Download - Pn Norfaizah bt. Che Daud
-
7/23/2019 Pn Norfaizah bt. Che Daud
1/21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL
HEIGHTS
KAJIAN TINDAKAN PPDa 2015 NFCD, GBKSM SMKIH
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM
KALANGAN MURID TINGKATAN 1 & 2 SMK IDEAL HEIGHTS
Disediakan oleh:
Pn Norfaizah bt. Che Daud
Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa
SMK Ideal Heights
ABSTRAK
Pelajar sekolah menengah merupakan satu kumpulan remaja yang berada di tahap umur antara
13 hingga 19 tahun. Pada tahap umur ini, mereka biasanya akan melakukan apa sahaja dengan
tujuan untuk mencuba atau meneroka sesuatu yang baru. Contohnya merokok. Biasanya,
golongan ini sudah mula belajar merokok ketika di bangku sekolah rendah lagi. Terdapat banyak
faktor yang mendorong mereka cenderung untuk merokok. Sebenarnya, tembakau yang terdapat
dalam rokok itu merupakan sejenis dadah iaitu nikotin. Justeru itu, penghisap rokok dikenali juga
sebagai penagih nikotin. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti bahawa
dadah nikotin merupakan bahan utama dalam tembakau yang boleh menyebabkan ketagihan.
Dalam daun tembakau, terdapat satu hingga tiga peratus nikotin.
Dari sudut psikologi, masa remaja adalah peringkat usia yang amat kompleks di mana individu
baik lelaki atau perempuan mengalami pelbagai jenis masalah seperti perubahan fizikal,
perubahan pada emosi, perubahan pada kognitif, tanggapan terhadap diri sendiri (penghargaan
diri), mengalami krisis identiti, mengalami konflik autonomi dan ragu-ragu pada memulakan
perkara--perkara baru dalam hidup. Mungkin ada sesetengah pihak yang merasakan bahawa
merokok ini seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada perokok atau orang lain
memandangkan di mana sahaja kita boleh lihat individu yang merokok walaupun sudah jelas
terdapat papan tanda larangan merokok di kawasan tersebut. Jika dilihat dalam konteks pelajar,
perbuatan merokok ini banyak berkait rapat dengan disiplin, tingkah laku, kesihatan, dan
sebagainya. Memandangkan para remaja merupakan generasi pelapis yang akan menggantikan
tampuk pimpinan hari ini serta memakmurkan Negara, maka mereka perlulah menghindarkan
diri daripada perbuatan negatif bermula dari peringkat awal lagi.
-
7/23/2019 Pn Norfaizah bt. Che Daud
2/21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL
HEIGHTS
KAJIAN TINDAKAN PPDa 2015 NFCD, GBKSM SMKIH
BAB 1
1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Tidak dapat dinafikan bahawa merokok mengikut pendapat penghisapnya boleh memberi faedah
kepada mereka di mana ianya akan memberikan ketenangan kepada perokok dalam tempoh masa
tertentu. Selain itu, ia juga boleh menghilangkan rasa mengantuk dan penat baik menyenangkan
melakukan sesuatu kerja dan sebagainya. Terdapat juga kesan buruk yang diperoleh perokok
seperti ditimpa pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kanser paru-paru, barah, serta boleh
membazirkan wang ringgit. Sebenarnya perokok-perokok ini bukannya tidak mengetahui kesan
buruk yang akan dialami oleh mereka tetapi disebabkan ketagihan serta hanya melihat kepada
kebaikannya sahaja maka mereka tidak memikirkan langsung kesan buruk yang akan
membahayakan diri mereka serta orang lain.
Jika dilihat kepada kesan daripada tabiat merokok ini, ianya lebih banyak memberi
kemudharatan daripada kebaikan. Islam menyuruh umatnya meningggalkan perkara-perkara
yang membawa keburukan kepada diri sendiri dan orang lain. Selain daripada memberikan kesan
buruk kepada kesihatan, ia juga boleh meruntuhkan akhlak dan sikap seseorang terutama di
kalangan para muda mudi kerana pada usia beginilah mereka mudah terpengaruh dengan amalan
merokok. Contohnya, seorang remaja yang terlalu berkehendakkan rokok tetapi tidak di
perolehnya, maka dia sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk mendapatkan rokok
bagi memuaskan keinginan mereka. Perkara-perkara sebeginilah yang menyebabkan berlakunya
pelbagai kes-kes disiplin dan jenayah yang kini berada pada tahap yang membimbangkan sepertimencuri, memeras ugut, ponteng sekolah, melepak, menagih dadah dan sebagainya.
Para remaja dalam konteks pelajar sekolah lebih mudah melakukan perbuatan-perbuatan yang
salah dan melanggar etika dan peraturan. Hal ini kerana pada usia ini, mereka lebih suka untuk
melakukan apa sahaja kerana didorong oleh perasaan ingin tahu, bebas tanpa sebarang halangan
dan kongkongan daripada mana-mana pihak seperti ibu bapa dan pihak sekolah. Pada usia ini
juga, mereka mudah terpengaruh dengan amalan-amalan negatif yang tidak sepatutnya dilakukan
oleh golongan remaja kerana terikut-ikut dengan trend masa kini dan juga pengaruh rakan
sebaya. Seperti kebiasaan orang mengatakan Apa yang ditegah itulah yang suka dilakukan.Contohnya. Amalan merokok di kalangan remaja sekolah yang telah menjadi trend dan
kebiasaan di era globalisasi ini.
Pada masa kini, amalan merokok di kalangan pelajar sekolah begitu membimbangkan. Pada
bulan April 2003, Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Musa Mohammed telah melakukan
lawatan mengejut ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh. Dalam lawatan mengejut
-
7/23/2019 Pn Norfaizah bt. Che Daud
3/21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL
HEIGHTS
KAJIAN TINDAKAN PPDa 2015 NFCD, GBKSM SMKIH
tersebut, beliau telah mendapati banyak puntung rokok di bawah katil dan meja pelajar di asrama
pelajar sekolah tersebut. (Harian Metro, 29 Ogos 2003:16).
Tidak dinafikan telah banyak usaha yang dilakukan oleh pihak yang terbabit seperti pihak
sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) namun ianya masih tetap berlaku.Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah menjadikan bangunan dan kawasan
sekolah di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok.
Jika masalah ini tidak dibendung, kadar merokok di kalangan pelajar akan terus meningkat dari
setahun ke setahun. Jika dilihat kepada kesan merokok ini pula, ianya banyak memberi kesan
sama ada kepada diri dan keperibadian pelajar itu sendiri ataupun kepada orang lain. Contohnya,
penagihan dadah bermula dari merokok.
Oleh yang demikian , satu kajian tindakan telah dijalankan ke atas 20 orang murid tingkatan 1
dan 2 yang telah dikenalpasti dalam rekod disiplin terlibat dengan amalan rokok.
1.1 PERNYATAAN MASALAH
Masalah disiplin seperti ponteng, merosakkan harta benda sekolah, merokok dan sebagainya di
kalangan pelajar berada di tahap yang membimbangkan. Merokok misalnya, walaupun ianya
nampak kecil tetapi jika tidak dibendung akan memberi kesan negatif yang besar. Masalah
penagihan dadah adalah berpunca daripada kecenderungan merokok. Pada peringkat awal
mereka berjinak-jinak dengan menghisap rokok dan akhirnya mereka akan mudah terjebak
dengan masalah penagihan dadah. Menteri Kesihatan pernah menyatakan bahawa tabiat merokok
adalah satu punca yang menyebabkan penagihan dadah. Ini selaras dengan kajian yang telah
dilakukan oleh agensi Pasukan Petugas Anti-Dadah, yang mendapati lebih 90 peratus penagih
dadah yang menjalani pemulihan terdiri daripada perokok. Untuk membendung masalah ini, kita
perlu mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan para pelajar mudah terpengaruh dengan
budaya merokok ini yang boleh dikatakan menjadi trend masa kini.
-
7/23/2019 Pn Norfaizah bt. Che Daud
4/21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL
HEIGHTS
KAJIAN TINDAKAN PPDa 2015 NFCD, GBKSM SMKIH
1.2 PERSOALAN KAJIAN
Bagi menjalankan penyelidikan ini, perkara tersebut telah difokuskan kepada beberapa persoalan
penting berdasarkan objektif yang telah digariskan. Persoalan tersebut adalah :
1.5.1 Adakah faktor keluarga yang mendorong pelajar sekolah menengah merokok?.
1.5.2 Adakah pengaruh rakan sebaya yang mendorong pelajar sekolah menengah untuk
merokok?
1.5.3 Adakah diri sendiri yang menjadi faktor kecenderungan merokok di kalangan pelajar
sekolah menengah ?
-
7/23/2019 Pn Norfaizah bt. Che Daud
5/21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL
HEIGHTS
KAJIAN TINDAKAN PPDa 2015 NFCD, GBKSM SMKIH
BAB DUA
SOROTAN KAJIAN TERDAHULU
2.1 PENGENALAN
Kajian mengenai masalah sosial pelajar setakat ini belum begitu meluas. Namun melalui tinjauan
mendapati ada beberapa penyelidik yang membuat kajian mengenai masalah ini. Antaranya ialah
Azizah Lebai Nordin yang membuat kajian mengenai masalah disiplin di kalangan remaja.
Beliau menyentuh tentang faktor-faktor penyumbang kepada masalah tersebut dan akibat
masalah disiplin pelajar. Pengkaji lain yang meninjau mengenai disiplin pelajar ialah Salmah
binti Hussin. Beliau didapati telah menjelaskan tentang pelbagai jenis disiplin yang terdapat di
sekolah. Manakala Zool Hilmi Hj. Suhaimi membuat kajian tentang gejala sosial remaja dan
penyelesaiannya. Beliau membuat perbandingan antara remaja dahulu dan kini. Parthiban a/l
Sinnapan pula menyelidik mengenai vandalisme, gengsterisme dan salah laku pelajar. Beliau
mengulas mengenai punca salah laku remaja. Sementara Ragunathan a/l Ayyavoo
menghubungkan antara masalah disiplin dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian-kajian di
atas banyak membantu penulis dalam penyelidikan ini.
2.2 FAKTOR DIRI SENDIRI
Ada pendapat yang mengatakan pelajar sekolah terutama yang berada di peringkat remaja
mengalami pelbagai krisis seperti mengalami perubahan fizikal dan emosi serta mencari identiti
diri. Masa peralihan antara alam kanak-kanak dan alam dewasa ini merupakan suatu zaman yang
penuh dengan keributan dan tekanan; di mana mereka pada masa yang sama perlu menyesuaikan
diri dari segi hubungannya dengan orang dewasa, memenuhi harapan masyarakat sekitarnya dan
juga ketidakupayaan untuk melihat realiti. Hal ini jelas di kalangan pelajar terutama pelajar
sekolah menengah atau matrikulasi; di mana mereka keliru dan tidak memahami peranan diri
serta tanggungjawab mereka dalam memenuhi harapan keluarga dan masyarakat. Pendapat ini
disokong oleh Laporan Pembangunan dan Permasalahan Sosial Selangor 2001 yang menjelaskan
bahawa umur antara 16 hingga 18 tahun merupakan satu tahap kritikal dalam hidup manusia di
mana berlaku tempoh peralihan daripada alam kanak-kanak kepada alam dewasa. Pada peringkat
-
7/23/2019 Pn Norfaizah bt. Che Daud
6/21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL
HEIGHTS
KAJIAN TINDAKAN PPDa 2015 NFCD, GBKSM SMKIH
ini seseorang itu mula bertindak balas kepada tuntutan emosi untuk mencari gaya penampilan
tersendiri.
Di sini boleh difahami bahawa keremajaan menjadi salah satu faktor penglibatan pelajar
dengan masalah disiplin atau gejala sosial. Kemungkinan mereka merasa bahawa mereka telahdewasa dan sudah boleh membuat keputusan sendiri. Hal ini menyebabkan keputusan yang
diambil tidak tepat. Mereka sebenarnya masih belum cukup ilmu dan kurang pengalaman. Oleh
itu mereka perlukan bimbangan dan tunjuk ajar daripada orang dewasa. Inilah yang dimaksudkan
dalam laporan kajian Azizah binti Lebai Nordin (2002) sebagai faktor diri pelajar sendiri.
2.3 FAKTOR KELUARGA
Di samping itu terdapat banyak lagi faktor lain yang menyebabkan pelajar terjerumus ke dalamgejala sosial. Hasil kajian Azizah Lebai Nordin menunjukkan terdapat banyak faktor
penyumbang kepada masalah disiplin pelajar. Antaranya ialah ibu bapa, sekolah dan rakan
sebaya. Beliau menyokong
pendapatnya dengan laporan kabinet 1979 yang menyebut bahawa disiplin seorang murid bukan
ditentukan oleh sekolah sahaja. Alam sekitar dan masyarakat sekeliling juga mempunyai
pengaruh terhadap disiplin seseorang murid. Masyarakat sekeliling dan persekitaran murid-murid
di luar sekolah amat kuat pengaruhnya dalam pembentukan disiplin murid-murid.
Menurut Azizah tiap-tiap pengkaji memberi penekanan yang berbeza. Ada yang mengaitkan
faktor keluarga, sekolah dan masyarakat (Rumberger,1999), rakan sebaya dan media massa
(Zuraidah Garif, 1990), faktor guru dan rakan sebaya (Saraswathy), sikap guru yang negatif dan
saiz sekolah yang besar (Ghazali Osman, 1983), Persekitaran sekolah atau guru, kegagalan
dalam pelajaran akademik dan rakan sebaya (Thi, 1994). Selain daripada faktor di atas kerisauan
yang berkaitan dengan perkembangan atau perhubungan cinta juga mempengaruhi pelajar
melakukan salah laku (Galloway, 1985). Itulah antara faktor masalah sosial pelajar menurut
Azizah.
Wan Norasiah Wan Ismail sependapat dengan Azizah dari segi ibu bapa juga sebagai penyebabmasalah sosial remaja. Hasil kajiannya menunjukkan tidak banyak terdapat komunikasi di antara
golongan remaja dan ibu bapa mereka. Ramai remaja mengatakan mereka tidak suka berkongsi
masalah dengan ibu bapa terutamanya yang bersifat peribadi. Komunikasi dengan ibu bapa lebih
bersifat formal dan rigid. Ini mungkin kerana anak-anak remaja tidak suka dikawal. Mereka tidak
suka ibu bapa mengarah mereka dalam semua perkara. Sebab itu ada ulama yang mengesyorkan
supaya ibu bapa bergaul dengan anak-anak di peringkat ini sebagai sahabat untuk cuba
-
7/23/2019 Pn Norfaizah bt. Che Daud
7/21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL
HEIGHTS
KAJIAN TINDAKAN PPDa 2015 NFCD, GBKSM SMKIH
menyelami pandangan dan masalah mereka. Dengan ini mereka tidak perlu lagi menjadikan
kawan sebagai penasihat yang mungkin menjerumuskan mereka ke dalam pelbagai masalah.
Kajian Wan Asiah juga mendapati pengabaian dari sudut kasih sayang dan kurangnya
komunikasi yang berkesan antara remaja dan ibu bapa adalah punca utama gejala sosial. Anak-anak remaja dianggap sudah matang untuk berfikir dan dilepaskan untuk bertindak mengikut
kehendak hati mereka tanpa pengawasan dan pengawalan keluarga. Ditambah pula dengan
kesibukan ibu bapa bekerja dari pagi sampai ke petang menyebabkan masa untuk bersama anak-
anak amat terhad.
Pengkaji mendapati ramai di kalangan ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan memberitahu
bahawa mereka bekerja untuk kepentingan anak-anak. Mereka mencari wang untuk memenuhi
kepentingan anak-anak seperti makan minum, pakaian, belanja sekolah dan lain-lain lagi. Ibu
bapa bekerja keras, memeras keringat atau otak supaya keperluan anak-anak dapat dipenuhi.Oleh itu anak-anak diharapkan memahami pengorbanan ibu bapa. Anak-anak yang memahami
pengorbanan ibu bapa tidak akan merasa ibu dan ayah mengabaikan mereka. Sebaliknya merasa
disayangi kerana kedua ibu bapa sanggup bersusah payah demi kesenangan mereka.
Bagaimanapun jarang anak-anak yang faham sumbangan ibu bapa.
Ada yang menganggap usaha dan susah payah ibu bapa sebagai kewajipan mereka terhadap
anak-anak. Jadi kasih sayang ibu bapa sukar difahami melalui pengorbanan yang diberikan.
Tambahan pula orang Melayu biasanya sukar untuk mengungkapkan perasaan sayang terhadap
anak-anak, meskipun mereka menyedari bahawa anak-anak perlukan kasih sayang.
2.4 FAKTOR RAKAN SEBAYA
Kajian Wan Norasiah juga menyokong dapatan Azizah bahawa pengaruh rakan sebaya adalah
juga antara faktor gejala sosial pelajar. Beliau menghubungkan kaitan antara faktor ibu bapa dan
rakan sebaya dalam mencetus dan menyemarakkan gejala sosial pelajar. Beliau menjelaskan
ajakan dan pujukan rakan untuk melakukan gejala sosial menyebabkan pelajar terjebak dalam
salah laku tersebut. Ini kerana rakan sebaya adalah individu yang paling hampir dengan remajaselepas keluarga.
Sekiranya ibu bapa dan keluarga tidak memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya,
remaja akan berkecenderungan mencurahkan masalah yang dihadapi kepada rakan sebaya dan
seterusnya menjadikan mereka sebagai pakar rujuk dalam membuat sesuatu keputusan. Kajian
beliau juga menunjukkan pengabaian penekanan kepada pendidikan agama serta contoh perilaku
-
7/23/2019 Pn Norfaizah bt. Che Daud
8/21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL
HEIGHTS
KAJIAN TINDAKAN PPDa 2015 NFCD, GBKSM SMKIH
negatif daripada ahli keluarga juga menyebabkan anak-anak cenderung untuk melakukan salah
laku akhlak.
BAB TIGA
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan metodologi kajian yang menyentuh mengenai reka bentuk kajian,proses pemilihan peserta kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data, prosedur
menganalisis data serta kesahan dan kebolehpercayaan.
3.2 REKABENTUK KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan proses pengutipan data dilakukan melalui soal
selidik. Dalam kajian ini, soal selidik adalah satu-satunya cara yang telah digunakan untuk
proses pengutipan data bagi menentukan faktor-faktor amalan merokok di kalangan murid.
Selain itu, data juga diperolehi melalui kaedah pemerhatian dan analisis dokumen. Melalui
kaedah pemerhatian, data diperolehi hasil daripada pemerhatian murid murid yang terlibat
dengan kes disiplin .Manakala pemerolehan data melalui analisis dokumen pula bermaksud data-
data dikumpulkan melalui rekod-rekod yang diperolehi daripada guru-guru disiplin.
3.4 SAMPEL KAJIAN
Bagi tujuan kajian ini, sampel kajian adalah terdiri daripada 20 orang murid tingkatan 1 dan 2
yang disenaraikan sebagai pelajar merokok dan direkodkan oleh badan disiplin sekolah dan unit
bimbingan dan kaunseling.
-
7/23/2019 Pn Norfaizah bt. Che Daud
9/21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL
HEIGHTS
KAJIAN TINDAKAN PPDa 2015 NFCD, GBKSM SMKIH
3.5 KUTIPAN DATA
Bagi kajian ini data dikutip melalui kaedah soal selidik dengan responden. Responden telah
dipanggil ke bilik kaunseling untuk menjawab soal selidik. Responden adalah berdasarkan rekod
yang diambil dari guru disiplin.
3.6 DATA ANALISIS
Data dianalis berdasarkan soalan yang telah diberikan yang telah dijawab oleh responden. Soalan
yang telah diberikan kepada responden adalah seperti berikut:
BIL ITEM YA TIDAK
1. Rokok menjadi keperluan harian
2. Rakan-rakan saya seorang perokok
3 Bermula perasaan ingin mencuba
4 Tidak tahu bahaya dan akibat merokok
5. Mudah didapati/dibeli
6. Tidak mempunyai sikap tegas diri/asertif
7. Rasa tertekan
8. Percaya hukuman rotan ke atas perokok
9. Mempunyai ahli keluarga yang merokok
10. Merokok untuk keseronokan
-
7/23/2019 Pn Norfaizah bt. Che Daud
10/21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL
HEIGHTS
KAJIAN TINDAKAN PPDa 2015 NFCD, GBKSM SMKIH
BAB EMPAT
DAPATAN KAJIAN
4.1 PENGENALAN
Bab ini akan membentangkan hasil kajian yang telah diperolehi dan di analisis data-data yang
telah diterjemahkan dan disusun mengikut faktor-faktor tertentu. Faktor-faktor ini pula
ditentukan berdasarkan persoalan kajian yang dibuat. Bagi kajian tentang Amalan Merokok
dalam Kalangan Murid Tingkatan 1 & 2 SMK Ideal Heights beberapa faktor telah diperolehi.Antara faktor-faktor tersebut adalah faktor keluarga, pengaruh rakan sebaya dan faktor diri
sendiri.
4.2 ANALISIS DATA
BIL ITEM YA TIDAK
1. Rokok menjadi keperluan harian 5 15
2. Rakan-rakan saya seorang perokok 17 3
3 Bermula perasaan ingin mencuba 14 6
4 Tidak tahu bahaya dan akibat merokok 3 17
5. Mudah didapati/dibeli 12 8
6. Tidak mempunyai sikap tegas diri/asertif 7 13
7. Rasa tertekan 15 5
8. Percaya hukuman rotan ke atas perokok 14 6
9. Mempunyai ahli keluarga yang merokok 18 2
10. Merokok untuk keseronokan 9 11
-
7/23/2019 Pn Norfaizah bt. Che Daud
11/21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL
HEIGHTS
KAJIAN TINDAKAN PPDa 2015 NFCD, GBKSM SMKIH
Jadual 1
0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
20
BILMURID
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DIKALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL HEIGHTS
YA TIDAK
-
7/23/2019 Pn Norfaizah bt. Che Daud
12/21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL
HEIGHTS
KAJIAN TINDAKAN PPDa 2015 NFCD, GBKSM SMKIH
Rajah 1: Graf bar menunjukkan faktor yang mempengaruhi amalan merokok
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAMKALANGAN MURID TINGKATAN 1 & 2 SMK IDEAL HEIGHTS MENGIKUT PERATUS
BIL ITEM YA % TIDAK %
1. Rokok menjadi keperluan harian 5 25% 15 75%
2. Rakan-rakan saya seorang perokok 17 85% 2 10%
3 Bermula perasaan ingin mencuba 16 80% 4 20%
4 Tidak tahu bahaya dan akibat merokok 3 15% 17 85%
5. Mudah didapati/dibeli 12 60% 8 40%
6. Tidak mempunyai sikap tegas diri/asertif 7 35% 13 65%
7. Rasa tertekan 15 75% 5 25%
-
7/23/2019 Pn Norfaizah bt. Che Daud
13/21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL
HEIGHTS
KAJIAN TINDAKAN PPDa 2015 NFCD, GBKSM SMKIH
Jadual 2
8. Percaya hukuman rotan ke atas perokok 11 55% 9 45%
9. Mempunyai ahli keluarga yang merokok 18 90% 2 10%
10. Merokok untuk keseronokan 9 45% 11 55%
-
7/23/2019 Pn Norfaizah bt. Che Daud
14/21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL
HEIGHTS
KAJIAN TINDAKAN PPDa 2015 NFCD, GBKSM SMKIH
Rajah 2 : Carta pai yang menunjukkan faktor amalan merokok mengikut peratus
25%
85%
80%
15%
60%
35%
75%
55%
90%
45%
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK
DALAM KALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL HEIGHTS
Rokok menjadi keperluan harian Rakan-rakan saya seorang perokok
Bermula perasaan ingin mencuba Tidak tahu bahaya dan akibat merokok
Mudah didapati/dibeli Tidak mempunyai sikap tegas diri/asertif
Rasa tertekan Percaya hukuman rotan ke atas perokok
Mempunyai ahli keluarga yang merokok Merokok untuk keseronokan
-
7/23/2019 Pn Norfaizah bt. Che Daud
15/21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL
HEIGHTS
KAJIAN TINDAKAN PPDa 2015 NFCD, GBKSM SMKIH
Daripada rajah di atas item yang mempunyai ahli keluarga yang merokok menunjukkan
respon yang paling tinggiiaitu seramai 19 orangmenyatakan ya iaitu dalam 90%. Faktor yang
keduatertinggi yang mempengaruhi amalan merokok adalah pengaruh rakan sebaya. Seramai
20 orang murid yang menjawab soal selidik ini 18 orangdaripadanya menyakan ya untuk respon
item ini iaitu kira-kira dalam 85% . Faktor ketiga tertinggi adalah bermula perasaan ingin
mencuba iaitu seramai 16 orang yang memberi respon ya bagi item ini iatu kira-kira 75%.Faktor yang keempatadalah rasa tertekan iaitu seramai 15orang respon yang menunjukkan
ya iaitu kira-kira 70%. Faktor kelima adalah mudah didapati / dibeli iaitu seramai 12 orang
memberi respon ya iaitu kira-kira dalam 60%. Faktor keenamadalah percaya hukuman rotan
ke atas perokok iaitu 11 orang yang menyatakan ya daripada 20 orang iaitu kira-kira dalam
55%. Faktor yang ketujuhadalah item yang menunjukkan merokok untuk keseronokaniaitu
hanya 9 orangyang menyatakan ya, 45%. Tidak mempunyai sikap tegas diri menunjukkan
faktor yang kelapan. Bagi item rokok menjadi keperluan menunjukkan faktor yang
kesembilan iaitu hanya 5 orang yang memberi respon ya. Seterusnya faktor yang kesepuluh
yang memberi respon yang paling rendahiaitu tidak tahu bahaya rokok dan akibat merokok
iaitu hanya 3 orangyang menyatakan tidak tahu akan bahaya merokok.
4.2.1 FAKTOR KELUARGA
Tema ini dipilih kerana adalah yang paling dekat dengan pelajar dan sepatutnya berada lama
bersama dengan anak mereka. Oleh itu ibubapa mereka adalah idola atau contoh kepada pelajar.
Segala kelakuan ibubapa mereka akan menjadi ikutan. Hasil daripada soal selidik yang
dijalankan didapati item yang menunjukkan mempunyai ahli keluarga yang merokokmenunjukkan jumlah yang paling tinggi iaitu 18 orang daripada responden menyatakan ya. Ini
membuktikan ikutan daripada keluarga memberi impak yang besar kepada amalan merokok
dalam kalangan murid. Ini telah menjawab persoalan kajian yang dijalankan. Selain daripada itu,
hasil daripad soal selidik yang dijalankankan, faktor keluarga ini boleh dikaitkan dengan
permasalahan dalam keluarga seperti hubungan yang kurang erat.
4.2.2 FAKTOR RAKAN SEBAYA
Tema ini dipilih berdasarkan analisis daripada maklumat soal selidik yang diberikan kepada
responden. Hal ini kerana daripada data yang dianalisis menunjukkan 85% daripada responden
memberi respon yang menyatakan rakan saya seorang perokok. Faktor rakan sebaya ini
memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi amalan merokok dikalangan pelajar
sekolah. Dengan ini pengaruh rakan sebaya telah memberi kesan yang tinggi kepada amalan
merokok. Hal ini seterusnya telah menjawab persoalan kajia yang telah dijalankan.
-
7/23/2019 Pn Norfaizah bt. Che Daud
16/21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL
HEIGHTS
KAJIAN TINDAKAN PPDa 2015 NFCD, GBKSM SMKIH
4.2.3 FAKTOR DIRI SENDIRI
Faktor diri sendiri juga memainkan peranan besar yang menyebabkan responden terlibat dengan
aktiviti merokok. Hal ini dilihat daripada hasil data yang diperolehi yang mana bermula perasaan
ingin mencuba menunjukkan jumlah yang ketiga tertinggi. Remaja tidak boleh lari dari perasaaningin mencuba. Hal ini kerana pada peringkat remaja mereka mudah meniru dan perasaan ingin
tahu terlalu kuat. Hasil daripada perjumpaan yang dilakukan ke atas pelajar menunjukkan
mereka akan merasa bangga apabila dapat mencuba sesuatu walaupun mereka tahu perkara
tersebut tidak baik untuk mereka. Daripada analisis data yang diperolehi, faktor ini telah
menjawab persoalan kajian.
-
7/23/2019 Pn Norfaizah bt. Che Daud
17/21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL
HEIGHTS
KAJIAN TINDAKAN PPDa 2015 NFCD, GBKSM SMKIH
BAB 5
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 PENGENALAN
Bahagian bab 5 ini adalah terdiri daripada perbincangan, rumusan dan cadangan kajian. Dapatan
kajian yang didapati dalam bab 4 akan dibincangkan dalam bab ini berdasarkan objektif dan
persoalan kajian yang telah ditetapkan dalam bab 1. Akhirnya cadangan dikemukakan untuk
tujuan kajian lanjutan pada masa akan datang.
5.2 ADAKAH FAKTOR KELUARGA YANG MENDORONG PELAJAR SEKOLAHMENENGAH MEROKOK?
Hasil kajian ini mendapati bahawa faktor keluarga memang mendorong pelajar merokok.
Kesibukan ibubapa mencari nafkah menyebabkan perhubungan mereka menjadi renggang.
Keluarga mengabaikan tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak supaya tidak terdedah
kepada anasir luar. Pengabaian dari segi kasih sayang menyebabkan anak-anak mencari
alternative lain untuk mengisi kekosongan jiwa mereka, lantas mereka cari orang lain yang boleh
mendengar masalah mereka dan berkonsi masalah. Keluarga yang tidak mengambil tahu
pergerakan harian anak-anak menyebabkan anak-anak bebas melakukan aktiviti yang tidakseharusnya. Keluarga tidak melarang atau memberi nasihat yang berguna sebagai panduan untuk
anak-anak mereka menyebabkan mereka mudah terjebak kerana tiada garis panduan daripada
keluaraga.
5.3 ADAKAH FAKTOR PENGARUH RAKAN SEBAYA YANG MENDORONG
PELAJAR SEKOLAH MENENGAH UNTUK MEROKOK?
Hasil kajian yang dibuat terbukti yang pengaruh rakan sebaya memainkan peranan yang besardalam amalan menghisap rokok di kalangan pelajar. Berkawan dengan rakan sebaya yang
mempunyai masalah iaitu sebagai ringkasnya tidak pandai memilih kawan menyebabkan mereka
hanyut bersama dalam keseronokan. Mereka akan rasa bebas dan yakin melakukan sesuatu
dalam kelompok yang ramai tanpa rasa takut atau bimbang. Mereka akan membrontak jika
ditegur, dan mereka rasa senang apabila berada didalam kelompok mereka.
-
7/23/2019 Pn Norfaizah bt. Che Daud
18/21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL
HEIGHTS
KAJIAN TINDAKAN PPDa 2015 NFCD, GBKSM SMKIH
5.4 ADAKAH FAKTOR DIRI SENDIRI YANG MENDORONG PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH MEROKOK?
Sikap pelajar sendiri adalah faktor utama yang mendorong mereka terlibat dengan merokok.
Mereka tidak membina tembok untuk memisahkan dari gejala negatif menyebabkan merekamudah terjebak dalam aktiviti kurang sihat seperti merokok. Jika diri mereka mempunyai perisai
pertahanan yang boleh menahan godaan dari gejalan negatif nescaya mereka selamat. Sikap
mereka yang sentiasa ingin tahu dan mencuba tanpa memikirkan baik buruk menyebabkan
mereka terjebak. Mereka tidak pandai memilih kawan yang boleh membawa kebaikan diri
mereka. Sikap mereka yang tidak acuh kepada nasihat orang yang lebih tua menyebabkan
mereka hanyut tanpa haluan.
5.5 CADANGAN KAJIAN
Kajian ini yang bertujuan untuk mementukan faktor yang mendorong murid SMK Ideal Heights
merokok supaya sesuatu langkah dan tindakan boleh diambil untuk mengatasi atau mencegahnya
daripada terus berkembang. Gejala ini kalau dibiarkan ia akan menjadi duri dalam daging kepada
pihak sekolah, masyarakat dan Negara. Sebagaimana kita tahu, kebanyakan penagih dadah
adalah berpunca dari amalan merokok diperingkat remaja.
Kajian seperti ini perlu dijalankan ke atas sampel yang lebih besar agar mendapat input yang
lebih baik dan berkesan. Seharusnya kajian ini juga berterusan ke atas sampel yang sama supayadapat melihat perkembangannya sebagai pedoman kepada semua. Mungkin akan berlaku
perubahan apabila mereka meningkat umur kematangannya.
Keputusan kajian dapatan diharapkan dapat dilanjutkan. Begitu juga hasil kajian ini dapat
memberi cadangan kepada pihak sekolah agar :
1. Penerangan untuk kesedaran bahaya merokok perlu dipergiatkan lagi supaya pelajar
merasakan merokok adalah satu perbuatan yang hina dan keji yang merosakkan diri sendiri.
2. Hubungan sekolah dan keluarga serta masyarakat perlu lebih erat supaya dapat bergandingbahu membanteras amalan merokok ini dari teru menjadi penyakit dalam masyarakat.
3. Program motivasi perlu dipergiatkan supaya pelajar yang terabai atau yang terjebak akan
merasakan kekuatan untuk kembali ke pangkal jalan.
-
7/23/2019 Pn Norfaizah bt. Che Daud
19/21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL
HEIGHTS
KAJIAN TINDAKAN PPDa 2015 NFCD, GBKSM SMKIH
5.6 KESIMPULAN
Daripada kajian yang dijalankan, saya telah mendapat maklumat tentang amalan merokok
dikalangan murid SMK ideal Heights yang disebabkan oleh faktor diri sendiri, keluarga dan
rakan sebaya. Dengan dapatan ini diharapkan ia boleh menjadi panduan kepada saya pihak untukmembasmi amalan yang kurang baik ini. Diharapkan kajian ini memberi manfaat kepada pihak
sekolah, keluarga, masyarakat dan Negara.
-
7/23/2019 Pn Norfaizah bt. Che Daud
20/21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL
HEIGHTS
KAJIAN TINDAKAN PPDa 2015 NFCD, GBKSM SMKIH
6.0 PENUTUP
Kegiatan merokok di kalangan remaja merupakan masalah serius yang wujud di semua tempat
tidak kira di sekolah, rumah atau di mana-mana. Amalan ini berkait rapat dengan perkembangan
masalah sosial dan jenayah dalam Negara. Jika perkara akar umbi ini tidak dibanteras segera,dibimbangi suatu hari nanti ia menjadi barah yang tidak dapat diuabati lagi. Jika perkara ini
berlaku ia bukan sahaja memberi kesan kepada diri murid itu sahaja tetapi ia menjejaskan semua.
Negara akan menjadi mundur kerana rakyatnya yang asyik leka dan lalai dalam keseronokan
berpanjangan tanpa melihat kemajuan yang telah dicapai oleh Negara lain.
Peranan saya sebagai guru kaunseling disekolah harus digunakan secara optima tidak boleh
dibiarkan sehingga sudah jadi sebati dalam diri murid kerana buruk akibatnya nanti. Mencegah
adalah lebih baik dari merawat, oleh itu ia harus dimulakan segera tanpa perlu digerakkan oleh
pihak atasan. Inisiatif setiap orang perlu supaya perkara ini tidak menjadi lebih serius.
Semua pihak harus berganding bahu untuk menangani masalah ini bersama-sama. Semoga suatu
hari nanti Negara kita akan menjadi contoh sebagai sebuah Negara yang sihat tanpa rokok.
DISEDIAKN OLEH: DISAHKAN OLEH:
-
7/23/2019 Pn Norfaizah bt. Che Daud
21/21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MURID TING 1 & 2 SMK IDEAL
HEIGHTS
7.0 RUJUKAN
Azizah Lebai Nordin (2002), Masalah Disiplin di Kalangan Remaja (Tesis Ph. D, Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)
Noresah bini Baharom (1996), Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h.
863.
Pathiban a/l Sinapan (2002), Vandalisme, Gangstarisme dan Salah Laku Sosial Pelajar (Latihan
Ilmiah Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)
Vani Appalasami (2001), Masalah Sosial di Kalangan Remaja (Latihan Ilmiah
Jabatan Anropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya).
Wan Norasiah Wan Ismail (2003), Akhlak Remaja di Felda Ulu Belitong (Disertasi Master
Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)
Zool Hilmi Hj. Suhaimi (1998), Gejala Sosial Remaja dan Penyelesaiannya (Latihan Ilmiah
Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya, Kuala Lumpur)
Sumber dari internet http://ppdaspanchor.blogspot.my/2010/08/amalan-merokok-di-kalangan-
pelajar.html
Sumber dari internet
http://www.researchgate.net/publication/237214381_PROGRAM_PEMULIHAN_AMALAN_T
ABIAT_MEROKOK_DALAM_KALANGAN_REMAJA_DI_SEKOLAH
Sumber dari internet http://www.slideshare.net/sivampushpanathannesam/tabiat-merokok-dikalangan-remaja-1
http://ppdaspanchor.blogspot.my/2010/08/amalan-merokok-di-kalangan-pelajar.htmlhttp://ppdaspanchor.blogspot.my/2010/08/amalan-merokok-di-kalangan-pelajar.htmlhttp://ppdaspanchor.blogspot.my/2010/08/amalan-merokok-di-kalangan-pelajar.htmlhttp://www.researchgate.net/publication/237214381_PROGRAM_PEMULIHAN_AMALAN_TABIAT_MEROKOK_DALAM_KALANGAN_REMAJA_DI_SEKOLAHhttp://www.researchgate.net/publication/237214381_PROGRAM_PEMULIHAN_AMALAN_TABIAT_MEROKOK_DALAM_KALANGAN_REMAJA_DI_SEKOLAHhttp://www.researchgate.net/publication/237214381_PROGRAM_PEMULIHAN_AMALAN_TABIAT_MEROKOK_DALAM_KALANGAN_REMAJA_DI_SEKOLAHhttp://www.researchgate.net/publication/237214381_PROGRAM_PEMULIHAN_AMALAN_TABIAT_MEROKOK_DALAM_KALANGAN_REMAJA_DI_SEKOLAHhttp://www.researchgate.net/publication/237214381_PROGRAM_PEMULIHAN_AMALAN_TABIAT_MEROKOK_DALAM_KALANGAN_REMAJA_DI_SEKOLAHhttp://ppdaspanchor.blogspot.my/2010/08/amalan-merokok-di-kalangan-pelajar.htmlhttp://ppdaspanchor.blogspot.my/2010/08/amalan-merokok-di-kalangan-pelajar.html