Download - PENGENALAN KPD PENGAMATAN
Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.
Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari.
Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.
Janet W. Learner (1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities” telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek.
Mengikut pendapat Ruth Strang dalam bukunya “ Reading Diagnosis and Remediation” beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak- kanak.
“Pengamatan merupakan suatu proses individu mentafsir kederiaan rangsangan dan memberi makna kepadanya. Ia juga adalah kesedaran dan reaksi seseorang individu terhadap rangsangan-rangsangan, iaitu yang bersifat peribadi. Pengamatan juga merupakan pola-pola yang bermakna. Sebenarnya ia tidak berlaku secara automatik tetapi mengambil masa yang lama, iaitu melalui pentafsiran dan pemahaman yang teratur.”
(Mohd. Salleh Lebar, 1995)
-Pergerakan dan perbuatan menjadi cergas
-Aktif dalam sebarang permainan dan aktiviti
-Selesa untuk bergaul dengan rakan lain-Interaksi berkesan
Edgar Rubin Gestalt Pemprosesan maklumat
‘Rubin Vase’ adalah salah satu teorinya yang terkenal yang menunjukkan imaginasi di ilusi optik yang berada di pemikiran manusia.
Teori ini memberi penekanan kepada makna individu itu sendiri dan bagaimana individu itu melakukan pengamatan dan persepsi serta kemahiran dan pengetahuan mereka terhadap pengalaman sendiri.
Menurut Gestalt seseorang individu itu akan menggalami masalah sekiranya ia masih belum berjaya melengkapkan persepsinya atau gagal mempunyai kesedaran yang kurang untuk membolehkannya mengalami atau merasai sesuatu pengalaman.
Teori ini menerangkan ciri-ciri organisasi(susunan) dan konfigurasi(bentuk) dengan perkaitannya dari pembentukan pengamatan manusia.
Terdapat dua teori, iaitu gestalt dan latar.
Teori Pemprosesan Maklumat R. M. GagneRobert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction ( 1975 ) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.
Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia
Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
MAKLUMATDARILUAR
SENSORIINGATAN
PERSEPSIINGATAN
KERJA
STORAN
CAPAIAN
INGATAN JANGKAPANJANG
STORAN SEMENTARA
STORAN KEKAL
SENSORI INGATAN
MAKLUMAT DITERIMA UTK. DIPROSES
PERSEPSI INGATAN KERJA
INGATANJANGKA PANJANG
MAKLUMAT BARU DISIMPAN BUAT SEMENTARA (5-10 SAAT)
INGAT
LUPA
= HURAIAN LANJUT/ULANGAN/LATIHAN
= PENGETAHUAN YANG SUDAH ADA