PELAN STRATEGIK KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN 2013 - 2015
PELAN STRATEGIK KPKT 2013-2015
2
Perutusan Y.B. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada warga kerja Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di atas penghasilan Pelan Strategik Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2013-2015 (PS KPKT 2013-2015). Saya percaya dokumen ini akan membentuk hala tuju yang lebih strategik serta budaya kerja yang cemerlang di KPKT bagi memenuhi ekspektasi pihak berkepentingan dan pelanggan utama KPKT di samping menjadikan KPKT terus relevan dengan cabaran semasa dan yang akan datang. Bagi memacu pembangunan negara agar kualiti hidup rakyat dan daya saing negara terus meningkat, kerajaan telah memperkenalkan gagasan 1Malaysia:Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baru Ekonomi (MBE), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan Bajet Berasaskan Outcome (OBB). Sehubungan dengan itu, KPKT perlu menggemblengkan segala sumber yang ada dengan lebih cekap melalui PS KPKT 2013-2015 dengan mengambil kira dasar-dasar tersebut. Semoga seluruh warga kerja KPKT dapat berpegang dan menghayati inti pati dokumen PS KPKT 2013-2015 supaya KPKT dapat turut memainkan peranan yang lebih signifikan dalam menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
PELAN STRATEGIK KPKT 2013-2015
3
Prakata Ketua Setiausaha, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, Kepesatan proses perbandaran menyebabkan isu perbandaran menjadi semakin kompleks yang memerlukan tindakan dan penyelesaian yang bersepadu dan berkesan agar bandar dan petempatan manusia di Malaysia terus berdaya huni dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. Sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan perlu bersesuaian dengan tuntutan semasa dan perkembangan teknologi. Dalam hal ini, KPKT perlu sentiasa peka kepada keperluan pihak berkepentingan dan pelanggan utamanya serta mengambil kira dasar-dasar terkini kerajaan. Kepelbagaian jabatan dengan peranan dan fungsi yang berbeza merupakan aset utama KPKT. Menerusi PS KPKT 2013-2015, setiap jabatan akan digerakkan dalam satu acuan dan hala tuju yang sama bagi mencapai visi, misi dan matlamat yang telah ditetapkan manakala bahagian-bahagian dan unit-unit di KPKT akan menjadi enabler ataupun pembolehdaya kepada setiap pelan tindakan. Diharapkan PS KPKT 2013-2015 akan membawa KPKT ke satu peringkat yang lebih baik dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti kepada rakyat melalui pendekatan yang kreatif dan berinovatif tanpa membelakangi nilai-nilai integriti. Dengan mendukung gagasan 1Malaysia:Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, PS KPKT 2013-2015 akan lebih fokus kepada peranan dan fungsi utama KPKT serta mengutamakan pencapaian outcome kepada kumpulan sasar.
PELAN STRATEGIK KPKT 2013-2015
4
Ringkasan Eksekutif PS KPKT 2013-2015 ini merupakan dokumen hala tuju strategik KPKT yang menjadi rujukan utama kepada warga kerja KPKT dalam melaksanakan tugas bagi mencapai visi, misi dan matlamat yang telah ditetapkan. Dokumen ini merupakan penambahbaikan ke atas PS KPKT 2008-2020 dan ia disediakan berdasarkan dasar-dasar semasa kerajaan, iaitu gagasan 1Malaysia:Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, GTP, MBE, ETP, RMKe-10 dan OBB. Ini termasuklah dasar-dasar di bawah KPKT seperti Dasar Perbandaran Negara (DPN), Dasar Perumahan Negara (DRN), Dasar Landskap Negara (DLN), Rancangan Fizikal Negara Ke-2 (RFN Ke-2) dan Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara (DPSPN). PS KPKT disediakan sehingga tahun 2015 kerana mengambil kira tempoh pelaksanaan RMKe-10 yang akan tamat pada tahun 2015. Hasrat utama PS KPKT 2013-2015 adalah untuk menjadikan KPKT terus relevan dengan tuntutan dan cabaran semasa serta berupaya menangani isu-isu strategik yang berkaitan dengan pihak berkepentingan dan pelanggan utama KPKT. Kecemerlangan perkhidmatan awam yang berteraskan prinsip Cepat, Tepat dan Integriti serta Productivity, Creativity dan Innovation ataupun singkatannya CTI-PCI akan menjadi pegangan ataupun pendekatan dalam pelaksanaan PS KPKT 2013-2015. Berdasarkan perubahan dan analisa persekitaran, PS KPKT 2013-2015 adalah berlandaskan 2 Teras Strategik, 1 Teras Sokongan, 12 Bidang Keberhasilan Utama ataupun Key Result Area (KRA), 12 Keberhasilan ataupun Outcome dan 10 Strategi. Kesemua perkara ini akan diterjemah ataupun dilaksanakan dalam bentuk Pelan Tindakan yang merangkumi 98 Program/Aktiviti/Inisiatif. Ciri utama PS KPKT 2013-2015 adalah penekanan kepada pencapaian outcome yang membawa perubahan yang nyata kepada peningkatan kualiti hidup rakyat. Bagi memastikan setiap pelan tindakan mencapai outcome yang ditetapkan, Pengukur Prestasi Utama ataupun Key Performance Indicator (KPI) disediakan bagi setiap Program/Aktiviti/Inisiatif. Beberapa elemen penentu kejayaan telah dikenal pasti dan akan diberi perhatian khusus bagi memastikan
PELAN STRATEGIK KPKT 2013-2015
5
kejayaan pelaksanaan PS KPKT 2013-2015. Sejajar dengan kitaran pelaksanaan yang merangkumi Plan, Do, Check dan Act (PDCA), PS KPKT 2013-2015 akan turut memberi tumpuan dengan elemen pemantauan. Secara keseluruhannya, PS KPKT 2013-2015 akan menggambarkan aspirasi warga kerja KPKT bagi menjadikan KPKT sebagai peneraju dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran hidup yang berkualiti dan mampan.
PELAN STRATEGIK KPKT 2013-2015
6
PELAN STRATEGIK KPKT 2013-2015
KANDUNGAN MUKA SURAT
Perutusan Y.B. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
2
Prakata Ketua Setiausaha, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
3
Ringkasan Eksekutif 4
PENDAHULUAN 8
Latar Belakang Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
8
Carta Organisasi 9
Peranan dan Fungsi 10
Punca Kuasa 11
Pihak Berkepentingan, Pelanggan dan Rakan Strategik KPKT 15
SENARIO PERSEKITARAN 19
HALA TUJU STRATEGIK 27
Visi 27
Misi 27
Matlamat 27
Moto 27
Nilai-Nilai Bersama 27
PELAN STRATEGIK KPKT 2013-2015
7
Pelan Strategik KPKT 2013-2015 30
Pelan Tindakan 34
Faktor Penentu Kejayaan 91
Langkah Seterusnya 94
PENUTUP 95
PELAN STRATEGIK KPKT 2013-2015
8
PENDAHULUAN LATAR BELAKANG KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT) Penubuhan KPKT mengalami tiga fasa utama seperti berikut: 2 Mei 1964 - Pada awal penubuhannya, KPKT dikenali
sebagai Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Pada tahun 1971 sehingga 1978, fungsi utama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah dipecahkan kepada dua, iaitu fungsi perumahan di bawah Kementerian Perumahan dan Kemajuan Perkampungan dan fungsi kerajaan tempatan di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan.
18 Julai 1978 - Fungsi perumahan dan kerajaan tempatan telah
digabungkan semula melalui penubuhan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
15 Mei 2013 - Ekoran daripada penyusunan semula beberapa
Kementerian selepas Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU Ke-13), KPKT telah disusun semula dan dikenali sebagai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Peranan dan fungsi KPKT turut melibatkan pelaksanaan program dan aktiviti bagi meningkatkan kualiti hidup warga bandar.
PELAN STRATEGIK KPKT 2013-2015
9
CARTA ORGANISASI
CARTA ORGANISASIKEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (DASAR DAN PEMBANGUNAN)
KETUA SETIAUSAHA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN
DAN PELAKSANAAN PROJEK
BAHAGIAN KEURUSETIAAN STRATEGIK DAN HUBUNGAN
ANTARABANGSA
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PENGURUSAN)
BAHAGIAN KEWANGAN DAN PEROLEHAN
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
BAHAGIAN UNDANG-UNDANG
UNIT AUDIT DALAM
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
JABATAN PERANCANGAN
BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG
MALAYSIA
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
MALAYSIA
JABATAN PERUMAHAN
NEGARA
JABATAN KERAJAAN TEMPATAN
JABATAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL
NEGARA
JABATAN LANDSKAP
NEGARA
TRIBUNAL PERUMAHAN DAN
PENGURUSAN STRATA
INSTITUT LATIHANKESEJAHTERAAN
BANDAR, PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN
BAHAGIAN DASAR DAN INSPEKTORAT
TIMBALAN MENTERI
MENTERI
BAHAGIAN KESEJAHTERAAN
BANDARUNIT KPI
UNIT INTEGRITI
BAHAGIAN AKAUN
BAHAGIAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN
PERBADANAN PENGURUSAN SISA
PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN
AWAM
Badan Berkanun Persekutuan
TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (KESEJAHTERAAN BANDAR)
BAHAGIAN PEMBERI PINJAM WANG DAN
PEMEGANG PAJAK GADAI
PELAN STRATEGIK KPKT 2013-2015
10
PERANAN DAN FUNGSI
i. Menyediakan rumah mampu milik untuk golongan yang berkelayakan, mengawal selia aspek pemajuan perumahan swasta dan pengurusan kediaman berstrata serta menyelesaikan masalah pertikaian perumahan.
ii. Membantu dan membimbing Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran, kemudahan sosioekonomi dan rekreasi yang berkualiti bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.
iii. Memberikan perkhidmatan pencegahan, pemadaman kebakaran d