Download - PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Pengurusan Penasihatan Murid 1
PENGURUSAN PEMBELAJARAN (KPS 3014)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
MODUL PEMBELAJARAN
PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
NAMA 1. SYAZWANI BINTI ABD MUTALIB
(D20131064137)
2. ABANG SULAIMAN BIN ABANG HUSAINI
(D20131064134)
3. MUHAMAD AZAMUDDIN BIN MAT SOKHIH
(D20131064126)
4. ABDUL RAZIF ABDUL SHUKUR
(D20131064168)
5. MARLINA BINTI MOHD SUJAK
(D20131064109)
6.SITI NORAIN MOHD JAFRI
(D20131064156)
PENSYARAH DR ROSMA BINTI OSMAN
TARIKH 05 DISEMBER 2014
Pengurusan Penasihatan Murid 2
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
PENDAHULUAN 3-4
OBJEKTIF BIMBINGAN PENASIHATAN 5
KONSEP BIMBINGAN 6-7
KEPENTINGAN,BIMBINGAN, PENASIHATAN DAN MENTORING
7-11
PIHAK YANG BERPERANAN SEBAGAI PEMBIMBING DAN PENASIHAT PELAJAR
SELAIN GURU12
PERBEZAAN PERANAN 13
IMPLIKASI PERLAKSANAAN BIMBINGAN
DAN PENASIHATAN DI SEKOLAH
14-18
PROSES BIMBINGAN PENASIHATAN 19
MENTORING 20-22
PENDEKATAN HUMANISTIK 23-29
KESIMPULAN 30
RUJUKAN/BILBIOGRAFI 31
Pengurusan Penasihatan Murid 3
1.0 PENDAHULUAN
Guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam agenda arus perdana untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur menjelang tahun 2020. Mereka
merupakan agen pelaksana yang akan membentuk generasi pewaris negara ini. Dalam
usaha untuk mencapai wawasan tersebut guru akan berhadapan dengan pelbagai cabaran
mendatang terutamanya yang melibatkan muridnya. Bagi menyahut cabaran tersebut, guru
perlulah melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dapat
memperkemaskan sahsiah yang sihat serta memperkembangkan potensi murid untuk
berjaya dalam pelbagai bidang penghidupan.
Perdana Menteri mencadangkan semua guru sekolah diberi latihan kemahiran kaunseling,
penasihatan dan mentoring supaya mereka dapat sama menangani permasalahn disiplin
pelajar yang semakin serius. Pada masa ini nisbah satu atau dua guru kaunseling untuk
lebih 1,000 murid adalah tidak mencukupi dalam menghadapi tugasan bimbingan dan
kaunseling di sekolah. Menteri Pelajaran juga turut menyarankan agar pentadbir sekolah
mengambil perhatian terhadap permasalahan disiplin di sekolah dan tidak cuba
menyorokkan kes salah laku di kalangan pelajarnya.
Di sekolah, guru sebagai pendidik dan pembimbing perlulah mengambil inisiatif untuk
mendampingi dan mendekati muridnya kerana melalui cara inilah mereka dapat memahami
anak didik mereka dengan lebih mendalam. Dengan perkataan lain, guru yang dapat
mewujudkan suasana yang mesra serta mengambil berat perihal pelajarnya akan dapat
mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh anak didik dan sekaligus dapat membantu
pelajar yang berkenaan ke arah perkembangan diri yang positif.
Bagi mewujudkan kesediaan di kalangan guru dalam mendidik serta membimbing pelajar ke
arah kecemerlangan akademik serta pembentukan sahsiah yang positif maka aspek
Pengurusan Penasihatan Murid 4
bimbingan serta pensihatan perlu diberi perhatian. Bimbingan dan penasihatan merupakan
satu lagi kemahiran yang boleh digunakan oleh guru dalam membantu pelajarnya.
Kefahaman para guru dalam bidang bimbingan dan penasihatan akan dapat membantu
guru dalam menolong pelajar di sekolah, dapat menjalinkan perhubungan interpersonal
dengan semua pelajarnya terutama ketika menangani permasalahan akademik serta
perkembangan diri pelajar. Guru-guru juga memperolehi kemahiran untuk mendekati pelajar
supaya pelajar boleh membina kesedaran kendiri dan kecemerlangan diri.
Secara umumnya guru-guru bukan sahaja bertanggungjawab dalam pengajaran tetapi juga
boleh memikirkan keperluan pelajar di sekolah dan di luar sekolah dalam berbagai-bagai
aspek perkembangan seperti perancangan masa depan, kesejahteraan dan pembangunan
diri, disiplin, kestabilan emosi, kesihatan, keselamatan , moral , agama dan aspek lain yang
berkaitan.
Pengurusan Penasihatan Murid 5
2.0 OBJEKTIF BIMBINGAN PENASIHATAN
Bimbingan dan penasihatan mempunyai objektif yang sama berbanding
mentoring.
Di sini merupakan objektif bimbingan dan penasihatan.
1. Memberi pengetahuan tentang konsep bimbingan, penasihatan,dan kauseling.
2. Mendedahkan kepentingan bimbingan dan penasihatan dalam perhubungan
menolong
3. Memberi pendedahan tentang perbezaan konsep di antara bimbingan,penasihatan
dan kaunseling
4. Memahami peranan guru sebagau pembimbing dan penasihat yang berkesan
Pengurusan Penasihatan Murid 6
3.0 KONSEP BIMBINGAN
Crow dan crow (1960)- Menyatakan bimbingan ialah bantuan oleh seseorang baik lelaki
atau perempuan yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang
individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan
hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri. Shertzer
dan stone (1971)-Mendefinisikan bimbingan sebagai 1 proses menolong individu untuk
memahami diri dan alam sekelilingnya. Bimbingan dilihat sebagai usaha memberi
perkhidmatan yang normal. Aubrey (1975)-Bimbingan dilihat dari 3 perspektif
I) Aspek bantuan , bimbingan diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan
penyesuaian yang bijak .
Ii) Dalam konsep pendidikan, merupakan perancangan aktiviti dalam membantu pelajar
mengalami cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka.
Iii) Dibentuk sebagai satu fungsi perkhidmatan dan memperkembangkan peribadi dan
psikologinya.
Pengurusan Penasihatan Murid 7
3.1 KONSEP PENASIHATAN
Zuraidah (1994)–Berpendapat memberi nasihat adalah strategi menyelesaikan masalah
tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Strategi ini merupakan 1 cara yang
mudah untuk mengelakkan diri daripadamemahami,memeriksa,dan menjelajah masalah
yang dihadapi. Gibson dan Mitchell (1999)–Menyatakan nasihat digunakan bagi
menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. Ia juga mengajar bagaimana untuk
berfikir dan bertindak. Kamus Dewan (1994)–Nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik,
peringatan, mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang
pelbagai hal.
4.0 KEPENTINGAN BIMBINGAN, PENASIHATAN DAN MENTORING
Sebagai insan setiap individu memerlukan bimbingan dan nasihat sejak dilahirkan sehingga
kita meninggalkan dunia. Dalam konteks petugas sebagai guru yang berhubung rapat
dengan usaha mendidik anak muridnya, pasti ia tidak terlepas daripada member bimbingan
dan nasihat. Bagi pihak pelajar pula, keperluan menerima bimbingan dan nasihat daripada
gurunya adalah sesuatu yang sangat diharapkan.
Pelajar berdisiplin merupakan pra syarat pembelajaran yang berkesan dan wajarlah pelajar
yang bermasalah dibimbing dan ditolong supaya mereka dapat melihat laluan yang berguna
di dalam kehidupan mereka ( Suradi,1997 )
Keperluan memberi bimbingan dan nasihat daripada situasi guru kepada pelajarnya dapat
dilihat daripada beberapa faktor. Pelajar-pelajar pada masa ini mempunyai kebebasan untuk
memilih dan menerima pendidikan. Pilihan-pilihan tersebut sama ada atas dasar
kehendaknya sendiri atau kehendak bersama dalam situasi keluarganya. Pelajar mungkin
ingin memilih pendidikan di sekolah bercorak keagamaan atau di sekolah bercorak
Pengurusan Penasihatan Murid 8
vokasional biasa. Dalam membuat pilihan tersebut, pelajar berkemungkinan juga meminta
bimbingan dan nasihat daripada gurunya di samping mendapat pandangan , pendapat dan
dorongan daripada pihak keluarga.
Selain itu, bimbingan,nasihat serta mentoring bukan sahaja dari sudut pelajaran. Kadang-
kadang ada juga yang merasakan guru ini orang yang paling terdekat dengannya dan dia
memilih seorang guru untuk dijadikan tempat luahan rasa hati dan perasaan. Jadi, guru
sangat memainkan peranan yang penting bukan sahaja dari segi seorang guru malah ibu,
kakak atau kawan kepada anak muridnya.
Dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran, para pelajar seperti juga dengan
ahli masyarakat lain tidak akan terlepas berhadapan dengan perkembangan teknologi.
Sebagai contoh, palajar pada masa kini bukan sahaja boleh menerima pelajarannya
daripada mulut seorang guru tetapi juga boleh didapati melalui alat teknologi maklumat
seperti CD computer dan internet. Pembelajaran dapat dilakukan dengan usaha pendidikan
jarak jauh . walaupun usaha-usaha untuk belajar sendiri dapat dilaksanakan, pelajar
berkemungkinan memerlukan bimbingan dan nasihat daripada aspek pengurusan alat-alat
komunikasi yang digunakan atau penghuraian lanjut mengenai apa-apa maklumat yang
diperolehinya.
Pada masa ini wujud berbagai-bagai bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh individu
pelajar. Setiap bidang berkenaan ada hubung kait dengan program pendidikan yang
terlebih dahulu ada hubung kait dengan program pendidikan yang terlebih dahulu perlu
dilalui oleh pelajar. Dalam menuju kea rah pilihan kerjaya tersebut pelajar perlu membuat
pilihan pendidikan yang betul. Bimbingan dan nasihat diyakini dapat membantu pelajar
dalam proses membuat pilihan ke dalam program pendidikan yang betul. Bimbingan,
penasihatan dan mentoring diyakini dapat membantu pelajar dalam proses membuat pilihan
ke dalam program pendidikan yang betul. Seorang pelajar yang berminat dan berpotensi
dalam kerjaya perubatan, perlu dibimbing dan berpotensi dalam kerjaya perubatan, perlu
Pengurusan Penasihatan Murid 9
dibimbing mengikuti program pendidikan beraliran sains. Pelajar juga memerlukan
pendedahan berkenaan proses perkembangan kerjaya terutama sekali pada peringakat
pertumbuhan dan penerokaan,dengan menggunakan cara yang membolehkan pelajar
tersebut memperoleh pengetahuan tentang dirinya ,kebolehan,minat dan keperluannya dari
satu aspek dan pengetahuan tentang alam pekerjaan dari aspek yang lain. ( suradi,1997 )
Keadaan pemahaman terhadap agama dan status moral dalam masyarakat majmuk di
negara ini juga, memungkinkan ramai pelajar memerlukan bimbingan dan nasihat daripada
mereka yang berwibawa contohnya dalam konteks guru. Interaksi pelbagai corak fahaman
agama dan moral dan pengaruh peradaban dunia secara global menyebabkan pelajar
mengalami kekeliruan dalam mengamalkan mana yang betul dan mana yang salah.
Bercumbu-cumbuan dan berdua-duaan dalam masyarakat tanpa ikatan yang sah, adakah
merupakan sesuatu yang baik dan betul bagi sesetengah masyarakat dan bagaimana pula
dengan masyarakat yang lain. Atau sama ada persoalan seperti ini terpulang kepada diri
individu berkenaan.
Pelajar-pelajar juga dalam keadaan hari ini memerlukan bimbingan dan nasihat serta
mentoring memandangkan cara sosial pergaulan kompleks. Ikatan sosial kekeluargaan
semakin longgar. Cara berkomunikasi di antara satu tahap status sosial dengan status
sosial berkumpulan yang lain mungkin berbeza. Cara pergaulan mereka yang berada dalam
golongan koperat adalah berlainan daripada mereka yang berada dalam golongan
perkhidmatan awam. Perbezaan wujud mungkin daripada segi cara mereka berbincang, stail
kerja dan membuat keputusan. Keadaan ini ditambah lagi jika wujud perbezaan dari segi
ekonomi sesuatu keluarga ataupun masyarakat.
Pengurusan Penasihatan Murid 10
4.1 Ciri-ciri bimbingan dan penasihatan :-
Bimbingan penasihatan
Merupakan satu aktiviti yang
dirancang
Berfokus kepada permasalahan yang
dihadapi, bukan kepada diri individu
yang bermasalah.
Proses membantu individu atau
kumpulan
Berbentuk arahan atau suruhan
daripada seorang yang dianggap
lebih berautoriti kepada seorang yang
lain
Diberikan kepada individu yang
memerlukan bantuan
Memberi nasihat adalah strategi yang
paling cepat untuk mengatasi
permasalahan jika nasihat itu
meninggalkan Kesan
Bimbingan dan penasihatan ini boleh dikatakan cirinya hamper sama tetapi ada
perbezaannya dari segi individu yang bermasalah dan cara nasihatnya.
Pengurusan Penasihatan Murid 11
4.2 PERBEZAAN DI ANTARA BIMBINGAN,PENASIHATAN DAN KAUNSELING
Kesimpulannya, bimbingan dan penasihatan mempunyai persamaan tetapi berbeza dari
segi kaunseling.
Pengurusan Penasihatan Murid 12
5.0 PIHAK YANG BERPERANAN SEBAGAI PEMBIMBING DAN PENASIHAT PELAJAR
SELAIN GURU
Di dalam bimbingan, penasihatan dan mentoring terdapat segelintir pihak yang penting dan
sangat berperanan selain guru iaitu, kaunselor, pembimbing rakan sebaya (PRS) dan
pentadbir sekolah seperti guru besar dan penolong kanan. Pihak ini juga sangat berperanan
dalam membantu dari segi penasihatan bimbingan dan mentoring.
Selain itu, fungsi kaunselor ialah membantu guru pembimbing dalam tugas yang meliputi
khidmat inventori dan rekod, khidmat memberikan maklumat; khidmat bimbingan kelompok,
kaunseling, dan rundingan. selain itu, pembimbing rakan sebaya sangat penting dalam hal
ini. Pembimbing rakan sebaya memberi peranan sebagai agen pembantu kepada guru
pembimbing dan kaunselor untuk mendekati pelajar. Contohnya, jika seseorang itu
menghadapi masalah, dan dia malu untuk bertemu dengan guru maka pembimbing rakan
sebaya ini berfungsi untuk membantu pelajar tadi yang ada dalam kesusahan untuk
mendengar masalahnya. Mungkin pembimbing rakan sebaya dapat menjadi orang tengah di
antara murid tadi dan guru. Ini kerana ada pelajar yang malu untuk berhadapan dengan
guru. Walaubagaimanapun, pemilihan untuk pembimbing rakan sebaya mestilah dari
kalangan yang boleh dipercayai dan baik. Dalam memilih guru harus menitikberatkan soal
peribadi pelajar yang ingin menjadi pembimbing rakan sebaya tersebut.
Di samping itu juga, pentadbir sekolah(pengetua/guru besar dan penolong kanan
berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Murid.Contohnya,golongan atau
pihak ini perlu mengambil berat tentang hal pelajar mereka. Mereka merupakan ketua dalam
soal bimbingan, penasihatan dan mentoring.
Pengurusan Penasihatan Murid 13
6.0 PERBEZAAN PERANAN
Kesimpulan dari gambar rajah di atas ialah terdapat perbezaan dari segi peranan
pembimbing, penasihat, kaunselor dan guru disiplin.
Pengurusan Penasihatan Murid 14
7.0 IMPLIKASI PERLAKSANAAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN DI SEKOLAH
Dalam melaksanakan bimbingan dan penasihatan serta mentoring di sekolah sudah pasti
terdapat implikasinya yang tersendiri. Implikasi yg di maksudkan adalah yang akan dihadapi
oleh pelajar, guru dan sekolah.
Implikasi yang akan dihadapi oleh pelajar seperti bimbingan akan membantu pelajar menjadi
lebih cekap dan berkesan dan akan memperolehi manfaat di sekolah. Selain itu , pelajar
boleh memahami perseitaran sekolah , memahami dirinya dan orang lain, dan dapat
membuat pilihan dengan bijak dan tepat
Di samping itu, dari sudut guru pula, guru akan dapat mewujudkan hubungan yang mesra di
antara guru dan pelajar. Guru juga dapat mempelajari bagaimana mewujudkan strategi untu
menjadikan bilik darjah lebih ceria dan persekitaran sekolah menjadi lebih kondusif ang
menggalakkan pertumbuhan pelajar.
Seterusnya, dari aspek sekolah pula, sekolah akan dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang positif di dalam sekolah. Suasana persekolahan semakin murni dengan
pelajar akan menghormati kepelbagaian hak orang lain, kemerosotan disiplin pelajar dapat
di atasi dan prestasi akademik pelajar di sekolah dapat dipertingkatkan.
Pengurusan Penasihatan Murid 15
7.1 Terdapat lima fasa dalam proses bimbingan dan penasihatan :
Fasa pertama : kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar
Fasa pertama berkait rapat dengan kesedaran guru dan pihak yang terlibat sebagai
pembimbing dan penasihat pelajar. Pihak pengurusan iaitu guru perlu terlebih dahulu
menerima konsep ini. Namun demikian, penekanan perlulah diberikan kepada guru yang
mengajar mata pelajaran program kerana mereka tentunya lebih rapat dan arif dengan
pelajar mereka berbanding guru-guru yang lain. Selain itu, lazimnya, guru yang mengajar
mata pelajaran program akan meluangkan lebih banyak masa bersama pelajar, hal ini
secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan guru. Pihak
pelajar juga harus disedarkan tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan, penasihatan
dan mentoring sebagai pengelola dan sumber rujukan model. Guru juga perlulah
mempunyai sikap kerahsiaan bagi memastikan kepercayaan pelajar terhadap guru. Teori
kung fu tze ada menyatakan bahawa sesuatu pendidikan harus berasaskan kepada prinsip
kebenaran dan segala aspek kebaikan.
Fasa kedua : menguasai kemahiran asas bimbingan dan penasihatan
Guru sebagai penasihat dan pembimbing perlulah terlebih dahulu menguasai kemahiran
bagi memudahkan untuk mereka berkomunikasi melalui kaedah yang paling baik dengan
pelajar. Pada tahap ini, guru-guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas
bimbingan, penasihatan dan mentoring melalui kursus, seminar dan bengkel khas. Selain
itu, kemahiran ini secara tidak langsung akan memudahkan guru untuk menyelami masalah
pelajar dan mencari jalan bagaimana ingin menyampaikan nasihat yang terbaik mengikut
tahap penerimaan dan emosi pelajar. Antara beberapa kemahiran yang dicadangkan ialah
seperti kemahiran perkembangan personaliti, kemahiran melayan dan mendengar,
Pengurusan Penasihatan Murid 16
kemahiran lisan dan bukan lisan, kemahiran mengenal pasti pelajar yang bermasalah, dan
kemahiran asas teori dan teknik kaunseling dalam proses menolong. Melalui teknik ini, guru
akan lebih mendalami latar belakang hidup pelajar dan akan mencuba untuk meneroka
dunia pelajar. Kemahiran melayan dan mendengar akan lebih memudahkan guru untuk
berkomunikasi dengan pelajar seandainya guru memberi lebih perhatian kepada pelajar.
Komunikasi bukan sahaja boleh berlaku dalam bentuk lisan, malah ia juga boleh ditonjolkan
melalui bahasa isyarat dan sebagainya. Penguasaan kemahiran awal dalam proses ini boleh
dijalankan secara berperingkat untuk memudahkan penerapan kemahiran.
Bruce dan Grimsley (1987) dan Glickman et al. (1998), dapat merumuskan bahawa terdapat
dua jenis utama kemahiran yang diperlukan bagi penyeliaan pelajar, iaitu:
Kemahiran hubungan manusia (human relations skill) atau kemahiran interpersonal
iaitu keupayaan berkomunikasi dan bekerjasama dengan pelajar dan memotivasi
mereka agar mereka berusaha untuk memperoleh prestasi baik.
Kemahiran teknikal dan pengurusan iaitu pengetahuan dan keupayaan khusus yang
diperlukan untuk melaksanakan tugas-tugas utama sebagai penyelia merangkumi
aktiviti merancang, mentaksir, membuat pemerhatian, dan menilai program
pengajaran.
Fasa ketiga : proses mengenali pelajar
Pada tahap ini, pihak guru dapat mengaplikasikan kemahiran asas kaunseling dan mampu
mengenalpasti pelajar yang memerlukan bimbingan dan penasihatan. Secara amnya,
pelajar yang memerlukan bimbingan ini dapat dibahagikan kepada tiga katogeri utama iaitu
pelajar yang datang secara sukarela, pelajar yang di bawah pemerhatian dan pelajar yang
dikenalpasti sendiri oleh guru memerlukan bimbingan melalui pemerhatian dan ujikaji.
Pelajar yang datang secara sukarela untuk mendapat bimbingan daripada guru lazimnya
merupakan pelajar yang tidak agresif. Manakala pelajar yang berada di bawah pemerhatian
Pengurusan Penasihatan Murid 17
pula merupakan mereka yang memerlukan perhatian dari pihak-pihak tertentu. Terdapat
juga dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah dan tidak mempunyai kesedaran
untuk meluahkan kepada orang lain. Guru haruslah bijak membantu menyelesaikan
masalah pelajar. Dengan berusaha membantu orang lain, sebenarnya kita sedang
membantu diri kita dalam mencapai matlamat (afred adler).
Fasa keempat : proses membimbing pelajar
Pelajar perlulah dibimbing oleh guru dengan teknik dan kaedah yang betul dalam
menentukan kehendak serta perkara yang perlu dicapai oleh pelajar. Hal ini disebabkan
mengikut teori psikologi individu yang dipelopori oleh Afred Adler, kehendak seseorang itu
mempengaruhi setiap tindakan yang dilakukan berlandaskan pengalaman yang dilalui masa
lalu.Tanggungjawab guru sebagai pembimbing dan penasihat adalah membebaskan pelajar
dari belenggu masa lalu dan memastikan mereka berada pada konsep yang betul bagi
mencapai sesuatu yang ingin dicapai. Dalam proses bimbingan, secara khususnya guru
akan membimbing pelajar dalam tiga keadaan iaitu bimbingan secara individu, kelompok
dan juga konsultansi. Namun begitu, secara purata guru lebih dapat mendekati pelajar
denagn lebih terperinci melalui bimbingan secara individu kerana dalam proses ini guru
hanya perlu memberi sepenuh perhatian hanya kepada seorang pelajar. Manakala,
bimbingan secara kelompok pula melibatkan ramai pelajar yang bermasalah. Teknik
sebegini membolehkan pelajar saling meluahkan dan berkongsi masalah dengan rakan-
rakan yang lain. Hal ini secara tidak langsung mendidik pelajar untuk lebih empati dan
belajar memahami akan perasaan orang lain.
Di samping itu, dalam konsep penasihatan juga, hubungan penasihatan antara guru dan
pelajar adalah interaksi yang berbentuk interpersonal yang memerlukan penekanan
terhadap aspek kemanusiaan. Kemahi ran interpersonal ialah kemampuan seseorang
dalam memahami dan membezakan perasaan,keinginan hati, hasrat dan tabiat orang
lain. (Suppiah Nachiappan, 2009:156). Guru perlu berkemampuan dalam
Pengurusan Penasihatan Murid 18
mendalami emosi pelajar dan harus bijak dalam membina hubungan yang
mesra dengan pelajar agar pelajar dapat membentuk rasa kepercayaan yang
tinggi terhadap guru bimbingan. Selain itu, setiap individu itu pastinya
mempunyai kelainan yang tersendiri dan mempunyai potensi untuk bergerak ke
arah kebaikan. Rogers berpendapat semua manusia boleh berkembang dan berpotensi
asalkan inidividu itu dapat menerima dirinya dan orang lain dengan cara ‘hubungan positif
tanpa syarat’.
Penerokaan dalam permasalahan pelajar akan dilakukan oleh guru setelah hubungan antara
guru dan pelajar sudah mesra dan saling mempercayai. Seterusnya, masalah utama mula
dikenal pasti dan pihak guru pembimbing juga akan mencari alternatif untuk menyelesaikan
masalah pelajar. Tindakan akan dilaksanakan melalui perbincangan dan perancangan yang
ditetapkan.
8.0 PROSES BIMBINGAN PENASIHATAN
Langkah pertama di dalam proses bimbingan ialanh pemerhatian. Melalui proses ini, guru
hendaklah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar terlibat. Kita hendaklah
menyiasat faktor-faktor yang menyebabkan mmasalah tersebut. Selain itu kita perlulah
mengetahui latar belakang mereka.
Yang kedua, perancangan,setelah mengetahui masalah dan punca utamanya berlakunya
masalah tersebut, kita bolehlah merancang kaedah atau cara pendekatan yang sesuai untuk
menangani masalah tersebut samada melalui kaedah bimbingan atau penasihatan. Kita
hendaklah menyediakan dan menyenaraikan langkah-langkah yang perlu dilaksanaan.
Seterusnya, perlaksanaan. Selepas membuat perancangan yang teliti, ia perlulah
dilaksanakan dengan serta merta. Selepas proses pelaksanaan, kita hendaklah melihat hasil
yang berlaku. Akhir sekali, selepas melihat hasil yang kita dapati, kita perlulah menukar
Pengurusan Penasihatan Murid 19
kaedah yang dilakukan kepada yang lebih efektif. Jangan berputus asa jika tidak mendapat
hasil yang memberansangkan. Guru yang penyayang membina pelajar yang berdisiplin.
8.1 CIRI-CIRI/SIFAT-SIFAT POSITIF GURU SEBAGAI PEMBIMBING DAN
PENASIHATAN
Ciri-ciri utama yang positing yang sangat diperlukan untuk menjadi pembimbing yang
berkesan menurut Rogers (1967) ialah pertama ketulenan. Ketulenan membawa maksud
sesuatu yang asli. Seseorang guru perlulah bersifat asli dan tidak menjadi orang lain. Selain
itu, cirri positif lain juga ialah penerimaan tanpa syarat. Guru perlulah menerima pandangan
orang lain juga dan tidak hanya mengikut kehendak sendiri. Seterusnya, kemesraan. Guru
perlulah mewujudkan suasana yang mesra dengan pelajarnya agar pelajar tidak rasa takut.
Kerahsiaan juga adalah sifat positif guru sebagai pembimbing. Maksud kerahsiaan di sini
ialah guru haruslah menyimpan rahsia anak muridnmya jika mereka menceritakan hal
peribadi mereka terhadap kita. Ini kerana, apabila pelajar itu menceritakan kepada kita
maknanya dia sudah meletakkan kepercayaan terhadap kita iaitu guru.
Guru juga perlu ada cirri seperti mempunyai ilmu kepakaran dalam kemahiran kaunseling.
Masudnya, seseorang yang menjadi guru kaunseling perlulah dari orang yang berkelayakan.
Guru juga perlu bersifat amanah, jujur dan ikhlas. Sifat ini wajib ada bagi setiap guru bukan
sahaja guru kaunseling.
8.2 CIRI-CIRI/SIFAT-SIFAT NEGATIF GURU SEBAGAI PEMBIMBING DAN
PENASIHATAN
Pengurusan Penasihatan Murid 20
Apabila ada positif sudah tentu ada negatifnya. Ciri-ciri negatif guru sebagai pembimbing
dan penasihat ialah sombong. Guru tidak harus sombong kerana sifat ini sendiri memang
sangat negative dan tidak elok. Selain itu, ada juga guru yang tidak perihatin terhadap
pelajarnya. Selalu bersangka buruk terhadap pelajar atau rakan seerja adalah cirri negatif
guru yang ada. Seterusnya, sesetengah guru ada yang bersifat pilih kasih. Mana-mana
pelajar yang dia suka dia akan saying dan tumpukan lebih perhatian kepada pelajar itu. Hal
ini tidak patut berlaku. Ciri-ciri lain seperti mementingkan diri, pemarah, pemalu dan tidak
bertolak ansur merupakan cirri negatif seorang guru yang tidak seharusnya ada.
9.0 MENTORING
9.1 Konsep
Mentor adalah untuk menyokong dan menggalakkan orang ramai untuk
menguruskan pembelajaran mereka sendiri dalam perintah bahawa mereka boleh
memaksimumkan potensi mereka, membangunkan kemahiran mereka, memperbaiki
prestasi mereka dan menjadi orang yang mereka mahu." Eric Parsloe, Sekolah Oxford
Kejurulatihan & Mentor
Mentoring adalah proses yang dilaksanakan oleh mentor terhadap mantee. Dalam
konsep mentoring, mentor perlu membimbing mantee untuk menjadi individu yang mampu
mengembangkan potensi diri, sikap, dan memberi panduan kepada mantee dalam mencari
arah panduan yang betul dan siapa yang boleh membantu mereka dalam menyelesaikan
sebarang konflik yang dihadapi sama ada akedemik mahupun personal. Selain itu, pelbagai
kaedah boleh dilakukan oleh mentor sebagai panduan untuk mencapai objektifnya. Antara
aktiviti yang boleh dilakukan dalam proses mentoring adalah aktiviti yang terancang di dalam
dan di luar bilik darjah, permainan serta membentuk kumpulan kecil untuk membincangkan
sesuatu topik atau permasalahan.
Pengurusan Penasihatan Murid 21
Di samping itu, motif utama dalam proses mentoring adalah memberi peluang
kepada mentee untuk menimba, mencuba dan menggunakan kemahiran yang mungkin
kurang didedahkan dalam bilik darjah untuk panduan kepada mereka yang menjalani
kehidupan sebagai pelajar yang bertanggungjawab serta membolehkan mantee untuk
meneroka idea-idea baru dengan yakin.
9.1.1Ciri-ciri mentoring
Mentoring merujuk kepada proses pembelajaran yang aktif buat mantee. Proses ini
mementingkan personal dan profesional yang berterusan untuk mencapai matlamat yang
diinginkan. Selain itu, proses ini juga memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku
perkembangan positif. Ia bertindak balas terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan
mentor dan mantee. Tambahan pula, proses ini akan membentuk kesedaran kepada pelajar
agar bertimbang rasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan serta menerima
kesilapan yang boleh diterima dan sebaliknya.
9.1.2 Proses mentoring
Menjalin perhubungan.
Perhubungan antara mentor dan mantee adalah aspek penting yang perlu dijalin semasa
proses mentoring berlaku. Walaubagaimanapun, langkah ini tidak boleh dilakukan secara
tergopoh-gapah dan tidak pula boleh ditinggalkan. Mentor haruslah bijak dalam usaha untuk
membina hubungan dan meningkatkan komunikasi antara mentor dan mantee. Mentor dan
mantee juga perlu menggunakan masa yang sesuai untuk mengenali satu sama lain supaya
timbul perasaan saling mempercayai antara mereka dan jika ini berlaku, proses mentoring
akan menjadi satu aktiviti yang mudah dan bermakna.
Pengurusan Penasihatan Murid 22
Merunding persetujuan.
Mentor dan mantee perlu sama-sama menjana persetujuan ketika melaksanakan sesi
mentoring dan dalam masa yang sama, mereka perlu mematuhi perjanjian yang telah
ditetapkan. Perjajian meliputi penyediaan jadual untuk sesi mentoring, mengenalpasti
batasan serta cara dan teknik mentoring. Kerjasama yang terbina, akan mewujudkan
perhubungan yang harmoni antara mereka.
Perkembangan profesional mantee
Proses ini merupakan langkah utama dalam sesi mentoring kerana ia melibatkan fungsi dan
peranan mentoring itu sendiri. Pada ketika ini kedua-dua mentor dan mantee perlulah
menentukan matlamat mentoring, menjana senarai latih tubi dan aktiviti mentoring supaya
objektifnya tercapai. Mentor dan mantee perlu berusaha untuk mencapai objektif serta
mengekalkan suasana yang harmoni.
Menamatkan perhubungan
Proses mentoring berakhir apabila matlamatnya tercapai di mana ia dinilai oleh mereka yang
berkenaan. Perhubungan mentoring hendaklah berakhir dengan tahap pencapaian yang
positif iaitu satu transformasi berperingkat kepada perhubungan yang kasual. Mentoring
tidak sepatutnya berakhir dengan tiba-tiba tetapi perlulah mengikut perancangan.
Pengurusan Penasihatan Murid 23
10.0 PENDEKATAN HUMANISTIK
Latar Belakang Teori Pendekatan Humanistik
Aliran humanistik merupakan salah satu aliran dalam psikologi yang muncul pada tahun
1950-an, dengan akar pemikiran dari kalangan eksistensialisme yang berkembang pada
abad pertengahan. Pada akhir tahun 1950-an, para ahli psikologi, seperti : Abraham
Maslow, Carl Rogers dan Clark Moustakas mendirikan sebuah asosiasi profesional yang
berupaya mengkaji secara khusus tentang berbagai keunikan manusia, seperti tentang : self
(diri), aktualisasi diri, kesehatan, harapan, cinta, kreativitas, hakikat, individualitas dan
sejenisnya.
Maslow menyebutkan aliran humanistik sebagai "koalisi berbagai sempalan psikologi ke
dalam suatu filsafat tunggal". Esensi filsafat tunggal itu, sebagaimana disebutkan Maslow,
berwujud pengakuan bahawa golongan manusia memiliki ciri-ciri dan kesanggupan-
kesanggupan yang unik ; terdapat nilai-nilai utama universal yang menjadi bahagian dari
alam biologis manusia, naluri dan tidak dipelajari ; tujuan utama segenap upaya manusia
adalah realisasi diri atau aktualisasi diri, yakni pengungkapan dan penggunaan
kemungkinan-kemungkinan dan kesanggupan-kesanggupan secara penuh.
Konsep Utama Pendekatan Humanistik
Pandangan Tentang Manusia
Pengurusan Penasihatan Murid 24
Humanistik memandang manusia sebagai makhluk yang memiliki otoriti atas kehidupan
dirinya. Asumsi ini menunjukkan bahawa manusia adalah makhluk yang sedar, pelaku aktif
yang dapat menentukan (hampir) segalanya. Manusia adalah makhluk dengan julukan “the
self determining being” yang mampu sepenuhnya menentukan tujuan-tujuan yang paling
diinginkannya dan cara-cara mencapai tujuan itu yang dianggapnya paling tepat.
Pendekatan eksistensial humanistik berfokus pada manusia. Pendekatan ini terutama
adalah suatu sikap yang menekankan pada pemahaman atas manusia. Ada beberapa
konsep utama dari pendekatan eksistensial, iaitu:
a. Kesedaran diri
Manusia memiliki kesanggupan untuk menyedari dirinya sendiri, suatu kesanggupan yang
unik dan nyata yang memungkinkan manusia mampu berpikir dan memutuskan.
b. Kebebasan, tanggung jawab, dan kecemasan.
Kesadaran atas kebebasan dan tanggung jawab dapat menimbulkan kecemasan yang yang
menjadi atribut dasar bagi manusia.
c. Penciptaan makna
Manusia itu unik, dalam erti bahawa dia berusaha untuk menemukan tujuan hidup dan
menciptakan nilai-nilai yang memberikan makna bagi kehidupan. Manusia memiliki
keperluan untuk berhubungan dengan sesamanya dalam suatu cara yang bermakna, sebab
manusia adalah makhluk yang rasional.
ü Ciri-Ciri Pendekatan Humanistik
Pendekatan humanistik dapat difahami dari tiga ciri utama, iaitu:
a. Pendekatan humanistik menawarkan satu nilai yang baru sebagai pendekatan baru untuk
memahami sifat dan keadaan manusia.
b. Pendekatan humanistik menawarkan pengetahuan yang luas akan kedah penyelidikan
dalam bidang tingkah laku manusia
Pengurusan Penasihatan Murid 25
c. Psikologi humanistik menawarkan cara yang lebih luas akan kaedah-kaedah yang efektif
dalam pelaksanaan psikoterapi.
ü Asumsi perilaku bermasalah Kaunseling Humanistik
Peribadi yang bermasalah menurut pandangan eksistensial-Humanistik iaitu tidak mampu
memfungsikan dimensi-dimensi dasar yang dimiliki manusia, sehingga kesedaran tidak
berfungsi secara penuh. Diantaranya , negatif, tidak dapat dipercaya, tidak dapat memahami
diri sendiri, bermusuhan dan kurang produktif.
Asumsi perilaku bermasalah Kaunseling Humanistik dipengaruhi oleh tidak terpenuhinya
aspek-aspek sebagai berikut:
1. Kesadaran Diri
Berhubungan dengan kemampuan manusia untuk menyedari diri dan menjadikan dirinya
mampu melampaui situasi sekarang dan membentuk aktiviti-aktiviti berpikir. Dengan
demikian, meningkatkan kesadaran bererti meningkatkan kesanggupan seseorang untuk
mengalami hidup secara penuh sebagai manusia. Tidak jarang manusia yang tidak memiliki
kesadaran akan dirinya akan mengalami masalah-masalah dalam kehidupannya.
2. Kebebasan dan tanggung jawab
Manusia adalah makhluk yang menentukan diri dn memiliki kebebasan untuk memilih
diantara alternatif-alternatif. Masalah akan timbul jika manusia tidak bisa mengatur
kebebasannya dan mengarahkan hidupnya.
Pengurusan Penasihatan Murid 26
3. Keterpusatan dan keperluan akan orang lain
Meliputi masalah-masalah yang berkaitan dengan kehendak dari luar dirinya sendiri, iaitu
untuk berhubungan dengan orang lain dan alam. Kegagalan dalam berhubungan dengan
orang lain dan dengan alam menyebabkan manusia kesepian, mengalami aliensi,
keterasingan, dan depersonalisasi.
4. Pencarian makna Hidup
5. Kecemasan sebagai syarat hidup
6. Kesadaran atas kematian dan Non-ada
C. Tujuan Pendekatan Humanistik
Menurut Gerald Corey (2010) ada beberapa tujuan konseling Eksistensial humanistik iaitu:
a. Agar klien mengalami keberadaannya secara otentik dengan menjadi sedar atas
keberadaan dan potensi – potensi serta sadar bahawa ia dapat membuka diri dan bertindak
berdasarkan kemampuannya. Keotentikan sebagai “urusan utama psikoterapi” dan “nilai
eksistensial pokok”. Terdapat tiga karakteristik dari keberadaan otentik:
· Menyedari sepenuhnya keadaan sekarang
· Memilih bagaimana hidup pada saat sekarang
· Memikul tanggung jawab untuk memilih.
b. Meluaskan kesadaran diri klien, dan kerananya meningkatkan kesanggupan pilihannya
yakni menjadi bebas dan bertanggung jawab atas arah hidupnya.
c. Membantu klien agar mampu menghadapi permasalahan sehubungan dengan tindakan
memilih diri, dan menerima kenyataan bahawa dirinya lebih dari sekadar mangsa kekuatan-
kekuatan deterministic di luar dirinya.
D. Proses Konseling Humanistik
· Adanya hubungan yang akrab antara kaunselor dan konseli.
Pengurusan Penasihatan Murid 27
· Adanya kebebasan secara penuh bagi individu untuk mengemukakan masalah dan apa
yang diinginkannya.
· Kaunselor berusaha sebaik mungkin menerima sikap dan keluhan serta perilaku individu
dengan tanpa memberikan sanggahan.
· Unsur menghargai dan menghormati keadaan diri individu dan keyakinan akan
kemampuan individu merupakan kunci atau dasar yang paling menentukan dalam hubungan
kaunseling.
E. Teknik Pendekatan Humanistik
Konseling humanistik tidak memiliki teknik-teknik yang ditentukan secara ketat. Prosedur-
prosedur kaunseling boleh dipungut dari beberapa teori konseling lainnya separti teori
Gestalt dan Analisis Transaksional. Tugas konselor disini adalah menyadarkan pelajarnya
bahawa ia masih ada di dunia ini dan hidupnya dapat bermakna apabila ia memaknainya.
Hal-hal yang harus diperhatikan adalah:
1. Membina hubungan baik (good rapport)
2. Membuat pelajar menerima dirinya dengan segala potensi dan keterbatasannya.
3. Merangsang kepekaan emosi pelajar
4. Mencari cara untu menyelesaikan masalah sendiri.
5. Mengembangkan potensi dan emosi positif pelajar atau kliennya
F. Sikap Konselor dalam Proses Pendekatan Humanistik
Yang paling diutamakan oleh konselor eksistensial humanistik adalah hubunganya dengan
pelajarnya. Apbila dua orang bertentang mata iaitu kaunseling dan pelajarnya akan
terjadinya perubahan yang positif. Konselor percaya bahwa sikap dasar mereka terhadap
pelajar, karakteristik pribadi tentang kejujuran, integritas dan keberanian merupakan hal-hal
yang harus ditawarkan. Konseling merupakan perjalanan yang ditempuh konselor dan
pelajar, suatu perjalanan pencarian menyelidiki kedalam dunia seperti yang dilihat dan
dirasakan pelajar.
Pengurusan Penasihatan Murid 28
Konselor berbagi reaksi dengan pelajarnya disertai kepedulian dan empati yang tidak dibuat-
buat sebagai satu cara untuk memantapkan hubungan terapeutik. May dan Yalom (1989)
menekankan peranan krusial yang dimainkan oleh kapasiti konselor untuk disana demi
pelajar selama beberapa jam terapi yang mencakup hadir secara penuh dan terlibat secara
intens dengan pelajarnya. Sebelum konselor membimbing pelajar untuk berhubugan dengan
orang lain, maka pada mulanya harus akrab berhubungan dengan pelajarnya.
G. Kelebihan Dan Kekurangan Konseling Humanistik
Kelebihan Konseling Humanistik adalah:
a. Selalu mengedepankan akan hal-hal yang berkaitan demokratis, partisipatif-dialogis dan
humanis.
b. Suasana pembelajaran yang saling menghargai, adanya kebebasan berpendapat,
kebebasan mengungkapkan gagasan.
c. Keterlibatan peserta didik dalam berbagai aktiviti di sekolah, dan lebih-lebih adalah
kemampuan hidup bersama (komunal-bermasyarakat) diantara peserta didik yang tentunya
mempunyai pandangan yang berbeza-beza.
Kekurangan Konseling Humanistik adalah:
1. Teori humanistik tidak bisa diuji dengan mudah.
2. Banyak konsep dalam psikologi humanistik, seperti misalnya orang yang telah berhasil
mengaktualisasikan dirinya, ini masih buram dan subjektif.
3. Psikologi humanistik mengalami pembiasan terhadap nilai individualistis
Model Kaunseling Sekolah
Objektif utama model kaunseling sekolah adalah melahirkan pelajar cemerlang akedemik
dan cemerlang sahsiah diri.Terdapat lima bidang tumpuan akademik iaitu psikososial dan
kesihatan mental, kerjaya, keibubapaan, masalah pelajar .
Model pendekatan 4P
Pengurusan Penasihatan Murid 29
Model pendekatan 4P terdiri daripada pendekatan krisis, pendekatan pemulihan,
pendakatan pencegahan dan pendekatan perkembangan.
• Pencegahan adalah usaha untuk menghalang masalah sebelum ianya terjadi, contohnya
mengadakan ceramah, kempen motivasi jaya diri dan lain-lain.
• Pemulihan adalah memberi fokus kepada usaha untuk memberi pemulihan kepada
kekurangan yang dapat dimkenal pasti dari masa ke semasa. Ia juga dijalankan dengan
harapan dapat mengubah masalah tingkah laku yang dihadapai, contohnya merokok
• Pendekatan krisis; mengendalikan krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan
perhatian serta tindakan segera kaunselor. Kaunselor boleh bertindak sebagai orang tengah
atau perunding bagi mengatasi krisis yang berlaku, pendekatan ini bertujuan untuk
menangguhkan tindakan yang boleh memudaratkan klien.
• Perkembangan; adalah usaha untuk mengenal pasti kebolehan dan keperluan pelajar di
alam persekolahan,institusi, individu spt psikososial, seksual, agama, moral vokasional
/kerjaya, kognitif dan afektif .
Pengurusan Penasihatan Murid 30
11.0 KESIMPULAN
Suasana pembelajaran sekolah boleh meninggalkan kesan secara positif apabila semua
pihak termasuk guru , kaunselor, pentadbir dan pelajar bekerjasama. Apa yang penitng
adalah setiap guru menghayati etia-etika sebagai pembimbing dan penasihat di dalam
melasanakan tugas mereka sepenuhnya sebagai seorang pendidik. Justeru, dalam usaha
untuk melaksanakan tugas-tugas dengan baik, guru bimbingan hendaklah memahami dan
memastian apakah yang boleh dan tida boleh dilaukannya. Apabila guru bimbingan
dihormati di sekolah, dia boleh menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan lebih
beresan di sekolah.
Selain itu, generasi muda khususnya para pelajar sekolah merupakan asset yang amat
bernilai dalam pembangunan Negara. Sebagai pendidik, guru memainkan peranan penting
untuk melahirkan generasi muda yang berkualiti tinggi. Program bimbingan dan kaunseling
sesebuah sekolah amat penting dalam usaha institusi terbabit untuk melahirkan modal insan
yang berminda kelas pertama seterusnya akan dapat menerajui tampuk kepimpinan Negara
dengan baik pada masa hadapan.
Pengurusan Penasihatan Murid 31
12.0 RUJUKAN/BILBIOGRAFI
1. Mizan adiliah Ahmad Ibrahim,( 1992), perlaksanaan perkhidmatan bimbingan
dan kauseling di sekolah, dicetak oleh Percetakan Naz sdn.bhd.
2. Amla Salleh. (2006), bimbingan dan kaunseling sekolah, dicetak oleh
Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Modul penuh program mentor mentee-jpwp kl,di muatturun 22 november
2014 jam 9.00pm, pwpkl.moe.gov.my/index.php/.../33-mentor-
mentee?...mentor-mentee
4. Arthur P.Lloyd Aminah Hj.Hashim, (1992), Bimbingan dan Kaunseling di
Malaysia, dewan bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
5. S. Nasution, (1995), Berbagai pendekatan dalam proses belajar dan mengajar, Singapore : BUMI AKSARA.
6. Dennis Lines, (2007) Brief Counselling in Schools. Australia : SAGE Publication.
7. Gootman E. Marilyn, (1997), Caring Teacher’s Guide to Discipline, New Delhi: SAGE Publication.
Pengurusan Penasihatan Murid 32
8. Muhd Mansur Abdullah, S. NordinarMohd Tamim. (2003). Proses Kaunseling. Selangor : Perpustakaan Negara.