SYAIR IBADAT: TRANSLITERASI TEKS DAN ANALISIS KEPENGARANGAN
HASRINA BINTI BAHARUM KOD PENYELIDIKAN: 01 - 01 - 0021 - 08
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2009
iii
PERAKUAN PENYELIDIK
Saya yang bemama seperti yang di bawah mengaku bahawa penyelidikan ini merupakan hasil usaha saya sendiri, kecuali bahan-bahan yang dinyatakan sumbernya.
Tarikh Tandatangan
;PLAGIAT IALAH SATU JENAYAH AKADEMIK'
Dedikasi kesyukuran dan kecintaan seluruhnya buat-Mu
yang selalu menjadikan segala-galanya mungkin dalam hidupyang terbatas ini
danjua dia yang setia menemani hidup di sisi.
V
Penghargaan
Terima kasih Allah yang Maha Pengasih atas segala kurniaan sehingga memungkinkan
penyelidikan ini tiba ke noktah hujungnya. Tidak berhasil penyelidikan ini tanpa izin-
Mu. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada semua pihak yang
terlibat dalam memberikan sokongan terhadap usaha mengetengahkan dan
membongkarkan ilmu daripada khazanah persutaran silam melalui penyelidikan kecil
yang sungguh bermakna ini: Pusat Pengnrusan Penyelidikan (RMC), Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI); Y. Bhg. Dr. Haji Abd. Ghani Haji Abu, Dekan Fakulti
Bahasa serta Y. Bhg. Prof. Madya Dato' Paduka Dr..Mohd. Rosli Saludin, Ketua
Jabatan Kesusasteraan Melayu; pihak Perpustakaan Negara, khususnya kakitangan Pusat
Manuskrip Melayu; Sdr. Nazri Atoh; serta seluruh kakitangan pentadbiran Fakulti
Bahasa yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dalam keterbatasan
ruang dan masa, keprihatihan tuan-tuan sangat bermakna dalam menyelesaikan
penyelidikan ini,
Setulus kasih dan penghagaan yang tidak terihingga buat semua sekali lagL
Faqir yang menyurat: Hasrina binti Baharum Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris
8 Mei 2009/13 Jamadilawal 1430
VI
Abstrak
Kajian ini memfokuskan aspek transliterasi teks dan kepengarangan pengarang melalui sebuah mannskrip - Syair Ibadat yang menjadi objek kajian ini. Kedatangan Islam di alam Melayu telah membawa sistem tulisan Jawi yang mengambil tempat dalam perkembangan kesusasteraan Melayu, khususnya dalam penciptaan syair. Dalam konteks masyarakat zaman silam, syair turut digunakan sebagai medium untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat. Sehubungan dengan itu, Syair Ibadat, sebuah manuskrip yang diperoleh daripada Pepustakaan Negara ini sangat menarik untuk ditransiterasi dan dikaji aspek kepengarangan pengarangnya dalam menyampaikan mesej dakwah kepada khalayak dengan menggunakan karya kreatif. Transliterasi melibatkan usaha memindahkan an menulis semula teks syair tersebut daripada tulisan Jawi kepada Rumi. Sementara kajian kepengarangn melibatkan dua aspek utama. Pertama, kepengarangan yang merujuk kreativiti pengarang menyusun idea dengan teratur dan sempurna dalam bentuk syair sehingga mesejnya dapat difahami oleh khalayak. Yang kedua, kepengarangan yang merujuk kreativiti gaya bahasa pengarang dalam usaha untuk menarik minat pembaca atau pendengar terhadap syair ini dan seterusnya memahamkan mereka tentang mesej yang hendak disampaikan, Hasil kajian ini Sangay penting untuk melihat bagaimana para pendakwah zaman silam mampu memanipulasikan aspek kepengarangan mereka dalam menyampaikan doktrin ilmu agama yang serius dengan menggunakan medium penulisan kreatif untuk menyampaikan dakwah kepada khalayaknya.
vii
Abstract
This research focus on text's transliteration and authorship aspect of the Syair Ibadat, a manuscript from National Library, Kuala Lumpur as a research object. As the Islam have reached in Malay world, it's brought along the Arabic alphabet, known as Jawi which is take apart in Malay classical literature growth, especially in syair composition. In context of previous community syair, a traditional poerty was used as a medium to spread the religious massage by author (also as a preacher) to public. Therefore, this manuscript, Syair Ibadat, is interesting to transliterate and study of authorship aspect in order to deliver religious massage from author to public by literary works. Transliteration involve the effort to change the character and rewrite the manuscript from Jawi to roman alphabet. Meanwhile, the research of authorship will involve two major aspect. The first, authorship which is refer to the author creativity to organize idea in perfect way in order to make the massage will reach audience effectively. The second, authorship which is refer to the stylistic author creativity in order to take interest of the audience to listen and understand this traditional poetry as well. This research is important to analyze how an author as a preacher have used his expert on authorship in creative writing skill - in this case, he used syair, a Malay traditional poem to deliver religious massage for public.
KANDUNGAN
Penghargaan
Anstrak
BAB 1 - PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Objektif Penyelidikan 1.4 Kepentingan Kaj ian 1.5 Batasan Kajian 1.6 Kaedah Kajian 1.7 Defmisi Operasional 1.8 Pembahagian Bab 1.9 Kesimpulan
BAB 2 - TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 2.2 Transliterasi Teks dan Analisis Kepengarangan 2.3 Kesimpulan
BAB 3 - METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1 Pengenalan 3.2 Landasan Teori 3.3 Aplikasi Teori 3.4 Kesimpulan
BAB 4 - LATAR BELAKANG SYAIR IBADAT
4.1 Pengenalan 4.2 Asal Usui Syair 4.3 Deskripsi Syair 4.4 Ikhtisar Syair 4.5 Kesimpulan
BAB 5 - ANALISIS KEPENGARANAN SYAIR IBADAT
IX
5.1 5.2 5.3 5.4
Pengenalan Penyusunan Idea Penggunaan Gaya Bahasa Kesimpulan
BAB6-PENUTUP
6.1 6.2 6.3 6.4
Pengenalan Transliterasi Teks Analisis Kepengarangan Kesimpulan
57 57 65 75
79 79 81 83
Bibliografi 86
Lampiran 1- Transliterasi Teks Syair Ibadat 89
Lampiran 2 - Teks asal Syair Ibadat 123
1
BAB1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Bab ini memperincikan pernyataan masalah, objektif kajian, kepentingan kajian, batasan
kajian, kaedah kajian, deinisi operasional, pembahagian bab, dan kesimpulan. Penjelasan
tentang semua perkara tersebut akan diterangkan dalam subtajuk yang tersendiri seperti
yang berikut ini.
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Kajian ini memfokuskan sebuah manuskrip yang berjudul Syair Ibadat sebagai objek
kajian. Manuskrip dengan nombor rujukan MSS 428 (B) ini diperoleh daripada
Perpustakaan ini berukuran 20 x 16 sentimeter yang mengandungi 12 baris dalam satu
halaman dan terdiri daripada dua kolum.
Fokus permasalahan kajian ini ialah "Syair Ibadat Transliterasi dan Analisis
Kepengarangan". Dalam hal in permasalahan kajian ini berkisar tentang dua aspek
penting, iaitu seperti yang disenaraikan di bawah.
(i) Transliterasi teks, iaitu melibatkan kerja mengubah bentuk teks asal Syair
Ibadat, iaitu daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi.
(ii) Analisis kepengarangan yang melibatkan analisis terhadap kreativiti
pengarang dalam proses penciptaan syair ini, khususnya dalam menyusun
idea dan memindahkan maklumat atau fakta-fakta ilmiah dalam doktrin
agama Islam ke dalam bentuk syair dengan menggunakan gaya bahasa yang
2
indah dan berkesan dalam usahanya untuk berdakwah atau menyebarkan ilmu
agama Islam kepada pembaca atau khalayaknya.
Dalam hal ini, usaha mentransliterasikan teks Syatlbadat daripada tulisan Jawi kepada
tulisan Rumi akan dilakukan dengan berpandukan Pedoman Translitrasi Perkataan Arab
ke Ejaan RumiEdisiKedua (2008) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Transliterasi ini
penting dibuat sebelum menganalisis kepengarangan syair ini.
Seterusnya, seperti yang telah dinyatakan pada awal-awal tadi, analisis
kepengarangan akan melibatkan kajian terhadap kreativiti pengarang dalam proses
penciptaan sehingga dapat mengolah dan memindahkan fakta ilmiah dalam bidang
agama ke dalam bentuk syair.
Daya kreativiti yang dimaksudkan dalam kajian ini pula merujuk kepada dua
aspek utama. Pertama kreativiti yang merujuk kepada kemampuan pengarang menyusun
idea dengan teratur dan sempurna dalam bentuk syair sehingga idea atau mesej asas
yang ingin disampaikan oleh pengarang melalui syair ini dapat difahami oleh khalayak.
Kedua, kreativiti yang merujuk kepada gaya bahasa yang dugunakan oleh
pengarang dalam usaha untuk menarik minat khalayak (pendengar dan pembaca)
terhadap syair ini dan seterusnya memahamkan mereka tentang mesej yang hendak
disampaikan oleh pengarang secara keseluruhannya. Antara aspek gaya bahasa yang
akan dikaji termasuklah dari segi tatabahasanya, penggunaan diksi, penggunaan bahasa
kias ibarat, unsur simbolik, dan juga unsur dialog yang terdapat di dalamnya.
Analisis ini nanti secara tidak langsung akan meninjau kekuatan atau keupayaan
pengarang menyusun idea dan memanipulasikan bahasa atau kata-kata untuk
menyampaikan dakwah Islam atau ilmu agama dalam bentuk yang lebih kreatif untuk
3
tatapan masyarakat umum dalam konteks zaman silam, iaitu melalui puisi terpilih -
syair.
1.3 OBJEKTIF PENYELIDIKAN
Secara umumnya penyelidikan ini sangat besar ertinya dalam mengetengahkan
manuskrip Melayu sebagai salah satu sumber ilmu yang besar dalam pelbagai bidang
untuk untuk dikaji dan diketengahkan kepada umum. Penggalian ilmu ini daripada
sumber manuskrip ini memberikan maklumat penting tentang aspek ketamadunan
zaman silam untuk kita ambil iktibar dan pengajaran daripadanya.
Secara khususnya, objektif penyelidikan dalam konteks transliterasi dan
kepengarangan terhadap manuskrip yang berjudul Syair Ibadat ini adalah seperti yang
berikut:
(i) Mentransliterasikan (menurunkan) dan mengedit naskhah Syair Ibadat
daripada edisi Jawi kepada edisi Rumi untuk manfaat bersama-sama,
terutamanya membantu golongan yang tidak dapat membaca tulisan Jawi
untuk memahami kandungan naskhah ini.
(ii) Menganalisis aspek kepengarangan pengarang Syair Ibadat ini dalam konteks
kraetiviti pengarang dalam menyusun idea dan mengolah bahan ilmiah
dalam bidang agama ke dalam bentuk syair dan keupayaannya
memanipulasikan bahasa sehingga mesej dakwah yang hendak disampaikan
dapat difahami oleh khalayak.
4
(iii) Mengangkat naskhah Syair Ibadat ini sebagai sebuah karya kreatif yang
sarat dengan nilai ilmu, terutamanya dalam bidang agama, setaraf dengan
naskhah manuskrip Melayu yang lain,
(iv) Meneruskan usaha sarjana terdahulu dalam usaha untuk memperkaya dan
memperkembangkan lagi kajian dalam bidang sastera Melayn tradisional,
khususnya dalam kajian manuskrip Melayu lama.
1.4 KEPENTINGAN KAJIAN
Seperti yang telah dinyatakan pada awal-awal perbincangan tadi, kajian ini dilakukan
untuk mentransliterasikan teks serta membuat analisis kepengarangan. Maka
sehubungan dengan hal ini, kepentingan penyelidikan dapat dilihat dalam daripada
beberapa aspek seperti yang berikut:
(i) Ilmu Pengetahuan
(ii) Pertambahan bilangan penyelidikan dalam bidang sastera Melayu tradisional
(iii) Penelitian dan pentafsiran naskhah Melayu dari sudut pandangan atau kaca
mata masyarakat Melayu sendiri
(iv) Penobatan terhadap hasil karya sastera tradisional yang dapat
menyumbangkan manfaat kepada perkembangan ilmu, pembentukan minda,
dan sahsiah masyarakat
1.4.1 Ilmu Pengetahuan
Dari segi ilmu pengetahuan, manfaatnya boleh dilihat daripada sudut pengkaji dan juga
khalayak yang membaca kajian ini. Bagi pengkaji, yang paling penting kajian ini
5
memberikan pendedahan yang bergnna tentang ilmu kepengarangan penulis zaman
silam, khususnya dalam kalangan pendakwah dalam mengolah fakta ilmiah dalam
doktrin agama Islam kepada bentuk syair untuk menyampaikan mesej agama kepada
khalayaknya pada zaman silam. Pengetahuan ini boleh diaplikasikan oleh penulis zaman
kini untuk memindahkan fakta-fakta ilmiah, bukan sahaja dalam bidang agama, tetapi
juga pelbagai bidang ilmu lain seperti sejarah, sains teknologi, dan sebagainya ke dalam
bentuk kreatif dalam usaha untuk menarik mempopularkan bidang berkenaan kepada
masyarakat hari ini.
Selain itu, melalui kajian kajian ke atas Syair Ibadat ini, masyarakat turut dapat
berkongsi ilmu yang terkandung di dalamnya. Bagi yang tidak dapat membaca dalam
tulisan Jawi, transliterasi teks yang dibuat ke atas manuskrip Syair Ibadat dalam kajian
ini membolehkan mereka menikmati kandungan yang dibahaskan dan seterusnya dapat
menambahkan ilmu pengetahuan mereka tentang perkara yang dibahaskan tersebut.
1.4.2 Pertambahan Bilangan Penyelidikan dalam Bidang Sastera Melayu
Tradisional
Pada hari ini tidak banyak sarjana yang berminat membuat kajian dalam bidang sastera
tradisional. Keadaan ini menyebabkan jumlah bidang penyelidikan dalam bidang ini
tidak sebanyak jumlah penyelilidikan dalam bidang lain. Hal ini disebabkan oleh
beberapa faktor. Antaranyanya ialah tahap kebolehbacaan tulisan Jawi yang lemah
dalam kalangan masyarakat dan juga dasar pendidikan yang lebih mengutamakan bidang
sains dan teknologi. Maka, kajian ini sekurang-kurangnya dapat menambahkan lagi
jumlah penyelidikan dalam bidang sastera Melayu tradisional.
6
1 .4.3 Penelitian dan Pentafsiran Manuskrip Melayu dari Sudut Pandangan
Masyarakat Melayu sendiri.
Sumbangan sarjana Barat dakan kajian manuskrip Melayu lama sejak dahulu memang
wajar dipuji. Walau bagaimanapun, kajian mereka selalunya berorientasikan sudut
pandangan mereka. Contohnya, R.O Winstedt pemah memberikan komen yang agak
negatif terhadap teks Hikayat Merong Mahawangsa yang dikatakan tidak lebih daripada
cerita dongeng dan penuh unsur tahyul semata-mata tanpa mengetahui makna dan
maksud penciptaan yang sedimikian rupa oleh penduduk peribuminya.
Dalam konteks ini, Hikayat Merong Mahawangsa sangat besar maknanya
terhadap pengiktirafan rakyat terhadap pemerintah sebagai sebxiah kuasa yang perlu
dihormati bukan sahaja di dalam negara tetapi juga oleh bangsa-bangsa luar. Maka
kajian mereka cendernng membandingkan karya ciptaan masyarakat Melayn dengan
sumber karya di luar teks atau dengan teks di negara lain (Ding Choo Ming, 2003:25).
Oleh itu kita memerlukan sebuah kajian yang berorientasikan pandangan masyarakat
sendiri supaya lebih adil dan saksama dari sudut penilaiannya.
1.4.4 Penobatan Terhadap Hasil Karya Sastera Melayu Tradisional
Manuskrip Syairlbadat ini sarat dengan ilmu agama, khususnya yang berkaitan dengan
ilmu tahid, termasuk yang berkaitan rukun Islam dan rukun Islam. Dengan demikian
karya ini sangat berguna untuk perkembangan dan peningkatan ilmu, pembentukan
minda, dan sahsiah diri dalam masyarakat hari ini. Maka, pemilihan teks ini sebagai
objek kajian dapat dilihat sebagai satu usaha penobatan sarjana terhadap.hasil karya
sastera Melayu tradisional yang mampu menjana keperibadian masyarakat.
7
1.5 BATASAN KAJIAN
Kajian ini tertumpu kepada dua perkara penting, iaitu aspek transliterasi teks dan
analisis kepengarangan pengarang manuskrip Syair Ibadat yang menjadi objek kajian.
Bahagian naskhah Syair Ibadat yang menjadi objek kajian ini ialah Naskhah B yang
setebal 28 halaman, bermula dari halaman 88 hingga 116. Naskhah ini diperoleh
daripada Koleksi Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur yang ditulis
atau disalin oleh Yang Dipertuan Alif. Manuskrip yang bertulisan tangan sepenuhya
dalam aksara Jawi ini ditransliterasikan terlebih dahulu sebelum analisis kepengarangan
dapat dilakukan.
Apabila mengkaji aspek kepengarangan penulis zaman silam, kita sebenarnya
sedang membicarakan tentang proses penciptaan suatu teks sastera oleh seseorang
pengarang. Kepengarangan yang dimaksudkan dalam konteks kajian ini ialah segala hal
yang berkaitan dengan peranan pengarang dalam proses melahirkan suatu teks sastera
(Siti Chamamah Soeratni, 1994:1).
Termasuk dalam kajian kepengarangan ini ialah keupayaan, kecekapan, dan
kebijakan seseorang pengarang memanipulasikan bahasa untuk membolehkan amanat
yang terkandung di dalamnya sampai kepada khalayak atau pembacanya dengan
berkesan pula. Dalam konteks kajian ini aspek transliterasi dan analisis kepengarangan
penulis ini hanya terbatas kepada teks Syair Ibadat sahaja.
8
1.6 KAEDAH KAJIAN
Kaedah penyelidikan melibatkan cara, teknik, atau pendekatan yang telah dipilih oleh
pengkaji dalam melaksanakan kajian. Dalam hal ini, pengkaji akan menggunakan empat
kaedah utama seperti yang dipaparkan di bawah ini:
(i) Filologi
(ii) Kajian perpustakaan dan pencarian maklumat melalui Internet
(iii) Analisis Kandungan
1.6.1 Filologi
Satu pendekatan yang penting dalam kajian ini ialah pendekatan yang berdasarkan
metodologi ilmu filologi. Pendekatan ini dikaitkan dengan kajian sastera tradisional
yang berorientasikan lisan dan kemudian dilakukan penyalinan, lalu disimpan
naskhahnya. Dalam pendekatan ini transliterasi teks akan dilakukan untuk menurunkan
teks daripada ejaan Jawi kepada ejaan Rumi. Transliterasi dilakukan oleh pengkaji
dengan berpandukan buku Pedoman Transliterasi Perkataan Arab ke Ejaaan Rumi Edisi
Kedua (2008) terbitan Dewan Bahasa dan Pusataka. Berdasarkan pedoman ini,
transliterasi akan memperlihatkan ciri-ciri teks asli kerana pentafsiran teks dapat
membantu pembaca memahami teks.
Hasil tinjauan, pengkaji mendapati terdapat tujuh buah manuskrip lain daripada
koleksi Perpustakaan Negara Malaysia yang menggunakan judul "Syair Ibadat'
Antaranya ialah MSS 432(A) yang disalin oleh Muhammad Bisar Jurungpatu pada hari
Khamis di Sri Lanka, MSS 1310 yang disalin oleh Encik Husin pada hari Isnin, MSS
4742(D) tanpa nama penyalin, MKM 5629 (H)? dan MKM 5690, juga tanpa nama
9
penyalin. Walau bagaimanapun, isi kandungannya ternyata berbeza antara satu sama
lain.
Oleh itu untuk tujuan kajian ini, pengkaji akan mengaplikasikan metode
penelitian filologi menggunakan edisi standard berdasarkan naskhah tunggal, iaitu
membetulkan kesahahan kecil dan ejaan dalam manuskrip tersebut tanpa
membandingkannya dengan variasi yang lain. Dalam hal ini semua perubahan
ditandakan pada tempat khsusus agar dapat diperiksa dan diperbandingkan dengan
naskhah bacaam sahaja. Dalam konteks ini pengkaji akan mengambil langkah
memperjelaskan perkataan yang kabur sambil mempertahankan keaslian naskhah.
1.6.2 Kajian Perpustakaan dan Pencarian Maklumat Melalui Internet
Kajian perpustakaan dan carian maklumat melalui Internet akan digunakan untuk
mencari seberapa banyak maklumat tentang bahan kajian sama ada terdapat variasi atau
tidak. Setakat ini bahan ini hanya terdapat di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur.
Walaupun tinjauan mendapat terdapat beberapa buah manuskrip yang mempunyai judul
yang serupa, tetapi isi kandungannya berbeza. Kajian perpustakaan dan carian maklumat
ini juga dilakukan untuk mendapatkan maklumat penting berkaitan dengan aspek
kepengarangan yang turut menjadi aspek penting dalam kajian ini.
1.63 Analisis Kandungan
Kaedah analisis kandungan sangat penting untuk menganalisis kepengarangan
pengarang Syair Ibadat ini. Analisis ini merangkumi setiap bait dan rangkap syair untuk
meneliti keupayaan, kecekapan, dan kebijakan pengarang mengolah, mengadun dan
10
memindahkan maklumat ilmu daripada bentuk bahan ilmiah berkaitan dengan ilmu
agama Islam kepada bentuk karya kreatif, yakni puisi. Demikian juga, analisis akan
dibuat terhadap cara pengarang merangkaikan kata-kata dalam setiap baitnya untuk
rnenyampaikan fakta dan data dalam bidang ilmu dengan berkesan, Kaedah analisis
kandungan akan digunakan secara menyeluruh dalam bab analisis kajian yang berhubung
dengan aspek kepengarangan ini.
1.7 DEFINISI OPERASIONAL
Dari segi definisi operasional, pengkaji akan selalu menyebut, mengulang-ulang
beberapa konsep yang penting dalam kajian ini seperti yang tersebut di bawah:
(i) Naskhah/manuskrip
(ii) Transliterasi Teks
(iii) Kepengarangan
1.7.1 Naskhah/Manuskrip
Naskhah/manuskrip ialah semua bahan yang menjadi objek penelitian filologi, iaitu
tulisan tangan yang menyimpan fikiran perasaan sebagai hasil budaya masa lampau.
Menurut Siti Baroroh Baried et. al (1994: 55) naskliah atau manuskrip itu boleh
dianggap sebagai benda konkrit yang dapat dipegang atau dilihat. Sehubungan dengan
ini, ilmu yang mempelajari tentang selok-belok semua aspek naskhah seperti bahan,
umur, tempat penulisan, dan perkiraan penulis naskhah disebut sebagai kodilologi,
Dalam konteks kajian ini manuskrip atau naskhah yang dimaksudkan ialah MSS 428(B),
iaitu Syair Ibadat.
11
1.7.2 Transliterasi Teks
Sebahagian daripada kajian ini akan menumpukan kajian terhadap aspek transliterasi
teks. Seperti yang dijelaskan oleh Siti Baroroh et. al., (1994: 62), transliterasi teks
bermaksud penggantian huruf dari abjad ke satu abjad yang lain, Dalam konteks Syair
Ibadat, transliterasi teks bermaksud penggantian huruf Jawi kepada huruf Rumi.
Dalam mentransliterasi teks Syair Ibadat, pengkaji akan menurunkan ejaan Rumi
daripada ejaan Jawi dengan cara memperjelaskan perkataan yang kabur tanpa menodai
keasliannya dengan berpandukan Pedoman Transliterasi Perkataan Arab ke Ejaan Rumi
Edisi Kedua (2008) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Walau bagaimanapun,
sekiranya ditemukan kesalahan ejaan disebabkan kelalaian penyalin, pengkaji akan cuba
memperbetulkannya dan dimasukkan dalam tanda kurung ( ),
Bagi perkataan yang dieja dengan pelbagai variasi seperti perkataan "ada" yang
turut dieja sebagai "adah", pengkaji akan mengekalkan penggunaan ejaan yang asal
"adah", Dalam hal ini pengkaji melihat penambahan konsonan "ha" atau "h" dalam
perkataan tersebut bertujuan menjaga keselarasan rima. Pada masa yang sama, teks pula
akan disusun dalam bait yang terdiri daripada empat baris bagi satu rangkap.
Penomboran bait akan dibuat di bahagian sebelah kiri bersama-sama pelabelan nombor
halamannya pada sebelah atas rangkap pertama bagi setiap halaman seperti yang
berikut:
Halaman 116 {Labelhalaman)
169. Kedua alim sifatny a pula {Perhatikan nombor rangkap -169.) Ertinya tahu hak Taala Lawannya yang bebal azzawajalla Itupun masuk mustahil juga
{Syair Ibadat, hlm. 116)
12
Penyusunan teks Syair Ibadat akan dibuat berlandaskan beberapa ketentuan. Pertama,
perkataan yang berasal daripada bahasa Arab dan belum terasimilasi dengan
perbendaharaan kata Melayu akan dikekalkan ejaan Arabnya. Kedua, segala keterangan
bagi perkataan, sama ada yang berkaitan dengan ejaan atau makna dalam konteks bait
syair akan diterangkan dengan menggunakan nota kaki. Selain itu kaedah transliterasi
yang digunakan juga akan menggunakan tanda yang berikut:
(i) Tanda kurungan [ ] digunakan bagi menunjukkan perkataan/bait dalam teks
asal yang dianggap tidak sesuai dan perlu dibuang apabila membacanya.
(ii) Tanda ( ) merupakan perkataan tambahan yang tidak ada dalam teks asal.
(iii) Tanda / digunakan sekiranya terdapat bahagian yang tidak dapat
dibaca.
1.7.3 Kepengarangan
Analisis kepengarangan merupakan komponen kedua penting selepas transliterasi teks
dalam kajian ini. Menurut Siti Chamamah Soeratno (1994: 1) berbicara tentang
kepengarangan dalam dunia sastera berberti berbicara tentang satu unsur dalam proses
penciptaan suatu teks sastera. Dalam hal ini pengarang difahami sebagai manusia
(dengan segala akibatnya) yang menyebabkan (dengan segenap mungkin penyertaannya)
lahirnya teks sebagai ciptaan sastera, Dengan demikian kepengarangan yang
dimaksudkan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan peranan pengarang dalam proses
melahirkan suatu teks sastera, tidak kira sama ada sebagai pengarang asal atau penyalin
naskhah.
13
Walau bagaimanapun analisis kepengarangan dalam konteks kajian ini lebih
tertumpu kepada daya kreativiti kreativiti pengarang dalam proses penciptaan sehingga
dapat mengolah dan memindahkan fakta ilmiah dalam bidang agama ke dalam bentuk
syair. Daya kreativiti yang dimaksudkan dalam kajian ini pula merujuk kepada dua
aspek utama. Pertama kreativiti yang merujuk kepada kemampuan pengarang menyusun
idea dengan teratur dan sempurna dalam bentuk syair sehingga idea atau mesej asas
yang ingin disampaikan oleh pengarang melalui syair ini dapat difahami oleh khalayak.
Kedua, kreativiti yang merujuk kepada gaya bahasa yang digunakan oleh
pengarang dalam usaha untuk menarik minat khalayak (pendengar dan pembaca)
terhadap syair ini dan seterusnya memahamkan mereka tentang mesej yang hendak
disampaikan oleh pengarang secara keseluruhannya. Antara aspek gaya bahasa yang
akan dikaji termasuklah dari segi tatabahasanya, penggunaan diksi, penggunaan bahasa
kias ibarat, unsur simbolik, dan juga unsur dialog yang terdapat di dalamnya.
1.8 PEMBAHAGIAN BAB
Kajian ini akan dibahagikan kepada lima bab penting, Bab 1 - Penndahuluan merupakan
penerangan ringkas tentang pernyataan masalah, objektif kajian, batasan kajian, kaedah
kajian, definisi operasional, pembahagian bab dan kesimpulan tentang pengenalan kajian
ini secara keseluruhan.
Bab 2 - Tinjauan Literatur akan memperihalkan serba ringkas tentang kajian-
kajian lalu yang menyentuh aspek kepenarangan dan transliterasi lain oleh pengkaji
sastera yang lain. Perkara ini penting untuk memastikan bahawa kajian yang dilakukan
ini benar-benar merupakan sebuah kajian yang baharu atau setidak-tidaknya
14
memperkaya dan menambahbaik kajian-kajian lain dalam bidang transliterasi dan
analisis kepengarangan ini.
Bab 3 - Metodologi Kajian memperihalkan tentang kerangka teori dan
aplikasinya dalam kajian ini. Kesesuain teori dan aplikasinya dengan objek kajian yang
digunakan dalam kerangka kajian ini juga akan dibincangkan dengan teliti. Perkara ini
penting dalam memastikan kajian yang dilakukan berada dalam landasan yang betul.
Bab 4 - Latar Belakang Syair Ibadat pula akan memperihalkan tentang asal-usul
syair serta gambaran deskripsinya. Ikhtisar atau kandungan syair juga turut diberikan
dalam bab ini bermula daripada rangkap yang pertama hinggalah ke rangkap yang
terakhir.
Bab 5 - Analisis Kepengarangan Syair Ibadat merupakan bahagian yang penting
dalam kajian ini. Bab ini akan merungkaikan tentang keupayaan, kecekapan, dan
kebijakan pengarang dalam mengadun, mengolah bahan ilmiah dalam bidang agama
Islam dengan menggunakan kekuatan bahasanya dalam usaha untuk menyampaikan
dakwah Islam kepada khalayaknya.
Bab 5 - Penutup merupakan rumusan keseluruhan pengkaji tentang hasil dapatan
kajian berdasarkan teori yang diaplikasikan.
1.9 KESIMPULAN
Kajian ini merupakan satu kajian dalam bidang sastera Melayu tradisional yang
menjurus kepada transliterasi dan analisis kepengarangan yang terdapat dalam
manuskrip yang menjadi objek kajian ini. Maka, kaedah khusus berserta teori tertentu
seperti yang telah dibincangkan sebelum ini wajar digunakan ke arah mencapai objektif
15
kajian, Diharapkan kajian kecil ini dapat menambahkan lagi jumlah penyelidikan dalam
bidang sastera Melayu tradisional, di samping menarik minat lebih ramai para sarjana
lain untuk turut sama menceburkan diri dalam bidang ini.
16
BAB 2
TINJAUAN LITERATIM
2.1 PENGENALAN
Bab ini akan memperincikan tentang kajian-kajian lalu yang pernah dilakukan oleh
pengkaji lain berhubung dengan transliterasi teks dan analisis kepengarangan, terutama
sekali yang menyentuh objek kajian, iaitu Syair Ibadat. Perkara ini penting dilaknkan
untuk memastikan bahawa kajian ini bersifat segar dan baharu, atau setidak-tidaknya
dapat memperkaya dan memperbaiki kajian lalu dalam bidang ini.
2.2 TRANSLITERASI TEKS DAN ANALISIS KEPENGARANGAN DALAM
KAJIAN LALU
Kajian yang menyentuh aspek kepengarangan karya dalam kesusasteraan Melayu
tradisional ini bukanlah sesuatu yang agak asing dalam kalangan pengkaji kesusasteraan
Melayu tradisional di tanah air dan luar negara, Nama-nama seperti Siti Chamamah
Soeratno, Ismail Hamid, Abu Hassan Syam, Liaw Yock Fang, Shafie Abu Bakar, Ding
Choo Ming, Harun Mat Piah dan Ulrich Kratz adalah antara pengkaji yang pernah
meneliti dan menganalisis aspek pengarang dan kepengarangan Melayu. Kajian-kajian
mereka tentang aspek pengarang dan kepengarangan Melayu ini telah dimuatkan dalam
kumpulan esei Siri Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu yang diselenggarakan
oleh Sahlan Mohd. Saman (1994) dengan judul Pengarang dm Kepengarangan Melayu.
Dalam buku tersebut, Siti Chamamah Soeratno (1994:1) misalnya membicarakan
tentang "Variasi sebagai Bentuk Kreativiti Pengarang Kedua dalam Dunia Sastera
Melayu: Hikayat Banjar". Kajian ini lebih tertumpu kepada peranan penyalin karya teks