Download - Perkhemahan Sem 4
Isi kandungan Muka Surat
Penghargaan 2
Pendahuluan dan Rasional 3
Matlamat, Objektif dan Anjuran 4
Jawatan kuasa Program SMART Perkhemahan 2012 5
Jawatan kuasa Kerja Program perkhemahan Kokurikulum 2012 5
Kumpulan Sasaran/Penyertaan 6
Tarikh,Masa, Lokasi,Kemudahan,Tempat Makan/Tidur/Tandas 6
Barang Keperluan Murid Perempuan/Lelaki dan umum 7
Program Hari Jumaat dan Sabtu 8 & 9
Perbelanjaan Program Perkhemahan 10
Langkah- langkah keselamatan 11
Laporkan sebarang kemalangan 12
Peraturan kebersihan/Keluar masuk 13
Surat permohonan kebenaran dan Sumbangan 14-16
Laporan Kajian 17-24
Penambahbaikan 25
Lampiran Gambar 26-28
Senarai nama peserta 29-30
Bibliografi 31
1
PENGHARGAANDi sini kumpulan kami ingin mengambil kesempatan merakamkan berbanyak terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk kami
melaksanakan tugasan ini. Bermula dengan khudrat tuhan yang Maha Esa tugasan ini
berjaya disempurnakan. Terima kasih juga kepada pihak Kirkby Kolej yang memberikan
peluang untuk kami mencorak tapak ke arah melanjutkan pelajaran bagi memperolehi
segulung ijazah.
Kepada guru-guru sekolah SJKT Taman Melawati, Kuala Lumpur yang banyak
membantu saya memberi kerjasama dan pendapat yang memberangsangkan untuk
menjayakan program perkhemahan badan beruniform 2012. Murid-murid saya tidak
ketinggalan menolong saya terlibat langsung dalam menyelesaikan bahan-bahan untuk
tugasan kumpulan kami. Saya juga berhutang budi kepada pentadbir sekolah kami yang
sentiasa menjadi tulang belakang dan pendorong kuat kami untuk mengatasi segala cabaran
semasa membuat tugasan.
Terima kasih juga kepada semua kawan-kawan sekuliah. Tanpa mereka tidak
mungkin kami dapat menyiapkan tugasan ini kerana merekalah yang selalu meluangkan
masa berbincang tentang tugasan dan memberi idea-idea yang bernas. Kami sentiasa
menukar pendapat dan ini banyak membantu kami untuk melangkah ke tahap
sekarang.Tidak kami melupai pensyarah Kokurikulum kami En.tan Kait Keong yang
memberikan tunjuk ajar dan penerangan yang baik dalam kami menyiapkan tugasan ini.
Terima kasih sekalung budi
2
PENDAHULUAN
Perkhemahan Unit Beruniform merupakan aktiviti pasukan badan beruniform yang
disertai oleh ahli murid-murid yang terpilih daripada pasukan unit beruniform Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Taman Melawati. Murid-murid yang dipilih daripada golongan murid yang
agak sederhana pencapaian akademik dan kurang aktif serta tidak melibatkan diri dalam
mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan
seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata
bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan,
pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi.
Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan
Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan
dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu
sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan
bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.
RASIONAL
Aktiviti perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan ko-kurikulum di
sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara
hands on dengan peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi, bertolak ansur,
tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada
kepentingan peribadi. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabara-
cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang
keyakinan diri masing-masing dan seterusya memberi semangat baharu kepada mereka
untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang akan datang.
Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu,
scara tidak langsung mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan
kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing-masing. Misalnya dengan menjalani
aktiviti jungle traking, para peserta bukan sahaja dapat pengetahuan tentang flora dan fauna,
tetapi juga kemantapan kekuatan fizikal dan kematangna emosi, selain daripada
memperolehi kemahiran iktihar hidup dalam keadaan terdesak serta mencabar.
3
MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin
yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta
menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam
program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi
dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti
kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk
modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.
OBJEKTIF
Objektif program perkhemahan ini ialah:
1. Mendedahkan murid-murid kepada keperluan ketahanan fizikal dan mental dalam
hidup mereka .
2. Menyedarkan para murid mengenai potensi diri yang ada pada mereka.
3. Membentuk para murid dari segi moral dan sahsiah
4. Menyedarkan tanggungjawab mereka kepada sekolah dan ibu bapa.
5. Membentuk para murid supaya berkelakuan positif dan aktif dalam pelajaran dan
kokurikulum demi mempertingkatkan kemajuan murid.
ANJURAN
Unit kokurikulum Bahagian Badan Uniform Persatuan Bulan Sabit Merah, Tunas
Puteri dan Pengakap Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Taman Melawati.
4
SJK (T) TAMAN MELAWATIJAWATANKUASA PROGRAM SMART PERKHEMAHAN
BADAN BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH 2012
Pengerusi : Pn.P.Ponnammah (Guru Besar)
Naib Pengerusi : En.U.Gobinath (Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras : Pn.S.Rajamani ( Penyelaras Badan Beruniform)
Setiausaha : Cik. Nurul Ahkmah (Setiausaha Kokurikulum)
Bendahari : En.M.Navin (Penolong Penyelaras Badan Beruniform)
AJK : Cik. A.Jaya Priya (Penasihat PBSM)
: En. Adnan Azman (Penasihat Pengakap)
: Pn. A.Shanmugavadivu (Penasihat Tunas Puteri)
JAWATANKUASA KERJA PROGRAM SMART PERKHEMAHAN KOKURIKULUM 2012
Persembahan/ Ice Breaking : Pn.E. Jayaletchumi
Masakan/Minuman : Cik.N.Prema , En.K. Kesavan ,Pn. K. Jayapriya Penyelaras Aktiviti : Pn.S.Rajamani
i) Aktiviti lasak : Cik .K.Yasotha , En. S.Kaathir
ii) Jungle Tracking : Cik. N.Prema , En. Gunasekaran
iii) Neight walk` : En.Adnan , En.S.Silan
iv) Mencari harta karun : En.Saravanan , Cik. H.Valarmathy
Sijil : Pn. V. Shanmugavadivu
Kecemasan : En.P.Ananda Suria
Penghinapan : Cik.N.Prema
KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN
1. Jumlah peserta : 40 orang (pelajar Tahun 4 dan Tahun 5)
(senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 2)
2. Jumlah fasilitator: 4 orang setiap badan beruniform
5
TARIK DAN MASA
Program perkhemahan ini akan diadakan pada 25.05.2012 hingga 26.05.2012. Jangka masa
program dua hari satu malam.
LOKASI ( TEMPAT)
Program perkhemahan ini akan diadakan di Tapak Perkhemahan Lembah Genting,Batang
Kali Selangor. Tapak ini mempunyai kemudahan-kemudahan seperti tempat mandi dan
tempat tidur yang berasingan untuk murid-murid lelaki dan perempuan.
KEMUDAHAN
Penganjur akan menyediakan peralatan berikut bagi memudahan perkhemahan.
TEMPAT MAKAN
meja dan kerusi untuk 40 orang murid
sinki yang mencukupi
pinggan dan gelas (kepunyaan murid sendiri)
TEMPAT TIDUR
lampu ( berfungsi)
kipas ( berfungsi)
katil,tilam,bantal (keadaan baik)
bantal tambahan dan selimut ( kepunyaan murid sendiri)
TANDAS
kemudahan untuk mandi ( ceduk dan baldi)
lampu (berfungsi)
sabun (kepunyaan murid sendiri)
paip air (berfungsi)
6
BARANG-BARANGAN KEPERLUAN PELAJAR PEREMPUAN
pakaian seragam badan beruniform
pakaian sukan 4 pasang
pakaian tidur
kasut sukan dan kasut sekolah
selipar
stokin 4 pasang
( baju yang menjolok mata tidak dibenarkan)
BARANG-BARANGAN KEPERLUAN PELAJAR LELAKI
pakaian seragam badan beruniform
pakaian sukan 4 pasang
pakaian tidur
kasut sukan dan kasut sekolah
selipar
stokin 4 pasang
SECARA UMUM BAGI PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN
Pakaian sukan
Baju T
Seluar Trek panjang
Kasut Sukan / sekolah
stokin 4 pasang
Peralatan Tambahan
pinggan dan gelas
selipar untuk kegunaan bilik mandi
bantal tambahan jika perlu, selimut
ubat gigi, sikat tuala dan barang keperluan lain
ubat-ubatan jika perlu
7
TENTATIF PROGRAM HARI JUMAAT
MASA AKTIVITI PETUGAS CATATAN
02.00 pm Pendaftaran PN.S.CHITRA
04.30 pm Tiba di Tapak Kem EN.E.KESAVAN
04.30 pm Taklimat `house kipping` PIHAK KEM
04.50 pm Minum Petang EN.E.KESAVAN
05.00 pm Aktiviti `ice breaking` CIK.V.PREMA
EN.S.SILAN
05.15 pm Aktiviti memasang Khemah CIK.V.PREMA
EN.S.SILAN
06.00 pm Aktviti kumpulan
Mencipta logo, moto,slogan
CIK.V.PREMA
EN.S.SILAN
06.30 pm Rehat /Mandi EN.K.KUGAN
07.00 pm Makan malam EN.K.KUGAN
07.30 pm Majlis Perasmian
En.Murugan
(YB Pengerusi PIBG)
PN.P.ANANDA
08.15 pm Permainan ikatan kasih EN.ADNAN
PN.S.SUSILA
09.00 pm Permainan Mafia PN.S.SUSILA
10.00 pm Minum malam CIK.V.PREMA
10.15 pm Kembara malam EN.S.SARA
PN.VIMALA
11.30 pm Masuk tidur EN.S.SARA
PN.VIMALA
8
JADUAL AKTIVITI HARI SABTU
MASA AKTIVITI PETUGAS CATATAN
06.15 am Senaman arobik PN.S.VAASAGHY
07.00 am Sarapan pagi PN.S.VAASAGHY
07.30 am `Jungle tracking` EN.P.GUNA
PN.N.SAROJA
10.00 am Kudapan/ rehat EN.P.GUNA
10.30 am Aktiviti halangan PN.R.AMMALU
PN.N.SAROJA
12.30 am Makan tengahhari PN.R.AMMALU
01.00 pm Mencari harta karun EN.A.SARAVANAN
CIK.A.VIJAYA
03.00 pm Majlis Penutup EN.A.SARAVANAN
04.30 pm Bersurai CIK.H.VALARMATHY
9
ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM SMART PERKHEMAHAN
BADAN BERUNIFORM 2012.
Penerimaan Jumlah
RM
Perbelanjaan Jumlah
RM
Bayaran peserta 1350.00
(RM 30.00 X 45)
Majlis Perasmiaan & Penutup 50.00
Sumbangan 440.00 Persembahan / Ice Breaking
15.00
Ink (Canon)
30.00
Makanan dan minuman 900.00
Aktiviti berhalangan lasak 25.00
Jungle Tracking
10.00
Burung Hantu
40.00
Hamper murid
(RM 30.00 x 4)
120.00
cenderahati
(RM 15.00 x 2)
30.00
banner 70.00
Bayaran untuk tapak kem 400.00
Lain-lain
100.00
Jumlah RM 1790.00
Jumlah RM 1790.00
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
10
PERATURAN DAN ARAHAN SMART PERKHEMAHAN 2012
ARAHAN UMUM
1. Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan
dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang
perkhemahan.
2. Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan / Pihak
Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan
semasa perkhemahan.
3. Semua pegawai dan peserta tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan sebaik
sahaja mendaftar sehingga arahan bersurai/ tamat perkhemahan.
4. Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan selengkapnya
kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Pengurus Pasukan atau pegawai
perubatan yang bertugas.
5. Peserta perlu mengikuti arahan di setiap lokasi dalam kumpulan masing-masing dan
dilarang bertukar kumpulan melainkan dengan kebenaran ataupun arahan dari pihak
urusetia.
6. Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat
diutamakan.
7. Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.
8. Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang
perkhemahan.
11
“LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA”
a) KOMUNIKASI / ALAT KOMUNIKASI
1. Bagi memastikan keberkesanan aktiviti, semua jenis perhubungan luar
diputuskan.
2. Sebarang urusan panggilan keluar atau masuk melalui telefon hanya dibenarkan
selepas mengisi borang yang disediakan
3. PERHATIAN: Peserta / pelajar tidak dibenarkan membawa `Hand Phone’ semasa
perkhemahan.
b) KESELAMATAN: “UTAMAKAN KESELAMATAN SEPANJANG MASA”
1. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak pihak.
2. Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan berterusan serta diikuti
dengan arahan / arah pergerakan
3. PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah ditetapkan.
c) KETETAPAN & KETEPATAN MASA / PERGERAKAN ANGGOTA
1. Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti
yang telah ditetapkan
2. Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan/ denda
3. Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum 2 orang
4. Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan kem /
Seumpamanya
5. Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan kontinjen selepas jam 12
tengah malam (0000H) sehingga jam 5 pagi (0500H) kecuali terdapat
sebarang kecemasan atau diringi oleh pegawai
d) PAKAIAN / NAME TAG:
Semasa aktiviti para peserta perlu memakai pakaian yang sepatutnya dan sesuai
mengikut aktiviti serta arahan semasa yang telah ditetapkan
- Semasa Pertandingan
- Semasa Aktiviti Integrasi
- Semasa Sukan dan Riadah
- Semasa Aktiviti Kerohanian
- Semasa Majlis Perasmian Penutup
12
e) PERATURAN KEBERSIHAN :
Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan
teratu
Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah.
Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kebersihan
Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan
Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di kawasan
perkhemahan atau sekitarnya
Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah
untuk kegunaan ramai dan bersama
Bagi kaum wanita – sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu sebelum
dibuang ditempat yang sepatutnya.
f) PERATURAN KELUAR MASUK
1. Semua urusan keluar masuk kawasan kem perlu didokumen / dicatatkan
dalam buku keluar masuk serta dimaklumkan kepada urusetia.
2. Dinasihatkan agar dapat meminimumkan pergerakan keluar masuk dari
kawasan kem
Para peserta dilarang sama sekali keluar masuk melainkan mempunyai
dokumen dan tujuan yang sah dari ketua platun masing-masing
13
SURAT PERMOHONAN PROGRAM PERKHEMAHAN
_____________________________
_____________________________
_____________________________
_____________________________ Tarikh : 01.03.2012
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN SMART PERKHEMAHAN BADAN
BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH 2012.
Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan itu dipohon kebenaran tuan untuk kami mengadakan perkhemahan tersebut
pada ketetapan berikut :
Tarikh : 25 hingga 26 Mei 2012.
Hari : Jumaat hingga Sabtu
Masa : Sepenuh masa.
Tempat : Tapak Kem Lembah Genting, Batang Kali, Selangor
3. Bersamasama ini dilampirkan kertas cadangan perkhemahan untuk makluman dan
tindakan tuan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
.................................
( Gobinath Uruman)
Penolong Kanan Kokurikulum,
14
SJKT TAMAN MELAWATI
s.k.
1 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Fail Perkhemahan
3. Pejabat Pelajaran Daerah Gombak, Selangor
4. Pihak Pengurusan Kem Lembah Genting, Batang Kali, Selangor
15
_________________________________
_________________________________
_________________________________ 01 April 2012
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN BAGI AKTIVITI SMART PERKHEMAHAN.
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa SJK(T) Taman Melawati akan
menganjurkan " Perkhemahan Badan Beruniform" peringkat sekolah pada 25 dan 26 Mei
2012 bertempat di Kem Lembah Genting, Batang Kali. Perkhemahan ini bertujuan untuk
mengembangkan bakat dan potensi murid-murid dalam bidang aktiviti kurikulum dan
kokurikulum.
2. Perkhemahan 1 malam 2 hari ini memerlukan persediaan dan perbelanjaan lebih
kurang RM 1800 untuk menjalankan aktiviti- aktiviti yang dirancang.
3. Kami berharap pihak tuan dapat menyumbangkan wang tersebut bagi membantu
meringankan bebanan kami. Ia juga akan menjadi sumbangan tahunan tuan kepada SJK(T)
Taman Melawati. Sumbangan ini akan banyak membantu kami menjayakan perkhemahan.
kami dahului dengan ucapan berbanyak terima kasih.
Yang benar,
________________
(PN PONNAMMAH)
Guru Besar,
SJK(T) Taman Melawati
16
LAPORAN AKTIVITI
1.0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Perkhemahan Badan Beruniform yang telah berjaya dianjurkan pada 25 dan 26hb
Mei 2012, merupakan aktiviti perkhemahan anjuran kali kesepuluh oleh Unit Beruniform
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Taman Melawati. Aktiviti perkhemahan ini merupakan
aktiviti tahunan bagi Unit Beruniform Sekolah, yang telah berlangsung selama dua hari dan
satu malam, bertempat di Kem Lembah Genting, Batang Kali Selangor. Aktiviti perkhemahan
ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid yang kurang aktif atau
tidak melibatkan diri dalam aktiviti sekolah samaada aktiviti kurikulum mahupun kokurikulum.
Peserta perkhemahan diberi peluang untuk melibatkan diri dalam acara-acara yang lasak. Di
samping itu, mereka juga didedahkan dengan pengalaman kepimpinan serta jati diri, selaras
dengan kehendak Kurikulum Badan Beruniform dan juga kehendak Falsafah Ko-kurikulum.
Seramai 40 orang murid tahap dua (tahun 4&5) telah menyertai perkhemahan ini dan
mereka diiringi oleh guru-guru yang bertugas mengikut ketepatan.
1.2 VISI
Melahirkan warga murid yang berkaliber dan berdaya saing dari segi kekuatan dan
kebolehan, seterusnya menghayati perkembangan potensi dan minat murid ke arah
melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi fizikal dan juga mental.
1.3 MISI
Memupuk semangat berkerjasama dan bersatu padu dalam kalangan murid di
samping meningkatkan semangat ingin tahu dan daya menginventori pengalaman baru,
demi menjayakan Wawasan Sekolah dan Negara.
17
1.4 OBJEKTIF
Menyemai semangat berpasukan dan berkerjasama dalam kalangan murid-murid.
Memupuk nilai kebolehan dan keyakinan diri dari aspek mental dan rohani, bagi
meningkatkan kualiti individu.
Membimbing para peserta untuk memupuk pembangunan sahsiah, disiplin dan jati
diri yang unggul.
Menggalakkan pendemokrasian murid dalam acara/ aktiviti di luar bilik darjah, supaya
membiasakan diri dengan halangan dan rintangan.
Mendedahkan murid dengan pengalaman berkhemah dan menyesuaikan diri masing-
masing dengan persekitaran yang berbeza dengan persekolahan.
2.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN PERKHEMAHAN
2.1 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Pn.P.Ponnammah (Guru Besar)
Naib Pengerusi : En.U.Gobinath (Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras : Pn.S.Rajamani ( Penyelaras Badan Beruniform)
Setiausaha : Cik. Nurul Ahkmah (Setiausaha Kokurikulum)
Bendahari : En.M.Navin (Penolong Penyelaras Badan Beruniform)
Ketua Komanden :En.S.Kaalitash
Pen.Ketua Komanden :En. Saravanan
AJK : Cik. A.Jaya Priya (Penasihat PBSM)
: En. Adnan Azman (Penasihat Pengakap)
: Pn. A.Shanmugavadivu (Penasihat Tunas Puteri)
18
2.2 JAWATANKUASA PELAKSANA
AJK Pendaftaran dan Penginapan: -Cik.S.Chitra & Pn.Gawsalya
AJK Peralatan dan Makanan: -En.S.Loganathan & En.S.Saravanan
AJK Aktiviti dan Cenderamata: -Pn.S.Vaasaghy & Cik.M.Hemallatha
AJK Keagamaan Keharmonian: -Cik.P.Malliga & Cik.S.Malathy
AJK Hal Ehwal Murid: - Pn.G.Kunthavi & Pn.R.Susila
AJK Disiplin dan Keselamatan: -En.S.Kaalitash & Cik.S.Chitra
AJK Buku Program: -Cik.R.Kalai Selvi & -Cik.K.Shamala
4. 0 RINGKASAN AGENDA PERKHEMAHAN
4.1 25hb Mei 2012 (Jumaat)
Pendaftaran bagi peserta kem bermula pukul 2.00 petang di kantin SJK(T) Taman
Melawati dan mereka disajikan dengan makanan tengah hari. Sebelum bertolak, Cik.S.Chitra
telah menyampaikan taklimat berkenaan dengan adab dan tingkah laku yang perlu dipatuhi
oleh peserta sepanjang sesi perkhemahan. Semua peserta tiba di tapak perkhemahan Kem
Lembah Genting di Batang Kali, pada pukul 4.30 petang. Setelah tiba, para peserta disambut
oleh Jawatankuasa Pengurusan Kem Lembah Genting dan disajikan dengan minuman
petang. Kemudian, para peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan melalui aktiviti ais breaking
iaitu dengan membunyikan bunyi haiwan yang diterima. Murid –murid yang sama bunyi
berkumpul sebagai satu kumpulan. Setiap kumpulan diberi kebebasan untuk memilih nama
serta ketua kumpulan.
Seterusnya, salah seorang urusetia di sana telah menyampaikan taklimat tentang
segala aktiviti dan acara sepanjang sesi perkhemahan tersebut, dan juga memperincikan
segala peraturan yang wajib dipatuhi oleh para peserta. Kemudian, taklimat
mendirikan khemah diberikan oleh jurulatih bertugas. Demontrasi mendirikan khemah
19
berjalan dengan lancar dengan bantuan pembantu urusetia dan guru-guru yang turut hadiri.
Cuaca redup dan berangin memberangsangkan lagi para peserta.
Sebagai aktiviti pertama, para peserta diminta mencipta logo, moto dan slogan
kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan diminta memberikan nama kumpulan, rasional
memilih sekian nama, melakar logo serta mencipta sorakan identiti kumpulan. Aktiviti ini
dijalankan dengan tujuan menguji tahap kerjasama antara ahli kumpulan dan juga untuk
menyerlahkan sifat kreatif dan inovatif. Tambahan pula, aktiviti serupa ini dapat melatih diri
setiap peserta untuk berusaha sama dan bijak menangani isu semasa.
Pada pukul 7 malam, setelah bersiap dan menjamu makan malam, kesemua peserta
dan guru pengiring bersedia di astaka untuk majlis perasmian perkhemahan. Setelah tibanya
semua guru, pihak berkepentingan dan tetamu kehormat, majlis perasmian dimulakan
dengan ucapan Guru Besar SJK(T) Taman Melawati, dan diikuti dengan ucapan tetamu
kehormat selaku bekas pengerusi PIBG SJK(T) Taman Melawati. Kemudian, tetamu
kehormat merasmikan sesi perkhemahan tersebut dengan menyalakan unggun api.
Setelah majlis perasmian berakhir, pihak pengendali kem meneruskan dengan aktiviti
“permainan ikatan kasih”. Aktiviti tersebut keseluruhannya berdasarkan kecekapan untuk
meleraikan ikatan tali yang telah diikatkan pada peserta secara berpasangan. Aktiviti
tersebut begitu menyeronokkan dan merangsangkan minda peserta, untuk menyelesaikan
masalah. Kemudian, para urusetia mengendalikan permainan “MAFIA”, yang bersifat
menguji daya meneka, meneroka dan bertindak sambil menutup mata masing-masing.
Aktiviti ini mendapat sambutan yang baik sehingga diulangi semula dengan melibatkan guru-
guru pengiring sekali.
Selepas minum malam, acara bagi malam tersebut diteruskan dengan aktiviti
kembara malam, iaitu “Night Walk”, dimana peserta akan digerakkan dari suatu destinasi ke
destinasi lain sambil kedua-dua belah mata ditutup dengan kain. Aktiviti ini sangat mencabar
20
para peserta, lebih-lebih lagi apabila dijalankan pada kawasan lapang yang suasananya
gelap gelita. Aktiviti ini dikendalikan oleh jurulatih kem dengan bantuan guru-guru pengiring.
Setelah tamatnya kembara malam, para peserta dihantar untuk berehat dan aktiviti
ditamatkan dengan rumusan pada pukul 1.00 pagi. Aktiviti kembara malam melebihi masa
yang ditetapkan disebabkan permintaan ulangan permainan `mafia`
4.2 26hb Mei 2012 (Sabtu)
Peserta dikejutkan pada pukul 6 pagi untuk menyiapkan diri. Aktiviti pada pagi
tersebut dimulakan dengan senamrobik dan “Senam Pagi Malaysia”. Aktiviti ini sangat
menghiburkan dan telah mencergaskan peserta kerana dikendalikan secara khusus dengan
gaya unik pihak pengendali. Kemudian, sarapan pagi disajikan kepada peserta pada pukul
7.30 pagi. Seterusnya, para peserta diminta bersiap sedia untuk aktiviti kembara hutan, iaitu
“jungle trekking”. Sebelum memulakan kembara tersebut, pengendali kem selaku pemandu
peserta ke hutan telah memerincikan segala yang patut dan yang tidak patut dilakukan oleh
peserta sewaktu berada dalam hutan. Mereka dinasihatkan bergerak berpandukan arah
komander sepanjang perjalanan.
Walaupun diberi penerangan terdapat 3 orang murid yang bersaiz besar dan lambat
serta tidak mengikut arahan hampir-hampir sesat.Ada seorang murid telah disengat
tebuan.Pengembaraan terpaksa diberhentikan sebentar serta murid yang disengat terpaksa
dihantar pulang ke khemah. Selepas tempoh selama 2 jam, para peserta balik ke tapak
permulaan setelah berjaya melepasi dan meredah hutan, kawasan belukar, sungai dan lurah
yang curam. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali flora,
fauna serta kehijauan alam semulajadi dengan lebih dekat lagi dan dapat memupuk sikap
cinta akan alam sekitar.
Seterusnya, para peserta diteruskan dengan aktiviti yang paling mencabar bagi sesi
perkhemahan tersebut, iaitu aktiviti “Flying Fox”. Aktiviti ini bertujuan untuk menghilangkan
perasaan takut sewaktu berada di udara, yang dipanggil sebagai fobia ketiga berada pada
21
aras tinggi. Beberapa guru pengiring yang terpilih bergilir-gilir melepasi aktiviti tersebut
sebelum para peserta mencuba. Hanya seorang peserta sahaja yang langsung tidak mahu
mencuba aktiviti walaupun dipujuk oleh guru-guru dan rakan-rakanya.
Setelah tamatnya acara tersebut, peserta diteruskan dengan aktiviti larian halangan,
yang lebih dikenali sebagai “obstacle”. Semasa aktiviti ini, peserta telah merempuh dengan
pelbagai halangan-halangan yang lasak dan mencabar. Matlamat aktiviti “obstacle” ini
adalah untuk membiasakan peserta untuk menghadapi pelbagai rintangan sambil
menyediakan diri mereka kuat dari segi fizikal dan mental. Pengalaman ini memudahkan
para pelajar untuk menghadapi cabaran sebenar dalam kalangan masyarakat pada masa
kelak. Sehabisnya aktiviti tersebut, semua peserta dilepaskan untuk membersihkan diri dan
seterusnya menjamu selera pada pukul 1 petang.
Aktiviti terakhir bagi keseluruhan sesi perkhemahan yang dijalankan adalah “Treasure
Hunt Survival”. Peraturan utama acara ini adalah, para peserta perlu bergerak secara
berkumpulan dari satu pusat ke pusat lain untuk menyempurnakan tugasan-tugasan yang
diberikan. Acara yang dijalankan pada setiap pusat adalah seperti ‘Puzzle’ di pusat pertama,
aktiviti mengasingkan kertas warna di pusat kedua, aktiviti lakonan, aktiviti meletupkan
belon, aktiviti uji minda melalui bangunan kreatif dan aktiviti soal jawab di pusat-pusat
seterusnya. Kumpulan pemenang keseluruhan bagi perkhemahan tersebut telah dipilih
berdasarkan pencapaian peserta dalam aktiviti kemuncak ini.
Pada pukul 3.00 petang, kesemua peserta, guru-guru dan pihak berkepentingan telah
bersiap sedia dengan agenda majlis perasmian penutup sesi perkhemahan tahun 2012.
Tetamu kehormat yang hadir telah memuji para peserta yang telah melibatkan diri dalam
perkhemahan dan telah menasihatkan mereka supaya terus menyertai aktiviti serupa
perkhemahan ini untuk terus bergiat aktif sepanjang masa. Setelah beliau merasmikan majlis
penutup tersebut, setiap peserta diberikan dengan sijil penyertaan dan cenderamata.
Kemudian, Guru Besar menyampaikan hadiah kepada kesemua kumpulan keseluruhannya.
22
Acara tersebut diikuti dengan pemberian cenderamata kepada tetamu kehormat dan
pihak pengendali sesi perkhemahan. Maljis diakhiri dengan sesi pergambaran peserta
bersama tetamu kehormat, barisan guru-guru sekolah, dan juga bersama urusetia dan
pengendali kem tersebut. Pada pukul 4..30 petang, semua peserta menaiki bas untuk
pulang ke sekolah bersama seorang guru.Malang tidak berbau bas yang dinaiki murid rosak
dalam perjalanan pulang di cerun turun bukit berhampiran Genting Highland.mengikut
pemandu bas brek bas tidak berfungsi dengan baik.Kesemua murid serta guru terpaksa
tunggu hampir 2 jam sebelum bas gantian tiba. Murid yang sepatunya tiba di sekolah pada
pukul 5.00 sampai pada pukul 7.00 malam.Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di
kalangan ibu bapa yang menanti kepulangan anak mereka.
4.3 KAJIAN KES KESELAMATAN MURID SEMASA PERKHEMAHAN
a) Definisi
Keselamatan terhadap murid semasa perkhemahan merupakan aspek yang harus
diberi keutamaan.Ini kerana terdapat pelbagai aktiviti melibatkan mereka yang boleh
mendatangkan risiko ancaman terhadap keselamatan diri.Fokus arahan keselamatan dalam
elemen ini adalah tatacara dan langkah-langkah yang perlu di ambil oleh pihak sekolah bagi
menjamin keselamatan murid merangkumi perjalanan pergi dan balik aktiviti perkhemahan.
b) Matlamat
Menjamin keselamatan murid daripada segala bentuk ancaman keselamatan sepanjang
aktiviti perkhemahan.
c) Objektif
i) Mengurangkan kes-kes kemalangan semasa perjalanan ke perkhemahan.
ii) Mengurangkan kecederaan murid semasa perkhemahan.
iii) Meningkatkan kefahaman tatacara keselamatan kepada semua murid
23
Kajian yang saya lakukan adalah faktor keselamatan murid.Apa yang saya ingin
jelaskan disini adalah kami tidak mempunyai guru pengiring secukupnya semasa aktiviti
kembara dijalankan.Mengikut nisbah sekolah rendah setiap sepuluh orang murid
memerlukan seorang guru pengiring.Pada hari itu Cuma ada seorang guru lelaki dan
seorang guru wanita sahaja yang mengiringi murid-murid.Faktor 3 orang murid yang hampir
sesat dapat dielakkan jika terdapat bilangan guru pengiring yang mencukupi dimana guru-
guru bersama murid pada setiap masa.Murid yang disengat tebuan juga tidak dapat dibawa
ke khemah dengan segera kerana kekurangan tenaga pengiring. Selain daripada itu peti
kecemasan tidak dibawa bersama semasa aktiviti pengembaraan.Ini menyebabkan murid
tersebut tidak dapat diberi pertolongan cemas.
Keseluruhan perkhemahan ini telah mendatangkan banyak faedah kepada para
pelajar mahupun guru-guru. Para peserta telah menimba banyak pengalaman dan
pengetahuan. Pelbagai sikap positif dan unsur-unsur moral yang perlu diamalkan dalam
kehidupan oleh setiap individu seperti bekerjasama, bertolak ansur, saling hormat-
menghormati, dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan
telah disemai dengan jayanya dalam jiwa setiap pelajar. Impak perkhemahan ini dapat
direalisasikan apabila para pelajar begitu menghayati setiap detik dengan penuh gembira.
Sememangnya, latihan-latihan semasa perkhemahan ini dapat meningkatkan tahap
kepimpinan dan kecekapan para pelajar dalam melaksanakan setiap tugasan dan nilai-nilai
positifnya mampu membentuk keunggulan sahsiah pelajar bagi menjadi anggota masyarakat
yang baik, kreatif dan berdaya saing. Semoga aktiviti perkhemahan pada tahun-tahun yang
akan datang dapat dirancang dan dirangka dengan lebih efisyen agar dapat membuahkan
hasil yang lebih progresif.
24
4.4. Penambahbaikan pada masa akan datang
Setelah menemuramah guru pengiring dan hasil kajian saya adallah seperti
berikut.Pada kali ini hanya murid-murid yang dipilih sahaja diberi peluang untuk menyertai
perkhemahan atas dasar mengaktifkan murid –murid yang agak pasif. Mungkin pada masa
akan datang murid-murid yang berminat juga diberi peluang untuk menyertainya supaya
mereka akan mendapat pengalaman serta ilmu baharu. Tempoh masa perkhemahan juga
perlu ditambahkan supaya peserta-peserta diuji dengan pelbagai cabaran serta halangan.
Pada masa akan datang juga bilangan guru perlu ditambah bagi setiap aktiviti
supaya sebarang perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.Membawa peti pertolongan
cemas yang lengkap patut dipastikan sebelum dan semasa setiap aktiviti
dikendalikan.Pemandu bas yang disewa juga perlu memastikan keadaan bas adalah
selamat untuk perjalanan murid.
Ada juga diantara guru-guru pengiring yang berpendapat bahawa tempoh masa
perkhemahan ini tidak cukup untuk mengubah sikap para peserta. Jika masa dilanjutkan
akan meninggalkan kesan yang lebih baik. Pemilihan peserta terbaik juga perlu dibuat
supaya menggalakkan menglibatan yang terbaik di kalangan para peserta. Selain daripada
itu, para peserta perlu dibekalkan dengan sebuah wisel supaya mereka boleh membunyikan
sewaktu kecemasan atau sesat di mana-mana walaupun mereka diiringi dan diawasi oleh
guru-guru.
25
5.0 LAMPIRAN BERGAMBAR
26
27
28
SENARAI NAMA MURID YANG MENYERTAI PERKHEMAHAN
Bil Nama pelajar Thn No.S.B Alamat No.Tel
1 Thasweetha a/p Sanmuga
4M BJ65570 No 34, Jln Malinja 3, Tmn Bunga Raya,53100 K.L.
0341080207
2 Elawarasy a/p Ramesh
4M BH82751 39-03-03,Sri Langkawi 2, Gombak Setia,K.L.
0193345670
3 R.Vimal a/l Raman
4M BK51808 Blk 30-02-08, Fasa 2, Gombak Setia, 53100.K.L
0192077565
4 Iswar a/l Shanmugam
4M BL36761 No 3, Jln SM11A, Tmn Sunway, Batu Caves.
0122210357
5 Raagavendra a/l Manivannan
4M BG87143 GB A-2-3, R 47, Kem Waedieburn, Jln Genting Kelang.
0163582925
6 Rudra a/p Palanisamy
4M BH05093 No 103, Jln 16/27B, Tmn Desa Setapak.
0123337032
29
7 Thanentra a/l Veerayah
4R BG07612 Blk C, 160-3J,Sri Kelantan Flat,51000,Sentul,K.L.
0103668781
8 Amir Ali B Abu Bakar
4R BL37418 1001,Gombak Court, Jln Cengal Selatan,Tmn Setapak.
0166388305
9 Darshini a/p Chandrasegaran
4R BM78178 No 17 H, Jln Rejang 10, Tmn Ukay Perdana,
0136032028
10 Sri Shobana a/p Sireganathan
4R BQ25637 A-2-15, Blk A, Apt Mulberry Court,Tmn Ukay Perdana
0122797131
11 Harisangker a/l Kathiravan
5M BD91151 V-12, Jln H-16, Tmn Melawati,Hulu Kelang
0123617076
12 Ashwini a/p Devedra Raja
5M BE89825 111, Jln TC 1/5, Tmn Cemerlang, Setapak.
0193980432
13 Reetha sri a/p Nadarajah
5M BG26672 505, Blk A-1, Seksyen 2, Wangsa Maju,K.L.
0166349504
14 Ashok a/l Devedra Raja
5M BE89826 111, Jln TC 1/5, Tmn Cemerlang, Setapak.
0193980432
15 Shasiharan a/l Kumarason
5M BG68137 70, Tmn Melawati 7, Tmn Melawati.
0126325802
16 Pavitra a/p Karunakaran
5M AZ91744 No 46, Jln 4C/6, Tmn Setapak Indah, 53000 KL
0123206274
17 Jayashree a/p Ramis @ Pandian
5M AZ03126 39B, Jln Rejang 2, Setapak Jaya, 53100 KL
0146443331
18 Kayathri a/p Rajendran
5M BC52129 No 19, Jln 30/27B, Tmn Desa, Setapak 53100 KL
0163928420
19 Kirthana Barathi a/p Jaichandran
5M AY58383 No 103, Blok F10, Wangsa Maju, Seksyen 2, Setapak 53100 KL
0162421233
20 Durgashini a/p Pitchamuthu
5M BD30091 012, Sek 2, Wangsa Maju,Setapak, 53100 KL
0341438721
21 R.Bharathi 5R BA14485 Blok E4, Tingkat 1, Unit 5 Taman Melawati, 531000 KL
0341080281
22 Shrreya a/p Murugadass
5R 960/02 Blk F5-0-6, Tmn Melawati, 53100 KL
0123175457
23 Kishan Kumar a/l Chandra Segeran
5R BB17586 D-15-3A, Jln Seri Wangsa 2, Villa Wangsamas, 53100 KL
0102044750
24 Harish a/l Supramaniam
5R AX78599 106-2, Tingkat 2, Jln 43/36, Blk C, Tmn Sri Rampai 53300, KL
01263955075
25 Dashan Raj a/l Rajasingam
5R BC53353 Blk 43-15-22 PPR Gombak Setia, Setapak 53300
0163730766
26 Yugeswary a/p Saravanan
5R BD12986 Blk E-17-09, PPR Seri Semarak, Jln Ushawan KL
0136094397
27 Muhammad Taufik
5R BB45564 G17-12 Blok G, Setapak Jaya, Flat desa Rejang,
0122541785
30
51000 Setapak28 Kalpana a/p
Manimaran5R BB45573 No 218-E, Bt 4,Jln
Gombak 0123351223
29 Ruban a/l Asok 5R AX73365 B-B-2-05 Apt Sri Baiduri Jln 4, Ukay Perdana, Ampang
0122585692
30 Harithkumar a/l Subachandran
5R AV07001 Blk A-9-17, Danau Kota Setapak, Jln Genting Kelang, KL
0163687068
31 Sri Ram Naidu a/l Pallie Naidu
5R AX71771 205, Blk F18, Seksyen 1, Wangsa Maju, Setapak
0162845592
32 Surenthar a/l Saravanan
5R AW32747 Blk E-17-09, PPR Seri, Semarak, Jln Air Jernih, Setapak
0172406965
33 Lingeswary 5R BA80645 Blk A17-104, sek 2, 53300 Wangsa Maju,W.P
0192545101
34 Sharvin a/l Ramesh
5R BC76239 39-03-03,Sri Langkawi 2, Gombak Setia
0103635065
35 Mohan a/l Veeramalai
5R BQ32600 No 25, Jln Wangsa Ceria 9, Wangsa Melawati.K.L
0193479818
36 Dilnes Rao a/l Remesh
3R BD45288 G7A, Kem Wardieburn, Setapak.K.L.
0122573354
37 Kesav Kumar a/l Vijayakumar
5R BG32616 No 34, Jln 26, Selayang Baru 68100 Batu Caves.
0122951645
38 Mitra Tarannia a/p Anbaalagan
5R BQ25884 Blk E-7-6, Flat Danau Kota, K.L
0162261463
39 Harrivin a/p Nithaandanan
5R BF00797 61A,Kampung Fajar,Bt 8, Ulu Kelang, Sel.
0122573354
40 Kaviarasu a/l Saravanan
5R BF05876 No 46, Jln 4C/6, Tmn Setapak Indah, 53100 K.L
0166363775
BIBLIOGRAFI
1.Ab. Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan gerak kerja kokurikulum: Kuala Lumpur. Fajar
Bakti.
2.Hamid Awang, Azali Rahmat, Mohd Ra‟in Shaari, Adenan Ayob, dan Abdullah Yusof.
(2012). Pengurusan Kokurikulum Sekolah Rendah dan Menengah. Emeritus Publications
Tanjong Malim Perak
3.Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Buku panduan pengurusan gerakerja
kokurikulum sekolah menengah, Bhg. Sekolah-sekolah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
31
32