BAB SATU
PENDAHULUAN
1.0. Pengenalan
Kesusasteraan Melayu tidak dapat dipisahkan daripada manusia. Genre sastera
memfokuskan kepada cerminan kehidupan masyarakat dan penerapan kepada nilai-
nilai kemanusiaan. Permasalahan dan corak kehidupan manusia dan masyarakat
Melayu menjadi intipati utama kepada penghasilan pelbagai genre kesusasteraan
Melayu. Penghasilan kesusasteraan Melayu adalah satu ekspresi kehidupan
masyarakat Melayu iaitu ekspresi yang penting dalam membicarakan aspek-aspek
kemanusiaan dan kehiduapan masyarakat Melayu yang digunakan sebagai alat untuk
menyempurnakan kehidupan manusia dan masyarakat Melayu.
Kesusasteraan Melayu tidak lain daripada bicara tentang manusia. Apabila
berbicara tentang manusia bererti berbicara tentang seluruh kehidupan lahiriah dan
batiniahnya. Ertinya, karya sastera merupakan cerminan nilai-nilai kemanusiaan yang
dihasilkan oleh manusia sastera Melayu tradisional seperti pantun, syair, gurindam,
seloka dan cerita rakyat telah memulakan tradisi didikan serta penerapan nilai-nilai
kemanusiaan kepada masyarakat.
A. Halim Ali (2006:1) menjelaskan kesusasteraan Melayu merupakan salah
satu bidang ilmu yang sangat penting. Dalam bidang kesusasteraan, ia terdiri daripada
beberapa genre. Puisi Melayu dalam pelbagai genre yang diwarisi oleh masyarakat
Melayu hari ini tidak terhitung banyaknya. Warisan ini merupakan pusaka bangsa
Melayu yang mengandungi nilai peradaban yang sangat tinggi, unik dan sangat luar
biasa.
Majlis Peperiksaan Malaysia, (2000:xxi) menjelaskan kelahiran puisi yang
bersifat tempatan, kemasukan pelbagai bentuk dan jenis puisi dari luar telah
memperkaya puisi Melayu hingga berjumlah lebih kurang 20 jenis puisi. Puisi-puisi
ini dapat dibicarakan satu per satu secara seturut sebagaimana tersusun tadi. Namun,
daripada segi pendekatannya, lebih jelas jika dikategorikan terlebih dahulu, kerana
antara jenis-jenis puisi tersebut terdapat dalam bentuk yang sama. Kefahaman yang
jelas dapat diberikan kepada semua sekiranya puisi-puisi ini dikelompokkan
khususnya untuk melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan.
Selain itu, pandangan A. Halim Ali (2006:1) menjelaskan kehadiran puisi-
puisi Melayu tradisional ini bukan sahaja menunjukkan rakaman kelembutan
berkomunikasi, hubungan sesama jiran tetangga, kemanisan mendidik anak dan apa
sahaja yang melatari kehidupan mereka dapat dikesani dan ditelusuri dengan penuh
bermakna di dalam puisi-puisi tersebut. Citra masyarakat Melayu yang tinggi nilai
moral, menghargai budi, menyanjung pemimpin dan halus dalam teguran dapat
dikesani dalam puisi-puisi Melayu tradisional. Dengan sifatnya yang begitu,
menjadikan semua puisi Melayu tradisional itu sebagai sastera warisan dan dengan
cepat memesrai masyarakat Melayu dengan masyarakat lain hari ini tanpa mengira
batas budaya dan peringkat usia.
Keanekaragaman genre dan bentuknya pula memberi gambaran bahawa,
masyarakat Melayu zaman silam hidup dengan latar kehidupan yang sangat harmonis,
rukun dan beretika. Penghasilan pelbagai puisi Melayu tradisional mendorong kepada
pandangan pencipta puisi-puisi tersebut kea rah dalam member pendedahaan tentang
penglahiran nilai-nilai kemanusiaan dan penzahiran latar masyarakat.
Sebagai contoh, penciptaan seloka berkait rapat dengan bahasa dan
mempunyai mesej yang berunsur sindiran. Bahasa merupakan wadah yang digunakan
untuk menyampaikan mesej dalam seloka tersebut. Oleh itu penggunaan bahasa yang
indah mampu menarik minat pembaca untuk mengetahui mesej yang ingin
disampaikan.
Menurut Rene Wellek et. al (1989:135) menjelaskan karya sastera
dianggapkan sebagai satu dokumen sejarah pemikiran dan firasat kerana sejarah
sastera sejajar dengan cerminan sejarah pemikiran. Secara langsung ia melalui alusi-
alusi dalam setiap karya yang dihasilkan. Setiap pengarang mempunyai fahaman-
fahaman firasat yang dominan pada zamannya.
1.1. Penyataan Masalah
Setelah memasuki tahun 2000, era globalisasi yang semakin pesat dan bergerak pantas
telah mengubah segala-galanya. Perjanjian dunia dengan kepesatan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) telah mendatangkan impak yang besar dalam
perjalanan kehidupan kesusasteraan Melayu dalam kalangan masayarakat Malaysia
amnya dan generasi baharu khusunya.
Masyarakat pada masa kini bersungguh-sungguh mengejar kemajuan zaman
sehingga dunia kesusasteraan Melayu semakin dilupakan malah ada yang
menganggap dunia kesusasteraan Melayu sebagai dunia yang tidak bernilai. Kealpaan
masyarakat Malaysia dalam mengangkat martabat dan memperkasa kesusasteraan
Melayu semakin parah malah ada yang mengatakan alam kehidupan kesusasteraan
Melayu semakin malap dan tidak popular semakin menghampiri kebenarannya.
Hakikatnya, kehidupan masyarakat masa kini semakin mendasari kepesatan dunia
sains dan teknologi. Ia menjadikan setiap individu kurang untuk menggemari karya-
karya sastera yang menjadi pemangkin dalam pembentukkan sahsiah diri seseorang
individu.
Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah menenggelamkan ingatan
masyarakat tentang kepentingan dunia sastera terutamanya genre puisi Melayu
tradisional yang adanya unsur-unsur nilai dan personaliti yang boleh dijadikan sebagai
teladan dan sempadan. Justeru, kajian ini akan menghujahkan personaliti masyarakat
Melayu masa kini dalam seloka.
Penelitian personaliti masyarakat Melayu dalam seloka kurang diberi
tumpuan. Hal ini demikian kerana kebanyakan pembaca dan pengkritik sastera hanya
menganggap seloka dicipta untuk menyindir, menempelak dan memperlekeh
seseorang secara halus. Hakikatnya, persepsi sedemikian perlu diubah. Walaupun
seloka dicipta tujuan sedemikian, sebenarnya seloka juga boleh dijadikan satu
landasan untuk membimbing dan mendidik masyarakat pada masa kini dalam
membentuk masyarakat yang berhemah.
Melalui perwatakan-perwatakan dalam seloka, ia dapat dikaitkan dengan
personaliti-personaliti yang mencetuskan kebenaran untuk direnungkan bersama-
sama. Pembaca yang adakala hanya tersenyum apabila mendengar atau membacanya,
Isi kandung tersirat dalam seloka boleh mendidik para pembaca apabila
menghayatinya.
Kajian ini akan dijalankan bersandarkan kepada tiga aspek tumpuan. Tumpuan
yang pertama akan diberikan kepada menghuraikan bentuk dan ciri-ciri seloka. Aspek
ini diberikan tumpuan kajian kerana ingin memberi pendedahan dan pengetahuan
kepada semua masyarakat masa kini tentang seloka. Pengetahuan tentang seloka
dalam masyarakat Melayu masa kini semakin tipis dan pastinya tidak popular dalam
kotak kehidupan mereka.
Selain itu, kajian ini akan diteruskan dengan kupasan yang medalam dalam
mengkaji perwatakan watak dalam seloka-seloka yang dipilih. Dalam tumpuan yang
kedua ini, ia akan menjelaskan tentang maksud yang tersirat dalam setiap lakaran
watak yang terdapat dalam setiap seloka agar ia menjadi tersurat dalam kalangan
masyarakat Melayu masa kini. Masyarakat Melayu pada masa kini, akan mendalami
setiap watak yang terdapat dalam seloka seperti Pak Kaduk, Pak Pandir, Lebai
Malang, emak si Randang dan Pak Balung (seekor ayam jantan).
Semua watak yang dilakarkan dalam seloka sudah menjelaskan tentang
perwatakan mereka dengan pelbagai sifat dan sekali gus merapatkan dengan
personaliti masyarakat Melayu masa kini dalam corak kehidupan masing-masing.
Mereka akan mengetahui tujuan sebenar seloka itu dicipta dan diperdengarkan kepada
mereka yang semata-mata untuk memberi mesej dan pengajaran kepada masyarakat
Malaysia masa kini.
Selepas itu, kajian diteruskan dengan mengaitkan semua perwatakan dalam
seloka yang dikaji dijadikan garapan idea personaliti orang Melayu pada masa kini.
Tumpuan ini merupakan satu elemen yang penting dalam menggarap pembentukan
personaliti masyarakat Malaysia masa kini yang besar kemungkinan ada sangkut-paut
dengan kehidupan mereka pada masa zaman sekarang. Masyarakat Melayu pada kini
pastinya akan menjadikan watak-watak dalam seloka sebagai satu perlambangan
dalam meneruskan perjalanan kehidupan masing-masing dalam era globalisasi ini.
Di samping itu, kajian ini juga dijalankan bersandarkan kepada faktor
pemahaman masyarakat pada masa kini terhadap seloka itu sendiri. Kebanyakan
masyarakat pada masa kini sudah tidak mengenali seloka. Seterusnya, faktor persepsi
masyarakat kepada seloka itu perlu diubah. Walaupun seloka itu dicipta untuk
sindiran dan menempelak seseorang, hakikatnya isi kandung dalam seloka masih ada
unsur-unsur pengajaran yang boleh diadaptasikan dalam masyarakat pada masa kini.
Faktor yang terakhir adalah perkaitan antara persoalan-persoalan dalam seloka
dengan asas buah fikir masyarakat pada masa kini. Hal ini bermaksud, masyarakat
pada masa kini boleh mengaitkan seloka dengan personaliti masing-masing dalam
meneruskan kehidupan yang serba moden.
Justeru, masyarakat pada hari ini menganggap bahawa bidang sastera tiada
nilai komersial jika dibandingkan dengan bidang-bidang yang lain. Keadaan ini turut
mempengaruhi generasi muda zaman sekarang. Ekoran yang sedemikian, menjurus
kepada pengkaji membuat kajian yang berkaitan dengan seloka untuk mendedahkan
kepada masyarakat kini bahawa seloka juga mampu mendidika dan membimbing
masyarakat dalam sesuatu perkara.
1.2. Objektif Kajian
Kajian personaliti masyarakat Melayu dalam seloka ini dijalankan adalah untuk
mencapai tiga objektif kajian. Objektif-objektif kajian adalah seperti yang berikut :
1.2.1. menghuraikan bentuk seloka.
1.2.2. menghuraikan perwatakan-perwatakan dalam seloka.
1.2.3. mengaitkan perwatakan-perwatakan dalam seloka dengan personaliti
dan pembentukan kendiri yang positif masyarakat Melayu.
1.3. Soalan Kajian
Kajian personaliti masyarakat Melayu dalam seloka ini dijalankan adalah untuk
menjawab soalan-soalan yang terungkai seperti yang berikut :
1.3.1. Huraikan bentuk dan ciri-ciri seloka.
1.3.2. Huraikan perwatakan-perwatakan dalam seloka.
1.3.3. Kaitkan perwatakan-perwatakan dalam seloka dengan personaliti dan
pembentukan kendiri yang positif masyarakat Melayu masa kini.
1.4. Kepentingan Kajian
Kajian personaliti masyarakat Melayu dalam seloka amat penting dijalankan pada
masa kini. Hakikatnya, masyarakat Melayu masa kini terutamanya golongan muda
mungkin tidak pernah kenal sebenarnya seloka. Walaupun, seloka diselitkan dalam
Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) masih belum lagi dapat
mencuri minat golongan-golongan muda mendalami isi kandung seloka. Wajaran
seloka hanya untuk sindiran dan ejekan sudah tentu dipandang lucu oleh masyarakat.
Kajian ini penting kerana di sebalik unsur sindiran dan ejekan dalam seloka,
hakikatnya semua perwatakan dalam seloka mampu menzahirkan elemen pengajaran
dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri masyarakat Melayu masa kini. Ini secara
tidak langsung membantu Negara dalam menangai gejala-gejala sosial yang semakin
berleluasa sekarang. Selain itu, ia amat penting kerana seloka mampu memartabatkan
genre puisi Melayu tradisional kerana setiap sindiran, ejekan dan tempelakan mampu
dijadikan elemen pengajaran kepada para pendengar amnya dan masyarakat Melayu
masa kini khasnya.
Seterusnya, kajian ini amat penting kerana gagasan personaliti masyarakat
Melayu pada masa itu mampu membuka minda masyarakat pada masa kini untuk
menerima seloka sebagai agen perubahan sikap dalam diri masyarakat itu sendiri.
Natijahnya, masyarakat pada masa kini akan sedar akan setiap sindiran dalam seloka
mampu menjadikan panduan dan tunjuk ajar dalam meneruskan kehidupan dalam era
globalisasi.
Di samping itu, kajian ini penting dalam sektor pendidikan. Hal ini
bermaksud, seloka mampu membentuk keterampilan pelajar dalam menguasai unsur-
unsur bahasa, kreativiti, dan persoalan-persoalan yang dipilih. Pemilihan diksi yang
sesuai dan teknik penulisan yang baik mampu membuatkan para pelajar teruja dengan
seloka. Hal ini demikian kerana setiap diksi dalam seloka boleh digunakan dalam
amalan seharian pelajar sama ada di sekolah mahupun di rumah.
Malah isi-isi kandung seloka yang tersirat membantu para pelajar berfikir
dengan lebih rasional sebelum melakukan sesuatu perkara di ruang masyarakat. Ini
secara langsung memberi nilai dan pengajaran kepada pelajar untuk tidak melakukan
perkara yang serupa dengan watak-watak yang telah dilukiskan di dalam seloka.
Kajian yang dilakukan terhadap seloka-seloka pada zaman dahulu amat
penting untuk melihat semua isi kandung dalam seloka yang tajam dengan sindiran
dan ejekan yang mampu membawa maksud khusus kepada masyarakat. Perkaitan
seloka dengan sindiran amat sinonim. Namun, sindiran-sindiran sinis dalam seloka
berjaya mengubah sikap masyarakat Melayu masa kini ke arah yang lebih baik lagi.
Kajian ini juga amat penting kepada negara. Hal ini demikian kerana melalui
seloka, para pemimpin dapat mengubah sikap pemerintahannya agar lebih adil dan
saksama sepanjang masa. Kesungguhan mentelaah isi kandung seloka yang tersirat
mampu dikupas untuk tatapan pemimpin negara dalam menguruskan hal ehwal
negaranya dengan teratur, adil dan saksama.
1.5. Kaedah Kajian
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah
perpustakaan dikunjungi untuk mencari bahan-bahan rujukan sebagai asas kepada
penulisan kajian ini.
Antara perpustakaan yang akan dikunjungi ialah Perpustakaan Tuanku Bainun
(PTB) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Darur-Ridzuan,
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti
Putra Malaysia, Serdang, Selangor Darul Ehsan dan Perpustakaan Awam Hilir Perak,
Teluk Intan, Perak Darur-Ridzuan.
Selain daripada mengunjungi perpustakaan-perpustakaan yang disebutkan di
atas, beberapa laman web dan laman blog dilayari untuk mencari bahan-bahan
rujukan yang lain sebagai tambahan kepada bahan-bahan rujukan utama. Setiap
laman web dan laman blog yang dilayari akan dicatatkan tarikh melayarinya pada
bahagian bibliografi.
Dalam meneruskan perjalanan kajian personaliti masyarakat Melayu dalam
seloka, satu kerangka kajian telah dihasilkan. Kerangka kajian ini membantu dalam
meneruskan penulisan kajian ini kerana kerangka kajian ini dianggap satu penda aras
dalam meneruskan penulisan kajian ini. Kerangka kajian ini menggunakan reka
bentuk kepustakaan. Kerangka kajian kepustakaan bermaksud satu reka bentuk kajian
yang sepenuhnya menggunakan bahan teks dalam penulisan kajian ini. Kerangka
kajian kepustakaan adalah seperti dalam rajah 1.
Rajah 1 : Kerangka Kajian
Secara keseluruhannya, kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan. Di
peringkat permulaan dalam penulisan kajian ini, kaedah pengumpulan teks kajian
dijalankan. Pengumpulan 10 seloka iaitu tujuh seloka tempatan dan tiga seloka
seberang iaitu Indonesia dikumpulkan untuk dijadikan sampel kajian.
Selepas itu, penulisan objektif kajian akan dijalankan bersandarkan kepada
tajuk kajian iaitu personaliti masyarakat Melayu dalam seloka. Penulisan objektif
kajian bersandarkan kepada kajian bentuk dan ciri-ciri seloka, dan kajian perwatakan-
perwatakan dalam seloka.
Dalam meneruskan kajian ini, satu senarai semak akan dijalankan sebagai
instrumen kajian. Senarai semak ini dijalankan adalah untuk mengumpul perwatakan-
perwatakan yang terdapat dalam seloka untuk dikaitkan dengan personaliti
Kajian bentuk dan ciri-ciri seloka
Kaedah Kepustakaan
Mengumpul seloka
Senarai Semak
Kajian perwatakan-perwatakan
dalam seloka
perkaitan
Personaliti orang Melayu
masa kini
Penerapan Teori Sosiologi, Keindahan dalam Puitika Melayu dan Konsep Personaliti
Kendiri Positif
masyarakat Melayu. Senarai semak dijalankan dalam dua peringkat iaitu senarai
semak seloka-seloka tempatan dan senarai semak seloka-seloka seberang.
Semua penghujahan perwatakan dalam seloka seperti yang tercatat dalam
senarai semak akan diguna pakai dalam menghujahkan perkaitan dengan personaliti
masyarakat Melayu masa kini.
Seterusnya, pemilihan dan penerapan teori dalam kajian ini akan dijalankan
dalam mengukuhkan lagi penghujahan dalan kajian ini. Pemilihan dan penerapan teori
utama dalam kajian ini adalah teori sosiologi sastera . Selain itu, perkaitan ciri-ciri
keindahan dalam puitika sastera Melayu turut diselitkan dalam kajian ini kerana ia
mampu membuktikan personaliti masyarakat Melayu dalam seloka.
Antara ciri keindahan dalam puitika sastera Melayu adalah keindahan dalam
mengajar atau mendidik. Teras ini membincangkan setiap isi kandung dalam seloka
mampu memberikan mesej, pengajaran dan pendidikan kepada setiap pembaca dan
pendengar.
Selain itu, keindahan dalam pengungkapan kesusahan dan kesedihan. Teras ini
pula membincangkan tentang ungkapan yang menzahirkan kesusahan dan kesedihan
dalam setiap isi kandung hasil-hasil karya kesusasteraan Melayu klasik. Penzahiran
kesusahan dan kesedihan dapat ditonjolkan dengan ungkapan-ungkapan dalam hasil-
hasil karya tersebut.
Seterusnya, keindahan dalam penceritaan. Teras ini pula membincangkan
pengkisahan isi kandung dari awal hingga akhir cerita. Biasanya setiap pengkisahan
atau penceritaan memenuhi plot cerita dalam hasil-hasil karya kesusasteraan Melayu.
Disamping itu, keindahan dalam rasa. Teras ini menjurus kepada penglahiran
rasa setelah membaca atau mendengar sesebuah genre kesusasteraan Melayu.
Kebiasaannya, ia melibatkan perasaan pembaca atau pendengar. Kedatangan rasa dan
perasaan membuatkan seseorang pembaca atau pendengar berasa puas dan indah. Ciri
yang terakhir adalah keindahan yang asli. Teras ini membincangkan setiap hasil-hasil
karya kesusasteraan Melayu menepati ciri-ciri puisi Melayu klasik iaitu pantun dan
syair. Kesamaan ini meliputi jumlah baris serangkap, jumlah perkataan sebaris,
jumlah suku kata sebaris, dan pola rima akhir.
Dalam mengukuhkan lagi kajian personaliti masyarakat Melayu masa kini
dikukuhkan lagi dengan teori pembentukan personaliti kendiri yang positif.
Penghujahan konsep-konsep personaliti akan digunakan untuk mengaitkan dengan
personaliti masyarakat Melayu masa kini dengan perwatakan-perwatakan dalam
seloka.
Sampel-sampel kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada dua
kumpulan iaitu tujuh seloka Melayu yang terdiri daripada seloka kehilangan adat
melayu, seloka Pak Kaduk, seloka Emak Si Randang, seloka Pak Pandir, seloka Si
Luncai, seloka Pak Balung – Ayam Tambatan dan seloka Lebai Malang. Selain itu,
tiga seloka dari seberang (Indonesia) Yang Terdiri Daripada seloka Melayu Gerak
Senandung Selayu, seloka Melayu Abrahama dan seloka Melayu Silumak Budiman.
Semua isi kandung seloka akan diselitkan dalam bahagian lampiran.
Dalam mendapatkan sampel-sampel kajian tersebut, Perpustakaan Tuanku
Bainun (PTB), Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim. Perak Darul
Ridzuan akan dikunjungi untuk memperoleh semua sumber data seloka Melayu
tempatan. Selain itu, dalam mendapatkan sampel-sampel kajian seloka-seloka
Indonesia, laman blog http://kepustakaanmelayu.blogspot.com akan dilayari.
Sebelum kajian ini diteruskan satu instrumen kajian telah dilakukan.
Instrumen kajian yang digunakan adalah penyediaan senarai semak. Senarai semak
digunakan untuk mengenal pasti perwatakan-perwatakan yang terkandung dalam
semua seloka yang dikaji. Semua perwatakan dalam seloka tersebut akan dikaitkan
dengan gagasan personaliti orang Melayu masa kini.
1.6. Instrumen Kajian
Sebelum kajian ini diteruskan, satu instrumen kajian telah dibuat. Instrumen kajian
yang digunakan adalah senarai semak Menurut Chua Yan Piaw (2006:265), senarai
semak adalah satu instrumen yang melibatkan penyenaraian item yang dilakukan
secara keseluruhan. Ia disediakan adalah untuk mengenal pasti setiap item dalam
setiap bahan kajian dan kekerapannya juga dapat dikenal pasti.
Selepas senarai semak dibuat, penyenaraian perwatakan-perwatakan yang
lebih jelas dalam semua seloka. Setiap penyenaraian perwatakan-perwatakan dalam
seloka akan disertakan dengan contoh terus pada bait-bait yang mengandungi
perwatakan-perwatakan dalam seloka.
Penyenaraian dan pencontohan perwatakan-perwatakan dalam seloka akan
dikaitkan dengan personaliti masyarakat Melayu masa kini. Instrumen kajian ini
dijalankan kerana ia dapat membantu kajian ini dapat dijalankan dengan lancar. Selain
itu, ia juga dapat mengesan kekerapan setiap persoalan yang disenaraikan.
1.7. Batasan Kajian
Kajian ini telah membataskan kajiannya mengenai personaliti orang Melayu dalam
puisi Melayu tradisional:Seloka. Dua kumpulan seloka telah dijadikan sumber kajian
iaitu kumpulan seloka Melayu yang merangkumi enam contoh seloka iaitu seloka
Pak Kaduk, seloka emak Si Randang, seloka Pak Pandir, seloka Si Luncai, seloka Pak
Balung – ayam tambatan dan seloka Lebai Malang.
Kumpulan seloka yang kedua adalah kumpulan seloka daripada Indonesia
yang dihasilkan oleh Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Widjoyo,
Mahasiddha. Antara seloka-seloka yang dipilih adalah tiga seloka dari seberang
(Indonesia) yang terdiri daripada seloka Melayu Gerak Senandung Selayu, seloka
Melayu Abrahama dan seloka Melayu Silumak Budiman.
Dalam kajian ini, skop perbincangan kajian adalah melibatkan perbincangan
mengenai bentuk dan ciri-ciri seloka. Selain itu, membincangkan mengenai kupasan
perwatakan-perwatakan yang terkandung dalam seloka. Seterusnya, kajian ini akan
mengaitkan perwatakan-perwatakan yang terkandung dalam seloka dengan personaliti
orang Melayu masa kini. Semua perbincangan dalam kajian ini akan mengaplikasikan
teori sosiologi sastera, ciri-ciri keindahan dalam puitika sastera Melayu dan teori
pembentukan kendiri positif.
1.8. Definisi Kajian
1.8.1. Definisi Puisi
Secara umumnya, Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1241) memberikan maksud
puisi sebagai satu karangan yang berbentuk sajak, syair, pantun dan lain-lain.
Puisi ialah karangan berangkap. Ia terikat kepada bentuknya yang khusus dan
tetap, sama ada pada jumlah perkataan dalam baris, jumlah baris dalam rangkap, rima
dan irama dan jumlah suku kata.
Memetik pendapat Za’ba pula, puisi ialah karangan berangkap yang khas
dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan
melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa (A. Halim Ali, 2006:9).
Puisi ialah karangan berangkap, dan mempunyai kalimat yang tidak bebas
terutamanya dari segi pemilihan diksi, rima dan suku kata. Puisi biasanya
memerlukan penggunaan bahasa yang terhad dan padat tetapi mempunyai makna
yang dalam dan berkesan. Oleh itu, puisi menuntut pengkaryanya mempunyai
pemikiran yang mendalam dan tinggi di samping keterlibatan perasaan yang sangat
sensitif (Mutiara Sastera Melayu Tradisional 2010:227)
A. Halim Ali (2006:7) menjelaskan puisi ialah satu hasil kesenian, wadah
pemeliharaan adat, menjangkau alam mistik, pembinaan sahsiah, pengajaran agama,
pengajaran ilmu pengasih, pertahanan, hiburan dan kepercayaan.
Semual Taylor Coleridge (A. Halim Ali, 2009:10) pula menjelaskan puisi
adalah kata-kata yang terbaik dalam susunan terbaik. Ini bermaksud puisi berada
dalam bentuk yang cantik dan kata-kata yang dipilihnya pula menepati konteks.
Menurut pandangan Drs. Atmazaki dalam A. Halim Ali (2006:7), puisi pada
dasarnya lebih merupakan sifat atau nilai keindahan dalam pengungkapan bahasa.
Ungkapan atau penggunaan bahasa yang indah itulah yang menghasilkan unsur
keindahan atau juga disebut puitis.
Menurut Wan Akmal Wan Semara (2005:11), puisi ialah bidang kesenian
yang tergolong dalam genre kesusasteraan. Secara etimologinya, puisi berasal
daripada bahasa Yunani iaitu poeima yang beerti membuat atau poesis yang beerti
pembuatan. Puisi diertikan sembagai “membuat” dan “pembuatan” kerana puisi itu
pada dasarnya merupakan suatu dunia tersendiri yang dicipta oleh pengarangnya bagi
menggambarkan sesuatu pemikiran atau gagasan penciptanya. Puisi adalah salah satu
cabang sastera yang menggunakan kata-kata sebagai wahana penyampaian bagi
membuahkan ilusi dan imaginasi dalam menggambarkan gagasan pengarangnya.
Wan Akmal Wan Semara (2005:11) memetik pandangan Zainal Abidin
Ahmad (Za’ba) yang menjelaskan puisi adalah karangan berangkap sebagai khas
dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukis
kemanisan dan kecantikan bahasa.
Anis pula berpendapat bahawa puisi ialah cabang kesenian yang disebut
sastera yang beerti bahasa indah, berirama dan mempunyai bentuk yang tertentu. Puisi
biasanya lebih singkat dan dikongkong oleh bentuk, dan dalam setiap hal lebih padat,
lebih ringkas dan lebih berkesan daripada prosa (Wan Akmal Wan Serama 2005:11).
Menurut pandangan Situmaorang pula, puisi ialah penghayatan kehidupan
manuasia totalitas yang dipantulkan oleh penciptanya dari segi peribadinya,
fikirannya, perasaannya, kemahuannya dan lain-lain (Wan Akmal Wan Serama
2005:11).
Hashim dalam Wan Akmal Wan Serama (2005:12) menjelaskan puisi ialah
karangan berangkap yang ditulis dengan cara susunan kata-kata yang mementingkan
irama, bunyi dan kiasan. Ia merupakan alat pengucapan fikiran yang terindah dan
paling berkesan. Puisi mempunyai empat ciri utama iaitu tema (maksud), perasaan
(emosi), nada dan tujuan.
Safian et.al berpendapat bahawa puisi ialah salah satu bentuk daripada
pengucapan tradisional yang amat popular dan menyeluruh penggunaannya dalam
kalangan setiap lapisan masyarakat, dan ia turut berkembang bersama-sama
perkembangan sistem dan pemikiran masyarakat tersebut. Manakala Muhammad pula
menyatakan puisi ialah suatu genre sastera atau bentuk sastera yang kental dengan
muzik bahasa serta banyak menggunakan unsure bahasa seperti rima, irama, metafora
dan seumpanya. (Wan Akmal Wan Serama 2005:12).
Mat Jani Hassan (1998:263) menjelaskan puisi merupakan karangan atau hasil
sastera yang mempunyai rangkap. Manakala bunyinya pula lebih berirama, di mana
kata-kata dan ungkapan di dalam rangkap itu sengaja dipilih begitu teliti supaya dapat
menghasilkan bunyi iramanya dengan jelas. Irama itu mungkin terdiri daripada
rimanya di bahagian hujung, atau di tengah-tengah, mahupun di pangkal kalimat-
kalimatnya.
Salleh Haji Ahmad (1993:3) menjelaskan puisi ialah satu gubahan perkataan
yang dapat melahirkan fikiran penciptanya, yang dibuat dalam bentuk berangkap-
rangkap dan mementingkan unsur-unsur persajakan, irama, suku kata dan diksi.
Puisi merupakan karangan atau hasil sastera yang mempunyai rangkap.
Manakala bunyinya pula lebih berirama, di mana kata-kata dan ungkapan di dalam
rangkap itu sengaja dipilih begitu teliti supaya dapat menghasilkan bunyi iramanya
dengan jelas. Irama itu mungkin terdiri daripada rimanya di bahagian hujung, atau di
tengah-tengah, mahupun di pangkal kalimat-kalimatnya. (Muhd Mansur Abdullah
1988:235)
Harun Mat Piah (1989:2) memetik pandangan Frye menjelaskan puisi adalah
suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding dengan
pengucapan yang biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan hari-hari dan bahasa
yang mementingkan kebenaran daya intelektual dan lojika yang khusus dalam bentuk
prosa dan tidak berunsur sastera.
Kesimpulannya, sepanjang kajian ini dijalankan, pengkaji akan menggunakan
definisi operasional puisi seperti yang berikut :
Puisi ialah karangan berangkap, dan mempunyai kalimat yang tidak bebas terutamanya dari segi pemilihan diksi, rima dan suku kata. Puisi biasanya memerlukan penggunaan bahasa yang terhad dan padat tetapi mempunyai makna yang dalam dan berkesan. Oleh itu, puisi menuntut pengkaryanya mempunyai pemikiran yang mendalam dan tinggi di samping keterlibatan perasaan yang sangat sensitif.
(Mutiara Sastera Melayu Tradisional 2010:227)
1.8.2. Definisi Puisi Melayu Tradisional
Puisi Melayu tradisional ialah tradisi lisan yang sudah tetap bentuk dan kalimatnya.
Biasanya, puisi Melayu tradisional terbentuk daripada beberapa baris kalimat,
berangkap atau tidak berangkap; ada yang berasaskan matra, jumlah perkataan dan
suku kata sebaris, persamaan dan pertentangan rima dan ritma antara baris. Puisi
Melayu tradisional lahir bukan sekadar untuk hiburan, pengajaran dan alat
komunikasi secara umum, malah diserapkan ke dalam kegiatan-kegiatan hidup
bermasyarakat, dalam dalam ritual dan upacara, dalam adat dan peundangan, juga
dalam kegiatan yang berunsur keagamaan (Mutiara Sastera Melayu Tradisional,
2010:232).
Wan Akmal Wan Serama menjelaskan puisi Melayu tradisional adalah satu
karya kesusasteraan yang dapat memenuhi cirri-ciri karya sastera iaitu ciptaan yang
mempunyai nilai-nilai seni yang menggunakan bahasa sebagai media. Bahasanya
tersusun indah dengan penggunaan kata yang terpilih dan berirama. Ia dibentuk
bertujuan untuk menyampaikan sesuatu fikiran atau amanat untuk kebaikan umat
manusia. Puisi Melayu tradisional penuh dengan nilai estetika dan dihiasi pula dengan
pelbagai gaya yang berupa identiti budaya bahasa masyarakat Melayu lama. (2005:2)
A. Halim Ali menjelaskan puisi Melayu tradisional ialah satu kelompok puisi
yang muncul dan terhasil dalam era tradisional sebelum berkembangnya tradisi tulisan
atau zaman yang disebut sebagai moden. Puisi Melayu tradisional termasuk dalam
golongan karya kesusasteraan bentuk bukan cerita (non-naratif) (2006:11-13).
Salleh Haji Ahmad (1993:3) menjelaskan puisi Melayu tradisional ialah puisi
Melayu lama yang berbentuk non-naratif. Ia disebarkan melalui budaya lisan dalam
masyarakat yang tertutup. Ia juga merupakan salah satu daripada unsure-unsur
kebudayaan masyarakat Melayu lama. Oleh itu, ia memudahkan masyarakat untuk
memahami keadaan masyarakat Melayu lama; bagaimana mereka berfikir,
kepercayaan atau peri laku mereka.
Menurut Harun Mat Piah (1989:5), puisi Melayu tradisional ialah satu puisi
yang bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Puisi lisan bersifat
kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan
digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil
daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi sedemikian. Puisi
Melayu tradisional berbentuk terikat oleh konvensi-konvensi tertentu yang seterusnya
memberikan bentuk dan struktur kepada puisinya. Bentuk dan ikatan yang berlainan
ini menjadikan genre-genre yang berlainan pula. Sebuah genre mempunyai ciri-
cirinya sendiri, berbeza daripada genre yang lain.
Justeru, sepanjang proses kajian ini dijalankan, definisi operasional puisi
Melayu tradisional akan berpegang kepada pandangan Harun Mat Piah (1989:5)
iaitu :
…satu puisi yang bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan. Puisi lisan bersifat kolektif dan fungsional, iaitu tercipta oleh pengarang yang tidak bernama dan digunakan dalam kehidupan masyarakat. Sebahagian daripadanya merupakan hasil daripada kegiatan-kegiatan ritual atau masih mempunyai fungsi sedemikian….
Kepelbagaian pengaruh yang ada telah menyebabkan betapa kayanya
khazanah kesusasteraan Melayu. Pengungkapan dan penciptaan puisi Melayu
tradisional adalah disebabkan oleh pengaruh warisan Melayu, warisan Islam, alam
sekitar, animisme dan lain-lain.
Pada dasarnya, puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua kumpulan iaitu
puisi warisan Melayu dan puisi warisan Arab-Parsi. Puisi warisan Melayu yang lahir
daripada kreativiti masyarakat Melayu sendiri tanpa dipengaruhi oleh tradisi asing.
Justeru, penghasilan puisi warisan Melayu adalah puisi asli yang diwarisi dari satu
generasi kepada generasi yang lain.
Walaupun puisi warisan Melayu mempunyai serpihan pengaruh hindu, namun
ia masih lagi diiktiraf hasil Melayu asli kerana puisi tersebut telah berlaku perubahan
dan penyesuaian sehingga berbeza daripada bentuk asalnyaa seperti gurindam dan
seloka. Puisi warisan Melayu terbahagi kepada dua kategori pula iaitu puisi terikat
dan puisi bebas. Puisi terikat terdiri daripada pantun dan gurindam. Dalam pantun
pula terdapat teka-teki, endoi, rejang dan dikir atau zikir. Manakala dalam puisi bebas
pula terdiri daripada seloka, teromba, talibun, peribahasa berangkap dan mantera.
Puisi warisan Islam iaitu puisi warisan Arab-Parsi terhasil ekoran pengaruh
puisi Arab dan puisi Parsi. Pengaruh puisi Arab dan Parsi terdiri daripada isi dan
fungsinya. Puisi warisan Islam terdiri daripada puisi terikat. Dalam puisi terikat
warisan Arab-Parsi terdiri daripada syair, masnawi, nazam, rubai, qit’ah, ghazal dan
berzanji.
Dalam memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai puisi Melayu
tradisional, dilakarkan pengklasifikasian genre-genre puisi Melayu tradisional seperti
dalam rajah 2. (rujuk halaman berikutnya).
Rajah 2 : Puisi Melayu Tradisional
PUISI MELAYU TRADISIONAL
Warisan Melayu Warisan Arab-Parsi
Puisi Terikat Puisi Bebas Puisi Terikat
Seloka Teromba Talibun
Peribahasa Berangkap Mantera
Pantun Gurindan Syair Nazam Rubai Berzanji
Masnawi Qit’ah Ghazal
Teka-teki Endoi Rejang Dikir/Zikir
1.8.3. Definisi Seloka
Pada dasarnya, seloka bermaksud sejenis puisi yang mengandungi ajaran iaitu
sindiran, jenaka dan lain-lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat 2007:1428).
Mohd Rosli Saludin (2007: 117), seloka merupakan puisi Melayu tradisional
sejajar dengan gurindam, seganding dengan pantun dan syair. Puisi tradisional ini
berasal daripada kesusasteraan Hindu klasik yang didapati dalam epos Mahabrata dan
Ramayana. Semenjak bilakah gurindam dan seloka ini dikenali umum oleh orang-
orang Melayu tidaklah diketahui. Akan tetapi dalam buku Sejarah Melayu yang
disusun pada T.M. 1612 oleh Tun Seri Lanang ketika menggambarkan bunyi burung-
burung di dalam taman Puteri Gunung Ledang, membandingkan dengan orang
bergurindam dan berseloka.
Menurut pandangan Harun Mat Piah (2000:122), seloka ialah perkataan yang
berasal daripada perkataan dalam bahasa Sanskrit iaitu sloka. Seloka mengandungi 16
suku kata sebaris dan berbentuk bebas.
Dalam Harun Mat Piah pula (2000:122), C. Hooykaas menjelaskan seloka
ialah satu puisi yang berunsurkan sindiran dan bersifat jenaka. Walaupun ia serius dan
mungkin mengandungi unsur-unsur lain seperti perasaan asyik, berahi, khayal dan
mimpi.
Ghazali Dunia pula menjelaskan seloka berasal daripada Epik Mahabrata yang
memuatkan 100 000 seloka dan Epik Ramayana yang mengandungi lebih kurang 24
000 seloka. Menurut pandangan C. Hooykaas dalam Ghazali Dunia menjelaskan
seloka dalam konteks masyarakat Melayu ialah suatu puisi yang mengandungi empat
baris serangkap dengan penggunaan empat patah perkataan dengan lapan hingga 11
suku kata sebaris. ( 1992:108).
Harun Mat Piah (1989:334) menjelaskan seloka ialah berasal daripada bahasa
Sanskrit iaitu shloka atau anustubh yang member makna suatu bentuk puisi yang
terdiri daripada dua baris. Tiap-tiap satunya mengandungi 16 suku kata. Simorangkir
Simandjuntak pula menjelaskan seloka adalah bidalan atau pepatah yang diberi
bersampiran.
Manakala Zuber Usman pula menjelaskan seloka ialah hampir sama dengan
gurindam tetapi seloka yang dipentingkan ialah kelucuannya. C. Hooykaas pula
menjelaskan seloka ialah puisi yang sama dengan pantun. Seloka memakai rima yang
sama seperti syair iaitu a-a-a-a. Harun Mat Piah (1989:335).
Amir Hamzah mengatakan seloka ialah pantun yang mempunyai perkataan
erti antara sampian dan maksunya. Za’ba pula menjelaskan seloka ialah sejenis
karangan yang lebih kurang sama dengan gurindam. Hanya seloka itu ada tercampur
kelakar, menggeli hati, gurau senda, ejek dan terkadang perasaan nyanyian, asyik,
berahi, hiba, rawan, khayal dan mimpi. Harun Mat Piah (1989:335-336).
Dalam meneruskan kajian ini, definisi operasional seloka telah dipilih iaitu
definisi yang telah dibahaskan oleh Za’ba iaitu :
seloka ialah sejenis karangan yang lebih kurang sama dengan gurindam. Hanya seloka itu ada tercampur kelakar, menggeli hati, gurau senda, ejek dan terkadang perasaan nyanyian, asyik, berahi, hiba, rawan, khayal dan mimpi.
Pada dasarnya, semua seloka mempunyai ciri-ciri yang sama. Hal ini
bermaksud seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang
mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Walaupun
seloka merupakan puisi bercorak senda gurau namun isinya mengandungi sindiran
yang menjadi pengajaran dan teladan kepada pembaca. Kebanyakan seloka Melayu
ditulis dalam bentuk terikat yakni empat baris serangkap dengan memakai bentuk
pantun atau syair. Selain itu, seloka juga ditulis dalam bentuk bebas, iaitu setiap
barisnya menjadi isi seloka berkenaan.
Ciri-ciri seloka adalah karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi
rima hujung yang bebas. Semua isi kandung seloka mengandungi perkataan yang
sarat dengan sindiran atau ejekan. Semua perkataan yang penuh dengan sindiran atau
ejek disampaikan dalam bentuk berangkap. Selain itu, walaupun seloka penuh dengan
unsur sindiran atau ejekan, unsur-unsur jenaka atau gurau senda turut diselitkan
sebagai unsur hiburan kepada para pendengar. Namun, yang jelasnya seloka
dihasilkan adalah untuk digunakan sebagai bahan pengajaran sambil penyindiran
secara halus.
Dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional (2000:xxviii) menghuraikan
seloka biasanya membawa unsur-unsur humor dan kritikan yang didasarkan pada
watak-watak tertentu yang memainkan peranan menyindir secara tajam terhadap
golongan tertentu dalam masyarakat. Seloka membawa makna ironi, citra dan lain-
lain dengan cara yang menarik. Maknanya dapat difahami daripada keseluruhan
rangkap.
Menurut Zurinah Hasan dalam artikelnya yang bertajuk ‘Seloka:Kritikan
Tajam dalam Gurauan’ (2012) yang dipetik daripada laman blognya sendiri
menyatakan kebanyakan puisi tradisional yang lain, ciri-ciri seloka boleh dikenali
melalui isinya dan tujuan ia dikarang. Seloka pula dikarang untuk menyampaikan
kritikan dan sindiran terhadap sesuatu kepincangan yang berlaku di dalam
masyarakat. Kritikan dan sindiran ini amat tajam dan disampaikan secara berlapik dan
berkias dalam nada bergurau.
Melalui seloka akan terpancar budaya masyarakat Melayu tradisional yang
tidak mengkritik secara berterus terang tetapi secara halus. Kata-kata yang digunakan
di dalam seloka adalah lambang-lambang yang mengandungi makna yang tersirat.
Seperti kebanyakan karya di dalam khazanah Melayu tradisi, kita tidak mengetahui
siapakah pengarang sebenar sesebuah seloka. Namun dari seloka yang kita warisi,
terbukti bahawa pengarang seloka adalah pemikir yang amat tajam pemerhatiannya
terhadap alam dan masyarakat di sekeliling.
Mereka peka terhadap segala yang berlaku dan menjalankan tanggungjawab
bagi menyampaikan teguran dan kritikan. Pengarang seloka menggunakan
perbandingan dan tamsilan seperti perumpamaan, metafora, simile dan personifikasi
yang kaya dengan imej alam. Imej-imej alam ini perlu ditafsir untuk mengetahui
maksud sebenar seloka.
1.8.4. Definisi Personaliti
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:1194) menjelaskan personality adalah
satu keperibadian dan perwatakan.
Mok Soon Sang (2009:46) menjelaskan tentang personaliti. Secara
umumnya, personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian atau perwatakan. Personaliti
berasal daripada bahasa Latin iaitu persona. Persona bermaksud topeng muka yang
dipakai oleh pelakon Yunani pada zaman dahulu untuk mewakili sesuatu perwatakan
orang di pentas.
Ia merupakan satu cabang psikologi yang mengkaji keperibadian dan proses
individu lain yang menjadikan kita manusia. Antara definisi yang lain merujuk kepada
sesuatu kualiti atau keadaan yang terdapat atau sedia wujud di dalam seseorang
individu untuk individu tersebut menggelar dirinya sebagai seorang insan.
Dalam psikologi, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi,
pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa.
Personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang seseorang yang ingin
menzahirkan ciri- ciri kawalan emosi dan pemikiran. Personaliti memainkan peranan
penting seseorang daripada sudut pandangan luaran memainkan karektor diri. Justeru,
personaliti merupakan satu rupa diri yang dapat diukur dari dalam dan boleh
dizahirkan pada luaran. Personaliti ini merangkumi satu penyusunan di antara faktor-
faktor seperti biologi, psikologi dan sosiologi. Untuk proses pergaulan (sosialisasi)
berlaku, seseorang itu haruslah mempunyai personaliti (Mok Soon Sang, 2009:46)
Beberapa pendapat tokoh barat dipetik dalam Mok Soon Sang (2009:46) yang
menjelaskan tentang definisi personaliti. Antaranya adalah Gordon Allport
menjelaskan personaliti sebagai satu organisasi psikologikal yang dinamik di dalam
jiwa individu. Sistem ini akan menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaiannya
dengan alam persekitaran. Selain itu, Alder pula menjelaskan personaliti merupakan
satu gaya hidup seseorang individu.
Mischel pula menjelaskan personaliti sebagai susunan pola-pola tingkah laku
manuasia yang diaplikasikan dalam situasi kehidupannya. Seterusnya, Crow dan
Crow pula menjelaskan personaliti adalah satu perwatakan fizikal, corak pertuturan
dan daya penarik yang dimilikinya. Akhir sekali, Gagne dan Berliner berpendapat
personaliti adalah satu rangkuman aspek tingkah laku manusia. Ini kerana ia
merupakan satu integrasi keupayaan, motif, sikap, pendapat, kepercayaan, pemikiran
kognitif, emosi dan ciri-ciri seseorang.
Mok Soon Sang (2009:48) mengkalsifikasikan personaliti tiga kategori iaitu
Introvert, Extrovert dan Ambivert. Personaliti Introvert ialah orang yang sentiasa
menyimpan perasaan dan emosinya dalam situasi yang nyata. Personaliti Extrovert
pula ia lebih suka dengan dunia luar daripada dunia dalam. Personaliti ini mempunyai
semangat yang aktif dan suka bergaul dengan orang, sentiasa suka melibatkan diri
dalam pelbagai aktiviti sosial, sering mengambil inisiatif sendiri, suka perubahan,
sering cepat membongkar perasaannya tetapi cepat pula mengubahnya. Manakala,
personaliti Ambivert pula menjurus kepada ciri-ciri seseorang yang mempunyai
kedua-dua ciri personaliti tadi.
Sigmund Freud merupakan seorang ahli psikologi dan psikitaris
Chehoslovakia adalah terkenal dengan kajian personaliti manusia. Memetik pendapat
Sigmund dalam Mok Soon Sang (2009:50), perkembangan personaliti manusia terdiri
daripada tiga bahagian iaitu id, ego dan super ego.
Id merupakan bahagian personaliti tak sedar yang berfungsi sebagai stor
penyimpanan untuk keinginan manusia dan mendorong untuk memotivasikan tingkah
lakunya. Ego pula bahagian personaliti yang mengandungi pemikiran realistik dan
logik yang tersusun dan berfungsi mengawal Id supaya keinginannya tidak terlanggar
dengan norma masyarakat. Superego pula bahagian personaliti yang ditugaskan untuk
menghantar maklumat nilai moral kepada Ego untuk bertindak dan mengawal Id.
Selain mengguna pakai konsep pembentukan personaliti, konsep kendiri turut
dijadikan landasan ketiga dalam meneruskan kajian ini. Secara dasarnya konsep
kendiri terbahagi kepada dua kumpulan iaitu konsep Kendiri Positif dan konsep
Kendiri Negatif.
Konsep Kendiri Positif mempunyai ciri-ciri seperti mengalami lebih kejayaan
daripada kegagalan, sering mendapat pujian, gembira, yakin dan percaya pada diri
sendiri. Selain itu, dapat menghadapi masalah dan cabaran dengan tabah. Sikap
optimis, terbuka dan sedia menerima kritikan orang lain adalah ciri yang seterusnya.
Ciri yang berikutnya adalah sikap lebih tenang, mudah berinteraksi dengan orang lain
dan senang dihampiri. Selain itu, mempunyai emosi stabil dan mendapat kasih
sayang, perhatian ibu bapa, guru dan rakan-rakan adalah tinggi.
Rumusan daripada hasil dapatan definisi tersebut, dapat disimpulkan bahawa
personaliti adalah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang
individu, tetapi berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang
individu dan dapat dilihat dan dinilai melalui tingkah lakunya di dalam situasi pada
sesuatu ketika. konsep kendiri adalah satu penilaian, pandangan, tanggapan yang
dibentuk daripada hasil interaksi dengan keluarga dan masyarakat serta pengalaman
dan penyesuaian diri dengan persekitaran. Konsep ini memangnya mempengaruhi
segala tingkah laku seseorang individu. Gaya interaksi seseorang individu dalam
persekitaran sedikit sebanyak dapat mencerminkan konsep kendirinya.
1.9. Kesimpulan
Warisan puisi Melayu tradisional terutamanya seloka merupakan satu cabang utama
dalam kesusasteraan Melayu. Ia dikatakan lahir hasil daripada sistem rasa masyarakat
Melayu tradisional yang banyak menggunakan tradisi lisan dalam kehidupan mereka.
Penyusunan kata, pemilihan perkataan yang sesuai, tepat dan indah serta penggunaan
tema yang disesuaikan dengan situasi telah melahirkan warisan puisi Melayu
tradisional yang telah pun bertapak di negara kita sebelum kedatangan pengaruh Islam
lagi.
Peranan seloka sendiri yang dijadikan perantaraan antara interaksi minda
dengan naluri manusia pada sebelah pihak dengan interaksi antara minda dan alam
semesta ciptaan Tuhan. Malahan ada yang beranggapan seloka yang dijadikan bahan
sindiran dan ejekan secara halus mampu membersihkan kerohanian kita melalui rasa
simpati atau keinsafan.
Walaupun sifatnya humor, seloka mampu membetulkan manusia ke arah jalan
yang lurus di samping menggelikan hati. Namun begitu, semua bersetuju puisi itu
bertujuan untuk menyemarakkan kesedaran agar manusia sedar tentang hidup yang
kompleks dan hubang kait antara manusia dengan alam dan penciptaan-Nya.
Kesinambungan seloka dalam masyarakat kini masih terus berkembang tetapi
ruang lingkupan semakin terhad. Budaya penggunaan seloka ini hanya dapat
dibuktikan dalam segelintir masyarakat yang ingi nmenyindir seseorang secara halus
tanpa menyentuh perasaan seseorang secara langsung. .
BAB DUA
KAJIAN LITERATUR
2.0. Pengenalan
Sebelum kajian ini dilanjutkan, pengkaji telah membuat tinjauan literatur yang
berkaitan dengan seloka. Tinjauan literatur ini menyingkap kepada perbincangan yang
menekankan kepada perwatakan dalam seloka. Semua perwatakan dalam seloka akan
dapat membentuk satu gagasan personaliti orang Melayu masa kini untuk dijadikan
panduan dan teladan dalam melayari kehidupan yang mendatang.
Dalam bab ini, pengkaji membincangkan kajian literatur yang berkaitan
dengan puisi Melayu tradisional iaitu seloka. Seloka ialah karangan berangkap,
pepatah atau perumpamaan yang mengandungi jenaka, senda gurau, ejekan, olok-
olokan, giatan malah sindiran.
Selain, itu seloka juga ada gurau senda yang mengandungi sindiran yang
ditulis dalam bentuk bahasa puisi, dan mengandungi pengajaran atau teladan. Apabila
membicarakan mengenai puisi Melayu, ia merangkumi satu aspek yang amat luas,
menakjubkan dan penuh dengan misteri. Masyarakat Melayu tradisional yang
dianggap ringkas, kolektif dan serba kekurangan itu telah menghasilkan puisi-puisi
yang begitu banyak dan berkualiti.
Kajian-kajian yang lebih serius dan bersifat akademik terhadap warisan puisi
tradisional dikatakan hanya bermula pada abad ke-19. Ia dipelopori oleh golongan
penulis dan pengkaji Melayu tradisional sebelum diambil alih oleh golongan para
sarjana dan pegawai-pegawai Eropah. Kesedaran terhadap kepentingan warisan ini
telah membawa kepada satu dimensi baru dalam kajian warisan puisi. Ia dilakukan
dengan lebih komprehensif dan mendalam oleh golongan pengkaji yang terdidik
dalam disiplin sastera dan akademik.
Seloka merupakan salah satu genre sastera yang begitu banyak menggunakan
bahasa untuk menjadikan sebuah seloka tersebut puitis. Aspek yang paling penting
yang terdapat dalam seloka ialah sindiran-sindiran yang terdapat dalam sesebuah
seloka tersebut. Dalam konteks ini, hasil karya kesusasteraaan Melayu tradisional ini
dapat memberi kesan dalam pembentukan personaliti, mempertajamkan pemikiran
dengan asuhan kreatif, mengilhamkan misteri, menghalusi nilai etika dan juga unsur
kritikan. Di samping itu, ia juga menjadikan sesebuah seloka atau hasil karya yang
lain harmoni dan sinonim dengan perkara yang hendak disampaikan dalam sesebuah
masyarakat.
2.1. Literatur Pertama
Kajian literatur yang pertama adalah kajian yang telah dibuat oleh Nawi Ismail dan
Rozizah Md. Dom (2010). Mereka telah membuat perbincangan yang berkisarkan
kepada seloka emak Si Randang.
Baik budi emak si RandangDagang lalu ditanakkanTiada kayu rumah diruntuhkan,Anak pulang kelaparan,Anak di pangku diletakkan,Kera di hutan disusui,Dagang pergi awak terhutang,Beras habis padi tak jadi.
Dalam kajian mereka, seloka emak Si Randang telah membincangkan tentang
kebajikan orang lain lebih penting daripada ahli keluarga sendiri. Ini dapat dijelaskan
pada bait-bait :
Baik budi emak si RandangDagang lalu ditanakkanTiada kayu rumah diruntuhkan,Anak pulang kelaparan,…
Berbuat baik kepada orang lain yang melebih-lebih akan merugikan diri
sendiri. Justeru, membuat kebaikan kepada orang lain hendaklah berpada-pada. Ini
dapat dijelaskan pada bait :
…Anak di pangku diletakkan,Kera di hutan disusui,Dagang pergi awak terhutang,Beras habis padi tak jadi.
Selain itu, konsep kesederhanaan dalam hidup menjamin kesejahteraan juga
turut dibincangkan. Konsep kederhanaan dalam melayan tetamu harus ditekankan
dalam masyarakat masa kini kerana kesederhanaan diamalkan dalam Islam. Melayan
tetamu biarlah berpada-pada dan janganlah sampai menggadaikan semua kepada
tetamu. Kesannya, diri sendiri yang akan merana kerana menanggung kerugian besar
selepas melayan tetamu yang melebih-lebih.
Baik budi emak si RandangDagang lalu ditanakkanTiada kayu rumah diruntuhkan,…Dagang pergi awak terhutang,Beras habis padi tak jadi.
Seterusnya, konsep bertimbang rasa dan berfikir secara rasional turut
dibincangkan dalam kajian tersebut. Masyarakat pada masa kini seharusnya
bertimbang rasa dalam segala hal. Jangan kerana orang lain, semua ahli keluarga
diabaikan dan semua harta benda dihabiskan kepada orang lain. Kesannya akan
mendatangkan kerugian yang besar kepada diri kita sendiri.
…Dagang lalu ditanakkanTiada kayu rumah diruntuhkan,…Anak di pangku diletakkan,Kera di hutan disusui,Dagang pergi awak terhutang,Beras habis padi tak jadi.
Bertindak mengikut rasional juga harus dijadikan panduan dalam membuat
sesuatu perkara. Setiap perkara yang hendak dilakukan mestilah dibuat pertimbangan
dengan sewajarnya dan difikirkan baik buruknya sebelum melakukan sesuatu perkara.
…Dagang lalu ditanakkanTiada kayu rumah diruntuhkan,Anak pulang kelaparan,Anak di pangku diletakkan,Kera di hutan disusui,Dagang pergi awak terhutang,Beras habis padi tak jadi.
Kesimpulannya, seloka emak Si Randang mengisahkan sikap sesoerang yang
lebih mementingkan tetamu daripada ahli keluarga sendiri. Tetamu dijaga dan dibelai
dengan penuh keramahan tetapi ahli keluarga tidak sebegitu rupa. Emak Si Randang
sanggup meruntuhkan rumahnya untuk dijadikan kayu api dan membiarkan anak
kelaparan semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan tetamu. Akhirnya, emak Si
Randang yang menanggung kerugian semumur hidup.
2.2. Literatur Kedua
Mohd. Azam Bin Ahmad et.al (2010) telah membuat kajian ke atas seloka Si Luncai.
Sikap si luncai, biarkan, biarkan…Ada rumah tiada terjaga,Ada anak tidak terlatih,Ada ternakan tidak terbela,Ada kebun tidak ditanam,Ada cerdik tiada selidik,Ada belajar kepalang ajar,Ada mengaji tiada kuasa,Ada kuat tiada buat,Biarkan, biarkan…!Si luncai pun terjun dengan labu-labunya.
Menurutnya pandangan Mohd. Azam Bin Ahmad et.al, Si Luncai mempunyai
sikap yang amat pemalas dalam kehidupannya. Sifat malasnya itu telah menyebabkan
keadaan rumahnya tidak terurus dan anak-anaknya diabaikan. Malah ternakan-
ternakannya pula tidak dijaga dengan baik. Semua tanah yang dimiliki juga tidak
dimanfaatkan dengan sebaik-baik yang mungkin.
…Ada rumah tiada terjaga,Ada anak tidak terlatih,Ada ternakan tidak terbela,Ada kebun tidak ditanam,….
Beliau juga menjelaskan Si Luncai yang mempunyai ilmu tetapi tidak
menggunakan ke arah jalan yang betul malah tidak menggunakan ilmu yang ada
dalam menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Akhirnya, Si Luncai tenggelam
dalam dunianya sendiri.
…Ada cerdik tiada selidik,Ada belajar kepalang ajar,Ada mengaji tiada kuasa,Ada kuat tiada buat,Biarkan, biarkan…!Si luncai pun terjun dengan labu-labunya.….
Jelaslah bahawa sikap malas dalam diri adalah satu sikap yang merugikan diri,
keluarga dan negara. Sekiranya seseorang itu memiliki harta yang banyak tetapi malas
untuk mengerjakannya, ia tetap juga tidak mendatangkan faedah pada diri, keluarga
dan negara. Setiap ilmu yang diperoleh hendaklah digunakan sebaik yang mungkin
demi kebaikan diri sendiri, keluarga dan negara. Sikap Si Luncai yang membiarkan
semua perkara tanpa diusahakan menyebabkan diri Si Luncai sendiri yang merana dan
kerugian.
2.3. Literatur Ketiga
Nuraini Binti Ahmad (2008) dalam kajiannya telah membincangkan tentang
personaliti kejahilan ilmu yang terdapat pada diri Pak Kaduk.
Ayuhai malang Pak Kaduk,Ayamnya menang kampung tergadai,Ada nasi dicurahkan,Awang pulang kebuluran,Ada isteri di bunuh,Nyaris mati oleh tak makan,Mudik menongkah surut,Hilir menongkah pasang,Masa belayar kematian angin,Sauh dilabuh bayu berpuput,Ada rumah bertandang duduk,Rumah runtuh awak menumpang.
Dalam seloka Pak Kaduk. beliau menjelaskan nasib malang Pak Kaduk yang
sinonim dengan segelintir individu dalam masyarakat Melayu zaman pasca moden ini.
Hal ini bermaksud kerana masyarakat kini mengejar kebendaan semata-mata tanpa
berfikir panjang. Mereka sanggup menggadai maruah diri dan keluarga apabila ingin
mencapai sesuatu. Masalah sosial yang semakin meruncing kini terjadi gara-gara
faktor kejahilan diri sendiri. Individu-individu yang lalai ini tidak dapat membezakan
sama ada keseronokan yang mereka kecapi itu bersifat sementara ataupun berkekalan.
Seloka Pak Kaduk ini memberi seribu satu pengajaran kepada golongan yang alpa
dengan keseronokan duniawi semata-mata.
Selain itu, beliau berpendapat bahawa Pak Kaduk kehilangan tanah yang
merupakan satu-satunya harta yang dia ada kerana terpengaruh dengan omongan
kosong raja yang tidak berhati perut itu. Jika di zaman serba canggih ini, Pak Kaduk
moden boleh diklasifikasikan dengan individu yang mudah terpedaya dengan janji-
janji kosong ah long yang dikenali sebagai pemiutang. Gara-gara ingin hidup senang,
individu ini berani mengambil risiko dengan meminjam sejumlah wang pada
pemiutang ini tanpa mengambil kira soal faedah yang cukup tinggi akan dikenakan
kepada penghutang.
Apabila si penghutang ini gagal membayar balik sejumlah wang yang
dipinjamnya dalam tempoh masa yang ditetapkan maka bermulalah episod tragis
dalam hidup mereka. Kehilangan nyawa orang yang mereka sayang dan nyawa
mereka sendiri pasti akan terjadi kelak apabila gagal membayar balik hutang tersebut
seperti yang terjadi pada Pak Kaduk yang kehilangan seluruh harta miliknya akibat
kalah dalam perlawanan sabung ayam.
Seterusnya, beliau menjelaskan sesetengah orang menyangka bahawa
kemajuan yang telah dicapai sekarang ini, adalah matlamat yang akan dicapai oleh
setiap orang. Tidak ada lagi perhentian atau persinggahan di sebaliknya. Jika telah
tercapai kemajuan dan kelengkapan hidup sempurnalah kemanusiaan kita. Hidup di
zaman moden serba maju, serba pantas, serba teknologi tetapi juga serba gelisah,
serba tidak ada pegangan dan serba diliputi oleh rasa takut.
Kesenangan hidup moden hanya nampak pada kulit, namun jauh di dasar hati
manusianya penuh dengan keresahan. Kebanyakannya bersembunyi di sebalik
kemewahan dunia yang serba tidak kekal ini. Kebudayaan saat ini,mengajar kepada
manusia bagaimana hendak hidup tetapi ia tidak mampu menerangkan kerana apakah
manusia itu hidup dan apakah hikmah daripada kehadiran manusia hidup di dunia ini.
Mereka hanya mencari kesenangan hidup menurut cara mereka sendiri. Mungkin
dengan mencuri,berjudi dan membuat kezaliman. Jika dahulu, orang mencuri dengan
cara sembunyi-sembunyi, tetapi kini kebanyakannya mencuri dengan terang-terangan
di depan mata. Mereka mencuri dengan cara riba,rasuah dan menerima sogokan.
Kesimpulannya, dalam seloka Pak Kaduk ia menjurus kepada sindiran kepada
seseorang yang tidak menggunakan akal fikiran dalam membuat sebarang keputusan.
Kesungguhan seseorang dalam menginginkan sesuatu tanpa sebarang usul periksa dan
tidak menggunakan akal fikiran dalam membuat keputusan akan menyebabkan
seseorang itu akan menanggung kerugian dan menyesal di atas tindakan tanpa usul
periksa yang telah dilakukan itu.
2.4. Literatur Keempat
Seterusnya, tinjauan literatur diperoleh daripada Salleh Haji Ahmad (1993). Tinjauan
literature yang keempat ini masih mengungkap tinjauan ke atas seloka Pak Kaduk.
Ayuhai malang Pak Kaduk,Ayamnya menang kampung tergadai,Ada nasi dicurahkan,Awang pulang kebuluran,Ada isteri di bunuh,Nyaris mati oleh tak makan,Mudik menongkah surut,Hilir menongkah pasang,Masa belayar kematian angin,Sauh dilabuh bayu berpuput,Ada rumah bertandang duduk,Rumah runtuh awak menumpang.
Menurutnya Salleh Haji Ahmad, seloka tersebut membicarakan tentang
personaliti orang Melayu dalam mengkritik seseorang yang sentiasa ditimpa malang
kerana kebodohannya. Kebodohan Pak Kaduk dalam membuat keputusan telah
menyebabkan Pak Kaduk terpaksa hidup sebatang kara, sedih dan kecewa setelah
dirundung malang sebegitu rupa.
Kebodohan Pak Kaduk jelas dilihat apabila Pak Kaduk termakan kata-kata raja
selepas raja melihat ayam jantan Pak Kaduk telah menang dalam persabungan ayam.
Akibat terpengaruh dengan kata-kata raja, Pak Kaduk telah menyerahkan ayamnya
kepada raja. Dalam persabungan ayam yang berikut, Pak Kaduk terlupa bahawa ayam
jantannya telah menjadi hak milik raja. Sebelum persabungan, Pak Kaduk telah
mempertaruhkan rumahnya dan akhirnya, rumah Pak Kaduk telah tergadai dek kerana
ayam jantan. Jelaslah, personaliti yang terkandung dalamnya menunjukkan seseorang
yang terlalu percayakan orang lain membabi buta telah menyebabkan diri sendiri yang
merana.
Selain itu, ditonjolkan sikap tergesa-gesa dalam membuat keputusan sudah
tentunya akan mendatangkan keburukan pada diri sendiri juga. Pak Kaduk yang
mendapat jemputan kenduri telah membuang nasi yang ada di dalam rumahnya.
Akibat terlalu sukar untuk pergi ke rumah kenduri tersebut menyebabkan Pak Kaduk
pulang ke rumah kelaparan dan kepenatan.
Seterusnya, sikap panas baran dalam diri sendiri juga akan mendatangkan
keburukan juga. Hakikatnya, sikap panas baran yang tidak bertempat telah
menyebabkan Pak Kaduk membunuh isterinya. Setelah kematian isterinya, Pak
Kaduk sendiri yang menanggung seksa hingga nyaris mati kebuluran kerana tiada
siapa pun yang menyediakan makanan untuknya.
Justeru, kesimpulan yang dapat dibuat adalah sikap dalaman seseorang
menentukan perjalanan dalam sebuah kehidupan seseorang. Kehidupan yang penuh
pancaroba menentukan sesorang hidup berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu
atau membuat keputusan dalam meneruskan kehidupan masing-masing. Akibat terlalu
gelojoh dan tidak berfikir panjang menyebabkan sesorang akan menanggung kerugian
dalam kehidupan mereka. Malah kerugian yang sesorang itu akan ditanggung seumur
hidp mereka.
2.5. Literatur Kelima
Tinjauan literatur yang seterusnya adalah kajian yang telah dilakukan oleh Salleh Haji
Ahmad (1993) terhadap seloka Pak Pandir.
Pandai! Pak Pandir!Anak dipijak dagang dijunjung,Kucing dibunuh tikus dibela,Harta habis badan tergadai,Mendengar gelagak dagang,Tak sedar bertelanjang,Mendengar guruh di langit,Air tempayan dicurahkan,Mulut disuap pisang,Buntut dicangkuk onak,Gunting makan di hujung,Pak Pandir juga menanggung!Apa didengar gelagak dagang,Gelagak rambutan jantan,Orang berbunga dia berbunga,Orang berbuah dia haram!Kilat memancar hujan tak jadi,Awak juga yang menanggung!
Dalam kupasannya, beliau telah menjelaskan tentang sikap Pak Pandir yang
bodoh dungu. Sikap Pak Pandir digambarkan dengan segala tingkah laku atau
perangai manusia yang bodoh sebodoh-bodohnya. Menurutnya, sejak awal-awal bait
seloka Pak Pandir menjelaskan sikap Pak Pandir yang tidak bertanggungjawab. Pak
Pandir sanggup memelihara orang lain daripada anak sendiri. Selain itu, Pak Pandir
juga sanggup membunuh kucing yang mampu menangkap tikus dan mampu pula
memelihara tikus yang dianggap haiwan pemusnah. Jelaslah di sini, Pak Pandir
menjurus ke arah sikap bertanggungjawab kepada orang lain yang tidak tahu asal
usulnya.lebih diutamakan berbanding dengan keluarga sendiri.
Pandai! Pak Pandir!Anak dipijak dagang dijunjung,Kucing dibunuh tikus dibela,….
Selain itu, beliau menjelaskan lagi tentang sikap Pak Pandir yang selalu
membuat keputusan terburu-buru tanpa usul periksa. Mendengar guruh di langit, air di
tempayan dicurahkan. Hakikat itulah yang menunjukkan Pak Pandir bertindak bodoh.
Guruh di langit tidak semestinya hujan akan turun. Akhirnya Pak Pandir juga yang
menanggung risiko tersebut. Seterusnya, beliau menjelaskan tentang sikap Pak Pandir
yang termakan kata-kata orang lain sehingga Pak Pandir menanggung kebinasaan
dirinya.
…Mendengar gelagak dagang,Tak sedar bertelanjang,Mendengar guruh di langit,Air tempayan dicurahkan,….
Di samping itu, beliau turut menjelaskan tentang sikap Pak Pandir yang
berlagak dan ingin mengikut rentak orang lain. Kesudahannya, Pak Pandir masih lagi
menanggung kekesalan. Justeru, beliau menjelaskan bahawa sikap Pak Pandir boleh
dijadikan satu idea personaliti yang mengajar kita dalam meneruskan kehidupan ini.
…Apa didengar gelagak dagang,Gelagak rambutan jantan,Orang berbunga dia berbunga,Orang berbuah dia haram!Kilat memancar hujan tak jadi,Awak juga yang menanggung!
Kesimpulannya, seloka Pak Pandir menceritakan tentang sikap seseorang yang
bergerak mengikut isi hatinya sahaja tanpa mendengar pandangan dan pandapat orang
lain. Pak Pandir dikatakan seorang yang memntingkan orang lain daripada
keluarganya sendiri. Ini dapat dibuktikan Pak Pandir sanggup membunuh ‘kucing’
yang dianggap haiwan pemusnah dan menjaga ‘tikus’ yang dianggap sebagai haiwan
jinak. Hal ini terbalik dalam kehidupan sekarang. ‘Tikus’ dianggap haiwan pemusnah
kerana haiwan tersebut sememangnya haiwan pemusnah. ‘Kucing’ dianggap haiwan
penjaga kerana haiwan tersebut menjaga rumah dan membunuh mangsanya iaitu
‘tikus’ yang sering merosakkan harta benda dalam rumah manusia.
Selain itu, sikap Pak Pandir yang selalu mendengar pandangan dan pendapat
orang lain dan bertindak tanpa usul periksa telah menyebabkan Pak Pandir sendiri
yang kecuncangan atau menanggung kerugian. Pak Pandir yang selalu bertindak tanpa
usul periksa atau bertindak secara melulu telah menyebabkan Pak Pandir menanggung
kerugian yang besar.
2.6. Literatur Keenam
Selain daripada mengungkap literature-literatur yang berkaitan dengan kajian isi
kandung seloka yang boleh digarap dalam pembentukan personaliti masyarakat
Melayu masa kini, pengkaji juga akan menyingkap kajian literatur yang
membincangkan mengenai bentuk dan ciri-ciri seloka. Hal ini bermaksud kajian
dalam bentuk dan ciri-ciri seloka dapat membantu masyarakat Melayu masa kini
mengenali dengan lebih dekat mengenai seloka yang dianggap sudah tidak popular
pada masa kini.
Noremawati binti Ajis (2009) telah membincangkan mengenai konsep, ciri-
ciri dan bentuk seloka dalam kajiannya. Beliau memulakan kajiannya dengan
menerangkan konsep seloka itu sendiri dengan memetik beberapa pandangan tokoh
sastera mengenai seloka. Antaranya adalah pandangan yang dipetik daripada Harun
Mat Piah. Menurutnya, seloka ialah sejenis puisi bebas, (sama seperti gurindam yang
tidak terikat), berangkap atau tidak, jika berangkap tiada tentu jumlah barisnya dalam
serangkap, jumlah perkataan dalam sebaris, memakai rima atau tidak.
Selain itu, seloka juga memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk
melengkapkan satu keseluruhan idea. Dari segi bentuknya ia sama seperti gurindam,
talibun, teromba dan mantera; tetapi tergolong sebagai seloka kerana isinya
mengandungi sindiran, jenaka, mengusik, bersenda gurau atau perasaan-perasaan
asyik, berahi, khayal atau mimpi. Seloka tidak memperlihatkan kepelbagaian jenis
dan tema; contoh dan penggunaannya juga amat terhad, baik dalam pemakaian secara
lisan, mahupun dalam bahan-bahan yang telah tertulis. Dengan pendekatan demikian
istilah pantun, seloka, dan contoh-contoh yang dikatakan seloka dari bentuk pantun
dan syair dapatlah ditolak daripada digolongkan sebagai seloka.
Beliau telah memetik pandangan Mohd Rosli Saludin mengenai seloka.
Seloka merupakan puisi tradisional Melayu sejajar dengan gurindam, seganding
dengan pantun dan syair. Puisi tradisional ini berasal daripada kesusasteraan Hindu
klasik yang didapati dalam epos Mahabrata dan Ramayana. Semenjak bilakah
gurindam dan seloka ini dikenali umum oleh orang-orang Melayu tidaklah diketahui.
Akan tetapi dalam buku Sejarah Melayu yang disusun pada T.M. 1612 oleh Tun Seri
Lanang ketika menggambarkan bunyi burung-burung di dalam taman Puteri Gunung
Ledang, membandingkan dengan orang bergurindam dan berseloka.
Kejadian tersebut berlaku zaman kerajaan Melayu Melaka kerana itu besar
kemungkinan bahawa bentuk-bentuk gurindam dan seloka ini sudah dikenali oleh
orang-orang Melayu semenjak kurun Masehi yang ke XVI atau lebih dahulu daripada
itu. Perkataan seloka berasal daripada bahasa Sanskrit. Bentuk seloka hampir sama
dengan gurindam tetapi lazimnya seloka terdiri dari empat baris yang bersajak, bunyi
suku kata dihujungnya sama, tiap-tiap baris mempunyai empat patah perkataan,
demikian mengikut sesetengah pendapat.
Di negara kita pada masa kini, puisi seloka kurang begitu terkenal jika
dibandingkan dengan pantun dan syair, namun jika kita hayati dan halusi sedalam-
dalamnya maksud atau mesej yang tersirat dalam seloka sebenarnya memberi
penginsafan yang mendalam, yang amat kritis mempersoalkan kewibawaan bangsa,
keunggulan pemerintahan sesebuah negeri dan negara.
Menurut Harun Mat Piah (1989) seloka berasal daripada kata sloka dalam
bahasa Sanskrit. Seloka mengandungi 16 suku kata, dan berbentuk bebas. Dari segi
bentuk seloka sama dengan beberapa jenis puisi lain seperti guindam, talibun,
mantera dan teromba, iaitu mempunyai bentuk yang tidak tetap dari segi jumlah baris
dalam rangkap dan rima akhirnya.
Walaubagaimanapun, seloka sebagaimana kata C.Hooykaas, mengandungi
unsur sindiran. Sindiran ini pula boleh bersifat jenaka mahupun serius dan mungkin
juga mengandungi unsur-unsur lain seperti perasaan-perasaan asyik, berahi, khayal
dan mimpi. Sesuai dengan cirinya yang dasar sebagai sindiran dan jenaka, lalu tema
dan isinya juga berupa sindiran, ejekan atau hanya cetusan perasaan, kagum atau
benci terhadap seseorang dan perlakuannya.
Bagaimanapun jika dihalusi lebih teliti akan mudah diinsafi, bahawa ejekan
dan jenaka di dalamnya tidaklah berhenti dengan menghibur, bermain atau bersuka-
suka semata-mata. Sebaliknya masih boleh pula diberikan interpretasi yang lebih
wajar, iaitu pengajaran dan panduan kepada anggota masyarakat dalam
menghadapisesuatu keadaan yang mungkin mengancam kesejahteraan diri dan
masyarakat.
Menurut Pendeta Za’ba menjelaskan seloka ialah sejenis karangan yang lebih
kurang sama seperti gurindam juga. Hal ini kerana kebanyakan sifat gurindam
terdapat pada seloka. Perbezaaannya ialah seloka turut memasukkan perasaan asyik
berahi, hiba rawan, khayal, mimpi, kelakar, mengelikan hati, gurau senda, sindir, giat
dan ejekan.
Menurut Pendeta Za’ba lagi adalah terlalu sukar untuk membezakan antara
gurindam dan seloka. Malah kadang-kadang sesebuah puisi yang seperti ini boleh
dikatakan seloka dan boleh pula dikatakan gurindam. Selain itu, Pendeta Za’ba juga
mengatakan bahawa terdapat gurindam dan seloka yang bercampur dengan pantun
dan kadang-kadang syair juga.
Puisi-puisi ini selalu juga disebut ‘pantun seloka’ dan syair seloka; dan banyak
terdapat dalam hikayat lama serta cerita-cerita rakyat yang panjang. Pendeta Za’ba
kemudiannya membuat rumusan tentang penjelasan gurindam dan seloka itu sebagai
seloka yang boleh dikatakan gurindam sahaja, yang juga boleh dikatakan seloka
sahaja dan yang boleh dikatakan kedua-duanya sekali (Norewati Ajis, 2009).
Menurut Naapie Mat (1992), seloka berasal dari bahasa Sanskrit. Bentuk ini
asalnya terdapat dalam kitab-kita tua India, Mahabrata dan Ramayana, mempunyai
sajak yang sederhana dan terdiri dari empat perkataan dan lapan suku kata pada tiap-
tiap baris.
Sudah bertemu kasih sayang,Duduk terkurung malam siang,Hingga setapak tiada renggang,Tulang sendi habis bergoncang.
Seloka kerapkali digunakan sebagai nasihat dan ibarat. Bahasanya kerapkali
melarat dan penuh dengan sindir giat yang tajam dan dalam, dan biasanya mengejek-
negejek. Seloka boleh juga mengandungi perasaan-perasaan hiba, rawan, sedih, asyik
berahi, khayal dan angan-angan mengikut jenis-jenis seloka itu. Seloka terdiri dari
empat baris dan bersajak seperti syair.
Orang selsema sakit berhingus,Lubang hidung rasa terkambus,Ibarat laksana telur kemungkas,Benci nak pandang, rasa cemus.
Dalam Harun Mat Piah (1989), Zuber Usman berpendapat seloka hampir sama
dengan gurindam, tetapi seloka yang dipentingkan ialah kelucuannya. Kelucuannya
jelas terpancar pada seloka klasik iaitu:
Malang celaka Raja Genggang,Tuak terbeli tunjang hilang,Gigi tanggal rawan pun murah,Awak tua gadis bermusim.
Manakala Amir Hamzah tokoh penulis yang berasal dari Indonesia
mengatakan seloka adalah pantun yang memakai rima yang sama a-a-a-a seperti syair:
Jalan-jalan sepanjang jalan,Singgah-menyinggah di pagar,Pura-pura mencari ayam,Ekor mata di anak orang.
Menurut Simorangkir Simandjuntak, seloka adalah bidalan atau pepatah yang
bersampiran, tegasnya dalam bentuk pantun empat baris.
Anak agam jual sutera,Jual di Rengat tengah pekan,Jangan digengam seperti bara,Terasa hangat dilepaskan.
Selain itu, seloka yang dimaksudkan oleh Rustam Efendi, tiada yang berbeza
dengan maksud penulis-penulis hikayat lama, ialah puisi lama dan pengertian umum.
Dalam puisi baru, ciptaan Rustam Effendi disinggungya pula perkataan seloka itu:
Syarat saraf saya mungkiri,Untai rangkai seloka lama,Beta buang beta singkiri,Sebab laguku menurut sukma.
Menurut C. Hooykaas, seloka yang terdapat dalam bahasa Melayu itu ialah
suatu seloka dari empat baris yang masing-masing terdiri sebolehbolehnya dari empat
perkataan dari lapan hingga 11 suku kata, dan bersajak sebagai kalimat-kalimat syair
tetapi dalam empat baris ataupun sebagai kebanyakan pantun.
Pendapat C. Hooykaas ini hampir serupa dengan R.J. Wilkinson dalam
kamusnya itu, yakni seloka itu tiada mempunyai bentuk atau hukum-hukum yang
tetap seperti pantun, syair, gurindam dan sebagainya. Jadi bentuknya tetap empat baris
seperti syair. Sedang isinya sama dengan seloka yang lain, iaitu mengandungi sindiran
terhadap kelakuan seseorang yang kurang baik, bodoh, dungu, pemadat dan
sebagainya. Seloka adalah pantun yang memakai rima yang sama a-a-a-a seperti syair:
Candu dibungkus kain palas,Makan dia mata bilas,Mandi segan kerja malas,Harta orang hendak digalas.
Sutan Takdir Alisjahbana juga turut tidak ketinggalan menyuarakan
pendapatnya mengenai puisi Melayu tradisional terutamanya seloka. Seloka yang
dimaksudkan oleh beliau adalah sejenis puisi yang tidak mempunyai struktur yang
tertentu, tetapi mempunyai puisi yang tidak mempunyai ciri-ciri yang diasingkan
daripada genre-genre yang lain.
Menurut Sabaruddin Ahmad memberikan contoh seloka itu terdiri sesusun
seperti pantun berkait, yang dalam istilah lain disebut pantun seloka:
Taman melatu di rumah-rumah,Ubur-ubur sampingan dua,Kalau mati kita bersama,Satu kubur kita berdua,Ubur-ubur sampingan dua,Tanam melati bersusun tangkai,Satu kubur kita berdua,Kalau boleh bersusun bangkai.
Dalam bahasa jawa, seloka dikenal dan diasosiasikan dengan peribahasa,
misalnya seloka jawa:
Rindik asu digitik,Kutik marani sunduk,Kebo kebotan sungu. Maksudnya :ertinya, lari seperti anjing dipukul,Gabus mendapatkan tusuk,Kerbau keberatan tanduk.
Salleh Haji Ahmad (1993) menjelaskan seloka berasal daripada India dan
tersebar kea lam Melayu melalui pengaruh Hindu. Ia mempunyai rangkapnya yang
terdiri daripada empat baris dan rima akhirnya tidak tetap. Ia digubah mungkin
mengambil bentuk pantun, syair atau perumpamaan.
Seloka sering membawa unsur-unsur hendak menyindir dan berjenaka di
samping mengajar.
Candu dibungkus kain palas,Makan dia mata bilas,Mandi segan kerja malas,Harta orang hendak digalas.
Sudah bertemu kasinh sayang,Duduk terkurung malam siang,Hingga setapak tiada renggang,Tulang sendi habis bergoncang.
Seloka mengandungi nasihat dan kiasan-kiasan serta ibarat. Kadang-kadang ia
mengandungi unsur-unsur ejekan, serta gambaran yang lucah dan menyatakan
perasaan dan sikap benci seseorang kepada seorang yang lain. Misalnya:
Orang selesema sakit berhingus,Lubang hidung rasa terkambus,Ibarat laksana telur kemungkus,Benci nak pandang rasa remus.
Salleh Haji Ahmad (1993) juga ada membincangkan mengenai bentuk dan
ciri-ciri seloka. Dalam kupasannya, seloka Pak Kaduk telah dijadikan bahan
kupasannya. Dalam seloka tersebut terdiri daripada sebelas baris yang mempunyai
rima dan bentuk penciptaannya yang bebas dan tidak teratur. Bilangan perkataannya
pula antara tiga hingga empat perkataan sebaris dan suku katanya pula antara lapan
hingga Sembilan suku kata sebaris.
Walaupun bilangan perkataan atau suku katanya terkawal, namun persamaan rima
akhirnya tidak setara. Susunan rimanya ialah a-b-c-d-e-d-f-g-d-f-a-g.
Ayuhai malang Pak Kaduk, aAyamnya menang kampung tergadai, bAda nasi dicurahkan, cAwang pulang kebuluran, dAda isteri di bunuh, eNyaris mati oleh tak makan, dMudik menongkah surut, fHilir menongkah pasang, gMasa belayar kematian angin, dSauh dilabuh bayu berpuput, fAda rumah bertandang duduk, aRumah runtuh awak menumpang. g
Diteruskan kupasan kajian beliau yang telah dijalankan pada seloka Pak
Pandir. Bilangan dalam baris seloka tersebut terdiri daripada 17 baris. Bilangan
perkataan dalam sebarisnya pula antara tiga hingga lima perkataan sebaris. Manakala
suku katanya pula antara lima hingga 11 kata sebaris. Namun begitu, dalam kawalan
pola rima akhirnya agak longgar iaitu a-b-c-d-b-b-e-f-b-g-b-b-f-c-h-d-b. Ia dapat
dibuktikan pada pola rima akhirnya yang di bawah:
Pandai! Pak Pandir! aAnak dipijak dagang dijunjung, bKucing dibunuh tikus dibela, cHarta habis badan tergadai, dMendengar gelagak dagang, bTak sedar bertelanjang, bMendengar guruh di langit, eAir tempayan dicurahkan, fMulut disuap pisang, bBuntut dicangkuk onak, gGunting makan di hujung, bPak Pandir juga menanggung! bApa didengar gelagak dagang, bGelagak rambutan jantan, fOrang berbunga dia berbunga, cOrang berbuah dia haram! hKilat memancar hujan tak jadi, dAwak juga yang menanggung! b
2.7. Kesimpulan
Berdasarkan literatur-literatur yang telah dikupas, ia menunjukkan puisi Melayu
tradisional seloka telah banyak dibuat kajian. Hasil-hasil dapatan kajian tersebut juga
telah menunjukkan terdapatnyapelbagai pandangan yang berbeza mengenai seloka.
Ia jelas menunjukkan fungsi puisi Melayu tradisional sebenarnya pelbagai dan
sering dijadikan perantaraan antara interaksi minda dengan naluri manusia. Ia juga
dijadikan perantaraan dengan alam semesta ciptaan Tuhan. Penzahiran puisi Melayu
tradisional seperti seloka dapat membuktikan ianya bertujuan untuk membersihkan
kerohanian melalui rasa simpati atau keinsafan.
Manakala puisi yang bersifat humor pula dikatakan untuk membetulkan
manusia ke arah jalan yang lurus di samping menggelikan hati. Namun begitu, semua
bersetuju puisi itu bertujuan untuk menyemarakkan kesedaran agar manusia sedar
tentang hidup yang kompleks dan hubung kait antara manusia dengan alam dan
Penciptaannya.
BAB TIGA
METODOLOGI KAJIAN
3.0. Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian yang digunakan dalam
menjalankan kajian. Secara kasarnya, metodologi adalah satu kaedah atau cara
menjalankan suatu penyelidikan. Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat
(2005:1030), metodologi ditakrifkan sebagai sistem yang merangkumi kaedah dan
prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan sebagainya.
Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk
menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab
permasalah kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang
dirangka adalah meilbatkan reka bentuk kajian, proses pengumpul data, sampel
kajian, sumber data, instrumen kajian, proses memungut data, interprestasi data dan
kerangka teori kajian.
3.1. Reka Bentuk Kajian
Dalam meneruskan kajian ini, satu reka bentuk kajian telah dihasilkan. Kajian ini
telah menggunakan reka bentuk kajian kepustakaan. Reka bentuk kajian adalah
seperti yang berikut :
Rajah 3 : Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini direka dengan menggunakan kaedah kepustakaan.
Beberapa buah perpustakaan dikunjungi untuk mencari bahan-bahan rujukan sebagai
asas kepada penulisan kajian ini.
Penerapan Teori Sosiologi, Keindahan dalam Puitika Melayu dan Konsep Personaliti
Kendiri Positif
Mengumpul sampel kajian
Kaedah Kepustakaan
Kajian bentuk dan ciri-ciri seloka
Senarai Semak
Kajian perwatakan-perwatakan
dalam seloka
perkaitan
Personaliti orang Melayu
masa kini
Antara perpustakaan yang akan dikunjungi ialah Perpustakaan Tuanku Bainun
(PTB) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Darur-Ridzuan,
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti
Putra Malaysia, Serdang, Selangor Darul Ehsan dan Perpustakaan Awam Hilir Perak,
Teluk Intan, Perak Darur-Ridzuan.
Selain daripada mengunjungi perpustakaan-perpustakaan yang disebutkan di
atas, beberapa laman web dan laman blog dilayari untuk mencari bahan-bahan
rujukan yang lain sebagai tambahan kepada bahan-bahan rujukan utama. Setiap laman
web dan laman blog yang dilayari akan dicatatkan tarikh melayarinya pada bahagian
bibliografi.
Selepas itu, kaedah pengumpulan teks kajian dijalankan. Pengumpulan
Sembilan seloka iaitu enam seloka tempatan dan tiga seloka seberang iaitu Indonesia
dikumpulkan untuk dijadikan sampel kajian.
Seterusnya, penulisan objektif kajian akan dijalankan bersandarkan kepada
tajuk kajian iaitu personaliti masyarakat Melayu dalam seloka. Penulisan objektif
kajian bersandarkan kepada kajian bentuk dan ciri-ciri seloka, dan kajian perwatakan-
perwatakan dalam seloka.
Dalam meneruskan kajian ini, satu senarai semak akan dijalankan sebagai
instrumen kajian. Senarai semak ini dijalankan adalah untuk mengumpul perwatakan-
perwatakan yang terdapat dalam seloka untuk dikaitkan dengan personaliti
masyarakat Melayu. Senarai semak dijalankan dalam dua peringkat iaitu senarai
semak seloka-seloka tempatan dan senarai semak seloka-seloka seberang.
Semua penghujahan perwatakan dalam seloka seperti yang tercatat dalam
senarai semak akan diguna pakai dalam menghujahkan perkaitan dengan personaliti
masyarakat Melayu masa kini.
Seterusnya, pemilihan dan penerapan teori dalam kajian ini akan dijalankan
dalam mengukuhkan lagi penghujahan dalan kajian ini. Pemilihan dan penerapan teori
utama dalam kajian ini adalah teori sosiologi sastera . Selain itu, perkaitan ciri-ciri
keindahan dalam puitika sastera Melayu turut diselitkan dalam kajian ini kerana ia
mampu membuktikan personaliti masyarakat Melayu dalam seloka.
3.2. Proses Mengumpul Data
Dalam kajian ini, semua data dikumpulkan melalui proses mengunjungi Perpustakaan
Tuanku Bainun (PTB) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak
Darur-Ridzuan adalah perpustakaan yang kerap dikunjungi untuk mengumpul data-
data kajian. Selain itu, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Perpustakaan Sultan
Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor Darul Ehsan dan
Perpustakaan Awam Hilir Perak, Teluk Intan, Perak Darur-Ridzuan ada juga
dikunjungi untuk proses yang sama.
Selain itu, proses pengumpulan data yang melibatkan data-data kajian
daripada luar Negara iaitu Indonesia, satu laman blog telah dilayari untuk
mendapatkan data-data tersebut. Semua data kajian daripada Indonesia telah diperoleh
dalam laman blog http://kepustakaanmelayu.blogspot.com.
3.3. Sampel Kajian
Dalam kajian ini, sampel-sampel kajian adalah berbentuk puisi Melayu tradisional.
Satu puisi Melayu tradisional telah dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Puisi
Melayu tradisional tersebut adalah seloka.
Dalam meneruskan kajian ini, enam seloka tempatan telah dipilih dan tiga
seloka daripada Indonesia telah dijadikan sampel kajian luar negara. Semua seloka
tempatan diperoleh daripada proses mengunjungi perpustakaan-perpustakaan yang
dipilih. Manakala semua seloka Indonesia diperoleh daripada proses mengunjungi
laman blognya sendiri.
Antara seloka-seloka tempatan yang dipilih adalah seloka pak kaduk, seloka
emak Si Randang, seloka Pak Pandir, seloka Si Luncai, seloka Pak Balung – ayam
tambatan dan seloka Lebai Malang. Selain itu, tiga seloka dari seberang (Indonesia)
yang terdiri daripada seloka Melayu gerak senandung selayu, seloka Melayu
abrahama dan seloka Melayu silumak budiman.
3.5. Instrumen Kajian
Sebelum kajian ini diteruskan, satu instrumen kajian telah dibuat. Instrumen kajian
yang digunakan adalah senarai semak Menurut Chua Yan Piaw (2006:265), senarai
semak adalah satu instrumen yang melibatkan penyenaraian item yang dilakukan
secara keseluruhan. Ia disediakan adalah untuk mengenal pasti setiap item dalam
setiap bahan kajian dan kekerapannya juga dapat dikenal pasti.
Selepas senarai semak dibuat, penyenaraian perwatakan-perwatakan yang
lebih jelas dalam semua seloka. Setiap penyenaraian perwatakan-perwatakan dalam
seloka akan disertakan dengan contoh terus pada bait-bait yang mengandungi
perwatakan-perwatakan dalam seloka.
Penyenaraian dan pencontohan perwatakan-perwatakan dalam seloka akan
dikaitkan dengan personaliti masyarakat Melayu masa kini. Instrumen kajian ini
dijalankan kerana ia dapat membantu kajian ini dapat dijalankan dengan lancar. Selain
itu, ia juga dapat mengesan kekerapan setiap persoalan yang disenaraikan.
Jadual 1 : Senarai Semak Seloka Tempatan
PerwatakanSeloka
Pak Kaduk
SelokaEmak Si Randang
SelokaPak
Pandir
SelokaSi
Luncai
SelokaPak
Balung
SelokaLebai
Malang1.Pengabaian tanggungjawab.
√ √
2.Sikap baik yang melampau.
√ √
3.Mementingkan orang lain.
√
4. Suka menunjuk-nunjuk.
√
5. Tidak bertimbang rasa.
√
6. Tidak rasional. √ √ √ √
7. Pemalas. √
8. Gelojoh. √
9. Mudah terpedaya.
√ √
10. Sifat tamak. √
11. Bersyukur. √
12. Riak. √
13. Mempertaruhkan diri untuk orang lain.
√
14. Suka berjudi. √
Jadual 2 : Senarai Semak Seloka-Seloka Indonesia
Perwatakan
Seloka Melayu Gerak
Senandung Selayu
Seloka Melayu Abrahama
Seloka Melayu Silumak Budiman
1. Bertindak mengikut nafsu semata-mata.
√
2. Tidak rasional. √
3. Setiap perbuatan berlandaskan Islam.
√ √
4. Setiap perbuatan bermula dari dalam diri sendiri.
√ √
5. Setiap perbuatan harus dinilai.
√
6. Perbuatan jahat akan membinasakan diri sendiri.
√
7. Perbuatan baik akan membahagiakan diri sendiri.
√ √
8. Solat itu tiang agama. √
9. Adat Melayu perlu dijaga.
√
10. Sentiasa mengingati-Nya dalam setiap ujian yang menimpa diri.
√
11. Pemimpin yang hanya menabur janji kosong.
√
12. Hidup dengan penuh sifat bongkak dan ikut perasaan sahaja.
√
13. Tidak terima hakikat asal-usulnya.
√
14. Suka menunjuk-nunjuk.
√
15. Bijak mencari ilmu. √
16. Cari ilmu sehingga mendapat hasilnya.
√
17. Berbicara mengikut akal fikiran.
√
3.6. Analisis dan Interprestasi Data
Hasil daripada senarai semak yang telah dilakukan ke atas semua seloka yang dipilih,
dapat dibuat rumusan tentang personaliti orang Melayu dalam seloka. Dalam
meneruskan kajian ini, satu analisis dan interprestasi data telah dijalankan seperti
yang berikut :
Jadual 3 : Analisis dan Interprestasi Seloka-Seloka Tempatan
Perwatakan Contoh Seloka 1.Pengabaian tanggungjawab. Seloka Emak Si Randang
…Anak di pangku diletakkan, kera di hutan disusui…
Seloka Si Luncai…ada rumah tidak terjaga, ada anak tidak terlatih…
2.Sikap baik yang melampau. Seloka emak Si Randang…Dagang lalu ditanakan, tiada kayu rumah diruntuhkan…
Seloka Pak Balung-ayam tambatanKasih dicurahkan, makan dihidang minum disaji,…hilang dicari lambat dituruti, bulu dicuci leher diurut, ekor dibelai, najis dikaut…
3.Mementingkan orang lain. Seloka Emak Si Randang…Anak di pangku diletakkan, kera di hutan disusui…
4. Suka menunjuk-nunjuk. Seloka emak Si Randang…Dagang pergi awak berhutang, beras habis padi tak jadi…
5. Tidak bertimbang rasa. Seloka Emak Si Randang…Anak di pangku diletakkan, kera di hutan disusui…
6. Tidak rasional. Seloka Pak Kaduk…Ada nasi dicurahkan, awak pulang kebuluran, ada isterinya dibunuh, nyaris mati oleh tak makan…
Seloka emak Si Randang…Dagang lalu ditanakan, tiada kayu rumah diruntuhkan…
Seloka Si Luncai…Ada cerdik tiada selidik, ada mengaji tiada kuasa…
Seloka Lebai Malang…pakaian dibuang bertelanjang pulang,…penat bekejar tiada terkira, ke sana ke mari tersera-sera…
7. Pemalas. Seloka Si Luncai…ada rumah tiada terjaga,…,ada ternakan tidak terbela, ada kebun tidak tertana…
8. Gelojoh. Seloka Pak Pandir…Harta habis badan tergadai…
9. Mudah terpedaya. Seloka Pak Kaduk…Ayamnya menang kampung tergadai…
Seloka Pak Pandir…mendengar gelagak dagang, tak sedar berttelanjang…
10. Sifat tamak. Seloka Lebai Malang…penat bekerja tiada terkiraa, ke sana kem ari tersera-sera, punah golok bersama nira, pulang ke rumah mendapat mara…
11. Bersyukur. Seloka Lebai Malang…ayuhai nasib fakir miskin, dapat sedekah sebungkus lempeng…
12. Riak. Seloka Pak Balung-ayam tambatan…lupa diri lupa daratan, berkokok lantang bersahut sahutan, akulah handal akulah jantan…
13. Mempertaruhkan diri untuk orang lain.
Seloka Pak Balung-ayam tambatan…orang menang awak yang parah, orang ketawa awak berdarah…
14. Suka berjudi. Seloka Pak Balung-ayam tambatan…Nasib pak balung belum pasti, entah untung entahkan rugi…
Jadual 4 :Analisis dan Interprestasi Seloka-Seloka Indonesia
Perwatakan Contoh Seloka1. Bertindak mengikut nafsu semata-mata. SMGSS
…gerak mana tiada langkahnya, hanya sendi nadinya sahaja, gerak mana kaki tangannya, hanya arahan nafsu sahaja…
2. Tidak rasional. SMGSS…kata gerak akal asalnya, akal mana otak sahaja…
3. Setiap perbuatan berlandaskan Islam. SMGSS…gerak mana pilihnya kita, gerak Allah atau nabinya…
SMA…wujus berbeza itu jua, seperti kata pernah berkata, agama turun tunduk nafsunya…
4. Setiap perbuatan bermula dari dalam diri sendiri.
SMGSS…gerak itu lakunya kita, asal dari hati yang ada…
SMA…menunjuk asal tiada bermula, abrahama jua empunya ilmunya, menyatakan hidup dan jalan padaNya…
5. Setiap perbuatan harus dinilai. SMGSS…mana gerak masam rasanya, pada tuan kita bertanya, manis itu gerak macammana, tahukah tuan akan keadaannya…
6. Perbuatan jahat akan membinasakan diri sendiri.
SMGSS…jika gerak dari masamnya, gerak itu maknanya binasa…
7. Perbuatan baik akan membahagiakan diri sendiri.
SMGSS…jika gerak manis adanya, kelak sentosa padanya kita…
SMA…tiada yang tahu hanya baqanya, carilah agar selamat hidup kita…
8. Solat itu tiang agama. SMGSS…selagi gerak dalamnya kita, selagi itu solatlah kita, bukan kerana atas agama, tapi kerana cinta padanya…
9. Adat Melayu perlu dijaga. SMGSS…begitulah adat Melayu adanya, bukan mengejar sahrat agama, tapi mendapatkan kebenarannya, berjuanglah tanpa hentinya, sehingga mati hujungnya cerita…
10. Sentiasa mengingati-Nya dalam setiap ujian yang menimpa diri.
SMGSS…apa yang hendak di atas dunia, semua ujian kepadanya kita, agar gerak kita berguna, bila mati berjasanya kita…
11. Pemimpin yang hanya menabur janji kosong. SMA…Cuma pandai berkata-kata, bukan akal pemimpin hidupnya, tapi nafsu hayat binatangnya, menjadi darah dagingnya kita…
12. Hidup dengan penuh sifat bongkak dan ikut perasaan sahaja.
SMA…jangan terasa bila membaca, kerana hati dan sombong jadiya, terasa manusia akan jadinya…
13. Tidak terima hakikat asal-usulnya. SMA…bukan kebuasan hawa nafsu mak bapa kita, kerana hakikat sakit didengarnya, kerana tak mahu mengaku asalnya, hina sama binatang yang ada…
14. Suka menunjuk-nunjuk. SMA…ilmu baru separuh dada, sudah mengaku imam dunia, bukan ketua akan nafsunya, tapi sikap menunjuk akan hebatnya…
15. Bijak mencari ilmu. SMSB …bila dibaca nampak isinya, bukan kulit rupa ayatnya, itu hanya karung hikmahnya, moga saudara dapat baktinya…
16. Cari ilmu sehingga mendapat hasilnya. SMSB …bila dibaca nampak isinya, bukan kulit rupa ayatnya, itu hanya karung hikmahnya, moga saudara dapat baktinya…
17. Berbicara mengikut akal fikiran. SMSB…cari permata di dalam ayatnya, baru sempurna amalnya kita, bukan ikut anginnya rasa, bukan basah tekak menelannya, bukan kantuk mata memandangnya,
* SMGSS – Seloka Melayu Gerak Senandung Layu* SMA – Seloka Melayu Abrahama* SMSB – Seloka Melayu Silumak Budiman
Rajah 4 : Kerangka Analisis dan Interprestasi Data
Daripada rajah yang di atas, sebelum analisis dan interprestasi data dijalankan,
semua sampel kajian akan dikumpulkan terlebih dahulu. Analisis secara kasar akan
dijalankan terlebih dahulu sebelum analisis sebenar dijalankan. Analisis kasar
bermaksud mengkaji semua sampel kajian dengan menyediakan satu senarai semak
yang lengkap seperti yang telah ditunjukkan dalam jadual 1 dan jadual 2.
Sampel Kajian
Senarai Semak
Analisis
Penyataan Teks
Interprestasi
Teori Perbincangan
Dapatan Kajian
Rumusan
Selepas analisis secara kasar dijalankan, satu analisis lengkap akan dihasilkan
sebaik mungkin seperti yang teradapat dalam jadual 3 dan jadual 4. Analisis ini
bertujuan untuk menyahihkan semua data yang terdapat dalam senarai semak yang
telah dijalankan.
Seterusnya, satu penyataan teks akan dilakukan untuk mengukuhkan lagi isi
kajian iaitu personaliti masyarakat Melayu masa kini dalam seloka. Penyataan teks
bermaksud salinan semula bait-bait seloka yang sepadanan dengan isi kajian supaya
kajian ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan lancar. Ia juga dapat memudahkan
pengkaji memahami dan menghuraikan setiap isi kajian.
Hasil daripada penyataan teks, satu aplikasi teori akan dilakukan semasa
perbincangan dijalankan. Teori yang akan diguna pakai sepanjang perbincangan ini
adalah teori sosiologi sastera, teori pembentukan kendiri dan keindahan dalam puitika
sastera Melayu. Semua perbincangan dan dapatan kajian akan dijalankan dengan
menggunakan aplikasi semua teori yang disebutkan tadi.
3.7. Kerangka Teori
3.7.1. Teori Sosiologi Sastera
Teori sosiologi dalam kritikan sastera ialah satu kaedah kritikan yang menggunakan
prinsip-prinsip teori sosiologi. Sosiologi ada hubungkait dengan aspek-aspek luaran
teks sebagai asas menilai teks. Aspek-aspek yang menjadi teras kemanusiaan dan
kemasyarakatan seperti ekonomi, politik, budaya, dan etika sosial akan turut dilihat
sebagai unsur-unsur penting yang mempengaruhi teks dan pengkaryanya serta
masyarakat pembaca.
Rajah 5 : Kerangka Teori Sosiologi Sastera
Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang
berkenaan dengannya; dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu,
tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi anggota masyarakat..
Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam
masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia; atau secara
ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal
kepada suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat.
Para sosiologi masa kini menyelidik struktur makro yang membentuk dan
seterusnya menjadi teladan kepada masyarakat, seperti kaum atau etnik, kelas
masyarakat dan peranan jantina dan institusi seperti keluarga; proses sosial yang
Teras kemanusiaan
Ekonomi Etika Sosial
BudayaPolitik
Teras kemasyarakatan
Aspek Sosiologi Sastera
mewakili lencongan daripada, atau kehancuran, struktur ini, termasuk jenayah dan
perceraian; dan proses mikro seperti interaksi interpersonal.
Pendekatan sosiologi memberi penekanan kepada aspek pengajaran sosial
bagaimana seseorang rakyat atau individu itu seharusnya menjadi anggota masyarakat
yang berguna, bertanggungjawab demi kepentingan masyarakat umumnya. Dalam hal
ini, pendekatan sosiologi tidak dapat lari dari menuntut dan membicarakan tentang
pengkarya. Di samping itu juga pendekatan ini juga menekankan isi karya yang
mampu memberi manfaat dalam mendidik masyarakat. Karya yang baik adalah karya
yang mampu memberi pengajaran dan mempunyai isi yang mempersoalkan
pembentukkan masyarakat dan individu yang baik.
Mana Sikana (1983: 110) secara ringkasnya, pendekatan ini memberi
penekanan kepada aspek pengajaran sosial sebagaimana seseorang rakyat atau
individu itu seharusnya menjadi anggota masyarakat yang berguna, bertanggungjawab
demi kepentingan masyarakat umumnya. Dalam hal ini, pendekatan sosiologi tidak
dapat lari dari turut membicarakan tentang pengkarya. Aspek sosiologi pengkarya
akan diteliti sama. Sebelum memasuki perbicaraan intrinsik karya, riwayat hidup
pengarang termasuk tempat lahir, sosiolisasi, pendidikan, alam sekitar, status sosial,
nilai-nilai kehidupan dan sebagainya hendaklah ditinjau terlebih dahulu.
Kesimpulannya, dalam meneruskan kajian ini, pandangan teori sosiologi
sastera yang akan menjadi tunjang kepada perjalanan kajian ini adalah penekanan
kepada aspek pengajaran sosial bagaimana seseorang rakyat atau individu itu
seharusnya menjadi anggota masyarakat yang berguna, bertanggungjawab demi
kepentingan masyarakat umumnya.
Teori ini juga menekankan isi karya yang mampu memberi manfaat dalam
mendidik masyarakat. Hal ini bermasksud karya yang baik adalah karya yang mampu
memberi pengajaran dan mempunyai isi yang mempersoalkan pembentukkan
masyarakat dan individu yang baik.
3.7.2. Teori Pembentukan Kendiri
Mok Soon Sang (2009:46) menjelaskan tentang personaliti. Secara umumnya,
personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian atau perwatakan. Personaliti berasal
daripada bahasa Latin iaitu persona. Persona bermaksud topeng muka yang dipakai
oleh pelakon Yunani pada zaman dahulu untuk mewakili sesuatu perwatakan orang di
pentas.
Dalam Wikipedia Ensiklopedia Bebas menyentuh tentang definisi personaliti
atau keperibadian. Ia merupakan satu cabang psikologi yang mengkaji keperibadian
dan proses individu lain yang menjadikan kita manusia. Antara definisi yang lain
merujuk kepada sesuatu kualiti atau keadaan yang terdapat atau sedia wujud di dalam
seseorang individu untuk individu tersebut menggelar dirinya sebagai seorang insan.
Dalam psikologi, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi,
pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa.
Personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang seseorang yang ingin
menzahirkan ciri- ciri kawalan emosi dan pemikiran. Personaliti memainkan peranan
penting seseorang daripada sudut pandangan luaran memainkan karektor diri. Justeru,
personaliti merupakan satu rupa diri yang dapat diukur dari dalam dan boleh
dizahirkan pada luaran. Personaliti ini merangkumi satu penyusunan di antara faktor-
faktor seperti biologi, psikologi dan sosiologi. Untuk proses pergaulan (sosialisasi)
berlaku, seseorang itu haruslah mempunyai personaliti.
Beberapa pendapat tokoh barat dipetik dalam Mok Soon Sang (2009:46) yang
menjelaskan tentang definisi personaliti. Antaranya adalah Gordon Allport
menjelaskan personaliti sebagai satu organisasi psikologikal yang dinamik di dalam
jiwa individu. Sistem ini akan menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaiannya
dengan alam persekitaran. Selain itu, Alder pula menjelaskan personaliti merupakan
satu gaya hidup seseorang individu.
Mischel pula menjelaskan personaliti sebagai susunan pola-pola tingkah laku
manusia yang diaplikasikan dalam situasi kehidupannya. Seterusnya, Crow dan Crow
pula menjelaskan personaliti adalah satu perwatakan fizikal, corak pertuturan dan
daya penarik yang dimilikinya. Akhir sekali, Gagne dan Berliner berpendapat
personaliti adalah satu rangkuman aspek tingkah laku manusia. Ini kerana ia
merupakan satu integrasi keupayaan, motif, sikap, pendapat, kepercayaan, pemikiran
kognitif, emosi dan ciri-ciri seseorang.
Rumusan daripada hasil dapatan definisi tersebut, dapat disimpulkan bahawa
personaliti adalah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang
individu, tetapi berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang
individu dan dapat dilihat dan dinilai melalui tingkah lakunya di dalam situasi pada
sesuatu ketika.
Rajah 6 : Alir Klasifikasi Personaliti
Mok Soon Sang (2009:48) mengkalsifikasikan personaliti tiga kategori iaitu
Introvert, Extrovert dan Ambivert. Ini dapat dijelaskan dalam rajah 5 seperti yang di
atas. Personaliti Introvert ialah orang yang sentiasa menyimpan perasaan dan
emosinya dalam situasi yang nyata. Personaliti Extrovert pula ia lebih suka dengan
dunia luar daripada dunia dalam. Personaliti ini mempunyai semangat yang aktif dan
suka bergaul dengan orang, sentiasa suka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
sosial, sering mengambil inisiatif sendiri, suka perubahan, sering cepat membongkar
perasaannya tetapi cepat pula mengubahnya. Manakala, personaliti Ambivert pula
menjurus kepada ciri-ciri seseorang yang mempunyai kedua-dua ciri personaliti tadi.
Sigmund Freud merupakan seorang ahli psikologi dan psikitaris
Chehoslovakia adalah terkenal dengan kajian personaliti manusia. Memetik pendapat
Sigmund dalam Mok Soon Sang (2009:50), perkembangan personaliti manusia terdiri
daripada tiga bahagian iaitu id, ego dan super ego.
Personaliti Ambivert
Personaliti Introvert
Personaliti Extrovert
Id merupakan bahagian personaliti tak sedar yang berfungsi sebagai stor
penyimpanan untuk keinginan manusia dan mendorong untuk memotivasikan tingkah
lakunya. Ego pula bahagian personaliti yang mengandungi pemikiran realistik dan
logik yang tersusun dan berfungsi mengawal Id supaya keinginannya tidak terlanggar
dengan norma masyarakat. Superego pula bahagian personaliti yang ditugaskan untuk
menghantar maklumat nilai moral kepada Ego untuk bertindak dan mengawal Id.
Selain mengguna pakai konsep pembentukan personaliti, konsep kendiri turut
dijadikan landasan ketiga dalam meneruskan kajian ini. Secara dasarnya konsep
kendiri terbahagi kepada dua kumpulan iaitu konsep Kendiri Positif dan konsep
Kendiri Negatif.
Konsep Kendiri Positif mempunyai ciri-ciri seperti mengalami lebih kejayaan
daripada kegagalan, sering mendapat pujian, gembira, yakin dan percaya pada diri
sendiri. Selain itu, dapat menghadapi masalah dan cabaran dengan tabah. Sikap
optimis, terbuka dan sedia menerima kritikan orang lain adalah ciri yang seterusnya.
Ciri yang berikutnya adalah sikap lebih tenang, mudah berinteraksi dengan orang lain
dan senang dihampiri. Selain itu, mempunyai emosi stabil dan mendapat kasih
sayang, perhatian ibu bapa, guru dan rakan-rakan adalah tinggi.
Konsep Kendiri Negatif pula mempunyai ciri-ciri yang sentiasa mengalami
kegagalan dan selalu dikritik. Selain itu, emosinya tidak stabil dan kurang diterima
oleh masyarakat. Seterusnya, mempunyai keyakinan diri yang rendah, pasif dan
sering menarik diri. Di samping itu, kendiri negatif mempunyai daya intelek yang
rendah dan kurang kasih sayang daripada masyarakat.
Mok Soon Sang (2009:54) dalam mengukuhkan lagi konsep kendiri, pengkaji
telah memetik beberapa definisi konsep kendiri. Antaranya adalah H.V. perkins
berpendapat konsep diri terdiri daripada persepsi, kepercayaan, perasaan, sikap serta
nilai yang khusus dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya. Vernon pula
berpendapat ia satu pandangan kekuatan dan kelemahan diri sendiri serta disokong
dengan maklum balas tentang dirinya sendiri daripada orang lain. Selain itu, Stewat
dan Friedman pula berpendapat konsep kendiri adalah tanggapan individu terhadap
identitynya yang berbeza dengan individu yang lain sejak peringkat bayi.
Pandangan Popplestone dan Mcpherson pula menjelaskan bahawa konsep
kendiri adalah satu integrasi pengetahuan bersma-sama dengan reaksi seseorang yang
membezakan dirinya daripada individu lain. Selain itu, Amir Awang menjelaskan
konsep kendiri adalah integrasi penilaian diri sendiri, penilaian orang lain dan
penilaiannya tentang tanggapan orang lain terhadap dirinya.
Rumusannya, konsep kendiri adalah satu penilaian, pandangan, tanggapan
yang dibentuk daripada hasil interaksi dengan keluarga dan masyarakat serta
pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitaran. Konsep ini memangnya
mempengaruhi segala tingkah laku seseorang individu. Gaya interaksi seseorang
individu dalam persekitaran sedikit sebanyak dapat mencerminkan konsep kendirinya.
Justeru, dalam meneruskan kajian ini, teori pembentukan kendiri akan diguna
pakai dalam mengukuhkan lagi penghujahan dalam kajian ini adalah personaliti
sebagai susunan pola-pola tingkah laku manuasia yang diaplikasikan dalam situasi
kehidupannya. Selain itu, personaliti adalah satu perwatakan fizikal, corak pertuturan
dan daya penarik yang dimilikinya dan satu rangkuman aspek tingkah laku manusia.
Ini kerana ia merupakan satu integrasi keupayaan, motif, sikap, pendapat,
kepercayaan, pemikiran kognitif, emosi dan ciri-ciri seseorang.
3.7.3. Keindahan dalam Puitika Sastera Melayu
Ciri-ciri keindahan dalam puitika sastera Melayu telah diungkapkan dalam teori
puitika sastera Melayu telah diperkenalkan oleh Muhammad Hj Salleh, Teras ini
membincangkan setiap isi kandung dalam seloka mampu memberikan mesej,
pengajaran dan pendidikan kepada setiap pembaca dan pendengar.
Sohaimi Abdul Aziz (2003:94), teori puitika sastera Melayu bertunjangkan
kepada falsafah dan konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional.
Dengan penelitian yang bersifat analitis terhadap ribuan pantun Melayu, Muhammad
Haji Salleh menemukan idealisme keindahan yang mengakar dalam teks-teks
kesusasteraan Melayu tradisional itu. Pendekatan ini membuka jalan kepada pembaca
bagi memahami fenomena keindahan dalam karya-karya kesusasteraan Melayu bagi
tujuan mengangkat nilai keindahan teks kesusasteraan Melayu tersebut, di samping
mencari makna di sebalik keindahan itu dengan hubungan-hubungan yang berada di
luar teks seperti budaya, sikap, pandangan hidup, sejarah dan alam sekitar masyarakat
Melayu itu sendiri.
Antara ciri keindahan dalam puitika sastera Melayu adalah keindahan dalam
mengajar atau mendidik. Teras ini membincangkan setiap isi kandung dalam hasil
karya kesusasteraan Melayu mampu memberikan mesej, pengajaran dan pendidikan
kepada setiap pembaca dan pendengar.
Selain itu, keindahan dalam pengungkapan kesusahan dan kesedihan. Teras ini
pula membincangkan tentang ungkapan yang menzahirkan kesusahan dan kesedihan
dalam setiap isi kandung hasil-hasil karya kesusasteraan Melayu klasik. Penzahiran
kesusahan dan kesedihan dapat ditonjolkan dengan ungkapan-ungkapan dalam hasil-
hasil karya tersebut.
Seterusnya, keindahan dalam penceritaan. Teras ini pula membincangkan
pengkisahan isi kandung dari awal hingga akhir cerita. Biasanya setiap pengkisahan
atau penceritaan memenuhi plot cerita dalam hasil-hasil karya kesusasteraan Melayu.
Disamping itu, keindahan dalam rasa. Teras ini menjurus kepada penglahiran
rasa setelah membaca atau mendengar sesebuah genre kesusasteraan Melayu.
Kebiasaannya, ia melibatkan perasaan pembaca atau pendengar. Kedatangan rasa dan
perasaan membuatkan seseorang pembaca atau pendengar berasa puas dan indah.
Ciri yang terakhir adalah keindahan yang asli. Teras ini membincangkan
setiap hasil-hasil karya kesusasteraan Melayu menepati ciri-ciri puisi Melayu klasik
iaitu pantun dan syair. Kesamaan ini meliputi jumlah baris serangkap, jumlah
perkataan sebaris, jumlah suku kata sebaris, dan pola rima akhir.
Rajah 7 : Ciri-ciri Keindahan dalam Puitika Sastera Melayu
3.8. Kesimpulan
Teori-teori yang digunakan dalam mengukuhkan lagi penghujahan dalam kajian
adalah teori sosiologi sastera, ciri-ciri keindahan dalam puitika sastera Melayu dan
teori pembentukan kendiri. Ketiga-tiga teori akan diguna pakai dalam mengkaji
personaliti masyarakat Melayu masa kini dalam seloka. Jelaslah bahawa teori-teori ini
memang sesuai digunakan untuk mengkaji personaliti yang terdapat dalam seloka.
Melalui teori-teori ini menjelaskan dasar penceritaan masyarakat Melayu masa
kini mendukung budaya eitka sosial dalam golongan masayarakat Melayu.
Keindahan yang asli
Keindahan dalam
penceritaan
Seloka-seloka tempatan dan
Indonesia
Keindahan dalam rasa
Keindahan dalam
pengungkapan kesusahan dan
kesedihan
Keindahan dalam mengajar dan mendidik
Karya sastera itu adalah khazanah budaya, yang mengandungi isi, pemikiran,
bentuk, bahasa dan estetikanya. Sosiologi merupakan kajian tentang hukum
masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya; dan orang yang berlainan bukan
setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, anggota
masyarakat.
Penceritaan yang mempunyai nilai-nilai keindahan mampu mengubah persepsi
masyarakat Melayu masa kini yang mengatakan seloka adalah puisi yang berunsur
sindiran tetapi hakikatnya, seloka dicipta untuk menyindir secara halus untuk
dijadikan pengajaran dan pendidikan kepada semua masyarakat Melayu masa kini.
Penggunaan teori pembentukan kendiri amat bertepatan dengan tajuk kajian ini kerana
ia melibatkan kajian yang menyentuh personaliti dan pembentukan kendiri iaitu
sahsiah diri seseorang.
BAB EMPAT
DAPATAN KAJIAN
4.0. Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan dapatan kajian yang telah dijalankan ke
atas enam seloka tempatan dan tiga seloka Indonesia. Semua dapatan kajian ke atas
Sembilan seloka tersebut dapat dibahagikan kepada tiga dapatan kajian.
Dapatan kajian yang pertama adalah menghuraikan tentang bentuk seloka itu
sendiri. Hal ini bermaksud, terlebih dahulu dibicarakan mengenai bentuk dan ciri-ciri
seloka kerana ingin memberi pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat
Melayu masa kini tentang seloka.
Dapatan kajian yang kedua pula akan membincangkan mengenai perwatakan-
perwatakan dalam seloka yang akan dikaitkan dengan personaliti masyarakat Melayu
masa kini. Semua perwatakan dalam seloka-seloka yang dikaji akan dibuktikan
dengan bait-bait seloka yang sesuai dan bertepatan dengan perwatakan-perwatakan
yang dinyatakan.
Dapatan kajian yang terakhir pula akan mengaitkan perwatakan dalam seloka
dengan personaliti masyarakat Melayu masa kini yang boleh dijadikan pengajaran dan
teladan dalam meneruskan kehidupan dalam era globalisasi dan dunia tanpa
sempadan. Selain itu, perbincangan dalam dapatan yang ketiga ini juga akan
menyelitkan perbincangan ciri-ciri keindahan puitika sastera Melayu dan
pembentukan kendiri positif atau negatif.
4.1. Bentuk Seloka
Pada dasarnya, seloka adalah salah satu puisi Melayu tradisional yang
berbentuk naratif (cerita). Penceritaan dalam seloka bermula dari baris pertama
hingga akhir yang membawa kepada satu penceritaan yang lengkap. Dalam seloka ada
gurau-senda yang mengandungi unsur-unsur sindiran yang ditulis dalam bentuk
bahasa puisi, dan mengandungi pengajaran atau teladan. Ini menunjukkan masyarakat
Melayu tradisional dianggap ringkas, kolektif dan serba kekurangan itu telah
menghasilkan puisi-puisi yang begitu banyak dan berkualiti.
Dalam mendasari bentuk seloka, ianya lebih menjurus kepada bentuk luaran
seloka itu sendiri. Bentuk luaran seloka meliputi bilangan rangkap dan bilangan baris
serangkap, bilangan perkataan sebaris, bilangan suku kata sebaris dan pola rima
akhirnya. Keseluruhannya, bentuk seloka lebih kepada bentuk bebas dan tidak terikat
tetapi masih mempunyai kesamaan dengan mana-mana genre puisi Melayu tradisional
yang lain seperti pantun dan syair. Kesamaan yang dimaksudkan adalah dari segi
bilangan perkataan sebaris dan bilangan suku kata sebaris. Seloka boleh dikatakan
hampir sama dengan bentuk gurindam. Walaubagaimanapun, gurindam masih
mempunyai bentuk yang sama dengan pantun dua kerat.
Dalam membincangkan bentuk seloka, pengkaji akan memilih empat seloka
kajian sebagai dapatan kepada perbincangan bentuk seloka. Seloka-seloka yang
dipilih adalah seloka Pak Kaduk, seloka Pak Pandir, seloka Emak si Randang dan
seloka Melayu Silumak Budiman.
4.1.1. Seloka Pak Kaduk
Ayuhai malang Pak Kaduk,Ayamnya menang kampung tergadai,Ada nasi dicurahkan,Awang pulang kebuluran,Ada isteri di bunuh,Nyaris mati oleh tak makan,Mudik menongkah surut,Hilir menongkah pasang,Masa belayar kematian angin,Sauh dilabuh bayu berpuput,Ada rumah bertandang duduk,Rumah runtuh awak menumpang.
Seloka Pak Kaduk mempunyai satu rangkap sahaja dan bilangan barisnya
adalah 12 baris. Bilangan perkataannya pula antara tiga hingga lima patah perkataan
(p.p) sebaris.
Ayuhai malang Pak Kaduk, 3 p.pAyamnya menang kampung tergadai, 4 p.p…Nyaris mati oleh tak makan, 5 p.p
Dalam bilangan suku kata pula. Seloka Pak Kaduk mempunyai antara lapan
hingga sepuluh suku kata (s.k).
A/yu/hai/ ma/lang/ Pak/ Ka/duk/, 8 s.kA/yam/nya/ me/nang/ kam/pung/ ter/ga/dai/, 10 s.k…Nya/ris/ ma/ti/ o/leh/ tak/ ma/kan/, 9 s.k
Seloka Pak Kaduk ini mempunyai pola rima akhirnya yang menarik. Hal ini
bermaksud ulangan huruf-hurufnya tidak menjalar dan sering mengulangi huruf-huruf
yang sama. Hal ini akan menyebabkan perjalanan cerita dan pendeklamasiannya akan
menjadi lancar dan sedap didengar oleh para pendengar.
Ayuhai malang Pak Kaduk, aAyamnya menang kampung tergadai, bAda nasi dicurahkan, cAwang pulang kebuluran, cAda isteri di bunuh, dNyaris mati oleh tak makan, cMudik menongkah surut, eHilir menongkah pasang, fMasa belayar kematian angin, cSauh dilabuh bayu berpuput, gAda rumah bertandang duduk, aRumah runtuh awak menumpang. f
4.1.2. Seloka Pak Pandir
Pandai! Pak Pandir!Anak dipijak dagang dijunjung,Kucing dibunuh tikus dibela,Harta habis badan tergadai,Mendengar gelagak dagang,Tak sedar bertelanjang,Mendengar guruh di langit,Air tempayan dicurahkan,Mulut disuap pisang,Buntut dicangkuk onak,Gunting makan di hujung,Pak Pandir juga menanggung!Apa didengar gelagak dagang,Gelagak rambutan jantan,Orang berbunga dia berbunga,Orang berbuah dia haram!Kilat memancar hujan tak jadi,Awak juga yang menanggung.
Seloka Pak Pandir mempunyai satu rangkap sahaja dan 18 baris serangkap.
Bilangan perkataan sebarisnya pula adalah antara tiga hingga lima perkataan (p.p)
sebaris.
…Gelagak rambutan jantan, 3 p.pOrang berbunga dia berbunga, 4 p.pOrang berbuah dia haram! 4 p.pKilat memancar hujan tak jadi, 5 p.p…
Seloka Pak Pandir ini juga mempunyai pola rima akhirnya yang menarik. Hal
ini bermaksud demikian kerana setiap ulangan huruf pada hujung baris tidak menjalar
dan terdapat huruf-huruf yang sama. Hal ini akan bermaksud plot cerita dalam seloka
tersebut dan pendeklamasiannya akan menjadi lancar dan sedap didengar oleh para
pendengar.
Pandai! Pak Pandir! aAnak dipijak dagang dijunjung, bKucing dibunuh tikus dibela, cHarta habis badan tergadai, dMendengar gelagak dagang, bTak sedar bertelanjang, bMendengar guruh di langit, eAir tempayan dicurahkan, fMulut disuap pisang, bBuntut dicangkuk onak, gGunting makan di hujung, bPak Pandir juga menanggung! bApa didengar gelagak dagang, bGelagak rambutan jantan, fOrang berbunga dia berbunga, cOrang berbuah dia haram! hKilat memancar hujan tak jadi, dAwak juga yang menanggung. b
Manakala dalam bilangan suku kata sebaris pula, seloka Pak Pandir
mempunyai antara lapan hingga 10 suku kata (s.k) sebaris.
…Ge/la/gak/ ram/bu/tan/ jan/tan/, 8 s.kO/rang/ ber/bu/nga/ di/a/ ber/bu/nga/, 10 s.k…
4.1.3. Seloka Emak Si Randang
Baik budi emak si RandangDagang lalu ditanakkanTiada kayu rumah diruntuhkan,Anak pulang kelaparan,Anak di pangku diletakkan,Kera di hutan disusui,Dagang pergi awak terhutang,Beras habis padi tak jadi.
Dalam seloka tersebut, ia mempunyai satu rangkap sahaja. Bilangan barisnya
pula adalah sebanyak lapan baris. Bilangan perkataan sebaris pula adalah antara tiga
hingga lima patah perkataan (p.p).
…Dagang lalu ditanakkan 3 p.pTiada kayu rumah diruntuhkan,…Beras habis padi tak jadi. 5 p.p
Dalam bilangan suku kata sebaris pula, seloka ini mempunyai suku kata antara
lapan hingga 11 suku kata sebaris (s.k).
…Ti/a/da/ ka/yu/ ru/mah/ di/run/tuh/kan/, 11 s.kA/nak/ pu/lang/ ke/la/pa/ran/, 8 s.k…
Apabila diteliti dalam pola rima akhirnya pula, seloka ini mempunyai pola
rima akhir yang menarik dan indah. Pengulangan pola rima akhir yang sama
mendatangkan keindahan dalam pendeklamsiannya dan pendengarnya.
Baik budi emak si Randang aDagang lalu ditanakkan bTiada kayu rumah diruntuhkan, bAnak pulang kelaparan, bAnak di pangku diletakkan, bKera di hutan disusui, cDagang pergi awak terhutang, dBeras habis padi tak jadi. c
4.1.4. Seloka Melayu Silumak Budiman
Seloka Melayu Silumak Budiman merupakan salah satu seloka kajian yang dipetik
daripada Indonesia. Seloka tersebut merupakan seloka yang terlalu bebas dan tidak
terikat dengan mana-mana seloka Melayu.
Inilah silumak budiman kisahnya, sebagai seloka empunya kersa, kerana hendak jenaka hikmahnya, semoga karya mendatang sembahnya, untuk senda masa yang ada, agar faedah untuk semua, bukan sekadar baca ianya, tapi tempat melamar adanya, akan ilmu Melayu gayanya, menyampai kata dalam selokanya, bukan ajar dan tunjuk lagaknya, hanya sekadar penglipur jiwa, bagi saudara yang suka mencarinya, akan nikmat seloka Melayunya, inilah madah kiasan rasa, untuk saudara penggemar rahsia, jika sungguh bagai dikata, nescaya seloka dapat membuktikannya, kepada mereka yang ambil lewa, anggaplah ini selogan mutiara, mana tahu sampai masanya, bila dibaca nampak isinya, bukan kulit rupa ayatnya, itu hanya karung hikmahnya,moga saudara dapat baktinya, sebagai Melayu inilah caranya, mengenal akan daifnya kita, bagai silumak tatacaranya, sembah wayang sembah bayangnya, itu kias melamun ilhamnya, menyalurkan petua dan seloka, bermain ayat membahasakan rasa, bukan tualang jejaknya ada, hanya kelana araknya mega, kalau tuan bijaklah sana, cari permata didalam ayatnya, baru sempurna amalnya kita, bukan ikut anginnya rasa, bukan basah tekak menelannya, bukan kantuk mata memandangnya, ini hiasan budiman arkata, melambai mesra akan tuntunnya,bukan lambaian sepoi bahasa,
tapi sepoi menghapus dosa, ikutlah saudara rentaknya kita, ikut menari sepapan panjangnya, ikutkan irama segulung samudranya, ikutlah gurindam mainan cintanya, Melayu jualah empunya akalnya, menyaji cerita dalam nestapa, miskin dan hina di dalam dunia, tiada pandai arif sahaja, tiada gedung ilmu didada, tapi niat hendakkan bangsa, menjadi termasyhur di atas dunia, bukan kerana kaya yang ada, atau ilmu menggunung adanya, tapi akal yang dapat berbicara, dalam bentuk asalnya kita, dari awal hingga akhirnya, selagi Melayu masih yang ada, bila mulut meluah kata, maka kata menjadi ayatnya, maka ayat menjadinya seloka….
Pada dasarnya, seloka ini terlalu panjang dan berdert-deret. Pengkaji telah
membuat keputusan untuk memetik sebahagian sahaja penceritaan dalam seloka
tersebut untuk tujuan pengkajian personaliti yang terkandung dalam seloka-seloka
kajian daripada Indonesia. Apabila dilihat pada petikan seloka tersebut, jelas kelihatan
seloka tersebut terlalu bebas dan tidak terikat dengan mana-mana bentuk seloka
Melayu tradisional (tempatan).
Seloka Silumak Budiman mempunyai satu rangkap sahaja dan bilangan
barisnya adalah sebanyak 65 baris. Dalam seloka tersebut bilangan perkataan sebaris
(p.p) adalah antara tiga hingga enam patah perkataan.
…menyaji cerita dalam nestapa, miskin dan hina di dalam dunia, 6 p.p…ilmu menggunung adanya, 3 p.p
tapi akal yang dapat berbicara, …
Manakala jika dilihat daripada bilangan suku katanya dalam sebaris pula, suku
kata sebaris antara lapan hingga 11 suku kata sebaris (s.k).
…menyaji cerita dalam nestapa, mis/kin/ dan/ hi/na/ di/ da/lam/ du/ni/a/ 11 s.k…Il/mu/ meng/gu/nung/ a/da/nya/, 8 s.ktapi akal yang dapat berbicara, …
Jika dilihat daripada bentuk pola rima akhirnya pula, seloka ini jelas kelihatan
terlalu panjang dan membentuk pola rima akhir yang menyerupai syair iaitu a-a-a-a.
Walau bagaimanapun, seloka ini tidak mengikut syair sepenuhnya.
Inilah silumak budiman kisahnya, asebagai seloka empunya kersa, akerana hendak jenaka hikmahnya, asemoga karya mendatang sembahnya, auntuk senda masa yang ada, aagar faedah untuk semua, abukan sekadar baca ianya, atapi tempat melamar adanya, aakan ilmu Melayu gayanya, amenyampai kata dalam selokanya, abukan ajar dan tunjuk lagaknya, ahanya sekadar penglipur jiwa, abagi saudara yang suka mencarinya, aakan nikmat seloka Melayunya, ainilah madah kiasan rasa, auntuk saudara penggemar rahsia, ajika sungguh bagai dikata, anescaya seloka dapat membuktikannya, akepada mereka yang ambil lewa, aanggaplah ini selogan mutiara, amana tahu sampai masanya, abila dibaca nampak isinya, abukan kulit rupa ayatnya, aitu hanya karung hikmahnya, a
moga saudara dapat baktinya, asebagai Melayu inilah caranya, amengenal akan daifnya kita, abagai silumak tatacaranya, asembah wayang sembah bayangnya, aitu kias melamun ilhamnya, amenyalurkan petua dan seloka, abermain ayat membahasakan rasa, abukan tualang jejaknya ada, ahanya kelana araknya mega, akalau tuan bijaklah sana, acari permata didalam ayatnya, abaru sempurna amalnya kita, abukan ikut anginnya rasa, abukan basah tekak menelannya, abukan kantuk mata memandangnya, aini hiasan budiman arkata, amelambai mesra akan tuntunnya, abukan lambaian sepoi bahasa, atapi sepoi menghapus dosa, aikutlah saudara rentaknya kita, aikut menari sepapan panjangnya, aikutkan irama segulung samudranya, aikutlah gurindam mainan cintanya, aMelayu jualah empunya akalnya, amenyaji cerita dalam nestapa, amiskin dan hina di dalam dunia, atiada pandai arif sahaja, atiada gedung ilmu didada, atapi niat hendakkan bangsa, amenjadi termasyhur di atas dunia, abukan kerana kaya yang ada, atau bilmu menggunung adanya, atapi akal yang dapat berbicara, adalam bentuk asalnya kita, adari awal hingga akhirnya, aselagi Melayu masih yang ada, abila mulut meluah kata, amaka kata menjadi ayatnya, amaka ayat menjadinya seloka a….
Keseluruhannya, seloka ini membincangkan mengenai tuntutan ilmu yang
perlu ada dalam diri setiap manusia. Tanpa ilmu kehidupan seseorang akan terabai
dan tidak berguna. Seloka ini menyuruh manusia supaya berusaha mencari ilmu
hingga ke akhir hayat. Kepuasan dalam diri akan terbukti apabila ilmu yang dicari
membuahkan hasil dalam kehidupan masing-masing.
Kesungguhan seseorang dalam mencari ilmu akan melarikan dirinya daripada
dipandang hina dalam masyarakat setempat. Pesanan dan seloka ini amat penting
dalam diri seseorang kerana ilmu itu adalah penyuluh hidup dalam kehidupan
seseorang. Sekiranya ilmu penuh di dada, dan dicampur dengan pemikiran yang
waras, nescaya kehidupan sesoerang tidak akan ditipu atau diperdaya oleh orang lain.
Kesimpulannya, seloka-seloka yang di atas telah digunakan untuk mengkritik
golongan yang tidak membuat atau menjalankan urusan dengan betul. Apa yang amat
menarik ialah ungkapan-ungkapan yang berupa sindiran dan kiasan itu tidak hanya
tepat untuk mengkritik masyarakat zaman dahulu. Lebih penting ianya terus relevan
dengan situasi semasa. Pada masa ini masih ada golongan atasan yang terlalu menjaga
kepentingan ’orang dagang’ hingga melupai atau mengabaikan kebajikan rakyat asal.
Pada masa ini terdapat ramai orang yang menanggung kerugian kerana mengharapkan
keuntungan yang belum tentu. Isi seloka ini perlu difahami dan dijadikan pengajaran
dan iktibar kepada setiap golongan masyarakat.
4.2. Personaliti Masyarakat Melayu Masa Kini dalam Seloka-seloka Melayu Tempatan
Dalam dapatan yang kedua ini, perbincangan mengenai perwatakan-perwatakan yang
terdapat dalam semua seloka yang dikaji akan dihuraikan dengan contoh bait-bait
seloka yang sesuai dan bertepatan dengan isi perbincangan. Pertamanya, semua
perwatakan dalam seloka-seloka yang dipilih akan dipamerkan dalam bentuk jadual.
Jadual 5 : Personaliti Masyarakat Melayu Masa Kini dalam Seloka-Seloka Tempatan
Personaliti Contoh Seloka 1.Pengabaian tanggungjawab. Seloka Emak Si Randang
…Anak di pangku diletakkan, kera di hutan disusui…
Seloka Si Luncai…ada rumah tidak terjaga, ada anak tidak terlatih…
2.Sikap baik yang melampau. Seloka emak Si Randang…Dagang lalu ditanakan, tiada kayu rumah diruntuhkan…
Seloka Pak Balung-ayam tambatanKasih dicurahkan, makan dihidang minum disaji,…hilang dicari lambat dituruti, bulu dicuci leher diurut, ekor dibelai, najis dikaut…
3.Mementingkan orang lain. Seloka Emak Si Randang…Anak di pangku diletakkan, kera di hutan disusui…
4. Suka menunjuk-nunjuk. Seloka emak Si Randang…Dagang pergi awak berhutang, beras habis padi tak jadi…
5. Tidak bertimbang rasa. Seloka Emak Si Randang…Anak di pangku diletakkan, kera di hutan disusui…
6. Tidak rasional. Seloka Pak Kaduk…Ada nasi dicurahkan, awak pulang kebuluran, ada isterinya dibunuh, nyaris mati oleh tak makan…
Seloka emak Si Randang…Dagang lalu ditanakan, tiada kayu rumah diruntuhkan…
Seloka Si Luncai…Ada cerdik tiada selidik, ada mengaji tiada kuasa…
Seloka Lebai Malang…pakaian dibuang bertelanjang pulang,…penat bekejar tiada terkira, ke sana ke mari tersera-sera…
7. Pemalas. Seloka Si Luncai…ada rumah tiada terjaga,…,ada ternakan tidak terbela, ada kebun tidak tertana…
8. Gelojoh. Seloka Pak Pandir…Harta habis badan tergadai…
9. Mudah terpedaya. Seloka Pak Kaduk…Ayamnya menang kampung tergadai…
Seloka Pak Pandir…mendengar gelagak dagang, tak sedar berttelanjang…
10. Sifat tamak. Seloka Lebai Malang…penat bekerja tiada terkiraa, ke sana kem ari tersera-sera, punah golok bersama nira, pulang ke rumah mendapat mara…
11. Bersyukur. Seloka Lebai Malang…ayuhai nasib fakir miskin, dapat sedekah sebungkus lempeng…
12. Riak. Seloka Pak Balung-ayam tambatan…lupa diri lupa daratan, berkokok lantang bersahut sahutan, akulah handal akulah jantan…
13. Mempertaruhkan diri untuk orang lain.
Seloka Pak Balung-ayam tambatan…orang menang awak yang parah, orang ketawa awak berdarah…
14. Suka berjudi. Seloka Pak Balung-ayam tambatan…Nasib pak balung belum pasti, entah untung entahkan rugi…
4.2.1. Pengabaian tanggungjawab
Pengabaian tanggungjawab terdapat dalam seloka Emak Si Randang dan seloka Si
Luncai.
Dalam seloka emak Si Randang jelas dibuktikan pengabaian tanggungjawab.
‘anak dipangku diletakkan, kera dihutan disusui’. Hal ini bermaksud, emak Si
Randang sanggup menngabaikan anaknya sendiri semata-mata ingin menjaga hati dan
membantu orang lain. Malah tanggungjawabnya dalam menjaga harta benda tidak
diberi tanggungjawab sepenuhnya. Hal ini demikian kerana emak Si Randang
sanggup menghabiskan harta bendanya kepada orang lain yang tiada pertalian darah
dengannya.
Dalam seloka Si Luncai pula, pengabaian tanggungjawab dapat dibuktikan
apabila Si Luncai yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dengan
membiarkan anak-anaknya kelaparan, rumah yang tidak dijaga dengan baik dan
segala ternakan serta tanaman dibiarkan begitu sahaja. Ini dapat dibuktikan pada ‘ada
rumah tidak dijaga, ada anak tidak terlatih’.
Rumusannya, pengabaian tanggungjawab dalam masyarakat Melayu masa kini
masih jelas sehingga kini. Kegagalan kedua ibu bapa dalam melengkapkan
tanggungjawab dalam kehidupan keluarga masing-masing telah menyebabkan
berlakunya gejala-gejala sosial yang semakin menular dalam kalangan masyarakat
Melayu masa kini. Golongan remaja hidup semakin liar ekoran tiada teguran oleh ibu
bapa mereka.
Perkaitan dengan ciri keindahan dalam puitika sastera Melayu iaitu keindahan
dalam puitika sastera Melayu, pengabaian tanggungjawab boleh dikaitkan dengan
keindahan dalam mengajar dan mendidik. Seloka emak Si Randang dan seloka Si
Luncai dicipta untuk mendidik masyarakat Melayu masa kini supaya
bertanggungjawab dalam semua perkara. Tanggungjawab yang besar iaitu
tanggungjawab kepada keluarga, alam sekitar, sesama manusia dan haiwan perlu
dititikberatkan kepada semua masyarakat.
Dalam membentuk pembentukan kendiri yang positif pula, setiap manusia
perlu memainkan peranan bertanggungjawab kerana ia boleh menbentuk satu
kehidupan bermasyarakat yang akan memberikan pendedahan kepada persekitaran
kehidupan manusia yang berguna. Pengabaian tanggungjawab dalam semua perkara
akan menjurus kepada pembentukan kendiri negatif kerana ia akan menjurus kepada
berkembangnya gejala sosial yang akan menular dari masa ke semasa. Pembentukan
personaliti yang unggul adalah bergantung kepada sikap dalaman sesorang.
Masyarakat Melayu masa kini yang bertanggungjawab akan memberikan satu
pandangan personaliti yang unggul dalam kaca mata masyarakat sekeliling.
Menurut Mana Sikana (1945:9), dalam pergaulan hidup seharian, harus ada
anggapan mana yang baik dan mana yang buruk. Berasaskan pertimbangan ini, ia
akan mengatur tingkah laku individu dan hubungan kekeluargaan. Dengan demikian
ada peraturan dan pegangan dalam tingkah laku manuasia yang kemudian mengisi
dan membentuk kehidupan masyarakat.
4.2.2. Baik yang Melampau
Sikap baik yang melampau dapat dibuktikan dalam seloka emak Si Randang dan
seloka Pak Balung-Ayam Tambatan.
Dalam seloka emak Si Randang, sikap baik yang melampau dapat dibuktikan
pada bait ‘dagang lalu ditanakkan, tiada kayu diruntuhkan’. Dalam seloka ini jelas
membuktikan sikap baik yang melamau-lampau. Hal ini bermaksud emak Si Randang
sanggup meruntuhkan rumahnya untuk dijadikan kayu api semata-mata ingin
menyediakan jamuan kepada tetamu.
Dalam seloka Pak Balung-Ayam Tambatan pula, dibuktikan pada bait ‘kasih
dicurahkan, makan dihidang, minum disaji…hilang dicari, lambat dituruti, bulu
dicuci, leher diurut, ekor dibelai, najis dikaut’. Dalam seloka ini, ayam jantan
dijadikan lambang kepada menyindir seseorang. Hal ini menjelaskan sikap terlalu
baik dengan seseorang akan mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Dalam kedua-dua seloka itu tadi masih dikelompokkan kepada ciri keindahan
dalam mengajar dan mendidik. Masyarakat Melayu masa kini sudah tentunya
mempunyai sikap baik hati dalam diri masing-masing. Sewajarnya sikap tersebut
mestilah berpada-pada kerana sekiranya terlalu baik hati ia akan memudaratkan dan
merugikan diri sendiri. Dalam pepatah Melayu juga menjelaskan ‘ buat baik berpada-
pada, buat jahat jangan sekali’. Penggunaan pepatah tersebut dalam kehidupan harian
amat penting kerana ia membantu kita dalam meneruskan kehidupan tanpa sempadan
ini.
Dalam membentuk personaliti dan kendiri yang positif, sikap baik hati amat
perlu dan diterapkan dalam diri semua lapisan masyarakat. Walaubagaimanapun,
sikap tersebut janganlah ditunjukkan secara melampau kerana ia akan mengundang
kepada orang lain yang akan mengambil kesempatan atas diri sendiri kerana sikap
tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan kes-kes penipuan dalam kalangan
masyarakat Melayu masa kini.
Dalam menerima tetamu sebenarnya ia hendaklah dilayan dengan sebaik yang
mungkin. Namun ia janganlah berlebih-lebihan sehingga memudaratkan diri sendiri.
Wan Rosili Abd. Majid (2004) menjelaskan tradisi menerima tetamu amat baik tetapi
perlu ada adab-adab yang perlu dilaksanakan. Adab menyambut tetamu memerlukan
tingkah laku dan tindakan tuan rumah mengekalkan tatasusila terpelihara dan tidak
melanggar batas sempadan.
4.2.3. Mementingkan Orang Lain
Sikap mementingkan orang lain dapat dibuktikan dalam seloka emak Si Randang. Ini
jelas dibuktikan pada ‘anak diapngku diletakkan, kera di hutan disusui’.
Dalam seloka tersebut, jelas menunjukkan sikap mementingkan orang lain.
Emak Si Randang sanggup meninggalkan anak sendiri semata-mata untuk
menyambut tetamu. Ini kerana emak Si Randang suka menunjuk-nunjuk demi
mendapatkan pujian kerana terlalu baik.
Sikap mementingkan orang lain dapat dibuktikan sebagai ciri keindahan dalam
mengajar dan mendidik. Sewajarnya dalam kehidupan masyarakat Melayu masa kini
tidak timbul lagi sikap mementingkan orang lain kerana dalam kehidupan sekarang
ramai telah ditipu dek kerana percaya kepada seseorang. Justeru, dalam meneruskan
kehidupan seharian, masyarakat Melayu masa kini perlu berhati-hati dalam menerima
kedatangan orang lain kerana kita tidak mengenali dengan lebih dekat hati budi orang
tersebut. Ada kalanya, orang itu yang dianggap tetamu boleh mengundang kepada
penipuan, penculikan dan rompakan seperti yang telah berlaku pada masa-masa yang
lalu. Kes penipuan dek kerana mempercayai semakin meningkat sejak kebelakangan
ini.
Dalam personaliti masyarakat Melayu masa kini pula, sikap mementingkan
orang lain tidak perlu ada lagi dalam sanubari masing-masing. Pembentukan kendiri
yang positif adalah konsep kendiri yang mampu menjaga diri sendiri daripada orang
lain. Hal ini bermaksud kehidupan seharian hanya memerlukan diri sendiri sahaja
untuk meneruskan kehidupan masing-masing tanpa bantuan orang lain.
Memetik pandangan Kalam I.A.R (2008) yang menjelaskan mengenai sikap
mementingkan orang lain. Mementingkan orang lain dalam kehidupan adalah suatu
yang kadang kala begitu sukar dalam kehidupan kita. Ini mungkin masyarakat
sekarang tidak mempunyai matlamat untuk mementingkan diri orang lain dalam
kehidupan masing-masing. Hakikatnya, mementingkan diri sendiri ini menjurus
kepada kemahuan diri sendiri untuk dipuji dan disanjung oleh masyarakat setempat.
4.2.4. Suka Menunjuk-nunjuk
Sikap suka menunjuk-nunjuk dapat dibuktikan dalam seloka emak Si Randang. Ia
jelas dibuktikan pada bait ‘dagang pergi awak berhutang, beras habis, padi tak jadi’.
Dalam seloka tersebut, jelas membuktikan emak Si Randang suka menunjuk-
nunjuk. Sikap menunjuk-nunjuknya itu akhirnya telah merugikan diri sendiri. Emak
Si Randang sanggup berhabisan kerana ingin menyambut tetamu tanpa memikirkan
nasib dirinya sendiri. Jelas, akhirnya tetamu yang disanjung-sanjung telah merugikan
dirinya sendiri dan tidak mampu untuk meneruskan kehidupannya kerana telah
kehabisan makanan.
Sikap ini masih digolongkan dalam keindahan mengajar dan mendidik. Sikap
menunjuk-nunjuk seharusnya tidak perlu ada dalam diri masyarakat Melayu masa kini
kerana sikap tersebut adalah amalan riak dan bangga diri. Seharusnya semua
masyarakat Melayu masa kini perlu bersikap rendah diri dalam apa jua perkara yang
dilakukan dalam kehidupan seharian masing-masing. Sikap menunjuk-nunjuk akan
mendorong kepada masyarakat yang tidak bertamadun kerana lebih menjurus kepada
sikap riak dan bangga diri. Amalan sedemikian tidak perlu dilakukan kerana ia boleh
mendorong kepada hilangnya kawan di sekeliling kita.
Dalam membentuk personaliti yang positif, sikap menunjuk-nunjuk perlu
dihindari dalam diri setiap masyarakat Melayu masa kini. Apabila sikap itu tidak
diterapkan dalam diri setiap masyarakat Melayu masa kini, nescaya ia akan senang
didekati dan dihormati kerana sikap rendah diri dalam hati masing-masing.
Masih lagi memetik pandangan Kalam I.A.R (2008) yang menyentuh sikap
mementingkan orang lain yang menjurus kepada suka menunjuk-nunjuk. Budaya suka
menunjunk-nunjuk dalam masyarakat amat tidak sesuai dan tidak harus dipraktikkan.
Budaya sedemikian biasanya meletakkan diri sesorang yang memerlukan pujian dan
penghargaan yang tinggi dalam kehidupan sesorang.
4.2.5. Tidak Bertimbang Rasa
Seloka emak Si Randang ada menyentuh sikap tidak bertimbang rasa. Sikap ini dapat
dibuktikan pada bait ‘anak dipangku diletakkan, kera di hutan disusui’. Dalam seloka
ini kelas menunjukkan sikap emak Si Randang yang tidak bertimbang dalam dalam
kehidupannya. Emak Si Randang sanggup melupakan anaknya sendiri semata-mata
ingin menyambut dan melayan tetamu yang datang bertandang ke rumahnya. Emak si
Randang sanggup membiarkan anaknya kelaparan kerana terlalu menyanjung dan
melayan tetamu yang datang bertandang ke rumahnya.
Sikap tidak bertimbang rasa dalam seloka ini masih lagi dalam keindahan
mengajar dan mendidik. Seloka ini dicipta untuk memberi teguran kepada masyarakat
Melayu masa kini dalam kehidupan masing-masing. Masyarakat Melayu masa kini
hendaklah sentiasa hidup dalam bertimbang rasa. Sikap bertimbang rasa dalam diri
masyarakat Melayu masa kini perlu ada kerana ia dapat memberi pengajaran dan
teladan kepada semua.
Sikap bertimbang rasa ini perlu ada terutamanya kepada masyarakat yang
memerlukan seperti orang buta yang ingin melintas jalan, fakir miskin yang meminta
bantuan, wanita mengandung yang berada dalam pengangkutan awam dan orang
kelainan upaya (OKU). Semua masyarakat tersebut memerlukan bantuan yang
sewajarnya daripada masyarakat Melayu masa kini yang bertimbang rasa.
Sikap tidak bertimbang rasa adalah personaliti dan kendiri yang negatif. Sikap
ini tidak seharusnya ada dalam diri masyarakat Melayu masa kini kerana sikap ini
boleh mendatangkan keburukan dalam diri sendiri terutamanya dan masyarakat
amnya. Seharusnya, masyarakat Melayu masa kini perlu bertimbang rasa kerana ia
adalah personaliti dan kendiri positif. Pembentukan personaliti dan kendiri yang
positif akan memberi kebahagiaan dalam diri sendiri dan masyarakat Melayu masa
kini.
Menurut pandangan Abu Musaddad (2008) yang menjelaskan mengenai
bertimbang rasa dalam masyarakat mengikut fahaman Islam. Hakikatnya, amalan
bertimbang rasa perlu ada dalam kalangan masyarakat masa kini kerana ia adalah sifat
yang terpuji dalam Islam. Sebagai seorang muslim, amalan sedemikian patut
ditunaikan dan sememangnya dituntut oleh Islam. Amalan bertimbang rasa perlu
ditujukan kepada ibu bapa, sahabat-handai dan saudara-mara.
4.2.6. Tidak Rasional
Sikap tidak rasional ini jelas dibuktikan dalam seloka Pak Kaduk, seloka emak Si
Randang, seloka Si Luncai dan seloka Lebai Malang.
Dalam seloka Pak Kaduk, sikap tidak rasional dapat dibuktikan pada bait ‘ada
nasi dicurahkan, awak pulang kebuluran, ada isteri dibunuh, nyaris mati oleh tak
makan’. Dalam seloka ini menyindir seorang yang tidak berfikir panjang dalam
membuat keputusan. Setiap keputusan yang dibuat hanyalah mengikut kenhendak hati
dan nafsu semata-mata.
Dalam seloka emak Si Randang pula, sikap tidak rasional dibuktikan pada bait
‘dagang lalu ditanakkan, tiada kayu rumah diruntuhkan’. Ia jelas menunjukkan
seorang yang tidak berfikir panjang semata-mata untuk memenuhi hasrat dan
permintaan orang lain.
Pada bait ‘ada cerdik tiada diselidik, ada mengaji tiada kuasa’ dalam seloka Si
Luncai menunjukkan sikap tidak rasional dalam meneruskan kehidupan. Dalam
seloka tersebut, ia menyindir seorang yang tidak berfikir panjang walaupun dirinya
berilmu. Ia juga menyindir seorang yang tidak menggunakan kematangannya dalam
meneruskan kehidupannya.
‘Pakaian dibuang bertelanjang pulang,…penat berkejar tiada berkira, ke sana
ke mari tersera-sera’. Bait-bait tersebut membuktikan sikap tidak rasional dalam
seloka Lebai Malang. Dalam seloka ini, ia menyindir seorang yang alim ulama terlalu
bertindak terburu-buru dan tidak berfikir panjang dalam membuat keputusannya.
Akhirnya diri sendiri yang menanggung kerugian.
Dalam seloka-seloka tersebut, ia merujuk kepada keindahan dalam mengajar
dan mendidik. Masyarakat Melayu masa kini tidak perlu mempunyai sikap tidak
rasional dalam meneruskan kehidupan masing-masing. Seharusnya masyarakat
Melayu masa kini seharusnya menggunakan akal fikiran yang sewajarnya dalam
bertindak untuk meneruskan kehidupan masing-masing. Setiap anggota masyarakat
mesti menggunakan akal fikiran untuk bertindak dan membuat keputusan dalam
kehidupan kerana ia mampu membantu golongan masyarakat daripada hidup merana
dan menanggung kerugian dalam kehidupan.
Dalam personaliti yang positif, sikap berasional amat penting kerana ia
mampu membantu golongan masyarakat Melayu masa kini hidup dalam keadaan
sempurna. Sikap berasional dalam meneruskan kehidupan masyarakat Melayu masa
kini amat penting kerana setiap peribadi dan keputusan yang ingin dibuat hendaklah
menggunakan akal fikiran dan bertindak rasional.
Sikap tidak rasional ini tidak patut diterapkan dalam masyarakat Melayu masa
kini. Segelintir individu dalam masyarakat Melayu zaman pasca moden ini berfikiran
tidak rasional dalam meneruskan kehidupan masing-masing kerana mereka mengejar
kebendaan semata-mata tanpa berfikir panjang. Mereka sanggup menggadai maruah
diri dan keluarga apabila ingin mencapai sesuatu. Masalah sosial yang semakin
meruncing kini terjadi gara-gara faktor kejahilan diri sendiri.Individu-individu yang
lalai ini tidak dapat membezakan sama ada keseronokan yang mereka kecapi itu
bersifat sementara ataupun berkekalan (Nuraini Ahmad, 2008).
4.2.7. Pemalas
Dalam seloka Si Luncai telah menunjukkan sikap pemalas. Ia jelas dibuktikan pada
bait ‘ada rumah tiada terjaga,… ada ternakan tidak terbela, ada kebun tidak tertanam’.
Dalam seloka ini, ia menyindir seorang yang hidup dengan sikap pemalas yang tidak
terhingga. Walaupun kehidupannya penuh dengan harta benda tetapi ia tidak
sempurnakan dengan sebaik mungkin kerana sikap malas yang menguasai diri.
Dalam keindahan puitika sastera Melayu, sikap pemalas ini tergolong dalam
ciri keindahan mengajar dan mendidik. Dalam seloka ini ia memberi pengajaran
kepada masyarakat Melayu masa kini agar tidak hidup dengan sifat pemalas. Sifat
pemalas dalam diri masyarakat Melayu masa kini akan mendorong kepada perkara-
perkara yang tidak diingin akan berlaku dan berleluasa. Setiap golongan masyarakat
Melayu masa kini perlu menggunakan peluang yang ada pada zaman sekarang dengan
semaksimumnya agar ia dapat membantu diri sendiri dalam meneruskan kehidupan
masing-masing.
Dalam membentuk personaliti yang positif, sikap pemalas tidak harus ada
dalam diri masyarakat Melayu masa kini. Sikap pemalas yang ada dalam diri
golongan masyarakat akan membawa kepada kejatuhan ekonomi Negara dan gejala
sosial akan berleluasa kerana sikap pemalas yang menguasai diri sendiri.
Amalan sikap pemalas dalam diri masyarakat Melayu masa kini tidak
seharusnya ada kerana ia melambangkan identiti masyarakat Melayu yang tidak
efisien. Memetik artikel yang bertajuk ‘Identiti Masyarakat dan Budaya Melayu’ yang
menjelaskan identiti dan budaya masyarakat Melayu dipengaruhi oleh nilai-nilai
sosial. Nilai-nilai sosial tersebut akan memupuk semangat kehidupan dalam
bermasyarakat. Nilai-nilai sosial sebagai teras budaya memainkan peranan penting
dalam menyatakan identiti sesuatu budaya itu. Hakikatnya identiti dan budaya tidak
dapat dipisahkan dalam identiti bermasyarakat.
Sifat pemalas dalam diri setiap manusia amat tidak sesuai dalam menceruskan
kehidupan yang penuh pancaroba ini. Sifat tersebut akan merugikan diri sendiri
sebagai khalifah di muka bumi ini. Menurut pandangan Hasan Langgulung (1991)
yang memetik petikan surah Yunus ayat 101 yang menyuruh diperintahkan semua
umat mengkaji dunia fizikal untuk mendkatkan diri kepada Allah S.W.T melalui
tanda-tandanya di alam dan menggunakan peruntukkan yang diciptakan-Nya untuk
kita.
4.2.8. Gelojoh
Sikap gelojoh terdapat dalam seloka Pak Kaduk. Ia jelas dibuktikan pada bait ‘harta
habis, badan tergadai’. Ia jelas menyindir kepada seorang yang terlalu mengejar
kebendaan dan akhirnya diri sendiri yang menanggung kerugian. Seharusnya sikap
gelojoh tidak perlu ada dalam diri masyarakat Melayu masa kini kerana sikap gelojoh
adalah amalan syaitan dan dimurkai oleh Yang Maha Esa khususnya dan kalangan
masyarakat amnya.
Sikap gelojoh dalam seloka ini tergolong dalam ciri keindahan mengajar dan
mendidik. Ia memberi pengajaran dan mendidik masyarakat Melayu masa kini agar
tidak gelojoh dalam mengejar sesuatu. Sikap gelojoh dalam mengejar sesuatu akan
mendatangkan kerugian kepada diri sendiri kerana sikap tersebut boleh mendatangkan
kemudaratan dalam kehidupan seharian. Sewajarnya, masyarakat Melayu masa kini
perlu bersikap sederhana dalam mengejar sesuatu dan sentiasa berdoa kepada Yang
Maha Esa untuk menperoleh sesuatu. Masyarakat Melayu masa kini seharusnya
berusaha dan bertindak mengikut landasan yang betul dalam mengejar sesuatu
kejayaan.
Dalam pembentukan personaliti yang positif, sikap gelojoh seharusnya tidak
perlu ada dalam diri masyarakat Melayu masa kini kerana sikap tersebut boleh
mendorong kepada pembentukan kendiri yang negatif. Sikap gelojoh dalam diri
masyarakat Melayu masa kini akan mengundang kebencian dalam kalangan
masyarakat kerana ia boleh mengundang kepada kekecohan dan huru-hara dalam
Negara.
4.2.9. Mudah Terpedaya
Sikap mudah terpedaya jelas dibuktikan dalam seloka Pak Kaduk dan seloka Pak
Pandir.
Dalam seloka Pak Kaduk, sikap mudah terpedaya jelas dibuktikan pada bait
‘ayamnya menang kampung tergadai’ dan dalam seloka Pak Pandir pula pada bait
‘mendengar gelagak dagang, tak sedar bertelanjang’. Dalam kedua-dua seloka, ia
menyindir seorang yang mudah termakan dengan janji-janji orang luar sehingga
dirinya sendiri ditipu oleh orang tersebut. Sikap mudah terdaya dengan orang lain ini
menjurus kepada seorang yang terlalu mengejar kemewahan dengan jalan yang cepat
tanpa berusaha terlebih dahulu. Mudah terpedaya dengan janji-janji kosong orang luar
telah mendatangkan kesusahan pada diri sendiri.
Hakikatnya, sikap mudah terpedaya ini masih dalam ciri keindahan mengajar
dan mendidik. Ia memberi pengajaran kepada masyarakat Melayu masa kini agar
tidak mudah terpedaya dengan janji-janji seseorang. Ia dinasihatkan kepada golongan
muda yang terlalu mudah mempercayai orang lain tanpa usul periksa. Ia memberi
kesan kepada golongan muda terutamanya remaja perempuan yang mudah terpedaya
dengan janji-janji kosong seorang lelaki lain. Akhirnya ia akan mendatangkan
kesusahan pada diri sendiri dan berlakunya peningkatan gejala sosial dalam
masyarakat Melayu masa kini. Sewajarnya, masyarakat Melayu masa kini hendaklah
berfikir terlebih dahulu dengan tawaran dan janji-jani yang telah diberikan oleh
sesorang. Sikap tidak terburu-buru dalam membuat keputusan dan tidak mudah
terpedaya dengan janji-janji dan tawaran-tawaran palsu itu tadi akan mendatangkan
kesenangan kelak.
Dalam pembentukan personaliti menunjukkan sikap mudah terpedaya adalah
salah satu sikap yang tidak perlu ada dalam masyarakat Melayu masa kini. Sikap ini
akan mendorong kepada pembentukan kendiri yang negatif kerana sikap ini terlalu
buruk untuk diamalkan. Sewajarnya, masyarakat Melayu masa kini perlu bersikap
berhati-hati dan berfikiran waras dalam mempercayai tawaran-tawaran dan janji-janji
yang dijanjikan oleh orang lain. Bertindak menggunakan akal fikiran adalah jalan
yang terbaik dalam menilai seseorang yang belum dikenali dengan lebih dekat lagi
agar diri tidak ditipu dek kerana mudah terpedaya.
Sikap mudah terpedaya boleh diubati dengan memenuhi ilmu di dada.
Menurut Hasan Langgulung (1991), ilmu itu sebagai satu proses untuk memperoleh
pengetahuan. Menurutnya lagi dalam surah Al-Nahl ayat 89 yang bermaksud ilmu
dalam Al-Quran itu adalah petunjuk untuk semua umat manusia dan tidak
mengabaikan sesuatu apa pun yang berhubungan dengan tingkah laku.
4.2.10. Tamak
Sifat tamak boleh dibuktikan dalam seloka Lebai Malang. Sifat ini boleh dibuktikan
pada bait ‘penat bekerja tiada terkira, ke sana ke mari tersera-sera, punah golok
bersama nira, pulang ke rumah mendapat mara’.
Dalam seloka yang berunsur jenaka dengan tujuan menyindir orang yang
berkelakuan tamak. Selain itu, Pak Lebai disifatkan sebagai orang yang
mementingkan diri sendiri dengan mengambil kira jenis makanan yang akan dihidang
dan diberikan kepadanya kelak. Sifat ini sememangnya amat mementingkan diri
sendiri kerana hanya mengambil benda yang dianggap remeh-temeh. Kebijaksanaan
dalam pengajian agama Islam tidak digunakan dengan sebaik-baik malah mengikut
nafsu yang telah menguasai diriia menyindir seorang golongan ulamak yang terlalu
tamak dalam kehidupan sehariannya. Lebai malang diceritakan telah menerima semua
jemputan kenduri di kampungnya dan di kampung sebelah tanpa berfikir tentang
kesempatannya untuk menghadiri semua jemputan tersebut. Akhirnya semua
jemputan itu tidak berjaya dihadirinya kerana kekalutan dalam perjalanannya.
Dalam ciri keindahan puitika sastera Melayu, sifat tamak tergolong dalam
keindahan mengajar dan mendidik. Ia memberi pengajaran kepada masyarakat
Melayu masa kini agar tidak bersikap tamak dalam meneruskan kehidupan seharian.
Seharusnya, masyarakat Melayu masa kini bersyukur di atas yang diperoleh dalam
diri sendiri. Sewajarnya, masyarakat Melayu masa kini perlu membuat keputusan
dengan waras dalam memenuhi jemputan kenduri atau jamuan agar tidak terlepas
daripada menghadirinya. Kebijaksanaan akan menentukan segala-galanya.
Sikap tamak dalam pembentukan kendiri yang negatif perlu dielakkan dalam
diri masyarakat Melayu masa kini. Rasa bersyukur dan bersederhana dalam diri
masyarakat Melayu masa kini akan membantu membentuk personaliti yang positif.
Tanpa sikap tamak dalam diri masyarakat Melayu masa kini akan membawa kepada
kebahagiaan dan kesempurnaan dalam meneruskan kehidupan masing-masing.
Sikap tamak atau bakhil tidak perlu ada dalam diri masyarakat Melayu masa
kini. Menurut Abu Musaddad (2008) menjelaskan sikap bakhil yang ada dalam diri
seseorang akan merosakkan hubungan persahabatan dalam masyarakat dan saudara
seagama. Hakikatnya, sikap ini adalah salah satu sikap yang dimurkai Allah S.W.T
dan sekiranya ia masih diteruskan dalam kehidupan seharian ia tidak akan dibantu dan
dirahmati oleh-Nya.
4.2.11. Bersyukur
Sikap bersyukur dapat dibuktikan dalam seloka Lebai Malang. Dalam seloka ini, ia
dapat dibuktikan pada bait ‘ayuhai nasib fakir miskin, dapat sedekah sebungkus
lempeng’.
Dalam seloka tersebut, ia menyindir golongan ulamak yang tidak bersyukur di
atas apa yang diperolehnya. Diceritakan seorang lebai yang menerima tiga jemputan
kenduri tidak berjaya untuk menghadiri ketiga-tiga jemputan kenduri tersebut. Lantas
itu, lebai tersebut hanya daapt sebungkus lempeng sahaja.
Dalam ciri keindahan mengajar dan mendidik, ia memberi pengajaran kepada
masyarakat Melayu masa kini supaya bersyukur dengan apa yang ada. Sikap tamak
dan mementingkan diri sendiri yang pastinya akan merugikan diri sendiri.
Sewajarnya, masyarakat Melayu masa kini hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa
yang didapati dalam kehidupan sehariannya. Masyarakat Melayu masa kini yang
begitu mementingkan diri sendiri sehingga mengakibatkan kerugian pada diri sendiri.
Kehidupan yang hanya berdasarkan prinsip tamak dan mementingkan diri sendiri
akan memberikan kesan kepada masyarakat dan negara. Tiada lagi nilai-nilai murni
yang akan membentuk pembangunan sahsiah dan tersirat. Masyarakat juga perlu
untuk merealisasikan dan melaksanakan kawalan serta tekanan sosial.
Dalam konteks pembentukan kendiri yang positif, rasa sentiasa bersyukur
harus dipupuk dalam masyarakat Melayu masa kini sejak kecil lagi kerana dewasa
kelak, prinsip bersyukur dengan apa yang ada akan membantu masyarakat Melayu
masa kini berperwatakan baik dan disanjung oleh golongan masyarakat sekeliling.
Memetik petikan daripada artikel Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
pada tahun 2009, mengamalkan amalan bersyukur iaitu sifat ‘Qanaah’ adalah amat
penting dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu masa kini. Sepanjang melayari
kehidupan di dunia ini, sikap bersyukur dan redah dengan apa yang ada dengan
memastikan bahawa keperluan tidak melebihi kemampuan adalah satu budaya yang
dipuji dan perlu diterapkan dalam kehidupan masing-masing.
4.2.12. Riak
Sikap riak dapat dibuktikan dalam seloka Pak Balung-Ayam Tambatan. Sikap riak
dapat dijelaskan dalam bait ‘lupa diri lupa daratan, berkokok bersahut-sahutan, akulah
handal, akulah jantan’.
Dalam seloka tersebut, ia menggunakan ayam jantan sebagai lambang kepada
menyindir seorang yang terlalu riak dengan kehebatannya yang sedia ada. Diceritakan
ayam jantan yang diberi nama Pak Balung menjalankan kehidupannya sebagai ayam
sabung yang hebat sehingga ayam tersebut menjadi pujian masyarakat dan menjadi
harapan kepada tuannya. Ekoran itu, ayam tersebut dijaga dengan penuh kasih sayang
dan dibelai bagai menatang minyak yang penuh.
Dalam ciri keindahan puitika sastera Melayu, ia masih digolongkan dalam
keindahan mengajar dan mendidik. Seloka ini dicipta untuk memberi pengajaran
kepada masyarakat Melayu masa kini agar tidak riak dan bangga diri dalam hidup
bermasyarakat.
Sewajarnya, setiap golongan masyarakat mempunyai sikap rendah diri dengan
kelebihan yang ada dan sentiasa menggunakan kelebihan tersebut dalam membantu
masyarakat lain yang memerlukan. Setiap kerja yang dilakukan hendaklah sentiasa
jujur dan tidak mengharapkan pujian dan balasan daripada golongan masyarakat yang
lain.
Dalam pembentukan personaliti yang positif, sikap riak perlu dijauhkan dalam
diri setiap masyarakat Melayu masa kini kerana sikap tersebut akan mendatangkan
keburukan dalam diri sendiri. Sikap riak dan bangga diri akan menyebabkan
masyarakat Melayu masa kini akan sentiasa dikritik dan dicemuh dek kerana sikap
riak masing-masing. Kerjasama dalam kalangan masyarakat Melayu masa kini amat
penting dengan menggunakan kelebihan masing-masing agar setiap kerja yang
dilakukan akan berjalan dengan senang. Kehebatan masing-masing boleh ditunjukkan
dengan hanya satu tujuan sahaja iaitu membantu antara satu sama yang lain.
Menjauhi riak, somobng dan bangga diri adalah satu perkara yang harus
dilakukan dalam kehidupan masyarakat Melayu masa kini. Amalan tersebut jika telah
dijadikan satu tabiat akan menyebabkan masyarakat tersebut akan dipandang hina
oleh masyarakat yang lain. Orang yang mengamalkan amalan tersebut juga adalah
tergolong dalam kalangana yang munafik. Justeru, tiada pahala yang akan diterima
sepanjang kehidupannya sendiri. (JAKIM, 2010).
4.2.13. Mempertaruhkan Diri untuk Orang Lain.
Sikap mempertaruhkan diri untuk orang lain dapat dibuktikan dalam seloka Pak
Balung-Ayam Tambatan. Ia dapat dijelaskan pada bait ‘orang menang awak yang
parah, orang ketawa awak berdarah’.
Dalam seloka ini, ia menyindir kepada seorang yang rela dirinya
dipertaruhkan semata-mata untuk kesenangan orang lain. Pak Balung iaitu seekor
ayam jantan dijadikan perlambangan dalam menyindir seseorang yang menggunakan
kehebatan orang lain untuk kesenangan diri sendiri.
Sikap mempertaruhkan diri sendiri untuk orang lain terolong dalam ciri
keindahan mengajar dan mendidik. Ia memberi pengajaran kepada masyarakat
Melayu masa kini agar tidak mengguna-gunakan orang lain demi mengejar kejayaan
untuk diri sendiri. Malah ia juga memberi pengajaran kepada sesorang agar tidak
memberi bantuan kepada orang lain yang melampau. Sewajarnya, masyarakat Melayu
masa kini harus memberi bantuan kepada orang lain berpada-pada. Janganlah
menjadikan diri seperti lilin yang sanggup membakar diri untuk mencerahkan
kehidupan orang lain. Seharusnya, buat baik biarlah berpada-pada.
Personaliti ini tidak sesuai dijadikan pembentukan kendiri yang positif kerana
ia akan memberi kesusahan kepada diri sendiri. Setiap individu seharusnya berfikir
dengan seadanya dalam memberi bantuan kepada orang lain. Bantuan yang diberikan
hendaklah berpada-pada kerana ia tidak akan memberi keadaan yang merana dalam
diri sendiri. Umpama lilin membakar diri untuk menerangi orang lain tidak wajar
diikut kerana akhirnya merana diri sendiri. Orang yang dibantu tadi hidup dalam
kesenangan tanpa berfikir nengenai diri kita yang sanggup bersusah-payah semasa
mereka dalam kesusahan.
4.2.14. Berjudi
Sikap suka berjudi dapat dibuktikan pada bait ‘nasib pak balung belum pasti, entah
untung entahkan rugi’ dalam seloka Pak Balung-Ayam Tambatan. Dalam seloka ini,
ia dicipta semata-mata untuk menyindir seseorang yang suka berjudi dalam kehidupan
hariannya.
Dalam ciri keindahan puitika sastera Melayu, sikap berjudi ini berada dalam
keindahan mengajar dan mendidik. Ia memberi pengajaran dan pesanana kepada
masyarakat Melayu masa kini agar tidak berjudi semata-mata ingin menjadi kaya-
raya. Sekiranya ingin hidup dalam kemewahan, hidup bekerja dengan bersungguh-
sungguh akan memberikan pulangan yang baik. Dalam ajaran Islam, amalan berjudi
adalah haram disisi-Nya. Amalan berjudi haram diamalkan kerana ia akan mendorong
kepada berlaku gejala sosial seperti mencuri dan merompak semata-mata untuk
mencari pertaruhan judi. Malah ia juga akan mendorong kepada sesoerang untuk
berhutang dengan Ah Long semata-mata untuk mendapatkan wang dalam
mepertaruhkannya.
Amalan berjudi bukan satu personaliti yang positif kerana ia adalah satu
pembentukan kendiri yang negatif. Pembentukan personaliti yang negatif amat
merugikan golongan masyarakat Melayu masa kini kerana ia mendorong kepada
amalan berhutang keliling pinggang semata-mata untuk mencari wang pertaruhan.
Ada segelintir masyarakat Melayu masa kini sanggup berjumpa dengan Ah Long,
mencuri barang kemas ahli keluarga, merompak kedai dan sebagainya semata-mata
untuk mendapatkan wang sebagai pertaruhan perjudian. Sesungguhnya, amalan
berjudi dalam masyarakat Melayu Islam masa kini adalah haram di sisi ajaran Islam.
4.3. Personaliti Masyarakat Melayu Masa Kini dalam Seloka-seloka Indonesia
Jadual 6 : Personaliti Masyarakat Melayu Masa Kini dalam Seloka-Seloka Indonesia
Personaliti Contoh Seloka1. Bertindak mengikut nafsu semata-mata. SMGSS
…gerak mana tiada langkahnya, hanya sendi nadinya sahaja, gerak mana kaki tangannya, hanya arahan nafsu sahaja…
2. Tidak rasional. SMGSS…kata gerak akal asalnya, akal mana otak sahaja…
3. Setiap perbuatan berlandaskan Islam. SMGSS…gerak mana pilihnya kita, gerak Allah atau nabinya…
SMA…wujus berbeza itu jua, seperti kata pernah berkata, agama turun tunduk nafsunya…
4. Setiap perbuatan bermula dari dalam diri sendiri.
SMGSS…gerak itu lakunya kita, asal dari hati yang ada…
SMA…menunjuk asal tiada bermula, abrahama jua empunya ilmunya, menyatakan hidup dan jalan padaNya…
5. Setiap perbuatan harus dinilai. SMGSS…mana gerak masam rasanya, pada tuan kita bertanya, manis itu gerak macammana, tahukah tuan akan keadaannya…
6. Perbuatan jahat akan membinasakan diri sendiri.
SMGSS…jika gerak dari masamnya, gerak itu maknanya binasa…
7. Perbuatan baik akan membahagiakan diri sendiri.
SMGSS…jika gerak manis adanya, kelak sentosa padanya kita…
SMA…tiada yang tahu hanya baqanya, carilah agar selamat hidup kita…
8. Solat itu tiang agama. SMGSS…selagi gerak dalamnya kita, selagi itu solatlah kita, bukan kerana atas agama, tapi kerana cinta padanya…
9. Adat Melayu perlu dijaga. SMGSS…begitulah adat Melayu adanya, bukan mengejar sahrat agama, tapi mendapatkan kebenarannya, berjuanglah tanpa hentinya, sehingga mati hujungnya cerita…
10. Sentiasa mengingati-Nya dalam setiap ujian yang menimpa diri.
SMGSS…apa yang hendak di atas dunia, semua ujian kepadanya kita, agar gerak kita berguna, bila mati berjasanya kita…
11. Pemimpin yang hanya menabur janji kosong. SMA…Cuma pandai berkata-kata, bukan akal pemimpin hidupnya, tapi nafsu hayat binatangnya, menjadi darah dagingnya kita…
12. Hidup dengan penuh sifat bongkak dan ikut perasaan sahaja.
SMA…jangan terasa bila membaca, kerana hati dan sombong jadiya, terasa manusia akan jadinya…
13. Tidak terima hakikat asal-usulnya. SMA…bukan kebuasan hawa nafsu mak bapa kita, kerana hakikat sakit didengarnya, kerana tak mahu mengaku asalnya, hina sama binatang yang ada…
14. Suka menunjuk-nunjuk. SMA…ilmu baru separuh dada, sudah mengaku imam dunia, bukan ketua akan nafsunya, tapi sikap menunjuk akan hebatnya…
4.3.1. Bertindak Mengikut Nafsu Semata-mata
Sikap ini dapat dibuktikan pada bait ‘gerak mana tiada langkahnya, hanya sendi
nadinya sahaja, gerak nama kaki tangannya, hanya arahan nafsu sahaja’ dalam seloka
Melayu Gerak Senandung Selayu.
Dalam seloka tersebut ia menyindir seseorang yang hanya hidup sepanjang
harian dengan berlandaskan nafsu sahaja. Ia tidak menggunakan hati dan fikiran
dalam meneruskan perjalanan kehidupan yang penuh pancaroba. Akhirnya, diri
sendiri yang akan musnah dek kerana hasutan nafsu yang berlandaskan amalan
syaitan yang direjam.
Dalam ciri keindahan mengajar dan mendidik, ia memberi pengajaran kepada
masyarakat Melayu masa kini agar menikmati kehidupan yang penuh pancaroba ini
dengan menggunakan hati dan akal fikiran. Hakikatnya, kehidupan yang berlandaskan
nafsu akan memberi kemudaratan dan kesengsaraan dalam kehidupan masing-masing.
Amalan bertindak mengikut nafsu semata-mata adalah pembentukan kendiri
yang negatif. Hal ini bermaksud ia akan membawa kepada kesengsaraan dan
kemusnahan dalam kehidupan masyarakat Melayu masa kini. Seseorang perlu
menggunakan akal fikiran dan bertindak mengikut perasaan yang dinilai terlebih
dahulu agar pembentukan personaliti yang unggul dapat diperoleh kerana ia akan
membawa kepada kemenangan dan kesenangan kelak.
Kewajipan mengawal hawa nafsu dalam kehidupan seharian amat penting
kerana boleh membantu diri masyarakat dalam terdorong ke kancah yang lebih teruk
lagi. JAKIM (2008), menjelaskan mengendalikan hawa nafsu merupakan satu jihad
yang besar dan sangat berat dan wajib dilakukan oleh semua golongan. Tanpa
kemampuan mengendalikan hawa nafsu, manusia akan jatuh ke jurang kehinaan
kerana nafsu sentiasa mengajak kepada keburukan dan kemudaratan. Orang yang
mengikut hawa nafsu sering kali semakin asyik dengan kesesatannya itu bahkan
sampai tidak berasa berdosa dengan maksiat yang dilakukan sehingga sanggup dan
tanpa malu melakukan tindakan yang melampaui batas.
4.3.2. Tidak Rasional
Sikap tidak rasional dapat dibuktikan pada seloka Melayu Gerak Senandung Selayu
pada bait ‘kata gerak akal asalnya, akal mana otak sahaja’.
Dalam bait seloka tersebut, ia menyindir seseorang yang tidak menggunakan
akal dalam membuat sebarang keputusan. Akhirnya, ia mendatangkan kerugian dalam
kehidupan sehariannya kerana bertindak tidak menggunakan akal fikiran. ia merujuk
kepada keindahan dalam mengajar dan mendidik. Masyarakat Melayu masa kini tidak
perlu mempunyai sikap tidak rasional dalam meneruskan kehidupan masing-masing.
Seharusnya masyarakat Melayu masa kini seharusnya menggunakan akal fikiran yang
sewajarnya dalam bertindak untuk meneruskan kehidupan masing-masing. Setiap
anggota masyarakat mesti menggunakan akal fikiran untuk bertindak dan membuat
keputusan dalam kehidupan kerana ia mampu membantu golongan masyarakat
daripada hidup merana dan menanggung kerugian dalam kehidupan.
Dalam personaliti yang positif, sikap berasional amat penting kerana ia
mampu membantu golongan masyarakat Melayu masa kini hidup dalam keadaan
sempurna. Sikap berasional dalam meneruskan kehidupan masyarakat Melayu masa
kini amat penting kerana setiap peribadi dan keputusan yang ingin dibuat hendaklah
menggunakan akal fikiran dan bertindak rasional.
Sikap tidak rasional ini tidak patut diterapkan dalam masyarakat
Melayu masa kini. Segelintir individu dalam masyarakat Melayu zaman pasca moden
ini berfikiran tidak rasional dalam meneruskan kehidupan masing-masing kerana
mereka mengejar kebendaan semata-mata tanpa berfikir panjang. Mereka sanggup
menggadai maruah diri dan keluarga apabila ingin mencapai sesuatu. Masalah sosial
yang semakin meruncing kini terjadi gara-gara faktor kejahilan diri sendiri.Individu-
individu yang lalai ini tidak dapat membezakan sama ada keseronokan yang mereka
kecapi itu bersifat sementara ataupun berkekalan (Nuraini Ahmad, 2008).
4.3.3. Perbuatan Berlandaskan Islam
Sikap perbuatan berlandaskan Islam dapat dibuktikan dalam seloka Melayu Gerak
Senandung Selayu dan seloka Melayu Abrahama.
Dalam seloka Melayu Gerak Senandung Selayu, ia dapat dibuktikan pada bait
‘gerak mana pilihnya kita, gerak Allah atau nabinya’. Manakala dalam seloka Melayu
Abrahama pula, ia dapat dibuktikan pada bait ‘wujus berbeza itu jua, seperti kata
pernah berkata, agama turun tunduk nafsunya’. Dalam bait-bait seloka tersebut, ia
mengajak semua melakukan sesuatu pekerjaan yang berlandaskan hukum-hakam
Islam. Sebarang perbuatan yang tidak berlandaskan Islam hendaklah dijauhi agar
sepanjang kehidupan tidak tersesat.
Dalam keindahan puitika sastera Melayu, ia tergolong dalam keindahan
mengajar dan mendidik. Ia memberi pengajaran kepada masyarakat Melayu masa kini
agar bertindak dalam sesuatu perkara hendaklah berlandaskan ajaran Islam
sepenuhnya. Sewajarnya, masyarakat Melayu masa kini hendaklah menjalankan
setiap kerjanya dengan berlandaskan amalan-amalan ajaran Islam sepenuhnya kerana
akhirnya ia akan mendatangkan kesenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan
masing-masing.
Dalam pembentukan personaliti pula, ia amat bersesuaian kerana semua
perbuatan yang dilakukan berlandaskan ajaran Islam sepenuhnya berjaya membentuk
pembentukan kendiri yang positif. Hal ini bermaksud, setiap pembentukan kendiri
yang positif akan memberi kesenangan dan kebahagiaan kelak dek kerana setiap
perbuatan berlandaskan norma-norma kehidupan Islam yang sempuna.
Menurut pandangan Ghafani Bin Awang Teh (2008) menjelaskan penghayatan
akhlak Rasulullah S.A.W adalah berlandaskan Al-Quran dan menjadi sumber untuk
menjadikan ummah yang lebih bertamadun. Tamadun amnya bermaksud mencapai
kemajuan dalam kehidupan dengan menghayati sifat-sifat mulia serta
bertanggungjawab kepada allah S.W.T di dunia dan di akhirat. Justeru, setiap
perbuatan yang ingin dilakukan hendaklah berlandaskan Islam dan mengikut amalan-
amalan sunnah Rasulullah S.A.W.
4.3.4. Setiap Perbuatan Bermula dari dalam Diri Sendiri
Ia dapat dijelaskan dalam seloka Melayu Gerak Senandung Selayu dan seloka Melayu
Abrahama. Dalam seloka Melayu Gerak Senandung Selayu, ia dapat dibuktikan pada
bait ‘gerak itu lakunya kita, asal dari hati yang ada’ dan dalam seloka Melayu
Abrahama pula dapat dibuktikan pada bait ‘menunjuk asal tiada bermula, abrahama
jua empunya ilmunya, menyatakan hidup dan jalan padaNya’.
Dalam bait seloka-seloka tersebut, ia bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada semua mengenai perlakuan yang dilakukan hendaklah berlandaskan hati dan
pergerakan diri sendiri. Hal ini bermaksud, setiap pergerakan kelakuan dalam diri
sendiri hendaklah berlandaskan nas-nas Islam dan bertindak dengan menggunakan
hati sendiri bukan kerana dorongan dan pimpinan orang lain semata-mata.
Dalam konteks keindahan puitika sastera Melayu, ia menjurus kepada
keindahan mengajar dan mendidik. Ia memberi pengajaran dan pedoman kepada
masyarakat Melayu masa kini agar setiap perbuatan dan kelakuan dalam kehidupan
seharian hendaklah bermua dari dri sendiri dan bukannya daripada dorongan dan
pimpinan orang lain semata-mata. Sekiranya memerlukan bantuan dan pandangan
orang lain, masyarakat Melayu masa kini hendaklah menggunakan hati dan akal
fikiran untuk menilainya sebelum bertindak.
Sikap setiap perbuatan bermula dari dalam diri sendiri amat wajar dalam
pembentukan personaliti yang positif. Hal ini bermaskud ia akan memberi
pendedahan dan dorongan kepada perjalanaan kehidupan yang baik dan aktif
berlandaskan nas-nas Islam yang sebenarnya. Dalam pembentukan kendiri yang
positif, setiap kelakuan yang dilakukan hendaklah bermula dari dalam diri sendiri
kerana diri sendiri yang berhak menentukan setiap perbuatan yang akan dilakukan.
Dorongan dan bantuan daripada orang lain boleh diperlukan tetapi ia perlu dinilai
dengan sedalam-dalamnya agar tidak mendatangkan masalah di belakang hari nanti.
Penghayatan akhlak Rasulullah S.A.W adalah berlandaskan Al-Quran dan
menjadi sumber untuk menjadikan ummah yang lebih bertamadun. Tamadun amnya
bermaksud mencapai kemajuan dalam kehidupan dengan menghayati sifat-sifat mulia
serta bertanggungjawab kepada allah S.W.T di dunia dan di akhirat. Justeru, setiap
perbuatan yang ingin dilakukan hendaklah berlandaskan Islam dan mengikut amalan-
amalan sunnah Rasulullah S.A.W. Selain itu, setiap perbuatan yang hendak dilakukan
itu mestilah mengikut panduan wahyu dan bermula dari dalam diri sendiri terlebih
dahulu (Ghafani Awang Teh, 2008).
4.3.5. Setiap Perbuatan Harus Dinilai
Seloka Melayu Gerak Senandung Selayu pada bait ‘mana gerak masam rupanya, pada
tuan kita bertanya, manis itu gerak macam mana, tahukah tuan akan keadaannya’
telah membuktikan setiap perbuat harus dinilai dengan sebaik-baiknya.
Dalam ciri keindahan puitika sastera Melayu, keindahan dalam mengajar dan
mendidik mengajak masyarakat Melayu masa kini supaya bertindak apabila difikirkan
sesuai. Hal ini bermaksud, setiap perbuatan dalam kehidupan seharian hendaklah
dinilai terlebih dahulu sebelum melakukannya. Ia bertujuan untuk memberi
pengajaran kepada semua masyarakat Melayu masa kini agar tidak melakukan
perbuatan secara melulu dan tiada landasan yang sebenarnya. Setiap perbuatan yang
akan dilakukan hendaklah dinilai baik dan buruknya terlebih dahulu kerana setiap
perbuatan ada hikmah dan pulangannya.
Pembentukan personaliti yang positif amat penting dalam menilai terlebih
dahulu sebelum melakukannya agar ia dapat pulangan yang sewajarnya. Setiap
masyarakat Melayu masa kini hendaklah bertindak dengan membuat penilaian
terlebih dahulu agar setiap perbuatan yang baik di balas baik dan setiap perbuatan
yang jahat dapat dijauhi.
4.3.6. Perbuatan Jahat akan Membinasakan Diri Sendiri
Dalam bait ‘jika gerak dari masamnya, gerak itu maknyanyab inasa’ dalam seloka
Melayu Gerak Senandung Selayu adalah contoh yang jelas dalam membicarakan
perbuatan jahat akan membinasakan diri sendiri.
Dalam seloka tersebut, ia mengolongkan dalam keindahan mengajar dan
mendidik masyarakat Melayu masa kini. Dalam hal ini, ia mengajar masyarakat
Melayu masa kini agar tidak melakukan perbuatan jahat kerana ia akan
membinasakan diri sendiri pada belakang hari nanti. Seharusnya, masyarakat Melayu
masa kini hendaklah menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan yang menyalahi
undang-undang kerana ia akan mendatangkan kesengsaraan di belakang hari. Setiap
perbuatan jahat akan dimurkai oleh Allah S.W.T dan menyalahi undang-undang
Negara.
Dalam pembentukan personaliti yang positif, perbuatan jahat hendaklah
dijauhkan kerana pembentukan kendiri yang positif memerlukan sifat dan perbuatan
yang baik-baik sahaja. Perbuatan yang jahat akan mendorong kepada pembentukan
kendiri yang negatif kerana ia boleh merosakkan golongan masyarakat Melayu masa
kini semuanya. Setiap perbuatan yang akan dilakukan hendaklah berlandaskan
pepatah Melayu ‘tepuk dada tanya selera’ kerana ia akan menentukan perjalanan
kehidupan seharian.
Menjauhi perkara-perkara yang buruk dalam diri sendiri khususnya dan
masyarakat amnya amat penting kerana ia boleh memudaratkan diri sendiri.
Hakikatnya, setiap manusia mempunyai lintasan hati yang berbeza-beza. Lintasan hati
manusia untuk melakukan kejahatan adalah lintasan syaitan. Oleh yang demikian,
semua masyarakat perlu mempertimbangkannya terlebih dahulu dengan neraca
syarak. Sekiranya ia sesuai boleh dikerjakan dan sekiranya tidak sesuai, haruslah
dijauhkan (JAKIM, 2008).
4.3.7. Perbuatan Baik akan Membahagiakan Diri Sendiri
Dalam bait ‘ jika gerak manis adanya, kelak sentosa padanya kita’ dalam seloka
Melayu Gerak Senandung Selayu dan ‘tiada yang tahu hanya baqanya, carilah agar
selamat hidup kita’ dalam seloka Melayu Abrahama telah menjelaskan perbuatan baik
akan membahagiakan diri sendiri.
Dalam ciri keindahan mengajar dan mendidik, ia mengajar masyarakat Melayu
masa kini dalam melakukan perbuatan baik kerana ia akan mendatangkan
kebahagiaan dalam diri sendiri. Setiap perbuatan yang baik hendaklah dilakukan
semaksimunya kerana ia akan membantu membahagiakan kehidupan sehariannya.
Setiap perbuatan yang baik akan dibalas dengan baik. Justeru, semua masyarakat
Melayu masa kini mesti melakukan perbuatan-perbuatan yang baik dalam
meneruskan kehidupan seharian masing-masing.
Pembentukan kendiri yang positif amat penting dalam kehidupan masyarakat
Melayu masa kini. Setiap anggota masyarakat Melayu masa kini hendaklah
melakukan perbuatan yang baik-baik sahaja kerana ia akan mendatangkan
kebahagiaan dan kesenangan kelak. Setiap perbuatan yang baik akan dimuliakan oleh
Allah S.W.T dan akan disenangi oleh golongan masyarakat yang lain.
4.3.8. Solat Tiang Agama
‘selagi gerak dalamnya kita, selagi itu solatlah kita, bukan kerana atas agama, tapi
kerana cinta padanya’ adalah bukti dalam bait seloka Melayu Gerak Senandung
Selayu. Dalam bait seloka tersebut, ia mengajak semua menunaikan solat dengan
sempurna kerana solat itu tiang agama. Solat akan menentukan masa depan sesebuah
keluarga.
Dalam keindahan mengajar dan mendidik, ia mengajak semua masyarakat
Melayu masa kini menunaikan solat lima waktu seharian kerana ia akan memberikan
ketenangan dalam kehidupan masing-masing. Selain berlandaskan ajaran agama
Islam, menunaikan solat adalah bukti cintakan kepada Maha Esa. Sewajarnya,
menunaikan solat akan membentuk keperibadian seseroang kerana solat itu tiang
agama dan memenuhi tuntutan rukum Islam yang kedua iaitu menunaikan solat lima
waktu sehari semalam.
Dalam pembentukan personaliti yang positif, menunaikan solat itu amat
penting dalam masyarakat Melayu masa kini kerana ia adalah landasan yang sebenar
kepada kehidupan seharian. Setiap masalah yang timbul dalam kehidupan seharian,
solat amat penting kerana ia adalah salah satu pengubat masalah yang dihadapi oleh
segelintir masyarakat Melayu masa kini. Pembentukan kendiri yang positif dalam
menunaikan solat amat penting kerana solat itu mampu memandu setiap masyarakat
Melayu masa kini kea rah yang lebih baik dan aman dalam meneruskan kehidupan
seharian.
Solat merupakan satu ibadah yang amat penting dan tidak boleh ditinggalkan.
Solat juga merupakan tiang agama. Sesiapa yang meninggalkan solat bermaksud dia
telah meruntuhkan tiang agama. Malah batasan antara iman dan kufur adalah solat.
Melaksanakan solat mestilah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Hakikatnya,
solat boleh membentuk disiplin seseorangt sepenuhnya. (JAKIM, 2008).
4.3.9. Adat Melayu Perlu Dijaga
Adat Melayu perlu dijaga dapat dibuktikan pada bait ‘begitulah adat Melayu adanya,
bukan mengejar sahrat agama, tapi mendapatkan kebenarannya, berjuanglah tanpa
hentinya, sehingga mati hujungnya cerita’ dalam seloka Melayu Gerak Senandung
Selayu. Dalam bait seloka itu, ia menjelaskan kesungguhan menjaga adat Melayu
dengan sebaik-baik mungkin bukan hanya kerana agama tetapi kerana kesungguhan
adat-istiadat Melayu.
Dalam puitika sastera Melayu, ciri keindahan mengajar dan mendidik.
Masyarakat Melayu masa kini diharapkan menjaga adat dan tatasusila Melayu
sehingga ke hujung nyawa kerana semua adat dan tatasusila membantu masyarakat
Melayu terkenal hingga ke seantero dunia. Adat dan tatasusila Melayu amat terkenal
dengan lemah dan lembutnya malah kesungguhan adat-istiadat Melayu juga menarik
minat masyarakat lain dalam mendalaminya. Ia bertepatan dengan pepatah ‘takkan
Melayu hilang di dunia’ telah membuktikan adat dan tatasusila Melayu menjadi
kebangsaan seluruh dunia.
Menjaga adat Melayu amat penting dalam pembentukan personaliti yang
positif kerana ia amat penting dalam membentuk keperibadian yang mulia dalam
kalangan masyarakat Melayu masa kini. Masyarakat Melayu masa kini hendaklah
menjaga adat Melayu dalam kehidupan seharian masing-masing agar ia di pandang
mulia dalam kalangan masyarakat yang lain.
4.3.10. Sentiasa Mengingati-Nya dalam Setiap ujian yang Menimpa Diri
Dalam seloka Melayu Gerak Senandung Selayu pada bait ‘apa yang hendak di atas
dunia, semua ujian kepadanya kita, agar gerak kita berguna, bila mati berjasanya kita’.
Dalam bait seloka tersebut, ia mengajak kita agar sentiasa berdoa dan mengingati
Yang Maha Esa sekiranya kita dilanda musibah atau dugaan. Hal ini bermaksud, kita
sebagai umat-Nya akan diduga dengan pelbagai ujian sebagai menguji kekuatan kita
untuk menghampiri-Nya.
Dalam ciri keindahan puitika sastera Melayu, ia menunjukkan keindahan
dalam mengajar dan mendidik. Ia memberi pengajaran kepada masyarakat Melayu
masa kini agar sentiasa menghampiri-Nya sekiranya kita dilanda musibah atau
dugaan. Setiap dugaan yang menimpa diri adalah salah satu ujian yang perlu
ditempuhi sebagai syarat sebagai khalifah di muka bumi ini. Sesungguhnya,
sepanjang perjalanan hidup masyarakat Melayu masa kini hendaklah sentiasa
mengingati Allah S.W.T walaupun dalam keadaan senang dan susah.
Dalam membentuk personaliti yang positif, sikap merendahkan diri kepada
Yang Maha Esa amat penting kerana Dia penentu segala-galanya, Setiap masyarakat
Melayu masa kini hendaklah sentiasa berdoa dan berserah kepada Yang Maha Esa
sekiranya diri dibelenggu masalah dan bersyukur kepada-Nya juga sekiranya diri
sentiasa menikmati kejayaan dan kesenangan.
4.3.11. Pemimpin yang Hanya Menabur Janji Kosong
Dalam seloka Melayu Abrahama pada bait ‘Cuma pandai berkata-kata, bukan akal
pemimpin hidupnya, tapi nafsu hayat binatangnya, menjadi darah dagingnya kita’.
Dalam bait seloka itu, ia menyindir golongan pemerintah yang hanya menjanjikan
janji-janji kosong kepada rakyatnya semata-mata untuk mendapatkan sokongan.
Apabila mendapat sokongan, janji-janji itu tidak ditunaikan.
Dalam ciri keindahan puitika sastera Melayu, ia tergolong dalam keindahan
mengajar dan mendidik. Dalam bait seloka itu, ia mengajak masyarakat Melayu masa
kini agar apabila berjanji hendaklah dikotakan. Setiap janji yang ditaburkan kepada
orang lain semata-mata ingin mendapatkan sokongan hendaklah dikotakan agar tidak
dicemuh dan dikritik oleh orang lain.
Dalam membentuk konsep kendiri yang positif, sikap mengotakan apa yang
dijanjikan adalah satu pembentukan personaliti yang positif. Dalam membentuk
personaliti yang positif, setiap masyarakat Melayu masa kini mestilah memenuhi
janji-janji yang dikotakan agar suatu hari nanti golongan masyarakat Melayu masa
kini akan mendapat sokongan yang sewajarnya.
Pemimpin harus mengekalkan peribadi yang baik. Pemimpin mestilah seorang
yang mempunyai keperibadian yang baik, amanah dan bertanggungjawab kepada
Allah S.W.T dan rakyatnya. Pemimpin yang baik sentiasa menjaga tingkahlaku dan
mempunyai peribadi yang baik, menghindarkan diri dari melakukan kejahatan dan
menyalahi hukum syarak seperti berjanji kosong, berjudi, menipu, minum arak yang
boleh menyebabkannya di pandang hina oleh rakyat (Jelani Harun, 2006:78).
4.3.12. Hidup dengan Penuh Sifat Bongkak dan Ikut Perasaan
Dalam seloka Melayu Abrahama ada membicarakan pada bait ‘jangan terasa bila
membaca, kerana hati dan sombong jadinya, terasa manusia akan jadinya’. Ia
memberi teguran kepada seseorang agar tidak meneruskan perjalanan kehidupan
masing-masing dengan sifat bongkak dan mengikut perasaan sahaja.
Dalam konteks keindahan puitika sastera Melayu, ia tergolong dalam
keindahan mengajar dan mendidik. Ia mendidik masyarakat Melayu masa kini agar
menjalani kehidupan seharian dengan penuh rendah diri dan bertindak mengikut
perasaan. Kesannya, setiap masyarakat Melayu masa kini akan menerima
kebahagiaan dan kesenangan dalam meneruskan kehidupan seharian. Menjalani
kehidupan dengan penuh rasa bongkak dan ikut perasaan akan sering mendapat
kritikan dan cemuhan dalam kalangan masyarakat Melayu masa kini.
Dalam membentuk diri dengan personaliti yang positif, sikap rendah diri dan
bertindak mengikut perasaan amat penting dalam membentuk kendiri yang positif.
Pembentukan personaliti yang positif akan membantu masyarakat Melayu masa kini
berjaya dalam kehidupan seharian. Kehilangan kawan dan masyarakat setempat akan
berlaku sekiranya segelintir masyarakat Melayu masa kini hidup dalam keadaan
bongkak dang bertindak mengikut perasaan.
Masih lagi memetik pandangan Kalam I.A.R (2008) yang menyentuh sikap
mementingkan orang lain yang menjurus kepada suka menunjuk-nunjuk. Budaya suka
menunjunk-nunjuk dalam masyarakat amat tidak sesuai dan tidak harus dipraktikkan.
Budaya sedemikian biasanya meletakkan diri sesorang yang memerlukan pujian dan
penghargaan yang tinggi dalam kehidupan sesorang.
4.3.13. Tidak Terima Hakikat Asal-Usulnya
Dalam seloka Melayu Abrahama pada bait ‘bukan kebuasan hawa nafsu mak bapa
kita, kerana hakikat sakit didengarnya, kerana tak mahu mengaku asalnya, hina sama
binatang yang ada’. Dalam bait seloka tersebut ia menyindir seseorang yang tidak
mahu mengakui asal-usulnya sendiri. Ini ada kaitannya dengan cerita metos Si
Tanggang yang tidak mahu mengaku asal-usulnya sendiri sehingga dia disumpah
menjadi batu. Ia amat bertepatan kerana sikap tidak mahu mengakui asal-usulnya
telah menyebabkan seseorang akan ditimpa bala.
Dalam keindahan puitika sastera Melayu, ia tergolong dalam keindahan dalam
pengungkapan kesusahan dan kesedihan. Ia mengajak masyarakat Melayu masa kini
supaya sentiasa mengingati asal-usulnya sendiri walaupun telah berjaya pada masa
sekarang. Jika diteliti dengan betul, kesusahan ibu bapa dalam membesarkan anaknya
telah menunjukkan kesungguhan dan mengungkapkan kesusahannya; sekiranya
anaknya berjaya dan melupakan asal-usulnya telah menunjukkan pengungkapan
kesedihan ke atas tindakan anaknya itu. Justeru, semua masyarakat Melayu masa kini
semestinya mengingati asal-usul masing-masing iaitu daripada mana datangnya kita
dan siapakah yang membesarkan kita ?. Natijahnya, kehidupan masing-masing akan
bertambah ceria dan aman.
Tidak mengingati asal-usulnya adalah salah satu personaliti yang negatif. Hal
ini bermaksud tidak mustahil setiap masyarakat Melayu masa kini tidak mengetahui
asal-usulnya sendiri. Ia percaya setiap salasilah keluarga telah diceritakan oleh orang
tua masing-masing. Kesungguhan mengingati asal-usul masing-masing akan
membawa kehidupan masing-masing ke arah yang betul dan sebaliknya ia akan
meneyerupai kisah Si Tanggang yang disumpah menjadi batu dek kerana tidak mahu
mengakui asal-usulnya selepas berkahwin dengan puteri nakhoda.
4.3.14. Suka Menunjuk-nunjuk
Ia jelas dibuktikan dalam seloka Melayu Abrahama pada baitnya ‘ilmu baru separuh
dada, sudah mengaku imam dunia, bukan ketua akan nafsunya, tapi sikap menunjuk
akan hebatnya’. Dalam bait seloka tersebut ia menyindir seseorang dengan sikap
menunjuk-nunjuk dengan kehebatan yang ada dalam dirinya sendiri. Hakikatnya,
sikat menunjuk-nunjuk amat dibenci oleh-Nya kerana sikap tersebut akan
mengundang riak dan bangga diri.
Dalam ciri keindahan mengajar dan mendidik dalam puitika sastera Melayu, ia
mengajak masyarakat Melayu masa kini agar hidup dalam keadaan yang tidak suka
menunjuk-nunjuk dan sentiasa rendah diri dengan kelebihan yang ada. Menunjukkan
sikap yang suka menunjuk-nunjuk dengan kehebatan yang sedia ada akan
mendatangkan cemuhan daripada orang lain dan lahirnya rasa bongkak dan bangga
diri yang pastinya akan dimurkai oleh Dia dan dicemuh oleh masyarajat sekeliling.
Dalam membentuk personaliti yang positif, sikap menunjuk-nunjuk perlu
dihindari dalam diri setiap masyarakat Melayu masa kini. Apabila sikap itu tidak
diterapkan dalam diri setiap masyarakat Melayu masa kini, nescaya ia akan senang
didekati dan dihormati kerana sikap rendah diri dalam hati masing-masing.
4.4. Kesimpulan
Secara rumusannya, pembentukan personaliti masyarakat Melayu masa kini
berkait rapat dengan perwatakan-perwatakan yang ditonjolkan dalam watak-watak
dalam seloka-seloka yang dikaji. Personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola
emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa.
Personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang seseorang yang ingin
menzahirkan ciri- ciri kawalan emosi dan pemikiran. Personaliti memainkan peranan
penting seseorang daripada sudut pandangan luaran memainkan karektor diri. Justeru,
personaliti merupakan satu rupa diri yang dapat diukur dari dalam dan boleh
dizahirkan pada luaran. Personaliti ini merangkumi satu penyusunan di antara faktor-
faktor seperti biologi, psikologi dan sosiologi. Untuk proses pergaulan (sosialisasi)
berlaku, seseorang itu haruslah mempunyai personaliti.
BAB LIMA
CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.0. Pengenalan
Dalam masyarakat Melayu tradisional, individu yang dianggap mempunyai nilai etika
dan moral yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat dinamakan sebagai
orang yang budiman iaitu yang mempunyai budi pekerti, budi bahasa, budi bicara,
akal budi atau hati budi dan adab sopan yang tinggi dan mulia. Budi pekerti dan adab
sopan yang mulia merujuk kepada tingkah laku, keperibadian, fiil perangai dan tindak
tanduk yang baik,sopan santun, sesuai, wajar, pemurah, penyayang dan penuh
menyumbang dan bermanfaat kepada masyarakat dan komunitinya.
Personaliti yang positif dalam masyarakat Melayu masa kini akan membentuk
kepada budi bahasa dan budi bicara yang mulia. Ia merujuk kepada pertuturan yang
manis, sopan, positif, bijaksana, bernas dan penuh pengajaran serta sumbangan
kepada khalayak dan pendengarnya. Manakala, akal budi dan hati budi yang tinggi
pula merujuk kepada akal fikiran dan hati kalbu yang sarat dengan ilmu,
kebijaksanaan, ketenangan, kewarasan, kemuliaan, dan kebaikan. Nilai dan harga budi
yang begitu tinggi dalam masyarakat dan kehidupan orang Melayu dapat dibayangkan
dengan jelas oleh rangkap pantun tersebut.
Peranan seloka sendiri yang dijadikan perantaraan antara interaksi minda
dengan naluri manusia pada sebelah pihak dengan interaksi antara minda dan alam
semesta ciptaan Tuhan. Malahan ada yang beranggapan seloka yang dijadikan bahan
sindiran dan ejekan secara halus mampu membersihkan kerohanian kita melalui rasa
simpati atau keinsafan.
Walaupun sifatnya humor, seloka mampu membetulkan manusia ke arah jalan yang
lurus di samping menggelikan hati. Namun begitu, semua bersetuju puisi itu bertujuan
untuk menyemarakkan kesedaran agar manusia sedar tentang hidup yang kompleks
dan hubang kait antara manusia dengan alam dan penciptaan-Nya. Kewujudan
pelbagai bentuk puisi yang berperanan dalam memberi nasihat dan pengajaran kepada
masyarakat jelas menunjukkan betapa lengkapnya warisan puisi Melayu tradisional
dan mendidik serta menasihati generasi muda agar berkelakuan baik dan berusaha
untuk membentuk jati diri yang positif. Ia jelas bertepatan dengan budaya masyarakat
Melayu yang gemar tegur-menegur demi kesejahteraan bersama-sama.
5.1. Cadangan
Dalam meneruskan usaha memartabatkan seloka sebagai puisi Melayu tradisional
yang tidak laput dek peredaran zaman, beberapa cadangan telah difikirkan agar ia
dapat membantu bersama-sama menaikkan martabat seloka pada kaca mata
masyarakat Melayu masa kini. Antaranya adalah dalam sektor pendidikan
terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menyediakan garis
panduan kemahiran di dalam sukatan pelajaran kesusasteraan Melayu terutamanya
dalam Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) yang telah diajar di
peringkat sekolah menengah perlu diperluas ke peringkat sekolah rendah agar murid-
murid di peringakt sekolah rendah dapat mengenai seloka itu dengan lebih mendalam.
Selain itu, pihak KPM perlu memberi penekanan yang lebih kepada unsur-unsur
penerapan cirri-ciri perwatakan yang tersirat yang banyak menyelitkan unsur-unsur
sindiran kepada masyarakat Melayu masa kini.
Selain itu, pelbagai aktiviti pelu dijalankan di mana-mana sahaja kerana ia
akan dapat membantu untuk memperkenalkan puisi-puisi Melayu tradisional kepada
semua lapisan masyarakat Melayu masa kini. Hal ini bermaksud, pada masa kini,
mereka jarang sekali mengenali puisi-puisi Melayu tradisional kerana mereka sudah
lari dek peredaran zaman yang seba canggih dan tanpa sempadan. Ini secara tidak
langsung masyarakat Melayu masa kini dapat menghayati dan merungkai maksud-
maksud yang tersirat dalam puisi Melayu tradisional terutamanya seloka.
Di samping itu, peranan institusi pendidikan di Malaysia terutamanya peranan
guru merupakan salah satu aspek yang penting dalam usaha memartabatkan puisi
Melayu tradisional terutamanya seloka dalam kalangan apelajar-pelajar sekolah.
Memperkenalkan seloka dengan aktiviti berseloka dan menyanyi seloka amat penting
kerana ia dapat menarik minat para pelajar dalam mengenali dengan lebih dekat
tentang seloka. Ia dapat dibuktikan dengan memainkan kaset nyanyia seloka yang
telah berada di pasaran seperti yang telah dinyanyikan oleh Roslan Madun.
Dalam zaman pendidikan sekarang, isu kesusasteraan Melayu semakin tidak
popular dalam kalangan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah menodorong
kepada subjek tersebut mula diketepikan oleh pelajar kerana ia susah untuk dipelajari.
Dalam konteks ini, guru harus berperanan supaya mengubah persepsi pelajar terhadap
mata pelajaran sastera di sekolah. Guru harus mempelbagaikan teknik dalam
pengajaran sastera di sekolah. Misalnya, berlakon, berpuisi dan sebagainya. Dengan
adanya aktiviti ini di sekolah ia akan menarik minat para pelajar supaya mempelajari
mata pelajaran sastera.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, guru harus mempelbagaikan
teknik tersebut. Guru hendaklah mengurangkan aktiviti memberi nota kepada pelajar.
Ia harus digantikan dengan guru harus membuat aktiviti lakonan di dalam kelas.
Misalnya, ketika mengajar seloka, aktiviti nyanyian seloka harus dilakukan oleh guru.
Dengan cara ini, pelajar akan merasa seronok iaitu belajar sambil bermain. Ilmu yang
mereka pelajari pada hari tersebut akan dapat memberi manfaat kepada mereka.
Seterusnya, pihak kerajaan juga harus memainkan peranan untuk
memartabatkan bidang kesusasteraan Mealyu agar ia dikenali di serata dunia. Promosi
mengenai sastera khususnya seloka harus diperluas agar masyarakat Melayu masa
kini dapat mengetahui tentang seloka. Misalnya, menyiarkan lagu-lagu puisi Melayu
tradisional dalam saluran televisyen yang kerap akan membantu masyarakat Melayu
masa kini mengenali dengan lebih lagi tentang puisi Melayu tradisional.
5.3. Kesimpulan
Secara keseluruhannya, seloka mempunyai unsur-unsur didaktik yang begitu tinggi.
Seloka yang sarat dengan unsur-unsur humor dikatakan berasal daripada bahasa
Sanskrit dan merujuk kepada perkataan menyindir atau mengejek yang diperkatakan
dengan cakap yang berangkap. Ia juga merujuk kepada percakapan gurau senda dan
jenaka semata-mata istimewa jika bercampur dengan rangkap atau pertentangan bunyi
di mana-mana. Dengan ini secara tidak langsung ia akan member kesan emosi kepada
semua pembaca.
Penggunaan gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam seloka ini
adalah untuk mengajak para pembaca berfikir tentang isi yang tersurat dan tersirat. Di
samping itu juga penggunaan diksi dalam setiap bait ayat memberikan impak yang
berkesan kepada pembaca mengenai maksud tersurat dan tersirat dalam seloka
tersebut. Walaupun penggunaaan bahasa dalam seloka sering dipertikaikan kerana ia
dianggap sebagai kesalahan penggunaan bahasa, namun dalam sastera bahasa tersebut
adalah penggerak kepada sesebuah hasil karya. Ia bersifat subjektif dan relatif serta
mampu memberi kesan kepada seseorang individu pembaca.
Kewujudan pelbagai bentuk puisi yang berperanan dalam memberi nasihat dan
pengajaran kepada masyarakat jelas menunjukkan betapa lengkapnya warisan puisi
Melayu tradisional dan mendidik serta menasihati generasi muda agar berkelakuan
baik dan berusaha untuk membentuk jati diri yang positif. Ia jelas bertepatan dengan
budaya masyarakat Melayu yang gemar tegur-menegur demi kesejahteraan bersama-
sama.
BIBLIOGRAFI
Abdul Halim Ali (2006). Mendekati Puisi Melayu Tradisional, Tanjung Malim:Penerbitan Profesional Baharu.
Abu Musaddad (2008). Adab-adab Persahabatan Menurut Islam:Bertimbang Rasa dan Faham-memahami, diperoleh pada 5 Mei 2012 dalam http://ibnismail.wordpress.com.
Ghafani Awang Teh (2008). Islam Menjadikan Manusia Lebih Bertamadun, Kuala Lumpur:Berita Harian.
Harun Mat Piah et. al (2000). Puisi Melayu Tradisional:Nasihat dan Pengajaran (pngr), Kuala Lumpur:Dewan Bahas dan Pustaka.
Harun Mat Piah (1989). Puisi Melayu Tradisional, Kuala Lumpur:Dewan Bahas dan Pustaka.
Hasan Langgulung (1991). Kreativiti dan Pendidkan:Satu Kajian Psikologi dan Falsafah, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jelani Harun (pnyr) (2006). Nasihat Al-Muluk:Nasihat kepada Raja-raja, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kalam I.A.R (2008). Adakah Kita Mementing Orang Lain ?., diperoleh pada 5 Mei 2012 dalam http://kalamiar.blogspot.com/2008/03/adakah-kita-mementingkan-orang-lain.html.
Majlis Peperiksaan Malaysia (2010). Mutiara Sastera Melayu Tradisional, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Majlis Peperiksaan Malaysia (2000). Warna Sari Sastera Melayu Tradisional, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Azam Ahmad et. al (2011). Dirgahayu Bahasaku dan Novel Kembara Amira, Petaling Jaya:Sasbadi Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2009). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Sekolah Rendah:Komponen1&2) Psikologi Pendidikan dan Pedagogi, Subang Jaya:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Muhd Mansur Abdullah (1988). Pengantar Kesusasteraan Melayu Lama, Kuala Lumpur:Nurin Enterprise.
Naapie Mat (1992). Puisi Lama, Kuala Lumpur:Nurin Enterprise.
Noremawati Ajis (2009). Unsur-unsur Kritikan dalam Puisi Melayu Tradisional Seloka, Tanjung Malim:Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nuraini Ahmad (2008). Kejahilan Ilmu dalam Seloka Pak Kaduk, Kuala Lumpur:Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Widjoyo (2010), Seloka-seloka Melayu Indonesia diperoleh pada 10 Mac 2011 dalam laman blog http://kepustakaanmelayu.blogspot.com.
Rene Wellek et.al (1989). Sastra dan Pemikiran, Jakarta:Penerbit PT Gramedia Pustaka Utama.
Wan Akmal Wan Serama (2005). Unsur-unsur Puitika dalam Puisi Melayu Tradisional, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Rosili Abd Majid (2004). Menghormati Tetamu termasuk Tuntutan Iman, Kuala Lumpur:Berita Harian.
Zurinah Hassan (2012). Seloka:Kritikan Tajam dalam Gurauan diperoleh pada 12 Mac 2012 dalam laman blog http://zurinahhassan.blogspot.com/2012/03/seloka-kritikan-tajam-dalam-gurauan.html
__________ (2010), Menjauhi Riya’ dan Mengutamakan Keikhlasan, Kuala Lumpur:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
__________ (2009), Bersyukur dan Redha Mengelak Amalan Berhutang, Kuala Lumpur:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
__________ (2008), Disiplin dalam Solat, Kuala Lumpur:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
__________ (2008), Kewajipan Mengawal Nafsu, Kuala Lumpur:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
__________ (2008), Menjauhi Perbuatan yang Mendatangkan Bahaya, Kuala Lumpur:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
__________ (2008), Identiti Masyarakat dan Budaya Melayu, diperoleh pada 5 Mei 2012 dalam http://zanas.wordpress.com.
__________ (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
LAMPIRAN
SELOKA PAK KADUK
Ayuhai malang Pak Kaduk,Ayamnya menang kampung tergadai,Ada nasi dicurahkan,Awang pulang kebuluran,Ada isteri di bunuh,Nyaris mati oleh tak makan,Mudik menongkah surut,Hilir menongkah pasang,Masa belayar kematian angin,Sauh dilabuh bayu berpuput,Ada rumah bertandang duduk,Rumah runtuh awak menumpang.
SELOKA MAK SI RANDANG
Baik budi emak si RandangDagang lalu ditanakkanTiada kayu rumah diruntuhkan,Anak pulang kelaparan,Anak di pangku diletakkan,Kera di hutan disusui,Dagang pergi awak terhutang,Beras habis padi tak jadi.
SELOKA PAK PANDIR
Pandai! Pak Pandir!Anak dipijak dagang dijunjung,Kucing dibunuh tikus dibela,Harta habis badan tergadai,Mendengar gelagak dagang,Tak sedar bertelanjang,Mendengar guruh di langit,Air tempayan dicurahkan,Mulut disuap pisang,Buntut dicangkuk onak,Gunting makan di hujung,Pak Pandir juga menanggung!Apa didengar gelagak dagang,Gelagak rambutan jantan,Orang berbunga dia berbunga,Orang berbuah dia haram!Kilat memancar hujan tak jadi,Awak juga yang menanggung!
SELOKA SI LUNCAI
Sikap si luncai, biarkan, biarkan…Ada rumah tiada terjaga,Ada anak tidak terlatih,Ada ternakan tidak terbela,Ada kebun tidak ditanam,Ada cerdik tiada selidik,Ada belajar kepalang ajar,Ada mengaji tiada kuasa,Ada kuat tiada buat,Biarkan, biarkan…!Si luncai pun terjun dengan labu-labunya.
SELOKA PAK BALUNG- AYAM TAMBATAN
Episod pertama (sungguh malang nasib Pak Balung)Kasih dicurah sayang diberi,Makan dihidang minum disaji,Tak perlu kais tak perlu cari,Beras padi datang sendiri.Hilang dicari lambat dituruti,Bulu dicuci leher diurut,Paruh diasah taji diraut,Ekor dibelai najis dikaut,Lupa diri lupa daratan,Berkokok lantang bersahut sahutan,Akulah handal akulah jantan,Akulah jaguh ayam tambatan.
Episod kedua (sungguh malang nasib Pak Balung)Nasib Pak Balung belum pasti,Entah untung entahkan rugi,Entah hidup entahkan mati,Entahkan maut di hujung taji.Entah pekak mungkin buta,Entah momok mungkin gila,Entah patah tergeliat,Atau pincang seumur hayat!
Episod ketiga (sungguh malang nasib Pak Balung)Dalam gelanggang satu bulatan,Di situlah Pak Balung dilepaskan,Tanpa sebab tanpa alasan,Bersabung nyawa beradu kekuatan,Bulu tercabut berterbangan,Darah merah bercucuran,Kulit daging berkecaian,Wang ringgit bertukar tangan,
Yang kalah jatuh terkapar,Yang menang mandi darah,Siapa yang untung ketawa besar,Siapa yang rugi menyumpah-nyumpah.
Episod keempat (sungguh malang nasib Pak Balung)Orang menang awak yang parah,Orang ketawa awak berdarah,Akibat megah diri...Akhirnya menjilat luka sendiri!
SELOKA LEBAI MALANG
Lebai nasib langkahan malang,Ke hulu hilir penat berulang,Celaka sial bedebah jembalang,Pakaian dibuang bertelanjang pulang.Ayuhai nasib fakir miskin,Dapat sedekah sebungkus lempengHabis hilang baju dan kain,Penganan habis dibaham anjing.Penat berkejar tiada terkira,Ke sana ke mari tersera-seraPunah golok bersama niraPulang ke rumah mendapat ma
SELOKA MELAYU GERAK SENANDUNG SELAYU
Gerakkah yang ada padanya kita, langkah tiada bayangnya sahaja, gerak mana tiada langkahnya, hanya sendi nadinya sahaja, gerak mana kaki tangannya, hanya arahan nafsu sahaja, kata gerak akal asalnya, akal mana otak sahaja, gerak mana sahabat berkata, kata gerak kata sahaja, gerak kata hikmah menuja, gerak kita tiada maknanya, gerak yang ada kesan sahaja, jangan kata gerak ada, nampak hanya shariat sahaja, jadi hukum akan tafsirnya, menyata gerak didalam dunia, tiada gerak hukumnya jua, diatas gerak semu yang ada,gerak mana pilihnya kita, gerak Allah atau nabinya, atau gerak semata-mata, mengikut rentak nafsu yang ada, mana gerak padanya kita, selagi nyata kesan sahaja, gerak itu lakunya kita, asal dari hati yang ada, seketul daging jantung namanya, menjadi pokok buahnya dua, satu manis satu masamnya, mana gerak masam rasanya, pada tuan kita bertanya, manis itu gerak macammana, tahukah tuan akan keadaanya, tiada gerak itu rupanya, hanya rasa olahan dirinya, jika gerak dari masamnya, gerak itu maknanya binasa, jika gerak manis adanya, kelak sentosa padanya kita, inilah gerak rasa derianya, menjadi akan bayangnya dia, gerak itu menjadi nyata… hanya Dia sahaja yang ada, dialam ini kita berjanji padanya, selagi gerak dalamnya kita, selagi itu solatlah kita,
bukan kerana atas agama, tapi kerana cinta padanya, begitulah adat Melayu adanya, bukan mengejar sharat agama, tapi mendapatkan kebenarannya, berjuanglah tanpa hentinya, sehingga mati hujungnya cerita, apa yang hendak diatas dunia, semua ujian kepadanya kita, agar gerak kita berguna, bila mati berjasanya kita, baru gerak ada maknanya, baru gerak jadinya kita, selamat kembali kita manusia, jadi gerak Melayunya kita, ini akhirnya akan cerita, Seloka Melayu Gerak Senandung Selayu namanya.
SELOKA MELAYU ABRAHAMA
Ini seloka abrahama, asal mula semua agama, ada sama tiada serupa, walau berbeza itu jua, seperti kata pernah berkata, agama turun tunduk nafsunya, bukan jalan menunjuk ia, akan Tuhan tiada jalannya, hanya pembuka ayat untuknya, agar pintu menjadi nyata, pabila diri sudah binasa, baru salik mendapatkannya, inilah shariat walau terbeza, hanya nafsu yang banyak ragamnya, asal hakikat tetap satu jua, inilah benar seloka bertikrama, menunjuk asal tiada bermula, abrahama jua empunya ilmunya, menyatakan hidup dan jalan padaNya, agar manusia segara fana, dari manusia menjadi insanNya,agar tahu agama yang ada, walau syariatnya berbeza, hakikatnya tetap satu jua, wahai manusia kenal hakikatnya, ajaran suci di MahaDewa, tujuh pelangi memegang rahsianya, tiada yang tahu hanya yang baqanya, carilah agar selamat hidup kita,
tiada menjadi binatang sahaja, walau berupa manusia ia, tetap dirinya binatang sahaja, akuilah wahai salik mulia, mengenal hakikat empat pecahnya, mulakan dari bawah jadinya, sehina-hinanya itulah kita, hanya makhluk bukan hambanya, jangan terasa bila membaca, kerana hati dah sombong jadinya, terasa manusia akan jadinya, bukan kebuasan hawa nafsu mak bapa kita, kerana hakikat sakit didengarnya, kerana tak mahu mengaku asalnya, hina sama binatang yang ada, cuma pandai berkata-kata, bukan akal pemimpin hidupnya, tapi nafsu hayat binatangnya, menjadi darah dagingnya kita, tiada berjumpa akan Tuhannya, kerana kejadiannya hanya binatangnya, tiada tunduk pada benarnya, hanya dia kebenarannnya, bukan seloka menunjukkan silapnya, itulah manusia diatas dunia, tiada kenal hakikat dirinya, oleh itu salik mulia, jangan terasa hebat sudahnya, ilmu baru separuh dada, sudah mengaku imam dunia, bukan ketua akan nafsunya, tapi sikap menunjuk akan hebatnya, atas ilmu dipelajari didunia, tiada isi hampa belaka, kenallah dirimu salik mulia, mengenal hakikat asalnya kita, bukan bermula dari Tuhannya, tapi binatang dan hawa nafsunya, tercipta kita itulah hakikatnya, hawa nafsu mak bapa kita, tiada yang boleh nafikannya….
SELOKA MELAYU SILUMAK BUDIMAN
Inilah silumak budiman kisahnya, sebagai seloka empunya kersa, kerana hendak jenaka hikmahnya, semoga karya mendatang sembahnya, untuk senda masa yang ada, agar faedah untuk semua, bukan sekadar baca ianya, tapi tempat melamar adanya, akan ilmu Melayu gayanya, menyampai kata dalam selokanya, bukan ajar dan tunjuk lagaknya, hanya sekadar penglipur jiwa, bagi saudara yang suka mencarinya, akan nikmat seloka Melayunya, inilah madah kiasan rasa, untuk saudara penggemar rahsia, jika sungguh bagai dikata, nescaya seloka dapat membuktikannya, kepada mereka yang ambil lewa, anggaplah ini selogan mutiara, mana tahu sampai masanya, bila dibaca nampak isinya, bukan kulit rupa ayatnya, itu hanya karung hikmahnya,moga saudara dapat baktinya, sebagai Melayu inilah caranya, mengenal akan daifnya kita, bagai silumak tatacaranya, sembah wayang sembah bayangnya, itu kias melamun ilhamnya, menyalurkan petua dan seloka, bermain ayat membahasakan rasa, bukan tualang jejaknya ada, hanya kelana araknya mega, kalau tuan bijaklah sana, cari permata didalam ayatnya, baru sempurna amalnya kita, bukan ikut anginnya rasa, bukan basah tekak menelannya, bukan kantuk mata memandangnya, ini hiasan budiman arkata, melambai mesra akan tuntunnya,bukan lambaian sepoi bahasa, tapi sepoi menghapus dosa, ikutlah saudara rentaknya kita, ikut menari sepapan panjangnya, ikutkan irama segulung samudranya,
ikutlah gurindam mainan cintanya, Melayu jualah empunya akalnya, menyaji cerita dalam nestapa, miskin dan hina didalam dunia, tiada pandai arif sahaja, tiada gedung ilmu didada, tapi niat hendakkan bangsa, menjadi termasyhur diatas dunia, bukan kerana kaya yang ada, atau ilmu menggunung adanya, tapi akal yang dapat berbicara, dalam bentuk asalnya kita, dari awal hingga akhirnya, selagi Melayu masih yang ada, bila mulut meluah kata, maka kata menjadi ayatnya, maka ayat menjadinya seloka….