PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
BAHAGIAN LATIHAN PERANGKAAN
i
KANDUNGAN
Prakata dari Ketua Perangkawan Malaysia ii
Pengenalan Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia 1
Carta Organisasi 2
Prasarana dan Perkhidmatan
Koleksi Bahan Perpustakaan 4
Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) 13
Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok 15
Sistem Pengkelasan Bahan Perpustakaan 16
Perkhidmatan Atas Talian - Sistem Virtual Library (V-Lib) 17
Capaian Akses Sistem Virtual Library (V-Lib) 18
Perkhidmatan Carian Maklumat - Katalog (Web OPAC) 19
Garis Panduan
Peraturan Am Perpustakaan 22
Keahlian Perpustakaan 24
Perkhidmatan Pinjaman 25
Had Kuantiti dan Tempoh Pinjaman Bahan/Koleksi 27
Pembaharuan Pinjaman 28
Hal - Hal Lain 29
ii
PRAKATA
Buku “Kenali Perpustakaan Anda” ini
merupakan penerbitan tentang perkhidmatan
yang terdapat di Unit Perpustakaan, Bahagian
Latihan Perangkaan. Inisiatif ini diambil bagi
membolehkan anggota Jabatan mengenalinya
dengan lebih dekat.
Garis panduan dan peraturan-peraturan perpustakaan yang terkandung
di dalam buku panduan ini bertujuan untuk memudahkan pengguna
yang ingin berurusan dengan Perpustakaan Jabatan. Selain itu,
maklumat mengenai liputan koleksi, maklumat perhubungan dan
latar belakang perpustakaan juga dimasukkan bagi memastikan
pemahaman secara komprehensif.
Saya merakamkan penghargaan atas usaha yang dilakukan ini dan
berharap agar budaya membaca di kalangan anggota Jabatan dapat
dipertingkatkan. Sebarang pandangan dan komen bagi meningkatkan
lagi mutu perkhidmatan Perpustakaan Jabatan di masa akan datang
amat dialu-alukan.
Dato’ Hajah Wan Ramlah binti Wan Abd. Raof
Ketua Perangkawan Malaysia
Disember, 2010
1
Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia telah wujud sejak tahun 70-an.
Sebelum tahun 2001, perpustakaan ini terletak di Ibu Pejabat, Jabatan Perangkaan
Malaysia, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur. Pada masa itu, ia diletakkan di bawah
Bahagian Pembangunan Perangkaan. Selepas penstrukturan Jabatan pada 2002 yang
membabitkan pewujudan dan pertukaran nama beberapa Bahagian, perpustakaan
seterusnya diletakkan di bawah Bahagian Latihan Perangkaan.
Perpustakaan ini merupakan perpustakaan khusus yang berperanan sebagai
pusat sumber utama untuk rujukan maklumat mengenai perangkaan. Ia menyokong
fungsi Jabatan Perangkaan Malaysia sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran
maklumat perangkaan melalui perkhidmatan yang disediakan ke arah proses
pembentukan kerja yang berpengetahuan serta bermaklumat di samping membawa
kepada sikap positif dan budaya kerja cemerlang.
PENGENALAN
PERPUSTAKAAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
2
CARTA ORGANISASI
Unit Perkhidmatan Perpustakaan diletakkan di bawah Seksyen Pembangunan
Profesional, ICT & Perpustakaan, Bahagian Latihan Perangkaan. Sila lihat Carta 1
di bawah:
Carta 1: Carta Organisasi Bahagian Latihan Perangkaan
3
4
Koleksi Bahan Perpustakaan
Koleksi bahan yang dimiliki oleh Unit Perpustakaan, Bahagian Latihan Perangkaan,
Jabatan Perangkaan Malaysia terdiri daripada berikut:
Koleksi Terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia
Koleksi Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan pelbagai buku
yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, mengandungi bidang
sosio-demografi seperti Laporan Banci Perumahan dan Penduduk, Penyiasatan
Tenaga Buruh dan Laporan Penyiasatan Migrasi. Manakala bidang ekonomi
pula meliputi Perangkaan Perdagangan Luar Negeri, Penyiasatan Perbelanjaan Isi
Rumah, Indeks Harga Pengguna (CPI), Indeks Harga Pengeluar (PPI), Imbangan
Pembayaran, Akaun Negara, Bank Data, Penyiasatan Kecenderungan Perniagaan,
Ekonomi Malaysia Sepintas Lalu, Penunjuk Ekonomi Malaysia dan Perangkaan
Ekonomi Malaysia-Siri Masa. Selain itu, perpustakaan ini juga memiliki koleksi
perangkaan komoditi seperti Perangkaan Getah dan Banci Hasil Pertanian,
dan koleksi berkaitan sektor industri seperti Indeks Perindustrian, koleksi
Perangkaan Pembuatan dan Perusahaan, Perangkaan Perkhidmatan dan
Perangkaan Perkapalan. Di samping itu, terdapat juga koleksi lain seperti
Buletin Perangkaan, Siaran Khas dan Kompedium Alam Sekitar.
PRASARANA DAN PERKHIDMATAN
5
Koleksi Terbitan Jabatan Perangkaan Sabah
Perpustakaan ini juga mengandungi bahan-bahan terbitan daripada Jabatan
Perangkaan Sabah seperti Buku Tahunan Perangkaan Sabah dan Perangkaan
Penting Sabah. Koleksi perangkaan Sabah berkaitan aktiviti ekonomi pula meliputi
Perangkaan Perdagangan Sabah, Perangkaan Penyiasatan Perusahaan Terpilih
Sabah, Anggaran Belanjawan Keluarga Sabah, Buku Maklumat Getah Sabah
dan Indeks Harga Pengguna (CPI) Sabah. Di samping itu, terdapat juga koleksi
mengenai Perangkaan Pelawat-Pelawat Sabah, Siaran Perangkaan Sabah dan
Siaran Khas Sabah.
Koleksi Terbitan Jabatan Perangkaan Sarawak
Bahan-bahan terbitan daripada Jabatan Perangkaan Sarawak seperti Buku
Tahunan Perangkaan Sarawak dan Perangkaan Penting Sarawak, merupakan
sebahagian koleksi perpustakaan ini. Koleksi perangkaan Sarawak yang berkaitan
bidang ekonomi di perpustakaan ini pula meliputi Perangkaan
Perdagangan Sarawak, Indeks Harga Pengguna (CPI) Sarawak, Perangkaan
berkaitan perusahaan, industri, perkilangan, pembalakan dan perkhidmatan
Sarawak. Di samping itu terdapat juga koleksi mengenai Perangkaan
Pelawat-Pelawat Sarawak, Buletin Perangkaan Sarawak, Siaran Perangkaan
Sarawak, serta Siaran Khas Sarawak.
PRASARANA DAN PERKHIDMATAN
6
Koleksi Khas Terbitan United Nations
Buku-buku terbitan United Nations yang dibekalkan, turut menjadi sebahagian
daripada koleksi Perpustakaan Jabatan.
Koleksi Khas Terbitan Bank Negara Malaysia
Bahan-bahan terbitan Bank Negara Malaysia seperti Laporan Tahunan, Buletin
Perangkaan Bulanan, Buletin Suku Tahunan, Laporan Kestabilan Kewangan dan
Sistem Pembayaran, Laporan Tahunan Insurans serta Laporan Tahunan Takaful,
juga boleh didapati di perpustakaan ini.
Koleksi Terbitan Jabatan/Kementerian Lain
Perpustakaan ini juga menerima buku-buku terbitan dari Jabatan/Kementerian
lain seperti Kementerian Kewangan Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan, The Kuala Lumpur Stock Exchange, Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perikanan,
Kementerian Pertanian Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi,
Jabatan Akauntan Negara dan lain-lain.
PRASARANA DAN PERKHIDMATAN
7
Koleksi Kamus dan Istilah
Bagi kegunaan carian kata dan bahasa, terdapat Kamus Dewan dan Kamus
Dwibahasa disediakan. Turut terdapat di perpustakaan ini ialah Oxford
Dictionary, The Collins Concise Dictionary, Chambers Twentieth Century
Dictionary, Chinese English Dictionary, Tatabahasa Dewan dan Tesaurus Umum
Bahasa Melayu. Koleksi kamus dan istilah di perpustakaan ini juga turut disokong
oleh kamus dan istilah–Istilah khusus meliputi bidang seperti Sains,
Geografi, Matematik, Komputer, Undang-Undang, Demografi, Kewangan,
Perakaunan, Perbankan, Perikanan, Perhutanan, Kependudukan, Psikologi,
Pembangunan Manusia, Pentadbiran Perniagaan, Tekstil, Perubatan, Geologi,
Veterinar, Tekstil dan lain-lain bidang untuk rujukan. Tidak terkecuali,
Dictionary of Statistical Terms turut dimiliki oleh perpustakaan Jabatan.
Koleksi Pusat Penilaian Kompetensi (PPK)
Koleksi PPK seperti buku Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), Perintah-Perintah Am
dan Arahan Pentadbiran, Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Tonggak 12,
Arahan Keselamatan dan Perkhidmatan Awam Malaysia disediakan untuk
kemudahan rujukan kepada anggota Jabatan yang menghadapi peperiksaan.
Koleksi Kertas Kerja
Koleksi ini mengandungi laporan lawatan kerja, menghadiri persidangan/
mesyuarat/seminar/bengkel, laporan post mortem dan laporan kursus luar
negara oleh anggota Jabatan Perangkaan Malaysia.
PRASARANA DAN PERKHIDMATAN
8
Koleksi Bimbingan dan Motivasi
Himpunan koleksi bahan bacaan berbentuk motivasi, bimbingan jiwa, psikologi,
kaunseling, panduan menangani stress turut disediakan di rak perpustakaan.
Koleksi Tesis
Perpustakaan Jabatan turut menyimpan koleksi tesis anggota Jabatan yang
berkelulusan Sarjana dan Kedoktoran daripada beberapa universiti seperti
Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi
MARA dan Universiti Malaya.
Koleksi Jurnal
Bahan jurnal yang terdapat di perpustakaan ini meliputi Journal of the Royal
Statistical Society, Sankhya: The Indian Journal of Statistics, Journal of Industrial
Technology, di samping jurnal tentang Biometrics. Perpustakaan Jabatan juga ada
memiliki koleksi Journal Pengurusan Awam, International Statistical Review,
Asia-Pacific Population Journal, Journal of Economic Cooperation among I s l a m i c
Countries, Population & Development Review dan Journal of The Department of
Statistics, Malaysia yang diterbitkan secara bersiri.
Koleksi Ensiklopedia
Satu koleksi lengkap Britannica daripada volum 1 sehingga 29 yang terbahagi
kepada Micropaedia (Ready Reference) dan Macropaedia (Knowledge in Dept)
boleh didapati di Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia.
PRASARANA DAN PERKHIDMATAN
9
Koleksi Majalah
Bagi bahan bacaan ringan, koleksi majalah yang dilanggan oleh Perpustakaan
termasuklah Anjung Seri, Malaysian Business, Majalah PC, Seri Dewi
Keluarga, Pemikir, Dewan Masyarakat, Dewan Ekonomi, Al-Islam, Time, Majalah
MASSA, Mingguan Wanita, The Economist, Reader’s Digest, Nur dan Mastika,
turut ditempatkan di rak Perpustakaan Jabatan.
Koleksi Akhbar Harian
Unit Perpustakaan melanggan beberapa akhbar tempatan seperti Utusan
Malaysia, The New Straits Times, dan The Star. Pelanggan hanya boleh
membaca akhbar harian di Perpustakaan sahaja. Manakala itu, sesetengah artikel
yang diperoleh daripada akhbar utama tentang Jabatan ini, Perkhidmatan Awam,
Ekonomi (Dalam dan Luar Negeri) dan Sosial Demografi (Dalam dan Luar Negeri)
disusun dalam bentuk buku dan ditempatkan di Koleksi Buku Keratan Akhbar.
Koleksi Novel
Pelbagai koleksi kumpulan cerpen dan novel bertemakan cinta, sains fiksyen,
kisah kemasyarakatan, kisah kehidupan, isu kemanusiaan, kerohanian di dalam
versi bahasa Malaysia dan Inggeris turut dipamer di rak Perpustakaan.
Koleksi Direktori
Koleksi Perpustakaan turut mengandungi direktori seperti World Fax, Direktori
Syarikat Terunggul di Malaysia, Trade Directory, Industry and Export Directory
serta Direktori Perpustakaan Negara Malaysia sebagai rujukan dan panduan.
PRASARANA DAN PERKHIDMATAN
10
Koleksi Akta
Rujukan mengenai akta yang meliputi Warta Kerajaan, Undang-Undang Malaysia,
Perlembagaan Persekutuan, akta-akta seperti Akta Paten, Akta Paspot, Akta
Pemegang Amanah, Akta Mahkamah Kehakiman, Akta Banci, Akta
Parlimen, Akta Penyiaran dan lain-lain, turut disediakan.
Koleksi Laporan Tahunan
Perpustakaan Jabatan Perangkaan juga menyediakan kemudahan koleksi Laporan
Tahunan yang diterima dari pelbagai agensi seperti Lembaga Getah Malaysia,
Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN) dan Jabatan Audit Negara. Selain itu, perpustakaan juga turut menerima
laporan tahunan dari INTAN, Agensi Dadah Kebangsaan, FINAS, UDA
Holdings, BPR, Institut Integriti Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara, Polis
Diraja Malaysia dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Turut diperolehi ialah
laporan tahunan MARDI, FELDA, FRIM, Malaysian Industrial Estate (Miel), Jabatan
Alam Sekitar, Jabatan Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
MATRADE, JAKIM, PORIM, FELCRA, SUHAKAM, TELEKOM, SPR, TNB, FAMA, HICOM
dan pelbagai agensi lain.
Koleksi Tatanegara
Koleksi ini adalah buku-buku tentang Kenegaraan Malaysia, Warisan Budaya,
Kebangsaan Malaysia, Kejayaan Malaysia, fakta berkaitan Malaysia dan Wawasan
2020. Selain itu, koleksi tentang coretan kenangan, jasa-jasa, perjalanan politik
pemimpin-pemimpin Malaysia seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun
Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi, turut dipamer di rak
perpustakaan.
PRASARANA DAN PERKHIDMATAN
11
Pada masa ini, perpustakaan juga memiliki koleksi buku dalam bidang-bidang seperti
berikut:
Bidang Agama
Buku-buku berunsur keagamaan meliputi bimbingan dan panduan ibadah solat,
tafsir Al-Quran, hadith qudsi, sejarah kisah para rasul, tokoh-tokoh pemikir islam,
zikir, wirid dan doa harian, cerita-cerita pedoman.
Bidang Statistik
Koleksi yang menjurus kepada bidang statistik seperti Probability and
Mathematical Statistics, Business Statistics, Applied Statistics, Statistical Methods
in Research & Production, Statistical Analysis, Statistical Modelling in GLIM.
Bidang Ekonomi
Koleksi ini meliputi bidang Makroekonomi, Mikroekonomi dan Ekonometrik
termasuk buku mengenai isu Economic Challenges, International Economics,
Money and Banking, Analisis Ekonomi, Kewangan dan lain-lain yang berkaitan.
Bidang Sosial Demografi
Koleksi bidang sosial demografi terdiri daripada koleksi berkaitan p o p u l a t i o n ,
demography, migration, pembasmian kemiskinan, labour and wages.
Bidang Pengurusan
Buku-buku yang berkaitan termasuklah strategi pengurusan, kepemimpinan,
kerjaya, pengurusan kewangan, organisasi, pengurusan efektif dan gaya
pengurusan.
PRASARANA DAN PERKHIDMATAN
12
Bidang Komunikasi dan Teknologi Maklumat (ICT)
Buku-buku berkaitan ICT termasuklah pengaturcaraan JAVA, Pascal, XHTML
DAN COBOL, pembinaan web site dan multimedia, pangkalan data, Software
Engineering, Internet security, Analisis Data Berkomputer (SPSS) dan panduan
perisian seperti Windows, Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Access,
Power Point, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan Visual Basic.
PRASARANA DAN PERKHIDMATAN
13
Sistem Pembekalan Penerbitan atau lebih dikenali dengan Pinjaman Antara
Perpustakaan telah dilancarkan pada 2 Jun 1998. Melalui sistem ini, pengguna boleh
meminjam dan mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan dari mana-mana institusi
yang menyertai sistem ini. Pinjaman boleh dibuat dengan menggunakan borang khas
yang boleh didapati di Unit Perpustakaan, Bahagian Latihan Perangkaan. Pengambilan
dan penghantaran balik bahan adalah atas tanggungjawab pemohon sendiri atau
pemohon boleh meminta pihak perpustakaan mengendalikan proses peminjaman dan
pemulangan bahan. Segala peraturan peminjaman dan pemulangan bahan tertakluk
kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Perpustakaan atau institusi tersebut.
Cara Memohon Melalui Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)
1. Pengguna yang memerlukan bahan dari perpustakaan atau institusi lain boleh
memohon melalui Pustakawan di Unit Perpustakaan, Bahagian Latihan
Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia.
2. Peminjam perlu mengisi borang permohonan SPP yang boleh didapati di kaunter
perkhidmatan Perpustakaan.
PRASARANA DAN PERKHIDMATAN
Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)
14
3. Perkhidmatan SPP juga boleh dibuat dengan menggunakan kemudahan e-mel,
dan disusuli dengan borang permohonan.
4. Pegawai yang memohon perkhidmatan SPP boleh memilih sama ada
menguruskan sendiri pengambilan dan penghantaran balik bahan
ke perpustakaan yang memiliki bahan tersebut atau meminta pihak
perpustakaan yang menguruskan pinjaman bahan.
5. Tempoh pinjaman bergantung sepenuhnya kepada syarat yang ditentukan
oleh perpustakaan atau institusi bahan yang dipinjam. Tempoh pinjaman boleh
diperbaharui, tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh
perpustakaan atau institusi tersebut.
PRASARANA DAN PERKHIDMATAN
15
PRASARANA DAN PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok
1. Pihak Perpustakaan Negara Malaysia telah menyediakan kemudahan
Perkhidmatan ini kepada Jabatan Perangkaan Malaysia. Kemudahan yang
disediakan ini ialah dengan meminjamkan sebanyak 300 buah buku kepada
Unit Perpustakaan, Bahagian Latihan Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia
bagi tempoh 3 bulan.
2. Melalui Unit Perpustakaan, anggota Jabatan Perangkaan Malaysia boleh
meminjam sebanyak 2 buah buku, selama 1 minggu daripada perkhidmatan
pinjaman berkelompok yang disediakan.
3. Segala peraturan serta syarat-syarat pinjaman adalah seperti mana yang
ditetapkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.
16
Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia menggunakan pendekatan klasifikasi atau
menyusun bahan mengikut sistem pengkelasan Dewey Decimal Classification (DDC), yang
terbahagi seperti berikut:
PRASARANA DAN PERKHIDMATAN
DEWEY DECIMAL CLASSIFICATION (DDC)
000 Pengetahuan Am
100 Falsafah dan Psikologi
200 Agama
300 Sains Sosial
400 Bahasa
500 Sains Tulen Dan Matematik
600 Teknologi
700 Kesenian
800 Kesusasteraan
900 Geografi dan Sejarah
SISTEM PENGKELASAN BAHAN PERPUSTAKAAN
17
PRASARANA DAN PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN ATAS TALIAN
Sistem Virtual Library (V-Lib)
Sistem V-lib adalah singkatan daripada perkataan Virtual Library. Ia merupakan sistem
pengurusan perpustakaan secara digital untuk Perpustakaan Jabatan Perangkaan
Malaysia. Sistem ini merupakan sistem perpustakaan yang berasaskan perkhidmatan atas
talian sepenuhnya iaitu pangkalan data katalog dan indeks Perpustakaan Jabatan
Perangkaan diakses melalui laman web Jabatan. Oleh itu, anggota Jabatan dapat
mengakses koleksi perpustakaan di dalam pangkalan data, di mana sahaja mereka
berada. Sistem yang bercirikan fully web based ini mengandungi modul-modul aplikasi
berikut:
Web OPAC (Web Based On-Line Public Access Catalogue)
Merupakan katalog multimedia di atas talian untuk memudahkan pencarian bahan
perpustakaan oleh pengguna.
Sirkulasi
Merupakan kemudahan dengan tujuan urusan pinjaman, pemulangan dan
tempahan buku secara elektronik.
Patron Management
Fasiliti ini disediakan bagi urusan pendaftaran pengguna sebagai ahli perpustakaan
dan pemantauan oleh pegawai yang bertanggunjawab.
18
Capaian Akses Sistem Virtual Library (V-Lib)
PRASARANA DAN PERKHIDMATAN
Bagi anggota Jabatan atau pengguna luar yang ingin menggunakan Sistem V-lib,
setiap pengguna perlulah melayari laman web rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia
berikut http://www.statistics.gov.my/portal, untuk mendapatkan paparan di atas.
Seterusnya, pengguna perlu ke menu Online Services dan di bawah menu Online
Application, pilih dan klik butang Online Library.
Sila klik pada butang
Online Library
19
PERKHIDMATAN CARIAN MAKLUMAT
PRASARANA DAN PERKHIDMATAN
Katalog (Web OPAC)
Web OPAC merupakan singkatan perkataan Web Online Public Access Catalogue. Web OPAC
merupakan salah satu perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh Perpustakaan. Web OPAC
adalah rekod asas yang memberi maklumat lengkap mengenai bahan-bahan yang ada di
Perpustakaan. Maklumat bibliografi sesuatu bahan boleh diperoleh dengan menyemak katalog
melalui:
Title
Subject
Publications
Keyword
ISBN (International Standard Book Number)
Call Number
Author
Accession Number
Dengan adanya kemudahan Web OPAC ini, ia dapat membantu pengguna mengakses koleksi
bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan ini. Ia juga berfungsi sebagai alat penunjuk
lokasi sesuatu bahan. Ini dapat memudahkan pengguna mengesan di mana sesuatu bahan
itu ditempatkan di dalam perpustakaan.
20
PERKHIDMATAN CARIAN MAKLUMAT
PRASARANA DAN PERKHIDMATAN
Panduan menggunakan Web OPAC
Melalui laman utama sistem Online Library, pengguna boleh klik butang Web OPAC
untuk memulakan pencarian buku.
21
22
GARIS PANDUAN
Peraturan Am Perpustakaan
Bagi pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan perpustakaan, pengguna
hendaklah mematuhi peraturan–peraturan seperti berikut:
1. Berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.
2. Pengguna hendaklah sentiasa memakai tanda nama/pas keselamatan Jabatan
apabila berada di Perpustakaan.
3. Beg pengguna hendaklah diletakkan di rak simpanan barang yang disediakan.
4. Dilarang tidur, makan/minum dan merokok semasa di perpustakaan.
5. Dilarang berkomunikasi dengan nada yang kuat/membuat bising sehingga boleh
mengganggu pengguna lain.
6. Pastikan telefon bimbit berada di dalam keadaan mod senyap.
7. Jangan membuang sampah merata-rata (hendaklah dibuang ke dalam bakul
sampah yang disediakan).
8. Tidak dibenarkan mempamer, mengedar, melekatkan atau menampalkan apa-apa
bil, notis atau iklan di perpustakaan.
9. Tidak dibenarkan mengoyak, memotong dan menconteng mana-mana bahagian
muka surat buku, majalah dan lain-lain.
10. Letakkan buku yang telah digunakan di atas troli yang disediakan.
23
GARIS PANDUAN
Peraturan Am Perpustakaan
11. Bagi pelajar Universiti/kolej (awam atau swasta), penyelidik dan orang awam
boleh membuat rujukan di Unit Perpustakaan, Bahagian Latihan Perangkaan
dengan membawa surat kebenaran dan mengisi maklumat peribadi di dalam Buku
Rekod Pelawat Perpustakaan Jabatan Perangkaan Malaysia yang disediakan.
24
GARIS PANDUAN
Keahlian Perpustakaan
1 . Untuk menjadi ahli perpustakaan, semua anggota Jabatan Perangkaan Malaysia di
Ibu Pejabat (Putrajaya dan Wisma Minlon), JP Negeri dan anggota kader, perlu
mendaftar keahlian dengan mengisi “Borang Pendaftaran Ahli Perpustakaan
Jabatan Perangkaan Malaysia” yang boleh didapati di kaunter perkhidmatan
perpustakaan ini.
2 . Pendaftaran ini membolehkan anggota Jabatan membuat sebarang proses
peminjaman koleksi bahan perpustakaan.
3 . Setelah berdaftar, pemohon bolehlah menggunakan pas keselamatan sebagai kad
ahli perpustakaan bagi anggota di Ibu Pejabat, manakala bagi anggota JP Negeri
dan anggota kader, nombor kad pengenalan digunakan untuk membuat proses
peminjaman bahan.
4 . Tiada sebarang yuran keahlian dikenakan.
BORANG PENDAFTARAN AHLI PERPUSTAKAAN
25
Peraturan Pinjaman dan Pemulangan
1. Untuk melayakkan anggota Jabatan membuat peminjaman, anggota perlu
menjadi ahli atau berdaftar sebelum membuat sebarang proses peminjaman
bahan.
2. Anggota Jabatan yang berdaftar keahliannya perlu menunjukkan pas
keselamatan (kad keahlian) untuk membenarkan sistem mengakses patron ID
bagi membolehkan proses pinjaman bahan dibuat.
3. Anggota yang membuat peminjaman bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
keselamatan dan fizikal bahan yang dipinjam.
4. Anggota Jabatan yang membuat peminjaman bahan tidak boleh memberi bahan
yang dipinjam kepada pihak ketiga.
5. Bahan-bahan yang dipinjam hendaklah dikembalikan sebelum atau pada tarikh
yang ditetapkan.
6. Kehilangan bahan yang dipinjam hendaklah diganti dengan bahan yang sama
atau denda akan dikenakan pada peminjam.
7. Dalam keadaan tertentu, peminjam boleh dimohon untuk mengembalikan bahan
yang masih dalam tempoh pinjaman (jika perlu).
8. Anggota yang memerlukan bahan boleh membuat semakan melalui telefon atau
datang sendiri ke perpustakaan.
GARIS PANDUAN
PERKHIDMATAN PINJAMAN
26
9. Anggota Jabatan hendaklah mematuhi segala peraturan yang dikeluarkan oleh
pihak perpustakaan dari semasa ke semasa.
10. Buku-buku baru dan majalah terkini yang dipamerkan adalah dikecualikan daripada
proses peminjaman bagi tempoh waktu yang telah ditetapkan.
11. Buku-buku yang telah dipinjam dan dibawa masuk ke perpustakaan hendaklah
ditunjukkan kepada kakitangan bertugas.
12. Satu e-mel peringatan akan dihantar kepada peminjam yang gagal membuat
pemulangan buku dalam tempoh yang ditetapkan.
GARIS PANDUAN
27
Had Kuantiti dan Tempoh Pinjaman Bahan/Koleksi
Tempoh pinjaman dan kuantiti buku yang boleh dipinjam oleh anggota Jabatan
pada suatu masa adalah seperti mana jadual di bawah:
GARIS PANDUAN
Bil.
Bahan/Koleksi
Had Kuantiti Bahan
Tempoh pinjaman
1
Buku Terbitan Jabatan Perangkaan
(Tahunan)
3 naskhah
1 Bulan
2
Buku Terbitan Jabatan Perangkaan
(Bulanan)
3 naskhah
2 Minggu
3
Buku Terbitan Kementerian/Jabatan
lain-lain
3 naskhah
1 Bulan
4
Koleksi Majalah
2 naskhah
1 Minggu
5
Koleksi Kertas Kerja
2 naskhah
1 Minggu
6
Koleksi Umum dan Bacaan Biasa
3 naskhah
1 Bulan
7
Buku Pinjaman Berkelompok
2 naskhah
1 Minggu
8
Buku Rujukan Peperiksaan
2 naskhah
1 Minggu
28
Pembaharuan Pinjaman
1. Tempoh bahan yang dipinjam boleh diperbaharui atau dilanjutkan. Namun begitu,
pembaharuan hanya boleh dibuat sekiranya tiada tempahan pinjaman dilakukan
oleh pengguna lain dalam tempoh tersebut.
2. Peminjam yang hendak membuat pembaharuan perlu memberitahu pihak
perpustakaan sebelum atau pada hari tarikh bahan sepatutnya dipulangkan.
3. Untuk memperbaharui pinjaman, peminjam perlu membawa buku yang dipinjam
ke Perpustakaan terlebih dahulu untuk membolehkan pihak perpustakaan
membuat penyemakan dari segi keadaan fizikal bahan sebelum dibenarkan
untuk diperbaharui.
4. Pembaharuan boleh dibuat sekiranya tiada tempahan pinjaman dibuat oleh
pengguna lain.
GARIS PANDUAN
29
Isnin - Khamis : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Jumaat : 8.00 pagi hingga 12.15 tengah hari
2.45 petang hingga 5.00 petang
Sabtu dan Ahad : Tutup
Hari kelepasan am : Tutup
HAL - HAL LAIN
WAKTU PERKHIDMATAN
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan, pendapat atau cadangan mengenai perkhidmatan perpustakaan boleh
dikemukakan menerusi telefon, faks., e-mel atau datang sendiri ke Unit Perpustakaan di:
Unit Perpustakaan,
Jabatan Perangkaan Malaysia,
Bahagian Latihan Perangkaan,
Aras 4, Blok C6, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62514 Putrajaya.
Faksimili: 03 - 8888 9243
Pegawai yang dihubungi:
No.
Nama
Jawatan
E- mel
No. Telefon
1
Sri Mawarny Binti Omar
Ussman
Pustakawan
S41 [email protected] 03 - 88857358
2 Suhaila Binti Mohd Amin
Penolong Pegawai
Perpustakaan S27
03 - 8885 7536
3 Azizah Binti Haji Ayup
Pembantu
Perpustakaan S17
03 - 8885 7342
Sekalung penghargaan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menjayakan penerbitan ini.