PEMBANGUNAN PROTOTAIP LAMAN WEB SEBAGAI BAHAN BANTU
MENGAJAR BAGI TAJUK PENGGUNAAN INTERNET DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
NORAINI BINTI MOHD LAZIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBANGUNAN PROTOTAIP LAMAN WEB SEBAGAI BAHAN BANTU
MENGAJAR BAGI TAJUK PENGGUNAAN INTERNET DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
NORAINI BINTI MOHD LAZIM
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
DEDIKASI
Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T.dengan kekuatan rahmat dan izinNya terhasillah
laporan PSM ini.
Khas buat, Ayahanda & Bondaku tercinta
Mohd Lazim Bin Othman & Jamilah Binti Ahmad Subari Kesabaran dan ketabahanmu membesarkanku tanpa mengenal erti susah.
Tiada kata-kata yang mampu mentafsir segala pengorbananmu... Hanya ucapan terima kasih yang mampu ku lafazkan.
Kekanda yang disayangi, Umi Kalsum Binti Mohd Lazim
Kata-katamu sumber inspirasiku
Adinda yang dikasihi, Mohd Firdaus, Norazah, Abdul Rahman, Siti Sofiah, Siti Raziah,
Mohd Radi Amin, Nurul Rashidah, Ahmad Rashidi dan Ahmad Sufian Apa yang ada di hadapanmu haruslah direntangi....
Hidup mesti diteruskan...Semoga berjaya
Teman Istimewa, Mohd Nazri Bin Tasrip
Engkaulah permata dan pendorong semangat, semoga dapat menuruti jejak langkah kejayaan dunia dan akhirat....
Sahabat Seperjuangan, Sumbangan kalian, jasa kalian & pengorbanan kalian...
Akan kuabadikan ....
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani. Segala
puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W kerana dengan taufik dan hidayahNya, maka saya telah diberi
kekuatan dan ketabahan untuk menyiapkan projek ini dengan jayanya.
Penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing Puan Noor Azean Binti
Atan di atas bimbingan, tunjuk ajar, perbincangan dan pandangan yang diberikan
oleh beliau sepanjang menjayakan projek ini.
Buat ibu dan ayah serta keluarga tersayang terima kasih di atas pengorbanan
dan sokongan yang diberikan. Begitu juga buat teman istimewa yang sentiasa
memberi pandangan dan dorongan yang berterusan. Terima kasih juga buat semua
pensyarah dan staf UTM serta pihak-pihak yang membantu secara langsung atau
tidak langsung menjayakan projek ini.
v
ABSTRAK
Perkembangan teknologi ICT pada masa kini telah menyumbang terhadap
suatu revolusi maklumat terutamanya peranan web sebagai sumber mendapatkan
maklumat dan mempertingkatkan ilmu untuk menjadi individu bermaklumat.
Pembelajaran menerusi web merupakan wadah terbaru dalam dunia pendidikan.
Ianya memberikan satu dimensi baru kepada pendidikan yang berteraskan Internet
dan web. Justeru itu, kajian penyelidikan ini bertujuan untuk membina laman web
interaktif sebagai bahan bantu mengajar menerusi web. Keperluan pengguna seperti
reka bentuk antaramuka, strategi pembelajaran, pengetahuan sedia ada tentang seni
grafik dan kesesuaian media pengajaran digunakan sebagai pertimbangan kepada
proses pembangunan laman web. Proses reka bentuk dan pembangunan laman web
secara keseluruhannya menggunakan model reka bentuk pembangunan ADDIE
sebagai garis panduan. Tajuk laman web yang dipilih ialah “Penggunaan Internet
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran” dengan menggunakan teori konstruktif dan
pendekatan tutorial sebagai strategi pembelajaran dengan menjadikan para pelajar
dan pendidik sebagai kumpulan sasaran. Bahasa penyampaian untuk laman web yang
dibina adalah Bahasa Melayu. Beberapa perisian pengarangan laman web dan
suntingan multimedia digunakan sebagai alatan dalam membangunkan laman web.
Dengan pembangunan laman web interaktif elemen-elemen multimedia sebagai
sokongan penyampaian dan teori konstruktif sebagai strategi pengajaran dapat
membantu pengajar menggunakan bahan bantu mengajar ini dengan lebih menarik
dan penyampaian lebih berkesan lagi.
vi
ABSTRACT
The development of information technology nowadays contributes a
revolution of information especially the role of web as a medium to get information
and increase the knowledge for being a knowledgeable person. Web-based learning
is the latest learning style nowadays. It gives a new dimension in our education field
such that Internet and webpage are using in teaching and learning. Thus, this
educational study was conducted in order to develop an interactive website as a
teaching aid through the webpage. Users’ requirements such as interface design,
learning strategy, basic knowledge about graphical arts and appropriateness of
instructional media were considered as guidelines to develop the webpage. Overall
the design and developing process of the website was conducted using the ADDIE
model. The subject of the website is “Penggunaan Internet Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran” based on constructive theory and tutorial approach as the learning
strategy with students, educators and lecturers as the target group. This website was
developed in Malay version. Several website authoring and multimedia software
were used as tool to develop the website. The development of an interactive website
based on constructive theory as a teaching support will help teacher to use this
teaching aid effectively and the teaching will be done well.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB 1
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI LAMPIRAN
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Kepentingan Kajian
1.6 Batasan Kajian
1.7 Bahasa Penyampaian
1.8 Rasional Kajian
1.9 Rumusan
ii
iii
iv
v
vi
vii
xi
1
2
6
8
8
9
10
11
11
viii
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Pembelajaran Menerusi Web
2.3 Pendekatan Teori Pengajaran
dalam Pembelajaran Menerusi
Web
2.3.1 Pendekatan Pembelajaran
Kolaboratif
2.3.2 Pendekatan Pembelajaran
Koperatif
2.3.3 Pendekatan Pembelajaran
Konstruktif
2.3.4 Pendekatan Pembelajaran
Sosio-Konstruktif
2.4 Kajian Mengenai Model-Model
Reka Bentuk Pengajaran dan
Pembelajaran
2.5 Model Pembangunan Prototaip
Laman Web
2.6 Kajian Mengenai Penggunaan
Model ADDIE dalam
Pembangunan Multimedia
2.7 Penggunaan Web Sebagai Medium
Pengajaran dan Pembelajaran
2.7.1 Ciri-ciri Web dalam
Membantu Pengajaran dan
Pembelajaran
2.7.2 Metodologi yang
Digunakan dalam
Pembelajaran Berbantukan
Komputer
13
13
15
15
16
17
18
21
22
24
25
25
36
ix
BAB 3
BAB 4
2.8 Kajian Kelemahan Web Sedia Ada
2.9 Ciri-ciri Web yang Baik
2.10 Hipermedia atau Hiperteks
2.11 Isi Kandungan Pembangunan Web
REKA BENTUK LAMAN WEB
3.1 Pengenalan
3.2 Model Reka Bentuk Laman Web
yang Digunakan
3.2.1 Fasa Analisis
3.2.2 Fasa Reka Bentuk
3.2.2.1 Carta Alir
3.2.2.2 Papan Cerita
(Storyboard)
3.2.2.3 Perisian yang
Digunakan
3.2.2.4 Perkakasan yang
Digunakan
3.2.3 Fasa Pembangunan
3.2.4 Fasa Implementasi
3.2.5 Fasa Penilaian
HASIL LAMAN WEB
4.1 Pengenalan
4.2 Pempakejan, Pengurusan Fail dan
Penyebaran Laman Web
4.3 Ciri-ciri Laman Web
4.4 Paparan Laman Web
4.4.1 Paparan Laman Utama
37
41
42
43
48
49
49
50
50
51
51
51
52
52
53
54
55
56
57
57
x
BAB 5
4.4.2 Paparan Isi Pelajaran
4.4.3 Paparan Latihan
4.4.4 Paparan Video
4.4.5 Paparan Peta Laman
4.4.6 Ruangan Maklum Balas
Pengguna
4.5 Penutup
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Kelebihan Laman Web yang
Dibangunkan
5.3 Masalah yang Dihadapi Semasa
Pembangunan Laman Web
5.3.1 Kekurangan Masa
5.3.2 Pengendalian
Pembangunan Laman Web
5.4 Cadangan
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
5.6 Kesimpulan
RUJUKAN
59
61
62
63
64
65
66
66
67
68
69
70
71
72
73
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan teknologi tinggi kini memungkinkan informasi bergerak tanpa
had dan sempadan. Segala-galanya boleh didapati dengan segera dan pantas melalui
media elektronik. Kemajuan canggih yang mampu menjimatkan masa dan
penggunaan tenaga malah memudahkan pemindahan transformasi maklumat ini,
bergerak dan berlaku dalam ruang siber atau maya yang tiada lokasinya, kini
semakin menjadi realiti dalam dunia pendidikan di Malaysia (Azwan & Rozita,
2002). Penggunaan Internet dalam bidang pendidikan bukanlah perkara yang baru.
Sejak ianya diperkenalkan lagi, Internet mula digunakan dalam pencarian sumber
maklumat dengan menggunakan pelbagai jenis enjin pencarian. Dalam pendidikan,
penggunaan Internet adalah sebagai medium penyampai sumber maklumat bagi
menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkesan. Lantaran daripada itu,
terdapat beberapa contoh tapak web yang menyediakan kemudahan tersebut seperti
WebCT (Goldberg, 1996), TopClass dan World Lecture Hall. Kemudahan yang
disediakan adalah merangkumi penyediaan bahan pengajaran secara talian terus dan
akses maklumat yang tidak terhad. Salah satu daripada aplikasi Internet dalam
proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pembelajaran Menerusi Web.
2
Menurut Crossman (1997), Internet mempunyai ciri yang pelbagai dan unik.
Menurut beliau, sumber maklumat yang terdapat dalam Internet mempunyai kapasiti
yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan sebuah perpustakaan yang besar.
Dengan hanya menggunakan enjin pencarian, segala maklumat dapat dicapai dalam
hanya beberapa minit sahaja. Peranan Internet bukan hanya sebagai penyampai
maklumat tetapi juga merupakan alat pengajaran dan pembelajaran. Romiszowski
(1997) menyenaraikan beberapa ciri istimewa yang terdapat dalam Internet sebagai
alat pengajaran dan pembelajaran iaitu bersifat terarah kendiri dan pembelajaran
boleh dijalankan pada bila-bila masa tanpa terikat pada faktor masa. Selain daripada
itu, Internet juga bersifat terarah kendiri dalam mencapai ilmu pengetahuan dan
hipermedia, mewujudkan kemahiran kognitif dalam memproses maklumat serta
kemahiran penyelesaian masalah secara kreatif. Ini boleh dilakukan dengan
penggunaan teknologi Internet seperti multimedia, hipermedia dan web serta
penggunaan komputer sebagai pengantar komunikasi.
Ciri web yang unik juga memberikan kelebihan berbanding dengan
pengajaran di dalam kelas tradisional. Menurut Relan dan Gilani (1997), terdapat
beberapa perbezaan yang ketara di antara kelas tradisional dan pembelajaran
menerusi web iaitu faktor ruang dan sempadan yang tiada batasan serta menjadikan
proses pembelajaran jarak jauh lebih berkesan dan efektif (Hill, 1997). Di samping
itu, pembelajaran menerusi web juga memberikan kawalan pengguna yang tinggi
melalui penggunaan hiperteks dan hipermedia, sumber maklumat yang tidak
terhingga serta menghasilkan persekitaran pembelajaran yang bercirikan dunia
sebenar. Ciri istimewa yang terdapat pada web juga dapat menjadikannya
persekitaran pembelajaran yang mantap dan berkesan. Ini disebabkan kerana
Internet dapat memberikan kemudahan mengakses maklumat dengan cepat, pada
bila-bila masa dan mewujudkan proses penjelajahan melalui sistem hipermedia dan
hiperteks (Hedberg, Brown & Arighi, 1997). Di samping itu, ia juga dapat
menyumbangkan interaktiviti yang tinggi dan kawalan pengguna yang baik.
Kepentingan utama pembelajaran melalui web adalah program pendidikan
jarak jauh. Menurut Willis dan Dickinson (1997), Internet dapat memberikan
kemudahan seperti mewujudkan aktiviti yang interaktif antara guru dan pelajar dan
3
pelajar dan pelajar dalam pendidikan jarak jauh. Ini merangkumi interaksi antara
pelajar, penilaian prestasi melalui web, mewujudkan aktiviti kolaborasi dan
pengurusan serta pemasaran program. Selain daripada itu, peranan web bukan hanya
menyampaikan maklumat tetapi berperanan sebagai agen motivasi kepada pelajar
(Cornell & Martin, 1997). Ini adalah kerana reka bentuk kursus yang ingin
disampaikan melalui web boleh mempengaruhi motivasi pelajar. Reka bentuk kursus
yang disampaikan seharusnya mempunyai kepelbagaian, berkaitan dengan matlamat,
mencabar dan memberikan hasil yang positif kepada pelajar. Sherry dan Wilson
(1997) berpendapat pembelajaran melalui web akan menjadikan suatu perubahan
paradigma kepada komunikasi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar.
Komunikasi yang wujud mungkin tidak sama seperti di dalam kelas tradisional tetapi
ianya berlaku dalam persekitaran web. Persekitaran pembelajaran menerusi web
juga harus mengandungi sumber maklumat yang pelbagai, menyokong kerjasama
antara pelajar dan menjalankan aktiviti web sebagai salah satu daripada proses
pembelajaran. (Sherry & Wilson, 1997). Menurut Star (1997), sesi pembelajaran
yang disampaikan secara talian terus (online) menghasilkan peluang kepada pelajar
untuk berinteraksi dengan guru, mengawal maklumat yang diproses oleh guru,
memberi dan menerima maklum balas tentang pengetahuan yang disampaikan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super
Corridor (MSC) adalah satu langkah kerajaan membawa Malaysia ke mercu
kejayaan dengan Malaysia memiliki teknologi canggih dan setanding dengan negara-
negara yang telah mendahului dalam bidang IT. Kerajaan menggalakkan rakyat
mengambil berat perkara ini dan seterusnya mengambil bahagian dalam MSC,
selaras dengan Wawasan 2020 di mana menjelang tahun tersebut negara kita akan
menjadi sebuah negara maju dan bukan sahaja sebagai pengguna teknologi tetapi
sebagai penyumbang teknologi. Sehubungan itu, kerajaan telah berusaha untuk
4
menyerapkan ICT khususnya dalam bidang pendidikan dengan menubuhkan Sekolah
Bestari yang dilengkapi dengan perkakasan IT dan multimedia. Ekoran kewujudan
MSC, pelbagai teknologi dalam pendidikan telah diimplementasikan di sekolah-
sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Ini dapat mendedahkan pelajar
kepada cara belajar yang lebih bersikap kendiri.
Selain itu, E-pembelajaran telah diperkenalkan sebagai strategi baru untuk
menyokong kelemahan yang terdapat dalam sistem pendidikan yang lama. Namun,
integrasi prinsip-prinsip E-pembelajaran ini tidak akan merubah sebarang fungsi
utama sistem pendidikan yang sedia ada seperti proses pengajaran, perkhidmatan
mahupun penyelidikan. Portal pendidikan adalah salah satu aplikasi pengajaran dan
pembelajaran berasaskan web yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan pelajar
sebagai salah satu langkah untuk menambah kefahaman atau persediaan sebelum
proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi portal yang digabungkan dengan
sistem data dan sistem maklumat lain dapat membentuk senjata yang berpotensi
untuk menawarkan E-pembelajaran (Hartley, 2000).
Manakala di institusi pengajian tinggi, penggunaan Internet dalam bidang
pendidikan bukanlah merupakan perkara yang baru. Di Universiti Teknologi
Malaysia, pembelajaran maya ( http://www.pmaya.utm.my ) telah lama
diperkenalkan sejak tahun 1997. Segala bentuk bahan pengajaran pensyarah
merangkumi kuiz, tugasan, pengumuman dan lain-lain disimpan di dalam komputer
pelayan untuk diakses oleh pelajar mengikut fakulti masing-masing. Di Fakulti
Pendidikan UTM, pihak fakulti mengambil inisiatif menyediakan komputer pelayan
web untuk menyimpan bahan pengajaran pensyarah. Halaman ini dinamakan
halaman CYBERDIDIK ( http://cyberdidik.fp.utm.my ). Melalui halaman ini,
pelajar boleh mengakses bahan pengajaran mengikut subjek yang ditawarkan oleh
Jabatan masing-masing.
Selain daripada itu, wujud satu usaha membangunkan halaman web yang
interaktif bagi pensyarah menyediakan bahan pengajaran melalui web. Ini bertujuan
bagi memudahkan pengurusan dan penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran
melalui web oleh pensyarah. Halaman-halaman seperti WebCT (Goldberg, 1997)
5
dan TopClass menunjukkan bahawa perkembangan pembinaan laman web
pendidikan telah lama dijalankan di luar negara. Tujuan utama pembinaan laman
web ini adalah bagi memudahkan pensyarah menyediakan bahan pengajaran di mana
sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.
Oleh sebab kreativiti dan daya usaha sendiri bukan tabiat yang digalakkan di
sekolah-sekolah rendah dan menengah, maka masih terdapat pelajar yang sukar
menggunakan teknologi dalam pembelajaran mereka di peringkat universiti. Apabila
mereka terpaksa mengamalkan kaedah “smart learning” yang mementingkan
kreativiti, daya usaha sendiri dan exploration, mereka mengalami kejutan budaya
akademik (academic culture shock). Mereka masih tidak berani mencuba dan tidak
yakin untuk menggunakan teknologi yang sedia ada bagi tujuan pembelajaran
mereka sebaliknya mengharapkan arahan terperinci apabila menjalankan projek
ilmiah yang mengkehendaki atau mementingkan unsur-unsur “smart learning”.
Usaha Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan konsep pendidikan bestari
memang satu langkah yang bijak.
Menurut Schramm (1977), pembelajaran lebih dipengaruhi oleh sesuatu
kandungan dan strategi pengajaran yang dirancang melalui sesuatu media dan
bukannya dipengaruhi oleh media tertentu. Kegagalan atau kejayaan pendidikan era
maklumat ini amat bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh guru (Mohd
Safarin, 2001). Walau bagaimanapun, kebijaksanaan, kesungguhan dan semangat
yang kuat amat perlu bagi seorang guru untuk merancang dan mengaplikasikan
penggunaan bahan dan ledakan sumber maklumat terkini untuk memastikan kejayaan
pelajar dan pengajaran selari dengan era globalisasi sebagaimana yang dinyatakan
oleh Seguin dan Seguin (1995) bahawa pendekatan dan penggunaan Internet dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada komitmen dan kreativiti
guru.
Justeru itu, penyelidik memikul cabaran ini bagi membangunkan satu bahan
bantu mengajar menerusi web bagi tajuk “Penggunaan Internet Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran” berasaskan pendekatan konstruktif dengan menggunakan Model
ADDIE.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Pengajaran berasaskan web atau dikenali sebagai Web Based Instruction yang
telah dihasilkan hingga hari ini adalah kurang memuaskan sebahagian besarnya dari
segi reka bentuk. Anggapan ini tidak boleh dinafikan memandangkan kenyataan
bahawa banyak program pendidikan jarak jauh yang sedia ada hari ini terdiri
daripada reka bentuk yang mempunyai nilai pengajaran yang lemah.
Kebanyakannya hanya menggunakan Internet sebagai media untuk paparan nota-nota
syarahan (Duchastel, 1997; Weiss, 1998) serta mengandungi aktiviti yang berfokus
pada pencarian dan pengelolahan maklumat sahaja (Sugrue & Kobus, 1997). Selain
itu, kebanyakan halaman-halaman web pendidikan yang dibangunkan di Malaysia
amnya adalah bersifat statik di mana capaian kepada isi kandungannya adalah terhad
kepada faktor tempat dan masa. Ini adalah disebabkan komputer pelayan
diselenggara oleh individu tertentu. Kekangan masa untuk menyediakan bahan
pengajaran yang efektif beserta pemilihan pendekatan yang besesuaian juga menjadi
penyumbang utama dalam pembangunan laman web ini. Ini sekaligus memberikan
bebanan kepada pengajar dalam menyediakan bahan pengajaran menerusi web.
Selain daripada itu, kekurangan kemahiran dalam membangunkan halaman web
memberi masalah besar kepada pengajar dalam proses menerbitkan bahan bantu
mengajar menerusi Internet. Walaupun galakan telah diberikan oleh pelbagai pihak
tertentu seperti Universiti, tetapi halaman pembelajaran menerusi web masih
berkurangan.
Daripada perspektif pedagogi pula, penggunaan WWW (World Wide Web)
dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat luas tetapi peranan WWW dalam
membina persekitaran pembelajaran yang berkesan amatlah berkurangan. Ini
disebabkan oleh masih kurangnya model-model yang dapat mewujudkan
persekitaran pembelajaran menerusi web yang berkesan di peringkat tinggi dan
berlandaskan ciri-ciri tertentu yang berasaskan teori pengajaran dan pembelajaran
(Reeves, 1997). Ini akan memberi kesan ke atas pelajar di mana pelajar hanya
menerima maklumat yang disampaikan oleh guru yang lebih bersifat sehala tanpa
ada pendekatan pengajaran yang sesuai. Justeru itu, penyelidik ingin
7
membangunkan laman web yang menggunakan strategi tutorial berkomuter bagi
mengatasi masalah yang dinyatakan.
Daripada perspektif kontekstual pula, kebanyakan laman web pendidikan
yang terdapat di Malaysia tidak mengandungi isi kandungan yang lebih terperinci
yang berfokus untuk suatu topik tertentu. Ekoran daripada fenomena ini, penyelidik
berhasrat untuk membangunkan laman web sedemikian sebagai sumbangan kepada
teknologi pendidikan era globalisasi ini.
Kebanyakan pelajar sukar untuk menguasai tajuk “Penggunaan Internet
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran” dengan baik. Ini adalah disebabkan oleh
pelajar tidak dapat mengabstrak konsep yang diperkenalkan dalam tajuk ini tanpa
pengalaman menerusi web. Selain itu, sesetengah guru hanya menyampaikan
pengajarannya tanpa demonstrasi tertentu. Pelajar perlu mengalami proses
penerokaan menerusi web bagi menguasai tajuk ini.
Berdasarkan kajian literatur yang dijalankan, penyelidik mengenal pasti ciri-
ciri persekitaran pembelajaran menerusi web yang sesuai dan seterusnya membina
suatu prototaip laman web pendidikan sebagai bahan bantu mengajar menerusi web
berasaskan pendekatan konstruktif. Laman web yang dibangunkan adalah
berunsurkan multimedia interaktif. Selain itu, laman web yang dibangunkan ini
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Penilaian hanya akan
dijalankan secara umum bersama pensyarah yang mengajar mata pelajaran ini tanpa
penglibatan penilaian dari pelajar kerana kekangan masa yang diperuntukkan.
8
1.4 Objektif Kajian
a) Membangunkan prototaip laman web pendidikan yang berunsurkan
multimedia interaktif bagi tajuk “Penggunaan Internet Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran”.
b) Menghasilkan sebuah laman web sebagai bahan bantu mengajar berdasarkan
strategi tutorial yang menarik.
1.5 Kepentingan Kajian
Perkembangan halaman web pendidikan adalah kurang dalam pendidikan di
Malaysia berbanding di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat.
Pembangunan web ini adalah perlu kerana dengan adanya halaman-halaman
pendidikan seperti ini, proses penyediaan bahan pengajaran menerusi web menjadi
semakin pantas dan berkesan. Kajian ini diharapkan dapat merubah situasi ini
dengan sumbangannya ke arah perlaksanaan pembelajaran menerusi web dengan
adanya halaman-halaman pendidikan yang lebih berkesan dan berasaskan pedagogi
yang mantap. Kepentingan projek dijelaskan dari perspektif guru dan pelajar.
Teknologi Internet memberikan pengaruh besar dalam penyampaian sumber
maklumat dalam pendidikan. Kekurangan kemahiran dalam menyediakan bahan
pengajaran menggunakan teknologi web menjadikan ianya suatu kekangan kepada
para guru di samping kekangan masa dengan beban tugas yang tinggi. Hasil kajian
ini diharap dapat membantu guru menyediakan bahan pengajaran dan aktiviti
pembelajaran yang berkesan dalam persekitaran pembelajaran menerusi web.
Dengan adanya halaman ini, faktor-faktor kekangan seperti masa, tempat dan beban
tugas dapat diatasi dalam menyediakan bahan pengajaran web yang berkualiti.
9
Laman web yang dibangunkan boleh digunakan oleh guru-guru sebagai
bahan bantu pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi tajuk “Penggunaan
Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran”. Laman web ini diharapkan boleh
mencetuskan minat kepada guru-guru untuk membangunkan laman web pendidikan
untuk kegunaan pengajaran mereka. Selain itu, laman web ini berguna kepada
pelajar-pelajar sebagai bahan pembelajaran kendiri atau menggunakannya untuk
mempertingkatkan kefahaman kepada konsep-konsep yang telah dipelajari di dalam
kuliah. Ia dapat mewujudkan amalan belajar mengikut kadar kebolehan masing-
masing.
Laman web ini baik jika diakses secara kendiri oleh pelajar terutamanya
sebagai pengukuhan atau pengayaan selepas selesai mempelajari topik “Penggunaan
Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran” atau boleh juga dilakukan oleh
pelajar sebagai persediaan sebelum guru mengajar topik tersebut. Laman web ini
dapat memupuk perkembangan pelajar ke arah pemikiran analitik dan kreatif serta
kebolehan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Menerusi laman web
ini, guru boleh menggalakkan pelajar mencari, mengakses, menggunakan dan
menilai maklumat menggunakan teknologi multimedia. Seterusnya, hasil kajian ini
juga dapat menunjukkan sejauh mana kepentingan halaman web yang disediakan
memainkan peranan penting dalam membantu pelajar memperolehi maklumat.
1.6 Batasan Kajian
Kajian ini lebih tertumpu kepada mewujudkan bahan bantu mengajar untuk
guru dalam persekitaran pembelajaran menerusi web. Ini adalah penting bagi
menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam persekitaran pembelajaran
menerusi web. Modul Pembelajaran yang disediakan sesuai dijadikan sebagai bahan
bantu mengajar atau sebagai bahan rujukan pelajar yang mengambil subjek “Kaedah
Mengajar Sains Dan Komputer” di Fakulti Pendidikan UTM semasa di luar waktu