Download - Program Bengkel Big Sem 8 2012 Kertas Kerja
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN, MENGKUANG ,
14000 BUKIT MERTAJAM.
KERTAS KERJAPROGRAM BINA INSAN GURU VI PGSR AMBILAN NOVEMBER 2008
KOHOT 1( Bengkel Guru Inovatif )
TEMPAT :DEWAN HJH ROHANI
IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN
TARIKH :1O JULAI 2012
( SELASA )
ANJURAN :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DANIPG, KAMPUS TUANKU BAINUN
14000 MENGKUANG,BUKIT MERTAJAM ,
1.0 TUJUAN
Kursus ini bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai
kemantapan akhlak , nilai-nilai kerohanian dan keguruan , daya ketahanan diri
yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara ,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru .
Pembinaan insan guru merupakan usaha yang berterusan berasaskan
kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah
pembina generasi negara
2.0 LATAR BELAKANG
Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program
Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Pelaksanaan BIG adalah
berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan
insan guru adalah pembina generasi , pembentuk jati diri dan role model
kepada masyarakat . Oleh itu , guru harus mampu menyesuaikan diri dalam
semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi . Program ini
direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang
enam semester tempoh pengajian . Melalui aktiviti yang dirancang , pelajar
dapat mengenal diri yang sebenar (real-self) dan mampu mengaplikasi
pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri
sebagai insan guru secara berterusan.
Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan
sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia menangani
pelbagai cabaran pendidikan arus globalisasi . Resolusi Konvensyen
Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan , “...... pendidikan guru
hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk
melahir , membina , membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti
iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh
penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara.
3. ASAS PERTIMBANGAN
Kertas kerja ini dikemukakan kepada pihak pengurusan dan
pentadbiran Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun bagi
mendapatkan kebenaran dan kelulusan untuk mengadakan Program Bengkel
Bina Insan Guru (BIG).
4. STRATEGI PELAKSANAAN.
4.1 Nama Program
Program Bina Insan Guru Komponen Bengkel Guru Inovatif
4.2 Objektif :
Pengisian kurikulum BIG semester 8 ialah Bengkel Guru Inovatif yang
bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri
insan guru yang unggul dengan bersedia membantu dan mencurahkan
khidmat dan bakti kepada masyarakat . Fokus utama bengkel ini
adalah untuk memberi peluang kepada pelajar :
Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis
masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu
dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif
untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan .
Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan
kepada komuniti.
Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan
persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran
berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.
Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan
akhlak keguruan.
Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan
mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.
Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani
dan sosial. Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.
4.3 Peserta ( Rujuk Lampiran )
Peserta program ini terdiri daripada pelajar program
Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah ( PGSR ) ambilan Nov.2008.
Kelas yang terlibat ialah:
a) Pengajian Sosial
b) Pengajian Matematik
c) Pengajian Pemulihan
d) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
4.4 Tarikh Program
Program ini akan diadakan pada hari Selasa bertarikh 10 Julai 2012
bermula jam 8.00 pagi.
4.5. Tempat Program
Pihak penganjur merancang untuk mengadakan program ini di Dewan
Hajjah Rohani, Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
4.6 Tentatif Program
(Rujuk Lampiran 1 )
4.7 Jawatankuasa Program
( Rujuk Lampiran 2 )
5. IMPLIKASI
6. PENUTUP
Program bina insan guru ini merupakan salah satu komponen
latihan yang sangat penting. Ianya perlu didedahkan kepada
semua insan yang bergelar guru. Diharapkan program sebegini
mampu memberikan ketahanan fizikal dan mental serta jati diri
guru pelatih dalam usaha melahirkan para pendidik yang
berkualiti dan mampu memberikan sumbangan yang besar
kepada sistem pendidikan negara .
7. Berdasarkan kertas kerja yang dibentangkan di atas maka kami
kumpulan PGSR ambilan November 2008 memohon
pertimbangan dan kelulusan pihak pengurusan Institut untuk
melaksanakan program ini.
SEKIAN.
DISEDIAKAN OLEH
....................................
NORAZURA BINTI ABDUL HAMID
SETIAUSAHA BINA INSAN GURU VI
PERKARA KOS JUMLAH SUMBER
MAKANAN RM 5 X 105 PELATIH RM525.00 IPG/LDP
CENDERAMATA RM 20 X 5 RM100.00 PELATIH
JUMLAH BESAR RM 625.00
MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA
KURSUS BINA INSAN GURU FASA VI
PGSR AMBILAN NOVEMBER 2008 KOHOT 1
BENGKEL GURU INOVATIF
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TUANKU BAINUN,
14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
Tarikh : 07 Jun 2012
Hari : Khamis
Masa : 5.30 pm- 07.00pm
Tempat : Bilik Kuliah Kokurikulum (atas kantin)
Kehadiran : 1) 19 orang (AJK Induk dan Semua Ketua AJK )
2) Puan Hajjah Rohaya Bt Ahmad (Pensyarah)
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi memberi salam serta mengucapkan terima kasih dan mengalu
– alukan kedatangan Puan Hajjah Rohaya serta semua ketua ajk.
1.2 Pengerusi menerangkan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk
menetapkan tarikh, masa, hari dan tempat BIG VI ini hendak
dilaksanakan. Ia perlulah boleh melibatkan keempat-empat kursus PGSR
ini.
1.3 Pengerusi mencadangkan tarikh yang bersesuaian adalah pada 4 Julai
2012, jam 8.00 pagi, bersamaan hari Rabu di Dewan Aminuddin Baki
untuk jamuan tengahari dan Dewan Hajjah Rohani untuk bengkel dan
ceramah diadakan.
1.4 Kesemua ajk yang hadir telah bersetuju sebulat suara.
1.5 Pengerusi memperkenalkan barisan ajk induk dan ketua ajk setiap biro
kepada Puan Rohaya. Pengerusi seterusnya mempersilakan Puan
Rohaya untuk meneruskan mesyuarat.
2. Ucapan Pensyarah
2.1 Puan Rohaya memberi salam dan mengucapkan tahniah di atas
perlantikan semua ajk.
2.2 Beliau telah mengutarakan beberapa cadangan kepada semua ajk
terlibat antaranya ialah :
2.2.1 AJK Cenderahati diminta menyediakan cenderahati untuk
penceramah dan perasmi BIG VI ini.
2.2.2 AJK Sijil diminta menyediakan sjil penyertaan kepada semua
peserta serta sijil penghargaan kepada penceramah.
2.2.3 AJK Pendaftaran diminta memohon fail, kertas A4 dan pen dari
LDP.
2.2.4 AJK Persiapan Tempat diminta menempah Dewan Aminuddin
Baki untuk jamuan tengaharidan Dewan Hajjah Rohani untuk
ceramah dan bengkel.
2.2.5 Penceramah akan diuruskan oleh Encik Fadil (PGSR MT)
dengan kerjasama Puan Rohaya .
2.2.6 AJK Sambutan diminta menyediakan kad jemputan VIP dan
VVIP. AJK Sambutan adalah terdiri dari keempat-empat ketua kelas
dengan disertai oleh 6 orang pelajar PISMP sebagai pembawa
bunga manggar.
2.2.7 Bagi sumber kewangan pula, RM20 akan dibayar oleh para
peserta dan RM5 akan diperolehi dari IPGKTB.
3. Hal – hal lain
3.1 Pengerusi mengingatkan agar semua ketua ajk setiap biro yang dilantik
dapat memberikan kerjasama yang baik dan juga menjalankan tugas yang
telah diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab.
3.2 Puan Rohaya menyatakan bahawa mesyuarat kali kedua akan diadakan
pada 19 Jun 2012.
3.3 Puan Rohaya meminta agar setiausaha mencatatkan nama semua ajk
berserta nombor fax sekolah masing-masing untuk urusan penghantaran
surat panggilan mesyuarat kali kedua nanti.
3.4 Pengerusi meminta semua ketua ajk setiap biro yang dilantik dapat
memainkan peranan serta memantau semua perkembangan kerja yang
akan dilaksanakan.
3.5 Pengerusi juga amat berharap agar semua ajk dapat menghadirkan diri
pada mesyuarat kali kedua nanti.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 7.00 petang.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
………………………………… ………………………………
(NOR AZURA BT ABDUL HAMID) (SHAZLI B TALIB)
Setiausaha Pengerusi
Program Bina Insan Guru Fasa VI Program Bina Insan Guru Fasa VI
MINIT MESYUARAT KALI KEDUA
KURSUS BINA INSAN GURU FASA VI
PGSR AMBILAN NOVEMBER 2008 KOHOT 1
BENGKEL GURU INOVATIF
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TUANKU BAINUN,
14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
Tarikh : 19 Jun 2012
Hari : Selasa
Masa : 9.00 am- 12.30 pm
Tempat : Bilik Kuliah Kokurikulum (atas kantin)
Kehadiran : 1) 19 orang (AJK Induk dan Semua Ketua AJK )
2) Encik Teh (Pensyarah)
1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi memberi salam serta mengucapkan terima kasih dan mengalu
– alukan kedatangan Encik Teh serta semua ketua ajk.
2. Pengesahan minit mesyuarat lalu
2.1 Minit mesyuarat disahkan oleh Puan Maheran Bt Aris dan disokong
oleh Puan Suraya Bt Mansor.
3. Ucapan Pensyarah
3.1 Encik Teh meminta supaya ketua ajk membentangkan perkembangan
terkini tugasan biro masing-masing.
3.2 Berikut ialah laporan daripada setiap biro yang berkenaan :
3.2.1 Laporan Bendahari - semua kutipan berjalan lancar dan jumlah di
tangan ialah RM1640.
3.2.2 Laporan Persiapan Tempat – Dewan Aminuddin Baki akan
digunakan pada 4 Julai 2012 bagi tujuan peperiksaan ulangan
pelajar PPG. Setelah berbincang , persetujuan dicapai iaitu tarikh
BIG VI akan ditunda pada 10 Julai 2012 bersamaan dengan hari
Selasa.
3.2.3 Laporan Makanan – Pengesahan kehadiran kesemua
pensyarah dan VIP yang di jemput dilakukan untuk mengelakkan
pembaziran makanan berlaku dan juga untuk memastikan makanan
yang dipesan adalah dalam kuantiti yang mencukupi. Pesanan
makanan untuk jamuan tengahari telah dibuat pada pihak Barakah
Catering.
3.2.4 Laporan Sijil – Tidak dapat disediakan memandangkan para
pelajar PGSR masih belum menamatkan pengajian.
3.2.5 Laporan Buku Program – Telah siap dan diberikan pada Encik
Teh untuk semakan. Hasilnya, terdapat beberapa
pembetulan.Pembetulan segera telah pun dilakukan oleh Encik
Rosidi selaku ketua buku program.
3.2.6 Laporan Sambutan – Dalam perancangan akan menjemput
Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan (20 orang), Tutor (4 orang),
Gerko (13 orang), Pemegang Bunga Manggar (6 orang).
3.2.7 Laporan Siaraya – Slide show dari BIG I hingga BIG VI akan dipaparkan
sambil diiringi dengan alunan muzik sentimental.Dua buah lagu telah
disediakan iaitu lagu Negaraku dan lagu Negeri Pulau Pinang.
3.2.8 Laporan Cenderahati – Penceramah dan perasmi akan diberi
penghargaan sebakul buah-buahan tempatan sebagai tanda terima kasih dari
semua pelajar PGSR yang terlibat.
3.2.9 Secara keseluruhannya, semua ketua ajk berpuashati dengan kerjasama
yang diberikan oleh kesemua ajk masing-masing bagi memastikan
kelancaran program BIG VI ini.
4.0 Hal-hal lain
4.1 Pengerusi amat mengharapkan kelancaran perjalanan program BIG VI ini akan
terlaksana dan menjadi kenyataan.
4.2 Encik Teh mengingatkan bahawa kerjasama antara semua ajk yang dilantik adalah
amat penting demi memastikan kelicinan perjalanan program BIG VI ini nanti.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
………………………………… ………………………………
(NOR AZURA BT ABDUL HAMID) (SHAZLI B TALIB)
Setiausaha Pengerusi
Program Bina Insan Guru Fasa VI Program Bina Insan Guru Fasa VI
Laporan Jawatankuasa Cenderahati BIG VI 2012
Setelah menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Bina Insan Guru (BIG)
Fasa VI yang diadakan pada 7 Jun 2012 dan 19 Jun 2012, telah diputuskan
bahawa cenderahati akan diberikan kepada perasmi sempena Majlis
Penutupan BIG Fasa VI serta penceramah jemputan bagi bengkel yang
akan diadakan nanti.
Pada 10 Julai 2012, hari Selasa, pendaftaran peserta bermula
seawal jam 8:00 pagi. Aturcara program adalah seperti yang dirancang.
Alhamdulillah, selesai majlis perasmian, cenderahati disampaikan kepada
En. Azmi bin Abdul Hamid selaku penceramah pada bengkel yang telah
diadakan dan juga kepada Dr.Abdul Razak bin Othman selaku perasmi
pada majlis tersebut.
Dikesempatan ini, saya selaku ketua yang dilantik untuk
Jawatankuasa Cenderahati ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan
Aieda binti Ledi yang memberi kerjasama sehingga terlaksananya tugas
ini dan juga kepada rakan-rakan lain yang turut sama menyumbang idea
dan tenaga.
Sebarang ketidakpuasan pada mana-mana pihak, saya mohon maaf.
Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan
diri saya sendiri.
Disediakan oleh,
………………………….
(SURAYA BT MANSOR)
Ketua Jawatankuasa Cenderahati
Laporan Jawatankuasa Makanan BIG VI 2012
Ajk makanan telah menempah makanan untuk minum pagi untuk 110 orang
termasuk pensyarah dan makan tengah hari untuk 150 orang termasuk semua ketua
jabatan , tutor keempat-empat bidang pengajian dan pembawa bunga manggar.
Perbelanjaan untuk minum pagi berjumlah RM330.00 dibayar dengan LO iaitu RM
3.00 x 110 orang. Menu yang disediakan ialah mihun goreng, kuih dua ketul dan teh
o panas. Makanan ditempah daripada pengusaha kantin IPGKTB.
Perbelanjaan untuk makan tengah hari berjumlah RM1785.00 untuk 150 orang .
Makanan ditempah daripada Barakah Catering, Sungai Petani. Perbelanjaan
meliputi bidang berikut:
i) Makanan RM7.5 x 150 = RM1125.00
ii) Meja VIP RM 120.00 x 4 buah = RM 480.00
iii) Meja biasa RM 12.00 x 15 buah = RM 180.00
Jumlah perbelanjaan RM1785.00
Kesimpulannya, saya bersyukur kerana perjalanan tempahan berjalan lancar
walaupun ada kekalutan pada waktu akhir untuk menyiapkan LO kerana kelewatan
kertas kerja. Alhamdulillah semua makanan mencukupi dan majlis berjalan lancar.
Disediakan oleh,
…………………………………
( PN MAHERAN BINTI ARIS )
Ketua Jawatankuasa Makanan
Laporan Jawatankuasa Buku Program BIG VI 2012
Pengenalan
Pelajar-pelajar PGSR (KDC) Ambilan November 2008, Kohot 1 telah menghadiri
satu kursus wajib Bina Insan Guru ( BIG ) yang telah diadakan pada 10.07.2012 di
Dewan Hajjah Rohani. Satu jawatankuasa telah dibentuk dan telah bermesyuarat
pada kali pertama iaitu pada 07.06.2012 bertempat di kafeteria IPGKTB. Mesyuarat
bertujuan untuk mencari kata sepakat untuk merangka kertas kerja bagi pelajar-
pelajar menghadiri BIG terakhir untuk semester kali ini.
Ini juga merupakan satu strategi pembelajaran secara kolaborasi antara pihak
IPGKTB dengan pelajar PGSR ( KDC ) Ambilan November 2008 untuk melahirkan
pelajar yang lebih berkemahiran dan berketrampilan untuk menganjur sesuatu
program di sekolah mereka kelak.
Rasional
Bengkel ini akan mendedahkan kemahiran dan pengetahuan yang luas dan
mendalam kepada semua yang terlibat dalam usaha meningkatkan keyakinan diri
serta melahirkan ketrampilan diri yang terbaik. Bengkel ini adalah satu langkah yang
positif untuk menyempurnakan keperluan segera bagi menyediakan langkah yang
positif untuk bakal guru-guru siswazah yang serba boleh untuk menghadapi cabaran
dalam kehidupan tambahan lagi mereka akan setiasa berdampingan dengan
ibubapa serta murid-murid di sekolah.
Objektif
Harapan kepada pelatih-pelatih atau semua peserta akan dapat mencapai beberapa
objektif seperti berikut:
1. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan
situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan
masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan
penambahbaikan secara berterusan.
2. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada
komuniti.
3. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran
yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam
kepelbagaian budaya.
4. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika, dan akhlak
keguruan.
5. Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil
peranan secara aktif dalam kumpulan.
6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal,mental,emosi,rohani dan
sosial. Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.
Jawatankuasa Buku Program telah bermesyuarat dengan jawatankuasa induk
pada 7.6.2012. Satu ketetapan telah dibuat untuk mengadakan bengkel ceramah
dan satu lawatan penanda aras yang mesti diadakan oleh semua pelajar-pelajar
yang mengikuti Program PGSR di Kampus Tuanku Bainun. Bertolak daripada itu
jawatankuasa buku program yang diketui oleh Encik Rosidi b Mohd Isa telah
mengadakan taklimat ringkas dengan ahli-ahli jawatankuasa di bawahnya. Seramai
tiga orang pelajar telah dilantik untuk menganggotai jawatankuasa buku program.
Mereka ialah Puan Khairiyah bt Mohd Akhir, Puan Nor Saitun bt Ibrahim dan Puan
Zety Akhzam bt Zahari. Kami telah ditugaskan untuk merangka buku program yang
berkaitan dengan bengkel ceramah yang akan diadakan di Dewan Hajjah Rohani.
Rata-rata semuanya telah memberikan kerjasama dengan baik. Jawatan kuasa ini
telah berjaya menyiapkan satu buku program dan mencapai matlamatnya. Usaha ini
adalah ada kerjasama antara pelajar-pelajar dengan bantuan pensyarah
pembimbing yang sentiasa memberi nasihat dan komen-komen yang membina
dalam menyiapkan buku program tersebut.
Disediakan oleh,
........................................................
( ROSIDI BIN MOHD ISA)
Ketua Jawatankuasa Buku Program
Laporan Pengacara BIG VI 2012
Program kali ini djalankan dalam dua sesi .
Sesi pertama: Ceramah
Ceramah bertajuk guru inovatif telah disempurnakan oleh En. Azmi b. Abdul Hamid
dari Jabatan Ilmu Pendidikan. Untuk sesi ini skrip tidak disediakan. Saya hanya
menjalankannya secara spontan berdasarkan pengalaman. Ini kerana pada
peringkat ini tiada ketentuan yang jelas bagaimana corak perjalanan program
ini.Jadi, banyak yang dikendalikan oleh penceramah itu sendiri.
Walaubagaimanapun majlis untuk sesi ini berjalan lancer dan penuh muhibah.
Sesi kedua : Jamuan Akhir Program BIG
Majlis penutup kali ini dikendalikan secara bersama dengan Pn. Rodziah Teh dari
kumpulan pengajian Pemulihan. Skrip disediakan awal oleh saya bagi mengelakkan
berlaku kecelaruan dalam menguruskan perjalanan majlis selari dengan aturcara
yang telah disusun dalam buku program. Terdapat sedikit pengubahsuaian dalam
skrip. Skrip hanya panduan. Walaubagaimanapun 90% daripada skrip itu diikuti.
Irama dalam pengacaraan perlu dipelbagaikan .Oleh itu, saya ingin merakamkan
ribuan terima kasih kepada Puan Rodziah Teh kerana secara sukarela sudi
menemani saya dalam mengacara program penutupan ini.Terima kasih juga kepada
semua pihak yang bekerjasama dalam menjayakan program kali ini.
Sekian .
Disediakan oleh ,
………………………………
( ZAMRI BIN NAYAN )
Ketua Pengacara
Laporan Jawatankuasa Bacaan Doa BIG VI 2012
Saya telah berjaya melaksanakan tugasan seperti yang telah ditetapkan.
Petikan bacaan doa:Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan
kesyukurandan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak
ternilai. ياعظيم حكيم يا اللهم
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan
kesungguhan, komitmen dan iltizam kami dengan roh dan
semangat untuk membangun membina serta mendidik dan
memartabatkan anak bangsa supaya berbudi danberjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Justeru itu berkatilah pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha
kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang
bernas, pandangan-pandangan yang jelas dan keputusankeputusan
yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmuyang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah
hati-hatikami, eratkanlah silatur rahim di kalangan kami.
Padukanlah tenaga
dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara
bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.
عليم يا اللهم ياخبيرJadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba
Mu yangtaat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari
melanggari perintahMu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami
kesihatan yangberpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran
yang waras,minda yang cergas, rezeki yang halal,
zuriat dan generasi yang beriman serta segalakebaikan di dunia dan di akhirat.
Disediakan oleh ,
………………………
( MOHAMAD BAHIR B MAGHRIBI )
Ketua Bacaan Doa
Laporan Jawatankuasa Persiapan Tempat BIG VI 2012
Dalam mesyuarat Jawatankuasa Persediaan Tempat program penutupan BIG
2012, Jawatankuasa Persediaan Tempat yang dipengerusikan oleh Encik
Zanilnazhar bin Ahmad Raffie telah mengambil keputusan untuk menggunakan dua
buah dewan bagi tujuan Seminar dan Makan tengahari untuk para peserta seramai
lebih kurang 150 termasuklah tetamu kehormat iaitu Pengarah IPG Tuanku Bainun
sendiri dan para pensyarah.
Dewan LDP akan digunakan sebagai dewan Seminar dan Ceramah BIG yang
akan bermula jam 8.30 pagi, manakala Dewan Aminuddin Baki akan digunakan
sebagai Majlis Perasmian penutup dan makan beradab untuk semua peserta PGSR
dan tetamu jemputan.
Borang tempahan telah diisi dan dihantar bersama dengan kertas kerja ke jabatan
LDP IPG Tuanku Bainun untuk tempahan Dewan Hjh Rohani dan Jabatan R and I
untuk Dewan Aminuddin Baki.Permohonan menggunakan Dewan untuk program
BIG VI telah di luluskan dan digunakan pada hari Selasa 10 Julai 2012 jam 8.00
pagi ( Dewan Hjh Rohani ) hingga 1.30 tengahari ( Dewan Aminuddin Baki ).
AJK Persiapan Tempat juga bekerjasama dengan AJK Siaraya dan AJK Makanan
untuk menyediakan kemudahan kerusi dan alatan media untuk tayangan slaid dan
lagu selingan.
Perjalanan Majlis Seminar dan Majlis Penutupan BIG kumpulan PGSR berjalan
dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul.
Sekian , Terima Kasih.
Disediakan oleh ,
…………………….
(ZANILNAZHAR B AHMAD RAFFIE)
Ketua Jawatankuasa Persiapan Tempat
Laporan Jawatankuasa Persembahan BIG VI 2012
Kumpulan PGSR Ambilan November 2008 yang terdiri daripada Kursus
Pendidikan Jasmani, Kursus Matematik, Kursus Kajian Sosial dan Kursus Pemulihan
telah melaksanakan Majlis Penutupan Program Bina Insan Guru VI di Dewan
Aminudin Baki pada 10 Julai 2012.
Antara acara yang dijalankan pada majlis tersebut ialah acara persembahan.
Acara persembahan tersebut dimulakan setelah daif – daif kehormat mengambil
tempat. Pembuka tirai persembahan ialah dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku
dan Negeri Pulau Pinang.
Seterusnya , alunan muzik instrumental diperdengarkan buat santapan halwa
telinga para hadirin serta tetamu kehormat ketika menjamu selera. Acara akhir slot
persembahan ialah tayangan slide .Tayangan slide tersebut mempamerkan aktiviti-
aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program BIG iaitu dari BIG Fasa 1 hingga
BIG Fasa 6. Tayangan tersebut melibatkan semua kumpulan kursus PGSR. Tujuan
tayangan slide adalah untuk mengembalikan nostalgia para peserta terhadap
program BIG.
Disediakan oleh ,
……………………..
( NOOR ADLINA BT AWALLUDIN )
Ketua Jawatankuasa Persembahan
Laporan Bendahari BIG VI 2012
PERBELANJAAN PROGRAM BIG VI
TEMPAT : IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN
TARIKH : 10 JULAI 2012
PENDAPATAN RM
Kumpulan Pengajian Sosial 26 orang X RM 20.00
Kumpulan Pengajian Pemulihan 26 orang X RM 20.00
Kumpulan Pengajian Matematik 30 orang X RM 20.00
Kumpulan Pengajian Pendidikan Jasmani 23 X RM 20.00
RM 520.00
RM 520.00
RM 600.00
RM 460.00
----------------
JUMLAH PENDAPATAN
TOLAK : PERBELANJAAN
Makanan
Cederahati
Fotostat
Runcit
JUMLAH PERBELANJAAN
RM 2100.00
RM 1785.00
RM 100.00
RM 60.00
RM 155.00
------------------
RM 2100.00
Disediakan oleh : Disemak oleh :
………………………………….…………………………………….
( MOHAMAD YANI B HUSSAIN ) ( SHAZLI B TALIB )Bendahari BIG Fasa VI Pengerusi BIG Fasa VI
Laporan Jawatankuasa Pendaftaran BIG VI 2012
Ahli jawatankuasa telah berbincang dan menyetujui saranan AJK induk supaya
menyediakan fail, pen, kertas A4 dan menyertakan buku program bagi BIG VI
dan diedarkan semasa pendaftaran. Borang pendaftaran juga telah disediakan
setiap satu untuk setiap kumpulan pengajian bagi melancarkan lagi
pendaftaran dan pengedaran fail - fail kepada peserta program.
Walaupun terdapat beberapa kekangan pada awalnya iaitu untuk memperolehi
fail, pen dan sebagainya tetapi dengan bantuan beberapa orang pensyarah di
Unit LDP dan Pn. Rohaya masalah ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin.
Urusan pendaftaran telah berjalan dengan lancar. Kehadiran para peserta
adalah penuh. Semua peserta telah hadir dan menjayakan program BIG VI
berserta majlis penutupan BIG bagi peserta - peserta kursus PGSR Kohort 1
secara rasminya. Salinan pendaftaran peserta disertakan untuk rujukan.
Disediakan oleh ,
…………………………………………….
(PREMALATHA A/P JOTHINATHAN)
Ketua Jawatankuasa Pendaftaran
Laporan Jawatankuasa Kebersihan BIG VI 2012
Bengkel dan ceramah BIG VI akan bermula pada pukul 8.00 pagi di Dewan
Hajjah Rohani . Ajk Kebersihan telah memastikan dewan dalam keadaan
yang bersih dan kemas sebelum bermulanya sesi bengkel dan ceramah..
Kami mendapat kerjasama yang erat daripada ajk-ajk lain . Kami cuba
sedaya upaya untuk memastikan keadaan dewan bersih dan teratur.
Begitu juga keadaan kafeteria yang digunakan untuk jamuan pada pukul
10.00 pagi untuk majlis minuman pagi. Segala bungkusan kuih-muih,
cawan dan polisterin bihun dikumpulkan. Sisa-siasa makanan dan sampah
dimasukkan ke dalam bungkusan plastik dan dikumpulkan berhampiran
tong sampah.
Dewan Aminuddin Baki digunakan untuk Jamuan dan Majlis Penutupan BIG
pada pukul 12.00 tengahari. Sebelum majlis terlebih dahulu ajk
kebersihan memastikan keadaan bersih dan kemas. Terima kasih juga
kepada pihak katering dan ajk persiapan tempat yang telah sama-sama
memastikan keadaan dewan dalam suasana bersih dan teratur sebelum
majlis bermula.
Pihak katering telah mengambil inisiatif menyediakan bekas untuk sisa-
sisa makanan. Setelah majlis selesai pada pukul 1.30 petang, pihak
katering telah mengemas meja dan tempat hidang. Kami ajk kebersihan
hanya perlu membantu dan bekerjasama agar keadaan dewan kembali
seperti sedia kala.
Disediakan oleh ,
………………………
( JAMIL B SAID @ SHUIB )
Keua Jawatankuasa Kebersihan
Laporan Jawatankuasa Sijil BIG VI 2012
Mesyuarat AJK BIG kali pertama 7hb. Jun 2012
Dalam mesyuarat pertama Jawatan kuasa telah memutuskan untuk mengeluarkan
sijil penyertaan BIG kepada semua peserta iaitu seramai 105 orang dan satu sijil
penghargaan untuk penceramah. Walau bagaimana pun pensyarah penasihat iaitu
Pn. Rohaya menyatakan sebelum ini Pihak Institut belum pernah mengeluarkan sijil
BIG untuk peserta-peserta. Walau bagaimanapun cadangan untuk mengeluarkan
sijil untuk peserta-peserta BIG akan cuba diusahakan. Dengan itu, ajk sijil diminta
untuk berhubung dengan pihak LDP untuk memohon sijil kosong.
Mesyuarat AJK BIG kali kedua 19hb. Jun 2012
Dalam mesyuarat kedua, Pensyarah penasihat BIG iaitu En. Teh memaklumkan
bahawa sijil untuk peserta-peserta BIG tidak dapat dikeluarkan kerana pengajian
PGSR belum tamat. Lagipun keputusan lulus/gagal BIG telah dimasukkan dalam slip
peperiksaan. Oleh yang demikian jawatan kuasa memutuskan bahawa sijil
penyertaan untuk para peserta BIG tidak akan dikeluarkan. Manakala sijil untuk
penceramah pula akan diuruskan oleh penasihat setelah selesai beberapa siri
ceramah oleh penceramah yang sama.
Disediakan oleh ,
...............................
( RODZIAH BT TEH )
Ketua Jawatankuasa Sijil
Laporan Jawatankuasa Sambutan BIG VI 2012
Laporan sebelum BIG
Pada semester kali ini iaitu semester lapan, kami telah diwajibkan
menjalankan program BIG iaitu bengkel dan ceramah mengenai guru inovatif.
Sebelum itu, kami dari PGSR Kohot 1 telah beberapa kali bermesyuarat untuk
menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini.
Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah
pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah
perbincangan dibuat, dan mendapat nasihat daripada Puan Rohaya kami telah
bersetuju untuk mengadakan Program Ceramah pada sebelah pagi dan Majlis
Penutupan BIG serta jamuan di Dewan Aminuddin Baki pada sebelah petang.
Tarikh yang telah ditetapkan ialah pada 10 Julai 2012 (Selasa).
Semua ketua unit PGSR telah dilantik sebagai jawatankuasa penyambut
tetamu iaitu seperti berikut:
En. Jamal bin Hashim (PGSR Pemulihan)
En. Abdul Samad bin Fadzil (PGSR Kajian Sosial)
En. Anuar bin Ahmad (PGSR Pendidikan Jasmani)
En. Fadil bin Osman (PGSR Matematik)
Tugas pertama kami ialah membuat kad jemputan kepada semua tetamu
VVIP dan VIP. Tugas ini telah diserahkan kepada En Abdul Samad untuk
menjalankannya.
Laporan semasa BIG
Kami telah berkumpul di Dewan Hajjah Rohani seawal jam 8.00 pagi
lagi.Fasa pertama ialah ceramah dan bengkel mengenai Guru Inovatif yang
disampaikan oleh Encik Azmi.
Pada ketika itu juga kami perlu memastikan tetamu-tetamu jemputan yang
dapat hadir ke majlis jamuan penutupan BIG nanti.Kami dimaklumkan
ramai pensyarah termasuk timbalan pengarah dan pengarah berada di luar
institut untuk urusan rasmi. Kerana itu pihak institut telah melantik Dr Haji
Abdul Razak bin Othman.
Kami sebagai ahli jawatankuasa jemputan telah pergi menjemput Dr Haji
Abdul Razak di Foyer IPGM Kampus Tuanku Bainun tepat jam 12.30
tengah hari dengan diiringi bunga manggar ke Dewan Besar Aminuddin
Baki.Di samping itu kami memastikan semua pensyarah jemputan
mendapat tempat duduk di meja VIP..
Laporan selepas BIG
Setelah tamat majlis ucapan penutupan rasmi dan penyampaian cenderahati kami
semua jawatan kuasa penyambut tetamu mengiringi Dr Haji Abdul Razak dan
tetamu kehormat yang lain keluar dari dewan.
Akhir sekali kami sebagai ketua unit kelas-kelas PGSR mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dan
bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini.
Disediakan oleh :
…………………………..
( JAMAL B HASHIM )
Ketua Jawatankuasa Sambutan
Laporan Jawatankuasa Siaraya BIG VI 2012
Secara keseluruhannya, peralatan siaraya (P.A Sistem) dapat disediakan dengan
lengkap dan mencukupi serta berfungsi dengan baik di Dewan Hjh. Rohani semasa
sessi seminar dijalankan. Begitu juga di Dewan Besar semasa majlis jamuan
tengahari. Tidak ada sebarang masalah dan kesulitan yang timbul semasa program
berjalan.
Ucapan terima kasih kepada barisan AJK Siaraya kerana telah memberi kerjasama
dan komitmen yang sangat baik. Terima kasih juga diucapkan kepada juruteknik
IPTB yang telah menyediakan peralatan P.A Sistem sepanjang program ini berjalan.
Sekian , Terima Kasih.
Disediakan oleh ,
…………………………….
( KAMAL B LAT )
Ketua Jawatankuasa Siaraya
Laporan Jawatankuasa Dokumentasi BIG VI 2012
Semua peserta mendaftarkan diri di Dewan Hajjah Rohani bermula pada
pukul 8.00 pagi sehingga 8.30 pagi. Program berjalan lancar seperti yang dirancang.
Pensyarah yang hadir pada sesi ceramah yang bermula pada pukul 8.30 pagi
tersebut ialah Pn Hajjah Rohaya bt Ahmad, Encik Teh,dan Encik Azmi b Abdul
Hamid.
Penceramah jemputan pada hari tersebut ialah En. Azmi b Abdul Hamid.
Untuk slot pertama ceramah , penceramah jemputan membuat aktiviti dalam
kumpulan yang terdiri daripada 6 kumpulan yang telah diberntuk dalam tempoh
masa satu minit. Penceramah telah mengutarakan soalan yang harus dibentang, di
mana setiap kumpulan perlu membentangkan refleksi yang lalu sepanjang menjalani
lima program BIG. Setiap ahli kumpulan perlu berbincang tentang kekuatan,
kelemahan dan plan tindakan yang diambil untuk penambahbaikan lagi.
Semua peserta berhenti untuk sarapan pagi pada pukul 10.25 pagi dan
ceramah untuk slot kedua disambung semula pada pukul 10.45 pagi. Untuk slot
kedua ini, penceramah telah membentangkan tajuk ceramah yang bertajuk ‘Guru
Cemerlang’. Di dalam sesi ceramah ini banyak input-input menarik yang telah
disenarai. Penceramah meminta para peserta membuat ‘check list’ tentang
kedudukan diri sama ada seorang guru yang cemerlang atau sebaliknya.
Di akhir majlis diadakan acara penyampaian cenderahati untuk penceramah
jemputan iaitu Encik Azmi b Abdul Hamid. Pihak urusetia BIG VI mengucapkan
ribuan terima kasih kepada penceramah kerana sudi berkongsi tip-tip yang menarik
sepanjang sesi ceramah berlangsung.
Foto-foto sekitar majlis BIG VI berlangsung
Peserta mengambil tempat Urusetia pendaftaran
Pn Rohaya sedang memperkenalkan tuan penceramah
Barisan pensyarah yang hadir dan tuan penceramah
Kumpulan yang telah dibentuk Ahli kumpulan terdiri daripada pelbagai unit
Wakil kumpulan 2 membuat pembentangan
Wakil kumpulan 1 membuat pembentangan
Disediakan oleh ,
…………………………….
Cenderahati kepada wakil tuan pengarah iaitu En Abdul Razak b Othman
Cenderahati kepada penceramah iaitu Encik Azmi b Abdul Hamid
Wakil kumpulan 3 membuat pembentangan
Wakil kumpulan 6 membuat pembentangan
Wakil kumpulan 4 membuat pembentangan
( SURIANI BT ABU HASSAN )
Ketua Jawatankuasa Dokumentasi
Laporan Setiausaha BIG VI 2012
Saya Nor Azura Bt Abdul Hamid dari PGSR PJ telah diamanahkan untuk
memegang jawatan sebagai setiausaha untuk program BIG Fasa VI yang diadakan
pada 10 Julai 2012 bertempat di Dewan Hajjah Rohani dan Dewan Aminuddin Baki
IPG Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Pada awalnya, saya berasa amat berat hati untuk memikul tanggungjawab ini
memandangkan ia merupakan satu jawatan yang memerlukan komitmen yang
tinggi. Namun , saya tetap menjalankan tanggungjawab saya dengan penuh azam
serta mendapat bantuan serta dorongan daripada rakan – rakan seperjuangan.
Sebagai persiapan untuk program ini, saya telah menghadapi sedikit
masalah tentang tarikh pelaksanaan. Pada mulanya, kami ingin menjalankan
program ini pada 4 Julai 2012 di Dewan Amnuddin Baki dan Dewan Hajjah Rohani .
Hal ini kerana masa tersebut adalah bersesuaian dan dapat melibatkan keempat –
empat kursus PGSR iaitu pendidikan jasmani, matematik, sosial dan pemulihan .
Namun begitu, peperiksaan ulangan untuk kursus PPG akan dilakukan pada hari
tersebut di Dewan Aminuddin Baki. Oleh sebab itu, kami terpaksa mengubah tarikh
tersebut kepada suatu tarikh yang lewat sedikit iaitu pada 10 Julai 2012 . Walau
bagaimanapun, saya berasa amat bersyukur kerana segala kesukaran yang dialami
sebelum terlaksananya program ini dapat diatasi dengan bantuan dan kerjasama
dari semua pihak.
Dalam menjalankan program ini, semua ahli jawatankuasa telah memberi
kerjasama yang sepenuhnya bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan
lancar dan sempurna. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih diucapkan kepada
pensyarah yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kertas kerja BIG VI ini
iaitu Puan Hajah Rohaya dan Encik Teh di atas segala bimbingan dan teguran yang
telah diberikan. Segala kerjasama dan sokongan antara semua ahli jawatankuasa
juga amat saya hargai dan di ucapkan jutaan terima kasih.
Akhir kata , saya amat berharap agar kemesraan dan persahabatan yang
terjalin antara para peserta dari keempat-empat kursus PGSR ini akan terus
berkekalan selamanya.
Sekian , Terima Kasih.
Yang Menjalankan Tugas,
( NOR AZURA BT ABDUL HAMID)
Setiausaha,
Kursus Bina Insan Guru Fasa VI