KERTAS KERJA
MINGGU PROGRAM PENASIHATAN AKADEMIK POLITEKNIK PORT DICKSON
SESI DISEMBER 2016
Motto “Menjana pelajar cemerlang dan berketrampilan ”
KELOLAAN
SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK POLITEKNIK PORT DICKSON
DENGAN KERJASAMA
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM, JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JABATAN PERDAGANGAN
TARIKH:
16 – 20 January 2016
TEMPAT:
DEWAN WAWASAN
1. NAMA PROGRAM Minggu Program Penasihatan Akademik Sesi Disember 2017
2. PENDAHULUAN
2.1 Pelajar yang cemerlang perlu diberi motivasi dan sokongan supaya terus mengekalkan kecemerlangan di samping mengukuhkan keperibadian mereka, maka Sistem Penasihatan Akademik Politeknik Port Dickson (SPAk PPD). mengambil inisiatif dengan menganjurkan “Minggu Program Penasihatan Akademik” buat kali ke 2.
2.2 Minggu Program Penasihatan Akademik merupakan platform utama bagi memperkenalkan Modul Inspirasi Diri (MinD) dan merealisasikan penggunaannya dikalangan pelajar bagi memastikan semua pelajar mendapat pendedahan yang menyeluruh mengenai Modul MinD.
2.3 Kertas kerja ini disediakan untuk memohon kelulusan Yang Berusaha Tuan Pengarah bagi melaksanakan Minggu Program Penasihatan Akademik selama 5 hari yang merangkumi 5 Bengkel Modul Inspirasi Diri (MinD) di bawah kelolaan Sistem Penasihatan Akademik Politeknik Port Dickson (SPAk PPD) dengan kerjasama Jabatan Induk Akademik.
3. RASIONAL
3.1 Sistem Penasihatan Akademik Politeknik Port Dickson (SPAk PPD) mengambil peluang melaksanakan program ini bagi meningkatkan. kesedaran dalam aspek kehidupan dan pembelajaran kepada semua pelajar agar lebih bersedia dan berdaya saing selepas bergraduat nanti.
3.2 Sistem Penasihatan Akademik Politeknik Port Dickson (SPAk PPD) cuba membantu membina keyakinan diri dan meletakkan Modul MinD sebagai asas pembentukan minda dan sahsiah diri.
3.3 Kejayaan Sistem Penasihatan Akademik (SPAk) hanya akan berterusan apabila mendapat sokongan padu dari semua warga Politeknik Port Dickson bagi melahirkan pelajar yang berwawasan dan berkarisma.
4. OBJEKTIF PROGRAM
Di akhir program ini diharapkan :
3.1 Pelajar dapat membuat perancangan yang baik dalam melaksanakan aktiviti
pembelajaran dan kehidupan secara efektif.
3.2 Pelajar dapat mengenalpasti potensi diri dalam mengenalpasti kemahiran kreatif
dan inovatif yang ada pada diri mereka.
3.3 Pelajar dapat membangunkan ketahanan mental dan fizikal serta moral yang
tinggi.
3.4 Pelajar dapat berdikari dan mampu mengurus diri (self management) dengan
bijaksana.
3.5 Pelajar dapat menetapkan matlamat mereka selepas bergraduat dalam kerjaya
idaman.
5. BUTIRAN PROGRAM:
5.1 Peserta
Pelajar politeknik Port Dickson semester 1 – semester 6
5.2 Tarikh Cadangan dan Tempat
16 hingga 20 Januari 2017 di Dewan Wawasan
5.3 Jangkamasa Perlaksanaan
8.00 pagi – 1.00 tengahari
5.4 Motto “Menjana pelajar cemerlang dan berketrampilan ”
dipilih bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan berilmu serta mempunyai sahsiah diri yang baik.
5.5 Strategi Program Bagi memastikan sistem penasihatan akademik di Politeknik Port Dickson dapat memberi impak yang positif terhadap kecemerlangan dan sahsiah pelajar, pihak SPAK telah merangkumkan semua Modul MinD dalam bengkel program penasihatan akademik dengan begitu rapi untuk setiap semester. Penekanan tidak sahaja tertumpu kepada bidang akademik, malah seluruh aspek kehidupan pelajar semasa berada di Politeknik.
PROGRAM SEMESTER 1
– Seminar Inspirasi dan Motivasi Diri
SLOT AKTIVITI CATATAN PIC
Minda dan Kita
Konsep kendiri
IDOLA –inspirasi kejayaan
Set matlamat akademik, kehidupan dan kerjaya.
PPAP
Pendekatan i-SMART dalam pembentukan nilai
Perancangan dan perlaksanaan dalam pembelajaran
Bagaimana seimbangkan akademik dan kehidupan.
KJ JKE
Pengurusan Masa Efektif SLT/LO
Student Learning Time
Learning outcome DR
Rosminah
Usaha tangga kejayaan PNM dan HPNM
Bagaimana untuk tetapkan target P. EXAM
PROGRAM SEMESTER 2
Seminar Pemantapan Sahsiah dan Akademik Pelajar
SLOT AKTIVITI CATATAN PIC
Pendekatan SWOT dalam Inovasi Pembelajaran
Meningkatkatkan motivasi pelajar melalui SWOT.
Bagaimana SWOT dapat merancang inovasi pembelajaran.
DR Zuraidah
Memperkasa Mahasiswa
Mendedahkan pelajar terhadap pembangunan kendiri.
Bagaimana melahirkan mahasiswa unggul dan berkepimpinan?
KJ HEP
Explorasi jati diri dalam Ko-Kurikulum
Memantapkan kesedaran dalam kalangan pelajar terhadap pentingnya penglibatan yang aktif dalam ko-kurikulum.
Bagaimana ko-kurikulum boleh membentuk keyakinan dan jati diri pelajar?
KJ KOKO
Super VAKS
Pelajar didedahkan dengan kaedah sistem ransangan Visual, Audio dan Kinestetik dan Spritual.
Bagaimana mengenalpasti konsep belajar yang sesuai dengan individu?
PPsi
PROGRAM SEMESTER 3
Kemahiran Insaniah Asas Kecemerlangan Diri
SLOT AKTIVITI CATATAN PIC
Kepentingan Kemahiran Insaniah
Mengalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan.
Bagaimana kemahiran insaniah mampu membentuk jati diri mahasiswa?
TPSA
Pemikiran Kreatif dan Inovatif
Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik.
Bagaimana pelajar boleh meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka?
Dr. Kannan
Mencipta Perkongsian Pembelajaran
Perkembangan ilmu dan kehidupan berkembang pesat seiring dengan era globalisasi.
Bagaimana pelajar dapat memperolehi maklumat secara perkongsian ilmu?
KJ JKM
Idea dan Inspirasi Jana Pendapatan
Informasi berkenaan: 1. Keusahawanan dan pelajar 2. Peluang jana pendapatan
Bagaimanakah melatih diri berdikari?
K.U Keusahawanan
PROGRAM SEMESTER 4
Keyakinan Pencetus Revolusi Diri
SLOT AKTIVITI CATATAN PIC
Pengurusan Protokol dan Etika Sosial
Membentuk adab dan etika
Bagaimana adab dan etika mampu membentuk sahsiah pelajar?
Pro
Memaju Diri Untuk Memimpin
Kepimpinan sebagai satu proses pembelajaran berkomunikasi.
Bagaimana membentuk sikap kepimpinan di kalangan pelajar.
KJ JKA
Ketrampilan Diri dan Komunikasi Cemerlang
Mengetengahkan pentingnya keterampilan diri dan bijak berkomunikasi dapat meningkat imej organisasi Bagaimana pelajar dapat memahami konsep ini dengan jelas?
KU ULPL
Tekanan Emosi Remaja
Remaja merasa lebih tertekan emosinya apabila mereka cuba memenuhi aspirasi diri mereka, aspirasi ibu bapa dan aspirasi masyarakat.
Bagaimana emosi dapat dikawal?
Ustazah Noraini
PROGRAM SEMESTER 5
“Skill and Employability”
SLOT AKTIVITI CATATAN PIC
Interaksi Sosial dan Komunikasi
Meningkatkan keyakinan diri ketika berkomunikasi.
Bagaimana pergaulan mampu mengasah kemahiran berkomunikasi?
KJ JPA
Ketrampilan Diri dalam Kerjaya.
Persiapan menghadiri temuduga
Bagaimana ketrampilan memberi kredit dalam penilaian temuduga ?
PRO
Strategi Kecemerlangan Kerjaya
Perancangan masa depan dan matlamat hidup
Bagaimana untuk memilih kerjaya yang sesuai?
TPA
Ujian Psikometrik Mengenal hala tuju kerjaya pelajar melalui
ujian Psikometrik PPsi
6. JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Puan Yusma binti Yusof Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Port Dickson
Pengerusi : Maya Sofa bt Ismail Penyelaras Penasihatan Akademik Politeknik
Politeknik Port Dickson
Setiausaha : PPAJ JKM Bendahari : PPAJ JKE
Penyelaras Bengkel 1 : PPAJ JKE AJK : Team JKE Penyelaras Bengkel 2 : PPAJ JKE/JKA AJK : Team JKE/JKA Penyelaras Bengkel 3 : PPAJ JKM AJK : Team JKM Penyelaras Bengkel 4 : PPAJ JKA AJK : Team JKA Penyelaras Bengkel 5 : PPAJ JKM AJK : Team JKM
7. Kewangan Anggaran Perbelanjaan MERUJUK BILANGAN PELAJAR
TARIKH/HARI SEMESTER JABATAN
JKE JKM JP JKA JUMLAH
16/1 - ISNIN 1 116 96 92
304
17/1 - SELASA
2 262 400 200
862
18/1 - RABU 3 118 80 120
318
19/1 - KHAMIS
4 152 280 150
602
20/1 - JUMAAT
5 200 70 200
600
JUMLAH 848 1076 762
2686
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
PERINCIAN
1. Makan minum peserta pagi SEM 1
SEM 2
SEM 3
SEM 4
SEM 5
3 Back Drop dan Banner
3. Hadiah dan Cenderahati
JUMLAH BESAR RM
6.0 IMPLIKASI JIKA PERMOHONAN DITOLAK.
Sekiranya pelajar-pelajar Politeknik Port Dickson tidak diberi sokongan dan peransang kemungkinan besar mereka tidak mengetahui peranan penasihat akademik (PA) dan fungsi Spak sebenarnya. PA dapat memberi garis panduan dan bimbingan bagi membantu pelajar melalui kehidupan dikampus dengan jaya sekaligus dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka ke tahap yang membanggakan.
7.0 PENUTUP
Dengan ini adalah dimohon Yang Berusaha Tuan Pengarah untuk mempertimbang dan meluluskan usul cadangan menganjurkan “Minggu Program Penasihatan Akademik” kelolaan Sistem Penasihatan Akademik Politeknik Port Dickson (SPAk PPD) dengan kerjasama Jabatan Induk Akademik dapat dipertimbangkan untuk diluluskan.
Disediakan oleh:
…………………………………………..
(PN. MAYA SOFA BT ISMAIL ) Pengerusi Program
Disahkan oleh: ………………………………………….. ( ) Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
LAMPIRAN 1
Aturcara Program
Hari ke 1 (16 – JANUARI 2017) - Team In Charge (JKE)
Jadual 1:
PROGRAM SEMESTER 1
– Seminar Inspirasi dan Motivasi Diri
MASA AKTIVITI CATATAN
08.00 pagi Pendaftaran/Ucapan Aluan dan Doa PA catat kehadiran
08.30 pagi Bina Matlamat Gapai Impian Oleh PPAP - Pn Maya
09.15 pagi Pendekatan i-SMART dalam pembentukan nilai
Oleh KJ JKE
10.00 PAGI PERASMIAN Tn Hj Ghaus
10.30 pagi Rehat/Minum Pagi
10.45 pagi Pengurusan Masa Efektif SLT/LO
Oleh Dr Rosminah
11.30 pagi Usaha Tangga Kejayaan Oleh Peg PEP
12.15 tgh. Bersurai
Hari ke 2 (17 – JANUARI 2017)- Team In Charge (JKE/JKA)
Jadual 2:
PROGRAM SEMESTER 2
Seminar Pemantapan Sahsiah dan Akademik Pelajar
MASA AKTIVITI CATATAN
08.00 pagi Pendaftaran PA catat kehadiran
08.30 pagi Ucapan Aluan dan Doa Pengerusi Majlis
08.45 pagi Pendekatan SWOT dalam Inovasi Pembelajaran
Oleh Dr Zuraidah
09.30 pagi Memperkasa Mahasiswa Oleh KJ HEP
10.15 pagi Rehat/Minum Pagi
10.30 pagi Explorasi jati diri dalam Ko-Kurikulum Oleh KJ/Peg. Sukan
11.15 pagi Super VAKS Oleh PPsi
12.15 tgh. Bersurai
Hari ke 3 (18 – JANUARI 2017)- Team In Charge (JKM)
Jadual 3: Program Semester 3
PROGRAM SEMESTER 3
Kemahiran Insaniah Asas Kecemerlangan Diri
MASA AKTIVITI CATATAN
08.00 pagi Pendaftaran PA catat kehadiran
08.30 pagi Ucapan Aluan dan Doa Pengerusi Majlis
08.45 pagi Mencipta Perkongsian Pembelajaran Oleh KJ JKM
09.30 pagi Kepentingan Kemahiran Insaniah Oleh TPSA
10.15 pagi Rehat/Minum Pagi
10.30 pagi Pemikiran Kreatif dan Inovatif Oleh Dr Kannan
11.15 pagi Idea dan Inspirasi Jana Pendapatan Oleh Peg. Keusahawanan
12.00 tgh Makan Tengahari dan Bersurai
Hari ke 4 (19 – JANUARI 2017)-) - Team In Charge (JKA)
Jadual 4:
PROGRAM SEMESTER 4
Keyakinan Pencetus Revolusi Diri
MASA AKTIVITI CATATAN
08.00 pagi Pendaftaran PA catat kehadiran
08.30 pagi Ucapan Aluan dan Doa
08.45 pagi Pengurusan Protokol dan Etika Sosial Oleh PRO
09.30 pagi Memaju Diri Untuk Memimpin Oleh KJ JKA
10.15 pagi Rehat/Minum Pagi
10.30 pagi Ketrampilan Diri dan Komunikasi Cemerlang
Oleh KU ULPL
11.30 pagi Tekanan Emosi Remaja Oleh Ustazah Noraini
12.15 Bersurai
Hari ke 5 (20 – JANUARI 2017)-) - Team In Charge (JKA)
Jadual 5:
PROGRAM SEMESTER 5
“Skill and Employability”
MASA AKTIVITI CATATAN
08.00 pagi Pendaftaran PA catat kehadiran
08.30 pagi Ucapan Aluan dan Doa
08.45 pagi Interaksi Sosial dan Komunikasi Oleh KJ JPA
09.30 pagi Strategi Kecemerlangan Kerjaya Oleh TPSA
10.15 pagi Rehat/Minum Pagi
10.30 pagi Ketrampilan Diri dalam Kerjaya Oleh KJ JP
11.30 pagi Ujian Psikometrik Oleh PPSi
12.30 Bersurai
LAMPIRAN 2
PERINCIAN TUGAS JAWATANKUASA BENGKEL 1. Jawatankuasa Urus setia/Protokol
o Memastikan program lancar dan tersusun. o Bekerjasama dengan,jawatankuasa dokumentasi,cenderahati dan siaraya. o Menyusun aturcara perasmian pembukaan dan penutup. o Menyediakan teks juruacara dan perasmi. o Mengenalpasti juruacara dan pembaca doa. o Menguruskan pendaftaran peserta
3. Jawatankuasa Aktiviti
o Menghantar surat jemputan pada penceramah
o Mengatur taklimat untuk penceramah
o Menyediakan slot aktiviti
o Menyelaras dan memantau perjalanan aktiviti yang dijalankan
4. Jawatankuasa Makanan
o Mendapatkan jumlah peserta dan pegawai yang terlibat
o Memastikan tahap kualiti makanan terjamin
o Memastikan makanan disediakan dalam kuantiti yang mencukupi
o Memastikan makanan disediakan dalam masa yang ditetapkan
o Menentukan lokasi penyediaan makanan
5. Jawatankuasa Dokumentasi dan Cenderahati o Menyediakan sijil penghargaan untuk semua penceramah dan AJK bertugas.
o Mengedarkan dan menyerahkan sijil selepas bengkel selesai.
o Menguruskan cabutan bertuah, cenderamata perasmi dan penceramah.
o Menyediakan keperluan alatan untuk majlis penyampaian cenderahati.
o Menyediakan petugas untuk majlis penyampaian cenderahati.
6. Jawatankuasa Persiapan Tempat
o Menyediakan carta alir acara.
o Menyediakan/ Menanda tempat mengikut jabatan dan jantina
o Memastikan peraturan di dewan dipatuhi setiap masa
o Memastikan dewan bersih selepas majlis selesai.
o Menyediakan plastik sampah yang mencukupi bagi lelaki dan perempuan
7. Jawatankuasa Siaraya dan Publisiti
o Menyediakan petugas siaraya
o Memastikan sistem siaraya berfungsi dengan baik sepanjang program.
o Menyediakan banner dan backdrop yang sesuai dengan motto program.
o Mewar-warkan dalam web site polipd seminggu sebelum program bermula.
o Memaparkan memo di semua sudut tumpuan pelajar di jabatan masing masing.
o Gunakan “whatsapp group PA” untuk maklumkan pada pelajar.
8. Jawatankuasa Kawalan Pelajar
o Membuat jadual PA bertugas pada mengikut slot.
o Memastikan keadaan terkawal sepanjang aktiviti dijalankan.