Download - Panduan Penulisan Ilmiah
PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING
PENULISAN ILMIAH
Pengenalan
1. Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan formal untuk mempersembahkan
sesuatu ide, konsep, kajian melibatkan penulis merujuk kepada sesuatu sumber yang
ada autoriti seperti buku-buku ilmiah, jurnal dan majalah dalam penulisannya (APA,
2001).
2. Merupakan satu wadah bagi memberi pendedahan awal kepada warga organisasi
pendidikan untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan hasil penulisan ilmiah
yang baik.
3. Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan yang sering digunakan untuk
mempersembahkan laporan, kertas kerja, projek kajian, tesis atau disertasi sama ada
untuk dibentangkan di seminar, kolokium, simposium, persidangan, viva atau sekadar
penulisan untuk diterbitkan di dalam jurnal, buku atau majalah ilmiah.
Kerta Kerja Konsep/ Kajian
(a) kertas konsep dan (b) kertas kajian atau penyelidikan.
Penulisan kertas konsep biasanya hanya melibatkan ide penulis berdasarkan pengalaman dan
kajian perpustakaan yang telah dijalankan. Sementara itu, penulisan kertas kajian atau
penyelidikan biasanya melaporkan dapatan daripada analisis data yang telah dikumpul melalui
proses dan kaedah tertentu dengan menggunakan instrumen tertentu. Oleh itu, dalam
penulisan ilmiah berbentuk kertas kajian, beberapa aspek penting seperti objektif kajian,
persoalan kajian, kaedah kajian dan dapatan kajian perlu dinyatakan dengan jelas.
Format Kertas Kerja dan Kertas Kajian
Biasanya sesebuah kertas kerja ditulis mengikut format yang tertentu. Berikut adalah
format yang biasa diguna dan diterima pakai oleh banyak pihak:
1. Kertas dan Saiz - Simili 70 atau 80 gram berwarna putih dan bersaiz A4.
2. Jidar/ Margins- 2.5 cm di sebelah atas, kanan dan bawah tetapi lebih besar pada
sebelah kiri untuk memudahkan penjilidan.
3. Huruf/ Fonts - Times New Roman bersaiz 12pt, Courier bersaiz 12pt atau huruf Arial
12pt (pilih mana-mana satu-selaraskan)
Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 1
PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING
4. Jarak Antara Baris - satu setengah langkau (1.5 spacing).
5. Muka surat -Bagi halaman sebelum teks kandungan, nombor roman i, ii, iii dan
seterusnya digunakan untuk menandakan halaman isi kandungan, synopsis atau
exsecutive summary, senarai jadual, penghargaan dan sebagainya. Nombor
menggunakan angka 1, 2, 3 dan sebagainya pula digunakan untuk muka surat
seterusnya bermula dari sub tajuk pengenalan/ pendahuluan sehingga bahagian rujukan
dan lampiran.
Berikut pula adalah contoh susunan dan urutan sebuah kertas kajian untuk pembentangan
dalam seminar atau untuk dimuatkan sebagai artikel jurnal.
Halaman
Halaman Judul i
Isi kandungan ii
Abstrak (Ada kalanya versi Bahasa Inggeris turut
disertakan pada mukasurat berikutnya) iii
Teks (body)
1.0 Pengenalan/ Latarbelakang Kajian 1
2.0 Definisi Konsep/ Operasional 2
3.0 Kajian / Tinjauan Literature 5
4.0 Matlamat Kajian 6
5.0 Objektif Kajian 7
6.0 Persoalan Kajian (jika ada) 8
7.0 Hipotesis Kajian (jika ada/ jika statistik
Inferensi digunakan) 10
8.0 Kepentingan Kajian 12
9.0 Skop dan Kekangan Kajian (jika ada) 13
10.0 Kaedah/ Methodologi Kajian 14
11.0 Analisis Data Kajian 16
12.0 Dapatan Kajian dan Rumusan 20
13.0 Cadangan 25
14.0 Penutup 27
Rujukan 16
Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 2
PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING
Lampiran 17
Penggunaan Bahasa
Penulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa yang formal dan tepat serta sesuai
untuk membicarakan sesuatu fakta secara objektif dan komunikatif. Sebuah penulisan disebut
komunikatif apabila dipersembahkan secara logik dan sistematik bagi memperlihatkan sesuatu
sebab dan akibat, kesejajaran atau kemungkinan.
Paragraf
Paragraf biasanya digunakan bagi menandai pembukaan topik baru, atau
pengembangan lebih lajut tentang topik sebelumnya berdasarkan tujuan dan kedudukannya
dalam penulisan :
6.1 Paragraf Pengenalan/ Pendahuluan/ Pembuka
• Pengantar
• Penarik minat dan perhatian pembaca
• Penyiapan pikiran pembaca kepada masalah yang akan diuraikan
• Tidak terlalu panjang supaya tidak membosankan
6.2 Paragraf Penghubung
• Berisi inti persoalan yang akan dikemukakan.
• Analisa masalah
• Antara paragraf dengan paragraf harus berhubungan secara logis
6.3 Paragraf Penutup
• Mengakhiri sebuah karangan/wacana
• Berisi kesimpulan, penegasan dari paragraf penghubung
• Ringkas, padat dan pendek
Topik dan Tajuk
Sebelum memulakan penulisan suatu karya ilmiah, topik (pokok pembicaraan) perlu
ditentukan terlebih dahulu. Dalam memilih topik, perlu dipertimbangkan beberapa hal berikut :
1. Topik tersebut ada manfaatnya dan layak dibahas
2. Topik tersebut cukup menarik terutama bagi penulis
Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 3
PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING
3. Topik tersebut diketahui dengan baik oleh penulis
4. Bahan sokongan penulisan dapat diperolehi dan mencukupi
Topik yang telah dipilih harus dibataskan/ dihadkan agar skop pembicaraannya tidak
terlalu luas dan juga tidak terlalu sempit. Proses pembatasan topik dapat dipermudahkan
dengan cara membuat diagram jam, diagram pohon atau piramid berbentuk terbalik.
Setelah diperoleh topik yang sesuai maka dalam pelaksanannya topik yang telah dipilih
itu harus dinyatakan dalam suatu judul/ tajuk. Topik ialah pokok pembicaraan dalam
keseluruhan karangan yang akan digarap sementara judul ialah nama, tajuk atau semacam label
untuk suatu karangan.
Berikut adalah beberapa peringatan tentang penggunaan judul:
a. Judul merupakan satu-satunya bagian tulisan seseorang yang dibaca oleh orang
lain
b. Judul perlu menggambarkan maksud keseluruhan topik perbicaraan
c. Judul biasanya tidak melebihi 12 patah perkataan
d. Gunakan perkataan dan istilah yang tepat dan padat
e. Tidak mengandungi singkatan atau akronim.
Kerangka Penulisan
Kerangka merupakan himpunan ide utama penulis yang disusun dalam komposisi yang
terpadu secara sistematik. Kerangka karangan berguna bagi penulis sebagai pedoman penulisan
laporan tersebut. Topik-topik di dalam kerangka yang disusun secara sistematik, langkah demi
langkah adalah berguna sebagai pedoman kepada pembaca untuk melaksanakan penelitian
kerana biasanya penulisan ilmiah ini melibatkan perbincangan tentang masalah yang diteliti,
kaedah penelitian, pembahasan hasil penelitian, serta saran-saran untuk langkah yang akan
diambil sebagai tindak lanjut. Ringkasnya pembaca dapat memahami dan mengikuti ide-ide yang
diungkapkan dalam penulisan dengan mudah dan cepat
Format Rujukan
Rujukan yang dinukil dalam teks hendaklah direkodkan dan selari dengan senarai
rujukan mengikut sistem penulisan rujukan seperti:
(a) Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard)
Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 4
PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING
(b) Sistem Pengarang, Tahun dan Halaman (Sistem APA)
(c) Sistem Nombor (Nota Kaki)
Berikut adalah kaedah menukilkan rujukan dalam teks dengan menggunakan Sistem
Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard):
(i) Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk,
contohnya:
“Menurut Paredis (1993), kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang merupakan
kekangan utama untuk mengoptimumkan produktiviti”
(ii) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, nama pengarang dan tahun perlu
dituliskan dalam kurungan pada akhir ayat, contohnya:
“Oleh itu, kaedah penjadualan perlu digantikan dengan satu keadah yang lebih berkesan
untuk mengoptimumkan produktiviti (Paredis, 1993).”
(iii) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, nama kedua-dua
pengarang tersebut perlu ditulis, contohnya:
“Senggaraan secara berjadual dalam penghasilan kuasa telah lama dikaji oleh Kralj dan
Petrovic (1995).”
(iv) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh tiga pengarang atau lebih, hanya
nama pengarang pertama dan perkataan et. al ditulis seperti:
“Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan pendekatan terkini tersebut dalam
menyediakan jadual waktu untuk universiti.”
(v) Sekiranya beberapa bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh pengarang yang sama
dan diterbitkan pada tahun yang sama, huruf a, b, c dan seterusnya perlu digunakan untuk
membezakan sumber-sumber tersebut, contohnya:
”Lenong (Probonegoro, 2000a), ropeng (Probonegoro, 2000b; Muhadjir dan Halim,
1999), dan hikayat (Probonegoro, 2000c), merupakan hasil seni rakyat tradisional Jawa.”
Bibliografi/ Rujukan
Salah satu ciri yang mendukung karya tulis ilmiah adalah kejujuran ilmiah dalam bentuk
pernyataan tentang hasil penelitian orang lain yang disajikan dalam bentuk bahan pustaka.
Bahan pustaka itu kemudian dirangkum dalam bentuk daftar pustaka/ bibliografi. Bibliografi/
Rujukan pada dasarnya berfungsi sebagai dokumentasi bahan kepustakaan yang berkaitan
dengan masalah yang sedang dibahas dalam sesuatu penulisan.
Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 5
PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING
Melalui Bibliografi/ senarai rujukan ini pembaca dapat mengetahui sumber yang
digunakan tanpa perlu membaca seluruh tulisan tersebut terlebih dahulu. Berdasarkan
bibliografi tersebut pembaca yang berpengalaman akan dapat mengira mutu pembahasan suatu
tulisan, karena tujuan utama dari bibliografi adalah untuk mengidentifikasikan karya ilmiah
tersebut.
Berikut adalah contoh kaedah menulis bahan rujukan berdasarkan sumbernya:
(a) Buku
Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). ”Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian.”Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). “Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah: Bahan Sumber Tambahan.” Kuala Lumpur: DBP.
(b) Artikel dalam buku
Southworth, G. (2002). “Instructional Leadership in Schools: Reflections and Empirical
Evidence.” dlm. Mikac, N. “School Leadership and Management.” Boston: Allyn & Bacon.
73-91.
(c) Artikel dalam jurnal
Hallinger. P dan Murphy, J.F. (1985). “Assessing The Intructional Management Behavior Of
Principal.” The Elementary School Journal, 86(2). 217-247.
(d) Tesis
Chew Chee Wan (1993). ”Instructional Supervision For Curriculum Implementation: A Case
Study Of A School.” Universiti Malaya: Disertasi Sarjana Pendidikan.
(e) Bahan sumber yang tidak diterbitkan
Salim Sulaiman (2000). ”Peranan Pengetua Dan Pasukan Kerja Untuk Meningkatkan
Kecemerlangan Pendidikan.” PPD Kulai, Johor: Kertas kerja tidak diterbitkan.
Cadangan
Selepas kursus ini, Guru-guru Kanan Tingkatan Enam akan menggunakan panduan
penulisan ilmiah yang telah didedahkan seperti di atas bagi membantu guru dan pelajar untuk
menyediakan dan seterusnya membentangkan satu hasil penulisan ilmiah yang baik dan
berkualiti.
Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 6
PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING
12.0 Rumusan/ Kesimpulan
Sesuatu penulisan formal dan ilmiah biasaanya dihasilkan berdasarkan sesuatu kaedah
dan format tertentu. Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan kecil di sana sini antara
satu hasil penulisan ilmiah dengan yang lain. Oleh itu, perbincangan tentang penulisan ilmiah di
atas hanyalah panduan asas yang boleh dijadikan pedoman kerana kaedah dan format yang
digunakan telah diterima pakai oleh banyak pihak.
Rujukan
American Psychological Association (2001). “Publication Manual of the American Psychological
Association.” 5th ed.Washington, D.C.: Author.
Gallaudet University (2003). “APA Style Ganeral Guidelines.” Washington DC: Gallaudet
University.
Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995). “Pedoman Penulisan Skripsi.” Jakarta: LIPI.
Universiti Teknologi Malaysia (2001). “Panduan Menulis Tesis.” Skudai, Johor: Penerbitan
UTM.
Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 7