Download - Reflektif Jurnal Individu Hbef 2703
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
HBEF2703
KO-KURIKULUM
REFLEKTIF JURNAL AKTIVITI KO-KURIKULUM DI SEKOLAH SELAMA SATU PENGGAL
NAMA : AZIZUL HAKI BIN MUDA
NOMBOR MATRIK: 790826115461001
NO K/P : 790826115461
NO TELEFON: 019-9684536
ALAMAT E-MAIL: [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN: KUALA TERENGGANU
JANUAR1 2012
REFLEKSI PERKHEMAHAN UNIT BADAN BERUNIFORM
SK WAKAF TAPAI TAHUN 2012
Hampir keseluruhan aktiviti perkhemahan yang dijalankan pada hari dan tarikh yang
ditetapkan berjalan dengan baik dan lancar. Namun begitu, tidak semua aktiviti yang
dijalankan mempunyai kebaikan semata-mata, adakalanya kekurangan juga berlaku walaupun
perancangan yang dibuat begitu teliti. Namun, kita sebagai manusia biasa tidak terlepas
daripada kesilapan. Berikut adalah kebaikan dan kelemahan semasa aktiviti perkhemahan ini
berlangsung.
i. Menerap nilai murni para peserta.
Setiap aktiviti yang dilaksanakan memerlukan semangat kerjasama yang jitu bagi
melahirkan peserta yang berdaya saing contohnya di dalam aktiviti memasak yang
memerlukan kerjasama serta berdikari menghasilkan masakan tanpa bantuan daripada
kumpulan lain.
ii. Menguasai kemahiran asas berkhemah
Dengan adanya pertandingan mendirikan khemah semua peserta dapat menguasai
kemahiran asas berkhemah dan menimba sebanyak mungkin pengalaman baru seperti
mereka didedahkan satu persatu cara mendirikan khemah daripada guru pembimbing
mereka.
iii. Melahirkan modal insan yang cemerlang dan mempunyai sifat kepimpinan
yang terpuji.
Setiap aktiviti yang diadakan sepanjang perkhemahan ini adalah bertujuan melahirkan
modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
iv. Menerap semangat bekerjasama
Semasa perkhemahan, pelajar terlibat dengan pelbagai pertandingan yang memerlukan
mereka berkerjasama antara satu sama lain. Pelajar dapat menyiapkan tugasan yang
diberi kepada mereka apabila mereka sentiasa bekerjasama dan bertungkus lumus
dalam menyempurnakan tugasan mereka.
v.Memupuk sifat berani, cekal, jati diri yang kental dalam diri pelajar.
Ini kerana murid berani mengharungi suasana malam yang sunyi bersama ahli
kumpulan mereka di dalam khemah.
vi. Memberi pengalaman dan suasana baru kepada pelajar
Walaupun baru berusia 10, 11 dan 12 tahun, pelajar- pelajar dapat mengharungi
suasana tidur di dalam khemah, tanpa adanya ibu bapa, bertemankan nyamuk,
beralaskan tikar dan sebagainya.
vii. Mendidik pelajar supaya cekap dan cepat bertindak ketika menghadapi
sesuatu permasalahan.
Apabila berdepan dengan sesuatu masalah, pelajar mampu menangani dengan bijak,
contohnya ketika aktiviti “jungle tracking”, terdapat rakan yang sakit dan letih, mereka
tidak terus panik, tetapi membantu rakan mereka yang mengalami sedikit kecederaan
dan memberi ruang untuk rakan mereka berehat.
Mendidik pelajar supaya sentiasa bersedia dan berketrampilan
Semasa menerima arahan yang diberi oleh guru, pelajar sentiasa bersedia, berpakaian
kemas dan menepati waktu yang telah ditetapkan dalam peraturan.
Memberi pengalaman baru hidup di luar rumah dan jauh daripada ibu bapa.
Perkhemahan ini memerlukan pelajar tidur di sekolah tanpa ibu bapa mereka. Mereka
dapat mempelajari kesusahan hidup tanpa ibu bapa dan belajar berdikari dalam
membuat sesuatu perkara.
Melahirkan insan yang berilmu yang seimbang rohani dan jasmani serta dapat
membentuk disiplin yang tinggi.
Selain daripada penekanan agama, pelajar juga diajar berdisiplin dan mematuhi
peraturan bagi melahirkan murid yang seimbang antara keperluan jasmani dan rohani.
Meningkatkan mentaliti bakat dan kemahiran dalam aktiviti yang diceburi.
Dalam aktiviti perkhemahan pelajar diajar cara-cara membaiki khemah, memasak,
membuat kraftangan dan sebagainya. Berdasarkan panduan guru, murid mula
menggunakan bakat dan kemahiran yang dipelajari semasa perkhemahan.
Mengisi masa lapang murid dengan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan,
berpersatuan dan sebagainya.
Melalui perkhemahan, murid dapat mengisi hari mereka dengan aktiviti yang
bermanfaat di samping menambah ilmu dan pengetahuan baru.
KEKURANGAN-KEKURANGAN YANG DI DAPAT KENALPASTI
1. Perjalanan keseluruhan program
Perkhemahan pada kali ini di adakan selama 3 hari sahaja memandangkan kekangan
masa yang tidak mencukupi. Ada di antara aktiviti yang terpaksa dibatalkan kerana
tidak mempunyai masa dan ruang yang sepatutnya untuk dilaksanakan. Tambahan
pula program ini diadakan di luar kawasan sekolah, maka kemudahan asas
perkhemahan tidak mencukupi bagi murid-murid menjalankan aktiviti mereka.
Keadaan cuaca juga mempengaruhi perkhemahan.
2. Pergaulan antara murid lelaki dan murid perempuan
Terdapat segelintir pelajar yang berlaku tidak sopan anatara lelaki dengan perempuan
terutamanya semasa aktiviti jungle tracking. Mereka bergurau senda sesama mereka
tanpa ada perasaan malu dan segan.
3. Nilai-nilai keagamaan ketika menjalankan aktiviti tidak dititik beratkan
Walaupun dalam jadual program, menekankan tentang keagamaan seperti solat
berjemaah, tazkirah dan sebagainya, namun terdapat segelintir pelajar yang tidak
mematuhi tuntutan agama seperti melengahkan solat, cuba melarikan diri dari solat
dengan pelbagai alasan dan sebagainya.
.
ANTARA CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Peranan sekolah
Sekolah memainkan peranan penting dalam menjayakan aktiviti kokurikulum
terutamanya aktiviti perkhemahan yang telah diadakan. Pihak sekolah hendaklah
sentiasa memastikan perjalanan program berjalan lancar dan cuba menanggani
masalah yang timbul tanpa membiarkan kecacatan program perkhemahan terus
menerus.
2. Peranan guru
Guru memainkan peranan utama dalam menyelesaikan segala permasalahan yang
timbul. Guru sewajarnya memberi tindakan ke atas murid yang tidak mematuhi
peraturan. Guru tidak seharusnya membiarkan murid bebas berbuat apa sahaja tanpa
menegur perlakuan tidak sopan murid. Selain itu, guru yang bertugas, perlulah
menjalankan amanah yang diberi sebaiknya. Guru tidak sewajarnya melepaskan tugas
mereka kepada orang lain tanpa alasan yang kukuh.
3. Peranan Murid
Sebagai murid sekolah, mereka perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan. Disiplin
dalam diri mesti diperkuatkan lagi supaya murid dapat melakukan aktiviti dengan
sebaiknya. Oleh yang demikian, setiap murid perlu menjaga setiap perlakuan mereka
bermula dari sekarang supaya mereka memliki akhlak dan sahsiah yang tinggi kelak.
Selain itu, mereka berperanan memberi penerangan yang jelas kepada kedua ibubapa
mereka atau penjaga untuk menggelakkan daripada kejadian-kejadian yang tidak
diduga seperti sakit atau keluar tanpa izin sepanjang program perkhemahan ini.
4. Peranan Ibu bapa
Ibu bapa merupakan aset yang paling penting dalam memantau anak-anak mereka
untuk mengikuti program-program yang diatur oleh pihak sekolah. Mereka berperanan
menasihati dan mendorong anak-anak mereka supaya menyertai program
perkhemahan ini. Selain itu mereka juga perlu memberi kepercayaan dan kerjasama
sepenuhnya kepada pihak sekolah yang menjaga dan menjalankan pelbagai program
untuk anak-anak mereka.
PENUTUP
Aktiviti perkhemahan tahunan ini merupakan satu aktiviti yang sangat penting dalam
mendidik anak bangsa agar menjadi murid yang cemerlang dari sudut rohani dan jasmani di
samping membina ketrampilan diri yang tingi untuk terus aktif ketika berada di peringkat
sekolah menengah. Selain daripada itu program sebegini dapat membentuk dan mendidik
peribadi seorang murid yang sempurna sejajar dengan hasrat kerajaan melahirkan modal insan
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
AKTIVITI-AKTIVITI PERKHEMAHAN SK WAKAF TAPAI
TAHUN 2012
1. TAKLIMAT KEPADA PESERTA PERKHEMAHAN OLEH KEM KOMANDAN
2. AKTIVITI MENDIRIKAN KHEMAH
3. AKTIVITI PERTANDINGAN IKATAN
4. AKTIVITI KEROHANIAN
1. PERTANDINGAN MASAKAN RIMBA
6. AKTIVITI RIADAH
7. AKTIVITI KAWAD KAKI
7. AKTIVITI KEMBARA ‘”JUNGLE TRAKING”
9. AKTIVITI MENURUNKAN KHEMAH
10. MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
Kesimpulan
Secara keseluruhannya aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Murid-murid yang
bersemangat melambangkan kegembiraan menunjukkan objektif kegiatan kokurikulum ini
telah tercapai. Berat bahu memikul berat lagi amanah yang dipikul, usaha ini perlu
berterusan dilakukan demi melihat anak bangsa dalam ketamadunan dan kecemerlangan
bukan sahaja bidang akademik malah juga bidang ko-kurikulum.
Masih ramai murid yang belum berkeyakinan diri apabila berhadapan dengan situasi yang
tertentu, justeru itu melalui aktiviti yang diadakan ini diharapkan sedikit sebanyak ia dapat
melahirkan murid yang lebih komited dalam melaksanakan sesuatu aktiviti ko-kurikulum.
Usaha ini juga untuk memupuk minat murid terhadap kegiatan kokurikulum dan merasakan
kegiatan kokurikulum ini sesuatu yang menyeronokkan.