-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
1/37
MODEL 3
PENGGAL 2 STPM2016
ASMAWI BIN ABDULLAH
SMK Purun
28330 Triang, Pahang.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
2/37
1 (a) Terangkan konsep daya kariolis. [3]
Daya yang dihasilkan daripada
putaran bumi di atas paksinyayang menyebabkan tiupan anginterpesong iaitu angin bertiup kekiri di hemisfera selatan dan
bertiup ke kanan di hemisferautara.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
3/37
1 (b) Jelaskan dua jenis angin monsun
yang dialami oleh Malaysia.
[4]
Angin Monsun Timur Laut yangbeitiup pada bulan Novemberhingga Mac.
Angin Monsun Barat Daya yangbeitiup pada bulan Mei hinggaSeptember.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
4/37
1 (c) Jelaskan pengaruh angin monsun
terhadap aktiviti manusia.
[4]
Kegiatan perikanan terjejas kerana anginmonsun timur laut menyebabkan laut bergelora
di Laut China Selatan. Nelayan tidak dapat turunke laut terutamanya nelayan pinggir pantai.
Menggalakkan aktiviti pelancongan seperti acara`Monsun Cup'. Banyak peminat perahu layar akan berkunjung ke Kuala Terengganu semasaangin monsun timur laut.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
5/37
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
6/37
2 (a) Dengan menggunakan jadual di atas, lukis grafbulatan untuk menunjukkan min suhu dan hujan
bulanan di Stesen Kaji Cuaca X pada tahun 2014.
[15]
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
7/37
2 (b) Jelaskan taburan min suhu dan jumlah
bulanan di stesen kaji cuaca tersebut.
[4]
Min suhu pada tahun 2014 ialal 23.5°C dengan julat suhunya sebanyak 5°C ( Min suhu maksimumialah 26 °( yang dicatatkan pada bulan Februari
dan min suhu minimum ialah 21°C yang
dicatatkan pada bulan Jun, Julai dan Ogos.
Jumlah hujan yang diterima pada 2014 ialah 123
mm. Jumlah hujan maksimum turun pada bulan Apri iaitu 23 mm. Jumlah hujan minimum turunpada bulan Julai, iaitu 4 mm.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
8/37
2 (c) Bincangkan kesan pola taburan min suhudan jumlah hujan bulanan terhadap aktiviti
pertanian.
[6]
Secara keseluruhan, jika dilihat dan segi taburan hujan,kawasan ini tidak sesuai dijadikan kawasan pertanian kerana jumlah air hujan yang tidak mencukupi, iaitu purata 123 mmsahaja pada tahun 2014. Namun, jika dilihat dari segi taburan
suhu, min suhu sebanyak 23.5 °C menjadikan kawasan inisesuai dijadikan kawasan pertanian.
Kegiatan pertanian boleh dijalankan pada awal dan akhir tahunkerana suhu agak tinggi pada masa itu. Contohnya, gandumboleh disemai, tumbuh dan dituai pada masa itu. Bagi tujuan ini,sistem pengairan yang baik harus diwujudkan di kawasantersebut.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
9/37
2 (c) Bincangkan kesan pola taburan min suhudan jumlah hujan bulanan terhadap aktiviti
pertanian.
[6]
Pada pertengahan tahun pula, walaupun kegiatan pertanianmasih boleh dijalankan. namun jenis tanaman adalah sepertisayur-sayuran dan buah-buahan berhawa sederhana sahaja.Hal ini disehabkan suhu yang agak rendah dalam tempoh
tersebut, iaitu 21 °C. Sistem pengairan yang baik dapatmenjamin pengeluaran hasil pertanian yang memuaskan.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
10/37
3 (a) Jelaskan empat faktor yang
mempengaruhi kandungan air tanih di
kawasan Tropika Lembap.
[12]
Iklim
Hal ini berlaku kerana unsur iklim, terutamanya hujanmerupakan punca bekalan air tanih. Kawasan yangmenerima jumlah air hujan yang banyak lazimnyamempunyai kandungan air tanih yang banyak. Zontepunya hanya berada beberapa meter sahaja dari
permukaan bumi. Contohnya, kawasan beriklimKhatulistiwa seperti Malaysia mempunyai jumlahhujan tahunan yang tinggi dan banyak, iaitu melebihi2030 mm setahun.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
11/37
3 (a) Jelaskan empat faktor yang
mempengaruhi kandungan air tanih di
kawasan Tropika Lembap.
[12]
Litupan tumbuhan
Dengan adanya tumbuh-tumbuhan, kadar resapan air hujanke dalam tanah akan meningkat. Cegatan silara tumbuhanyang padat dan berbentuk kanopi boleh menghalang airhujan daripada jatuh terns ke lantai hujan. Pintasan olehakar tumbuhan mampu untuk memperlahan kadar larian air
di permukaan dan membenarkan lebih banyak air meresapke dalam tanah. Oleh itu, kawasan yang mempunyai jumlahtumbuh-tumbuhan yang banyak akan mempunyai jumlah airtanih yang banyak.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
12/37
3 (a) Jelaskan empat faktor yang
mempengaruhi kandungan air tanih di
kawasan Tropika Lembap.
[12]
Kecerunan permukaan bumi
Kadar resapan air hujan di permukaanbumi yang landai adalah tinggidisebabkan pengaliran air permukaan
yang perlahan. Oleh itu, jumlah air tanihdi kawasan landai adalah lebih tinggiberbanding dengan kawasan curam.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
13/37
3 (a) Jelaskan empat faktor yang
mempengaruhi kandungan air tanih di
kawasan Tropika Lembap.
[12]
Jenis tanih
Hal ini berlaku kerana kadar serapan air tanihbergantung pada jenis tanih yang terdapat di sesuatukawasan. Bagi tanah berpasir dan tanah gambut,kadar keporosannya yang tinggi membenarkan lebihbanyak air meresap ke dalam tanah bagi membentuk
air tanih. Sebaliknya, tanah liar yang mempunyairuang rongga yang kecil mengehadkan kadar resapanair ke dalam tanah clan mengurangkan kandungan airtanih.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
14/37
3 (a) Jelaskan empat faktor yang
mempengaruhi kandungan air tanih di
kawasan Tropika Lembap.
[12]
Aktiviti manusia
Aktiviti manusia seperti pertanian,pembalakan, dan perlombonganmenyebabkan banyak tumbuh-tumbuhandi permukaan bumi musnah. Tanpatumbuh-tumbuhai kadar resapan air hujanke dalam tanah menurun danmengurangkan kandungan air tanih.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
15/37
3 (b) Bincangkan kepentingan sumber air
tanih kepada aktiviti penduduk di
sesuatu kawasan.
[13]
Aktiviti pertanian amat memerlukan sumber air. Air mempengaruhi proses pertumbuhan
sesuatu tanaman. Contohnya, penanaman padimemerlukan bekalan air yang banyak. Jumlahtakungan air yang banyak membolehkan paditumbuh dengan subur dan mergeluarkan hasilpadi yang bermutu serta berkualiti. Tanpa air,padi tidak boleh tumbuh dengan baik dan akanmati. Begitu juga dengan tanaman lain yangmemerlukan air untuk tumbuh dengan sihat.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
16/37
3 (b) Bincangkan kepentingan sumber air
tanih kepada aktiviti penduduk di
sesuatu kawasan.
[13]
Kepentingan air juga dapat dilihat dalam kegiatanperlombongan. Contohnya jumlah air yang banyakdiperlukan untuk melombong bijih timah yankmenggunakan pam kelikir. Hal ini berlaku keranaair diperlukan untuk mengepam dan meruntuhkankawasan bukit yang mempunyai bekalan bijih timahbagi mendapatkan bijih timah tersebut. Air yang
banyak juga diperlukan semasa kerjamengasingkan bijih timah daripada bahansampingan yang lain seperti tahi bijih (amang).
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
17/37
3 (b) Bincangkan kepentingan sumber air
tanih kepada aktiviti penduduk di
sesuatu kawasan.
[13]
Sumber air yang banyak dapat melancarkan kegiatanperindustrian. Hal ini berlaku kerana air merupakankomponen utama dalam proses pembuatan sesuatu produk,terutamanya bagi industri berasaskan air seperti industripembuatan minuman dan industri pembuatan kertas. Dalamindustri pembuatan minuman, air merupakan komponenutama untuk menghasilkan minuman dalam industri minumandalam kotak. Dalam industri pembuatan kertas pula, airdiperlukan untuk menghancurkan kayu balak dan
melunturkan warna kayu balak sebelum digunakan untukmenghasilkan kerta putih. Malah air juga digunaka untukmenyejukkan jentera atau mesin kilang bagi mengekalkantahap produktiviti yang tinggi.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
18/37
3 (b) Bincangkan kepentingan sumber air
tanih kepada aktiviti penduduk di
sesuatu kawasan.
[13]
Selain bergantung pada sumber ikan laut dansungai, manusia turut menjalankan kegiatan
menternak ikan. Kegiatan pentemakan ikan jugamemerlukan jumlah air yang banyak. Takunganair dalam kolam membolehkan pentemakan ikandalam kolam dijalankan. Contoh ikan yangditemak ialah ikan keli, ikan lampam, dan ikan
tilapia. Tanpa bekalan air yang mencukupi,penternakan ikan di dalam kolam sukar untukuntuk dijalankan dengan baik dan berkesan.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
19/37
3 (b) Bincangkan kepentingan sumber air
tanih kepada aktiviti penduduk di
sesuatu kawasan.
[13]
Kegiatan domestik yang dijalankan oleh manusia
di rumah juga melibatkan penggunaan air yangbanyak. Contohnya, air sebagai sumber minuman,mandi dan membasuh kain. Bekalan air yangmencukupi membolehkan manusia hidup denganselesa dan sejahtera dalam lingkungan
masyarakatnya. Air juga diperlukan untukmenyediakan makanan harian bagi menampungkeperluan harian manusia.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
20/37
4 (a) Dengan merujuk kepada negara Malaysia,senarikan tiga rangkaian lebuh raya utama
di negara tersebut.
[3]
Lebuhraya Utara-Selatan.
Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur.
Lebuh Raya Persekutuan.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
21/37
4 (b) Terangkan bagaimana sistem lebuh
raya boleh menjana pembangunan
ekonomi Malaysia.
[4]
Memudahkan dan mempercepatkan penghantaranbahan mentah dan sumber alam seperti galian dan
basil hutan dari kawasan pedalaman ke kilangpemprosesan.
Memudahkan pemasaran basil pengeluaran.
Dengan adanya lebuh raya, basil pertanian dapatdiangkut dan dipasarkan dengan cepat kekawasan bandar dan seterusnya bolehmeningkatkan pendapatan penduduk.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
22/37
4 (c) “Pembinaan lebuh raya telah banyak
memusnahkan alam sekitar fizikal.”
Jelaskan
[4]
Menyebabkan kejadian hakisan dantanah runtuh di lereng bukit yang
mengalami proses pemotongan danpenarahan.
Memusnahkan kawasan tadahan airakibat penebangan tumbuhan hutan dikawasan tanah tinggi sehinggamengurangkan kadar resapan air.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
23/37
4 (d) “Kemusnahan alam sekitar akibatpembinaan lebuh raya boleh dikurangkan
dengan langkah kejuruteraan .” Jelaskan
pernyataan ini.
[4]
Membina tembok yang dilengkapi dengansistem perparitan di cerun bukit akan dapat
mengurangkan kesan hakisan dan kejadiantanah runtuh.
Kawasan cerun bukit dilandaikan dan tebing
curam kaki bukit ditarah untuk mengurangkankecerunan jalan raya dan mengelakkandaripada berlakunya tanah runtuh yang teruk.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
24/37
5 (a) Jelaskan aktiviti pelancongan dari segi jenisdan taburannya di Malaysia.
[12]
Jenis pelancongan yang pertama ialah ekopelancongan yangberkait rapat dengan kawasan semula jadi yang indah dan menarikuntuk menikmati alam semula jadi, udara yang segar dan bersih. Antara kawasan semula jadi yang boleh dijadikan kawasanpelancongan adalah pantai, air terjun, dan kawasan tanah tinggiyang nyaman. Contohnya, Pantai Cherating di Pahang, Pantai
Cahaya Bulan di Kelantan, Air Terjun Sekayu, Tanah TinggiCameron, serta Bukit Tinggi.
Jenis pelancongan yang kedua ialah agropelancongan yangberkaitan dengan melawat ke kawasan pertanian dan menikmati
kehidupan di luar bandar bersama keluarga atau berkumpulan.Pelancongan dalam dan luar negara dapat merasai gaya hidupluar bandar yang dikunjungi yang berbeza dengan kawasan gayahidup asal mereka di bandar-bandar. Contohnya, lokasi programHomestay di kampung-kampung di Perlis, Kedah, Perak, Selangor,dan Johor.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
25/37
5 (a) Jelaskan aktiviti pelancongan dari segi jenisdan taburannya di Malaysia.
[12]
Jenis pelancongan yang ketiga ialah pelancongan pendidikan yang dapatdigambarkan dengan cara sambil melawat sambil melancong oleh pelajarluar negra ke Malaysia seperti dari China dan negara Arab Terdapatbanyak IPTA dan IPTS di Malaysia yang menawarkan kursus untuk belajardi Malaysia. Tambahan pula lawatan seperti mengunjungi tempatpelancongan yang berunsur sejarah sesebuah negara seperti MuziumNegara dan Pusat Sains Negara.
Jenis pelancongan yang keempat ialah pelancongan kesihatan yang rata-rata datang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan kepakaran di hospitaldi Malaysia yang tidak terdapat di negara mereka. Kadang-kadang
kedatangan mereka atas sebab jarak yang dekat bagi negara jiran yangmenjadi anggota ASEAN. Selain itu atas sebab adanya hubunganpersaudaraan memudahkan untuk mendapat maklumat. Malahankeselesaan dan kepakaran yang ada di hospital itu sendiri telah menarikkedatangan mereka ke Malaysia. Contohnya, IJN di Kuala Lumpur,Hospital Selayang di Selangor, dan Hospital Putrajaya di Putrajaya.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
26/37
5 (a) Jelaskan aktiviti pelancongan dari segi jenisdan taburannya di Malaysia.
[12]
Jenis pelancongan yang kelima ialah pelancongan budaya danwarisan yang melibatkan pelancongan di kawasan bersejarah,adanya tapak arkeologi dan muzium. Para pelancongan luar dandalam negara yang berminat untuk melihat lebih dekat dengantempat bersejarah, tapak arkeologi dan muzium akan berkunjung
ke kawasan ini Contohnya, Lembah Bujang di Kedah, Kota AFamosa di Melaka, dan Kota Tampan di Perak.
Jenis yang keenam ialah pelancongan sukan yang melibatkanacara sukan peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Serentak
dengan menghadiri acara tersebut, para atlet sukan akan melawatatau mengunjungi tempat bersejarah atau kompleks beli belahyang terdapat di sekitar lokasi acara sukan di adakan. Contohnya,acara Formula One di Sepang, LIMA di Pulau Langkawi, dan PestaLayang-layang di negeri-negeri pantai timur SemenanjungMalaysia.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
27/37
5 (b) Sejauhmanakah peranan kerajaan dapatmemperkembangkan sektor pelancongan di
Malaysia pada masa kini.
[13]
Peranan kerajaan yang pertama adalah mewujudkan kementerian yangbersangkutan dengan pelancongan, iaitu Kementerian Pelancongan danKebudayaan Malaysia. Kementerian ini dapat dilihat melalui salah satuobjektif, iaitu memperkasakan sektor pelancongan dan kebudayaan bagi
meningkatkan ekonomi negara dan mempromosikan keunikan seni,budaya, dan warisan Malaysia sebagai pemangkin utama pertumbuhansektor pelancongan dan kebudayaan negara.
Peranan kerajaan yang kedua adalah mempromosikan pelancongansecara berterusan ke peringkat antarabangsa. Peranan ini, contohnya
dimainkan Oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (MTPB)melalui pertunjukkan kebudayaan, rombongan perniagaan, lawatan keluar negara, dan menyertai persidangan antarabangsa. Melalui promosi,pelbagai produk pelancongan yang ada telah banyak berjaya menarikpelancong dari dalam dan luar negara.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
28/37
5 (b) Sejauhmanakah peranan kerajaan dapatmemperkembangkan sektor pelancongan di
Malaysia pada masa kini.
[13]
Peranan kerajaan yang ketiga adalah menyediakan kemudahanpengangkutan dan perhubungan supaya darjah ketersampaian ke destinasipelancongan lebih cekap, cepat, dan singkat. Apa yang lebih penting lagiboleh memberi keselesaan kepada pelancong dalam kembara mereka ke
Malaysia. Pelbagai kemudahan pengangkutan telah disediakan Oleh kerajaandengan membina lebuh raya, membina lapangan terbang yang bertaraf dunia,dan sistem aliran ringan di bandar yang lebih selesa.
Peranan kerajaan yang keempat adalah membangunkan wilayah berpotensiuntuk dijadikan kawasan pelancongan. Wilayah Pembangunan Iskandar atau
kini dikenal dengan Iskandar Malaysia merupakan salah satu contohpembangunan yang jelas memainkan peranannya terhadap pembangunan diMalaysia. Keunikan Iskandar Malaysia juga dilihat berdasarkan pembangunansedia ada seperti pembangunan bandar pesisir pantai Teluk Danga danBandar Nusajaya. Projek Pembangunan Nusajaya, yang di dalamnya terdapatLegoland merupakan sebuah bandar bertaraf dunia terbesar di Asia Tenggara.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
29/37
5 (b) Sejauhmanakah peranan kerajaan dapatmemperkembangkan sektor pelancongan di
Malaysia pada masa kini.
[13]
Namun begitu, bukan sahaja peranan kerajaan memainkan peranan pentingdalam memperkembangkan sektor pelancongan. Terdapat faktor Iain sepertiterdapat tarikan semula jadi yang banyak di Malaysia seperti pulau-pulau,pantai yang bersih, dan tanah tinggi yang nyaman. Keunikan yang terdapat di
kawasan semula jadi ini telah menarik kedatangan pelancong dalam dan luarnegara untuk menghabiskan percutian mereka. Contohnya, Tanah TinggiCemeron, Pulau Tioman, dan Pantai Cherating.
Seterusnya, faktor yang menarik pelancong ialah kemudahan prasarana yanglengkap dan mencukupi. Hal ini demikian kerana banyak kemudahan yang
disediakan adalah terkini dan selesa. Sebagai contohnya, adanya inap desa,rumah tumpangan, dan hotel. Oleh itu, kita dapat mewujudkan keadaan yangselesa kepada pelancong untuk tinggal lebih lama. Selain itu, kemudahanrestoran, pusat beli belah, dan pengangkutan awam yang lengkapmemudahkan lagi pada pelancong berkunjung ke lokasi-lokasi pelanconganyang tertentu.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
30/37
6 (a) Jelaskan aspek-aspek yang dapat
dikaitkan dengan saling bergantung
antara negara lain.
[10]
Aspek pelaburan di mana kekurangan modal sesebuah negara akandibantu atau ditampung oleh negara lain, iaitu modal yang disalurkanberpunca daripada pelabur asing yang menjadi sumber utamapembangunan negara. Ekoran itu, pendapatan negara meningkat dan
mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk, Seterusnya dapatmenjana ekonomi negara. Contohnya, modal yang diperoleh Olehsyarikat di Malaysia berpunca dari Korea Selatan, Singapura, dan Jepun.
Aspek teknologi di mana berlaku pemindahan teknologi dari negara majuke negara sedang membangun. Pemindahan teknologi ini mendatangkan
keuntungan kepada negara maju hasil daripada ciptaan teknologimanakala negara sedang membangun dapat membangunkan ekonominegara dan meningkatkan pendapatan negara. Contohnya, pemindahanteknologi pembuatan kereta Malaysia dari Jepun ke syarikat Proton diMalaysia.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
31/37
6 (a) Jelaskan aspek-aspek yang dapat
dikaitkan dengan saling bergantung
antara negara lain.
[10]
Aspek pengeluaran di mana proses pengeluaran dipindahkandari negara maju ke negara sedang membangun yangmempunyai bekalan tenaga buruh yang banyak. Keadaan ini
mewujudkan peluang pekerjaan dan kawasan perindustriandapat dimajukan. Jumlah penduduk meningkat kerana menjaditumpuan penduduk dan kadar pengeluaran meningkat.
Aspek pasaran di mana meluaskan pasaran dan perkhidmatan.
Kesannya pertambahan permintaan berlaku dan kuasa belipenduduk meningkat. Pertambahan pengeluaran bolehmenyebabkan pengeluaran negara Asia dapat dipasarkan ke
Amerika Syarikat dan Eropah sehingga boleh melibatkanpengaliran modal dan pemindahan teknologi.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
32/37
6 (a) Jelaskan aspek-aspek yang dapat
dikaitkan dengan saling bergantung
antara negara lain.
[10]
Aspek bekalan buruh pula melibatkan masalah kekurangantenaga buruh dapat ditampung Oleh negara lain yang mempunyailebihan buruh. Keadaan ini membolehkan sektor pembinaan danperladangan berkembang. Kesannya, pengaliran wang keluarsebagai upah kepada pekerja asing berlaku. Contohnya, dariburuh asing dari Indonesia dan Myanmar.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
33/37
6 (b) Dikatakan globalisasi ekonomi
membawa kesan positif terhadap
sebuah negara. Bincangkan.
[10]
Memang globalisasi ekonomi membawa kesan positif terhadap sebuah negara. Hal inidapat dilihat pada sudut berlaku perdagangan bebas, meluaskan pasaran, berlakupemindahan teknologi, dan berlaku aliran tenaga buruh. Perdagangan bebas antaranegara akan berlaku akibat globalisasi. Pelabur asing berpeluang memasuki danmenguasai pasaran dan ekonomi sesebuah negara tanpa halangan. Perdagangan
bebas ini bukan sahaja menguntungkan pelabur asing atas peluang dan keuntunganperniagaan mereka. Malahan akan memajukan negara yang menerima pelabur asing,pembanguan ekonomi akan dirasai oleh negara tersebut. Begitu juga kemajuan darisudut sosial dan politik serta sektor perkhidmatan sesebuah negara.
Globalisasi juga akan menyebabkan berlakunya perluasan dalam pasaran barangandan perkhidmatan sesebuah negara ke peringkat antarabangsa. Penghapusan dasarperlindungan dan sekatan tarif serta provokasi akan memberikan peluang kepadakeluaran sesebuah negara untuk menembusi pasaran negara lain. Contohnya,barangan negara sedang membangun akan menembusi pasaran negara maju.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
34/37
6 (b) Dikatakan globalisasi ekonomi
membawa kesan positif terhadap
sebuah negara. Bincangkan.
[10]
Kesan positif globalisasi seterusnya adalah berlaku pemindahan teknologi antaranegara, khasnya teknologi negara maju ke negara sedang membangun. Dengan katalain, pemindahan teknologi berlaku apabila ada usaha mengimport peralatan danpengetahuan dalam bidang kemahiran, tatacara, dan teknik dari negara luar ke negaralain. Pemindahan teknologi ini membuka jalan kepada kemajuan teknologi sesebuahnegara dan dapat bersaing dengan negara lain dari segi perkembangan teknologi masakini.
Berlakunya aliran tenaga buruh dengan pesat dan mudah disebabkan globalisasiberlaku. Dengan kedatangan buruh ini, pembangunan sesebuah negara akan
bertambah pesat dan maju. Kadar upah yang rendah menyebabkan majikan lebih sukamengupah buruh asing untuk mengurangkan kos pengeluaran syarikat mereka.Malahan buruh asing amat tertarik untuk datang ke sesebuah negara kerana peluangpekerjaan yang banyak dan kadar upah yang berpatutan. Akhirnya, globalisasimemudahkan kedatangan buruh asing ke sesebuah negara dan terus meningkatkantaraf hidup mereka dan dikongsi bersama dengan negara asal mereka.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
35/37
6 (b) Dikatakan globalisasi ekonomi
membawa kesan positif terhadap
sebuah negara. Bincangkan.
[10]
Namun begitu, globalisasi turut juga membawa kesan negatif kepadasesebuah negara. Kesan negatif ini boleh menghalang berlakunya hubungandari segl ekonomi dan sosial sesebuah negara. Hal ini dapat dipandang darisegi berlakunya penguasaan ekonomi oleh syarikat multinasional, menghakiskedaulatan negara, dan ancaman kepada pengusaha kecil dan sederhanatempatan.
Kesan negatifyang pertama adalah berlaku pengusahaan ekonomi olehsyarikat multinasional. Kewujudan syarikat multinasional akan menyebabkanpergantungan yang besar terhadap syarikat itu dari sudut ekonomi sesebuahnegara. Sesebuah negara boleh ditentukan arah perkembangan ekonominyaOleh syarikat multinasional jika tidak dikawal betul. Tambahan pula, syarikattempatan yang tidak cekap dari segi pengeluaran dan kekurangan modalakan mengalami masalah bersaing dengan syarikat luar yang lebih banyakmodal dan maju teknologinya.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
36/37
6 (b) Dikatakan globalisasi ekonomi
membawa kesan positif terhadap
sebuah negara. Bincangkan.
[10]
Kesan negatif yang kedua ialah kewujudan syarikat multinasional boleh menghakiskedaulatan negara. Globalisasi boleh menjejaskan imej negara apabila berlakupenjajahan secara monetari. Penjajahan monetari menyebabkan negaraberkenaan sukar untuk mengawal kewangan mereka sendiri. Syarikat
multinasional akan memberi tekanan kepada kerajaan sesebuah negara dansangat sukar bagi negara tersebut untuk mengatasinya. Akhirnya bolehmenimbulkan masalah pengangguran dan pengurangan pendapatan negara.
Kesan yang ketiga ialah berlaku ancaman kepada pengusaha kecil dan sederhanatempatan. Syarikat-syarikat kecil dalam sesebuah negara sukar untuk bersaingdengan syarikat besar dan gergasi dari negara-negara maju. Syarikat besarmemiliki modal dan teknologi yang canggih berbanding syarikat-syarikat kecil dinegara sedang membangun. Kos operasi syarikat besar lebih rendah daripadasyarikat kecil dan sederhana tempatan dan dapat bersaing di pasaran tempatandan luar negara. Akhirnya, syarikat kecil dan sederhana akan terus gulung tikardan kalah bersaing ke peringkat antarabangsa.
Penggal 2 STPM 2016...SMKPurun
( )
-
8/18/2019 Skema Kertas Model 3 Geografi STPM Penggal 2 2016
37/37
6 (b) Dikatakan globalisasi ekonomi
membawa kesan positif terhadap
sebuah negara. Bincangkan.
[10]
Kesimpulannya, kewujudan syarikat multinasional di sesebuahnegara perlu dikawal supaya kebaikannya dapat memajukanpembangunan ekonomi sesebuah negara. Kekurangannya pulaperlu dikawal juga supaya tidak menjejaskan ekonomi dan sosialserta politik sesebuah negara kerana terlalu bergantung kepadasyarikat gergasi tersebut.
Penggal 2 STPM 2016 SMK