Pencemaran Alam Sekitar
Di Taman Universiti
Senarai kandungan
BIL TAJUK MUKA
SURAT
1. Pengharagaan
2. Pendahuluan
3. Objektif Kajian
4. Kawasan kajian
5. Kaedah kajian
6 Dapatan kajian
7 Rumusan
8 Lampiran
9 Rujukan
Penghargaan
Bismillahirrahmnanirrahim,
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru Geografi saya Encik
Zakaria Bt. Abd Karim kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan.Tidak lupa juga
ucapan terima kasih saya tujukan kepada kedua-dua ibubapa saya iaitu Encik Hairul Anuar
bin Abdullah dan Puan Norhayati binti Asari saya yang telah memberi dorongan dan
sokongan sepanjang kajian dijalankan.Selain itu,ucapan teerima kasih juga saya tujukan
kepada rakan-rakan saya iaitu Ikmal Hakim bin Mazlan, Muhammad Nabil B.Zaharuddin dan
Muhammad Syazani bin Mohd Shaahri,kerana kerjasama mereka dalam mengumpulkan
maklumat.Akhir sekali,saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk tempatan
yang memberi maklum balas semasa kajian ini dijalankan.
Pendahuluan
Saya telah memilih tajuk pencemaran alam sekitar di Taman
Universiti,Skudai,Johor.Saya memilih Taman Universiti,Skudai kerana kawasan petempatan
ini ialah tempat yang berhampiran dengan rumah saya.Selain itu,sekiranya saya membuat
kajian di sini,ianya lebih mudah dan selamat serta tidak memerlukan kos.Di samping itu,saya
boleh mengenal pasti jenis dan punca pencemaran alam sekitar di kawasan ini.
Kajian pencemaran alam sekitar ini dijalankan sewaktu hujung mingguan sekolah
iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.Saya menjalankan kajian ini secara berkumpulan 4 orang bagi
memudahakan kajian dan menjamin keselamatan diri.Namun begitu,hasil kajian dilakukan
secara individu.Tempoh kajian ini adalah selama 8 minggu.
Objektif kajian
1.Menyatakan konsep pencemaran alam sekitar
2.Menyenaraikan jenis pencemaran alam sekitar
3.Mengenal pasti punca pencemaran alam sekitar
4.Membincangkan kesan pencemaran alam sekitar
5.Menyenaraikan cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar
4.Menerapkan unsur nilai murni dan unsur patriotisme
Kawasan Kajian
Kajian ini dijalankan di Taman Universiti,Skudai,Johor Bahru.Tman Universiti
merupakan sebuah taman perumahan yang pesat membangun yang terletak di Mukim
Pulai,daerah Johor Bahru.kawasan ini ditadbir urus di bawah Majlis Perbandaran Johor Bahru
Tengah.Lokasi ini kirar-kira 15 kilometer dari bandar Johor Bahru dan mempunyai 10000
penduduk(sila lihat peta 1)
Peta 1 menunjukkan daerah Johor Bahru.Kawasan ini mempunyai petempatan yang canggih
dan moden.Darjah ketersamapaian kawasan ini sangat tinggi di mana terdapat jaringan jalan
raya yang padat sama ada lebuh raya bertingkat atau jalan raya 4 lorong dari arah Senai atau
Johor Bahru mahu pun Pontian serta Gelang Patah.Keluasan kawasan ini kira-kira 200 hektar
dan hmapir 90% telah dibangunkan dengan pembagunan bercampur sama ada dari segi
komersial dan sosial.Susun atur bangunan di sini lebih ternacang dan kondusif kerana
kawasan ini merupakan kawasan pembagunan dirancang oleh kerajaan.
Kaedah Kajian
Saya menggunakan pelbagai kaedah dalam menjalankan kajian ini.Antaranya ialah,
1.Pemerhatian
2.Soal selidik
3.Temu bual
4.Rujukan
1.Pemerhatian
Saya telah melakukan pemerhatian di kawasan sekitar Taman Universiti iaitu di pasar
awam,kawasan lorong-lorong perumahan dan kawasan perniagaan.Saya telah mendapati
kawasan yang paling teruk pencemarannya ialah di pasar awam.Hal ini berlaku kerana pasar
awam merupakan tempat di mana ayam,ikan dan sayur-sayuran dijual.Apa yang saya dapat
perhatikan ialah,sisa-sisa daging dan sayur-sayuran dibuang di merata-rata tempat.Lalat
berterbangan di mana-mana sahaja.Dengan bau yang hanyir dan kurang
menyenangkan.Manakala di kawasan lorong-lorong perumahan pula,ada sesetengah lorong
yang sangat bersih dan kebanyakan lorong kebersihannya kurang memuaskan.Di kawasan
perniagaan pula,peniaga-peniaga di kawasan ini tidak menitik beratkan kebersihan.Mereka
membuang sampah di belakang premis mereka terutamanya pemilik restoran.
2.Soal selidik
Saya telah memlakukan soal selidik dengan memberi borang responden kepada 50
orang responden yang telah saya temui.Kebanyakannya memberi respon yang baik.Akan
tetapi,hampir 90% responden telah menanda di kertas responden yang telah saya
beri,menanda hampir keseluruhannya.Ini menunjukkan bahawa Taman Universiti sedang
teruk tercemar.
3.Temu bual
Saya telah menemu bual beberapa prang penduduk di sekitar kawasan perumahan
saya,iaitu seramai 10 orang.Kesepuluh-sepuluh orang itu menjawab jawapan yang sama,iaitu
pencemaran di Taman Universiti semakin teruk.
Dapatan Kajian
A.Konsep pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran alam sekitar adalah pembuangan bahan-bahan hasil aktiviti manusia ke
suatu kawasan yang menyebabkan terganggunya keselesaan kehidupan manusia.Contohnya
Taman Universiti,Skudai merupakan taman perumahan yang mempunyai taburan penduduk
yang padat dan ramai.Dalam kalangan penduduknya sering membuang sampah sarap di tepi
jalan raya yang mencemar pemandangan dan menghasilkan bau yang busuk yang boleh
mengganggu keselesaan penduduk sekitar.
B.Jenis Pencemaran Alam Sekitar
Jenis pencemaran alam sekitar yang terdapat di Taman Universiti,Skudai ialah
pencemaran udara.Pencemaran udara berlaku apabila permukaan udara menjadi lebih kotor
dan berwarna hotam.Ini dapat dikesan dengan melihat langsir rumah saya yang berwarna
cerah sering bertukar warna gelap selepas seminggu dipasang.Disebabkan rumah saya
berdekatan dengan jalan raya utama yang sentiasa sibuk dengan kenderaan berulang-alik.
C.Punca Pencemaran Alam Sekitar
Perkembangan ekonomi Taman Universiti bergantung kepada sektor
perindustrian.Oleh itu pengeluaran produk yang kian meningkat telah menyebabkan
penambahan pada pelepasan pencemaran gas,bahan kimia dan juga habuk.Pelbagai jenis
industri yang terdapat di Taman Universiti,menghasilkan bahan cemar yang
berbeza.Contohnya industri kimia yang melepasakan pencemar yang mengandungi pelbagai
bahan berasasakan nitrogen dan sulfur.Industri logam pula bertanggungjawab mencemarakan
udara dengan sulfur dioksida dan habuk.
Penduduk di Taman Universiti amar bergantung kepada pengantgkutan bermotor
sperti kereta,motosikal,lori dan bas.Setiap pergerakan kenderaan bermotor menggunakan
tenaga yang banyak dan hampir semuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil,yang
menghasilkan asap dan bunyi bising dan membawa kesan buruk kepda keadaan
setempat.Oleh itu,kenderaan bermotor adalah penyumbang utama keadaan pencemaran udara
di sini.
Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga untuk mesin
dan perkakas elektrik seperti peti sejuk.Peti sejuk dan penyaman udara bukan sahaja
menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat ini juga mencemarkan udara apabila cecair
penyejuk yang digunakan melepasakan Kloroflurokarbon(CFC) ke udara seterusnya
menipiskan lapisan ozon.Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC
juga adalah punca pencemaran udara.
Pembakaran daun pokok atau sampah sarap di Taman Universiti untuk tujuan
pelupusan.Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap dan habuk yang
mencemarakan udara tetapi ia juga menybabakna halaman dan langsir rumah di sekitar
pembakaran akan menjadi kotor dan mencemarkan udara.
D.Kesan Pencemaran Alam Sekitar
Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia.Manusia
memerlukan udara bersih untuk hidup.jika udara yang dihidu tercemar,sistem pernafasannya
akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru ini.Ini akan mengakibatkan
proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan
mengalami kekurangan oksigen.Ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan
sistem pengaliran darah mengalami masalah.Ini mengakibatkan pelbagai penyakit di Taman
Universiti.
Selain itu,pencemaran udara juga member kesan kepada iklim global dan
setempat.Pelbagai bahan kimia buangan sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut
dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid.Hujan asid ini berbahaya kerana ia akan
mengalir dan meresap ke dalam tanah lalu memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah
menjadi tidak subur.
Di samping itu,pencemaran udara juga member kesan ke atas atmosfera kita.Bahan-
bahan pencemar seperti CFC(kluroflurokarbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon
kita menjadi nipis dan bocor.Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan
ozon sehingga menguraikan oksigen yang membenuknya.Ini mengakibatkan kanddungan
karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepnasan
bumi akan meningkat.Penipisan lapisan ozon kan mengakibatkan sinar ultra-ungu
menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.
E.Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar
Jadual di bawah menunjukkan cadangan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar di
Taman Universiti,Skudai,Johor.
Bil Cadangan Bilangan Responden
1. Kuat kuasa undang-undang 13
2. Kempen cintai alam sekitar 5
3. Pendidikan alam sekitar 6
4. Rawatan air kumbahan 6
5. Insenerator/tapak pelupusan 4
6. Penapis asap 6
7. Petrol tanpa plumbum 7
8. Catalytic conveter 3
Jumlah 50
Rujukan
1.Buku teks Geografi tingkatan 3
2.Encik Mohd Jamil Bin Mohammed
3.Hj.Rodzli Bin Hj. Hashim
4.Hjh Mahani Binti Hj.Mahbar
5.Encik Zakaria Bin Abdul Karim
Lampiran
Terdapat beberapa cadangan yang dapat digunakan untuk membaiki atau memulihkan
alam sekitar yang ada di Taman Universiti. Antara cadangan yang boleh digunakan pakai
untuk mengatasi masalah ini seperti catalytic converter, insinerator/tapak pelupusan, penapis
asap dan pendidikan alam sekitar.
Catalytic converter atau pemangkin asap adalah alat yang dipasang pada
sistem ekzos kenderaan untuk mengurangkan kandungan bahan toksik di dalamasap ekzos
seperti karbon monoksida, nitrogen oksida dan hidrokarbon tak terbakar. Pemasangan
penukar bermangkin mula diwajibkan di Amerika Syarikat pada tahun 1975 bagi memenuhi
keperluan piawaian emisi yang ketat di sana, dan kini boleh dikatakan kesemua model kereta
baru serta kebanyakan model motosikal dipasang dengan penukar bermangkin. Penukar
bermangkin berfungsi dengan menggunakan mangkin seperti platinum, paladium dan rodium
untuk menukarkan gas-gas toksik tersebut kepada bahan-bahan yang kurang berbahaya
seperti gas nitrogen, karbon dioksida dan wap air.
Tapak pelupusan atau insinerator merupakan satu alat untuk memproses bahan-bahan
buangan melalui proses pembakaran. Secara amnya, konsep jenis bahan buangan boleh
dibahagi kepada dua kategori iaitu bahan buangan umum (buangan pepejal dan najis) dan
bahan buanganindustri hasil aktiviti industri. Jenis-jenis insinerator ialah ‘mass burning grate
system’, ‘rotary kiln’, ‘fluid bed’, dan ‘multiple heart’.
Selain itu, penapis asap dapat digunakan untuk membantu memulihkan pencemaran
udara yang semakin meruncing di Taman Universiti. Penapis asap ini digunakan untuk
menapis asap-asap yang kotor yang sememangnya boleh membahayakan kesihatan. Kempen
cintai alam sekitar boleh dilakukan di sekolah-sekolah bagi menanam sifat sayang akan alam
sekitar. Kempen ini adalah lebih baik diadakan sejak dari sekolah rendah lagi. Kerana,
melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan supaya tidak
berlaku sebarang pencemaran.
Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan di kawasan
persekitaran kita.
Kesan-kesan yang buruk seperti yang di atas akan berlaku jika kita tidak
memperdulikan tentang masalah ini. Maka, kita perlulah berdisiplin untuk
mengelakkan pencemaran tersebut terjadi.