMA PROGRAM
14 D2432 Diploma Teknologi Pembuatan
15 D2600 Diploma Undang-Undang
16 D2701 Diploma Pengajian Islam (Syariah)
17 D2702 Diploma Pengajian Islam (Usuluddin)
18 D2703 Diploma Pengajian Islam (Bahasa & Kesusasteraan Arab)
19 D2704 Diploma Pengajian Islam (Dakwah)
20 D2705 Diploma Pengajian Islam (Al Quran & Al Sunnah)
21 D2706 Diploma Pengajian Islam (Pentad Islam)
22 D2707 Diploma Pengajian Islam (Sejarah & Tamadun Islam)
23 D2708 Diploma Pengajian Islam Dengan Teknologi Maklumat
24 D2801 Diploma Teknologi Maklumat
25 D2802 Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia )
1 Z0080 Asasi Perubatan Pertahanan#
2 Z0220 Asasi Pengurusan Dan Strategi Pertahanan# 3 Z0440 Asasi Kejuruteraan#
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
4 Z0880 Asasi Sains Dan Teknologi Pertahanan# 1 W0010 Asasi Sains Hayat (Bumiputera Sahaja) Universiti Malaysia Sarawak
(UNIMAS) 2 W0020 Asasi Sains Fizikal (Bumiputera Sahaja)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
1 H0001 Asasi Sains (Bumiputera Sahaja)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
1 K0001 Asasi Pintar
1 F2410 Diploma Kejuruteraan Awam
2 F2412 Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
3 F2042 Diploma Teknologi Berasaskan Kayu
4 F2300 Diploma Seni Bina
5 F2310 Diploma Ukur Tanah
6 F2460 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
7 F2461 Diploma Kejuruteraan Elektonik (Komputer)
8 F2462 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
9 F2463 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perubatan)
Politeknik Premier
10 F2430 Diploma Kejuruteraan Mekanikal
10/10
IPTA BIL KOD PROGRAM NAMA PROGRAM
11 F2434 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
12 F2432 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
13 F2436 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara Dan Penyejukbekuan)
14 F2435 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembungkusan)
15 F2437 Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)
16 F2423 Diploma Kejuruteraan Mekatronik
17 F2438 Diploma Kejuruteraan Perkapalan#
18 F2439 Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat#
19 F2807 Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)
20 F2808 Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
21 F2809 Diploma Teknologi Maklumat (Keselamatan Maklumat)
22 F2161 Diploma Reka Bentuk Fesyen Dan Pakaian
23 F2162 Diploma Reka Bentuk Grafik
24 F2405 Diploma Reka Bentuk Industri
25 F2210 Diploma Akauntansi
26 F2222 Diploma Insurans
27 F2223 Diploma Kewangan Dan Perbankan
28 F2224 Diploma Pemasaran
29 F2220 Diploma Pengajian Perniagaan
30 F2225 Diploma Perniagaan Antarabangsa
31 F2228 Diploma Pengurusan Peruncitan
32 F2229 Diploma Kewangan Dan Perbankan Islam
33 F2244 Diploma Pengurusan Hotel Dan Katering
34 F2241 Diploma Pengurusan Pelancongan
Nota :
i. # - Program Temu duga
ii. Tertakluk kepada pindaan. Senarai program terkini sila rujuk di Laman Web Rasmi Kemasukan http://upu.mohe.gov.my mulai 7 Januari 2013.
1/4
KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2013
KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) – ‘JOM MASU K U’ LATAR BELAKANG 1. Karnival Pengajian Tinggi Negara adalah Program Outreach tahunan yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2005. Mulai tahun 2007 dikenali sebagai ‘Program Pendidikan KPT Bersama Rakyat’ dan kini melalui penjenamaan semula dengan nama ‘Karnival Pengajian Tinggi Negara’ (KPTN).
2. KPT telah menggunakan tagline ‘’JOM MASUK U’’ bagi memotivasikan dan mendidik para pemohon untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi di Malaysia.
3. Karnival Pengajian Tinggi Negara - ‘Jom Masuk U’ menjadi “signature programme” Kementerian Pengajian Tinggi mulai tahun 2010.
4. Objektif KPTN adalah menjadi Pusat Sehenti (One-Stop Centre) bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pemohon, pelajar, ibu bapa, guru dan komuniti setempat untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pendidikan tinggi, akreditasi dan pembiayaan bagi Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf di peringkat pengajian program Asasi, Diploma, Ijazah Pertama serta Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia.
5. KPTN juga menjadi saluran utama bagi menyebar luas maklumat mengenai dasar kerajaan terkini selaras dengan NKRA yang mengutamakan kepentingan rakyat bagi menjamin kredibiliti kerajaan untuk merealisasikan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
6. Tujuan utama pelaksanaan KPTN adalah seperti berikut:
• Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian baru yang ditawarkan oleh IPTA, ILKA dan institusi lain mulai Sesi Akademik 2013/2014;
• Mendidik dan memupuk kesedaran di kalangan pemohon dan masyarakat awam mengenai pelaksanaan permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA melalui Aplikasi Dalam Talian;
• Menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan Kemasukan ke IPTA yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum; dan
• Mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai IPT dan ILKA dalam negara serta agensi lain yang berkaitan dengan pendidikan tinggi.
2/4
KUMPULAN SASARAN a) Kumpulan yang disasarkan bagi mengunjungi KPTN adalah:
i) Pelajar yang sedang belajar di peringkat SPM / STPM / Diploma / Matrikulasi / STAM;
ii) Lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma dan lain-lain yang sedang
menunggu keputusan;
iii) Lepasan Sijil atau Diploma Kemahiran Malaysia; dan
iv) Guru Bimbingan dan Kaunseling, pendidik, ibu bapa, dan masyarakat setempat.
b) Sasaran kehadiran pengunjung ke pameran pendidikan adalah seramai
600,000 orang. AKTIVITI YANG DIANJURKAN DALAM KARNIVAL PENGAJIAN T INGGI NEGARA – ‘JOM MASUK U’ a) Pameran Pendidikan sempena Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN)
Tahun 2013 ‘1Dream 2U’ b) Seminar Sehari Peluang Pengajian Tinggi Negara 1Dream 2U Peringkat
Kebangsaan terbuka kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling serta kaunselor terpilih, guru, Pemimpin Masyarakat setempat, pemimpin pelajar dan sahabat UPU di setiap zon;
c) Cabutan bertuah ‘JOM MASUK U’ kepada pengunjung; d) Cabutan Perdana ‘JOM MASUK U’ dengan hadiah yang menarik; e) Kuiz ‘JOM MASUK U’ untuk menguji minda pengunjung dengan hadiah yang
menarik; f) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada pengunjung; g) Semakan syarat khas kelayakan program; h) Pendaftaran Sahabat UPU; i) Info Hunt; j) Taklimat kenali IPTA / Politeknik / ILKA; k) Pertandingan pelajar sekolah; dan l) Liputan radio secara langsung seperti sesi bual bicara.
3/4
PAMERAN PENDIDIKAN a) Sebanyak 200 buah reruai (booth) akan disediakan kepada
Jabatan/Bahagian/Agensi/Institusi yang akan mengambil bahagian di setiap zon.
b) Pameran Pendidikan ini akan disertai bersama oleh:
i) 20 IPTA; ii) 100 IPTS terpilih;
iii) Bahagian/Agensi di KPT seperti BPKP JPT, Jabatan Pengajian
Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, SPIPTS, Bah. Biasiswa, Bah. Sukan KPT, UKK KPT, PTPTN, MQA;
iv) Agensi/Bahagian di bawah KPM seperti Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian, Bahagian Matrikulasi KPM (BMKPM), Bahagian Pendidikan Guru (BPG KPM), Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri;
v) Yayasan Negeri;
vi) Agensi pembiayaan pendidikan; dan
vii) Lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dengan
pendidikan tinggi seperti Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan (IKBN), Kementerian Sumber Manusia (JTM), Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (NATC), Jabatan Pembangunan Kemahiran (KSM), Jabatan Pertauliahan dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pusat Institusi Mara (UPIM) dan MARA.
4/4
JADUAL PELAKSANAAN KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA KALI KE-8
TAHUN 2013
ZON TARIKH NEGERI LOKASI
Zon 1 19 - 20 Jan 2013 WP Kuala Lumpur,
Selangor & WP Putrajaya
Universit Malaya, Kuala Lumpur (Majlis Pelancaran) Perasmi : YAB PM
(Marquee Tent)
Zon 2 26 - 27 Jan 2013 Kedah, Perlis Perkarangan Stadium Darul Aman
Alor Setar, Kedah (Marquee Tent)
Zon 3 2 - 3 Februari 2013 Sabah Padang Merdeka,
Kota Kinabalu, Sabah (Marquee Tent)
Zon 4 23 - 24 Februari 2013 Melaka, Negeri Sembilan
MITC, Melaka
Zon 5 2 - 3 Mac 2013 Sarawak Padang Merdeka Kuching, Sarawak
(Marquee Tent)
Zon 6 9 - 10 Mac 2013 Pulau Pinang
Tapak Ekspo Seberang Jaya Kepala Batas, Pulau Pinang
(Marquee Tent)
Zon 7 16 - 17 Mac 2013 Pahang Sultan Ahmad Shah International
Convention Centre, Kuantan, Pahang
Zon 8 23 - 24 Mac 2013 Terengganu Pantai Batu Burok,
Kuala Terengganu, Terengganu (Marquee Tent)
Zon 9 30 - 31 Mac 2013 Kelantan
Perkarangan Stadium Sultan Muhammed Ke-IV
Kota Bharu, Kelantan (Marquee Tent)
Zon 10 6 - 7 April 2013 Perak Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak
Zon 11 13 - 14 April 2013 Johor
PERSADA Johor, Johor Bahru, Johor (Majlis Penutup)
Perasmi : YAB TPM/YBM Catatan : Tertakluk kepada pindaan. Pohon rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA http://upu.mohe.gov.my untuk maklumat terkini. Bahagian Pengurusan Kemasukan pelajar Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Oktober 2012
KAD AKUAN TERIMA PEKELILING HEBAHAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA /
POLITEKNIK PREMIER / POLITEKNIK MALAYSIA / ILKA SESI AKADEMIK 2013/2014
SILA KEMBALIKAN DI ALAMAT SEPERTI DI BAWAH:
PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR
JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ARAS 4, NO. 2, MENARA 2, JALAN P5/6 PRESINT 5
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PUTRAJAYA 62200 PUTRAJAYA
ATAU
DOWNLOAD KAD AKUAN TERIMA DI LAMAN WEB:
1. http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/1314_PEKELILING_SPM 2. http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/1314_PEKELILING_STPM 3. http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/1314_PEKELILING_MATRIK 4. http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/1314_PEKELILING_ILKA 5. http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/1314_PEKELILING_DIPLOMA
ATAU
DOWNLOAD KAD AKUAN TERIMA DI LAMAN FACEBOOK: UPU (BPKP JPT)
ATAU FAKS DI TALIAN : 03-8870 6864
SETEM
BORANG PENGESAHAN PENERIMAAN PEKELILING HEBAHAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA / POLITEKNIK PREMIER /
POLITEKNIK / ILKA SESI AKADEMIK 2013/2014
PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE:
AKUAN PENERIMAAN JENIS PROSEDUR TERIMA TIDAK TERIMA
1. IPTA DAN POLITEKNIK PREMIER
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF PERINGKAT DIPLOMA DAN PROGRAM ASASI
2. IPTA PROGRAM PENGAJIAN
LEPASAN STPM 2012 DAN STAM 2012, 2011 PERINGKAT IJAZAH PERTAMA
3. IPTA PROGRAM PENGAJIAN
(MATRIKULASI DAN ASASI 2012) PERINGKAT IJAZAH PERTAMA
4. IPTA PROGRAM PENGAJIAN
LEPASAN STPM/SETARAF (KATEGORI DIPLOMA/SETARAF) PERINGKAT IJAZAH PERTAMA
5. PROGRAM SIJIL DAN DIPLOMA
KE POLITEKNIK DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA)
* Sayamengesahkanmaklumatpenerimaanyang dinyatakan di atasadalahbenar. Tandatangan: ________________________________ ( ) Jawatan : Tarikh :