Download - Penghantar Pendidikan sem3
KANDUNGAN
Isi Kandungan Muka Surat
Pengenalan 2
Penghargaan
3
1.0 Apa itu Guru?
1.1 Konsep Profesion Perguruan di Malaysia
1.2 Kod Etika Perguruan Malysia
1.3 Ciri-Ciri Serta Guru Yang Berkualiti
4-9
2.0 Cabaran Pendidikan
2.1 Implikasi Yang Perlu Dihadapi Agar Kurikulum
Terlaksana
2.2 Langkah-Langkah Mengatasi
10-27
3.0 Etika Dan Akauntabiliti Sebagai Seorang Guru 28-31
Bibliografi 32
Lampiran
I. Kertas Soalan Tugasan
II. Sumber Rujukan
33
1
PENGENALAN
Ini merupakan semester pertama kami berdepan dengan sukatan pelajaran
Penghantar Pendidikan. Setiap perjumpaan bersama pensyarah terisi dengan
pelbagai informasi terkini mengenai tahap pendidikan Negara kita, Malaysia.
Pada lembaran kerja kali ini, kami perlulah menyumbangkan sedikit sebanyak
ilmu pengetahuan mengenai Falsafah Pendidikan Negara, Konsep Profesion
perguruan serta Kod etika Perguruaan Malaysia.
Peranan guru amat besar dalam pembangunan nasional dan akhlak para
pelajar itu sendiri. Kami turut diberi kesedaran untuk menghayati sifat-sifat,
keperihalaan, dan tindak-tanduk guru itu sendiri dan cuba menerapkan unsur-unsur
positif dalam diri serta memandang bidang pendidikan sebagai salah satu cabang
profesion yang mampu mencabar diri kita untuk berubah kea rah yang lebih baik.
Seterusnya,lembaran kerja ini juga membincangkan tentang trend, isu-isu
pendidikan serta kualiti profesion perguruan itu di mata masyarakat. Hal ini
memudahkan kami mengenalpasti cabaran-cabaran untuk menjadi seorang guru
dan mencari idea bernas dalam merangka pelan untuk mengatasi masalah yang
bakal berlaku dalam profesion perguruan.
2
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan diatas segala limpahan idea bernas yang diutus untuk
menghasilkan lembaran kerja yang bermanafaat ini. Sekalung budi, sekacip pinang
saya ucapkan kepada pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan
dalam menjayakan lembaran kerja ini dengan begitu sempurna sekali.
Buat rakan seperjuangan sekalian, terima kasih yang tidak terhingga saya
ucapkan kepada mereka diatas ilmu pengetahuan dan serba sedikit informasi yang
bernas dan idea-idea yang logik yang diutarakan untuk membantu saya dalam
penyediaan lembaran kerja ini.
Buat ibu ayah yang tersayang, jutaan terima kasih saya ucapkan diatas bantuan
semangat, doa dan sokongan yang diberikan kepada saya dalam penghasilan
tugasan ini.
Bagi semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan lembaran kerja ini, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan
kepada mereka. Sesungguhnya tanpa sumbangan idea, ilmu, dan tenaga daripada
mereka, lembaran kerja ini tidak akan siap sepenuhnya untuk saya persembahkan
kepada pensyarah saya, Encik Mohd Hanip Hj Hassan untuk dinilai.
3
1.0APA ITU GURU
Pada 16 Mei setiap tahun, kita dengan gembiranya merayakan sambutan Hari
guru peringkat kebangsaan. Hal ini menjadi satu kebanggaan dimana sambutan hari
guru ini menjadi salah satu kemestian untuk dimasukkan ke dalam takwim
persekolahan, takwim Institut Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta (IPTA dan
IPTS), serta kalender tahunan. Namun, ada diantara kita yang mungkin terlupa,
apakah yang dimaksudkan dengan Guru itu sendiri. Menurut kamus dewan cetakan
pertama 1970, Guru boleh didefinisikan sebagai pendidik, pengasuh, dan pengajar.
Bagi saya, guru boleh didefinisikan sebagai penyampai ilmu pengetahuan,
penyumbang bakti, dan pendidik yang mampu melembutkan keluli yang keras
dengan baranya, dan mampu mencairkan ais dengan genggamannya.
Guru diibaratkan seperti lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain
dengan cahayanya. Namun seringkali kita dengar keluh kesat masyarakat mengenai
apa sumbangan guru kepada Negara sehinggakan Perdana Menteri Malaysia, Dato’
Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan, gaji pendidik dinaikan sebanyak 12%. Baru-
baru ini sering diuar-uarkan di dalam media masa, tentang pelan pendidikan yang
baharu untuk para guru. Hal ini menimbulkan ketidakpuasan hati para penjawat
jawatan awam yang lain. Sebenarnya, guru bukan sahaja bertindak sebagai
pengajar yang datang ke kelas, memberi tugasan dan menyemak kerja yang
dihantar oleh pelajarnya. Guru juga bertindak sebagai ibu bapa kedua bagi
pelajarnya dan pengawal keselamatan untuk mereka ketika berada di kawasan
persekolahan. Peranan guru sebagai pendidik tidak dapat dinafikan, sesungguhnya
guru akan membawa gelaran “Cikgu” hingga ke akhir hayatnya.
4
1.1KONSEP PROFESION PERGURUAN MALAYSIA
Profesion perguruan merupakan sala satu profesion yang paling dipercayai di
Malaysia. Hal ini dibuktikan dalam satu artikel tempatan, dimana profesion
perguruan terletak di tangga kedua jawatan paling dipercayai di Malaysia merupakan
guru. Dan sudah terang, lagi bersuluh, profesion perguruan sememangnya
dipercayai dan diperlukan oleh masyarakat Malaysia bagi melahirkan generasi yang
mampu mengangkat martabat Negara kita di mata dunia.
Seperti yang kita sedia tahu, profesion perguruan juga mempunyai konsep
dan idea yang tersendiri. Jika dahulu, seorang guru dinilai oleh masyarakat
berdasarkan cari pemakaian, perwatakan, serta pembawakan diri sebagai seorang
guru. Namun, Negara kita telah memperkenalkan satu sistem bagi menyediakan
guru yang berkaliber dan berwawasan. Standard Guru Malaysia (SGM)
menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, yang patut
disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru
mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai
panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan
perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti.
Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan
berterusan.
Penggubalan SGM adalah untuk melahirkan guru-guru berkualiti,
berkelayakan untuk mengajar serta berkebolehan untuk menjalankan
tanggungjawab yang bakal dipikul. Kementerian Pelajaran Malaysia dan
Kementerian Pendidikan Pengajian Tinggi telah mengambil langkah untuk membuat
pemilihan iaitu melalui proses MTeST dan MEdSI. Para calon kemudian diberikan
keputusan temuduga sama ada layak mahupun tidak untuk menjadi seorang guru.
Hal ini juga diguna pakai oleh seluruh Institut Pendidikan Guru (IPG) si seluruh
Malaysia. Secara rasionalnya, penggubalan SGM adalah seperti berikut :
5
Rajah 1. Rasional Standard Guru Malaysia
Dengan wujudnya SGM ini, para guru-guru baru akan lebih peka dan sedar
akan tanggungjawab mereka untuk menjaga anak bangsa dan menyampaikan ilmu
pengtahuan kepada generasi muda ini. Selain itu, peningkatan taraf Institut
Pendidikan Guru (IPG) turut membantu para remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) menceburi bidang pendidikan dan mampu menjayakan misi kerajaan bagi
melahirkan generasi bestari yang mampu mewujudkan daya saing yang tinggi di
mata global melalui sistem pendidikan.
Standard Guru
Malaysia
mempunyai nilai profesionalisme,
ilmu keguruan dan kemahiran
pengajaran dan pembelajaran
penyediaan keperluan lengkap
bagi membolehkan
latihan perguruan berjalan lancar serta berkualiti
pengukuhan piawai bagi Institut latihan
perguruan
menggariskan kriteria dan
standard am guru selaras dengan
Malaysian Qualification Framework
6
1.2KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA
Etika merujuk kepada suatu sistem dasar dan tingkah laku bagi suatu
kumpulan manusia mahupun organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek
moral sama ada yang baik, mahupun yang buruk, betul mahupun yang salah,
dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.
Kod etika Perguruan ini diguna pakai untuk menganalisis, menilai dan
menentukan sama ada guru tersebut mengikut peraturan mahupun tidak. Sama
seperti peguam, doktor, mahupun jurutera, kod etika guru ini hendaklah dipatuhi
demi menjaga status, akhlak dan maruah guru dalam profesionnya.
Menjadi seorang guru bukan sahaja memerlukan ilmu pengetahuan. Mereka
juga perlu menanamkan sikap bertanggungjawab dalam diri mereka masing-masing.
Melalui ilmu pendidikan, masyarakat akan terbantu dari segi peningkatan taraf hidup
dan mencelikkan mata anak-anak watan dengan kehidupan lamapau untuk
membantu mereka berjuang ke penghujung dengan ilmu dan pengetahuan yang
penuh di dada. Menyedari bertapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul oleh
guru itu dalam mencelikkan minda anak-anak bangsa, tanggungjawab ini telah
dibahagi-bahagikan bagi memahami apakah sebenarnya tanggungjawab yang perlu
dipikul oleh seorang insan yang bergelar guru.
Tanggungjawab terhadap Murid
Mengutamakan kebajikan dan keselamatan lebih daripada hal-hal lain.
Bersikap adil terhadap setiap seorang murid tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan, / agama.
Merahsiakan maklumat sulit mengenai murid kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya
membimbing / mengajar di dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran
menunjukkan cara berpakaian, pertuturan, tingkah laku yand dapat memberikan contoh
memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan, dan menghadiri kursus, persidangan, mesyuarat, atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu setinggi-tingginya.
Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa
Menghormati peranan ibu bapa terhadap anak-anak
berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi dengan rumah tangga.
mengangap maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kecuali kepada mereka yang berkenaan
memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima dengan bijaksana
mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa murid
mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata / melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan murid terhadap ibu bapa mahupun penjaga.
7
Rajah 2. Kod Etika Guru
Demi mempertahankan profesion perguruan ini, kod etika guru adalah suatu
kewajipan untuk disemat dalam diri seseorang guru sama ada guru di sekolah
menengah, sekolah rendah, mahupun para guru-guru yang bakal mendidik pra
sekolah yang masih tidak mengenal abjad. Pandangan serong masyarakat terhadap
jawatan guru ini perlu ditepis dan diubah 360 darjah agar guru dan masyarakat
dapat berkerjasama dan melahirkan rakyat yang bersatu padu sejajar dengan
Gagasan Satu Malaysia.
Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara
mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap murid yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganagara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati, orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama
menghormati masyarakat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat. Berpega kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.
Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion
mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan murid / ibu bapa/ berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru
tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh serta mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial
sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru menceburkan diri dalam profesion perguruan
sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan
akan menjadi ahli pertubuhan guru.
8
1.3CIRI-CIRI SERTA KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
Sebagai seorang pelajar, guru merupakan mentor saya yang selalu diperhatikan
dan diteladani. Dari aspek pemakaian, aksesori, tutur kata, dan setiap sudut
mengenainya akan saya tiru untuk menjadikan diri saya seperti beliau.
Sesungguhnya, guru menjadi ikon yang paling ingin diikuti oleh remaja masa kini.
Jika ditanya setiap pelajar yang masih bersekolah, mahupun menjejakkan kaki ke
IPTA dan IPTS berdekatan, mereka pasti lebih tertarik kepada guru ataupun
pendidik yang berwibawa, berkeyakinan tinggi, dan mampu mempamerkan wajah
yang segak dan cantik.
Namun, kecantikan paras rupa tidaklah menjamin kualiti pendidik tersebut untuk
layak disebut berkualiti. Terdapat aspek-aspek lain yang lebih diutamakan selain
penampilan. Sebagai seorang pendidik yang berkualiti, mereka perlulah
mempersembahkan penyampaian ilmu yang bernas di dalam kelas dan
mempamerkan prebadi contoh kepada pelajarnya. Sungguhpun begitu,
penyampaian yang bernas dan contoh yang mulia sahaja tidak mencukupi bagi
melable guru tersebut adalah seorang yang berkualiti, terdapat beberapa faktor lain
yang boleh menjadikan seseorang guru itu berkelayakan dan profesional.
Rajah 3. Guru Profesional dan berkualiti
Guru Profesional & Berkualiti
mempunyai pengetahuan
Ikhtisas
ingin tahu
suka membaca
kemahiran bertutur
daya ingtan
berdaya usaha
9
2.0CABARAN PENDIDIKAN
Cabaran Pertama: Pembelajaran Berterusan
Pihak UNESCO dalam membincangkan keperluan perubahan dalam bidang
pendidikan dalam era globalisasi ini mencadangkan supaya digerakkan pemikiran ke
arah melakukan rombakan dalam cara-cars membangunkan potensi sumber
manusia melalui tata cara pendidikan secara formal dan tidak formal. Pendekatan ini
mencadangkan supaya diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang
dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan mengembangkan
potensi sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih
bermakna kepada pembangunan negara dan juga perkembangan din individu itu
sendiri (Hussein Ahmad, 2001). Idea tersebut di alas secara tidak langsung
mendorong kepada berkembangnya trend pendidikan secara berterusan terutama
dalam kalangan orang dewasa. David (1988) telah menyenaraikan beberapa alasan
mengapa trend tersebut wujud:
1. Memberi peluang orang dewasa yang kekurangan pendidikan di peringkat
sekolah tinggi untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan supaya dapat
berfungsi dengan lebih berkesan dalam masyarakat dan pekerjaan.
2. Memperoleh kemahiran pekerjaan peringkat tinggi.
3. Memperoleh kemahiran yang diperlukan bagi menjadi seorang ahli
masyarakat yang berfungsi lebih efisien dan dapat menjadi seorang
pengguna yang lebih pintar.
4. Membangunkan pemahaman kritikal daripada masalah-masalah yang wujud
dalam masyarakat serta berupaya mengambil bahagian secara aktif dalam
masyarakat dengan tujuan mencapai keadilan sosial.
5. Membangunkan sikap menggunakan masa lapang dengan kreatif bagi
memperoleh pengetahuan yang diperlukan.
6. Membangunkan sikap belajar secara sukarela.
7. Membantu orang dewasa menjadi lebih sedar pada biografi sendiri dalam
hubungannya dengan masyarakat secara keseluruhannya.
8. Membantu orang dewasa dalam merancang kedaya dan mencapai matlamat
yang bererti.
10
9. Membolehkan individu membangunkan kelebihan-kelebihan terpendam dan
mempertingkatkan konsep kendiri individu tersebut.
Di samping itu, Rancangan Jangka Panjang Ketiga bagi tempoh 2001-2010 dan
Dasar Wawasan Negara telah memberikan penekanan kepada usaha untuk
membangunkan tenaga manusia yang berpengetahuan tinggi menerusi dasar
Pendidikan Seumur Hidup yang antara lain bertujuan:
1. Menyediakan dan memberi galakan latihan dalam teknologi tinggi dengan
memberi penekanan kepada kepelbagaian kemahiran
2. Membangunkan program latihan yang berinovasi bagi memenuhi keperluan
pengetahuan dalam industry
3. Mewujudkan program e-Latihan
4. Mewujudkan persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua
agensi dalam perkhidmatan awam
5. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pendidikan
dewasa dan Pendidikan Berterusan
6. Menggubal polisi bagi menggalakkan penggunaan sekolah, kolej komuniti,
masjid, dewan orang ramai dan bangunan awam dan persendiran bagi
program Pendidikan Berterusan
7. Melancarkan Kempen Kebangsaan mengenai kepentingan pendidikan
seumur hidup.
Selain itu, akibat tuntutan masyarakat yang agak tinggi terhadap peri pentingnya
pendidikan berterusan ini, terdapat kecenderungan orang ramai di Malaysia yang
menyambung pelajaran mereka pada peringkat lebih tinggi dan juga untuk
mempelajari pelbagai kemahiran. Penubuhan Universiti Terbuka Malaysia misalnya
memberi peluang untuk mereka yang berminat meneruskan pengajian yang mungkin
tergendala akibat masalah-masalah tertentu. Pusat Pendidikan Berterusan di
Universiti Malaya juga telah menawarkan pelbagai kursus profesional untuk para
eksekutif dalam bidang pentadbiran, pemasaran, kemahiran bahasa dan program
pendidikan awal kanak-kanak di mana jumlah peserta sentiasa meningkat dari
setahun ke setahun.
Pertambahan bilangan pelajar yang memohon pads saban tahun merupakan
cabaran kepada setiap institusi seumpama itu dari segi pembukaan lebih banyak
11
kampus cawangan, penambahan bilangan tenaga pengajar dan kemudahan-
kemudahan pembelajaran.
Cabaran Kedua: Inovasi Dalam Pelaksanaan Kurikulum
Ohmae (1995) menyatakan bahawa perkembangan dalam teknologi
maklumat dan arus globalisasi telah menyebabkan berlakunya kecairan sempadan
nasional yang telah melahirkan paradigma bare kepada semua organisasi, termasuk
institusi pendidikan. Seperti mana-mana negara di seluruh dunia, Malaysia tidak
dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada
arus globalisasi. Hallinger (1998) menegaskan globalisasi telah mendorong
berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam
konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang
ditawarkan. Ini disebabkan kebimbangan akan kehilangan daya saing dalam
persekitaran dunia global sekiranya penyemakan dan perubahan terhadap kurikulum
tidak dilakukan. Dalam konteks ini, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami
transformasi yang agak radikal bermula sekitar tahun 1990-an sebagai reaksi
kepada perubahan di peringkat global tersebut. Beberapa perubahan kurikulum
terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah
diperkenalkan seperti:
1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan
pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.
2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local
Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu
bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian
menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar
mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan
aplikasi pelbagai stail pembelajaran.
3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan
pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan
guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.
4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk
pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik
12
darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi
secara elektronik dengan rakan dan guru.
Di samping perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum
di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum
tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan
kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi
alam persekolahan. Trend yang agak ketara dikenal pasti dalam perkembangan
kurikulum di Malaysia adalah ke arah melahirkan warganegara global, selaras
dengan perkembangan jaringan informasi dalam era globalisasi kini. Ini seiring
dengan pendapat Hallinger (1998) bahawa langkah yang proaktif diperlukan supaya
sekolah berupaya melahirkan pelajar yang mempunyai ciri tertentu bagi persediaan
menghadapi persaingan global iaitu dari segi:
1. Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat
2. Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan
bahasa antara bangsa
3. Menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan
kehidupan seharian
4. Bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar,
menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan bare.
5. Menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan
budaya.
Seiring dengan perubahan pada persekitaran global juga, kurikulum di
Malaysia telah melalui satu era transformasi dari segi penggunaan bahasa Inggeris
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sains dan
matematik di sekolah rendah dan di sekolah menengah. Ini bertujuan untuk
memberikan persediaan kepada pelajar bagi menghadapi persekitaran global
terutama berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi di mans bahasa
Inggeris adalah begitu penting dikuasai bagi mengakses ilmu dan maklumat dalam
bidang tersebut. Bahasa antara bangsa yang lain seperti bahasa Arab, Perancis,
Jepun, Jerman dan lain-lain turut diperkenalkan juga di sekolah yang bertujuan
menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia global dan menjadi global player
13
secara lebih berkesan. Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam
konteks pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan
melaksanakannya dengan penuh kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan
beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan
iaitu:
1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan
di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa
kepunyaan, lebib-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu
perubahan itu adalah daripada pihak mar seperti pertubuhan bukan kerajaan,
kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.
2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif
bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastic
kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan
juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan
itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti
idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara
sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai
pendidik dan penyampai ilmu.
3. Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap
perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan
tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap
pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai
tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan
dengan pengajaran seperti menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus,
menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari
kokurikulum dan pelbagi "jenis hari".
4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan
perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang
memberikan sokongan iaitu dari segi: a) kewangan b) motivasi dan dorongan
c) pengiktirafan d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran
dan e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah.
14
5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara
menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru
sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti
pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan
kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif.
6. Perbezaan tahap pengetahuan dan kemahiran: Guru-guru yang mempunyai
tahap pengetahuan dan kemahiran yang rendah terhadap sesuatu inovasi
akan kurang memberikan kerjasama berbanding mereka yang lebih
berpegetahuan dan berkemahiran. Misalnya guru yang lebih berkemahiran
dalam komputer tentu akan bertindak secara proaktif dalam proses
pengajaran berbantu komputer berbanding guru yang kurang berkemahiran.
7. Perubahan yang kerap dan mendadak: Sesuatu perubahan kurikulum yang
diperkenalkan terlalu kerap dan mendadak akan menimbulkan kejutan
kepada guru. Mereka kurang bersedia kerana terpaksa mengetahui,
mempelajari dan melaksanakan kemahiran bare.
Penggunaan teknologi maklumat dalam era globalisasi juga merupakan cabaran
yang memerlukan keprihatinan pihak Kementerian Pelajaran. Perkembangan
semasa menuntut kepada penggunaan komputer sebagai media prima dalam
memperoleh dan menyebarkan ilmu, kemahiran dan cara-cara menjalankan
penilaian. Penggunaan perisian komputer pada masa ini berlaku secara aktif seiring
dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang telah disediakan oleh pihak
Kementerian Pelajaran.
Pada masa yang sama juga Pembelajaran Berbantu Komputer telah beroperasi
secara pantas di sekolah-sekolah dengan penggunaan pelbagai perisian. Antaranya
adalah seperti berikut:
1. Perisian latih tubi yakni program yang membantu pelajar mencari
penyelesaian kepada maslah atau menjawab soalan yang disediakan.
Contoh perisisan adalah buku kerja elektronik di mana pelajar menggunakan
perisian latih tubi untuk membuat aktiviti pengukuhan dan mengulangkaji
pelajaran. Komputer dapat memberi maklum balas kepada jawapan pelajar
dan sekaligus dapat menilai pencapaian mereka.
15
2. Perisian tutorial iaitu program yang berfungsi sebagai tutor dalam
menyediakan maklumat dan aktiviti pembelajaran yang perlu dikuasai
pelajar. Perisian seperti ini mengajar penggunanya dan kemudian menyoal
semula apa yang telah disampaikan.
3. Perisian simulasi: Perisian ini menyamai fenomena sebenar atau imaginasi
untuk memperlihatkan bagaimana situasi sebenar berlaku secara realiti.
Perisian ini dapat memaparkan fenomena dalam bentuk teks, grafik, animasi
dan bunyi. Pelajar boleh berinteraksi dengan komputer seperti membuat
analisis dan membuat keputusan.
4. Perisian permainan: Perisian ini lebih kepada bentuk memotivasikan pelajar
dengan menggunakan aktiviti permainan yang berkaitan dengan
pembelajaran.
5. Perisian penyelesaian masalah: Perisian ini merupakan program yang
mengajar secara langsung melalui huraian, penjelasan dan langkah-langkah
mengikut tahap perkembangan pelajar.
Pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer dengan kemudahan
penggunaan ICT akan menjadikan pengajaran lebih bermakna kerana orientasi
pengajaran adalah berpusatkan pelajar. Guru berperanan sebagai pemudahcara
dan penyelesai masalah. Johnson (1986) menjelaskan bahawa penggunaan ICT
dalam pengajaran boleh diaplikasikan dalam semua bidang mata pelajaran seperti
sains, matematik, bahasa dan kesusasteraan. Perisian komputer berupaya
memandu pelajar untuk berfikiran kritis dan menghasilkan pembelajaran bermakna
yang bukan hanya sekadar mempersembahkan maklumat daripada buku teks atau
sumber lain dalam bentuk media.
Cabaran Ketiga: Pengurusan Pendidikan
Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal
dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi
telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam
pengurusan pendidikan di Malaysia terutama di peringkat sekolah bagi
meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Beberapa perisian baru
telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School
16
Management Information System). Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak
pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas rutin seperti:
1. Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.
2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
3. Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.
4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.
5. Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan
menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.
6. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan
pelajar.
7. Penempatan pelajar dalam kelas.
8. Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.
9. Pembinaan jadual waktu guru.
10. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.
11. Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan
rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.
(Rahmad Sukor, 2006)
Cabaran Keempat: Pembentukan Jati Diri
Isu-isu berkaitan perlakuan negatif pelajar semakin membimbangkan. Hasrat
untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan individu
pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
sedang menghadapi ujian dari segi keberkesanan pelaksanaannya kerana
masyarakat masa kini sedang berhadapan dengan arus globalisasi yang
bersamanya membawa masuk pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya
setempat. Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi
17
yang melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan
hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara
itu kecil atau besar, pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di pergunungan
tinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah menerima
tempias dan pengaruh fenomena globalisasi. Kesan yang paling ketara akibat
pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan anak-
anak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif
kehidupan Barat. Fenomena yang berlaku boleh dikatakan sebagai satu petunjuk di
mana asas-asas budaya, agama dan citra bangsa sendiri mulai longgar dan tercabut
secara tidak kita sedan sehinggakan pars remaja tidak berasa bersalah untuk
meniru secara melulu gaya kehidupan barat seperti kehidupan berfoya-foya dan
berseronok-seronok, pergaulan bebas, penganjuran majlis-majlis sosial yang
melampaui batas, penonjolan pelbagai fesyen pakaian ala Barat yang keterlaluan
dan sebagainya.
Semua institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk meletakkan anak-
anak remaja di landasan moral yang betul menurut acuan tempatan melalui
pelaksanaan program-program pendidikan nilai di sekolah. Aspek yang perlu diteliti
adalah aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti
kokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan
moral pelajar.
I. Keperibadian guru:
Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama etika proses pengajaran
dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan santun,
penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban dan berdedikasi
perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contohan pelajar. Guru juga perlu
membawa w .atak orang yang taat kepada amalan agama.
II. Budaya sekolah:
Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah, ketekunan, cintakan
kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu, kesantunan akhlak dan
mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen-elemen yang perlu dihidupkan
18
dan dihayati secara berterusan. Aspek tersebut merupakan nilai yang seharusnya
diberikan perhatian secara bersungguh-sungguh oleh pihak pentadbiran sekolah
III. Aktiviti kokurikulum:
Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab dan kegiatan sukan dapat
memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan
melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat
bekerjasama, berdikari, tolong menolong, semangat cinta akan negara dan
berdisiplin.
Cabaran yang perlu dilaksanakan secara kolektif dalam pembentukan jatidiri
pelajar adalah dari segi strategi untuk menerapkan nilai kerohanian melalui tiga
fakulti yang perlu dilaksanakan secara serentak iaitu pengisian roh, pengisian akal
dan pengisian jasmani. Cabaran untuk mengisi kerohanian perlu berlandaskan
sumber yang berautoriti dengan merujuk kepada sember ketuhanan. Pengisian akal
pula perlu bertunjangkan aspek kognitif yang terpandu bersesuaian dengan fitrah
kejadian manusia itu sendiri. Dalam erti kata lain, akal perlu diberikan input dengan
unsur-unsur yang dapat mengangkat martabat manusia menjadi lebih berkualiti dan
dapat dimanfaatkan untuk kehidupan masyarakat, negara dan kehidupan sejagat.
Dari segi jasmani pula kegiatan yang berasaskan gaya hidup sihat perlu diterapkan
seperti cara menggunakan masa lapang, tabiat pemakanan, riadah perlu digerakkan
secara aktif dan berterusan dengan bimbangan dan panduan guru.
Cabaran Kelima: Perkembangan Profesionalisme Guru
Guru merupakan aset utama bagi memastikan perkembangan pendidikan
dapat dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Guru perlu memiliki kualiti yang
bersifat kontemporari dan relevan dengan zamannya. Robiah Sidin (1994)
mencadangkan beberapa kriteria yang perlu dimiliki guru supaya mereka
mempunyai kesediaan dan mampu menghadapi perubahan zaman. Antara ciri yang
perlu dimiliki adalah:
1. Berupaya memimpin perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas
2. Mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya
3. Sentiasa mengikuti peredaran masa
19
4. Memahami perkembangan teknologi
5. Mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea bare dan inovatif
Omar Hashim (1991) pula berpendapat bagi memastikan guru dapat
melaksanakan perubahan kurikulum sesuai dengan keperluan zaman global ini
dengan berkesan seseorang guru perlu memiliki beberapa kemahiran, seperti yang
beliau nukilkan: Apakah antara kemahiran yang hams ada pada seseorang guru
sebagai persediaan abad 21 ini?....Para guru hares mempunyai bekalan
secukupcukupnya baik dari segi kemahiran mahu pun pengetahuan. Guru abad 21
mestilah merupakan pendidik serba boleh serta lincah dalam beberapa kemahiran
termasuk keupayaan menggunakan media elektronik serta komputer untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka. (him.428-429) Cabaran guru
dalam peningkatan profesionalisme banyak berkait dengan tumpuan guru itu sendiri
terhadap pelaksanaan tugas terutama berkaitan sesuatu inovasi (Ornstein &
Hunkins, 1988). Banyak kajian telah dijalankan mengenai perkara tersebut. Antara
lain kajian oleh Habib Mat Som (2005), Katz (1972), Hall dan Loucks (1978), Fuller
(1975) dan Anderson (1997).
20
2.1IMPLIKASI YANG PERLU DIHADAPI AGAR KURIKULUM
TERLAKSANA
Peranan pendidik pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini
mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan
penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan
perubahan era ICT. Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan
memperkembangkan idea dan kreativiti pendidik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kemahiran guru dalam mengadaptasikan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) sebagai alat bantu mengajar dianggap penting dalam
memperluaskan tahap penguasaan dan penggunaan dalam pendidikan.
Perkembangan pendidikan baharu dalam pengetahuan ICT memerlukan
anjakan peranan pendidikan dan profesion keguruan. Negara membangun
memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan
komunikasi maklumat (ICT). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan
paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakan dan berkebolehan
mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara. Abdul Rahim (2005)
menyatakan bahawa globalisasi yang meluaskan konsep dunia tanpa sempadan
memberikan cabaran pendidikan terhadap guru bagaimana pengajaran dan
pembelajaran serta dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang
melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat
melalui ICT pengawalan dan peranan efektif guru dalam memajukan dunia
pendidikan.
Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan
keperluan dalam pembelajaran membolehkan:
Murid meningkatkan kefahaman dan penguasaan murud dalam
pembelajaran
Murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
Murid mengumpul sesuatu maklumat yang diperlukan dalam masa
yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpulkan.
Murid mencuba atau melaksanakan uji kaji yang sukar, memerlukan
perbelanjaan yang banyak, mustahil atau berbahaya jika dilakukan
dengan cara biasa.
21
Murid meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka.
Murid diberi peluang belajar secara berkesan dengan bimbingan
guru secara minimum.
Murid meningkatkan kemahiran ICT mereka.
Namun begitu terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh para guru
dan pelajar dalam penggunaan ICT sewaktu menjalankan P&P antaranya ialah:
a) Kekangan dalam menghabiskan silibus.
Guru kurang menggunakan komputer dalam P&P kerana guru terpaksa
menghabiskan silibus dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Penggunaan
internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan diakses walaupun dari segi
sikap mereka bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran.Selain itu,
penyediaan alatan seperti LCD untuk berfungsi dengan sempurna mengambil masa
lama, terutama bagi sekolah yang tidak ada perkhidmatan juruteknik computer.
b) Sikap Negatif Guru.
Kebanyakan guru telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar membuat
penyesuaian dengan teknologi instruksional (Becker & Watt, 1966). Ledakan ICT
memberi cabaran baharu kepada profesion guru dan sistem pendidikan.Malahan
ada kalangan guru yang ‘buta ICT’, menyebabkan timbul sikap negatif dan tidak
berminat mengajar menggunakan ICT selain sikap malas menyediakan bahan atau
peralatan ICT untuk pengajaran.
c) Kekurangan Kemahiran
Penggunaan IT yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai
kecerdasan atau multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran
yang tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional. Namun begitu ,ramai guru
yang tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet.Guru yang kurang mahir
ini menyebabkan timbul sikap malas dan kurang minat menggunakan IT.
d) Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan.
Meluaskan literasi komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan
dasar ICT negara pada abad ke-21. Namun begitu kemudahan ICT yang terdapat di
22
sekolah masa ini adalah tidak seragam. Ada yang meletakkan komputer di dalam
bilik darjah, ada juga yang meletakkan semua komputer di dalam makmal komputer.
Ada yang memiliki sambungan kepada internet, ada yang tidak. Kekurangan yang
prasarana inilah yang menimbulkan masalah kepda penggunaan ICT.Malahan
melemahkan semangat guru – guru dan murid – murid.
e) Jurang ICT dan Digital
Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat, ekonomi, pendapatan,
pendidikan, kemudahan infrastruktur, pemodenan dan sebagainya akan memberi
kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Sekolah, pendidikan dan profesion
keguruan di negara ini perlu memainkan peranan konstruktif bagi menangani jurang
ICT dan digital yang berlaku , terutama di luar bandar dan dalam kalangan kaum.
Situasi ini menyebabkan pengajaran guru kurang berkesan dan tidak dapat
diaplikasi di luar bilik darjah memandangkan sosioekonomi murid – murid di luar
bandar yang rendah. Penggunaan komputer yang terhad dan tidak berterusan boleh
membantutkan penerimaan ilmu pengetahuan yang hendak disampaikan.
f) Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi
Pihak sekolah tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai
berbagai-bagai kos penggunaan teknologi maklumat dan penyelenggaraan IT.
Kelemahan kepimpinan sekolah kurang komited terhadap penggunaan ICT juga
boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus perubahan yang berlaku.
Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat
Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia..Peranan institusi
pendidikan bagi meningkatkan kadar celik komputer yang melibatkan pengetahuan
dan kemahiran komputer ke arah melahirkan masyarakat siber bergantung pada
profesion keguruan. Kaedah pengajaran tradisional perlu diubah untuk disesuaikan
dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti projektor LCD,
komputer dan persembahan power point. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merujuk kepada
kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam
pengajarannya serta kemampuan pelajar mengakses dan belajar dari bahan yang
disediakan. Walau bagaimanapun jika infrastruktur ICT tidak lengkap dan tidak
23
efisien, guru dan pelajar tidak melaksanakan P&P dengan berkesan Oleh itu ,
prasarana dan kemudahan di sekolah hendaklah dipantau bagi membolehkan
penggunaan komputer secara meluas dalam kalangan guru-guru.
Seterusnya peranan yang dimainkan oleh pihak pentadbir dan guru-guru
amat penting untuk membawa penggunaan ICT ke bilik darjah dengan
kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada serta semangat, kesungguhan dan
iltizam yang tinggi untuk menjayakannya. Penggunaan TMK dalam pengajaran
diyakini dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang
menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced dan self directed.
24
2.2LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
a) Kekangan Menghabiskan Silibus
Pendekatan pengajaran menggunakan ICT perlu meluaskan dimensi dunia ICT yang mencakupi penggunaan internet, melayari laman web, on-line, email, program pendidikan yang selaras di peringkat sekolah dan perisian yang perlu dirancang sesuai dengan spesifikasi kurikulum . Penggunaan multimedia, khususnya power point dan layar tayang boleh memberi kesan positif kepada perkembangan minat pelajar.
Program pembelajaran disusun dengan sistematik dan dipantau oleh guru-guru yang berpengalaman dalam bidang IT. Penggunaan ICT dalam pengajaran perlu dirancang dengan baik bukan secara sambil lewa atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum Penggunaan ICT bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran , sukatan yang digubal hendaklah bersesuaian dan mudah dikendalikan.
b) Sikap Negatif Guru kepada sikap positif
Pengajaran dan pembelajaran cara lama yang diamalkan oleh guru harus diinovasikan dan ada kesinambungan dengan P&P berasaskan IT . Guru seharusnya memikirkan pembelajaran yang dinamik dalam konteks penggunaan ICT di semua peringkat pendidikan bagi membolehkan ICT diadaptasikan dalam budaya pembelajaran.
Persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan anggota adalah penting ke arah sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi (Steers & Black, 1994).
Perubahan sikap dan nilai terhadap IT diperlukan oleh guru dalam menghadapi cabaran IT dalam dunia pendidikan. Justeru itu para guru perlu literasi komputer supaya penggunaan komputer dalam pendidikan tidak terjejas.Guru-guru perlu diberi latihan dalam penggunaan teknologi baru untuk diaplikasikan di dalam kelas.Melalui kursus dan bengkel membantu guru menggunakan perisian dalam P&P. Jika guru mahir menggunakan perisian dan perkakasan computer secara langsung menyemai minat guru.
Guru perlu menjadi penggerak dan pencetus kepada perubahan masyarakat ICT dan pembentukan masyarakat digital.Guru juga perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional.
c) Kekurangan Kemahiran kepada Mahir dalam Pengendalian IT
25
Guru harus didedahkan kepada idea baharu dan peluang dalam kerjaya profesion keguruan mereka seperti menghadiri kursus ICT. Pihak sekolah juga perlu mengambil inisiatif memajukan profesion keguruan dalam konteks penggunaan ICT dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di sekolah menerima perubahan dan kemajuan. Program LADAP di sekolah perlu dilaksanakan dengan baik dan terancang. Ini boleh membawa kepada inovasi dan pelaksanaan dasar pembaharuan pendidikan dilakukan.
Selain itu, pihak pengurusan perlu menyediakan guru mahir IT sebelum guru tersebut mengajar murid-murid menggunakan IT.Ini kerana guru yang mahir akan menambah keyakinan murid terhadap pelajaran.Malahan tidak akan menjejaskan tumpuan murid dan guru ketika proses P&P berjalan.
d) Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan
Pihak sekolah perlu memperbaiki infstruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet serta makmal komputer. Selain itu, pihak sekolah juga perlu meningkatkan infrastruktur seperti rangkaian , kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infrastruktur.
Pihak pentadbir juga, seharusnya menyediakan bahan – bahan sokongan lain seperti buku panduan atau manual penggunana, juruteknik komputer dan guru pakar.
Kemudahan bilik darjah atau makmal yang selesa dilengkapi perabot yang mencukupi memberi galakan dan motivasi kepada guru atau murid.Suasana bilik yang ceria yang mempunyai sudut – sudut pembelajaran berkaitan IT dapat memberi kemudahan kepada murid mencari maklumat berkaitan IT.
e) Jurang ICT dan Digital
Penggunaan komputer perlu dipergiatkan dan diperluaskan, terutama di sekolah-sekolah di luar bandar. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan untuk memastikan lebih ramai pelajar mendapat faedah. Oleh itu, usaha akan dipergiat untuk menyediakan kemudahan komputer serta kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, terutama di sekolah-sekolah di luar bandar.
Masyarakat luar bandar juga dibantu dengan kemudahan komputer dan rangkaian internet . terdapat syarikat komunikasi memberi kemudahan rangakaian internet dan computer percuma, tetapi ia perlu diperluaskan ke kawasan pedalaman supaya semua murid dapat kemudahan menggunakan IT bukan sahaja di sekolah malahan di rumah.
f) Sumber Kewangan yang Tidak Mencukupi
26
Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang mungkin dihadapi dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah. Perancangan sekolah juga perlu mengambil kira perubahan yang berlaku terutama penggunaan ICT. Selain menyediakan kemudahan belajar berasaskan ICT, sekolah perlu merangka belanjawan pendidikan yang semakin meningkat, khususnya perbelanjaan yang melibatkan penggunaan kemudahan, peralatan dan perkakasan teknologi maklumat.
Peruntukkan untuk penyelenggaraan wajar ditambah memandangkan kos yang semakin meningkat.Penyelenggaraan Anti – Virus sepatutnya sentiasa dipantau dan dikemaskini supaya jangka hayat perkakasan computer lebih lama.
27
3.0ETIKA DAN AKAUNTABILITI SEBAGAI SEORANG GURU
Bukan mudah untuk menjadi seorang guru. Hal ini kerana, guru perlu berkerja
bersama-sama anak-anak muridnya yang tidak mengenal huruf, tidak mengerti
nombor serta naif dari segi pemikiran. Bagi memenuhi prasyaratan Falsafah
Pendidikan Guru, iaitu “Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.”, para guru di
Malaysia perlulah peka kepada pelajarnya, menghormati ketuanya serta mesra
kepada masyarakat sekeliling.
Akauntabiliti atau kebertanggungjawab seseorang guru difokuskan kepada tiga
aspek iaitu tanggungjawab terhadap profesion perguruan, tanggungjawab terhadap
negara dan tanggungjawab terhadap sekolah, masyarakat dan diri sendiri. Sebagai
pendidik, guru bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan iaitu menyalur
atau menyampaikan kurikulum yang telah disediakan kepada murid-murid dengan
kaedah pengajaran yang berkesan.
1. Akauntabiliti Terhadap Negara
Secara professional, guru berkewajipan untuk memelihara imej dan profesion
keguruan dengan menyemai khidmat bakti yang bermutu dan penuh dedikasi demi
kemajuan negara. Bagi mencapai matalamat ini, guru hendaklah menanam azam
untuk meningkatkan kemahiran diri dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang
pendidikan dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan supaya proses pengajaran
dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan efektif. Selain itu,
guru-guru juga perlu :
Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat Pendidikan
Negara berlandaskan Rukun Negara.
Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang
bangsa dalam diri pelajar.
Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil
bahagian secaracergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.
28
Mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa
murid.
Bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi
mewujudkan suasana harmoni.
2. Akauntabiliti Guru Terhadap Murid dan Profesion Perguruan
Tugas guru bukan setakat mengajar murid-murid mengenai mata pelajaran yang
telah ditetapkan dalam kurikulam, tetapi menyampaikan pelbagai ilmu pengetahuan
yang bermanfaat bagi perkembangan mental murid-murid. Bahkan guru
dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid-murid supaya
mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna
kepada negara. Justeru itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian,
kemajuan dan kecemerlangan murid-murid dalam bidang pelajaran dan juga dari
segi moral serta akhlak. Di samping melaksnakan tanggngjawab mendidik murid-
murid, guru juga bertanggungjawab untuk memelihara imej dan tngkah laku diri
sendiri. Faktor ini amat enting kerana guru hendaklah menunjukkan teladan yang
terbai kepada murid-murid. Guru hendaklah sentiasa mempamerkan imej yang
terbaik dengan berpakaian kemas dan sederhana, lemah lembut dan mesra, rajin
dan tegas serta amanah dalam menjalankan tugas. Dengan penerapan nilai-nilai ini,
guru akan sentiasa dihormati oleh murid-murid.
3. Akauntabiliti Guru Kepada Murid dan Ibu Bapa
Guru merupakan orang yang kedua penting dalam kehidupan setiap murid.
Apabila ibu bapa memasukkan anak mereka ke sekolah, maka ibu bapa menaruh
harapan yang besar ke atas guru untuk mendidik anak-anak mereka supaya menjadi
orang yang berilmu dan berguna kepada nusa dan bangsa. Harapan ibu bapa ini
menjadi amanah dan tanggungjawab bagi guru-guru dan wajib dilaksanakan. Kita
hendaklah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah iaitu
dengan mematuhi jadual, menepati masa, serta menjalankan tugas dengan teknik
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Utamakan kebajikan , kemajuan dan
keselamatan pelajar daripada hal-hal lain. Kita juga mestilah bersikap adil terhadap
setiap pelajar di samping membimbing mereka tanpa meminta sebarang bayaran
atau ganjaran. Dengan pelaksanaan Akta Pendidikan 1996, Perintah Pendidikan
29
( Pendidikan Wajib ) 2002, maka guru-guru dipertanggungjawab untuk menjalankan
kewajipan berikut:
Mengajar dengan penuh dedikasi dan berbakti demi kemajuan murid-
murid, bidang pendidikan dan negara.
Berbakti demi kebajiakan, keselamatan, kemajuan dan masa depan mrid-
murid seperti yang diharapkan oleh ibu bapa.
Bersikap adil dan saksama kepada setiap murid tanpa mengira bangsa,
agama, kedudukan ekonami dan sosial murid-murid atau keluarga
mereka.
Mengasuh, mengajar dan membimbing murid-murid dengan ikhlas dan
jujur tanpa sebarang ganjaran daripada ibu bapa murid-murid.
Menunujukkan contoh teladan yang baik dan mesra kepada murid-murid
dan ibu bapa mereka serta berbincang dengan ikhlas dengan setiap ibu
bapa mengenai sebarang masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
4. Akauntabiliti Terhadap Diri Sendiri
Profesion perguruan merupakan profesion yang dihormati oleh setiap lapisan
masyarakat negara ini sejak negara ini belum merdeka lagi. Justeru itu, setiap guru
wajib memelihara dan mengekalkan status ini demi kebaikan guru itu khususnya dan
bidang pendidikan amnya. Bagi memastikan profesion perguruan sentiasa dihormati,
guru-guru hendaklah bertanggungjawab terhadap kemajuan diri sendiri. Fakta-fakta
berikut adalah penting ke arah akauntabiliti guru terhadap diri mereka sendiri:
Menjaga kesihatan dengan sempurna supaya guru dapat menjalankan
tugas dengan cergas dan bertenaga.
Guru hendaklah mengawal emosi ketika mengajar supaya murid-murid
dapat menghayati pelajaran dengan tenang dan tenteram.
Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan menerusi aktiviti
membaca dan aktiviti lain yang ada kaiatan dengan tugas guru.
Melibatkan diri dalm aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti yang dijalankan
oleh PIBG bagi faedah bersama.
Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatan adalah
seimbang dengan perbelanjaan.
30
Berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekelilingmelalui media
massa atau eletronik.
Melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah pada masa
lapang.
5. Akauntabiliti Terhadap Tugas dan Kerja
Bagi melaksanakan kebertanggungjawab atau akauntabiliti terhadap program
pendidikan dengan cemerlang, guru-guru hendaklah mengamalkan perkara-perkara
berikut:
• Membaca buku yang lebih banyak mengenai mata pelajaran yang
terkandung dalam kurikulum.
• Memahami dengan lebih mendalam tentang ilmu pengetahuan yang
berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar kepada murid-murid.
• Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan dan mudah difahami oleh murid-murid.
• Mengajar dan menyampaikan ilmu pengetahuan yang tepat dan fakta
yang betul supaya murid-murid mendapat manfaat darinya.
• Menyertai kursus dalam perkhidmatan dan seminar pendidikan bagi
meningkatkan prestasi dan kemahiran mengajar.
Menjadi seorang guru yang disegani amatlah mudah. Dengan berpegang
teguh kepada etika keguruan dan menanamkan sifat jujur dalam tanggungjawab
seharian. Demi melahirkan modal insan kelas pertama, para guru perlulah
berjuang habis-habisan demi menghasilkan buah yang ranum dan hasil yang
boleh dibanggakan.
31
BIBLIOGRAFI
Buku dan Bahan BercetakI. Amir, J. (2009). Bahasa Negara dan Bangsa. Selangor: Perpustakaan Negara
Malaysia.
II. Hassan, A., & Mohd., A. (2000). Kemahiran Interpersonal Untuk Guru. Bentong, Pahang: PTS Publications and Distributor Sdn. Bhd.
III. Meng, E. A. (2003). Pendidikan Di Malaysia III. Shah Alam, Selangor: Penerbit Fajar Bakti, Sdn. Bhd.
IV. Sang, M. S. (2012). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Edisi Ketiga. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Jurnal dan ArtikelIV. Hamid, M. F. (2011, December 31). Fadzil & Blog's. Implikasi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia.
V. Som, H. M. (n.d.). Globalisasi dan Cabaran Pendidikan di Malaysia. Masalah pendidikan, 91-101.
32
LAMPIRAN
33