Download - Pengajian Am- Badan Perundangan
Pembentangan Pengajian Am
Ketua kumpulan : 1)Nur Syuhada Binti Sabil
2)Nadirah Binti Said
3)Nor Maslina Binti Pendaton
Tajuk pembentangan : Badan Perundangan
Badan Perundangan
Kuasa menggubal undang-undang di peringkat Kerajaan Persekutuan terletak pada Parlimen,
i) Yang di-Pertuan Agong
ii) Dewan Negara
iii) Dewan Rakyat . Negeri,dipegang Badan Perundangan Negeri masing-masing . Dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya setiap 5 tahun 3 ahli terdiri dari pegawai ex-officio iaitu Setiausaha
Negeri ,Penasihat undang-undang, Pegawai kewangan Negeri . Negeri Melaka dan Pulau Pinang ,hanya Penasihat undang-
undang menjadi ahli Sabah dan Sarawak tiada menjadi ahli Dewan .
Parlimen
Menggubal undang-undang untuk dikuatkuasakan di negara ini .
Meluluskan undang-undang ,membuat pindaan undang-undang ,menyemak dasar-dasar kerajaan .
Tempoh hayatnya selama 5 tahun ,dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihan Raya .
Selepas tamat tempohnya , Parlimen sendirinya terbubar dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran parlimen .
Terbahagi kepada 3 : 1)Yang di-Pertua Agong(YDPA)
2)Dewan Negara
3)Dewan Rakyat
Yang di-Pertuan Agong(YDPA)
Berperanan memanggil Parlimen untuk bermesyuarat,boleh memberhentikan dan membubarkan Parlimen .
YDPA memulakan titah ucapan baginda dan merasmikan Majlis Parlimen.
YDPA berkuasa melantik ahli Dewan Negara yang berjasa ,Setiausaha Dewan Rakyat dan Dewan Negara .
Berkuasa membatalkan kehilangan kelayakan ahli Parlimen .
Boleh menangguh rang undang-undang yang di gubal selama 30 hari .
Berkuasa memperkenan rang undang-undang .
Dewan Negara
Ada 2 kategori
1)diplih oleh Dewan Undangan Negeri
2)dilantik oleh Seri paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong . Menjadi ahli mestilah warganegara ,melebihi 30 tahun ,waras
fikiran,tidak muflis , dan tiada rekod jenayah . Seorang ahli yang di pilih akan memegang jawatan ini selama
satu penggal(tiga tahun)dan boleh sambung sebanyak satu penggal lagi .
Kedudukan tidak berubah dengan pembubaran parlimen . Setiap ahli mestilah mengagkat sumpah di hadapan YDPA Ahli yang diplih dalam Dewan Negara di kenali sebagai senator.
Fungsi Dewan Negara
Membahaskan rang undang-undang Tidak boleh menangguhkan rang undang-undang lebih
dari setahun Tidak boleh menangguhkan rang undang-undang
kewangan melebihi sebulan . Tidak boleh membuat pindaan jika tidak di persetujui
oleh Dewan Rakyat . Tidak membahaskan ideologi parti politik . Melarang ahlinya daripada menghadiri persidangan .
Yang diPertua dan Timbalan Yang diPertua Dewan Negara
Dewan Negara mestilah memilih ahlinya untuk menjadi Yang diPertua dan seorang lagi menjadi Timbalan yang diPertua .
Jika ahli Dewan Undangan sesuatu Negeri di pilih menjadi Yang diPertua,maka hendaklah dia berhenti menjadi ahli Dewan Undangan Negeri .
Yang diPertua dan Timbalan Yang diPertua memastikan perjalanan mesyuarat berjalan lancar dan mengikut peraturan.
Tugas-tugas Dewan Negara
Membahaskan rang undang-undang. Boleh memulakan sesuatu rang undang-undang kecuali Rang
Undang-undang Kewangan . Berkuasa menangguhkan sesuatu rang undang-undang tetapi
tidak berkuasa untuk menolaknya .Bagi rang undang-undang kewangan,boleh menangguhkannya selama sebulan saja dan yang lain selama setahun .
Tidak boleh meminda rang undang-undang sekiranya pindaan itu tidak diterima oleh Dewan Rakyat tetapi hanya boleh meminta Dewan rakyat mengkaji semula apabila di tangguhkan.
Dewan Rakyat
Mestilah mewakili satu kawasan pilihan raya . Memegang jawatan selama 5 tahun ,selepas itu pilihan raya
yang baru diadakan . Kelayakan menjadi ahli iaitu warganegara,umur 21 tahun
keatas ,waras,tidak muflis & tidak mempunyai rekod jenayah . Seorang ahli tidak boleh memegang kedua-dua jawatan
dalam satu masa . Bagi Dewan Rakyat ,ketua atau Timbalan Ketua Majlis
hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal,dan ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh dari semasa ke semasa .
Yang diPertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Memilih Yang di-pertua Dewan Rakyat samada ahli atau bukan ahli . 2 orang Timbalan Yang di-Pertua dikalangn ahli Deawan Rakyat . Jika bukan ahli Yang di-Pertua dipilih hendaklah mengangkat dan
menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia ,tidak berhak mengundi .
Boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya . Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat saraan . Tiap-tiap ahli Majlis Parlimen hendaklah mengangkat sumpah dan
menandatangani sumpah jawatan. Jika seorang ahli tidak hadir sidang Parlimen dalanm masa enam
bulan maka kerusinya menjadi kosong .
Keistimewaan Parlimen
Perkara 63 dalam perlembagaan terdapat beberapa keistimewaan kepada ahli-ahli Parlimen .
Perjalanan(prodising) tidak boleh dipersoalkan dalam mahkamah.
Seseorang tidak boleh didakwa dalam mahkamah semasa mengambil bahagian dalam prodising .Walaupun begitu ahli-ahli Parlimen tidak boleh menyentuh perkara yang sensitif.
Saraan Ahli Majlis Parlimen
Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan ahli-ahli setiap Majlis Parlimen
Setiausaha Dewan Negara dan Dewan Rakyat
Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Tidak boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas
alasan dan mengikut cara yang sama . Setiausaha Dewan Rakyat bertanggungjawab ke atas
persidangan Dewan Rakyat dan memberi nasihat kepada Yang diPertua Dewan Rakyat .
Tugas-tugasnya juga termasuk menghantar notis
Hilang kelayakan menjadi Ahli Parlimen
Disabitkan melakukan kesalahan oleh mahkamah dan dihum penjara.
Memperoleh warganegara asing. Tidak hadir persidangan Parlimen selama 6 bulan berturut-turut. Tidak sempurna akal. Diisytiharkan muflis yang belum dilepaskan Melakukan kesalah an pilihan raya dan disabitkan Tidak boleh menjadi ahli Dewan Rakyat dalam tempoh 5 tahun
dari tarikh hilang kelayakan .
Kekosongan Luar Jangka parlimen
Jika berlakunya kekosongan luar jangka parlimen atas sebab tertentu , hendaklah mengadakan pilihan raya kecil.
Jika kekosongan itu dua tahun sebelum pembubaran Parlimen,kekosongan tidak boleh diisi kecuali membentuk majoriti.
Persidangan parlimen
Bersidang setelah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong . Semua persidangan disusun dalam satu kalendar yang
dipanggil Takwim Parlimen. Biasanya berlangsung selama 3 minggu bagi Dewan Rakyat
dan 2 minggu bagi Dewan Negara . Setiap penggal terdapat 3 atau 4 mesyuarat .
1) Menbahaskan titah ucapan baginda yang di-Pertua Agong
2) 2)Membentang belanjawanan tahunan .
Jenis Rang Undang-undang
1)Persendirian Melibatkan rakyat,pertubuhan,persatuan atau perbadanan .
2)Hibrid Undang-undang dikemukakan oleh ahli Dewan Rakyat atau bukan kerajaan yang mempunyai kepentingan awam mengikut pandangan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
3)Awam/kerajaan Melibatkan keseluruhan undang-undang
4)Ahli Persendirian Dibentang oleh Ahli Dewan Rakyat atau pihak bukan kerajaan yang meliputi kepentingan tertentu .
Tahap-tahap Prosedur Penggubalan
1)Pra Parlimen
a)Draf rang undang-undang yang telah disediakan oleh kementerian
b)Menteri akan mengemukakan kepada kabinet untuk mendapatkan persetujuan
c)Kementerian menghantar pemberitahuan kepada Setiausaha .
2)Dalam Parlimen
Bacaan Pertama
a)Menteri membaca tajuk rang undang-undang berkenaan .
Bacaan kedua
a)Selepas diedarkan kepada semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara,rang undang-undang dibahaskan sama ada dipinda atau tidak dan undian akan dibuat .
Peringkat Jawatankuasa
a)Selesai dibacaan kedua ,rang undang-undang akan diserahkan kepada Jawatankuasa Seluruh Dewan .
Bacaan ketiga
a) Menteri melaporkan hasil penelitian kepada dewan . Perkenan Yang di-Pertuan Agong
a) Rang undang-undang yang telah diluluskan dan diserahkan kepada YDPA untuk di perkenankan dalam tempoh 30 hari.
Warta undang-undang
a) Rang undang-undang yang telah di perkenankan perlu di wartakan dalam warta kerajaan sebelum boleh di kuatkuasakan
Beberapa jawatan Dewan Rakyat
Ketua Majlis 1)Ketua parti yang memerintah yang menentukan tarikh mengadakan mesyuarat.
Ketua whip 2)Ahli parlimen yang dilantik oleh parti menentukan kehadiran atau menyokong sesuatu usul.
Ketua Pembangkang 3)Dilantik di kalangan ahli parti pembangkang untuk mengetuai parti pembangkang .
Pelbagai Jawatankuasa Parlimen
Jawatankuasa Pemilihan Memilih ahli jawatankuasa yang lainMempunyai speaker dewan dan ahli 6 orang dipilih oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Jawatankuasa Peraturan Tetap Mesyuarat
Memastikan dan menimbang peraturan tetap mesyuarat dan membuat perubahan dalam Majlis Dewan.
Jawatankuasa Hak Ahli dan kebebasan Menjaga kepentingan dan disiplin ahli dewan
Jawatankuasa Akaun Awam(Hanya di Dewan Rakyat)
Memastikan akaunabiliti pengurusan wang awam oleh pegawai-pegawai awam
Jawatankuasa Sementara(ad hoc) Dibentuk apabila diperlukan sahaja.Menyelesaikan masalah yang tiba-tiba berlaku
Jawatankuasa Dewan Berkaitan keselesaan dan kemudahan ahli dewan
Badan Perundangan negeri
Dewan Undangan Negeri(DUN)
Terdiri daripada TYT Yang di-pertuan Negeri sebagai Ketua Negeri,ahli Dewan Undangan Negeri .Dipilh melalui pilihan raya .
Yang di-Pertuan Negeri akan memanggil persidangan dari semasa ke semasa.
Yang diPertuan Negeri oleh membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Produser Undangan Negeri
Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Negeri. Peraturan-peraturan mesyuarat diluluskan melalui resolusi
Dewan Undangan Negeri. Jumlah korum bagi persidangan Dewan Undangan Negeri
ialah sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jumlah keseluruhannya .
Ahli-ahli Dewan boleh berucap mengenai mana-mana perkara yang mempunyai kepentingan awam di bawah prinsip kebebasan .
Asas Dewan Undangan Negeri yang paling berkesan adalah terletak kepada kebebasan berucap .
Kuasa baki perundangan
1)Badan perundangan sesuatu negeri berkuasa membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang tidak disebut satu-persatu dalam mana-mana senarai yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan .
UNDANG-UNDANG BERTULIS Akta
a) Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen selepas 11/9/1959 Ordinan
a)Diluluskan oleh oleh Parlimen dari tahun 1948 hingga tahun 1959
b)Undang –undang Persekutuan diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong semasa darurat.
c)Diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak . Enakmen
a)Diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri bagi negeri-negeri di semenanjung .
Perundangn Kecil
a) Apa-apa peraturan ,perisytiharan,kaedah,perintah atau surat lain diperbuat mengikut nama ordinan , Enakmen atau kuasa sah yang lain dan mempunyai kuatkuasa perundangan .
Sekian,terima kasih