10/17/13 Rokok Ragut 10,000 Nyawa Setiap Tahun Di Malaysia
www.malaysiandigest.com/bahasa-melayu/456372-rokok-ragut-10000-nyawa-setiap-tahun-di-malaysia.html 1/2
Like 0 Tweet 0 1
Bernama
0 Comments
KOTA KINABALU - Kira-kira 10,000 penduduk Malaysia
meninggal dunia akibat menghisap tembakau setiap
tahun, kata Dr Amer Siddiq Amer Nordin, penyelaras
Pusat Penyelidikan dan Kerjasama Ketagihan Nikotin
(NARCC), kumpulan penyelidikan mengenai penagihan
nikotin Pusat Sains Ketagihan Universiti Malaya
(UMCAS).
Sambil menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang
membimbangkan, beliau berkata, angka tersebut
mungkin hanya mencerminkan sebahagian kecil
daripada keadaan sebenar.
"Jumlah mereka mungkin lebih ramai. Sebagai contoh,
bagi tiap seorang yang dikenal pasti, mungkin sembilan
(kes) lagi yang tidak dikenal pasti atau dilaporkan dan kira-kira 20 peratus rakyat Malaysia menghisap
tembakau setiap hari... ini bererti ia mungkin mengakibatkan lebih banyak kematian pada masa akan datang.
"Apabila kita bercakap tentang kesan daripada menghisap tembakau, terlintas di fikiran kita tentang kanser.
Tetapi, ingatlah bahawa menghisap tembakau juga merupakan faktor utama atau penyumbang bagi pelbagai
penyakit jantung dan paru-paru serta pelbagai jenis kanser.
"Sebenarnya, ia merupakan penyebab utama bagi apa jua penyakit yang kita hadapi di hospital," katanya pada
sidang akhbar bersempena Simposium Pengawalan Tembakau Sabah 2013 di kampus utama Universiti
Malaysia Sabah (UMS) di Likas dekat sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah Institut Inovasi Kesihatan Kebangsaan (NIHI) dan Pengarah Bersama Turanga Tobacco
Research Group di University of Auckland, New Zealand Prof Dr Christopher Bullen; prof madya di Jabatan
Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan Universiti Malaya Dr Farizah Mohd Hairi; Dekan Pengasas
Lincoln University College Dental School Dr Rahimah Abdul Kadir; Timbalan Pengarah Penyakit Tidak
Berjangkit di Jabatan Kesihatan Sabah Dr Nirmal Kaur dan pakar perubatan keluarga Dr Fauzia Abd Majid.
Dr Amer Siddiq berkata, kajian menunjukkan sebahagian besar peruntukan bagi kesihatan hanya bertumpu
pada tiga penyakit utama - penyakit jantung, paru-paru dan kanser.
"Ini bererti sekiranya kita dapat menyekat amalan menghisap tembakau, mungkin kita dapat mencegah
masalah kesihatan lain daripada berkembang dalam tempoh terdekat.
"Jika kita merokok hari ini, kesannya tidak kelihatan esok, selalunya ia kelihatan selepas 10, 20, 30 tahun
kemudian dan sekiranya kita mempunyai jumlah penghisap tembakau yang ramai sekarang, kita akan hanya
dapat melihat masalah sebenarnya 20 tahun akan datang apabila kita dapati ramai orang yang mengalami
penyakit jantung dan kanser dengan tiba-tiba datang untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan daripada
kita," katanya sambil menambah bahawa sesetengah perokok adalah remaja.
Oleh itu, Dr Amer Siddiq mengalu-alukan usaha menganjurkan Simposium Kawalan Tembakau Sabah oleh
UMCAS, UMS dan Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.
Beliau berkata, simposium ini bertujuan memperkenalkan aktiviti pengawalan tembakau kepada seramai
mungkin penyedia penjagaan kesihatan di Sabah serta mereka yang berminat tentang pengawalan
tembakau, sejajar dengan komitmen Malaysia terhadap Konvensyen Rangka Kerja bagi Pengawalan
Tembakau (FCTC) yang ditandatanganinya pada 2005.
BlackBerry: We're
Not Dead Yet
For Men, Homes
Turn Bloody As
Wives Show
Claws
Former TV
Presenter Says
She 'Understands'
Why Girls Decide
To Strip Off
Malacca Revives
Straits Bridge
Project
Basics and
Benefits of
SOCSO
Rokok Ragut 10,000 Nyawa SetiapTahun Di Malaysia
Tuesday, 08 October 2013 00:41
Share Share
Yikes! Kuala Lumpur Is Infested By Illegals!
Abused Four-Year-Old Girl Flees
From Home
Oreos Can Be Addictive Like
Cocaine
Umno Youth Chief's Mum
Enters The Umno Fray
China Clones The Apache
Attack Helicopter
Najwa Mahiaddin Rancak Bina
Nama di Kota New York
Tasha Shilla Jawab Dakwaan
Bedah Hidung, Payudara di Bali
Diana Amir Umum Tarikh
Kahwin Esok
Isu RM1.6 juta K-Pop: Shabery
Cheek Sedia Disoal Siasat
Almy Nadia Maafkan Fizz Fairuz
Asian Cup: Malaysia HoldBahrain To A Draw
Real's Alonso Not ExpectingBarcelona Return
Teams Qualified For 2014
Search
HOME NEWS OPINION FEATURES HIBURAN TECH WORLD SPORTS BUSINESS BAHASA MALAYSIA FACEBOOK TWITTER
10/17/13 Rokok Ragut 10,000 Nyawa Setiap Tahun Di Malaysia
www.malaysiandigest.com/bahasa-melayu/456372-rokok-ragut-10000-nyawa-setiap-tahun-di-malaysia.html 2/2
back to top
- Bernama
0 comments
AROUND THE WEB
Rihanna : Full Exposure ComplexTV
What the Bible Says About Money
(Shocking) Moneynews
Archbishop Prays For 'Peaceful,
Perfect End' For Nelson … NPR
5 People Who Really Need SexualHarassment Training Comedy Central
WHAT 'S T HIS?ALSO ON MD
'Only Surendran Can Join Police InOps' 2 comments
Tell Your Kids To Study Dentistry -Malaysia Need … 2 comments
Fleeing Cow Injures Man, DamagesCar 1 comment
Richard Branson Leaves The UK -For Good 1 comment
Leave a message...
Best Community Share
No one has commented yet.
Subs cribe Add Dis qus to your s i te
0
← Rakyat Malaysia Ambil Kurang 3 Bulan
Beli Kereta
Kereta Jimmy Shanley Ditemui
Rentung →
The views expressed here are solely of the users and do
not necessarily reflect those of Malaysian Digest.
Teams Qualified For 2014World Cup Finals
Uruguay Win But Must SettleFor Jordan Playoff
Rooney Eyes World CupRedemption
More Sports Here...
|
Contact Us | About Us | Career
Copyright © 2009 | malaysiandigest.com . All rights reserved.
Top